1 00:00:37,787 --> 00:00:40,790 PANDU MASUK 2 00:00:46,046 --> 00:00:47,005 PESANAN TERAKHIR 3 00:00:50,091 --> 00:00:51,468 Awas! 4 00:00:53,678 --> 00:00:55,889 Semua jalan ada destinasinya. 5 00:00:56,848 --> 00:01:00,060 Ada yang membawa kita ke destinasi yang jauh, 6 00:01:00,643 --> 00:01:04,897 ada yang membawa kita ke pangkal jalan. 7 00:01:05,482 --> 00:01:08,902 Mereka semua dah lupakah yang wabak itu masih ada? 8 00:01:08,985 --> 00:01:12,614 Abbot dah ada penawarnya, jadi mereka pun bersuka rialah. 9 00:01:15,617 --> 00:01:18,703 Alamak. Ada 15 minit sebelum mereka tutup tempat ini. 10 00:01:18,787 --> 00:01:19,704 Jauhkah tempatnya? 11 00:01:20,205 --> 00:01:22,832 Ikut jalan Bluegill ke arah barat dan jumpa mereka di sana. 12 00:01:22,916 --> 00:01:24,292 Berdekatan dok kering. 13 00:01:25,835 --> 00:01:27,837 Kawan-kawan awak itu siapa? 14 00:01:28,338 --> 00:01:30,131 Mereka digelar "Tekong Udara". 15 00:01:30,215 --> 00:01:32,467 Saya tahu. Mereka askar upahan. 16 00:01:33,093 --> 00:01:34,719 Awak tak percayakan mereka? 17 00:01:35,345 --> 00:01:36,930 Bergantung. Awak kenal mereka? 18 00:01:37,597 --> 00:01:38,890 Sebenarnya, tak pun. 19 00:01:38,973 --> 00:01:41,309 Tapi kelmarin, saya pun tak kenal awak. 20 00:01:41,810 --> 00:01:42,769 Apa masalahnya? 21 00:01:42,852 --> 00:01:45,146 Orang begini cuma pandang wang, 22 00:01:45,230 --> 00:01:47,357 kalau kita tipu, nyawa melayang. 23 00:01:47,440 --> 00:01:48,983 Kita tak ada wang. 24 00:01:50,860 --> 00:01:52,070 Awak percayakan mereka? 25 00:01:52,153 --> 00:01:54,322 Mereka pernah kerja untuk saya dulu. 26 00:01:54,405 --> 00:01:56,699 Awak percayakan mereka? 27 00:01:56,783 --> 00:01:57,617 Ya. 28 00:01:58,201 --> 00:01:59,994 Saya percayakan awak, bukan? 29 00:02:00,078 --> 00:02:01,746 Awak tak hampakan saya pun. 30 00:02:02,539 --> 00:02:03,498 Setakat ini. 31 00:02:16,177 --> 00:02:17,178 Awak tak apa-apa? 32 00:02:17,262 --> 00:02:18,221 Saya okey. 33 00:02:18,888 --> 00:02:20,974 Saya cuma berjaga-jaga. 34 00:02:21,057 --> 00:02:23,184 Okey. Kalau awak nak berbual… 35 00:02:23,268 --> 00:02:25,854 Tak ada apa-apa yang nak dibualkan. 36 00:02:26,604 --> 00:02:28,606 Bahu dan kaki saya sakit. 37 00:02:28,690 --> 00:02:32,026 Sekejap saja lagi kita akan terperangkap di Pekan Kilang. 38 00:02:32,110 --> 00:02:36,030 Jadi, tak payahlah ajak saya kongsi perasaan. 39 00:02:37,532 --> 00:02:39,159 Saya cuma nak berjaga… 40 00:02:39,242 --> 00:02:40,493 Cepat, tangkap dia! 41 00:02:43,454 --> 00:02:44,831 Lepaskan saya! 42 00:02:45,498 --> 00:02:46,624 Mari kita pergi! 43 00:02:50,170 --> 00:02:53,631 Namun, mana-mana jalan pun yang kita pilih, 44 00:02:53,715 --> 00:02:55,466 satu perkara yang pasti, 45 00:02:56,509 --> 00:02:58,970 semuanya membawa kita ke arah kebenaran. 46 00:03:00,471 --> 00:03:03,266 Walau seperit mana perjalanannya. 47 00:03:11,900 --> 00:03:13,735 Kenapa awak tipu tentang Roy? 48 00:03:14,235 --> 00:03:15,570 Dia kawan kami. 49 00:03:16,696 --> 00:03:17,572 Dia dah mati. 50 00:03:17,655 --> 00:03:19,574 - Saya tak tipu. Saya… - Tipulah. 51 00:03:19,657 --> 00:03:22,660 Awak tipu, okey? Awak kata dia lari, tapi dia mati. 52 00:03:22,744 --> 00:03:23,953 Kita juga akan mati? 53 00:03:32,337 --> 00:03:35,465 Ya, saya tipu, tapi untuk lindungi kamu semua. 54 00:03:36,424 --> 00:03:40,345 Abah saya kata kadangkala kita perlu tipu demi orang tersayang. 55 00:03:40,428 --> 00:03:41,846 Lagipun, tengoklah! 56 00:03:41,930 --> 00:03:44,265 Saya dapat benda ini semasa saya ikut Dr. Singh. 57 00:03:44,349 --> 00:03:47,018 Ia boleh bantu kita melarikan diri. Tengoklah. 58 00:03:48,478 --> 00:03:49,771 Ia milik abah. 59 00:03:52,106 --> 00:03:55,693 Kemudian, kita boleh cari mak awak dan Jepp. 60 00:03:55,777 --> 00:03:57,987 Kita masih boleh buat. Percayalah! 61 00:03:58,071 --> 00:03:59,322 Awak tak faham. 62 00:04:00,615 --> 00:04:02,825 Kami tak percayakan awak lagi. 63 00:04:02,909 --> 00:04:04,911 Awak atau Abang Besar awak. 64 00:04:04,994 --> 00:04:08,081 Kami semua akan lari, tapi tanpa awak. 65 00:04:24,639 --> 00:04:25,556 Betul cakapnya. 66 00:04:26,933 --> 00:04:30,645 Kami dah kesuntukan masa dan sesiapa saja boleh jadi mangsa. 67 00:04:32,063 --> 00:04:33,189 Kecuali awak. 68 00:04:34,274 --> 00:04:35,275 Apa maksud awak? 69 00:04:35,358 --> 00:04:38,403 Gus, awak berbeza daripada kami semua. 70 00:04:40,655 --> 00:04:41,656 Tidak. 71 00:04:42,156 --> 00:04:46,035 - Tidak. Kita sama saja. - Jadi, kenapa awak selalu dapat pulang? 72 00:05:21,988 --> 00:05:22,822 Tak mungkin. 73 00:05:35,335 --> 00:05:38,087 7.17 pagi. 74 00:05:38,171 --> 00:05:42,258 Dengan menggunakan telur ayam Miller untuk mengeram antigen, 75 00:05:42,342 --> 00:05:45,261 saya masukkan antibodi ke dalam sel yang terlibat. 76 00:05:45,345 --> 00:05:49,849 Reaksinya nampak positif, tapi… 77 00:05:54,562 --> 00:05:56,689 Berjayakah virus itu dihapuskan? 78 00:05:58,066 --> 00:05:59,692 Ini saat penentunya. 79 00:06:04,447 --> 00:06:05,531 SAMPEL DIANALISIS 80 00:06:07,909 --> 00:06:09,369 Tolonglah. 81 00:06:09,952 --> 00:06:12,038 Tolonglah. 82 00:06:28,429 --> 00:06:30,932 TIADA VIRUS DIKESAN 83 00:06:38,731 --> 00:06:40,149 Ia berjaya! 84 00:06:47,448 --> 00:06:48,282 Ya Tuhan. 85 00:06:50,701 --> 00:06:52,245 Terima kasih! 86 00:06:53,788 --> 00:06:54,956 Kita berjaya, Dr. Miller. 87 00:06:55,998 --> 00:06:57,333 Kita selamatkan dunia. 88 00:06:57,917 --> 00:06:58,960 Adi? 89 00:06:59,043 --> 00:07:01,546 Awak bagaimana agaknya? 90 00:07:02,672 --> 00:07:03,965 - Adi? - Sayang. 91 00:07:07,051 --> 00:07:08,970 Kenapa awak di sini? Berehatlah. 92 00:07:09,053 --> 00:07:11,931 Mereka kata awak dah balik. Saya tunggu awak. Itu siapa? 93 00:07:12,682 --> 00:07:18,104 Dia cuma penyelidik di Fort Smith. 94 00:07:18,187 --> 00:07:21,149 - Awak seperti bercakap dengannya. - Tidak… 95 00:07:21,232 --> 00:07:22,400 Abaikan semua itu. 96 00:07:24,110 --> 00:07:25,528 Yang pentingnya… 97 00:07:28,197 --> 00:07:29,323 Saya dah jumpa. 98 00:07:36,497 --> 00:07:37,498 Maksud awak… 99 00:07:39,417 --> 00:07:43,254 Penawar yang sah berkesan. Rawatan dah tak perlu. 100 00:07:44,130 --> 00:07:45,590 Wabak ini akan berakhir. 101 00:07:46,174 --> 00:07:49,385 Saya cuma perlu sediakan dos pertama. 102 00:07:50,761 --> 00:07:51,888 Ia untuk awak. 103 00:07:53,890 --> 00:07:54,974 Kita akan bebas. 104 00:07:55,057 --> 00:07:56,309 Daripada virus jahanam itu. 105 00:07:56,392 --> 00:07:58,186 Dan lelaki jahanam itu. 106 00:08:30,134 --> 00:08:30,968 Rani. 107 00:08:31,052 --> 00:08:31,886 Tidak. 108 00:08:35,264 --> 00:08:36,390 Tak apa. 109 00:08:37,265 --> 00:08:38,726 Okey, saya cuma… 110 00:08:40,186 --> 00:08:41,562 Sambunglah kerja awak. 111 00:08:50,947 --> 00:08:54,033 Siapa ada Tylenol? Bahu saya sakit sangat. 112 00:08:56,869 --> 00:08:58,913 Saya lupa tanya, hidung awak okey? 113 00:08:59,830 --> 00:09:01,749 Tak seteruk muka awak selepas saya belasah. 114 00:09:01,832 --> 00:09:03,918 Amboi, padahal rambut awak buruk. 115 00:09:04,001 --> 00:09:05,378 Nanti dulu. 116 00:09:08,798 --> 00:09:09,924 Saya kenal awak. 117 00:09:14,303 --> 00:09:16,639 Biar betul! 118 00:09:17,139 --> 00:09:21,060 Awak Tommy Jepperd, bukan? Pemain nombor 93, Pemecah Tengkorak! 119 00:09:21,143 --> 00:09:22,395 Itu cerita dulu. 120 00:09:22,478 --> 00:09:25,439 Mana ada. Awak lawan pemain terhebat! 121 00:09:26,899 --> 00:09:28,609 Semasa Liga Konferensi, 122 00:09:28,693 --> 00:09:32,280 awak langgar Vicky Paz sampai kasutnya tercabut, 123 00:09:32,363 --> 00:09:34,365 rebut bola dan menangi perlawanan. 124 00:09:34,448 --> 00:09:37,994 Kerana awak, saya menang 200 dolar! Hei, cincin itu ada lagi? 125 00:09:38,077 --> 00:09:39,537 Sudahlah, Rufus. 126 00:09:43,874 --> 00:09:44,834 Jadi… 127 00:09:45,960 --> 00:09:47,044 Siapa dia? 128 00:09:47,128 --> 00:09:51,591 Pemain yang buat tumbang depan ketiga terhebat dalam sejarah dan… 129 00:09:53,342 --> 00:09:54,302 TEKONG UDARA 130 00:09:54,385 --> 00:09:56,095 Saya tak kenal awak. 131 00:09:57,555 --> 00:09:59,849 - Atau kawan awak. - Awak mungkin kenal suara saya. 132 00:10:00,600 --> 00:10:03,436 Kita pernah berbual di radio. Awak Dolly, bukan? 133 00:10:04,145 --> 00:10:05,479 Saya Aimee Eden. 134 00:10:06,147 --> 00:10:07,857 Saya buka Suaka untuk hibrid. 135 00:10:08,441 --> 00:10:10,067 Saya jarang cam suara. 136 00:10:10,651 --> 00:10:12,194 Periksa poket kanan saya. 137 00:10:27,084 --> 00:10:28,628 Itu lukisan anak saya, Wendy. 138 00:10:29,587 --> 00:10:33,382 Awak jatuhkan ribuan salinan untuk saya di wilayah Barat. 139 00:10:34,008 --> 00:10:35,384 Dia dah sembilan tahun. 140 00:10:35,468 --> 00:10:36,927 Pintar budaknya. 141 00:10:37,011 --> 00:10:39,680 Tapi dia dikurung oleh Orang Terakhir. 142 00:10:40,681 --> 00:10:43,184 Mereka tangkap dia, anak-anak saya yang lain dan… 143 00:10:45,686 --> 00:10:47,521 Anak jagaannya, Gus. 144 00:10:48,606 --> 00:10:49,565 Mereka perlukan kami 145 00:10:49,649 --> 00:10:52,026 dan kami perlu bantuan awak untuk selamatkan mereka. 146 00:10:57,490 --> 00:10:58,658 Beginilah. 147 00:10:59,367 --> 00:11:03,371 Saya sayang nyawa saya. Saya takkan pertaruhkannya secara percuma. 148 00:11:03,954 --> 00:11:06,916 Upah untuk sebarkan risalah itu 100 token MRE. 149 00:11:06,999 --> 00:11:08,584 Serang Suaka awak? 150 00:11:10,086 --> 00:11:12,046 Upahnya berlipat ganda. 151 00:11:12,797 --> 00:11:13,798 Jadi… 152 00:11:15,508 --> 00:11:16,467 Apa habuan kami? 153 00:11:18,094 --> 00:11:20,054 Bagaimana dengan rampasan perang? 154 00:11:24,350 --> 00:11:26,435 Orang Terakhir penuhi tempat itu 155 00:11:26,519 --> 00:11:29,563 dengan makanan, ubat, senjata, malah kereta kebal. 156 00:11:29,647 --> 00:11:32,191 Bayangkan kumpulan awak dengan kereta kebal. 157 00:11:32,692 --> 00:11:35,653 Bolehlah kamu digelar "Tekong Udara dan Darat". 158 00:11:37,196 --> 00:11:40,157 Lagipun, dia tahu selok-belok tempat itu. 159 00:11:40,241 --> 00:11:42,660 - Minyak pun mungkin ada. - Baguslah. 160 00:11:49,542 --> 00:11:52,169 Baiklah, Aimee Eden. 161 00:11:53,754 --> 00:11:54,880 Saya setuju. 162 00:11:56,382 --> 00:12:00,803 Tapi kalau kamu langgar perjanjian, kami tarik diri. 163 00:12:01,971 --> 00:12:04,849 TEKONG UDARA KAMI CEKAP! 164 00:12:18,738 --> 00:12:20,823 Rekrut, keluar! 165 00:12:29,915 --> 00:12:32,960 Hei, tengoklah! Saya dapat juga pergi sekolah. 166 00:12:33,043 --> 00:12:34,295 Sebut kuat-kuat! 167 00:12:34,378 --> 00:12:36,422 Orang Terakhir askar terbilang 168 00:12:36,505 --> 00:12:38,591 Suara lantang dan tangkap binatang 169 00:12:38,674 --> 00:12:39,508 Tak mengalah! 170 00:12:39,592 --> 00:12:42,928 Jangan buang masa! Kamu berdua, ayuh! 171 00:12:48,559 --> 00:12:51,061 Ini bukan pasukan paling ideal, Lou. 172 00:12:51,645 --> 00:12:52,980 Mereka bernyawa, tuan. 173 00:12:53,564 --> 00:12:54,899 Jari kelengkeng mereka sihat. 174 00:12:57,193 --> 00:12:59,987 Letak semua barang di dalam kotak. 175 00:13:00,070 --> 00:13:01,614 Semuanya sekali. 176 00:13:01,697 --> 00:13:03,616 Sekarang. Termasuk jaket. 177 00:13:13,751 --> 00:13:15,836 Jangan terlalu sentimental pula. 178 00:13:28,224 --> 00:13:32,061 Jika kamu lepas latihan ini, kamu akan dapat sertai Jeneral Abbot 179 00:13:32,144 --> 00:13:34,980 berjuang demi masa depan manusia. 180 00:13:35,064 --> 00:13:37,775 Jika tidak, kamu akan jadi orang awam semula. 181 00:13:38,359 --> 00:13:40,986 Masa untuk asingkan kaca daripada permata. 182 00:13:42,238 --> 00:13:43,239 Sediakan mereka. 183 00:13:43,322 --> 00:13:45,074 Kamu dengar cakapnya. Ayuh! 184 00:13:45,950 --> 00:13:47,827 Cepat, jangan lembab! 185 00:13:48,410 --> 00:13:50,704 Masa untuk tunjuk kemampuan kamu! 186 00:13:56,669 --> 00:13:58,420 TANAH TANDUS 187 00:14:11,642 --> 00:14:13,394 Selamat pulang, jeneral. 188 00:14:13,477 --> 00:14:16,021 Bagaimana pertarungan itu? Tuan nak apa-apa? 189 00:14:17,648 --> 00:14:18,774 Mereka dah telefon? 190 00:14:19,942 --> 00:14:20,776 Siapa? 191 00:14:20,860 --> 00:14:24,154 Tiga Ketua itu, Johnny! Sebab saya pergi tempoh hari. 192 00:14:25,322 --> 00:14:27,616 Biasalah ketua-ketua militan. 193 00:14:27,700 --> 00:14:29,243 Mereka tak suka bertindak dulu. 194 00:14:38,335 --> 00:14:39,169 Di mana… 195 00:14:40,629 --> 00:14:42,631 mana orang tahanan saya? 196 00:14:42,715 --> 00:14:47,219 Dr. Singh minta isterinya dipindahkan ke tempat baru. 197 00:14:47,303 --> 00:14:50,389 Saya pun bagi kerana kita ada beberapa bilik kosong. 198 00:14:50,472 --> 00:14:53,225 Ada juga masalah pencerobohan kecil. 199 00:14:53,309 --> 00:14:54,935 Tapi ia tak serius. 200 00:14:55,019 --> 00:14:57,062 Saya uruskan penceroboh itu. 201 00:15:21,503 --> 00:15:22,504 Kenapa… 202 00:15:23,923 --> 00:15:27,051 awak selalu buat saya menyesal kerana percayakan awak? 203 00:15:28,677 --> 00:15:29,678 Maaf, jeneral. 204 00:15:44,902 --> 00:15:46,111 Takkan nak terus pergi? 205 00:15:46,195 --> 00:15:47,279 Kita tunggu dulu. 206 00:15:47,363 --> 00:15:49,990 - Kita perlu keluar. - Tunggulah mak dulu. 207 00:15:50,074 --> 00:15:51,367 Kenapa? Awak nampak… 208 00:15:52,326 --> 00:15:54,078 Kita akan cari jalan keluar. 209 00:16:10,344 --> 00:16:13,138 Operasi kami berkembang sejak kita berbual dulu. 210 00:16:13,222 --> 00:16:16,183 Ubat, sekerap, barang antik. 211 00:16:16,725 --> 00:16:18,519 Jika orang beli, kami hantar. 212 00:16:18,602 --> 00:16:20,562 Tapi penghantaran hibrid menguntungkan. 213 00:16:21,730 --> 00:16:24,984 Strain Kiamat yang merebak pun tiada kesan kepada kami. 214 00:16:25,484 --> 00:16:27,236 Kami namakannya "ekonomi bencana". 215 00:16:27,319 --> 00:16:30,906 Ya. Lagi teruk serangannya, lagi baik untuk perniagaan kami. 216 00:16:30,990 --> 00:16:32,616 Bukan untuk awak, Abang Besar. 217 00:16:32,700 --> 00:16:35,786 Awak hilang kontrak, kerja promosi dan lain-lain. Ia tak adil… 218 00:16:35,869 --> 00:16:37,871 Jangan panggil saya "Abang Besar". 219 00:16:40,332 --> 00:16:41,208 Hei. 220 00:16:41,709 --> 00:16:45,379 Jika kita penuhi kehendak mereka, kehendak kita akan tercapai. 221 00:16:45,462 --> 00:16:47,548 Jadi, cuba relaks. 222 00:16:52,720 --> 00:16:53,846 Saya memang relaks. 223 00:16:55,222 --> 00:16:58,225 Setahu kami, anak-anak kami berada di rumah pam ini, 224 00:16:58,308 --> 00:17:01,395 tapi Orang Terakhir kawal semua laluan keluar masuk 225 00:17:01,478 --> 00:17:05,023 dan letak pengawal di sini, sini dan sini. 226 00:17:05,107 --> 00:17:09,153 Peluang masuk dari bawah tanah pun tiada akibat cubaan terakhir kami. 227 00:17:09,236 --> 00:17:10,612 Mereka dah tingkatkan kawalan. 228 00:17:10,695 --> 00:17:13,156 Jadi, pilihan jalan darat terhad. 229 00:17:13,240 --> 00:17:16,326 - Maknanya, habislah kita. - Taklah. Saya boleh buat. 230 00:17:16,410 --> 00:17:20,705 - Jatuhkan saja piano atas Abbot. - Ada orang nak beli piano Steinway itu. 231 00:17:21,665 --> 00:17:23,709 Kita boleh letupkan tempat itu. 232 00:17:23,791 --> 00:17:26,170 Tapi saya baru teringat. Bom dah habis. 233 00:17:26,252 --> 00:17:29,840 Bunyinya macam leceh saja untuk selamatkan binatang kurap. 234 00:17:30,716 --> 00:17:35,679 Padahal semuanya rasa macam ayam. Salut dengan tepung dan goreng! 235 00:17:36,305 --> 00:17:39,183 - Makan dengan kailan! - Kailan! 236 00:17:40,434 --> 00:17:41,769 Jangan cakap merepek! 237 00:17:43,812 --> 00:17:45,773 Maafkan saya. 238 00:17:47,483 --> 00:17:50,778 Saya tak tahu pula Pemecah Tengkorak berhati lembut. 239 00:17:51,361 --> 00:17:53,739 Mungkin saya tak seperti sangkaan awak. 240 00:17:53,822 --> 00:17:55,282 Saya kenal awak. 241 00:17:56,366 --> 00:17:58,911 Cuma sebelum prestasi awak jatuh. 242 00:18:00,370 --> 00:18:01,789 Semua orang, berehat. 243 00:18:15,260 --> 00:18:16,220 Maafkan mereka. 244 00:18:16,303 --> 00:18:18,055 Mereka terlampau becok. 245 00:18:22,684 --> 00:18:23,894 Mari sambung kerja. 246 00:18:29,900 --> 00:18:31,235 Hai, Gus. 247 00:18:32,194 --> 00:18:33,028 Hai, Bobby. 248 00:18:42,621 --> 00:18:44,331 - Anjing. - Nak pegang dia? 249 00:18:44,414 --> 00:18:45,999 Ya. 250 00:18:46,083 --> 00:18:47,000 Anjing. 251 00:18:47,084 --> 00:18:48,085 Anjing. 252 00:18:53,882 --> 00:18:55,384 Ya, Anjing… 253 00:19:00,514 --> 00:19:02,766 Hati-hati, Bobby. Itu bukan mainan! 254 00:19:06,103 --> 00:19:07,646 Bobby, bagaimana awak… 255 00:19:08,355 --> 00:19:09,189 Bijaknya. 256 00:19:09,273 --> 00:19:11,441 Bobby percayakan Gus. 257 00:19:16,947 --> 00:19:18,323 Gus percayakan Bobby? 258 00:19:20,534 --> 00:19:23,704 Angkat. 259 00:19:33,297 --> 00:19:35,757 Bobby, apa awak buat? 260 00:19:35,841 --> 00:19:38,343 - Bobby! - Bobby nak dapatkan bantuan. 261 00:19:38,427 --> 00:19:39,761 Bobby, tunggu! 262 00:19:41,722 --> 00:19:42,639 Apa awak cakap? 263 00:19:42,723 --> 00:19:45,058 - Dia ke mana? - Dia nak cari Jepp dan mak awak. 264 00:19:45,142 --> 00:19:48,437 Awak tak patut biar dia pergi. Bagaimana jika dia cedera? 265 00:19:50,355 --> 00:19:51,773 Jika apa-apa menimpanya… 266 00:19:54,359 --> 00:19:55,360 Saya cuma… 267 00:20:00,157 --> 00:20:00,991 Awak betul. 268 00:20:01,617 --> 00:20:03,327 Tentang apa? 269 00:20:04,912 --> 00:20:08,457 Saya tak patut tipu tentang Roy. Ia cuma memburukkan keadaan. 270 00:20:10,584 --> 00:20:12,961 Tolong pastikan Bobby selamat. 271 00:20:28,143 --> 00:20:29,144 Hei, Rani. 272 00:20:29,978 --> 00:20:30,979 Itu pun awak. 273 00:20:35,192 --> 00:20:36,193 Semuanya okey? 274 00:20:39,196 --> 00:20:41,073 Ada pasang surutnya. 275 00:20:41,156 --> 00:20:42,407 Biasalah. 276 00:20:44,034 --> 00:20:45,035 Ya. 277 00:20:45,577 --> 00:20:46,620 Sebenarnya… 278 00:20:47,746 --> 00:20:48,872 Saya cuma nak cakap 279 00:20:48,956 --> 00:20:52,292 awak tak boleh lagi keluar tanpa pengiring, 280 00:20:52,793 --> 00:20:54,127 kerana abang saya… 281 00:20:54,670 --> 00:20:56,755 Maaf, jeneral dah balik. 282 00:20:58,340 --> 00:21:00,592 Dia tak suka. 283 00:21:03,387 --> 00:21:04,763 Dia abang awak? 284 00:21:06,890 --> 00:21:08,016 Ya. 285 00:21:08,684 --> 00:21:10,102 Dia abang saya. 286 00:21:11,812 --> 00:21:13,939 Orang berubah apabila mereka tahu. 287 00:21:14,982 --> 00:21:16,525 Memang patut pun. 288 00:21:17,859 --> 00:21:18,860 Ya. 289 00:21:19,528 --> 00:21:20,362 Okey. 290 00:21:20,862 --> 00:21:23,365 Maaf, tapi saya perlu hantar awak pulang. 291 00:21:31,790 --> 00:21:33,709 Saya nampak cara dia layan awak. 292 00:21:34,251 --> 00:21:35,544 Kenapa awak bersabar? 293 00:21:35,627 --> 00:21:38,005 Dia jahat. Awak nampak perbuatannya. 294 00:21:38,088 --> 00:21:41,466 Dia kurung hibrid itu. Kenapa awak tak tinggalkan dia? 295 00:21:43,510 --> 00:21:44,886 Dia saja saudara saya. 296 00:21:49,057 --> 00:21:50,767 Ramai yang tiada keluarga. 297 00:22:30,849 --> 00:22:33,935 Doktor sedarkah apa yang berlaku di luar sana? 298 00:22:35,103 --> 00:22:37,564 Perang sedang melanda. 299 00:22:37,647 --> 00:22:40,317 Kita lawan kepupusan, tapi peluang kita suram. 300 00:22:40,400 --> 00:22:42,402 Jadi, sekarang saya nak tanya, 301 00:22:43,278 --> 00:22:47,115 apa jadahnya awak bela ayam? 302 00:22:47,699 --> 00:22:50,535 Ayam inilah jawapannya. 303 00:22:52,120 --> 00:22:55,123 - Apa? - Ayam dari Fort Smith ini. 304 00:22:55,207 --> 00:22:58,168 Ia daripada baka yang genetiknya telah diubah suai 305 00:22:58,251 --> 00:23:01,338 untuk Projek Suria Malam. 306 00:23:01,421 --> 00:23:03,256 - Terus terang sajalah. - Ya. 307 00:23:04,174 --> 00:23:08,553 Ayam ini menghasilkan antibodi 308 00:23:08,637 --> 00:23:11,640 yang melawan virus H5G9. 309 00:23:12,849 --> 00:23:18,105 Malangnya antibodinya tak serasi dengan fisiologi manusia, 310 00:23:18,188 --> 00:23:23,485 tapi saya jumpa sesuatu yang serasi dengan antibodi itu. 311 00:23:23,568 --> 00:23:26,279 Adunan Rahsia Dr. Bell. 312 00:23:26,363 --> 00:23:28,240 Tanpa sebarang campuran, 313 00:23:28,323 --> 00:23:32,661 adunan ini menjadikan virus ini dorman. 314 00:23:32,744 --> 00:23:35,205 - Sebab itulah ia aktif semula. - Betul. 315 00:23:35,288 --> 00:23:36,957 Tapi apabila saya gabungkan 316 00:23:38,083 --> 00:23:40,043 dengan antibodi ayam itu, 317 00:23:41,628 --> 00:23:44,339 ia bukan saja melawan virus itu. 318 00:23:56,893 --> 00:23:58,019 Ia memusnahkannya. 319 00:24:07,112 --> 00:24:08,280 Ia penawar? 320 00:24:10,699 --> 00:24:11,700 Penawar mutlak. 321 00:24:15,287 --> 00:24:17,122 Ada berapa banyak lagi penawar? 322 00:24:17,706 --> 00:24:19,916 Ini yang pertama. Tapi kita perlu… 323 00:24:23,086 --> 00:24:24,713 Jangan pandang saya begitu. 324 00:24:29,468 --> 00:24:31,761 Saya akan pulangkannya. Saya janji. 325 00:24:32,888 --> 00:24:36,349 Saya cuma belum mahu awak selamatkan ratu awak. 326 00:24:38,268 --> 00:24:41,021 Awak tahu apa manusia hebat buat 327 00:24:41,104 --> 00:24:43,899 apabila mereka, dengan tak semena-menanya, 328 00:24:43,982 --> 00:24:46,401 selamatkan dunia? 329 00:24:47,819 --> 00:24:48,653 Mereka raikannya. 330 00:24:49,946 --> 00:24:54,284 Saya, awak, makan malam ini. 331 00:24:54,826 --> 00:24:56,745 Bawa sekali isteri awak. 332 00:24:58,163 --> 00:25:00,916 Jangan risau, doktor, kita takkan makan ayam. 333 00:25:03,710 --> 00:25:07,088 Setahu saya, Orang Terakhir tak pandai rancang strategi, 334 00:25:07,172 --> 00:25:08,757 mereka cuma tahu gempur. 335 00:25:08,840 --> 00:25:11,551 Jadi, mereka mungkin alihkan kebanyakan aset 336 00:25:11,635 --> 00:25:14,429 ke pusat pemeriksaan apabila amaran dikeluarkan. 337 00:25:14,513 --> 00:25:16,765 Mujurlah tak ramai yang pandai tembak. 338 00:25:17,474 --> 00:25:19,559 Tapi kami pandai, betul tak? 339 00:25:19,643 --> 00:25:20,936 - Ya. - Ya, puan. 340 00:25:21,019 --> 00:25:23,647 Jika kita boleh alihkan separuh askar keluar, 341 00:25:24,439 --> 00:25:26,483 saya rasa peluang kita cerah. 342 00:25:26,566 --> 00:25:28,527 Jadi, kita cuma perlu isi muatan… 343 00:25:31,238 --> 00:25:32,822 Budak-budak. 344 00:25:33,532 --> 00:25:35,492 Kemudian, cabut secepat mungkin. 345 00:25:35,575 --> 00:25:38,453 Maksud awak, untuk menjalankan misi ini, 346 00:25:38,537 --> 00:25:41,665 kita akan guna semua pesawat, termasuklah Big Bertha, 347 00:25:42,165 --> 00:25:46,711 dan angkut orang termasuklah gergasi itu. 348 00:25:46,795 --> 00:25:48,004 Apa masalahnya? 349 00:25:48,088 --> 00:25:51,466 Minyak tak cukup untuk bawa kita ke Essex. 350 00:25:51,550 --> 00:25:54,177 Tapi kita dah tukar dengan Zhang minggu lalu. 351 00:25:54,261 --> 00:25:56,930 Betul cakapnya. Kita guna untuk hantar rum. 352 00:25:57,013 --> 00:25:59,891 - Separuh dah habis. - Ambillah di depot dekat Kota LeMire. 353 00:25:59,975 --> 00:26:03,562 - Bukankah ia dah tak beroperasi? - Tak. Ia masih beroperasi. 354 00:26:03,645 --> 00:26:05,188 Kawalan pun tak ketat. 355 00:26:05,272 --> 00:26:08,400 Kita boleh curi minyak dan terus pergi ke zoo. 356 00:26:08,483 --> 00:26:10,026 Ya! Baguslah! 357 00:26:10,110 --> 00:26:14,239 Lagi cepat kita satukan pasangan ini dengan binatang mereka, 358 00:26:14,322 --> 00:26:16,408 lagi cepat saya dapat kereta kebal. 359 00:26:18,618 --> 00:26:20,954 Kali ini, minta maaf kepada wanita itu. 360 00:26:21,037 --> 00:26:22,872 - Buat sekarang. - Jepp. 361 00:26:22,956 --> 00:26:24,416 Jangan paksa saya ulang. 362 00:26:25,709 --> 00:26:27,252 Apa dah jadi dengan awak? 363 00:26:27,836 --> 00:26:29,504 Jepperd, jangan. 364 00:26:30,088 --> 00:26:31,172 Dulu awak ibarat dewa. 365 00:26:31,965 --> 00:26:35,302 Tapi kini, awak terincut-incut datang dengan penjaga zoo 366 00:26:35,385 --> 00:26:36,553 dan memohon bantuan kami. 367 00:26:37,053 --> 00:26:39,389 Selamat menyertai rakyat marhaen, Abang Besar. 368 00:26:40,765 --> 00:26:41,600 Hei! 369 00:26:41,683 --> 00:26:42,767 Sudah! 370 00:26:42,851 --> 00:26:44,936 - Hentikannya! - Cakaplah lagi! 371 00:26:50,442 --> 00:26:52,485 Awak perlu keluar. 372 00:27:20,805 --> 00:27:24,392 - Jangan berhenti! - Ayuh! 373 00:27:24,476 --> 00:27:26,394 Macam itulah! 374 00:27:27,187 --> 00:27:29,397 Sekarang baru macam askar! Ayuh! 375 00:27:30,690 --> 00:27:32,484 Laju lagi! 376 00:27:34,027 --> 00:27:35,111 Macam itulah! 377 00:27:35,612 --> 00:27:36,863 Buat lagi! 378 00:27:36,946 --> 00:27:38,615 Lantaklah kalau penat pun! 379 00:27:38,698 --> 00:27:42,410 Ayuh! Cari tempat selamat, gerak! 380 00:27:42,494 --> 00:27:45,121 Kamu mahu berperang, kamu harus lasak! 381 00:27:45,705 --> 00:27:47,749 Cepat, perempuan pun lagi laju! 382 00:27:48,416 --> 00:27:50,085 Kita Orang Terakhir! 383 00:27:56,299 --> 00:27:58,468 Awak buat kami semua nampak lembik. 384 00:27:59,719 --> 00:28:00,720 Sedia. 385 00:28:01,763 --> 00:28:03,306 Bidik. 386 00:28:03,390 --> 00:28:04,265 Tembak! 387 00:28:05,141 --> 00:28:07,477 Sekali lagi. Buat betul-betul! 388 00:28:07,560 --> 00:28:11,022 Sedia, bidik, tembak! 389 00:28:12,482 --> 00:28:14,776 Kenapa? Rasa simpati? 390 00:28:15,944 --> 00:28:16,861 Tidak, tuan. 391 00:28:16,945 --> 00:28:20,323 Kalau awak nampak seekor, awak nak tunjuk belas kasihan? 392 00:28:20,407 --> 00:28:22,325 Tidak, tuan. Tidak sekali-kali. 393 00:28:22,909 --> 00:28:24,828 Jadi, tunggu apa lagi? 394 00:28:33,878 --> 00:28:35,046 Boleh tahan. 395 00:28:38,091 --> 00:28:39,843 Sekali lagi. Sedia. 396 00:28:40,635 --> 00:28:42,095 Bidik. 397 00:28:42,178 --> 00:28:43,096 Tembak! 398 00:28:59,487 --> 00:29:01,740 Dari mana awak belajar tembak begitu? 399 00:29:03,700 --> 00:29:04,993 Saya belajar sendiri. 400 00:29:06,661 --> 00:29:08,913 Ibu bapa saya mati akibat wabak semasa saya kecil. 401 00:29:09,748 --> 00:29:11,207 Saya terpaksa berdikari. 402 00:29:12,333 --> 00:29:15,253 Untuk hidup, saya perlu lawan kalau tak mahu mati. 403 00:29:17,255 --> 00:29:18,548 Saya tak mahu mati. 404 00:29:23,011 --> 00:29:24,220 Awak ada semangat juang. 405 00:29:25,805 --> 00:29:28,600 Jika digilap, awak boleh jadi askar yang unggul. 406 00:29:30,268 --> 00:29:31,644 Ibu bapa awak pasti bangga. 407 00:29:34,522 --> 00:29:37,776 Semua orang, pergi mandi dan makan. 408 00:29:38,860 --> 00:29:39,986 Kamu patut berehat. 409 00:29:45,825 --> 00:29:46,910 Rani? 410 00:29:52,999 --> 00:29:54,042 Awak tak apa-apa? 411 00:29:55,293 --> 00:29:56,169 Saya okey. 412 00:29:57,796 --> 00:29:59,547 Kenapa awak masih berbaring? 413 00:30:00,924 --> 00:30:02,592 Saya cuma tengok bintang. 414 00:30:14,062 --> 00:30:15,772 Saya dah kata saya okey, Adi. 415 00:30:24,489 --> 00:30:26,950 Saya tahu semua ini sukar bagi awak. 416 00:30:28,451 --> 00:30:31,037 Sepanjang sembilan tahun lepas atau sebagai tahanan Abbot? 417 00:30:34,958 --> 00:30:36,376 Dah awak sebut namanya… 418 00:30:38,920 --> 00:30:40,588 Dia jemput kita makan malam. 419 00:30:41,089 --> 00:30:44,300 Saya tahu. Dia tinggalkan baju bersih untuk awak. 420 00:30:44,843 --> 00:30:47,428 Tapi ia agak buruk. 421 00:30:53,560 --> 00:30:54,686 Jadi, bagaimana? 422 00:30:55,311 --> 00:30:56,980 Awak nak keluar makan malam? 423 00:30:57,063 --> 00:30:59,190 Rasanya saya tiada pilihan. 424 00:31:00,400 --> 00:31:02,068 Ini satu keraian, Rani. 425 00:31:03,319 --> 00:31:04,320 Kita berjaya. 426 00:31:04,821 --> 00:31:05,655 Saya berjaya. 427 00:31:06,447 --> 00:31:10,243 Selepas sembilan tahun, inilah dia. 428 00:31:10,326 --> 00:31:13,496 Sikit saja lagi dan awak boleh dapat dos pertama. 429 00:31:15,415 --> 00:31:20,169 Kita bakal mengubah segala-galanya. 430 00:31:25,216 --> 00:31:26,801 Ia kerana awak percayakan saya. 431 00:31:30,471 --> 00:31:33,224 Itu saja yang Abbot perlukan untuk layan kita dengan baik? 432 00:31:33,308 --> 00:31:35,018 Ya, dia memang kejam. 433 00:31:35,560 --> 00:31:39,898 Dia juga narsisis, tapi dia hormati usaha saya. 434 00:31:41,316 --> 00:31:45,737 Jadi, kalau saya terpaksa terus layan keangkuhannya agar dia hormati saya, 435 00:31:46,237 --> 00:31:47,071 tak kisahlah. 436 00:31:58,499 --> 00:32:00,960 "Terus layan" makin berterusan, Adi. 437 00:32:01,044 --> 00:32:03,755 Saya tahu. Tapi sementara itu… 438 00:32:08,426 --> 00:32:11,095 Mari kita nikmati makan malam ini. Okey? 439 00:32:12,597 --> 00:32:15,850 Walaupun kita akan makan dengan orang gila berjambang. 440 00:32:17,101 --> 00:32:18,645 Kalau awak dah tak tahan, 441 00:32:19,562 --> 00:32:21,022 sebut "gargoil", 442 00:32:22,774 --> 00:32:24,359 dan saya akan minta diri. 443 00:32:30,365 --> 00:32:31,532 Gargoil. 444 00:32:42,502 --> 00:32:47,966 Ya, orang penting kita, bersama ratunya. 445 00:32:48,049 --> 00:32:53,471 Doktor, Rani, terima kasih kerana terima undangan saya. 446 00:32:53,554 --> 00:32:54,597 Turunlah. 447 00:33:07,110 --> 00:33:10,488 Doktor, janganlah monyok. Kita raikan kejayaan. Ikut sini. 448 00:33:11,864 --> 00:33:13,282 Muka saya memang begini. 449 00:33:14,492 --> 00:33:15,618 Saya nampak monyok? 450 00:33:18,997 --> 00:33:20,289 Sila duduk. 451 00:33:26,170 --> 00:33:29,090 Mereka kata awak ada bilik baru. 452 00:33:29,173 --> 00:33:30,008 Awak suka tak? 453 00:33:30,091 --> 00:33:32,427 Ia bukan sangkar, tapi bolehlah. 454 00:33:37,140 --> 00:33:39,517 Cakap saja kalau awak perlukan apa-apa. 455 00:33:40,101 --> 00:33:42,395 Dudley, si kuli dah sampai. 456 00:33:43,229 --> 00:33:44,897 Kuli Dudley. 457 00:33:44,981 --> 00:33:46,482 Dudley kuli. 458 00:33:47,567 --> 00:33:48,568 Bagus. 459 00:33:50,361 --> 00:33:51,988 Apa menu kita, Dudley? 460 00:33:52,071 --> 00:33:55,324 Salad tiga kacang dengan articok sebagai pembuka selera 461 00:33:55,408 --> 00:33:58,202 dan sajian utama kita, lasagna dengan keju asli. 462 00:33:58,286 --> 00:34:00,872 Aduhai, dari mana awak dapat menu itu? 463 00:34:01,789 --> 00:34:03,166 Saya ingat… 464 00:34:03,249 --> 00:34:05,793 Saya ada beri sedikit cadangan. 465 00:34:05,877 --> 00:34:08,838 Dia cef sebelum semua ini berlaku. 466 00:34:10,255 --> 00:34:11,382 Terharunya saya. 467 00:34:12,759 --> 00:34:14,761 Mujurlah awak tak kerja di dapur. 468 00:34:14,844 --> 00:34:16,971 Kalau tak, awak tentu masak sendiri. 469 00:34:17,679 --> 00:34:19,014 Saya dah kata, dia… 470 00:34:19,098 --> 00:34:21,641 Saya tahu, penyakitnya tak berjangkit. 471 00:34:22,476 --> 00:34:24,353 Samalah macam lawak saya. 472 00:34:25,730 --> 00:34:27,065 Johnny! 473 00:34:27,148 --> 00:34:29,192 Ada apa? Kami baru saja nak makan. 474 00:34:29,275 --> 00:34:31,110 Saya yang undang dia. 475 00:34:32,695 --> 00:34:36,991 Semua orang sibuk, jadi saya fikir kita patut akhirnya duduk bersama. 476 00:34:37,074 --> 00:34:38,076 Lagipun, 477 00:34:38,909 --> 00:34:40,536 seronok makan dengan keluarga. 478 00:34:47,043 --> 00:34:48,628 Yakah? 479 00:34:49,462 --> 00:34:50,713 - Awak… - Ya. 480 00:34:51,839 --> 00:34:53,341 Silakan, Johnny. 481 00:34:53,925 --> 00:34:55,051 Ambil satu kerusi. 482 00:34:55,134 --> 00:34:56,135 Dudley! 483 00:34:59,097 --> 00:35:03,601 Saya tak tahu pula adik saya pandai beramah mesra. 484 00:35:04,852 --> 00:35:08,356 Saya cuma harap dia tak buka pekung di dada. 485 00:35:08,981 --> 00:35:11,651 Pekung apa yang awak nak sembunyikan? 486 00:35:18,491 --> 00:35:20,451 Ucap selamat. Mari. 487 00:35:26,207 --> 00:35:28,292 Sembilan tahun lepas… 488 00:35:31,212 --> 00:35:32,630 Cakaplah jika dah cukup. 489 00:35:37,552 --> 00:35:38,803 Ya. Terima kasih. 490 00:35:39,762 --> 00:35:40,763 Maaf. 491 00:35:45,184 --> 00:35:46,561 Awak dah sedia? 492 00:35:48,104 --> 00:35:52,775 Sembilan tahun lepas amat sukar bagi kita semua. 493 00:35:53,401 --> 00:35:59,866 Negara, masyarakat, malah spesies kita telah banyak menderita. 494 00:36:01,200 --> 00:36:02,618 Kita hilang pedoman… 495 00:36:04,412 --> 00:36:07,123 dan kepercayaan terhadap manusia sejagat. 496 00:36:07,999 --> 00:36:13,796 Tapi manusia memang ditakdirkan untuk mengharungi cabaran. 497 00:36:13,880 --> 00:36:19,760 Juga kerana takdirlah kita berada di sini malam ini. 498 00:36:21,387 --> 00:36:27,059 Doktor, usaha doktor akan tercatat dalam sejarah. 499 00:36:28,311 --> 00:36:32,398 Rani, awak tentu bangga dengan suami awak. 500 00:36:32,481 --> 00:36:34,984 Saya harap awak sedar bahawa tanpa awak, 501 00:36:35,735 --> 00:36:39,405 kejayaannya ini tak mungkin tercapai. 502 00:36:39,488 --> 00:36:41,991 Awak beri dia ilham. 503 00:36:43,492 --> 00:36:44,827 Syabas, doktor. 504 00:36:45,703 --> 00:36:46,537 Semoga awak sihat. 505 00:36:48,331 --> 00:36:49,540 - Minum. - Minum. 506 00:36:49,624 --> 00:36:50,625 Minum. 507 00:36:54,212 --> 00:36:55,046 Baiklah… 508 00:36:57,089 --> 00:36:58,549 Mari kita makan. 509 00:37:11,687 --> 00:37:13,189 Kenapa awak buat begitu? 510 00:37:14,273 --> 00:37:15,608 Ia bodoh betul. 511 00:37:16,651 --> 00:37:17,652 Saya tahu. 512 00:37:19,070 --> 00:37:20,071 - Saya… - Tidak. 513 00:37:20,905 --> 00:37:23,741 Mujurlah saya berjaya meredakan kemarahan mereka. 514 00:37:26,869 --> 00:37:29,080 Awak tak perlu pertahankan saya. 515 00:37:31,249 --> 00:37:32,708 Mungkin saya perlu. 516 00:37:32,792 --> 00:37:34,335 Saya tahu awak rasa sedih, 517 00:37:35,294 --> 00:37:36,963 dan rasa marah. 518 00:37:39,006 --> 00:37:41,342 Tapi jika kita nak bekerjasama 519 00:37:42,218 --> 00:37:45,680 dan saling percaya, tolonglah berkomunikasi dengan saya. 520 00:37:46,639 --> 00:37:50,685 Kita yang akan rugi jika kita terasa dek kata-kata mereka. 521 00:37:56,816 --> 00:37:58,067 Mereka bukan masalahnya. 522 00:37:59,318 --> 00:38:00,319 Saya… 523 00:38:01,862 --> 00:38:06,993 Isteri saya bersalin sejurus sebelum Kehancuran menimpa. 524 00:38:07,785 --> 00:38:09,870 Namanya Louisa. 525 00:38:09,954 --> 00:38:12,331 Kami tak sempat namakan anak sebelum… 526 00:38:14,375 --> 00:38:16,836 Sebelum kerajaan bawa dia pergi. 527 00:38:17,503 --> 00:38:21,007 Saya terdesak. Jadi, saya minta nasihat daripada kawan lama. 528 00:38:22,258 --> 00:38:23,801 Dia sertai Orang Terakhir 529 00:38:23,884 --> 00:38:26,721 pada awal penubuhannya. 530 00:38:26,804 --> 00:38:28,848 Dia kata dia ada kenalan 531 00:38:28,931 --> 00:38:32,476 yang boleh cari keluarga saya kalau saya sertai mereka. 532 00:38:37,773 --> 00:38:42,611 Semasa awak tanya tentang khidmat saya untuk mereka. 533 00:38:44,739 --> 00:38:45,990 Saya bohong. 534 00:38:51,579 --> 00:38:54,915 Sayalah yang kumpul budak-budak itu dan tangkap mereka 535 00:38:56,584 --> 00:38:57,877 dan saya juga cekap. 536 00:38:58,461 --> 00:39:00,588 Saya digelar "penangkap hibrid". 537 00:39:06,135 --> 00:39:10,056 Saya tak tahu jika saya ada tangkap anak-anak awak. 538 00:39:13,392 --> 00:39:17,188 Tapi kalau bukan saya pun, orang macam saya yang tangkap mereka. 539 00:39:21,984 --> 00:39:23,652 Saya harus terima hakikat itu. 540 00:39:27,156 --> 00:39:29,533 Hakikat yang saya pisahkan keluarga 541 00:39:30,159 --> 00:39:31,702 demi keluarga saya. 542 00:39:39,627 --> 00:39:41,712 Saya percayakan awak! 543 00:39:44,215 --> 00:39:45,466 Saya percayakan awak! 544 00:39:55,351 --> 00:39:58,020 Berjayakah awak dapatkan semula keluarga awak? 545 00:40:07,405 --> 00:40:08,697 Baguslah awak beritahu saya. 546 00:40:24,672 --> 00:40:27,466 Hei. Awak nak duduk dengan kami? 547 00:40:29,385 --> 00:40:31,595 Tak apalah, saya okey. Terima kasih. 548 00:40:34,765 --> 00:40:37,435 Hebat betul aksi awak tadi. 549 00:40:40,771 --> 00:40:42,314 Semua orang puji. 550 00:40:48,237 --> 00:40:51,323 Betulkah awak belajar sendiri? 551 00:40:54,326 --> 00:40:55,327 Ya. 552 00:41:04,170 --> 00:41:09,133 Hei, saya tahu kita baru berkawan, tapi yalah… 553 00:41:11,051 --> 00:41:12,845 Kalau sesuatu menghantui awak… 554 00:41:15,514 --> 00:41:16,474 Saya akan bantu. 555 00:41:19,351 --> 00:41:21,228 - Saya… - Okey, perhatian! 556 00:41:22,813 --> 00:41:25,983 Awak, awak dan awak. 557 00:41:26,567 --> 00:41:29,445 Bersedia untuk misi pertama. Kamu ada sepuluh minit. 558 00:41:29,528 --> 00:41:32,239 Baiklah, mari kita bersedia. 559 00:41:32,323 --> 00:41:33,365 Ikut saya. 560 00:41:41,165 --> 00:41:42,666 Siapa mahu pencuci mulut? 561 00:41:44,335 --> 00:41:45,669 Dudley! 562 00:41:47,880 --> 00:41:48,964 Susu kocak strawberi. 563 00:41:49,590 --> 00:41:51,675 Seperti yang doktor minta. 564 00:41:52,259 --> 00:41:55,471 Saya juga ada beri cadangan. 565 00:41:56,138 --> 00:41:56,972 Terima kasih. 566 00:42:03,103 --> 00:42:04,563 - Ini… - Tak sedap. 567 00:42:04,647 --> 00:42:06,232 Betul, memang tak sedap. 568 00:42:06,315 --> 00:42:09,235 Kami guna serbuk rangsum tentera. 569 00:42:09,318 --> 00:42:10,319 Itulah sebabnya. 570 00:42:11,612 --> 00:42:12,488 Maaf. 571 00:42:12,571 --> 00:42:13,781 Hei. 572 00:42:15,282 --> 00:42:17,159 Niat itu yang penting. 573 00:42:19,036 --> 00:42:20,329 Betulkah? 574 00:42:21,455 --> 00:42:23,457 Niat itu yang penting? 575 00:42:24,833 --> 00:42:28,212 Saya tanya kerana pada pandangan saya, 576 00:42:28,295 --> 00:42:33,175 awak wanita yang lebih pentingkan hasil. 577 00:42:34,093 --> 00:42:40,099 Jangan kecil hati, tapi saya tak rasa dia boleh sampai sejauh ini tanpa 578 00:42:41,141 --> 00:42:42,476 bimbingan awak. 579 00:42:44,603 --> 00:42:45,479 Ia usaha bersama. 580 00:42:46,647 --> 00:42:48,691 Seperti awak dengan Johnny. 581 00:42:48,774 --> 00:42:50,568 Betul cakap awak. 582 00:42:50,651 --> 00:42:54,655 Lagipun, siapa lagi yang boleh kita percaya di dunia ini 583 00:42:54,738 --> 00:42:56,448 kalau bukan keluarga sendiri? 584 00:42:58,075 --> 00:43:00,160 Kamu berdua pasangan yang hebat. 585 00:43:00,244 --> 00:43:01,245 Memang betul. 586 00:43:01,954 --> 00:43:04,248 Kami pasangan penyanyi. 587 00:43:04,331 --> 00:43:07,126 Kami ada kumpulan muzik semasa kami muda dulu. 588 00:43:07,209 --> 00:43:11,797 Saya main gitar, tapi Johnny pandai menyanyi. 589 00:43:12,715 --> 00:43:16,385 Suaranya merdu dan penuh perasaan. 590 00:43:16,468 --> 00:43:18,596 Bergenang air mata apabila kita mendengarnya. 591 00:43:19,096 --> 00:43:21,765 Kami nak jadi macam Simon dan Garfunkel. 592 00:43:21,849 --> 00:43:25,352 Ya, kami buat persembahan terbuka, di pertunjukan bakat. 593 00:43:25,436 --> 00:43:28,439 Malah, saya buat kad pengenalan palsu supaya dia boleh masuk bar. 594 00:43:28,522 --> 00:43:31,442 Awak ingat lagi pergaduhan di Cedar Mountain? 595 00:43:31,525 --> 00:43:32,943 Aduhai. 596 00:43:33,027 --> 00:43:35,237 - Pemilik itu tak nak bayar upah kita. - Aduhai. 597 00:43:35,321 --> 00:43:37,906 - Mak hampir hilang sabar. - Ya. 598 00:43:38,407 --> 00:43:40,826 Ya. Dia suruh saya duduk. 599 00:43:40,909 --> 00:43:43,912 Dia kata, "Suatu hari nanti, mak akan mati. 600 00:43:43,996 --> 00:43:45,664 Dia saja saudara kamu. 601 00:43:46,957 --> 00:43:48,334 Jagalah dia baik-baik." 602 00:43:50,085 --> 00:43:51,211 Itu yang saya buat. 603 00:43:52,421 --> 00:43:57,051 Saya mula kerja supaya dia boleh kejar minatnya. 604 00:43:58,385 --> 00:44:01,639 Semasa saya jadi tentera, saya hantar duit setiap bulan. 605 00:44:03,349 --> 00:44:06,518 Entahlah, saya cuma tak mahu 606 00:44:07,811 --> 00:44:10,522 dia hilang sifatnya itu. 607 00:44:11,649 --> 00:44:14,568 Tapi takdir mencelah 608 00:44:15,194 --> 00:44:19,657 dan tiba-tiba saja, wabak itu muncul. 609 00:44:20,532 --> 00:44:21,659 Mak kami meninggal. 610 00:44:22,242 --> 00:44:23,786 Tapi saya ingat janji itu. 611 00:44:24,787 --> 00:44:28,582 Saya bersumpah takkan meninggalkan John. 612 00:44:31,043 --> 00:44:31,877 Tidak sekali-kali. 613 00:44:35,172 --> 00:44:36,298 Saya ibarat tangan… 614 00:44:40,636 --> 00:44:42,096 dia ibarat hati nurani. 615 00:44:43,806 --> 00:44:49,353 Kami terpaksa ambil langkah yang perlu untuk mengharungi dunia baru ini. 616 00:44:54,233 --> 00:44:56,735 Aduhai, Dudley, saya belasah kamu karang. 617 00:44:56,819 --> 00:44:57,653 Ada apa? 618 00:44:59,279 --> 00:45:00,531 Tiga Ketua kata… 619 00:45:10,332 --> 00:45:11,917 Saya sungguh tak sangka. 620 00:45:12,501 --> 00:45:13,877 Nampaknya… 621 00:45:15,546 --> 00:45:19,174 takdir mencelah sekali lagi. 622 00:45:20,092 --> 00:45:22,177 Jadi, ketiga-tiga ketua itu… 623 00:45:23,804 --> 00:45:27,474 Mereka akhirnya setuju untuk dengar cadangan saya. 624 00:45:28,600 --> 00:45:30,102 Cadangan apa sebenarnya? 625 00:45:32,771 --> 00:45:35,274 Esok awak tahulah. 626 00:45:35,357 --> 00:45:41,238 Tapi saya ada ahli sains handalan dan mereka pasti akan dengar cakap saya. 627 00:45:41,822 --> 00:45:45,451 Esok, kita akan menenteramkan dunia yang huru-hara ini. 628 00:45:46,744 --> 00:45:47,619 Esok, 629 00:45:48,579 --> 00:45:50,247 kita akan buat pembentangan. 630 00:45:52,583 --> 00:45:54,042 Apa yang berlaku tadi? 631 00:45:56,795 --> 00:45:57,796 Entahlah. 632 00:45:58,464 --> 00:45:59,548 - Dia… - Dia… 633 00:46:00,048 --> 00:46:01,091 - …baik juga. - …gila. 634 00:46:02,676 --> 00:46:04,261 Awak biar betul. 635 00:46:05,345 --> 00:46:06,555 Dia gila. 636 00:46:07,139 --> 00:46:08,849 Fikiran awak di mana tadi? 637 00:46:08,932 --> 00:46:13,479 Gayanya memang keterlaluan, tapi saya rasa dia sayang adiknya 638 00:46:13,562 --> 00:46:17,775 dan akan buat apa saja untuknya, samalah macam saya dengan awak, jadi, 639 00:46:17,858 --> 00:46:18,859 saya dan dia… 640 00:46:18,942 --> 00:46:20,486 Awak bukan macam dia, Adi. 641 00:46:20,569 --> 00:46:21,987 Kami mencari penawarnya 642 00:46:22,070 --> 00:46:25,908 dan jika dia tak ancam nyawa saya, saya mungkin takkan menemuinya. 643 00:46:30,913 --> 00:46:34,291 Betulkah awak nak bantu dia membentangkannya esok? 644 00:46:34,374 --> 00:46:35,209 Saya terpaksa. 645 00:46:36,043 --> 00:46:40,130 Lagipun, kata-kata Abbot tentang takdir… 646 00:46:41,882 --> 00:46:45,260 Takkah awak rasa kita ditakdirkan berada di sini? 647 00:46:48,931 --> 00:46:50,224 Awak fikir begitu? 648 00:46:53,727 --> 00:46:56,230 Saya berjanji untuk membebaskan awak. 649 00:46:57,272 --> 00:47:00,359 Daripada virus dan tempat ini, dan… 650 00:47:01,068 --> 00:47:04,321 Saya tak mahu mungkir janji. Jadi, ya. 651 00:47:04,404 --> 00:47:07,157 Saya akan bantu dia dengan pembentangannya dan… 652 00:47:09,284 --> 00:47:11,870 kemudian, kita akan bebas. 653 00:47:18,752 --> 00:47:20,754 Awak dah banyak menderita, bukan? 654 00:47:22,381 --> 00:47:23,715 Kita dah menderita. 655 00:47:26,218 --> 00:47:27,052 Mari. 656 00:47:46,196 --> 00:47:47,573 Saya sayang awak, Rani. 657 00:47:49,616 --> 00:47:51,243 Saya juga sayang awak, Adi. 658 00:48:14,516 --> 00:48:15,475 Masa makan! 659 00:48:15,559 --> 00:48:17,185 Dia akan nampak. Tutup! 660 00:48:21,231 --> 00:48:22,190 Itu apa? 661 00:48:23,025 --> 00:48:24,902 Siaplah kamu. 662 00:48:35,329 --> 00:48:36,580 Benda ini dari mana? 663 00:48:37,164 --> 00:48:38,957 Kamu curi-curi keluar, ya? 664 00:48:40,292 --> 00:48:41,668 Kamu tak mahu mengaku? 665 00:48:42,377 --> 00:48:46,590 Yang mana agaknya yang akan disembelih selepas ini? 666 00:48:49,760 --> 00:48:52,346 Saya ada cenderamata daripada mangsa sebelum ini. 667 00:48:55,307 --> 00:48:56,892 Anak buaya itu terus mati. 668 00:48:58,060 --> 00:48:59,227 Peter. 669 00:49:00,604 --> 00:49:01,897 Awak nak cenderamata apa? 670 00:49:03,815 --> 00:49:06,360 Mungkin sarung tangan bulu. 671 00:49:10,113 --> 00:49:12,199 Atau bantal bulu burung? 672 00:49:16,828 --> 00:49:18,038 Tapi rasanya… 673 00:49:20,040 --> 00:49:24,002 Saya teringin makan daging khinzir. 674 00:49:25,087 --> 00:49:26,046 Daging khinzir! 675 00:49:28,924 --> 00:49:30,092 Jangan sentuh dia! 676 00:49:34,513 --> 00:49:35,847 KELUAR SUAKA 677 00:49:43,897 --> 00:49:44,731 Hei! 678 00:49:49,027 --> 00:49:50,404 Hei! Jangan lari! 679 00:49:58,203 --> 00:50:01,456 Saya cuma nak balik. 680 00:50:17,097 --> 00:50:17,973 Helo. 681 00:50:19,599 --> 00:50:21,184 Selamat berkenalan, Gus. 682 00:51:37,135 --> 00:51:39,971 Dengar kata ada keluarga yang sembunyikan hibrid. 683 00:51:40,931 --> 00:51:42,474 Tugas kita mudah saja. 684 00:51:43,100 --> 00:51:45,352 Hukum pengkhianat, tangkap haiwan itu. 685 00:51:45,435 --> 00:51:47,437 Kemudian, kita bawa mereka ke zoo. 686 00:51:47,521 --> 00:51:51,650 Kamu mungkin sempat lihat binatang lain yang mereka kurung. 687 00:51:51,733 --> 00:51:53,652 Katanya ada yang boleh bercakap. 688 00:51:56,738 --> 00:51:58,532 Awak dan Jordan masuk dulu. 689 00:51:59,366 --> 00:52:01,952 Yang lain akan kepung rumah itu. 690 00:52:02,035 --> 00:52:03,120 - Baik, tuan. - Bagus. 691 00:52:03,203 --> 00:52:05,664 Selepas misi selesai, kamu akan jadi Orang Terakhir. 692 00:52:05,747 --> 00:52:08,083 Kemudian, kita akan jadikannya rasmi. 693 00:52:09,835 --> 00:52:11,711 Orang Terakhir askar terbilang. 694 00:52:11,795 --> 00:52:13,964 Suara lantang dan tangkap binatang 695 00:52:34,693 --> 00:52:37,112 - Kita jumpa di Kota LeMire. - Ya, bos. 696 00:52:46,955 --> 00:52:48,957 Ada perubahan. Awak tak ikut. 697 00:52:49,708 --> 00:52:53,211 Sebab saya tumbuk orang awak? Memang padan muka dia pun. 698 00:52:54,880 --> 00:52:56,006 Jangan tanya saya. 699 00:52:56,756 --> 00:52:57,757 Hei, apa ini? 700 00:52:58,550 --> 00:53:01,052 Saya akan selamatkan Gus, tapi jangan ganggu dia lagi. 701 00:53:02,304 --> 00:53:03,680 Dia lebih selamat dengan saya. 702 00:53:04,639 --> 00:53:06,057 Apa? 703 00:53:06,141 --> 00:53:08,310 Hei! Buka pintu! 704 00:53:08,393 --> 00:53:10,687 Buka pintu! Jangan tinggalkan saya! 705 00:53:10,770 --> 00:53:13,148 Awak perlukan saya! Gus perlukan saya! 706 00:53:14,900 --> 00:53:15,901 Tak guna! 707 00:53:37,881 --> 00:53:40,342 Sesetengah jalan lurus. 708 00:53:45,555 --> 00:53:48,642 Sesetengahnya berbelit-belit. 709 00:53:50,685 --> 00:53:54,731 Tapi kita perlu yakin bahawa akhirnya, 710 00:53:54,814 --> 00:53:58,318 semua jalan membawa kita ke tempat yang sepatutnya. 711 00:53:59,653 --> 00:54:01,655 Asalkan kita tak terlambat. 712 00:55:42,964 --> 00:55:45,884 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin