1
00:01:49,943 --> 00:01:52,028
Minggu depannya, dia jadi lebih bernafsu.
2
00:01:52,112 --> 00:01:54,489
Tapi kali ini dia ada 20 dolar
dan bukan 10 dolar.
3
00:01:54,572 --> 00:01:56,616
Dia kembali ke rumah pelacuran,
bayar 20 dolar
4
00:01:56,699 --> 00:01:58,618
dan beritahu ibu ayam yang dia mahukannya.
5
00:01:58,701 --> 00:02:01,204
Tapi dia takkan bersama
mana-mana pelacur kali ini.
6
00:02:01,287 --> 00:02:03,414
Duit itu masih tak cukup,
tapi dia boleh tolong.
7
00:02:03,957 --> 00:02:06,626
Lelaki itu naik ke sebuah bilik
di tingkat paling atas.
8
00:02:06,709 --> 00:02:09,586
Kali ini cuma ada lelaki-lelaki
yang puaskan diri sendiri.
9
00:02:09,670 --> 00:02:12,966
Tapi salah seorang yakinkan dia
yang dia akan rasa puas.
10
00:02:13,049 --> 00:02:17,387
Dia memanggilnya untuk sama-sama lihat
melalui sebuah lubang di lantai.
11
00:02:17,470 --> 00:02:20,515
Boleh berhenti sekejap tak?
Saya nak buang air kecil.
12
00:02:21,432 --> 00:02:23,184
Jangan harap.
13
00:02:23,268 --> 00:02:25,895
Sambung cerita.
Ada dua gadis cantik sedang berasmara.
14
00:02:52,505 --> 00:02:54,132
Awak berdoa pula sekarang?
15
00:02:55,925 --> 00:03:01,681
Oh, Tuhan. Berikan satu balang mayones
kosong supaya saya boleh buang air?
16
00:03:03,766 --> 00:03:05,143
Beginilah, Krug.
17
00:03:05,226 --> 00:03:08,563
Memandangkan penjara itu agak berbahaya,
18
00:03:09,522 --> 00:03:12,066
awak patut berdoa
untuk sesuatu yang lebih penting.
19
00:03:42,055 --> 00:03:43,431
Tak guna!
20
00:03:46,392 --> 00:03:47,352
Tolonglah.
21
00:03:48,269 --> 00:03:49,520
Nah.
22
00:03:58,071 --> 00:04:00,114
- Awak okey?
- Ya.
23
00:04:06,746 --> 00:04:08,414
Saya buat dengan baik?
24
00:04:08,998 --> 00:04:10,083
Cakaplah!
25
00:04:10,166 --> 00:04:12,043
Lain kali langgar lebih kuat, Francis.
26
00:04:12,126 --> 00:04:13,878
- Mana anak saya?
- Dia tak apa-apa.
27
00:04:24,639 --> 00:04:28,059
Apa? Saya tak faham!
28
00:04:28,142 --> 00:04:31,229
Saya rasa dia kata, "Ambil duit saya."
29
00:04:32,146 --> 00:04:33,773
Ambil duit itu, ya?
30
00:04:36,734 --> 00:04:38,403
Saya rasa dia akan mati.
31
00:04:40,738 --> 00:04:42,323
Awak rasa apa yang dia nampak?
32
00:04:47,495 --> 00:04:49,038
Orang yang dia takkan nampak lagi.
33
00:05:47,513 --> 00:05:48,681
Hai.
34
00:05:49,265 --> 00:05:50,767
Hai.
35
00:05:50,850 --> 00:05:52,060
Berapa masa saya?
36
00:05:53,311 --> 00:05:57,190
- Sempurna. Hebat.
- Ayuh. Serahkan kepada saya.
37
00:05:58,149 --> 00:06:00,818
- Mana? Biar saya tengok.
- Memang hebat.
38
00:06:02,028 --> 00:06:03,738
Mak, biarlah saya tengok.
39
00:06:03,821 --> 00:06:07,366
Sayang, masa kamu sempurna.
Sekarang masa untuk bercuti.
40
00:06:08,284 --> 00:06:10,995
Beritahu bilik bedah pesakit patah kompaun
pada femur kiri dalam perjalanan.
41
00:06:11,079 --> 00:06:14,207
Pindahkan dua unit darah O negatif.
Mereka kena ada banyak bekalan.
42
00:06:14,290 --> 00:06:15,249
- Ya.
- Encik Hadley.
43
00:06:15,333 --> 00:06:17,418
Boleh ikut jari saya? Ya, macam itu.
44
00:06:17,502 --> 00:06:19,587
Bagus. Awak takkan apa-apa, okey?
45
00:06:19,670 --> 00:06:21,047
Awak akan kembali menunggang basikal.
46
00:06:21,130 --> 00:06:23,758
Jom pergi. Saya suka baju itu.
47
00:06:23,841 --> 00:06:26,719
Warnanya saja pasti ambil
beberapa minit masa awak.
48
00:06:28,262 --> 00:06:29,388
-Hai.
-Hei.
49
00:06:29,472 --> 00:06:31,015
- Hei, Mary Anne!
- Ya?
50
00:06:31,099 --> 00:06:33,684
Mana imbasan CT kepala yang saya minta?
Dah setengah jam.
51
00:06:34,936 --> 00:06:37,438
Dia dapat B tolak untuk semester ini.
Itu bagus.
52
00:06:37,522 --> 00:06:40,274
Jadi saya setuju untuk beri
surat akuan untuknya.
53
00:06:40,358 --> 00:06:44,487
Ya, terus hubungi saya kalau nak berhubung
sepanjang musim panas ini.
54
00:06:44,570 --> 00:06:47,281
Okey, selamat bercuti.
Baiklah. Selamat tinggal.
55
00:06:48,908 --> 00:06:51,828
Perempuan itu buat mak naik gila.
56
00:06:51,911 --> 00:06:55,540
Okey, mak nak pergi bercuti
atau nak saya patah balik?
57
00:07:06,717 --> 00:07:08,386
Ayah?
58
00:07:11,264 --> 00:07:12,640
- Ayah?
- Sayang!
59
00:07:14,725 --> 00:07:17,478
Ya. Ada apa?
60
00:07:21,315 --> 00:07:24,694
- Dah sampai?
- Kita sedang belok.
61
00:07:25,319 --> 00:07:29,115
PENGHUJUNG TASIK DI JALAN INI
62
00:07:29,824 --> 00:07:32,410
Aduhai, tiada siapa nak tukar
papan tanda itu.
63
00:07:33,453 --> 00:07:36,080
Tapi mak suka.
Ia beritahu di mana kita patut belok.
64
00:08:11,491 --> 00:08:13,659
Bunga tiga bulan mak dah berbunga semula.
65
00:08:23,794 --> 00:08:25,588
Rumah ini nampak elok saja.
66
00:08:27,715 --> 00:08:31,677
Ya, cuma di dalamnya mak tak berapa pasti.
67
00:08:33,554 --> 00:08:35,847
- Kenapa?
- Ya, kenapa?
68
00:08:36,849 --> 00:08:38,351
Saya tak beritahu awak, ya?
69
00:08:38,433 --> 00:08:42,355
- Dan datang memancing minggu lepas.
- Tak, Em.
70
00:08:42,938 --> 00:08:45,024
- Awak biarkan adik awak tinggal di sini?
- Ya.
71
00:08:45,107 --> 00:08:46,692
Tanpa pengawasan?
72
00:08:46,776 --> 00:08:50,571
Jangan risau, sayang.
Saya suruh dia tidur di rumah tamu.
73
00:08:50,655 --> 00:08:53,866
Jadi dia dan sesiapa yang bersama dia
sepahkan dua buah rumah?
74
00:08:54,450 --> 00:08:57,662
Boleh saya tinggal di rumah tamu?
75
00:08:58,371 --> 00:09:00,289
Saya janji takkan sepahkannya.
76
00:09:34,907 --> 00:09:36,617
"Hei, anak-anak, saya belanja minum."
77
00:09:36,701 --> 00:09:40,329
"Terima kasih kerana benarkan saya
memancing di tasik. Sayang, Dan."
78
00:09:40,413 --> 00:09:43,374
Ini champagne berharga empat dolar.
79
00:09:43,457 --> 00:09:45,960
Jadi? Terima sajalah.
80
00:10:33,799 --> 00:10:37,094
SENTIASA KEJAR EMAS, ABANG BEN
81
00:12:16,819 --> 00:12:18,362
Tak guna. Oh, Tuhan.
82
00:12:18,446 --> 00:12:20,364
- Hei.
- Hei.
83
00:12:20,448 --> 00:12:22,199
- Apa?
- Ketuhar gelombang mikro rosak?
84
00:12:22,908 --> 00:12:24,493
Saya tak tahu apa dia buat.
85
00:12:24,577 --> 00:12:27,872
Sayang, adik saya tak rosakkan
ketuhar gelombang mikro itu.
86
00:12:27,955 --> 00:12:29,290
Awak tak ada bukti.
87
00:12:30,249 --> 00:12:32,668
Mak nak guna kereta hari ini?
88
00:12:35,045 --> 00:12:38,466
Sebab saya fikir saya nak jumpa Paige.
89
00:12:39,216 --> 00:12:40,843
Dia kata dia bekerja hari ini.
90
00:12:42,511 --> 00:12:44,013
Okey, tapi kita baru sampai.
91
00:12:44,096 --> 00:12:46,098
Nak masak makan lewat malam,
melepak dan…
92
00:12:46,182 --> 00:12:50,019
Mungkin mak dan ayah
boleh makan malam berdua malam ini?
93
00:12:52,646 --> 00:12:54,190
Nah.
94
00:12:57,985 --> 00:12:59,945
Mak pasti?
95
00:13:00,029 --> 00:13:04,408
Tak, mak tak pasti.
Tapi ayah kamu nampak sangat pasti.
96
00:13:04,492 --> 00:13:06,410
Mak tahu kamu dah lama tak jumpa Paige.
97
00:13:06,494 --> 00:13:09,163
- Jadi…
- Nah. Berseronoklah.
98
00:13:09,955 --> 00:13:11,999
Terima kasih, ayah.
99
00:13:13,083 --> 00:13:15,377
- Baiklah.
- Janji dengan mak.
100
00:13:15,461 --> 00:13:17,546
Janji yang kamu akan telefon mak. Okey?
101
00:13:17,630 --> 00:13:21,592
- Itu saja yang mak minta. Okey?
- Baiklah.
102
00:13:21,675 --> 00:13:24,178
- Sayang kamu.
- Sayang mak juga.
103
00:13:24,261 --> 00:13:27,515
- Selamat tinggal, sayang.
- Selamat tinggal, ayah. Jumpa nanti.
104
00:13:27,598 --> 00:13:28,933
Okey.
105
00:13:30,643 --> 00:13:32,144
Tolong berhati-hati.
106
00:13:43,280 --> 00:13:45,783
Tak pasti jika awak boleh ikut
perkembangan bandar ini,
107
00:13:45,866 --> 00:13:47,284
tapi ada kedai yogurt baru.
108
00:13:47,368 --> 00:13:49,537
Boleh dapatkan meja untuk kita?
109
00:13:49,620 --> 00:13:52,248
Ya. Saya ada kenalan.
Saya mungkin boleh tolong.
110
00:13:52,331 --> 00:13:56,335
- Berapa harganya?
- 5.25 dolar.
111
00:13:57,044 --> 00:13:58,796
Terima kasih. Semoga hari awak baik.
112
00:14:00,673 --> 00:14:02,675
Dengar sini, Mari. Saya…
113
00:14:03,676 --> 00:14:06,136
Saya tak percaya
bila saya dengar tentang Ben.
114
00:14:06,220 --> 00:14:08,597
- Saya tahu.
- Saya tahu saya patut telefon awak.
115
00:14:08,681 --> 00:14:13,102
- Saya cuma fikir…
- Paige, tak apa.
116
00:14:14,061 --> 00:14:15,854
Sebenarnya…
117
00:14:15,938 --> 00:14:17,606
- Okey, topik lain.
- Ya.
118
00:14:17,690 --> 00:14:19,567
Jadi apa awak nak buat malam ini?
119
00:14:19,650 --> 00:14:21,569
Awak…
120
00:14:21,652 --> 00:14:25,406
- Awak masih hisap ganja?
- Tak, saya dah tak buat benda itu lagi.
121
00:14:26,240 --> 00:14:28,659
Ya, awak dah jadi atlet sekarang atau…
122
00:14:30,202 --> 00:14:31,787
Hei.
123
00:14:33,122 --> 00:14:34,623
Awak perlukan bakul?
124
00:14:38,168 --> 00:14:40,754
Saya rasa kita tak pernah berjumpa.
Siapa nama awak?
125
00:14:42,673 --> 00:14:45,426
- Justin.
- Justin, saya Paige.
126
00:14:45,509 --> 00:14:48,429
Ini Mari. Mari, ini Justin.
127
00:14:48,512 --> 00:14:50,306
- Justin, ini Mari.
- Hai.
128
00:14:50,389 --> 00:14:52,766
- Hei.
- Itu saja?
129
00:14:52,850 --> 00:14:55,686
- Boleh beri sekotak rokok?
- Boleh beri saya kad pengenalan?
130
00:14:57,146 --> 00:14:58,731
Boleh beri saya kelonggaran?
131
00:14:59,607 --> 00:15:02,526
Justin, saya akan buat begitu
jika saya memerintah dunia, tapi…
132
00:15:04,904 --> 00:15:09,241
- Apa kata kita saling membantu?
- Macam mana awak nak bantu saya?
133
00:15:10,951 --> 00:15:14,747
Saya ada barang gred A premium di motel.
134
00:15:15,456 --> 00:15:16,916
Yakah?
135
00:15:16,999 --> 00:15:18,751
Ya, awak boleh lihat sendiri.
136
00:15:22,296 --> 00:15:25,883
Saya terdengar perbualan kamu tadi.
137
00:15:33,432 --> 00:15:37,019
Jumlahnya 13.20 dolar, bukan?
138
00:15:50,699 --> 00:15:54,244
- Okey, 20 dolar. Ini bakinya.
- Terima kasih.
139
00:15:55,621 --> 00:15:56,580
Giliran awak.
140
00:15:56,664 --> 00:15:58,832
RUMAH PERSINGGAHAN MEADOWL
141
00:15:58,916 --> 00:16:00,834
Kita dah sampai. Sangat mewah, Justin.
142
00:16:01,502 --> 00:16:03,295
- Kiri atau kanan?
- Kiri.
143
00:16:04,421 --> 00:16:07,174
Saya pergi ambil sekejap.
Kemudian, kita balik rumah saya.
144
00:16:07,257 --> 00:16:10,052
- Ayah saya tak balik malam ini.
- Okey, lima minit.
145
00:16:14,682 --> 00:16:15,849
Baiklah, dua minit saja.
146
00:16:41,125 --> 00:16:43,961
Maklumat tentang cuaca dan trafik.
Sekelompok besar awan ribut
147
00:16:44,044 --> 00:16:47,548
akan terbentuk sehingga lewat malam ini…
148
00:16:57,099 --> 00:17:00,269
MENCARI ISYARAT
149
00:17:16,410 --> 00:17:18,871
- Maaf, cik.
- Ini…
150
00:17:23,000 --> 00:17:25,586
- Ini cik punya?
-Tak, bukan.
151
00:17:35,929 --> 00:17:38,223
KERETA POLIS RAKAM SERANGAN
152
00:17:50,277 --> 00:17:51,737
Apa awak berdua buat?
153
00:17:52,613 --> 00:17:56,075
Mari, Justin tak bergurau.
Ini sangat bagus.
154
00:17:56,158 --> 00:17:57,117
Jelas sekali.
155
00:17:57,201 --> 00:17:59,620
Berapa lama awak nak biarkan
saya duduk di luar sana?
156
00:17:59,703 --> 00:18:03,707
- Nah. Rasalah.
- Paige, kita baru cakap tentang ini tadi.
157
00:18:03,791 --> 00:18:09,129
Ayuh. Dia dah lama tak rasa. Ambillah.
158
00:18:10,547 --> 00:18:14,301
- Saya cuma nak duduk atas katil.
- Sebatang takkan beri apa-apa kesan.
159
00:18:14,384 --> 00:18:15,886
Ambillah.
160
00:18:31,068 --> 00:18:32,694
Sekejap.
161
00:18:36,031 --> 00:18:37,616
Helo, mak?
162
00:18:37,699 --> 00:18:40,994
Mari, kamu sepatutnya telefon mak
sejam yang lalu.
163
00:18:41,703 --> 00:18:44,289
- Saya tahu. Maaf, mak.
- Ribut bakal melanda.
164
00:18:44,373 --> 00:18:45,874
Kamu nak balik pukul berapa?
165
00:18:45,958 --> 00:18:50,879
Kalau boleh saya nak bermalam
di rumah Paige.
166
00:18:50,963 --> 00:18:54,550
Tak boleh. Itu bukan idea yang baik.
Dengar, kamu baru 17 tahun…
167
00:18:56,093 --> 00:18:59,513
Helo? Mak? Suara mak tak jelas.
Saya tak dengar.
168
00:19:00,222 --> 00:19:01,306
Helo, sayang? Helo?
169
00:19:01,390 --> 00:19:02,266
Kamu masih di sana?
170
00:19:02,850 --> 00:19:05,853
Mak, kalau mak dengar,
saya akan balik awal pagi esok, okey?
171
00:19:06,937 --> 00:19:08,897
- Saya sayang mak.
- Oh, Tuhan.
172
00:19:10,941 --> 00:19:13,026
Siapa itu?
173
00:19:13,110 --> 00:19:16,655
Itu anak awak.
Dia nak bermalam di rumah Paige.
174
00:19:16,738 --> 00:19:18,782
Tak masuk akal. Saya dah agak.
175
00:19:18,866 --> 00:19:22,411
- Saya tak patut biarkan dia pergi.
- Tak banyak yang kita boleh buat.
176
00:19:22,911 --> 00:19:24,121
Kereta ada padanya.
177
00:19:54,818 --> 00:19:57,487
Justin, kawan baru saya,
178
00:19:58,530 --> 00:20:00,532
awak dari bandar besarkah?
179
00:20:01,867 --> 00:20:03,994
Tak, saya dari merata tempat.
180
00:20:04,077 --> 00:20:05,871
- Merata tempat.
- Ayah dan pak cik saya
181
00:20:05,954 --> 00:20:07,581
selalu berpindah-randah.
182
00:20:09,041 --> 00:20:10,542
Apa yang mereka buat?
183
00:20:11,960 --> 00:20:13,962
Macam-macam benda.
184
00:20:14,046 --> 00:20:18,967
- Saya tak tahu apa-apa.
- Mana mak awak?
185
00:20:22,638 --> 00:20:24,223
Dia dah mati.
186
00:20:25,974 --> 00:20:27,809
Maafkan saya.
187
00:20:27,893 --> 00:20:29,478
Tak apa.
188
00:20:32,397 --> 00:20:34,816
Bila dia mati?
189
00:20:38,362 --> 00:20:39,988
Dah lama.
190
00:20:41,281 --> 00:20:45,577
Cukuplah bercakap tentang kematian.
Nak tukar ke topik yang lebih gembira?
191
00:20:47,204 --> 00:20:48,622
Baiklah.
192
00:20:52,042 --> 00:20:53,627
Ada orang mati?
193
00:20:54,836 --> 00:20:58,799
Abang saya. Lebih kurang setahun lalu.
Setahun yang lalu?
194
00:21:01,802 --> 00:21:02,928
Siapa nama dia?
195
00:21:04,012 --> 00:21:05,639
Ben.
196
00:21:11,979 --> 00:21:13,689
Maaf.
197
00:21:16,191 --> 00:21:18,151
Cuba awak tengok, Mari.
198
00:21:18,235 --> 00:21:21,363
Saya rasa Justin agak comel
kalau dia buang
199
00:21:21,446 --> 00:21:24,616
aura lelaki berhud menakutkan
yang dia ada sekarang.
200
00:21:24,700 --> 00:21:26,326
Tak begitu?
201
00:21:27,577 --> 00:21:31,331
Ya. Tengoklah muka dia.
202
00:21:33,041 --> 00:21:34,668
Nah.
203
00:21:35,377 --> 00:21:37,587
- Pakai baju ini.
- Itu baju pak cik saya.
204
00:21:37,671 --> 00:21:41,008
Dia tiada di sini.
Pakai sajalah. Ayuh. Peragakan.
205
00:21:41,091 --> 00:21:42,426
- Ayuh.
- Pakailah.
206
00:21:48,015 --> 00:21:49,057
Boleh tahan.
207
00:21:49,141 --> 00:21:52,060
Ya, tapi rambut ini tak padan
dengan baju itu lagi.
208
00:21:52,144 --> 00:21:53,520
Apa kita boleh buat?
209
00:21:54,438 --> 00:21:56,898
Ayuh, duduk.
210
00:21:58,358 --> 00:22:00,360
- Baiklah.
- Saya perlukan air.
211
00:22:00,444 --> 00:22:02,529
Awak akan sukakannya. Percayalah.
212
00:22:03,238 --> 00:22:04,406
Okey.
213
00:22:04,489 --> 00:22:06,283
Patut dinaikkan atau diturunkan?
214
00:22:06,366 --> 00:22:08,410
- Naikkan.
- Saya rasa kolar diturunkan.
215
00:22:08,493 --> 00:22:09,786
- Naikkan.
- Tak, naikkan.
216
00:22:09,870 --> 00:22:12,331
- Fabio.
- Saya sukakannya.
217
00:22:12,414 --> 00:22:16,376
Awak nampak lain, Justin.
Awak boleh dapat semua gadis.
218
00:22:16,460 --> 00:22:18,045
Ya.
219
00:22:24,801 --> 00:22:25,927
Selamat petang.
220
00:22:28,722 --> 00:22:30,348
Ayah.
221
00:22:33,477 --> 00:22:35,479
Saya ingatkan ayah tak balik…
222
00:22:35,562 --> 00:22:38,315
Kami tak boleh keluar lama.
223
00:22:41,485 --> 00:22:42,944
Kenapa? Apa yang berlaku?
224
00:22:43,028 --> 00:22:45,947
Aduhai, anak saudara.
Awak tak nak perkenalkan kami?
225
00:22:46,448 --> 00:22:48,366
Ya, Frank.
226
00:22:49,785 --> 00:22:53,789
Ini Mari. Itu Paige.
Itu Pak Cik Frank saya, Sadie.
227
00:22:55,499 --> 00:22:57,000
Itu pula ayah saya.
228
00:22:58,418 --> 00:23:00,295
Mereka dua gadis yang cantik, Justin.
229
00:23:01,546 --> 00:23:04,174
Bau macam kamu bertiga berseronok di sini.
230
00:23:04,674 --> 00:23:08,303
Ya, macam parti biasa.
Siapa lagi yang awak jemput?
231
00:23:10,263 --> 00:23:11,807
Tiada sesiapa. Hanya kami.
232
00:23:13,016 --> 00:23:14,684
Ayah, saya cuma nak hapuskan…
233
00:23:14,768 --> 00:23:16,269
Hapuskan?
234
00:23:17,646 --> 00:23:20,524
- Itu kata-kata ayah atau kamu?
- Saya. Tapi…
235
00:23:21,566 --> 00:23:24,361
- Salahkah? Adakah itu…
- Tak, Justin. Kamu tak salah.
236
00:23:27,239 --> 00:23:28,824
Itu baju saya?
237
00:23:30,242 --> 00:23:32,911
- Ya, Frank. Maaf.
- Hei, tak apa.
238
00:23:34,037 --> 00:23:37,374
Pakai saja. Nampak cantik pada awak.
239
00:23:40,669 --> 00:23:43,130
- Kami cuma…
- Bermain pakai cantik-cantik?
240
00:23:43,213 --> 00:23:46,925
Kami cuma nak ubah gaya dia.
241
00:23:48,552 --> 00:23:50,345
- Ubah gaya dia. Yakah?
- Tak.
242
00:23:51,304 --> 00:23:54,099
Ayah rasa itu perkara terbaik
yang ayah pernah dengar.
243
00:23:54,933 --> 00:23:56,810
Aduhai.
244
00:23:56,893 --> 00:23:59,062
Kami takkan ganggu awak, Justin.
245
00:23:59,146 --> 00:24:02,440
- Berapa banyak kami hutang awak?
- Saya suka baju panas awak, Mari.
246
00:24:04,234 --> 00:24:06,444
Itu kenderaan
utiliti sukan awak, Mari? Cantik.
247
00:24:07,154 --> 00:24:08,530
Ayah, apa yang berlaku…
248
00:24:11,324 --> 00:24:13,451
Kita masuk muka depan akhbar.
Itu yang berlaku!
249
00:24:14,536 --> 00:24:16,329
Mereka memang akan letak muka ayah,
250
00:24:16,413 --> 00:24:18,665
tapi sekarang mereka letak
muka Sadie sekali.
251
00:24:19,666 --> 00:24:22,627
Paige, Mari. Tak sangka, bukan?
252
00:24:23,962 --> 00:24:26,756
Dengar sini, encik… Tuan…
253
00:24:28,592 --> 00:24:33,346
- Ini bukan urusan kami. Kami takkan…
- Awak takkan apa?
254
00:24:33,430 --> 00:24:37,475
- Ini bukan urusan kami.
- Ini hal peribadi.
255
00:24:39,102 --> 00:24:43,440
Betul, kami takkan cakap apa-apa
kepada sesiapa pun.
256
00:24:43,523 --> 00:24:45,859
Entahlah.
257
00:24:46,526 --> 00:24:48,195
Awak percayakan mereka, Frank?
258
00:24:49,321 --> 00:24:53,116
Ya, saya mungkin boleh percayakan mereka.
259
00:24:54,409 --> 00:24:57,078
- Ya, tapi saya tak percaya.
- Awak patut percaya.
260
00:24:57,162 --> 00:24:58,205
Sebab kami tak…
261
00:24:58,288 --> 00:25:02,876
- Kami betul-betul tak peduli.
- Paige, bertenang.
262
00:25:02,959 --> 00:25:03,919
Saya bersumpah…
263
00:25:04,002 --> 00:25:07,088
Kami bersumpah yang kami takkan…
Kami takkan beritahu sesiapa…
264
00:25:07,172 --> 00:25:08,924
- Paige!
- Oh, Tuhan!
265
00:25:10,342 --> 00:25:14,721
- Dinding bilik ini nipis, okey?
- Aduhai. Tolonglah jangan.
266
00:25:18,141 --> 00:25:19,267
Tolonglah.
267
00:25:19,351 --> 00:25:22,062
Tolong letakkan pisau itu.
Awak boleh ambil kunci saya.
268
00:25:22,145 --> 00:25:24,689
- Saya tak peduli. Jangan cederakan dia.
- Terima kasih.
269
00:25:25,941 --> 00:25:27,359
Cuma jangan…
270
00:25:29,694 --> 00:25:31,154
Tolonglah…
271
00:25:33,240 --> 00:25:35,617
Okey, encik. Boleh kami pergi sekarang?
272
00:25:36,201 --> 00:25:37,911
- Paige.
- Tolonglah.
273
00:25:37,994 --> 00:25:39,746
Awak tak suka kami, Paige?
274
00:25:41,122 --> 00:25:44,626
Maafkan saya, semua.
Kami tak boleh ambil risiko.
275
00:25:45,669 --> 00:25:50,006
Apa? Tidak! Kenapa awak tak boleh…
276
00:25:50,090 --> 00:25:53,802
- Tolonglah, lepaskan kami!
- Paige, bertenang.
277
00:25:54,386 --> 00:25:56,054
Tak guna!
278
00:25:58,807 --> 00:26:02,143
Sesiapa… Oh, Tuhan. Tolonglah.
279
00:26:02,686 --> 00:26:05,814
Tak guna! Sesiapa, tolonglah! Tidak!
280
00:26:05,897 --> 00:26:07,315
Jangan bergerak.
281
00:26:10,735 --> 00:26:12,779
Tolong!
282
00:26:12,862 --> 00:26:14,781
Tolong! Tolong saya!
283
00:26:15,365 --> 00:26:20,328
Tolong! Tolong saya!
284
00:26:27,919 --> 00:26:29,546
- Hei!
- Apa…
285
00:26:33,633 --> 00:26:36,886
- Macam mana?
- Tak apa. Kita masih selamat.
286
00:26:38,722 --> 00:26:40,557
Francis!
287
00:26:40,640 --> 00:26:41,850
Apa awak buat?
288
00:26:41,933 --> 00:26:44,853
Dia sedang tidur.
Tapi dia akan sedar nanti.
289
00:26:46,479 --> 00:26:47,981
Saya benci telefon bimbit.
290
00:26:48,064 --> 00:26:52,319
Ke mana saja awak pergi,
awak asyik hantar mesej dan berbual.
291
00:26:59,034 --> 00:27:00,368
Saya bencikannya.
292
00:27:03,246 --> 00:27:04,289
Kemas barang.
293
00:27:13,506 --> 00:27:15,633
- Justin.
- Maafkan saya.
294
00:27:15,717 --> 00:27:17,761
Mereka tak sepatutnya kembali.
295
00:27:21,473 --> 00:27:23,099
Apa?
296
00:27:24,601 --> 00:27:26,186
Itu alasan kamu?
297
00:27:27,437 --> 00:27:29,105
Ya.
298
00:27:36,279 --> 00:27:37,906
Justin.
299
00:27:39,699 --> 00:27:42,827
Kamu perlu mula utamakan keperluan
orang lain daripada diri kamu.
300
00:27:43,995 --> 00:27:47,123
Kamu tak patut bawa balik sesiapa,
tapi kamu buat juga.
301
00:27:47,207 --> 00:27:48,249
- Betul?
- Sebab saya fikir…
302
00:27:48,333 --> 00:27:51,086
Sebab kami tak sepatutnya kembali.
303
00:27:54,798 --> 00:27:57,384
Kamu dah pun buat
dan masa tak boleh diundur semula.
304
00:27:59,177 --> 00:28:01,805
Jadi kamu kena bertanggungjawab
atas tindakan kamu.
305
00:28:02,764 --> 00:28:05,183
Semudah itu. Kamu tahu macam mana caranya?
306
00:28:06,893 --> 00:28:08,561
Tengoklah dia.
307
00:28:10,688 --> 00:28:13,108
- Tengoklah dia.
- Tolonglah. Lepaskan mereka…
308
00:28:13,733 --> 00:28:16,653
Tengok!
309
00:28:22,575 --> 00:28:23,785
Itu permulaan yang baik.
310
00:29:19,591 --> 00:29:20,842
Tak guna.
311
00:29:24,679 --> 00:29:26,556
Kita okey.
312
00:29:26,639 --> 00:29:29,434
Awak okey.
313
00:30:10,809 --> 00:30:13,144
Sekarang saya ke kiri, bukan?
314
00:30:15,939 --> 00:30:20,068
Nampaknya jalan
di atas gunung itu ke kiri.
315
00:30:20,151 --> 00:30:23,655
- Kanan akan bawa awak kembali ke tasik.
- Belok kiri.
316
00:30:26,241 --> 00:30:29,828
Dah bertahun-tahun saya datang ke sini.
Awak cari Lebuh Raya 43,
317
00:30:29,911 --> 00:30:32,997
jalan dua lorong yang merentasi gunung.
Betul tak?
318
00:30:33,832 --> 00:30:37,877
- Rasanya itulah jalannya, Mari.
- Kalau begitu, awak perlu ke kiri.
319
00:30:49,430 --> 00:30:51,015
Terima kasih untuk penjelasan itu.
320
00:30:59,232 --> 00:31:01,317
Terima kasih sebab bekerjasama, Mari.
321
00:31:02,360 --> 00:31:04,320
Apa gunanya kalau saya tak bekerjasama?
322
00:31:06,739 --> 00:31:10,118
Saya selalu fikir orang macam awak
323
00:31:10,201 --> 00:31:12,579
dilahirkan dalam kemewahan,
324
00:31:13,329 --> 00:31:15,832
tapi saya rasa mungkin ada harapan
untuk awak, Mari.
325
00:31:19,043 --> 00:31:20,461
Entahlah, Krug.
326
00:31:20,545 --> 00:31:23,715
Saya rasa Mari ada potensi
yang awak patut pertimbangkan.
327
00:31:23,798 --> 00:31:24,924
Apa pendapat awak, Krug?
328
00:31:25,008 --> 00:31:28,720
Saya rasa dia bersikap baik
sejak kita di motel.
329
00:31:30,430 --> 00:31:31,806
Dia setuju.
330
00:31:46,696 --> 00:31:48,448
Oh, Tuhan!
331
00:32:02,337 --> 00:32:03,880
Ayuh!
332
00:32:03,963 --> 00:32:05,548
Tak guna.
333
00:32:10,219 --> 00:32:11,220
Uruskannya!
334
00:32:12,931 --> 00:32:14,349
Ayah, jaga-jaga!
335
00:33:20,289 --> 00:33:21,791
Alamak.
336
00:33:32,051 --> 00:33:33,261
Tak guna.
337
00:33:40,560 --> 00:33:42,270
Tak guna.
338
00:33:51,487 --> 00:33:55,324
- Sadie, awak okey?
- Saya nampak okeykah?
339
00:33:55,408 --> 00:33:57,076
Tak guna!
340
00:33:59,328 --> 00:34:05,168
Alamak. Ini akan berparut.
Ia akan berparut selama-lamanya!
341
00:34:07,712 --> 00:34:10,840
Kalau begitu, awak patut beritahu dia
perasaan awak.
342
00:34:12,884 --> 00:34:14,761
Ya!
343
00:34:16,721 --> 00:34:18,056
Tak guna!
344
00:34:24,728 --> 00:34:28,274
Perempuan tak guna!
345
00:34:28,357 --> 00:34:31,194
Awak bakar muka saya!
346
00:34:31,277 --> 00:34:33,321
Kenapa awak buat begitu?
347
00:34:34,864 --> 00:34:37,033
- Mari.
- Tak guna!
348
00:34:37,116 --> 00:34:39,243
- Mari!
- Lari, Paige!
349
00:34:40,286 --> 00:34:43,456
- Mari sini!
- Tangkap dia!
350
00:35:02,308 --> 00:35:06,479
Tolong! Sesiapa!
351
00:35:09,232 --> 00:35:11,317
Tolong saya! Tolong!
352
00:35:17,031 --> 00:35:21,953
- Mari sini, perempuan tak guna!
- Mari sini, Paige!
353
00:35:24,372 --> 00:35:26,165
- Tidak!
- Berhenti!
354
00:35:40,096 --> 00:35:41,264
Hei, Paige!
355
00:35:44,767 --> 00:35:46,060
Paige!
356
00:35:47,895 --> 00:35:49,188
Tak guna!
357
00:36:21,596 --> 00:36:27,143
Tolong! Sesiapa! Tolong saya!
Sesiapa tolong saya!
358
00:36:27,226 --> 00:36:28,644
Tolong saya!
359
00:36:34,108 --> 00:36:35,484
Tolong saya!
360
00:36:35,568 --> 00:36:36,777
Tidak!
361
00:36:53,586 --> 00:36:56,380
- Jangan.
- Jangan?
362
00:36:58,674 --> 00:37:01,302
Krug suruh kita tangkap dia.
363
00:37:44,387 --> 00:37:45,721
Bangun!
364
00:37:54,689 --> 00:37:55,982
Macam mana sekarang?
365
00:38:16,168 --> 00:38:17,503
Dah sedia nak jadi lelaki?
366
00:38:20,548 --> 00:38:21,507
Apa?
367
00:38:28,556 --> 00:38:30,516
Pilih satu. Atau kedua-duanya.
368
00:38:34,103 --> 00:38:35,771
Apa ayah cuba buat?
369
00:38:39,191 --> 00:38:43,404
- Tidak!
- Mari sini. Pegang dia.
370
00:38:45,614 --> 00:38:46,782
Sekejap!
371
00:38:46,866 --> 00:38:50,077
Ayah sedang ajar kamu!
372
00:38:50,161 --> 00:38:51,287
Ayuh.
373
00:38:52,830 --> 00:38:56,542
- Oh, Tuhan. Macam itulah.
- Tengok.
374
00:38:58,878 --> 00:39:00,421
Mari sini.
375
00:39:01,964 --> 00:39:03,299
Ya. Nampak?
376
00:39:03,382 --> 00:39:08,346
Mari buat dia teruja.
Buat dia teruja dan bernafsu.
377
00:39:10,139 --> 00:39:11,891
Begitulah.
378
00:39:16,020 --> 00:39:17,772
Apa masalah kamu?
379
00:39:20,524 --> 00:39:24,320
- Mudah saja!
- Awak menyedihkan!
380
00:39:27,114 --> 00:39:28,699
Apa awak cakap, Paige?
381
00:39:29,742 --> 00:39:32,578
Kenapa tiba-tiba saja?
382
00:39:36,832 --> 00:39:38,292
Aduhai.
383
00:39:38,376 --> 00:39:42,797
- Mari sini.
- Awak nak pukul saya?
384
00:39:43,547 --> 00:39:46,759
Tak, sayang, bukan pukul.
385
00:39:48,969 --> 00:39:50,096
Tidak!
386
00:39:56,936 --> 00:39:58,270
Tidak!
387
00:39:58,354 --> 00:39:59,605
Tidak!
388
00:40:16,288 --> 00:40:17,957
Paige!
389
00:40:26,715 --> 00:40:30,261
Awak fikir saya menyedihkan, Paige?
Lihatlah anak saya di sini!
390
00:40:35,891 --> 00:40:38,185
Mari, nampaknya dia dalam kesakitan.
391
00:40:41,814 --> 00:40:43,732
Keluarkan rambut dari mulutnya.
392
00:40:45,943 --> 00:40:49,280
Beritahu dia semuanya akan okey.
Beritahu dia bantuan dalam perjalanan.
393
00:40:50,489 --> 00:40:52,408
Beritahu dia ia tak seteruk yang dilihat.
394
00:40:56,078 --> 00:40:59,331
- Lakukannya. Dia perlukan awak!
- Tak nak!
395
00:41:03,836 --> 00:41:06,213
- Tak guna!
- Lepaskan saya!
396
00:41:08,674 --> 00:41:09,758
Tidak.
397
00:41:11,093 --> 00:41:13,804
Jangan! Jangan buat begini!
398
00:41:13,888 --> 00:41:16,682
Awak fikir awak boleh
main-main dengan saya?
399
00:41:17,224 --> 00:41:18,809
Dia tak fikir begitu.
400
00:41:22,980 --> 00:41:24,023
Ayuh.
401
00:41:24,106 --> 00:41:25,774
Dia penipu.
402
00:41:34,325 --> 00:41:36,952
Lihat sekeliling.
Tengok apa yang dia buat.
403
00:41:37,036 --> 00:41:40,289
Jangan!
404
00:41:40,372 --> 00:41:41,957
Jangan!
405
00:41:43,334 --> 00:41:47,546
- Jangan! Tolonglah!
- Dengar tak?
406
00:42:02,478 --> 00:42:04,271
Oh, Tuhan!
407
00:42:08,859 --> 00:42:10,528
Justin, tolonglah.
408
00:42:11,654 --> 00:42:13,948
Tunggu di sini, Justin.
409
00:42:26,835 --> 00:42:29,296
Apa itu? Itu yang awak nak?
410
00:42:57,616 --> 00:42:59,201
Tidak!
411
00:43:54,590 --> 00:43:55,883
Kamu terlepas.
412
00:44:28,499 --> 00:44:30,292
Saya berenang.
413
00:44:30,959 --> 00:44:35,255
- Apa, sayang? Kami tak dengar.
- Saya suka berenang.
414
00:44:35,964 --> 00:44:37,549
Kami gembira untuk awak.
415
00:44:41,428 --> 00:44:44,139
Saya boleh buat sekali lagi…
416
00:44:45,933 --> 00:44:47,184
Sekali lagi untuk apa?
417
00:46:33,832 --> 00:46:36,293
- Tak guna.
- Awak dapat tembak dia.
418
00:47:53,787 --> 00:47:56,373
Ayuh! Justin!
419
00:48:16,143 --> 00:48:22,190
PENGHUJUNG TASIK DI JALAN INI
420
00:48:24,151 --> 00:48:26,111
Terima kasih sebab masak, sayang. Sedap.
421
00:48:27,738 --> 00:48:29,114
Ini usaha kita bersama.
422
00:48:31,491 --> 00:48:33,327
Duduk.
423
00:48:33,410 --> 00:48:34,911
Duduk dengan saya.
424
00:48:37,289 --> 00:48:39,583
Okey. Maaf.
425
00:48:49,217 --> 00:48:51,178
Helo!
426
00:48:52,679 --> 00:48:54,264
Ada kemalangan.
427
00:48:58,143 --> 00:49:01,396
Ini akan menyakitkan. Satu, dua…
428
00:49:03,190 --> 00:49:04,775
Tak guna!
429
00:49:06,318 --> 00:49:07,736
Sakit!
430
00:49:12,949 --> 00:49:16,703
- Bahagian paling teruk dah berakhir.
- Cuba bernafas macam biasa, okey?
431
00:49:16,787 --> 00:49:19,331
- Tarik nafas dalam-dalam.
- Tarik nafas dalam-dalam.
432
00:49:19,414 --> 00:49:21,291
Saya cuma nak cakap…
433
00:49:21,375 --> 00:49:24,211
setelah apa yang berlaku hari ini,
kami sangat bertuah.
434
00:49:24,294 --> 00:49:27,089
- Melihat rumah awak…
- Sangat cantik.
435
00:49:27,172 --> 00:49:31,259
Dapur ini sangat bersih.
436
00:49:33,970 --> 00:49:37,599
- Awak pula seorang doktor.
- Ya, tapi tak cukup kelengkapan.
437
00:49:37,683 --> 00:49:39,851
Kamu masih perlu pergi ke hospital.
438
00:49:40,727 --> 00:49:43,772
Kami tak ada perlindungan
kesihatan yang baik sekarang.
439
00:49:44,773 --> 00:49:46,316
Mereka masih perlu merawat awak.
440
00:49:47,109 --> 00:49:50,070
Kalau begitu, boleh kami tumpang?
441
00:49:50,153 --> 00:49:52,030
Boleh saja. Cuma ada satu masalah.
442
00:49:52,114 --> 00:49:54,908
Esok pagi baru anak kami
bawa balik kereta.
443
00:49:54,991 --> 00:49:56,076
Jadi…
444
00:49:57,828 --> 00:50:01,581
- Terima kasih, Puan Collingwood.
- Emma.
445
00:50:01,665 --> 00:50:03,500
- Terima kasih.
- Sama-sama.
446
00:50:04,251 --> 00:50:07,087
Justin, sayang. Awak nak coklat panas?
447
00:50:07,796 --> 00:50:10,173
Kalau dia tak nak,
ini kali pertama dia menolak.
448
00:50:10,882 --> 00:50:12,384
Macam mana, Justin?
449
00:50:15,220 --> 00:50:18,223
- Nak tak?
- Ya, saya nak.
450
00:50:18,890 --> 00:50:20,016
Okey.
451
00:50:21,852 --> 00:50:24,604
Pegang ini. Kekalkan tekanan.
452
00:50:25,439 --> 00:50:27,941
- Boleh saya guna talian tetap awak?
- Sudah tentu.
453
00:50:28,024 --> 00:50:29,234
Ya, tiada masalah.
454
00:50:29,317 --> 00:50:31,236
- Ada pada dinding.
- Ini dia.
455
00:50:31,319 --> 00:50:34,614
Saya perlu hubungi trak tunda
atau teksi untuk bawa kami ke bandar.
456
00:50:35,490 --> 00:50:37,200
Awak pasti itu idea yang baik, Krug?
457
00:50:40,537 --> 00:50:43,790
Ada teksi di sini?
458
00:50:43,874 --> 00:50:46,084
- Ya, ada.
- Semoga berjaya dapatkan teksi
459
00:50:46,168 --> 00:50:47,836
untuk ke sini dalam cuaca begini.
460
00:50:49,129 --> 00:50:51,047
Mungkin ada, sayang. Manalah tahu.
461
00:50:52,716 --> 00:50:54,342
Ya, kita takkan tahu, bukan?
462
00:50:55,677 --> 00:50:57,888
Yellow Pages ada dalam laci ini.
463
00:50:59,681 --> 00:51:00,932
Justin.
464
00:51:11,735 --> 00:51:16,281
Okey, Francis. Ini dia. Sekejap.
465
00:51:21,453 --> 00:51:24,289
- Alamak.
- Jangan bergerak.
466
00:51:37,177 --> 00:51:39,346
Alamak, biar betul.
467
00:51:39,429 --> 00:51:44,851
- Hei, doktor. Mana jarum itu?
- Jangan bergerak, okey?
468
00:51:44,935 --> 00:51:48,814
- Ya, jangan risau.
- Telefon itu pun dah mati.
469
00:51:49,898 --> 00:51:53,527
Ya, ia selalu berlaku.
Saya akan hidupkan penjana.
470
00:51:53,610 --> 00:51:55,362
Duduk diam-diam, semua.
471
00:52:18,260 --> 00:52:20,846
Jadi, kamu tinggal di sini secara tetap?
472
00:52:22,013 --> 00:52:26,226
- Tak. Kami tinggal di bandar.
- Berapa banyak rumah yang awak ada?
473
00:52:31,523 --> 00:52:33,400
Jadi apa yang kamu buat di sini?
474
00:52:33,483 --> 00:52:36,778
Maksud saya, tempat ini agak terpencil.
475
00:52:36,862 --> 00:52:38,613
Bercuti dengan keluarga atau…
476
00:52:45,579 --> 00:52:47,789
Ia agak memalukan sebenarnya.
477
00:52:49,332 --> 00:52:54,296
Ayah saya selalu bawa saya dan Francis
ke tasik ini setiap musim panas.
478
00:52:54,379 --> 00:52:56,631
Pergi memancing, berkhemah.
479
00:52:58,174 --> 00:53:02,554
Tapi sekarang dia dah tiada.
Hanya itu saja yang saya ada tentangnya
480
00:53:02,637 --> 00:53:07,017
dan saya cuma nak buat perkara
yang sama untuk Justin.
481
00:53:11,897 --> 00:53:14,900
Saya rasa itu penting.
Seronok mencipta kenangan.
482
00:53:19,154 --> 00:53:20,989
Tak pasti jika saya nak ingat hari ini.
483
00:53:23,575 --> 00:53:27,495
Mungkin. Awak takkan tahu.
Kamu semua selamat. Kamu bersama.
484
00:53:28,788 --> 00:53:30,290
Itu yang penting.
485
00:53:31,416 --> 00:53:33,460
Amen, Emma.
486
00:54:21,341 --> 00:54:23,134
Okey.
487
00:54:24,636 --> 00:54:27,722
Boleh awak pegang ini untuk saya?
Pegang saja di muka dia.
488
00:54:29,641 --> 00:54:34,938
Awak tak apa-apa? Baiklah, ini dia.
Okey, jangan bergerak.
489
00:54:43,196 --> 00:54:46,157
Oh, Tuhan. Sakitnya!
490
00:54:50,578 --> 00:54:54,749
- Beranikan diri, Frank.
- Tak guna. Oh, Tuhan.
491
00:54:59,462 --> 00:55:01,089
Ini dia, sayang.
492
00:55:03,216 --> 00:55:04,884
Terima kasih.
493
00:55:04,968 --> 00:55:06,636
Dah siap.
494
00:55:07,929 --> 00:55:11,224
- Lebih baik awak jangan menipu.
- Saya cuma perlu bersihkannya dulu.
495
00:55:11,307 --> 00:55:14,978
Em, boleh tolong ambilkan
krim antiseptik dari laci di sana?
496
00:55:16,896 --> 00:55:18,356
- Awak akan rasa pedih.
- Apa?
497
00:55:19,774 --> 00:55:21,151
- Oh, Tuhan!
- Ya. Tak apa.
498
00:55:21,234 --> 00:55:22,819
Awak buat dengan baik. Okey.
499
00:55:25,905 --> 00:55:30,410
Itu dia. Dah siap. Bagus.
500
00:55:31,578 --> 00:55:33,246
Terima kasih, Emma.
501
00:55:37,667 --> 00:55:39,252
Sama-sama.
502
00:55:41,379 --> 00:55:43,923
Saya akan…
Saya akan ambilkan kopi untuk awak juga.
503
00:55:45,925 --> 00:55:47,594
Ada apa-apa yang lebih kuat?
504
00:56:13,995 --> 00:56:15,580
Tak ada.
505
00:56:16,748 --> 00:56:19,834
- Ya, saya dah agak.
- Nampaknya kita terperangkap di sini.
506
00:56:25,465 --> 00:56:27,050
Awak okey, Justin?
507
00:56:28,718 --> 00:56:30,762
Saya tak pernah lihat dia begini.
508
00:56:32,472 --> 00:56:34,349
Mungkin awak patut baring.
509
00:56:36,810 --> 00:56:39,521
Mungkin awak patut tidur
di sini malam ini.
510
00:56:41,564 --> 00:56:44,150
Kami tak boleh buat begitu.
511
00:56:46,486 --> 00:56:47,612
Awak tiada pilihan.
512
00:56:48,446 --> 00:56:50,198
Kami tak nak menyusahkan, itu saja.
513
00:56:52,700 --> 00:56:55,912
Tak ada masalah. Kami ada rumah tamu.
514
00:56:58,039 --> 00:57:00,583
Kami ikut saja. Apa yang memudahkan awak.
515
00:57:03,294 --> 00:57:04,879
Ya, kami tak kisah.
516
00:57:12,929 --> 00:57:16,015
- Di mana bilik air?
- Pintu terakhir di sebelah kanan.
517
00:57:16,099 --> 00:57:17,684
Di hujung koridor.
518
00:57:20,478 --> 00:57:22,147
Letak saja di kaunter dapur.
519
00:58:06,232 --> 00:58:07,942
Itu anak kami, Mari.
520
00:58:08,985 --> 00:58:10,361
Si pencuri kereta.
521
00:58:12,822 --> 00:58:14,324
Maaf…
522
00:58:15,658 --> 00:58:17,118
Saya…
523
00:58:17,619 --> 00:58:21,289
Justin, sayang? Awak okey? Kenapa?
524
00:58:21,372 --> 00:58:24,125
Saya tak apa-apa. Saya okey.
525
00:58:43,269 --> 00:58:47,482
Hei, Justin. Doktor Collingwood
tanya tentang keadaan kamu.
526
00:58:48,358 --> 00:58:50,401
Ya, beritahu dia saya okey.
527
00:58:53,196 --> 00:58:57,408
Tutup mulut kamu. Faham?
Jangan buat silap lagi.
528
00:58:59,702 --> 00:59:00,828
Cepat.
529
00:59:34,237 --> 00:59:39,200
Budak lelaki di kejiranan akan cuba
lompat pagar dan curi buah-buahan kami.
530
00:59:44,414 --> 00:59:47,375
Anjing itu akan kejar mereka,
tapi mak saya takut dengannya.
531
00:59:47,458 --> 00:59:49,043
Dia bawa anjing itu
ke tempat perlindungan haiwan.
532
01:00:19,699 --> 01:00:21,576
Mereka nak bawa kita ke bilik.
533
01:01:08,164 --> 01:01:10,375
Bilik air di sana.
534
01:01:10,458 --> 01:01:13,544
Sepatutnya ada barang
dalam kabinet ubat kalau-kalau
535
01:01:13,628 --> 01:01:15,630
Justin mula rasa sakit lagi.
536
01:01:16,631 --> 01:01:20,551
Tapi selain itu,
saya rasa semuanya lengkap.
537
01:01:20,635 --> 01:01:24,013
Kalau tak ada benda lain,
saya akan biarkan…
538
01:01:24,639 --> 01:01:26,224
Biarkan awak berehat.
539
01:01:27,266 --> 01:01:29,769
Emma, tolonglah.
Awak dah buat lebih daripada cukup.
540
01:01:30,478 --> 01:01:33,147
Pergilah tidur.
541
01:01:34,565 --> 01:01:38,444
Kalau awak rasa awak perlukan apa-apa,
jangan teragak-agak untuk…
542
01:01:39,654 --> 01:01:43,616
Awak tak boleh telefon,
tapi datang sajalah.
543
01:01:43,700 --> 01:01:44,701
Baiklah.
544
01:01:47,036 --> 01:01:48,162
Selamat malam.
545
01:01:48,246 --> 01:01:49,497
- Selamat malam.
- Selamat malam.
546
01:01:50,456 --> 01:01:52,041
Selamat malam, Emma.
547
01:02:03,886 --> 01:02:05,638
Saya rasa dia suka saya.
548
01:02:32,165 --> 01:02:33,791
Awak dah uruskan mereka di sana?
549
01:02:35,376 --> 01:02:36,961
Ya.
550
01:02:38,129 --> 01:02:43,176
- Mereka sangat pelik.
- Awak kunci pintu depan?
551
01:02:44,051 --> 01:02:46,721
- Tak.
- Biar saya kunci.
552
01:02:46,804 --> 01:02:49,015
Apa kata awak tuangkan
wain yang selebihnya?
553
01:03:03,112 --> 01:03:04,864
- Em.
- Ya?
554
01:03:05,823 --> 01:03:07,742
Awak dengar tak?
555
01:03:13,873 --> 01:03:15,792
Bunyi itu dari mana?
556
01:03:15,875 --> 01:03:17,960
Bunyinya macam datang dari anjung.
557
01:03:41,234 --> 01:03:42,860
Mari!
558
01:03:51,994 --> 01:03:54,705
Okey, sayang. Ayah ada.
559
01:03:54,789 --> 01:03:58,209
Oh, Tuhan. John!
560
01:03:59,293 --> 01:04:02,213
Dia ditembak! Kita perlu bawa dia masuk.
561
01:04:05,883 --> 01:04:09,887
Pegang kepalanya. Beri saya ruang.
562
01:04:09,971 --> 01:04:11,347
Beri saya ruang.
563
01:04:14,267 --> 01:04:18,729
- Dia masih bernafas, John? Sayang?
- Ayuh.
564
01:04:20,982 --> 01:04:22,358
John, tolonglah!
565
01:04:25,611 --> 01:04:29,282
- Tak guna!
- Oh, Tuhan! Tidak.
566
01:04:29,365 --> 01:04:31,117
Itu dia.
567
01:04:31,200 --> 01:04:35,413
Baiklah. Ayuh, Mari. Dengar tak?
Mak dan ayah ada dengan kamu, okey?
568
01:04:35,496 --> 01:04:37,623
Kamu akan okey.
Ayah kena hentikan pendarahan.
569
01:04:37,707 --> 01:04:39,709
- Ambil pisau.
- Macam mana dengan peluru?
570
01:04:39,792 --> 01:04:41,878
Hentikan pendarahan lebih penting!
571
01:04:41,961 --> 01:04:43,254
Ambil pisau sekarang!
572
01:04:56,017 --> 01:04:57,602
John!
573
01:04:58,936 --> 01:05:02,064
Ambil banyak tuala, okey?
Bawa semua alkohol yang ada.
574
01:05:38,559 --> 01:05:40,311
Okey, sayang.
575
01:05:40,394 --> 01:05:43,022
Kamu akan rasa tak selesa,
tapi ia perlu dilakukan. Okey?
576
01:05:48,736 --> 01:05:50,988
Itu dia, sayang.
577
01:05:51,072 --> 01:05:54,075
Ayah tahu, sayang. Sedikit saja lagi.
578
01:05:57,495 --> 01:05:58,746
Hampir selesai.
579
01:06:09,757 --> 01:06:12,885
Okey. Itu dia.
580
01:06:21,602 --> 01:06:23,187
Oh, Tuhan.
581
01:06:25,398 --> 01:06:27,483
Tak guna.
582
01:06:29,527 --> 01:06:32,363
- Mari? Ada apa?
- Saya tak boleh bernafas.
583
01:06:32,446 --> 01:06:36,409
Okey. Ayah akan tolong.
Itu mudah saja, sayang.
584
01:06:36,492 --> 01:06:39,537
Ayah akan pusingkan kamu.
Macam itulah anak ayah. Sekejap, ya.
585
01:06:42,373 --> 01:06:45,042
Emma. Saya perlukan segelas air, cepat!
586
01:06:47,962 --> 01:06:52,758
Saya nak awak pegang tangan dia.
Okey. Ini dia. Sedikit saja.
587
01:06:55,261 --> 01:06:57,054
- Mak ada di sini, sayang.
- Itu dia.
588
01:06:59,140 --> 01:07:01,225
Mak ada di sini, sayang.
589
01:07:04,562 --> 01:07:05,980
- Hati-hati, John.
- Okey.
590
01:07:06,063 --> 01:07:09,900
Baiklah, sayang.
Ini akan menyakitkan sedikit, okey?
591
01:07:09,984 --> 01:07:12,028
Tapi kamu akan dapat bernafas lebih baik.
592
01:07:12,111 --> 01:07:15,906
Baiklah, ini dia. Sedia? Satu, dua, tiga.
593
01:07:16,741 --> 01:07:18,701
Ayah tahu, sayang. Sedikit saja lagi.
594
01:07:18,784 --> 01:07:20,870
Ayah cuma perlu keluarkan sedikit udara.
595
01:07:21,954 --> 01:07:25,207
- Itu dia. Macam itulah anak ayah.
- Okey, sayang.
596
01:07:25,291 --> 01:07:27,418
Okey, sayang.
597
01:07:27,501 --> 01:07:29,378
Okey, itu dia, sayang. Tunggu sekejap.
598
01:07:29,462 --> 01:07:30,838
Cuma perlu samakan tekanan.
599
01:07:32,214 --> 01:07:37,720
- Okey, baiklah. Itu dia.
- Tak apa, sayang. Tarik nafas.
600
01:07:39,597 --> 01:07:42,808
Okey, itu dia.
601
01:07:43,684 --> 01:07:46,854
Macam itulah, sayang. Okey.
602
01:07:47,813 --> 01:07:52,318
Lebih baik? Kamu dah boleh bernafas.
Semuanya lebih baik sekarang.
603
01:07:52,401 --> 01:07:56,655
- Macam itulah anak ayah. Itu dia. Ya.
- Tak apa, sayang.
604
01:08:02,161 --> 01:08:07,583
Boleh beritahu siapa buat kamu begini?
Kamu nampak dia, sayang?
605
01:08:10,711 --> 01:08:13,506
- John.
- Dia baik-baik saja. Dia stabil.
606
01:08:13,589 --> 01:08:16,425
Saya tak tahu berapa lama,
tapi kita kena bawa dia ke hospital.
607
01:08:16,509 --> 01:08:18,219
- John.
- Apa?
608
01:08:18,928 --> 01:08:20,386
Rantai ini ada di dapur.
609
01:08:22,014 --> 01:08:24,975
- Okey. Kenapa?
- Budak itu.
610
01:08:26,519 --> 01:08:28,145
Budak itu yang letak.
611
01:08:29,479 --> 01:08:34,151
Mari pakai ini semasa dia pergi.
Dia pakai semasa dia keluar siang tadi.
612
01:08:46,831 --> 01:08:47,997
Tak guna.
613
01:08:51,377 --> 01:08:52,461
Em.
614
01:08:55,381 --> 01:08:57,758
Em, dia dirogol.
615
01:08:59,426 --> 01:09:01,011
Tidak.
616
01:09:01,636 --> 01:09:07,100
- Tidak!
- Ada darah. Saya minta maaf.
617
01:09:07,184 --> 01:09:11,814
- Tak guna!
- John, saya sepatutnya dah tahu.
618
01:09:11,897 --> 01:09:14,233
Saya patut sedar.
Dia berdiri di sana melihatnya.
619
01:09:14,316 --> 01:09:18,821
Dia macam nampak hantu.
Dia merenung gambarnya di peti sejuk.
620
01:09:18,904 --> 01:09:20,488
Saya dah agak!
621
01:09:22,073 --> 01:09:24,243
Kita akan bawa dia ke hospital, okey?
622
01:09:24,326 --> 01:09:26,996
- Kita akan lakukannya.
- Mereka masih di sini.
623
01:09:27,078 --> 01:09:29,122
- Macam mana kalau mereka datang…
- Saya tahu.
624
01:09:29,206 --> 01:09:31,375
Betul kata awak.
625
01:09:31,457 --> 01:09:34,837
Maknanya kita perlu bersedia.
Untuk apa saja.
626
01:09:36,212 --> 01:09:38,506
Kita perlu bersedia untuk buat apa saja.
627
01:09:40,009 --> 01:09:41,801
Dengar tak?
628
01:09:42,636 --> 01:09:44,513
Ya.
629
01:09:44,596 --> 01:09:46,890
Kita tak ada… Kita tak ada kereta.
630
01:09:46,974 --> 01:09:49,602
Rumah terdekat pula enam batu dari sini.
631
01:09:49,685 --> 01:09:51,687
- Macam mana kita…
- Kita jalan kaki.
632
01:09:52,938 --> 01:09:58,777
Kita jalan sejauh enam batu, okey?
Kita kena buat. Awak kena bersama saya.
633
01:09:59,820 --> 01:10:03,240
- Kita akan lakukannya.
- Okey.
634
01:10:03,324 --> 01:10:05,910
Okey. Mari pergi. Ayuh, sayang.
635
01:10:05,993 --> 01:10:09,496
Baiklah, saya perlukan pita.
Saya ada pita, saya perlu ikat tiub ini.
636
01:10:11,081 --> 01:10:12,416
Okey.
637
01:10:44,740 --> 01:10:46,367
Kamu tak tidur?
638
01:11:35,833 --> 01:11:37,501
Tak guna!
639
01:13:04,963 --> 01:13:09,176
Tak apa. Semuanya akan okey.
640
01:13:09,259 --> 01:13:11,678
Kita akan pergi tak lama lagi, mak janji.
641
01:13:14,431 --> 01:13:16,433
Em, mana kunci bot?
642
01:13:48,340 --> 01:13:51,718
Hei. Maaf, saya ingat awak dah tidur.
643
01:14:04,314 --> 01:14:06,066
John dah tidur.
644
01:14:06,942 --> 01:14:10,112
Saya susah tidur malam.
645
01:14:11,738 --> 01:14:13,866
Panahan petir terakhir itu
buat saya terjaga.
646
01:14:15,951 --> 01:14:20,205
Mungkin bir sejuk boleh membantu.
Buat saya tidur semula. Boleh?
647
01:14:20,289 --> 01:14:21,623
Tunggu dulu.
648
01:14:25,377 --> 01:14:26,628
Saya…
649
01:14:29,339 --> 01:14:32,801
Saya rasa bir saja tak cukup.
650
01:14:33,427 --> 01:14:35,721
Bukan pada malam begini.
651
01:14:39,391 --> 01:14:43,979
Jadi apa yang mencukupi, Puan Collingwood?
652
01:14:45,147 --> 01:14:49,776
Mungkin minuman yang…
653
01:14:51,111 --> 01:14:52,821
Minuman yang lebih dewasa.
654
01:14:55,365 --> 01:14:57,159
Kita termasuk dalam kategori itu?
655
01:14:59,745 --> 01:15:01,371
Ya, saya rasa begitu.
656
01:15:04,333 --> 01:15:05,959
Baiklah, pelayan bar.
657
01:15:06,627 --> 01:15:09,171
Saya rasa saya akan minum wiski itu lagi.
658
01:15:10,380 --> 01:15:12,007
John baru saja habiskannya.
659
01:15:13,842 --> 01:15:15,302
Yakah?
660
01:15:16,220 --> 01:15:17,596
Mengagumkan.
661
01:15:18,805 --> 01:15:21,141
- Jadi, dia mesti…
- Dia pengsan di atas.
662
01:15:27,856 --> 01:15:32,027
- Awak minum wain?
- Saya rasa saya akan minum malam ini.
663
01:15:33,612 --> 01:15:34,655
Ya.
664
01:15:36,114 --> 01:15:38,534
Biar saya pergi cari.
665
01:15:57,052 --> 01:15:59,054
Hujan dah reda?
666
01:16:00,222 --> 01:16:01,890
Belum lagi.
667
01:16:03,141 --> 01:16:04,935
Ribut akan melanda tak lama lagi.
668
01:16:11,024 --> 01:16:13,026
Jadi awak tak jumpa botol yang bagus?
669
01:16:16,113 --> 01:16:17,698
Tak, saya…
670
01:16:18,574 --> 01:16:20,617
Saya dah buka satu dalam peti sejuk.
671
01:16:20,701 --> 01:16:22,411
Biar saya pergi ambil.
672
01:16:37,009 --> 01:16:39,011
Ini dia.
673
01:16:44,891 --> 01:16:47,477
Nak saya terus minum?
674
01:16:50,105 --> 01:16:52,566
Oh, Tuhan. Maafkan saya. Gelas.
675
01:16:58,822 --> 01:17:00,490
Biar saya tuangkan.
676
01:17:00,574 --> 01:17:02,117
Baiklah.
677
01:17:07,539 --> 01:17:12,836
Saya sangat berterima kasih
atas layanan awak.
678
01:17:15,130 --> 01:17:16,673
Tak apa.
679
01:17:17,758 --> 01:17:19,468
Itu saja yang kami boleh buat.
680
01:17:38,403 --> 01:17:43,033
Saya perasan awak ada tab panas.
681
01:17:44,576 --> 01:17:46,161
Awak selalu guna?
682
01:17:47,329 --> 01:17:50,248
Tak begitu kerap kebelakangan ini.
683
01:17:57,506 --> 01:18:03,595
Kayu apinya ada.
Tapi perlu dinyalakan dulu.
684
01:18:05,889 --> 01:18:09,643
Itu idea yang bagus.
685
01:18:11,645 --> 01:18:13,730
Saya akan ambil wain.
Saya jumpa awak di dalam.
686
01:18:33,959 --> 01:18:35,502
Tak guna.
687
01:19:10,203 --> 01:19:11,997
Perempuan tak guna!
688
01:19:13,123 --> 01:19:14,958
Siapa awak?
689
01:19:36,938 --> 01:19:38,774
Krug!
690
01:19:38,857 --> 01:19:40,609
Krug!
691
01:19:40,692 --> 01:19:42,194
Sadie!
692
01:20:35,330 --> 01:20:36,414
Tak guna.
693
01:20:51,429 --> 01:20:53,181
Lepaskan saya!
694
01:25:13,316 --> 01:25:14,984
Tak guna!
695
01:25:21,074 --> 01:25:22,325
Oh, Tuhan!
696
01:25:54,941 --> 01:25:57,902
Siapa kamu semua?
697
01:27:16,439 --> 01:27:18,858
Tak guna, Francis.
698
01:30:34,554 --> 01:30:36,848
Bertahan, okey?
699
01:30:36,931 --> 01:30:40,852
Kita mungkin perlu buat
dengan cara berbeza, okey?
700
01:30:57,577 --> 01:30:59,370
Keluarlah, tak guna!
701
01:31:09,589 --> 01:31:12,175
Kebetulan, bukan?
702
01:31:27,148 --> 01:31:29,609
Sudah tentulah anak awak
ada kaitan dengan semua ini.
703
01:31:32,236 --> 01:31:33,946
Awak patut rasa bangga.
704
01:31:36,407 --> 01:31:38,075
Macam mana awak tahu?
705
01:31:42,413 --> 01:31:44,624
Anak saya bocorkan rahsia kami?
706
01:31:48,586 --> 01:31:51,672
Memang dia, bukan? Anak saya!
707
01:31:56,302 --> 01:31:58,554
Dia dapat tahu siapa awak
dan beritahu semuanya.
708
01:32:00,514 --> 01:32:02,099
Hei.
709
01:32:03,226 --> 01:32:04,852
Awak betul-betul belasah adik saya.
710
01:32:04,936 --> 01:32:07,438
Dia mati dengan teruk.
711
01:32:52,900 --> 01:32:54,485
Hebat.
712
01:32:55,319 --> 01:32:56,946
Apa ini?
713
01:32:57,446 --> 01:32:59,407
Emma di tepi tasik?
714
01:33:00,741 --> 01:33:03,160
Awak berdua merancang
untuk melarikan diri ke laut?
715
01:33:42,241 --> 01:33:44,702
Tidak! Emma.
716
01:34:10,936 --> 01:34:12,813
Awak jumpa mereka?
717
01:34:36,587 --> 01:34:38,130
Sakit?
718
01:34:40,800 --> 01:34:42,635
Biar saya tolong awak!
719
01:34:59,610 --> 01:35:01,195
Awak patut lihat diri sendiri.
720
01:35:04,615 --> 01:35:07,535
Itu saja awak boleh buat?
721
01:35:10,413 --> 01:35:12,832
Saya jangkakan lebih banyak
pertarungan daripada awak.
722
01:35:16,502 --> 01:35:18,712
Mari dan kawan dia lebih kuat melawan.
723
01:35:51,370 --> 01:35:53,164
Nak dengar apa saya buat pada Mari?
724
01:35:56,625 --> 01:35:59,837
Sudah tentu, penyumbaleweng.
725
01:36:08,012 --> 01:36:10,931
Awak nak dengar betapa hebatnya
ratu majlis tari-menari awak?
726
01:36:19,273 --> 01:36:23,194
Tak, saya nak dengar
awak merayu untuk nyawa awak.
727
01:36:31,827 --> 01:36:34,205
Saya tak rasa nak merayu hari ini.
728
01:37:01,774 --> 01:37:03,317
Apa kamu buat?
729
01:37:09,323 --> 01:37:10,950
Tamatkan semua ini.
730
01:37:12,910 --> 01:37:15,788
Kamu pilih masa yang tak sesuai
untuk jadi berani.
731
01:37:19,542 --> 01:37:21,126
Gembira dapat lihat kamu berani.
732
01:37:23,170 --> 01:37:28,092
Ayah tak marah, okey?
Cuma jangan buat benda bodoh.
733
01:37:37,685 --> 01:37:39,311
Kamu anak ayah.
734
01:37:41,438 --> 01:37:43,315
Ayah sayang kamu dulu.
735
01:37:44,275 --> 01:37:48,988
- Ayah jaga kamu.
- Dulu?
736
01:37:50,531 --> 01:37:52,324
Kamu tak berhak bercakap sekarang!
737
01:37:53,117 --> 01:37:54,743
Tak guna!
738
01:41:22,201 --> 01:41:23,786
Hai.
739
01:41:24,620 --> 01:41:26,246
Apa ini?
740
01:41:27,706 --> 01:41:29,291
Saya tak boleh bergerak.
741
01:41:33,712 --> 01:41:35,422
Awak lumpuh dari leher ke bawah.
742
01:41:39,009 --> 01:41:41,804
Saya tak ada tali atau pita pelekat.
743
01:41:47,976 --> 01:41:49,394
Apa yang awak buat?
744
01:41:50,771 --> 01:41:52,356
Doktor?
745
01:42:01,281 --> 01:42:03,617
Apa yang awak buat?
746
01:42:13,293 --> 01:42:15,212
Awak akan baik-baik saja.
747
01:42:15,796 --> 01:42:17,130
Tunggu.
748
01:42:19,091 --> 01:42:22,678
Hei. Tunggu.
749
01:49:35,193 --> 01:49:37,195
Terjemahan sari kata oleh Azzahra Ghani