1
00:00:06,000 --> 00:00:08,040
THE BRIDE OF NAGA
2
00:01:11,000 --> 00:01:14,920
THE BRIDE OF NAGA
3
00:01:44,360 --> 00:01:45,280
Puan!
4
00:02:02,280 --> 00:02:05,800
Semua ini untuk awak, Ananchalee.
5
00:02:31,440 --> 00:02:36,000
Tak kira hayat mana sekalipun,
semoga saya takkan cinta lelaki ini lagi.
6
00:03:01,000 --> 00:03:04,680
Ae, Ging diserang sawan.
Ibunya buat hal lagi. Mari.
7
00:03:08,400 --> 00:03:11,680
Kami akan buang penyakit anak saya.
Jangan ganggu kami.
8
00:03:11,760 --> 00:03:14,800
Cukup. Bertenang, cik.
9
00:03:14,880 --> 00:03:17,000
- Cukup.
- Beri dia lagi.
10
00:03:17,080 --> 00:03:19,600
- Percik lagi.
- Tak selamat, cik.
11
00:03:20,120 --> 00:03:21,040
Hentikannya!
12
00:03:22,960 --> 00:03:24,520
Tolong ke tepi.
13
00:03:24,600 --> 00:03:25,920
Tolong ke tepi.
14
00:03:26,000 --> 00:03:27,200
Tolonglah ke tepi.
15
00:03:32,000 --> 00:03:33,120
Pusing badan dia.
16
00:03:37,600 --> 00:03:40,480
- Dapatkan intubasi dan beri dia Valium.
- Okey.
17
00:03:59,600 --> 00:04:02,440
- Beri dos kedua dalam lima minit.
- Okey.
18
00:04:07,040 --> 00:04:10,360
Dia tak dirasuk lagi. Air suci itu ajaib.
19
00:04:11,600 --> 00:04:14,200
Ke tepi. Saya nak beri anak saya minum.
20
00:04:14,280 --> 00:04:15,120
Maafkan saya.
21
00:04:16,160 --> 00:04:18,800
Dia bukan dirasuk tapi diserang sawan.
22
00:04:19,640 --> 00:04:23,240
Ubat yang hentikan sawannya,
bukan air suci.
23
00:04:23,840 --> 00:04:26,680
Jangan masuk campur
kalau awak tak percaya.
24
00:04:27,680 --> 00:04:29,960
Buatlah apa yang awak mahu.
25
00:04:31,280 --> 00:04:36,680
Namun, kuman di dalam air suci awak
boleh menyebabkan jangkitan paru-paru.
26
00:04:37,640 --> 00:04:41,840
Kalau itu berlaku,
kamu boleh tempah krematorium untuk dia.
27
00:04:43,920 --> 00:04:45,280
Jangan salahkan saya.
28
00:04:48,000 --> 00:04:52,680
Bew, lap dia dan tukar baju dia.
Suruh pakar neurologi selaraskan ubatnya.
29
00:04:53,200 --> 00:04:54,280
Jumpa lagi.
30
00:04:56,680 --> 00:05:00,520
- Lepaskan. Saya nak cakap dengan dia!
- Cik, jangan buat begini.
31
00:05:00,600 --> 00:05:02,960
- Bertenang.
- Berhenti! Lepaskan saya.
32
00:05:04,400 --> 00:05:05,840
Kenapa cakap begitu?
33
00:05:05,920 --> 00:05:08,880
Sebagai doktor,
tugas awak ialah merawatnya.
34
00:05:09,440 --> 00:05:11,200
Tergamak awak menyumpah dia?
35
00:05:12,280 --> 00:05:13,480
Tidaklah.
36
00:05:14,640 --> 00:05:17,960
Ia satu amaran. Saya tak peduli
tentang kepercayaan awak.
37
00:05:18,040 --> 00:05:19,640
Jadilah lebih rasional.
38
00:05:20,840 --> 00:05:23,480
Tanpa rasional,
ia kepercayaan membabi buta.
39
00:05:25,840 --> 00:05:28,960
Awak sangat biadab.
Awak akan dihukum satu hari nanti.
40
00:05:33,960 --> 00:05:35,440
Awak tak apa-apa?
41
00:05:42,000 --> 00:05:44,440
Orang dah pergi ke Marikh sekarang.
42
00:05:45,120 --> 00:05:47,200
Masih ada yang percaya benda mengarut.
43
00:05:48,760 --> 00:05:50,880
Kepercayaan sebahagian
daripada budaya kita.
44
00:05:51,480 --> 00:05:55,200
Hari ini hari Selasa.
Awak pakai baju putih. Itu nasib malang.
45
00:05:57,720 --> 00:06:01,600
Jadi semua doktor dan jururawat
akan bernasib malang.
46
00:06:01,680 --> 00:06:02,560
Mengarutlah.
47
00:06:14,240 --> 00:06:16,280
Hei, kenapa ia tersekat?
48
00:06:16,880 --> 00:06:17,960
Saya nak cepat?
49
00:06:20,200 --> 00:06:21,080
!!AWAS!!
DINDING RETAK
50
00:06:21,160 --> 00:06:22,280
Yang ini tak okey.
51
00:06:24,960 --> 00:06:27,080
Saya dipanggil. Mari pergi.
52
00:06:27,160 --> 00:06:29,600
Pergilah. Saya nak lepak di sini lagi.
53
00:06:39,160 --> 00:06:40,680
DR. LULN
DATUK INI SANGAT PERAMAH
54
00:06:40,760 --> 00:06:43,160
JANGAN LUPA LAWAT DIA DI NAKA THEVALAI
55
00:07:20,280 --> 00:07:21,160
Apa ini?
56
00:07:22,760 --> 00:07:24,800
Siapa di atas sana? Hei!
57
00:07:28,000 --> 00:07:29,680
Cik, ke belakang!
58
00:07:29,760 --> 00:07:31,480
Cik! Pergi ke belakang!
59
00:07:32,080 --> 00:07:33,080
Ke belakang!
60
00:07:33,600 --> 00:07:39,360
- Ke belakang!
- Pergi ke belakang.
61
00:09:55,160 --> 00:09:56,640
Hei, itu pun dia.
62
00:09:59,800 --> 00:10:03,200
- Doktor! Bawa dia masuk.
- Bawa dia masuk.
63
00:10:03,280 --> 00:10:06,040
- Beri laluan.
- Tolong ke tepi.
64
00:10:17,600 --> 00:10:21,840
Raja Naga, tolong lindungi anak saya.
65
00:10:22,360 --> 00:10:29,120
Tolong saya cari dia
dan pastikan dia selamat.
66
00:10:29,200 --> 00:10:31,640
KUIL NAGA
KAMPUNG PHANOM VILLAGE
67
00:10:52,600 --> 00:10:53,440
Wannate.
68
00:10:55,000 --> 00:10:56,440
Wannate, itu kamu?
69
00:11:01,640 --> 00:11:02,480
Wannate.
70
00:11:05,240 --> 00:11:06,280
Dia ada di sana.
71
00:11:07,560 --> 00:11:08,960
Wannate.
72
00:11:09,640 --> 00:11:11,240
Pergi. Awak, ikut saya.
73
00:11:11,320 --> 00:11:14,960
- Tolong jangan apa-apakan dia. Tolong!
- Mari pergi.
74
00:11:16,160 --> 00:11:18,280
Tolong jangan cederakan anak saya.
75
00:11:24,560 --> 00:11:27,520
Hei! Tangkap dia.
Jangan biar dia terlepas.
76
00:11:27,600 --> 00:11:29,160
- Mari sini!
- Wannate!
77
00:11:32,240 --> 00:11:33,280
Berhenti, budak!
78
00:11:34,800 --> 00:11:36,120
Wannate, sayang!
79
00:11:38,640 --> 00:11:39,480
Berhenti!
80
00:11:41,640 --> 00:11:42,720
Wannate, sayang!
81
00:11:55,040 --> 00:11:58,480
- Awak, pergi ke arah sana.
- Awak ke sana. Pergi!
82
00:12:06,440 --> 00:12:10,480
Kami nak sembuhkan kamu.
Kenapa kamu lari? Yae.
83
00:12:15,440 --> 00:12:17,480
Hei! Apa awak buat?
84
00:12:18,080 --> 00:12:19,320
Itu anak saya.
85
00:12:28,960 --> 00:12:30,320
- Wannate!
- Pergi.
86
00:12:30,400 --> 00:12:31,920
Lepaskan saya!
87
00:12:32,720 --> 00:12:33,560
Lepaskan saya!
88
00:12:33,640 --> 00:12:35,320
- Bawa dia.
- Lepaskan saya!
89
00:12:35,400 --> 00:12:36,800
Hei, bawa dia.
90
00:12:38,040 --> 00:12:39,720
Lepaskan saya!
91
00:12:40,520 --> 00:12:42,560
- Bawa dia.
- Anak saya!
92
00:12:42,640 --> 00:12:44,400
Dia liar.
93
00:12:45,600 --> 00:12:46,960
- Ayuh.
- Anak saya.
94
00:12:48,280 --> 00:12:49,800
Berhenti bergerak! Ayuh!
95
00:12:51,160 --> 00:12:52,320
Wannate.
96
00:13:29,280 --> 00:13:30,120
Hei.
97
00:13:31,880 --> 00:13:35,560
- Bawa dia ke pondok belakang.
- Di mana?
98
00:13:35,640 --> 00:13:37,360
- Pondok belakang. Ayuh.
- Bangun.
99
00:13:37,440 --> 00:13:41,320
- Hati-hati.
- Jangan risau. Biar dia ambil anak itu.
100
00:13:53,760 --> 00:13:55,800
Baiklah. Helo.
101
00:13:58,280 --> 00:13:59,280
Wannate, sayang.
102
00:13:59,360 --> 00:14:00,920
Ayuh. Masuk.
103
00:14:01,560 --> 00:14:02,800
Jangan ke mana-mana.
104
00:14:02,880 --> 00:14:03,800
Cucu saya.
105
00:14:10,960 --> 00:14:13,480
- Cucu saya.
- Anak-anak, diam.
106
00:14:13,560 --> 00:14:17,000
Diam, anak-anak. Kamu juga.
107
00:14:17,080 --> 00:14:21,440
Penyakit kulit ular ini
disebabkan oleh sumpahan naga.
108
00:14:22,080 --> 00:14:24,160
Raja Naga akan buang sumpahan itu.
109
00:14:24,240 --> 00:14:26,920
Apabila selesai, mereka akan okey.
Usah risau.
110
00:14:27,000 --> 00:14:30,760
Saya bawa anak saya jumpa ramai doktor.
Namun, gagal.
111
00:14:30,840 --> 00:14:36,280
- Ya, tolonglah kami.
- Saya dah larang jumpa doktor.
112
00:14:36,360 --> 00:14:38,200
Saya akan tolong mereka.
113
00:14:39,240 --> 00:14:42,040
Mereka anak-anak Phanom Naga.
114
00:14:42,120 --> 00:14:43,320
Mereka orang saya.
115
00:14:44,440 --> 00:14:45,920
Tolong diam! Diam!
116
00:14:46,440 --> 00:14:49,800
- Tonkhao, cucu nenek.
- Dengar sini, budak-budak.
117
00:14:50,600 --> 00:14:54,240
Kalau degil takkan membantu.
Kami akan beri kamu ubat.
118
00:14:54,320 --> 00:14:58,000
Baiklah, tolong balik, semua.
Balik sajalah. Pergi.
119
00:15:08,480 --> 00:15:10,160
- Awasi mereka.
- Okey.
120
00:16:36,600 --> 00:16:38,440
- Ini saya.
- Dr. Lun.
121
00:16:50,960 --> 00:16:54,000
Jangan takut. Saya akan bantu kamu semua.
122
00:16:56,480 --> 00:16:59,320
Namun, kamu perlu tolong saya.
123
00:17:00,920 --> 00:17:03,040
Apa awak nak kami buat?
124
00:17:20,800 --> 00:17:24,480
Saya dalam perjalanan ke Bangkok.
Saya akan sampai pagi esok.
125
00:17:25,000 --> 00:17:29,800
Saya akan hantar sampel darah dan tisu
kepada profesor di pusat perubatan.
126
00:17:30,600 --> 00:17:32,640
Saya hantar gambar kepada awak.
127
00:17:33,160 --> 00:17:35,920
Jangan hantar kepada sesiapa. Jumpa nanti.
128
00:18:04,400 --> 00:18:08,280
PUSAT PERUBATAN PREEDA
129
00:18:15,040 --> 00:18:17,960
- Helo.
- Helo. Boleh saya bantu?
130
00:18:18,040 --> 00:18:20,160
Saya ada janji temu dengan Dr. Preeda.
131
00:18:20,240 --> 00:18:21,960
- Boleh beri KP?
- Baiklah.
132
00:18:23,320 --> 00:18:24,240
Tunggu sekejap.
133
00:18:33,480 --> 00:18:34,640
"KAMI PERCAYA AKAN PRINSIP MORAL."
134
00:18:37,360 --> 00:18:41,120
Ini sampel darah dan tisu
daripada budak-budak di Phanom Naga.
135
00:18:41,200 --> 00:18:42,960
Gambar ada dalam e-mel awak.
136
00:18:44,080 --> 00:18:47,240
Saya dah lihat
dan akan hantar sampel ke makmal.
137
00:18:47,320 --> 00:18:50,720
- Awak ada beritahu sesiapa?
- Saya beritahu Ae.
138
00:18:50,800 --> 00:18:54,840
Dia pakar dermatologi pediatrik
dan boleh bantu dengan pelan rawatan.
139
00:18:55,880 --> 00:18:58,160
Bila boleh dapat keputusannya?
140
00:18:59,200 --> 00:19:02,760
Saya akan gegaskan mereka.
Paling lambat esok.
141
00:19:03,880 --> 00:19:06,360
Saya tahu awak nak tolong anak-anak itu.
142
00:19:06,880 --> 00:19:08,200
Saya pun sama.
143
00:19:10,960 --> 00:19:13,120
Saya gembira dapat jumpa awak
144
00:19:13,200 --> 00:19:16,760
dan tahniah
untuk anugerah Doktor Terbaik Tahun Ini.
145
00:19:21,880 --> 00:19:23,840
WUTTHICHAI KRANGSAMRIT
ANCHALEE THOMBARAI
146
00:19:24,920 --> 00:19:26,280
WANNATE KUANSINGH
147
00:19:32,560 --> 00:19:33,480
Terima kasih.
148
00:19:35,520 --> 00:19:38,560
Saya dah lihat gambar
dan keputusan makmal yang awak hantar.
149
00:19:38,640 --> 00:19:41,200
Ia disimpulkan sebagai iktiosis.
150
00:19:41,280 --> 00:19:44,200
Namun, kulit budak-budak itu
lebih tebal dan parah.
151
00:19:44,280 --> 00:19:46,560
Saya pun ragu-ragu pada awalnya.
152
00:19:46,640 --> 00:19:49,600
Tapi profesor mengesahkannya.
153
00:19:50,640 --> 00:19:54,760
Mujurlah ia bukan penyakit berjangkit.
Ia tak berjangkit.
154
00:19:54,840 --> 00:19:58,160
Awak kata ia hanya ditemui
pada kanak-kanak Phanom Naga.
155
00:19:59,240 --> 00:20:01,160
Mungkin penyakit genetik.
156
00:20:01,240 --> 00:20:06,480
Saya dah tanya orang secara umum.
Saya akan dapatkan lebih perincian.
157
00:20:08,600 --> 00:20:11,600
Boleh dapatkan sampel tisu
daripada profesor?
158
00:20:12,480 --> 00:20:14,920
Saya akan periksa sekali lagi.
159
00:20:15,000 --> 00:20:17,560
Ya, baiklah. Terima kasihlah.
160
00:20:19,240 --> 00:20:20,880
Tiada masalah.
161
00:20:22,640 --> 00:20:26,640
Saya tak boleh menolak
kawan saya yang cantik, bijak dan baik.
162
00:20:27,680 --> 00:20:32,160
Saya tak degil kali ini.
Saya betul-betul nak tolong mereka.
163
00:20:32,680 --> 00:20:35,600
Lupakan Pawang Kham,
164
00:20:35,680 --> 00:20:38,480
Phanom Naga memang
kampung kecil yang cantik.
165
00:20:38,560 --> 00:20:40,880
Penduduknya baik, cuaca nyaman
166
00:20:41,440 --> 00:20:44,720
dan pemandangan indah
dengan gunung dan tasik.
167
00:20:44,800 --> 00:20:48,120
Kalau awak ke sana,
awak pun akan jatuh cinta.
168
00:20:48,880 --> 00:20:53,760
Ya. Saya mungkin akan gaduh dengan
pawang naga lebih teruk daripada awak.
169
00:20:54,920 --> 00:20:58,640
Bagaimana mereka kata
penyakit itu disebabkan sumpahan naga
170
00:20:58,720 --> 00:21:00,800
dan tak merawat dengan betul?
171
00:21:02,960 --> 00:21:08,720
Ada ramai percayakan mereka,
jadi mereka fikir mereka berkuasa.
172
00:21:10,320 --> 00:21:12,400
Kebenaran selalumya lebih berkuasa.
173
00:21:12,920 --> 00:21:14,200
Tunggu dan lihat.
174
00:21:14,280 --> 00:21:16,800
Saya akan dedahkan mereka
kepada penduduk kampung.
175
00:21:19,080 --> 00:21:20,640
Hebat. Ayuh, kawanku.
176
00:21:24,520 --> 00:21:27,880
Dr. Lun memang lihat budak-budak itu.
177
00:21:30,480 --> 00:21:32,720
Dia tak percayakan Raja Naga.
178
00:21:33,880 --> 00:21:36,120
Jangan biarkan dia kembali ke sini.
179
00:21:37,160 --> 00:21:38,000
Okey?
180
00:21:43,720 --> 00:21:46,760
Ya, profesor. Saya di Lahansai.
181
00:21:47,280 --> 00:21:49,600
Saya akan sampai
di Phanom Naga setengah jam lagi.
182
00:21:50,560 --> 00:21:53,520
Saya tak mengantuk. Baru minum kopi.
183
00:21:54,840 --> 00:22:00,240
Boleh awak hantar sampel tisu kepada Ae?
184
00:22:00,920 --> 00:22:02,600
Baiklah. Terima kasih.
185
00:22:02,680 --> 00:22:06,400
Saya akan mesej awak setelah sampai.
Ya. Selamat tinggal.
186
00:22:14,440 --> 00:22:15,400
- Maaf.
- Okey.
187
00:23:58,840 --> 00:24:00,800
PROFESOR PREEDA
188
00:24:01,800 --> 00:24:02,720
Ya, profesor.
189
00:24:04,120 --> 00:24:05,240
Kuatkan diri awak.
190
00:24:05,880 --> 00:24:09,480
Polis hubungi saya
untuk maklumkan Lun kemalangan.
191
00:24:10,080 --> 00:24:10,920
Apa?
192
00:24:16,280 --> 00:24:19,000
Bagaimana keadaan dia?
193
00:24:23,160 --> 00:24:24,120
Dia sudah mati.
194
00:25:04,960 --> 00:25:07,000
- Profesor.
- Hai, Ae.
195
00:25:07,600 --> 00:25:10,760
Kenapa ke sini?
Kita akan jumpa di majlis pengebumian.
196
00:25:11,480 --> 00:25:13,280
Saya nak cakap dengan awak
197
00:25:14,280 --> 00:25:18,080
tentang permohonan dana
untuk kajian di Phanom Naga.
198
00:25:19,680 --> 00:25:22,680
Keputusan makmal menunjukkan
ia iktiosis.
199
00:25:22,760 --> 00:25:24,200
Tak perlu buat kajian.
200
00:25:25,360 --> 00:25:28,600
Saya dan Lun tak setuju.
201
00:25:29,560 --> 00:25:33,560
Lun bertekad
untuk merawat budak-budak itu.
202
00:25:34,960 --> 00:25:39,160
Boleh bantu saya dapatkan dana untuk itu?
203
00:25:40,000 --> 00:25:42,000
Ae, bertenang.
204
00:25:42,680 --> 00:25:43,960
Buang masa saja.
205
00:25:47,680 --> 00:25:51,240
Kalau begitu, tak apa. Tiada masalah.
206
00:25:52,000 --> 00:25:57,280
Kalau awak tak okey,
saya akan cakap dengan orang lain.
207
00:26:02,680 --> 00:26:06,880
Adakah itu Dr. Yuenyong,
Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan?
208
00:26:08,160 --> 00:26:09,200
Tunggu, Ae.
209
00:26:11,480 --> 00:26:14,480
Pusat perubatan saya sediakan dana,
jika perlu.
210
00:26:15,440 --> 00:26:17,280
Tapi awak tak boleh kaji sendiri.
211
00:26:19,720 --> 00:26:21,280
Lun buat sendiri.
212
00:26:22,480 --> 00:26:23,920
Saya akan kaji demi dia.
213
00:26:24,880 --> 00:26:26,080
Tunggu, Ae.
214
00:26:30,520 --> 00:26:35,800
Saya dan pasukan saya akan ke Phanom Naga
untuk periksa anak- itu.
215
00:26:37,560 --> 00:26:38,760
Awak boleh ikut.
216
00:26:39,880 --> 00:26:41,440
Awak boleh rawat mereka.
217
00:26:42,040 --> 00:26:43,240
Betul?
218
00:26:45,280 --> 00:26:47,160
Terima kasih, profesor.
219
00:26:47,240 --> 00:26:49,240
Terima kasih.
220
00:26:50,000 --> 00:26:55,240
Saya gembira buat keputusan jumpa awak.
Terima kasih banyak.
221
00:27:05,600 --> 00:27:12,600
LAPANGAN TERBANG BURIRAM
222
00:27:50,440 --> 00:27:51,280
Bagasi saya!
223
00:28:11,160 --> 00:28:12,680
Lama tak jumpa, Ae.
224
00:28:14,600 --> 00:28:17,120
Noopook! Awak rupanya!
225
00:28:19,680 --> 00:28:22,200
Kamu tak apa-apa? Terima kasih.
226
00:28:22,280 --> 00:28:24,120
Kami pergi dulu. Kamu cedera?
227
00:28:31,960 --> 00:28:33,000
Ini memang awak.
228
00:28:33,760 --> 00:28:35,880
- Noopook…
- Jangan jerit.
229
00:28:35,960 --> 00:28:37,320
Awak nak jadi terkenal?
230
00:28:37,840 --> 00:28:39,080
Bagasi awak?
231
00:28:39,600 --> 00:28:42,080
- Macam mana awak pegang?
- Awak tak jawab panggilan.
232
00:28:42,160 --> 00:28:43,640
Saya tengah memandu.
233
00:28:44,440 --> 00:28:47,080
MUZIUM TEMPATAN
DAERAH MUANG, BURIRAM
234
00:28:51,720 --> 00:28:53,680
Saya simpati tentang kawan awak.
235
00:28:55,320 --> 00:28:59,800
Khabarnya dia tertidur semasa memandu.
Awak pun patut berhati-hati.
236
00:29:03,800 --> 00:29:06,000
Bagaimana dengan kes itu?
237
00:29:08,880 --> 00:29:11,200
Pemandu lori itu masih bebas.
238
00:29:16,840 --> 00:29:18,200
Helo, Asia.
239
00:29:18,800 --> 00:29:19,640
Helo.
240
00:29:20,800 --> 00:29:23,480
Saya Sittha, pembantunya.
241
00:29:24,160 --> 00:29:26,960
Dia kata kawan adiknya akan datang.
242
00:29:27,560 --> 00:29:30,480
Dia juga kata awak sangat cantik.
243
00:29:31,760 --> 00:29:34,440
Awak lebih cantik
daripada yang dia gambarkan…
244
00:29:34,960 --> 00:29:37,960
Dia burung kakak tua dalam hayat lalu.
Abaikan dia.
245
00:29:41,680 --> 00:29:43,280
Terima kasih, Sittha.
246
00:29:44,600 --> 00:29:47,800
Apa lagi yang Noopook cakap tentang saya?
247
00:29:49,120 --> 00:29:53,160
Dia kata awak doktor yang hebat.
248
00:29:54,240 --> 00:29:58,560
Saya akan simpan beg awak. Jumpa esok.
249
00:29:58,640 --> 00:30:00,800
- Baiklah. Jumpa lagi.
- Jumpa lagi.
250
00:30:05,800 --> 00:30:07,800
Sittha dari kampung berdekatan.
251
00:30:08,400 --> 00:30:10,240
Dia tamat sekolah rendah,
252
00:30:10,320 --> 00:30:12,840
tapi ibu bapanya tak mampu
biayai persekolahannya.
253
00:30:12,920 --> 00:30:15,760
Saya beri dia kerja
dan bayar pendidikan tak formalnya.
254
00:30:18,240 --> 00:30:19,960
Sittha sebut esok.
255
00:30:20,600 --> 00:30:21,840
Kita nak ke mana?
256
00:30:21,920 --> 00:30:23,080
Phanom Naga.
257
00:30:23,600 --> 00:30:27,840
Kami diminta membantu
pasukan perubatan awak.
258
00:30:29,920 --> 00:30:32,120
- Mari. Saya nak tunjukkan sesuatu.
- Okey.
259
00:30:36,240 --> 00:30:41,600
Daerah sedar Phanom Naga
mempunyai kepercayaan kuat pada naga.
260
00:30:42,920 --> 00:30:46,000
Mereka risau
kamu akan susah berkomunikasi.
261
00:30:46,080 --> 00:30:48,200
Jadi saya akan jadi orang hubungan.
262
00:30:49,320 --> 00:30:54,520
Awak dan Sittha akan bersama kami
sehingga kami selesai?
263
00:30:55,760 --> 00:30:57,880
Itu soalan gembira atau tak gembira?
264
00:30:58,400 --> 00:31:00,000
Sudah tentulah gembira.
265
00:31:00,080 --> 00:31:03,840
Saya risau tak kenal sesiapa di sana.
266
00:31:04,440 --> 00:31:06,000
Baguslah awak ada di sana.
267
00:31:06,080 --> 00:31:09,960
Pink kata awak dah lama bekerja di sini.
268
00:31:11,360 --> 00:31:13,280
Awak akan banyak membantu kami.
269
00:31:14,200 --> 00:31:16,400
Apa lagi yang Pink kata tentang saya?
270
00:31:17,880 --> 00:31:18,920
Sebentar.
271
00:31:21,520 --> 00:31:25,640
Awak takut saya tahu rahsia awak?
272
00:31:29,160 --> 00:31:30,080
Awak takut?
273
00:31:35,600 --> 00:31:38,360
Okey. Awak tak tahu apa-apa lagi.
274
00:32:00,920 --> 00:32:02,440
"GARUDA MEMEGANG NAGA"
275
00:32:02,520 --> 00:32:05,760
Garuda memegang Naga?
276
00:32:07,600 --> 00:32:11,920
Garuda dan Naga dipercayai adik-beradik
daripada ibu yang berbeza.
277
00:32:13,000 --> 00:32:15,120
Ibu-ibu itu tak suka satu sama lain.
278
00:32:15,880 --> 00:32:19,960
Ibu Garuda buat hajat kepada Pertapa
yang merupakan ayahnya
279
00:32:20,040 --> 00:32:23,280
yang anaknya akan baham naga.
280
00:32:23,360 --> 00:32:25,600
Banyak naga telah dibaham.
281
00:32:25,680 --> 00:32:27,680
Jadi naga-naga ini dapat idea
282
00:32:27,760 --> 00:32:29,960
dengan makan batu supaya ia berat.
283
00:32:30,040 --> 00:32:33,280
Garuda tak dapat angkat naga-naga itu
dan hanyut dibawa ombak.
284
00:32:33,920 --> 00:32:36,480
Kemudian, Garuda cuba cari jalan
285
00:32:36,560 --> 00:32:39,520
dan dapat tahu naga makan batu.
286
00:32:39,600 --> 00:32:42,760
Jadi, Garuda pegang ekor naga
287
00:32:43,360 --> 00:32:47,000
dan gantung kepala ke bawah
supaya memuntahkan batu-batu itu.
288
00:32:53,400 --> 00:32:54,560
Nak tengok?
289
00:33:14,560 --> 00:33:17,040
Hologram Garuda memegang Naga.
290
00:33:17,120 --> 00:33:21,800
Dipercayai bahawa Garuda memegang Naga
merupakan simbol kuasa, prestij
291
00:33:22,320 --> 00:33:23,960
dan kekuatan yang hebat.
292
00:33:31,040 --> 00:33:34,880
Maksudnya naga dikalahkan oleh garuda?
293
00:33:35,600 --> 00:33:37,040
Hanya naga kecil.
294
00:33:57,000 --> 00:33:57,840
Maaf.
295
00:33:58,920 --> 00:34:03,400
Saya terdengar kisah yang awak ceritakan.
Menghiburkan tapi kurang benar.
296
00:34:07,640 --> 00:34:08,760
Kurang benar?
297
00:34:09,360 --> 00:34:11,240
Bukan semua naga dikalahkan.
298
00:34:11,320 --> 00:34:12,520
Bagaimana awak tahu?
299
00:34:12,600 --> 00:34:16,480
Bagaimana awak tahu
garuda kalahkan setiap naga?
300
00:34:26,560 --> 00:34:27,520
Helo, Asia.
301
00:34:35,120 --> 00:34:37,120
Awak kenal saya?
302
00:34:38,720 --> 00:34:41,840
Saya harap kita boleh
saling mengenali nanti.
303
00:34:42,800 --> 00:34:47,040
Namun, hari ini saya nak beri amaran.
Jangan pergi ke Phanom Naga.
304
00:34:49,240 --> 00:34:50,200
Kenapa?
305
00:34:50,280 --> 00:34:51,920
Bahaya sedang menanti awak.
306
00:34:52,920 --> 00:34:54,040
Bahaya?
307
00:34:54,680 --> 00:34:55,520
Bahaya apa?
308
00:34:56,440 --> 00:34:57,720
Bagaimana awak tahu?
309
00:34:59,520 --> 00:35:01,520
- Tunggu.
- Ae.
310
00:35:01,600 --> 00:35:03,080
- Kita belum selesai lagi.
- Ae.
311
00:35:04,160 --> 00:35:05,120
Apa dia?
312
00:36:10,800 --> 00:36:13,800
- Tunggu. Jangan pergi.
- Ae.
313
00:36:13,880 --> 00:36:14,760
Ae.
314
00:36:18,920 --> 00:36:20,240
Tunggu. Hei.
315
00:36:37,640 --> 00:36:38,760
Hei, awak.
316
00:36:47,960 --> 00:36:49,320
Awak ada di sini?
317
00:37:00,880 --> 00:37:01,720
Helo.
318
00:37:18,480 --> 00:37:20,160
Hei, awak.
319
00:37:25,040 --> 00:37:26,320
Baliklah, Ananchalee.
320
00:37:34,920 --> 00:37:37,800
Semua ini untuk awak, Ananchalee.
321
00:37:44,480 --> 00:37:45,920
Ananchalee?
322
00:37:48,480 --> 00:37:49,360
Saya?
323
00:37:55,360 --> 00:37:56,200
Ae.
324
00:37:58,440 --> 00:37:59,280
Kenapa?
325
00:38:01,600 --> 00:38:03,880
- Ini bilik apa?
- Bilik simpanan.
326
00:38:04,760 --> 00:38:07,640
Bagaimana dengan lelaki itu? Di mana dia?
327
00:38:08,600 --> 00:38:09,560
Saya tak tahu.
328
00:38:10,640 --> 00:38:13,680
Saya ikut dia ke sini
dan dia hilang begitu saja.
329
00:38:15,520 --> 00:38:17,520
Kenapa dia datang beri amaran?
330
00:38:18,520 --> 00:38:19,800
Saya tak tahu.
331
00:38:21,280 --> 00:38:24,640
Tapi saya macam pernah tengok dia.
332
00:38:27,240 --> 00:38:28,920
Dia nampak macam…
333
00:38:32,440 --> 00:38:33,280
Macam siapa?
334
00:38:37,480 --> 00:38:39,720
Tiada apa-apa. Mungkin saya keliru.
335
00:38:43,840 --> 00:38:44,680
Tunggu, Ae.
336
00:38:44,760 --> 00:38:46,280
Awak nak ke mana?
337
00:38:47,680 --> 00:38:49,280
Mari kita pergi makan.
338
00:38:50,920 --> 00:38:51,960
Mari.
339
00:39:16,360 --> 00:39:21,600
KETIBAAN
340
00:39:32,320 --> 00:39:34,240
Profesor.
341
00:39:35,920 --> 00:39:37,000
Profesor, helo.
342
00:39:37,520 --> 00:39:38,760
Helo, Aree.
343
00:39:39,760 --> 00:39:40,600
Helo.
344
00:39:41,280 --> 00:39:44,240
Saya Poomkhaobin, koordinator tempatan.
345
00:39:44,320 --> 00:39:45,960
Ini Sittha, pembantu saya.
346
00:39:47,440 --> 00:39:49,120
Selamat bekerjasama.
347
00:39:49,640 --> 00:39:54,160
Ini Dr. Aree, ketua ahli farmasi
di Pusat Perubatan Preeda.
348
00:39:54,920 --> 00:39:58,800
Ini Shawn, pembantu saya.
Ini View. Dia jururawat.
349
00:39:59,320 --> 00:40:02,960
Saya rasa semua orang kenal Asia.
350
00:40:03,040 --> 00:40:06,840
- Mari ke van. Dekat saja.
- Silakan.
351
00:40:09,680 --> 00:40:12,920
Phanom Naga terletak
di sempadan Thailand dan Kemboja,
352
00:40:13,000 --> 00:40:15,040
berdekatan banjaran gunung
Phanom Dongrak.
353
00:40:15,120 --> 00:40:20,000
Ia jauh dan sukar untuk ke sana.
Tak ramai orang boleh mengaksesnya.
354
00:40:20,080 --> 00:40:22,320
Kampung ini sangat percayakan naga.
355
00:40:22,400 --> 00:40:25,400
Mereka percaya
mereka ada banyak sumber asli
356
00:40:25,480 --> 00:40:29,480
dan iklim yang stabil
kerana naga menjaga mereka.
357
00:40:30,840 --> 00:40:34,720
Betul. Naga ibarat keramat di sana.
358
00:40:34,800 --> 00:40:37,440
Pada suatu tahun, ada ribut melanda
359
00:40:37,520 --> 00:40:40,840
semua sawah telah dibanjiri air
dan merosakkan padi.
360
00:40:40,920 --> 00:40:43,040
Namun, Phanom Naga tak terjejas.
361
00:40:43,760 --> 00:40:48,240
Dah lama saya nak pergi ke kuil Naga.
Akhirnya saya dapat ke sana.
362
00:40:50,520 --> 00:40:55,960
Saya sangka naga hanya tinggal
di Sungai Mekong.
363
00:40:57,160 --> 00:40:58,280
Tidaklah.
364
00:40:58,360 --> 00:41:03,480
Saya pernah baca yang naga
tinggal di sungai, gunung dan darat.7
365
00:41:04,200 --> 00:41:07,640
Betul. Naga di Phanom Naga
ialah naga gunung.
366
00:41:09,120 --> 00:41:10,120
Naga ialah ular.
367
00:41:10,200 --> 00:41:13,240
Kenapa kita menyembah haiwan?
368
00:41:13,320 --> 00:41:17,120
Hei, jangan cakap begitu
kepada penduduk Kampung Phanom Naga.
369
00:41:18,160 --> 00:41:20,160
Kita datang untuk bantu mereka.
370
00:41:20,240 --> 00:41:22,400
Bukan nak cari gaduh.
371
00:41:31,840 --> 00:41:33,000
Ada apa?
372
00:41:33,920 --> 00:41:37,400
Awak tak hormati naga. Ia nak hukum kita.
373
00:41:37,480 --> 00:41:40,560
Mengarutlah. Naga tak wujud.
374
00:41:40,640 --> 00:41:46,800
Bertenang. Kita di dalam hutan.
Biasalah nampak ular, bukan?
375
00:41:48,080 --> 00:41:51,280
Namun, ular-ular itu begitu banyak.
376
00:41:51,360 --> 00:41:53,280
Ini bukan perkara biasa.
377
00:41:53,360 --> 00:41:56,200
- Saya rasa kita patut patah balik.
- Tidak!
378
00:42:01,360 --> 00:42:03,760
Kita perlu ke Phanom Naga.
379
00:42:05,040 --> 00:42:06,880
Ada laluan alternatif?
380
00:42:06,960 --> 00:42:09,680
Laluan lain terlalu sukar dan jauh.
381
00:42:19,120 --> 00:42:21,360
Pandu saja, langgar ular-ular itu.
382
00:42:21,440 --> 00:42:25,640
Tak boleh. Ini ular pelindung.
383
00:42:25,720 --> 00:42:29,720
- Lantaklah. Langgar saja.
- Ya. Langgar saja.
384
00:42:47,280 --> 00:42:48,360
Jom patah balik.
385
00:42:52,840 --> 00:42:55,160
Bertenang dan jangan bergerak.
386
00:43:17,280 --> 00:43:20,080
Bertenang! Jangan bergerak!
387
00:44:04,120 --> 00:44:05,400
Bagaimana dia buat?
388
00:44:50,480 --> 00:44:51,440
Terima kasih.
389
00:44:55,320 --> 00:44:57,480
Bagaimana awak halau ular-ular itu?
390
00:44:57,560 --> 00:44:59,960
Itu bakat istimewa keluarga saya.
391
00:45:00,960 --> 00:45:03,320
Saya takkan beritahu. Rahsia.
392
00:45:05,040 --> 00:45:07,760
Helo, semua. Saya Anantachai.
393
00:45:08,480 --> 00:45:09,320
Terima kasih.
394
00:45:10,040 --> 00:45:11,320
Saya Dr. Preeda.
395
00:45:12,040 --> 00:45:14,720
Kami dalam perjalanan ke Phanom Naga.
396
00:45:20,400 --> 00:45:22,400
Saya tahu kamu akan datang.
397
00:45:25,120 --> 00:45:26,840
Saya tinggal di Phanom Naga.
398
00:45:27,600 --> 00:45:29,960
Khabarnya pejabat daerah hantar doktor.
399
00:45:30,720 --> 00:45:33,480
Ya. Kami nak rawat budak-budak di sana.
400
00:45:43,440 --> 00:45:44,960
Awak tak percayakan saya.
401
00:45:49,320 --> 00:45:50,960
Saya perlu buat kerja saya.
402
00:45:52,640 --> 00:45:55,360
Inikah bahaya yang awak sebut?
403
00:45:55,440 --> 00:45:56,280
Bukan.
404
00:45:57,160 --> 00:46:00,960
Kerja awak akan jadi lebih sukar
dan bahaya daripada awak sangka.
405
00:46:04,760 --> 00:46:08,640
Terima kasih atas amaran itu.
Tapi saya perlu lakukannya.
406
00:46:09,160 --> 00:46:12,760
Tak apa. Kami dah rancang
dengan tok penghulu.
407
00:46:14,240 --> 00:46:18,920
Orang yang buat keputusan tentang
anak-anak itu bukan penghulu, tapi Kham.
408
00:46:21,840 --> 00:46:23,400
Kalau kamu nak tolong,
409
00:46:24,160 --> 00:46:26,120
saya akan bawa kamu ke rumahnya.
410
00:46:26,640 --> 00:46:28,880
Budak-budak ular dikuarantin di sana.
411
00:46:32,240 --> 00:46:33,640
Ikut saya saja.
412
00:46:40,600 --> 00:46:42,040
Ayuh masuk ke dalam van.
413
00:47:15,200 --> 00:47:19,600
Hebatnya awak.
Lelaki suka awak dalam beberapa hari.
414
00:47:19,680 --> 00:47:20,600
Aree.
415
00:47:23,840 --> 00:47:27,480
Asia, awak kenal Anantachai sebelum ini?
416
00:47:28,640 --> 00:47:31,280
Saya jumpa dia di muzium tempoh hari.
417
00:47:32,480 --> 00:47:36,720
Dia larang saya ke Phanom Naga.
418
00:47:37,880 --> 00:47:38,720
Siapa dia?
419
00:47:40,080 --> 00:47:41,560
Saya tak tahu, Aree.
420
00:47:42,280 --> 00:47:45,920
Saya cakap dengan dia sekejap saja.
421
00:47:46,000 --> 00:47:47,480
Mungkin dia ekori awak.
422
00:47:48,520 --> 00:47:50,400
Baik awak jaga-jaga.
423
00:47:53,080 --> 00:47:55,240
Hebatnya awak.
424
00:47:56,480 --> 00:47:59,920
Saya rasa dia baik dengan orang kampung.
425
00:48:05,520 --> 00:48:07,720
Dia macam ambil berat tentang Ae.
426
00:48:08,520 --> 00:48:09,480
Sittha.
427
00:48:10,320 --> 00:48:13,800
Orang kacak tak semestinya baik.
428
00:48:14,400 --> 00:48:16,920
Awak setuju yang dia kacak?
429
00:49:42,040 --> 00:49:44,160
Berhenti. Di sini.
430
00:49:52,120 --> 00:49:54,000
Kuil Naga di sebelah kiri kamu.
431
00:49:54,080 --> 00:49:58,320
Ada patung dua beradik naga
yang menjaga Phanom Naga di dalam.
432
00:49:58,920 --> 00:50:00,600
Naga-naga itu sangat dihormati.
433
00:50:07,280 --> 00:50:12,840
Ayah suruh saya persembahkannya
kepada kuil baru Raja Naga.
434
00:50:14,520 --> 00:50:17,400
Kuil Raja Naga.
435
00:50:20,680 --> 00:50:23,960
Betul. Orang panggilnya Raja Naga.
436
00:50:24,480 --> 00:50:25,720
Bagaimana awak tahu?
437
00:50:27,000 --> 00:50:32,000
Kawan saya, Lun, pernah beritahu saya
438
00:50:32,880 --> 00:50:38,040
di kuil itu ada dua patung naga.
Ia adik-beradik.
439
00:50:41,240 --> 00:50:44,920
Si abang bermata biru.
440
00:50:47,000 --> 00:50:50,600
Si adik bermata merah.
441
00:51:24,320 --> 00:51:26,600
Selamat datang ke Phanom Naga.
442
00:51:27,560 --> 00:51:28,400
Ananchalee.
443
00:52:36,600 --> 00:52:37,640
Anaekchat.
444
00:52:39,440 --> 00:52:40,280
Anaekchat.
445
00:52:41,840 --> 00:52:43,640
Tuan akan bawa dia ke sini.
446
00:52:45,520 --> 00:52:46,400
Anaekchat.
447
00:52:51,520 --> 00:52:55,240
Atau awak nak mereka jatuh cinta semula?
448
00:52:56,840 --> 00:52:57,960
Kenapa awak diam?
449
00:52:58,040 --> 00:53:00,200
Awak nak biar tuan menang?
450
00:53:01,320 --> 00:53:02,320
Anaekchat!
451
00:53:06,920 --> 00:53:08,600
Saya takkan biar dia menang.
452
00:53:09,120 --> 00:53:12,160
Anantachai akan dikalahkan.
453
00:53:15,640 --> 00:53:17,520
Awak dikurung di sini.
454
00:53:18,640 --> 00:53:21,240
Macam mana awak nak kalahkan dia?
455
00:53:22,200 --> 00:53:24,760
Saya akan dapatkan Mata Naga saya semula.
456
00:53:26,440 --> 00:53:27,480
Mata Naga?
457
00:53:28,520 --> 00:53:31,320
Yang awak sembunyikan seribu tahun lalu?
458
00:53:31,400 --> 00:53:32,240
Ya.
459
00:53:33,280 --> 00:53:35,640
Apabila saya dapat,
460
00:53:36,400 --> 00:53:38,760
saya akan dapat semula kuasa naga saya.
461
00:53:39,280 --> 00:53:40,400
Serta awak.
462
00:53:42,400 --> 00:53:44,880
Kalau awak tak nak kehilangan Anantachai,
463
00:53:46,160 --> 00:53:47,240
bantu saya.
464
00:53:48,840 --> 00:53:49,680
Tidak.
465
00:53:50,520 --> 00:53:52,880
Saya takkan khianatinya lagi.
466
00:53:57,680 --> 00:53:58,520
Baiklah.
467
00:54:01,960 --> 00:54:02,800
Baiklah.
468
00:54:04,200 --> 00:54:06,440
Jadi bersedialah untuk kehilangan dia.
469
00:54:07,960 --> 00:54:10,560
Saya juga akan tunggu dan lihat
470
00:54:11,480 --> 00:54:16,160
jika awak akan
kehilangan kerajaan naga lagi.
471
00:55:33,080 --> 00:55:36,080
Ini kediaman Kham, pawang kampung.
472
00:55:36,160 --> 00:55:38,280
Ibu bapa bawa anak mereka ke sini.
473
00:55:39,760 --> 00:55:40,760
Kham?
474
00:55:41,800 --> 00:55:45,840
Kali terakhir saya ke sini,
pawang yang dihormati itu bukan Kham.
475
00:55:45,920 --> 00:55:47,200
Saya rasa Berm.
476
00:55:47,280 --> 00:55:50,480
Dia abang Kham.
Dah lama dia tinggalkan kampung.
477
00:55:51,080 --> 00:55:53,280
Kham ganti dia beberapa tahun lalu.
478
00:55:55,320 --> 00:55:58,320
Orang yang mempergunakan
kepercayaan orang lain ada di mana-mana.
479
00:55:59,840 --> 00:56:00,680
Ya, ikut sini!
480
00:56:14,840 --> 00:56:18,280
Helo, kamu datang nak jumpa pawang?
Sila beratur.
481
00:56:18,800 --> 00:56:21,800
Kami nak jumpa budak-budak ular.
Mereka ada di sini?
482
00:56:24,800 --> 00:56:29,520
Ya, tapi kamu perlu kebenaran pawang
untuk jumpa mereka.
483
00:56:31,880 --> 00:56:33,960
Sebentar. Awak kena tunggu.
484
00:56:35,160 --> 00:56:36,440
Apa ini? Hei!
485
00:56:36,960 --> 00:56:38,680
- Profesor?
- Profesor?
486
00:56:38,760 --> 00:56:40,840
Saya kata awak perlu tunggu!
487
00:56:44,120 --> 00:56:46,800
- Kami cuma nak…
- Saya kata, tak boleh!
488
00:56:46,880 --> 00:56:49,960
Saya kata tunggu! Awak tak faham?
Awak perlu tunggu.
489
00:57:10,000 --> 00:57:10,840
Silakan.
490
00:57:40,360 --> 00:57:43,320
Sittha, apa mereka buat?
491
00:57:44,520 --> 00:57:48,000
Ia upacara untuk buang sial.
Kami buat di kampung saya juga.
492
00:57:49,120 --> 00:57:50,960
Itu dulang sembilan ruang.
493
00:57:51,040 --> 00:57:53,400
Bahagian tengah mewakili subjek.
494
00:57:53,480 --> 00:57:56,400
Yang lain ialah penjaga lapan arah.
495
00:57:56,480 --> 00:58:02,080
Dipercayai malaikat, hantu dan roh jahat
akan menerima persembahan ini.
496
00:58:02,160 --> 00:58:04,120
Jadi, sial akan dibuang.
497
00:58:24,440 --> 00:58:27,160
Jangan takut.
Raja Naga akan sembuhkan kamu.
498
00:58:43,680 --> 00:58:45,520
- Jangan takut.
- Naree.
499
00:58:47,000 --> 00:58:52,800
Bertahan. Pawang Kham sedang rawat kamu.
500
00:58:54,080 --> 00:58:57,600
Bertahan. Semuanya akan okey.
Kamu akan sembuh!
501
00:59:26,680 --> 00:59:29,240
Tengok semua. Raja Naga akan bantu kita.
502
00:59:34,880 --> 00:59:36,880
Jangan takut.
503
00:59:37,760 --> 00:59:42,520
Hamba Naga Pertapa ini
akan sedut penyakit kamu
504
00:59:42,600 --> 00:59:43,760
dan kamu akan sembuh.
505
00:59:43,840 --> 00:59:47,680
Tengok. Kuasa Raja Naga.
506
00:59:56,320 --> 00:59:58,320
Ia keramat.
507
00:59:59,880 --> 01:00:00,880
Dia dah sembuh.
508
01:00:05,400 --> 01:00:07,760
Terima kasih Raja Naga sebab tolong kami.
509
01:00:09,440 --> 01:00:10,800
Kamu rasa lebih baik?
510
01:00:10,880 --> 01:00:15,040
Rasa lega? Bangun.
Pergi jumpa mak dan nenek kamu.
511
01:00:18,280 --> 01:00:20,760
Rebus ini dan beri dia minum.
512
01:00:21,400 --> 01:00:25,120
- Berapa bayarannya?
- Ikut suka puan.
513
01:00:26,280 --> 01:00:29,520
Saya dihantar ke sini
oleh Raja Naga sebagai wakilnya
514
01:00:30,280 --> 01:00:32,600
untuk sembuhkan anak-anak Phanom Naga.
515
01:00:33,880 --> 01:00:36,440
Saya gembira melihat mereka berlari-lari.
516
01:00:37,160 --> 01:00:40,960
- Derma untuk pawang.
- Amin.
517
01:00:42,880 --> 01:00:43,920
Sebentar.
518
01:00:46,680 --> 01:00:52,160
Penyakit kulit mereka tiada kaitan
dengan mereka berlari.
519
01:00:55,600 --> 01:00:56,760
Siapa awak semua?
520
01:00:58,200 --> 01:00:59,840
Mereka bukan penduduk sini.
521
01:01:01,120 --> 01:01:03,920
Ya, kami doktor.
522
01:01:04,680 --> 01:01:06,720
Kami dihantar
untuk rawat budak-budak ular.
523
01:01:16,160 --> 01:01:17,000
Keluar!
524
01:01:17,800 --> 01:01:20,920
Kami tak terima kamu! Keluar!
525
01:01:21,000 --> 01:01:25,200
- Pergi!
- Keluar!
526
01:01:25,280 --> 01:01:27,400
Kamu tak ada hak untuk halau saya.
527
01:01:28,920 --> 01:01:32,520
Saya diberi kuasa oleh daerah
528
01:01:33,400 --> 01:01:35,560
untuk rawat setiap budak yang sakit.
529
01:01:36,360 --> 01:01:38,080
Jangan cuba halang saya.
530
01:01:38,160 --> 01:01:39,800
Dengar sini.
531
01:01:39,880 --> 01:01:42,360
Penyakit ini disebabkan
oleh sumpahan naga.
532
01:01:42,880 --> 01:01:45,640
Doktor tak boleh sembuhkan mereka. Keluar!
533
01:01:46,400 --> 01:01:48,000
- Tak perlu!
- Keluar!
534
01:01:48,080 --> 01:01:52,520
Tak benar. Hentikannya. Tolong dengar.
535
01:01:53,760 --> 01:01:56,200
Penyakit ini tiada kaitan dengan naga.
536
01:01:57,120 --> 01:01:59,480
Pawang Kham memperbodohkan kamu semua.
537
01:02:01,200 --> 01:02:02,040
Cukuplah.
538
01:02:03,160 --> 01:02:06,360
Cukup apa? Awak tak kisah mereka ditipu?
539
01:02:10,440 --> 01:02:14,160
Jarum yang dia guna tadi
diperbuat daripada perak.
540
01:02:15,440 --> 01:02:18,640
Warnanya berubah
kerana tindak balas dengan sulfur.
541
01:02:19,960 --> 01:02:24,680
Pasti ada sulfur dalam herba
yang dia letak pada budak itu.
542
01:02:26,600 --> 01:02:30,440
Awak, berhenti guna naga
untuk tipu orang kampung.
543
01:02:31,600 --> 01:02:34,480
Jangan hina Raja Naga dan Pawang Kham.
544
01:02:34,560 --> 01:02:38,160
Taklah. Saya cuma bercakap benar.
545
01:02:38,240 --> 01:02:42,760
Apa yang kamu lihat tadi tiada kaitan
dengan kuasa magik atau sihir naga.
546
01:02:44,960 --> 01:02:46,720
Itulah cara
547
01:02:47,960 --> 01:02:48,800
para penipu
548
01:02:48,880 --> 01:02:54,400
Kalau awak tak berhenti, Raja Naga akan
hukum awak dan kawan-kawan awak.
549
01:02:54,480 --> 01:02:59,560
- Ya. Betul.
- Pergi!
550
01:03:00,080 --> 01:03:01,320
Dengar sini, semua!
551
01:03:02,640 --> 01:03:03,480
Keluar!
552
01:03:03,560 --> 01:03:09,240
- Pergi!
- Keluar!
553
01:03:38,600 --> 01:03:40,840
Awak! Awak tak hormat saya!
554
01:03:43,080 --> 01:03:46,040
Sujud di kaki saya untuk minta maaf!
555
01:03:46,800 --> 01:03:47,760
Jika tidak,
556
01:03:48,640 --> 01:03:51,240
Phanom Naga akan musnah disebabkan awak.
557
01:03:52,720 --> 01:03:55,280
- Lakukannya.
- Buat sekarang!
558
01:03:55,360 --> 01:03:56,760
Jangan harap.
559
01:03:56,840 --> 01:03:59,360
Kenapa awak tak hormat dia?
560
01:04:00,920 --> 01:04:03,400
Dr. Asia tak berniat untuk menghina naga.
561
01:04:03,920 --> 01:04:06,800
Dia tak percaya
Kham boleh berkomunikasi dengan naga.
562
01:04:07,520 --> 01:04:08,360
Awak!
563
01:04:08,440 --> 01:04:10,360
Awak juga biadab!
564
01:04:15,600 --> 01:04:17,440
Dengar sini, semua.
565
01:04:19,000 --> 01:04:20,920
Jika dia masih di sini,
566
01:04:21,880 --> 01:04:24,320
Phanom Naga akan musnah!
567
01:04:24,920 --> 01:04:27,000
- Sujud kepada dia sekarang!
- Keluar!
568
01:04:27,600 --> 01:04:30,040
- Atau kami akan musnah.
- Keluar!
569
01:04:30,120 --> 01:04:32,360
- Sujud kepada dia!
- Keluar!
570
01:04:33,320 --> 01:04:39,440
Dia tak hormat saya!
571
01:06:05,080 --> 01:06:08,960
Ular itu hamba Raja Naga.
Kenapa ia serang awak?
572
01:06:40,320 --> 01:06:44,840
Sains awak masih tak boleh jelaskan
banyak perkara di dunia ini.
573
01:06:44,920 --> 01:06:48,480
Walaupun kita tak nampak,
tak bermakna ia tak wujud.
574
01:06:48,560 --> 01:06:51,320
Benda yang boleh dilihat
tak boleh dipercayai.
575
01:06:52,000 --> 01:06:54,440
Saya suruh kamu minum! Buka mulut kamu!
576
01:06:55,280 --> 01:06:57,800
- Dia dah kembali?
- Saya akan menangi hatinya semula
577
01:06:58,680 --> 01:07:00,560
dan hapuskan sumpahan itu.
578
01:07:01,800 --> 01:07:04,400
Saya akan halang awak lebih lagi!
579
01:07:05,600 --> 01:07:06,840
Buat sekali lagi!
580
01:07:08,880 --> 01:07:11,880
Saya bukan orang asing bagi awak.
581
01:07:13,800 --> 01:07:15,800
Siapa saya untuk mempercayai awak?
582
01:07:15,880 --> 01:07:17,640
Apa kata awak buktikannya?
583
01:08:14,360 --> 01:08:19,360
Terjemahan sari kata oleh Jas Bardwin
584
01:08:19,440 --> 01:08:22,240
THE BRIDE OF NAGA