1 00:00:14,389 --> 00:00:18,893 Wakil Rakyat Demura, betulkah tuan diminta menyertai kabinet Perdana Menteri? 2 00:00:18,977 --> 00:00:21,813 Saya tak dimaklumkan tentang hal itu. 3 00:00:21,896 --> 00:00:26,151 Matlamat tuan adalah untuk membasmi kemiskinan kanak-kanak, bukan? 4 00:00:26,234 --> 00:00:28,903 Tuan dapat mencapainya sebagai ahli kabinet. 5 00:00:28,987 --> 00:00:30,030 Betul. 6 00:00:30,613 --> 00:00:32,532 Jika saya dapat peluang, 7 00:00:32,615 --> 00:00:35,660 saya akan berusaha bersungguh-sungguh. 8 00:00:36,161 --> 00:00:38,121 Akhirnya ia menjadi nyata, tuan. 9 00:00:38,997 --> 00:00:41,916 Ya, akhirnya. 10 00:00:46,379 --> 00:00:48,548 Dah 20 tahun saya jadi wakil rakyat. 11 00:00:48,631 --> 00:00:51,968 Akhirnya saya boleh tunaikan janji saya kepada ayah saya. 12 00:00:52,552 --> 00:00:56,431 Semua ini tercapai dengan bantuan kamu berdua. 13 00:00:56,931 --> 00:00:59,559 Kami tak layak dipuji begitu, tuan. 14 00:01:00,602 --> 00:01:04,522 PANGGILAN MASUK IINO 15 00:01:27,879 --> 00:01:30,173 Masuklah, Wakil Rakyat Demura. 16 00:01:31,174 --> 00:01:33,885 Tahniah kerana berjaya menyertai kabinet. 17 00:01:41,684 --> 00:01:48,691 AKUMA KUN 18 00:01:51,653 --> 00:01:55,532 EPISOD 7 MANUSIA 19 00:01:56,157 --> 00:01:58,243 Jadi, apa yang kamu mahu? 20 00:02:00,245 --> 00:02:02,580 Tuan masih tak sabar macam dulu. 21 00:02:03,206 --> 00:02:04,833 Tuan nak sikit? 22 00:02:04,916 --> 00:02:07,127 Saya pasti tuan kelaparan. 23 00:02:07,210 --> 00:02:08,878 Saya tak suka makanan manis. 24 00:02:09,587 --> 00:02:11,840 Janganlah malu-malu. 25 00:02:11,923 --> 00:02:16,302 Bayaran untuk bilik dan servis bilik ini 26 00:02:16,386 --> 00:02:18,847 dibayar menggunakan duit tuan. 27 00:02:19,347 --> 00:02:21,933 Cakap saja apa yang kamu nak. Saya sibuk. 28 00:02:22,016 --> 00:02:22,851 Kebelakangan ini, 29 00:02:23,518 --> 00:02:25,436 saya ada banyak perbelanjaan. 30 00:02:26,229 --> 00:02:28,731 Saya fikir tuan boleh pinjamkan saya duit. 31 00:02:28,815 --> 00:02:30,275 Kamu… 32 00:02:30,358 --> 00:02:33,319 Kamu nak peras ugut saya lagi? 33 00:02:33,403 --> 00:02:35,155 Janganlah cakap begitu. 34 00:02:35,238 --> 00:02:38,867 Ini ganjaran yang sah sebagai setiausaha peribadi tuan. 35 00:02:38,950 --> 00:02:41,077 Saya lindungi tuan dengan baik 36 00:02:42,203 --> 00:02:45,456 supaya gambar ini tak diketahui umum. 37 00:02:48,126 --> 00:02:50,003 Saya dah tak tahan. 38 00:02:50,503 --> 00:02:54,174 Saya sudah tak ada duit yang boleh digunakan lagi. 39 00:02:54,257 --> 00:02:55,967 Buat masa ini saja, bukan? 40 00:02:56,926 --> 00:02:58,511 Apabila tuan jadi menteri, 41 00:02:58,595 --> 00:03:01,890 tuan boleh dapatkan dana daripada bajet kerajaan. 42 00:03:01,973 --> 00:03:03,433 Berani kamu! 43 00:03:03,516 --> 00:03:05,852 Duit itu untuk melindungi kanak-kanak! 44 00:03:05,935 --> 00:03:08,104 Mustahil saya buat begitu! 45 00:03:08,605 --> 00:03:09,856 Aduhai. 46 00:03:09,939 --> 00:03:11,566 Berpura-pura baik pula… 47 00:03:13,193 --> 00:03:15,820 Tuan boleh berhenti berlakon sekarang. 48 00:03:15,904 --> 00:03:19,073 Tuan sama saja macam ayah tuan. 49 00:03:19,157 --> 00:03:21,367 Maksud saya, ayah yang besarkan tuan. 50 00:03:21,451 --> 00:03:23,203 Indah sekali kisah itu. 51 00:03:23,703 --> 00:03:26,247 Dia bekerja sebagai guru sepanjang hidupnya, 52 00:03:26,331 --> 00:03:31,961 memberi dananya sendiri untuk makanan dan pendidikan kanak-kanak miskin. 53 00:03:32,462 --> 00:03:36,216 Kemudian, dia ambil dan besarkan tuan apabila tuan ditinggalkan. 54 00:03:36,716 --> 00:03:39,093 Akhirnya, dia hidup dalam kemiskinan. 55 00:03:39,177 --> 00:03:41,721 Kesihatannya merosot dan dia tiba-tiba mati. 56 00:03:42,347 --> 00:03:46,768 Perkataan "hipokrit" dicipta untuk orang seperti tuan dan ayah tuan. 57 00:03:49,395 --> 00:03:51,481 Cakaplah apa saja tentang saya. 58 00:03:53,733 --> 00:03:54,567 Tapi… 59 00:03:55,902 --> 00:03:56,903 Ayah saya… 60 00:03:58,988 --> 00:04:03,368 Jangan hina ayah saya! 61 00:04:16,214 --> 00:04:22,553 PARTI POPULAR - DEMURA 62 00:05:22,405 --> 00:05:24,907 Satu lagi poster Wakil Rakyat Demura. 63 00:05:25,408 --> 00:05:27,493 Dengan senyuman palsu yang sama. 64 00:05:27,994 --> 00:05:29,078 Senyuman palsu? 65 00:05:29,662 --> 00:05:33,207 Saya rasa usaha dan ucapannya mengagumkan. 66 00:05:33,291 --> 00:05:34,959 Awak sokong dia? 67 00:05:35,043 --> 00:05:36,794 Mak dan ayah saya sokong. 68 00:05:37,378 --> 00:05:39,964 Manusia memang tak boleh dipercayai. 69 00:05:40,548 --> 00:05:43,676 Ahli politik yang paling teruk antara semua manusia. 70 00:05:43,760 --> 00:05:48,973 Saya lebih suka syaitan yang setia kepada objektif berbanding ahli politik. 71 00:05:49,057 --> 00:05:51,726 Awak lebih percaya syaitan? Tapi awak manusia. 72 00:05:51,809 --> 00:05:55,980 Saya bukan macam awak, Mephisto III. Awak tak boleh pilih pihak. 73 00:05:56,773 --> 00:05:58,483 Apa maksud awak? 74 00:05:59,192 --> 00:06:00,026 Hei. 75 00:06:02,153 --> 00:06:05,990 PEJABAT KEMPEN DEMURA YUSUKE 76 00:06:08,910 --> 00:06:09,786 Tuan. 77 00:06:11,329 --> 00:06:13,664 Ada pelawat mahu jumpa Encik Iino. 78 00:06:14,832 --> 00:06:16,084 Apa patut saya cakap? 79 00:06:16,584 --> 00:06:18,336 Tak apa. Suruh mereka masuk. 80 00:06:20,338 --> 00:06:22,131 Tak ada snek dengan teh. 81 00:06:22,632 --> 00:06:23,508 Jangan biadab. 82 00:06:24,592 --> 00:06:27,470 "Institut Penyelidikan Milenarianisme." 83 00:06:27,553 --> 00:06:29,263 Kami macam penyiasat. 84 00:06:29,847 --> 00:06:31,682 Saya Mephisto III. 85 00:06:31,766 --> 00:06:32,850 Ini Akuma Kun. 86 00:06:33,351 --> 00:06:36,771 Jadi, kamu perlukan sesuatu daripada Iino, setiausaha saya? 87 00:06:36,854 --> 00:06:41,192 Begini, kami terima permintaan daripada Iino untuk menjalankan siasatan, 88 00:06:41,275 --> 00:06:43,277 dan kami ingin laporkan kepadanya. 89 00:06:43,945 --> 00:06:45,655 Tapi dia tak dapat dihubungi. 90 00:06:45,738 --> 00:06:46,781 Permintaan? 91 00:06:46,864 --> 00:06:50,326 Kami tak boleh kongsi kerana ia maklumat sulit, 92 00:06:50,410 --> 00:06:54,205 tapi dia nak kami siasat tentang organisasi yang pernah wujud. 93 00:06:54,831 --> 00:06:58,751 Sebenarnya, kami juga tak dapat hubungi dia. 94 00:06:58,835 --> 00:07:00,503 Kami risau tentang dia. 95 00:07:00,586 --> 00:07:01,963 Tuan! 96 00:07:03,506 --> 00:07:06,676 Mayat Encik Iino telah dijumpai. 97 00:07:09,929 --> 00:07:14,725 Aduhai. Saya minta maaf kerana buat tuan datang dari jauh. 98 00:07:14,809 --> 00:07:16,978 Saya Fukabayashi daripada Polis Metropolitan… 99 00:07:17,061 --> 00:07:19,814 Nampaknya Mephisto dan Akuma Kun pun ada! 100 00:07:19,897 --> 00:07:21,023 Kenapa kamu datang? 101 00:07:21,107 --> 00:07:26,028 Encik Iino, si mati dalam kes ini, dia klien kami. 102 00:07:26,112 --> 00:07:29,031 Betulkah? Lega rasanya. 103 00:07:29,115 --> 00:07:32,410 Cepat selesaikan kes ini macam dulu. 104 00:07:33,119 --> 00:07:34,954 Ia bukan tanggungjawab kami. 105 00:07:35,037 --> 00:07:36,539 Kamu kenal dia? 106 00:07:36,622 --> 00:07:38,541 Ya, dalam kes lain. 107 00:07:38,624 --> 00:07:41,169 Dia lebih menyusahkan daripada syaitan. 108 00:07:41,252 --> 00:07:43,546 Notarikon, bukan? 109 00:07:43,629 --> 00:07:46,132 Tiada sesiapa boleh selesaikan kod itu. 110 00:07:46,215 --> 00:07:47,717 Disebabkan kamu, pesalah… 111 00:07:47,800 --> 00:07:49,302 Mephisto, gambar itu. 112 00:07:49,385 --> 00:07:51,512 - Baiklah. - Gambar? 113 00:07:51,596 --> 00:07:52,805 Sebenarnya, 114 00:07:52,889 --> 00:07:59,687 Encik Iino minta kami siasat tatu dalam gambar ini. 115 00:07:59,770 --> 00:08:00,938 Begitu rupanya. 116 00:08:01,439 --> 00:08:03,900 Ia ada kaitan dengan kes ini? 117 00:08:04,400 --> 00:08:05,318 Entahlah. 118 00:08:05,401 --> 00:08:09,071 Apa-apa pun, tentang mangsa, Encik Iino. 119 00:08:09,864 --> 00:08:13,075 Kami tak dapat menganggarkan masa kematiannya 120 00:08:13,659 --> 00:08:16,329 sebab penyaman udara dipasang secara maksimum. 121 00:08:16,412 --> 00:08:18,080 Ada kamera keselamatan? 122 00:08:18,164 --> 00:08:19,582 Tiada di koridor, 123 00:08:19,665 --> 00:08:22,877 tapi ada satu di tepi lif dan di lobi. 124 00:08:22,960 --> 00:08:24,962 Kami sedang periksa sekarang. 125 00:08:25,046 --> 00:08:28,591 Superintenden Fukabayashi, kami dah periksa rakaman. 126 00:08:28,674 --> 00:08:31,135 Baiklah. Apa masalahnya? 127 00:08:31,219 --> 00:08:32,053 Begini… 128 00:08:33,137 --> 00:08:35,389 Apa? Servis bilik? 129 00:08:36,140 --> 00:08:37,558 KAMERA KESELAMATAN 130 00:08:37,642 --> 00:08:38,768 LIF TINGKAT 13 A 131 00:08:38,851 --> 00:08:41,145 Ini rakaman empat hari lalu. 132 00:08:41,896 --> 00:08:47,068 Encik Demura keluar dari lif di tingkat sama dengan tempat kejadian. 133 00:08:47,151 --> 00:08:49,070 Lima belas minit kemudian, 134 00:08:49,654 --> 00:08:53,574 staf hotel pergi ke bilik untuk mengambil pinggan servis bilik. 135 00:08:54,158 --> 00:08:55,701 Siapa buka pintu? 136 00:08:55,785 --> 00:08:57,495 Encik Iino yang buka. 137 00:08:57,578 --> 00:08:58,996 Encik pasti? 138 00:08:59,497 --> 00:09:02,583 Ya, dia dah lama menginap di hotel 139 00:09:02,667 --> 00:09:06,337 dan kami dah banyak kali hantar makanan ke biliknya. 140 00:09:07,088 --> 00:09:10,841 Pada hari itu, dia minta kami ambil pinggan 20 minit kemudian. 141 00:09:10,925 --> 00:09:15,221 Dalam erti kata lain, selepas Wakil Rakyat Demura pergi… 142 00:09:15,304 --> 00:09:17,098 Encik Iino masih hidup. 143 00:09:17,640 --> 00:09:19,725 Jadi, kami tiada apa-apa lagi? 144 00:09:19,809 --> 00:09:21,102 Ya. 145 00:09:21,185 --> 00:09:25,106 Berdasarkan situasi ini, tuan yang paling mencurigakan. 146 00:09:25,189 --> 00:09:28,317 Mungkin, tapi saya tak bersalah. 147 00:09:28,401 --> 00:09:30,861 Sebenarnya, ada lagi, superintenden. 148 00:09:31,821 --> 00:09:33,155 LIF HOTEL TINGKAT 13 B 149 00:09:33,239 --> 00:09:36,409 Ini rakaman esoknya, tiga hari lalu pada waktu siang. 150 00:09:36,492 --> 00:09:38,160 Ke mana dia pergi? 151 00:09:38,744 --> 00:09:40,955 Kafe di hotel, Pointe. 152 00:09:41,706 --> 00:09:42,832 Pointe? 153 00:09:43,416 --> 00:09:45,585 Kafe di dalam bangunan. 154 00:09:46,711 --> 00:09:49,255 Dia makan krep juga di situ? 155 00:09:49,338 --> 00:09:51,340 Mesti dia suka krep. 156 00:09:51,424 --> 00:09:54,427 Iino sangat menggemari makanan manis. 157 00:09:55,261 --> 00:09:57,430 Ini kali terakhir kita nampak dia. 158 00:09:58,180 --> 00:10:03,436 Jadi, dia mati antara hari ini dan tiga hari lalu semasa makan krep. 159 00:10:03,519 --> 00:10:05,813 Saya minta diri dulu. 160 00:10:05,896 --> 00:10:07,857 Terima kasih atas kerjasama tuan. 161 00:10:08,482 --> 00:10:11,444 Tolong tangkap pembunuhnya. 162 00:10:11,527 --> 00:10:12,737 Sudah tentu. 163 00:10:19,952 --> 00:10:21,829 Kita perlu mula balik. 164 00:10:22,413 --> 00:10:24,540 Boleh kami tengok bilik Iino? 165 00:10:25,041 --> 00:10:26,500 Kamu nak tengok? 166 00:10:26,584 --> 00:10:28,419 Kami dah siasat, jadi… 167 00:10:28,502 --> 00:10:29,545 Biar saya tengok. 168 00:10:34,592 --> 00:10:37,053 Apa benda di atas meja ini? 169 00:10:37,136 --> 00:10:38,346 Barang milik Iino. 170 00:10:38,429 --> 00:10:40,264 Kami dah periksa cap jari. 171 00:10:40,348 --> 00:10:41,641 Apa ini? 172 00:10:41,724 --> 00:10:43,059 EpiPen. 173 00:10:43,142 --> 00:10:44,018 Epi… 174 00:10:45,311 --> 00:10:47,813 Benda yang dibawa apabila awak ada alahan. 175 00:10:47,897 --> 00:10:51,484 Nampaknya Iino ada alahan makanan laut dan soba. 176 00:10:52,360 --> 00:10:53,778 KAFE POINTE 177 00:10:54,487 --> 00:10:55,696 Alahan… 178 00:10:56,197 --> 00:10:58,866 Hei, saya lapar. Mari makan. 179 00:10:59,450 --> 00:11:00,701 Saya nak penkek. 180 00:11:00,785 --> 00:11:02,620 Awak dah makan pagi tadi. 181 00:11:03,162 --> 00:11:04,789 Kafe Pointe dapat satu bintang 182 00:11:04,872 --> 00:11:11,045 daripada Organisasi Penkek Jepun dan Panduan Penkek Sedunia. 183 00:11:11,128 --> 00:11:12,463 Tak pernah dengar pun. 184 00:11:12,546 --> 00:11:15,800 Penkek ada ramai peminat sebenarnya. 185 00:11:16,550 --> 00:11:18,552 Peminat, ya? 186 00:11:19,178 --> 00:11:25,017 Tapi kenapa Iino suruh kita siasat organisasi penyembah syaitan itu? 187 00:11:25,101 --> 00:11:28,646 - Gambar itu mungkin gambar Demura. - Apa? 188 00:11:29,271 --> 00:11:30,981 Kenapa awak cakap begitu? 189 00:11:31,065 --> 00:11:33,734 Semasa awak keluarkan gambar di lobi, 190 00:11:33,818 --> 00:11:36,153 dia gerakkan bahu kirinya sedikit. 191 00:11:36,237 --> 00:11:39,657 Macam memaksa diri untuk sorok pergerakan yang tak sengaja. 192 00:11:40,241 --> 00:11:43,202 Dia terlibat dalam organisasi penyembah syaitan? 193 00:11:43,703 --> 00:11:44,995 Tak mungkin. 194 00:11:45,079 --> 00:11:48,165 Awak rasa mereka menyeru syaitan macam Tobayama? 195 00:11:48,249 --> 00:11:53,796 Tidak, organisasi ini cuba mencipta syaitan sendiri. 196 00:11:53,879 --> 00:11:55,923 Macam Frankenstein. 197 00:11:56,006 --> 00:11:59,093 Sebenarnya, nama raksasa itu bukan Frankenstein. 198 00:11:59,176 --> 00:12:01,345 Itu nama saintis yang menciptanya. 199 00:12:02,221 --> 00:12:05,224 Jadi, mereka berjaya mencipta raksasa itu? 200 00:12:05,307 --> 00:12:06,434 Entah. 201 00:12:06,517 --> 00:12:09,979 Akhirnya, ada perebutan kuasa dalaman. 202 00:12:10,062 --> 00:12:13,524 Ada yang menjadi radikal, tapi organisasi itu terbubar. 203 00:12:14,024 --> 00:12:15,526 Sedia untuk buat pesanan? 204 00:12:16,026 --> 00:12:17,361 Penkek. 205 00:12:17,445 --> 00:12:21,657 Baiklah. Saya rasa, saya nak krep. 206 00:12:22,283 --> 00:12:25,161 Apa? Tak ada krep. 207 00:12:26,245 --> 00:12:27,997 Hei, saya belum habis pilih. 208 00:12:30,458 --> 00:12:31,292 Yang ini. 209 00:12:31,959 --> 00:12:34,378 Hei, jangan pesan untuk saya. 210 00:12:34,462 --> 00:12:35,588 Mephisto, 211 00:12:36,213 --> 00:12:39,884 jika kejahatan manusia melawan niat baik syaitan, 212 00:12:40,676 --> 00:12:42,428 awak rasa yang mana menang? 213 00:12:42,511 --> 00:12:44,638 Apa? Kenapa tiba-tiba tanya? 214 00:12:45,431 --> 00:12:47,516 Demura tahu jawapannya. 215 00:12:49,226 --> 00:12:50,895 PEJABAT KEMPEN DEMURA YUSUKE 216 00:12:50,978 --> 00:12:53,063 Ya. Sudah tentu. 217 00:12:54,190 --> 00:12:57,109 Saya akan ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri esok. 218 00:13:01,030 --> 00:13:02,031 Akhirnya… 219 00:13:03,240 --> 00:13:05,284 Masanya telah tiba, ayah. 220 00:13:06,494 --> 00:13:08,913 Hajat ayah akan tercapai akhirnya. 221 00:13:12,333 --> 00:13:14,460 Maaf mengganggu. 222 00:13:15,753 --> 00:13:17,880 Siapa di sini? Sudah lewat… 223 00:13:20,424 --> 00:13:22,384 Wakil Rakyat Demura. 224 00:13:23,302 --> 00:13:24,970 Selamat berkenalan. 225 00:13:26,096 --> 00:13:31,852 - Hei, saya akan telefon polis… - Sebenarnya, saya bercinta dengan Iino. 226 00:13:31,936 --> 00:13:37,733 Saya banyak dengar tentang tuan. 227 00:13:38,943 --> 00:13:41,111 Dengar tentang apa? 228 00:13:41,946 --> 00:13:46,242 Tuan ahli organisasi yang menyembah syaitan, bukan? 229 00:13:46,325 --> 00:13:47,827 - Apa? - Jangan risau. 230 00:13:47,910 --> 00:13:50,412 Saya takkan dedahkan tuan, bertenanglah. 231 00:13:50,496 --> 00:13:53,582 Saya cuma nak minta tolong. 232 00:13:54,083 --> 00:13:54,917 Tolong? 233 00:13:55,543 --> 00:13:59,171 Memandangkan Iino dah mati, tuan perlukan staf baharu, bukan? 234 00:13:59,839 --> 00:14:04,718 Jadi, saya tertanya-tanya jika tuan boleh ambil saya bekerja. 235 00:14:08,347 --> 00:14:11,183 Kenapa… 236 00:14:12,518 --> 00:14:13,769 Kenapa… 237 00:14:15,479 --> 00:14:21,026 Kenapa kamu semua asyik halang aku? 238 00:14:28,367 --> 00:14:33,080 Aku dah membunuh dengan tangan ini. 239 00:14:34,123 --> 00:14:37,251 Aku dah buat macam-macam agar ia menjadi nyata, 240 00:14:37,751 --> 00:14:40,254 dan akhirnya ia dalam genggaman aku! 241 00:14:40,337 --> 00:14:46,343 Aku takkan biar kamu semua memusnahkannya! 242 00:14:57,771 --> 00:15:00,900 MASA DEPAN CERAH UNTUK KANAK-KANAK DEMURA YUSUKE 243 00:15:00,983 --> 00:15:02,902 Aku buat lagi… 244 00:15:04,486 --> 00:15:07,740 Tidak, aku boleh tipu mereka lagi. 245 00:15:08,407 --> 00:15:09,950 Aku dah tipu sebelum ini. 246 00:15:10,993 --> 00:15:12,912 Mereka akan percaya sekali lagi. 247 00:15:20,294 --> 00:15:21,712 Penyamar, ya? 248 00:15:21,795 --> 00:15:25,215 Syaitan penyamar tak siap yang dicipta oleh organisasi itu. 249 00:15:26,008 --> 00:15:27,718 Itulah tuan sebenarnya, bukan? 250 00:15:28,344 --> 00:15:30,846 Dia bukan saja menyamar menjadi orang lain. 251 00:15:31,347 --> 00:15:34,224 Kekuatannya agak luar biasa. 252 00:15:34,808 --> 00:15:37,519 Aku tak dapat melawan. 253 00:15:37,603 --> 00:15:38,812 Sakitnya leher aku. 254 00:15:39,313 --> 00:15:40,481 Kau… 255 00:15:40,564 --> 00:15:42,358 Nama aku Gremory. 256 00:15:42,441 --> 00:15:46,070 Aku tak cacat macam kau. 257 00:15:46,570 --> 00:15:48,072 Aku syaitan sebenar. 258 00:15:48,572 --> 00:15:50,282 Wakil Rakyat Demura… 259 00:15:50,783 --> 00:15:52,743 Empat malam lalu, 260 00:15:52,826 --> 00:15:56,246 tuan bunuh Iino seperti tuan cuba bunuh Gremory. 261 00:15:56,872 --> 00:16:01,585 Untuk cuba memusnahkan bukti rahsia tuan dalam buku nota dan komputernya, 262 00:16:02,169 --> 00:16:05,965 tuan suruh staf hotel mengambil pinggan pada masa tertentu. 263 00:16:06,048 --> 00:16:08,884 Tuan pasang penyaman udara pada suhu terendah 264 00:16:08,968 --> 00:16:10,344 dan keluar dari bilik. 265 00:16:10,970 --> 00:16:15,891 Kemudian, tuan guna rupa orang lain dan terus balik ke hotel. 266 00:16:15,975 --> 00:16:20,396 Tuan bertukar menjadi Iino semula dan berurusan dengan staf. 267 00:16:20,896 --> 00:16:22,648 Semuanya bagus setakat ini. 268 00:16:22,731 --> 00:16:25,693 Tapi tuan tersilap langkah. 269 00:16:26,193 --> 00:16:27,695 Tersilap? 270 00:16:28,278 --> 00:16:31,699 Untuk menegaskan lagi bahawa Iino masih hidup, 271 00:16:31,782 --> 00:16:34,368 tuan keluar dari biliknya keesokan hari 272 00:16:34,451 --> 00:16:36,704 dan tunjukkan diri kepada orang ramai. 273 00:16:37,413 --> 00:16:39,707 Kemudian, selepas ke Kafe Pointe, 274 00:16:39,790 --> 00:16:43,627 tuan cuba berlakon menjadi Iino dengan memesan krep. 275 00:16:44,420 --> 00:16:46,672 Tapi krep tak dijual di kafe itu. 276 00:16:47,172 --> 00:16:49,425 Tentu stafnya beritahu tuan… 277 00:16:49,925 --> 00:16:53,846 Kami tak ada krep, bagaimana dengan galette? 278 00:16:53,929 --> 00:16:57,099 Memang benar galette serupa dengan krep. 279 00:16:57,182 --> 00:17:01,103 Tapi ia dibuat dengan tepung gandum kuda, bukan tepung gandum. 280 00:17:01,895 --> 00:17:07,192 Iino ada alahan gandum kuda. Dia takkan pesan atau makan galette. 281 00:17:07,776 --> 00:17:11,071 Tapi tuan tak suka makanan manis, jadi tuan tak sedar. 282 00:17:12,156 --> 00:17:16,326 Tuan melebih-lebih untuk tunjuk yang Iino masih hidup. Itu silapnya. 283 00:17:25,794 --> 00:17:27,671 Ayah saya… 284 00:17:29,840 --> 00:17:35,054 selamatkan saya, syaitan hodoh dan cacat yang ditinggalkan oleh organisasi itu, 285 00:17:35,554 --> 00:17:37,389 dan ambil saya sebagai anaknya. 286 00:17:37,473 --> 00:17:40,851 Dia didik saya dan ajar saya cara untuk hidup. 287 00:17:42,227 --> 00:17:45,898 Apabila saya sudah cukup besar, saya menangis dan kata, 288 00:17:45,981 --> 00:17:48,609 "Saya benci jadi syaitan. Saya nak jadi manusia." 289 00:17:48,692 --> 00:17:53,906 Ketika itulah ayah saya kata, "Sesetengah manusia memiliki hati syaitan. 290 00:17:54,448 --> 00:17:57,993 Jadi, selagi kamu memiliki hati yang baik, 291 00:17:58,077 --> 00:18:00,370 syaitan pun boleh jadi manusia. 292 00:18:00,954 --> 00:18:03,665 Oleh itu, jalani hidup yang baik." 293 00:18:05,626 --> 00:18:07,795 Kata-kata itu membimbing saya. 294 00:18:08,295 --> 00:18:12,007 Sehingga hari ini, saya sentiasa cuba 295 00:18:13,175 --> 00:18:17,513 untuk menjadi manusia lebih daripada manusia sebenar. 296 00:18:20,641 --> 00:18:22,559 Tapi akhirnya tuan syaitan. 297 00:18:22,643 --> 00:18:24,394 Tak, saya… 298 00:18:24,478 --> 00:18:25,896 Jadi, pilihlah. 299 00:18:26,522 --> 00:18:28,899 Jika tuan manusia dan bukan syaitan, 300 00:18:28,982 --> 00:18:31,193 tuan patut dihakimi sebagai manusia. 301 00:18:31,693 --> 00:18:34,655 Tapi kalau tuan sebenarnya syaitan, 302 00:18:35,155 --> 00:18:37,491 tuan patut bunuh kami sekarang juga. 303 00:18:38,075 --> 00:18:39,743 Kalau tuan boleh bunuh. 304 00:18:42,830 --> 00:18:44,748 Tuan manusia? 305 00:18:45,582 --> 00:18:46,542 Atau syaitan? 306 00:18:56,593 --> 00:19:01,932 Saya mengkhianati kasih sayang yang ayah saya curahkan kepada saya. 307 00:19:02,850 --> 00:19:04,935 Saya tak boleh khianati dia lagi. 308 00:19:07,271 --> 00:19:08,397 Saya 309 00:19:09,773 --> 00:19:10,983 manusia. 310 00:19:12,609 --> 00:19:13,485 Ayah tuan… 311 00:19:15,487 --> 00:19:17,865 pasti sangat menyayangi tuan. 312 00:19:21,910 --> 00:19:23,245 Akuma Kun. 313 00:19:26,123 --> 00:19:29,293 Nampaknya kita ada masalah. 314 00:19:30,002 --> 00:19:32,880 Apa? Tunggu, Akuma Kun! 315 00:19:32,963 --> 00:19:35,465 Cap kad aku kali ini! 316 00:19:36,049 --> 00:19:41,972 Berani kau suruh syaitan buat kerja secara percuma… 317 00:19:50,772 --> 00:19:52,399 Wakil Rakyat Demura… 318 00:19:54,318 --> 00:19:55,444 Tuan. 319 00:19:55,527 --> 00:19:56,612 Tuan. 320 00:19:57,112 --> 00:19:59,948 Kami percayakan tuan. 321 00:20:00,032 --> 00:20:02,367 Jadi, jangan risau. 322 00:20:02,910 --> 00:20:06,622 Kami akan teruskan hajat tuan dan ayah tuan 323 00:20:06,705 --> 00:20:08,790 dan pastikan ia jadi kenyataan. 324 00:20:09,875 --> 00:20:11,001 Kamu berdua… 325 00:20:12,294 --> 00:20:13,629 Terima kasih. 326 00:20:14,463 --> 00:20:17,257 Saya serahkan selebihnya kepada kamu berdua. 327 00:20:17,341 --> 00:20:18,217 Ya, tuan. 328 00:20:20,802 --> 00:20:21,762 JABATAN POLIS 329 00:20:22,888 --> 00:20:26,099 Jadi, dia pakar penyamar. 330 00:20:26,183 --> 00:20:28,227 Ia seperti magis. 331 00:20:31,438 --> 00:20:33,732 Syabas kerana menyelesaikannya. 332 00:20:41,323 --> 00:20:43,533 Niat baik syaitan menang, ya? 333 00:20:44,117 --> 00:20:45,577 Apa maksud awak? 334 00:20:45,661 --> 00:20:47,746 Awak yang tanya soalan itu. 335 00:20:47,829 --> 00:20:50,332 Jangan buat-buat tak tahu sebab awak marah. 336 00:20:51,583 --> 00:20:55,003 Ada manusia yang jahat dan syaitan yang baik. 337 00:20:55,087 --> 00:20:56,922 Itulah maksudnya, bukan? 338 00:20:57,005 --> 00:21:00,425 - Jangan pandai-pandai buat kesimpulan. - Itu kebenarannya. 339 00:21:00,509 --> 00:21:04,471 Dua Belas Hawari pimpinan ayah awak juga berjuang bersamanya 340 00:21:04,554 --> 00:21:06,515 untuk mencapai Kerajaan Milenium. 341 00:21:06,598 --> 00:21:08,976 Itu tak semestinya niat baik. 342 00:21:09,059 --> 00:21:12,271 Mereka juga dapat manfaat daripada Kerajaan Milenium. 343 00:21:12,854 --> 00:21:16,149 Manfaat? Tak, mereka saling mempercayai. 344 00:21:16,233 --> 00:21:18,068 Itu niat baik dan persahabatan. 345 00:21:18,652 --> 00:21:19,820 Tak masuk akal. 346 00:21:20,404 --> 00:21:22,030 - Apa? - Lupakan saja. 347 00:21:23,407 --> 00:21:27,786 Buang masa saja dengar cakap orang separuh syaitan macam awak. 348 00:21:32,416 --> 00:21:33,917 Yalah. 349 00:21:34,001 --> 00:21:35,919 Saya cuma separuh syaitan. 350 00:21:36,003 --> 00:21:38,672 Awak ditangkap dan ditinggalkan oleh syaitan, 351 00:21:38,755 --> 00:21:42,092 jadi awak lebih memahami syaitan berbanding saya. 352 00:22:06,658 --> 00:22:08,744 Matanya masih tak terbuka, ya? 353 00:22:11,705 --> 00:22:12,998 Bosan betul. 354 00:22:32,184 --> 00:22:33,435 Helo, semua! 355 00:22:33,518 --> 00:22:38,440 Undi saya, Komorineko, dalam pilihan raya syaitan! 356 00:22:38,523 --> 00:22:40,567 Pilihan raya syaitan? 357 00:22:40,650 --> 00:22:44,237 Awak calonnya, Komorineko? 358 00:22:44,738 --> 00:22:46,990 Ya, pilihan raya syaitan. 359 00:22:47,074 --> 00:22:51,203 Saya juga ketua jawatankuasa di Sekolah Halimunan, jadi undilah saya! 360 00:22:51,286 --> 00:22:53,705 Ketua jawatankuasa? Betulkah? 361 00:22:53,789 --> 00:22:57,334 Saya rasa dia ketua jawatankuasa pembersihan. 362 00:22:57,834 --> 00:22:59,669 Beri sokongan awak, okey? 363 00:23:00,170 --> 00:23:04,591 Jika saya menang, saya akan beri kerusi di tengah dunia syaitan kepada awak. 364 00:23:04,674 --> 00:23:05,592 Di tengah? 365 00:23:05,675 --> 00:23:07,844 Ya, kerusi yang semua orang mahu. 366 00:23:07,928 --> 00:23:11,139 Apabila saya menyanyi dan penonton bersorak di konsert, 367 00:23:11,223 --> 00:23:12,808 awak yang paling menonjol! 368 00:23:12,891 --> 00:23:15,102 Tunggu. Awak nak menyanyi? 369 00:23:15,185 --> 00:23:19,231 Mestilah. Saya akan menyanyi sepuas hati. 370 00:23:19,314 --> 00:23:21,817 Awak nak nyanyi lagu apa? 371 00:23:21,900 --> 00:23:24,694 "Lagu Lawan Syaitan-Super Kucing-Kelawar." 372 00:23:24,778 --> 00:23:26,571 Bagaimana bunyi lagu itu? 373 00:23:26,655 --> 00:23:29,408 Aku kelawar yang bukan kelawar Tapi kelawar 374 00:23:29,491 --> 00:23:31,827 Aku kucing yang bukan kucing Tapi kucing 375 00:23:31,910 --> 00:23:35,038 Hore! Hore! Ya, hore! 376 00:23:35,122 --> 00:23:37,791 Bertahanlah, Komorineko 377 00:23:38,458 --> 00:23:40,877 Wujudkah lagu begini? 378 00:23:41,378 --> 00:23:44,131 Tak, saya tak ada lagu. 379 00:23:44,631 --> 00:23:47,676 Tentu seronok jika ada lagu sendiri, Hyakume. 380 00:23:47,759 --> 00:23:49,010 Betul tak, Yuko? 381 00:23:50,095 --> 00:23:54,391 Sebenarnya, hantu mini pun ada lagu. 382 00:23:54,891 --> 00:23:57,644 Bertahanlah, Komorineko 383 00:24:13,201 --> 00:24:15,912 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman