1 00:01:35,177 --> 00:01:36,178 KUNCI - MASUKKAN KOD 2 00:01:44,728 --> 00:01:49,108 Saya minta maaf banyak-banyak. Boleh awak bantu saya? Tayar saya… 3 00:01:49,191 --> 00:01:52,194 Maaf, saya ada janji temu. Saya tidak mahu terlambat. 4 00:01:52,277 --> 00:01:55,030 Awak lebih suka lambat atau mati? 5 00:01:56,782 --> 00:02:00,077 - Awak akan menyesal. - Keluar daripada kereta. 6 00:02:07,668 --> 00:02:10,086 Mari pergi! 7 00:02:10,169 --> 00:02:13,173 Marilah! Ya! 8 00:02:13,257 --> 00:02:15,634 Bertenang. Ini kereta baharu. 9 00:02:15,717 --> 00:02:21,181 - Tiada masalah. Saya tahulah. - Mari jalan. Masa untuk pergi. 10 00:02:21,265 --> 00:02:23,183 Ibu bapa awak tahu siapa rakan awak? 11 00:02:23,267 --> 00:02:24,685 Diamlah. 12 00:02:24,768 --> 00:02:27,938 - Benda ini tidak berfungsi. - Ia perlu kod. 13 00:02:28,021 --> 00:02:30,023 - Apa kodnya? - Saya tak boleh beri. 14 00:02:30,107 --> 00:02:31,733 Kami akan belasah awak. 15 00:02:31,817 --> 00:02:33,527 Keluar daripada kereta ini. 16 00:02:33,610 --> 00:02:36,780 Janganlah begitu. Apa yang awak ada untuk saya? 17 00:02:36,864 --> 00:02:40,033 Belasah dia! 18 00:02:40,117 --> 00:02:44,413 Tunggu. Ia baru saja dicuci. 19 00:03:05,934 --> 00:03:09,897 Angkat tangan. Jangan bergerak atau saya tembak awak. 20 00:03:09,980 --> 00:03:12,232 Awak tiada kerja sekolah? 21 00:03:14,526 --> 00:03:18,071 - Apa kata awak pergi buat kerja sekolah? - Okey. Saya minta maaf. 22 00:03:22,117 --> 00:03:23,243 Dah lambat. 23 00:04:33,063 --> 00:04:34,314 Hei! 24 00:04:36,650 --> 00:04:38,360 Permainan! 25 00:04:38,443 --> 00:04:41,405 Apa peraturan pertama apabila masuk ke dalam kereta? 26 00:04:41,488 --> 00:04:45,075 - Hormat kereta orang, orang hormat kamu. - Peraturan kedua. 27 00:04:45,158 --> 00:04:49,496 - Sapa orang. Selamat tengah hari, Frank. - Selamat tengah hari, Jack. 28 00:04:49,579 --> 00:04:50,998 Boleh kita main sekarang? 29 00:04:51,081 --> 00:04:53,583 Otak awak tak penat selepas seharian di sekolah? 30 00:04:53,667 --> 00:04:55,335 Awak cuma takut saya akan menang. 31 00:04:55,419 --> 00:04:57,462 Takut letih untuk buat kerja sekolah. 32 00:04:57,546 --> 00:05:00,173 Hari ini Jumaat. Saya tiada kerja sekolah. 33 00:05:00,257 --> 00:05:01,717 Jika begitu, jom main. 34 00:05:01,800 --> 00:05:02,634 Ya! 35 00:05:02,718 --> 00:05:05,053 Sebelum itu, apa peraturan ketiga kereta? 36 00:05:06,722 --> 00:05:07,848 Bagus. 37 00:05:24,323 --> 00:05:29,161 Lima mata. Saya berwarna putih, saya berbentuk bulat, tapi selalu tiada. 38 00:05:29,244 --> 00:05:32,039 - Bola tenis? - Bola tenis berwarna kuning. 39 00:05:45,719 --> 00:05:47,429 Empat mata. 40 00:05:47,512 --> 00:05:51,391 Kadangkala separuh, kadangkala penuh. Kadangkala awak cuma tahu sekeping. 41 00:05:51,475 --> 00:05:53,310 - Sebuku roti? - Tidak. 42 00:05:59,149 --> 00:06:03,195 Tiga mata. Kadangkala cerah, kadangkala gelap. Kadangkala kedua-duanya. 43 00:06:03,278 --> 00:06:05,363 - Saya tahu. Mentol. - Bukan. 44 00:06:05,447 --> 00:06:07,282 - Piza! - Bukan. 45 00:07:09,469 --> 00:07:12,556 Audrey! Jangan pergi daripada saya. 46 00:07:12,639 --> 00:07:15,684 Kita perlu selesaikan perbincangan ini. 47 00:07:16,143 --> 00:07:17,644 Saya ada kira-kira dua… 48 00:07:18,311 --> 00:07:19,980 Dia nak ke mana? 49 00:07:23,650 --> 00:07:26,194 Okey, pandang saya. Petunjuk akhir bagi semua mata. 50 00:07:26,278 --> 00:07:27,821 Semua mahu jalan di atas saya, 51 00:07:28,488 --> 00:07:30,949 tapi hanya beberapa orang dapat lakukannya. 52 00:07:31,032 --> 00:07:32,576 Fikirkan dulu. 53 00:07:41,376 --> 00:07:43,295 - Hai. - Mak, kami sedang bermain. 54 00:07:43,378 --> 00:07:44,504 Saya sedang berfikir. 55 00:07:44,588 --> 00:07:47,090 Maaf. Hai, Frank. Apa khabar? 56 00:07:47,174 --> 00:07:48,467 Baik, Pn. Billings. 57 00:07:48,550 --> 00:07:52,095 - Boleh saya bergabung dengan mak? - Ia tiada dalam peraturan. 58 00:07:52,179 --> 00:07:55,849 Tolonglah, apa gunanya peraturan jika tak boleh mengingkarinya. 59 00:07:55,932 --> 00:07:59,269 - Baiklah. Kali ini saja. - Ya! 60 00:07:59,352 --> 00:08:01,938 Baiklah. Beritahu mak petunjuknya. 61 00:08:02,022 --> 00:08:04,566 Ia bulat, tapi bukan sentiasa bulat. 62 00:08:04,649 --> 00:08:07,652 Kadangkala ia cerah atau gelap. Kadangkala kedua-duanya. 63 00:08:07,736 --> 00:08:12,491 Semua orang mahu berjalan di atasnya, tapi hanya sedikit orang dapat lakukannya. 64 00:08:12,574 --> 00:08:15,243 - Itu soalan yang sukar. - Memang. 65 00:08:19,247 --> 00:08:22,000 - Bulan! - Betul. 66 00:08:22,083 --> 00:08:24,377 Bagus. Baiklah. Mari. 67 00:08:24,461 --> 00:08:26,796 - Jumpa Isnin. - Jumpa lagi. Terima kasih. 68 00:08:26,880 --> 00:08:28,215 Makan snek di dapur. 69 00:08:28,298 --> 00:08:29,424 - Jumpa nanti. - Ya. 70 00:08:29,508 --> 00:08:32,928 Dia benar-benar suka awak dalam beberapa bulan awak bersama kami. 71 00:08:33,010 --> 00:08:34,054 Saya pun sukakan dia. 72 00:08:34,136 --> 00:08:36,972 Sayangnya tak teruskan selepas Tony bertugas semula. 73 00:08:37,057 --> 00:08:40,352 Ini hanya bantuan kecil. Saya jarang buat kerja begini. 74 00:08:40,434 --> 00:08:43,605 Saya ingatkan awak pemandu profesional. 75 00:08:43,688 --> 00:08:45,857 Pemanduan yang berbeza. 76 00:08:47,984 --> 00:08:51,112 Kami akan merindui awak apabila awak tiada. 77 00:08:59,079 --> 00:09:00,539 Dan… 78 00:09:00,622 --> 00:09:03,291 Terima kasih atas apa yang awak lakukan. 79 00:09:03,375 --> 00:09:05,627 Untuk apa? 80 00:09:05,710 --> 00:09:06,795 Sebab pusingkan kereta 81 00:09:06,878 --> 00:09:10,507 supaya Jack tak nampak kami bergaduh. 82 00:09:10,590 --> 00:09:14,261 - Awak sangat memahami kanak-kanak. - Saya tahu bergaduh. 83 00:09:14,344 --> 00:09:16,763 Dah berbulan-bulan dia tak jumpa Jack. 84 00:09:16,846 --> 00:09:20,267 Apabila dia balik, dia hanya cari kesalahan saya. 85 00:09:20,350 --> 00:09:24,479 Selepas berpisah setahun, saya sangka dia akan… 86 00:09:27,107 --> 00:09:30,902 Saya minta maaf. Awak tak perlu dengar semua ini. 87 00:09:30,986 --> 00:09:36,866 Tak mengapa. Saya rasa awak dah buat terbaik membesarkan Jack. 88 00:09:36,950 --> 00:09:38,326 Terima kasih. 89 00:09:38,410 --> 00:09:41,496 Saya sedia membantu pada bila-bila masa, jika perlu. 90 00:09:41,580 --> 00:09:44,624 Awak sungguh baik, Frank. 91 00:09:44,708 --> 00:09:47,168 Saya mungkin perlu terima tawaran awak. 92 00:09:50,255 --> 00:09:51,798 Saya hampir terlupa. 93 00:09:51,881 --> 00:09:55,760 Jack perlu jumpa doktor esok pagi untuk pemeriksaan tahunannya, 94 00:09:55,844 --> 00:09:57,846 tapi saya nak atur parti untuknya, 95 00:09:57,929 --> 00:09:59,681 walaupun hari jadinya minggu depan. 96 00:10:03,393 --> 00:10:08,982 Jadi, semasa saya menghias dan rakannya tiba, boleh awak… 97 00:10:09,149 --> 00:10:10,150 Saya akan bawa dia. 98 00:10:10,233 --> 00:10:12,527 Saya rasa agak aneh kerana ganggu cuti awak. 99 00:10:12,611 --> 00:10:16,031 Saya perlu jemput rakan dari lapangan terbang di sebelah petang. 100 00:10:16,114 --> 00:10:18,241 - Baguslah. - Apa? 101 00:10:18,325 --> 00:10:21,661 Pengawal kata awak suka menyendiri. 102 00:10:21,745 --> 00:10:26,583 - Jadi, baguslah awak ada rakan. - Dia bukan betul-betul rakan. 103 00:10:26,666 --> 00:10:29,169 Dia orang Perancis. 104 00:10:29,252 --> 00:10:32,047 Saya akan hubungi awak kemudian. 105 00:10:32,130 --> 00:10:35,091 Audrey. Saya nak habiskan perbincangan kita. 106 00:10:40,472 --> 00:10:43,266 Kalau tiba-tiba awak ada hal lain, telefon saya. 107 00:10:43,350 --> 00:10:47,687 - Tiada hal akan berbangkit, Pn. Billings. - Audrey. 108 00:10:47,771 --> 00:10:48,980 Audrey. 109 00:11:19,386 --> 00:11:22,263 - Ya, helo? - Sah hari esok. 9.00 pagi. 110 00:12:10,895 --> 00:12:14,899 Esok, 9.00 pagi. Satu perubahan, pemandu itu akan ambil dia, bukan ibunya. 111 00:12:14,983 --> 00:12:16,359 Itu lebih baik. 112 00:12:22,615 --> 00:12:23,825 Vasily? 113 00:12:35,545 --> 00:12:38,006 - Adakah ia stabil? - Ya, ia stabil. 114 00:12:38,089 --> 00:12:39,757 Penawarnya? 115 00:12:48,475 --> 00:12:49,767 Jumpa awak semua esok. 116 00:13:01,821 --> 00:13:02,864 Dalam berita lain, 117 00:13:02,947 --> 00:13:05,366 menteri penguat kuasa dadah negara Amerika Latin 118 00:13:05,450 --> 00:13:06,659 tiba di Miami untuk… 119 00:13:06,743 --> 00:13:07,702 LAPORAN TERKINI PERSIDANGAN DADAH KEBANGSAAN 120 00:13:07,785 --> 00:13:09,329 JEFFERSON BILLINGS PENGARAH POLISI KAWALAN DADAH KEBANGSAAN 121 00:13:09,412 --> 00:13:11,206 Martin, Frank. 1156, Palm Meadows. 122 00:13:11,289 --> 00:13:16,377 Saya menunggu penghantaran ekspres. Awak cakap benda yang sama 45 minit lalu. 123 00:13:16,461 --> 00:13:19,589 Tak, saya tak perlukan apa-apa. Hantarkan saja piza saya. 124 00:13:21,174 --> 00:13:24,260 - Saya tak akan membayarnya… - Hai. 125 00:13:24,344 --> 00:13:25,386 Hai. 126 00:13:26,679 --> 00:13:28,765 Jadi, En. Martin, satu saiz sederhana, 127 00:13:28,848 --> 00:13:31,351 tanpa keju mozarela, lebih zaitun dan ikan bilis, 128 00:13:31,434 --> 00:13:33,728 harganya $11.95. 129 00:13:33,811 --> 00:13:36,564 - Saya harap awak lapar. - Awak tak tahu. 130 00:13:36,814 --> 00:13:39,567 Saya minta maaf atas kelewatan, encik. 131 00:13:41,319 --> 00:13:42,820 Pn. Billings. 132 00:13:45,323 --> 00:13:47,534 Audrey. 133 00:13:49,035 --> 00:13:52,705 - Apa yang awak buat? - Apa agaknya yang saya cuba buat? 134 00:13:52,789 --> 00:13:56,334 - Awak minum arak? - Sedikit. 135 00:13:58,920 --> 00:14:01,965 Awak cakap jika saya perlukan apa-apa. 136 00:14:02,048 --> 00:14:05,843 - Saya tak boleh. - Kenapa? Sebab identiti saya? 137 00:14:07,387 --> 00:14:09,180 Sebab identiti saya. 138 00:14:19,857 --> 00:14:22,777 Saya rasa sungguh kehilangan dan sungguh keliru. 139 00:14:24,779 --> 00:14:26,114 Semua orang rasa begitu. 140 00:14:37,000 --> 00:14:38,668 Terima kasih, Frank. 141 00:14:40,420 --> 00:14:43,298 Untuk masa dan 142 00:14:43,381 --> 00:14:46,342 rasa hormat awak. 143 00:14:46,426 --> 00:14:49,012 Saya rasa itulah yang saya sangat perlukan. 144 00:14:51,431 --> 00:14:52,515 Selamat tinggal. 145 00:15:25,590 --> 00:15:28,468 - Adakah saya akan disuntik? - Saya tak tahu. 146 00:15:51,115 --> 00:15:53,159 Kami belum buka lagi. 147 00:15:53,242 --> 00:15:56,120 Ini kecemasan. Saya perlu jumpa doktor segera. 148 00:15:56,204 --> 00:15:59,916 Baiklah. Dr. Koblin, boleh tolong keluar. Kita ada isu. 149 00:16:00,708 --> 00:16:03,294 Perlu isi borang menyatakan masalah kesihatan. 150 00:16:03,378 --> 00:16:08,132 Sebenarnya, masalah saya bukan masalah perubatan. Ia psikologi. 151 00:16:08,758 --> 00:16:11,427 Ya, Laura. Apa masalahnya? 152 00:16:11,511 --> 00:16:12,595 Saya. 153 00:16:13,805 --> 00:16:16,182 Saya benci suntikan. 154 00:16:16,265 --> 00:16:20,228 Pertama, kita tak tahu yang awak akan disuntik. 155 00:16:20,311 --> 00:16:24,023 Jadi, tiada guna risaukan sesuatu yang mungkin tak akan berlaku. 156 00:16:30,488 --> 00:16:32,615 - Berita baik? - Doktor kata saya sembuh. 157 00:16:33,825 --> 00:16:36,035 Frank, ia sangat menyakitkan. 158 00:16:36,119 --> 00:16:37,912 Saya takkan biar awak disakiti. 159 00:16:37,996 --> 00:16:40,832 - Janji? - Awak tahu peraturan keempat saya? 160 00:16:40,915 --> 00:16:44,544 Jangan buat janji yang tak boleh tunaikan. Jom. 161 00:16:47,213 --> 00:16:48,756 Tutup pintu. 162 00:16:57,932 --> 00:16:59,267 Marilah. 163 00:17:05,772 --> 00:17:06,607 Boleh saya bantu? 164 00:17:06,691 --> 00:17:08,693 Jack Billings nak jumpa Dr. Koblin. 165 00:17:08,776 --> 00:17:11,695 Maaf. Dia sakit hari ini. Dia akan jumpa Dr. Tyberg. 166 00:17:11,779 --> 00:17:15,950 - Saya suka Dr. Koblin. - Jangan bimbang. Dr. Tyberg sangat baik. 167 00:17:16,034 --> 00:17:18,327 Awak boleh bawa dia ke bilik nombor 3. 168 00:17:18,411 --> 00:17:20,079 - Di mana Cik Laura? - Siapa? 169 00:17:20,163 --> 00:17:24,166 - Awak berdiri di mejanya. - Cik Laura itu. Dia pun sakit. 170 00:17:24,250 --> 00:17:28,378 Banyak jangkitan flu sekarang. Ayuh. Doktor sibuk hari ini. 171 00:17:28,463 --> 00:17:31,340 Jom. Sekejap saja. 172 00:17:33,176 --> 00:17:38,097 Hei! Saya Dr. Tyberg. 173 00:17:38,181 --> 00:17:40,433 Tak bolehkah saya tunggu doktor saya? 174 00:17:40,516 --> 00:17:43,936 Malangnya, doktor awak ada kecemasan. 175 00:17:44,020 --> 00:17:47,106 - Jururawat kata dia hidap flu. - Itulah kecemasannya. 176 00:17:47,190 --> 00:17:49,192 Dia menghidap flu dengan cepat. 177 00:17:49,275 --> 00:17:53,738 Jadi, lebih cepat kita mula, lebih cepat kita selesai. 178 00:17:53,821 --> 00:17:57,366 Marilah. Saya tunjukkan awak sesuatu yang hebat. 179 00:17:57,450 --> 00:18:00,995 Maaf. Privasi doktor dan pesakit di dalam bilik. 180 00:18:01,079 --> 00:18:04,499 Awak boleh tunggu di tempat tetamu, atau minum segelas air, atau… 181 00:18:04,582 --> 00:18:08,836 Hei, percayakan saya. Saya doktor. 182 00:18:08,920 --> 00:18:10,671 Telefon awak berbunyi. 183 00:18:14,175 --> 00:18:18,221 - Ya? - Helo, Frank? Saya dah tiba. 184 00:18:18,304 --> 00:18:19,138 Awak tiba awal. 185 00:18:19,222 --> 00:18:21,224 Ya, cuaca baik hari ini. 186 00:18:21,307 --> 00:18:23,893 Cuma ambil masa dua jam daripada percutian saya. 187 00:18:23,976 --> 00:18:28,231 Selepas ini, saya hanya akan terbang dalam cuaca baik begini saja. 188 00:18:28,314 --> 00:18:29,774 Baguslah awak dah tiba. 189 00:18:32,735 --> 00:18:38,699 Helo. Maaf, Dr. Dunietz tiada hari ini. Telefon semula pada hari Isnin. 190 00:18:43,579 --> 00:18:45,123 Inspektor, saya agak sibuk. 191 00:18:45,206 --> 00:18:47,291 Boleh naik teksi? Awak ada alamatnya? 192 00:18:47,375 --> 00:18:48,876 Terima kasih. 193 00:18:49,377 --> 00:18:51,838 Saya dengar ikan di sini segar. 194 00:18:51,921 --> 00:18:53,297 Boleh masak bouillabaisse. 195 00:18:53,381 --> 00:18:55,800 Awak sukakan bouillabaisse, Frank? 196 00:18:57,135 --> 00:18:58,136 Saya perlu pergi. 197 00:18:59,345 --> 00:19:00,346 Frank! 198 00:19:00,429 --> 00:19:03,766 Mungkin lebih baik jika kita tunggu doktor biasanya. 199 00:19:03,850 --> 00:19:06,352 Amat penting untuk dia menerima imunisasi. 200 00:19:06,435 --> 00:19:09,063 Ya, ia penting, tapi seminggu bukannya lama. 201 00:19:09,147 --> 00:19:10,481 Tak, kena buat sekarang. 202 00:19:32,962 --> 00:19:34,589 Pergi, Jack! 203 00:20:45,117 --> 00:20:47,995 Pandang saya. 204 00:20:48,079 --> 00:20:50,164 - Ingat janji saya? - Ya. 205 00:21:11,811 --> 00:21:13,813 - Ini saya! - Keluar! 206 00:21:18,484 --> 00:21:19,694 Frank. 207 00:21:50,141 --> 00:21:51,267 Tak guna. 208 00:22:00,359 --> 00:22:03,487 Pesakit tak berikan kerjasama. Sediakan kenderaan. 209 00:22:18,252 --> 00:22:19,837 Ayuh, cepat. 210 00:22:25,009 --> 00:22:27,011 Jangan bimbang. Semuanya akan okey. 211 00:22:54,747 --> 00:22:56,499 Jangan gerak! Jatuhkan senjata. 212 00:22:56,582 --> 00:22:58,793 - Meniarap! - Letak senjata di atas tanah. 213 00:22:59,919 --> 00:23:02,463 - Ya. - Mereka dah lari. 214 00:23:02,546 --> 00:23:04,215 - Cazzo! - Rancangan B? 215 00:23:06,634 --> 00:23:07,760 Ya. Rancangan B. 216 00:23:26,779 --> 00:23:27,905 Awak datang. 217 00:23:29,490 --> 00:23:32,660 - Apa itu? - Hadiah hari jadi Jack. 218 00:23:32,743 --> 00:23:35,871 Uniform besbol, kasut, sarung tangan dan pemukul. 219 00:23:38,124 --> 00:23:42,128 - Ini sukan kegemaran dia. - Itu pada tahun lepas. 220 00:23:42,211 --> 00:23:45,256 Dia main bola sepak sekarang dan dia benar-benar hebat. 221 00:23:45,339 --> 00:23:48,801 - Awak patut lihat dia bermain. - Helo. 222 00:23:48,884 --> 00:23:53,180 - Encik dan Puan Billings! Mereka datang! - Semua orang sembunyi. Sembunyi! 223 00:24:00,980 --> 00:24:03,107 - Ya. - Selamat pagi, En. Pemandu. 224 00:24:03,190 --> 00:24:04,191 Siapa ini? 225 00:24:04,275 --> 00:24:07,236 Lihat cermin pandang belakang dan awak akan tahu siapa. 226 00:24:08,279 --> 00:24:10,865 Saya tahu apa yang awak fikir. Kaca kalis peluru. 227 00:24:11,365 --> 00:24:12,908 Beritahu saya, ikut pengalaman, 228 00:24:12,992 --> 00:24:16,662 daripada apa yang awak buat di klinik tadi, 229 00:24:16,745 --> 00:24:19,331 nampaknya awak bukan pemandu biasa, 230 00:24:19,415 --> 00:24:23,627 adakah kaca itu kalis peluru jenis penembus perisai 7.62? 231 00:24:23,711 --> 00:24:27,006 Frank, kenapa awak hentikan kereta? 232 00:24:29,800 --> 00:24:32,720 Tak perlu cari. Mereka sejauh lebih 90 meter. 233 00:24:32,803 --> 00:24:33,929 Frank, jawab telefon. 234 00:24:34,013 --> 00:24:37,266 Semua ini tak akan jadi jika awak tak rosakkan rancangan saya. 235 00:24:37,349 --> 00:24:39,476 Saya akan beritahu cara betulkan keadaan. 236 00:24:39,768 --> 00:24:41,979 Seseorang akan muncul dalam beberapa saat. 237 00:24:55,201 --> 00:24:56,577 Beri dia masuk. 238 00:25:04,376 --> 00:25:05,586 Pemandu. 239 00:25:06,879 --> 00:25:08,631 Bagus. 240 00:25:14,762 --> 00:25:15,804 Hai. 241 00:25:16,972 --> 00:25:18,057 Biarkan begitu. 242 00:25:21,185 --> 00:25:23,145 Sebenarnya, saya benci kanak-kanak. 243 00:25:23,229 --> 00:25:25,940 Saya tak tahu perasaan awak tentangnya, 244 00:25:26,023 --> 00:25:28,359 tapi jika awak nak anak, jangan bergerak 245 00:25:28,442 --> 00:25:30,110 dan ikut arahan saya. 246 00:25:31,570 --> 00:25:33,697 Kini, awak berada dalam tangannya. 247 00:25:33,781 --> 00:25:36,492 Ia boleh jadi baik, tapi boleh juga jadi jahat. 248 00:25:36,575 --> 00:25:40,371 - Percayalah saya tentang ini. - Percayalah dia tentang hal ini. 249 00:25:40,454 --> 00:25:41,580 Sekarang, pandu. 250 00:26:24,206 --> 00:26:25,207 Pusing kiri. 251 00:26:26,542 --> 00:26:27,960 Saya kata kiri. 252 00:26:49,481 --> 00:26:50,899 Jika kita ikut cara awak, 253 00:26:50,983 --> 00:26:53,569 mereka akan tangkap kita. 254 00:26:53,652 --> 00:26:55,529 Buat cara saya. Tiada orang cedera. 255 00:26:55,612 --> 00:26:56,822 Apa yang seronoknya? 256 00:26:56,905 --> 00:26:58,282 Kita berseronok kemudian. 257 00:27:07,207 --> 00:27:08,292 Hei! Berjaga-jaga! 258 00:28:51,937 --> 00:28:53,021 Boleh tahan. 259 00:28:53,105 --> 00:28:55,149 Ibu awak tak ajar berterima kasih? 260 00:28:55,232 --> 00:28:58,110 Ya. Dia cuba dan gagal dengan teruk. 261 00:28:58,193 --> 00:29:01,864 - Saya rasa mereka dah tak ada. - Awak silap. 262 00:29:07,119 --> 00:29:09,329 Saya ingatkan dah selesai. Ayuh. 263 00:29:38,859 --> 00:29:40,903 Apa maksud awak, awak tak jumpa dia? 264 00:29:40,986 --> 00:29:44,114 Seorang lelaki di dalam sebuah kereta. Dia hanya pemandu. 265 00:29:44,198 --> 00:29:45,365 Sebenarnya tak, encik. 266 00:29:45,449 --> 00:29:47,451 Kami rasa dia mungkin terlibat. 267 00:29:47,534 --> 00:29:50,621 - Tak mungkin. - Bagaimana awak tahu? 268 00:29:50,704 --> 00:29:52,080 Dia kerja di sini sebulan. 269 00:29:52,164 --> 00:29:53,957 Mungkin ini rancangannya selama ini, 270 00:29:54,041 --> 00:29:55,334 dan awak tak sedar pun. 271 00:29:55,417 --> 00:29:57,461 Awak memang pakar menilai orang. 272 00:29:57,544 --> 00:29:59,129 Latar belakangnya. 273 00:30:00,547 --> 00:30:03,550 Bekas Unit Khas. Ketua unit komando elit, lima tahun. 274 00:30:03,634 --> 00:30:05,010 Pakar cari dan musnah. 275 00:30:05,093 --> 00:30:09,139 Dia pernah keluar masuk Lebanon, Syria dan Sudan. Dia seorang pemburu. 276 00:30:09,223 --> 00:30:11,725 Saya tak kira kemahiran dia atau asal usul dia. 277 00:30:11,809 --> 00:30:15,020 Ini bukan zon peperangan, ini bandar Amerika! 278 00:30:15,103 --> 00:30:16,396 Di mana anak saya? 279 00:30:45,384 --> 00:30:47,135 Hentian terakhir. Semua keluar. 280 00:30:50,222 --> 00:30:54,977 Awak memang lelaki sejati. Jumpa lagi pada masa dan di tempat lain. 281 00:30:55,060 --> 00:30:58,021 Kita berdua dan nikmat yang boleh kita kecapi bersama. 282 00:31:04,778 --> 00:31:05,988 Cantik. 283 00:31:07,447 --> 00:31:08,657 Frank. 284 00:31:11,326 --> 00:31:12,536 Frank! 285 00:31:14,538 --> 00:31:15,622 Frank! 286 00:31:15,706 --> 00:31:17,541 Ini bukan apa yang awak jangkakan 287 00:31:17,624 --> 00:31:20,919 apabila mulakan kerja pagi tadi. Betul, Frank? 288 00:31:21,003 --> 00:31:24,339 Itukah kepintaran kumpulan ini? 289 00:31:24,423 --> 00:31:28,093 Dalam kumpulan ini, kepintaran bukan keperluan untuk bekerja. 290 00:31:28,176 --> 00:31:32,222 Kekejaman, ya. Kebolehan untuk menyebabkan kesakitan. 291 00:31:32,306 --> 00:31:38,061 Kemahiran psikotik, pengabaian moral, ketaatan membabi buta, semua diperlukan. 292 00:31:38,145 --> 00:31:40,522 - Bukan kepintaran. Bagaimana? - Seronok. 293 00:31:40,606 --> 00:31:42,774 Ini hanya permulaan, sayang. 294 00:31:44,943 --> 00:31:48,947 - Apa semua ini? - Soalan yang tepat pada masanya. Max. 295 00:31:50,282 --> 00:31:51,617 Maafkan saya. 296 00:32:00,208 --> 00:32:01,209 Helo. 297 00:32:01,293 --> 00:32:04,588 Buka pembesar suara supaya awak tak perlu ulang arahan. 298 00:32:04,671 --> 00:32:05,672 Dalam masa dua jam, 299 00:32:05,756 --> 00:32:08,550 sediakan $5 juta dalam duit $100 tak berjujukan. 300 00:32:08,634 --> 00:32:12,763 Letak ke dalam beg kalis air. Awak pergi ke Bayfront Park seorang diri. 301 00:32:12,846 --> 00:32:15,098 Ada kereta Chrysler biru di pantai. 302 00:32:15,182 --> 00:32:17,225 Masukkan beg ke dalam but dan pergi. 303 00:32:17,309 --> 00:32:20,270 Saya tak tahu jika boleh dapatkan $5 juta dalam dua jam. 304 00:32:20,354 --> 00:32:22,564 En. Billings, tolonglah. Saya baca akhbar. 305 00:32:22,648 --> 00:32:24,524 Pada hari awak dilantik, 306 00:32:24,608 --> 00:32:26,610 nilai bersih awak melebihi $100 juta. 307 00:32:26,693 --> 00:32:28,737 Jadi, awak tak akan rasa kesannya. 308 00:32:29,154 --> 00:32:32,282 Apa jaminan awak takkan sakiti anak saya? 309 00:32:33,617 --> 00:32:36,620 "Jaminan"? En. Billings, saya bukan penjual kereta. 310 00:32:36,703 --> 00:32:38,246 Jangan biarkan loghat saya 311 00:32:38,330 --> 00:32:40,832 dan nahu bagus saya buat awak salah faham. 312 00:32:40,916 --> 00:32:44,670 Saya tinggal di hutan. Di hutan, kita akan makan atau dimakan. 313 00:32:44,753 --> 00:32:47,881 Namun, demi urus niaga kita, ini jaminannya. 314 00:32:47,965 --> 00:32:49,549 Selepas 10 minit masa tamat, 315 00:32:49,633 --> 00:32:51,885 jika wang tiada, saya akan hantar satu jari. 316 00:32:51,969 --> 00:32:55,263 20 minit, satu tangan. 30 minit, satu kaki. 317 00:32:56,181 --> 00:32:58,392 Nampaknya kita bersetuju, En. Billings. 318 00:32:58,517 --> 00:33:00,143 Saya bersetuju. 319 00:33:02,229 --> 00:33:04,773 Boleh kami bercakap dengan anak kami? 320 00:33:06,108 --> 00:33:08,652 Mak! 321 00:33:09,611 --> 00:33:12,656 Awak ada dua jam, En. Billings. Bermula sekarang. 322 00:33:16,076 --> 00:33:19,329 - Dapatkan anak saya! - Baiklah. 323 00:33:19,621 --> 00:33:23,458 Frank, awak berjanji awak takkan biar sesiapa sakiti saya! 324 00:33:23,542 --> 00:33:25,168 Awak berjanji! 325 00:33:25,252 --> 00:33:27,838 Jangan buat janji yang awak tak boleh tunaikan. 326 00:33:27,921 --> 00:33:31,341 Memang pun. Itu memang salah satu peraturan saya. 327 00:33:32,968 --> 00:33:37,431 Bagus. Orang yang menjalani hidup mengikut peraturan. 328 00:33:37,514 --> 00:33:39,433 Bagi saya, peraturan harus diingkari. 329 00:33:39,516 --> 00:33:41,143 Tidak bagi saya. 330 00:33:41,226 --> 00:33:43,854 Kali ini, awak perlu buat pengecualian. 331 00:33:43,937 --> 00:33:44,938 Pergi. 332 00:34:14,509 --> 00:34:15,719 Prego. 333 00:34:28,190 --> 00:34:29,858 - Pergi. - Hei, pemandu! 334 00:34:33,235 --> 00:34:34,237 Tak, tunggu dulu. 335 00:34:34,321 --> 00:34:36,447 Kalau jauh, lagi baik. 336 00:34:49,710 --> 00:34:50,795 Sekarang. 337 00:35:23,245 --> 00:35:24,246 Okey. 338 00:35:25,330 --> 00:35:26,331 NYAHSULIT… 339 00:35:26,414 --> 00:35:28,583 Tunggu sebentar. Isyarat itu. 340 00:35:28,667 --> 00:35:30,127 - Helo. - Ini saya. 341 00:35:30,210 --> 00:35:31,503 Kita dapat sesuatu. 342 00:35:31,586 --> 00:35:34,214 - Keparat. - Saya tak terlibat dengan hal ini. 343 00:35:34,297 --> 00:35:36,591 Jika apa-apa terjadi padanya, demi Tuhan… 344 00:35:36,675 --> 00:35:38,135 Saya nak cakap dengan ketua. 345 00:35:38,218 --> 00:35:39,886 Helo. Ini Marsyal Stappleton. 346 00:35:39,970 --> 00:35:42,430 Awak perlu bertindak cepat. Ada tiga buah bot. 347 00:35:42,514 --> 00:35:43,515 Beritahu lokasi awak. 348 00:35:43,598 --> 00:35:45,725 Terbang ke muara. Mereka menuju ke utara. 349 00:35:45,809 --> 00:35:47,144 Beritahu lokasi awak, Frank. 350 00:35:47,227 --> 00:35:49,146 Beritahu saja lokasi awak! 351 00:35:49,229 --> 00:35:51,898 - Helo, Frank? - Dapat. 352 00:35:51,982 --> 00:35:53,817 TELEFON 305-555-0154 LOKASI PEMANGGIL 353 00:36:21,761 --> 00:36:24,139 - Helo. - Tarconi, ini saya. Keluar rumah. 354 00:36:24,222 --> 00:36:26,433 Tak. Saya baru saja nak letak kek madeleine… 355 00:36:26,516 --> 00:36:28,518 Lupakan kek itu, keluar saja. 356 00:36:28,602 --> 00:36:31,104 - Ke mana? - Ke mana-mana saja. Pergi ke pantai. 357 00:36:31,438 --> 00:36:35,025 Pantai. Pantai Miami yang terkenal. 358 00:36:35,108 --> 00:36:38,278 Impian saya. Saya suka pergi ke pantai. 359 00:36:42,449 --> 00:36:44,326 Mungkin tidak. 360 00:36:44,409 --> 00:36:48,163 - Jangan bergerak! Siapa awak? - Saya tukang masak. 361 00:36:50,207 --> 00:36:53,501 Ini suatu kesilapan. Kesilapan yang teruk. 362 00:36:55,420 --> 00:37:00,008 Apa kata kita berkenalan? 363 00:37:15,982 --> 00:37:16,942 Helo. 364 00:37:17,025 --> 00:37:19,527 Ini Frank. Jangan letak. Anggap ini orang lain. 365 00:37:22,572 --> 00:37:23,949 Hai, Susan. 366 00:37:25,408 --> 00:37:26,910 Tak, saya berada di rumah. 367 00:37:27,285 --> 00:37:28,578 Saya tak buat, Audrey. 368 00:37:28,662 --> 00:37:30,413 Dia ugut Jack. Tiada pilihan. 369 00:37:30,956 --> 00:37:35,210 Ya. Saya faham. Apa yang awak tahu? 370 00:37:35,502 --> 00:37:38,213 - Ia bukan penculikan biasa. - Mereka minta tebusan. 371 00:37:38,463 --> 00:37:41,174 Mereka menyamar doktor dan cuba suntik Jack. 372 00:37:41,258 --> 00:37:43,343 Apabila saya ganggu mereka… 373 00:37:46,471 --> 00:37:49,057 Saya janji pada Jack takkan biar dia disakiti. 374 00:37:49,766 --> 00:37:51,476 Saya takkan mungkiri janji itu. 375 00:37:51,559 --> 00:37:53,645 - Frank. - Saya akan telefon semula. 376 00:37:56,898 --> 00:37:58,108 Audrey. 377 00:37:59,484 --> 00:38:01,194 Semuanya baik? 378 00:38:01,278 --> 00:38:04,823 Soalan itu tak sesuai untuk ditanya sekarang, Jeff. 379 00:38:12,080 --> 00:38:16,334 Baiklah. Beritahu saya sekali lagi, Inspektor Tarconi, 380 00:38:16,418 --> 00:38:21,923 kenapa awak tak terus beritahu yang awak pegawai polis. 381 00:38:22,007 --> 00:38:27,721 Saya teruja dengan keberkesanan operasi awak, 382 00:38:27,804 --> 00:38:30,056 peralatan yang sofistikated. 383 00:38:30,140 --> 00:38:33,893 Saya bekerja di pejabat kecil di sebuah pekan. 384 00:38:33,977 --> 00:38:35,770 Kami hanya ada jenayah kecil. 385 00:38:35,854 --> 00:38:37,564 Saya rasa agak 386 00:38:37,647 --> 00:38:39,899 Awak dan Frank adalah rakan, bukan? 387 00:38:39,983 --> 00:38:43,445 Rakan? Saya tidak akan kata rakan. 388 00:38:43,528 --> 00:38:48,158 - Saya kenal dia dan kami ada hubungan. - Hubungan yang lama? 389 00:38:48,241 --> 00:38:49,075 Tak terlalu lama. 390 00:38:49,159 --> 00:38:51,036 Tapi awak memasak di rumahnya. 391 00:38:51,119 --> 00:38:52,412 - Orang Perancis. - Jadi? 392 00:38:52,495 --> 00:38:55,540 Tak perlu kenal orang sebelum masak untuk mereka. 393 00:38:55,623 --> 00:38:57,834 Itu cara kami berkenalan. 394 00:38:57,917 --> 00:39:02,922 Sebagai contoh, sandwic dan kopi yang awak murah hati tawarkan kepada saya. 395 00:39:03,006 --> 00:39:06,426 Maaf, tapi ia tak begitu sedap. 396 00:39:06,509 --> 00:39:09,554 Ya, saya tahu ia teruk. Apa kaitannya? 397 00:39:09,637 --> 00:39:11,514 Awak ada dapur? 398 00:39:12,474 --> 00:39:14,309 Ke belakang. 399 00:40:40,478 --> 00:40:43,523 Jangan bergerak. Smith! 400 00:40:43,606 --> 00:40:44,691 Letakkannya. 401 00:41:11,509 --> 00:41:14,220 Oh, Tuhan. Apa yang berlaku? 402 00:41:14,304 --> 00:41:16,556 Kami akan uruskannya untuk awak. 403 00:41:23,688 --> 00:41:26,524 - Awak pasti ini selamat? - Lihat di belakang awak. 404 00:41:26,608 --> 00:41:28,318 Kami melindungi awak. 405 00:41:38,036 --> 00:41:44,584 Seperti yang ibu saya selalu katakan, hidangan hanya terhad pada imaginasi awak. 406 00:41:45,168 --> 00:41:46,711 Crème brûlée, croque monsieur. 407 00:41:46,794 --> 00:41:47,795 Krim brûlée? 408 00:41:47,879 --> 00:41:49,214 - Crème brûlée. - Cock? 409 00:41:49,297 --> 00:41:51,382 - Croque monsieur. Ya. - Croque monsieur. 410 00:41:53,426 --> 00:41:55,470 - Ya? - Di mana awak? 411 00:41:55,553 --> 00:41:58,806 - Memasak. - Memasak. Boleh awak bercakap? 412 00:41:59,057 --> 00:42:02,310 - Saya baru saja cakap. Ibu saya. - Mak. 413 00:42:02,393 --> 00:42:05,813 Maaf, boleh awak bantu saya? 414 00:42:05,897 --> 00:42:07,357 Terima kasih. 415 00:42:14,280 --> 00:42:18,076 - Boleh saya tahu awak masak untuk siapa? - Untuk marsyal AS. 416 00:42:18,159 --> 00:42:21,246 Setelah jumpa lencana polis saya, mereka sangat beradab. 417 00:42:21,329 --> 00:42:23,498 Mereka beri saya kopi dan sandwic. 418 00:42:23,581 --> 00:42:26,084 Makanan di sini sangat teruk. 419 00:42:26,334 --> 00:42:28,419 Saya sedang memperbetulkan keadaan 420 00:42:28,503 --> 00:42:31,965 sementara mereka tunggu ketua saya telefon dan sahkan segalanya. 421 00:42:32,048 --> 00:42:36,844 Sudah tentu, itu akan ambil masa yang lama. Dia tiada di sana. 422 00:42:36,928 --> 00:42:40,431 - Ada apa-apa tentang saya? - Ya, mereka berminat tentang awak. 423 00:42:40,515 --> 00:42:44,269 Mereka nak tahu lokasi awak. Di mana awak? 424 00:42:44,602 --> 00:42:46,646 Tiada di mana-mana. Tunggu sebentar. 425 00:42:51,859 --> 00:42:53,152 Ada komputer di sana? 426 00:42:54,612 --> 00:42:57,407 Lebih mudah mendapatkannya berbanding makanan elok. 427 00:43:13,590 --> 00:43:16,342 Kacaknya. Siapa dia? 428 00:43:16,426 --> 00:43:18,678 Itu yang saya nak tahu. Mereka ada program ID? 429 00:43:18,761 --> 00:43:21,431 Maafkan saya. Saya tak biasa gunakan sistem ini. 430 00:43:21,514 --> 00:43:24,309 Di pekan saya, ada sebuah komputer untuk 10 orang. 431 00:43:24,392 --> 00:43:26,644 Jadi, bagaimana, Frank? 432 00:43:26,728 --> 00:43:30,523 - Ia kisah yang rumit. - Maksud awak, awak ada masalah besar? 433 00:43:30,607 --> 00:43:31,691 Lebih kuranglah. 434 00:43:31,774 --> 00:43:34,193 Dalam kata lain, keadaan semula jadi awak. 435 00:43:35,612 --> 00:43:39,866 Voilà. Ahli biologi Rusia berijazah tinggi 436 00:43:39,949 --> 00:43:42,910 dari makmal negara untuk perang biologi di Siberia. 437 00:43:43,286 --> 00:43:44,329 Ada alamat? 438 00:43:44,412 --> 00:43:48,374 Miami, Boca West, King Street, nombor 11. 439 00:45:32,478 --> 00:45:33,688 Keluar! 440 00:45:59,964 --> 00:46:01,048 Hei! 441 00:46:05,470 --> 00:46:07,889 - Apa yang awak buat? - Cuba mengejar bas. 442 00:46:11,642 --> 00:46:12,852 Bukalah. 443 00:46:29,243 --> 00:46:32,914 Apa yang awak buat, pemandu? Tak begitu mahir di atas air? 444 00:46:37,293 --> 00:46:38,961 Berhenti! 445 00:47:09,784 --> 00:47:12,453 - Okey. - Beritahu saya tentang klinik. 446 00:47:12,537 --> 00:47:13,496 Klinik apa? 447 00:47:13,579 --> 00:47:16,457 Klinik yang awak cuba suntik budak itu dengan ini. 448 00:47:16,541 --> 00:47:18,376 Awak nak beritahu saya? 449 00:47:28,010 --> 00:47:31,430 Awak tahu apa yang awak dah buat? 450 00:47:31,514 --> 00:47:34,141 Nampaknya ia sesuatu yang tak elok untuk kesihatan. 451 00:47:34,225 --> 00:47:36,769 Itu saja yang saya nak tahu. 452 00:47:36,852 --> 00:47:39,438 Semoga kehidupan awak baik. 453 00:47:39,522 --> 00:47:41,232 Saki-baki hidup awak. 454 00:47:56,706 --> 00:48:01,419 - Wang tebusan masih di situ. - Terima kasih. 455 00:48:01,502 --> 00:48:03,337 - Wang itu belum diambil. - Maksudnya? 456 00:48:03,421 --> 00:48:04,714 Jangan risau. 457 00:48:04,797 --> 00:48:06,340 Jika ia bukan penculikan? 458 00:48:06,424 --> 00:48:08,926 Saya dah urus lebih 15 kes culik dalam dua tahun. 459 00:48:09,010 --> 00:48:11,596 Jika wang tak diambil, anak saya akan dipulangkan? 460 00:48:11,679 --> 00:48:14,599 Audrey, jangan rumitkan lagi keadaan. 461 00:48:14,682 --> 00:48:17,727 Saya bukan merumitkan keadaan, Jefferson. 462 00:48:17,810 --> 00:48:18,894 Kerja awak puncanya. 463 00:48:18,978 --> 00:48:20,938 Apa kaitan kerja saya dengan semua ini? 464 00:48:21,022 --> 00:48:23,065 Segalanya. 465 00:48:23,149 --> 00:48:26,360 Awak tak faham? Kita jadi sasaran kerana awak terkenal. 466 00:48:26,444 --> 00:48:28,362 Tak kiralah apa awak semua fikir, 467 00:48:28,446 --> 00:48:31,198 Frank seorang saja yang cuba dapatkan Jack. 468 00:48:31,282 --> 00:48:32,283 Frank? 469 00:48:32,491 --> 00:48:33,492 Pemandu itu? 470 00:48:33,576 --> 00:48:35,244 Dia telefon, tapi awak tak cakap? 471 00:48:35,328 --> 00:48:36,495 Kenapa dia telefon? 472 00:48:36,579 --> 00:48:40,958 Sebab dia orang terakhir yang melihat Jack hidup! 473 00:48:41,042 --> 00:48:42,752 Kami dah jumpa budak itu. 474 00:49:09,111 --> 00:49:10,780 Ia mati. Pemacu keras terbakar. 475 00:49:10,863 --> 00:49:12,657 - Guna yang lain. - Ya, tuan. 476 00:49:12,740 --> 00:49:16,577 - Berapa lama lagi? - Puan, kami buat secepat mungkin. 477 00:49:16,661 --> 00:49:19,121 - Dia boleh lemas di dalam. - Puan, bertenang. 478 00:49:19,205 --> 00:49:21,374 - Dia anak saya. - Biar mereka buat kerja. 479 00:49:21,457 --> 00:49:23,042 Awak nak duduk diam saja? 480 00:49:23,125 --> 00:49:24,293 Audrey! Mereka pakar. 481 00:49:24,377 --> 00:49:27,046 Semua orang pakar! Saya dah tak tahan! 482 00:49:28,464 --> 00:49:34,679 Audrey! 483 00:49:42,228 --> 00:49:43,479 Audrey! 484 00:49:46,273 --> 00:49:50,277 Mak! 485 00:49:51,153 --> 00:49:52,279 Jack! 486 00:49:53,989 --> 00:49:55,408 Kamu okey? 487 00:50:01,163 --> 00:50:03,290 Mari, sayang. 488 00:50:08,379 --> 00:50:11,382 Bernafas. Teruskan bernafas. 489 00:50:11,465 --> 00:50:14,009 - Awak syaitan. - Harapnya begitulah. 490 00:50:51,922 --> 00:50:57,428 - Tak guna! Dimitri, awak menakutkan saya. - Di mana Sonovitch? 491 00:50:57,511 --> 00:50:58,345 Di kebuk. Kejap. 492 00:50:58,429 --> 00:50:59,805 Saya perlu jumpa dia. 493 00:50:59,889 --> 00:51:00,890 Perlu jumpa sekarang! 494 00:51:00,973 --> 00:51:04,977 Duduk! Dengar Panasonic. Ia muzik rap, ia bagus. 495 00:52:45,035 --> 00:52:48,455 - Apa itu? - Saya tak tahu. Tak guna! 496 00:52:49,707 --> 00:52:51,834 - Apa awak buat? - Saya perlukan penawar. 497 00:52:51,917 --> 00:52:55,462 Pemandu itu suntik saya dengan virus. Lihat! 498 00:52:55,546 --> 00:53:00,092 - Dimitri, di mana dia dapat virus? - Yang kami tertinggal di klinik. 499 00:53:00,175 --> 00:53:02,386 Tolonglah, saya perlu penawar. Saya sakit. 500 00:53:02,469 --> 00:53:04,430 Bertenang. Awak tak sakit. 501 00:53:04,513 --> 00:53:07,141 Awak ada empat jam sebelum virus aktif. 502 00:53:07,224 --> 00:53:10,853 Awak pun tahu. Awak yang menciptanya. 503 00:53:10,936 --> 00:53:13,022 - Buka peti sejuk. - Saya beritahu awak… 504 00:53:13,105 --> 00:53:14,690 Buka peti sejuk! 505 00:53:14,773 --> 00:53:18,944 Izvinite. Buka peti sejuk! 506 00:53:19,945 --> 00:53:22,865 Ya. Polisi insurans. 507 00:53:22,948 --> 00:53:26,702 - Berapa banyak awak ada? - Dua dos. Cukup untuk Tipov dan saya. 508 00:53:30,080 --> 00:53:33,334 Polisi Tipov dibatalkan. Ada satu untuk saya. 509 00:53:34,251 --> 00:53:36,587 Saya mahukannya sekarang. Ayuh. 510 00:53:36,670 --> 00:53:39,465 Ayuh. Suntik. 511 00:53:42,009 --> 00:53:43,594 - Jangan suntik. - Siapa awak? 512 00:53:43,677 --> 00:53:45,763 - Ia cukup untuk kita. - Awak tak perlu. 513 00:53:45,846 --> 00:53:48,641 - Awak suntik saya. - Dengan air. 514 00:53:48,724 --> 00:53:51,393 - Saya tak sakit? - Awak tak sakit. 515 00:53:51,477 --> 00:53:53,020 - Air? - Air. 516 00:53:54,855 --> 00:53:56,357 Tak guna! 517 00:53:59,777 --> 00:54:01,695 Bagus. Masalah kita selesai. 518 00:54:01,779 --> 00:54:03,072 Satu dos untuk seorang. 519 00:54:03,155 --> 00:54:04,531 Ia bukan untuk kita. 520 00:54:04,615 --> 00:54:08,327 Satu untuk awak dan satu untuk budak itu. Mengharukan. 521 00:54:08,410 --> 00:54:10,746 Saya dah mula hilang sabar. 522 00:54:15,084 --> 00:54:18,587 - Beritahu saya tentang virus itu. - Okey. Apa awak nak tahu? 523 00:54:18,671 --> 00:54:20,214 Semuanya. Mula-mula, apa ia? 524 00:54:20,297 --> 00:54:23,759 Ia efluen dua ganda polimorf retroimun gabungan semula. 525 00:54:23,842 --> 00:54:25,135 Budak itu akan mati. 526 00:54:25,219 --> 00:54:28,347 Orang mendekatinya akan mati, dan kemudian, ia berakhir. 527 00:54:28,430 --> 00:54:29,515 "Ia berakhir"? 528 00:54:29,598 --> 00:54:32,977 Virus itu direka jadi lengai selepas 24 jam. 529 00:54:33,185 --> 00:54:37,106 Terima kasih atas penjelasannya. Sekarang beri saya bebuli itu. 530 00:54:37,189 --> 00:54:39,692 Awak benar-benar mahu jadi adiwira, ya? 531 00:54:39,775 --> 00:54:42,778 Baiklah, kita tengok jika awak boleh terbang. 532 00:55:19,356 --> 00:55:21,191 - Awak okey? - Saya okey. 533 00:56:26,340 --> 00:56:27,883 Tiada apa perlu dibimbangkan. 534 00:56:27,966 --> 00:56:31,720 Ia cuma jangkitan virus biasa dan tekanan daripada apa yang berlaku. 535 00:56:31,804 --> 00:56:33,597 Sehari dua, redalah. 536 00:56:33,680 --> 00:56:35,641 Saya beri ubat untuk bantu dia tidur. 537 00:56:35,724 --> 00:56:37,226 Telefonlah jika apa-apa jadi. 538 00:56:37,309 --> 00:56:39,144 - Terima kasih. - Terima kasih, doktor. 539 00:56:41,730 --> 00:56:45,567 Audrey, semua ini ada… 540 00:56:45,651 --> 00:56:49,613 Ia buat saya sedar betapa bodohnya saya. 541 00:56:49,696 --> 00:56:52,074 Dengan Jack 542 00:56:52,157 --> 00:56:53,659 dan awak. 543 00:56:57,329 --> 00:56:59,081 Awak okey? 544 00:56:59,164 --> 00:57:04,545 - En. Billings. Kita dah lewat. - Saya datang. 545 00:57:04,628 --> 00:57:09,007 Saya akan kembali selepas persidangan, melawat Jack. 546 00:57:10,843 --> 00:57:12,344 Melawat awak. 547 00:57:15,347 --> 00:57:18,642 Bagus. Kita akan jumpa lagi. 548 00:57:18,725 --> 00:57:20,978 Mereka ada di sini jika awak perlukan mereka. 549 00:57:32,990 --> 00:57:35,576 - Awak okey, puan? - Saya okey. 550 00:57:39,997 --> 00:57:42,958 - Helo. - Ini saya. 551 00:57:43,041 --> 00:57:45,002 - Awak okey? - Pergi ke bilik tidur. 552 00:57:45,085 --> 00:57:47,463 Hai, Susan. Apa khabar? 553 00:57:49,882 --> 00:57:54,178 - Saya seorang diri. Di mana awak, Frank? - Pusing ke belakang. 554 00:58:06,064 --> 00:58:09,693 Frank, awak silap. Ia penculikan. Jack okey. 555 00:58:09,776 --> 00:58:12,112 Jack dijangkiti virus yang bawa maut, Audrey. 556 00:58:12,196 --> 00:58:15,157 Sesiapa yang mendekatinya akan mati. 557 00:58:15,240 --> 00:58:18,076 Apa maksud awak? 558 00:58:18,160 --> 00:58:20,329 Maksud awak, anak saya akan mati? 559 00:58:20,412 --> 00:58:21,663 Tak, dia takkan mati. 560 00:58:24,875 --> 00:58:26,960 Setelah eram, ia berjangkit melalui udara. 561 00:58:27,044 --> 00:58:29,129 Orang yang mendekatinya akan berjangkit. 562 00:58:29,213 --> 00:58:32,090 Anak awak dijadikan senjata. Sasaran sebenar, ayahnya. 563 00:58:32,174 --> 00:58:34,593 Jefferson? Kenapa? 564 00:58:34,676 --> 00:58:37,596 Persidangan itu. Itu saja jawapan yang munasabah. 565 00:58:37,679 --> 00:58:40,557 Setiap agensi penguat kuasa dadah sebilik. 566 00:58:40,641 --> 00:58:43,310 Apabila suami awak bernafas, orang di situ akan mati. 567 00:58:46,688 --> 00:58:47,689 Tidak. Jangan. 568 00:58:49,900 --> 00:58:52,027 Awak perlu percayakan saya, Audrey. 569 00:58:59,576 --> 00:59:02,162 Boleh awak suntik dia? 570 00:59:02,246 --> 00:59:05,290 - Apa awak nak buat? - Cari orang yang bertanggungjawab. 571 00:59:05,374 --> 00:59:09,169 Dia ada banyak penawar ini. Untuk awak dan semua orang. 572 00:59:10,796 --> 00:59:12,214 Untuk awak sekarang. 573 00:59:29,273 --> 00:59:30,274 Kita ada tetamu. 574 00:59:32,401 --> 00:59:35,821 - Awak demam. - Saya okey. 575 00:59:35,904 --> 00:59:37,573 Awak harus pergi. Pergilah. 576 00:59:41,285 --> 00:59:42,661 Jangan bergerak. 577 01:00:27,831 --> 01:00:30,292 - Gabenor ada? - Semua orang akan datang. 578 01:00:30,375 --> 01:00:33,295 Gabenor. Delegasi dari seluruh dunia. 579 01:00:33,378 --> 01:00:35,505 Tunggu sebentar. Helo. 580 01:00:35,631 --> 01:00:37,215 Jangan pergi persidangan itu. 581 01:00:37,299 --> 01:00:40,594 - Semuanya baik? - …untuk beri dia virus yang bawa maut… 582 01:00:40,677 --> 01:00:44,139 - Saya tak dengar. Saya di dalam. - Saya dan awak ada virus itu. 583 01:00:44,264 --> 01:00:45,432 Audrey, saya tak dengar. 584 01:00:45,515 --> 01:00:47,893 Mereka nak semua dijangkiti di persidangan. 585 01:00:47,976 --> 01:00:49,728 - Saya akan telefon semula. - Jeff! 586 01:00:52,898 --> 01:00:56,234 En. Billings, awak okey? 587 01:00:56,318 --> 01:00:59,363 - Saya okey. Jom. Ya. - Awak pasti? Okey. 588 01:01:20,175 --> 01:01:22,469 - Helo. - Awak masih jadi tetamu kerajaan? 589 01:01:23,512 --> 01:01:26,848 Mereka beri saya penginapan lima bintang. 590 01:01:26,932 --> 01:01:29,643 - Awak perlu bantuan saya, ya? - Awak dekat komputer? 591 01:01:31,186 --> 01:01:34,815 Dah jadi bantal. Jadi, di mana awak nak mula? 592 01:01:34,898 --> 01:01:41,655 - Saya tak tahu. Saya tiada apa-apa. - Jenis penyiasatan kegemaran saya. 593 01:01:41,738 --> 01:01:44,408 Mari lihat. 594 01:01:45,367 --> 01:01:46,993 Saya mahu ambil peluang ini 595 01:01:47,077 --> 01:01:49,329 - untuk kenalkan delegasi saya… - Bernafas. 596 01:01:49,413 --> 01:01:53,500 Begitulah, bernafas. 597 01:01:53,583 --> 01:01:56,837 Esok, setelah mereka ini tiada 598 01:01:56,920 --> 01:02:00,340 dan perjanjian syarikat mereka hancur, 599 01:02:00,424 --> 01:02:02,426 tahu apa akan jadi masalah terbesar? 600 01:02:02,509 --> 01:02:04,594 - Apa? - Mengira wang. 601 01:02:09,808 --> 01:02:12,310 Saya tak sabar menunggu esok. 602 01:02:18,692 --> 01:02:19,985 Gianni Chellini. 603 01:02:20,068 --> 01:02:22,654 Ambil upah untuk buat masalah bagi orang lain. 604 01:02:22,738 --> 01:02:24,823 Seperti Red Bridgade, Shining Path. 605 01:02:27,200 --> 01:02:30,871 Ada orang akses pangkalan data di tingkat 15. 606 01:02:30,954 --> 01:02:33,582 Itu Gonzalez. Dia sedang bercuti. 607 01:02:35,667 --> 01:02:40,797 Dalang pengambilan tebusan menteri OPEC di Geneva. 608 01:02:40,881 --> 01:02:42,424 Ia kerja yang baik. 609 01:02:47,387 --> 01:02:49,473 - Beri alamat. - Miami, East Highland, 610 01:02:49,556 --> 01:02:51,892 Pelican Drive, nombor 26900. 611 01:02:51,975 --> 01:02:55,020 - Kami dah jumpa keretanya. - Awak polis yang hebat, Tarconi. 612 01:02:55,103 --> 01:02:58,774 Terima kasih atas pujian itu. Sekarang saya nak tidur. 613 01:03:02,486 --> 01:03:04,070 Mungkin tidak. 614 01:03:06,490 --> 01:03:09,868 - Jangan halang laluan! - Ke tepi. 615 01:03:09,951 --> 01:03:11,536 Saya akan teruskan memandu. 616 01:03:12,496 --> 01:03:16,291 Ini teksi kedua… 617 01:03:16,374 --> 01:03:19,336 Saya akan dipecat, dihalau dari rumah dan tiada isteri. 618 01:03:20,170 --> 01:03:21,379 Mak. 619 01:03:23,423 --> 01:03:28,094 - Sayang. Kamu rasa lebih baik? - Baik sedikit. 620 01:03:28,178 --> 01:03:31,014 Apa kata kamu cuba tidur semula, okey? 621 01:03:37,062 --> 01:03:39,105 Puan, awak okey? 622 01:03:49,699 --> 01:03:52,035 Jefferson, awak okey? 623 01:04:56,975 --> 01:04:58,310 Baik, lakukannya. 624 01:05:11,573 --> 01:05:15,911 - Apa yang awak buat? - Saya terfikir malam tadi. 625 01:05:15,994 --> 01:05:18,413 Bagaimana nak angkut penawar dengan selamat? 626 01:05:18,496 --> 01:05:22,167 Kita perlu sesuatu yang tak pecah dan tak boleh dicuri. 627 01:05:22,250 --> 01:05:25,879 Sesuatu yang benar-benar selamat. 628 01:05:32,594 --> 01:05:35,221 Menarik. Pergi bersiap. 629 01:05:36,973 --> 01:05:37,974 Halang dia. 630 01:05:41,478 --> 01:05:43,730 - Ini rakan awak? - Belum lagi. 631 01:05:53,573 --> 01:05:56,242 - Ke mana mereka pergi? - Garaj. 632 01:05:58,244 --> 01:05:59,913 - Peluru saya habis. - Saya pun. 633 01:05:59,996 --> 01:06:02,040 - Samalah. - Di mana bekalan peluru? 634 01:06:02,123 --> 01:06:03,458 Garaj. 635 01:06:04,960 --> 01:06:07,128 Periksa rumah. Pergi! 636 01:06:11,341 --> 01:06:13,301 Kejar dia! 637 01:07:49,564 --> 01:07:52,859 - Apa awak nak saya buat? - Pastikan meter berjalan. 638 01:07:52,942 --> 01:07:58,114 Selamat tinggal. Jangan bimbang, sayang. Awak selamat sekarang. 639 01:07:58,198 --> 01:08:02,202 Awak sungguh cantik. Awak ingatkan saya pada kereta kuning saya. 640 01:09:18,778 --> 01:09:20,154 Jangan bergerak. 641 01:09:20,947 --> 01:09:24,117 - En. Pemandu. - Saya akan hapuskan awak. 642 01:09:24,200 --> 01:09:26,202 Saya akan berdarah dan habislah penawar. 643 01:09:26,286 --> 01:09:28,287 Tentu awak tak nak begitu. 644 01:09:28,371 --> 01:09:32,082 Selepas awak susah payah cuba dapatkan penawar ini. 645 01:09:32,167 --> 01:09:34,752 Lihat betul-betul, Frank Martin. 646 01:09:34,836 --> 01:09:38,590 Saya satu-satunya penawar untuk penyakit awak. 647 01:09:38,673 --> 01:09:41,926 Saya ialah penawarnya. 648 01:09:42,010 --> 01:09:45,220 Cubaan yang bagus. Saya kagum. Saya salah sangka. 649 01:09:45,305 --> 01:09:47,932 Pemandu biasa takkan memahaminya. 650 01:09:48,015 --> 01:09:49,559 Saya belum memahami semuanya. 651 01:09:49,642 --> 01:09:50,643 Saya boleh bantu. 652 01:09:50,727 --> 01:09:53,395 Bahagian mana yang awak tak faham? 653 01:09:53,479 --> 01:09:56,566 Awak. Kenapa? 654 01:09:56,649 --> 01:10:00,653 Itu perkara mudah. Ia hanya suatu urus niaga. 655 01:10:00,737 --> 01:10:03,072 Saya diupah oleh pembida tertinggi. 656 01:10:03,156 --> 01:10:06,367 Kali ini, ia kartel kokaina Colombia 657 01:10:06,451 --> 01:10:09,996 yang mahu penguat kuasa jangan masuk campur. 658 01:10:10,079 --> 01:10:13,291 Awak fikir bunuh ahli politik akan memudahkan mereka? 659 01:10:13,374 --> 01:10:17,128 Itu bukan masalah saya. Saya diupah untuk bekerja. 660 01:10:17,212 --> 01:10:22,926 Saya buat kerja ini seperti awak. Cuma bayaran saya lebih baik. 661 01:10:23,009 --> 01:10:25,011 Sama seperti rambut dan pakaian saya. 662 01:10:27,388 --> 01:10:29,891 Lola. 663 01:10:29,974 --> 01:10:33,186 Saya perlu minta diri. Saya nak kejar penerbangan. 664 01:10:34,562 --> 01:10:36,856 Bunuh dia. 665 01:10:36,940 --> 01:10:38,066 Selamat tinggal. 666 01:10:42,612 --> 01:10:44,989 - Jangan kelip mata. - Apa faedahnya pada awak? 667 01:10:45,073 --> 01:10:46,449 Keseronokan… 668 01:10:49,661 --> 01:10:51,246 membunuh awak. 669 01:12:28,551 --> 01:12:31,095 Kami siar secara langsung dari tambak Key Biscayne 670 01:12:31,179 --> 01:12:33,556 di mana 10 kereta polis sedang kejar 671 01:12:33,639 --> 01:12:35,224 trak pikap merah yang dicuri. 672 01:12:39,771 --> 01:12:43,107 Oh, Tuhan. Ini gila. Jim, awak merakamkannya? 673 01:12:43,191 --> 01:12:45,860 Ada satu lagi kereta yang memotong kereta polis, 674 01:12:45,943 --> 01:12:47,779 seolah-olah mereka tak bergerak. 675 01:12:47,862 --> 01:12:51,699 - Dia hebat memandu. - Ya, dia memang hebat. 676 01:13:38,329 --> 01:13:42,125 Kita akan berlepas, En. Chellini. Duduk dan nikmati penerbangan anda. 677 01:13:42,208 --> 01:13:43,876 Kita tiba di Colombia kejap lagi. 678 01:14:30,131 --> 01:14:33,259 Ada masalah dengan alat mendarat. Kita akan patah balik. 679 01:14:33,342 --> 01:14:35,636 - Bolehkah kita terbang? - Sepatutnya boleh. 680 01:14:35,720 --> 01:14:39,432 Jadi, awak akan mendarat apabila kita tiba di Colombia. 681 01:14:39,515 --> 01:14:42,477 Pergi dan lihat jika ia boleh dinaikkan secara manual. 682 01:14:42,560 --> 01:14:45,897 Maaf atas kesulitan ini, En. Chellini. Jangan bimbang. 683 01:14:50,610 --> 01:14:53,738 Maaf, penerbangan dibatalkan. 684 01:14:53,821 --> 01:14:57,492 Maaf, awak yang dibatalkan. 685 01:14:57,575 --> 01:14:59,076 Sila duduk. 686 01:15:01,329 --> 01:15:02,538 Bertenang. 687 01:15:04,123 --> 01:15:07,293 Minum sesuatu. Mari berkenalan. 688 01:15:07,376 --> 01:15:10,171 Saya rasa saya tahu semua perkara yang perlu. 689 01:16:56,736 --> 01:16:57,945 Tak guna. 690 01:18:38,212 --> 01:18:41,340 Lima mata. Apa benda yang bermata, tiada telinga, 691 01:18:41,424 --> 01:18:42,758 berkulit, tapi tiada rambut, 692 01:18:42,842 --> 01:18:44,927 putih di dalam dan coklat di luar? 693 01:18:45,010 --> 01:18:46,971 - Mak? - Cacing? 694 01:18:47,054 --> 01:18:50,683 - Salah. Ayah? - Ulat beluncas. 695 01:18:50,766 --> 01:18:53,394 - Salah. - Ubi kentang. 696 01:18:57,773 --> 01:19:00,651 - Boleh saya bantu awak? - Saya nak balik. 697 01:19:04,488 --> 01:19:06,532 - Kelapa. - Salah. 698 01:19:06,615 --> 01:19:10,327 - Ular. - Salah. 699 01:19:10,411 --> 01:19:13,622 - Kacang tanah. - Yek! 700 01:19:13,706 --> 01:19:15,624 - Hot dog. - Salah. 701 01:19:29,013 --> 01:19:30,848 - Sekejapnya. - Ya. 702 01:19:32,516 --> 01:19:34,059 Tak nak awak terlepas pesawat. 703 01:19:34,143 --> 01:19:36,061 Awak memang prihatin. 704 01:19:46,030 --> 01:19:47,823 Tengoklah. 705 01:19:50,534 --> 01:19:53,746 Awak takkan percaya apa yang jadi pada saya malam tadi. 706 01:20:00,044 --> 01:20:03,464 Saya ada sesuatu untuk awak. Awak tak sempat ke pantai. 707 01:20:03,547 --> 01:20:06,383 Tak apa, air ialah air, pasir ialah pasir. 708 01:20:06,467 --> 01:20:08,469 Di sini, di sana, semuanya sama. 709 01:20:08,552 --> 01:20:11,430 Penerbangan 069 ke Paris. 710 01:20:11,514 --> 01:20:14,850 Terima kasih, Frank. Ia percutian yang menarik. 711 01:20:14,934 --> 01:20:18,771 - Apa lagi yang dapat saya minta? - Ya. 712 01:20:18,854 --> 01:20:22,775 - Au revoir, Frank. - Au revoir. Terbang dengan selamat. 713 01:20:22,858 --> 01:20:25,486 Rasanya tak. Mereka kata cuaca tak berapa baik. 714 01:20:25,569 --> 01:20:29,990 Saya rasa kita tak boleh miliki semua yang kita inginkan, betul tak? 715 01:20:30,074 --> 01:20:31,575 Ya, kita tak boleh milik semua. 716 01:20:47,174 --> 01:20:48,509 Ya. 717 01:20:48,592 --> 01:20:50,845 Saya sedang mencari pemandu. 718 01:20:54,807 --> 01:20:56,308 Saya mendengar. 719 01:20:58,561 --> 01:21:03,941 FILEM INI UNTUK MEMPERINGATI MICHAEL STONE 720 01:27:34,206 --> 01:27:36,208 Terjemahan sari kata oleh Murni Jamaludin