1 00:03:04,602 --> 00:03:07,188 {\an8}BUKANKAH IMPIAN ITU CUKUP TINGGI 2 00:03:15,738 --> 00:03:19,033 Widya, ini salah. 3 00:03:19,617 --> 00:03:24,956 Apa? Awak takut orang dapat tahu dan merosakkan imej awak? 4 00:03:25,581 --> 00:03:29,627 Bukan begitu. Saya tak boleh bertenang. 5 00:03:33,172 --> 00:03:34,423 Widya. 6 00:03:35,132 --> 00:03:36,217 Saya rasa saya dengar seseorang. 7 00:03:40,930 --> 00:03:42,431 Biar saya periksa. 8 00:03:46,686 --> 00:03:48,020 Tunggu. 9 00:04:08,749 --> 00:04:10,334 Siapa tadi? 10 00:04:10,751 --> 00:04:14,171 Tiada sesiapa. Hanya kita berdua. 11 00:04:21,053 --> 00:04:22,096 Tak masuk akal. 12 00:04:22,471 --> 00:04:24,181 Dalam TV pagi, dia seorang lelaki berkeluarga. 13 00:04:24,265 --> 00:04:26,225 Pada waktu malam, dia tergila-gilakan pelakon wanita. 14 00:04:27,059 --> 00:04:28,144 Kalau mak saya tahu... 15 00:04:28,227 --> 00:04:29,353 Hei. 16 00:04:29,770 --> 00:04:32,231 Awak tak boleh beritahu sesiapa tentang perkara ini. 17 00:04:32,815 --> 00:04:34,066 Terutamanya mak awak. 18 00:04:34,191 --> 00:04:35,568 Saya tahu. 19 00:04:35,651 --> 00:04:40,990 Kalau dia tahu idola kesayangan dia sama macam bekas suami dia... 20 00:04:41,282 --> 00:04:42,783 ...dia pasti akan mogok lapar. 21 00:04:43,034 --> 00:04:44,035 Apa? 22 00:04:45,786 --> 00:04:48,581 Esok hari pertama saya di set baharu. 23 00:04:49,290 --> 00:04:50,374 Saya takut. 24 00:04:50,875 --> 00:04:53,502 Tolonglah, Maudy. Apa yang nak ditakutkan? 25 00:04:53,753 --> 00:04:55,337 Saya tahu awak boleh buat. 26 00:05:21,197 --> 00:05:22,239 Apa? 27 00:05:32,333 --> 00:05:37,046 LUKA SEMBUH SERTA-MERTA 28 00:06:21,423 --> 00:06:23,634 "Salam sejahtera, Ben." Salam sejahtera, Suci. 29 00:06:23,759 --> 00:06:25,052 "Terima kasih kerana melindungi saya, Ben." 30 00:06:25,136 --> 00:06:28,973 Jangan risau, Suci. Saya cuma merisikokan kerja saya. 31 00:06:29,849 --> 00:06:31,851 Terima kasih untuk jaket ini. Ia muat. 32 00:06:31,934 --> 00:06:33,352 Sama-sama. 33 00:06:34,145 --> 00:06:35,896 Apa yang awak cari? 34 00:06:40,442 --> 00:06:41,443 Suci? 35 00:06:42,153 --> 00:06:43,195 Suci? 36 00:06:44,780 --> 00:06:45,865 Suci. 37 00:06:46,615 --> 00:06:47,867 Suci! 38 00:06:48,617 --> 00:06:49,910 Apa yang awak buat? 39 00:06:54,331 --> 00:06:55,499 Buka mata awak. 40 00:06:59,044 --> 00:07:00,296 Awak nampak ini? 41 00:07:00,921 --> 00:07:02,047 Ya. 42 00:07:15,102 --> 00:07:16,103 Suci. 43 00:07:16,854 --> 00:07:18,272 Luka awak sembuh sendiri. 44 00:07:19,648 --> 00:07:21,442 Namun, tanda daripada sumpahan itu masih ada. 45 00:07:22,526 --> 00:07:25,696 Ada kaitan yang pasti dengan sumpahan Nagatira. 46 00:07:25,988 --> 00:07:28,157 Kami pernah lihat sesuatu seperti ini baru-baru ini. 47 00:07:28,949 --> 00:07:31,744 Deo. 48 00:07:33,662 --> 00:07:34,788 Semalam... 49 00:07:36,916 --> 00:07:40,127 ...sebelum penggambaran, Deo jumpa saya. 50 00:07:47,927 --> 00:07:50,846 BERSEMADILAH DENGAN AMAN 51 00:07:57,978 --> 00:07:59,188 DEO HOT ARGA, 55 TAHUN 52 00:07:59,313 --> 00:08:02,191 LAHIR: 16 SEPTEMBER 1967 MENINGGAL DUNIA: 13 SEPTEMBER 2022 53 00:08:26,215 --> 00:08:27,341 Apa yang awak mahu? 54 00:08:28,217 --> 00:08:30,511 Saya ada usul perniagaan. 55 00:08:37,017 --> 00:08:38,018 Oh Tuhan. 56 00:08:38,936 --> 00:08:40,312 Saya dah faham sekarang. 57 00:08:41,272 --> 00:08:42,314 Suci! 58 00:08:42,940 --> 00:08:46,318 Awak! Awak dah jadi naga sekarang! 59 00:08:46,568 --> 00:08:47,820 Awak memiliki naga Deo! 60 00:08:48,320 --> 00:08:51,240 Roh naga Deo diturunkan kepada awak, sebab itulah dia mati. 61 00:08:51,740 --> 00:08:54,368 Tunggu sekejap, apa maksud awak? 62 00:08:54,493 --> 00:08:55,577 Dia dah mati? 63 00:08:55,703 --> 00:08:59,039 Ya. Daripada perkara yang saya baca setakat ini... 64 00:08:59,164 --> 00:09:01,500 ...apabila roh naga meninggalkan badan pemiliknya... 65 00:09:01,834 --> 00:09:03,043 ...pemiliknya akan mati. 66 00:09:03,794 --> 00:09:06,171 Roh naga Deo meninggalkannya dan berpindah kepada awak. 67 00:09:06,255 --> 00:09:08,090 Awak kebal dan dia dah mati. 68 00:09:09,341 --> 00:09:12,636 Adakah itu bermakna saya membunuh seseorang? 69 00:09:13,304 --> 00:09:14,847 Dia mati disebabkan... 70 00:09:14,930 --> 00:09:17,057 Tidak! Awak tak bunuh Deo. 71 00:09:17,141 --> 00:09:20,519 Dia mati kerana roh itu berpindah kepada awak. Bukan salah awak. Tunggu. 72 00:09:20,602 --> 00:09:24,064 Mustahil. Saya cuma tumbuk dia. 73 00:09:24,148 --> 00:09:26,483 Saya tak tahu sebab roh itu berpindah... 74 00:09:26,567 --> 00:09:29,903 ...tapi saya pasti ini ada kaitan dengan sumpahan awak. 75 00:09:30,112 --> 00:09:32,698 Itu satu-satunya kaitan antara awak dan sembilan naga itu. 76 00:09:34,825 --> 00:09:39,121 Seorang pemimpin atau presiden negara sebesar ini... 77 00:09:39,204 --> 00:09:41,290 ...dan masyarakatnya yang pelbagai... 78 00:09:42,416 --> 00:09:45,544 ...mesti ada kebolehan untuk mencari... 79 00:09:45,627 --> 00:09:49,465 Mari kita bersiaran langsung bersama wartawan Glenn Wangke di lokasi. 80 00:09:49,548 --> 00:09:51,342 Ben. 81 00:09:51,425 --> 00:09:52,801 - Apa? - Lihat! 82 00:09:53,427 --> 00:09:55,721 Itu budak-budak yang saya selamatkan pada malam itu. 83 00:09:56,430 --> 00:09:57,848 Kanak-kanak yang hampir dibakar hidup-hidup. 84 00:09:57,931 --> 00:10:00,351 Minggu lepas, kanak-kanak ini... 85 00:10:00,434 --> 00:10:03,103 ...dan seorang lagi diculik serta hampir dibunuh. 86 00:10:04,021 --> 00:10:05,981 NGO kami telah melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa... 87 00:10:06,065 --> 00:10:08,901 ...tapi tiada tindakan yang tegas telah diambil. 88 00:10:08,984 --> 00:10:10,611 Satu lagi penculikan? 89 00:10:11,278 --> 00:10:12,529 Peliknya. 90 00:10:13,447 --> 00:10:15,366 Kenapa mereka menculik seorang budak saja? 91 00:10:21,914 --> 00:10:24,750 Aduhai. Saya perlu pergi ke set penggambaran. 92 00:10:24,917 --> 00:10:28,962 Kita jumpa di gerai yang keluar berita hari ini. 93 00:10:29,046 --> 00:10:30,172 Jangan lupa, okey? 94 00:10:31,340 --> 00:10:35,219 Saya bersimpati atas kehilangan satu-satunya orang... 95 00:10:35,344 --> 00:10:37,346 ...yang menganggap awak sebagai keluarga. 96 00:10:39,848 --> 00:10:42,142 Cakap sajalah. Apa tawaran awak? 97 00:10:42,226 --> 00:10:45,729 Saya mahu bantu awak bunuh Gun Mardiono. 98 00:10:45,813 --> 00:10:49,817 Dia satu-satunya penghalang awak sekarang, bukan? 99 00:10:51,610 --> 00:10:53,278 Awak mahu bantu saya? 100 00:10:55,322 --> 00:10:58,242 Deo serahkan Pasar Amartajaya kepada saya. 101 00:10:59,159 --> 00:11:04,540 Namun, si dungu itu menjadikan pasar itu sasaran untuk pembersihan jenayah Gun. 102 00:11:04,623 --> 00:11:08,210 Lama-kelamaan, perniagaan saya mungkin terancam. 103 00:11:08,293 --> 00:11:12,047 Perniagaan yang saya bina bersama mendiang suami saya. 104 00:11:13,340 --> 00:11:16,844 Permainan apa yang awak cuba mainkan di sini? 105 00:11:16,927 --> 00:11:18,303 Tiada permainan. 106 00:11:18,720 --> 00:11:22,015 Ini pakatan untuk menghapuskan musuh yang sama. 107 00:11:22,266 --> 00:11:26,270 Lagipun, Angkasa Prabaswara ada dua naga yang hebat. 108 00:11:26,353 --> 00:11:29,481 Saya nampak cara awak mengambil naga suami saya. 109 00:11:29,606 --> 00:11:31,483 Jika awak cuba menipu saya... 110 00:11:32,151 --> 00:11:33,193 ...ingat... 111 00:11:34,153 --> 00:11:38,699 ...saya ada sesuatu yang sangat berharga bagi awak. 112 00:11:40,451 --> 00:11:45,038 Saya boleh serahkan gadis yang merosakkan ritual awak. 113 00:11:47,666 --> 00:11:48,876 Anggap saja ia sebagai bonus. 114 00:11:52,713 --> 00:11:55,048 Okey. Apa yang awak fikirkan? 115 00:11:58,635 --> 00:11:59,678 Masuklah. 116 00:12:06,643 --> 00:12:08,353 - Duduk. - Okey. 117 00:12:13,150 --> 00:12:14,276 Suci. 118 00:12:15,527 --> 00:12:19,031 Saya buat keputusan untuk terima awak semula sebagai pelagak ngeri saya. 119 00:12:21,325 --> 00:12:22,951 - Apa? - Kenapa? 120 00:12:23,035 --> 00:12:24,953 Awak nampak keliru. 121 00:12:25,037 --> 00:12:28,123 Bukankah awak bekerja keras untuknya? 122 00:12:28,999 --> 00:12:31,084 Ya. 123 00:12:31,919 --> 00:12:33,921 Maaf, tapi saya tak faham. 124 00:12:34,254 --> 00:12:36,423 Kenapa awak pilih saya? 125 00:12:36,507 --> 00:12:37,549 Kenapa? 126 00:12:38,425 --> 00:12:41,637 Tidakkah awak rasa awak orang yang sesuai untuk kerja ini? 127 00:12:42,846 --> 00:12:46,934 Atau awak rasa saya buat keputusan yang salah? 128 00:12:47,643 --> 00:12:49,645 Tidak. 129 00:12:49,728 --> 00:12:51,146 Saya anggap awak bersetuju. 130 00:12:52,439 --> 00:12:54,358 Saya sendiri akan melatih awak. 131 00:12:55,359 --> 00:12:56,735 Tiga kali seminggu. 132 00:12:57,444 --> 00:12:58,612 Mulai tengah hari ini. 133 00:12:58,820 --> 00:12:59,821 Okey. 134 00:13:02,241 --> 00:13:05,160 Haikal. Masuklah. 135 00:13:06,745 --> 00:13:08,163 - Jumpa nanti, ya? - Okey. 136 00:13:16,630 --> 00:13:17,756 Haikal. 137 00:13:18,131 --> 00:13:19,424 Selepas saya fikir masak-masak... 138 00:13:20,342 --> 00:13:24,054 ...saya sedar yang awaklah koreografer pertarungan saya selama ini. 139 00:13:27,140 --> 00:13:29,268 Jadi, saya putuskan... 140 00:13:29,351 --> 00:13:32,145 ...untuk jadikan Suci pelagak ngeri saya. 141 00:13:39,278 --> 00:13:42,531 Kalau awak rasa begitu, saya percayakan keputusan awak. 142 00:13:55,127 --> 00:13:56,295 Saya pasti... 143 00:13:56,920 --> 00:13:59,298 ...jika kita bekerjasama untuk melatih dia... 144 00:13:59,756 --> 00:14:01,842 ...dia boleh jadi sebagus awak. 145 00:14:01,925 --> 00:14:03,719 Awak akan lakukannya, bukan? 146 00:14:23,238 --> 00:14:27,200 Awak patut merawat kecederaan awak secepat mungkin. 147 00:14:35,584 --> 00:14:37,502 Awak datang untuk jumpa seseorang? 148 00:14:39,671 --> 00:14:40,756 Anak saya. 149 00:14:42,507 --> 00:14:43,592 Ia satu kejutan. 150 00:14:44,176 --> 00:14:45,927 Saya tak cakap yang saya nak datang. 151 00:14:47,095 --> 00:14:48,639 Bertuahnya anak awak. 152 00:14:52,643 --> 00:14:57,022 Saya bawa bubur ikan yang saya masak sendiri. 153 00:14:57,314 --> 00:14:58,899 Namun, jika bubur ini dibiarkan terlalu lama... 154 00:14:59,650 --> 00:15:01,401 ...ia akan sejuk dan tak sedap. 155 00:15:02,527 --> 00:15:05,238 Ia mungkin lebih berguna kepada awak daripada orang yang saya bawakan. 156 00:15:06,573 --> 00:15:09,159 Air rebusan ikan baik untuk kesihatan. 157 00:15:23,382 --> 00:15:25,217 Biar betul, Suci? 158 00:15:25,425 --> 00:15:27,636 Saya berada di sini, betul-betul di depan gerai. 159 00:15:28,387 --> 00:15:30,013 Awak suruh kita jumpa di sini. 160 00:15:30,597 --> 00:15:32,307 Saya benar-benar minta maaf. 161 00:15:32,557 --> 00:15:35,394 Inilah saat yang saya nantikan sepanjang hidup saya. 162 00:15:35,519 --> 00:15:36,645 Saya minta maaf. 163 00:15:36,728 --> 00:15:38,814 Baiklah, saya akan buat sendiri. 164 00:15:38,897 --> 00:15:39,940 Tak apa, bukan? 165 00:15:40,023 --> 00:15:41,024 Ya. 166 00:15:41,525 --> 00:15:42,526 Selamat tinggal. 167 00:15:46,405 --> 00:15:49,241 Hari ini, kita akan berlatih cara untuk jatuh dengan betul. 168 00:15:50,033 --> 00:15:51,743 Namun, masih nampak hebat. 169 00:15:52,494 --> 00:15:55,414 Okey? Sekarang, beri perhatian. 170 00:16:08,135 --> 00:16:09,428 - Cik. - Hei. 171 00:16:10,929 --> 00:16:12,139 Nampak? 172 00:16:12,556 --> 00:16:15,642 Kedudukan lengan dan bahu saya semasa saya mendarat? 173 00:16:17,018 --> 00:16:18,019 Ya. 174 00:16:20,063 --> 00:16:21,523 Sekarang, giliran awak. 175 00:16:28,613 --> 00:16:29,823 Sekarang? 176 00:16:30,323 --> 00:16:32,409 Ya. Sekarang. 177 00:16:32,826 --> 00:16:34,119 Pergi. Okey? 178 00:16:34,244 --> 00:16:35,287 Okey. 179 00:16:40,792 --> 00:16:41,877 Nenek. 180 00:16:42,210 --> 00:16:44,212 Mak cuma ada minyak salap, nenek. 181 00:16:46,006 --> 00:16:47,090 Salam sejahtera. 182 00:16:48,925 --> 00:16:50,510 Helo, puan. Nama saya Ben. 183 00:16:50,719 --> 00:16:53,638 Saya nak bertanya tentang budak yang hilang itu. 184 00:16:53,805 --> 00:16:55,265 Awak polis? 185 00:17:00,020 --> 00:17:02,314 Hei, budak! Tunggu sekejap! Maafkan saya, puan. 186 00:17:02,564 --> 00:17:03,648 Hei, budak! 187 00:17:04,232 --> 00:17:05,275 Mak! 188 00:17:06,735 --> 00:17:10,572 Hei, sayang. 189 00:17:14,826 --> 00:17:16,161 Maafkan saya, puan. 190 00:17:16,536 --> 00:17:20,665 Krishna asyik menangis dan kata yang dia nak jemput awak dari tempat kerja. 191 00:17:23,043 --> 00:17:24,252 Mak kata... 192 00:17:24,419 --> 00:17:28,048 ...apabila saya bangun tidur... 193 00:17:28,215 --> 00:17:29,633 ...mak akan berada di rumah. 194 00:17:30,342 --> 00:17:33,428 Namun, mak masih bekerja? 195 00:17:36,223 --> 00:17:39,017 Krishna, ini Suci. 196 00:17:39,142 --> 00:17:40,143 Hai. 197 00:17:40,936 --> 00:17:42,229 Saya Suci. 198 00:17:46,942 --> 00:17:48,360 Awak nak naik ke atas sana? 199 00:17:49,027 --> 00:17:50,946 Seperti adi wira dalam buku komik? 200 00:17:52,113 --> 00:17:53,532 Ya. 201 00:17:53,824 --> 00:17:56,743 Adi wira tak gayat. 202 00:17:56,827 --> 00:17:59,329 Namun, saya takut tempat tinggi. 203 00:18:02,958 --> 00:18:03,959 Krishna. 204 00:18:04,835 --> 00:18:06,545 Kamu tak boleh terlalu letih... 205 00:18:06,628 --> 00:18:08,547 Saya tak mahu pergi ke hospital! 206 00:18:09,631 --> 00:18:10,924 - Namun, kita perlu... - Ia menakutkan! 207 00:18:11,132 --> 00:18:13,760 Mak tahu, tapi jangan risau. Mak ada di sini. 208 00:18:15,637 --> 00:18:16,763 Krishna. 209 00:18:17,639 --> 00:18:20,934 Mari sini, biar saya beritahu awak sesuatu. Duduk. 210 00:18:28,525 --> 00:18:29,526 Ya? 211 00:18:30,318 --> 00:18:31,945 Ayuh, mak. Mari kita balik. 212 00:18:32,070 --> 00:18:34,364 Mari. 213 00:18:36,032 --> 00:18:39,411 - Kita akan sambung malam nanti. - Okey. 214 00:18:39,578 --> 00:18:41,162 - Saya perlu pergi sekarang. - Baiklah. 215 00:18:42,247 --> 00:18:44,082 - Marilah. - Selamat jalan, Krishna. 216 00:18:54,259 --> 00:18:57,053 Hei, budak! Tunggu sekejap! Jangan lari! 217 00:18:57,137 --> 00:18:59,222 Jangan takut, saya bukan orang jahat. 218 00:18:59,306 --> 00:19:01,933 Saya orang baik, saya pelajar kolej. 219 00:19:02,934 --> 00:19:04,561 Biar saya tunjukkan. 220 00:19:05,937 --> 00:19:08,023 Tengok, ini kad pelajar saya. 221 00:19:08,523 --> 00:19:10,233 Hanya pelajar yang ada kad ini. 222 00:19:11,234 --> 00:19:13,320 Kalau awak orang baik, awak akan beri saya duit. 223 00:19:13,528 --> 00:19:14,654 Duit? 224 00:19:16,781 --> 00:19:17,949 Ya. 225 00:19:18,408 --> 00:19:19,826 Cepat. 226 00:19:21,119 --> 00:19:23,580 Nah, untuk awak. 227 00:19:24,331 --> 00:19:26,541 Bukan yang ini tapi yang berwarna biru. 228 00:19:28,251 --> 00:19:30,962 Cepat. Awak orang baik atau penculik? 229 00:19:31,087 --> 00:19:32,213 Orang baik. 230 00:19:46,728 --> 00:19:48,063 Lihatlah. 231 00:19:51,650 --> 00:19:55,654 Malam tadi, polis menyoal ayah tentang kematian Deo. 232 00:19:56,613 --> 00:19:58,740 Kini, mereka mengawasi rumah kita. 233 00:19:59,908 --> 00:20:01,368 Kamu perlu berhati-hati. 234 00:20:05,038 --> 00:20:06,247 Pak Cik Deo dah mati? 235 00:20:06,665 --> 00:20:07,791 Dibunuh. 236 00:20:07,958 --> 00:20:10,669 Ayah kata naganya menjadikan dia kebal. 237 00:20:11,753 --> 00:20:13,338 Semuanya huru-hara sekarang. 238 00:20:14,839 --> 00:20:16,841 Ayah perlukan bantuan kamu. 239 00:20:17,634 --> 00:20:19,552 Siasat pemilik jaket ini. 240 00:20:23,014 --> 00:20:26,142 Saya tak nak ada kaitan dengan kerja kotor ayah. 241 00:20:27,852 --> 00:20:31,564 Dalam masa 37 hari, jika pemilik jaket ini tak ditemui... 242 00:20:31,731 --> 00:20:33,316 ...semua naga akan mati. 243 00:20:34,734 --> 00:20:37,028 Termasuk naga yang kamu cari. 244 00:20:41,241 --> 00:20:42,617 Saya habiskan masa bertahun-tahun... 245 00:20:42,701 --> 00:20:45,245 ...mendekati wanita tak guna itu untuk roh ratu naganya. 246 00:20:45,829 --> 00:20:49,666 Semua itu sia-sia saja sebab ritual ayah terganggu? 247 00:20:51,918 --> 00:20:54,963 Ayah tak tahu perasaan mendekati bekas perempuan simpanan ayah! 248 00:20:56,423 --> 00:20:57,757 Kawal emosi kamu. 249 00:21:00,218 --> 00:21:02,053 Tangkap dia hidup-hidup. 250 00:21:03,346 --> 00:21:06,725 Ingat, Widya tak boleh tahu. 251 00:21:15,275 --> 00:21:17,694 Ini dari zaman dulu. 252 00:21:17,819 --> 00:21:20,155 Lihat, logonya juga berbeza sekarang. 253 00:21:20,739 --> 00:21:22,240 - Lelaki atau wanita? - Wanita. 254 00:21:22,323 --> 00:21:24,534 Wanita? Awak ada penggambaran dengan Widya, bukan? 255 00:21:24,659 --> 00:21:27,120 - Ya. - Dia tahu semuanya. 256 00:21:27,203 --> 00:21:29,664 - Ya? - Semua pelagak ngeri wanita zaman kami. 257 00:21:29,748 --> 00:21:31,207 - Okey. - Berhenti! 258 00:21:35,837 --> 00:21:38,965 Bagaimana awak boleh tak ingat satu baris pun selepas 13 ambilan? 259 00:21:39,049 --> 00:21:42,552 Kalau kita guna keratan filem lama, kita dah muflis. 260 00:21:42,635 --> 00:21:44,971 Namun, awak hebat, Alyssa. 261 00:21:45,055 --> 00:21:46,264 Mari kita berehat. 262 00:21:46,347 --> 00:21:47,891 Berehatlah, semua! 263 00:21:50,143 --> 00:21:53,563 Susah kalau pelakon bercakap saja tapi tak ada bakat. 264 00:21:53,646 --> 00:21:57,150 Lain kali guna otak awak supaya tak bazirkan masa semua orang. 265 00:22:09,370 --> 00:22:10,955 Awak buta? 266 00:22:11,831 --> 00:22:12,832 Hei. 267 00:22:13,249 --> 00:22:14,417 Dia boleh nampak. 268 00:22:14,918 --> 00:22:16,127 Awak pun boleh. 269 00:22:17,837 --> 00:22:18,838 Apa-apa sajalah. 270 00:22:19,547 --> 00:22:21,549 Awak siapa? Kru? 271 00:22:21,758 --> 00:22:23,176 Pelakon tambahan? 272 00:22:23,301 --> 00:22:25,220 Apa masalahnya kalau dia kru atau pelakon tambahan? 273 00:22:25,637 --> 00:22:27,430 Adakah itu beri awak hak untuk menjerit pada dia? 274 00:22:35,438 --> 00:22:38,149 Saya dah tanya pengurus. Apa dia? 275 00:22:38,233 --> 00:22:40,985 Saya dah beritahu pengurus tentang permintaan awak. 276 00:22:41,069 --> 00:22:43,738 Saya dah beritahu pengurus tentang permintaan awak. 277 00:22:43,863 --> 00:22:45,949 Bukankah itu betul? 278 00:22:46,032 --> 00:22:48,076 Awak perlukan pasangan? 279 00:22:48,451 --> 00:22:49,452 Apa? 280 00:22:49,619 --> 00:22:51,663 - Untuk berlatih dialog. - Ya. 281 00:22:51,746 --> 00:22:54,541 Tidak, terima kasih saja. Dialognya pendek. 282 00:22:54,749 --> 00:22:56,960 Saya perlu menghafal, tapi... 283 00:22:57,710 --> 00:23:01,131 Apabila saya gementar, fikiran saya jadi kosong. 284 00:23:02,048 --> 00:23:04,050 Mungkin awak tak perlu menghafal. 285 00:23:06,052 --> 00:23:07,053 Jadi? 286 00:23:07,637 --> 00:23:09,055 Cuba beri reaksi pada situasi. 287 00:23:10,056 --> 00:23:11,891 Dengar cakap orang lain... 288 00:23:12,225 --> 00:23:14,769 ...dan awak akan tahu cara untuk memberi reaksi. 289 00:23:15,353 --> 00:23:18,148 Macam yang kita buat sekarang. 290 00:23:21,734 --> 00:23:22,735 Haikal. 291 00:23:25,530 --> 00:23:26,656 Maudy. 292 00:23:26,906 --> 00:23:28,741 Duduklah, Haikal. 293 00:23:33,454 --> 00:23:36,249 Kenapa awak pertahankan saya tadi? 294 00:23:36,833 --> 00:23:38,793 Tiada apa-apa. 295 00:23:38,918 --> 00:23:40,336 Dia menjengkelkan. 296 00:23:40,837 --> 00:23:42,088 Saya rasalah. 297 00:23:42,213 --> 00:23:43,256 Sebenarnya... 298 00:23:44,424 --> 00:23:45,633 ...saya cuma... 299 00:23:46,342 --> 00:23:49,804 ...rasa jengkel dengan orang yang fikir... 300 00:23:49,888 --> 00:23:52,932 ...mereka lebih baik hanya kerana mereka lebih terkenal. 301 00:23:53,141 --> 00:23:57,896 Bukan semua orang mahu berada di depan kamera. 302 00:23:58,813 --> 00:24:03,735 Mungkin orang di belakang kamera lebih berkuasa. 303 00:24:03,818 --> 00:24:05,445 Maudy, mari buat sekali lagi. 304 00:24:05,528 --> 00:24:06,779 Ya, encik. 305 00:24:06,863 --> 00:24:09,199 Saya dah beritahu pengurus... 306 00:24:09,365 --> 00:24:11,034 Maudy, semoga berjaya. 307 00:24:12,452 --> 00:24:13,536 Terima kasih. 308 00:24:29,552 --> 00:24:31,846 Sekejap. Jadi, maksud awak... 309 00:24:31,971 --> 00:24:34,349 ...bayang-bayang itu mengekori Mamat? 310 00:24:34,432 --> 00:24:35,433 Ya. 311 00:24:36,976 --> 00:24:40,230 Selepas Mamat hilang, ia mula mengekori saya. 312 00:24:40,355 --> 00:24:42,774 Namun, saya tak selalu nampak. 313 00:24:45,151 --> 00:24:48,363 Ya, saya pun tak nampak semasa kali pertama saya nampak awak. 314 00:24:49,155 --> 00:24:51,532 Namun, kita tak boleh selalu nampak ia, bukan? 315 00:24:53,451 --> 00:24:57,163 Namun, ia sentiasa ada dan memerhatikan kita. 316 00:24:59,040 --> 00:25:01,542 Awak tak takutkah ia mengekori awak? 317 00:25:02,001 --> 00:25:04,045 Saya dah biasa. 318 00:25:04,629 --> 00:25:07,632 Lagipun, apabila ayah saya marah, itu lebih menakutkan. 319 00:25:11,844 --> 00:25:13,388 Ada ini juga. 320 00:25:13,471 --> 00:25:16,808 Ia suka menyembunyikan tangan saya. 321 00:25:17,016 --> 00:25:18,518 Namun, ia kembali. 322 00:25:19,852 --> 00:25:20,979 Apa? 323 00:25:21,521 --> 00:25:23,022 Nampak? Ia dah kembali. 324 00:25:30,947 --> 00:25:32,240 Okey, naik. 325 00:25:44,627 --> 00:25:47,380 Jangan risau. Suci, pandang saya. 326 00:25:48,881 --> 00:25:50,925 Tak mengapa. 327 00:25:51,342 --> 00:25:53,136 Saya faham awak takut. 328 00:25:55,638 --> 00:25:58,141 Namun, peluang begini takkan datang dua kali. 329 00:26:00,476 --> 00:26:02,895 En. Richard dah bersetuju untuk ambil awak semula. 330 00:26:03,813 --> 00:26:05,148 Jadi... 331 00:26:05,231 --> 00:26:08,443 ...awak perlu buktikan kepada dia esok yang awak boleh buat. 332 00:26:10,611 --> 00:26:12,322 Saya tak boleh buat. 333 00:26:12,447 --> 00:26:15,241 Saya akan rosakkannya. Ia tak akan nampak bagus. 334 00:26:16,826 --> 00:26:18,745 Percaya yang awak boleh buat. 335 00:26:20,830 --> 00:26:22,665 Saya dah pun percayakan awak. 336 00:26:22,957 --> 00:26:24,625 Okey. 337 00:26:27,420 --> 00:26:29,047 Saya akan kira sampai tiga. 338 00:26:30,423 --> 00:26:31,507 Kemudian awak terjun. 339 00:26:33,092 --> 00:26:34,218 Okey? 340 00:26:50,485 --> 00:26:51,569 Dalam kiraan tiga. 341 00:27:00,411 --> 00:27:01,621 Sedia? 342 00:27:08,920 --> 00:27:10,171 Satu. 343 00:27:14,050 --> 00:27:15,343 Dua. 344 00:27:19,680 --> 00:27:20,848 Awak tak apa-apa? 345 00:27:22,225 --> 00:27:24,394 Kalau awak okey, naik semula ke sini. 346 00:27:24,644 --> 00:27:25,728 Kita buat sekali lagi. 347 00:27:28,606 --> 00:27:29,941 Kita tiada banyak masa. 348 00:27:32,819 --> 00:27:34,445 Tidak. 349 00:27:34,529 --> 00:27:37,740 Kalau begini caranya, saya lebih rela tak diambil semula. 350 00:27:38,741 --> 00:27:40,243 Kalau ini tentang malam tadi... 351 00:27:40,952 --> 00:27:42,453 ...awak tak perlu risau. 352 00:27:42,537 --> 00:27:44,122 Saya takkan beritahu sesiapa. 353 00:27:54,257 --> 00:27:56,092 Apa maksud awak malam tadi? 354 00:27:57,176 --> 00:27:59,387 Awak rasa apa yang awak lihat? 355 00:27:59,929 --> 00:28:01,431 Tiada apa-apa untuk dilihat. 356 00:28:02,432 --> 00:28:03,516 Mari kita teruskan. 357 00:28:04,142 --> 00:28:05,768 Atau jangan datang lagi ke set saya. 358 00:28:13,734 --> 00:28:17,029 Saya dah beritahu pengurus tentang permintaan awak. 359 00:28:17,196 --> 00:28:18,406 Apa pendapat awak? 360 00:28:21,200 --> 00:28:22,452 Boleh tahan. 361 00:28:26,122 --> 00:28:28,291 Awak pasti? 362 00:28:36,007 --> 00:28:38,301 Hei. Jangan termenung. 363 00:28:38,384 --> 00:28:40,595 Tidaklah. 364 00:28:40,720 --> 00:28:42,013 Saya cuma mengelamun. 365 00:28:44,056 --> 00:28:47,560 Dengar sini, Maudy. Katakanlah, secara hipotesisnya... 366 00:28:48,352 --> 00:28:51,063 ...saya dapat kuasa luar biasa. 367 00:28:52,190 --> 00:28:55,026 Anggap saja saya tak boleh tercedera. 368 00:28:56,319 --> 00:28:59,071 Awak rasa saya menipu... 369 00:28:59,614 --> 00:29:02,492 ...kalau saya guna kuasa itu untuk penggambaran filem? 370 00:29:03,743 --> 00:29:06,329 Maksud awak, nak belajar ilmu sihir? Untuk jadi kebal? 371 00:29:06,454 --> 00:29:10,458 Secara hipotesis. Saya cuma tertanya-tanya. 372 00:29:12,543 --> 00:29:14,045 Saya tak pasti. 373 00:29:15,338 --> 00:29:18,466 Namun, kebanyakan selebriti... 374 00:29:18,549 --> 00:29:21,302 ...buat implan dan sebagainya. 375 00:29:22,053 --> 00:29:25,056 Kalau awak guna sihir kebal... 376 00:29:25,139 --> 00:29:26,682 ...sama saja. 377 00:29:31,145 --> 00:29:32,730 Katakanlah... 378 00:29:35,024 --> 00:29:36,859 ...awak sebenarnya kebal... 379 00:29:36,943 --> 00:29:39,946 ...ia boleh bantu awak mengatasi trauma awak. 380 00:29:41,364 --> 00:29:44,492 Awak akan jadi nyahpeka. 381 00:29:47,662 --> 00:29:50,289 Sebab apabila awak jatuh... 382 00:29:50,706 --> 00:29:51,916 ...awak takkan cedera. 383 00:29:54,710 --> 00:29:55,711 Maksud awak... 384 00:29:57,630 --> 00:30:01,926 ...saya takkan takut dengan ketinggian lagi? 385 00:30:02,009 --> 00:30:05,638 Ya. Secara teorinya. 386 00:30:08,849 --> 00:30:11,352 STUDIO SATU, PEJABAT 387 00:30:19,235 --> 00:30:20,987 - Turun. - Okey. 388 00:30:33,833 --> 00:30:36,252 Tolong pastikan ia benar-benar selamat. 389 00:30:36,335 --> 00:30:38,588 - Periksa sekali lagi. Terima kasih. - Ya, puan. 390 00:30:44,343 --> 00:30:45,344 Suci. 391 00:30:45,553 --> 00:30:46,971 Saya nak minta maaf. 392 00:30:48,556 --> 00:30:50,558 Saya terlalu berkeras dengan awak semalam. 393 00:30:52,560 --> 00:30:53,686 Maafkan saya. 394 00:30:54,937 --> 00:30:56,981 Namun, saya gembira awak ada di sini hari ini. 395 00:30:59,108 --> 00:31:00,234 Baguslah. 396 00:31:04,155 --> 00:31:06,157 Awak nampak penat. 397 00:31:07,116 --> 00:31:09,368 Bersemangatlah untuk saya, okey? 398 00:31:09,452 --> 00:31:10,620 - Okey? - Okey. 399 00:31:12,371 --> 00:31:15,166 Selepas latihan kita malam tadi... 400 00:31:15,249 --> 00:31:17,752 ...saya baca skrip sampai pagi. 401 00:31:18,836 --> 00:31:20,755 Awak tak tidur? 402 00:31:24,967 --> 00:31:26,719 Saya tak perlu tidur. 403 00:31:28,262 --> 00:31:29,347 Jadi, hari ini... 404 00:31:29,930 --> 00:31:34,310 ...awak hanya perlu terjun dari ketinggian 1.5 meter. 405 00:31:34,435 --> 00:31:35,728 Itu terlalu rendah! 406 00:31:38,230 --> 00:31:40,816 Skrip kata lima meter, jadi buat lima meter. 407 00:31:41,692 --> 00:31:44,403 Saya sangka awak dah melatih dia. Buktikan. 408 00:31:47,948 --> 00:31:49,033 Mari kita cuba. 409 00:31:53,329 --> 00:31:55,873 Okey, bersedia. Mari. 410 00:32:00,086 --> 00:32:02,171 PERSATUAN PELAGAK AKSI NGERI NUSANTARA 411 00:32:02,254 --> 00:32:04,924 Hati-hati. Saya akan berada di sini. 412 00:32:18,104 --> 00:32:19,438 Okey, berhenti. 413 00:32:22,358 --> 00:32:23,567 Itu dia. 414 00:32:43,963 --> 00:32:45,005 Suci! 415 00:32:45,214 --> 00:32:47,717 Hei, awak tak apa-apa? 416 00:32:49,552 --> 00:32:52,096 Nampak? Bukan masalah besar pun. 417 00:32:52,930 --> 00:32:54,557 Pastikan semuanya berjalan lancar. 418 00:32:55,850 --> 00:32:57,017 Baik, bos. 419 00:33:01,021 --> 00:33:02,857 Begitulah caranya. 420 00:33:03,315 --> 00:33:05,025 Menentang Richard bermakna... 421 00:33:05,735 --> 00:33:07,945 ...awak perlu pilih masa yang sesuai. 422 00:33:15,244 --> 00:33:16,954 Saya harap awak faham, Suci. 423 00:33:23,127 --> 00:33:26,589 Awak masih akan datang latihan, bukan? 424 00:33:31,969 --> 00:33:35,473 Selepas buat saya terjun dari ketinggian lima meter? 425 00:33:38,684 --> 00:33:40,686 Mustahil untuk saya berhenti sekarang. 426 00:33:43,522 --> 00:33:44,690 Okey, bagus. 427 00:33:50,446 --> 00:33:51,447 Suci. 428 00:33:52,531 --> 00:33:53,866 Krishna tanya saya... 429 00:33:54,617 --> 00:33:56,911 ...bila dia boleh jumpa awak lagi. 430 00:33:59,330 --> 00:34:02,416 Apa yang awak beritahu dia malam tadi? 431 00:34:02,708 --> 00:34:04,210 Tiba-tiba saja dia berkelakuan baik. 432 00:34:04,710 --> 00:34:06,921 Dia bukan begitu orangnya. 433 00:34:08,714 --> 00:34:10,257 Itu... 434 00:34:10,841 --> 00:34:14,178 ...benda yang ayah saya selalu beritahu saya. 435 00:34:14,345 --> 00:34:16,680 "Mak semakin marah." 436 00:34:17,139 --> 00:34:19,975 "Mak awak sebenarnya masih budak-budak." 437 00:34:20,059 --> 00:34:22,645 "Memandangkan kita dah dewasa, kita perlu buat apa yang dia nak... 438 00:34:22,728 --> 00:34:24,438 ...supaya dia tak buat kecoh." 439 00:34:24,605 --> 00:34:26,440 Itulah kata-kata ayah saya. 440 00:34:27,858 --> 00:34:29,109 Itu cara yang bagus. 441 00:34:33,239 --> 00:34:34,824 Ayah awak bertuah. 442 00:34:37,034 --> 00:34:39,245 Dia boleh melihat awak membesar. 443 00:34:41,831 --> 00:34:44,333 Melihat awak mencapai impian awak. 444 00:34:46,544 --> 00:34:48,170 Krishna sakit. 445 00:34:51,799 --> 00:34:53,717 Setiap doktor beritahu saya... 446 00:34:55,719 --> 00:34:57,721 ...dia tiada banyak masa lagi. 447 00:35:01,141 --> 00:35:03,018 Sama seperti saya. 448 00:35:07,439 --> 00:35:09,733 Sebab saya berada di sini sehingga hari ini... 449 00:35:12,319 --> 00:35:13,529 ...ialah ibu saya. 450 00:35:18,242 --> 00:35:21,245 Mak saya korbankan segalanya... 451 00:35:23,247 --> 00:35:25,124 ...untuk pemulihan saya. 452 00:35:29,336 --> 00:35:34,425 Setiap hari, saya rasa bersyukur. 453 00:35:39,430 --> 00:35:41,515 Serta rasa bersalah. 454 00:35:45,978 --> 00:35:48,480 Ingat satu perkara ini. 455 00:35:50,524 --> 00:35:54,445 Jangan beritahu sesiapa tentang kuasa kamu. 456 00:35:56,947 --> 00:35:58,657 Mak sayang kamu. 457 00:36:02,536 --> 00:36:04,121 Mak sangat sayangkan kamu. 458 00:36:15,674 --> 00:36:20,262 {\an8}Saya minta roh naga ini... 459 00:36:20,346 --> 00:36:24,058 {\an8}...dipindahkan ke dalam hati anak saya. 460 00:36:25,267 --> 00:36:29,813 {\an8}Arahkan ia untuk menuruti hasrat tuan baharunya... 461 00:36:30,689 --> 00:36:33,275 {\an8}...dan jangan pergi melainkan dibenarkan olehnya. 462 00:36:59,218 --> 00:37:00,427 Mak? 463 00:37:02,805 --> 00:37:03,931 Mak? 464 00:37:07,810 --> 00:37:09,019 Mak! 465 00:37:10,062 --> 00:37:13,524 Mak! 466 00:37:16,068 --> 00:37:18,654 Mak! 467 00:37:23,158 --> 00:37:26,662 {\an8}Hari ini kita akan berlatih kuncian tangan kimura berdiri. 468 00:37:26,954 --> 00:37:28,372 Ini untuk babak esok. 469 00:37:29,456 --> 00:37:31,667 Babak ini akan jadi tegang... 470 00:37:31,834 --> 00:37:33,210 ...dan padat. 471 00:37:33,335 --> 00:37:34,837 Semuanya mestilah sempurna. 472 00:37:37,047 --> 00:37:39,299 Suci, awak akan buat satu lawan satu dengan saya. 473 00:37:40,384 --> 00:37:42,970 Awak tahu kuncian lengan kimura berdiri, bukan? 474 00:37:43,053 --> 00:37:44,638 Ya, saya tahu. 475 00:37:44,847 --> 00:37:46,015 Awak pasti? 476 00:37:46,348 --> 00:37:47,516 Ya, tuan. 477 00:37:49,351 --> 00:37:50,728 To, awak ingat gerakannya? 478 00:37:50,853 --> 00:37:52,021 - Ya, tuan. - Mari sini. 479 00:37:52,896 --> 00:37:54,106 Mari kita tunjukkan Suci. 480 00:38:17,046 --> 00:38:18,172 Awak okey? 481 00:38:20,215 --> 00:38:21,467 Itu saja. 482 00:38:22,051 --> 00:38:23,135 Mudah. 483 00:38:23,260 --> 00:38:24,344 Okey. 484 00:38:24,511 --> 00:38:26,013 - Awak dah sedia? - Sedia. 485 00:39:22,528 --> 00:39:24,154 Maaf. Salah saya, Joko. 486 00:39:24,446 --> 00:39:26,615 Saya tak sedar yang dia tak tahu cara untuk menyerah kalah. 487 00:39:26,824 --> 00:39:30,285 Tidak, Suci cuma belum bersedia, seperti biasa. 488 00:39:30,702 --> 00:39:32,621 Dia berani tapi cuai. 489 00:39:34,832 --> 00:39:36,875 Okey. Saya dah sedia. 490 00:39:36,959 --> 00:39:38,752 Mari kita teruskan. 491 00:39:39,878 --> 00:39:41,004 Awak pasti? 492 00:39:41,255 --> 00:39:42,756 Awak kebal? 493 00:39:43,757 --> 00:39:45,259 Saya cuma bertuah. 494 00:39:45,759 --> 00:39:48,262 Awak dah sembuh daripada kecederaan semalam? 495 00:39:49,346 --> 00:39:52,474 Satu lagi helah awak? 496 00:39:54,309 --> 00:39:55,519 Rahsia pelagak ngeri? 497 00:39:57,229 --> 00:39:58,772 Daripada ayah awak? 498 00:39:59,606 --> 00:40:02,317 - Mengagumkan. - Ayahnya seorang pelagak ngeri? 499 00:40:03,735 --> 00:40:05,028 Betul. 500 00:40:05,112 --> 00:40:08,115 Salah seorang pelagak ngeri terbaik pada awal kerjaya saya. 501 00:40:10,742 --> 00:40:11,785 Okey. 502 00:40:11,910 --> 00:40:14,413 Kalau awak dah okey... 503 00:40:14,580 --> 00:40:15,998 ...mari kita terus berlatih. 504 00:40:17,457 --> 00:40:18,458 Haikal. 505 00:40:19,334 --> 00:40:20,460 Mari. 506 00:40:21,128 --> 00:40:22,129 Awak, mari. 507 00:40:39,396 --> 00:40:40,439 Hai! 508 00:40:42,316 --> 00:40:43,317 Hai. 509 00:40:43,483 --> 00:40:45,903 Saya cari awak selepas penggambaran semalam. 510 00:40:46,111 --> 00:40:47,404 Nampaknya awak dah pergi. 511 00:40:48,071 --> 00:40:49,072 Hujan. 512 00:40:49,823 --> 00:40:50,908 - Betul. - Mari sini. 513 00:40:54,244 --> 00:40:56,830 Terima kasih untuk semalam. 514 00:40:57,623 --> 00:40:58,832 Sangat membantu. 515 00:40:59,124 --> 00:41:00,542 Sama-sama. 516 00:41:01,543 --> 00:41:02,753 Kenapa awak di sini? 517 00:41:02,920 --> 00:41:06,798 Saya sedang menunggu Suci. Kami tinggal bersama. 518 00:41:08,634 --> 00:41:09,635 Suci? 519 00:41:10,427 --> 00:41:12,304 Kamu berdua adik-beradik? 520 00:41:13,055 --> 00:41:14,723 Kami kawan baik. 521 00:41:14,848 --> 00:41:17,851 Saya rasa awak boleh kata kami lebih rapat daripada adik-beradik. 522 00:41:18,143 --> 00:41:20,229 Saya tahu segalanya tentang Suci. 523 00:41:20,354 --> 00:41:21,355 Maudy! 524 00:41:23,232 --> 00:41:25,817 Hei! Adakah itu jaket baharu? 525 00:41:25,984 --> 00:41:27,069 Ya. 526 00:41:27,319 --> 00:41:29,238 Nampaknya ada orang dapat gaji. 527 00:41:29,821 --> 00:41:33,742 Hei, awak patut cetak logo Persatuan Pelagak Aksi Ngeri di sini. 528 00:41:33,825 --> 00:41:36,245 Untuk gantikan jaket ayah awak yang hilang. 529 00:41:36,995 --> 00:41:38,538 Macam mana kamu berdua boleh kenal? 530 00:41:38,830 --> 00:41:40,165 Dari set penggambaran saya. 531 00:41:40,249 --> 00:41:41,458 Haikal. 532 00:41:41,541 --> 00:41:45,254 Saya dan Suci akan keluar makan malam selepas ini. Awak nak ikut? 533 00:41:45,337 --> 00:41:49,549 Terima kasih tapi saya ada hal keluarga yang perlu diuruskan. 534 00:41:49,633 --> 00:41:51,843 Begitu rupanya. 535 00:41:51,927 --> 00:41:55,222 Namun, ini kad nama saya. 536 00:41:56,014 --> 00:41:57,307 Itu nombor saya. 537 00:41:57,849 --> 00:42:00,060 Hubungi saya bila-bila masa saja. 538 00:42:00,727 --> 00:42:02,354 Okey, terima kasih. 539 00:42:02,980 --> 00:42:04,523 - Ayuh. - Jumpa lagi, Haikal. 540 00:42:04,731 --> 00:42:05,732 Jumpa lagi. 541 00:42:19,913 --> 00:42:20,956 Sekejap, Suci. 542 00:42:24,835 --> 00:42:27,337 Awak nak saya jauhkan diri daripada lelaki yang saya suka... 543 00:42:29,131 --> 00:42:31,341 ...sebab awak rasa dia jahat? 544 00:42:32,134 --> 00:42:34,428 - Ya. - Walaupun awak tak pasti... 545 00:42:35,220 --> 00:42:36,638 ...sama ada dia jahat atau tak? 546 00:42:38,140 --> 00:42:41,268 Pilihan raya ini menarik untuk ditonton. 547 00:42:41,727 --> 00:42:44,146 Gun Mardiono lawan birokrat. 548 00:42:45,355 --> 00:42:47,524 Mungkin ia akan jadi permulaan baharu untuk negara. 549 00:42:48,859 --> 00:42:52,446 Gun salah seorang daripada beberapa tokoh yang bebas skandal. 550 00:42:59,911 --> 00:43:00,954 Terima kasih. 551 00:43:01,204 --> 00:43:02,331 Terima kasih. 552 00:43:05,417 --> 00:43:07,377 Jika awak mahu menilai seseorang... 553 00:43:08,545 --> 00:43:12,632 ...pergi menilai En. Hipokrit dari bilik persalinan Widya. 554 00:43:15,427 --> 00:43:18,555 Apa-apa saja yang En. Gun dan Cik Widya buat bukan urusan saya. 555 00:43:19,681 --> 00:43:21,475 Lagipun, semua orang tahu keadaannya. 556 00:43:22,225 --> 00:43:24,353 Kebanyakan ahli politik hipokrit. 557 00:43:25,312 --> 00:43:26,938 Itu rahsia terbuka. 558 00:43:27,773 --> 00:43:30,359 Saya pernah beritahu awak tentang ayah Haikal? 559 00:43:32,319 --> 00:43:33,945 Ayahnya ialah... 560 00:43:34,237 --> 00:43:35,947 ...Angkasa Prabaswara. 561 00:43:37,032 --> 00:43:40,410 Ahli politik yang paling dibenci oleh orang biasa seperti kita. 562 00:43:42,079 --> 00:43:45,457 Saya berterus terang dengan awak sebab saya ambil berat tentang awak. 563 00:43:47,834 --> 00:43:49,461 Awak kawan baik saya, Maudy. 564 00:43:50,837 --> 00:43:52,297 Walaupun awak kawan baik saya... 565 00:43:54,049 --> 00:43:56,718 ...tak bermakna awak tahu perkara yang terbaik untuk saya. 566 00:43:59,846 --> 00:44:01,973 Awak buat saya hilang selera. 567 00:44:02,516 --> 00:44:03,558 Awak nak ke mana? 568 00:44:06,937 --> 00:44:07,938 Maudy! 569 00:44:13,318 --> 00:44:16,154 Kawan yang marah lebih berharga... 570 00:44:16,238 --> 00:44:20,742 ...daripada musuh yang tersenyum dengan pisau di belakangnya. 571 00:44:29,126 --> 00:44:32,254 Saya nak bincang sesuatu dengan awak. Boleh saya duduk? 572 00:44:37,134 --> 00:44:38,718 Saya pasti dia orangnya. 573 00:44:41,346 --> 00:44:43,640 Jika ayah tak pasti, terus cederakan dia, ayah. 574 00:44:44,057 --> 00:44:45,851 Lihat roh naga mana yang keluar. 575 00:44:49,438 --> 00:44:51,940 Ya, saya akan bawa dia malam ini. 576 00:44:54,526 --> 00:44:59,114 Saya boleh tolong awak hapuskan sumpahan Nagatira. 577 00:45:03,952 --> 00:45:06,997 Ada seseorang di luar sana menunggu untuk menangkap awak. 578 00:45:07,122 --> 00:45:09,124 Kita akan keluar ikut pintu belakang. 579 00:45:18,842 --> 00:45:20,302 Awak patut tahu... 580 00:45:20,719 --> 00:45:24,014 ...luka tembakan ambil masa lebih lama untuk sembuh. 581 00:45:25,432 --> 00:45:29,519 Sebelum itu, awak akan rasa kesakitan yang tak tertanggung. 582 00:46:55,438 --> 00:46:57,232 Maaf sebab buat awak terkejut. 583 00:46:59,526 --> 00:47:02,529 Atau mungkin awak patut berterima kasih... 584 00:47:03,321 --> 00:47:07,200 ...sebab saya selamatkan awak daripada dia. 585 00:47:16,626 --> 00:47:17,711 Lagi satu. 586 00:47:18,628 --> 00:47:20,255 Saya belum perkenalkan diri saya lagi. 587 00:47:21,923 --> 00:47:23,216 Saya Ing Lan. 588 00:47:26,136 --> 00:47:27,554 {\an8}EPISOD SETERUSNYA 589 00:47:27,637 --> 00:47:30,557 {\an8}Awak pelagak ngeri kegemaran saya. 590 00:47:30,765 --> 00:47:36,354 {\an8}Saya rasa tiga bilik sesuai untuk menyambut ibu bapa awak. 591 00:47:36,479 --> 00:47:37,689 {\an8}Dari hati. 592 00:47:37,772 --> 00:47:40,233 {\an8}Saya tahu apa itu. 593 00:47:40,317 --> 00:47:42,777 {\an8}Namun, Suci tak pernah buat aksi api. 594 00:47:43,236 --> 00:47:45,363 {\an8}Ya, lecur ambil masa yang lama untuk sembuh! 595 00:47:45,447 --> 00:47:48,992 {\an8}Jangan risau, mak. Percayakan saya, okey? 596 00:47:51,411 --> 00:47:53,455 {\an8}Saya cuma ada satu misi dalam hidup. 597 00:47:53,663 --> 00:47:55,248 {\an8}Untuk melihat Angkasa mati. 598 00:47:56,249 --> 00:47:58,251 {\an8}Diterjemahkan oleh Hida Suraya