1
00:00:12,055 --> 00:00:14,391
{\an8}Sekarang waktu untuk pusingan keempat.
2
00:00:14,975 --> 00:00:17,435
Boleh tonton seluruh perlawanan
dan kembali ke sini.
3
00:00:17,435 --> 00:00:19,688
Mungkin ada radio di sekitar sini.
4
00:00:20,397 --> 00:00:22,482
Tuhan melarang kita berseronok.
5
00:00:22,482 --> 00:00:24,818
Penantian ini perkara sia-sia.
6
00:00:26,278 --> 00:00:27,195
Saya jumpa bilik rehat.
7
00:00:28,405 --> 00:00:30,532
Ada gadis sukarelawan cantik di sana.
8
00:00:30,532 --> 00:00:32,491
- Hebat.
- Nah.
9
00:00:35,078 --> 00:00:36,788
- Minum.
- Minum.
10
00:00:39,416 --> 00:00:42,127
Hospital patut guna dinding kering
yang lebih tebal.
11
00:01:01,646 --> 00:01:02,898
Awak mahu anestesia?
12
00:01:02,898 --> 00:01:03,857
Berapa harganya?
13
00:01:03,857 --> 00:01:07,736
Bergantung pada jumlah unit digunakan,
tapi biasanya sekitar 45 dolar.
14
00:01:08,862 --> 00:01:11,823
Jika saya tahu ia semahal itu,
pasti saya dah buat sendiri.
15
00:01:19,372 --> 00:01:20,999
Okey, sayang.
16
00:01:25,503 --> 00:01:27,756
- Tiba masanya. Boleh.
- Saya tak boleh.
17
00:01:27,756 --> 00:01:29,132
- Tidak.
- Silakan.
18
00:01:29,132 --> 00:01:31,509
- Ya, awak boleh.
- Saya tak boleh.
19
00:01:32,469 --> 00:01:33,720
Saya tak boleh.
20
00:01:35,972 --> 00:01:38,725
Saya jumpa sedikit baki anestesia.
Tak perlu bayar.
21
00:01:48,735 --> 00:01:49,736
Elizabeth?
22
00:01:53,949 --> 00:01:54,950
Calvin?
23
00:01:55,533 --> 00:01:56,534
Elizabeth.
24
00:01:58,161 --> 00:01:59,162
Calvin?
25
00:02:00,163 --> 00:02:02,958
Tak apa. Saya ada. Pandang saya.
26
00:02:04,668 --> 00:02:05,752
Saya takut.
27
00:02:07,254 --> 00:02:08,879
Kita akan lalui bersama. Saya janji.
28
00:02:10,298 --> 00:02:11,925
Baguslah awak datang.
29
00:02:11,925 --> 00:02:14,427
Saya perlukan awak.
Saya sangka awak dah tiada.
30
00:02:14,427 --> 00:02:16,304
Tidak, saya tak ke mana-mana.
31
00:02:17,430 --> 00:02:19,474
Tapi, awak dah tiada.
32
00:02:21,518 --> 00:02:22,686
Saya di sini.
33
00:02:24,854 --> 00:02:25,981
Pandang saya.
34
00:02:30,318 --> 00:02:31,486
Okey, ayuh.
35
00:03:33,798 --> 00:03:36,259
BERDASARKAN BUKU OLEH
BONNIE GARMUS
36
00:03:58,698 --> 00:04:00,575
Anak perempuan awak sihat.
37
00:04:01,243 --> 00:04:02,327
Awak beri saya dadah.
38
00:04:02,327 --> 00:04:04,746
Sama-sama. Awak perlu buang air kecil?
39
00:04:05,497 --> 00:04:06,915
Tidak, tak perlu.
40
00:04:06,915 --> 00:04:07,999
Beberapa minggu akan datang,
41
00:04:07,999 --> 00:04:10,919
awak pasti rasa sangat pedih
apabila membuang air kecil
42
00:04:10,919 --> 00:04:12,254
tapi akan berkurangan.
43
00:04:12,254 --> 00:04:14,422
Awak mungkin alami inkontinens urinari,
44
00:04:14,422 --> 00:04:16,925
tapi ia akan hilang sendiri
selepas setahun atau lebih.
45
00:04:16,925 --> 00:04:19,928
Biar saya ambilkan anak awak.
46
00:04:19,928 --> 00:04:22,180
- Siapa nama dia?
- Saya belum fikir.
47
00:04:22,180 --> 00:04:24,182
Saya selalu minta ibu baharu
tak fikir terlalu banyak.
48
00:04:24,182 --> 00:04:25,642
Nama cuma perkara kecil.
49
00:04:25,642 --> 00:04:28,270
Jika awak buntu,
ikut gerak hati awak sekarang.
50
00:04:28,270 --> 00:04:30,230
- Mad.
- Comel.
51
00:04:30,230 --> 00:04:32,107
Anak saudara saya bernama Maddie.
52
00:04:33,275 --> 00:04:36,069
Tidak. Hanya "Mad."
53
00:04:38,363 --> 00:04:40,365
{\an8}NAMA - MAD ZOTT
54
00:04:48,456 --> 00:04:49,457
Helo.
55
00:04:53,753 --> 00:04:55,380
Dia sempurna, bukan?
56
00:04:56,131 --> 00:04:57,132
Memang sempurna.
57
00:04:57,132 --> 00:05:01,720
Sekadar nasihat, doktor akan suruh awak
berehat selama seminggu,
58
00:05:02,220 --> 00:05:03,471
tapi mereka tak pernah bersalin.
59
00:05:03,471 --> 00:05:06,683
Saya cuba berehat selama mungkin.
60
00:05:07,267 --> 00:05:09,185
Suami saya sedang berkhemah.
61
00:05:09,185 --> 00:05:10,729
Dah berapa lama awak di sini?
62
00:05:10,729 --> 00:05:12,230
Hampir dua minggu.
63
00:05:12,814 --> 00:05:16,484
Tidak. Saya tak boleh berehat lama
dan perlu kembali bekerja.
64
00:05:18,778 --> 00:05:19,863
Kerja awak?
65
00:05:20,363 --> 00:05:21,615
Dia kerja awak sekarang.
66
00:05:26,661 --> 00:05:27,662
Tak guna.
67
00:05:53,355 --> 00:05:54,481
Mad.
68
00:05:57,817 --> 00:05:59,277
Kamu akan jadi siapa?
69
00:06:10,080 --> 00:06:15,085
{\an8}TUJUH TAHUN KEMUDIAN
70
00:06:21,007 --> 00:06:22,384
BERSUKAN PADA WAKTU REHAT,
71
00:06:22,384 --> 00:06:25,095
TAPI JANGAN BIAR
BUDAK-BUDAK LELAKI MENANG MUDAH.
72
00:06:25,095 --> 00:06:26,179
SAYANG, MAK
73
00:06:53,832 --> 00:06:54,666
Tolonglah.
74
00:06:55,250 --> 00:06:57,836
Beritahu mak. Kenapa?
75
00:06:58,628 --> 00:07:00,463
Beritahu mak.
76
00:07:00,463 --> 00:07:02,966
Tolonglah. Kamu tak suka mak?
77
00:07:06,344 --> 00:07:08,847
Tolonglah. Mad.
78
00:07:10,348 --> 00:07:11,349
Tolonglah.
79
00:07:13,768 --> 00:07:15,812
Mad, ikut saja naluri primitif.
80
00:07:16,479 --> 00:07:18,815
Tolonglah.
81
00:07:18,815 --> 00:07:20,358
Semuanya tak menjadi.
82
00:07:20,358 --> 00:07:23,236
Tolonglah, Mad. Mak merayu.
Beritahu mak apa kamu mahu.
83
00:07:26,823 --> 00:07:30,702
Okey. Menangislah semahunya.
Mak tak kisah walau sampai bulan depan.
84
00:07:30,702 --> 00:07:33,538
- Mak tak kisah. Tolonglah.
- Hei.
85
00:07:49,012 --> 00:07:50,013
Tak apa.
86
00:08:30,762 --> 00:08:34,099
Kapal pengangkut tentera laut
tiba di Teluk San Francisco dari Busan
87
00:08:34,099 --> 00:08:37,811
membawa pulang
lebih 300 tentera negara kita hari ini.
88
00:08:37,811 --> 00:08:41,273
Beratus-ratus ahli keluarga dan penonton
berkumpul di dermaga untuk bersorak
89
00:08:41,273 --> 00:08:43,567
dan menyambut tentera yang berani
90
00:08:43,567 --> 00:08:46,319
yang pulang dari tugasan
selama enam bulan di laut.
91
00:08:47,070 --> 00:08:50,282
Seorang tentera bertemu dengan
anak lelakinya buat kali pertama.
92
00:08:50,282 --> 00:08:52,701
- Tengok! Itu ayah. Saya nampak.
- Para isteri pula...
93
00:08:52,701 --> 00:08:54,327
Tidak, sayang, itu bukan ayah.
94
00:08:54,327 --> 00:08:56,830
Ayah perlu bertugas lebih lama
untuk menjaga pesakit
95
00:08:56,830 --> 00:08:58,582
supaya mereka boleh pulang.
96
00:08:58,582 --> 00:09:03,295
Turut berlabuh ialah dua kapal pengangkut
yang membawa ratusan tentera...
97
00:09:03,295 --> 00:09:06,464
Dah hampir pukul 8:00 malam, maksudnya...
98
00:09:06,464 --> 00:09:08,466
- Biar saya buat.
- Okey.
99
00:09:19,686 --> 00:09:20,812
Satu, dua...
100
00:09:22,814 --> 00:09:25,483
tiga, empat, lima, enam,
101
00:09:26,276 --> 00:09:29,529
- tujuh, lapan.
- Sepuluh minggu?
102
00:09:29,529 --> 00:09:31,823
Bukan, ayah akan pulang lapan minggu lagi.
103
00:09:32,699 --> 00:09:35,243
- Itu berapa hari, mak?
- Terlalu banyak.
104
00:09:48,506 --> 00:09:50,425
PERBELANJAAN
105
00:09:50,425 --> 00:09:51,593
PEMBAIKAN KEBOCORAN
106
00:10:31,508 --> 00:10:35,262
Tak apa. Okey.
107
00:10:36,096 --> 00:10:38,723
Kita okey.
108
00:10:39,849 --> 00:10:42,435
Okey.
109
00:10:43,937 --> 00:10:46,856
Kamu lapar? Itu sebabnya?
110
00:10:46,856 --> 00:10:50,110
Junior! Ayuh masuk, terima kasih.
111
00:10:51,194 --> 00:10:54,406
Tangkap kamu. Mak akan tangkap kamu.
112
00:10:56,199 --> 00:10:57,242
Okey.
113
00:10:59,619 --> 00:11:01,580
Apa peraturan utama
selepas bermain di luar?
114
00:11:01,580 --> 00:11:04,291
Jangan bawa lumpur ke dalam rumah.
115
00:11:04,291 --> 00:11:05,458
Betul.
116
00:11:05,458 --> 00:11:07,168
Linda, ayuh makan malam!
117
00:11:17,721 --> 00:11:19,097
- Hai.
- Hai.
118
00:11:19,097 --> 00:11:20,181
Dia tak mahu makan.
119
00:11:20,181 --> 00:11:22,100
Doktor saya sarankan susu formula
120
00:11:22,100 --> 00:11:24,352
tapi terdapat kajian
dari Columbia mencadangkan
121
00:11:24,352 --> 00:11:27,230
susu ibu saluran tunggal antibodi
daripada ibu kepada bayi.
122
00:11:27,230 --> 00:11:29,900
Apatah lagi menyusukan anak
membebaskan oksitosin,
123
00:11:29,900 --> 00:11:32,736
tapi oksitosin takkan membantu
jika dia mati kelaparan.
124
00:11:32,736 --> 00:11:35,155
Saya juga ada banyak kerja,
tapi tak boleh buat senarai tugasan
125
00:11:35,155 --> 00:11:36,615
sebab ia menambah kerja saya.
126
00:11:37,532 --> 00:11:40,827
Okey. Saya penat hanya mendengarnya.
127
00:11:40,827 --> 00:11:41,912
Masuklah.
128
00:11:44,080 --> 00:11:45,498
Alamak. Saya minta maaf.
129
00:11:45,498 --> 00:11:47,208
- Tak apa.
- Saya tak keruan. Saya boleh pergi.
130
00:11:47,208 --> 00:11:50,253
Saya memang nak buat teh di dapur.
Kamu perlukan apa-apa?
131
00:11:50,253 --> 00:11:51,588
- Tidak.
- Tidak, saya okey.
132
00:12:00,055 --> 00:12:02,224
Saya boleh pulang. Saya okey.
133
00:12:02,224 --> 00:12:03,516
Ya, okeylah sangat.
134
00:12:04,643 --> 00:12:08,355
Saya cuba menyusukan dia mengikut jadual.
Saya dah teliti tentang masa.
135
00:12:08,355 --> 00:12:11,358
Saya dah pantau setiap tangisan
dan pergerakan usus.
136
00:12:11,358 --> 00:12:15,278
Saya dah cuba pelbagai posisi
dan sudut, tahap cahaya...
137
00:12:16,446 --> 00:12:18,323
Apa yang kelakar?
138
00:12:21,284 --> 00:12:24,746
Awak sama macam dia.
Sangat pintar tapi sangat bodoh.
139
00:12:24,746 --> 00:12:26,039
Maafkan saya?
140
00:12:26,039 --> 00:12:27,457
Dia masih bayi.
141
00:12:28,458 --> 00:12:30,460
Dia bukan eksperimen sains terkawal.
142
00:12:30,460 --> 00:12:34,214
Tidak, saya rasa awak tak faham.
Saya tak mahu anak ini.
143
00:12:34,214 --> 00:12:38,051
Sekarang saya tiada perasaan
yang saya patut rasakan.
144
00:12:38,552 --> 00:12:42,806
Maksud awak senyumannya
menyembuhkan perut awak yang bengkak
145
00:12:42,806 --> 00:12:45,141
dan kesakitan teruk pada puting awak,
146
00:12:45,141 --> 00:12:47,686
sebab awak tak sempurna
sehingga bertemu dengannya?
147
00:12:48,562 --> 00:12:50,522
- Ya.
- Ya, itu semua mengarut.
148
00:12:51,606 --> 00:12:52,607
Rekaan semata-mata.
149
00:12:52,607 --> 00:12:56,403
Tidak. Ibu sayang anak mereka.
Itu naluri mereka.
150
00:12:56,403 --> 00:13:00,657
Cuma, naluri saya buat saya fikir
perkara yang bukan-bukan.
151
00:13:01,241 --> 00:13:02,325
Perkara macam mana?
152
00:13:05,954 --> 00:13:06,955
Awak boleh cakap.
153
00:13:10,250 --> 00:13:12,377
Jika saya serahkan dia jadi anak angkat?
154
00:13:16,047 --> 00:13:16,882
Hei, Agnes.
155
00:13:17,674 --> 00:13:21,261
Berapa kali awak terfikir mahu serahkan
Bailey semasa dia masih kecil?
156
00:13:21,970 --> 00:13:25,807
- Kenapa? Ada sesiapa mahu?
- Sekadar nak tahu.
157
00:13:25,807 --> 00:13:29,144
Jawapan, dua kali sehari.
158
00:13:31,813 --> 00:13:35,066
Saya tak tahan menjaga Linda
selepas hari keenam.
159
00:13:36,651 --> 00:13:40,363
Maksud awak, satu hari nanti
saya dan Mad akan mempunyai hubungan
160
00:13:40,363 --> 00:13:42,490
berasaskan kasih sayang
dan hormat-menghormati?
161
00:13:42,490 --> 00:13:45,535
Mad? Seperti Madeline?
Itu nama keluargakah?
162
00:13:46,703 --> 00:13:49,414
Tidak. Jururawat suruh saya
namakan dia ikut gerak hati.
163
00:13:52,334 --> 00:13:53,543
Awak bergurau.
164
00:13:55,253 --> 00:13:57,797
Saya patut namakan
anak-anak saya Takut dan Letih.
165
00:14:02,469 --> 00:14:05,430
Sejujurnya, seronok dapat bercakap
dengan orang dewasa lain
166
00:14:05,430 --> 00:14:08,600
berbanding sekadar mendengar jeritan.
167
00:14:12,187 --> 00:14:14,189
Biar saya tengok bayi ini.
168
00:14:14,189 --> 00:14:17,609
Okey.
169
00:14:20,195 --> 00:14:23,531
Helo, Mad.
Kamu budak baik, bukan? Ya, betul.
170
00:14:24,241 --> 00:14:26,952
Kita boleh belajar banyak
tentang bayi pada usia begini.
171
00:14:26,952 --> 00:14:30,247
Mereka sering mendedahkan
diri masa depan mereka secara tak ketara.
172
00:14:30,247 --> 00:14:32,707
Anak awak boleh memahami persekitaran.
173
00:14:33,416 --> 00:14:34,668
Ya, betul.
174
00:14:40,465 --> 00:14:41,633
Begitulah.
175
00:14:43,301 --> 00:14:44,386
Syabas.
176
00:14:46,638 --> 00:14:50,892
Siapa boleh beritahu saya
maksud salasilah keluarga?
177
00:14:53,103 --> 00:14:58,191
Salasilah keluarga ialah cara
untuk mengetahui asal usul kita.
178
00:14:58,191 --> 00:14:59,901
Duane, tolong turunkan tangan.
179
00:15:02,487 --> 00:15:08,910
Tuliskan nama ibu kamu di sini
dan ayah kamu di sini.
180
00:15:09,619 --> 00:15:12,247
Ibu bapa kamu boleh tolong lengkapkannya.
181
00:15:13,748 --> 00:15:16,209
Mereka tahu semua jawapannya.
182
00:16:14,017 --> 00:16:15,894
NOTIS AKHIR
183
00:16:15,894 --> 00:16:18,563
PENTING
TUNGGAKAN
184
00:16:18,563 --> 00:16:19,940
TUNGGAKAN LAMA
185
00:16:24,653 --> 00:16:26,446
- Tidak.
- Tidak?
186
00:16:26,446 --> 00:16:27,364
Tidak.
187
00:16:28,365 --> 00:16:31,993
Awak tak boleh ambil gadai janji kedua
jika tiada pekerjaan untuk membayarnya.
188
00:16:31,993 --> 00:16:35,038
Ya, saya perlu selesaikan kajian saya.
Selepas saya terbitkan...
189
00:16:35,038 --> 00:16:36,581
Tidak.
190
00:16:36,581 --> 00:16:39,834
Itu secara teori. Kami bank.
Kami perlukan kepastian.
191
00:16:39,834 --> 00:16:43,838
Syukurlah suami awak tulis nama awak
pada surat ikatan sebelum meninggal dunia.
192
00:16:44,673 --> 00:16:48,051
Perkataan "syukur" dan "meninggal dunia"
memang sesuai digandingkan.
193
00:16:49,010 --> 00:16:50,929
Daftarkan anak awak ke sekolah
apabila dia cukup umur.
194
00:16:50,929 --> 00:16:53,265
Kemudian cari kerja bergaji tetap,
195
00:16:53,265 --> 00:16:54,683
atau kahwini orang kaya.
196
00:16:56,643 --> 00:16:58,144
Saya boleh saja rompak bank.
197
00:16:58,979 --> 00:17:01,773
Sila buat janji temu dengan pengawal
keselamatan kami semasa keluar.
198
00:17:05,151 --> 00:17:07,070
Saya dah hasilkan kadar sejam yang sesuai
199
00:17:07,070 --> 00:17:10,323
berdasarkan gaji tahunan awak dengan
kenaikan, sebab awak akan hantar kajian
200
00:17:10,323 --> 00:17:12,284
seolah-olah ia karya awak sendiri.
201
00:17:12,284 --> 00:17:15,078
Berapa kadar sejam awak?
202
00:17:15,078 --> 00:17:16,246
Lapan dolar.
203
00:17:16,246 --> 00:17:19,082
Sejam? Awak bergurau.
204
00:17:19,958 --> 00:17:22,084
Saya setuju. Gaji awak sangat besar.
205
00:17:26,298 --> 00:17:27,299
Okey.
206
00:17:31,011 --> 00:17:33,305
Apa masalah kajian saya?
207
00:17:33,305 --> 00:17:34,681
Awak ada dua masalah.
208
00:17:34,681 --> 00:17:38,894
Pertama, suhunya terlalu tinggi.
Awak perlu turunkan sebanyak 15 darjah.
209
00:17:39,477 --> 00:17:40,604
Okey. Masalah kedua?
210
00:17:41,646 --> 00:17:42,647
Tak boleh diselesaikan.
211
00:17:47,360 --> 00:17:49,112
Tolong jangan beritahu ahli kimia lain
yang saya datang.
212
00:17:49,112 --> 00:17:50,447
Sudah tentu tidak.
213
00:17:50,447 --> 00:17:51,531
Jumpa lagi.
214
00:17:53,700 --> 00:17:55,702
- Ada bayi.
- Saya minta maaf.
215
00:17:59,289 --> 00:18:00,665
Jangan sentuhnya.
216
00:18:16,223 --> 00:18:17,224
Hei.
217
00:18:18,934 --> 00:18:20,435
Lapan dolar.
218
00:18:20,435 --> 00:18:23,230
- Rahsia kita berdua?
- Sudah tentu.
219
00:18:23,939 --> 00:18:27,317
Bagus... Okey.
220
00:18:27,859 --> 00:18:31,529
Begku dah siap
Tempahanku dah sedia
221
00:18:32,072 --> 00:18:35,242
Belanjakan setiap sen yang kumampu
222
00:18:36,243 --> 00:18:39,663
Bagaikan kanak-kanak
yang penuh harapan
223
00:18:39,663 --> 00:18:43,583
Kuingin dengar laungan
"Naik kapal semua!"
224
00:18:58,974 --> 00:19:02,352
Terima kasih sekali lagi.
Bagus apabila dapat pendapat kedua.
225
00:19:02,352 --> 00:19:03,770
Sekadar berhati-hati.
226
00:19:05,981 --> 00:19:09,192
Ini saja yang isteri saya mahu
apabila pulang dari hospital.
227
00:19:11,236 --> 00:19:13,905
Tak sangka Boryweitz tak datang.
Saya sangka dia datang dulu.
228
00:19:13,905 --> 00:19:16,283
Tidak. Mereka pindahkan dia ke DNA.
229
00:19:17,158 --> 00:19:18,159
DNA?
230
00:19:18,868 --> 00:19:22,497
Ya. Dia dan Donatti bekerja,
231
00:19:24,124 --> 00:19:27,168
di makmal lama Evans sebenarnya.
232
00:19:42,017 --> 00:19:43,894
MAKMAL KIMIA
SULIT - DILARANG MASUK
233
00:19:48,231 --> 00:19:49,608
Elizabeth?
234
00:19:49,608 --> 00:19:51,192
Cik Zott.
235
00:19:51,192 --> 00:19:54,988
Ini pasti Madeline. Comelnya dia.
236
00:19:56,948 --> 00:19:58,366
Awak curi kajian kami.
237
00:19:58,366 --> 00:20:00,368
Elizabeth, kami boleh jelaskan.
238
00:20:00,911 --> 00:20:03,079
Apa tuduhan awak kepada kami?
239
00:20:04,623 --> 00:20:08,293
Awak tampal protokol yang saya tulis
pada dinding ini.
240
00:20:08,293 --> 00:20:10,837
Awak merujuk buku nota makmal
dan kajian kami.
241
00:20:11,588 --> 00:20:14,090
Awak fikir saya takkan kenal
kajian saya sendiri?
242
00:20:14,090 --> 00:20:16,009
Tahniah, Cik Zott.
243
00:20:17,427 --> 00:20:19,012
Kami dah terima dana Remsen.
244
00:20:20,513 --> 00:20:25,143
Kami turut letakkan nama awak
dalam bahagian penghargaan.
245
00:20:27,312 --> 00:20:31,233
Awak tak tahu maksud semua ini.
Awak tak tahu implikasinya,
246
00:20:31,233 --> 00:20:34,945
kepentingannya dalam bidang ini
atau pemahaman kita tentang dunia.
247
00:20:34,945 --> 00:20:36,863
Saya akan teruskan kajian kami.
248
00:20:36,863 --> 00:20:38,406
Kajian kami!
249
00:20:38,990 --> 00:20:42,827
Saya akan hasilkan kajian yang lebih besar
dengan lebih cepat dan lebih berjaya,
250
00:20:42,827 --> 00:20:46,206
sebab saya saintis dan awak pencuri!
251
00:20:49,167 --> 00:20:50,252
Awak pula penipu.
252
00:20:57,217 --> 00:20:58,802
Kami tak rampas hak sesiapa.
253
00:21:05,934 --> 00:21:08,270
Kenapa awak pakai kasut budak lelaki?
254
00:21:08,270 --> 00:21:09,688
Ia cuma kasut.
255
00:21:09,688 --> 00:21:12,107
Kenapa warnanya sama macam kasut Jimmy?
256
00:21:13,400 --> 00:21:15,610
Saya akan beritahu Jimmy
kasut kamu serupa.
257
00:21:16,695 --> 00:21:19,114
- Saya ada kasut perempuan di rumah.
- Jimmy!
258
00:22:08,872 --> 00:22:11,583
Elizabeth. Tolonglah.
259
00:22:12,250 --> 00:22:14,794
Saya dah bertukang di rumah sendiri
selama lebih tiga tahun.
260
00:22:14,794 --> 00:22:18,882
Saya perlu belajar sambil bertukang atau
minta bantuan setiap kali tandas bocor.
261
00:22:19,841 --> 00:22:20,884
Terima kasih.
262
00:22:20,884 --> 00:22:23,553
Ya, saya cuba kekalkan
keamanan di kejiranan ini.
263
00:22:23,553 --> 00:22:27,933
Okey, semoga ada cahaya
264
00:22:29,184 --> 00:22:31,186
Okey, ini biliknya.
265
00:22:33,313 --> 00:22:35,315
Sekarang,
bahagian terbaik pembaikan rumah.
266
00:22:35,315 --> 00:22:37,275
Apa minuman yang awak ada?
267
00:22:37,859 --> 00:22:41,112
Saya ada lima campuran formula sintetik.
268
00:22:42,280 --> 00:22:43,281
Ini juga.
269
00:22:45,116 --> 00:22:46,117
{\an8}Bagus.
270
00:22:51,915 --> 00:22:53,291
Itu saya tak boleh ajar.
271
00:23:04,052 --> 00:23:05,095
Tunggu.
272
00:23:06,429 --> 00:23:07,847
Sudah enam jam.
273
00:23:08,515 --> 00:23:11,184
Mad tak pernah tidur nyenyak selama ini.
274
00:23:11,184 --> 00:23:13,395
Sudah tentu sambil saya buat pembinaan.
275
00:23:13,395 --> 00:23:14,729
Awak semakin mahir.
276
00:23:22,654 --> 00:23:25,615
Boleh saya tanya
soalan yang mungkin sensitif?
277
00:23:26,825 --> 00:23:27,951
Kita tengok nanti.
278
00:23:29,911 --> 00:23:33,206
Saya asyik terfikir tentang
perbualan kita tempoh hari.
279
00:23:36,501 --> 00:23:38,879
Awak tak merancang untuk hamil?
280
00:23:45,176 --> 00:23:47,470
Saya sedang tamatkan
pengajian perundangan apabila saya tahu.
281
00:23:48,013 --> 00:23:51,683
Charlie pula mulakan latihannya,
jadi saya tangguh pengajian.
282
00:23:52,559 --> 00:23:56,104
Kemudian Junior pula lahir,
jadi saya tangguhkan lagi.
283
00:23:56,104 --> 00:23:58,189
Kemudian Charlie ditugaskan dan...
284
00:23:58,189 --> 00:23:59,608
Pasti awak faham.
285
00:24:02,360 --> 00:24:03,486
Awak tak menyesal?
286
00:24:09,951 --> 00:24:13,580
Jika saya boleh undurkan masa
dengan pengetahuan saya sekarang,
287
00:24:15,165 --> 00:24:16,499
saya akan ubah seperkara dua.
288
00:24:17,792 --> 00:24:20,712
Tapi, saya tahu
wanita yang duduk di sini hari ini,
289
00:24:20,712 --> 00:24:23,715
yang membesarkan dua anak
kebanyakannya sendirian,
290
00:24:25,050 --> 00:24:26,843
adalah jauh lebih tabah.
291
00:24:29,262 --> 00:24:31,264
Saya lalui banyak kesedihan tapi,
292
00:24:32,265 --> 00:24:36,102
saya tak sangka kemampuan saya
untuk merasai kegembiraan
293
00:24:36,102 --> 00:24:37,354
turut berkembang bersama.
294
00:24:40,607 --> 00:24:41,608
Tidak.
295
00:24:42,150 --> 00:24:46,029
Saya tak menyesal melahirkan anak-anak.
Saya ada penyesalan.
296
00:24:46,613 --> 00:24:48,657
Tapi, saya terlalu penat
untuk fikirkannya.
297
00:24:52,160 --> 00:24:56,665
Awak kata rasa ragu atau bersalah
adalah perkara biasa,
298
00:24:58,291 --> 00:25:01,169
tapi saya masih belum mengalami
saat-saat ajaib itu.
299
00:25:02,546 --> 00:25:03,547
Ia akan muncul.
300
00:25:09,886 --> 00:25:13,473
Semua ini bukan kepakaran saya tapi,
301
00:25:14,474 --> 00:25:19,145
katakan awak berjaya siapkan
dapur makmal palsu gila ini
302
00:25:19,145 --> 00:25:21,940
tanpa meletupkan seluruh kejiranan ini.
Kemudian apa?
303
00:25:24,067 --> 00:25:28,572
Saya dan Calvin
gagal mendapat geran yang kami kejar,
304
00:25:28,572 --> 00:25:31,408
jadi saya merancang
untuk tamatkan kajian kami.
305
00:25:32,409 --> 00:25:36,913
Jika boleh terbitkan sendiri, saya boleh
sertai mana-mana makmal yang saya mahu.
306
00:25:37,789 --> 00:25:38,790
Betul.
307
00:25:41,334 --> 00:25:46,548
Tapi, pasti awak perlukan bahan kimia dan
peralatan untuk eksperimen kimia, bukan?
308
00:25:50,260 --> 00:25:54,347
"Hai. Saya... Saya Fran Frask."
309
00:25:55,056 --> 00:25:56,057
Tidak.
310
00:25:56,057 --> 00:25:58,101
"Hei... Hei, kawan."
311
00:25:58,894 --> 00:25:59,895
Bukan itu.
312
00:26:00,520 --> 00:26:03,732
"Hai."
313
00:26:11,114 --> 00:26:14,034
Hai. Saya Fran Frask dari Hastings.
314
00:26:15,035 --> 00:26:17,454
Ya. Saya telefon sebab...
315
00:26:17,454 --> 00:26:20,540
Saya nak buat pesanan tak tetap
untuk makmal satelit baharu kami.
316
00:26:21,416 --> 00:26:24,836
Ia... Ya. Vakum makmal?
317
00:26:25,962 --> 00:26:27,047
Kami perlukan sebuah lagi.
318
00:26:27,756 --> 00:26:32,427
Penunu Bunsen, silinder bersenggat, bikar...
319
00:26:35,138 --> 00:26:38,600
- Apa fungsi makmal ini?
- Saya dilarang mendedahkannya.
320
00:27:06,670 --> 00:27:09,464
Untuk melindungi membran mukosa
daripada asap berbahaya?
321
00:27:10,048 --> 00:27:11,049
Tepat sekali.
322
00:27:16,888 --> 00:27:17,889
Ambillah.
323
00:27:28,900 --> 00:27:29,985
Hei.
324
00:27:31,069 --> 00:27:32,070
Hei.
325
00:27:47,419 --> 00:27:49,129
Saya tak pernah cakap tentang abang saya.
326
00:27:51,423 --> 00:27:52,674
Awak bercerita sedikit.
327
00:27:56,261 --> 00:27:58,471
Saya kenal dia lebih daripada orang lain.
328
00:27:59,806 --> 00:28:03,685
Seolah-olah dia mempengaruhi diri saya.
329
00:28:05,395 --> 00:28:08,440
Saya dapat rasa kehadiran dia
dalam setiap interaksi
330
00:28:08,440 --> 00:28:10,066
dan setiap bilik yang saya masuk.
331
00:28:12,444 --> 00:28:15,155
Saya tahu kata-katanya
jika dia berada di sini sekarang.
332
00:28:17,908 --> 00:28:19,284
Tapi, awak pula sebaliknya,
333
00:28:19,284 --> 00:28:23,747
sebab banyak yang saya tak tahu
tentang diri awak.
334
00:28:26,625 --> 00:28:28,001
Apa yang awak nak tahu?
335
00:28:29,753 --> 00:28:31,713
Saya pun tiada sesiapa.
336
00:28:33,006 --> 00:28:34,216
Saya nak tahu semuanya.
337
00:28:36,218 --> 00:28:38,303
Saya nak mengenali diri awak semasa kecil.
338
00:28:39,554 --> 00:28:41,806
Saya nak tahu sikap awak
sebagai seorang ayah.
339
00:28:44,434 --> 00:28:47,938
Saya tahu saya tak pernah cakap,
tapi awak tahu saya cintakan awak, bukan?
340
00:29:28,520 --> 00:29:30,605
Kenapa awak muncul begini?
341
00:29:31,356 --> 00:29:33,692
Kapal terbang awak sepatutnya tiba
dua hari lagi.
342
00:29:33,692 --> 00:29:37,779
Ada tempat duduk kosong pada C-124
dari Landstuhl, jadi saya ambil peluang.
343
00:29:37,779 --> 00:29:39,823
Saya tak faham sepatah pun.
344
00:29:39,823 --> 00:29:40,907
Ayah!
345
00:29:42,117 --> 00:29:43,910
Anak ayah.
346
00:29:50,250 --> 00:29:52,210
Berapa ketinggian kamu?
Adakah 1.8 meter?
347
00:29:52,210 --> 00:29:53,879
Tinggi saya 1.2 meter.
348
00:29:59,259 --> 00:30:02,888
Hei, sayang. Tak apa.
349
00:30:09,603 --> 00:30:13,106
Mak kamu kata
kamu anak yang berani sejak ayah pergi.
350
00:30:16,109 --> 00:30:19,654
Ayah rasa kamu pasti sukakan ini.
351
00:30:24,409 --> 00:30:26,202
Kamu mahu peluk ayah?
352
00:30:32,208 --> 00:30:36,254
Mungkin selepas makan aiskrim?
353
00:30:36,838 --> 00:30:39,633
- Aiskrim.
- Begitulah.
354
00:30:40,091 --> 00:30:42,302
Saya rindu pelukan ini.
355
00:30:46,598 --> 00:30:48,600
SELAMAT PULANG AYAH!
356
00:30:50,185 --> 00:30:51,853
Letak saja di dapur.
357
00:30:56,107 --> 00:30:58,902
- Ray, tolong main rekod ini dulu.
- Okey.
358
00:30:59,527 --> 00:31:00,654
Cantiknya awak.
359
00:31:04,491 --> 00:31:05,492
Helo.
360
00:31:07,410 --> 00:31:10,080
- Dah cuba roti jagung Agnes?
- Dia bertegas.
361
00:31:10,080 --> 00:31:12,540
- Hei. Helo.
- Hei.
362
00:31:12,540 --> 00:31:14,251
Mari ke sini.
363
00:31:16,545 --> 00:31:19,047
Charlie, ini Elizabeth Zott.
364
00:31:19,631 --> 00:31:21,633
Salam takziah atas pemergiannya.
365
00:31:23,510 --> 00:31:25,470
Adakah itu sirap pada tulang rusuk?
366
00:31:25,470 --> 00:31:27,013
Menakjubkan.
367
00:31:27,013 --> 00:31:29,558
Ini gaya Kansas City,
cara ayah saya memasaknya.
368
00:31:30,267 --> 00:31:32,727
- Apa yang awak bawa?
- Pai beri hitam.
369
00:31:32,727 --> 00:31:36,356
Sedap? Saya nak cuba dulu
sebab saya tuan rumah.
370
00:31:36,356 --> 00:31:37,983
Boleh sorok untuk makan sendiri.
371
00:31:39,234 --> 00:31:40,402
Ayuh.
372
00:31:41,695 --> 00:31:44,406
Jodie, Rhoda, Agnes.
Kamu masih ingat Elizabeth?
373
00:31:44,406 --> 00:31:45,991
- Apa khabar?
- Hai.
374
00:31:45,991 --> 00:31:48,702
Hai. Seronok dapat bertemu kamu
375
00:31:48,702 --> 00:31:50,745
apabila tiada norepinefrina
dalam badan saya,
376
00:31:50,745 --> 00:31:53,415
tercetus akibat tindak balas
lari atau lawan yang akut.
377
00:31:54,124 --> 00:31:56,793
Saya tak tahu sainsnya,
tapi saya ingat perasaan itu.
378
00:31:57,752 --> 00:31:59,462
Ayuh menari.
379
00:31:59,462 --> 00:32:00,547
Hei.
380
00:32:01,381 --> 00:32:02,382
- Ya.
- Okey.
381
00:32:08,638 --> 00:32:09,639
Ayuh.
382
00:32:13,351 --> 00:32:14,477
Begitulah.
383
00:32:28,742 --> 00:32:30,535
Helo, si kecil.
384
00:32:32,537 --> 00:32:35,332
Harriet kata pai beri hitam ini lazat.
385
00:32:36,291 --> 00:32:37,292
Saya Curtis Wakely.
386
00:32:37,292 --> 00:32:40,420
Elizabeth Zott.
Bagaimana awak kenal keluarga Sloane?
387
00:32:40,420 --> 00:32:41,755
Kami baru berkenalan.
388
00:32:41,755 --> 00:32:44,507
Saya ambil alih tugas ayah saya
sebagai paderi di First Baptist.
389
00:32:44,507 --> 00:32:46,718
Kalau awak perlukan paderi
atau penguji rasa,
390
00:32:46,718 --> 00:32:48,178
saya sedia berkhidmat.
391
00:32:49,554 --> 00:32:51,598
Awak boleh uji rasa bila-bila masa.
392
00:32:52,849 --> 00:32:53,850
Kurang meminati agama?
393
00:32:54,809 --> 00:32:58,271
Ayah saya seorang paderi,
jadi saya kurang meminati agama.
394
00:32:58,271 --> 00:33:01,316
Saya juga saintis,
jadi saya kurang meminati agama.
395
00:33:01,316 --> 00:33:02,734
Saya sudi berdebat.
396
00:33:02,734 --> 00:33:04,319
Tiada apa nak didebatkan
397
00:33:04,319 --> 00:33:07,030
jika satu pihak punya bukti
dan pihak lain punya rasa bersalah.
398
00:33:28,593 --> 00:33:31,555
- Saya... Gembira bertemu awak.
- Saya pun sama.
399
00:33:38,186 --> 00:33:39,688
Apa yang kamu mainkan?
400
00:33:39,688 --> 00:33:41,356
Gasing.
401
00:33:42,148 --> 00:33:44,818
Gasing? Kamu nampak.
402
00:33:58,540 --> 00:34:01,710
Saya rindu melihat awak di singki,
Ketua Pakar Bedah Sloane.
403
00:34:11,720 --> 00:34:12,721
Sayang.
404
00:34:17,809 --> 00:34:19,561
Majlis hari ini terlalu awal?
405
00:34:22,396 --> 00:34:23,606
Ya, mungkin.
406
00:34:25,608 --> 00:34:28,945
Tapi, seronok dapat bertemu semua lagi.
407
00:34:28,945 --> 00:34:31,823
Ya. Saya nampak awak dan Sanford
bersekongkol lagi.
408
00:34:31,823 --> 00:34:33,115
Apa khabar dia?
409
00:34:33,700 --> 00:34:34,742
Dia sihat.
410
00:34:34,742 --> 00:34:36,494
Dia masih di Kaiser Sunset.
411
00:34:37,787 --> 00:34:41,833
Katanya mereka sedang mencari
ketua doktor baharu di Pembedahan Am.
412
00:34:42,834 --> 00:34:44,376
Awak pulang tak sampai seminggu.
413
00:34:44,961 --> 00:34:48,340
Gajinya besar, Harr. Sangat besar.
414
00:34:48,340 --> 00:34:49,925
Ya? Waktu bekerjanya pula?
415
00:34:49,925 --> 00:34:51,425
Waktu bekerjanya juga panjang.
416
00:34:52,427 --> 00:34:54,512
- Ini peluang besar.
- Bagi awak.
417
00:34:59,726 --> 00:35:02,979
Saya rasa saya dah menahan diri
begitu lama sekarang.
418
00:35:03,980 --> 00:35:05,232
Apa maksud awak?
419
00:35:06,441 --> 00:35:08,777
Saya mendaftar untuk peperiksaan peguam
pada musim bunga.
420
00:35:09,319 --> 00:35:12,239
Eugene tawarkan jawatan
peguam muda jika saya lulus.
421
00:35:13,198 --> 00:35:15,283
- Bila awak nak beritahu saya?
- Sekarang.
422
00:35:16,034 --> 00:35:17,494
- Selain itu...
- Ada lagi?
423
00:35:17,494 --> 00:35:20,580
Saya diminta mempengerusikan
Jawatankuasa Adams Washington
424
00:35:20,580 --> 00:35:23,500
untuk menghalang kejiranan ini
daripada menjadi lebuh raya.
425
00:35:25,544 --> 00:35:28,630
Awak jadi En. Harriet Sloane
semasa ketiadaan saya?
426
00:35:30,340 --> 00:35:32,133
Saya perlu uruskan keluarga kita.
427
00:35:32,133 --> 00:35:33,385
Kita akan usahakannya.
428
00:35:35,053 --> 00:35:38,848
Bagaimana caranya?
Anak-anak perlukan kita berdua.
429
00:35:41,434 --> 00:35:42,435
Saya tak risau.
430
00:35:44,646 --> 00:35:47,649
Ya? Kenapa?
431
00:35:48,817 --> 00:35:51,611
Sebab kita akan buat bersama.
432
00:36:22,225 --> 00:36:23,935
- Dr. Mason?
- Cik Zott, apa khabar?
433
00:36:23,935 --> 00:36:25,270
Sihat.
434
00:36:25,270 --> 00:36:28,565
Bukan nak mengadu, tapi saya hadapi
pertengkaran yang teruk pagi ini.
435
00:36:29,858 --> 00:36:30,859
Wah.
436
00:36:30,859 --> 00:36:32,444
Bersepah, saya tahu.
437
00:36:33,153 --> 00:36:35,447
Dah lama tak dengar berita,
jadi saya singgah bertanya khabar.
438
00:36:37,699 --> 00:36:39,367
Awak nampak penat.
439
00:36:40,327 --> 00:36:42,203
Ada sesiapa membantu awak?
440
00:36:43,246 --> 00:36:44,331
Jiran selalu datang.
441
00:36:44,831 --> 00:36:47,542
Bagus. Penting punya jiran terdekat.
442
00:36:48,627 --> 00:36:51,713
Awak menjaga diri?
Ada guna mesin ergometer?
443
00:36:52,589 --> 00:36:54,090
Apabila saya berkelapangan.
444
00:36:56,134 --> 00:36:58,887
Saya sebut setahun,
tapi kaki pendayung kedua kami patah.
445
00:36:58,887 --> 00:37:02,474
Saya perlukan awak secepat mungkin.
Paling lewat minggu depan.
446
00:37:03,767 --> 00:37:07,187
- Apa? Tak boleh. Saya...
- Penat? Sibuk?
447
00:37:07,187 --> 00:37:09,397
Mungkin mahu sebut awak tiada masa.
448
00:37:10,273 --> 00:37:12,317
- Sebab saya tiada masa.
- Siapa ada masa?
449
00:37:14,236 --> 00:37:16,446
Kehidupan dewasa memenatkan, tak begitu?
450
00:37:16,988 --> 00:37:18,949
Satu masalah selesai, sepuluh lagi timbul.
451
00:37:21,284 --> 00:37:24,913
Tapi, percikan air sejuk ke muka
dari sisi kanan perahu, sebelum subuh?
452
00:37:26,081 --> 00:37:27,290
Itu penawarnya.
453
00:37:30,544 --> 00:37:32,379
Saya nak ke hospital.
454
00:37:35,840 --> 00:37:37,384
Jumpa minggu depan, pendayung kedua.
455
00:37:46,309 --> 00:37:47,310
Saya cintakan awak.
456
00:37:51,189 --> 00:37:52,315
Saya tahu.
457
00:38:18,633 --> 00:38:20,260
Mak teringat tentang ayah kamu.
458
00:38:22,095 --> 00:38:24,514
Dia pernah kata
yang jaz mengajarnya cara berfikir.
459
00:38:25,891 --> 00:38:30,478
Dia akan duduk dan biarkan idea
membawanya ke mana-mana.
460
00:38:31,187 --> 00:38:33,023
Dia ada banyak tanggapan.
461
00:38:33,023 --> 00:38:34,316
Gerak tarian juga.
462
00:38:41,865 --> 00:38:43,867
Tunggu, kamu rasa ia kelakar?
463
00:38:58,131 --> 00:38:59,216
Kediaman Sloane.
464
00:38:59,216 --> 00:39:00,717
Dengar ini.
465
00:39:05,472 --> 00:39:06,598
Cepatlah, Mad.
466
00:39:07,682 --> 00:39:09,768
Apa yang awak nak saya dengar?
467
00:39:11,519 --> 00:39:13,813
Dia ketawa tadi.
468
00:39:13,813 --> 00:39:16,566
Itu perkara normal bagi bayi seusianya?
469
00:39:17,484 --> 00:39:20,695
Saya rasa perkembangannya agak awal,
tak menghairankan.
470
00:39:21,988 --> 00:39:24,741
Saya harap dia mewarisi
sifat rendah diri ibu bapanya.
471
00:39:38,797 --> 00:39:39,798
Kenapa?
472
00:39:41,633 --> 00:39:43,718
Saya tak boleh buat
salasilah keluarga saya.
473
00:39:48,181 --> 00:39:50,934
Tak apa. Saya pun sama.
474
00:40:07,367 --> 00:40:08,368
Hai.
475
00:40:11,329 --> 00:40:12,747
- Hai, ayah.
- Hei, sayang.
476
00:40:16,793 --> 00:40:18,211
Hai, mak.
477
00:40:18,211 --> 00:40:19,296
Hei, Enam Tiga Puluh.
478
00:40:19,880 --> 00:40:21,715
Ceritalah tentang sekolah kamu.
479
00:40:22,382 --> 00:40:24,968
Saya rasa Pn. Mudford tak sukakan saya.
480
00:40:24,968 --> 00:40:26,636
Tak mungkin.
481
00:40:26,636 --> 00:40:30,640
Setiap kali saya tanya soalan,
dia buat muka begini.
482
00:40:32,559 --> 00:40:34,644
Itu muka meradang. Atau meringis.
483
00:40:34,644 --> 00:40:38,690
Apa perbezaan
antara meradang dan meringis?
484
00:40:38,690 --> 00:40:40,275
Tiada perbezaan. Ia kata seerti.
485
00:40:40,817 --> 00:40:41,818
Begitu rupanya.
486
00:40:44,321 --> 00:40:45,822
Kamu suka makan tengah hari kamu?
487
00:40:46,698 --> 00:40:49,200
Ya. Ia sangat sedap.
488
00:40:50,493 --> 00:40:52,871
Kamu suka mufin labu yang mak buat?
Mak cuba resipi baharu.
489
00:40:53,455 --> 00:40:54,623
Saya sukakannya.
490
00:40:56,583 --> 00:40:57,626
Madeline Zott,
491
00:40:57,626 --> 00:41:00,795
mak tak buat mufin labu.
Mak buat brownie mentega kacang.
492
00:41:00,795 --> 00:41:04,174
Kamu tak makan bekal kamu
dan lebih teruk lagi, kamu tipu mak.
493
00:41:04,174 --> 00:41:06,509
Kita takkan ke mana-mana
hingga kamu beritahu sebabnya.
494
00:41:09,137 --> 00:41:10,138
LEMBARAN SEJARAH
495
00:41:10,138 --> 00:41:12,807
Semasa saya kecil,
496
00:41:12,807 --> 00:41:19,522
ibu saya tak dapat mencari stoking
disebabkan perang.
497
00:41:20,565 --> 00:41:24,653
Jadi, dia akan kait stoking sendiri,
498
00:41:25,946 --> 00:41:29,074
tapi tanpa getahnya.
499
00:41:30,367 --> 00:41:36,289
Jadi, ia cuma sarung kaki.
500
00:41:36,289 --> 00:41:37,916
Maksudnya...
501
00:41:38,416 --> 00:41:41,378
Rating penonton kita jauh lebih lemah
daripada kemaluan saya.
502
00:41:42,504 --> 00:41:45,799
Wanita berumur sukakan dia.
Mereka rasa dia menenangkan.
503
00:41:46,299 --> 00:41:48,635
Tidak, Walter,
mereka rasa dia membosankan.
504
00:41:49,594 --> 00:41:52,180
Lagipun, kita perlukan penonton lelaki,
505
00:41:52,681 --> 00:41:57,936
kerana lelaki memiliki wang
untuk membeli barang penaja kita,
506
00:41:57,936 --> 00:42:01,606
agar saya mempunyai wang untuk berbelanja.
507
00:42:01,606 --> 00:42:06,736
Ini hari terakhir Gerta
dan mungkin hari terakhirnya di Bumi.
508
00:42:07,988 --> 00:42:10,865
Phil, setidaknya beri dia peluang
untuk buat persembahan penutup.
509
00:42:10,865 --> 00:42:13,326
Keluarkan si nenek. Isi slotnya.
510
00:42:15,120 --> 00:42:18,206
Seseorang yang muda tapi anggun.
511
00:42:18,206 --> 00:42:21,668
Seseorang yang bersifat keibuan
tapi menggoda.
512
00:42:23,211 --> 00:42:24,713
Bersifat keibuan dan menggoda. Baik.
513
00:42:35,515 --> 00:42:36,933
AYAH
WALTER
514
00:42:36,933 --> 00:42:38,184
IBU
515
00:42:44,024 --> 00:42:46,568
BERCERAI
516
00:42:46,568 --> 00:42:50,071
- Puan, saya nak jumpa Walter Pine.
- Dia sibuk.
517
00:42:51,656 --> 00:42:52,574
En. Pine.
518
00:42:53,658 --> 00:42:55,744
Uji bakat jururawat di sebelah kiri awak.
519
00:42:55,744 --> 00:42:59,122
Tidak, saya nak berbincang tentang
bekal anak saya dengan awak.
520
00:43:00,206 --> 00:43:01,875
- Bekal?
- Betul.
521
00:43:03,043 --> 00:43:04,878
Boleh saya pergi cari makanan ringan?
522
00:43:04,878 --> 00:43:07,589
Ya. Boleh, sayang. Pergi jumpa Sharon.
523
00:43:13,803 --> 00:43:17,140
Maafkan saya, siapa awak
dan kenapa datang ke pejabat saya?
524
00:43:17,724 --> 00:43:20,101
Saya Elizabeth Zott, ibu Madeline Zott.
525
00:43:21,186 --> 00:43:22,020
Jemput duduk.
526
00:43:22,020 --> 00:43:24,564
Tidak, tak perlu duduk
untuk perbualan ini.
527
00:43:25,357 --> 00:43:28,401
Anak awak ambil bekal anak saya
setiap hari selama berbulan-bulan.
528
00:43:28,985 --> 00:43:31,404
Membuatkan saya tertanya-tanya,
529
00:43:31,404 --> 00:43:34,950
adakah ibu bapanya tak bekalkan
makanan berkhasiat untuk dia?
530
00:43:34,950 --> 00:43:39,496
Okey. Anak saya sentiasa cukup makan.
531
00:43:40,080 --> 00:43:42,082
Saya tahu, sebab dia makan masakan saya.
532
00:43:43,083 --> 00:43:44,125
En. Pine.
533
00:43:44,125 --> 00:43:48,129
Kalaulah saya ada masa atau wang
untuk beri makan kedua-dua anak kita,
534
00:43:48,129 --> 00:43:50,340
tapi masalahnya, saya ada dua pekerjaan.
535
00:43:50,340 --> 00:43:52,717
Tiga jika mengambil kira
peranan ibu, seperti saya.
536
00:43:52,717 --> 00:43:55,512
Sebagai ibu,
saya mementingkan makanan yang baik.
537
00:43:55,512 --> 00:43:58,390
Makanan yang baik pemangkin utama
tumbesaran anak saya.
538
00:43:58,390 --> 00:44:00,934
Makanan yang baik bukan sekadar hobi. Ia...
539
00:44:00,934 --> 00:44:03,228
Ia komuniti, keluarga dan perkara penting.
540
00:44:04,729 --> 00:44:08,358
Saya bawa resipi pai ayam saya
sebab risaukan anak awak.
541
00:44:09,943 --> 00:44:12,779
Bersama sampel
agar awak boleh rasa kerapuhan keraknya
542
00:44:12,779 --> 00:44:14,197
dan kelikatan isinya.
543
00:44:14,823 --> 00:44:19,578
Saya juga ada biskut oat atau...
Tidak. Saya takkan kongsikannya.
544
00:44:21,496 --> 00:44:23,164
Saya akan tinggalkan satu untuk Amanda.
545
00:44:23,832 --> 00:44:25,875
Jangan kongsikan biskut itu
dengan ayah awak.
546
00:44:30,338 --> 00:44:31,339
Dia tak sibuk pun.
547
00:44:41,308 --> 00:44:42,767
PAI AYAM
BAHAN-BAHAN
548
00:44:58,575 --> 00:44:59,659
Apa.
549
00:45:06,583 --> 00:45:08,043
Hei.
550
00:45:12,130 --> 00:45:14,549
- Awak dah gila?
- Maaf.
551
00:45:16,718 --> 00:45:18,136
Saya penerbit televisyen
552
00:45:18,136 --> 00:45:22,807
dan percaya yang awak bersedia
untuk menarik penonton TV petang.
553
00:45:22,807 --> 00:45:25,310
Jadi saya nak tawarkan awak kerja
554
00:45:26,102 --> 00:45:30,398
sebagai hos baharu
rancangan masakan terbaru TV RBLA.
555
00:45:32,359 --> 00:45:33,401
Awak alami konkusi?
556
00:45:34,444 --> 00:45:35,278
Tidak.
557
00:45:35,278 --> 00:45:40,533
En. Pine, saya saintis.
Saintis yang tak menonton televisyen.
558
00:45:40,533 --> 00:45:43,036
Tolonglah, fikirkan dulu.
559
00:45:45,705 --> 00:45:48,750
Sudah. Saya dah pertimbangkannya.
Tolong ketepikan kaki awak.
560
00:45:57,175 --> 00:46:00,428
Saya angkat tangan,
tapi dia tak pandang saya.
561
00:46:00,428 --> 00:46:01,763
Helah.
562
00:46:05,392 --> 00:46:06,351
Kenapa?
563
00:48:27,701 --> 00:48:29,703
Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias