1 00:00:10,541 --> 00:00:11,416 Helo? 2 00:00:12,791 --> 00:00:13,875 Helo! 3 00:00:15,458 --> 00:00:17,250 Tolong. Awak perlu bantu kami. 4 00:00:17,333 --> 00:00:20,250 Saya bawa orang yang nazak atau mungkin dah mati. 5 00:00:20,333 --> 00:00:22,875 Saya takut nak tengok, tapi saya cuba selamatkan mereka, 6 00:00:22,958 --> 00:00:25,416 walaupun saya marah pada salah seorang daripada mereka. 7 00:00:25,500 --> 00:00:26,791 Saya rasa awak kenal dia. 8 00:00:26,875 --> 00:00:30,500 Tolonglah! Dah berhari-hari saya berjalan dan orang jahat sedang buru kami. 9 00:00:30,583 --> 00:00:32,458 Saya tak tahu nak ke mana lagi. 10 00:00:34,375 --> 00:00:35,500 Apa saya nak buat? 11 00:00:41,250 --> 00:00:42,083 Mizu. 12 00:00:42,583 --> 00:00:43,500 Masuklah. 13 00:01:07,125 --> 00:01:08,041 Penjara saya. 14 00:01:08,666 --> 00:01:10,041 Bertahun-tahun lamanya. 15 00:01:11,250 --> 00:01:13,958 Ambil masa yang lama untuk bina bilik air yang elok. 16 00:01:14,041 --> 00:01:17,708 Jadikan syogun sangat kaya dan saya pula perlu bersembunyi. 17 00:01:18,208 --> 00:01:20,666 Saya hasilkan banyak emas di sana. 18 00:01:21,208 --> 00:01:23,458 Berasmara beribu kali. 19 00:01:23,541 --> 00:01:26,500 Saya dah tak nak lihat ia lagi. 20 00:01:28,166 --> 00:01:29,125 Selamat tinggal! 21 00:01:43,333 --> 00:01:45,833 Perarakan musim bunga ke Edo. 22 00:01:46,583 --> 00:01:49,125 Awak dah janji kita takkan bosan. 23 00:01:49,208 --> 00:01:50,333 Kita takkan bosan. 24 00:01:51,125 --> 00:01:53,458 Setiap malam, ada hiburan istimewa. 25 00:01:53,541 --> 00:01:56,041 Saya gembira awak dah berselera semula. 26 00:01:56,583 --> 00:01:59,000 Awak hilang tangan, bukan zakar. 27 00:02:00,208 --> 00:02:03,541 Kita patut beritahu mereka bila senjata akan tiba. 28 00:02:03,625 --> 00:02:05,458 Kawan-kawan kita gementar. 29 00:02:05,541 --> 00:02:07,250 Biar mereka gementar. 30 00:02:07,333 --> 00:02:10,791 Apabila mereka berhenti risau, mereka tak rasa mereka perlukan kita lagi. 31 00:02:10,875 --> 00:02:12,875 Tapi awak tahu bila. 32 00:02:15,750 --> 00:02:18,083 Apa rancangan malam ini? 33 00:03:01,125 --> 00:03:04,041 Itu sesuatu yang baru. 34 00:03:04,125 --> 00:03:06,083 Sentiasa menyeronokkan, 35 00:03:06,833 --> 00:03:08,250 Puan Kaji. 36 00:03:08,791 --> 00:03:10,625 Gembira dapat melayan awak. 37 00:03:11,125 --> 00:03:13,208 Semoga selamat sampai ke Edo. 38 00:03:15,000 --> 00:03:18,375 Heiji Shindo, awak berjanji, awak tunaikan. 39 00:03:18,458 --> 00:03:22,666 Setiap perhentian ada kejutan dan kegembiraan. 40 00:03:22,750 --> 00:03:25,750 Saya rasa kita dapat kekuatan daripada keseronokan. 41 00:03:25,833 --> 00:03:29,791 Tapi tentera kita tak berguna tanpa senapang. 42 00:03:30,500 --> 00:03:32,750 Awak risau macam orang tua. 43 00:03:32,833 --> 00:03:36,666 Saya risau sebab nak berperang dengan seluruh kesyogunan. 44 00:03:36,750 --> 00:03:39,500 Senapang itu akan diseludup masuk 45 00:03:39,583 --> 00:03:41,541 melalui bot nelayan dalam masa dua hari. 46 00:03:43,291 --> 00:03:44,291 Bijak. 47 00:03:44,375 --> 00:03:47,166 Tentera kita akan menyerang istana, 48 00:03:47,250 --> 00:03:49,375 dan saya sendiri akan bunuh 49 00:03:49,458 --> 00:03:52,125 syogun dan seluruh Puak Itoh 50 00:03:52,208 --> 00:03:55,166 semasa Majlis Orang Tua di Matsuri Musim Bunga. 51 00:03:55,250 --> 00:03:57,958 Para bangsawan boleh pilih. 52 00:03:58,041 --> 00:04:01,416 Mati dengan dia atau tunduk kepada boneka saya, 53 00:04:01,500 --> 00:04:06,500 yang akan terima arahan daripada saya! 54 00:04:12,250 --> 00:04:14,000 Saya tak suruh berhenti. 55 00:04:25,666 --> 00:04:27,666 Penghantaran akan sampai dalam dua hari. 56 00:04:27,750 --> 00:04:31,833 Cari di setiap pelabuhan dan tempat simpanan ikan. Periksa setiap bot. 57 00:04:31,916 --> 00:04:35,208 Buka setiap kotak. Rasuah sesiapa saja. 58 00:04:35,291 --> 00:04:38,750 Kita mesti dapatkan senapang itu sebelum Fowler. 59 00:04:39,291 --> 00:04:43,416 Sebaik saja awak dapat semuanya, saya berbesar hati untuk bunuh Fowler. 60 00:04:43,500 --> 00:04:47,833 "Lelaki itu akan jadi musibah pada Jepun. Dia takkan berkongsi kuasa." 61 00:04:48,625 --> 00:04:51,125 Cari senapang itu sebelum ia sampai ke Edo. 62 00:04:52,000 --> 00:04:53,875 Bawa kepada saya. Sekarang. 63 00:05:00,166 --> 00:05:02,916 Perkahwinan kamu ketika Matsuri Musim Bunga. 64 00:05:03,458 --> 00:05:06,916 Waktu yang sangat sempurna apabila ayah yang rancang. 65 00:05:09,291 --> 00:05:12,125 Setiap bangsawan bawakan yang terbaik. 66 00:05:12,875 --> 00:05:14,416 Senyumlah. 67 00:05:16,583 --> 00:05:20,375 Apa yang kamu mahu yang tiada di sini? 68 00:05:20,458 --> 00:05:24,416 Saya tak mahu dipaksa berkahwin dengan lelaki yang saya tak kenal. 69 00:05:24,500 --> 00:05:25,916 Saya nak tinggalkan Edo. 70 00:05:28,708 --> 00:05:29,750 Anakku. 71 00:05:30,333 --> 00:05:34,375 Sejak bila kamu tak dapat apa yang kamu nak? 72 00:05:34,458 --> 00:05:36,291 Semasa ayah hitamkan gigi saya. 73 00:05:37,375 --> 00:05:39,625 Percayakan ayah. 74 00:06:06,000 --> 00:06:07,000 Helo, kawan. 75 00:06:07,666 --> 00:06:09,458 Dah berapa lama kamu di dalam? 76 00:06:13,125 --> 00:06:15,583 Terlalu lama. Sekarang musim bunga. 77 00:06:48,458 --> 00:06:51,375 Burung sekecil itu terkena di sayap. 78 00:06:52,041 --> 00:06:54,083 Kamu memang ditakdirkan untuk membunuh. 79 00:06:55,833 --> 00:06:58,583 Awak nampak sesuatu yang indah dan awak terus nak bunuh. 80 00:06:58,666 --> 00:07:00,250 Awak kejam seperti kata orang. 81 00:07:02,750 --> 00:07:04,916 Tak ada apa nak cakap? 82 00:07:27,208 --> 00:07:30,333 Berani awak cakap kasar begitu dengan tuan muda. 83 00:07:30,958 --> 00:07:32,625 Tak elok berkasar. 84 00:07:32,708 --> 00:07:37,083 Isteri sepatutnya jadi seperti tauhu. Tak disedari, tak berwarna dan tawar. 85 00:07:37,666 --> 00:07:40,875 Dia memang teruk. Dia tak nak cakap dengan saya pun. 86 00:07:41,750 --> 00:07:46,041 Tuan muda tak bercakap dengan mana-mana wanita. Peraturan Cik Puan Itoh. 87 00:07:46,125 --> 00:07:48,416 Isteri pertamanya mesti harap dia patut ikut saja. 88 00:07:48,500 --> 00:07:51,750 - Apa yang berlaku kepada dia? - Dia kembali kepada keluarganya. 89 00:07:51,833 --> 00:07:53,166 Dalam bekas abu mayat. 90 00:07:53,250 --> 00:07:55,958 Tuan muda ganas di atas katil seperti dalam pertempuran. 91 00:07:56,041 --> 00:07:57,958 Posisi kegemaran tunang awak? 92 00:07:58,458 --> 00:08:00,125 Letak obi di leher isteri. 93 00:08:27,958 --> 00:08:30,375 Akemi! Aduhai. 94 00:08:30,916 --> 00:08:33,000 Jauhkan diri dari tingkap. 95 00:08:33,083 --> 00:08:36,291 Ini kehendak kamu sekarang? Kematian? 96 00:08:36,375 --> 00:08:38,166 Ada jalan keluar lain? 97 00:08:38,250 --> 00:08:41,083 Tingkap atau pisau. Atau tunggu obi. 98 00:08:42,916 --> 00:08:46,208 Jangan risau, Seki. Saya tak berani pun. 99 00:08:46,791 --> 00:08:47,791 Pergilah. 100 00:08:47,875 --> 00:08:50,416 Saya tak perlukan nasihat tentang perkahwinan atau cinta 101 00:08:50,500 --> 00:08:52,916 atau apa saja yang awak fikir awak pakar. 102 00:08:54,833 --> 00:08:58,000 Saya tak pernah faham tentang cinta, 103 00:08:58,083 --> 00:09:01,416 pertarungan, politik, seni, 104 00:09:01,500 --> 00:09:03,625 atau apa saja yang saya patut faham. 105 00:09:03,708 --> 00:09:05,833 Saya pahlawan yang teruk. 106 00:09:08,708 --> 00:09:13,166 Satu-satunya perkara yang saya tahu adalah tentang kamu. 107 00:09:15,833 --> 00:09:18,958 Nah. Hadiah daripada saya. 108 00:09:21,500 --> 00:09:22,416 Set Go? 109 00:09:22,916 --> 00:09:25,000 Kita berhenti bermain semasa saya 12 tahun. 110 00:09:26,083 --> 00:09:26,916 Kenapa? 111 00:09:27,875 --> 00:09:29,958 Sebab saya selalu kalahkan awak. 112 00:09:30,041 --> 00:09:30,875 Kenapa? 113 00:09:31,500 --> 00:09:33,791 Sebab kamu belajar. 114 00:09:36,875 --> 00:09:38,875 Kamu bertekad untuk benci saya 115 00:09:40,125 --> 00:09:44,375 sedangkan apa yang kamu benci adalah menjadi hak milik orang lain. 116 00:09:44,458 --> 00:09:46,125 Wanita tak patut jadi hak milik. 117 00:09:46,208 --> 00:09:47,666 Patut. 118 00:09:47,750 --> 00:09:51,958 Esok, kamu akan diserahkan daripada ayah kamu kepada Tuan Takayoshi. 119 00:09:58,375 --> 00:10:00,625 Saya tahu hari ini akan tiba. 120 00:10:01,375 --> 00:10:02,958 Sejak ibu kamu mati, 121 00:10:03,666 --> 00:10:06,166 saya cuba guna masa yang ada, 122 00:10:06,250 --> 00:10:08,916 mempersiapkan kamu untuk dunia sebenar, 123 00:10:09,000 --> 00:10:11,583 bukan dunia yang kamu mahu. 124 00:10:13,000 --> 00:10:14,791 Tanpa pengetahuan ayah kamu, 125 00:10:15,375 --> 00:10:17,666 serta tanpa pengetahuan kamu. 126 00:10:17,750 --> 00:10:22,083 Kamu fikir kamu menyelinap ke perpustakaan untuk membaca selama ini? 127 00:10:22,625 --> 00:10:25,041 Kenapa kamu rasa kamu nak buat begitu? 128 00:10:25,125 --> 00:10:26,458 Sedar atau tak, 129 00:10:26,541 --> 00:10:30,000 kamu dah bersedia untuk buat lebih daripada sekadar hidup di sini… 130 00:10:31,958 --> 00:10:33,500 dan akan berjaya laluinya. 131 00:10:37,125 --> 00:10:39,083 Luaskan lingkungan kamu. 132 00:10:39,750 --> 00:10:43,000 Cari kelemahannya. Tawan. 133 00:10:45,125 --> 00:10:46,083 Menang. 134 00:10:46,708 --> 00:10:48,458 Kamu dah belajar. 135 00:10:50,250 --> 00:10:52,458 Awak boleh berhenti berpura-pura jadi mak saya. 136 00:10:53,833 --> 00:10:56,708 Selepas esok, saya bukan tanggungjawab awak lagi. 137 00:10:57,250 --> 00:10:58,875 Tak apa, salahkan saya. 138 00:10:59,375 --> 00:11:00,250 Bencilah saya. 139 00:11:02,208 --> 00:11:05,500 Saya tak memegang peranan ibu atau pahlawan yang bagus. 140 00:11:10,083 --> 00:11:12,375 Saya lebih suka yang ini. 141 00:11:55,583 --> 00:11:57,083 Ada yang dah sedar. 142 00:11:57,708 --> 00:11:59,625 Beritahu saya jika Taigen sedar. 143 00:12:00,375 --> 00:12:03,458 Disebabkan perantis kamu, kamu tak mati. 144 00:12:04,208 --> 00:12:06,208 Jiwa kamu degil. 145 00:12:10,458 --> 00:12:12,041 Saya bukan perantis Mizu. 146 00:12:15,083 --> 00:12:16,583 Adakah Taigen akan hidup? 147 00:12:17,916 --> 00:12:20,000 Jiwanya juga degil. 148 00:12:27,750 --> 00:12:29,375 Boleh saya bantu, tuan? 149 00:12:30,875 --> 00:12:33,333 Saya basuh baju awak. Awak pasti tak tahu ia kotor. 150 00:12:33,416 --> 00:12:36,125 Semua nampak lebih elok sekarang. Serta putih. 151 00:12:36,208 --> 00:12:37,750 Awak tahu asalnya ia warna putih? 152 00:12:37,833 --> 00:12:40,833 Tuan Eiji yang hebat patut pakai seluar dalam putih bersih. 153 00:12:40,916 --> 00:12:42,708 Terutamanya jika dia akan melatih saya. 154 00:12:44,333 --> 00:12:47,500 Kamu boleh bantu dengan berdiam diri. 155 00:12:48,041 --> 00:12:49,541 Ayah saya pun suka saya diam. 156 00:12:55,041 --> 00:12:56,041 Awak masih hidup. 157 00:12:56,875 --> 00:12:58,375 Semuanya sakit. 158 00:12:58,458 --> 00:12:59,666 Itu tanda yang baik. 159 00:13:00,875 --> 00:13:03,500 Garam dan isi perut ikan. 160 00:13:04,708 --> 00:13:05,875 Kohama? 161 00:13:05,958 --> 00:13:06,875 Berdekatan. 162 00:13:09,791 --> 00:13:12,541 Ini bengkel tempa Tuan Eiji. 163 00:13:13,250 --> 00:13:16,958 Jadi awak menghilang ke sinilah bertahun-tahun lalu. 164 00:13:17,833 --> 00:13:19,458 Di sinilah awak berlatih. 165 00:13:19,541 --> 00:13:22,375 Tiada siapa peduli jika saya kebuluran atau mati. 166 00:13:22,458 --> 00:13:23,416 Dia terima saya. 167 00:13:24,083 --> 00:13:25,750 Rehatlah. Saya akan kembali. 168 00:13:26,500 --> 00:13:29,333 Tunggu. Terima kasih sebab selamatkan saya. 169 00:13:30,083 --> 00:13:32,583 Sukar nak mengakuinya. 170 00:13:33,541 --> 00:13:35,083 Awak tak berhutang dengan saya. 171 00:13:47,500 --> 00:13:50,791 Cik Puan Itoh harap bersiar-siar ini dapat menenangkan hati cik. 172 00:13:50,875 --> 00:13:52,500 Lihatlah pepohon itu. 173 00:13:53,000 --> 00:13:55,708 Seolah-olah ia mekar khas untuk majlis perkahwinan ini. 174 00:13:55,791 --> 00:13:59,041 Pelacur pun bekerja siang dan malam. 175 00:14:03,708 --> 00:14:05,333 Berhenti! Berhenti di sini. 176 00:14:12,416 --> 00:14:14,250 Jauhnya awak dari kawasan awak. 177 00:14:15,208 --> 00:14:16,166 Ya, Puan Kaji. 178 00:14:16,250 --> 00:14:19,083 Ini saya. Atau saya perlu baca renga? 179 00:14:21,458 --> 00:14:22,333 Akemi? 180 00:14:23,375 --> 00:14:26,000 Akemi! Itu gigi untuk seorang isteri. 181 00:14:26,791 --> 00:14:31,000 Setiap pelanggan dalam negara datang ke Edo untuk Matsuri Musim Bunga 182 00:14:31,083 --> 00:14:32,875 dan perkahwinan diraja yang mewah. 183 00:14:32,958 --> 00:14:36,208 Kami sewa bilik di kedai teh di Yoshiwara. 184 00:14:36,291 --> 00:14:38,500 Kami bekerja sepanjang lebuh raya untuk ke sini. 185 00:14:38,583 --> 00:14:42,458 Melacur di semua 69 Stesen Nakasendo. 186 00:14:43,083 --> 00:14:47,083 Tapi kenapa awak di sini? Memakai lambang syogun? 187 00:14:48,375 --> 00:14:51,875 Nampaknya, perkahwinan diraja itu untuk saya. 188 00:14:52,583 --> 00:14:56,041 Tunggu. Perkahwinan itu perkahwinan awak? 189 00:14:56,125 --> 00:14:57,916 Dia memang puteri sebenar. 190 00:14:59,375 --> 00:15:02,708 Sudah tentu. Dia pasti tinggal di istana. 191 00:15:05,458 --> 00:15:07,958 Saya terperangkap, dikelilingi ular. 192 00:15:08,041 --> 00:15:10,541 Saya sanggup tukar tempat dengan awak sekarang. 193 00:15:10,625 --> 00:15:14,333 Kami kena layan kelangkang tua setiap lelaki di sini 194 00:15:14,416 --> 00:15:17,333 untuk beri penghormatan kepada keluarga baru awak. 195 00:15:17,416 --> 00:15:21,541 Awak cuma perlu layan satu, sentiasa bersih. 196 00:15:21,625 --> 00:15:22,875 Awak tak faham. 197 00:15:22,958 --> 00:15:25,333 Dia teruk? Dia lemah saja. 198 00:15:25,416 --> 00:15:28,083 Dia lelaki. Semua lelaki lemah. 199 00:15:28,583 --> 00:15:30,833 Lelaki teruk adalah yang paling lemah. 200 00:15:30,916 --> 00:15:34,625 Mereka berasmara dengan wanita dan fikir itu buat mereka berkuasa. 201 00:15:34,708 --> 00:15:37,125 Zakar mereka lemah saja. 202 00:15:37,875 --> 00:15:40,916 Terdedah. Awak sendiri dah nampak. 203 00:15:41,000 --> 00:15:43,833 Mereka nak dimanjakan, ditampar dan disusukan, 204 00:15:43,916 --> 00:15:46,625 kemudian berjalan mendada seperti dah tundukkan tentera. 205 00:15:46,708 --> 00:15:48,708 Pupuk kelemahannya. 206 00:15:48,791 --> 00:15:50,208 Jadi kekuatannya, 207 00:15:50,291 --> 00:15:52,750 dan dia akan menyembah awak. 208 00:15:54,041 --> 00:15:56,541 Saya tak tahu jika saya boleh buat begitu. 209 00:15:57,791 --> 00:16:00,500 Berhenti mengejar atau berlari daripada lelaki, 210 00:16:00,583 --> 00:16:03,541 dan putuskan apa awak mahu untuk diri awak. 211 00:16:05,375 --> 00:16:07,458 Saya nak kawal hidup saya. 212 00:16:07,541 --> 00:16:10,916 Kalau begitu, kawal dia, 213 00:16:11,583 --> 00:16:12,833 puteri. 214 00:16:25,125 --> 00:16:26,375 Kasihan. 215 00:16:26,458 --> 00:16:29,833 Lelaki kulit putih itu akan bunuh dia dengan yang lain. 216 00:16:34,833 --> 00:16:36,916 Saya takkan menyusahkan awak terlalu lama. 217 00:16:37,583 --> 00:16:39,583 Kamu pernah tinggal di sini. 218 00:16:40,750 --> 00:16:43,375 Saya tiada tempat sehingga saya balas dendam. 219 00:16:44,000 --> 00:16:45,791 Untuk itu, saya perlukan pedang saya. 220 00:16:50,833 --> 00:16:52,416 Boleh cantumkan semula? 221 00:16:52,916 --> 00:16:53,750 Tidak. 222 00:16:54,333 --> 00:16:56,000 Patah tetap patah. 223 00:16:56,916 --> 00:16:59,583 Ia perlu dicairkan semula dan ditempa semula. 224 00:17:00,166 --> 00:17:02,916 Pedang kamu patah kerana adunannya salah. 225 00:17:03,583 --> 00:17:04,750 Ia sempurna. 226 00:17:04,833 --> 00:17:06,250 Ia terlalu tulen. 227 00:17:08,166 --> 00:17:11,000 Logam kamu perlu diadun dengan keluli baru. 228 00:17:11,625 --> 00:17:13,208 Ada keluli untuk saya? 229 00:17:13,291 --> 00:17:14,208 Tidak. 230 00:17:14,708 --> 00:17:16,250 Beri saya pedang. 231 00:17:16,750 --> 00:17:17,583 Tidak. 232 00:17:18,208 --> 00:17:21,625 Kemarahan dalam diri kamu tak terkawal. 233 00:17:24,916 --> 00:17:26,958 Saya bukan budak yang awak pernah kenal. 234 00:17:27,458 --> 00:17:28,291 Tidak. 235 00:17:28,875 --> 00:17:31,583 Budak itu akan lari kalau nampak kamu. 236 00:17:32,541 --> 00:17:35,500 Budak itu faham erti pedang, 237 00:17:36,083 --> 00:17:38,250 garis pemisah antara hidup dan mati. 238 00:17:39,958 --> 00:17:41,791 Saya tak ada keluli untuk kamu. 239 00:17:47,041 --> 00:17:48,708 Jadi saya akan buat sendiri. 240 00:18:20,708 --> 00:18:23,083 Mizu! 241 00:19:18,833 --> 00:19:20,791 Bagaimana awak tahu saya di sini? 242 00:19:20,875 --> 00:19:23,708 Alat yang kamu guna untuk menggantikan tangan, 243 00:19:24,541 --> 00:19:25,583 siapa yang buat? 244 00:19:29,208 --> 00:19:30,041 Saya. 245 00:19:30,583 --> 00:19:31,416 Kenapa? 246 00:19:31,958 --> 00:19:32,875 Untuk jadi berguna. 247 00:19:33,375 --> 00:19:34,416 Setakat itu saja? 248 00:19:42,041 --> 00:19:44,708 Saya nak jadi samurai. Saya nak jadi hebat. 249 00:19:48,000 --> 00:19:50,916 Kebanyakan orang ketawa apabila saya beritahu itu. 250 00:19:51,583 --> 00:19:52,708 Lucukah? 251 00:19:53,500 --> 00:19:55,041 Samurai perlukan tangan. 252 00:19:55,666 --> 00:19:56,958 Yakah? 253 00:19:57,041 --> 00:19:59,250 Seperti pembuat pedang perlukan mata? 254 00:20:02,000 --> 00:20:03,208 Tangan kamu. 255 00:20:04,791 --> 00:20:07,166 Kemalangan atau sejak lahir? 256 00:20:07,875 --> 00:20:08,708 Kelahiran. 257 00:20:09,958 --> 00:20:10,791 Mata awak? 258 00:20:11,833 --> 00:20:12,833 Kebakaran. 259 00:20:16,166 --> 00:20:18,083 Sekarang, api patuh pada awak. 260 00:21:11,416 --> 00:21:14,333 Awak buat kerja sepanjang malam. Awak mesti lapar. 261 00:21:17,583 --> 00:21:20,000 Ladu ikan terkenal pak cik tua Itagaki. 262 00:21:20,666 --> 00:21:22,625 Satu-satunya benda baik tentang Kohama. 263 00:21:23,875 --> 00:21:25,833 Saya tak pernah cuba. 264 00:21:25,916 --> 00:21:29,166 Ingat tak? Saya cuma anjing yang makan sisa longkang. 265 00:21:33,833 --> 00:21:34,708 Pedang awak. 266 00:21:35,416 --> 00:21:37,208 Keluli itu tak terbentuk untuk saya. 267 00:21:37,708 --> 00:21:38,541 Jadi? 268 00:21:39,041 --> 00:21:40,083 Awak perlu kejar 269 00:21:40,166 --> 00:21:42,416 si Fowler tak guna itu sebelum terlambat. 270 00:21:42,500 --> 00:21:45,291 "Pedang ialah jiwa samurai." 271 00:21:45,375 --> 00:21:48,708 Taklah, mereka cuma sebut saja itu pada pelajar tahun pertama di dojo. 272 00:21:48,791 --> 00:21:51,416 Awak bagus. Mungkin lebih baik daripada saya. 273 00:21:52,125 --> 00:21:55,208 Tiada siapa lebih baik daripada saya. 274 00:21:56,875 --> 00:21:58,791 Senjata itu tak penting. 275 00:22:00,791 --> 00:22:02,375 Awak boleh pukul dia guna tukul. 276 00:22:02,875 --> 00:22:04,166 Nah. Bangun. 277 00:22:04,750 --> 00:22:07,166 Tuan Eiji tak suka awak alihkan barang. 278 00:22:13,000 --> 00:22:15,083 Saya terlalu sakit untuk berlawan. 279 00:22:24,250 --> 00:22:26,250 Awak fikir boleh kalahkan saya dua kali? 280 00:22:44,916 --> 00:22:45,916 Maaf. 281 00:22:50,375 --> 00:22:51,916 Awak tak perlu minta maaf. 282 00:22:54,416 --> 00:22:55,291 Taigen? 283 00:22:56,166 --> 00:22:57,833 Saya rindukan Akemi agaknya. 284 00:23:00,958 --> 00:23:02,958 Saya nak beritahu awak sesuatu. 285 00:23:12,083 --> 00:23:14,000 Awak takkan jumpa Akemi lagi. 286 00:23:14,083 --> 00:23:15,000 Apa? 287 00:23:15,083 --> 00:23:17,583 Dia di Edo, akan mengahwini Takayoshi Itoh. 288 00:23:18,083 --> 00:23:19,666 Macam mana awak tahu? 289 00:23:19,750 --> 00:23:22,541 Saya di situ semasa pengawal Tokunobu bawa dia pergi. 290 00:23:23,041 --> 00:23:25,416 Dia cari saya untuk selamatkan pertunangan kamu. 291 00:23:25,500 --> 00:23:27,333 Awak biar mereka ambil dia? 292 00:23:27,416 --> 00:23:29,208 Ia demi kebaikan dia. 293 00:23:31,000 --> 00:23:32,083 Saya perlu ke Edo. 294 00:23:32,166 --> 00:23:35,833 Tidak. Ia terlalu bahaya. Fowler merancang untuk menyerang Istana Edo. 295 00:23:35,916 --> 00:23:36,750 Apa? 296 00:23:36,833 --> 00:23:40,583 Saya nampak rancangannya. Dia ada tentera yang bersenjatakan senapang asing. 297 00:23:40,666 --> 00:23:43,125 Dia bijak. Dia akan menyerang semasa Majlis Orang Tua. 298 00:23:43,208 --> 00:23:45,291 Awak dah tahu selama ini. 299 00:23:46,125 --> 00:23:49,416 Syogun dalam bahaya. Akemi dalam bahaya. 300 00:23:49,500 --> 00:23:51,625 Awak samurai jenis apa? 301 00:23:51,708 --> 00:23:54,041 Saya akan bunuh Fowler. 302 00:23:54,125 --> 00:23:55,250 Bukan sebab maruah. 303 00:23:55,833 --> 00:23:56,750 Sebab benci. 304 00:23:57,291 --> 00:23:58,791 Awak memang syaitan. 305 00:24:05,833 --> 00:24:08,041 Saya akan ke Edo untuk beri amaran kepada syogun, 306 00:24:08,125 --> 00:24:10,958 kemudian saya akan cari awak dan bunuh awak. 307 00:24:21,541 --> 00:24:24,000 Hadiah terhebat yang saya pernah terima 308 00:24:24,083 --> 00:24:27,916 ialah daripada Cik Puan Itoh, dia beri saya dua anak lelaki. 309 00:24:28,000 --> 00:24:29,916 Jadi, jika saya mati, 310 00:24:30,000 --> 00:24:32,625 ia takkan memberi kesan kepada negara, 311 00:24:32,708 --> 00:24:34,958 tak perlulah susah payah berdoa. 312 00:24:36,833 --> 00:24:42,500 Dengan sukacitanya saya tawarkan tempat untuk meraikan penyatuan anak kedua saya, 313 00:24:42,583 --> 00:24:44,166 Takayoshi Itoh, 314 00:24:44,250 --> 00:24:48,708 dengan satu-satunya anak perempuan Tuan Daichi Tokunobu. 315 00:24:49,875 --> 00:24:54,208 Kamu semua di sini kerana dah membuktikan kesetiaan kamu kepada syogun. 316 00:24:54,291 --> 00:24:58,250 Semoga pengantin perempuan setia dengan saya sama seperti puak kamu. 317 00:24:59,541 --> 00:25:02,583 Semoga rahimnya subur seperti ladang kamu. 318 00:25:14,166 --> 00:25:15,000 Sayang, 319 00:25:15,625 --> 00:25:19,375 makanan kamu disediakan khas untuk kamu. 320 00:25:26,583 --> 00:25:30,000 Hati arnab dalam velute air mani kuda. 321 00:25:30,083 --> 00:25:31,291 Untuk kesuburan. 322 00:25:32,000 --> 00:25:34,666 Saya harap kamu boleh uruskan tugas kamu 323 00:25:34,750 --> 00:25:35,958 sebagai isteri Itoh. 324 00:25:41,166 --> 00:25:43,166 Saya boleh uruskan apa saja. 325 00:25:48,333 --> 00:25:51,083 Otak musang sejuk untuk kebijaksanaan. 326 00:25:53,000 --> 00:25:55,666 Sup pekat daripada darah janin khinzir. 327 00:25:55,750 --> 00:25:57,916 Untuk keremajaan dan tenaga. 328 00:26:05,500 --> 00:26:08,708 Ini permintaan suami kamu. 329 00:26:09,833 --> 00:26:11,875 Budak yang baik. 330 00:26:49,500 --> 00:26:52,208 Jadi semuanya berderai. 331 00:26:53,791 --> 00:26:54,916 Keluli kamu. 332 00:26:55,916 --> 00:26:58,166 Mungkin syaitan tak boleh buat keluli. 333 00:26:59,208 --> 00:27:00,291 Yakah? 334 00:27:02,458 --> 00:27:05,083 Dunia anggap saya raksasa terkutuk. 335 00:27:05,666 --> 00:27:06,541 Onryō. 336 00:27:07,125 --> 00:27:08,916 Ibu saya sendiri pun anggap begitu… 337 00:27:09,625 --> 00:27:11,000 dan tak mampu sayang saya. 338 00:27:12,000 --> 00:27:13,291 Mungkin mereka betul. 339 00:27:14,125 --> 00:27:16,666 Saya tak latih kamu jadi syaitan 340 00:27:17,250 --> 00:27:18,166 atau manusia. 341 00:27:19,000 --> 00:27:21,375 Saya ajar kamu cara jadi artis. 342 00:27:22,375 --> 00:27:25,041 Menjadi artis hanya perlu buat satu perkara. 343 00:27:27,916 --> 00:27:28,833 Tengoklah saya. 344 00:27:29,708 --> 00:27:32,791 Tak boleh berlawan, menenun, atau berkebun. 345 00:27:33,416 --> 00:27:34,708 Saya buat pedang. 346 00:27:35,208 --> 00:27:38,375 Saya masak untuk kekuatan untuk menghasilkan pedang yang bagus. 347 00:27:39,416 --> 00:27:43,458 Saya belajar sutra untuk bersihkan hati dan buat pedang yang bagus. 348 00:27:44,333 --> 00:27:46,333 Awak fikir balas dendam satu seni? 349 00:27:46,916 --> 00:27:50,000 Pedang, periuk, mi, kematian. 350 00:27:50,708 --> 00:27:52,958 Semuanya sama bagi seorang artis. 351 00:27:54,291 --> 00:27:55,916 Jadi saya artis yang teruk. 352 00:27:58,125 --> 00:28:01,375 Seorang artis berikan segalanya kepada seni, 353 00:28:01,458 --> 00:28:02,333 kesemuanya. 354 00:28:04,250 --> 00:28:06,791 Kekuatan dan kekurangan kamu, 355 00:28:06,875 --> 00:28:10,125 kasih sayang dan keaiban kamu. 356 00:28:11,375 --> 00:28:13,333 Mungkin orang yang kamu kumpul. 357 00:28:16,000 --> 00:28:18,916 Saya buat pedang terbaik semasa saya ada perantis. 358 00:28:20,375 --> 00:28:22,125 Saya ingat saya menjengkelkan awak. 359 00:28:22,708 --> 00:28:23,833 Kedua-duanya benar. 360 00:28:26,041 --> 00:28:30,125 Mungkin ada syaitan dalam diri kamu, tapi ada lebih lagi daripada itu. 361 00:28:30,916 --> 00:28:33,000 Jika kamu tak menyeru kesemuanya, 362 00:28:33,625 --> 00:28:35,458 syaitan akan mengawalnya, 363 00:28:35,958 --> 00:28:37,958 dan seni kamu akan terjejas. 364 00:28:38,958 --> 00:28:40,458 Jadi apa saya perlu buat? 365 00:28:41,541 --> 00:28:43,583 Saya cuma tahu buat pedang. 366 00:28:44,166 --> 00:28:46,500 Setiap pagi, saya nyalakan api. 367 00:28:47,750 --> 00:28:49,791 Dan mula semula. 368 00:29:27,666 --> 00:29:30,666 Seperti tauhu yang sedia untuk dimakan. 369 00:29:31,250 --> 00:29:33,666 Tuan Takayoshi hantar hadiah kepada awak. 370 00:29:34,333 --> 00:29:36,583 Memandangkan awak nikmati makan malam, 371 00:29:36,666 --> 00:29:39,166 dia sediakan sarapan dan makan tengah hari. 372 00:29:51,708 --> 00:29:55,375 Kelakarkah menyeksa saya? Bunuh burung dan suruh saya makan? 373 00:29:55,458 --> 00:29:56,750 Beri saya dua lagi? 374 00:29:59,458 --> 00:30:00,666 Cakaplah sesuatu. 375 00:30:00,750 --> 00:30:02,791 Atau saya tak layak bercakap dengan awak? 376 00:30:06,083 --> 00:30:08,458 Saya minta maaf 377 00:30:09,833 --> 00:30:11,750 bagi pihak mak saya. 378 00:30:30,166 --> 00:30:31,000 Begitu. 379 00:30:32,625 --> 00:30:34,291 Hadiah awak ikhlas. 380 00:30:35,125 --> 00:30:37,625 Sudikah suami saya maafkan saya kerana pukul dia? 381 00:30:44,000 --> 00:30:46,791 Suami saya tiada sebab untuk rasa malu dengan isterinya 382 00:30:47,541 --> 00:30:49,500 dan tak perlu terburu-buru untuk bercakap. 383 00:30:50,083 --> 00:30:53,083 Tutor saya yang paling bijak gagap orangnya. 384 00:30:53,166 --> 00:30:54,666 Kurang ketawa, 385 00:30:55,166 --> 00:30:58,375 tapi saya tahu disebabkan dia terlalu banyak berfikir, 386 00:30:58,458 --> 00:31:00,250 dia tak laju berkata-kata. 387 00:31:01,500 --> 00:31:03,250 Apabila dia membaca puisi, 388 00:31:03,333 --> 00:31:07,125 kata-katanya penuh makna dan buat saya bersemangat. 389 00:31:07,916 --> 00:31:10,750 Saya sukakan dia. 390 00:31:12,666 --> 00:31:13,500 Sekali lagi, 391 00:31:14,166 --> 00:31:17,000 sudikah suami saya maafkan saya kerana pukul dia? 392 00:31:18,875 --> 00:31:20,000 Ya. 393 00:31:21,583 --> 00:31:24,291 Bolehkah suami saya membaca untuk saya? 394 00:31:54,958 --> 00:31:55,833 Ringo. 395 00:32:01,500 --> 00:32:03,250 Awak tahu Sutra Hati? 396 00:32:05,625 --> 00:32:08,833 "Jasad adalah kekosongan, dan kekosongan adalah jasad." 397 00:32:09,416 --> 00:32:11,416 "Semuanya kosong." 398 00:32:12,000 --> 00:32:14,833 "Tiada yang dilahirkan, tiada yang rosak…" 399 00:32:26,916 --> 00:32:29,500 Ada beberapa perkara yang saya tak boleh buat sendiri. 400 00:32:58,458 --> 00:32:59,750 Saya nak dengar suara awak. 401 00:33:03,625 --> 00:33:04,458 Ayuh. 402 00:33:08,708 --> 00:33:11,750 "Kalau cuma untuk malam ini." 403 00:33:13,291 --> 00:33:14,958 "Marilah kita kongsi bantal ini." 404 00:33:18,666 --> 00:33:21,166 "Kerana saya telah lama mengembara 405 00:33:22,416 --> 00:33:26,583 di laluan impian saya untuk mencari realiti." 406 00:34:46,458 --> 00:34:49,875 Saya dah periksa setiap bot dan pedati di setiap pantai. 407 00:34:50,500 --> 00:34:51,875 Tak jumpa apa-apa. 408 00:34:53,000 --> 00:34:55,083 Tiada senapang barat di Jepun. 409 00:34:55,583 --> 00:34:58,291 Saya khuatir orang kulit putih awak itu penipu, 410 00:34:58,375 --> 00:35:00,625 dan awak sedang menuju kematian. 411 00:35:03,500 --> 00:35:04,333 Surat? 412 00:35:05,208 --> 00:35:06,291 Urusan perniagaan. 413 00:35:06,958 --> 00:35:10,041 Selesaikan urusan awak. Saya nak tunjuk sesuatu. 414 00:35:10,916 --> 00:35:13,083 Mainan baru yang berkilat. 415 00:35:15,541 --> 00:35:17,958 Saya minta dua orang yang dihukum. 416 00:35:18,041 --> 00:35:19,416 Mereka hantar empat. 417 00:35:19,500 --> 00:35:21,166 Seronok rasa dihormati. 418 00:35:31,291 --> 00:35:32,500 Teruskan! 419 00:35:33,250 --> 00:35:34,833 Buat yang paling teruk. 420 00:35:45,500 --> 00:35:46,333 Giliran saya. 421 00:35:46,875 --> 00:35:49,791 Masa untuk uji senapang kita. 422 00:35:50,875 --> 00:35:51,833 Senapang kita? 423 00:35:52,375 --> 00:35:55,250 Saya tak faham. Ada di mana? 424 00:35:58,875 --> 00:36:00,166 Ada di sini. 425 00:36:00,250 --> 00:36:02,375 Saya perlu ubah suai reka bentuknya 426 00:36:02,458 --> 00:36:06,833 untuk bawa 2,000 senapang dari negara saya ke negara awak tanpa diketahui. 427 00:36:06,916 --> 00:36:10,166 Sejarah negara saya ialah penderitaan. 428 00:36:10,250 --> 00:36:12,250 Saya masih kecil ketika puak Tudor 429 00:36:12,333 --> 00:36:16,083 bakar makanan yang pemberontak di bawah O'Neill nak makan. 430 00:36:16,166 --> 00:36:18,416 Kami kebuluran. Semua orang kebuluran. 431 00:36:18,500 --> 00:36:21,666 Mulut si mati berwarna hijau kerana mengunyah jelatang. 432 00:36:21,750 --> 00:36:23,500 Awak jadi bijak ketika kebuluran. 433 00:36:23,583 --> 00:36:25,666 Ibu bapa saya mati awal. 434 00:36:25,750 --> 00:36:28,875 Tinggalkan saya dan adik saya menangkap tikus. 435 00:36:29,375 --> 00:36:33,791 Tikus-tikus itu cepat kehabisan. Saya beri adik saya makan darah saya. 436 00:36:33,875 --> 00:36:36,500 Dia dapat hidup lagi dua minggu. 437 00:36:37,125 --> 00:36:38,708 Saya tak tidur selama tiga hari 438 00:36:38,791 --> 00:36:43,000 untuk lindungi tubuhnya daripada orang kelaparan sehingga tanah mencair. 439 00:36:43,541 --> 00:36:46,458 Saya potong buah pinggangnya dan tanam dia. 440 00:36:47,291 --> 00:36:49,166 Kunyah ia macam kacang. 441 00:36:49,250 --> 00:36:55,083 Sejak kejadian itu, setiap kali saya makan saya akan teringat tentang gigitan itu. 442 00:36:55,625 --> 00:36:59,166 Itu perkara terakhir saya buat kerana terpaksa. 443 00:37:00,250 --> 00:37:02,583 Saya kawal hidup saya sekarang. 444 00:37:05,291 --> 00:37:06,250 Setiap gigitan. 445 00:37:31,666 --> 00:37:34,875 Tuan Chiba cuba curi senapang saya. 446 00:37:34,958 --> 00:37:38,375 Saya rasa dia nak mengetuai rampasan kuasa kita tanpa kita. 447 00:37:40,125 --> 00:37:41,458 Awak mahu ibu jarinya? 448 00:37:45,083 --> 00:37:46,708 Bagaimana dengan askarnya? 449 00:37:46,791 --> 00:37:48,416 Mereka askar awak sekarang. 450 00:37:49,416 --> 00:37:51,833 Nampaknya kita kehilangan orang dalam. 451 00:37:52,583 --> 00:37:55,375 Nampaknya awak perlu buat kerja Chiba di istana. 452 00:37:59,000 --> 00:38:00,291 Awak boleh buat? 453 00:38:18,083 --> 00:38:21,500 Pedang daripada keluli ini mampu membunuh dewa. 454 00:38:23,375 --> 00:38:26,666 Kamu akan hasilkan pedang sesuai dengan tujuan kamu. 455 00:38:28,208 --> 00:38:30,125 Tidak. Betul cakap awak. 456 00:38:30,625 --> 00:38:32,708 Saya tak layak dapat pedang. Belum lagi. 457 00:38:34,291 --> 00:38:35,625 Keluli ini untuk awak. 458 00:38:37,083 --> 00:38:40,333 Saya mesti pergi ke Edo dan bunuh lelaki yang saya sumpah untuk bunuh. 459 00:38:40,416 --> 00:38:42,458 Jika saya berjaya dan masih hidup, 460 00:38:42,541 --> 00:38:43,666 saya akan kembali. 461 00:38:43,750 --> 00:38:46,833 Awak boleh tentukan jika saya layak untuk pedang besi 462 00:38:47,333 --> 00:38:48,875 buatan tangan awak ini. 463 00:38:55,291 --> 00:38:57,791 Maafkan saya kerana perlu pergi, Tuan Eiji. 464 00:38:57,875 --> 00:38:59,875 Saya tahu awak teruja nak jadi guru saya, 465 00:38:59,958 --> 00:39:01,333 mungkin selama bertahun-tahun. 466 00:39:01,916 --> 00:39:03,375 Tapi mahaguru perlukan saya. 467 00:39:10,416 --> 00:39:12,125 Selamat tinggal, Penghulu Pedang. 468 00:39:22,000 --> 00:39:23,958 Selamat tinggal, Penghulu Pedang! 469 00:39:39,041 --> 00:39:42,750 Ambil barang-barang kamu. Khidmat kamu tak diperlukan lagi. 470 00:39:43,541 --> 00:39:46,416 Beritahu Cik Puan Itoh, dia boleh berhenti aturkan makanan saya 471 00:39:46,500 --> 00:39:47,583 dan peneman saya. 472 00:39:49,458 --> 00:39:51,083 Tapi siapa akan layan awak? 473 00:39:57,291 --> 00:39:59,250 Puteri perintahkan untuk kami menghadap. 474 00:40:00,791 --> 00:40:02,166 Ini bukan perintah. 475 00:40:02,791 --> 00:40:05,166 Ini rundingan perniagaan, Puan Kaji. 476 00:40:05,708 --> 00:40:07,208 Saya dah ada duit sendiri 477 00:40:07,291 --> 00:40:09,500 dan saya nak beli kontrak gadis-gadis awak. 478 00:40:10,250 --> 00:40:11,166 Semuanya. 479 00:40:13,416 --> 00:40:15,791 Lima kali ganda hutang mereka pada awak. 480 00:40:15,875 --> 00:40:17,625 Apa syaratnya? 481 00:40:17,708 --> 00:40:18,833 Tiada syarat 482 00:40:18,916 --> 00:40:22,708 melainkan setiap wanita ini anggap diri mereka bebas dan bebas untuk pergi. 483 00:40:25,000 --> 00:40:26,791 Saya tak perlu jadi pelacur? 484 00:40:27,541 --> 00:40:29,375 Awak tak berhutang dengan kami. 485 00:40:29,458 --> 00:40:30,291 Tidak. 486 00:40:30,833 --> 00:40:34,083 Tapi nampaknya saya dah putuskan apa yang saya mahu untuk diri saya. 487 00:40:34,166 --> 00:40:37,041 Saya juga perlukan pembantu baru. 488 00:40:37,583 --> 00:40:40,791 Gaji lumayan, baju baru. Tapi perlu tinggal di sini. 489 00:40:43,125 --> 00:40:45,958 Di sini? Di istana awak? 490 00:40:46,708 --> 00:40:50,125 Ada peluang di sini. Tapi banyak yang saya perlu belajar. 491 00:40:50,208 --> 00:40:52,166 Saya perlukan kawan yang boleh dipercayai. 492 00:40:52,250 --> 00:40:54,208 Kawan yang banyak pengalaman. 493 00:41:04,500 --> 00:41:06,833 Ini perkara terbaik pernah berlaku kepada saya. 494 00:41:07,416 --> 00:41:09,916 Aduhai. Sukar dipercayai. 495 00:41:13,916 --> 00:41:16,166 Saya maksudkannya. Kalau tak nak tinggal di sini… 496 00:41:17,500 --> 00:41:19,375 Saya layan awak dengan teruk, 497 00:41:20,125 --> 00:41:22,083 tapi awak buat begini untuk saya? 498 00:41:23,916 --> 00:41:27,333 Tolonglah. Akemi, tolong dengar cakap saya. 499 00:41:27,416 --> 00:41:28,750 Awak harus pergi. 500 00:41:29,291 --> 00:41:31,166 Awak dalam bahaya. 501 00:41:34,583 --> 00:41:37,125 Ayah, saya tak tahu nak buat apa selain jumpa ayah. 502 00:41:37,208 --> 00:41:39,875 Beritahu dia apa awak beritahu saya. Teruskan. 503 00:41:41,041 --> 00:41:43,666 Ada komplot menentang syogun. 504 00:41:43,750 --> 00:41:46,666 Seorang lelaki kulit putih merancang untuk menyerang Istana Edo 505 00:41:46,750 --> 00:41:49,250 dan bunuh Syogun Itoh dan seluruh keluarganya. 506 00:41:49,333 --> 00:41:51,375 Semua orang dalam tembok istana. 507 00:41:51,458 --> 00:41:54,416 Dia ada tentera, senapang asing, 508 00:41:54,500 --> 00:41:56,208 rakan subahat dalam istana. 509 00:41:58,041 --> 00:41:59,166 Dia ada sebut bila? 510 00:41:59,708 --> 00:42:01,208 Perhimpunan bangsawan. 511 00:42:01,291 --> 00:42:03,291 Tuan perlu pergi sekarang. 512 00:42:06,083 --> 00:42:07,041 Terima kasih. 513 00:42:07,125 --> 00:42:09,166 Awak dah selamatkan kami semua, 514 00:42:09,250 --> 00:42:10,583 termasuk anak saya. 515 00:42:11,625 --> 00:42:13,000 Siapa lagi yang tahu? 516 00:42:14,500 --> 00:42:15,333 Tiada sesiapa. 517 00:42:15,958 --> 00:42:17,583 Terima kasih banyak-banyak. 518 00:42:26,791 --> 00:42:27,625 Ise. 519 00:42:29,416 --> 00:42:31,250 Ayah dah cakap percayakan ayah. 520 00:42:32,791 --> 00:42:36,000 Kamu takkan berkahwin lama dengan lelaki yang teruk. 521 00:42:45,375 --> 00:42:47,250 Kamu ahli Puak Itoh sekarang. 522 00:42:47,916 --> 00:42:52,000 Rakyat akan bersatu menyokong kamu apabila syogun dan anak-anaknya dah tiada, 523 00:42:52,916 --> 00:42:55,291 dan kuasa mereka akan jatuh kepada ayah… 524 00:42:57,291 --> 00:42:59,208 dikongsi dengan rakan baru ayah. 525 00:42:59,708 --> 00:43:01,375 Ramai akan mati. 526 00:43:03,125 --> 00:43:06,500 Kamu akan selamat di sini sehingga ia berakhir. 527 00:43:07,750 --> 00:43:10,416 Kemudian, kamu boleh berterima kasih kepada ayah. 528 00:43:13,583 --> 00:43:14,750 Tidak!