1
00:02:04,083 --> 00:02:06,585
Tidak! Kakak!
2
00:02:07,461 --> 00:02:08,754
Kakak!
3
00:02:17,972 --> 00:02:19,348
Kakak.
4
00:02:48,043 --> 00:02:49,628
Helo, puan.
5
00:02:49,712 --> 00:02:52,715
Mak, ini guru kelas sementara kami,
6
00:02:52,798 --> 00:02:54,383
En. Wu Chan-il.
7
00:02:54,466 --> 00:02:58,512
En. Wu, ini mak saya.
Dia lebih cantik daripada Ji-yun.
8
00:03:03,726 --> 00:03:05,060
Kenapa, mak?
9
00:03:11,567 --> 00:03:13,694
Puan tak apa-apa?
10
00:03:13,777 --> 00:03:16,280
Kenapa, Ju-ran?
11
00:03:21,035 --> 00:03:22,202
Hentikan.
12
00:03:22,953 --> 00:03:24,455
Hentikan!
13
00:03:25,164 --> 00:03:26,540
Seung-jae.
14
00:03:26,624 --> 00:03:30,252
Kamu nak ke pameran permainan di Busan
dan bukannya ke kem, bukan?
15
00:03:30,336 --> 00:03:34,340
Pergilah dengan ayah kamu.
Mak akan benarkan. Boleh, bukan?
16
00:03:34,423 --> 00:03:37,343
Kenapa dengan mak? Kenapa mak buat begini?
17
00:03:37,426 --> 00:03:38,677
Saya akan sertai kem itu.
18
00:03:38,761 --> 00:03:40,721
Tak kira apa pun.
19
00:03:40,804 --> 00:03:42,139
Mak merayu, Seung-jae.
20
00:03:44,224 --> 00:03:45,267
Beritahu sebabnya.
21
00:03:46,185 --> 00:03:48,228
Mak berkelakuan pelik. Mak tahu?
22
00:03:48,938 --> 00:03:50,856
Mak menakutkan saya kebelakangan ini.
23
00:03:50,940 --> 00:03:53,400
Kenapa mak berkelakuan begini?
24
00:03:53,484 --> 00:03:54,526
Apa pula kali ini?
25
00:03:56,403 --> 00:03:58,822
Mak buat saya gila, ayah.
26
00:04:00,324 --> 00:04:02,284
Tentang cikgu itu lagi?
27
00:04:02,368 --> 00:04:05,829
Dia cuma kebetulan tinggal
di sebelah rumah awak.
28
00:04:07,456 --> 00:04:10,459
Kenapa awak tak percayakan saya?
29
00:04:10,542 --> 00:04:11,794
Sayang.
30
00:04:11,877 --> 00:04:13,712
Saya tak nak dia dekati Seung-jae.
31
00:04:14,630 --> 00:04:16,423
Ia buat saya resah.
32
00:04:20,177 --> 00:04:22,554
Saya rasa seperti
ada sesuatu akan berlaku.
33
00:04:29,103 --> 00:04:31,522
Saya balik lewat malam ini.
Makan dulu tanpa saya.
34
00:05:24,950 --> 00:05:30,414
Seung-jae.
35
00:05:48,057 --> 00:05:51,268
Satu, dua, tiga, empat, lima. Lulus.
36
00:05:51,351 --> 00:05:53,771
Lulus. Kamu semua lulus.
37
00:06:12,831 --> 00:06:13,916
Mak?
38
00:07:00,629 --> 00:07:04,758
AYAH SEUNG-JAE, PANGGILAN TIDAK DIJAWAB
29 LAGI PEMBERITAHUAN
39
00:07:13,684 --> 00:07:16,895
Sebelum ini, cikgu Seung-jae.
Kali ini, saya pula.
40
00:07:16,979 --> 00:07:19,606
Siapa seterusnya? Seung-jae?
41
00:07:22,943 --> 00:07:24,653
Bukan begitu, sayang.
42
00:07:24,736 --> 00:07:26,280
Apa lagi...
43
00:07:26,363 --> 00:07:29,283
Apa lagi saya perlu buat?
44
00:07:29,366 --> 00:07:30,617
Awak tahu?
45
00:07:30,701 --> 00:07:33,537
Saya pun boleh naik bosan.
46
00:07:47,676 --> 00:07:51,805
PHARMSERIN
47
00:07:55,809 --> 00:07:56,810
{\an8}Cik Oh Hae-su.
48
00:08:08,780 --> 00:08:13,452
Saya perlu lihat rakaman
kamera keselamatan itu.
49
00:09:04,044 --> 00:09:06,672
Ada rakaman sewaktu dia balik juga, bukan?
50
00:09:09,716 --> 00:09:10,717
Ya.
51
00:09:16,265 --> 00:09:17,599
Saya nak minta bantuan awak.
52
00:09:18,934 --> 00:09:21,520
Berkenaan rakaman ini, jangan...
53
00:09:24,022 --> 00:09:26,233
Saya pun bukannya
ada kenalan nak beritahu.
54
00:09:28,443 --> 00:09:29,778
Terima kasih.
55
00:09:38,245 --> 00:09:40,372
Awak nak minum teh?
56
00:09:46,545 --> 00:09:48,964
Lain kali saja. Saya pergi dulu.
57
00:09:57,889 --> 00:09:58,974
Hei.
58
00:10:00,726 --> 00:10:02,811
Boleh saya minta satu lagi bantuan?
59
00:11:10,837 --> 00:11:12,047
Dengar baik-baik.
60
00:11:13,423 --> 00:11:14,758
Suami awak...
61
00:11:15,884 --> 00:11:17,219
telah bunuh suami saya.
62
00:11:20,305 --> 00:11:22,140
Saya nak awak jelaskan
63
00:11:23,809 --> 00:11:25,477
apa maksud awak di pengebumian itu.
64
00:11:30,148 --> 00:11:33,735
Awak nak tercegat saja di situ?
65
00:12:08,854 --> 00:12:10,063
Duduklah.
66
00:12:20,490 --> 00:12:23,118
Saya tiada di rumah
selama beberapa hari, jadi tiada...
67
00:12:24,411 --> 00:12:26,746
Awak tak kisah makan buah
dari majlis pengebumian?
68
00:12:33,545 --> 00:12:38,675
Awak yang mesej suami saya
malam itu, bukan?
69
00:12:46,099 --> 00:12:47,601
Ya, saya yang mesej.
70
00:12:52,063 --> 00:12:54,107
Bagaimana awak kenal suami saya?
71
00:12:55,317 --> 00:12:56,443
Saya tak kenal pun.
72
00:12:58,320 --> 00:12:59,404
Mustahil saya kenal
73
00:12:59,488 --> 00:13:01,156
lelaki yang baru saja saya jumpa.
74
00:13:02,657 --> 00:13:03,950
Jadi kenapa awak...
75
00:13:07,787 --> 00:13:08,788
buat saya begitu?
76
00:13:08,872 --> 00:13:11,041
Sebab saya perlu mula menyiasat.
77
00:13:13,460 --> 00:13:17,422
Aiskrim ini sekeras batu.
78
00:13:17,506 --> 00:13:19,674
Tolong jelaskan supaya saya faham.
79
00:13:24,012 --> 00:13:27,933
Kalau saya beritahu awak,
awak pasti awak boleh terima?
80
00:13:32,812 --> 00:13:34,189
Saya perlu tahu.
81
00:13:35,899 --> 00:13:37,400
Sebab ia berkaitan suami saya.
82
00:13:46,034 --> 00:13:47,577
Berkaitan suami saya juga.
83
00:13:49,538 --> 00:13:50,914
Walaupun dia dah mati.
84
00:14:08,974 --> 00:14:10,600
Susah nak jelaskan.
85
00:14:13,562 --> 00:14:14,813
Awak nak lihat sendiri?
86
00:14:14,896 --> 00:14:18,108
Apa awak cuba buat?
87
00:14:20,193 --> 00:14:21,194
Beritahu saya.
88
00:14:26,616 --> 00:14:28,118
Awak memang baik.
89
00:14:31,288 --> 00:14:33,081
Hei, semua. Mari pergi sekarang.
90
00:14:33,164 --> 00:14:35,500
- Awak dah rakam semuanya?
- Ya.
91
00:14:35,584 --> 00:14:37,794
- Kemas semuanya.
- Okey.
92
00:14:40,005 --> 00:14:41,590
Hei, mari pergi.
93
00:15:09,576 --> 00:15:12,078
HOSPITAL UNIVERSITI SEOHAN
KO CHANG-SUN
94
00:15:12,162 --> 00:15:15,498
HOSPITAL IRUM
JO WU-JEONG
95
00:15:15,582 --> 00:15:17,542
KIUMAI
LEE SEUNG-WU
96
00:15:17,626 --> 00:15:19,336
KIUMAI
KIM JIN-HO
97
00:15:26,176 --> 00:15:29,763
KIUMAI
PENGARAH PARK JAE-HO
98
00:15:40,899 --> 00:15:42,859
LEE SOO-MIN - TELEFON MERAH JAMBU
99
00:15:42,942 --> 00:15:44,778
KIUMAI
PENGARAH PARK JAE-HO
100
00:15:52,786 --> 00:15:55,997
BANGUNAN KIUMAI
101
00:15:56,081 --> 00:15:58,333
KENAPA DIA MERAKAMNYA?
TERLIBAT DALAM PELACURAN?
102
00:15:58,458 --> 00:16:00,210
BERSYARAT? PARK JAE-HO
103
00:16:00,293 --> 00:16:02,170
BERI PELARIAN MAKAN? MELALUI PELACURAN?
104
00:16:02,253 --> 00:16:03,838
DIA BERCINTA DENGAN PELACUR?
105
00:16:03,922 --> 00:16:06,466
ADAKAH ITU PELACURAN?
106
00:16:06,549 --> 00:16:08,718
LOKASI AKHIR
TELEFON MERAH JAMBU - CORNELIA?
107
00:16:08,802 --> 00:16:09,928
RUMAH PARK JAE-HO?
108
00:16:10,011 --> 00:16:11,888
BETULKAH, PELACURAN?
109
00:16:11,971 --> 00:16:15,350
500 JUTA!
110
00:17:08,069 --> 00:17:12,282
Awak dah dapat gambaran kasar
tentang siapa gadis itu?
111
00:17:12,991 --> 00:17:16,494
TEMU BUAL BERSAMA PENGARAH PARK JAE-HO
112
00:17:27,088 --> 00:17:28,465
Telefon itu...
113
00:17:28,548 --> 00:17:32,886
Suami saya ambil daripada suami awak.
114
00:17:34,888 --> 00:17:35,972
Dia mencurinya.
115
00:17:47,233 --> 00:17:52,322
Saya tak tahu kenapa
suami saya memiliki telefon gadis ini,
116
00:17:53,531 --> 00:17:55,158
tapi awak silap.
117
00:17:55,241 --> 00:17:56,451
Suami saya takkan...
118
00:17:56,534 --> 00:17:59,913
Apa pun suami awak buat,
itu bukan urusan saya.
119
00:18:03,208 --> 00:18:06,628
Tapi saya lebih mengenali suami saya.
120
00:18:09,964 --> 00:18:14,594
Saya yakin Dr. Park diperas ugut.
121
00:18:18,681 --> 00:18:24,062
Jadi maksud awak, En. Kim Yun-beom
122
00:18:24,813 --> 00:18:28,024
peras ugut suami saya
dengan kegiatan pemerdagangan seks,
123
00:18:30,276 --> 00:18:32,529
jadi suami saya
124
00:18:34,072 --> 00:18:36,157
- bunuh...
- Suami saya.
125
00:18:44,958 --> 00:18:48,127
Tak, mustahil.
126
00:18:49,045 --> 00:18:50,839
Dia tak keluar memancing malam itu.
127
00:18:50,922 --> 00:18:52,006
Awak tipu.
128
00:18:55,385 --> 00:18:57,595
Awak asyik cakap perkara pelik, jadi...
129
00:18:57,679 --> 00:18:59,097
"Perkara pelik"?
130
00:19:01,432 --> 00:19:06,771
Kalau awak nak tahu sangat,
kenapa awak tak tanya suami awak sendiri?
131
00:19:11,192 --> 00:19:12,443
"Sayang.
132
00:19:14,654 --> 00:19:16,197
Awak pernah bunuh seseorang?"
133
00:19:25,874 --> 00:19:27,292
Awak takut dengan suami awak?
134
00:19:43,349 --> 00:19:47,395
PENGARAH PARK JAE-HO DARI KIUMAI
135
00:19:50,899 --> 00:19:52,275
Aduhai, Dr. Park.
136
00:19:54,277 --> 00:19:56,821
Dia sukarkan keadaan saya
pada waktu yang tepat.
137
00:20:16,674 --> 00:20:18,801
Cakaplah, Dr. Park.
138
00:20:20,595 --> 00:20:21,596
Mari jumpa.
139
00:20:25,308 --> 00:20:26,517
Patutkah kita jumpa?
140
00:20:27,477 --> 00:20:30,647
Beritahu saya bila dan di mana,
saya akan jumpa awak di sana.
141
00:20:31,314 --> 00:20:33,316
Nanti saya telefon awak guna nombor saya.
142
00:20:34,275 --> 00:20:35,610
Sebab saya...
143
00:20:37,195 --> 00:20:38,738
ada tetamu sekarang.
144
00:20:53,294 --> 00:20:54,420
Awak tahu...
145
00:20:55,588 --> 00:20:56,881
Lee Soo-min.
146
00:20:57,757 --> 00:20:59,592
Saya merancang nak jumpa dia.
147
00:21:03,012 --> 00:21:05,014
Untuk isi beg memancing itu,
148
00:21:06,724 --> 00:21:09,477
saya perlu tahu
berapa banyak yang boleh dimuatkan.
149
00:21:19,362 --> 00:21:20,363
Saya akan...
150
00:21:22,407 --> 00:21:23,574
Saya akan ikut awak.
151
00:21:27,495 --> 00:21:29,080
Saya akan ikut arahan awak.
152
00:21:30,665 --> 00:21:31,874
Tak kira apa pun.
153
00:21:37,797 --> 00:21:39,048
"Tak kira apa pun"?
154
00:21:41,884 --> 00:21:43,136
Bolehkah saya anggap
155
00:21:44,929 --> 00:21:49,183
awak maksudkan
"berapa banyak yang saya mahukan"?
156
00:21:53,438 --> 00:21:56,858
Ya, boleh.
157
00:22:03,614 --> 00:22:04,699
Setuju.
158
00:22:05,700 --> 00:22:08,453
Sudah siap.
159
00:22:09,620 --> 00:22:11,289
Syabas.
160
00:22:11,372 --> 00:22:13,041
Sakit, bukan?
161
00:22:13,124 --> 00:22:15,835
Saya akan pastikan ia tak sakit lain kali.
162
00:22:15,918 --> 00:22:19,422
Memandangkan awak buat dengan baik,
saya akan beri awak gula-gula.
163
00:22:19,505 --> 00:22:21,090
- Gula-gula.
- Awak nak warna apa?
164
00:22:21,841 --> 00:22:24,802
Merah? Nikmatilah. Syabas.
165
00:22:26,429 --> 00:22:28,306
- Jumpa lagi lain kali.
- Baiklah.
166
00:22:28,389 --> 00:22:29,432
- Jumpa lagi.
- Okey.
167
00:22:32,894 --> 00:22:34,228
Jumpa lagi.
168
00:22:35,605 --> 00:22:36,606
Dr. Park.
169
00:22:40,026 --> 00:22:41,360
Choi In-cheol di kaunter...
170
00:22:41,444 --> 00:22:43,071
Mereka dah tetapkan tarikh.
171
00:22:49,577 --> 00:22:50,912
Kenapa awak masih di sini?
172
00:23:03,716 --> 00:23:05,009
Awak percayakan suami awak?
173
00:23:07,386 --> 00:23:14,018
Bagaimana kalau suami awak tak seperti
yang awak sangkakan selama ini?
174
00:23:17,146 --> 00:23:18,564
Apa awak nak buat?
175
00:23:28,574 --> 00:23:29,909
Itu tak penting.
176
00:23:31,828 --> 00:23:36,124
Sebab saya akan lindungi keluarga saya
walau apa pun berlaku.
177
00:24:18,833 --> 00:24:23,212
50 juta won telah dimasukkan
ke dalam akaun Park Seung-jae
178
00:24:30,303 --> 00:24:31,554
Ya, encik.
179
00:24:31,637 --> 00:24:34,015
Budak yang datang
melihat rumah ini menyukainya.
180
00:24:34,098 --> 00:24:36,100
Patutkah saya teruskan dengan kontrak?
181
00:24:36,184 --> 00:24:37,476
Tunggu sekejap.
182
00:24:37,560 --> 00:24:38,978
Hei, budak.
183
00:24:39,061 --> 00:24:40,897
Berapa ramai akan tinggal di sini?
184
00:24:42,190 --> 00:24:43,816
- Dua orang.
- Baiklah.
185
00:24:43,900 --> 00:24:46,986
Dia kata dua orang. Ya.
186
00:24:47,069 --> 00:24:50,656
Ya, baiklah.
187
00:24:50,740 --> 00:24:52,700
Ya, saya akan buat begitu. Ya.
188
00:24:52,783 --> 00:24:55,620
Baiklah.
189
00:24:55,703 --> 00:24:57,496
{\an8}NOTIS PENAMATAN KONTRAK PEKERJAAN
190
00:24:57,580 --> 00:24:59,248
{\an8}Tak guna.
191
00:24:59,332 --> 00:25:01,918
Mereka memang teruk.
192
00:25:02,001 --> 00:25:04,879
Tergamak mereka pecat pekerja
yang baru saja kematian suami?
193
00:25:06,214 --> 00:25:07,924
Apa awak nak buat sekarang?
194
00:25:08,549 --> 00:25:09,550
Nah.
195
00:25:10,718 --> 00:25:13,429
Saya tak suka cakap begini
tentang orang yang dah tiada,
196
00:25:13,512 --> 00:25:18,809
tapi suami awak tinggalkan
masalah yang besar dan dinamik.
197
00:25:22,563 --> 00:25:24,774
Ada detektif datang semalam.
198
00:25:29,111 --> 00:25:30,279
Dia tanya apa?
199
00:25:30,363 --> 00:25:31,781
Soalan-soalan biasa.
200
00:25:32,823 --> 00:25:35,910
Sikap awak di tempat kerja.
Hubungan awak dengan suami awak.
201
00:25:35,993 --> 00:25:38,871
Personaliti biasa awak.
Soalan-soalan begitu.
202
00:25:39,622 --> 00:25:41,040
Jangan risau.
203
00:25:41,123 --> 00:25:43,376
Apabila melibatkan insurans hayat,
204
00:25:43,459 --> 00:25:45,628
mereka selalu soal penerima manfaat dulu.
205
00:25:46,295 --> 00:25:48,673
Saya beritahu hal-hal
yang baik tentang awak.
206
00:26:46,439 --> 00:26:51,527
Café Pace berhampiran Persimpangan Jangsu
pada pukul 7:00 esok
207
00:26:52,194 --> 00:26:57,450
Baiklah
208
00:27:40,201 --> 00:27:41,243
Sayang.
209
00:27:44,914 --> 00:27:46,540
Boleh awak sikatkan rambut saya?
210
00:27:56,175 --> 00:27:58,969
Saya minta maaf tentang semalam.
211
00:28:02,223 --> 00:28:04,683
Awak dah banyak berkorban demi saya.
212
00:28:10,564 --> 00:28:12,900
Saya bertindak melampau semalam.
213
00:28:14,777 --> 00:28:16,862
Kebelakangan ini saya asyik cakap merepek.
214
00:28:19,782 --> 00:28:23,119
Kalau itu yang awak fikirkan,
saya bersyukur.
215
00:28:27,706 --> 00:28:29,083
Saya pun patut minta maaf.
216
00:28:29,792 --> 00:28:31,669
Saya tengking awak.
217
00:28:32,461 --> 00:28:35,464
Tak, semuanya salah saya.
218
00:28:39,135 --> 00:28:40,136
Saya...
219
00:28:41,470 --> 00:28:43,055
Saya akan cuba untuk berubah.
220
00:28:44,974 --> 00:28:46,392
Setidaknya untuk Seung-jae.
221
00:29:11,584 --> 00:29:12,585
Selamat bekerja.
222
00:29:37,735 --> 00:29:40,362
Terima kasih.
Saya akan pandu dengan berhati-hati.
223
00:29:42,573 --> 00:29:45,743
Boleh saya ikut awak?
224
00:29:46,911 --> 00:29:50,247
Saya akan jadi pemandu awak.
Saya pemandu yang cekap.
225
00:30:15,606 --> 00:30:17,650
Mari minum teh apabila saya balik nanti.
226
00:30:21,862 --> 00:30:23,030
Janji?
227
00:30:44,927 --> 00:30:46,136
Apa ini?
228
00:30:47,263 --> 00:30:49,557
Nampak seperti mainan.
229
00:30:49,640 --> 00:30:51,392
Kenapa awak letak kereta di sini?
230
00:30:52,393 --> 00:30:55,020
Hei.
231
00:30:58,399 --> 00:31:02,861
Bukankah awak datang semalam
untuk melawat Unit 511? Awak datang lagi?
232
00:31:03,529 --> 00:31:05,823
Ya. Helo.
233
00:31:06,615 --> 00:31:08,075
Bagus.
234
00:31:08,158 --> 00:31:12,705
Bagi mereka yang kematian orang tersayang,
sebaiknya ada orang temankan mereka.
235
00:31:13,330 --> 00:31:16,250
Penyewa Unit 511
patut berterima kasih kepada awak.
236
00:31:17,209 --> 00:31:20,838
Kamu berdua kawan, bukan?
Berseronoklah hari ini.
237
00:31:44,278 --> 00:31:45,487
Kenapa?
238
00:31:47,740 --> 00:31:49,033
Bagaimana saya nak cakap?
239
00:31:50,784 --> 00:31:53,287
Awak nampak terlalu elegan untuk keluar
240
00:31:55,164 --> 00:31:56,790
mencari pelacur.
241
00:31:59,418 --> 00:32:00,419
Begitu.
242
00:32:13,390 --> 00:32:14,850
Ini tempat kita nak pergi.
243
00:32:50,928 --> 00:32:52,763
Kereta siapa ini?
244
00:32:55,432 --> 00:32:56,433
Saya pinjam.
245
00:32:57,434 --> 00:33:00,312
Antara banyak-banyak kereta,
kenapa awak perlu...
246
00:33:24,461 --> 00:33:25,963
{\an8}Saya akan masuk dulu.
247
00:33:26,839 --> 00:33:27,923
Tunggu di sini.
248
00:33:29,341 --> 00:33:30,509
Tapi kita patut masuk...
249
00:33:30,592 --> 00:33:31,719
Tolonglah.
250
00:34:01,832 --> 00:34:04,084
SEKOLAH RENDAH SEOKIL 3-1
LEE SOO-MIN
251
00:34:17,598 --> 00:34:18,724
Siapa awak?
252
00:34:21,894 --> 00:34:23,687
Helo, encik. Saya...
253
00:34:26,565 --> 00:34:28,859
Saya cikgu Soo-min.
254
00:34:41,497 --> 00:34:42,664
Awak cikgu dia?
255
00:34:43,415 --> 00:34:44,500
Ya.
256
00:34:52,341 --> 00:34:53,342
Masuklah.
257
00:35:05,938 --> 00:35:07,606
LEE SOO-MIN
258
00:35:07,689 --> 00:35:10,943
{\an8}Saya tak ada makanan untuk dihidangkan.
259
00:35:11,026 --> 00:35:12,027
{\an8}SOALAN PENJAGA ANJING
260
00:35:12,110 --> 00:35:13,445
{\an8}Air kosong pun boleh.
261
00:35:20,702 --> 00:35:22,704
Budak jahat.
262
00:35:22,788 --> 00:35:26,875
Dia cuma ambil gambar mendiang ibunya.
Tinggal beberapa keping saja.
263
00:35:29,503 --> 00:35:30,504
Masuklah.
264
00:35:45,143 --> 00:35:49,731
Saya bersusah payah mencari duit,
tapi dia nak jadi penjaga anjing.
265
00:35:50,232 --> 00:35:52,025
Mengarut.
266
00:35:54,945 --> 00:35:56,071
Sebenarnya...
267
00:35:57,739 --> 00:36:03,161
Sudah lama Soo-min tak datang ke sekolah.
268
00:36:04,913 --> 00:36:05,998
Bila dia...
269
00:36:06,081 --> 00:36:10,294
Saya rasa dia pindah keluar
dalam tiga bulan lalu.
270
00:36:12,296 --> 00:36:15,549
Saya sentiasa keluar bekerja
271
00:36:17,092 --> 00:36:20,220
dan seperti yang awak lihat,
dia tak ada bilik sendiri.
272
00:36:23,098 --> 00:36:26,602
Pada mulanya, dia tipu
dan cakap dia tinggal di rumah kawannya.
273
00:36:27,227 --> 00:36:29,897
Sekarang dia tak nak jawab
panggilan saya pun.
274
00:36:31,023 --> 00:36:32,232
Kami orang asing.
275
00:36:32,941 --> 00:36:35,360
Awak dah cari dia?
276
00:36:37,988 --> 00:36:42,117
Awak fikir saya ada masa?
Tak mudah mencari gadis yang dah dewasa.
277
00:36:42,784 --> 00:36:43,785
Awak pula?
278
00:36:43,869 --> 00:36:48,040
Uniform sekolahnya dah berhabuk.
Kenapa awak tak cari dia lebih awal?
279
00:36:55,213 --> 00:36:56,798
Pelik pula.
280
00:36:59,259 --> 00:37:00,427
Apa yang pelik?
281
00:37:03,263 --> 00:37:08,310
Bulan lepas, guru kelasnya telefon.
282
00:37:12,564 --> 00:37:14,608
Tapi lelaki yang telefon.
283
00:37:40,717 --> 00:37:41,760
Saya patut...
284
00:37:43,762 --> 00:37:46,223
Saya patut balik dulu.
285
00:37:53,855 --> 00:37:54,856
Hei.
286
00:37:58,068 --> 00:38:00,821
Beritahu saya kenapa awak cari
anak perempuan saya.
287
00:38:09,913 --> 00:38:11,665
- Siapa awak?
- Saya...
288
00:38:13,375 --> 00:38:14,626
Soo-min...
289
00:38:15,877 --> 00:38:18,046
- Sebenarnya...
- Kenapa dengan Soo-min?
290
00:38:18,797 --> 00:38:19,965
Hei.
291
00:38:21,758 --> 00:38:22,843
Awak faham?
292
00:38:27,973 --> 00:38:28,974
Apa...
293
00:38:30,976 --> 00:38:33,311
Mengarutlah, sakit perut pula?
294
00:38:47,034 --> 00:38:52,039
Janganlah buat apabila saya dah larang.
295
00:39:11,725 --> 00:39:12,726
Jangan datang dekat.
296
00:39:15,395 --> 00:39:16,563
Apa awak cakap?
297
00:39:17,105 --> 00:39:18,273
Jangan datang dekat!
298
00:39:43,590 --> 00:39:44,716
Awak...
299
00:39:44,800 --> 00:39:46,426
Letakkan botol itu.
300
00:39:46,510 --> 00:39:47,719
Letakkannya.
301
00:39:48,470 --> 00:39:49,513
Saya...
302
00:39:50,222 --> 00:39:54,726
Saya boleh tikam awak
tanpa teragak-agak kalau saya nak.
303
00:39:55,644 --> 00:39:57,145
Awak dah gila?
304
00:39:57,896 --> 00:39:59,606
Apa awak buat di rumah saya?
305
00:40:01,316 --> 00:40:02,859
Siapa itu? Apa...
306
00:40:02,943 --> 00:40:04,528
Ini saya. Keluar dari sana.
307
00:40:04,653 --> 00:40:06,196
- Jangan dekat.
- Siapa dia?
308
00:40:06,279 --> 00:40:07,531
Jangan datang dekat!
309
00:40:07,614 --> 00:40:09,658
Saya akan bunuh awak!
310
00:40:14,496 --> 00:40:17,374
Tunggu di situ. Saya akan hubungi polis.
311
00:40:21,336 --> 00:40:23,130
- Pakai ini.
- Kaki saya!
312
00:40:25,298 --> 00:40:26,550
Jangan ke mana-mana!
313
00:40:27,134 --> 00:40:30,303
Saya akan bunuh awak...
314
00:40:34,182 --> 00:40:37,477
Hei! Jangan lari!
315
00:40:38,061 --> 00:40:41,022
Saya kasihankan dia.
316
00:40:41,106 --> 00:40:45,277
Bayangkan bagaimana rasanya
membesarkan anak tanpa seorang ayah.
317
00:40:45,360 --> 00:40:50,282
Tapi saya rasa lebih baik
dia hidup tanpa suami begitu.
318
00:40:52,701 --> 00:40:58,290
Awak tak mengesyaki
wanita malang itu, bukan?
319
00:41:00,458 --> 00:41:01,459
Taklah.
320
00:41:04,546 --> 00:41:06,047
- Kami pergi dulu.
- Baiklah.
321
00:41:06,131 --> 00:41:07,465
- Kami pergi dulu.
- Okey.
322
00:41:07,549 --> 00:41:09,217
- Pergi dulu.
- Selamat tinggal.
323
00:41:16,099 --> 00:41:17,642
Dia baik.
324
00:41:19,060 --> 00:41:20,061
Apa?
325
00:41:22,272 --> 00:41:23,440
Dia lelaki yang baik.
326
00:41:25,317 --> 00:41:27,611
Apa pun, bagaimana perasaan awak?
327
00:41:28,486 --> 00:41:29,863
Tentang apa?
328
00:41:30,530 --> 00:41:34,242
Kalau suami yang lebih baik
awak hidup tanpa dia tiba-tiba saja mati?
329
00:41:36,119 --> 00:41:37,454
Saya...
330
00:41:37,537 --> 00:41:43,835
"Hore!" Saya takkan segembira itu,
tapi saya juga takkan meraung.
331
00:41:48,840 --> 00:41:49,966
Tolonglah.
332
00:41:51,593 --> 00:41:52,886
Jangan fikir bukan-bukan.
333
00:41:55,305 --> 00:41:57,515
Awak tak boleh buat begitu
kepada wanita hamil.
334
00:42:02,562 --> 00:42:05,398
Keputusan forensik telefon Kim Yun-beom
belum keluar lagi?
335
00:42:06,524 --> 00:42:07,943
Tak ada harapan.
336
00:42:09,319 --> 00:42:10,654
Itu AirPhone.
337
00:42:11,988 --> 00:42:13,823
Cik Chu pun tak tahu kata laluannya.
338
00:42:14,741 --> 00:42:17,953
Saya rasa Kim Yun-beom lebih teliti
daripada yang disangka.
339
00:42:18,703 --> 00:42:20,330
Keretanya tiada kamera pemuka,
340
00:42:20,413 --> 00:42:23,833
semuanya disimpan di akaun haram
dan dia hanya bermesej di Tel-gram.
341
00:42:27,921 --> 00:42:32,926
Tapi nampaknya dia hidup miskin
untuk seseorang yang ada banyak rahsia.
342
00:42:34,302 --> 00:42:36,012
Semakin teliti dia,
343
00:42:36,096 --> 00:42:39,057
semakin besar kemungkinan
dia simpan rekod terperinci.
344
00:42:44,229 --> 00:42:45,230
Mari pergi.
345
00:43:08,128 --> 00:43:09,170
Awak tak apa-apa?
346
00:43:57,177 --> 00:44:01,264
Ayah Seung-jae: Saya akan pulang lewat
sebab kami buka klinik lambat
347
00:44:01,348 --> 00:44:03,975
Makan dulu tanpa saya
348
00:44:13,693 --> 00:44:14,694
Apa pun,
349
00:44:17,697 --> 00:44:19,657
siapa nama awak?
350
00:44:27,665 --> 00:44:28,917
Moon Ju-ran.
351
00:44:35,382 --> 00:44:36,633
Saya Chu Sang-eun.
352
00:44:56,403 --> 00:44:58,571
AYAH
353
00:45:08,039 --> 00:45:09,290
Ya, ayah.
354
00:45:10,041 --> 00:45:11,793
Bila kamu nak singgah ke sini?
355
00:45:15,255 --> 00:45:16,840
Tak lama lagi.
356
00:45:22,762 --> 00:45:25,306
Ayah letak telefon dulu.
Kita berbual lagi nanti.
357
00:45:25,932 --> 00:45:27,016
Maafkan saya.
358
00:47:06,533 --> 00:47:07,659
Berapa banyak awak nak?
359
00:47:11,663 --> 00:47:13,081
Berapa tawaran awak?
360
00:47:15,917 --> 00:47:18,336
Suami awak minta 200 juta won.
361
00:47:18,419 --> 00:47:19,504
500 juta.
362
00:47:21,256 --> 00:47:24,259
Awak sudah tahu jumlahnya 500 juta.
363
00:47:36,604 --> 00:47:38,690
Saya ingat saya dah jelaskan.
364
00:47:40,275 --> 00:47:44,612
Kim Yun-beom meninggal dunia
sebab dia selalu buat pilihan yang salah.
365
00:47:52,787 --> 00:47:58,167
Jangan cakap
awak percaya suami awak bunuh diri.
366
00:48:01,838 --> 00:48:03,423
Awak bunuh...
367
00:48:05,466 --> 00:48:06,926
suami saya?
368
00:48:11,472 --> 00:48:12,849
Kalau betul...
369
00:48:19,272 --> 00:48:22,692
Kalau awak betul-betul percaya
yang saya bunuh suami awak,
370
00:48:23,776 --> 00:48:26,571
awak takkan datang jumpa saya
dengan wajah teruja begitu.
371
00:48:27,196 --> 00:48:29,032
Awak pasti akan telefon polis dulu.
372
00:48:33,161 --> 00:48:34,579
Apa pun, tunjukkanlah.
373
00:48:36,372 --> 00:48:41,544
Bagaimana 200 juta menjadi 500 juta?
Saya perlu tahu untuk buat perjanjian.
374
00:49:25,046 --> 00:49:30,301
Saya tak rasa awak terlalu naif
untuk fikir kertas ini bernilai 500 juta.
375
00:49:32,929 --> 00:49:34,180
Saya tak cakap pun begitu.
376
00:49:40,061 --> 00:49:41,562
Suami saya...
377
00:49:44,941 --> 00:49:47,026
Dia membesar dengan sangat berhati-hati,
378
00:49:48,569 --> 00:49:51,030
jadi dia sangat peka
379
00:49:51,114 --> 00:49:52,657
{\an8}dengan situasi di sekelilingnya.
380
00:49:52,740 --> 00:49:53,908
{\an8}CHU SANG-EUN
381
00:49:55,076 --> 00:49:57,161
Jadi saya fikir tentu dia ada
382
00:49:58,996 --> 00:50:01,916
alasan kukuh
untuk menaikkannya kepada 500 juta.
383
00:50:03,459 --> 00:50:04,460
Betul?
384
00:50:06,421 --> 00:50:09,507
Dia seorang lelaki yang teliti.
385
00:50:19,392 --> 00:50:21,936
Tentu mereka berumur
dalam 15 atau 16 tahun.
386
00:50:25,148 --> 00:50:26,482
Pada umur begitu,
387
00:50:28,192 --> 00:50:31,404
kenapalah kita tak percaya
apabila mereka kata kita nampak cantik?
388
00:50:38,494 --> 00:50:39,954
Maksud saya, Soo-min...
389
00:50:41,998 --> 00:50:44,917
Tentu dia nampak sama seperti mereka
dalam uniform sekolahnya.
390
00:50:55,845 --> 00:50:57,388
Awak kenal siapa dia.
391
00:50:59,974 --> 00:51:01,142
Lee Soo-min.
392
00:51:03,853 --> 00:51:05,980
Berdasarkan raut wajah awak,
393
00:51:06,856 --> 00:51:09,108
tentu saya buat pertaruhan yang betul.
394
00:51:10,276 --> 00:51:11,277
Betul?
395
00:51:27,460 --> 00:51:28,461
300 juta.
396
00:51:30,004 --> 00:51:31,380
Mari setuju dengan 300 juta.
397
00:51:38,596 --> 00:51:39,931
Tidak.
398
00:51:41,933 --> 00:51:43,976
{\an8}Saya dah beritahu awak jumlahnya.
399
00:51:50,858 --> 00:51:52,193
500 juta.
400
00:52:09,001 --> 00:52:11,671
Boleh saya tanya awak sesuatu juga?
401
00:52:14,549 --> 00:52:16,592
Apa awak nak tahu?
402
00:52:17,844 --> 00:52:18,845
Kim Yun-beom...
403
00:52:23,015 --> 00:52:24,267
Bagaimana awak alihkannya?
404
00:52:27,311 --> 00:52:29,272
Tentu tak mudah.
405
00:52:30,314 --> 00:52:31,983
Dia lelaki yang agak besar.
406
00:52:33,901 --> 00:52:35,611
Lagipun, awak mengandung.
407
00:52:37,655 --> 00:52:41,409
Walaupun selepas puas berfikir,
saya masih tak dapat jawapannya.
408
00:52:52,545 --> 00:52:54,213
Kenapa awak tanya saya begitu?
409
00:52:56,215 --> 00:52:58,926
Awak yang berada di Takungan malam itu.
410
00:52:59,010 --> 00:53:00,219
En. Park Jae-ho.
411
00:53:02,889 --> 00:53:04,599
Kenapa saya rasa
412
00:53:06,475 --> 00:53:11,564
ia kedengaran seperti,
"Sebab awak tak datang malam itu,
413
00:53:12,565 --> 00:53:14,108
semua rancangan saya gagal"?
414
00:53:18,779 --> 00:53:21,532
Saya tak boleh tahan diri
daripada tertanya-tanya
415
00:53:21,616 --> 00:53:24,660
apa yang saya akan saksikan
kalau saya pergi malam itu.
416
00:53:38,257 --> 00:53:39,258
Kim Yun-beom...
417
00:53:43,346 --> 00:53:44,680
Kenapa awak bunuh dia?
418
00:53:59,570 --> 00:54:00,571
Maaf.
419
00:54:05,910 --> 00:54:07,870
Apa boleh saya bantu?
420
00:54:07,954 --> 00:54:09,455
Beri secawan Americano ais.
421
00:54:09,538 --> 00:54:10,790
Baiklah.
422
00:54:24,512 --> 00:54:27,098
Kini awak terang-terangan
layan saya seperti pembunuh.
423
00:54:30,768 --> 00:54:34,355
Kalau bukan awak, tak apa.
Janganlah terlalu gelisah.
424
00:54:39,944 --> 00:54:44,115
Saya rasa kita berdua
perlu selesaikan hal ini.
425
00:54:45,700 --> 00:54:47,118
{\an8}Jadi awak mendakwa
426
00:54:48,077 --> 00:54:52,456
saya jalinkan hubungan yang tak sepatutnya
dengan pemilik telefon itu,
427
00:54:53,124 --> 00:54:57,003
kemudian suami awak gunakannya
untuk memeras ugut saya
428
00:54:57,962 --> 00:55:01,632
dan saya bunuh dia di Takungan.
429
00:55:02,550 --> 00:55:03,718
Betul?
430
00:55:05,344 --> 00:55:06,429
Ya.
431
00:55:12,101 --> 00:55:13,686
Jadi begini sajalah.
432
00:55:14,520 --> 00:55:18,774
Apa kata kita ke balai polis sekarang
dan serahkan telefon itu kepada mereka?
433
00:55:19,442 --> 00:55:20,985
Itu penyelesaian terbaik.
434
00:55:22,194 --> 00:55:25,364
Semua salah faham ini
takkan beri apa-apa manfaat.
435
00:55:26,657 --> 00:55:28,451
Kalau ini cuma salah faham,
436
00:55:29,827 --> 00:55:32,663
kenapa awak sanggup bayar 300 juta
untuk gambar bodoh ini?
437
00:55:39,128 --> 00:55:45,051
Sebab ia mengandungi kisah hitam
yang terlalu sukar untuk dijelaskan,
438
00:55:46,302 --> 00:55:49,263
jadi saya tawarkan awak 300 juta
untuk merahsiakannya.
439
00:55:51,057 --> 00:55:52,558
Tapi awak menolak.
440
00:55:52,641 --> 00:55:54,143
Kisah hitam itu...
441
00:55:56,479 --> 00:55:58,314
Sehingga awak sanggup bayar 500 juta,
442
00:55:59,356 --> 00:56:01,192
saya merancang untuk menyiasatnya.
443
00:56:14,830 --> 00:56:16,874
Saya pernah beritahu awak sebelum ini.
444
00:56:18,542 --> 00:56:19,543
Awak tahu, bukan?
445
00:56:21,295 --> 00:56:23,881
Awak sama seperti suami awak.
446
00:56:26,008 --> 00:56:29,095
Berhati-hatilah agar tak tercedera
447
00:56:30,888 --> 00:56:32,932
semasa menyiasat seperti suami awak.
448
00:56:33,808 --> 00:56:35,184
Fikirkan bayi awak.
449
00:56:42,149 --> 00:56:43,734
Itu seperti satu amaran.
450
00:56:46,654 --> 00:56:49,198
Malangnya, itu satu nasihat.
451
00:56:54,078 --> 00:56:58,374
Apa pun, pihak polis
akan hubungi awak tak lama lagi.
452
00:56:59,208 --> 00:57:00,209
Waktu itu,
453
00:57:01,460 --> 00:57:04,797
jangan tunjukkan sangat
awak gelisah seperti tadi.
454
00:57:06,882 --> 00:57:08,008
Saya pergi dulu.
455
00:57:20,479 --> 00:57:24,316
Awak beritahu isteri saya sesuatu
semasa pengebumian tempoh hari.
456
00:57:25,234 --> 00:57:26,235
Apa awak beritahu?
457
00:57:32,825 --> 00:57:36,829
Tanyalah dia sendiri
apa yang saya beritahu dia.
458
00:57:42,001 --> 00:57:45,171
Baiklah, saya akan tanya dia sendiri.
Saya pergi dulu.
459
00:57:46,130 --> 00:57:49,300
Isteri saya risau
apabila saya pulang lewat.
460
00:59:06,126 --> 00:59:07,419
Sangat mengecewakan.
461
00:59:08,796 --> 00:59:10,631
Kalau nak cakap sesuatu, cakaplah.
462
00:59:15,719 --> 00:59:16,720
Awak...
463
00:59:18,681 --> 00:59:21,016
betul-betul percaya
suami saya melakukannya?
464
00:59:23,560 --> 00:59:25,062
Atau awak terpaksa?
465
00:59:34,697 --> 00:59:36,740
300 juta itu...
466
00:59:38,492 --> 00:59:43,247
Kalau saya berikannya kepada awak
dan minta awak berhenti, awak akan buat?
467
01:00:00,472 --> 01:00:03,309
CENGKERIK
468
01:00:16,196 --> 01:00:18,866
Tak guna.
Akhirnya awak jawab panggilan saya.
469
01:00:22,286 --> 01:00:23,537
Helo?
470
01:00:24,455 --> 01:00:25,456
Siapa awak?
471
01:00:25,539 --> 01:00:27,833
Saya? Penjaga Lee Soo-min.
472
01:00:31,128 --> 01:00:32,129
Di mana dia?
473
01:00:34,048 --> 01:00:35,341
Mengarut.
474
01:00:35,424 --> 01:00:38,385
Hei, awak nak tahu di mana Soo-min berada?
475
01:00:39,678 --> 01:00:43,140
Jadi bawa telefon Lee Soo-min
dan jumpa saya di sini pukul 1:00 esok.
476
01:00:43,223 --> 01:00:45,225
Saya akan mesej awak alamatnya.
477
01:00:45,976 --> 01:00:49,063
Bawa juga wang tunai bersama awak.
478
01:00:58,447 --> 01:01:01,992
MOTEL DOUS, 884-3, SOYEO-DONG,
GANGBUN-GU, SEOUL
479
01:01:10,459 --> 01:01:12,169
Jumpa saya di depan motel esok.
480
01:01:23,514 --> 01:01:24,515
Cik Chu.
481
01:01:25,557 --> 01:01:27,851
Nasiblah saya terserempak dengan awak.
482
01:01:27,935 --> 01:01:29,728
Sila ikut sini.
483
01:01:31,438 --> 01:01:32,731
Cantik, bukan?
484
01:01:54,002 --> 01:01:55,295
Sayang.
485
01:01:56,755 --> 01:01:57,756
Ya?
486
01:01:58,340 --> 01:02:00,259
Awak tak rasa rumah ini terlalu kecil?
487
01:02:00,342 --> 01:02:01,927
Di mana nak letak papan lengkung?
488
01:02:02,010 --> 01:02:03,178
Payung?
489
01:02:03,262 --> 01:02:06,265
Papan lengkung. Itu mesin pilates.
490
01:02:06,849 --> 01:02:08,308
Kekasih saya mengajar pilates.
491
01:02:09,726 --> 01:02:10,727
Tapi sayang...
492
01:02:10,811 --> 01:02:12,521
Kita takkan duduk lama di sini.
493
01:02:12,604 --> 01:02:13,689
Betul.
494
01:02:13,772 --> 01:02:15,941
Kamu berdua boleh simpan duit dengan cepat
495
01:02:16,024 --> 01:02:17,776
dan pindah ke rumah lebih besar.
496
01:02:17,860 --> 01:02:20,154
Rumah ini ada tenaga yang baik.
497
01:02:20,237 --> 01:02:22,281
Semua orang yang tinggal di sini berjaya.
498
01:02:22,364 --> 01:02:23,949
- Yakah?
- Ya.
499
01:02:24,032 --> 01:02:25,951
Tentu awak pindah ke tempat yang bagus.
500
01:02:26,493 --> 01:02:27,786
Awak nak pindah ke mana?
501
01:02:29,079 --> 01:02:30,247
Saya dihalau keluar.
502
01:02:30,873 --> 01:02:32,082
- Apa?
- Apa?
503
01:02:34,918 --> 01:02:37,713
Cik Chu, janganlah bergurau begitu.
504
01:02:38,297 --> 01:02:40,841
Mereka akan fikir
awak beritahu hal sebenar.
505
01:02:40,924 --> 01:02:42,009
Saya serius.
506
01:02:43,302 --> 01:02:44,636
Apa ini?
507
01:02:45,429 --> 01:02:47,598
Mari pergi.
508
01:02:47,681 --> 01:02:49,016
Tunggu, jangan pergi.
509
01:02:49,099 --> 01:02:51,268
Kami akan fikirkan
dan maklumkan awak nanti.
510
01:02:51,351 --> 01:02:53,604
Kenapa? Buatlah keputusan sekarang.
511
01:02:57,024 --> 01:02:58,442
Oh, Tuhan.
512
01:02:58,525 --> 01:03:00,611
300 juta itu...
513
01:03:02,112 --> 01:03:06,867
Kalau saya berikannya kepada awak
dan minta awak berhenti, awak akan buat?
514
01:03:11,163 --> 01:03:12,164
Puan.
515
01:03:13,457 --> 01:03:14,458
Apa?
516
01:03:16,168 --> 01:03:17,503
Di kejiranan ini,
517
01:03:19,046 --> 01:03:20,297
dengan 300 juta won,
518
01:03:21,965 --> 01:03:24,009
dapatkah saya beli rumah kecil?
519
01:03:25,594 --> 01:03:27,054
Awak bergurau?
520
01:03:27,137 --> 01:03:29,681
Mustahil untuk beli rumah di Seoul
dengan 300 juta.
521
01:03:31,475 --> 01:03:32,726
Bagaimana dengan 500 juta?
522
01:03:32,809 --> 01:03:34,895
Awak ada 500 juta?
523
01:03:35,646 --> 01:03:39,399
Hei, saya tak rasa nak bergurau.
524
01:03:39,942 --> 01:03:42,277
Kalau awak nak
berkelakuan begini lagi lain kali,
525
01:03:42,361 --> 01:03:44,279
jangan balik masa saya tunjukkan rumah.
526
01:03:44,947 --> 01:03:47,407
Awak ingat saya ada banyak masa?
527
01:03:48,659 --> 01:03:51,245
Kenapa awak biadab sangat? Saya dah penat.
528
01:04:01,046 --> 01:04:02,172
Ada sesuatu...
529
01:04:05,259 --> 01:04:06,802
yang bernilai 500 juta, bukan?
530
01:04:33,662 --> 01:04:34,871
Dengar baik-baik.
531
01:04:35,581 --> 01:04:36,957
Suami awak...
532
01:04:38,000 --> 01:04:39,668
telah bunuh suami saya.
533
01:04:40,294 --> 01:04:41,378
Kim Yun-beom...
534
01:04:45,299 --> 01:04:46,717
Kenapa awak bunuh dia?
535
01:06:49,256 --> 01:06:50,882
{\an8}Awak Cengkerik?
536
01:06:50,966 --> 01:06:53,051
{\an8}Tentu awak isteri Dr. Park.
537
01:06:53,760 --> 01:06:56,930
{\an8}Lee Soo-min...
Bila kali terakhir awak nampak dia?
538
01:06:57,013 --> 01:06:58,306
{\an8}Malam itu...
539
01:06:58,390 --> 01:07:01,351
{\an8}Awak cuma perlu beritahu saya
apa awak buat di sini malam itu.
540
01:07:01,435 --> 01:07:03,687
{\an8}Kenapa awak tak boleh
percayakan suami awak?
541
01:07:04,187 --> 01:07:05,188
{\an8}Perlukah awak...
542
01:07:05,897 --> 01:07:06,898
{\an8}Perlukah awak tahu?
543
01:07:06,982 --> 01:07:08,066
{\an8}MAYATNYA IALAH LEE SOO-MIN
544
01:07:08,150 --> 01:07:10,444
{\an8}Seung-jae tahu juga?
545
01:07:11,903 --> 01:07:13,196
Bau busuk itu...
546
01:07:14,698 --> 01:07:15,907
Saya pun bau.
547
01:07:16,825 --> 01:07:18,827
Terjemahan sari kata oleh Miza Khamis