1 00:00:07,360 --> 00:00:10,560 Semua orang tahu betapa kami suka makan... 2 00:00:10,640 --> 00:00:12,280 tapi kami berdua tak pandai memasak. 3 00:00:12,360 --> 00:00:14,440 Disebabkan kami akan berkahwin tak lama lagi... 4 00:00:14,520 --> 00:00:15,920 kami telah meminta beberapa cef paling terkenal... 5 00:00:16,000 --> 00:00:18,400 di Thailand untuk mengajar kami memasak. 6 00:00:20,840 --> 00:00:22,480 Hari ini, kami akan cuba menyediakan... 7 00:00:22,560 --> 00:00:25,120 masakan Cina yang amat kami gemari... 8 00:00:25,200 --> 00:00:27,560 tapi cuba tak makan terlalu banyak... 9 00:00:27,640 --> 00:00:28,840 kerana makanan Cina biasanya... 10 00:00:28,920 --> 00:00:30,320 tinggi kandungan karbohidrat, penuh minyak dan selalunya digoreng. 11 00:00:30,520 --> 00:00:32,159 Okey, mari pasang kamera dulu. 12 00:00:33,120 --> 00:00:34,440 Hai. 13 00:00:34,520 --> 00:00:35,680 Hari ini, kami ingin belajar... 14 00:00:35,760 --> 00:00:37,040 memasak beberapa hidangan Cina... 15 00:00:37,120 --> 00:00:38,120 tapi kami akan ubah suai resipinya sedikit... 16 00:00:38,200 --> 00:00:39,200 supaya menepati selera kami. 17 00:00:39,280 --> 00:00:40,720 Mari bertemu cef kita. 18 00:00:47,560 --> 00:00:48,560 Itu dia. 19 00:00:48,640 --> 00:00:51,040 - Helo, Cef Pom. - Helo, cef. 20 00:00:51,440 --> 00:00:52,680 Helo. 21 00:00:53,760 --> 00:00:55,400 Kami teruja untuk belajar... 22 00:00:55,480 --> 00:00:57,560 memasak makanan Cina dengan cef ini... 23 00:00:57,640 --> 00:00:58,680 yang telah dikenali sebagai... 24 00:00:58,760 --> 00:01:00,960 Raja Masakan Cina Kontemporari. 25 00:01:01,040 --> 00:01:02,040 Beliau tak lain dan tak bukan daripada Cef Pom... 26 00:01:02,120 --> 00:01:03,200 Thanarak Chuto. 27 00:01:03,280 --> 00:01:04,480 Beliau ialah cef senior... 28 00:01:04,560 --> 00:01:05,880 dengan banyak pengalaman. 29 00:01:05,960 --> 00:01:07,200 Beliau ialah pemilik... 30 00:01:07,280 --> 00:01:09,520 dua buah restoran Cina kontemporari... 31 00:01:09,600 --> 00:01:11,000 "Cef Pom Kitchen" 32 00:01:11,080 --> 00:01:14,280 dan "Cef Pom Cina Cuisine By TODD". 33 00:01:14,360 --> 00:01:16,039 Hari ini akan jadi satu lagi... 34 00:01:16,120 --> 00:01:18,360 pengalaman memasak yang serba baru bagi kami. 35 00:01:18,920 --> 00:01:20,440 Kami ada semua bahan... 36 00:01:21,160 --> 00:01:23,480 yang awak hantar kepada kami di sini. 37 00:01:23,560 --> 00:01:25,720 Semua itu bahan premium. 38 00:01:25,800 --> 00:01:27,960 Tiada apa yang akan melompat keluar, bukan? 39 00:01:35,039 --> 00:01:36,160 Adakah ini ikan? 40 00:01:36,400 --> 00:01:38,680 Ikan kerapu merah. 41 00:01:38,759 --> 00:01:40,080 Ia mahal dan sukar ditemui. 42 00:01:40,160 --> 00:01:41,160 Ia ditemui... 43 00:01:41,240 --> 00:01:42,240 di kawasan timur Thailand... 44 00:01:42,320 --> 00:01:43,560 contohnya wilayah Chanthaburi. 45 00:01:43,640 --> 00:01:44,640 Apa ini? 46 00:01:46,160 --> 00:01:47,200 Sejenis kerang-kerangan? 47 00:01:47,280 --> 00:01:48,960 Adakah ini abalone? 48 00:01:49,039 --> 00:01:50,039 Ya... 49 00:01:50,120 --> 00:01:51,640 Saya suka abalone! 50 00:01:51,720 --> 00:01:53,800 Saya sangat suka abalone, cef. 51 00:01:54,960 --> 00:01:56,479 Sebelum kita mulakan, saya kena cakap ini. 52 00:01:56,560 --> 00:01:58,080 Saya rasa makanan Cina sangat berminyak. 53 00:01:58,160 --> 00:02:00,160 Ya dan pedas. Saya tak tahan pedas. 54 00:02:00,240 --> 00:02:02,040 Saya ketua cef hari ini... 55 00:02:02,120 --> 00:02:03,560 tapi boleh awak ubah suai resipinya untuk Kim... 56 00:02:03,640 --> 00:02:04,720 supaya ia kurang berminyak... 57 00:02:04,800 --> 00:02:06,600 kurang pedas dan tak begitu sarat dengan karbohidrat? 58 00:02:06,680 --> 00:02:09,520 Hari ini, kita akan buat... 59 00:02:09,600 --> 00:02:11,440 makanan Kantonis. 60 00:02:11,520 --> 00:02:14,640 Kebanyakan hidangan Kantonis tak pedas. 61 00:02:14,720 --> 00:02:17,040 Dua hidangan yang kita akan masak hari ini... 62 00:02:17,760 --> 00:02:19,400 ialah hidangan utama dan sup. 63 00:02:19,480 --> 00:02:20,720 Untuk hidangan utama... 64 00:02:20,800 --> 00:02:24,520 kita akan buat abalone dengan nasi. 65 00:02:24,600 --> 00:02:26,400 Untuk ikan kerapu merah pula... 66 00:02:26,480 --> 00:02:28,240 kita akan gunakannya untuk sup plum bergaram. 67 00:02:28,320 --> 00:02:29,720 Nasi dan sup sesuai dimakan bersama. 68 00:02:33,079 --> 00:02:35,400 - Sayang, tolong buat sedap-sedap! - Okey! 69 00:02:38,160 --> 00:02:39,320 Hidangan hari ini tak sukar... 70 00:02:39,400 --> 00:02:40,480 tapi ada banyak langkah. 71 00:02:40,560 --> 00:02:41,640 Sila bersabar dengan saya, cef. 72 00:02:41,720 --> 00:02:42,720 - Sudah tentu! - Cef. 73 00:02:42,800 --> 00:02:44,520 Saya akan mulakan dengan mendidihkan air. 74 00:02:44,600 --> 00:02:45,800 - Teruskan. - Okey. 75 00:02:45,880 --> 00:02:48,400 Mula-mula, saya nak kamu sediakan abalone. 76 00:02:48,480 --> 00:02:49,680 - Abalone, ya. - Ya. 77 00:02:49,760 --> 00:02:51,400 Kita juga perlukan char siu (Daging khinzir BBQ). 78 00:02:51,960 --> 00:02:53,600 Char siu? 79 00:02:53,680 --> 00:02:55,000 - Ini dia. - Okey. 80 00:02:55,280 --> 00:02:57,480 - Serta sayur-sayuran. - Sayur-sayuran. 81 00:02:58,320 --> 00:02:59,680 Serta ayam. 82 00:02:59,760 --> 00:03:00,760 Dada ayam. 83 00:03:00,840 --> 00:03:03,600 Ini abalone Jepun... 84 00:03:03,840 --> 00:03:05,720 yang berkualiti tinggi dan agak mahal. 85 00:03:06,600 --> 00:03:08,200 Kita perlu bersihkan abalone. 86 00:03:08,280 --> 00:03:09,920 Kita akan buat begitu... 87 00:03:10,000 --> 00:03:11,400 dengan mencelurnya. 88 00:03:11,480 --> 00:03:12,480 Begitu, baiklah. 89 00:03:13,600 --> 00:03:15,000 Saya akan mula mencelurnya. 90 00:03:15,280 --> 00:03:16,280 Boleh saya masukkan sekarang? 91 00:03:16,400 --> 00:03:17,400 Ya, teruskan. 92 00:03:20,840 --> 00:03:24,440 Biasanya apa makanan Cina yang kamu makan? 93 00:03:24,760 --> 00:03:25,760 Dim sum. 94 00:03:25,840 --> 00:03:26,880 Ban stim. 95 00:03:28,320 --> 00:03:29,720 Makanan yang popular. 96 00:03:31,079 --> 00:03:32,079 Baiklah. 97 00:03:33,880 --> 00:03:35,920 Cef, boleh saya tanya sesuatu? 98 00:03:36,000 --> 00:03:37,240 Bagaimana awak jadi cef? 99 00:03:37,320 --> 00:03:38,520 Saya agak suka buat kacau... 100 00:03:38,600 --> 00:03:39,800 semasa muda dulu. 101 00:03:40,160 --> 00:03:41,720 Saya asyik tukar kerja. 102 00:03:41,920 --> 00:03:43,360 Masa itu, tempat terbaik untuk bekerja... 103 00:03:43,440 --> 00:03:44,440 ialah di restoran... 104 00:03:44,520 --> 00:03:46,079 sebab kita dapat tiga hidangan percuma sehari. 105 00:03:46,160 --> 00:03:47,160 Tapi bekerja di restoran Cina... 106 00:03:47,240 --> 00:03:48,240 kita dapat empat hidangan! 107 00:03:49,440 --> 00:03:50,920 Gajinya memuaskan... 108 00:03:51,000 --> 00:03:52,680 - tapi kerjanya agak sukar. - Begitu rupanya. 109 00:03:52,760 --> 00:03:58,360 Saya seronok memasak sejak berusia 14 atau 15 tahun. 110 00:03:58,440 --> 00:04:00,280 Pada umur berapa awak mula bekerja... 111 00:04:00,360 --> 00:04:01,520 di restoran? 112 00:04:01,600 --> 00:04:03,640 Saya rasa sekitar umur 13 atau 14 tahun. 113 00:04:03,720 --> 00:04:06,040 Awak bekerja di Thailand atau China? 114 00:04:06,120 --> 00:04:08,360 Mula-mula di Thailand dan kemudian saya pergi ke China... 115 00:04:08,440 --> 00:04:10,760 Hong Kong dan Taiwan. 116 00:04:10,840 --> 00:04:12,560 Saya pergi selama 40 tahun... 117 00:04:12,640 --> 00:04:14,000 dan saya hanya memasak. 118 00:04:14,600 --> 00:04:16,440 Bunyinya macam kerjaya panjang dan berwarna-warni. 119 00:04:17,680 --> 00:04:19,360 - Okey. - Ini dah boleh dimakan begini saja. 120 00:04:19,760 --> 00:04:22,760 Kita panggil bahagian ini hatinya... 121 00:04:23,360 --> 00:04:25,040 tapi kita takkan gunakannya hari ini. 122 00:04:25,120 --> 00:04:26,200 Jadi mari kita buang. 123 00:04:26,560 --> 00:04:28,640 Saya dengar kadangkala hatinya digunakan... 124 00:04:28,720 --> 00:04:29,840 untuk buat sos, bukan? 125 00:04:29,920 --> 00:04:30,920 Ya. 126 00:04:31,000 --> 00:04:33,000 Buang hatinya dan bilas abalone. 127 00:04:33,880 --> 00:04:34,880 Bilas abalone 128 00:04:34,960 --> 00:04:37,120 - Kita kena cuci. - Ya. 129 00:04:38,560 --> 00:04:41,280 Kita kena gosok tompok-tompok hitam ini. 130 00:04:43,960 --> 00:04:45,280 Cuci ia dengan baik. 131 00:04:45,800 --> 00:04:47,840 Gosok di sepanjang tepi ini. 132 00:04:48,320 --> 00:04:49,480 Kita kena buang tompok-tompok hitam ini. 133 00:04:49,560 --> 00:04:51,040 Bersihkan semuanya. 134 00:04:52,200 --> 00:04:53,800 Macam gosok gigi. 135 00:04:54,240 --> 00:04:56,360 Adakah ini benda hitam ini lumpur? 136 00:04:56,600 --> 00:04:59,000 Cef, apakah khasiat... 137 00:04:59,080 --> 00:05:00,320 memakan abalone? 138 00:05:00,400 --> 00:05:02,240 Ada banyak maklumat salah di luar sana... 139 00:05:02,320 --> 00:05:04,000 bahawa abalone mengandungi banyak kolesterol... 140 00:05:04,080 --> 00:05:05,080 dan kita tak patut memakannya... 141 00:05:05,160 --> 00:05:06,720 - tapi itu tak betul. - Yakah? 142 00:05:06,800 --> 00:05:11,840 Abalone kaya dengan asid amino. 143 00:05:12,080 --> 00:05:13,520 Asid amino ini sebenarnya membantu... 144 00:05:13,600 --> 00:05:15,080 mengurangkan kadar kolesterol. 145 00:05:15,160 --> 00:05:19,000 Abalone juga kaya dengan kolagen dan protein. 146 00:05:19,080 --> 00:05:20,240 Bunyinya macam kita patut makan abalone... 147 00:05:20,320 --> 00:05:22,120 selepas bersenam. 148 00:05:22,400 --> 00:05:24,360 Saya tak rasa kamu perlu bersenam sebelum itu. 149 00:05:24,520 --> 00:05:25,600 Makan saja, betul? 150 00:05:26,600 --> 00:05:28,720 Okey, cef. Saya dah sediakan empat ekor abalone. 151 00:05:28,800 --> 00:05:29,800 Saya dah bersihkan betul-betul. 152 00:05:29,880 --> 00:05:32,440 Okey. Mari kita masak nasi sekarang. 153 00:05:32,640 --> 00:05:33,640 Beras. 154 00:05:33,720 --> 00:05:34,960 Tiga suku cawan. 155 00:05:35,040 --> 00:05:38,280 Tiga suku cawan beras 156 00:05:38,360 --> 00:05:39,720 Kita kena basuh beras ini. 157 00:05:39,800 --> 00:05:41,120 Sayang, boleh awak basuh beras? 158 00:05:41,200 --> 00:05:44,360 Basuh beras 159 00:05:46,080 --> 00:05:48,360 Kita akan tambahkan conpoy ke dalam nasi. 160 00:05:49,600 --> 00:05:50,920 Apa itu "conpoy"? 161 00:05:51,000 --> 00:05:52,760 - Conpoy. - Conpoy. 162 00:05:52,840 --> 00:05:55,320 Kekapis kering. 163 00:05:55,600 --> 00:05:57,240 Boleh kita makan begitu saja? 164 00:05:57,480 --> 00:05:58,520 Ya, tapi ia sangat kenyal. 165 00:05:59,800 --> 00:06:00,880 Betullah. 166 00:06:01,680 --> 00:06:02,680 Macam makan sotong kering. 167 00:06:02,760 --> 00:06:04,440 Ini conpoy saiz S. 168 00:06:04,520 --> 00:06:07,600 Conpoy juga ada saiz M, L dan saiz besar. 169 00:06:07,680 --> 00:06:08,760 Ada juga conpoy... 170 00:06:08,840 --> 00:06:09,920 yang lebih kecil daripada ini. 171 00:06:10,000 --> 00:06:11,000 Conpoy saiz ini lebih kurang... 172 00:06:11,080 --> 00:06:12,080 7,000 baht Thai sekilogram. 173 00:06:13,320 --> 00:06:15,680 Kita cuma perlukan tiga. 174 00:06:16,000 --> 00:06:17,000 Macam makan sotong kering. 175 00:06:17,080 --> 00:06:18,360 Ini langkah yang mudah. 176 00:06:21,080 --> 00:06:22,120 Sedap. 177 00:06:22,320 --> 00:06:23,320 Siap. 178 00:06:23,400 --> 00:06:24,400 Selepas itu... 179 00:06:24,480 --> 00:06:26,960 kita akan tambahkan sedikit udang kering. 180 00:06:27,960 --> 00:06:29,040 Udang kering. 181 00:06:30,000 --> 00:06:32,120 Sebanyak mana yang kita nak, bukan? 182 00:06:32,320 --> 00:06:33,640 Ya, suka hati kamu. 183 00:06:34,159 --> 00:06:36,680 Kita akan gunakan air rebusan ini untuk masak nasi. 184 00:06:36,760 --> 00:06:38,440 Ini air rebusan apa? 185 00:06:38,520 --> 00:06:40,200 - Ayam. - Ayam. 186 00:06:41,080 --> 00:06:43,560 Saya ada petua memasak yang berguna untuk awak, Mark. 187 00:06:43,640 --> 00:06:45,040 Teknik satu buku jari. 188 00:06:45,880 --> 00:06:48,560 - Apa? - Satu buku jari. 189 00:06:51,960 --> 00:06:53,920 - Satu buku jari. - Satu buku jari! 190 00:06:54,000 --> 00:06:55,000 Begitu! 191 00:06:55,480 --> 00:06:56,920 Teknik satu buku jari. 192 00:06:57,000 --> 00:06:58,320 Kenapa awak berbisik, cef? 193 00:06:59,040 --> 00:07:00,560 Awak kelakarlah, cef. 194 00:07:02,560 --> 00:07:05,440 Sebelum kita mulakan rakaman hari ini... 195 00:07:05,520 --> 00:07:06,520 Ayam air rebusan 196 00:07:06,600 --> 00:07:08,800 kru beri kami amaran yang awak nampak garang... 197 00:07:09,160 --> 00:07:11,000 tapi sebenarnya awak tak garang, bukan? 198 00:07:11,160 --> 00:07:12,160 Di dapur Cina... 199 00:07:12,240 --> 00:07:15,720 kami gunakan penunu kuali berkuasa tinggi... 200 00:07:16,200 --> 00:07:17,960 yang sangat bising. 201 00:07:18,040 --> 00:07:20,560 Jadi bila seseorang cuba bercakap dengan kami... 202 00:07:20,640 --> 00:07:24,840 kami mungkin tak dengar. 203 00:07:25,040 --> 00:07:26,120 Sebab itulah orang sangka... 204 00:07:26,200 --> 00:07:27,720 - kami biadab dan garang. - Begitu rupanya. 205 00:07:27,800 --> 00:07:28,800 Saya tak rasa awak garang. 206 00:07:28,880 --> 00:07:30,040 Saya rasa awak comel. 207 00:07:32,880 --> 00:07:33,920 Selepas masukkan air rebusan ayam... 208 00:07:34,000 --> 00:07:35,080 kita perlu tambahkan sedikit minyak. 209 00:07:35,159 --> 00:07:36,159 Minyak sayur. 210 00:07:36,240 --> 00:07:37,240 Satu sudu besar minyak sayur 211 00:07:37,320 --> 00:07:39,000 Nasi yang kita masak hari ini... 212 00:07:39,080 --> 00:07:40,800 nampak macam nasi ayam. 213 00:07:41,040 --> 00:07:42,080 Begitu rupanya. 214 00:07:42,520 --> 00:07:44,560 Adakah ini nasi periuk tanah? 215 00:07:44,680 --> 00:07:46,040 Ya, nasi periuk tanah asli. 216 00:07:46,120 --> 00:07:48,400 Kenapa kita tak gunakan periuk nasi saja? 217 00:07:51,560 --> 00:07:52,560 Awak terjatuhkan sesuatu, cef. 218 00:07:52,640 --> 00:07:54,159 Sebab namanya nasi periuk tanah... 219 00:07:55,680 --> 00:07:58,000 bukan nasi periuk nasi. 220 00:07:58,080 --> 00:07:59,080 Maafkan saya. 221 00:08:00,080 --> 00:08:01,080 Saya minta maaf. 222 00:08:03,680 --> 00:08:05,160 Seterusnya, masukkan abalone. 223 00:08:08,960 --> 00:08:10,680 Kemudian, hidupkan api. 224 00:08:12,880 --> 00:08:15,120 Tunggu ia mula mendidih. 225 00:08:15,280 --> 00:08:16,280 Kita kena gunakan api besar. 226 00:08:16,360 --> 00:08:17,720 Sebaik saja ia mendidih, kita akan kecilkan api... 227 00:08:17,800 --> 00:08:18,800 dan biar ia masak perlahan-lahan. 228 00:08:18,880 --> 00:08:21,840 Seterusnya, mari mula masak ayam. 229 00:08:22,360 --> 00:08:23,360 Okey. 230 00:08:23,680 --> 00:08:24,680 Okey. 231 00:08:25,840 --> 00:08:28,160 Potong dua... 232 00:08:28,240 --> 00:08:29,240 Potong dua dada ayam 233 00:08:29,320 --> 00:08:30,400 Potong dua. 234 00:08:31,960 --> 00:08:32,960 Nampak? 235 00:08:33,240 --> 00:08:35,200 Kita cuma perlukan... 236 00:08:35,280 --> 00:08:36,679 sekeping dada ayam, cef? 237 00:08:36,760 --> 00:08:38,240 Saya rasa sekeping pun banyak sangat. 238 00:08:38,320 --> 00:08:40,679 Kita cuma perlukan setengah. 239 00:08:40,919 --> 00:08:41,919 Setengah. 240 00:08:42,080 --> 00:08:44,560 Okey, saya akan kecilkan api. 241 00:08:45,080 --> 00:08:46,160 Sayang, kecilkan api. 242 00:08:50,880 --> 00:08:51,880 Saya rasa takut. 243 00:08:52,320 --> 00:08:53,320 Menghirisnya. 244 00:08:55,920 --> 00:08:57,400 Ada banyak cara memotong ayam... 245 00:08:57,480 --> 00:08:58,680 dalam masakan Cina. 246 00:08:58,760 --> 00:09:02,520 Kita hiris, potong dadu atau racik helai. 247 00:09:02,600 --> 00:09:04,680 Bergantung pada makanan yang kita masak. 248 00:09:04,760 --> 00:09:08,480 Memandangkan kita akan makan ayam dengan nasi... 249 00:09:08,560 --> 00:09:09,680 kita akan potong ayam jadi ketulan. 250 00:09:09,760 --> 00:09:11,080 Ketulan kecil. 251 00:09:11,200 --> 00:09:12,320 Jadi saya patut potong jalur atau dadu? 252 00:09:12,400 --> 00:09:14,160 Potong jalur dulu, kemudian potong dadu. 253 00:09:14,240 --> 00:09:15,240 Okey. 254 00:09:17,400 --> 00:09:18,400 Memotong sekarang. 255 00:09:18,480 --> 00:09:22,400 Potong dadu ayam 256 00:09:27,760 --> 00:09:29,600 Periuk, periuk tanah... 257 00:09:29,920 --> 00:09:30,920 Bila ia mendidih... 258 00:09:31,000 --> 00:09:32,000 kita kena kecilkan api. 259 00:09:33,840 --> 00:09:35,400 Ini kaedah tradisional... 260 00:09:35,480 --> 00:09:37,800 memasak nasi periuk tanah di China. 261 00:09:37,880 --> 00:09:40,840 Kalau kamu ke Hong Kong, kamu akan nampak mereka... 262 00:09:40,920 --> 00:09:42,760 masak hidangan ini di tepi jalan. Segar. 263 00:09:42,840 --> 00:09:44,080 Ia mengambil masa kira-kira 15 minit. 264 00:09:44,160 --> 00:09:45,880 Mereka memanggilnya bo zai. 265 00:09:45,960 --> 00:09:47,960 Bo zai ialah periuk tanah yang mereka guna untuk masak nasi. 266 00:09:48,040 --> 00:09:49,360 Seterusnya, kita akan potong... 267 00:09:49,640 --> 00:09:50,760 char siu. 268 00:09:50,960 --> 00:09:51,960 Char siu. 269 00:09:52,280 --> 00:09:53,280 50 gram char siu 270 00:09:53,360 --> 00:09:55,040 Potong jadi kepingan panjang... 271 00:09:55,520 --> 00:09:56,960 kemudian potong dadu. 272 00:09:57,320 --> 00:10:00,760 Potong dadu char siu 273 00:10:04,920 --> 00:10:06,280 Memotong dadu... 274 00:10:10,760 --> 00:10:11,760 Cendawan shiitake. 275 00:10:12,160 --> 00:10:14,280 Cabut kaki cendawan. 276 00:10:14,960 --> 00:10:16,760 Kita cuma perlukan empat batang cendawan. 277 00:10:17,120 --> 00:10:18,400 Empat batang cendawan shiitake. 278 00:10:18,480 --> 00:10:20,280 Kalau kamu masak ini lagi... 279 00:10:20,600 --> 00:10:22,600 saya cadangkan kamu guna cendawan shiitake kering. 280 00:10:22,680 --> 00:10:23,680 Kenapa? 281 00:10:23,760 --> 00:10:24,760 Ia lebih wangi. 282 00:10:24,840 --> 00:10:25,840 Lebih wangi. 283 00:10:25,920 --> 00:10:27,040 Ini bukan cendawan kering... 284 00:10:27,120 --> 00:10:28,160 jadi ia jauh lebih lembut. 285 00:10:28,240 --> 00:10:29,560 Kita boleh potong dua saja. 286 00:10:31,080 --> 00:10:32,120 Siap. 287 00:10:32,360 --> 00:10:34,160 Seterusnya, kita kena lakukan sedikit kerja penyediaan. 288 00:10:34,240 --> 00:10:36,160 - Ambil sedikit halia. - Okey. 289 00:10:36,240 --> 00:10:37,440 Serta bawang putih. 290 00:10:37,480 --> 00:10:38,480 Halia / Bawang putih 291 00:10:38,600 --> 00:10:42,320 Ini dipanggil cao liu dalam bahasa Kantonis. 292 00:10:42,600 --> 00:10:43,720 Cao liu ialah campuran aromatik... 293 00:10:43,800 --> 00:10:45,560 yang kita goreng kilas untuk tambah haruman pada masakan. 294 00:10:45,640 --> 00:10:47,360 Bila makan di restoran Cina... 295 00:10:47,440 --> 00:10:48,480 pernahkah kamu tertanya-tanya... 296 00:10:48,560 --> 00:10:50,200 kenapa hidangan khinzir goreng kilas begitu harum? 297 00:10:50,280 --> 00:10:51,520 Itu sebab mereka tumis... 298 00:10:51,600 --> 00:10:53,800 bahan-bahan ini dulu untuk dapatkan keharumannya. 299 00:10:54,160 --> 00:10:55,360 Begitu rupanya. 300 00:10:55,440 --> 00:10:57,160 Kita akan kupas halia dulu. 301 00:11:00,280 --> 00:11:02,560 Hiris nipis-nipis supaya kita boleh cencang kemudian. 302 00:11:03,200 --> 00:11:04,960 Betul. 303 00:11:05,560 --> 00:11:06,560 Selepas siap menghiris... 304 00:11:06,640 --> 00:11:08,720 susun kepingan halia itu bersama dan cencang. 305 00:11:18,040 --> 00:11:19,960 Periksa nasi. 306 00:11:20,040 --> 00:11:21,040 Sayang, periksa nasi. 307 00:11:21,120 --> 00:11:22,760 Kim, tolong periksa nasi dulu. 308 00:11:24,400 --> 00:11:25,400 Rupanya sepatutnya begini. 309 00:11:27,640 --> 00:11:29,240 Saya punya masih berair. 310 00:11:29,280 --> 00:11:30,280 Tapi baunya sangat sedap. 311 00:11:31,000 --> 00:11:32,680 Jangan kacau. Biar saja ia kering. 312 00:11:32,760 --> 00:11:33,760 Jangan kacau. 313 00:11:34,480 --> 00:11:36,160 Kamu boleh biar saja periuk tak ditutup. 314 00:11:36,240 --> 00:11:37,240 Ia akan kering dengan lebih cepat begitu. 315 00:11:37,320 --> 00:11:38,320 Okey. 316 00:11:39,480 --> 00:11:41,840 Kita akan gunakan kira-kira empat ulas bawang putih. 317 00:11:42,080 --> 00:11:43,880 - Sayang, cencang sikit lagi. - Okey. 318 00:11:44,640 --> 00:11:45,680 Cencang bawang putih. 319 00:11:46,320 --> 00:11:49,760 Cencang bawang putih 320 00:11:58,680 --> 00:11:59,880 Okey. 321 00:12:01,760 --> 00:12:02,880 Tolong letakkan di atas pinggan. 322 00:12:03,760 --> 00:12:05,640 - Seterusnya, kubis daun. - Kubis daun. 323 00:12:05,760 --> 00:12:06,760 Tiga tangkai kubis daun. 324 00:12:07,000 --> 00:12:09,400 Satu, dua, tiga. 325 00:12:10,320 --> 00:12:11,600 Buang hujungnya. 326 00:12:11,880 --> 00:12:13,000 Buang hujungnya... 327 00:12:15,560 --> 00:12:16,880 Kita akan potong dua. 328 00:12:18,080 --> 00:12:19,800 Begini. Ini satu tangkai kubis daun. 329 00:12:20,120 --> 00:12:21,440 Sayang, cef potong begini tadi. 330 00:12:21,520 --> 00:12:23,400 Cef potong memanjang? 331 00:12:23,720 --> 00:12:24,720 Ya. 332 00:12:25,760 --> 00:12:28,440 Saya kata potong dua. Itu memanjang! 333 00:12:29,040 --> 00:12:30,120 Potong dua. 334 00:12:30,480 --> 00:12:31,680 Potong dua... 335 00:12:31,840 --> 00:12:33,160 Begini, bukan? 336 00:12:36,000 --> 00:12:38,000 Ya, betul! 337 00:12:38,080 --> 00:12:40,000 - Apa? - Dia suruh potong dua. 338 00:12:40,080 --> 00:12:41,280 Potong dua begini. 339 00:12:41,680 --> 00:12:43,520 Tapi itu bukan setengah. Ini setengah! 340 00:12:44,080 --> 00:12:45,520 Mungkin kita patut tukar ketua cef kita. 341 00:12:47,960 --> 00:12:49,360 Kita ada idea berbeza tentang maksud setengah. 342 00:12:49,960 --> 00:12:51,760 Okey, mari ketepikan ini buat masa sekarang. 343 00:12:51,840 --> 00:12:52,920 Sekarang masa untuk mulakan hidangan satu lagi. 344 00:12:53,000 --> 00:12:54,440 Mari mulakan dengan ikan. 345 00:12:54,840 --> 00:12:56,960 - Masa untuk ikan! - Ikan. 346 00:12:57,960 --> 00:13:00,080 Ambil kain bersih. 347 00:13:00,360 --> 00:13:01,720 Kain bersih. 348 00:13:03,480 --> 00:13:06,360 Kita cuma gunakan sebelah ikan. 349 00:13:07,560 --> 00:13:09,000 Sayang, jangan rosakkan. 350 00:13:09,080 --> 00:13:10,440 Ikan ini sangat mahal. 351 00:13:10,720 --> 00:13:12,880 Di mana kita boleh jumpa ikan ini? 352 00:13:13,040 --> 00:13:14,040 Ini ikan laut. 353 00:13:14,120 --> 00:13:17,520 Kita boleh jumpa ikan ini di wilayah timur... 354 00:13:17,760 --> 00:13:20,200 seperti Chon Buri, Chanthaburi dan Trad. 355 00:13:20,280 --> 00:13:22,200 Rasa ikan ini hebat... 356 00:13:22,280 --> 00:13:25,600 tak seperti ikan di Laut Andaman. 357 00:13:25,680 --> 00:13:27,280 Itu disebabkan perbezaan... 358 00:13:27,360 --> 00:13:28,840 dalam ketumpatan air laut. 359 00:13:31,000 --> 00:13:32,120 Begini, cef? 360 00:13:32,440 --> 00:13:35,360 - Syabas! - Terima kasih. 361 00:13:35,760 --> 00:13:37,520 - Bagus sekali! - Saya kena tanggalkan ini. 362 00:13:37,840 --> 00:13:39,040 Ia asyik menghalang. 363 00:13:39,320 --> 00:13:41,640 Maafkan saya. Apa kita nak buat seterusnya? 364 00:13:41,800 --> 00:13:43,280 Buang bahagian perut. 365 00:13:43,400 --> 00:13:44,720 Saya dah buat, cef. 366 00:13:45,960 --> 00:13:47,000 Okey. 367 00:13:47,240 --> 00:13:49,760 Cef, boleh kami tutup api sekarang? 368 00:13:50,160 --> 00:13:51,200 Rasalah. 369 00:13:51,280 --> 00:13:53,160 Rasa dan lihat jika ia cukup kering. 370 00:13:53,520 --> 00:13:54,600 Sedapnya bau. 371 00:13:59,520 --> 00:14:00,560 Sedap! 372 00:14:00,760 --> 00:14:02,680 - Sedap. Dah sedap. - Sangat sedap. 373 00:14:02,760 --> 00:14:04,200 Kita tak perlu tambahkan apa-apa lagi. 374 00:14:05,320 --> 00:14:09,200 Cef, nasi di dasar periuk hangus sikit. 375 00:14:09,280 --> 00:14:10,480 Tak apa. 376 00:14:10,800 --> 00:14:12,520 Nasi periuk tanah yang bagus patut hangus sikit. 377 00:14:12,680 --> 00:14:16,080 Okey, kalau begitu kami akan biarkannya begini. 378 00:14:16,160 --> 00:14:17,160 Pernahkah kamu makan nasi... 379 00:14:17,240 --> 00:14:18,880 yang dimasak dengan cara Thai tradisional? 380 00:14:18,960 --> 00:14:20,120 Adakah lemang dikira? 381 00:14:23,000 --> 00:14:24,800 Cef tepuk dahi lagi. 382 00:14:25,120 --> 00:14:26,120 Bukan? 383 00:14:26,200 --> 00:14:27,520 Dulu... 384 00:14:27,600 --> 00:14:28,960 kita tiada periuk nasi. 385 00:14:29,040 --> 00:14:30,440 Jadi kami rebus beras, keringkan airnya... 386 00:14:30,520 --> 00:14:32,040 dan masak nasi hingga kering. 387 00:14:32,120 --> 00:14:33,800 Makan nasi dianggap perkara besar masa itu. 388 00:14:34,160 --> 00:14:38,600 Kita panggil ia khao tu-khao tang. 389 00:14:38,680 --> 00:14:40,040 Kami akan kikis kerak nasi... 390 00:14:40,120 --> 00:14:41,400 keringkannya di bawah cahaya matahari dan goreng. 391 00:14:41,480 --> 00:14:42,560 Baunya sangat sedap. 392 00:14:43,880 --> 00:14:45,280 Kita akan hiris ikan sekarang. 393 00:14:48,560 --> 00:14:49,720 Kita akan hiris ikan? 394 00:14:50,120 --> 00:14:54,040 Mark, cuba ini. Cantik. 395 00:14:56,640 --> 00:14:57,640 Cantiknya. 396 00:15:00,600 --> 00:15:02,080 Ini bagaimana, cef? 397 00:15:02,880 --> 00:15:03,880 Itu nipis sangat. 398 00:15:04,760 --> 00:15:06,040 Terlalu nipis. 399 00:15:08,960 --> 00:15:12,400 Hiris ikan 400 00:15:13,360 --> 00:15:15,000 Ini cantik. Saya bangga dengan diri saya. 401 00:15:15,080 --> 00:15:16,800 Kita boleh buat susyi dengan ini, sayang. 402 00:15:16,880 --> 00:15:18,320 Ya, tapi ikan jenis ini... 403 00:15:18,400 --> 00:15:19,840 tak sesuai untuk susyi... 404 00:15:19,920 --> 00:15:21,240 sebab kulitnya terlalu tebal. 405 00:15:21,680 --> 00:15:23,840 Yalah. 406 00:15:24,360 --> 00:15:26,160 Selepas siap potong ikan... 407 00:15:26,240 --> 00:15:28,920 tambahkan sedikit garam. Secubit saja cukup. 408 00:15:29,000 --> 00:15:31,760 Taburkan secubit garam 409 00:15:32,080 --> 00:15:34,240 Kemudian kita akan didihkan air. 410 00:15:35,080 --> 00:15:36,240 Didihkan air. 411 00:15:37,560 --> 00:15:39,680 Okey, seterusnya kita akan masak sayur-sayuran. 412 00:15:40,400 --> 00:15:41,960 - Okey. Peria. - Peria. 413 00:15:44,040 --> 00:15:45,520 Kita nak setengah biji peria. 414 00:15:46,480 --> 00:15:47,760 Setengah biji peria 415 00:15:47,840 --> 00:15:49,320 Betul, potong hujungnya dulu... 416 00:15:49,400 --> 00:15:50,640 kemudian potong dua secara memanjang. 417 00:15:51,880 --> 00:15:53,080 Seterusnya, gunakan sudu. 418 00:15:53,160 --> 00:15:55,400 Korek bijinya. 419 00:15:56,040 --> 00:15:57,040 Kemudian, kita akan potong... 420 00:15:57,120 --> 00:15:58,160 jadi kepingan begini. 421 00:16:00,080 --> 00:16:01,080 Okey. 422 00:16:04,520 --> 00:16:06,240 Kamu ada ais? 423 00:16:06,360 --> 00:16:07,360 - Ya, ada. - Ya. 424 00:16:07,440 --> 00:16:10,520 Sediakan semangkuk air ais. 425 00:16:11,680 --> 00:16:12,680 Gunakan mangkuk yang lebih besar. 426 00:16:12,920 --> 00:16:15,720 Cef, biasanya awak masak di rumah? 427 00:16:15,880 --> 00:16:16,920 Saya pesan makanan. 428 00:16:18,440 --> 00:16:19,480 Dia pesan makanan? 429 00:16:19,600 --> 00:16:20,880 Ya, saya pesan dari restoran. 430 00:16:21,920 --> 00:16:23,160 Agaknya awak nak rasa... 431 00:16:23,240 --> 00:16:24,640 masakan orang lain. 432 00:16:24,720 --> 00:16:26,960 - Tak, saya cuma malas nak masak. - Okey! 433 00:16:29,720 --> 00:16:30,760 Hebat. 434 00:16:31,080 --> 00:16:32,800 Sekarang, abalone dalam nasi kita. 435 00:16:33,160 --> 00:16:34,640 Keluarkannya. 436 00:16:35,080 --> 00:16:36,480 Kita akan potong abalone. 437 00:16:37,600 --> 00:16:38,600 Okey. 438 00:16:42,760 --> 00:16:44,080 Air dah mendidih. 439 00:16:44,280 --> 00:16:45,280 Air dah mendidih. 440 00:16:46,200 --> 00:16:47,600 Masukkan setengah sudu kecil soda penaik... 441 00:16:47,680 --> 00:16:48,720 ke dalam air. 442 00:16:49,080 --> 00:16:50,120 Setengah sudu kecil. 443 00:16:50,200 --> 00:16:51,200 Setengah sudu kecil soda penaik 444 00:16:51,280 --> 00:16:52,400 Air akan menggelegak begini. 445 00:16:52,720 --> 00:16:53,840 Kita jadikan air ini beralkali... 446 00:16:53,920 --> 00:16:55,360 untuk mengurangkan rasa pahit peria. 447 00:16:56,240 --> 00:16:57,280 Kemudian, tambahkan sedikit garam. 448 00:16:57,680 --> 00:16:58,680 Setengah sudu kecil garam 449 00:16:58,760 --> 00:17:00,320 Garam. Okey. 450 00:17:00,400 --> 00:17:02,600 Seterusnya, kita boleh celur peria. 451 00:17:06,119 --> 00:17:07,119 Bagaimana kita nak tahu bila ia dah masak? 452 00:17:07,200 --> 00:17:09,160 Ia dah masak bila ia jadi lut cahaya. 453 00:17:10,319 --> 00:17:11,880 Kamu punya dah masak. Itu nampak bagus. 454 00:17:12,000 --> 00:17:13,240 Cedok dan celupkan ke dalam air ais. 455 00:17:14,240 --> 00:17:15,280 Kita celupkannya ke dalam air ais... 456 00:17:15,359 --> 00:17:16,760 untuk warna yang lebih cantik. 457 00:17:17,040 --> 00:17:18,200 Supaya warna hijau terangnya kekal. 458 00:17:18,280 --> 00:17:19,400 Begitu rupanya. 459 00:17:20,480 --> 00:17:21,960 Kemudian, biar ia menyejuk sedikit. 460 00:17:23,520 --> 00:17:24,520 Kita mesti berhati-hati dengan langkah ini... 461 00:17:24,599 --> 00:17:25,680 sebab peria... 462 00:17:25,760 --> 00:17:26,839 akan hilang kerangupannya jika kita tunggu terlalu lama. 463 00:17:28,200 --> 00:17:30,800 Ambil air rebusan. 464 00:17:31,080 --> 00:17:32,520 Sediakan saderi. 465 00:17:32,760 --> 00:17:34,120 - Tuang air rebusan ke dalam periuk. - Air rebusan... 466 00:17:34,200 --> 00:17:35,600 - Ya, masukkan air rebusan. - Banyak lagi. 467 00:17:35,680 --> 00:17:36,800 Air rebusan... 468 00:17:36,880 --> 00:17:38,080 Air rebusan? 469 00:17:38,160 --> 00:17:39,560 Itu air paip. 470 00:17:41,880 --> 00:17:42,880 Maafkan saya. 471 00:17:44,120 --> 00:17:46,520 Air rebusan ayam 472 00:17:46,600 --> 00:17:47,640 Betul. 473 00:17:48,560 --> 00:17:49,560 Sebenarnya... 474 00:17:49,640 --> 00:17:51,720 daun saderi jarang digunakan... 475 00:17:51,800 --> 00:17:52,800 dalam masakan Cina. 476 00:17:52,880 --> 00:17:54,200 Bila kita gunakan saderi... 477 00:17:54,280 --> 00:17:55,560 kita tak makan daunnya. Pahit. 478 00:17:55,640 --> 00:17:58,000 Tapi hari ini, kita mahu baunya yang harum... 479 00:17:58,080 --> 00:18:00,160 dan ia juga akan jadikan sup kita... 480 00:18:00,320 --> 00:18:02,320 nampak lebih menyelerakan. 481 00:18:03,880 --> 00:18:05,160 Potong sedikit halia. 482 00:18:05,480 --> 00:18:06,640 Buang kulitnya dulu. 483 00:18:06,840 --> 00:18:08,080 Kita nak hirisan nipis. 484 00:18:08,320 --> 00:18:09,720 Hirisan nipis. 485 00:18:10,320 --> 00:18:12,920 Kira-kira tiga hingga empat hirisan nipis. 486 00:18:13,960 --> 00:18:15,120 Okey. 487 00:18:16,600 --> 00:18:17,600 Siap. 488 00:18:17,680 --> 00:18:19,400 Masukkan sedikit cendawan shimeji. 489 00:18:19,800 --> 00:18:22,000 Saya lebih suka gunakan cendawan shimeji putih. 490 00:18:22,200 --> 00:18:23,840 Yang perang nampak kotor. 491 00:18:24,120 --> 00:18:25,640 - Letak tepi. Kotor. - Letak tepi. 492 00:18:25,720 --> 00:18:26,720 Letak tepi. 493 00:18:26,800 --> 00:18:27,920 Kenapa awak beri saya yang perang? 494 00:18:28,080 --> 00:18:31,080 Seterusnya, ini dia! Kamu ada ini? 495 00:18:31,680 --> 00:18:33,040 - Ini plum. - Itu plum? 496 00:18:33,120 --> 00:18:34,600 - Itu plum? - Ya. 497 00:18:34,680 --> 00:18:36,040 Dua biji plum bergaram 498 00:18:37,400 --> 00:18:39,720 - Bagaimana rasanya? - Sangat masin. 499 00:18:39,920 --> 00:18:40,920 Awak buat perkara yang betul. 500 00:18:41,240 --> 00:18:43,520 Kita sentiasa patut rasa bahan-bahan kita dulu. 501 00:18:43,600 --> 00:18:46,040 Kita akan gunakan dua biji plum buat masa sekarang. 502 00:18:46,440 --> 00:18:47,840 Dua biji plum. 503 00:18:47,920 --> 00:18:48,920 Buang bijinya dulu. 504 00:18:49,000 --> 00:18:50,840 Dua biji plum sepatutnya cukup. 505 00:18:50,920 --> 00:18:52,200 Kita tak nak sup kita terlalu masin. 506 00:18:52,280 --> 00:18:55,040 Seterusnya, masukkan sedikit halia. 507 00:18:55,520 --> 00:18:56,640 Hirisan halia. 508 00:18:56,720 --> 00:18:59,040 Halia 509 00:19:00,200 --> 00:19:01,760 Serta saderi. 510 00:19:02,400 --> 00:19:03,680 Masukkan saderi. 511 00:19:04,960 --> 00:19:06,400 Tambahkan lebih banyak air rebusan. 512 00:19:08,640 --> 00:19:10,760 Cef, awak masak jenis masakan lain juga? 513 00:19:11,840 --> 00:19:13,640 Dalam hayat ini atau yang seterusnya? 514 00:19:15,760 --> 00:19:16,840 Mari fokus pada hayat yang ini. 515 00:19:16,920 --> 00:19:18,120 Saya masak masakan Cina dalam hayat ini. 516 00:19:18,200 --> 00:19:19,560 Saya akan cuba jenis masakan lain dalam hayat saya yang seterusnya. 517 00:19:19,720 --> 00:19:21,120 Awak betul-betul buat saya ketawa, cef. 518 00:19:21,840 --> 00:19:23,440 Hati-hati, kamu kena rasa sup kamu dulu... 519 00:19:23,520 --> 00:19:25,160 sebab ia boleh jadi sangat masin. 520 00:19:29,120 --> 00:19:30,480 Sedaplah. 521 00:19:30,560 --> 00:19:31,760 - Masin? - Ya, masin. 522 00:19:31,840 --> 00:19:32,840 Okey. 523 00:19:33,040 --> 00:19:34,400 Masukkan sedikit gula. 524 00:19:34,480 --> 00:19:36,160 Setengah sudu besar gula 525 00:19:36,240 --> 00:19:37,560 Juga sos abalone. 526 00:19:37,640 --> 00:19:39,040 Kita ada sos abalone? 527 00:19:39,320 --> 00:19:41,000 - Sos abalone, betul? - Ya, yang itu. 528 00:19:41,680 --> 00:19:43,280 Sedikit saja supaya tak terlalu masin. 529 00:19:43,360 --> 00:19:44,600 Ini pasti sedap. 530 00:19:44,680 --> 00:19:45,960 Setengah sudu besar sos abalone 531 00:19:46,440 --> 00:19:49,040 Mark, satu perkara untuk diingat tentang memasak... 532 00:19:50,160 --> 00:19:51,960 ialah masa itu benar-benar penting... 533 00:19:52,040 --> 00:19:53,560 terutamanya kalau awak memasak untuk isteri. 534 00:19:53,880 --> 00:19:56,640 Tak elok kalau sup dan nasi dah siap... 535 00:19:56,960 --> 00:19:59,400 sebelum hidangan bergoreng. 536 00:20:00,760 --> 00:20:02,200 Sebab sup dan nasi akan jadi sejuk... 537 00:20:02,280 --> 00:20:03,560 bila awak dah siap... 538 00:20:04,080 --> 00:20:05,080 masak hidangan bergoreng. 539 00:20:05,160 --> 00:20:06,160 Akhirnya kita akan kena marah. 540 00:20:06,240 --> 00:20:07,240 Kena marah taklah teruk sangat. 541 00:20:07,320 --> 00:20:08,560 Saya pernah dibaling barang. 542 00:20:10,400 --> 00:20:11,400 - Okey. - Kasihannya. 543 00:20:11,480 --> 00:20:13,000 Awak tahu bagaimana bila isteri awak menjerit... 544 00:20:13,080 --> 00:20:14,080 awak mula panik? 545 00:20:14,160 --> 00:20:15,160 Awak macam, "Alamak, mana periuk itu?" 546 00:20:15,240 --> 00:20:16,240 "Mana ini? Mana itu?" 547 00:20:16,320 --> 00:20:19,240 Jadi kita mesti sediakan semuanya. 548 00:20:19,320 --> 00:20:21,280 Kumpulkan semua benda yang kita perlukan. 549 00:20:21,360 --> 00:20:23,200 - Begitu rupanya. - Mari buat persiapan. 550 00:20:23,440 --> 00:20:26,320 Supaya kita bersedia untuk masukkan ini dan itu. 551 00:20:26,600 --> 00:20:27,880 Awak selalu kena marah? 552 00:20:27,960 --> 00:20:30,560 Saya tak boleh cakap. 553 00:20:32,080 --> 00:20:33,800 Biasanya kenapa awak kena marah? 554 00:20:33,920 --> 00:20:35,160 Macam-macam sebab. 555 00:20:37,400 --> 00:20:39,080 Awak kena marah pagi tadi? 556 00:20:39,160 --> 00:20:40,400 Semuanya bergantung pada angin dia. 557 00:20:40,480 --> 00:20:41,520 Saya pernah kena marah... 558 00:20:41,600 --> 00:20:42,720 sebab salah cara pakai tali pinggang. 559 00:20:43,480 --> 00:20:46,040 Saya betul-betul nak jumpa isteri awak. 560 00:20:48,440 --> 00:20:49,440 Awak seronok, bukan? 561 00:20:49,520 --> 00:20:51,600 Ya. Kami senasib. 562 00:20:51,720 --> 00:20:53,920 20 tahun lalu, saya tiada isteri. 563 00:20:54,000 --> 00:20:55,240 Hidup begitu mudah. 564 00:20:55,320 --> 00:20:56,480 Saya tak takut apa-apa. 565 00:20:57,400 --> 00:20:59,680 Sekarang awak sentiasa takut? 566 00:20:59,760 --> 00:21:01,000 Dia di sana sedang perhatikan saya sekarang! 567 00:21:03,880 --> 00:21:06,560 Okey, kamu ada kuali? 568 00:21:06,640 --> 00:21:07,640 Kuali. 569 00:21:08,400 --> 00:21:10,480 Bagus, sekarang masukkan sedikit minyak. 570 00:21:10,920 --> 00:21:12,560 Minyak sayur. Betul, cef? 571 00:21:12,640 --> 00:21:13,920 Ya, minyak sayur. 572 00:21:14,360 --> 00:21:16,760 Masukkan halia cencang dan... 573 00:21:17,160 --> 00:21:18,720 bawang putih cencang yang kita sediakan tadi. 574 00:21:19,560 --> 00:21:20,760 Seterusnya, ayam. 575 00:21:20,840 --> 00:21:21,840 Okey. 576 00:21:21,920 --> 00:21:23,160 Ayam ambil masa paling lama untuk masak... 577 00:21:23,360 --> 00:21:24,520 jadi kita akan masukkannya dulu. 578 00:21:25,240 --> 00:21:28,720 Masukkan ayam ke dalam kuali 579 00:21:30,200 --> 00:21:31,840 Ini dia. 580 00:21:34,160 --> 00:21:35,200 Baiklah! 581 00:21:35,480 --> 00:21:37,320 Okey, sekarang masukkan sedikit air rebusan. 582 00:21:38,120 --> 00:21:41,560 Masukkan air rebusan 583 00:21:42,240 --> 00:21:44,120 Kamu ada wain masakan Cina, bukan? 584 00:21:44,200 --> 00:21:45,200 Masukkan sikit wain masakan, cepat. 585 00:21:46,840 --> 00:21:47,880 Wain masakan Cina. 586 00:21:48,800 --> 00:21:50,120 Wain masakan Cina 587 00:21:50,200 --> 00:21:51,240 Kita tambahkan wain... 588 00:21:51,320 --> 00:21:52,400 sementara kuali masih panas... 589 00:21:52,480 --> 00:21:54,120 untuk menyejatkan alkoholnya. 590 00:21:54,200 --> 00:21:55,960 - Okey. - Ia akan memberi bau wangi buah... 591 00:21:56,040 --> 00:21:58,720 atau bau tapai kepada hidangan. 592 00:21:58,800 --> 00:22:00,320 Kita takkan rasa alkoholnya langsung. 593 00:22:00,440 --> 00:22:02,480 Okey, sekarang kita akan tambahkan... 594 00:22:03,160 --> 00:22:05,640 satu sudu penuh sos abalone. 595 00:22:06,040 --> 00:22:07,640 Satu sudu penuh sos abalone. 596 00:22:08,480 --> 00:22:09,960 Sedikit sos tiram. 597 00:22:10,640 --> 00:22:12,200 Setengah sudu besar sos tiram 598 00:22:12,280 --> 00:22:13,880 - Sos tiram? - Ya. 599 00:22:14,640 --> 00:22:15,720 Sedikit kicap. 600 00:22:15,800 --> 00:22:16,800 Setengah sudu besar kicap 601 00:22:16,880 --> 00:22:18,040 Kicap. 602 00:22:18,520 --> 00:22:19,560 Sedikit. 603 00:22:19,680 --> 00:22:21,240 Secubit gula. 604 00:22:23,720 --> 00:22:25,560 Gula 605 00:22:25,640 --> 00:22:27,080 Kemudian, ambil mangkuk kecil. 606 00:22:27,400 --> 00:22:29,000 Masukkan sedikit tepung jagung. 607 00:22:29,840 --> 00:22:30,880 Tepung jagung. 608 00:22:31,600 --> 00:22:34,240 Masukkan tepung jagung sebanyak ini. 609 00:22:35,000 --> 00:22:36,160 Setengah sudu besar. 610 00:22:36,240 --> 00:22:37,440 Setengah sudu besar tepung jagung 611 00:22:37,520 --> 00:22:38,840 Masukkan air. 612 00:22:40,520 --> 00:22:42,800 Sedikit saja dan kacau baik-baik. 613 00:22:46,360 --> 00:22:47,400 Okey. 614 00:22:48,080 --> 00:22:49,560 Seterusnya, mari tambahkan... 615 00:22:52,400 --> 00:22:53,880 Kita akan tambahkan abalone. 616 00:22:53,960 --> 00:22:55,000 Abalone. 617 00:22:55,200 --> 00:22:57,160 Char siu dan cendawan shiitake. 618 00:23:00,280 --> 00:23:01,600 Ini kicap pekat. 619 00:23:02,240 --> 00:23:03,240 Sedikit saja. 620 00:23:03,320 --> 00:23:04,320 Setengah sudu kecil kicap pekat 621 00:23:04,400 --> 00:23:05,400 Lebih kurang sebanyak ini. 622 00:23:05,480 --> 00:23:06,560 Tengok warnanya. 623 00:23:07,480 --> 00:23:08,880 Kamu boleh tentukan sepekat mana... 624 00:23:08,960 --> 00:23:10,400 warna hidangan yang kamu nak. 625 00:23:10,480 --> 00:23:11,960 - Sedikit saja. - Sedikit saja. 626 00:23:12,480 --> 00:23:14,720 Kemudian tambahkan dua sudu besar... 627 00:23:14,960 --> 00:23:15,960 tepung jagung. 628 00:23:16,040 --> 00:23:18,520 Dua sudu besar tepung jagung 629 00:23:21,360 --> 00:23:22,640 Sedikit minyak bijan. 630 00:23:22,720 --> 00:23:24,520 Empat titis. Kira-kira empat titis. 631 00:23:24,600 --> 00:23:25,600 Empat titis. 632 00:23:25,680 --> 00:23:28,040 Empat titis minyak bijan 633 00:23:28,560 --> 00:23:29,920 Sekarang, buat sedikit ruang... 634 00:23:30,000 --> 00:23:31,000 dalam kuali kamu begini. 635 00:23:31,080 --> 00:23:32,360 Okey, buat sedikit ruang dalam kuali. 636 00:23:32,440 --> 00:23:33,440 Kita nak biar setengah kuali kosong. 637 00:23:33,760 --> 00:23:35,320 Okey, biar setengah kuali kosong. 638 00:23:35,400 --> 00:23:36,560 Betul, sekarang tuang sedikit wain masakan... 639 00:23:36,640 --> 00:23:37,640 ke dalam ruang kosong itu. 640 00:23:37,720 --> 00:23:40,920 Satu sudu kecil wain masakan Cina 641 00:23:41,400 --> 00:23:43,000 - Di sini? - Ya, tuangkan. 642 00:23:44,240 --> 00:23:45,280 Sikitnya? 643 00:23:45,360 --> 00:23:48,280 Sebaik saja ia mendidih, campurkan semuanya. 644 00:23:50,520 --> 00:23:52,280 Bagus sekali... 645 00:23:54,720 --> 00:23:55,720 Sedapnya bau. 646 00:23:56,400 --> 00:23:58,280 Masukkan sedikit minyak sayur. 647 00:23:58,760 --> 00:23:59,760 Okey. 648 00:24:00,600 --> 00:24:03,880 Bila dah siap, kita akan tuangkan ke atas nasi. 649 00:24:11,760 --> 00:24:12,760 Tuang ke atas nasi. 650 00:24:12,880 --> 00:24:14,880 Kemudian letakkan periuk di atas dapur. 651 00:24:16,520 --> 00:24:17,680 Nampak hebat. 652 00:24:17,760 --> 00:24:18,760 Letakkan di atas dapur. 653 00:24:19,240 --> 00:24:20,400 Bagaimana? Sedap baunya? 654 00:24:20,480 --> 00:24:21,520 Baunya sangat sedap. 655 00:24:21,880 --> 00:24:25,760 Supaya isteri tak marah... 656 00:24:25,840 --> 00:24:26,960 kita kena hidangkan semuanya serentak. 657 00:24:27,920 --> 00:24:28,920 Ketepikan. 658 00:24:29,160 --> 00:24:31,640 Beginilah cara kita sebagai lelaki nak selamat. 659 00:24:34,880 --> 00:24:35,920 Alamak. 660 00:24:37,120 --> 00:24:38,720 - Kenapa, cef? - Apa dia? 661 00:24:38,960 --> 00:24:40,040 Kita belum goreng kubis daun lagi. 662 00:24:42,400 --> 00:24:44,360 Letakkan kuali di atas dapur. 663 00:24:44,680 --> 00:24:45,680 Okey. 664 00:24:47,600 --> 00:24:48,720 Masukkan sedikit minyak. 665 00:24:49,000 --> 00:24:50,000 Masukkan sedikit minyak. 666 00:24:51,400 --> 00:24:52,960 Potong sebiji limau nipis itu kepada separuh. 667 00:24:54,880 --> 00:24:56,800 Masukkan kubis daun bila kuali dah panas. 668 00:24:56,880 --> 00:24:58,840 Kubis daun 669 00:24:58,920 --> 00:24:59,960 Okey. 670 00:25:00,160 --> 00:25:02,240 Kemudian tambahkan satu sudu penuh air rebusan. 671 00:25:03,280 --> 00:25:04,720 Semua air rebusan dah habis. 672 00:25:05,520 --> 00:25:06,520 Air pun boleh. 673 00:25:06,600 --> 00:25:07,720 Ia takkan menjejaskan rasanya. 674 00:25:07,800 --> 00:25:09,280 Saya cuma gunakan air rebusan supaya ia masak lebih cepat. 675 00:25:10,040 --> 00:25:11,480 Sos abalone yang berikan... 676 00:25:11,560 --> 00:25:13,160 hidangan ini rasanya. 677 00:25:13,480 --> 00:25:15,960 Masukkan sos abalone. 678 00:25:16,080 --> 00:25:17,320 Satu sudu besar sos abalone 679 00:25:17,400 --> 00:25:19,480 - Siap. - Kemudian, tambahkan sos tiram. 680 00:25:20,320 --> 00:25:22,440 Satu sudu besar sos tiram 681 00:25:22,520 --> 00:25:24,160 Masukkan sedikit wain masakan Cina. 682 00:25:24,440 --> 00:25:25,560 Sos tiram... 683 00:25:26,480 --> 00:25:27,560 Wain masakan Cina... 684 00:25:27,640 --> 00:25:29,520 Wain masakan Cina 685 00:25:31,440 --> 00:25:33,400 Siap. Letakkan di tepi. 686 00:25:40,320 --> 00:25:41,360 Okey. 687 00:25:43,840 --> 00:25:46,560 Okey, mari masak ikan. 688 00:25:48,080 --> 00:25:49,320 Sup ikan sedang mendidih, bukan? 689 00:25:49,400 --> 00:25:50,680 - Ya. - Okey. 690 00:25:50,760 --> 00:25:52,520 Masukkan saderi. 691 00:25:54,080 --> 00:25:55,440 Masukkan saderi. 692 00:25:57,200 --> 00:25:58,560 Masak ikan dengan cepat. 693 00:25:59,000 --> 00:26:01,200 Berapa lama kita nak masak, cef? 694 00:26:01,840 --> 00:26:03,160 Itu nampak elok. 695 00:26:04,200 --> 00:26:06,240 Sampai ia jadi putih. 696 00:26:08,320 --> 00:26:10,080 - Letakkan dalam mangkuk. - Ya, tuan. 697 00:26:10,760 --> 00:26:11,960 Ini ikan rebus. 698 00:26:12,240 --> 00:26:13,240 Ikan rebus. 699 00:26:13,520 --> 00:26:14,520 Keluarkan. 700 00:26:17,080 --> 00:26:18,680 Okey, sekarang masukkan peria ke dalam periuk. 701 00:26:19,200 --> 00:26:23,560 Masukkan peria dan masak sepenuhnya 702 00:26:23,960 --> 00:26:25,560 Keluarkan peria. 703 00:26:28,320 --> 00:26:29,360 Cantik. 704 00:26:29,800 --> 00:26:30,800 Warnanya cantik. 705 00:26:30,880 --> 00:26:32,520 Ya, ia nampak hebat. 706 00:26:32,920 --> 00:26:35,480 Bagaimana dengan cendawan putih ini, cef? 707 00:26:35,760 --> 00:26:36,880 Celurkannya juga. 708 00:26:37,320 --> 00:26:38,720 Baiklah. 709 00:26:39,240 --> 00:26:40,240 Cef Mark. 710 00:26:40,680 --> 00:26:41,760 Okey. 711 00:26:41,840 --> 00:26:42,840 Celur cendawan shimeji putih 712 00:26:44,920 --> 00:26:45,920 Hampir siap... 713 00:26:46,000 --> 00:26:47,440 Hampir sampai masa untuk makan. 714 00:26:47,520 --> 00:26:48,840 Tuangkan sup di atas ikan. 715 00:26:52,680 --> 00:26:53,720 Kamu ada limau nipis? 716 00:26:55,120 --> 00:26:58,240 Seulas limau nipis 717 00:26:58,320 --> 00:26:59,520 Mengagumkan. 718 00:27:15,400 --> 00:27:16,800 Rasa. Mari kita rasa. 719 00:27:16,880 --> 00:27:17,880 Okey. 720 00:27:18,240 --> 00:27:20,040 Saya pun nak rasa. 721 00:27:20,120 --> 00:27:21,320 Biasanya saya tak makan banyak. 722 00:27:21,400 --> 00:27:23,760 Awak nak gunakan mangkuk adun yang besar itu? 723 00:27:23,840 --> 00:27:25,360 Saya rasa boleh makan terus daripada periuk. 724 00:27:25,440 --> 00:27:26,560 Cef. 725 00:27:29,720 --> 00:27:31,000 Saya tak makan banyak. 726 00:27:31,080 --> 00:27:32,760 Baiklah, mari kita rasa. 727 00:27:41,760 --> 00:27:44,960 Sayang, kita tak tambahkan banyak perasa... 728 00:27:47,480 --> 00:27:49,120 tapi ini sangat sedap. 729 00:27:52,960 --> 00:27:55,160 Ada banyak lapisan rasa. 730 00:27:55,320 --> 00:27:56,600 Mula-mula, udang kering... 731 00:27:56,960 --> 00:27:58,560 kemudian kekapis kering... 732 00:27:59,120 --> 00:28:01,640 dan kemudian saya gigit abalone, macam... 733 00:28:02,280 --> 00:28:03,640 - Sangat sedap. - ada satu lagi lapisan... 734 00:28:03,720 --> 00:28:05,160 rasa dan haruman. 735 00:28:06,520 --> 00:28:07,840 Biar saya cuba supnya. 736 00:28:13,640 --> 00:28:15,600 Amboi, rasa ikan ini luar biasa. 737 00:28:16,880 --> 00:28:18,600 Ikan ini betul-betul sedap. 738 00:28:18,680 --> 00:28:19,680 Sila beri markah untuk hidangan ini. 739 00:28:19,760 --> 00:28:20,760 Daripada berapa? 740 00:28:20,840 --> 00:28:21,880 Mestilah daripada sepuluh, macam biasa. 741 00:28:21,960 --> 00:28:23,440 - Sepuluh? - Ya, sepuluh. 742 00:28:23,520 --> 00:28:24,560 Sepuluh. 743 00:28:24,640 --> 00:28:25,680 - Sepuluh? - Ya, sepuluh. 744 00:28:25,760 --> 00:28:27,640 Sepuluh? Sepuluh lagi? 745 00:28:27,720 --> 00:28:28,720 Berapa markah awak nak beri cef? 746 00:28:28,800 --> 00:28:30,160 Sila beri markah untuk masakan saya. 747 00:28:30,240 --> 00:28:31,400 Saya beri awak 100 markah. 748 00:28:31,480 --> 00:28:32,480 Hati mini. 749 00:28:33,640 --> 00:28:35,240 Mari kita selesaikan. 750 00:28:35,320 --> 00:28:38,000 MarkKim + Chef akan menderma 30,000 baht Thai... 751 00:28:38,080 --> 00:28:39,920 kepada sebuah badan kebajikan pilihan awak. 752 00:28:40,200 --> 00:28:42,520 Cef, sila pilih badan kebajikan... 753 00:28:42,600 --> 00:28:43,920 yang awak mahu derma itu diberikan. 754 00:28:44,040 --> 00:28:45,520 Saya ada sedikit pengalaman... 755 00:28:45,640 --> 00:28:49,680 dengan Yayasan Hospital Ramathibodi. 756 00:28:49,760 --> 00:28:50,840 Ayah saya pernah dimasukkan... 757 00:28:50,920 --> 00:28:52,040 ke Hospital Ramathibodi... 758 00:28:52,120 --> 00:28:53,680 dan hospital itu tidak memiliki... 759 00:28:53,760 --> 00:28:54,880 peralatan perubatan yang mencukupi. 760 00:28:54,960 --> 00:28:58,440 Sukar menjalankan pembedahan jantung masa itu. 761 00:28:58,520 --> 00:29:00,160 Ia sudah jauh lebih maju hari ini. 762 00:29:00,240 --> 00:29:01,280 Saya mahu semua orang ada akses... 763 00:29:01,360 --> 00:29:02,640 kepada peralatan perubatan yang menyelamatkan nyawa itu. 764 00:29:02,720 --> 00:29:05,080 Jadi saya mahu wang itu didermakan... 765 00:29:05,160 --> 00:29:06,720 kepada Yayasan Hospital Ramathibodi. 766 00:29:06,800 --> 00:29:09,000 - Terima kasih, cef. - Terima kasih untuk hari ini. 767 00:29:10,480 --> 00:29:11,480 Hati mini. 768 00:29:11,640 --> 00:29:13,040 Comelnya Cef Pom. 769 00:29:14,720 --> 00:29:16,280 Sedap betul. 770 00:29:16,440 --> 00:29:17,440 Awak suka melebih-lebih... 771 00:29:17,800 --> 00:29:19,120 tapi ini memang sangat sedap.