1 00:00:01,042 --> 00:00:05,046 DRAMA INI MERUPAKAN FIKSYEN, TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN... 2 00:00:05,171 --> 00:00:08,883 ...SEBARANG TEMPAT, ORANG, ORGANISASI, LATAR BELAKANG ATAU PERISTIWA. 3 00:00:11,678 --> 00:00:18,685 MOVING 4 00:00:23,023 --> 00:00:25,525 Kita akan mengalami gelora sebentar lagi. 5 00:00:25,608 --> 00:00:28,236 Semua penumpang, sila kembali ke tempat duduk anda. 6 00:00:28,319 --> 00:00:30,739 Tuan-tuan dan puan-puan, kita sedang mengalami gelora. 7 00:00:30,822 --> 00:00:33,908 Sila kembali ke tempat duduk dan pakai tali pinggang keledar. Terima kasih. 8 00:00:36,995 --> 00:00:39,164 {\an8}TAHUN 1987 9 00:00:39,247 --> 00:00:44,002 {\an8}DI ATAS LAUTAN HINDI 10 00:00:56,681 --> 00:00:58,725 REKOD BAHARU DALAM NEGARA YANG AMBIL BAHAGIAN DALAM OLIMPIK SEOUL 1988 11 00:01:05,648 --> 00:01:07,817 Tiada apa-apa untuk dilihat kecuali awan di langit,... 12 00:01:07,901 --> 00:01:09,110 ...tapi dia terpaku di tingkap itu. 13 00:01:10,028 --> 00:01:12,572 Dia mahu bercakap besar dapat menaiki kapal terbang apabila pulang ke Korea. 14 00:01:14,616 --> 00:01:16,034 Mak, ayah. 15 00:01:17,535 --> 00:01:19,412 Ada sesuatu di awan. 16 00:01:19,913 --> 00:01:20,914 Apa? 17 00:01:28,713 --> 00:01:30,423 Ada seseorang di sana! 18 00:01:36,262 --> 00:01:39,265 PENERBANGAN HANKOOK 19 00:02:09,587 --> 00:02:11,589 - Apa ini? - Apa ini? 20 00:02:12,173 --> 00:02:13,842 - Apa yang sedang berlaku? - Itu orang, bukan? 21 00:02:14,509 --> 00:02:15,718 Kapten! 22 00:02:15,802 --> 00:02:16,970 Saya rasa dia cakap sesuatu. 23 00:02:17,053 --> 00:02:18,054 Apa? 24 00:02:21,683 --> 00:02:22,934 Apa yang dia cakap? 25 00:02:23,768 --> 00:02:25,436 Saya rasa dia suruh kita memperlahankan kelajuan. 26 00:02:25,520 --> 00:02:26,980 Kapten, patutkah kita berbuat demikian? 27 00:02:27,063 --> 00:02:29,774 {\an8}Mendarat! 28 00:02:37,157 --> 00:02:39,951 Bom! 29 00:02:40,827 --> 00:02:41,786 Apa? 30 00:02:43,621 --> 00:02:45,206 Ada bom! 31 00:02:45,957 --> 00:02:46,791 Bom! 32 00:02:47,417 --> 00:02:49,752 Mungkinkah dia pengganas? 33 00:02:49,836 --> 00:02:52,005 Ada bom! 34 00:03:09,397 --> 00:03:11,316 - Maklumkan pusat kawalan dulu. - Baik. 35 00:03:12,483 --> 00:03:13,610 Panggilan kecemasan. 36 00:03:13,693 --> 00:03:15,528 - Ini Penerbangan Hankook 707. - Apa yang dia buat? 37 00:03:15,778 --> 00:03:17,906 {\an8}Mendarat sekarang juga! 38 00:03:25,788 --> 00:03:26,664 Sayang, pakaikan Wonwoo... 39 00:03:26,748 --> 00:03:28,166 - ...tali pinggang keledar! - Awak tak apa-apa? 40 00:03:28,583 --> 00:03:29,709 - Wonwoo, kamu tak apa-apa? - Saya tak apa-apa. 41 00:03:29,792 --> 00:03:31,586 - Pegang tangan ayah, okey? - Sila pakai tali pinggang keledar! 42 00:03:31,669 --> 00:03:33,379 - Kamu pakai tali pinggang keledar? - Pakai... 43 00:03:52,065 --> 00:03:54,067 Tolong jangan bangun! 44 00:04:22,220 --> 00:04:25,181 Tidak! 45 00:05:05,096 --> 00:05:08,766 EPISOD 8: HITAM 46 00:05:13,396 --> 00:05:17,400 TAHUN 1994, AGENSI NAMSAN UNTUK PERANCANGAN KESELAMATAN NEGARA 47 00:05:18,776 --> 00:05:19,819 MAKLUMAT RAHSIA TENTERA 48 00:05:19,902 --> 00:05:23,906 NAMA: LEE MIHYUN 49 00:05:26,868 --> 00:05:29,287 Lee Mihyun, 24 tahun. 50 00:05:29,787 --> 00:05:32,165 "Orang termuda menjadi ejen sejak penubuhan ANSP." 51 00:05:32,248 --> 00:05:34,083 "Markah penuh dalam semua penilaian praktikal... 52 00:05:34,167 --> 00:05:36,502 ...termasuk menembak, selain daripada ujian fizikal." 53 00:05:37,045 --> 00:05:41,507 "Menyesuaikan diri dengan keadaan, tindakan refleks yang hebat" 54 00:05:42,008 --> 00:05:45,595 "Lima deria lebih hebat daripada manusia biasa"? 55 00:05:46,846 --> 00:05:47,680 Lima deria? 56 00:05:50,600 --> 00:05:54,145 Awak cedera dalam tugasan pertama dan penglihatan awak terjejas. 57 00:05:55,063 --> 00:05:56,898 Sejak itu awak ditukarkan ke kerja pejabat... 58 00:05:56,981 --> 00:05:58,608 ...di Bahagian Pengurusan Maklumat. 59 00:05:59,108 --> 00:05:59,984 Betul? 60 00:06:00,318 --> 00:06:01,235 Ya, tuan. 61 00:06:04,113 --> 00:06:05,531 Sayangnya. 62 00:06:07,575 --> 00:06:10,536 Jika awak tak cedera, awak dah bekerja dengan saya. 63 00:06:19,629 --> 00:06:21,964 Busuknya kopi ini. 64 00:06:26,260 --> 00:06:27,178 Mari sini. 65 00:06:33,393 --> 00:06:40,400 KITA BEKERJA DALAM BAYANG-BAYANG UNTUK MELINDUNGI NEGARA YANG DISINARI MATAHARI 66 00:06:45,738 --> 00:06:49,909 Saya akan berikan awak tugas yang penting. 67 00:06:52,578 --> 00:06:57,750 Kim Doosik, nama kod Moonsan. Ejen hitam paling elit ANSP. 68 00:06:58,334 --> 00:07:00,878 Dia akan diamanahkan dengan tugasan rahsia tidak lama lagi. 69 00:07:00,962 --> 00:07:04,340 Namun sebelum itu, kita harus mengesahkan ideologinya. 70 00:07:05,383 --> 00:07:07,427 Ia harus diteliti betul-betul kali ini. 71 00:07:09,178 --> 00:07:10,972 Saya ingin menyerahkan tugas ini kepada awak. 72 00:07:13,266 --> 00:07:15,476 Apa yang perlu saya siasat tentang Kim Doosik? 73 00:07:15,560 --> 00:07:18,479 Perkara yang dia fikirkan setiap hari. 74 00:07:19,772 --> 00:07:22,316 Sama ada dia boleh menjalankan tugasan ini dengan baik atau tidak. 75 00:07:22,400 --> 00:07:24,944 Analisis dan nilai keadaan psikologinya. 76 00:07:25,528 --> 00:07:28,156 Dekati dia sedekat yang boleh. 77 00:07:28,656 --> 00:07:30,199 Kenapa saya? 78 00:07:30,283 --> 00:07:32,118 Awak seorang penganalisis maklumat. 79 00:07:34,287 --> 00:07:36,956 Saya rasa ini bukan kerja penganalisis maklumat. 80 00:07:42,628 --> 00:07:45,631 Awak yang paling cantik di sini. 81 00:07:45,715 --> 00:07:47,216 Kecantikan juga satu senjata. 82 00:07:47,758 --> 00:07:50,803 Awak pernah impikan untuk jadi ejen hitam di lapangan, bukan? 83 00:07:50,887 --> 00:07:52,805 Kerja pejabat menggunakan otak,... 84 00:07:54,307 --> 00:07:56,726 ...dan ejen lapangan gunakan tubuh mereka. 85 00:07:59,061 --> 00:08:01,355 Anggap saja awak kembali ke lapangan sebagai ejen hitam. 86 00:08:03,733 --> 00:08:04,567 Buat yang terbaik. 87 00:08:08,988 --> 00:08:11,032 Ini tugasan rasmi. 88 00:08:11,657 --> 00:08:13,743 Ini bukan cadangan, sebaliknya arahan. 89 00:08:13,826 --> 00:08:15,786 Jika awak gagal, awak perlu bertanggungjawab. 90 00:08:18,748 --> 00:08:23,377 NAMA: KIM DOOSIK, NAMA KOD: MOONSAN 91 00:08:26,214 --> 00:08:27,590 Dia kacak. 92 00:08:30,176 --> 00:08:31,010 Tumpang lalu. 93 00:08:36,057 --> 00:08:38,184 - Tingkat berapa? - Tingkat lima. 94 00:08:38,851 --> 00:08:39,852 Terima kasih. 95 00:09:05,836 --> 00:09:06,879 Susahnya. 96 00:09:21,185 --> 00:09:24,021 Kim Doosik datang ke ibu pejabat sebulan sekali... 97 00:09:24,105 --> 00:09:26,524 ...untuk buat laporan dan berlatih menembak. 98 00:09:27,149 --> 00:09:29,026 Saya akan ubah kepada sekali seminggu. 99 00:09:29,527 --> 00:09:32,238 Saya akan maklumkan lebih awal waktu dia akan sampai. 100 00:09:33,030 --> 00:09:35,032 KESELAMATAN PINTU UTAMA 101 00:09:36,242 --> 00:09:38,244 Lee Mihyun daripada Pasukan Strategi Maklumat bercakap. 102 00:09:47,587 --> 00:09:49,088 Ia akan mengambil sedikit masa. 103 00:09:49,839 --> 00:09:52,341 Awak perlu dekati dia tanpa dia sedari. 104 00:10:02,310 --> 00:10:04,228 Wujudkan situasi untuk kamu berdua berinteraksi. 105 00:10:04,770 --> 00:10:06,939 Semuanya harus kelihatan bersahaja. 106 00:10:13,446 --> 00:10:15,281 Lee Mihyun dari Pasukan Strategi Maklumat bercakap. 107 00:10:16,157 --> 00:10:20,036 Cara awak mendekatinya terpulang kepada awak. 108 00:10:34,800 --> 00:10:36,510 Lee Mihyun dari Pasukan Strategi Maklumat bercakap. 109 00:10:56,155 --> 00:10:59,325 - Ini Lee Mihyun... - Gunakan semua cara yang ada. 110 00:11:00,076 --> 00:11:01,619 Semuanya bergantung kepada awak. Semoga berjaya. 111 00:11:35,569 --> 00:11:38,614 Aduhai, tiada tempat letak kereta. 112 00:11:44,286 --> 00:11:46,831 Aduhai, siapa letak kereta kecil ini di sini? 113 00:11:47,915 --> 00:11:50,418 Tiada tempat langsung. Kenapa mereka tak boleh besarkan tempat letak kereta? 114 00:11:50,751 --> 00:11:51,836 Kenapa saya perlu berpusing sana sini... 115 00:11:51,919 --> 00:11:53,462 ...hanya untuk mencari tempat letak kereta setiap hari? 116 00:11:53,713 --> 00:11:54,922 Menjengkelkan. 117 00:12:38,841 --> 00:12:39,717 Ada apa? 118 00:12:41,135 --> 00:12:42,970 Saya cuma nak minum kopi. 119 00:12:43,512 --> 00:12:44,430 Kopi? 120 00:12:46,432 --> 00:12:47,725 Namun saya tiada syiling. 121 00:12:48,726 --> 00:12:50,603 Kita masih bekerja. Awak tak boleh buat begitu. 122 00:12:50,686 --> 00:12:53,856 Tiada salahnya minum secawan kopi. 123 00:12:56,192 --> 00:12:58,569 Awak tak perlu tulis semuanya dalam laporan. 124 00:13:01,781 --> 00:13:04,867 Sekarang kamu akan datang melaporkan sebanyak dua kali seminggu. 125 00:13:05,326 --> 00:13:08,412 Awak telah menukar kepada seminggu sekali daripada sebulan sekali. 126 00:13:08,871 --> 00:13:09,955 Sekarang dua kali seminggu? 127 00:13:10,039 --> 00:13:12,333 Bukannya ada banyak maklumat untuk dilaporkan. 128 00:13:12,416 --> 00:13:15,753 Latihan menembak dan pengukuhan sistem laporan akan ditambah,... 129 00:13:15,836 --> 00:13:16,879 ...jadi ikut saja arahan saya. 130 00:13:17,213 --> 00:13:19,048 Guryongpo, awak tunggu di sini. Saya ada sesuatu nak beritahu awak. 131 00:13:19,131 --> 00:13:20,132 Moonsan, awak boleh keluar. 132 00:13:21,300 --> 00:13:25,596 Saya dan Doosik satu pasukan. Kami tidak berahsia. 133 00:13:28,015 --> 00:13:29,600 Hei, Jang Juwon. 134 00:13:29,683 --> 00:13:32,478 Awak telah hilang rasa hormat semasa melakukan kerja lapangan. 135 00:13:32,561 --> 00:13:35,898 Awak fikir rantaian perintah ini main-main, tak guna? 136 00:13:36,607 --> 00:13:37,608 Saya akan tunggu di luar. 137 00:13:37,858 --> 00:13:39,193 Awak pun sama! 138 00:13:39,276 --> 00:13:41,487 Sekurang-kurangnya keluarkan tangan awak daripada poket... 139 00:13:41,570 --> 00:13:42,655 ...semasa melaporkan kepada saya! 140 00:13:42,738 --> 00:13:46,492 Tabik hormat pun tak ada, tak guna. 141 00:13:52,623 --> 00:13:53,499 Budak ini... 142 00:13:55,000 --> 00:13:56,669 Apa yang awak ingin beritahu saya? 143 00:13:57,002 --> 00:14:00,756 Ada terlalu banyak laporan kerosakan harta benda sewaktu tugasan awak. 144 00:14:01,257 --> 00:14:04,468 Invois disusun di sana, jadi sediakan laporan. 145 00:14:06,804 --> 00:14:09,932 Laporan? Yang mana patut saya mulakan? 146 00:14:10,224 --> 00:14:13,143 Saya telah menyusunnya mengikut suku tahun, jadi mula dari awal. 147 00:14:18,148 --> 00:14:19,859 Tak guna. 148 00:14:21,986 --> 00:14:22,987 Tak guna. 149 00:15:57,581 --> 00:16:00,417 TEKAN DI SINI 150 00:16:19,019 --> 00:16:21,021 - Salam sejahtera. - Salam sejahtera. 151 00:16:23,816 --> 00:16:26,151 Bukankah kita pernah berjumpa beberapa kali? 152 00:16:29,613 --> 00:16:32,950 Ya. Saya nampak awak beberapa kali sewaktu saya datang ke sini. 153 00:16:34,785 --> 00:16:37,037 Ini bukan tempat yang boleh didatangi sesuka hati. 154 00:16:40,207 --> 00:16:41,792 Saya juga pekerja di sini. 155 00:16:42,251 --> 00:16:43,627 Saya melakukan kerja lapangan,... 156 00:16:44,169 --> 00:16:45,921 ...jadi tentu kita jarang terserempak. 157 00:16:48,132 --> 00:16:49,967 Saya Lee Mihyun dari Bahagian Pengurusan Maklumat. 158 00:16:51,427 --> 00:16:52,511 Saya Kim Doosik. 159 00:16:59,101 --> 00:17:00,269 Cik Lee. 160 00:17:03,856 --> 00:17:05,149 Awak ada duit kecil? 161 00:17:10,362 --> 00:17:11,739 Awak mahu saya belikan secawan? 162 00:17:12,239 --> 00:17:13,073 Ya. 163 00:17:20,581 --> 00:17:22,666 Kenapa saya masih bekerja di sini? 164 00:17:30,466 --> 00:17:32,801 MINESWEEPER 165 00:17:36,472 --> 00:17:38,432 Mengantuknya. Hei, awak nak makan apa malam nanti? 166 00:17:39,016 --> 00:17:40,225 Awak nak makan apa? 167 00:17:40,309 --> 00:17:43,020 - Kita mulakan dengan kopi dulu. - Ya, saya nak kopi susu. 168 00:17:47,399 --> 00:17:49,276 Hei, apa kata kita makan sotong kurita pedas? 169 00:17:49,359 --> 00:17:50,652 - Boleh juga. - Sekarang musimnya. 170 00:17:50,736 --> 00:17:52,071 Saya suka sotong kurita. 171 00:17:52,154 --> 00:17:54,114 - Jangan beritahu ketua. - Baiklah. 172 00:17:55,157 --> 00:17:57,409 - Awak boleh minum kopi hitam, bukan? - Ya. 173 00:17:58,118 --> 00:17:59,036 Ya. 174 00:18:04,374 --> 00:18:08,879 DUA TAHUN LALU LONGJING, YANBIAN, CHINA 175 00:18:08,962 --> 00:18:12,758 HOTEL LONGJING 176 00:18:18,180 --> 00:18:19,389 Hei. 177 00:18:19,848 --> 00:18:22,059 {\an8}Hei, awak juga diundang ke sini? 178 00:18:22,726 --> 00:18:25,437 {\an8}Jamuan di hotel mewah begini... 179 00:18:25,521 --> 00:18:26,897 {\an8}...tidak membenarkan sembarangan orang masuk. 180 00:18:26,980 --> 00:18:29,566 {\an8}Ya Tuhan, saya yang patut tanya soalan itu. Kenapa awak ke sini? 181 00:18:29,858 --> 00:18:33,403 {\an8}Acara ini untuk menghiburkan VIP dalam kalangan penduduk Yanbian. 182 00:18:33,821 --> 00:18:35,781 Bagaimana mereka boleh membenarkan orang tua yang hina masuk? 183 00:18:36,907 --> 00:18:38,742 {\an8}Awak memang tak tahu apa-apakah? 184 00:18:38,826 --> 00:18:41,370 {\an8}Mereka bukan memilih orang yang telah lama menetap di Yanbian. 185 00:18:41,453 --> 00:18:44,873 {\an8}Mereka mengundang orang yang terpisah daripada keluarga mereka di Korea Utara. 186 00:18:45,040 --> 00:18:48,544 {\an8}Ini acara yang sangat penting, faham? 187 00:18:49,711 --> 00:18:50,921 {\an8}Keluarga terpisah? 188 00:18:51,547 --> 00:18:53,757 {\an8}Jika awak menyeberangi Jambatan Sungai Tumen,... 189 00:18:53,841 --> 00:18:55,092 {\an8}...awak berada di Korea Utara. 190 00:18:55,592 --> 00:18:57,386 {\an8}Apa yang susah sangat nak ke sana? 191 00:18:58,595 --> 00:18:59,596 {\an8}Jaga mulut awak. 192 00:19:00,556 --> 00:19:01,598 {\an8}Saya akan baik-baik saja. 193 00:19:02,099 --> 00:19:03,016 {\an8}Tak guna. 194 00:19:03,308 --> 00:19:04,226 {\an8}Hei. 195 00:19:05,227 --> 00:19:07,604 {\an8}Jangan makan apa-apa yang dihidangkan di sini hari ini. 196 00:19:09,481 --> 00:19:11,066 {\an8}Apa yang dia mengarut ini? 197 00:19:11,150 --> 00:19:13,068 - Semua orang ada di sini. - Hei. 198 00:19:14,945 --> 00:19:17,322 - Lama tak jumpa, kawan! - Apa khabar? 199 00:19:19,741 --> 00:19:20,826 Awak masih hidup! 200 00:19:21,201 --> 00:19:22,786 Perangkap telah diatur. 201 00:19:26,373 --> 00:19:28,250 Semua Burung Camar pergi ke tempat masing-masing. 202 00:19:28,750 --> 00:19:30,210 Helang, bersedia. 203 00:19:31,378 --> 00:19:34,464 Sediakan teh hitam hanya untuk HUMINT yang saya tunjukkan. 204 00:19:35,090 --> 00:19:38,218 Yang lain akan diberikan teh kuning. 205 00:19:44,516 --> 00:19:46,727 Musim bunga dah tiba 206 00:19:46,810 --> 00:19:49,438 Arah jam sembilan di meja nombor dua, teh hitam. 207 00:19:50,272 --> 00:19:52,232 Arah jam tiga di meja nombor empat. 208 00:19:52,733 --> 00:19:55,444 Arah jam 12 di meja nombor tujuh, teh hitam. 209 00:19:55,527 --> 00:19:57,487 Arah jam dua di meja nombor enam. 210 00:19:57,988 --> 00:20:00,115 Arah jam satu di meja lapan. 211 00:20:00,199 --> 00:20:03,660 Arah jam satu dan lapan di meja 13. 212 00:20:05,329 --> 00:20:07,623 Arah jam enam di meja nombor sepuluh, teh hitam. 213 00:20:13,837 --> 00:20:16,381 Siapa yang boleh faham 214 00:20:16,465 --> 00:20:18,300 Nyanyiannya sangat merdu. 215 00:20:19,301 --> 00:20:21,887 Tidak hairanlah orang atasan asyik menghantar wanita saja. 216 00:20:22,596 --> 00:20:24,264 Dia masih seorang pelatih. 217 00:20:24,723 --> 00:20:28,352 Namun dia pelatih terbaik dalam kelasnya. Dia melangkau semua kursus. 218 00:20:28,769 --> 00:20:29,937 Pelatih terbaik dalam apa? 219 00:20:30,395 --> 00:20:32,189 Dalam menyanyi? 220 00:20:32,814 --> 00:20:35,651 Jika dia selesaikan tugasan ini dengan baik,... 221 00:20:35,734 --> 00:20:37,694 ...dia akan menjadi ejen hitam secara rasmi. 222 00:20:37,903 --> 00:20:39,821 Seorang wanita menjadi ejen hitam? 223 00:20:40,405 --> 00:20:43,325 Dia cuma perlu buat kopi hitam yang sedap. 224 00:20:43,909 --> 00:20:46,161 Dia nampak cantik memakai hanbok dan pandai menyanyi,... 225 00:20:46,245 --> 00:20:48,789 ...jadi apa kata kita jadikan dia penyanyi? 226 00:21:07,391 --> 00:21:11,019 Jika begitu, boleh saya bertanya tentang operasi sekarang? 227 00:21:12,020 --> 00:21:12,980 Jika awak mahu. 228 00:21:13,814 --> 00:21:15,190 Operasi bermula sekarang. 229 00:21:32,165 --> 00:21:36,753 Adakah tetamu yang meminum teh hitam adalah ejen HUMINT? 230 00:21:38,046 --> 00:21:39,464 Kita tak tahu lagi. 231 00:21:40,299 --> 00:21:41,842 Namun kita akan tahu sebentar lagi. 232 00:21:43,719 --> 00:21:47,306 Teh kuning juga mengandungi dadah. 233 00:21:55,105 --> 00:21:56,398 Jadi, maksud awak,... 234 00:21:57,107 --> 00:22:01,278 ...semua orang di sini adalah ejen HUMINT yang bekerja dengan Korea Utara? 235 00:22:04,573 --> 00:22:06,199 Saya tak pernah kata mereka bekerjasama dengan Korea Utara. 236 00:22:07,576 --> 00:22:08,410 Apa? 237 00:22:10,245 --> 00:22:11,621 Tak guna. 238 00:22:14,041 --> 00:22:16,460 Mereka selalunya orang dalam, bukan? 239 00:22:17,044 --> 00:22:19,629 Awak tak tahu sama ada ia teh hitam atau kuning,... 240 00:22:19,713 --> 00:22:21,256 ...jadi awak mungkin mengarahkan mereka... 241 00:22:21,340 --> 00:22:23,258 ...berlagak seperti biasa tanpa meminum teh itu. 242 00:22:28,472 --> 00:22:31,975 Mereka yang tahu untuk tidak meminum teh itu adalah ejen HUMINT... 243 00:22:32,059 --> 00:22:36,063 ...dan orang yang memaklumkan mereka adalah pengintip dari dalam. 244 00:22:36,146 --> 00:22:38,523 Tuan, saya tak faham apa maksud awak. 245 00:22:39,358 --> 00:22:41,568 En. Park, awak dah bersusah payah. 246 00:22:41,651 --> 00:22:42,986 Saya akan biarkan awak hidup! 247 00:22:44,112 --> 00:22:45,989 {\an8}Dengar sini, En. Park! 248 00:22:46,531 --> 00:22:48,575 {\an8}Ini berbeza daripada apa yang awak janjikan. 249 00:22:49,993 --> 00:22:51,828 Sah, awak orangnya. 250 00:22:51,912 --> 00:22:53,622 Sekejap, tuan, nanti dulu. 251 00:23:12,933 --> 00:23:16,978 Sehingga ombak Laut Timur mengering 252 00:23:17,229 --> 00:23:19,898 Dan Gunung Baekdu mengakis 253 00:23:19,981 --> 00:23:23,985 Semoga syurga melindungi kita selamanya 254 00:23:24,069 --> 00:23:26,238 - Daulat Korea, negara kita - Daulat Korea, negara kita 255 00:23:26,321 --> 00:23:27,155 Tak guna! 256 00:23:28,448 --> 00:23:31,785 Berani pengintip seperti awak menyanyi lagu kebangsaan yang suci? 257 00:23:32,285 --> 00:23:33,787 Tak guna. 258 00:23:35,288 --> 00:23:36,581 Awak seorang pembunuh. 259 00:23:37,416 --> 00:23:39,501 Awak sengaja menggunakan operasi yang teruk ini... 260 00:23:39,584 --> 00:23:42,421 ...untuk mengumpulkan semua ejen HUMINT dan bunuh mereka! 261 00:23:43,046 --> 00:23:44,756 Awak tahu berapa ramai ejen HUMINT yang tidak bersalah dan telah awak... 262 00:23:47,634 --> 00:23:50,512 Tak mengapa. Saya akan uruskannya. 263 00:23:58,270 --> 00:24:00,397 Jika awak bergerak, awak akan mati. 264 00:24:00,647 --> 00:24:05,735 Namun masalahnya, saya pandai cari benda-benda begini. 265 00:24:47,027 --> 00:24:48,361 Biar saya terangkan tentang operasi ini. 266 00:24:48,653 --> 00:24:53,325 Tugasan kita adalah untuk menghapuskan ejen bermuka dua. 267 00:24:56,119 --> 00:24:57,829 Kamu fikir ini latihan? 268 00:24:58,663 --> 00:25:00,040 Ini serius. 269 00:25:01,458 --> 00:25:04,085 Yanbian lebih dekat dengan Korea Utara berbanding Selatan. 270 00:25:04,336 --> 00:25:07,255 Mereka boleh jadi pemberi maklumat untuk Utara bila-bila masa saja. 271 00:25:08,882 --> 00:25:13,178 Tugasan kita adalah untuk menghapuskan sesiapa yang bergerak walau sedikit pun. 272 00:25:13,261 --> 00:25:14,930 - Faham? - Faham! 273 00:25:15,013 --> 00:25:17,057 Saya kata, bergerak sedikit. 274 00:25:17,724 --> 00:25:18,558 Faham? 275 00:25:18,642 --> 00:25:19,893 - Faham! - Faham! 276 00:25:22,229 --> 00:25:23,188 Hei. 277 00:25:23,271 --> 00:25:24,981 Awak nak menyanyi saja dan pulang ke rumah? 278 00:25:25,065 --> 00:25:26,149 Sambung kerja. 279 00:25:30,695 --> 00:25:31,863 GAS PEMEDIH MATA 280 00:25:38,662 --> 00:25:40,038 Ini serius. 281 00:26:30,130 --> 00:26:32,048 - Dia ada di dalam? - Ya, ada. 282 00:26:33,174 --> 00:26:35,260 Katanya kopi bancuhan awak hambar. 283 00:26:35,343 --> 00:26:36,636 Bawa saja air panas. 284 00:26:40,640 --> 00:26:41,725 Tuan? 285 00:26:43,310 --> 00:26:45,854 Apa yang mereka buat? Pertukaran utusan khas? 286 00:26:47,355 --> 00:26:49,649 Bagaimana kita nak bertindak jika mereka tidak bekerjasama dengan kita? 287 00:26:50,275 --> 00:26:51,234 Semuanya akan baik-baik saja, bukan? 288 00:26:51,443 --> 00:26:53,528 Kenapa perlu bersusah payah berbincang dengan orang seperti mereka? 289 00:26:53,612 --> 00:26:55,530 Kita patut hancurkan saja mereka. 290 00:26:55,614 --> 00:26:56,531 Betul cakap awak. 291 00:26:56,990 --> 00:26:59,743 Namun ada juga jangkaan umum dalam masyarakat kita... 292 00:26:59,826 --> 00:27:01,911 ...bahawa kita mungkin akan bersatu tidak lama lagi. 293 00:27:02,829 --> 00:27:03,830 Biarkan mereka. 294 00:27:04,706 --> 00:27:07,500 Merosakkan angan-angan mereka ketika mereka menaruh harapan tinggi... 295 00:27:08,168 --> 00:27:10,545 ...juga bukan rancangan yang teruk. 296 00:27:13,381 --> 00:27:14,215 Keluar. 297 00:27:19,387 --> 00:27:21,681 Bagaimana dengan Lee Mihyun? Adakah dia berguna? 298 00:27:21,973 --> 00:27:23,350 Saya pasti dia baik-baik saja. 299 00:27:23,433 --> 00:27:25,852 Kenapa harus dia? 300 00:27:25,935 --> 00:27:27,437 Lagipun, dia bekas ejen. 301 00:27:27,896 --> 00:27:29,856 Namun, dalam pasukan kita,... 302 00:27:29,939 --> 00:27:31,608 ...ada orang lain yang cekap seperti... 303 00:27:31,691 --> 00:27:33,109 Dia cantik. 304 00:27:39,449 --> 00:27:42,077 Secara jujurnya, saya khuatir dia akan menjejaskan tugasan itu. 305 00:27:42,577 --> 00:27:44,913 Ada sebab kenapa dia tak boleh jadi ejen rahsia. 306 00:27:44,996 --> 00:27:46,665 Saya tahu. Operasi Burung Camar. 307 00:27:47,457 --> 00:27:48,875 Awak tahu? 308 00:27:48,958 --> 00:27:50,418 Dungu. 309 00:27:52,087 --> 00:27:54,130 Saya gunakan ayam untuk menangkap anjing. 310 00:27:56,091 --> 00:27:57,884 Buat mereka asyik terserempak. 311 00:27:57,967 --> 00:28:00,220 Ya, tuan. Saya buat dia kerja lebih masa setiap hari. 312 00:28:06,267 --> 00:28:07,894 Tuan ada arahan tambahan? 313 00:28:07,977 --> 00:28:09,479 Masukkan lebih banyak gula. 314 00:28:12,023 --> 00:28:12,857 Baik, tuan. 315 00:28:14,442 --> 00:28:15,819 Adakah ini rakaman untuk dua hari? 316 00:28:15,902 --> 00:28:18,405 Ia dari tiga hari lalu. 317 00:28:19,531 --> 00:28:21,825 Nampaknya saya akan mengambil masa untuk meneliti semuanya. 318 00:28:28,790 --> 00:28:30,542 Perlukah saya menambah gula lagi? 319 00:28:38,508 --> 00:28:39,759 Atau krimer? 320 00:28:48,601 --> 00:28:50,937 Cik Lee, bagaimana dengan kerja yang saya berikan pada awak? 321 00:28:51,521 --> 00:28:53,356 Rasanya saya boleh siapkan esok. 322 00:28:53,440 --> 00:28:55,442 Siapkan hari ini dan laporkan kepada saya awal pagi esok. 323 00:28:55,984 --> 00:28:58,069 Kamu semua boleh pulang selepas selesai kerja. 324 00:28:59,571 --> 00:29:01,156 - Ayuh pergi dari sini. - Ayuh. 325 00:29:01,364 --> 00:29:02,699 Baiklah, boleh kita pulang sekarang? 326 00:29:02,782 --> 00:29:04,159 Syabas, semua. 327 00:29:05,827 --> 00:29:07,912 Jumpa esok. Selamat tinggal. 328 00:29:31,603 --> 00:29:33,646 KESELAMATAN PINTU UTAMA 329 00:29:39,527 --> 00:29:41,237 Lee Mihyun dari Pasukan Strategi Maklumat bercakap. 330 00:29:41,321 --> 00:29:42,155 Ya. 331 00:30:02,217 --> 00:30:03,384 Apa yang awak buat? 332 00:30:04,093 --> 00:30:06,679 Aduhai. Ada kesan kotor di sini. 333 00:30:07,263 --> 00:30:08,890 - Pada kereta. - Apa? 334 00:30:09,349 --> 00:30:10,934 Awak patut mencucinya sekali-sekala. 335 00:30:35,792 --> 00:30:36,918 Kenapa? 336 00:30:38,336 --> 00:30:40,505 Terkejut saya. Saya hampir keluarkan pistol. 337 00:30:40,713 --> 00:30:41,589 Terima kasih. 338 00:30:42,298 --> 00:30:43,800 Kami asyik terserempak dengan awak. Tingkat berapa? 339 00:30:44,968 --> 00:30:45,802 Tingkat lima. 340 00:30:47,053 --> 00:30:47,887 Apa? 341 00:30:48,596 --> 00:30:49,597 Tingkat lima. 342 00:31:02,235 --> 00:31:03,987 Awak perlukan bantuan? 343 00:31:05,822 --> 00:31:06,990 Ia nampak sangat berat. 344 00:31:08,366 --> 00:31:09,784 - Apa? - Ya, memang pun. 345 00:31:11,744 --> 00:31:13,788 Awak naiklah dulu. Saya akan naik. 346 00:31:14,831 --> 00:31:16,082 Nanti dulu, laporan mingguan... 347 00:31:16,708 --> 00:31:17,792 Tak guna. 348 00:31:32,015 --> 00:31:34,601 Saya ada syiling. 349 00:31:38,229 --> 00:31:39,856 Mesin layan diri di tingkat satu. 350 00:31:42,066 --> 00:31:42,984 Silakan. 351 00:32:23,816 --> 00:32:26,069 Rakan-rakan perisik, sembunyi sebaik mungkin. 352 00:32:26,152 --> 00:32:29,072 Faham? Jika awak ditangkap, awak akan mati. 353 00:32:49,968 --> 00:32:52,470 Saya dengar awak pelatih terbaik dalam kelas, awak buat dengan baik. 354 00:32:52,762 --> 00:32:54,263 Awak tak batuk pun. 355 00:32:54,973 --> 00:32:57,850 Pergi lepaskan gas pemedih mata lagi. 356 00:32:59,435 --> 00:33:00,353 Pergilah. 357 00:33:01,187 --> 00:33:03,106 Kamu semua, tengok betul-betul. 358 00:33:04,232 --> 00:33:07,235 Sesiapa yang bergerak ialah pengintip, faham? 359 00:33:07,318 --> 00:33:08,277 - Faham! - Faham! 360 00:33:18,705 --> 00:33:20,707 Lepaskan gas pemedih mata lagi, budak tak guna! 361 00:33:54,532 --> 00:33:55,825 Apa yang saya buat? 362 00:34:05,710 --> 00:34:08,713 KITA BEKERJA DALAM BAYANG-BAYANG UNTUK MELINDUNGI NEGARA YANG DISINARI MATAHARI 363 00:34:19,474 --> 00:34:20,433 Awak pergilah dulu. 364 00:34:22,226 --> 00:34:24,979 Jadi, awak akan buat begitu sepanjang masa? 365 00:34:25,563 --> 00:34:26,397 Hei, cik. 366 00:34:27,065 --> 00:34:28,983 Berat sangatkah? 367 00:34:29,067 --> 00:34:30,151 Ya, berat. 368 00:34:39,035 --> 00:34:40,161 Hei, cik. 369 00:34:41,037 --> 00:34:43,915 Saya bukan jenis yang akan cakap perkara begini,... 370 00:34:44,415 --> 00:34:46,834 ...tapi saya sangka awak tersilap cakap sebelum ini,... 371 00:34:46,918 --> 00:34:50,046 ...tapi awak sengaja bercakap secara bersahaja dengan saya. 372 00:34:50,463 --> 00:34:53,341 Sekali pandang saja, awak boleh tahu saya lebih tua daripada awak... 373 00:34:53,424 --> 00:34:54,467 Ya, betul. 374 00:34:55,009 --> 00:34:57,095 Awak lapan tahun lebih tua daripada saya. 375 00:34:57,595 --> 00:34:58,679 Apa? 376 00:35:03,518 --> 00:35:05,103 Dengar sini,... 377 00:35:05,186 --> 00:35:06,604 ...hanya kerana dia bercakap secara bersahaja... 378 00:35:06,687 --> 00:35:07,772 ...dengan saya, tak bermakna awak boleh. 379 00:35:07,855 --> 00:35:09,398 Dia rakan sekerja senior saya. 380 00:35:09,482 --> 00:35:12,193 Jadi, di tempat ini... 381 00:35:12,276 --> 00:35:13,528 Awak tahu... 382 00:35:13,903 --> 00:35:17,156 Ada sistem khas dan pangkat yang jelas... 383 00:35:17,240 --> 00:35:19,325 Saya dapat tahu awak pelatih tahun ke-57. 384 00:35:23,329 --> 00:35:25,748 Di tempat ini. Apa maksud awak? 385 00:35:26,124 --> 00:35:29,210 Khas apa? Pangkat yang jelas? 386 00:35:30,128 --> 00:35:31,462 Agak-agaknya, mungkinkah awak... 387 00:35:32,171 --> 00:35:33,172 Saya dari tahun ke-54. 388 00:35:38,386 --> 00:35:39,929 Tak mungkin. 389 00:35:42,306 --> 00:35:44,809 Betulkah? 390 00:35:45,977 --> 00:35:49,063 Berapa umur awak, puan? 391 00:35:49,147 --> 00:35:51,149 Saya pelatih termuda. 392 00:35:55,194 --> 00:35:57,488 Bagaimana awak tahu tahun berapa saya... 393 00:36:23,723 --> 00:36:25,516 Kenapa awak datang seorang diri lagi? 394 00:36:26,434 --> 00:36:30,229 Doosik membantu seorang pekerja lagi. 395 00:36:32,899 --> 00:36:33,900 Yakah? 396 00:36:36,027 --> 00:36:37,945 Awak teruskan dan selesaikannya. 397 00:36:38,571 --> 00:36:39,906 Bagaimana dengan laporan mingguan, tuan? 398 00:36:39,989 --> 00:36:42,575 Lupakan saja, sama saja setiap hari. Kita abaikan. 399 00:36:43,576 --> 00:36:44,827 Teruskan berusaha. 400 00:36:49,207 --> 00:36:50,666 Biar betul. 401 00:36:53,753 --> 00:36:55,671 Bagaimana awak tahu bila rakan sekerja saya tamat pengajian? 402 00:36:57,590 --> 00:36:59,342 Saya penganalisis maklumat. 403 00:36:59,425 --> 00:37:01,802 Saya boleh menyemak semua maklumat di luar tahap rahsia penting. 404 00:37:07,016 --> 00:37:09,852 Oh ya, nama kod rakan sekerja awak ialah Guryongpo. 405 00:37:10,811 --> 00:37:12,647 Nama kodnya sangat menarik. 406 00:37:13,356 --> 00:37:15,524 Bunyinya seperti dari novel seni bela diri. 407 00:37:16,984 --> 00:37:18,027 Guryongpo. 408 00:37:20,029 --> 00:37:22,114 Adakah ia bermaksud sembilan naga? 409 00:37:25,034 --> 00:37:26,118 Biasanya kami gunakan... 410 00:37:28,579 --> 00:37:30,539 ...tempat lahir sebagai nama kod. 411 00:37:31,749 --> 00:37:34,001 Dia dilahirkan di Guryongpo, Pohang. 412 00:37:34,085 --> 00:37:36,963 Begitu rupanya. Tempat dengan ikan hering separa kering. 413 00:37:45,680 --> 00:37:47,098 Diarahkan oleh Timbalan Pengarah Min, bukan? 414 00:37:58,276 --> 00:37:59,610 Jadi, awak dah tahu. 415 00:38:01,195 --> 00:38:04,156 Awak sedar yang saya dah tahu. 416 00:38:05,950 --> 00:38:09,036 Sejak bila awak tahu? 417 00:38:12,039 --> 00:38:15,167 Dokumen yang awak bawa ke mana-mana sentiasa sama. 418 00:38:15,710 --> 00:38:17,753 ANALISIS MAKLUMAT SUKU TAHUN PERTAMA BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT 419 00:38:20,381 --> 00:38:22,133 ANALISIS MAKLUMAT SUKU TAHUN PERTAMA 420 00:38:25,970 --> 00:38:27,013 - Tuan. - Ya? 421 00:38:27,096 --> 00:38:29,432 Jadi, kita akan berundur daripada kejadian di Namyang-dong. 422 00:38:34,145 --> 00:38:35,146 Okey. 423 00:38:44,405 --> 00:38:45,531 Operasi ini gagal. 424 00:38:47,033 --> 00:38:49,201 Awak nampak lega. 425 00:38:52,580 --> 00:38:53,581 Maafkan saya. 426 00:38:55,416 --> 00:38:57,918 Saya tiada pilihan lain kerana ini tugasan daripada En. Min. 427 00:38:58,878 --> 00:39:00,296 Ya, saya faham. 428 00:39:04,050 --> 00:39:05,634 Dia seorang yang menakutkan. 429 00:39:06,802 --> 00:39:10,514 Dia gunakan semua cara yang ada demi matlamatnya. 430 00:39:10,598 --> 00:39:13,726 Dia tidak teragak-agak menggunakan orang sebagai alat. 431 00:39:14,310 --> 00:39:15,811 Tentu sukar buat awak. 432 00:39:18,272 --> 00:39:19,190 Sebenarnya... 433 00:39:20,524 --> 00:39:22,401 Bekerja lebih masa memang sukar. 434 00:39:25,196 --> 00:39:26,113 Awak buat dengan baik. 435 00:39:28,741 --> 00:39:29,742 Terima kasih. 436 00:39:38,626 --> 00:39:39,460 Oh ya,... 437 00:39:40,252 --> 00:39:43,339 ...boleh saya tanya apa yang paling sukar? 438 00:39:47,301 --> 00:39:48,386 Secara jujurnya,... 439 00:39:48,844 --> 00:39:50,554 ...saya tak suka kopi. 440 00:39:52,515 --> 00:39:53,641 Saya juga. 441 00:39:57,978 --> 00:40:00,606 Sukar untuk tidak makan malam setiap kali saya perlu bekerja lebih masa. 442 00:40:00,981 --> 00:40:03,442 Biasanya saya tak pernah tak makan. 443 00:40:05,569 --> 00:40:07,029 Saya juga begitu. 444 00:40:12,243 --> 00:40:17,039 KUTLET KHINZIR NAMSAN 445 00:40:26,841 --> 00:40:27,967 Ini dia. 446 00:40:31,429 --> 00:40:32,388 Ini dia. 447 00:40:33,764 --> 00:40:35,433 Selamat menjamu selera. 448 00:40:35,558 --> 00:40:36,392 Terima kasih. 449 00:40:40,396 --> 00:40:41,272 Besarnya. 450 00:40:41,856 --> 00:40:42,857 Ini kutlet khinzir raja. 451 00:40:44,733 --> 00:40:47,570 Kita dapat duduk kerana kita datang selepas waktu makan. 452 00:40:47,653 --> 00:40:50,656 Beri tempoh 20 tahun... 453 00:40:50,739 --> 00:40:53,200 ...dan restoran ini akan buat Namsan terkenal dengan kutlet khinzir. 454 00:40:53,284 --> 00:40:54,952 Namun, saiznya tetap terlalu besar. 455 00:40:58,247 --> 00:40:59,248 Ya, bukan? 456 00:41:00,332 --> 00:41:02,084 Namun, awak patut cuba. 457 00:41:02,668 --> 00:41:04,920 Sebaik saja awak mula makan, awak akan menghabiskannya. 458 00:41:05,004 --> 00:41:06,672 Nampaknya awak menggemari kutlet khinzir. 459 00:41:12,428 --> 00:41:15,639 Tentu ada rahsia di sebalik sos ini. 460 00:41:16,974 --> 00:41:18,642 Sedapnya. 461 00:41:19,560 --> 00:41:22,646 Mentega, sos tomato, gula, kicap,... 462 00:41:24,607 --> 00:41:26,275 ...lada, cuka dan bawang. 463 00:41:29,153 --> 00:41:30,613 Serta epal. 464 00:41:30,696 --> 00:41:33,365 Awak tahu semua itu hanya dengan merasanya? 465 00:41:35,534 --> 00:41:38,746 Deria saya agak luar biasa, sebenarnya. 466 00:41:42,166 --> 00:41:43,375 Saya serius. 467 00:41:45,961 --> 00:41:46,795 Saya tahu. 468 00:41:58,974 --> 00:42:01,602 Jadi, apa awak akan lakukan? Awak gagal dalam operasi awak. 469 00:42:03,312 --> 00:42:06,357 Tak mengapa. Ini bukan kali pertama saya melakukan kesilapan. 470 00:42:09,193 --> 00:42:11,779 Bukankah awak juga pernah gagal dalam operasi sebelum ini? 471 00:42:15,991 --> 00:42:16,825 Sekali saja. 472 00:42:23,958 --> 00:42:25,793 Nampaknya awak suka teh jelai. 473 00:42:27,294 --> 00:42:28,128 Apa? 474 00:42:29,713 --> 00:42:33,717 Kita bukan minum kopi atau teh untuk sekadar minum. 475 00:42:34,426 --> 00:42:38,097 Kita minum supaya dapat berbual dengan seorang lagi perlahan-lahan. 476 00:42:39,431 --> 00:42:40,391 Tak begitu? 477 00:43:13,924 --> 00:43:15,634 Oh ya, tentang operasi itu. 478 00:43:17,261 --> 00:43:18,762 Apa rancangan awak sebenarnya? 479 00:43:20,973 --> 00:43:22,850 Dalam drama TV, wanita akan terserempak.... 480 00:43:22,933 --> 00:43:24,393 ...dengan lelaki dengan membawa sesuatu. 481 00:43:24,476 --> 00:43:26,562 Begitulah cara mereka jadi rapat. 482 00:43:26,645 --> 00:43:27,896 Itu hanya drama TV. 483 00:43:28,856 --> 00:43:30,232 Ia juga boleh berlaku dalam kehidupan sebenar. 484 00:43:30,524 --> 00:43:33,402 Baiklah. Lelaki itu pula kebetulan seorang pemilik syarikat besar. 485 00:43:34,445 --> 00:43:35,613 Awak tonton drama TV? 486 00:43:37,698 --> 00:43:38,616 Apa? 487 00:43:41,327 --> 00:43:42,244 Awak menontonnya. 488 00:43:42,328 --> 00:43:43,996 Kadang-kadang. 489 00:43:45,831 --> 00:43:47,583 Begini, Cik Lee... 490 00:43:52,588 --> 00:43:56,050 Hei. Kenapa awak begitu lama? 491 00:44:05,643 --> 00:44:08,228 Saya sangka dia memanggil saya tadi. 492 00:44:13,651 --> 00:44:14,485 Cik Lee. 493 00:44:16,403 --> 00:44:17,529 Saya cuma cakap saja. 494 00:44:19,114 --> 00:44:20,741 Lupakan tentang kegagalan operasi itu. 495 00:44:21,367 --> 00:44:22,910 Jangan terlalu memikirkannya. 496 00:44:25,621 --> 00:44:27,164 Seorang ejen tak boleh buat begitu. 497 00:44:28,624 --> 00:44:29,750 Kita masih manusia. 498 00:44:32,878 --> 00:44:34,505 Kegagalan yang disengajakan... 499 00:44:35,964 --> 00:44:37,341 ...sebenarnya bukan satu kegagalan. 500 00:44:43,347 --> 00:44:44,264 Syabas untuk hari ini. 501 00:44:46,183 --> 00:44:47,017 Awak juga. 502 00:45:04,368 --> 00:45:06,286 Bunga sakura gugur awal tahun ini. 503 00:45:07,579 --> 00:45:08,414 Awak sedihkah? 504 00:45:12,042 --> 00:45:14,253 Saya cuma takut cuaca terlalu panas tahun ini. 505 00:45:42,781 --> 00:45:45,033 Juwon, boleh kita singgah di kedai ini sekejap? 506 00:45:45,117 --> 00:45:46,535 Baiklah. Sekejap. 507 00:45:46,618 --> 00:45:49,621 PASAR RAYA SUDEOK 508 00:45:55,961 --> 00:45:57,045 Doosik. 509 00:45:57,713 --> 00:46:00,007 Kenapa awak bawa syiling 100 won ke mana-mana? 510 00:46:00,090 --> 00:46:02,050 Hei, jangan sentuh. Itu syiling saya. 511 00:46:02,217 --> 00:46:03,552 Adakah saya kata saya akan mengambilnya? 512 00:46:04,428 --> 00:46:07,139 Aduhai, itu masa lalu. 513 00:46:25,866 --> 00:46:26,992 GAS PEMEDIH MATA 514 00:46:46,762 --> 00:46:48,555 BOM TANGAN PEGUN 515 00:46:53,685 --> 00:46:54,812 BOM TANGAN PEGUN 516 00:47:01,527 --> 00:47:03,278 Si dungu, bukan itu! 517 00:47:26,593 --> 00:47:27,928 Saya dah lewat. 518 00:47:35,853 --> 00:47:37,187 Saya lewat hari ini. 519 00:47:39,106 --> 00:47:40,107 Yakah? 520 00:47:40,482 --> 00:47:41,692 Saya terlajak tidur. 521 00:47:42,192 --> 00:47:44,528 Saya sengaja tidak tetapkan jam loceng dan tidur saja. 522 00:47:47,072 --> 00:47:49,867 Saya lupa kali terakhir saya bangun dengan muka disinari cahaya matahari. 523 00:47:51,743 --> 00:47:53,245 Betul cakap awak. 524 00:47:55,080 --> 00:47:58,542 Kegagalan yang disengajakan sebenarnya bukan satu kegagalan. 525 00:47:59,084 --> 00:48:01,503 Saya gembira kata-kata saya membantu. 526 00:48:05,465 --> 00:48:07,009 Jadi, saya buat keputusan untuk melupakannya. 527 00:48:22,190 --> 00:48:23,191 Perempuan tak guna... 528 00:48:38,749 --> 00:48:40,125 - Ikut sini! - Cepat! 529 00:48:40,208 --> 00:48:41,084 Apa itu? 530 00:48:41,168 --> 00:48:43,128 - Apa yang telah berlaku? - Semua orang, keluar! 531 00:48:44,463 --> 00:48:47,591 Sedarlah! Pengintip-pengintip itu melarikan diri! 532 00:48:58,852 --> 00:49:00,270 Tak guna. 533 00:49:02,230 --> 00:49:04,900 Apa yang awak lakukan? Helang! Awak tak dengarkah? 534 00:49:04,983 --> 00:49:06,818 Helang! Apa yang awak lakukan? 535 00:49:07,235 --> 00:49:09,196 Semua pengintip telah melarikan diri! 536 00:49:09,279 --> 00:49:11,156 Apa yang awak lakukan, Helang? 537 00:49:20,082 --> 00:49:22,042 Bukankah awak kata awak tak sukakan kopi? 538 00:49:24,378 --> 00:49:25,212 Ya. 539 00:49:25,796 --> 00:49:26,630 Namun... 540 00:49:30,717 --> 00:49:32,302 Saya dah mula menyukainya sekarang. 541 00:49:41,395 --> 00:49:42,813 En. Kim. 542 00:49:43,981 --> 00:49:47,526 Kenapa awak tak mengelak sedangkan tahu saya sengaja mendekati awak? 543 00:49:52,155 --> 00:49:55,325 Sebab saya cantik? Awak terpikat dengan rupa paras saya? 544 00:50:00,455 --> 00:50:01,289 Ya. 545 00:50:03,709 --> 00:50:04,710 Saya nampak muka awak... 546 00:50:07,212 --> 00:50:08,130 ...dan jatuh cinta pada awak. 547 00:50:19,307 --> 00:50:20,350 Panasnya. 548 00:50:25,313 --> 00:50:26,148 Awak tak apa-apa? 549 00:50:39,202 --> 00:50:41,913 Kenapa awak meneliti Kim Doosik sampai ke tahap ini? 550 00:50:44,624 --> 00:50:46,376 Dia tak pernah gagal dalam tugasan... 551 00:50:46,460 --> 00:50:48,462 ...sejak kejadian pesawat penumpang yang meletup pada tahun 1987. 552 00:50:48,545 --> 00:50:51,256 Itu bukan tugasan. Dia bertindak sendirian. 553 00:50:51,882 --> 00:50:52,716 Apa? 554 00:50:53,884 --> 00:50:55,802 Seorang ejen hanya perlu patuh pada arahan. 555 00:50:55,886 --> 00:50:57,804 Kenapa harus menyelamatkan nyawa? 556 00:50:59,681 --> 00:51:04,019 Jadi, apakah tugasan yang gagal disempurnakan oleh Kim Doosik? 557 00:51:11,026 --> 00:51:12,944 Lukah terungkai... 558 00:51:13,361 --> 00:51:15,363 ...dan semua sasaran terlepas. 559 00:51:16,239 --> 00:51:18,200 Dalam kekecohan itu, helang yang sepatutnya... 560 00:51:18,283 --> 00:51:19,659 ...membantu burung camar... 561 00:51:21,244 --> 00:51:23,246 ...juga gagal menyelesaikannya. 562 00:51:23,830 --> 00:51:26,917 Jadi, helang itu ialah... 563 00:51:29,461 --> 00:51:30,962 Kim Doosik. 564 00:51:49,731 --> 00:51:53,068 Helang! Apa yang awak lakukan? 565 00:51:53,151 --> 00:51:54,486 Helang! Awak tak dengarkah? 566 00:51:54,569 --> 00:51:56,446 Helang! Apa yang awak lakukan? 567 00:51:56,530 --> 00:51:58,573 Semua pengintip telah melarikan diri! 568 00:51:59,074 --> 00:52:00,992 Apa yang awak lakukan, Helang? 569 00:53:02,387 --> 00:53:04,389 Diterjemahkan oleh: Auni Amalina