1
00:00:05,334 --> 00:00:09,338
DRAMA INI MERUPAKAN FIKSYEN,
TIDAK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN...
2
00:00:09,422 --> 00:00:13,175
...SEBARANG TEMPAT, ORANG, ORGANISASI,
LATAR BELAKANG ATAU PERISTIWA.
3
00:00:19,477 --> 00:00:20,311
Mak?
4
00:00:21,980 --> 00:00:23,356
Mak.
5
00:00:24,190 --> 00:00:25,108
Huisoo.
6
00:00:32,615 --> 00:00:34,617
- Mak.
- Jangan dekat.
7
00:00:36,202 --> 00:00:37,871
- Mak.
- Jangan dekat.
8
00:00:38,580 --> 00:00:41,666
MOVING
9
00:00:41,750 --> 00:00:42,876
Jangan dekat.
10
00:00:46,004 --> 00:00:47,088
Mak?
11
00:00:50,050 --> 00:00:51,217
Mak.
12
00:01:02,103 --> 00:01:06,316
INGAT KEMBALI:
MEMIKIR SEMULA, MENGINGAT
13
00:01:12,697 --> 00:01:15,450
EPISOD 5: INGAT KEMBALI
14
00:01:26,169 --> 00:01:27,295
16.81!
15
00:01:27,378 --> 00:01:28,505
Catatan yang hampir sempurna!
16
00:01:28,588 --> 00:01:29,964
Namun ia belum sempurna lagi.
17
00:01:30,215 --> 00:01:32,550
Ia tetap bagus.
Awak semakin menghampirinya.
18
00:01:35,720 --> 00:01:37,222
Saya dah cakap.
Awak tak perlu buat begitu.
19
00:01:37,305 --> 00:01:39,057
Jika awak tergelincir,
awak akan cedera.
20
00:01:39,140 --> 00:01:40,725
Saya dah cakap
saya takkan cedera.
21
00:01:40,975 --> 00:01:41,810
Tak kisahlah.
22
00:01:41,893 --> 00:01:44,437
Awak tak percayakan saya?
Saya seorang melawan 17 orang.
23
00:01:45,021 --> 00:01:45,897
Tak kisahlah.
24
00:01:49,901 --> 00:01:52,403
Awak tak nak tahu punca saya
dibuang sekolah kerana bergaduh?
25
00:02:00,537 --> 00:02:01,371
Saya nak tahu.
26
00:02:02,205 --> 00:02:03,748
Kenapa awak tak tanya?
27
00:02:04,332 --> 00:02:06,376
Sebab ia mungkin kenangan buruk bagi awak.
28
00:02:27,021 --> 00:02:29,649
Kami kerap berpindah
sejak saya kecil lagi.
29
00:02:29,732 --> 00:02:31,818
{\an8}SELAMAT TINGGAL
BANDAR METROPOLITAN SEOUL
30
00:02:31,901 --> 00:02:36,197
SILA DATANG LAGI,
BANDAR METROPOLITAN SEOUL
31
00:02:36,281 --> 00:02:40,034
Ayah pergi seolah-olah
kami diburu oleh sesuatu.
32
00:03:02,265 --> 00:03:05,143
Kami akan tinggal selama setahun,
dan tidak pernah melebihi tiga tahun.
33
00:03:05,894 --> 00:03:06,728
Huisoo!
34
00:03:07,604 --> 00:03:08,980
Bahaya! Kamu akan cedera!
35
00:03:09,063 --> 00:03:10,356
Kenapa kamu naik
ke atas bumbung kereta?
36
00:03:11,441 --> 00:03:13,234
Mari sini.
37
00:03:14,527 --> 00:03:15,403
Ya Tuhan.
38
00:03:16,613 --> 00:03:17,947
Baiklah, mari kita pergi.
39
00:03:20,283 --> 00:03:22,035
Kami tidak pernah
menetap di mana-mana.
40
00:03:26,664 --> 00:03:28,333
Ayah bekerja sebagai buruh harian.
41
00:03:29,792 --> 00:03:33,421
Dia melakukan semua kerja fizikal
yang dapat dicari olehnya.
42
00:03:36,466 --> 00:03:39,260
Kami sering berpindah-randah
seolah-olah kami diburu,...
43
00:03:40,178 --> 00:03:41,721
...tapi keutamaan ayah...
44
00:03:42,931 --> 00:03:44,182
...adalah saya.
45
00:04:03,826 --> 00:04:05,078
Terima kasih. Selamat tinggal.
46
00:04:28,851 --> 00:04:33,898
Hari itu, ayah memutuskan untuk hidup
menetap supaya saya boleh ke kolej.
47
00:04:34,816 --> 00:04:36,234
MENCARI PELOMBONG
UNTUK LOMBONG TAESAN
48
00:04:36,317 --> 00:04:39,696
Ayah mendapat kerja tetap
sebagai pelombong,...
49
00:04:40,822 --> 00:04:45,201
...dan saya menjadi pelajar sekolah tinggi
yang tidak perlu berpindah lagi.
50
00:04:47,078 --> 00:04:48,246
Ayah, saya dah lewat.
51
00:04:48,788 --> 00:04:49,706
Saya pergi dulu!
52
00:04:49,789 --> 00:04:51,499
Ayah membeli sebuah rumah kecil.
53
00:04:51,708 --> 00:04:53,960
- Kamu akan cedera. Hati-hati!
- Okey!
54
00:04:54,043 --> 00:04:56,045
Ayah menggunakan semua wang
yang disimpan olehnya...
55
00:04:56,129 --> 00:04:58,673
...selama 10 tahun bekerja
dan membesarkan saya seorang diri.
56
00:05:04,220 --> 00:05:05,972
Selama 4,000 hari bekerja.
57
00:05:13,813 --> 00:05:14,897
140 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN KEMASUKAN
TUMPUKAN PERHATIAN!
58
00:05:14,981 --> 00:05:17,233
Hyewon, adakah saya kelihatan cantik?
59
00:05:17,317 --> 00:05:20,194
- Jangan main-main.
- Pasti dia fikir awak kelihatan hodoh.
60
00:05:20,278 --> 00:05:22,655
Seorang gadis baru telah berpindah
pada awal semester.
61
00:05:23,531 --> 00:05:26,284
- Hyewon, adakah saya cantik?
- Dia baik dan pendiam.
62
00:05:26,367 --> 00:05:27,702
Tidak, awak hodoh.
63
00:05:27,785 --> 00:05:30,330
Rupa-rupanya,
dia anak tunggal keluarga berada.
64
00:05:31,372 --> 00:05:33,791
Pembuli menemuinya dulu.
65
00:05:34,375 --> 00:05:36,085
Perempuan tak guna ini
tidak mengendahkan kita.
66
00:05:36,169 --> 00:05:40,340
Disebabkan itu, dia tidak berpeluang
untuk berkawan dengan orang lain.
67
00:05:40,423 --> 00:05:41,424
Ini barukah?
68
00:05:43,009 --> 00:05:44,927
- Ya.
- Saya mahu meminjamnya.
69
00:05:45,470 --> 00:05:47,096
Saya akan pulangkan nanti.
70
00:05:47,180 --> 00:05:48,639
- Habislah dia.
- Apa?
71
00:05:50,808 --> 00:05:51,768
Awak enggan meminjamkannya?
72
00:05:52,518 --> 00:05:53,603
Sekali lagi.
73
00:05:55,146 --> 00:05:56,564
Bukan begitu. Ini dia.
74
00:05:57,565 --> 00:05:58,524
Di mana pengecasnya?
75
00:05:58,608 --> 00:06:01,736
- Awak memang luar biasa.
- Saya dah agak.
76
00:06:02,236 --> 00:06:04,113
Bukankah awak kata
akan memulangkannya nanti?
77
00:06:04,197 --> 00:06:05,406
Sudahlah.
78
00:06:05,490 --> 00:06:07,825
Saya rasa Hyewon
tidak percayakan awak.
79
00:06:08,534 --> 00:06:11,204
- Tak mungkin.
- Jangan cakap begitu.
80
00:06:13,456 --> 00:06:14,916
Kecil hati saya.
81
00:06:15,291 --> 00:06:16,125
Apa itu?
82
00:06:16,209 --> 00:06:18,711
Tidak, memandangkan awak kata
akan memulangkannya,...
83
00:06:18,795 --> 00:06:20,088
...saya ingat awak...
84
00:06:20,171 --> 00:06:22,131
Saya benar-benar kecil hati, Hyewon.
85
00:06:22,882 --> 00:06:25,551
Bukankah kita kawan?
Kenapa awak begitu kedekut?
86
00:06:25,968 --> 00:06:27,553
Bukannya dia akan ke mana-mana.
87
00:06:27,637 --> 00:06:29,347
Saya akan duduk di sini.
88
00:06:32,600 --> 00:06:33,935
Saya sangat terluka.
89
00:06:34,519 --> 00:06:35,353
Lihatlah muka dia.
90
00:06:35,561 --> 00:06:36,521
- Apa masalah dia?
- Cepat.
91
00:06:36,604 --> 00:06:38,314
Dia sangat takut.
92
00:06:38,398 --> 00:06:39,816
Sangat takut.
93
00:06:42,026 --> 00:06:43,778
- Apa yang dia lakukan?
- Serahkan kepada saya.
94
00:06:44,237 --> 00:06:45,905
- Maafkan saya.
- Itu dia.
95
00:06:46,948 --> 00:06:48,324
- Terima kasih, Hyewon.
- Syabas.
96
00:06:48,408 --> 00:06:49,700
Terima kasih.
97
00:06:49,867 --> 00:06:52,495
- Semua orang tahu dia dibuli.
- Comelnya.
98
00:06:54,831 --> 00:06:56,707
Jadi, kenapa tiada siapa
melakukan apa-apa?
99
00:06:57,458 --> 00:06:59,043
Muka awak sangat aneh tadi.
100
00:06:59,669 --> 00:07:01,462
- Sekejap, itu sangat comel!
- Betul!
101
00:07:02,171 --> 00:07:04,173
- Terima kasih.
- Ya Tuhan.
102
00:07:04,382 --> 00:07:05,216
Bagus.
103
00:07:05,383 --> 00:07:06,884
Comelnya.
104
00:07:09,470 --> 00:07:12,390
- Yalah, itu comel.
- Sudah tentu!
105
00:07:23,818 --> 00:07:24,986
LOMBONG TAESAN
106
00:07:25,069 --> 00:07:26,821
KESELAMATAN HARI INI! KESELAMATAN ESOK!
KESELAMATAN DIUTAMAKAN
107
00:07:32,535 --> 00:07:33,369
Apa?
108
00:07:35,246 --> 00:07:37,123
Telinga ayah.
109
00:07:37,832 --> 00:07:38,833
Telinga ayah?
110
00:07:43,087 --> 00:07:44,130
Aduhai.
111
00:07:44,881 --> 00:07:47,550
Ayah dah mandi, tapi debu arang batu
masih ada di mana-mana.
112
00:07:47,633 --> 00:07:48,759
Aduhai.
113
00:07:48,843 --> 00:07:50,344
Ayah dah mandi.
114
00:07:50,845 --> 00:07:51,679
Saya tahu.
115
00:07:53,389 --> 00:07:54,974
Secara rasminya,
ayah seorang pelombong.
116
00:07:57,059 --> 00:07:57,894
Aduhai.
117
00:08:01,022 --> 00:08:03,691
Bagaimana dengan
masalah klaustrofobia ayah? Sudah okey?
118
00:08:04,984 --> 00:08:07,361
Setelah jadi pekerja tetap,
ayah telah mengatasinya.
119
00:08:09,071 --> 00:08:10,281
Kenapa ayah begitu gembira?
120
00:08:10,781 --> 00:08:13,326
Kenapa pula ayah tidak gembira?
Adakah duit tumbuh dari pokok?
121
00:08:13,409 --> 00:08:15,203
Tidak, sebaliknya boleh
digali dari bawah tanah.
122
00:08:16,204 --> 00:08:19,248
Ayah boleh belikan sebanyak mana
ayam goreng yang kamu mahukan,...
123
00:08:19,332 --> 00:08:20,333
...dan kita tidak perlu berpindah lagi.
124
00:08:20,416 --> 00:08:21,751
Kenapa pula ayah tidak gembira?
125
00:08:22,710 --> 00:08:23,544
Ayah.
126
00:08:25,963 --> 00:08:27,256
Apa kata kita minum bir?
127
00:08:28,132 --> 00:08:29,342
Saya masih bersekolah.
128
00:08:30,301 --> 00:08:32,720
Kamu cuma tinggal
satu semester lagi.
129
00:08:34,764 --> 00:08:35,848
Saya tahu.
130
00:08:40,269 --> 00:08:41,812
Saya cuma perlu
bertahan sedikit lagi.
131
00:08:43,606 --> 00:08:44,690
"Bertahan"?
132
00:08:46,984 --> 00:08:47,818
Ya.
133
00:08:52,114 --> 00:08:55,535
130 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN KEMASUKAN
KITA BOLEH LAKUKANNYA!
134
00:08:55,618 --> 00:08:57,912
- Baguskah?
- Tak mungkin.
135
00:08:57,995 --> 00:08:59,455
Sekejap, adakah awak tersenarai
dalam persentil terbaik?
136
00:09:00,706 --> 00:09:02,208
- Apa itu?
- Kenapa dengan rambutnya?
137
00:09:05,044 --> 00:09:06,045
Ini jenama mewah.
138
00:09:06,629 --> 00:09:09,215
Menakjubkan.
Bukankah ini sangat mahal?
139
00:09:09,298 --> 00:09:10,132
Berapa harganya?
140
00:09:10,216 --> 00:09:11,759
Jangan tipu.
141
00:09:11,842 --> 00:09:13,511
Mungkin dalam 400,000 won.
142
00:09:13,594 --> 00:09:15,471
- Biar betul?
- Tak mungkin.
143
00:09:15,555 --> 00:09:17,807
- Saya punya berharga 3,000 won.
- Biar betul.
144
00:09:17,974 --> 00:09:20,101
Awak pasti orang kaya.
145
00:09:21,269 --> 00:09:22,103
Tanggalkannya.
146
00:09:23,145 --> 00:09:24,605
Biar saya cuba sekejap.
147
00:09:25,106 --> 00:09:27,650
Kenapa perempuan tak guna itu
enggan menanggalkannya?
148
00:09:28,818 --> 00:09:30,319
Awak lembapkah?
149
00:09:30,403 --> 00:09:31,654
- Tanggalkannya.
- Tanggalkannya.
150
00:09:31,737 --> 00:09:33,656
- Tanggalkannya.
- Tanggalkannya.
151
00:09:33,906 --> 00:09:35,324
- Tanggalkannya.
- Tanggalkannya.
152
00:09:35,866 --> 00:09:37,243
- Tanggalkannya.
- Kuat lagi!
153
00:09:37,326 --> 00:09:38,869
- Tanggalkannya!
- Tanggalkannya!
154
00:09:39,370 --> 00:09:40,705
- Tanggalkannya!
- Tanggalkannya!
155
00:09:41,539 --> 00:09:42,832
Awak betul-betul menanggalkannya.
156
00:09:42,915 --> 00:09:44,458
- Dia dungukah?
- Dia tak boleh menolak.
157
00:09:44,625 --> 00:09:46,419
- Terima kasih.
- Menakjubkan.
158
00:09:47,545 --> 00:09:48,379
Apa yang awak lakukan ini?
159
00:09:48,462 --> 00:09:51,007
- Hei, ambil gambar.
- Awak memang terbaik.
160
00:09:51,090 --> 00:09:52,425
- Nampak sesuai dengan awak.
- Ya Tuhan!
161
00:09:52,508 --> 00:09:53,467
- Saya nak juga.
- Bagusnya.
162
00:09:54,552 --> 00:09:55,761
Pandang sini. Dekat lagi.
163
00:09:55,845 --> 00:09:57,763
- Satu, dua, tiga.
- Tiada siapa yang melihat.
164
00:09:58,973 --> 00:10:02,560
Jika tiada siapa yang melihat,
maksudnya ia tidak berlaku?
165
00:10:03,936 --> 00:10:06,063
Kami akan mengambil tindakan sewajarnya.
Kamu boleh keluar sekarang.
166
00:10:08,816 --> 00:10:11,944
Cikgu kata dia akan mengambil
tindakan yang sewajarnya.
167
00:10:12,612 --> 00:10:15,072
Kami menerima laporan
tentang keganasan sekolah.
168
00:10:16,240 --> 00:10:21,329
Jika barang sesiapa
dirampas atau dibuli,...
169
00:10:21,412 --> 00:10:22,788
...sila angkat tangan.
170
00:10:23,539 --> 00:10:25,833
Kami disuruh mengangkat tangan
sekiranya dibuli.
171
00:10:25,916 --> 00:10:28,002
Tutup mata, semua.
172
00:10:28,085 --> 00:10:29,670
Jika kamu mengangkat tangan
secara senyap,...
173
00:10:29,754 --> 00:10:31,380
...cikgu akan menguruskan segalanya.
174
00:10:31,464 --> 00:10:33,507
Angkat saja tangan kamu.
175
00:10:34,675 --> 00:10:35,718
Semuanya akan baik-baik saja.
176
00:10:37,511 --> 00:10:38,679
Tiada siapa?
177
00:10:42,099 --> 00:10:43,559
Dia tidak berdaya
untuk mengangkat tangan.
178
00:10:46,812 --> 00:10:49,106
Jika perkara seperti ini berulang lagi,...
179
00:10:49,190 --> 00:10:50,941
...kami akan menubuhkan
jawatankuasa keganasan...
180
00:10:51,025 --> 00:10:52,193
...dan mengenakan tindakan disiplin.
181
00:10:52,360 --> 00:10:55,571
Cikgu memanggil semua pelajar
yang disyaki adalah pembuli...
182
00:10:55,655 --> 00:10:56,864
Hei, Seo Yura.
183
00:10:56,947 --> 00:10:58,658
- Jaga kelakuan kamu.
- ...dan memberi mereka amaran.
184
00:10:58,741 --> 00:11:00,201
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
185
00:11:00,284 --> 00:11:01,452
Tak guna.
186
00:11:01,535 --> 00:11:03,913
Katanya, dia akan mengambil
tindakan yang sewajarnya.
187
00:11:06,916 --> 00:11:08,334
Namun, itu saja.
188
00:11:10,211 --> 00:11:12,171
Ia bukan tindakan yang sewajarnya.
189
00:11:13,714 --> 00:11:15,299
Sebaliknya tindakan yang memadai.
190
00:11:18,427 --> 00:11:22,098
Tindakan yang memadai yang menampakkan
dia telah berusaha sebaiknya.
191
00:11:28,896 --> 00:11:32,274
Siapa orangnya?
Bila kami mengganggu kamu?
192
00:11:34,819 --> 00:11:38,197
Siapa di antara kamu
yang mengadu pada cikgu?
193
00:11:38,698 --> 00:11:42,910
Cakap saja siapa orangnya.
Kemudian, kamu dilepaskan.
194
00:11:54,964 --> 00:11:57,591
Kamu pandang rendah pada saya? Jawablah.
195
00:11:59,468 --> 00:12:02,263
Kenapa kekasih saya mengamuk?
196
00:12:02,930 --> 00:12:04,432
Awak akan buat mereka menangis.
197
00:12:04,515 --> 00:12:06,350
Jangan masuk campur, sayang.
198
00:12:07,268 --> 00:12:09,437
Mereka kata jawatankuasa keganasan
akan menghukum saya...
199
00:12:09,520 --> 00:12:11,856
...sekiranya ada laporan lain.
200
00:12:12,815 --> 00:12:14,442
Mereka telah menyasarkan saya.
201
00:12:16,652 --> 00:12:18,446
Namun saya tidak melakukan
apa-apa kesalahan.
202
00:12:23,868 --> 00:12:24,869
Siapa orangnya?
203
00:12:31,000 --> 00:12:34,128
Keluarlah, tak guna!
204
00:12:34,295 --> 00:12:35,379
Hei, sudahlah.
205
00:12:37,673 --> 00:12:39,967
Bukankah ini keterlaluan? Ini kelas.
206
00:12:40,050 --> 00:12:42,845
Apa yang awak cakapkan ini?
Adakah awak nerda keadilan?
207
00:12:42,928 --> 00:12:43,929
Lepaskan pisau itu dulu.
208
00:12:44,805 --> 00:12:45,639
Lepaskan saya.
209
00:12:50,060 --> 00:12:50,895
Sakitlah.
210
00:12:50,978 --> 00:12:53,439
Awak fikir awak siapa, tak guna?
211
00:12:54,940 --> 00:12:57,276
Berani awak buat begitu
kepada teman wanita saya?
212
00:12:57,943 --> 00:13:00,654
Berani awak memegang
pergelangan tangannya, tak guna!
213
00:13:00,738 --> 00:13:02,948
Awak nak mati?
214
00:13:03,282 --> 00:13:07,870
- Jawablah, tak guna.
- Sayang, jangan melebih-lebih.
215
00:13:07,953 --> 00:13:10,206
Sayang, tiada istilah melebih-lebih.
216
00:13:10,289 --> 00:13:12,291
Orang dungu seperti ini
perlu dibelasah dari awal lagi.
217
00:13:12,374 --> 00:13:13,501
Bangun, tak guna.
218
00:13:13,584 --> 00:13:15,544
Bangun, tak guna.
219
00:13:15,628 --> 00:13:17,755
Ya Tuhan, tengoklah darah itu. Merahnya.
220
00:13:17,838 --> 00:13:19,340
Mari sini, ikut saya.
221
00:13:19,423 --> 00:13:21,509
Tak guna. Jangan melawan.
222
00:13:21,592 --> 00:13:24,345
Jangan melawan, tak guna. Mari sini.
223
00:13:25,012 --> 00:13:26,055
Tak guna.
224
00:13:26,138 --> 00:13:27,890
Tengoklah si tak guna ini.
225
00:13:27,973 --> 00:13:30,684
Hei, saya akan kerat
pergelangan tangan awak. Lepaskan.
226
00:13:31,435 --> 00:13:33,479
Lepaskan! Bagus.
227
00:13:33,562 --> 00:13:36,273
Awak patut dengar
cakap saya lebih awal, dungu.
228
00:13:36,607 --> 00:13:38,150
Degil betul.
229
00:13:38,234 --> 00:13:41,946
Apa pandang-pandang, tak guna?
Belajar sajalah. Hei, mari sini.
230
00:14:01,298 --> 00:14:02,132
Apa?
231
00:14:04,426 --> 00:14:06,929
Kenapa awak tak laporkan
pada cikgu yang awak dipukul?
232
00:14:10,224 --> 00:14:11,725
Semua rakan sekelas kita mengunci mulut.
233
00:14:12,643 --> 00:14:13,686
Itu yang mereka mahu.
234
00:14:17,106 --> 00:14:18,023
Saya yang bersalah.
235
00:14:19,567 --> 00:14:22,736
Tahun akhir kita hampir tamat
dan saya tidak patut melampaui batas.
236
00:14:23,904 --> 00:14:25,489
Saya patut berdiam diri saja.
237
00:14:25,990 --> 00:14:27,992
Saya jadi begini kerana
seseorang mengadu tentang mereka.
238
00:14:50,973 --> 00:14:52,433
Awak juga patut mengunci mulut.
239
00:14:53,434 --> 00:14:54,435
Ini akan berakhir tidak lama lagi.
240
00:14:55,769 --> 00:14:56,812
Kita senior.
241
00:14:57,521 --> 00:14:59,356
Kita tidak boleh berbuat apa-apa
kerana kita senior.
242
00:15:05,738 --> 00:15:07,865
{\an8}BERHENTI
243
00:15:26,133 --> 00:15:29,261
SESI ULANG KAJI SENDIRI 120 HARI
SEBELUM PEPERIKSAAN KEMASUKAN
244
00:15:35,684 --> 00:15:36,810
Apa pandang-pandang?
245
00:15:36,894 --> 00:15:39,104
- Tak guna.
- Berhenti merenung dan belajar, senior!
246
00:15:39,188 --> 00:15:41,023
Jika kamu bertentang mata dengan saya,
saya akan cungkil mata kamu.
247
00:15:41,106 --> 00:15:42,274
Hei, Shin Hyewon!
248
00:15:49,990 --> 00:15:52,451
- Hei!
- Tengok. Apa itu?
249
00:15:52,534 --> 00:15:54,578
Adakah semua kata-kata saya
kedengaran mengarut bagi awak?
250
00:15:55,371 --> 00:15:56,747
Lucunya.
251
00:15:56,830 --> 00:16:00,918
Jika awak sertai kelab kami,
awak perlu membayar yuran.
252
00:16:01,001 --> 00:16:02,211
- Awak perlu bayar.
- Tak begitu?
253
00:16:03,337 --> 00:16:05,422
Hei, tak guna. Helo?
254
00:16:05,506 --> 00:16:07,257
- Helo?
- Helo?
255
00:16:07,633 --> 00:16:09,635
- Tentu dia dah tidur.
- Awak memang lucu.
256
00:16:09,718 --> 00:16:12,388
- Kejutkan dia.
- Awak mahu terus berada di sini...
257
00:16:12,471 --> 00:16:14,223
...memandangkan kita akan
bercuti beberapa hari lagi?
258
00:16:16,517 --> 00:16:18,060
Maafkan saya.
Tolong maafkan saya.
259
00:16:18,143 --> 00:16:22,231
Kami akan mengejar awak
sehingga ke neraka.
260
00:16:22,314 --> 00:16:23,315
Kasihannya.
261
00:16:23,399 --> 00:16:24,942
Tolong...
262
00:16:25,526 --> 00:16:27,778
- Lucu.
- Tolong maafkan saya.
263
00:16:27,861 --> 00:16:29,363
- Apa awak kata?
- Saya...
264
00:16:44,837 --> 00:16:46,130
Saya juga sama.
265
00:16:48,465 --> 00:16:50,884
Saya berpaling sewaktu dia dibuli.
266
00:16:52,302 --> 00:16:54,930
Saya sangka saya telah melakukan
segala yang termampu.
267
00:16:56,265 --> 00:16:58,100
Berdiam diri demi ayah saya?
268
00:16:59,309 --> 00:17:01,103
Itu alasan yang kukuh.
269
00:17:03,272 --> 00:17:05,691
Ketika ketua kelas kami
dipukul kerana saya,...
270
00:17:09,862 --> 00:17:11,697
...saya tidak meminta maaf pun.
271
00:17:15,743 --> 00:17:17,745
Dia mengucapkan semua perkara
yang ingin saya luahkan.
272
00:17:19,329 --> 00:17:20,831
Namun saya tidak berdaya.
273
00:17:22,124 --> 00:17:23,042
Tidak.
274
00:17:23,834 --> 00:17:25,502
Saya tidak dibenarkan.
275
00:17:28,630 --> 00:17:29,882
Sebab saya seorang senior.
276
00:17:35,262 --> 00:17:36,430
Tolong maafkan saya.
277
00:17:36,930 --> 00:17:37,931
Dia berkata sesuatu.
278
00:17:38,432 --> 00:17:39,641
Tolong maafkan saya.
279
00:17:39,725 --> 00:17:40,934
Katanya, "Tolong maafkan saya."
280
00:17:41,935 --> 00:17:43,771
Aduhai, baju saya kotor.
281
00:17:43,854 --> 00:17:45,647
- Tak guna.
- Jijiknya.
282
00:17:55,991 --> 00:17:56,992
Apa masalahnya
jika saya seorang senior?
283
00:18:03,749 --> 00:18:05,125
- Hei, awak nampak rambutnya?
- Awak.
284
00:18:07,503 --> 00:18:08,337
Keluar.
285
00:18:09,588 --> 00:18:11,006
- Siapa dia?
- Apa ini?
286
00:18:11,340 --> 00:18:12,341
Itu tidak masuk akal.
287
00:18:12,424 --> 00:18:14,093
Hei, ada pergaduhan!
288
00:18:14,593 --> 00:18:16,303
Hei, tunggu saya!
289
00:19:22,911 --> 00:19:23,745
Tak guna.
290
00:19:26,373 --> 00:19:28,250
Apa awak nak buat
dengan muka awak sekarang?
291
00:19:32,963 --> 00:19:34,131
Tak guna.
292
00:19:43,223 --> 00:19:44,516
Perempuan tak guna!
293
00:20:31,188 --> 00:20:32,773
Siapa awak?
294
00:20:36,109 --> 00:20:37,986
Siapa awak sebenarnya?
295
00:22:15,083 --> 00:22:16,418
Saya benci warna itu.
296
00:22:18,378 --> 00:22:19,629
Jingga?
297
00:22:20,922 --> 00:22:21,757
Kenapa?
298
00:22:23,091 --> 00:22:26,303
Warna jingga di tengah-tengah.
299
00:22:30,265 --> 00:22:32,934
Bukan merah, mahupun kuning.
300
00:22:33,769 --> 00:22:35,729
Bukan kedua-duanya sekali.
301
00:22:50,327 --> 00:22:52,287
PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
SEKOLAH TINGGI JANG GYEONG
302
00:22:52,371 --> 00:22:53,789
Jawatankuasa keganasan bermesyuarat.
303
00:22:55,082 --> 00:22:56,375
Saya dibuang sekolah.
304
00:22:58,585 --> 00:22:59,544
Sekali lagi, saya minta maaf.
305
00:22:59,628 --> 00:23:00,712
Tidak ada sekolah
yang akan menerima saya...
306
00:23:00,796 --> 00:23:04,174
...memandangkan saya
pelaku keganasan sekolah.
307
00:23:04,257 --> 00:23:05,884
- Maafkan saya.
- Aduhai.
308
00:23:05,967 --> 00:23:06,927
Maafkan saya.
309
00:23:08,095 --> 00:23:10,055
En. Jang,
awak boleh keluar sekarang.
310
00:23:10,138 --> 00:23:11,223
Ya. Maafkan saya.
311
00:23:11,515 --> 00:23:14,851
Mujurlah, sebuah sekolah menerima
saya sebagai pelajar pertukaran.
312
00:23:18,939 --> 00:23:22,859
Pertukaran itu atas nama saja.
Sebenarnya, saya dibuang sekolah.
313
00:23:30,075 --> 00:23:32,285
Itulah keputusan jawatankuasa keganasan.
314
00:23:34,955 --> 00:23:37,165
Disebabkan ayahlah...
315
00:23:38,750 --> 00:23:40,168
...mesyuarat itu diadakan.
316
00:23:43,004 --> 00:23:45,215
Dia berjumpa
dengan semua ibu bapa...
317
00:23:46,550 --> 00:23:48,718
...dan membayar sejumlah wang
pampasan yang tidak masuk akal...
318
00:23:49,428 --> 00:23:51,138
...untuk mengelakkan
penglibatan pihak polis.
319
00:23:57,060 --> 00:23:57,894
Ya Tuhan.
320
00:24:03,233 --> 00:24:04,860
Semua orang mengelak daripada saya.
321
00:24:07,612 --> 00:24:09,489
Tiada siapa mendekati saya.
322
00:24:11,074 --> 00:24:11,908
Huisoo.
323
00:24:12,742 --> 00:24:13,743
Ayuh.
324
00:24:19,791 --> 00:24:22,544
Tiada siapa di sekeliling saya.
325
00:24:26,506 --> 00:24:27,340
Dia dah pergi.
326
00:24:40,604 --> 00:24:44,858
Ayah kata, "Mari kita pulang,"
tapi kami tidak ada rumah lagi.
327
00:24:46,610 --> 00:24:49,905
Ayah terpaksa menjualnya untuk membayar
bil hospital dan wang pampasan.
328
00:24:50,864 --> 00:24:53,116
Ia diputuskan sebagai
serangan sebelah pihak.
329
00:24:55,452 --> 00:24:56,536
Ia berpunca daripada saya.
330
00:24:59,080 --> 00:25:02,542
Saya tidak mengalami kecederaan.
331
00:25:04,836 --> 00:25:06,505
Saya telah memusnahkan hidup ayah.
332
00:25:09,925 --> 00:25:10,884
Ayah.
333
00:25:12,969 --> 00:25:14,763
Ayah tahu saya seperti ini?
334
00:25:20,727 --> 00:25:21,978
Tidak, ayah tak tahu.
335
00:25:23,021 --> 00:25:24,272
Ayah fikir ia tidak mustahil,...
336
00:25:26,525 --> 00:25:28,109
...tapi kejadian ini
telah meyakinkan ayah.
337
00:25:35,825 --> 00:25:37,118
Kenapa saya seperti ini?
338
00:25:46,628 --> 00:25:47,754
Kamu mewarisinya daripada ayah.
339
00:25:50,549 --> 00:25:52,842
Sikap tidak boleh berdiam diri
dan melihat ketidakadilan itu...
340
00:25:54,886 --> 00:25:56,513
...kamu mewarisinya
daripada ibu kamu.
341
00:26:01,351 --> 00:26:03,395
Mak kamu pasti sangat gembira...
342
00:26:05,230 --> 00:26:06,481
...jika dia tahu kamu
mewarisi kelebihan ayah.
343
00:26:11,695 --> 00:26:13,947
Mengetahui dia akan gembira...
344
00:26:17,867 --> 00:26:19,369
...membuatkan ayah
lebih gembira sekarang.
345
00:26:29,212 --> 00:26:30,046
Huisoo.
346
00:26:33,633 --> 00:26:34,551
Mari kita makan.
347
00:26:39,264 --> 00:26:40,640
Sudah tiba masa untuk makan?
348
00:26:42,642 --> 00:26:43,518
Apa patut kita makan?
349
00:26:46,646 --> 00:26:49,399
Oh ya, tentang warna jingga tadi.
350
00:26:49,482 --> 00:26:53,570
Apa kata kita anggap ia
boleh jadi merah dan kuning?
351
00:26:53,653 --> 00:26:55,488
Bukan itu atau ini.
352
00:26:55,822 --> 00:26:58,908
Boleh jadi ini atau itu.
Mungkin kedua-duanya sekali.
353
00:26:58,992 --> 00:26:59,909
Tak begitu?
354
00:27:07,792 --> 00:27:09,377
Mari kita makan.
355
00:27:10,545 --> 00:27:11,379
Okey.
356
00:27:28,980 --> 00:27:30,982
AYAM SEGAR
357
00:27:37,739 --> 00:27:38,907
Perkhidmatan Risikan Negara.
358
00:27:52,587 --> 00:27:53,421
Aduhai.
359
00:27:54,673 --> 00:27:56,341
Tak guna.
360
00:27:58,468 --> 00:28:00,470
Kenapa dia buat begitu?
361
00:28:01,513 --> 00:28:03,723
Masih terlalu awal.
362
00:28:05,809 --> 00:28:06,935
Apa?
363
00:28:08,353 --> 00:28:11,231
Pembaca kad kredit telah diterima. Jadi,
saya datang untuk mengecaj pesanan awak.
364
00:28:12,524 --> 00:28:14,651
Awak tahu sekarang jam berapa?
365
00:28:15,151 --> 00:28:17,529
Awak betul-betul menaikkan
kemarahan saya, faham?
366
00:28:18,405 --> 00:28:20,281
Awak fikir saya
tidak akan membayarnya?
367
00:28:20,365 --> 00:28:23,159
Ini kad saya. Ambillah.
368
00:28:26,538 --> 00:28:28,248
Oh ya, saya ingin bertanya
sejak semalam lagi.
369
00:28:29,249 --> 00:28:30,542
Loghat apa itu?
370
00:28:31,584 --> 00:28:34,337
- Apa? Bercakap secara bersahaja.
- Awak.
371
00:28:36,756 --> 00:28:38,091
Awak dari Gyeongsang-do?
372
00:28:38,925 --> 00:28:41,010
Saya dari Pohang dan Guryongpo.
373
00:28:41,928 --> 00:28:43,346
Benarkah awak dari Gyeongsang-do?
374
00:28:46,808 --> 00:28:48,768
- Saya dari Seoul.
- Jadi, kenapa awak cakap begitu?
375
00:28:49,602 --> 00:28:52,063
Kenapa bercakap dengan
loghat yang dibuat-buat?
376
00:28:52,981 --> 00:28:54,482
Awak tidak sepatutnya buat begitu.
377
00:28:54,691 --> 00:28:55,525
Baik.
378
00:28:56,067 --> 00:28:59,362
Jika saya dengar awak bercakap
dengan loghat entah dari mana lagi,...
379
00:29:00,363 --> 00:29:02,031
...nahas mulut awak.
380
00:29:02,907 --> 00:29:03,742
Maafkan saya.
381
00:29:05,994 --> 00:29:07,954
Itulah loghat Gyeongsang
yang sebenar.
382
00:29:08,538 --> 00:29:09,748
Nampaknya awak tak tahu.
383
00:29:09,831 --> 00:29:10,665
Ya.
384
00:29:10,749 --> 00:29:12,959
Awak akan membayar rokok
dengan kad ini juga?
385
00:29:13,042 --> 00:29:17,297
- Ya.
- 4,500 won untuk bayaran transaksi.
386
00:29:18,006 --> 00:29:19,716
Awak ada kalkulator?
387
00:29:20,300 --> 00:29:21,259
Saya tiada kalkulator.
388
00:29:24,596 --> 00:29:27,974
Encik, saya memang
ingin bertanya sejak semalam.
389
00:29:28,057 --> 00:29:30,477
Dua parut bulat di tangan awak itu.
390
00:29:30,560 --> 00:29:33,021
Ia nampak sangat hebat.
391
00:29:33,104 --> 00:29:34,522
Parut apa itu?
392
00:29:35,190 --> 00:29:36,441
Kesan dicucuh rokok?
393
00:29:37,192 --> 00:29:38,401
Luka tembakan.
394
00:29:39,194 --> 00:29:42,572
Luka tembakan?
Ya Tuhan, hebatnya.
395
00:29:43,323 --> 00:29:44,699
Bagaimana awak boleh
mendapat luka tembakan?
396
00:29:50,246 --> 00:29:51,456
Semak dan lihat jika ia betul.
397
00:29:51,539 --> 00:29:53,124
Baik. Selamat tinggal.
398
00:29:55,376 --> 00:29:57,962
Si tak guna itu menambah
satu lagi sifar di hujungnya.
399
00:30:01,674 --> 00:30:02,759
Selamat jalan.
400
00:30:04,052 --> 00:30:06,137
- Adakah jumlahnya betul?
- Ya, encik. Ya.
401
00:30:11,976 --> 00:30:13,561
Saya benar-benar marah
dengan si tak guna itu.
402
00:30:15,313 --> 00:30:17,440
Awak tahukah?
Dia mati malam tadi.
403
00:30:18,233 --> 00:30:19,484
Salun Angel!
404
00:30:19,776 --> 00:30:21,861
Ya, salun di sebelah kita.
405
00:30:27,951 --> 00:30:29,911
SALUN ANGEL
406
00:30:37,544 --> 00:30:38,378
Berundur.
407
00:30:38,461 --> 00:30:39,546
Sekarang. Semua orang.
408
00:30:39,629 --> 00:30:41,172
Sila berundur. Tumpang lalu.
409
00:30:58,022 --> 00:31:00,275
#KES PEMBUNUHAN
BERLAKU SATU PEMBUNUHAN
410
00:31:00,358 --> 00:31:03,111
DI PUSAT BELI-BELAH TEMPAT SAYA BEKERJA.
PEMILIK SALUN DIKATAKAN MATI
411
00:31:05,905 --> 00:31:07,949
APA YANG SEDANG BERLAKU?
412
00:31:13,454 --> 00:31:16,958
#KES PEMBUNUHAN SALUN ANGEL
413
00:31:17,041 --> 00:31:19,002
BERLAKU SATU PEMBUNUHAN DI SALUN YANG
SAYA KUNJUNGI, FORENSIK JUGA ADA DI SINI
414
00:31:34,976 --> 00:31:36,144
Perkhidmatan Risikan Negara.
415
00:31:38,730 --> 00:31:40,106
Ikut sini.
416
00:32:09,802 --> 00:32:12,472
KOR MARIN REPUBLIK KOREA
417
00:32:14,307 --> 00:32:15,516
Apa yang awak fikirkan?
418
00:32:19,896 --> 00:32:22,065
- Awak rasa apa itu ingatan?
- Sebenarnya...
419
00:32:22,774 --> 00:32:24,734
...saya pernah membaca
suatu masa dahulu...
420
00:32:25,234 --> 00:32:27,403
...bahawa ingatan
seperti isyarat elektrik.
421
00:32:27,487 --> 00:32:29,739
Terdapat sel saraf
yang dipanggil neuron,...
422
00:32:29,822 --> 00:32:31,783
...dan ia menerima impuls
elektrik untuk berfungsi.
423
00:32:32,200 --> 00:32:34,077
Kaedah khusus...
424
00:32:34,994 --> 00:32:36,037
...itu...
425
00:32:37,705 --> 00:32:38,665
Rasanya bukan begini?
426
00:32:39,457 --> 00:32:41,000
Dari mana awak mendengar semua itu?
427
00:32:41,668 --> 00:32:44,379
Saya ingin tahu mengenainya.
Namun kenapa awak ingin tahu?
428
00:32:46,631 --> 00:32:50,093
Ketika berusia saya empat tahun, mak saya
meninggal dunia akibat kemalangan kereta.
429
00:32:50,176 --> 00:32:52,261
Saya duduk di sebelahnya.
430
00:32:52,804 --> 00:32:55,765
Saya masih ingat akan saat itu.
431
00:32:58,977 --> 00:33:00,603
Mak memandang saya.
432
00:33:06,150 --> 00:33:08,528
Saya lupa akan wajahnya,...
433
00:33:10,989 --> 00:33:12,865
...walaupun itu saja
ingatan saya bersamanya.
434
00:33:22,125 --> 00:33:23,251
Bagaimana jika...
435
00:33:25,378 --> 00:33:27,588
...dia menangis?
436
00:33:37,223 --> 00:33:39,976
Saya menunggu selama 30 minit di sini.
437
00:33:40,560 --> 00:33:42,437
Jika kamu ada hati nurani,...
438
00:33:42,520 --> 00:33:45,273
- ...tinggalkan nombor di kereta!
- Tolonglah, tuan.
439
00:33:45,356 --> 00:33:47,984
- Letak kereta semberono!
- Beredar sekarang.
440
00:33:48,067 --> 00:33:48,985
- Hei!
- Mereka dari PRN.
441
00:33:49,068 --> 00:33:51,154
- Jadi?
- Tolong bertenang.
442
00:33:51,237 --> 00:33:53,197
Saya berkhidmat dalam Kor Marin!
443
00:33:53,281 --> 00:33:55,408
Mujurlah seseorang menghubungi saya.
444
00:33:55,491 --> 00:33:57,410
- Kami akan beredar serta-merta.
- Jika saya tidak ke sini,...
445
00:33:57,493 --> 00:33:59,787
...kamu pasti akan terlepas.
446
00:33:59,996 --> 00:34:01,289
Beri saya kad nama awak!
447
00:34:01,873 --> 00:34:03,458
AYAM SEGAR
448
00:34:35,156 --> 00:34:36,407
63 sentimeter?
449
00:34:36,991 --> 00:34:38,534
Tidak lama lagi awak
akan mencapai 65 sentimeter.
450
00:34:43,873 --> 00:34:44,707
Apa?
451
00:34:45,208 --> 00:34:47,085
Awak betul-betul ingin
menunggu begitu saja?
452
00:34:47,502 --> 00:34:50,463
Saya berlatih sehingga lewat malam.
Ini persediaan saya untuk ke kolej.
453
00:34:51,798 --> 00:34:54,425
Saya akan belajar di sini mulai
sekarang sehingga awak selesai.
454
00:34:54,509 --> 00:34:55,885
Jika begitu, pasti lama.
455
00:34:55,968 --> 00:34:58,638
- Tak mengapa. Saya tetap akan tunggu.
- Kenapa?
456
00:34:59,222 --> 00:35:00,056
Saja.
457
00:35:03,976 --> 00:35:05,353
Awak mahu menemani saya?
458
00:35:05,937 --> 00:35:06,771
Tidak.
459
00:35:06,854 --> 00:35:08,940
- Ya, awak menemani saya.
- Tidak.
460
00:35:09,023 --> 00:35:09,982
Ya.
461
00:35:11,067 --> 00:35:13,069
Awak telah mendengar cerita saya
dan sekarang awak menemani saya.
462
00:35:13,152 --> 00:35:14,612
- Tidak!
- Terima kasih.
463
00:35:14,695 --> 00:35:16,447
Tidak. Apa?
464
00:35:27,416 --> 00:35:28,918
Kes ini ditutup
sebagai rompakan biasa...
465
00:35:29,001 --> 00:35:30,795
...dan pelaku mengambil
barang-barang berharganya.
466
00:35:30,878 --> 00:35:33,172
Semua gambar yang dimuat naik
di media sosial dipadamkan...
467
00:35:33,256 --> 00:35:34,132
...dalam tempoh 30 minit...
468
00:35:34,215 --> 00:35:35,675
...dan menghalang pendedahan lanjut.
469
00:35:36,217 --> 00:35:37,927
Mayat telah diterima
dari Jabatan Forensik Negara...
470
00:35:38,010 --> 00:35:40,263
...dan akan diproses untuk pengebumian.
471
00:35:43,933 --> 00:35:45,184
Jincheon,...
472
00:35:47,061 --> 00:35:48,229
...Bongpyeong,...
473
00:35:49,230 --> 00:35:50,356
...dan sekarang Naju.
474
00:35:54,819 --> 00:35:56,904
Mereka menghantar tukang cuci.
475
00:35:58,865 --> 00:36:01,659
Mereka semua ejen yang telah bersara.
Kenapa perlu bersusah payah...
476
00:36:01,742 --> 00:36:04,453
Dahulu, misi sulit ejen-ejen kita
semuanya diluluskan...
477
00:36:04,537 --> 00:36:05,997
...lebih awal oleh Amerika.
478
00:36:07,748 --> 00:36:10,960
Bagi mereka, ejen-ejen kita
adalah bukti masa silam mereka.
479
00:36:12,128 --> 00:36:14,380
Jadi, mereka cuba menghapuskannya.
480
00:36:15,715 --> 00:36:17,967
Jika begitu,
bukankah kita juga patut bertindak?
481
00:36:18,050 --> 00:36:19,051
Kenapa?
482
00:36:20,344 --> 00:36:21,929
Untuk melindungi
ejen-ejen yang telah bersara.
483
00:36:22,013 --> 00:36:25,975
Kita juga berdepan masalah
apabila pesara tahu terlalu banyak.
484
00:36:26,809 --> 00:36:29,979
Namun kita patut
mengesahkan sejauh mana...
485
00:36:31,230 --> 00:36:32,523
...pengetahuan tukang cuci.
486
00:36:32,815 --> 00:36:34,025
Kami akan siasat.
487
00:36:34,108 --> 00:36:37,695
Kita juga ada projek
yang dibatalkan dan dimajukan.
488
00:36:38,738 --> 00:36:40,072
Minta Ketua Bahagian Jo
datang ke bilik saya.
489
00:36:44,702 --> 00:36:46,829
Patutkah saya menghubungi
Kaunselor Amerika juga?
490
00:36:49,624 --> 00:36:50,458
Tidak.
491
00:36:51,167 --> 00:36:52,752
Kita perlukan bukti kukuh.
492
00:36:53,419 --> 00:36:55,588
Siasat siapa tukang cuci itu dulu.
493
00:37:00,593 --> 00:37:02,845
EKSPRES FE
494
00:37:02,929 --> 00:37:03,930
Ya, betul.
495
00:37:05,097 --> 00:37:06,891
Awak tahu salun rambut
di pusat beli-belah kami.
496
00:37:07,642 --> 00:37:08,643
Pemiliknya.
497
00:37:08,935 --> 00:37:11,270
- Mari kita keluar.
- Betul.
498
00:37:12,313 --> 00:37:13,314
Mari kita pergi ambil angin.
499
00:37:14,523 --> 00:37:15,524
Okey. Datang sekarang.
500
00:37:16,067 --> 00:37:18,694
Saya berada di sini,
jadi kita masuk bersama-sama.
501
00:37:19,862 --> 00:37:21,030
Baiklah.
502
00:37:21,239 --> 00:37:24,242
MENDIANG HONG SUNGHWA
503
00:37:24,325 --> 00:37:27,078
FRANK
504
00:37:40,007 --> 00:37:42,385
Manalah tahu awak tidak boleh
makan makanan pedas.
505
00:37:42,468 --> 00:37:43,678
Saya menyemak buku tetamu,...
506
00:37:43,761 --> 00:37:45,846
...dan awak menulis nama awak
dalam bahasa Inggeris.
507
00:37:47,473 --> 00:37:49,100
Bagaimana awak mengenali mak saya?
508
00:37:52,645 --> 00:37:53,896
Awak tidak boleh berbahasa Korea?
509
00:37:57,108 --> 00:37:57,942
{\an8}Sedikit.
510
00:37:58,025 --> 00:38:01,195
Jika boleh bercakap sedikit,
maka awak orang Korea dari luar negara?
511
00:38:04,907 --> 00:38:05,825
Tidak.
512
00:38:06,450 --> 00:38:08,369
Jadi, bagaimana awak tahu
berbahasa Korea?
513
00:38:11,580 --> 00:38:12,415
{\an8}Anak angkat.
514
00:38:13,541 --> 00:38:16,669
Awak anak angkat.
Begitu rupanya.
515
00:38:18,796 --> 00:38:19,964
Awak nampak mereka di sana?
516
00:38:20,756 --> 00:38:23,592
Kami semua anak yatim
yang dijaga oleh mak.
517
00:38:26,220 --> 00:38:30,099
Sebenarnya,
dia ada seorang anak perempuan...
518
00:38:30,808 --> 00:38:34,478
...tapi dia melayan kami
seperti anak kandungnya.
519
00:38:35,896 --> 00:38:39,233
Kami memakai baju yang sama,
menikmati makanan yang sama,...
520
00:38:39,984 --> 00:38:41,193
...dan pergi ke sekolah yang sama.
521
00:38:41,652 --> 00:38:42,862
Kami sentiasa bersama.
522
00:38:44,822 --> 00:38:47,074
Namun 10 tahun lalu,...
523
00:38:48,659 --> 00:38:50,828
...anaknya meninggal dunia
di sekolah tinggi disebabkan sakit.
524
00:38:54,915 --> 00:38:56,292
Oh, ya.
525
00:38:56,417 --> 00:38:58,252
Awak kata awak tidak fasih
berbahasa Korea.
526
00:38:58,336 --> 00:38:59,378
Maafkan saya.
527
00:39:00,546 --> 00:39:03,174
Terima kasih kerana datang.
528
00:39:03,799 --> 00:39:04,675
Silakan.
529
00:39:05,468 --> 00:39:06,969
Makanlah dulu sebelum pulang.
530
00:39:10,681 --> 00:39:11,557
{\an8}Nanti dulu.
531
00:39:18,272 --> 00:39:21,442
{\an8}Adakah dia seorang ibu yang baik?
532
00:39:25,488 --> 00:39:26,322
{\an8}Ya.
533
00:40:06,862 --> 00:40:08,322
Hai.
534
00:40:10,491 --> 00:40:12,326
- Timbalan Pengarah ada?
- Ya.
535
00:40:22,753 --> 00:40:23,629
Jadi?
536
00:40:26,006 --> 00:40:27,508
Tak mengapa.
537
00:40:27,591 --> 00:40:29,802
Saya bukan ingin menyalahkan awak.
538
00:40:30,428 --> 00:40:32,471
Jelaskan kepada saya
dengan terperinci sekali lagi.
539
00:40:33,139 --> 00:40:35,975
Betulkah dia seperti raksasa?
540
00:40:36,475 --> 00:40:37,309
Ya.
541
00:40:40,521 --> 00:40:42,106
Dia memang cedera.
542
00:40:44,650 --> 00:40:46,944
Kulitnya koyak,
dia dikelar dan tulangnya patah.
543
00:40:47,027 --> 00:40:48,988
Keadaan dia teruk sekali,...
544
00:40:50,656 --> 00:40:51,991
...tapi dia pulih dengan serta-merta.
545
00:40:55,995 --> 00:40:57,288
Dia bukan manusia.
546
00:40:59,707 --> 00:41:00,875
Dia raksasa.
547
00:41:03,502 --> 00:41:04,587
Jadi awak pasti...
548
00:41:06,130 --> 00:41:08,549
...dia raksasa,...
549
00:41:09,508 --> 00:41:10,468
...bukan?
550
00:41:11,051 --> 00:41:12,178
Ketua Bahagian Jo dah sampai.
551
00:41:22,897 --> 00:41:24,148
Masuklah.
552
00:41:28,152 --> 00:41:30,863
Salam sejahtera.
Sudah lama kita tidak berjumpa, tuan.
553
00:41:30,946 --> 00:41:32,114
Ada apa-apa yang penting?
554
00:41:32,198 --> 00:41:33,032
Tidak.
555
00:41:34,283 --> 00:41:37,369
Saya rasa akan ada
keputusan yang baik tahun ini.
556
00:41:38,913 --> 00:41:43,792
Sudah 10 tahun awak mengamanahkan
projek ini kepada saya.
557
00:41:44,168 --> 00:41:48,672
Sepanjang tempoh itu,
ada ramai lepasan dari sekolah kita...
558
00:41:48,756 --> 00:41:51,717
...tapi tiada seorang pun yang
potensinya benar-benar berkembang.
559
00:41:52,843 --> 00:41:56,222
Namun begitu, tahun ini, mereka
akan memenuhi jangkaan awak...
560
00:41:56,305 --> 00:41:58,140
Awak menjaga fail-fail itu dengan baik?
561
00:42:00,392 --> 00:42:01,769
Ya, sudah tentu.
562
00:42:02,269 --> 00:42:06,106
{\an8}Awak tahu saya telah mencurahkan
segalanya kepada PPBN selama ini.
563
00:42:06,190 --> 00:42:07,358
{\an8}Okey. Bagus.
564
00:42:07,441 --> 00:42:08,859
{\an8}PROJEK PERKEMBANGAN BAKAT NEGARA
565
00:42:08,943 --> 00:42:09,944
Terima kasih.
566
00:42:10,611 --> 00:42:12,947
Sekarang bukan masanya
untuk senyum begitu.
567
00:42:13,614 --> 00:42:15,032
Ada sesuatu yang sedang berlaku.
568
00:42:15,574 --> 00:42:18,369
MATI
569
00:42:19,870 --> 00:42:20,829
Begitu rupanya.
570
00:42:20,913 --> 00:42:23,249
Jaga fail-fail PPBN dengan baik.
571
00:42:23,332 --> 00:42:24,625
Kita tidak tahu
perkara yang akan berlaku.
572
00:42:25,125 --> 00:42:28,504
Jika ia terbongkar,
keadaan akan jadi lebih bermasalah.
573
00:42:29,046 --> 00:42:30,005
Baik, tuan.
574
00:42:31,549 --> 00:42:33,008
Kita perlu mencari masa yang sesuai...
575
00:42:34,301 --> 00:42:36,512
...untuk menghapuskan fail-fail lama ini.
576
00:42:39,265 --> 00:42:40,349
Kita perlu cepat.
577
00:42:40,432 --> 00:42:43,143
NAMA: JANG JU-WON, NAMA KOD: GURYONGPO
578
00:42:43,227 --> 00:42:45,229
SEKOLAH TINGGI JEONGWON
579
00:42:50,568 --> 00:42:52,111
- Huisoo.
- Ya?
580
00:42:52,903 --> 00:42:55,990
Awak tahu ada stirofoam
di siling rumah saya?
581
00:42:56,073 --> 00:42:56,907
Ya.
582
00:42:57,658 --> 00:42:59,076
Mak saya yang melekatkannya.
583
00:43:00,953 --> 00:43:02,746
Dia melekatkannya
sewaktu saya masih kecil.
584
00:43:02,830 --> 00:43:05,791
Apabila ia tertanggal, dia akan membeli
yang baru dan melekatkannya semula.
585
00:43:07,501 --> 00:43:08,877
Supaya saya tidak cedera.
586
00:43:10,629 --> 00:43:12,798
Dia tidak menanggalkannya
walaupun saya dah dewasa.
587
00:43:15,551 --> 00:43:18,053
Jadi, saya asyik tertanya-tanya.
588
00:43:19,221 --> 00:43:20,055
Apa?
589
00:43:22,182 --> 00:43:24,977
Tidak hairanlah,
awak termenung sepanjang masa.
590
00:43:25,477 --> 00:43:26,895
Saya rasa dia akan tersenyum.
591
00:43:27,980 --> 00:43:28,981
Maksud saya, mak awak.
592
00:43:30,941 --> 00:43:34,361
Sebab dia tahu
yang awak tidak akan cedera.
593
00:43:45,039 --> 00:43:45,873
Huisoo.
594
00:43:50,919 --> 00:43:54,423
Mak kamu pasti sangat gembira jika dia
tahu kamu mewarisi kelebihan ayah.
595
00:43:57,343 --> 00:43:59,261
Mengetahui dia akan gembira...
596
00:44:00,512 --> 00:44:01,764
...membuatkan ayah
lebih gembira sekarang.
597
00:44:04,350 --> 00:44:06,769
Huisoo. Jangan dekat.
598
00:44:22,910 --> 00:44:23,952
Mak?
599
00:44:24,703 --> 00:44:26,080
Mak.
600
00:45:00,906 --> 00:45:01,824
AYAM SEGAR
601
00:45:01,907 --> 00:45:05,244
Malam tadi, sekitar jam 11:00,
satu rompakan berlaku di salun rambut...
602
00:45:05,327 --> 00:45:06,745
...di pusat beli-belah di Gangdong-gu.
603
00:45:06,829 --> 00:45:10,416
Pemiliknya, Cik Hong, telah ditikam
dengan senjata berbahaya.
604
00:45:11,083 --> 00:45:13,627
Pihak polis melaporkan kejadian ini
sebagai rompakan biasa,...
605
00:45:13,711 --> 00:45:16,714
...di mana pencuri mengambil
barang berharga dan sedang meneliti..
606
00:45:16,797 --> 00:45:18,799
...rakaman kamera litar tertutup
di sekitar tempat kejadian...
607
00:45:18,882 --> 00:45:20,259
...untuk mencari suspek
yang melarikan diri.
608
00:45:21,009 --> 00:45:24,430
Memandangkan tempat kejadian
berhampiran dengan pelbagai kedai,...
609
00:45:24,513 --> 00:45:28,475
...rakaman keselamatan berdekatan
dan saksi sedang disiasat.
610
00:45:28,559 --> 00:45:30,269
Disebabkan rompakan kedai
semakin meningkat...
611
00:45:30,352 --> 00:45:31,854
...dan cuti Chuseok
hanya sebulan saja lagi,...
612
00:45:31,937 --> 00:45:37,317
...pihak polis telah mendedahkan rancangan
tindakan komprehensif sempena cuti ini.
613
00:45:39,194 --> 00:45:41,321
Saya dapat tahu dia meninggal dunia
beberapa hari lalu.
614
00:45:41,405 --> 00:45:42,698
Kenapa dia di rumah mayat sekarang?
615
00:45:43,031 --> 00:45:44,533
Saya dapa tahu JFN
telah menjalankan siasatan...
616
00:45:44,616 --> 00:45:46,535
...dan pihak keluarga
baru saja menerima mayat.
617
00:45:46,618 --> 00:45:49,496
- JFN? Untuk apa?
- Ia kemalangan litar pintas.
618
00:45:49,580 --> 00:45:50,497
Aduhai.
619
00:45:50,581 --> 00:45:53,083
Namun begitu, jika betul pun,
kenapa tiada siapa dibenarkan menziarah?
620
00:45:53,167 --> 00:45:54,418
Sudahlah. Nanti dia dengar.
621
00:46:26,867 --> 00:46:29,453
DEWAN PENGEBUMIAN ILGANG
622
00:47:05,614 --> 00:47:06,532
Masuklah.
623
00:47:08,116 --> 00:47:10,452
Saya ada berita baik.
624
00:47:10,536 --> 00:47:13,872
Ada seorang lagi pelajar baru.
Sila berbaik dengan satu sama lain.
625
00:47:13,956 --> 00:47:16,583
Dia sendiri mahu ke kelas ini.
626
00:47:16,667 --> 00:47:18,585
Kamu pun tahu,
saya sangat popular.
627
00:47:19,461 --> 00:47:21,046
Okey, diam.
628
00:47:22,714 --> 00:47:24,299
Okey. Perkenalkan diri kamu.
629
00:47:33,809 --> 00:47:35,561
Saya Shin Hyewon.
630
00:48:52,721 --> 00:48:54,723
Diterjemahkan oleh: Auni Amalina