1 00:00:06,416 --> 00:00:10,291 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:06,000 --> 00:01:07,833 AUGUST: SAYA MINTA MAAF. 3 00:01:19,958 --> 00:01:22,125 Wilhelm, sebentar. 4 00:01:32,291 --> 00:01:34,000 Wilhelm, tolong… 5 00:01:42,250 --> 00:01:44,083 Kita perlu berbincang. 6 00:01:45,375 --> 00:01:47,333 Sekurang-kurangnya sebelum awak pergi. 7 00:02:18,333 --> 00:02:21,708 TAK KIRA APA YANG BERLAKU, KITA TETAP BERSAUDARA. 8 00:03:33,166 --> 00:03:34,541 WILHELM: JANGAN GANGGU! 9 00:03:34,625 --> 00:03:37,583 AWAK ROSAKKAN SEGALANYA. SAYA AKAN SUSAHKAN KEHIDUPAN AWAK. 10 00:03:37,666 --> 00:03:40,750 AUGUST: SAYA AKAN BUAT APA SAJA UNTUK AWAK MEMAAFKAN SAYA. 11 00:03:40,833 --> 00:03:42,166 WILLE, JAWAB PANGGILAN. 12 00:03:48,416 --> 00:03:49,416 Jadi… 13 00:03:49,500 --> 00:03:50,666 - Helo! - Hei! 14 00:03:52,333 --> 00:03:54,250 - Hai! - Hai, Marcus. 15 00:03:58,500 --> 00:04:00,958 - Apa khabar? - Sihat. Awak pula bagaimana? 16 00:04:01,041 --> 00:04:03,833 - Ya? Bagaimana keadaan di kandang kuda? - Bagus. 17 00:04:03,916 --> 00:04:06,541 - Marcus perlu ke tandas. - Baiklah. 18 00:04:06,625 --> 00:04:08,041 - Terima kasih. - Sama-sama. 19 00:04:09,541 --> 00:04:10,541 Jadi… 20 00:04:11,625 --> 00:04:13,250 Ada surat untuk awak. 21 00:04:21,750 --> 00:04:23,125 - Saya diterima. - Betulkah? 22 00:04:23,208 --> 00:04:25,583 Saya dapat Rumah Manor. Saya pelajar asrama. 23 00:04:25,666 --> 00:04:27,458 Sudah lama aku boleh mendengarnya 24 00:04:27,541 --> 00:04:30,250 Aku bersendirian, aku paling kuat 25 00:04:30,333 --> 00:04:32,375 Ia takkan berlaku lagi 26 00:04:33,333 --> 00:04:36,666 Aku tak mahu rasa begitu lagi 27 00:04:36,750 --> 00:04:39,291 Tak mahu rasa begitu lagi Siapa mahu rasa begitu? 28 00:04:39,375 --> 00:04:42,375 Tak mahu rasa begitu lagi Katakan, siapa mahu rasa begitu? 29 00:04:42,458 --> 00:04:44,208 Aku tak mahu rasa begitu 30 00:04:44,291 --> 00:04:48,416 Ia takkan berlaku lagi 31 00:04:54,583 --> 00:04:55,583 Cantik. 32 00:04:57,416 --> 00:04:58,583 Terima kasih. 33 00:04:58,666 --> 00:05:01,833 - Apa… - Saya bantu ayah di kandang kuda. 34 00:05:01,916 --> 00:05:05,708 Kakak awak terlepas bas. Jadi saya tumpangkan dia pulang. 35 00:05:06,500 --> 00:05:10,458 Saya baru sahaja dapat lesen memandu. Saya rasa seronok apabila memandu. 36 00:05:10,541 --> 00:05:13,250 Bagus. Awak bersekolah di Marieberg, bukan? 37 00:05:13,333 --> 00:05:15,708 Ya, saya pelajar senior. 38 00:05:15,791 --> 00:05:18,916 Saya rasa sekolah kita sama. Awak anak Lottie, bukan? 39 00:05:19,000 --> 00:05:21,041 Ya. Marcus. 40 00:05:21,625 --> 00:05:22,541 Simon. 41 00:05:22,625 --> 00:05:27,416 Saya hendak ke tandas dan saya dengar awak menyanyi. 42 00:05:27,500 --> 00:05:28,875 Saya nampak awak dan… 43 00:05:29,750 --> 00:05:31,083 Apa-apa pun… 44 00:05:34,250 --> 00:05:37,833 Adakah awak pernah ke malam karaoke di Tompas? 45 00:05:38,708 --> 00:05:43,625 Awak patut ikut saya. Jika awak menyanyi seperti itu, mereka pasti suka. 46 00:05:45,208 --> 00:05:46,750 Ikuti saya di Insta. 47 00:05:47,750 --> 00:05:48,791 Baiklah. 48 00:05:50,000 --> 00:05:51,000 Bagus. 49 00:05:59,833 --> 00:06:04,750 WILHELM: AUGUST CUBA UNTUK MINTA MAAF. DIA TAKKAN BERJAYA! 50 00:06:04,833 --> 00:06:07,625 FELICE: DIA MEMANG DUNGU! 51 00:06:07,708 --> 00:06:11,500 WILHELM: DIA AKAN TERIMA AKIBATNYA. 52 00:06:11,583 --> 00:06:13,250 FELICE: JUMPA DI SEKOLAH. 53 00:06:14,333 --> 00:06:15,250 Hai, mak. 54 00:06:15,333 --> 00:06:16,416 Ayah awak kata 55 00:06:16,500 --> 00:06:18,708 awak mahu berhenti tunggang kuda. 56 00:06:18,791 --> 00:06:20,916 Bila awak akan beritahu saya? 57 00:06:21,000 --> 00:06:23,791 - Saya cuba, tapi awak tak dengar. - Saya tak faham. 58 00:06:23,875 --> 00:06:27,583 Kami banyak habiskan masa mencari Rosseau dan sekarang awak mahu berhenti? 59 00:06:27,666 --> 00:06:28,791 Saya tahu. 60 00:06:28,875 --> 00:06:32,625 Kami tempah kursus tunggang kuda awak untuk musim panas dengan pelatih. 61 00:06:32,708 --> 00:06:35,375 - Hei, mak. Sara dapat Rumah Manor. - Hei, Felice… 62 00:06:35,458 --> 00:06:36,791 SARA: KITA TINGGAL BERSAMA 63 00:06:40,250 --> 00:06:41,416 Hai! 64 00:06:52,125 --> 00:06:54,750 - Siap. - Bagus. Terima kasih. 65 00:06:54,833 --> 00:06:56,041 - Betulkah? - Apakah itu? 66 00:06:56,125 --> 00:06:59,041 Ia sepatutnya lindungi awak daripada tenaga jahat. 67 00:06:59,791 --> 00:07:01,000 Saya ada ini. 68 00:07:01,083 --> 00:07:04,833 Ia akan bantu awak tidur berserta barang-barang lain. 69 00:07:04,916 --> 00:07:07,791 Saya tak pasti ini akan membantu dengan suasana bising. 70 00:07:07,875 --> 00:07:09,416 Senior akan pergi. 71 00:07:09,500 --> 00:07:12,041 Forest Ridge akan anjur parti semester baharu. 72 00:07:12,125 --> 00:07:15,166 Ini parti terakhir mereka. Jadi ia pasti huru-hara. 73 00:07:15,250 --> 00:07:18,333 Awak tak kisah saya ambil bilik awak? 74 00:07:18,416 --> 00:07:20,000 - Ya. - Saya tak mahu… 75 00:07:20,083 --> 00:07:23,291 Jangan risau tentangnya. Baiklah. Selamat malam. 76 00:07:23,375 --> 00:07:24,458 Selamat malam. 77 00:07:24,541 --> 00:07:27,541 Akhirnya, saya ada bilik sendiri. Saya boleh bakar sej. 78 00:07:32,958 --> 00:07:36,291 - Di mana saya nak letak barang? - Pilih sahaja mana-mana rak. 79 00:07:38,791 --> 00:07:42,541 Mana satu? Agak berserabut di sini. 80 00:07:43,208 --> 00:07:48,333 Gadis sopan yang kaya! Pujian kepada gadis yang cantik ini! 81 00:07:49,458 --> 00:07:51,291 - Dia! - Sekarang! 82 00:07:53,666 --> 00:07:57,125 Selamat datang ke sesi orientasi awak! 83 00:07:57,875 --> 00:08:00,625 Gadis sopan, orang kaya! 84 00:08:10,541 --> 00:08:11,666 Minum. 85 00:08:21,166 --> 00:08:24,166 Gadis sopan! 86 00:08:40,000 --> 00:08:41,000 Dengar sini. 87 00:08:41,458 --> 00:08:45,083 Ini ujian untuk awak jadi gadis Rumah Manor yang sebenar. 88 00:08:45,166 --> 00:08:47,541 Awak perlu curi-curi masuk parti senior 89 00:08:47,625 --> 00:08:50,416 dan lakukan sesuatu yang membuatkan parti itu terganggu. 90 00:08:50,500 --> 00:08:51,875 Awak tak perlu lakukannya. 91 00:08:51,958 --> 00:08:54,958 - Sudah tentu dia perlu lakukannya. - Ia satu tradisi. 92 00:08:55,041 --> 00:08:56,541 Dia bukan pengecut, bukan? 93 00:08:57,958 --> 00:09:01,291 Sebentar! Mahkota ini tak boleh rosak. Ini kerana ia… 94 00:09:01,375 --> 00:09:02,875 Biar saya yang menjaganya. 95 00:09:02,958 --> 00:09:05,000 Awak boleh pergi! 96 00:09:05,083 --> 00:09:08,041 Jangan awak kembali selagi awak tak hentikan parti itu. 97 00:09:09,291 --> 00:09:10,291 Sara, awak boleh! 98 00:09:11,875 --> 00:09:13,583 Saya rasa tak sedap hati. 99 00:09:13,666 --> 00:09:16,875 Sara belum balas mesej sejak kita pulang hantar dia. 100 00:09:16,958 --> 00:09:19,250 Dia memang jarang balas mesej, mak. 101 00:09:22,083 --> 00:09:23,166 Mak… 102 00:09:24,375 --> 00:09:29,041 Dia mungkin sibuk belajar cara untuk susun sudu dan garpu. 103 00:09:29,125 --> 00:09:31,250 Saya tak patut benarkan dia duduk asrama. 104 00:09:31,333 --> 00:09:33,291 Betul tapi segalanya dah terlambat. 105 00:09:35,458 --> 00:09:36,833 Saya akan cuba hubungi dia. 106 00:10:04,250 --> 00:10:07,708 Semester akhir! 107 00:10:07,791 --> 00:10:09,625 - Semester akhir! - August! 108 00:10:10,208 --> 00:10:13,000 - August! - Ya! 109 00:10:13,083 --> 00:10:14,250 Gadis Bond? 110 00:10:14,916 --> 00:10:17,500 Di manakah awak? Awak terlepas percutian Krismas. 111 00:10:17,583 --> 00:10:20,083 - Pulau Seychelles memang cantik. - Menakjubkan. 112 00:10:20,166 --> 00:10:23,458 "Qui a fait l'amour dans la piscine?" 113 00:10:23,541 --> 00:10:25,291 - "Dans la piscine." - Apakah itu? 114 00:10:25,375 --> 00:10:27,875 Pembantu rumah Francoise jumpa kondom di kolam. 115 00:10:27,958 --> 00:10:30,750 - Ia terapung. - Mereka ambil dengan pencakar. 116 00:10:30,833 --> 00:10:33,083 Awak perlu berada di sana untuk faham. 117 00:10:33,166 --> 00:10:37,083 Saya tak suka memiliki perut buncit untuk semester akhir saya. 118 00:10:37,166 --> 00:10:40,500 Betulkah? Jangan kata berat badan awak dah turun. 119 00:10:41,541 --> 00:10:43,083 Awak kenal saya, bukan? 120 00:10:51,750 --> 00:10:54,375 SIMON: MENGAPA AWAK TAK BALAS? MAK SANGAT RISAU. 121 00:10:56,625 --> 00:10:59,125 Semua kuasa kepada gadis sopan Rumah Manor! 122 00:11:03,125 --> 00:11:04,291 Api! 123 00:11:18,041 --> 00:11:19,833 - Simme, mengapa? - Boleh awak… 124 00:11:19,916 --> 00:11:23,250 - Boleh awak hantar saya ke istana? - Maaf. Saya di rumah mak cik. 125 00:11:23,333 --> 00:11:24,333 Tak guna! 126 00:11:29,375 --> 00:11:32,208 SIMON: ROSH, BOLEHKAH AWAK HANTAR SAYA KE ISTANA? 127 00:11:33,875 --> 00:11:36,000 ROSH: MAAF, SAYA TIADA DI RUMAH. 128 00:11:39,458 --> 00:11:41,625 MARCUS - IKUT 129 00:11:44,500 --> 00:11:46,416 AWAK PASTI TENGAH MEMANDU? 130 00:11:46,500 --> 00:11:49,958 MENAIP… 131 00:11:50,041 --> 00:11:53,208 HAI! TAK? AWAK NAK TUMPANG? 132 00:11:59,416 --> 00:12:00,833 MAK 133 00:12:06,291 --> 00:12:07,291 Terima kasih. 134 00:12:11,541 --> 00:12:12,708 Biar betul? 135 00:12:16,666 --> 00:12:19,875 - Hai. - Kami berjaya rosakkan parti senior. 136 00:12:19,958 --> 00:12:23,416 - Apa? - Memang tak masuk akal. Awak di rumah? 137 00:12:23,500 --> 00:12:24,958 Saya baru sampai Hillerska. 138 00:12:25,041 --> 00:12:28,833 Jika awak mahu kenakan August, sekarang masanya. Datang ke parti… 139 00:12:29,458 --> 00:12:30,541 Helo? 140 00:12:32,666 --> 00:12:33,916 Mari pergi. 141 00:12:42,208 --> 00:12:44,833 Terima kasih. Saya amat hargainya. 142 00:12:44,916 --> 00:12:47,000 Tak mengapa. Nampak seperti kecemasan. 143 00:12:47,083 --> 00:12:49,958 Namun boleh awak duduk di tempat duduk depan? 144 00:12:50,041 --> 00:12:51,583 Ini bukan teksi. 145 00:12:53,000 --> 00:12:54,333 Baiklah. 146 00:12:54,416 --> 00:12:55,666 Maaf. 147 00:13:00,291 --> 00:13:06,458 - Maaf. Sara telah hilangkannya. - Jangan risau. Saya faham. Mari pergi. 148 00:13:06,541 --> 00:13:10,250 Ia parti paling liar. Semua orang berada di sana! 149 00:13:10,333 --> 00:13:12,500 Letak beg saya di sana. Saya akan kembali. 150 00:13:12,583 --> 00:13:13,791 Memang tak masuk akal. 151 00:13:13,875 --> 00:13:16,291 - Tak mungkin. - Dengar sini. Pengawal itu… 152 00:13:16,375 --> 00:13:18,750 - Ya? - Dia pegang kami. Maksud saya… 153 00:13:18,833 --> 00:13:22,000 Biar betul. Putera Mahkota. Apa khabar? 154 00:13:22,083 --> 00:13:23,083 Saya baik. 155 00:13:23,125 --> 00:13:25,291 - Siapa mahu ke parti senior? - Kami mahu. 156 00:13:25,375 --> 00:13:28,833 Namun kita tak dijemput dan kita tiada kebenaran untuk keluar. 157 00:13:28,916 --> 00:13:31,916 Jika Malin tak perasan saya, kita akan ke sana. 158 00:13:32,000 --> 00:13:33,875 - Apa? - Biar betul? 159 00:13:33,958 --> 00:13:35,291 Selamat pulang. 160 00:13:35,375 --> 00:13:36,583 - Awak serius? - Ya. 161 00:13:36,666 --> 00:13:41,000 - Sara bakar bendera kita. - Dia sangat pelik. 162 00:13:41,083 --> 00:13:43,833 - Adakah kita akan pergi sekarang? - Mari kita pergi. 163 00:13:48,208 --> 00:13:50,583 Terima kasih kerana hantar saya. Saya hargainya. 164 00:13:50,666 --> 00:13:53,250 Tak mengapa. Awak mahu saya ikut? 165 00:13:54,916 --> 00:13:56,625 - Tak mengapa. - Awak pasti? 166 00:13:56,708 --> 00:13:58,250 - Ya. - Baiklah. 167 00:13:58,333 --> 00:14:00,083 - Apa pun terima kasih. - Baiklah. 168 00:14:16,208 --> 00:14:17,791 Mujur kita dapat padamkan api! 169 00:14:17,875 --> 00:14:21,666 - Dia seorang piromania! - Namun itu sebelumnya. Ia… 170 00:14:21,750 --> 00:14:23,250 - Hei! - Tidak boleh. 171 00:14:23,333 --> 00:14:25,625 Apakah ini? Apa awak buat di sini? 172 00:14:25,708 --> 00:14:27,291 - Kami nak masuk. - Tak boleh. 173 00:14:27,375 --> 00:14:29,291 Mana surat kebenaran keluar awak? 174 00:14:29,375 --> 00:14:32,291 - Adakah ia penting? Kami nak masuk. - Pulang. 175 00:14:32,375 --> 00:14:33,750 - Panggil August. - Tidak. 176 00:14:34,416 --> 00:14:36,041 Sebentar, itu idea yang bagus. 177 00:14:36,125 --> 00:14:38,541 Panggil August dan mari dengar apa kata pengawas. 178 00:14:39,250 --> 00:14:41,083 - Ya. - Panggil August. 179 00:14:41,708 --> 00:14:44,666 Apakah ini. Sarkas bergerak? Apa yang berlaku? 180 00:14:45,833 --> 00:14:48,041 Wille! Selamat pulang! 181 00:14:48,666 --> 00:14:50,083 Panggil saya Tuanku. 182 00:14:50,833 --> 00:14:51,833 Mengapa? 183 00:14:52,500 --> 00:14:54,708 Awak perlu panggil saya Yang Amat Mulia. 184 00:14:56,750 --> 00:14:57,750 Baiklah. 185 00:14:58,625 --> 00:15:01,166 Jika Yang Amat Mulia pulang dengan segera 186 00:15:01,250 --> 00:15:03,791 awak takkan ditahan. 187 00:15:05,750 --> 00:15:07,208 Saya rasa kami takkan balik. 188 00:15:09,166 --> 00:15:12,291 Yang Amat Mulia mesti faham… 189 00:15:12,375 --> 00:15:13,375 Cubalah. 190 00:15:14,000 --> 00:15:15,791 Beritahu saya apa perlu dibuat. 191 00:15:21,750 --> 00:15:25,458 Jika awak berkeras, saya rasa saya boleh berikan pengecualian. 192 00:15:25,541 --> 00:15:28,000 - Tak boleh. - Apa awak buat? 193 00:15:28,083 --> 00:15:31,125 Jangan. Hei, kembali ke sini! 194 00:15:31,791 --> 00:15:35,541 August, apa awak buat? Parti awal semester ini hanya untuk senior. 195 00:15:35,625 --> 00:15:36,875 Lagipun, Sara sudah… 196 00:15:36,958 --> 00:15:38,708 Ia hanya parti! Okey? 197 00:15:38,791 --> 00:15:39,958 Betul, tapi… 198 00:15:41,625 --> 00:15:42,625 Apa masalah dia? 199 00:15:51,958 --> 00:15:52,958 Sara? 200 00:15:54,416 --> 00:15:55,416 Sara? 201 00:16:20,541 --> 00:16:22,666 - Awak juga ada di sini? - Ada nampak Sara? 202 00:16:22,750 --> 00:16:27,083 Gadis gila itu? Dia mungkin sudah melarikan diri untuk menyorok. 203 00:16:27,166 --> 00:16:29,875 - Dia malukan kami. - Saya rasa saya tahu dia di mana. 204 00:16:33,708 --> 00:16:34,708 Hei. 205 00:16:34,791 --> 00:16:37,916 Adakah Sara berada di sana? 206 00:16:38,833 --> 00:16:40,375 Ya, Simon sedang mencari dia. 207 00:16:41,083 --> 00:16:42,875 Ya, dia berada di sini. 208 00:16:46,208 --> 00:16:47,208 Helo? 209 00:16:49,166 --> 00:16:52,416 Awak buat saya bimbang. Di manakah awak? 210 00:16:52,500 --> 00:16:54,583 Mengapa awak tak jawab panggilan saya? 211 00:16:55,583 --> 00:16:58,541 Mak sangat risau. Awak perlu hantar mesej kepada dia. 212 00:16:58,625 --> 00:16:59,625 Baiklah. 213 00:17:01,333 --> 00:17:03,500 Nampaknya, dia lepas sesi orientasinya. 214 00:17:03,583 --> 00:17:05,416 Seperti biasa, tradisi ini… 215 00:17:06,916 --> 00:17:07,916 Sebentar! 216 00:17:09,875 --> 00:17:11,000 Apa-apa pun, hai. 217 00:17:11,750 --> 00:17:12,750 Hai. 218 00:17:14,958 --> 00:17:16,375 Saya potong rambut. 219 00:17:21,166 --> 00:17:23,833 MARCUS: APA AWAK BUAT? TEKSI AKAN BERTOLAK. 220 00:17:25,583 --> 00:17:27,166 Minta maaf, saya perlu pergi. 221 00:17:52,333 --> 00:17:53,625 Nama dia Marcus. 222 00:17:54,625 --> 00:17:56,791 Pihak sekolah pajak tanah keluarganya. 223 00:17:56,875 --> 00:17:58,791 Dia urus lapang sasar, kandang kuda. 224 00:17:59,791 --> 00:18:01,375 Bagaimana awak tahu? 225 00:18:01,958 --> 00:18:03,583 Saya jumpa dia di Grindr… 226 00:18:04,375 --> 00:18:05,750 Ketika musim bunga lepas. 227 00:18:05,833 --> 00:18:08,625 Namun dia nampak tak minat dengan budak sekolah asrama. 228 00:18:08,708 --> 00:18:09,708 Namun… 229 00:18:10,666 --> 00:18:13,083 Grindr? Namun awak dan Madison… 230 00:18:13,166 --> 00:18:17,000 Biar betul, Wille. Saya tak sangka awak ketinggalan zaman. 231 00:18:17,083 --> 00:18:19,166 Saya rasa itu kepakaran awak. 232 00:18:20,750 --> 00:18:22,666 Selesai. Adakah awak tahu? 233 00:18:23,458 --> 00:18:25,000 Masalah antara awak dan Simon 234 00:18:25,625 --> 00:18:29,125 ialah dia tak faham situasi awak sekarang. 235 00:18:29,208 --> 00:18:31,083 Awak dan dia dari dua dunia berbeza. 236 00:18:31,166 --> 00:18:33,791 Awak perlu pilih seseorang yang sama taraf. 237 00:18:33,875 --> 00:18:35,916 Beritahu saya jika mahu bantuan. 238 00:18:36,000 --> 00:18:37,916 Hubungi saja saya. Kita akan uruskan. 239 00:18:39,041 --> 00:18:40,500 Awak perlu lebih hati-hati. 240 00:18:52,583 --> 00:18:56,666 Tradisi lama, bertahun-tahun telah berlalu 241 00:18:56,750 --> 00:19:00,791 Hillerska akan terus bertapak di sini 242 00:19:00,875 --> 00:19:06,083 Cahaya dan roh ialah panggilan kami 243 00:19:06,166 --> 00:19:11,833 Apabila kita bertemu di dewan keramat 244 00:19:19,416 --> 00:19:21,916 Pelajar Hillerska yang dikasihi. 245 00:19:22,000 --> 00:19:25,416 Biar saya mulakan dengan mengalu-alukan kedatangan anda 246 00:19:25,500 --> 00:19:27,041 ke tahun baharu. 247 00:19:28,083 --> 00:19:33,333 Senior kita akan memiliki keistimewaan untuk tamatkan pengajian 248 00:19:33,416 --> 00:19:38,333 tepat 120 tahun pembukaan sekolah ini. 249 00:19:39,083 --> 00:19:40,541 Anda semua maklum 250 00:19:40,625 --> 00:19:44,000 sambutan ulang tahun ini akan diraikan secara besar-besaran. 251 00:19:44,666 --> 00:19:48,791 Permaisuri Yang Teramat Mulia akan hadir 252 00:19:48,875 --> 00:19:52,083 dan Putera Mahkota Wilhelm akan berikan ucapan. 253 00:19:53,625 --> 00:19:55,750 Segalanya akan dirakam 254 00:19:55,833 --> 00:20:01,458 kerana ini kali pertama putera mahkota akan berikan ucapan di khalayak umum. 255 00:20:02,833 --> 00:20:03,833 Ini memang… 256 00:20:03,916 --> 00:20:06,333 WILHELM: MENGAPA PENGETUA KATA SAYA BERI UCAPAN? 257 00:20:07,375 --> 00:20:10,375 …namun lebih kepada sepanjang tahun persekolahan. 258 00:20:12,000 --> 00:20:14,791 FARIMA: JIKA AWAK TAK TOLAK BERCAKAP DENGAN PERMAISURI 259 00:20:14,875 --> 00:20:16,916 AWAK PASTI AKAN TAHU LEBIH AWAL. 260 00:20:25,666 --> 00:20:28,958 Saya sangat lambat. Saya tak dengar penggera saya dimatikan. 261 00:20:29,041 --> 00:20:31,500 Bagaimana dengan malam semalam? Awak dapat pulang? 262 00:20:32,583 --> 00:20:37,125 Marcus tumpangkan saya. Dia senior di Marieberg. 263 00:20:38,291 --> 00:20:39,583 Baiklah. 264 00:20:39,666 --> 00:20:40,875 - Apa? - Tiada apa-apa. 265 00:20:40,958 --> 00:20:43,250 Dia singgah di rumah kami tempoh hari. 266 00:20:43,333 --> 00:20:45,541 - Baiklah. - Sara kenal dia di kandang kuda. 267 00:20:45,625 --> 00:20:47,375 - Jangan pandang begitu. - Baiklah. 268 00:20:52,875 --> 00:20:56,500 - Saya jumpa Wille semalam. - Baiklah. 269 00:20:56,583 --> 00:21:00,500 Saya ingatkan lebih mudah untuk jumpa dia selepas cuti 270 00:21:00,583 --> 00:21:02,750 tapi ia semakin susah. 271 00:21:03,375 --> 00:21:05,750 Saya tak tahu cara untuk jumpa dia setiap hari. 272 00:21:06,500 --> 00:21:07,958 Lelaki itu toksik. 273 00:21:08,041 --> 00:21:10,083 Dia beritahu dia takkan beri kenyataan. 274 00:21:10,166 --> 00:21:11,166 Apa yang dia buat? 275 00:21:11,833 --> 00:21:15,416 - Dia tinggalkan awak bersendirian. - Apa yang patut saya buat? 276 00:21:15,500 --> 00:21:18,958 Buat apa sahaja yang perlu. Jangan cakap atau pandang dia. 277 00:21:19,041 --> 00:21:21,458 - Namun kami dalam kelas yang sama. - Jadi? 278 00:21:21,541 --> 00:21:23,958 Jangan duduk sebelah dia. Anggap dia tak wujud. 279 00:21:24,041 --> 00:21:26,208 - Namun… - Namun apa? 280 00:21:26,291 --> 00:21:29,708 Dia buat salah dan dia perlu berikan ruang secukupnya kepada awak. 281 00:21:30,541 --> 00:21:33,041 Jika saya di tempat awak, saya padam segalanya. 282 00:21:33,125 --> 00:21:36,000 Padam gambar, sekat nombor dia, cari pasangan baharu. 283 00:21:36,083 --> 00:21:37,833 Ia berkesan sebelum ini. 284 00:21:38,708 --> 00:21:41,625 - Dia patut berfoya-foya dengan Marcus? - Betul. 285 00:21:43,916 --> 00:21:46,166 Dia ajak saya ke malam karaoke. 286 00:21:48,291 --> 00:21:49,541 - Apa? - Betulkah? 287 00:21:49,625 --> 00:21:52,000 Kalau begitu, pergilah! 288 00:21:52,958 --> 00:21:55,333 - Ya, pergilah. - Masa untuk cemburukan dia. 289 00:21:55,416 --> 00:21:57,375 Balas dendam! 290 00:21:57,458 --> 00:22:00,791 - Balas dendam! - Balas dendam! 291 00:22:00,875 --> 00:22:01,875 Balas… 292 00:22:05,500 --> 00:22:07,375 - Selamat pulang. - Terima kasih. 293 00:22:07,958 --> 00:22:10,708 Hei, adakah awak perasan Alexander dah kembali? 294 00:22:10,791 --> 00:22:12,625 Ya, dalam cara yang pelik. 295 00:22:12,708 --> 00:22:16,500 Ayah kata tiada siapa mahu memulakan siasatan 296 00:22:16,583 --> 00:22:20,958 dan ayahnya beri sumbangan besar kepada pihak sekolah. 297 00:22:21,041 --> 00:22:23,083 Mungkin untuk biaya gelanggang padel. 298 00:22:23,166 --> 00:22:25,875 - Sukan orang kaya. - Sekolah dah tiada dana? 299 00:22:25,958 --> 00:22:28,458 Bukan, tapi bilangan pemohon berkurangan. 300 00:22:28,541 --> 00:22:33,708 Mereka fikir apabila ada seorang putera, masalah akan selesai, tapi isu video seks… 301 00:22:33,791 --> 00:22:35,125 Segalanya bagus. 302 00:22:35,750 --> 00:22:39,208 Alexander tak tahu siapa beritahu pihak berkuasa tentang dadah. 303 00:22:39,291 --> 00:22:42,583 Wille, dia tak tahu awak yang lakukan dan bukannya Simon. 304 00:22:43,250 --> 00:22:44,541 Jadi, bertenang. 305 00:22:44,625 --> 00:22:45,958 Dia datang. 306 00:22:46,041 --> 00:22:48,291 - Hai! - Hai. 307 00:22:48,375 --> 00:22:51,833 Segalanya okey? Gembira bertemu awak! Awak sihat? 308 00:22:51,916 --> 00:22:52,958 Hai, Alexander. 309 00:22:53,041 --> 00:22:54,916 - Hai! Gembira dapat bertemu. - Hai. 310 00:22:55,000 --> 00:22:57,458 - Saya juga gembira dapat bertemu awak. - Kami… 311 00:22:58,833 --> 00:23:00,958 - Hai, apa khabar? - Sihat. Awak bagaimana? 312 00:23:01,041 --> 00:23:02,041 Sihat. 313 00:23:02,125 --> 00:23:05,125 - Boleh bual sebentar sambil berjalan? - Baiklah. Jumpa lagi. 314 00:23:05,208 --> 00:23:07,583 - Potongan rambut baharu? - Ya. Awak pun sama. 315 00:23:07,666 --> 00:23:09,166 Betul. Nampak bagus. 316 00:23:09,250 --> 00:23:10,625 Terima kasih. Awak juga. 317 00:23:11,833 --> 00:23:14,583 Awak dah beritahu Simon yang August muat naik video itu? 318 00:23:15,250 --> 00:23:17,208 Belum. Betul kata mak. 319 00:23:17,291 --> 00:23:21,041 Jika saya beritahu Simon, dia akan jumpa polis dan fikir itu tindakan betul. 320 00:23:21,125 --> 00:23:24,708 Namun pihak sekolah dan keluarga diraja akan lindungi August. 321 00:23:24,791 --> 00:23:26,166 Untuk lindungi diri mereka. 322 00:23:26,250 --> 00:23:27,500 Apa yang awak akan buat? 323 00:23:28,125 --> 00:23:30,500 Saya akan rampas segala yang dia sayang. 324 00:23:30,583 --> 00:23:32,625 Bukankah dia hanya sayang diri sendiri? 325 00:23:32,708 --> 00:23:36,791 Sudah tentu. Dia suka jadi pengawas dan ketua pasukan untuk rasa berkuasa. 326 00:23:36,875 --> 00:23:39,458 Awak akan lihat cara saya menghukumnya. 327 00:23:40,166 --> 00:23:41,166 Baiklah. 328 00:23:42,833 --> 00:23:46,000 - Berikan saya kopi biasa. - Kopi biasa. 329 00:23:47,250 --> 00:23:51,250 Felice hantar mesej kepada saya, "Satu lagi, kopi hitam." 330 00:23:51,333 --> 00:23:53,250 - Tanpa susu? - Ya. 331 00:23:53,333 --> 00:23:55,583 - Ia untuk Wilhelm sebenarnya. - Apa? 332 00:23:55,666 --> 00:23:58,458 - Awak ada dengar apa-apa? - Tentang apa? 333 00:23:58,541 --> 00:24:00,125 Berkaitan dia dan Wille? 334 00:24:00,208 --> 00:24:02,875 Tidak. Mereka terus berhubung ketika cuti sekolah. 335 00:24:02,958 --> 00:24:05,166 Namun mereka hanya kawan. 336 00:24:05,250 --> 00:24:07,833 Mereka saling hantar simbol hati di Instagram. 337 00:24:07,916 --> 00:24:09,666 Ia agak mencurigakan. 338 00:24:09,750 --> 00:24:11,625 Maddie, berikan saya satu Tic Tac. 339 00:24:11,708 --> 00:24:14,291 - Simon ada kata apa-apa? - Terima kasih. 340 00:24:14,375 --> 00:24:17,041 Mengapa dia akan beritahu awak? Itu adik dia. 341 00:24:17,125 --> 00:24:18,375 Adakah ini saya punya? 342 00:24:18,458 --> 00:24:19,583 Saya… 343 00:24:19,666 --> 00:24:21,958 Saya hanya mahu tahu 344 00:24:22,041 --> 00:24:26,750 adakah mereka memang jalin hubungan atau dia seorang biseksual? 345 00:24:26,833 --> 00:24:29,375 Jika begitu, pasti pelik jika dia dan Felice… 346 00:24:29,458 --> 00:24:31,541 Baiklah, mari kita berhenti bergosip. 347 00:24:31,625 --> 00:24:35,666 Jangan berpura-pura jadi baik. Ketika Erik bersama gadis OnlyFans… 348 00:24:35,750 --> 00:24:39,958 Betul! Awak tahu apa saya dengar? Pihak istana paksa dia tandatangan NDA. 349 00:24:40,041 --> 00:24:42,125 Saya ambil ini. Terima kasih. 350 00:24:45,833 --> 00:24:47,333 Serta coklat? 351 00:24:49,416 --> 00:24:52,125 - Saya tak mahu. - Awak tolak. 352 00:24:52,208 --> 00:24:55,208 Semuanya 150 kronor. 353 00:24:57,375 --> 00:25:00,125 SIMPANAN - 500, PEMINDAHAN - 200 354 00:25:00,208 --> 00:25:03,208 PERIKSA AKAUN - 230.23, PEMINDAHAN BERJAYA! 355 00:25:06,583 --> 00:25:08,583 - Terima kasih. - Selamat tinggal. 356 00:25:12,791 --> 00:25:13,958 Awak tak beli apa-apa? 357 00:25:14,041 --> 00:25:15,708 - Tidak. - Awak pasti? 358 00:25:23,708 --> 00:25:24,833 Simon. 359 00:25:24,916 --> 00:25:28,666 - Maafkan saya. Saya terlepas bas. - Saya perlu lapor ketidakhadiran awak. 360 00:25:28,750 --> 00:25:32,416 Saya tak mahu awak lambat jika awak mahu menyanyi solo di sambutan jubli. 361 00:25:33,708 --> 00:25:35,125 Saya buat persembahan solo? 362 00:25:36,083 --> 00:25:40,000 Ramai orang yang berpengaruh akan hadir. 363 00:25:40,083 --> 00:25:43,000 Orang yang boleh bukakan pintu untuk awak di masa depan. 364 00:25:44,083 --> 00:25:45,083 Terima kasih. 365 00:25:45,166 --> 00:25:47,375 Fokus pada keutamaan awak untuk semester ini. 366 00:25:47,458 --> 00:25:48,583 Fokus dengan koir. 367 00:25:48,666 --> 00:25:50,208 - Terima kasih. - Jangan lewat. 368 00:25:53,125 --> 00:25:54,791 Namun apa akan kita nyanyikan? 369 00:25:54,875 --> 00:26:00,500 Saya mahu tunjukkan perubahan sekolah kita dalam tempoh 120 tahun. 370 00:26:00,583 --> 00:26:02,833 Bagaimana dengan lagu Hillerska versi baharu? 371 00:26:25,833 --> 00:26:27,583 - Hai. - Hai. 372 00:26:39,791 --> 00:26:40,708 Selamat pagi. 373 00:26:40,791 --> 00:26:44,166 - Selamat pagi, Cik Ramirez. - Sila duduk. 374 00:26:49,666 --> 00:26:53,750 Saya mahu awak keluarkan buku nota awak 375 00:26:53,833 --> 00:26:56,125 dan kita akan tulis tajuk utama. 376 00:26:57,916 --> 00:26:59,416 Boleh saya pinjam pensel? 377 00:27:10,500 --> 00:27:11,833 Boleh awak tolong bukakan? 378 00:27:42,333 --> 00:27:44,250 Selamat siang, semua. 379 00:27:44,333 --> 00:27:46,000 Selamat siang, warden asrama! 380 00:27:46,083 --> 00:27:47,958 Selamat pulang semua. 381 00:27:48,041 --> 00:27:52,000 Selamat datang ke sesi makan tengah hari pertama bagi tahun ini. Dipersilakan. 382 00:27:58,833 --> 00:28:02,541 - Saya lapar. Mengapa perlu tunggu? - Awak tetapkan peraturan ini, bukan? 383 00:28:02,625 --> 00:28:05,583 Senior, awak boleh makan. Dipersilakan. 384 00:28:14,208 --> 00:28:16,625 Tuanku, senior patut ambil makanan dahulu. 385 00:28:17,458 --> 00:28:18,708 Betulkah? 386 00:28:18,791 --> 00:28:20,250 Senior ambil makanan dahulu. 387 00:28:21,291 --> 00:28:22,708 Atas arahan siapa? 388 00:28:23,458 --> 00:28:24,708 Ia tradisi. 389 00:28:24,791 --> 00:28:28,458 Betul tapi ia perkara yang diputuskan oleh pelajar. 390 00:28:28,541 --> 00:28:32,250 Lembaga pemegang amanah atau staf tak boleh masuk campur. 391 00:28:32,333 --> 00:28:34,250 Betul. Kita buat keputusan itu. 392 00:28:36,000 --> 00:28:37,833 Jika begitu, mari kita undi. 393 00:28:39,083 --> 00:28:41,791 Ia sama untuk semua orang. Kita mendahulukan senior. 394 00:28:41,875 --> 00:28:45,333 Apabila berada di tahun akhir, awak akan nikmati keistimewaan sama. 395 00:28:46,083 --> 00:28:48,875 Kita boleh nikmatinya sekarang dan hapuskan tradisi. 396 00:28:49,916 --> 00:28:52,833 Soalan, "Siapa rasa kita patut henti mendahulukan senior 397 00:28:52,916 --> 00:28:54,833 dan ambil makan bila-bila masa?" 398 00:28:59,208 --> 00:29:01,333 Turunkan tangan kotor awak. 399 00:29:01,416 --> 00:29:03,500 Ini bukan berkaitan demokrasi. 400 00:29:04,333 --> 00:29:07,458 Biar pengawas yang tentukan. Faham? 401 00:29:13,791 --> 00:29:14,833 Buatlah sesuka hati. 402 00:29:15,458 --> 00:29:18,416 Bagus. Dipersilakan ambil makanan. 403 00:29:22,583 --> 00:29:23,583 August? 404 00:29:39,166 --> 00:29:40,166 Terima kasih. 405 00:29:40,958 --> 00:29:42,416 Tak perlu ucap terima kasih. 406 00:29:42,500 --> 00:29:47,041 Saya tahu August yang perangkap saya untuk kes dadah itu. 407 00:29:49,458 --> 00:29:50,958 Namun awak tak seperti mereka. 408 00:29:51,041 --> 00:29:54,666 Awak akan menyebelahi orang yang berbeza. 409 00:30:12,083 --> 00:30:13,333 Saya telah berfikir. 410 00:30:13,416 --> 00:30:16,000 Mak lakukan diet jus. 411 00:30:16,083 --> 00:30:18,208 Ia ambil masa tiga minggu. 412 00:30:23,458 --> 00:30:25,375 Saya lupa bawa buku teks kimia. 413 00:30:25,458 --> 00:30:26,750 - Jumpa nanti. - Baiklah. 414 00:30:34,208 --> 00:30:35,208 Hai. 415 00:30:38,291 --> 00:30:40,083 Hei? August. 416 00:30:40,166 --> 00:30:42,333 Saya mahu berterima kasih. Katakan sesuatu. 417 00:30:42,416 --> 00:30:44,083 - Saya tak tahu… - Janji kita. 418 00:30:44,166 --> 00:30:45,166 - Ya. - Ya. 419 00:30:45,791 --> 00:30:49,083 Saya bawa awak masuk Rumah Manor. Awak kunci mulut tentang video. 420 00:30:49,166 --> 00:30:50,083 Ya, saya tahu. 421 00:30:50,166 --> 00:30:54,000 Saya yakinkan lembaga pemegang amanah yang awak layak diberikan biasiswa itu. 422 00:30:54,083 --> 00:30:55,416 Apa yang awak buat? 423 00:30:56,250 --> 00:30:58,708 Awak terus beritahu Wille. 424 00:30:58,791 --> 00:31:01,041 Apa? Bukan saya yang beritahu Wille. 425 00:31:01,125 --> 00:31:03,791 Siapa lagi akan beritahu dia? Hanya awak yang nampak. 426 00:31:05,666 --> 00:31:08,375 - Bukan saya. - Bagaimana dia boleh tahu? 427 00:31:12,583 --> 00:31:17,125 Awak tak tahu saya sangat menyesal untuk apa yang telah saya lakukan. 428 00:31:17,208 --> 00:31:20,458 Namun ada sesuatu yang tak kena dengan kepala saya. Awak nampak? 429 00:31:21,708 --> 00:31:24,208 Saya cuba untuk minta maaf. 430 00:31:24,291 --> 00:31:30,166 Saya melutut tapi dia ambil kesempatan dengan memalukan saya. 431 00:31:30,250 --> 00:31:31,666 Saya hanya tunggu. 432 00:31:32,458 --> 00:31:37,208 Tunggu untuk kepala saya ditendang pada waktu yang tak dijangka! 433 00:31:37,291 --> 00:31:38,458 Dia pasti lakukannya. 434 00:31:39,208 --> 00:31:41,666 Pihak Istana takkan ambil mudah perkara ini. 435 00:31:41,750 --> 00:31:44,958 Mereka mesti tengah fikir… 436 00:31:45,041 --> 00:31:48,125 bagaimana mereka akan hukum saya dan saya… 437 00:31:48,208 --> 00:31:49,666 - Tarik nafas. - Jauhkan diri. 438 00:31:52,125 --> 00:31:53,833 Mari sini. Dengar cakap saya. 439 00:31:55,500 --> 00:31:57,416 - Rasa tangan saya? Rasakan. - Apa ini? 440 00:31:57,500 --> 00:31:58,958 - Ya, rasakannya. - Ya. 441 00:31:59,041 --> 00:32:00,708 Tolong dengar cakap saya. 442 00:32:01,916 --> 00:32:03,041 Tark nafas. 443 00:32:09,875 --> 00:32:11,583 Bernafas untuk gerak tangan saya. 444 00:32:15,166 --> 00:32:16,166 Bagus. 445 00:32:17,000 --> 00:32:18,083 Teruskan. 446 00:33:41,625 --> 00:33:47,375 AYUB: JUJUR SAHAJA DENGAN DIA. UTAMAKAN DIRI AWAK. 447 00:34:04,000 --> 00:34:05,000 Hai. 448 00:34:05,958 --> 00:34:07,583 - Hai. - Boleh kita bercakap? 449 00:34:14,208 --> 00:34:15,458 Sebenarnya… 450 00:34:16,833 --> 00:34:22,000 Ia tak berkesan apabila kita cuba anggap tiada apa-apa yang berlaku. 451 00:34:22,083 --> 00:34:23,083 Maafkan saya. 452 00:34:37,708 --> 00:34:38,833 Bolehkah kita… 453 00:34:40,791 --> 00:34:42,166 Wille. 454 00:34:49,125 --> 00:34:51,416 Saya hanya fikirkan awak ketika cuti sekolah. 455 00:34:54,541 --> 00:34:56,625 Namun saya juga rasa bagus… 456 00:34:58,458 --> 00:34:59,833 apabila diberikan ruang. 457 00:35:04,250 --> 00:35:06,541 Baiklah, jadi apa? 458 00:35:07,791 --> 00:35:09,916 Adakah kita tak patut saling bercakap? 459 00:35:10,708 --> 00:35:13,666 Tak perlu buat begitu selamanya, tapi buat masa sekarang… 460 00:35:19,000 --> 00:35:21,375 Simon, saya hanya boleh bercakap dengan awak. 461 00:35:21,458 --> 00:35:25,333 Wille, adakah awak tak sedar yang awak telah sakiti hati saya? 462 00:35:34,916 --> 00:35:37,000 Saya tak boleh mendekati awak sekarang. 463 00:35:38,875 --> 00:35:42,000 Beritahu saya apa yang perlu saya buat, Simon… 464 00:35:49,625 --> 00:35:52,500 SIMON: AYUB, MALAM KARAOKE? 465 00:36:09,208 --> 00:36:14,625 MAK 466 00:36:18,708 --> 00:36:22,708 - Apa yang tak kena dengan cuaca ini? - Tiba-tiba sahaja salji turun. 467 00:36:22,791 --> 00:36:25,083 - Ya, hanya di Sweden. - Tiba-tiba sahaja. 468 00:36:25,166 --> 00:36:27,416 - Sehingga terbit cahaya pagi - Wah. 469 00:36:27,500 --> 00:36:29,583 - Kita akan berpesta malam ini - Apa? 470 00:36:29,666 --> 00:36:32,000 - Saya sangat gementar. - Mengapa? 471 00:36:32,083 --> 00:36:35,125 - Saya tak tahu. - Apabila esok menjelma… 472 00:36:35,208 --> 00:36:38,166 - Kita boleh pergi. - Dia dah nampak. Kita perlu masuk. 473 00:36:39,833 --> 00:36:43,125 - Ini peluang awak untuk lupakan Wille. - Ya, bertenang. 474 00:36:44,208 --> 00:36:45,208 - Hai. - Beri Coke. 475 00:36:45,291 --> 00:36:47,041 Saya juga nak Coke. 476 00:36:47,125 --> 00:36:48,750 Begitulah Rosh lupakan Yasmine. 477 00:36:48,833 --> 00:36:51,333 - Yasmina. - Bukan, Yasimine. 478 00:36:51,416 --> 00:36:53,916 - Nama dia Yasmina. - Apa? Bukan. 479 00:36:54,000 --> 00:36:55,166 Yasmina. 480 00:36:57,875 --> 00:36:59,916 Simon, saya gembira awak datang. 481 00:37:00,416 --> 00:37:02,916 - Awak tak pernah ke sini, bukan? - Ya. 482 00:37:03,000 --> 00:37:04,416 - Hai! Marcus. - Hai. 483 00:37:05,083 --> 00:37:06,083 Kawan-kawan saya. 484 00:37:06,125 --> 00:37:08,291 - Hai, saya Ayub. - Perkenalkan diri. 485 00:37:08,375 --> 00:37:09,375 - Hai. - Hai, Simon. 486 00:37:09,458 --> 00:37:12,250 David, Sara. Apa awak akan lakukan? 487 00:37:14,208 --> 00:37:16,458 - Apa maksudnya? - Awak mesti menyanyi. 488 00:37:16,541 --> 00:37:18,041 - Kita menyanyi? Saya… - Ya. 489 00:37:18,125 --> 00:37:20,666 - Saya takkan menyanyi karaoke. - Awak takut? 490 00:37:20,750 --> 00:37:24,041 - Saya tak boleh menyanyi karaoke. - Kita menyanyi bersama, okey? 491 00:37:27,083 --> 00:37:28,083 Carola. 492 00:37:28,125 --> 00:37:29,916 - "Cinta bukan cinta"? - Ya. 493 00:37:30,000 --> 00:37:32,333 - Tak boleh. - Ya. 494 00:37:32,416 --> 00:37:33,750 Tak boleh. 495 00:37:33,833 --> 00:37:35,958 - Tak boleh. - Ya! 496 00:37:36,750 --> 00:37:38,333 Awak boleh, Simme! 497 00:37:41,791 --> 00:37:45,375 Tuan-tuan dan puan-puan, saya memperkenalkan kepada anda. 498 00:37:45,458 --> 00:37:49,458 Kebanggaan Bjärstad, Simon Eriksson! 499 00:37:54,583 --> 00:37:58,375 Orang asing Kau datang ke dalam kehidupanku 500 00:37:58,458 --> 00:38:01,791 Menyentuhku dengan sentuhan yang lembut 501 00:38:01,875 --> 00:38:04,916 Pada suatu malam bergemerlapan Kita lakukan dengan betul 502 00:38:06,125 --> 00:38:08,041 Selamanya 503 00:38:08,125 --> 00:38:11,375 Dan orang asing Kau potongku seperti pisau 504 00:38:11,458 --> 00:38:12,916 Kau tunjukkan kepadaku… 505 00:38:13,000 --> 00:38:15,416 Destinasiku 506 00:38:15,500 --> 00:38:16,833 Aku ingat aku tahu cinta 507 00:38:16,916 --> 00:38:22,833 Tetapi kemudian cinta sejati Datang kepadaku! 508 00:38:23,916 --> 00:38:26,708 Cinta bukan cinta tanpa perasaan ini… 509 00:38:52,791 --> 00:38:55,750 Sigge teruskan seperti biasa. 510 00:38:55,833 --> 00:38:59,500 - Ke tepi. Dia juga cakap tentang… - Apa kata awak duduk di tempat lain. 511 00:39:00,625 --> 00:39:01,791 Apa? 512 00:39:01,875 --> 00:39:03,916 Ada banyak tempat kosong. 513 00:39:04,000 --> 00:39:06,541 - Awak boleh duduk di tempat lain. - Ke tepi! 514 00:39:07,208 --> 00:39:10,875 Awak boleh lihat apa yang berlaku apabila awak ubah sistem. 515 00:39:10,958 --> 00:39:14,583 Sistem gagal. Huru-hara. Dengar sini. 516 00:39:14,666 --> 00:39:18,125 Apabila senior berada di sini, awak perlu dengar cakap dia. 517 00:39:18,208 --> 00:39:21,750 - Ini peraturan dan awak perlu ikut. - …Sentuhan yang lembut 518 00:39:21,833 --> 00:39:25,916 Pada suatu malam bergemerlapan Kita lakukan dengan betul 519 00:39:26,000 --> 00:39:28,708 Selamanya 520 00:39:28,791 --> 00:39:32,083 Hai! Aku orang ketiga. Aku rosakkan janji temu mereka. 521 00:39:32,166 --> 00:39:36,500 Ini tak betul dan tak benar-benar berlaku 522 00:39:36,583 --> 00:39:40,916 Ia hanya ilusi Sebuah mimpi yang akan hancur… 523 00:39:41,000 --> 00:39:42,458 AYUB, 31 MINIT 524 00:39:44,333 --> 00:39:45,333 Wilhelm? 525 00:39:46,708 --> 00:39:48,416 - Wille? - Bagus. 526 00:39:48,916 --> 00:39:49,833 Mengemat. 527 00:39:49,916 --> 00:39:53,708 Barulah awak boleh dapat lebih. Faham? 528 00:39:58,333 --> 00:40:00,166 Awak tak boleh buka dan hanya… 529 00:40:29,458 --> 00:40:31,375 Ia mungkin berkesan. 530 00:40:31,458 --> 00:40:34,083 Maafkan saya. 531 00:40:35,375 --> 00:40:37,916 Wilhelm, saya gembira awak hubungi saya. 532 00:40:38,000 --> 00:40:39,458 Semua ini salah awak. 533 00:40:39,541 --> 00:40:41,291 Semua ini salah awak! 534 00:40:42,708 --> 00:40:43,958 Apa yang berlaku? 535 00:40:47,000 --> 00:40:48,791 Simon keluar dengan orang lain. 536 00:40:50,500 --> 00:40:51,541 Baiklah. 537 00:40:52,416 --> 00:40:55,708 Dengar sini. Saya bukan Erik. Saya juga tak mahu jadi dia. 538 00:40:55,791 --> 00:40:57,833 Saya tak mahukan semua ini. 539 00:40:57,916 --> 00:41:01,458 Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali. 540 00:41:01,541 --> 00:41:04,291 Betul! Saya memang tak mahu jadi Putera Mahkota! 541 00:41:04,375 --> 00:41:05,875 Berhenti! 542 00:41:06,958 --> 00:41:09,875 Fikiran awak sedang bercelaru. 543 00:41:09,958 --> 00:41:12,666 Saya faham awak geram dan tertekan 544 00:41:12,750 --> 00:41:16,041 tapi saya mahu awak bertenang dan beritahu apa yang berlaku. 545 00:41:16,125 --> 00:41:17,541 Tukar ke mod pembesar suara. 546 00:41:18,250 --> 00:41:20,208 Tukar ke mod pembesar suara atau… 547 00:41:20,291 --> 00:41:23,625 Saya akan bersiaran di Instagram dan seluruh Sweden dengar. 548 00:41:25,208 --> 00:41:26,875 Semua orang dengar suara awak. 549 00:41:28,166 --> 00:41:29,166 Baiklah. 550 00:41:29,916 --> 00:41:32,250 Farima, Jan-Olof? Siapa di sana? 551 00:41:32,333 --> 00:41:36,166 Farima tiada di sini hari ini, tapi Minou dan patik ada di sini. 552 00:41:36,250 --> 00:41:38,083 Kami dengar, Tuanku. 553 00:41:38,166 --> 00:41:39,291 Baiklah, dengar sini. 554 00:41:39,375 --> 00:41:43,291 Saya takkan beri sebarang ucapan ketika sambutan jubli, faham? 555 00:41:43,375 --> 00:41:44,916 Tiada siapa beritahu saya! 556 00:41:45,000 --> 00:41:48,916 Saya benci apabila awak buat keputusan tanpa berbincang dengan saya! 557 00:41:49,000 --> 00:41:52,708 Saya takkan jadi Putera Mahkota lagi! Saya takkan jadi raja! 558 00:41:53,375 --> 00:41:55,125 Saya tak main-main kali ini. 559 00:41:55,208 --> 00:41:58,125 Jika awak tak dengar, saya akan beritahu semua orang. 560 00:43:01,041 --> 00:43:03,875 Terjemahan sari kata oleh Ismasyariff