1
00:00:08,800 --> 00:00:12,920
{\an8}PELANTAR KINLOCH CHARLIE
2
00:00:15,120 --> 00:00:18,360
{\an8}DUA HARI SEBELUM
3
00:00:25,520 --> 00:00:26,680
{\an8}Apakah status kita?
4
00:00:26,760 --> 00:00:30,240
{\an8}Penyuntik Cirein diaktifkan.
30 peratus ketepuan pembentukan.
5
00:00:30,480 --> 00:00:32,640
-Tekanan?
-Naik kepada 4,850 PSI.
6
00:00:33,120 --> 00:00:36,080
Dalam julat diterima SWP.
Teruskan dengan ujian.
7
00:00:50,520 --> 00:00:53,280
-Ketepuan 37 peratus.
-Tekanan semakin sekata.
8
00:00:58,480 --> 00:01:00,160
Tunggu. Tekanan naik.
9
00:01:05,080 --> 00:01:06,560
-Apa awak buat?
-Tiada apa-apa.
10
00:01:06,680 --> 00:01:08,360
Bukan kami. Formasi.
11
00:01:08,880 --> 00:01:11,080
Naik kepada 6,000.
Melebihi ambang penutupan.
12
00:01:11,160 --> 00:01:12,560
Abaikan penggera itu.
13
00:01:13,120 --> 00:01:16,640
Kita tak bermain margin di sini.
Ia akan turun. Tengoklah.
14
00:01:16,720 --> 00:01:17,880
Ini satu kegilaan.
15
00:01:20,200 --> 00:01:21,160
Ketepuan pada 80 peratus.
16
00:01:21,280 --> 00:01:22,440
{\an8}TAHAP TEKANAN
KRITIKAL!
17
00:01:22,520 --> 00:01:24,440
{\an8}Begitulah, raksasa.
18
00:01:25,280 --> 00:01:26,920
{\an8}Ngauman terakhir.
19
00:01:31,240 --> 00:01:32,080
{\an8}AMARAN!
20
00:01:33,440 --> 00:01:34,280
Dah nak meletup!
21
00:02:45,360 --> 00:02:49,480
{\an8}PELANTAR MINYAK
22
00:02:52,080 --> 00:02:54,520
Selepas letupan. Apa berlaku selepas itu?
23
00:02:59,680 --> 00:03:02,680
Jika awak beritahu, saya akan uruskan dia.
24
00:03:08,400 --> 00:03:11,400
Selepas letupan,
kami berjaya membunuh telaga itu.
25
00:03:12,000 --> 00:03:13,680
Ramai mati dalam kebakaran.
26
00:03:14,720 --> 00:03:17,680
Kemudian, SBV datang.
Namun, ia terlalu dekat.
27
00:03:18,640 --> 00:03:19,960
Langgar dan karam.
28
00:03:21,800 --> 00:03:23,400
Bersama bot penyelamat.
29
00:03:25,240 --> 00:03:27,680
-Bagaimana awak keluar?
-Hampir gagal.
30
00:03:29,680 --> 00:03:33,560
Dia paksa kami padamkan
semua uji kaji pada sistem aktif.
31
00:03:34,640 --> 00:03:36,400
Tinggal satu bot penyelamat.
32
00:03:37,520 --> 00:03:40,200
Boleh muat ramai lagi jika kami menunggu,
33
00:03:42,280 --> 00:03:44,480
tapi apabila dia menaikinya,
dia lancarkan.
34
00:03:45,600 --> 00:03:46,960
Dia tinggalkan orang?
35
00:03:48,480 --> 00:03:49,440
Berapa orang?
36
00:03:50,160 --> 00:03:54,760
Sepanjang perjalanan ke sini,
saya nampak 20 kerusi kosong.
37
00:03:58,320 --> 00:04:00,360
Kami boleh mengisi kesemuanya.
38
00:04:08,240 --> 00:04:11,040
Awak betul untuk nyahtauliah
tempat ini, Rose.
39
00:04:11,120 --> 00:04:14,080
-Sudah usang.
-Diam.
40
00:04:18,480 --> 00:04:19,440
Giliran awak.
41
00:04:37,240 --> 00:04:40,480
Awak rasa mereka percaya
awak akan bawa mereka pulang?
42
00:04:40,560 --> 00:04:43,240
Saya tanya soalan. Awak jawab soalan.
43
00:04:43,320 --> 00:04:46,880
-Itu yang awak lihat.
-Kami tak main-main di sini.
44
00:04:48,200 --> 00:04:51,800
Awak bunuh dua kru saya.
Serta ramai kru awak.
45
00:04:52,600 --> 00:04:56,480
-Saya nak tahu apa yang terjadi.
-Awak sudah pun tahu.
46
00:04:57,080 --> 00:04:58,560
Pengekstrakan maksimum.
47
00:05:00,000 --> 00:05:03,240
Tak kisahlah cara
jabatan pemasaran menggambarkannya,
48
00:05:03,320 --> 00:05:06,800
itu masih dasar Pictor,
sama seperti orang lain.
49
00:05:07,200 --> 00:05:12,160
Maksudnya sedut setiap titisan,
jika ada kebocoran, kita menutupnya.
50
00:05:12,240 --> 00:05:14,360
Jika ada tersumbat, kita tebuk.
51
00:05:14,560 --> 00:05:17,360
Jika ada ancaman, kita singkirkan.
52
00:05:17,480 --> 00:05:19,520
Namun, uji kaji awak buat ia bangun.
53
00:05:19,920 --> 00:05:23,160
Ini bukan uji kaji. Ini satu penghapusan.
54
00:05:24,040 --> 00:05:25,040
Yang sengaja.
55
00:05:25,920 --> 00:05:30,360
Organisma ini, Leluhur,
jika itu yang disebut oleh kamu,
56
00:05:30,440 --> 00:05:31,600
ia merebak.
57
00:05:32,560 --> 00:05:36,920
Sejak Pictor menemuinya,
ia terjaga merentasi Laut Utara.
58
00:05:37,400 --> 00:05:39,360
Apabila masuk ke dalam takungan,
59
00:05:39,520 --> 00:05:43,600
minyak ditukar semula jadi bahan organik
dan merosakkan seluruh medan.
60
00:05:43,880 --> 00:05:46,680
Ini tentang hasil.
Kenapa saya tak terkejut?
61
00:05:46,760 --> 00:05:49,680
Ini bukan soal wang.
Ini tentang kelangsungan hidup.
62
00:05:50,720 --> 00:05:53,920
Awak tahu kemampuannya
apabila masuk ke dalam badan.
63
00:05:54,000 --> 00:05:56,000
Semakin ia merebak, semakin kuat.
64
00:05:56,080 --> 00:05:58,640
Jika tak dihalang, ini baru permulaan.
65
00:05:58,720 --> 00:06:01,280
Apa pengakhirannya? Semua akan dibunuh?
66
00:06:01,560 --> 00:06:04,240
Awak bunuh Baz dan orang lain
yang dijangkiti?
67
00:06:04,320 --> 00:06:07,360
Awak dan Pictor
memutar belit kisah di sini.
68
00:06:07,440 --> 00:06:10,400
Kami cuba mengawalnya Jika tak mampu,
69
00:06:10,480 --> 00:06:14,400
kami akan membunuhnya
sebelum ia membunuh kita.
70
00:06:14,560 --> 00:06:17,240
Jadi, awaklah wira. Begitu?
71
00:06:17,600 --> 00:06:20,200
Asalkan awak jauh dari barisan hadapan.
72
00:06:20,280 --> 00:06:22,640
Sayalah yang membuat pilihan sukar.
73
00:06:23,440 --> 00:06:25,840
Awak nampak kecewa tentang itu.
74
00:06:28,680 --> 00:06:31,480
Hei. Masih lagi berbincang?
75
00:06:35,680 --> 00:06:39,720
-Dia tak percaya kata lelaki itu, bukan?
-Kami cuba mendapatkan maklumat.
76
00:06:39,800 --> 00:06:41,280
Apa-apa yang membantu.
77
00:06:43,200 --> 00:06:45,160
Apa yang dia mahu daripada kita?
78
00:06:47,040 --> 00:06:50,400
Awak boleh dapatkan penyelidik
dan ahli sains
79
00:06:51,040 --> 00:06:53,240
untuk mengkaji sebelum awak buat ia marah.
80
00:06:53,320 --> 00:06:56,880
Medan ini akan ditutup
dengan lebih cepat berbanding Rose.
81
00:06:56,960 --> 00:07:00,400
Awak lihat akibatnya
semasa kehidupan biasa terganggu
82
00:07:00,480 --> 00:07:04,280
dan orang menjadi marah,
takut dan putus harapan.
83
00:07:04,360 --> 00:07:08,440
Itulah yang akan berlaku
di pantai. Tidak lama lagi.
84
00:07:08,520 --> 00:07:10,440
Ada orang jadi berani.
85
00:07:11,360 --> 00:07:15,360
-Menyelamatkan orang lain.
-Berapa lama awak fikir ia akan bertahan?
86
00:07:16,120 --> 00:07:20,520
Abu itu akan tersebar di setiap bandar
di pantai timur tak lama lagi.
87
00:07:20,600 --> 00:07:24,080
Fikirkan apa akan berlaku
jika ia masuk ke dalam orang di sana.
88
00:07:24,560 --> 00:07:27,360
Makanan, air.
89
00:07:30,680 --> 00:07:33,680
Awak paling tahu,
perkara terburuk yang boleh jadi
90
00:07:33,760 --> 00:07:38,280
kepada orang di sini adalah
kehilangan apa mereka ada di sana
91
00:07:38,360 --> 00:07:41,120
dan tak mampu melakukan apa-apa.
92
00:07:41,200 --> 00:07:45,240
Kali ini kita boleh menghalangnya.
Ia paling kuat di sini.
93
00:07:45,320 --> 00:07:48,000
Jika kita membunuhnya,
kita boleh hentikan penyebaran.
94
00:07:49,560 --> 00:07:54,080
Bagaimana kru saya
yang telah dijangkiti? Baz, Fulmer?
95
00:07:54,840 --> 00:07:59,880
Awak tak boleh selamatkan semua orang.
Awak perlu memilih.
96
00:08:05,680 --> 00:08:06,520
Tunggu.
97
00:08:21,080 --> 00:08:23,520
-Datang dari bawah?
-Ya.
98
00:08:24,360 --> 00:08:28,040
Sampel sedimen lembut
semasa penyelenggaraan tahun lalu.
99
00:08:28,480 --> 00:08:32,000
-Cenderahati yang bagus.
-Sepatutnya menjadi hadiah.
100
00:08:38,520 --> 00:08:41,520
-Dia beri awak jawapan?
-Bukan yang kita mahu.
101
00:08:42,120 --> 00:08:46,120
Katanya satu cara untuk halang
organisma daripada menyerang darat
102
00:08:46,200 --> 00:08:49,000
adalah memusnahkannya di sini
sebelum ia jadi kuat.
103
00:08:49,080 --> 00:08:51,880
-Itu dijangka.
-Awak percaya semua ini?
104
00:08:53,200 --> 00:08:56,120
Raksasa laut purba menjalar
dari laut dalam?
105
00:08:58,360 --> 00:09:00,840
Saya tak perlu percaya. Saya pernah lihat.
106
00:09:01,880 --> 00:09:04,000
Cubaan membunuh takkan berjaya.
107
00:09:05,160 --> 00:09:06,760
Awak ada cara lain?
108
00:09:06,960 --> 00:09:09,520
Saya sedang berusaha dengan Fulmer.
109
00:09:09,760 --> 00:09:13,480
Buat cepat.
Coake betul tentang satu perkara.
110
00:09:15,200 --> 00:09:16,760
Kita kesuntukan masa.
111
00:09:44,640 --> 00:09:46,320
Mengapa awak halau saya?
112
00:10:19,160 --> 00:10:20,000
Fikir.
113
00:10:22,520 --> 00:10:24,880
Awak kata dengar Baz bercakap.
114
00:10:25,360 --> 00:10:28,640
Dalam kepala saya. Seperti bayangan.
115
00:10:28,720 --> 00:10:32,040
Ada lagi yang awak nampak
atau rasa semasa terhubung?
116
00:10:33,320 --> 00:10:34,400
Apa?
117
00:10:34,840 --> 00:10:37,480
Saya asyik fikir apa Baz cakap
pada malam pertama.
118
00:10:39,880 --> 00:10:42,720
-"Ada ombak datang."
-Ya.
119
00:10:45,520 --> 00:10:48,240
Awak rasa boleh berhubung
dengannya dari sini?
120
00:10:48,760 --> 00:10:50,000
Apa saya nak cakap?
121
00:10:50,160 --> 00:10:53,120
Ingat deria kuorum?
Cara bakteria berkomunikasi?
122
00:10:56,040 --> 00:10:58,560
Apabila koloni bakteria menemui
spesies baharu,
123
00:10:58,680 --> 00:11:02,760
ia guna deria kuorum untuk pilih
sama ada bekerjasama atau bersaing.
124
00:11:03,120 --> 00:11:07,200
Cahaya, penglihatan, cincin.
Bagaimana jika itu yang dilakukannya?
125
00:11:07,560 --> 00:11:11,000
Cuba memutuskan sama ada
kita patut bekerjasama atau bersaing?
126
00:11:11,120 --> 00:11:15,240
-Saya boleh teka pilihannya.
-Sebab itu kita perlu menukar mesej.
127
00:11:18,200 --> 00:11:21,680
Saya tak tahu awak pelukis. Cantik sangat.
128
00:11:23,920 --> 00:11:27,880
-Mungkin agak gelap.
-Ya, sesuai dengan zaman itu.
129
00:11:30,040 --> 00:11:31,480
Magnus tanya awak apa?
130
00:11:34,360 --> 00:11:36,080
Kejadian di Charlie.
131
00:11:37,720 --> 00:11:41,840
-Semua sejak Coake tiba.
-Lelaki itu memang nak kena.
132
00:11:42,560 --> 00:11:44,040
Seperti kamikaze syarikat.
133
00:11:44,520 --> 00:11:47,160
Saya pun fikir begitu, tapi dia bukan.
134
00:11:48,640 --> 00:11:52,440
Saya lihat dia berlari dari letupan itu.
Duduk bersama di dalam bot.
135
00:11:52,520 --> 00:11:55,040
Dia hati batu, tapi dia pandai nak hidup.
136
00:11:57,000 --> 00:11:59,520
Tak mungkin dia datang
jika tiada jalan keluar.
137
00:12:31,520 --> 00:12:32,520
Itu apa?
138
00:12:49,680 --> 00:12:54,600
Murch. Apabila awak bersama Coake,
dia ada sebut cara nak balik ke pantai?
139
00:12:55,360 --> 00:12:58,240
Ada. Seperti seekor ular licik.
140
00:13:00,720 --> 00:13:02,480
Ada dia kata sesuatu yang khusus?
141
00:13:04,720 --> 00:13:06,560
Itu buat Dunlin terbunuh.
142
00:13:07,480 --> 00:13:10,400
Percayalah, jika dengar,
awak akan terpedaya.
143
00:13:14,920 --> 00:13:16,520
Ada apa-apa lagi untuk dimakan?
144
00:13:17,640 --> 00:13:20,880
Buat sendiri.
Jangan buat selerak di mana-mana.
145
00:13:21,000 --> 00:13:22,480
Saya tiada selera.
146
00:13:25,000 --> 00:13:26,800
Mengapa awak pasang radio itu?
147
00:13:29,120 --> 00:13:32,800
Semasa Perang Dingin,
jika ancaman serangan nuklear akan berlaku
148
00:13:32,880 --> 00:13:36,320
semua kapal selam menyelam
untuk elak terkena serangan pertama.
149
00:13:37,400 --> 00:13:43,360
Kami bergelap, matikan komunikasi.
Kemudian setiap hari selama tiga hari,
150
00:13:43,760 --> 00:13:47,040
kami ke permukaan selama sejam
dan dengar isyarat radio.
151
00:13:47,520 --> 00:13:51,040
Jika tiada arahan,
kami bertukar kepada Radio BBC.
152
00:13:52,240 --> 00:13:55,240
Sebabnya jika BBC masih bersiaran,
153
00:13:55,320 --> 00:13:57,720
London masih lagi terselamat.
154
00:13:58,120 --> 00:14:00,760
Jadi, kami akan tunggu arahan selanjutnya.
155
00:14:02,520 --> 00:14:03,760
Selepas tiga hari?
156
00:14:12,760 --> 00:14:16,280
Jika masih statik dan senyap,
157
00:14:17,960 --> 00:14:20,200
kami anggap perkara terburuk berlaku.
158
00:14:20,640 --> 00:14:22,360
Kemusnahan bersama terjamin.
159
00:14:23,760 --> 00:14:25,080
Tiada rumah untuk balik.
160
00:14:30,960 --> 00:14:31,880
Tiga hari.
161
00:14:33,880 --> 00:14:34,720
Masa tamat.
162
00:14:48,160 --> 00:14:51,240
-Awak rasa ini berkesan?
-Ada satu cara untuk tahu.
163
00:14:54,320 --> 00:14:55,280
Okey?
164
00:15:15,680 --> 00:15:16,920
Tak guna.
165
00:15:19,000 --> 00:15:20,200
Apa yang berlaku?
166
00:15:23,720 --> 00:15:24,800
Awak nampak dia?
167
00:15:28,120 --> 00:15:29,640
Saya tahu dia ada, tapi...
168
00:15:47,640 --> 00:15:48,840
Saya nampak.
169
00:15:49,480 --> 00:15:51,480
Rasanya Leluhur akan lakukannya lagi.
170
00:15:51,800 --> 00:15:52,640
Apa?
171
00:15:53,680 --> 00:15:56,040
-Gelongsor Storegga baharu.
-Oh, Tuhan.
172
00:15:57,880 --> 00:16:00,520
Tsunami seperti itu
akan bunuh ribuan orang.
173
00:16:01,360 --> 00:16:04,280
-Beratus-ratus ribu.
-Kemusnahan penyuntik Pictor.
174
00:16:04,400 --> 00:16:06,840
Ia tahu itulah cara
mereka cuba meracuninya.
175
00:16:07,120 --> 00:16:11,040
Ia mahu hapuskan kita.
Kita pula tak dapat memberikan amaran.
176
00:16:11,640 --> 00:16:14,040
Jika ada cara untuk halang,
kita perlu cuba.
177
00:16:14,680 --> 00:16:18,200
Rancangan Coake? Bunuh? Baz?
178
00:16:18,920 --> 00:16:22,520
Tak boleh. Selama ini
ia cuba tentukan jika kita musuh.
179
00:16:22,640 --> 00:16:25,120
Jika kita serang, maka sahlah musuh.
180
00:16:25,280 --> 00:16:26,560
Bekerjasama atau bersaing.
181
00:16:27,360 --> 00:16:30,480
Magnus, jika Leluhur
seperti yang saya fikirkan,
182
00:16:30,680 --> 00:16:32,640
rangkaian di seluruh dasar laut
183
00:16:32,720 --> 00:16:36,160
dengan ratusan juta tahun
untuk berkembang, bukan saja di sini.
184
00:16:36,400 --> 00:16:38,280
Boleh ada di setiap lautan.
185
00:16:38,600 --> 00:16:40,960
Setiap langkah kita memburukkan keadaan.
186
00:16:41,120 --> 00:16:44,360
Jika kita serang,
ia muncul di tempat lain dan selesaikan.
187
00:16:44,600 --> 00:16:46,480
Jika tak, kita semua mati.
188
00:16:47,880 --> 00:16:49,520
Ada pilihan lain?
189
00:16:51,280 --> 00:16:52,360
Baz masih ada.
190
00:16:54,240 --> 00:16:56,240
Jika kita pergi kepadanya, tolong dia...
191
00:16:56,520 --> 00:17:01,080
Dia harapan terbaik kita
untuk berhubung dengan lebih kukuh.
192
00:17:01,160 --> 00:17:02,080
Harapan tak cukup.
193
00:17:02,240 --> 00:17:05,360
Saya tak suka, tapi jika ada cara lain,
194
00:17:05,440 --> 00:17:07,600
kita perlu dengar Coake dulu.
195
00:17:11,560 --> 00:17:12,680
Belum lagi.
196
00:17:15,000 --> 00:17:17,680
-Pantai pula?
-Semua masih rosak.
197
00:17:17,800 --> 00:17:20,280
Saya pergi ke bilik SSC, periksa sistem.
198
00:17:33,040 --> 00:17:34,320
Jangan rasa selesa.
199
00:17:36,240 --> 00:17:39,480
Saya nak kata lepaskan saya,
tapi ke mana saya nak pergi?
200
00:17:41,800 --> 00:17:43,880
Kecuali awak dah buat keputusan.
201
00:17:44,200 --> 00:17:48,760
Jika kami tolong, boleh awak halang ia
tanpa mencederakan kru saya?
202
00:17:52,440 --> 00:17:54,160
Kru yang mana?
203
00:17:57,520 --> 00:18:01,560
Yang di sebelah jambatan darat ini,
termasuk Fulmer.
204
00:18:02,040 --> 00:18:04,280
Ya, saya boleh.
205
00:18:10,040 --> 00:18:14,000
-Jangan menipu.
-Saya beritahu perkara sebenar.
206
00:18:15,320 --> 00:18:19,440
Matlamat kita sama,
hentikan ini dan keluar secepat mungkin.
207
00:18:31,320 --> 00:18:34,240
MISI CIREIN
PROTOKOL KECEMASAN DIAKTIFKAN
208
00:18:59,240 --> 00:19:02,080
-Takkan berkesan.
-Tiada hasil sehingga ini.
209
00:19:02,200 --> 00:19:06,000
-Dia telah lama mengkajinya.
-Bukan mengkaji, memburunya.
210
00:19:06,240 --> 00:19:09,800
Semakin dipaksa keluar,
semakin ia tercabar menuju ke kita.
211
00:19:09,880 --> 00:19:13,560
Jika kita boleh menghalangnya,
apa yang kita masih tunggu?
212
00:19:14,000 --> 00:19:16,480
Jika Baz dirinya,
dia takkan mahu perkara sama
213
00:19:16,560 --> 00:19:19,080
-berlaku di pantai.
-Saya tahu Leluhur.
214
00:19:19,560 --> 00:19:22,680
Ia hidup ketika
perkara terburuk terjadi dan terselamat.
215
00:19:22,800 --> 00:19:25,960
Jika kita hanya ingin membunuhnya,
kita takkan menang.
216
00:19:26,160 --> 00:19:29,560
-Apa cadangan awak?
-Berhenti memandang rendah kepadanya.
217
00:19:29,760 --> 00:19:31,760
Ia bijak. Kita tahu.
218
00:19:31,800 --> 00:19:34,720
Boleh membuat keputusan,
boleh berkomunikasi.
219
00:19:34,920 --> 00:19:37,760
Baz suruh kita dengar, tapi kita enggan.
220
00:19:38,040 --> 00:19:41,800
Sebab itu cara ia fikir sama seperti kita.
221
00:19:42,040 --> 00:19:44,040
-Suatu ancaman.
-Untuk dihapuskan.
222
00:19:44,080 --> 00:19:48,080
Jika kita ingin meyakinkannya,
kita perlu cuba dan berhubung.
223
00:19:48,520 --> 00:19:51,720
-Awak buat. Dengan dia. Tak berjaya.
-Rancangan awak pula?
224
00:19:51,800 --> 00:19:54,960
Jika awak tak mula membunuhnya
sebelum tahu apa ia,
225
00:19:55,040 --> 00:19:56,480
ini takkan berlaku.
226
00:19:56,720 --> 00:19:59,080
Awak nak guna perkara mengarut ini?
227
00:19:59,720 --> 00:20:03,320
Orang macam awak fikir
membiarkan orang mati adalah realisme,
228
00:20:03,880 --> 00:20:05,760
konon mereka buat pilihan sukar.
229
00:20:05,800 --> 00:20:09,240
Ia tidak. Awak takut
untuk mengaku awak kehabisan idea.
230
00:20:09,320 --> 00:20:13,200
Saya seorang realis.
Sebab itu pilihannya mudah.
231
00:20:14,320 --> 00:20:18,080
Awak sendiri cakap.
Organisma ini rumit dan bijak.
232
00:20:18,800 --> 00:20:21,240
Apabila dua spesies rumit
dan bijak bertemu,
233
00:20:21,400 --> 00:20:23,200
hanya satu akan hidup.
234
00:20:23,320 --> 00:20:28,400
Itulah pengajarannya. Alam semula jadi
bukan keseimbangan. Ia peperangan.
235
00:20:28,480 --> 00:20:31,440
Itu merepek.
Organisma sentiasa bekerjasama.
236
00:20:32,400 --> 00:20:36,000
Berpura-pura kita kalah
adalah cara untuk elak dipersalahkan.
237
00:20:36,080 --> 00:20:38,320
Awak penyebabnya.
Hanya menyelamatkan diri.
238
00:20:38,440 --> 00:20:41,680
Jika nak tewaskan Pictor,
ingat awak kerja untuk mereka.
239
00:20:42,680 --> 00:20:45,640
Semua perjanjian
awak tandatangan, kontrak...
240
00:20:46,200 --> 00:20:50,000
Jika awak cakap tentang ini,
jika awak bernasib baik untuk balik,
241
00:20:50,080 --> 00:20:54,200
peguam akan keluarkan injunksi
sampai awak terdiam.
242
00:20:54,320 --> 00:20:57,200
Jika awak ugut orang lagi,
saya takkan guna kata-kata.
243
00:20:57,320 --> 00:21:00,080
Rancangan yang sama
bunuh semua orang di Charlie.
244
00:21:00,320 --> 00:21:02,520
Tak berjaya di sana dan di sini juga.
245
00:21:02,560 --> 00:21:07,160
Nyawa orang lain bergantung pada
kita cuba cakap dengan benda tak bercakap?
246
00:21:07,240 --> 00:21:08,200
Gila.
247
00:21:08,280 --> 00:21:12,080
Tak boleh bercakap, tapi boleh berhubung.
Ia kerap mencubanya.
248
00:21:12,640 --> 00:21:17,520
Magnus, Baz takut dan keseorangan.
Kita tak boleh biar dia mati begitu saja.
249
00:21:18,680 --> 00:21:22,160
Kita tahu boleh berhubung.
Kita cuma perlu menguatkannya.
250
00:21:22,320 --> 00:21:25,320
Jika kita berjaya,
kita boleh hubung Leluhur. Saya yakin.
251
00:21:25,400 --> 00:21:29,560
-Dia takkan datang kepada kita.
-Kita pergi kepada dia bersama.
252
00:21:36,560 --> 00:21:40,560
Okey, kita cuba. Bawa dia balik bersama.
253
00:21:40,680 --> 00:21:44,440
-Kali ini, tiada yang tinggal.
-Awak akan harap awak dengar kata saya.
254
00:21:45,520 --> 00:21:49,800
Jika kami mengharapkan apa-apa,
kami takkan letakkan harapan pada awak.
255
00:21:51,320 --> 00:21:52,240
Ayuh.
256
00:22:54,280 --> 00:22:57,120
Kami akan ke sana semula. Demi Baz.
257
00:22:58,160 --> 00:23:00,720
Saya tunggu di sini, jika awak tak kisah.
258
00:23:00,840 --> 00:23:04,680
Saya hanya memalukan diri
kali terakhir saya ke sana.
259
00:23:05,520 --> 00:23:07,560
Ya. Bukan masa terbaik awak.
260
00:23:09,920 --> 00:23:14,920
Pada waktu lain, Baz di menara,
syarikat, pembohongan,
261
00:23:16,160 --> 00:23:17,080
awak betul.
262
00:23:18,280 --> 00:23:20,880
Kita sepatutnya keluar dari dulu lagi.
263
00:23:22,640 --> 00:23:24,800
Ini bukanlah kehendak kita.
264
00:23:26,440 --> 00:23:27,560
Bukan?
265
00:23:28,880 --> 00:23:32,320
Bukan saja soal mereka yang terkorban.
266
00:23:36,800 --> 00:23:41,240
Saya pernah fikir kita ialah keluli
yang bertahan bersama-sama,
267
00:23:42,680 --> 00:23:45,480
walaupun seluruh dunia tak pernah lihat.
268
00:23:47,520 --> 00:23:49,320
Sekarang kita ialah telaga.
269
00:23:50,920 --> 00:23:54,360
Setiap perjalanan,
setiap orang yang dimamah,
270
00:23:54,440 --> 00:23:59,840
setiap helikopter yang turun,
ia ambil sedikit demi sedikit,
271
00:24:01,040 --> 00:24:02,640
sehingga diri dikosongkan.
272
00:24:03,280 --> 00:24:06,320
Kita tak boleh beritahu orang di rumah.
Mereka tak faham.
273
00:24:07,120 --> 00:24:08,560
Siapa akan percaya?
274
00:24:09,160 --> 00:24:12,480
Sebelum semua
perkara buruk ini berlaku pun.
275
00:24:14,920 --> 00:24:18,920
Saya akan bawa kita semua balik.
Kita tak akan berputus asa.
276
00:24:19,480 --> 00:24:21,680
Balik? Tidak.
277
00:24:23,320 --> 00:24:26,920
Inilah diri saya. Di sini.
278
00:24:29,880 --> 00:24:33,880
Walaupun kita balik,
benda ini masih hidup.
279
00:24:34,520 --> 00:24:38,560
Pelombong, pembuat kapal, tukang besi...
280
00:24:39,640 --> 00:24:41,560
Kita berada di roda yang sama.
281
00:24:42,200 --> 00:24:46,320
Perbezaannya, apabila roda
selesai berputar kali ini,
282
00:24:47,360 --> 00:24:49,920
tiada peninggalan untuk mengingati kita.
283
00:24:54,840 --> 00:24:58,560
Perhatikan Coake.
Telahan awak betul sebelum ini.
284
00:24:59,840 --> 00:25:00,680
Ya, bos.
285
00:25:02,360 --> 00:25:03,640
-Sedia?
-Mari kita pergi.
286
00:25:22,200 --> 00:25:24,000
Hei, Easter, ini tak berfungsi.
287
00:25:27,000 --> 00:25:28,320
Awak dah selesa.
288
00:25:28,400 --> 00:25:30,440
Inilah jadinya jika percaya orang.
289
00:25:32,240 --> 00:25:34,720
Awak lari ke bot penyelamat itu
macam saya.
290
00:25:35,080 --> 00:25:37,600
Atau saya lupa awak
menyeret keluar yang cedera,
291
00:25:37,680 --> 00:25:39,280
membawa mereka melalui api?
292
00:25:40,040 --> 00:25:41,920
Awak lancarkan bot. Bukan saya.
293
00:25:42,880 --> 00:25:45,960
-Kita patut tunggu.
-Awak lega kita tak tunggu.
294
00:25:47,280 --> 00:25:52,080
Tak mengapa untuk mengakuinya.
Menjaga diri ialah fitrah manusia.
295
00:25:59,440 --> 00:26:01,360
Awak ada jalan balik, ya?
296
00:26:02,040 --> 00:26:03,800
-Bagaimana?
-Ikut saya.
297
00:26:21,400 --> 00:26:23,400
-Oh, Tuhan.
-Oh, Tuhanku.
298
00:26:36,480 --> 00:26:37,720
Oh, Tuhan.
299
00:26:52,720 --> 00:26:53,920
Tak sepatutnya begini.
300
00:26:59,720 --> 00:27:02,800
-Ini yang kita cuba capai?
-Ini angkara Coake.
301
00:27:07,160 --> 00:27:10,560
Bukan Coake. Lebih besar daripada dia.
302
00:27:15,840 --> 00:27:17,440
Lebih besar daripada kita.
303
00:27:31,160 --> 00:27:32,640
Kamu berdua keluar.
304
00:27:38,440 --> 00:27:41,040
Pictor tak lalai seperti kamu fikir.
305
00:27:41,120 --> 00:27:43,240
Kami tahu benda ini ganggu komunikasi.
306
00:27:43,320 --> 00:27:46,880
Jadi, kami bina sandaran,
ada had masa, jika terputus.
307
00:27:47,040 --> 00:27:50,560
Helikopter dalam perjalanan ke sini,
untuk saya, sekarang.
308
00:27:50,640 --> 00:27:53,040
Ada ruang untuk awak dan kawan awak.
309
00:27:53,560 --> 00:27:58,720
-Penyelamat? Kenapa tak beritahu mereka?
-Ada perkara perlu diselesaikan.
310
00:27:59,600 --> 00:28:02,800
Misi mereka takkan berjaya.
311
00:28:02,880 --> 00:28:06,840
Organisma ini menyasarkan daratan,
Pictor perlu hentikannya.
312
00:28:07,600 --> 00:28:10,000
-Menutupnya?
-Kejahilan ialah kebahagiaan.
313
00:28:11,040 --> 00:28:14,600
Awak tak percaya?
Cuba beritahu orang ramai.
314
00:28:14,800 --> 00:28:18,200
Tengok berapa ramai berterima kasih.
Kendalikan konsol awak.
315
00:28:18,800 --> 00:28:21,280
Peralatan penyuntik disediakan di sana.
316
00:28:21,360 --> 00:28:25,280
Kita dah hentikan gangguan,
kita mula balik.
317
00:28:25,400 --> 00:28:27,720
-Sama seperti Charlie.
-Sebab itu berjaya.
318
00:28:27,800 --> 00:28:31,400
Buat seperti disuruh.
Saya tiada masalah meninggalkan orang.
319
00:28:57,080 --> 00:28:57,920
Okey?
320
00:28:59,720 --> 00:29:03,000
Ya. Namun, saya lebih rela berada
di tempat lain.
321
00:30:01,600 --> 00:30:04,200
Baz. Ini kami.
322
00:30:07,280 --> 00:30:09,200
Kami datang untuk mendengar kata awak.
323
00:30:13,440 --> 00:30:16,600
Kami tahu ini apa.
Kami boleh melindunginya.
324
00:30:21,640 --> 00:30:23,040
Boleh dengar kami, Baz?
325
00:30:31,400 --> 00:30:32,280
Sudah terlambat.
326
00:30:33,920 --> 00:30:34,960
Ia menghalang saya.
327
00:30:37,040 --> 00:30:39,680
Ingatkan saya cuba menolongnya.
Namun, gagal.
328
00:30:39,760 --> 00:30:43,720
Awak menolongnya.
Kami tak dengar. Itulah masalahnya.
329
00:30:46,120 --> 00:30:48,040
Jika kita mahu selamatkan semua,
330
00:30:48,400 --> 00:30:50,960
kita perlu buat ia lihat kita bukan musuh.
331
00:30:51,240 --> 00:30:55,320
Sudah terlambat.
Saya tak boleh. Terlalu kuat.
332
00:30:56,440 --> 00:30:57,360
Saya bantu.
333
00:31:00,960 --> 00:31:02,040
Tak guna!
334
00:31:05,920 --> 00:31:08,600
-Semua akan baik-baik saja.
-Ya.
335
00:31:10,520 --> 00:31:12,200
Saya pernah dengar.
336
00:31:13,240 --> 00:31:15,560
Kita tak tahu apa yang terjadi di sana.
337
00:31:16,080 --> 00:31:17,840
-Magnus dan Rose...
-Saya tak kisah.
338
00:31:19,880 --> 00:31:21,240
Saya tak kisah tentang Baz.
339
00:31:21,840 --> 00:31:25,120
Tentang benda itu, tentang dunia.
340
00:31:25,280 --> 00:31:27,040
Saya janji Kacey, bina keluarga.
341
00:31:29,160 --> 00:31:31,200
-Itu dunia saya.
-Mereka akan berjaya.
342
00:31:31,480 --> 00:31:33,200
Mana boleh berunding dengan alam.
343
00:31:33,800 --> 00:31:36,080
Coake jahat, tapi dia tak salah.
344
00:31:37,520 --> 00:31:40,360
-Awak nak bunuh?
-Saya nak balik kepada isteri saya.
345
00:31:42,760 --> 00:31:44,040
Caranya tak penting.
346
00:31:52,440 --> 00:31:54,840
-Apa awak perlu?
-Ada nampak Harish?
347
00:31:54,920 --> 00:31:58,960
Awak letupkan satu pelantar.
Sekarang nak letupkan satu lagi.
348
00:31:59,040 --> 00:32:01,720
Awak tak perlu setuju.
Buat seperti disuruh.
349
00:32:01,800 --> 00:32:02,920
Telaga dah ditutup.
350
00:32:03,040 --> 00:32:06,600
Ubah hala pam antikarat
ke dalam penyuntik, sediakan sistem.
351
00:32:06,680 --> 00:32:09,480
-Saya batal keselamatan.
-Tak beri mereka keluar?
352
00:32:09,560 --> 00:32:12,200
Mereka ada peluang. Mereka tak ambil.
353
00:32:13,120 --> 00:32:15,160
Kecuali awak pun sama.
354
00:32:21,320 --> 00:32:22,480
{\an8}SISTEM
MEMPROSES
355
00:32:30,320 --> 00:32:32,440
Berapa ramai di Charlie?
356
00:32:33,160 --> 00:32:37,160
-Penting? Sudah terjadi.
-Ramai pasti mati dalam letupan itu.
357
00:32:38,560 --> 00:32:40,200
Kemudian bot penyelamat lain.
358
00:32:40,280 --> 00:32:42,240
Tentu ada masih hidup.
359
00:32:42,320 --> 00:32:45,840
Mungkin sepuluh atau 20.
360
00:32:47,960 --> 00:32:49,040
Awak kenal sesiapa?
361
00:32:49,400 --> 00:32:52,520
-Saya tiada kawan.
-Ini soal jumlah kematian?
362
00:32:52,600 --> 00:32:56,320
Fahamkan. Perniagaan Pictor
ialah pengurusan sumber.
363
00:32:56,400 --> 00:33:01,360
Kami cari, guna habis, teruskan hidup.
Termasuk sumber manusia.
364
00:33:01,760 --> 00:33:03,600
Awak dapat helikopter penyelamat.
365
00:33:04,240 --> 00:33:05,960
Jika saya nak tutup perkara ini,
366
00:33:06,400 --> 00:33:09,880
saya takkan bawa orang
yang paling tahu rahsia saya.
367
00:33:10,120 --> 00:33:14,720
Kita tak dapat. Kita berguna atau tak.
Kita ada nilai atau tak.
368
00:33:14,800 --> 00:33:17,400
Mereka datang untuk saya
sebab saya ada nilai.
369
00:33:17,480 --> 00:33:21,280
Sesiapa yang tak ditinggalkan.
Itu termasuk awak juga.
370
00:33:21,360 --> 00:33:23,280
Bagus untuk tahu pihak kita.
371
00:33:26,000 --> 00:33:27,840
-Helikopter akan datang.
-Tak guna.
372
00:33:27,920 --> 00:33:29,480
Kita perlu naik.
373
00:33:30,440 --> 00:33:32,760
Jika Harish cedera, saya akan pukul dia.
374
00:33:41,640 --> 00:33:42,560
Kita terlambat.
375
00:33:42,640 --> 00:33:43,880
SISTEM MEMPROSES
376
00:33:52,840 --> 00:33:54,080
...dah semakin teruk.
377
00:34:04,360 --> 00:34:06,960
-Masih fikir ini terbaik?
-Ini bukan kita.
378
00:34:07,360 --> 00:34:08,800
Ini benda lain.
379
00:34:23,160 --> 00:34:25,160
Sudah terlambat untuk cari pasal.
380
00:34:28,760 --> 00:34:30,520
SISTEM SEDIA
SISTEM AKTIF
381
00:34:31,960 --> 00:34:33,640
-Awak okey?
-Okey. Halang dia.
382
00:34:33,840 --> 00:34:35,840
Saya tahu. Jauhi konsol itu.
383
00:34:36,520 --> 00:34:39,400
Jika awak nak balik, ini caranya.
384
00:34:39,480 --> 00:34:40,680
Tak, bukan ini.
385
00:34:41,160 --> 00:34:44,480
Inilah sebab semuanya terjadi.
Orang seperti awak.
386
00:34:44,840 --> 00:34:47,600
Awak rela bunuh kami
daripada mengaku salah awak.
387
00:34:47,640 --> 00:34:49,040
Awak sangat takut.
388
00:34:49,120 --> 00:34:51,880
Cuba untuk selamatkan semua dan sia-sia.
389
00:34:51,960 --> 00:34:54,480
Kinloch Bravo, ini Penyelamat 6 dan 7.
390
00:34:54,560 --> 00:34:57,480
Kami nampak kamu.
Sahkan selamat untuk dihampiri.
391
00:34:59,000 --> 00:35:00,440
Atau boleh ikut saya.
392
00:35:01,200 --> 00:35:03,480
Penyelamat, ini kawalan Kinloch Bravo.
393
00:35:03,560 --> 00:35:06,200
-Selamat untuk menghampiri. Jumpa di sana.
-Terima.
394
00:35:06,320 --> 00:35:08,200
-Tak guna.
-Beri kunci.
395
00:35:08,320 --> 00:35:10,840
Jika kru mahu turun, beritahu mereka.
396
00:35:11,040 --> 00:35:12,800
-Pengecut.
-Kita perlu kejar dia.
397
00:35:12,880 --> 00:35:15,480
-Pergi. Kami akan hentikan penyuntik.
-Ya.
398
00:35:16,360 --> 00:35:18,160
-Apa kita buat?
-Kendalikan konsol.
399
00:35:18,200 --> 00:35:19,520
Saya akan ajar.
400
00:35:21,080 --> 00:35:22,360
-Mari.
-Ayuh.
401
00:35:22,440 --> 00:35:24,040
Kami akan bawa awak keluar.
402
00:35:26,840 --> 00:35:30,200
-Rose, kita datang untuk dia. Ayuh.
-Tidak. Belum.
403
00:35:31,560 --> 00:35:33,440
Kita masih boleh menghalangnya.
404
00:35:35,040 --> 00:35:37,520
Dia betul. Kita kena cuba.
405
00:35:38,520 --> 00:35:39,360
Tengok.
406
00:36:00,160 --> 00:36:01,600
Awak berpegang pada janji?
407
00:36:04,960 --> 00:36:09,040
-Saya kata bawa awak keluar. Tak tipu.
-Awak tak tipu.
408
00:36:09,280 --> 00:36:13,000
Selagi kami ada... Apa tadi? Nilai. Ya?
409
00:36:13,280 --> 00:36:14,600
Awak dah buktikan diri.
410
00:36:15,280 --> 00:36:18,480
Jangan rosakkan demi perkara sia-sia.
411
00:36:19,040 --> 00:36:22,360
Nilai Dunlin pula? Semua yang lain.
412
00:36:23,920 --> 00:36:25,160
Bagaimana yang lain?
413
00:36:27,200 --> 00:36:28,840
Sekarang giliran awak.
414
00:36:29,840 --> 00:36:32,440
-Hutton. Jangan buat.
-Hutton.
415
00:36:32,640 --> 00:36:35,160
Jika kita bawa dia balik, adil buat semua.
416
00:36:35,560 --> 00:36:38,000
Dunlin, Charlie, semuanya.
417
00:36:40,640 --> 00:36:43,200
Awak tahu? Awak tak berbaloi.
418
00:36:46,280 --> 00:36:50,080
-Kita dah tetapkan semula. Dia gagal.
-Murch kumpul yang lain.
419
00:36:50,200 --> 00:36:53,880
Jauhi dek. Yang pertama akan tiba.
420
00:36:56,280 --> 00:36:58,920
Apabila kita balik,
saya cari tempat untuk awak.
421
00:37:02,040 --> 00:37:05,040
Saya ada tempat di sini.
422
00:37:12,160 --> 00:37:16,040
Baik, semua.
Mari kita pergi. Masa untuk berhenti.
423
00:37:17,440 --> 00:37:18,360
Tengok.
424
00:37:27,000 --> 00:37:28,000
Tak pernah berlaku.
425
00:37:28,480 --> 00:37:30,160
-Ya.
-Rose, jangan.
426
00:37:30,400 --> 00:37:32,960
Selama ini, kita asyik menghalaunya.
427
00:37:34,200 --> 00:37:35,800
Mungkin kita patut beri masuk.
428
00:37:46,400 --> 00:37:49,520
Kami dengar. Saya dengar.
429
00:37:50,360 --> 00:37:52,680
Tak perlu menjadi ancaman sesama sendiri.
430
00:38:15,040 --> 00:38:16,160
Lingkaran menutup.
431
00:38:20,760 --> 00:38:21,640
Kepupusan.
432
00:38:24,040 --> 00:38:26,920
-Kita tak boleh tinggal.
-Tak mungkin ia faham awak.
433
00:38:27,080 --> 00:38:29,120
-Kita dapat Baz. Perlu pergi.
-Belum.
434
00:38:29,160 --> 00:38:32,760
Jika boleh yakinkan
kita tak membunuhnya, ia juga begitu.
435
00:38:32,840 --> 00:38:34,280
Saya perlu sedikit masa.
436
00:38:52,920 --> 00:38:53,760
Ayuh.
437
00:38:54,200 --> 00:38:55,080
Baz.
438
00:38:56,040 --> 00:38:57,200
-Terlambat.
-Mari pergi.
439
00:38:57,480 --> 00:38:58,680
Ayuh. Mari pergi.
440
00:38:58,960 --> 00:39:00,520
Baz, ayuh.
441
00:39:01,160 --> 00:39:02,040
Gerak.
442
00:39:13,840 --> 00:39:18,120
-Di mana Magnus?
-Di pengeluaran. Rose dan Fulmer juga.
443
00:39:18,920 --> 00:39:22,640
Murch, Easter, muatkan seramai boleh
ke dalam helikopter pertama.
444
00:39:22,840 --> 00:39:24,960
Kami nak tunggu dan naik yang kedua.
445
00:39:25,040 --> 00:39:26,920
-Dia?
-Biar dia dengan kami.
446
00:39:27,040 --> 00:39:29,880
Jika Magnus tak berjaya keluar,
begitu juga dia.
447
00:39:30,080 --> 00:39:31,200
Saya okey.
448
00:39:32,480 --> 00:39:35,840
-Saya berbesar hati, tapi...
-Naik. Pergi cepat.
449
00:39:36,360 --> 00:39:38,320
Jangan tertinggal.
450
00:39:38,400 --> 00:39:40,120
-Pergi.
-Pergi.
451
00:39:40,520 --> 00:39:42,160
Jalan.
452
00:39:42,960 --> 00:39:46,000
-Saya bantu awak.
-Saya boleh meyakinkannya tadi.
453
00:39:46,640 --> 00:39:48,440
Cepat. Tempat ini akan runtuh.
454
00:39:49,560 --> 00:39:50,400
Baz?
455
00:39:54,000 --> 00:39:54,840
Baz.
456
00:39:56,280 --> 00:39:57,440
Semuanya berkait.
457
00:39:58,280 --> 00:40:00,960
Setiap bahagian bergantung dengan lain.
458
00:40:02,080 --> 00:40:03,640
Saya terima.
459
00:40:04,520 --> 00:40:07,560
-Baz, kita kena keluar dari sini.
-Tidak.
460
00:40:09,280 --> 00:40:13,120
Ia harus dilindungi.
Atau ia akan mula sekali lagi.
461
00:40:13,920 --> 00:40:16,160
Ia perlu lihat kita boleh beri juga.
462
00:40:16,840 --> 00:40:19,520
Memori dan pengorbanan. Itulah kita.
463
00:40:19,880 --> 00:40:21,320
Saya kembali untuk awak.
464
00:40:22,800 --> 00:40:27,040
Hidup kekal hidup.
465
00:40:27,920 --> 00:40:29,640
Selagi kita mampu teruskan.
466
00:40:32,600 --> 00:40:33,440
Magnus.
467
00:40:37,080 --> 00:40:38,160
Awak pasti?
468
00:40:44,120 --> 00:40:45,200
Saya takkan lupa.
469
00:40:47,200 --> 00:40:48,200
Saya tahu.
470
00:40:56,160 --> 00:40:57,120
Lari.
471
00:41:13,440 --> 00:41:16,680
-Ayuh. Mari pergi.
-Bagaimana yang lain?
472
00:41:17,360 --> 00:41:19,760
Pergi lihat. Tengok jika nampak mereka?
473
00:41:22,160 --> 00:41:23,440
Ayuh. Jalan cepat.
474
00:41:27,640 --> 00:41:28,800
Awak nampak mereka?
475
00:41:29,280 --> 00:41:31,280
-Belum.
-Bawa semua naik sekarang.
476
00:41:31,360 --> 00:41:34,160
-Tunggu. Mereka sempat.
-Ada lagi akan datang.
477
00:41:34,400 --> 00:41:35,960
Kita perlu pergi, tuan.
478
00:41:45,840 --> 00:41:48,880
Di sana. Saya nampak mereka.
Di atas jambatan.
479
00:41:49,280 --> 00:41:52,840
Baiklah. Semua pakai tali keledar.
Kita keluar dari sini.
480
00:42:10,480 --> 00:42:11,560
Oh, Tuhan.
481
00:42:19,280 --> 00:42:20,160
Cepat.
482
00:42:23,040 --> 00:42:23,920
Mereka di sini.
483
00:42:27,360 --> 00:42:28,360
Ayuh.
484
00:42:29,360 --> 00:42:31,280
-Cukup masa. Masuk.
-Di mana Baz?
485
00:42:31,360 --> 00:42:33,480
Bukan salah awak. Dia nak tinggal.
486
00:42:53,160 --> 00:42:54,960
Ombak! Ombak akan langgar.
487
00:43:25,000 --> 00:43:26,400
Ombak menuju ke pantai.
488
00:43:27,760 --> 00:43:31,440
-Awak kata nak hentikannya.
-Kami cuba. Kami kesuntukan masa.
489
00:43:35,160 --> 00:43:36,640
Ribuan orang akan mati.
490
00:43:36,680 --> 00:43:39,280
Kacey masih di sana.
Kita perlu beri amaran.
491
00:43:39,760 --> 00:43:41,680
Cat, duduk. Kita terlebih beban.
492
00:43:41,760 --> 00:43:44,000
-Bila akan sampai?
-Saya kata duduk.
493
00:43:51,000 --> 00:43:53,040
Kita takkan balik.
494
00:43:58,120 --> 00:44:00,360
-Apa awak cakap?
-Saya dah cakap.
495
00:44:00,640 --> 00:44:04,000
Jika awak nak balik,
awak perlu dengar cakap saya.
496
00:44:06,400 --> 00:44:07,520
Kita nak ke mana?
497
00:46:43,600 --> 00:46:45,600
Terjemahan sari kata oleh Husna Zulkifli
498
00:46:45,680 --> 00:46:47,680
{\an8}Penyelia Kreatif H. Segara