1
00:00:01,750 --> 00:00:04,167
Semangat Bavmorda masih ada.
2
00:00:04,250 --> 00:00:06,667
Dalam bonda, abang kamu, dan juga kamu.
3
00:00:07,333 --> 00:00:08,833
Tolong berhati-hati.
4
00:00:10,167 --> 00:00:12,625
SEBELUM INI DALAM
WILLOW
5
00:00:13,833 --> 00:00:14,917
Dia masih hidup.
6
00:00:15,000 --> 00:00:16,458
Dia jadi tahanan Si Nenek Kebayan,
7
00:00:16,542 --> 00:00:20,167
yang tinggal di Kota Immemorial
yang ada di sebalik Laut Berkecai.
8
00:00:20,750 --> 00:00:21,875
Bone Reaver!
9
00:00:21,958 --> 00:00:22,917
Pergi!
10
00:00:24,250 --> 00:00:26,625
Boorman, awak sepatutnya dah mati.
11
00:00:27,292 --> 00:00:28,750
Saya rasa awak silap orang.
12
00:00:31,000 --> 00:00:33,167
Keluarga saya menghala ke Mother's Gate.
13
00:00:33,250 --> 00:00:34,792
Saya seorang yang selamat.
14
00:00:36,292 --> 00:00:38,125
Jade, lari!
15
00:00:40,792 --> 00:00:43,625
Apa jadi pada Ballantine
akan jadi pada saya.
16
00:00:44,292 --> 00:00:45,917
Kamu semua kena halang saya.
17
00:00:46,000 --> 00:00:48,083
Apa Ballantine nak buat pada saya?
18
00:00:48,167 --> 00:00:50,292
Apa Bavmorda mulakan
ketika kamu masih bayi.
19
00:00:50,875 --> 00:00:52,667
Upacara Malam Ketiga Belas.
20
00:00:52,750 --> 00:00:55,250
Lenyapkan roh awak
ke alam derita tak berkesudahan.
21
00:01:01,583 --> 00:01:02,917
Awak boleh selamatkan dia.
22
00:01:03,000 --> 00:01:05,125
-Saya tak tahu caranya.
-Awak tahu.
23
00:01:11,208 --> 00:01:13,000
Culik gadis itu.
24
00:01:15,333 --> 00:01:16,458
Bunuh yang lain.
25
00:01:37,583 --> 00:01:42,042
Bab V
Wildwood
26
00:02:33,333 --> 00:02:34,375
Apa itu?
27
00:02:34,458 --> 00:02:35,500
Usah hiraukannya.
28
00:02:54,958 --> 00:02:57,125
Berapa lama nak lawan lagi?
29
00:02:57,208 --> 00:03:00,583
Mereka takkan berhenti selagi
tak tangkap Elora dan bunuh kita.
30
00:03:00,667 --> 00:03:02,417
Kalaulah mereka kenal kita dulu.
31
00:03:02,500 --> 00:03:03,458
Sekarang macam mana?
32
00:03:03,542 --> 00:03:06,583
Kita tak boleh lari daripada mereka,
ke mana kita boleh pergi?
33
00:03:10,708 --> 00:03:12,125
Masuk ke dalam Wildwood.
34
00:03:12,708 --> 00:03:15,917
Bukankah bahaya di Wildwood?
35
00:03:16,000 --> 00:03:16,833
Bahaya apa?
36
00:03:16,917 --> 00:03:20,708
Orang kata ada sesuatu di udara,
pokok, air, yang buat kita...
37
00:03:20,792 --> 00:03:21,917
Tak mahu pergi dari situ.
38
00:03:22,000 --> 00:03:23,708
Buat kita hilang kehendak kita.
39
00:03:23,792 --> 00:03:26,500
Kita takkan lama di situ.
40
00:03:26,583 --> 00:03:27,625
Ya, tak mungkin.
41
00:03:27,708 --> 00:03:30,792
Kalau sesiapa ada idea bernas,
kami akan dengar.
42
00:03:34,417 --> 00:03:35,583
Lari!
43
00:03:37,917 --> 00:03:38,833
Cepat!
44
00:04:07,292 --> 00:04:08,333
Perlu berjaga-jaga.
45
00:04:09,167 --> 00:04:10,125
Sentiasa berwaspada.
46
00:04:11,083 --> 00:04:13,250
Wildwood akan goda kita
47
00:04:13,333 --> 00:04:15,625
dengan seluruh persekitarannya.
48
00:04:16,292 --> 00:04:17,542
Tahu-tahu nanti,
49
00:04:18,125 --> 00:04:22,417
kita akan menjalankan upacara kahwin
dan jaga anjing kenalan kita.
50
00:04:23,417 --> 00:04:24,958
Itu takkan berlaku.
51
00:04:26,708 --> 00:04:29,375
Saya masih risau tentang bahaya itu.
52
00:05:14,625 --> 00:05:17,375
Bone Reaver yang bunuh keluarga saya
lari ke Wildwood.
53
00:05:19,958 --> 00:05:21,708
Mungkin mereka masih di sini...
54
00:05:23,917 --> 00:05:24,917
di suatu tempat.
55
00:05:25,708 --> 00:05:29,167
Tongkat ini adalah serpihan Pokok Agung,
56
00:05:29,250 --> 00:05:30,792
pusat segala-galanya.
57
00:05:31,583 --> 00:05:34,625
Boleh saya cuba gunakannya?
58
00:05:34,708 --> 00:05:37,208
Mungkin ia berkesan untuk saya.
Mungkin tak.
59
00:05:37,292 --> 00:05:38,375
Ia akan berkesan.
60
00:05:38,458 --> 00:05:40,333
Tapi kamu belum bersedia.
61
00:05:40,417 --> 00:05:42,458
Ada sistem pedagogi sihir yang tegas...
62
00:05:43,625 --> 00:05:45,500
Ia bermaksud kebijaksanaan atau ilmu.
63
00:05:45,583 --> 00:05:49,750
Sebelum kamu boleh guna tongkat ini,
kamu mesti kuasai empat tunjang...
64
00:05:49,833 --> 00:05:53,708
Saya buat eckleberry tumbuh,
itu sangat mengagumkan.
65
00:05:54,500 --> 00:05:58,000
Selepas itu, kita buat penawar
dan sembuhkan Graydon.
66
00:06:00,667 --> 00:06:01,500
Mungkin.
67
00:06:02,625 --> 00:06:05,292
Sekarang saya cuma perlu asah
ilmu tumpuan dan peramalan.
68
00:06:05,375 --> 00:06:06,708
Senang.
69
00:06:07,375 --> 00:06:12,167
Peramalan, mentafsir getaran alam
semesta, dan melihat masa depan
70
00:06:12,250 --> 00:06:14,792
hampir mustahil walaupun
untuk ahli sihir berjaya.
71
00:06:15,792 --> 00:06:17,083
Awak boleh meramal?
72
00:06:17,667 --> 00:06:20,500
Kadang-kadang, saya boleh nampak
bayangan masa depan.
73
00:06:21,292 --> 00:06:22,375
Saya ada dalamnya?
74
00:06:25,167 --> 00:06:27,417
Mari kita mula dengan tumpuan.
75
00:06:28,375 --> 00:06:31,708
Dengan penuh tumpuan, yang kamu tiada...
76
00:06:31,792 --> 00:06:33,083
Saya sedang mencuba.
77
00:06:33,167 --> 00:06:37,542
Kita boleh gerakkan benda dengan minda,
manipulasi kuasa alam,
78
00:06:37,625 --> 00:06:39,833
malah mengubah manusia.
79
00:06:43,250 --> 00:06:45,417
Apa? Kamu buat apa?
80
00:06:45,500 --> 00:06:51,167
Saya menggunakan minda saya
untuk buat awak jadi kurang tegas,
81
00:06:51,250 --> 00:06:54,917
dan tukar awak jadi orang yang benarkan
saya guna tongkat itu.
82
00:06:56,292 --> 00:06:58,167
-Berkesan tak?
-Tak.
83
00:07:01,333 --> 00:07:04,708
Di tangan yang salah,
tongkat Cherlindrea boleh jadi senjata
84
00:07:04,792 --> 00:07:06,583
yang berkuasa dan membawa bencana.
85
00:07:13,833 --> 00:07:15,250
Awak mabuk?
86
00:07:15,333 --> 00:07:16,500
Apa?
87
00:07:16,583 --> 00:07:20,500
Mabuk cinta. Rasa serba tak kena.
88
00:07:20,583 --> 00:07:24,417
Sepanjang masa menyuruh awak cari bunga,
buang angin diam-diam,
89
00:07:24,500 --> 00:07:26,167
atau malukan diri sendiri
90
00:07:26,250 --> 00:07:28,917
depan gadis terpilih yang berambut perang,
91
00:07:29,000 --> 00:07:31,125
yang mungkin hanya anggap awak
sebagai kawan.
92
00:07:31,208 --> 00:07:32,458
Saya tak mabuk cinta.
93
00:07:32,542 --> 00:07:33,958
Baik. Bagus.
94
00:07:34,042 --> 00:07:36,750
Nampaknya saya tak perlu tunjuk
cara nak buat dia suka awak.
95
00:07:36,833 --> 00:07:38,958
Awak tahu cara buat semua itu?
96
00:07:39,625 --> 00:07:42,417
Graydon, kawanku,
97
00:07:43,417 --> 00:07:45,875
hidup saya sentiasa didampingi wanita.
98
00:07:46,500 --> 00:07:49,500
Dan ramai yang jatuh hati dan teruja
99
00:07:49,583 --> 00:07:52,625
apabila nama saya disebut.
100
00:07:52,708 --> 00:07:55,042
Boorman, si gergasi dungu.
101
00:07:55,125 --> 00:07:58,000
Kalau awak memandai-mandai buat hal lagi,
102
00:07:58,083 --> 00:08:00,292
awak akan kena dengan saya.
103
00:08:01,000 --> 00:08:03,375
Nampak? Perasaan membuak-buak?
104
00:08:05,500 --> 00:08:09,375
Ya, tapi macam mana awak buat?
Macam mana nak dapatkan perasaan itu?
105
00:08:12,333 --> 00:08:14,292
Baik, pertama sekali,
106
00:08:14,375 --> 00:08:17,417
perkara paling penting
dalam memahami hati wanita,
107
00:08:17,500 --> 00:08:21,000
walaupun itu susah nak dibuat,
percayalah, ia benar.
108
00:08:21,083 --> 00:08:24,500
-Baik.
-Mereka sangat suka apabila...
109
00:08:29,625 --> 00:08:33,125
Apa? Boorman, mereka suka apa?
110
00:08:34,167 --> 00:08:36,708
Tak, Boorman habiskan ayat awak.
Mereka suka apa?
111
00:08:36,792 --> 00:08:38,333
-Saya tak bergurau.
-Dengar semua.
112
00:08:39,333 --> 00:08:44,208
Saya tahu awak ragu-ragu dengan
ketelusan saya, motif, apa saja,
113
00:08:44,292 --> 00:08:46,625
tapi tolong percaya apabila saya cakap,
114
00:08:46,708 --> 00:08:49,417
tak kira apa jadi, saya ada rancangan,
115
00:08:49,917 --> 00:08:53,042
dan ia akan berjalan lancar
kalau kamu semua...
116
00:08:55,500 --> 00:08:56,333
bertenang.
117
00:09:34,833 --> 00:09:36,083
Boorman.
118
00:09:36,167 --> 00:09:37,083
Lori.
119
00:09:37,625 --> 00:09:39,292
Nama pertama Toth ialah Lori,
120
00:09:39,375 --> 00:09:41,333
tapi saya tak tahu kenapa dia tak suka.
121
00:09:41,417 --> 00:09:44,000
Terimalah, Lori. Yakin dengan nama itu.
122
00:09:45,750 --> 00:09:48,583
Sabar semua. Jangan bergaduh.
123
00:09:52,542 --> 00:09:54,042
Awak masih hidup.
124
00:09:54,625 --> 00:09:55,542
Cerita lucu.
125
00:09:56,833 --> 00:09:58,000
Tak lucu mana pun.
126
00:09:58,875 --> 00:10:02,375
Ia lebih kepada lucu yang janggal.
127
00:10:03,208 --> 00:10:06,042
Saya rasa agak terkejut
apabila Toth beritahu
128
00:10:06,125 --> 00:10:08,958
yang dia jumpa rombongan Tir Asleen,
129
00:10:09,042 --> 00:10:14,958
empat budak, dan lelaki tinggi, yang
nampak tak ubah seperti Thraxus Boorman.
130
00:10:16,833 --> 00:10:18,833
Awak berhak mendapat penjelasan.
131
00:10:18,917 --> 00:10:21,125
Tiada siapa yang keluar
Skellin hidup-hidup.
132
00:10:22,167 --> 00:10:23,167
Tak ada.
133
00:10:23,250 --> 00:10:25,042
-Skellin?
-Lombong Ngeri Skellin.
134
00:10:25,125 --> 00:10:27,208
Di pergunungan. Bawah jagaan Troll.
135
00:10:27,292 --> 00:10:30,958
Apa saya boleh cakap? Nampaknya
saya berjaya lakukannya.
136
00:10:32,042 --> 00:10:33,417
Saya akan menikmatinya.
137
00:10:33,500 --> 00:10:36,083
Kalau awak fikir apa saya fikir
yang awak fikirkan,
138
00:10:36,167 --> 00:10:37,083
saya setuju.
139
00:10:37,167 --> 00:10:39,042
Saya tak rasa begitu.
140
00:10:40,625 --> 00:10:42,875
Bawa dia ke khemah
dan pastikan dia diikat.
141
00:10:44,833 --> 00:10:47,958
Entahlah. Saya rasa kita masih sependapat.
142
00:10:49,083 --> 00:10:50,042
Yang lain?
143
00:10:50,125 --> 00:10:51,250
Puan nak mereka,
144
00:10:51,333 --> 00:10:55,250
atau kita patut didihkan kawah
yang lama itu?
145
00:10:57,750 --> 00:11:01,708
Saya Kit Tanthalos dari Tir Asleen.
Saya anakanda Ratu Sorsha.
146
00:11:01,792 --> 00:11:03,000
Saya Scorpia.
147
00:11:03,083 --> 00:11:09,000
Sebenarnya Yang Terbilang dan Unggul,
Cik Puan Magnificūs Venoma Scorpia,
148
00:11:09,083 --> 00:11:11,375
tapi panggil Scorpia saja.
149
00:11:12,125 --> 00:11:13,917
Kembar saya diculik dari istana kami.
150
00:11:14,000 --> 00:11:15,208
Bukan kami.
151
00:11:16,500 --> 00:11:17,875
Betul, bukan?
152
00:11:17,958 --> 00:11:19,583
Dia diculik konco Si Kebayan.
153
00:11:21,167 --> 00:11:22,958
Kami nak merentas Laut Berkecai.
154
00:11:26,542 --> 00:11:28,167
Untuk selamatkan dia.
155
00:11:29,208 --> 00:11:32,750
Kalau kamu semua sudi lepaskan kami,
156
00:11:32,833 --> 00:11:34,708
saya pasti bonda akan bagi ganjaran.
157
00:11:34,792 --> 00:11:39,583
Awak boleh simpan Boorman.
Dia sangat teruk.
158
00:11:39,667 --> 00:11:41,167
Awak cuma membuang masa.
159
00:11:41,833 --> 00:11:43,958
Mereka langsung tak ada belas kasihan,
160
00:11:44,542 --> 00:11:47,583
dan mereka terlalu dungu
untuk sedar apa awak tawarkan.
161
00:11:47,667 --> 00:11:50,750
Rasanya kami takkan panaskan
kawah itu lagi.
162
00:11:56,583 --> 00:11:59,333
Kurung si Nelwyn dan si kacak ini
di Borough.
163
00:11:59,417 --> 00:12:00,333
-Perlahan-lahan.
-Ya.
164
00:12:00,417 --> 00:12:01,917
Mereka berdua, ke dalam Rattler.
165
00:12:02,833 --> 00:12:04,583
-Tunggu.
-Tinggalkan gadis ini di sini.
166
00:12:04,667 --> 00:12:06,667
-Awak nak buat apa?
-Dia nampak menyeronokkan.
167
00:12:06,750 --> 00:12:07,792
Jade!
168
00:12:10,083 --> 00:12:14,042
Pertama sekali, saya nak
cakap awak nampak cantik.
169
00:12:15,000 --> 00:12:17,458
Awak tak nampak tua.
Berapa lama? Lapan puluh purnama?
170
00:12:17,542 --> 00:12:18,792
Awak nampak tua.
171
00:12:19,917 --> 00:12:24,292
Dulu awak kurus, selalu lapar, kaki bodek.
172
00:12:24,375 --> 00:12:25,958
Sekarang pun sama.
173
00:12:27,542 --> 00:12:28,958
Saya fikir awak dah mati.
174
00:12:31,917 --> 00:12:33,000
Saya menangis.
175
00:12:33,083 --> 00:12:35,125
Banyak atau...
176
00:12:37,292 --> 00:12:38,708
Sikit lagi!
177
00:12:38,792 --> 00:12:40,792
Saya tersasar sebenarnya.
178
00:12:44,708 --> 00:12:46,333
Apa yang terjadi sebenarnya?
179
00:12:52,958 --> 00:12:54,375
Akhirnya kita berdua di sini.
180
00:12:55,167 --> 00:12:57,417
Tak. Awak betul. Saya cuma...
181
00:12:58,167 --> 00:13:00,500
Bagus dapat luangkan masa berdua.
182
00:13:00,583 --> 00:13:03,417
Tanpa gangguan daripada kumpulan kita.
183
00:13:03,500 --> 00:13:05,792
Kita takkan "luangkan masa berdua."
184
00:13:05,875 --> 00:13:09,833
-Kita perlu cari jalan keluar.
-Betul. Ya, sudah tentu.
185
00:13:11,000 --> 00:13:14,375
Tapi melatih Elora makan banyak masa.
186
00:13:14,458 --> 00:13:18,625
Bercakap tentang itu, awak rasa
dia cuba mengelak daripada saya?
187
00:13:18,708 --> 00:13:20,625
Awak cuba usir dia ke dimensi lain.
188
00:13:21,667 --> 00:13:23,125
Bagi pendapat saya, wanita
189
00:13:23,208 --> 00:13:25,333
susah nak percayakan orang
selepas itu berlaku.
190
00:13:25,417 --> 00:13:27,250
Memang betul, tapi itu bukan saya.
191
00:13:27,333 --> 00:13:29,500
Saya cuma dirasuk.
192
00:13:29,583 --> 00:13:32,667
Sayang betul, sebab saya rasa
kami serasi dan...
193
00:13:33,875 --> 00:13:35,250
Tunggu. Dengar sini, Graydon.
194
00:13:35,333 --> 00:13:38,042
Dia Elora Danan, Maharani Sembilan Alam,
195
00:13:38,125 --> 00:13:39,792
ditakdirkan untuk menyelamatkan dunia.
196
00:13:39,875 --> 00:13:42,083
Dia tiada masa nak jalin hubungan
dengan sesiapa.
197
00:13:42,167 --> 00:13:43,833
Maksud awak
198
00:13:43,917 --> 00:13:47,250
dia tak boleh selamatkan dunia
dan bercinta sekali gus?
199
00:13:47,333 --> 00:13:50,500
Awak perlu seimbangkan
hal peribadi dan profesional.
200
00:13:50,583 --> 00:13:51,542
Tepat sekali.
201
00:13:52,042 --> 00:13:54,125
Apa saya cakapkan ini?
Tak. Maksud saya, ya.
202
00:13:54,792 --> 00:13:57,292
Berhenti menaruh perasaan kepada dia.
203
00:13:58,083 --> 00:13:59,875
Macam mana kalau tak boleh, Willow?
204
00:13:59,958 --> 00:14:03,333
Awak perlu lakukannya. Biar betul.
205
00:14:11,458 --> 00:14:12,833
Apa itu?
206
00:14:12,917 --> 00:14:14,458
Itu puak Brownie.
207
00:14:24,333 --> 00:14:26,083
Apa mereka nak buat pada dia?
208
00:14:26,167 --> 00:14:29,500
-Dia takkan apa-apa.
-Macam mana awak tahu?
209
00:14:29,583 --> 00:14:31,542
Entahlah. Orang selalu cakap begitu.
210
00:14:31,625 --> 00:14:33,458
Mereka pakai tengkorak sebagai topeng!
211
00:14:36,458 --> 00:14:37,833
Mereka akan bunuh dia.
212
00:14:37,917 --> 00:14:42,083
Saya rasa cinta itu satu perasaan
yang paling kuat di dunia.
213
00:14:42,917 --> 00:14:44,333
Tunggu, apa?
214
00:14:44,417 --> 00:14:48,250
Saya kata cinta adalah perasaan
yang paling kuat di dunia.
215
00:14:48,333 --> 00:14:50,417
Sebab itu kita boleh selamatkan Airk.
216
00:14:51,167 --> 00:14:52,083
Awak bergurau?
217
00:14:52,167 --> 00:14:53,083
Tak?
218
00:14:53,792 --> 00:14:58,208
Kawan baik saya diseksa sekarang,
dan awak bercakap tentang cinta?
219
00:14:58,292 --> 00:15:00,458
Saya faham perasaan awak.
220
00:15:01,333 --> 00:15:04,917
Yakah? Sebab awak ada
hubungan romantis dengan kembar saya?
221
00:15:05,000 --> 00:15:06,583
Jade adalah...
222
00:15:10,417 --> 00:15:11,625
Kami kawan.
223
00:15:12,417 --> 00:15:14,542
Sudahlah. Tengok cara dia pandang awak,
224
00:15:14,625 --> 00:15:19,958
lindungi awak, risaukan awak,
sanggup ikut kami sebab awak.
225
00:15:20,042 --> 00:15:23,958
Kami buat-buat tak tahu.
Paksa diri untuk pura-pura tak tahu,
226
00:15:24,792 --> 00:15:26,417
tapi sebenarnya, kami tahu.
227
00:15:28,125 --> 00:15:29,917
Saya kasihankan dia.
228
00:15:31,375 --> 00:15:33,792
Mencintai seseorang
yang tak boleh balas cintanya.
229
00:15:43,208 --> 00:15:47,792
Awak tak tahu apa-apa
tentang dia atau saya.
230
00:15:47,875 --> 00:15:52,000
Mungkin tak. Tapi saya
tahu cara nak keluar dari sini.
231
00:15:54,917 --> 00:15:56,000
Dengan ini.
232
00:15:58,250 --> 00:15:59,875
Macam mana awak keluar dari Skellin?
233
00:16:00,500 --> 00:16:01,708
Dengan satu-satunya cara.
234
00:16:03,792 --> 00:16:05,417
Saya berjuang untuk keluar.
235
00:16:09,875 --> 00:16:11,833
Selepas puas membunuh,
236
00:16:12,958 --> 00:16:14,958
saya turun dari gunung itu.
237
00:16:17,625 --> 00:16:19,667
Saya cedera dan kesejukan.
238
00:16:21,708 --> 00:16:24,333
Saya berusaha untuk kembali ke sini.
239
00:16:40,375 --> 00:16:41,958
Pasti saya dah sampai kalau saya
240
00:16:42,042 --> 00:16:46,000
tak tolong pengembara sesat itu.
241
00:16:47,167 --> 00:16:48,958
-Hai, abang kacak.
-Hai.
242
00:16:49,458 --> 00:16:52,458
Mana saya nak tahu yang mereka itu
Kesateria Maut Carcosia.
243
00:16:52,542 --> 00:16:55,875
Saya terselamat,
tapi mereka paksa saya buat...
244
00:16:55,958 --> 00:16:57,083
Ayuh!
245
00:16:57,167 --> 00:16:58,333
perkara yang teruk.
246
00:16:58,417 --> 00:16:59,750
Ayuh! Mari pergi!
247
00:16:59,833 --> 00:17:01,208
Saya dituduh menjadi penjenayah.
248
00:17:04,833 --> 00:17:08,458
Bertahun-tahun saya lari,
sebelum mereka tangkap saya.
249
00:17:09,083 --> 00:17:13,417
Sorsha berunding untuk
hantar saya balik ke Tir Asleen,
250
00:17:14,042 --> 00:17:19,750
dan menerusi kuasa pujukan saya
yang sangat kuat,
251
00:17:20,958 --> 00:17:22,917
saya yakinkan dia untuk bebaskan saya.
252
00:17:23,875 --> 00:17:25,792
Awak ingat kuasa saya?
253
00:17:25,875 --> 00:17:29,125
Ya, agak hebat.
254
00:17:31,500 --> 00:17:34,667
Zirah itu? Awak ada jumpa tak?
255
00:17:38,083 --> 00:17:41,792
Bagaimana dengan yang lain? Allagash?
256
00:17:42,833 --> 00:17:44,250
Troll tangkap dia.
257
00:17:45,500 --> 00:17:50,208
Saya harap dia menderita dengan teruk
258
00:17:50,292 --> 00:17:51,750
sebelum dia dibunuh.
259
00:17:53,958 --> 00:17:55,333
Panjang ceritanya.
260
00:18:01,625 --> 00:18:03,083
Bagaimana dengan Madmartigan?
261
00:18:05,958 --> 00:18:07,333
Dia pun ditangkap?
262
00:18:10,667 --> 00:18:12,667
Helo, maaf mengganggu.
263
00:18:15,375 --> 00:18:18,625
Memang mengganggu.
Tahu tak sekarang pukul berapa?
264
00:18:18,708 --> 00:18:21,917
-Hei! Tolong senyap!
-Gordon, jangan menjerit!
265
00:18:22,000 --> 00:18:25,292
Saya cari kawan lama saya.
Mungkin awak kenal mereka.
266
00:18:25,375 --> 00:18:27,500
-Kenapa saya nak kenal mereka?
-Mereka Brownie.
267
00:18:27,583 --> 00:18:30,583
Adakah semua Nelwyn di dunia
kenal sesama sendiri?
268
00:18:30,667 --> 00:18:33,167
Awak tahu tak itu biadab namanya?
269
00:18:35,250 --> 00:18:36,667
Willow!
270
00:18:36,750 --> 00:18:40,458
Rool! Gembira jumpa awak.
Lama betul tak jumpa.
271
00:18:40,542 --> 00:18:42,375
Saya ingat saya takkan jumpa awak lagi!
272
00:18:42,458 --> 00:18:46,250
Awak nampak... Apa ya? Besar?
273
00:18:48,500 --> 00:18:52,583
Awak dah jumpa anak saya, Ganush.
Ganush, Willow!
274
00:18:57,292 --> 00:18:58,833
Biasalah remaja.
275
00:18:59,375 --> 00:19:00,667
Di mana Franjean?
276
00:19:00,750 --> 00:19:03,500
Malangnya, dia sudah tiada.
277
00:19:04,375 --> 00:19:06,375
Dia pergi ke selatan, sebab cuaca katanya.
278
00:19:06,458 --> 00:19:09,333
Tapi sebenarnya isteri dia
tinggalkan dia. Untuk saya.
279
00:19:09,917 --> 00:19:11,667
Malangnya, isteri dia pun tak ada.
280
00:19:11,750 --> 00:19:13,125
-Mati.
-Jauh ke selatan.
281
00:19:13,708 --> 00:19:17,667
Budak ini nak pindah ke atas,
tinggal dengan Bone Reaver
282
00:19:17,750 --> 00:19:21,208
-untuk ikut sekali serbuan Troll.
-Ayah mesti suka, bukan?
283
00:19:21,292 --> 00:19:23,583
Apa yang ayah nak ialah
284
00:19:23,667 --> 00:19:25,708
kamu berhenti jadi malas, cari kerja,
285
00:19:25,792 --> 00:19:27,167
ada hobi, apa-apa saja!
286
00:19:27,250 --> 00:19:29,750
Dia cuma nak jadi terkenal.
Semua nak jadi terkenal.
287
00:19:29,833 --> 00:19:31,625
-Untuk apa? Tak tahu.
-Decoupage!
288
00:19:32,208 --> 00:19:33,417
Rool, saya perlu bantuan.
289
00:19:34,042 --> 00:19:34,958
Macam dulu-dulu?
290
00:19:35,042 --> 00:19:37,250
Ya, lebih kurang. Elora ada di atas.
291
00:19:37,333 --> 00:19:38,250
Bayi itu!
292
00:19:38,333 --> 00:19:41,125
Dah besar. Tolong kawan kami
keluar dari sini.
293
00:19:41,208 --> 00:19:45,917
-Kami ada misi yang penting.
-Kalau penting, tak apa.
294
00:19:46,000 --> 00:19:49,750
Kalau untuk suka-suka,
saya memang takkan tolong.
295
00:19:49,833 --> 00:19:52,750
-Boleh awak uruskan Bone Reaver?
-Masalahnya,
296
00:19:52,833 --> 00:19:54,833
mereka tak dengar cakap kami.
297
00:19:54,917 --> 00:19:58,667
Mereka berkhemah di atas kami.
Sangat memalukan.
298
00:19:58,750 --> 00:20:02,500
Tapi kami boleh tarik perhatian.
Ingat lagi burung hantu dan bom busuk?
299
00:20:02,583 --> 00:20:03,583
Tak ingat.
300
00:20:03,667 --> 00:20:05,083
Kami boleh buat lebih baik.
301
00:20:05,167 --> 00:20:09,500
Dengan tongkat Cherlindrea, kami boleh
buat semuanya dengan lebih baik.
302
00:20:12,792 --> 00:20:13,958
Tak guna.
303
00:20:14,542 --> 00:20:18,375
Saya rasa... Saya pasti...
304
00:20:28,792 --> 00:20:30,667
Awak main sebut saja?
305
00:20:33,167 --> 00:20:34,250
Mungkin boleh.
306
00:20:39,375 --> 00:20:41,833
-Itu petanda buruk.
-Nampaknya begitulah.
307
00:20:45,000 --> 00:20:45,958
Pergi!
308
00:20:49,542 --> 00:20:53,250
Awak menggoda saya
dengan sindiran dan jambang awak!
309
00:20:54,667 --> 00:20:55,583
Saya tak sengaja!
310
00:20:57,458 --> 00:21:01,625
Kami tak nak cederakan sesiapa,
dan tak ada orang akan dicederakan.
311
00:21:01,708 --> 00:21:04,458
Saya akan cederakan awak kalau terpaksa.
312
00:21:04,542 --> 00:21:06,083
Seteruk-teruknya.
313
00:21:06,167 --> 00:21:08,042
Kami cuma nak Jade.
314
00:21:09,375 --> 00:21:10,417
Di mana dia?
315
00:21:10,500 --> 00:21:11,625
Saya di sini.
316
00:21:17,833 --> 00:21:18,708
Bebaskan dia.
317
00:21:21,458 --> 00:21:23,167
Kami tak boleh bebaskan dia
318
00:21:23,250 --> 00:21:25,667
tanpa arahan daripada cik puan.
319
00:21:26,417 --> 00:21:29,083
Saya akan cairkan muka awak, Lori.
320
00:21:30,375 --> 00:21:34,250
Sesuatu akan berlaku kepada
orang yang buat ancaman kosong.
321
00:21:34,875 --> 00:21:37,292
Mereka boleh jadi topi yang bagus.
322
00:21:50,792 --> 00:21:52,833
Saya suka semangat awak,
323
00:21:53,375 --> 00:21:57,708
tapi awak patut bertenang,
berseronok sikit.
324
00:22:02,208 --> 00:22:03,333
Awak boleh jadi...
325
00:22:04,917 --> 00:22:06,500
Saya menyeronokkan,
326
00:22:06,583 --> 00:22:08,542
saya dah lama nantikan saat ini.
327
00:22:09,125 --> 00:22:11,792
Sayang, tunggu apa lagi.
328
00:22:25,833 --> 00:22:26,958
Tidak, Jade!
329
00:22:34,208 --> 00:22:35,042
Tidak!
330
00:22:35,750 --> 00:22:36,750
Mari!
331
00:22:42,375 --> 00:22:45,917
Jade! Berhenti! Tolong! Jangan!
332
00:22:50,292 --> 00:22:51,833
Jangan!
333
00:22:58,375 --> 00:22:59,833
Bawa dia ke khemah saya.
334
00:23:04,083 --> 00:23:05,250
Selesai.
335
00:23:10,042 --> 00:23:13,708
Ada nampak batu besar
yang macam lembu kepala dua?
336
00:23:14,875 --> 00:23:17,167
Jangan lalu situ. Itu jalan salah.
337
00:23:17,250 --> 00:23:20,333
Tapi kalau putera yang sangat
menyedihkan itu lari ke situ,
338
00:23:21,042 --> 00:23:23,125
-mereka akan ikut.
-Itu bukan satu rancangan.
339
00:23:23,208 --> 00:23:25,917
Awak dah tolak
semua idea burung hantu itu,
340
00:23:26,000 --> 00:23:27,375
jadi terima saja rancangan ini.
341
00:23:27,458 --> 00:23:30,125
Tak, itu bagus. Mudah.
342
00:23:31,583 --> 00:23:34,208
Kita cuma kena tunggu masa
sesuai untuk masuk,
343
00:23:34,292 --> 00:23:37,000
bebaskan mereka, bawa mereka ke pokok,
dan jumpa awak.
344
00:23:37,083 --> 00:23:38,458
Baiklah, mari lakukannya.
345
00:23:40,542 --> 00:23:42,667
-Saya tahu perasaan itu.
-Sama seperti dulu.
346
00:23:42,750 --> 00:23:47,458
Sebelum kita terperangkap
dalam hidup yang sangat hambar dan biasa.
347
00:23:47,542 --> 00:23:54,125
Zing, serang, lari, kuda,
huru-hara, hidup bahagia.
348
00:23:54,833 --> 00:23:56,083
Baiklah, masuk.
349
00:23:56,167 --> 00:23:58,708
Tak, saya dah lupakan semua itu.
350
00:23:58,792 --> 00:24:03,333
Sekarang saya lebih suka makan,
mengimbau, makan sekali lagi,
351
00:24:03,417 --> 00:24:06,042
-dan luang masa dengan Ganush.
-Saya rasa rimas.
352
00:24:06,125 --> 00:24:08,083
Tapi saya tak boleh buat tanpa awak.
353
00:24:08,667 --> 00:24:11,625
Boleh. Awak ada dia.
354
00:24:12,167 --> 00:24:14,417
Dia Franjean dan Rool baru awak.
355
00:24:14,500 --> 00:24:18,333
Walaupun dia nampak macam
seorang putera yang sangat menyedihkan,
356
00:24:18,417 --> 00:24:22,250
dia sangat berani, macam awak.
357
00:24:22,333 --> 00:24:26,125
Pengembaraan itu sangat bahaya,
tapi kalau awak tak mati,
358
00:24:26,208 --> 00:24:28,375
hidup awak sangat bermakna.
359
00:24:36,500 --> 00:24:38,667
Dari mana awak dapat tanda di leher itu?
360
00:24:39,625 --> 00:24:41,792
Saya tak tahu. Ia memang ada.
361
00:24:47,042 --> 00:24:51,833
Di sini, ketika anak berumur 100 hari,
mereka diselar dengan tanda keluarga,
362
00:24:52,583 --> 00:24:54,625
supaya mereka tak lupa asal usul mereka.
363
00:24:55,583 --> 00:24:59,500
Ini tanda ayah saya. Tanda keluarga Kael.
364
00:25:00,333 --> 00:25:02,167
-Jeneral Kael?
-Awak tahu tentang dia?
365
00:25:04,833 --> 00:25:06,833
Dia Bone Reaver pertama.
366
00:25:07,667 --> 00:25:09,708
Dia ada lima belas anak.
367
00:25:10,958 --> 00:25:15,125
Cuma kita berdua saja yang tinggal.
368
00:25:15,708 --> 00:25:18,167
Ayah saya orang bebas, dibunuh kaum awak.
369
00:25:18,250 --> 00:25:21,083
Dia dibunuh Madmartigan
ketika Perang Nockmaar.
370
00:25:21,750 --> 00:25:23,458
Mak awak dibunuh renjer
371
00:25:23,542 --> 00:25:25,583
yang culik awak
dan bawa awak ke Tir Asleen.
372
00:25:27,708 --> 00:25:29,375
Tak, saya ingat.
373
00:25:30,583 --> 00:25:31,875
Begitu juga saya.
374
00:25:34,000 --> 00:25:37,500
Saya ingat yang awak
selalu kira bintang sebelum tidur
375
00:25:38,500 --> 00:25:42,208
untuk pastikan bilangannya
sama macam malam sebelumnya.
376
00:25:42,292 --> 00:25:44,000
Kael berkhidmat bawah Bavmorda.
377
00:25:45,083 --> 00:25:46,792
Bavmorda berkhidmat bawah Si Kebayan.
378
00:25:47,375 --> 00:25:50,000
Bavmorda buat perjanjian
dengan hamba-hamba Galladoorn.
379
00:25:51,167 --> 00:25:54,667
Dia tolong mereka gulingkan tuan mereka
untuk dapatkan kesetiaan mereka.
380
00:25:56,042 --> 00:25:58,542
Orang sanggup buat apa saja untuk bebas.
381
00:26:00,625 --> 00:26:03,958
Kemudian? Selepas Nockmaar tumbang?
382
00:26:05,333 --> 00:26:07,375
Mereka yang selamat, melarikan diri.
383
00:26:08,542 --> 00:26:13,250
Tentera Tir Asleen dan Galladoorn
kejar kami. Mereka takutkan kami.
384
00:26:13,958 --> 00:26:15,250
Memang patut pun.
385
00:26:15,875 --> 00:26:17,917
Lambat laun, kami akan bangkit.
386
00:26:19,375 --> 00:26:20,750
Kenapa mereka ambil saya?
387
00:26:20,833 --> 00:26:23,958
Cara terbaik halang kebangkitan
ialah curi masa depan mereka,
388
00:26:24,958 --> 00:26:28,458
buat anak-anak tu fikir yang
penculik mereka adalah penyelamat.
389
00:26:29,000 --> 00:26:32,125
Buat mereka setia, jadikan askar.
390
00:26:39,500 --> 00:26:40,792
Awak dengar tak?
391
00:26:41,917 --> 00:26:44,208
Gendang. Ini petanda buruk.
392
00:26:44,292 --> 00:26:46,500
Cepat. Kita perlu selamatkan Elora.
393
00:26:46,583 --> 00:26:50,083
Serta tunang saya dan yang lain-lain.
394
00:26:50,167 --> 00:26:51,083
Fokus!
395
00:26:52,042 --> 00:26:53,750
Kita tak tahu apa menanti kita.
396
00:26:53,833 --> 00:26:56,000
Saya nak awak gunakan akal awak, bukan...
397
00:26:56,083 --> 00:26:58,750
-Kata hati?
-Tepat sekali. Cepat ikut sini.
398
00:26:58,833 --> 00:27:00,000
Okey.
399
00:27:07,542 --> 00:27:08,750
Ambil senjata.
400
00:27:11,875 --> 00:27:12,917
Ini dia.
401
00:27:16,250 --> 00:27:18,208
Nampaknya kita belum dikesan.
402
00:27:18,292 --> 00:27:21,500
Awak ada guna jampi halimunan
atas kita berdua?
403
00:27:21,583 --> 00:27:25,042
Saya rasa apa yang berlaku sekarang
ialah mereka tak pedulikan kita.
404
00:27:25,542 --> 00:27:29,458
Tapi tetap berwaspada.
Kita boleh diserang bila-bila masa.
405
00:27:29,542 --> 00:27:30,875
Willow!
406
00:27:32,958 --> 00:27:35,458
Elora, baguslah kamu tak apa-apa.
407
00:27:36,917 --> 00:27:37,875
Graydon.
408
00:27:38,292 --> 00:27:41,000
Elora, awak nampak bagus.
409
00:27:42,958 --> 00:27:45,583
-Di mana yang lain?
-Mereka ada di sini.
410
00:27:45,667 --> 00:27:46,792
Makan malam dah nak siap.
411
00:27:46,875 --> 00:27:49,000
-Apa sedang berlaku?
-Mereka jemput makan?
412
00:27:49,083 --> 00:27:52,833
Jade salah seorang Bone Reaver.
Tak boleh bayangkan keadaan dia sekarang.
413
00:27:53,500 --> 00:27:55,417
Mungkin keliru.
414
00:27:55,500 --> 00:27:59,208
Mereka sedang raikan kepulangan dia. Mari.
415
00:28:02,500 --> 00:28:04,000
Elora...
416
00:28:06,792 --> 00:28:09,375
Rasa jintan putih kuat sangat.
417
00:28:11,792 --> 00:28:13,167
Saya dah tak waras?
418
00:28:15,000 --> 00:28:18,500
Tak, awak waras, Toth.
Cuma deria rasa awak kuat.
419
00:28:19,333 --> 00:28:20,750
Awak boleh panggil saya Lori.
420
00:28:29,250 --> 00:28:31,750
Awak buat apa itu? Berikan tongkat itu.
421
00:28:32,667 --> 00:28:33,625
Awak membosankan.
422
00:28:33,708 --> 00:28:35,375
Lori, awak tak kisah, bukan?
423
00:28:35,458 --> 00:28:36,667
Silakan.
424
00:28:39,500 --> 00:28:41,250
Jangan lap di situ.
425
00:28:41,333 --> 00:28:43,625
Ini kain istimewa saya. Tak apa.
426
00:29:03,458 --> 00:29:05,125
Baguslah awak tak apa-apa.
427
00:29:07,458 --> 00:29:10,875
Saya dah kata semua akan baik-baik sahaja.
Saya dah ada rancangan.
428
00:29:13,542 --> 00:29:17,167
Hamba Galladoorn, askar kerahan Nockmaar,
429
00:29:17,250 --> 00:29:19,208
penyangak Wildwood.
430
00:29:22,500 --> 00:29:25,375
Apa kita mahukan cuma kebebasan.
431
00:29:25,458 --> 00:29:27,958
Supaya anak cucu kita tak hidup ketakutan.
432
00:29:28,042 --> 00:29:30,250
Mereka tak perlu hidup bertuan.
433
00:29:30,333 --> 00:29:33,208
Daikini, Troll atau Si Kebayan.
434
00:29:33,292 --> 00:29:37,583
Kita tiada Sempadan untuk bersembunyi,
tiada tentera nak bela kita.
435
00:29:37,667 --> 00:29:40,875
Apa kita ada ialah rasa takut musuh
pada topeng kita,
436
00:29:40,958 --> 00:29:43,000
keazaman untuk hidup...
437
00:29:44,375 --> 00:29:45,958
dan satu sama lain.
438
00:29:48,458 --> 00:29:53,458
Hari ini, selepas dua ratus purnama,
adik saya kembali.
439
00:29:57,042 --> 00:30:02,542
Dia membesar di Tir Asleen,
disuapkan dusta tentang kita dan dirinya.
440
00:30:03,292 --> 00:30:07,500
Tapi malam ini, dia lahir semula,
disirami kasih sayang keluarga,
441
00:30:07,583 --> 00:30:09,625
dan nilai-nilai yang kita perjuangkan.
442
00:30:10,125 --> 00:30:14,167
Kebebasan, pemberontakan,
keghairahan, kebahagiaan.
443
00:30:14,250 --> 00:30:16,125
Hingga fajar menyingsing!
444
00:30:24,875 --> 00:30:26,167
Apa itu?
445
00:30:26,250 --> 00:30:28,583
Entah. Buah yang sedap. Makan saja.
446
00:31:05,167 --> 00:31:06,208
Ya.
447
00:31:40,292 --> 00:31:44,083
Kakak rindukan kamu. Adik.
448
00:31:49,333 --> 00:31:52,667
Macam mana?
449
00:31:52,750 --> 00:31:54,333
Boleh tahan.
450
00:31:54,417 --> 00:31:56,042
Awak nampak macam budak lelaki.
451
00:31:56,125 --> 00:31:58,042
-Dia suka tak nanti?
-Siapa?
452
00:31:58,125 --> 00:32:02,000
Tak ada siapa. Cuma seorang perempuan.
453
00:32:04,000 --> 00:32:05,625
Perempuan suka jambang.
454
00:32:06,583 --> 00:32:09,125
Awak patut cakap awal-awal tadi.
455
00:32:09,208 --> 00:32:11,250
Awak yang patut cakap awal-awal.
456
00:32:12,292 --> 00:32:13,917
Lagipun, dia tak ada jambang.
457
00:32:14,000 --> 00:32:16,042
Dia tak ada teman wanita.
458
00:32:50,375 --> 00:32:52,500
Saya rasa saya dah ikat awak di bilik.
459
00:32:53,083 --> 00:32:54,292
Saya kesunyian.
460
00:32:57,667 --> 00:32:59,917
Apa saya nak buat dengan awak ini?
461
00:33:01,167 --> 00:33:04,000
Saya patut kembali, tapi tidak.
462
00:33:05,583 --> 00:33:06,958
Saya malu.
463
00:33:09,167 --> 00:33:10,458
Jangan pergi.
464
00:33:12,292 --> 00:33:13,750
Satu hari nanti.
465
00:33:14,958 --> 00:33:18,667
Saya boleh paksa awak.
Jadikan awak tahanan.
466
00:33:19,250 --> 00:33:21,417
Scorpia, awak tak tahu lagi?
467
00:33:24,167 --> 00:33:25,500
Saya memang milik awak.
468
00:33:38,875 --> 00:33:40,083
Bagaimana rasanya?
469
00:33:40,167 --> 00:33:44,750
Rasa pelik. Tapi baik. Awak?
470
00:33:44,833 --> 00:33:45,750
Rasa pelik.
471
00:33:47,083 --> 00:33:48,917
Itu penangan buah plum kebenaran.
472
00:33:49,000 --> 00:33:50,667
Plum apa?
473
00:33:50,750 --> 00:33:52,167
Plum kebenaran.
474
00:33:52,250 --> 00:33:55,125
Buah yang diagihkan
ketika Scorpia berucap.
475
00:33:56,083 --> 00:33:59,625
Lepas kita makan,
kita akan rasa susah nak menipu.
476
00:34:00,500 --> 00:34:01,500
Baiklah.
477
00:34:03,500 --> 00:34:05,000
Saya tak tahu itu.
478
00:34:06,750 --> 00:34:08,125
Sekarang saya tahu.
479
00:34:10,167 --> 00:34:11,375
Jadi...
480
00:34:13,042 --> 00:34:14,125
Awak seorang...
481
00:34:14,208 --> 00:34:16,125
Ya. Begitulah.
482
00:34:17,208 --> 00:34:18,875
Masih sukar dipercayai.
483
00:34:20,708 --> 00:34:22,458
Kenapa Sorsha tipu saya?
484
00:34:26,542 --> 00:34:28,625
Mungkin dia ingat
dia sedang lindungi awak.
485
00:34:30,375 --> 00:34:31,667
Awak tahu?
486
00:34:32,500 --> 00:34:33,625
Tidak.
487
00:34:35,458 --> 00:34:36,833
Tetapi saya...
488
00:34:37,750 --> 00:34:39,083
Tapi saya mengesyakinya.
489
00:34:41,708 --> 00:34:43,292
Dan awak tak beritahu saya?
490
00:34:43,750 --> 00:34:45,458
Awak nak saya cakap apa?
491
00:34:45,542 --> 00:34:48,333
Yang saya rasa awak mungkin ahli puak
492
00:34:48,417 --> 00:34:49,500
yang awak nak musnahkan?
493
00:34:49,958 --> 00:34:51,958
Nanti awak ingat saya tak betul pula.
494
00:34:52,458 --> 00:34:54,583
Itu juga akan mengguris perasaan awak.
495
00:34:56,250 --> 00:34:59,042
Awak memang pakar dalam
mengguris perasaan saya.
496
00:35:02,958 --> 00:35:04,083
Jade, tunggu.
497
00:35:12,125 --> 00:35:15,958
Saya rasa kita ada perkembangan,
kemudian benda itu berlaku.
498
00:35:16,042 --> 00:35:18,667
Sekarang, awak tak selesa dengan saya.
Saya faham.
499
00:35:18,750 --> 00:35:20,792
-Saya cuba usir awak ke alam lain...
-Hei.
500
00:35:23,208 --> 00:35:24,625
Awak bercukur.
501
00:35:26,417 --> 00:35:28,500
Ya, betul.
502
00:35:29,167 --> 00:35:31,458
-Awak bercakap dengan siapa tadi?
-Tiada siapa.
503
00:35:32,333 --> 00:35:34,625
Saya baru nak pergi cari awak.
504
00:35:34,708 --> 00:35:36,208
Saya nak beritahu awak
505
00:35:37,000 --> 00:35:39,625
apa yang terjadi di Nockmaar,
itu bukan saya.
506
00:35:39,708 --> 00:35:42,292
-Saya takkan...
-Saya nampak awak bunuh abang awak.
507
00:35:43,292 --> 00:35:44,375
Bila?
508
00:35:44,458 --> 00:35:47,833
Waktu saya cium...
Ketika saya tarik benda itu keluar.
509
00:35:50,250 --> 00:35:54,083
Saya dah cakap saya
sakit masa kecil. Dirasuk.
510
00:35:56,583 --> 00:36:02,833
Saya sanjung abang saya,
saya sayang dia lebih daripada apa pun.
511
00:36:02,917 --> 00:36:04,917
Jadi, bukan awak yang bunuh abang awak.
512
00:36:05,000 --> 00:36:06,958
Dan waktu di Nockmaar pun sama.
513
00:36:07,042 --> 00:36:10,750
-Ya, memang bukan saya.
-Jadi, awak siapa?
514
00:36:13,375 --> 00:36:16,458
Nampaknya saya masih lagi tercari-cari.
515
00:36:19,375 --> 00:36:23,125
Okey. Beritahu saya apabila dah tahu.
516
00:36:23,708 --> 00:36:27,417
Sebab itu, saya tak keluar rumah
tanpa tonik pencernaan yang baik,
517
00:36:27,500 --> 00:36:29,417
dan tiga pasang stoking bersih.
518
00:36:31,417 --> 00:36:34,500
Tengok kamu semua ketawa,
pasti kamu tak pakai stoking pun.
519
00:36:36,042 --> 00:36:38,167
Tolong tambah lagi?
520
00:36:38,250 --> 00:36:41,042
Graydon. Mari sini. Duduk.
521
00:36:42,458 --> 00:36:45,958
Mereka semua mesra, bukan?
Dulu kita takut dengan mereka.
522
00:36:46,042 --> 00:36:48,375
-Lagi-lagi dia.
-Apa yang saya buat?
523
00:36:48,458 --> 00:36:49,667
Sini, duduk.
524
00:36:51,000 --> 00:36:52,375
Minumlah.
525
00:37:07,458 --> 00:37:09,292
Saya tahu kita bukan kawan.
526
00:37:10,750 --> 00:37:12,000
Sikit pun tidak.
527
00:37:12,083 --> 00:37:16,333
Tapi saya tahu awak tak jahat.
Awak cuma...
528
00:37:18,208 --> 00:37:19,208
kasar.
529
00:37:19,292 --> 00:37:21,625
Awak berguna juga sebenarnya.
530
00:37:22,208 --> 00:37:23,833
Saya fikir awak tak berguna dulu.
531
00:37:23,917 --> 00:37:26,917
walaupun rasanya saya tak cakap begitu.
532
00:37:28,292 --> 00:37:29,833
Tak, awak ada cakap.
533
00:37:30,542 --> 00:37:32,500
Ya, saya salah.
534
00:37:34,125 --> 00:37:35,208
Sekali lagi.
535
00:37:48,500 --> 00:37:50,167
-Saya teruk...
-Saya buat Jade marah.
536
00:37:51,000 --> 00:37:51,917
Apa?
537
00:37:52,958 --> 00:37:56,000
-Awak nak minta nasihat saya?
-Tidak.
538
00:37:56,625 --> 00:37:58,167
-Baiklah.
-Sudah tentu tidak.
539
00:38:01,458 --> 00:38:02,458
Ya.
540
00:38:03,458 --> 00:38:04,458
Apa saya perlu buat?
541
00:38:06,667 --> 00:38:10,042
Cakap dengan dia, dan minta maaf.
542
00:38:10,125 --> 00:38:12,208
-Untuk apa?
-Tak penting untuk apa.
543
00:38:12,292 --> 00:38:14,875
Cakap saja, "Saya minta maaf."
544
00:38:15,833 --> 00:38:18,417
Beritahu dia yang awak faham.
545
00:38:18,500 --> 00:38:20,833
Beritahu dia yang awak nak berubah.
546
00:38:22,708 --> 00:38:26,167
Dan awak akan bersedia, menunggu dia
547
00:38:27,125 --> 00:38:28,667
bila dia bersedia untuk awak...
548
00:38:29,208 --> 00:38:30,250
buktikannya.
549
00:38:37,083 --> 00:38:38,875
Boleh awak ulang balik?
550
00:38:40,125 --> 00:38:42,375
-Saya perlu cari Graydon...
-Tunggu, saya...
551
00:38:42,458 --> 00:38:44,000
Saya perlukan nasihat.
552
00:38:45,917 --> 00:38:47,583
Awak boleh lakukannya.
553
00:38:48,167 --> 00:38:49,292
Jujur saja.
554
00:38:51,292 --> 00:38:56,125
Selepas makan plum kebenaran,
mustahil kita boleh menipu.
555
00:39:04,375 --> 00:39:05,750
Saya nak cakap sikit.
556
00:39:09,292 --> 00:39:12,667
Maksud saya, saya ingin bercakap
dengan awak.
557
00:39:14,083 --> 00:39:16,208
Awak, pandang saya,
558
00:39:17,500 --> 00:39:18,958
seorang yang baik.
559
00:39:20,292 --> 00:39:24,125
Saya pun tak pasti.
Saya buat banyak perkara teruk.
560
00:39:24,208 --> 00:39:28,250
Jangan begitu.
Kita semua ada keraguan dalam diri kita.
561
00:39:28,333 --> 00:39:32,125
Awak cuma kena tabah melaluinya
dan beranikan diri.
562
00:39:32,208 --> 00:39:34,667
Awak cakap memang senang.
Awak Willow Ufgood,
563
00:39:34,750 --> 00:39:38,208
ahli sihir terhebat di dunia.
564
00:39:38,750 --> 00:39:41,167
Salah sebenarnya. Saya tak hebat.
565
00:39:41,250 --> 00:39:43,083
Saya biasa-biasa saja.
566
00:39:43,667 --> 00:39:45,583
Tapi awak tumpaskan Bavmorda.
567
00:39:47,333 --> 00:39:49,417
Sini. Cepat.
568
00:39:51,833 --> 00:39:53,167
Itu nasib.
569
00:39:53,250 --> 00:39:56,375
Reputasi saya jadi besar sebab itu saja.
570
00:39:56,458 --> 00:39:58,875
Tak. Saya selalu berjaga malam
571
00:39:58,958 --> 00:40:01,292
baca pengembaraan awak.
572
00:40:01,375 --> 00:40:02,625
Awak begitu bijak.
573
00:40:02,708 --> 00:40:05,292
Di sebalik "kebijaksanaan" itu,
574
00:40:06,083 --> 00:40:09,917
Willow Ufgood ini sangat takut
jika ada orang tahu
575
00:40:10,000 --> 00:40:12,958
yang dia cuma orang tua
yang tak hebat mana.
576
00:40:14,917 --> 00:40:15,792
Hei, Elora.
577
00:40:20,375 --> 00:40:24,042
Plum kebenaran.
Tidak akan makannya lagi.
578
00:40:36,917 --> 00:40:38,750
Awak nampak selesa di sini.
579
00:40:39,375 --> 00:40:40,208
Betul.
580
00:40:40,292 --> 00:40:41,375
Saya tahu.
581
00:40:42,000 --> 00:40:43,667
Tapi saya perlukan awak.
582
00:40:44,708 --> 00:40:46,042
Ya. Untuk cari Airk.
583
00:40:46,833 --> 00:40:48,167
Maksud saya, semuanya.
584
00:40:50,667 --> 00:40:52,167
Maksud saya, dalam hidup saya.
585
00:40:53,458 --> 00:40:55,667
Saya tahu ayah saya bunuh ayah awak.
586
00:40:57,833 --> 00:41:00,292
Saya tak boleh bayangkan
perasaan awak sekarang.
587
00:41:03,125 --> 00:41:03,958
Saya tak kisah.
588
00:41:04,875 --> 00:41:05,708
Yakah?
589
00:41:08,875 --> 00:41:10,000
Betul.
590
00:41:12,875 --> 00:41:13,792
Saya bukan dia.
591
00:41:15,417 --> 00:41:16,708
Jade...
592
00:41:18,833 --> 00:41:20,125
Saya cuma peduli tentang awak.
593
00:41:20,792 --> 00:41:23,750
Kalau awak nak tinggal di sini
selepas kita jumpa Airk,
594
00:41:24,667 --> 00:41:27,167
saya akan ikut sekali.
Kalau awak tak kisah.
595
00:41:27,250 --> 00:41:31,542
Saya tak nak pergi mengembara tanpa awak.
596
00:41:32,583 --> 00:41:35,417
Saya patut beritahu dari awal.
597
00:41:35,500 --> 00:41:39,375
Untuk itu, dan segalanya, saya minta maaf.
598
00:41:46,958 --> 00:41:49,750
Baiklah, apa awak nak cakap?
599
00:41:52,042 --> 00:41:53,208
Kebenaran?
600
00:41:54,667 --> 00:41:55,750
Plum.
601
00:41:56,833 --> 00:42:01,250
Saya dah lama pendam ini, tapi...
602
00:42:02,708 --> 00:42:03,875
saya...
603
00:42:05,292 --> 00:42:10,667
benar-benar, sangat-sangat
604
00:42:11,250 --> 00:42:12,333
cintakan awak.
605
00:42:13,167 --> 00:42:15,792
Dalam sepuluh saat, saya akan cium awak.
606
00:42:15,875 --> 00:42:17,208
Jadi, kalau awak tak nak...
607
00:42:17,292 --> 00:42:18,417
Ya, saya nak...
608
00:42:19,500 --> 00:42:21,292
Maksud saya, mestilah saya nak.
609
00:42:26,000 --> 00:42:27,125
Awak pasti?
610
00:42:28,083 --> 00:42:29,625
Sebab apabila saya...
611
00:42:31,708 --> 00:42:32,958
Apabila saya cium,
612
00:42:35,250 --> 00:42:36,667
saya mungkin takkan berhenti.
613
00:42:38,375 --> 00:42:40,833
Kita perlu cuba dulu untuk tahu.
614
00:42:48,292 --> 00:42:51,917
Kit!
615
00:43:09,792 --> 00:43:11,792
Willow!
616
00:43:11,875 --> 00:43:13,958
Mereka culik dia!
Mereka tarik dia naik ke pokok!
617
00:43:14,042 --> 00:43:15,792
Lari!
618
00:43:15,875 --> 00:43:16,958
Willow!
619
00:43:24,375 --> 00:43:25,583
Troll.
620
00:46:00,375 --> 00:46:02,375
Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi