1
00:00:21,062 --> 00:00:25,402
MARISOL MARTINEZ
5 JUN 1952 - 21 MEI 2021
2
00:00:25,483 --> 00:00:26,533
Marisol.
3
00:00:28,945 --> 00:00:29,945
Helo?
4
00:00:33,116 --> 00:00:34,116
Mak?
5
00:00:38,496 --> 00:00:39,496
Ruben!
6
00:00:40,081 --> 00:00:43,041
Ruben! Awak okey? Sayang!
7
00:00:53,011 --> 00:00:54,721
Kakak takkan sempat siap
8
00:00:54,804 --> 00:00:58,434
dan semua benda perlu sempurna
untuk upacara peringatan mak.
9
00:00:58,516 --> 00:01:01,976
Hari Kematian ialah
hari paling penting setiap tahun.
10
00:01:04,898 --> 00:01:06,318
Rasanya macam dos leches.
11
00:01:06,399 --> 00:01:08,899
Terima kasih kerana tolong buat kek,
tapi gubahlah bunga.
12
00:01:08,985 --> 00:01:11,235
- Ada gubahan tertentu?
- Kamu buatlah.
13
00:01:13,073 --> 00:01:17,493
Tak. Bukan begitu. Mungkin kamu boleh
pergi ke sekolah dengan Rusty.
14
00:01:23,833 --> 00:01:25,673
Sampah, kenalkan tong sampah.
15
00:01:27,170 --> 00:01:28,170
Nah.
16
00:01:29,464 --> 00:01:30,464
Apa itu?
17
00:01:31,174 --> 00:01:34,554
Mayonis mistik untuk halau kejahatan
sehingga kita jumpa Mariluna.
18
00:01:34,636 --> 00:01:36,846
Saya tak mahu ramalan itu jadi nyata.
19
00:01:36,930 --> 00:01:38,180
Tak habis lagi?
20
00:01:38,264 --> 00:01:40,314
Ramalan tentang kotak menjadi nyata.
21
00:01:40,391 --> 00:01:43,981
Dia kata saya cuba selesaikan
benda yang rosak. Sumpahan itu.
22
00:01:44,062 --> 00:01:47,322
Tapi untuk selesaikan masalah,
benda itu mesti rosak.
23
00:01:47,398 --> 00:01:49,818
Kotak itu. Di situlah saya jumpa
jemputan aneh itu.
24
00:01:49,901 --> 00:01:53,361
Awak terlalu percaya.
Sudah lima minggu berlalu.
25
00:01:53,446 --> 00:01:56,316
Jika ada sumpahan atau hantu,
kenapa saya dapat peluang
26
00:01:56,407 --> 00:01:58,657
untuk pecahkan rekod gantungan saya?
27
00:01:58,743 --> 00:02:01,253
Bukankah hidup saya patut musnah,
bukan lebih baik?
28
00:02:01,329 --> 00:02:02,749
Itu tenang sebelum huru-hara.
29
00:02:02,831 --> 00:02:05,331
Jika hantu wujud, mana dia pada Halloween?
30
00:02:06,251 --> 00:02:08,171
Hantu tak suka Halloween.
31
00:02:08,253 --> 00:02:10,763
Ia dicipta oleh Hollywood
dan syarikat gula-gula
32
00:02:10,839 --> 00:02:13,719
untuk kepentingan mereka.
Ia mempergunakan rohaniah.
33
00:02:13,800 --> 00:02:16,390
Apa-apa pun ia, ia sudah hilang.
34
00:02:16,970 --> 00:02:20,680
Saya tak boleh bazir masa bercakap
tentang hantu yang tak benar.
35
00:02:20,765 --> 00:02:22,425
Saya ada banyak kerja yang benar.
36
00:02:22,517 --> 00:02:26,227
Ya. Awak perlu buat benda
untuk hantu mak awak nikmati.
37
00:02:26,312 --> 00:02:29,572
Betul. Ia tradisi.
Siapa asyik hantar mesej kepada awak?
38
00:02:29,649 --> 00:02:32,109
Andre. Selepas berkongsi
kemarahan tentang Cam,
39
00:02:32,193 --> 00:02:35,743
kami sedar kami memeriksa perasaan
berdasarkan numerologi dan fasa bulan.
40
00:02:35,822 --> 00:02:38,952
Jadi, nak panjangkan cerita,
saya kini pengacara bersamanya.
41
00:02:39,450 --> 00:02:42,160
Alamak, saya ada audio siar.
Saya perlu pergi.
42
00:02:46,749 --> 00:02:48,169
Malam ini, bulan surut,
43
00:02:48,251 --> 00:02:52,381
jadi audio siar hari ini patut fokus pada
melepaskan tenaga toksik dan sumpahan.
44
00:02:52,463 --> 00:02:54,673
Dan melepaskan dendam dalam hubungan.
45
00:02:54,757 --> 00:02:57,927
Ya, macam bulan surut. Saya suka.
46
00:02:58,011 --> 00:02:59,051
Suka apa?
47
00:02:59,137 --> 00:03:01,427
Awak, dan topik audio siar hari ini.
48
00:03:01,514 --> 00:03:04,314
- Melepaskan tenaga toksik.
- Bukan untuk saya.
49
00:03:04,392 --> 00:03:05,892
Ia tentang awak.
50
00:03:05,977 --> 00:03:07,847
Awak patut dengar rancangan ini
51
00:03:07,937 --> 00:03:10,517
untuk melepaskan perkara negatif dan luka.
52
00:03:10,607 --> 00:03:13,397
Saya lebih suka cikgu saya
selepas dia pakai seluar dalam.
53
00:03:13,484 --> 00:03:16,704
Bagaimana dengan orang yang lukakan awak?
Kita boleh lepaskan dia.
54
00:03:16,779 --> 00:03:20,829
Atau awak boleh bincangkan sebabnya
awak begitu sibuk dengan masalah saya.
55
00:03:20,909 --> 00:03:24,159
- Beritahu Cam dia perlu dengar.
- Cam perlu hormati pendiriannya.
56
00:03:24,245 --> 00:03:26,535
Dia lantang tentang tidak menyokong seni.
57
00:03:26,623 --> 00:03:30,083
Ya. Jika saya dengar audio siar awak,
saya juga perlu dengar DJ yang teruk
58
00:03:30,168 --> 00:03:32,798
atau menonton
persembahan improvisasi kawan saya.
59
00:03:32,879 --> 00:03:34,919
Kemudian, saya sibuk Isnin hingga Ahad.
60
00:03:35,006 --> 00:03:36,126
Jangan desak Cam.
61
00:03:36,216 --> 00:03:39,256
Dia tak sensitif macam kita
dan itu tak mengapa.
62
00:03:39,969 --> 00:03:42,849
Saya tak sensitif? Betulkah awak nak mula?
63
00:03:44,265 --> 00:03:48,095
Sebenarnya, saya nak mula menuju ke rumah
64
00:03:48,186 --> 00:03:50,056
kerana saya terlupa…
65
00:03:50,146 --> 00:03:51,146
Selamat tinggal!
66
00:03:54,275 --> 00:03:57,065
Nampaknya dia juga lupa arah apartmennya.
67
00:03:57,695 --> 00:03:58,695
Ya.
68
00:03:59,530 --> 00:04:01,870
- Kenapa dengan awak dan Demi?
- Tiada apa-apa.
69
00:04:03,159 --> 00:04:04,829
Mungkin ada sesuatu.
70
00:04:04,911 --> 00:04:06,871
Sebagai orang yang suka mengelak,
71
00:04:06,955 --> 00:04:09,205
saya lega tak perlu berbincang dengannya,
72
00:04:09,290 --> 00:04:12,500
tapi dia suka mendesak,
saya jengkel dia tak mendesak saya.
73
00:04:17,340 --> 00:04:19,590
Nampak betapa lurusnya belakang dia?
74
00:04:20,510 --> 00:04:25,010
Saya rasa belakang awak melengkung
semasa berlatih. Mungkin itu masalah awak.
75
00:04:25,098 --> 00:04:28,428
Tapi jika saya tak melengkung,
saya tak boleh guna bahu.
76
00:04:28,518 --> 00:04:30,438
Otot trapezius saya lebih kuat.
77
00:04:30,520 --> 00:04:34,730
Mungkin jika saya guna trisep
dan ketatkan punggung, saya akan…
78
00:04:34,816 --> 00:04:37,316
Awak terlebih fikir.
Jangan terlebih fikir.
79
00:04:37,402 --> 00:04:39,822
Setuju. Genggaman longgar
jika saya terlebih fikir.
80
00:04:40,822 --> 00:04:43,702
- Saya tahu pertandingan itu bodoh.
- Ia tak bodoh.
81
00:04:43,783 --> 00:04:48,163
Awak berusaha untuk jadi yang terbaik
dan awak buat untuk diri sendiri.
82
00:04:48,246 --> 00:04:49,326
Itu yang penting.
83
00:04:49,414 --> 00:04:51,874
Saya juga mahu pujian
dan gambar dalam The LA Times.
84
00:04:51,958 --> 00:04:53,578
Saya rasa awak boleh buat.
85
00:04:53,668 --> 00:04:55,838
Saya tak perlukan dorongan.
Saya tahu saya boleh.
86
00:04:55,920 --> 00:04:58,010
- Sebab itu saya suka awak.
- Apa?
87
00:05:00,341 --> 00:05:02,471
Awak ada masa untuk lihat senarai runcit
88
00:05:02,552 --> 00:05:05,142
yang ayah awak beri kepada Tonio
yang beri kepada saya?
89
00:05:05,221 --> 00:05:06,351
Saya nak ke Costco
90
00:05:06,431 --> 00:05:11,191
dan ada barang istimewa
yang memerlukan penerangan lanjut.
91
00:05:11,728 --> 00:05:15,358
Ia berkaitan dengan perkara
yang saya tak alami.
92
00:05:15,440 --> 00:05:17,820
Tampon. Bebas haruman dan kadbod.
93
00:05:17,900 --> 00:05:21,280
Saya suka plastik, tapi alam sekitar
lebih penting daripada vagina.
94
00:05:22,697 --> 00:05:25,447
- Bukannya saya tak kisah…
- Saya faham. Terima kasih.
95
00:05:25,533 --> 00:05:29,663
Hei, kalau awak lapang malam ini,
marilah ke parti Hari Kematian kawan saya.
96
00:05:29,746 --> 00:05:31,326
Dia kata saya boleh bawa kawan.
97
00:05:31,956 --> 00:05:33,166
Jadi, kita kawan?
98
00:05:34,667 --> 00:05:35,667
Ya.
99
00:05:36,544 --> 00:05:40,384
Dan awak perlu keluar dari rumah
dari pukul 6.30 hingga 10.00.
100
00:05:40,465 --> 00:05:43,965
- Tonio sewakannya kepada kru filem.
- Sekali lagi? Tak, maaf.
101
00:05:44,052 --> 00:05:46,852
Saya tak boleh pergi ke parti,
tapi saya akan keluar
102
00:05:46,929 --> 00:05:48,469
untuk ziarah mak saya di kubur.
103
00:05:49,057 --> 00:05:51,387
Upacaranya semalaman,
terima kasih kerana jemput.
104
00:05:59,400 --> 00:06:03,110
Mujurlah kita boleh guna bilik AV sekarang
kerana saya bantu Gloria selepas sekolah.
105
00:06:03,196 --> 00:06:07,366
Hari ini penting untuk dia. Dan kita!
Tak sabar nak bercakap tentang fasa bulan.
106
00:06:07,450 --> 00:06:09,830
Saya nak bercakap
tentang perkara yang kamu elak.
107
00:06:11,954 --> 00:06:15,794
Hari ini, Cam tetamu kita
dan kita akan jelaskan beberapa perkara.
108
00:06:19,712 --> 00:06:22,172
Saya ada idea
untuk upacara kubur malam ini.
109
00:06:22,256 --> 00:06:25,716
Semasa kita periksa barang-barang mak
di garaj sebelum ini,
110
00:06:25,802 --> 00:06:29,102
saya jumpa kotak besar
patung Precious Moments yang mak suka.
111
00:06:29,180 --> 00:06:31,810
Mari bawa
dan susun di sekeliling kuburnya?
112
00:06:31,891 --> 00:06:35,691
Kakak suka idea itu,
tapi sebenarnya mak benci patung itu.
113
00:06:35,770 --> 00:06:37,520
Tapi mak susun di rumah.
114
00:06:37,605 --> 00:06:40,775
Untuk nenek. Nenek hadiahkannya.
Mak rasa ia nampak murah.
115
00:06:40,858 --> 00:06:44,028
Dia juga fikir nenek suka benda murah
tapi jangan beritahu ayah.
116
00:06:44,529 --> 00:06:45,359
Okey.
117
00:06:45,446 --> 00:06:49,526
Apa kata kita pergi ke restoran Itali
kegemaran kita selepas upacara?
118
00:06:49,617 --> 00:06:53,747
Mak benci. Ia menjadi
restoran kegemaran kita selepas dia mati.
119
00:06:53,830 --> 00:06:56,620
Tapi teruskan beri idea.
Tentu ada yang sesuai.
120
00:06:59,502 --> 00:07:02,212
Ini Hari Dre Yang Baharu
untuk kamu berdua.
121
00:07:03,297 --> 00:07:04,917
Ayuhlah, ini audio siar.
122
00:07:05,633 --> 00:07:09,303
Orang tak nampak betapa tak selesanya
kamu berdua, biar saya gambarkan.
123
00:07:09,387 --> 00:07:11,057
Cam nampak berpeluh,
124
00:07:11,139 --> 00:07:14,479
Demi nampak gelisah dan macam
akan cakap sesuatu yang dia sesali.
125
00:07:14,559 --> 00:07:16,769
Kita cuma ada 10 minit lagi, jadi…
126
00:07:16,853 --> 00:07:19,983
Baiklah, mari berhenti diam
dan mula bercakap.
127
00:07:20,064 --> 00:07:22,444
Khususnya perkara yang kamu berdua elak.
128
00:07:22,525 --> 00:07:25,315
Tahu apa yang
saya tak pernah elak? Fabrik!
129
00:07:26,904 --> 00:07:29,704
Siapa tak suka fabrik?
Ia fabrik kehidupan kita.
130
00:07:29,782 --> 00:07:33,202
Dan asas penaja korporat aspirasi kita,
Tekstil Freeridge.
131
00:07:33,286 --> 00:07:36,996
Mereka buat fabrik yang hebat.
Baiklah, kembali ke rancangan.
132
00:07:37,081 --> 00:07:39,631
Jadi, rancangan hari ini
tentang bulan surut
133
00:07:39,709 --> 00:07:43,129
dan melepaskan dendam
yang tidak membantu dalam hubungan.
134
00:07:43,212 --> 00:07:45,422
Cam, masa untuk bersihkan emosi awak.
135
00:07:45,506 --> 00:07:48,546
Kita perlu keluarkan kotoran
dan bersihkan jiwa awak
136
00:07:48,634 --> 00:07:50,474
untuk awak bercinta semula.
137
00:07:51,053 --> 00:07:54,143
Sayang, beritahu kami.
Siapa yang melukakan awak?
138
00:07:54,640 --> 00:07:56,890
Saya tak selesa untuk sebut namanya.
139
00:07:56,976 --> 00:07:59,846
Kita buang masa.
Situasi itu dah lama berlaku.
140
00:07:59,937 --> 00:08:02,817
Mari lupakan masa silam.
Ia tak penting pun.
141
00:08:02,899 --> 00:08:04,729
Sebenarnya ia sangat penting.
142
00:08:05,234 --> 00:08:06,534
Cakaplah, sayang.
143
00:08:08,154 --> 00:08:09,744
Jadi, inilah yang berlaku.
144
00:08:10,698 --> 00:08:13,778
Semasa saya 12 tahun,
sebelum saya mengaku saya biseksual,
145
00:08:13,868 --> 00:08:15,618
kawan yang saya suka kata
146
00:08:15,703 --> 00:08:19,373
dia tak boleh mencintai lelaki
yang pernah mencintai lelaki.
147
00:08:20,082 --> 00:08:21,882
Perempuan tak guna itu.
148
00:08:21,959 --> 00:08:24,999
Dan awak mencintai kawan ini?
149
00:08:26,506 --> 00:08:27,626
Ya.
150
00:08:27,715 --> 00:08:32,505
Demi, awak berkawan dengan Cam dulu.
Awak nampak semua ini?
151
00:08:32,595 --> 00:08:33,675
Ya, dia ada.
152
00:08:33,763 --> 00:08:36,183
Saya ada? Saya tak ingat pun.
153
00:08:36,265 --> 00:08:39,225
Tentu saya ingat jika terdengar,
tapi saya tak dengar.
154
00:08:39,310 --> 00:08:40,940
- Mudahnya.
- Bukan mudah.
155
00:08:41,020 --> 00:08:42,940
Saya rasa tiada sesiapa cakap begitu.
156
00:08:43,022 --> 00:08:44,442
- Dia cakap.
- Saya rasa tak.
157
00:08:44,524 --> 00:08:47,154
- Okey…
- Saya bukan nak menidakkan awak.
158
00:08:47,235 --> 00:08:48,645
Tapi itu tak berlaku.
159
00:08:48,736 --> 00:08:50,196
Jangan ambil hati, Demi.
160
00:08:50,279 --> 00:08:54,529
Ia mengguris asas identiti saya,
jadi saya pasti ingatan saya lebih baik.
161
00:08:54,617 --> 00:08:55,867
- Berbeza pendapat.
- Okey.
162
00:08:55,952 --> 00:08:58,292
Tak, ini bukan samar. Ia jelas.
163
00:08:58,371 --> 00:08:59,501
Tak macam seksualiti.
164
00:08:59,580 --> 00:09:03,580
Saya setuju, itu sebabnya
saya nafikan kejadian ini berlaku.
165
00:09:03,668 --> 00:09:05,918
- Mungkin awak tak dengar.
- Mungkin saya tak percaya.
166
00:09:06,003 --> 00:09:10,423
Tak penting jika awak percaya.
Awak tak hormati pengalaman saya.
167
00:09:11,467 --> 00:09:13,547
Mungkin luka ini belum sedia untuk pulih.
168
00:09:14,679 --> 00:09:19,729
Terima kasih untuk perbualan janggal ini.
Saya harap rancangan kamu lebih menarik.
169
00:09:20,935 --> 00:09:22,725
Saya akan telefon, sayang.
170
00:09:22,812 --> 00:09:24,692
Itulah rancangan kami.
171
00:09:25,314 --> 00:09:26,944
Ini Hari Dre Yang Baharu
172
00:09:27,024 --> 00:09:29,534
Harap hari anda hebat
173
00:09:30,069 --> 00:09:33,279
Kenapa buat esok?
Jika anda boleh buat hari ini?
174
00:09:33,364 --> 00:09:34,454
Okey!
175
00:09:34,532 --> 00:09:36,032
Ini Hari Dre Yang Baharu
176
00:09:36,534 --> 00:09:39,914
Ini Hari Dre Yang Baharu, okey
177
00:09:41,664 --> 00:09:43,754
Lebih kurang 6.45 petang.
178
00:09:43,833 --> 00:09:45,753
Kita patut siapkan kemas kini tahunan
179
00:09:45,835 --> 00:09:48,545
dan beralih kepada duet
lagu Depeche Mode kegemaran mak.
180
00:09:49,130 --> 00:09:52,470
Kakak terlupa nak cakap.
Duet itu bukan duet lagi.
181
00:09:52,550 --> 00:09:56,970
Ia akan jadi solo kerana kamu suka
nyanyi terlalu kuat dan terlupa lirik.
182
00:09:57,054 --> 00:10:00,734
Kakak rasa tahun ini kamu patut berdiam
untuk memperingati mak.
183
00:10:00,808 --> 00:10:03,058
Apa kata saya terus tak ada?
184
00:10:03,144 --> 00:10:04,774
Kamu nak tunggu di kereta?
185
00:10:04,854 --> 00:10:06,864
Tak, saya tak nak pergi.
186
00:10:07,607 --> 00:10:11,027
Rusty jemput saya ke parti,
jadi saya akan pergi.
187
00:10:12,570 --> 00:10:15,780
- Oh. Dia jemput awak juga?
- Dia jemput saya dulu.
188
00:10:15,865 --> 00:10:19,155
Kakak tak perlukan saya untuk upacara,
jadi saya nak berparti.
189
00:10:19,243 --> 00:10:21,503
- Ayah takkan benarkan.
- Dia benarkan.
190
00:10:21,579 --> 00:10:25,289
Kami berbalas mesej semasa kakak
senaraikan doa pada pukul 6.13 petang.
191
00:10:25,374 --> 00:10:26,834
Kakak akan telefon ayah.
192
00:10:28,085 --> 00:10:29,745
- Gloria, semua okey?
- Tak.
193
00:10:29,837 --> 00:10:34,337
Ayah benarkan Ines ke parti
dan bukannya ke kubur malam ini?
194
00:10:34,425 --> 00:10:37,795
- Ya.
- Tapi kita sekeluarga patut pergi.
195
00:10:37,887 --> 00:10:40,767
- Ia tradisi.
- Sayang, ayah telefon kamu tadi.
196
00:10:40,848 --> 00:10:42,178
Ayah sudah di kubur
197
00:10:42,266 --> 00:10:45,306
kerana ayah akan ke majlis amal
dengan Lucia malam ini.
198
00:10:45,394 --> 00:10:49,274
- Dia dah lama rancang.
- Lucia? Ayah tinggalkan saya untuk Lucia?
199
00:10:49,357 --> 00:10:52,147
Pagi ini baru ayah tahu
acara itu malam ini.
200
00:10:52,234 --> 00:10:55,404
Pergi ke parti dengan Ines jika kamu mahu
dan kita ke kubur esok.
201
00:10:55,488 --> 00:10:57,818
Esok bukan satu pilihan bagi saya.
202
00:10:57,907 --> 00:11:01,367
Ia Hari Kematian,
bukan Sehari Selepas Hari Kematian.
203
00:11:01,452 --> 00:11:03,952
Gloria, pergi esok tak melanggar tradisi.
204
00:11:04,038 --> 00:11:04,868
Ya bagi saya.
205
00:11:04,955 --> 00:11:07,575
Berdasarkan pengalaman ayah,
tradisi boleh berubah.
206
00:11:07,667 --> 00:11:08,747
Kamu patut terbuka.
207
00:11:08,834 --> 00:11:11,594
Ayah, definisi tradisi adalah
ia tak berubah.
208
00:11:11,671 --> 00:11:13,761
Ayah bodohkah? Sungguh?
209
00:11:13,839 --> 00:11:17,219
Ayah tahu kamu kecewa,
jadi ayah ketepikan sifat biadab kamu.
210
00:11:17,802 --> 00:11:20,512
Kamu bodoh?
Sebab kamu bercakap dengan ayah.
211
00:11:20,596 --> 00:11:22,556
Saya mungkin maafkan,
tapi saya takkan lupa.
212
00:11:22,640 --> 00:11:24,640
Berseronoklah dengan kekasih baharu.
213
00:11:24,725 --> 00:11:27,015
Itu yang saya nak cakap,
tapi saya tak cakap.
214
00:11:27,103 --> 00:11:28,693
Dialog itu patut ada pendengar.
215
00:11:28,771 --> 00:11:30,981
Bercakap tentang pendengar,
saya nak beritahu.
216
00:11:31,065 --> 00:11:34,395
Saya sangat marah Cam kerana kata-katanya
semasa audio siar Andre.
217
00:11:34,485 --> 00:11:35,485
Kata-kata apa?
218
00:11:35,569 --> 00:11:38,699
Cam marah tentang sesuatu
yang saya cakap semasa saya 12 tahun.
219
00:11:38,781 --> 00:11:39,871
Saya tak tahu pun.
220
00:11:39,949 --> 00:11:42,489
- Awak cakap apa? Mungkin saya ingat?
- Saya…
221
00:11:44,120 --> 00:11:47,580
Ia bodoh. Saya tak ingat.
Maksud saya, saya 12 tahun.
222
00:11:47,665 --> 00:11:51,245
Apa yang saya tahu ketika itu?
Pornografi pun saya tak pernah tengok.
223
00:11:53,045 --> 00:11:56,415
Kami perlu tahu
tentang mak saya menghantui kamu.
224
00:11:57,091 --> 00:11:58,091
- Apa?
- Apa?
225
00:11:58,134 --> 00:12:00,514
Kami rasa kami nampak nenek
di tanah perkuburan.
226
00:12:02,096 --> 00:12:06,016
Lobak dan bawang putih
ialah pembersih roh semula jadi yang baik.
227
00:12:06,100 --> 00:12:07,770
- Dari mana kamu tahu?
- Reddit.
228
00:12:07,852 --> 00:12:09,562
- Dari mana kamu baca?
- Reddit.
229
00:12:10,187 --> 00:12:11,227
Ya, tapi di mana?
230
00:12:11,313 --> 00:12:12,613
Saya baca di Reddit.
231
00:12:12,690 --> 00:12:13,690
Begini…
232
00:12:14,316 --> 00:12:17,276
Seperti yang boleh dilihat,
ini satu jemputan,
233
00:12:17,361 --> 00:12:19,281
tapi bukan sebarang jemputan.
234
00:12:19,363 --> 00:12:22,323
Ini hari jadi ke-50
bertemakan Lethal Weapon.
235
00:12:22,408 --> 00:12:24,868
Selepas menyelidik tentang Lethal Weapon,
236
00:12:24,952 --> 00:12:26,792
saya dapati ia filem tentang polis…
237
00:12:26,871 --> 00:12:28,501
Saya tahu filem itu.
238
00:12:28,581 --> 00:12:30,581
Jelas sekali Mariluna menyukainya.
239
00:12:30,666 --> 00:12:33,336
Sama seperti Henry,
kerana Mariluna rancang untuknya.
240
00:12:33,919 --> 00:12:36,209
Lihat nota Mariluna kepada Marisol.
241
00:12:36,297 --> 00:12:39,967
"Marisol, datanglah. Saya rindu awak."
242
00:12:40,050 --> 00:12:41,640
Awak rasa apa maksudnya?
243
00:12:41,719 --> 00:12:46,099
Saya rasa mak saya, Marisol, dijemput
dan Mariluna rindu dia.
244
00:12:47,183 --> 00:12:48,313
Tapi siapa Mariluna?
245
00:12:48,392 --> 00:12:50,142
Itulah persoalannya!
246
00:12:50,227 --> 00:12:53,767
Marisol. Mariluna. Matahari. Bulan.
247
00:12:53,856 --> 00:12:55,476
Mereka mungkin bersaudara.
248
00:12:55,566 --> 00:12:57,526
- Dia cuma ada adik-beradik lelaki.
- Awak pasti?
249
00:12:57,610 --> 00:12:59,990
Saya tahu semuanya tentang mak saya.
250
00:13:00,070 --> 00:13:01,160
Dia suka berkongsi.
251
00:13:01,238 --> 00:13:03,908
Dia terlalu suka berkongsi di rumah kami.
252
00:13:03,991 --> 00:13:06,371
Jadi, awak tahu
dia terlibat dalam Guerra Sucia?
253
00:13:07,703 --> 00:13:11,083
Itu bukan pengetahuan umum.
Bagaimana kamu tahu?
254
00:13:11,165 --> 00:13:14,075
- Laman web peringatannya.
- Laman web peringatan apa?
255
00:13:16,086 --> 00:13:19,256
Tak, saya tak tahu
Jamal buat laman web pelik ini.
256
00:13:19,340 --> 00:13:21,590
Awak rasa
anak awak bercinta dengan Marisol?
257
00:13:21,675 --> 00:13:22,965
- Mungkin.
- Mungkin.
258
00:13:23,052 --> 00:13:27,012
- Mak saya tak bercinta dengan remaja.
- Mereka rapat walaupun tak sesuai.
259
00:13:27,097 --> 00:13:29,017
- Kawan baik.
- Itu agak aneh.
260
00:13:29,099 --> 00:13:33,559
Bukan untuk Jamal. Dia ada banyak
hobi aneh dan rahsia yang lebih aneh.
261
00:13:35,231 --> 00:13:38,361
- Dia jumpa duit RollerWorld.
- Mengarut. RollerWorld?
262
00:13:38,442 --> 00:13:41,822
- Tiada wang tunai tertanam di sini.
- Ia benar. Anak saya jumpa.
263
00:13:41,904 --> 00:13:45,664
Tolong sikit, dengan bantuan kawan-kawan
dan mak mentua saya.
264
00:13:45,741 --> 00:13:47,451
Apa mereka buat dengan duit itu?
265
00:13:47,535 --> 00:13:51,405
Menurut Jamal, Marisol tanam semula
agar budak-budak dapat cari lagi.
266
00:13:51,497 --> 00:13:54,037
Dia tinggalkan peta. Peta yang dia sulam.
267
00:13:57,711 --> 00:13:58,751
Macam ini?
268
00:13:58,838 --> 00:14:02,968
Ya, tapi yang dah siap.
Peta ini cuma bawa kamu ke CVS.
269
00:14:03,050 --> 00:14:06,350
- Jika Jamal dan Marisol bercinta…
- Mereka tak bercinta!
270
00:14:06,428 --> 00:14:08,508
Apa-apa saja, bersentuh sambil berpakaian,
271
00:14:08,597 --> 00:14:11,597
saya pasti Jamal kenal Mariluna.
272
00:14:12,434 --> 00:14:14,944
- Boleh kami bercakap dengan anak awak?
- Boleh.
273
00:14:15,563 --> 00:14:16,733
Tapi ia
274
00:14:17,815 --> 00:14:18,815
menjengkelkan.
275
00:14:21,819 --> 00:14:25,529
Tak, sayang. Depan, depan, depan,
tepi, belakang, tepi, depan.
276
00:14:25,614 --> 00:14:29,034
- Itulah yang saya buat.
- Tak, awak keliru tepi dan depan.
277
00:14:29,118 --> 00:14:30,448
Awak perlu pusing.
278
00:14:30,536 --> 00:14:32,366
Aduhai, ia mengelirukan.
279
00:14:32,454 --> 00:14:34,874
Bercakap dengan Jamal
memang menjengkelkan.
280
00:14:34,957 --> 00:14:38,837
Dia bekerja untuk Noel Aroma.
Telefon tak berfungsi di biosfera.
281
00:14:38,919 --> 00:14:41,919
- Biokubah.
- Ambil sebelum saya hancurkannya.
282
00:14:42,006 --> 00:14:44,586
- Awak ke tepi tiga kali.
- Tak, ke depan.
283
00:14:44,675 --> 00:14:47,465
Awak pasti?
Jika awak pusing, itu belakangnya.
284
00:14:48,512 --> 00:14:49,682
Beri kepada saya.
285
00:14:54,393 --> 00:14:56,233
- Helo.
- Jamal, sayang?
286
00:14:56,312 --> 00:14:58,152
- Mak.
- Kenapa dia macam robot?
287
00:14:58,230 --> 00:15:02,190
Sebab tetapan suara raksasa yeti
masih dalam ujian beta. Siapa awak?
288
00:15:02,276 --> 00:15:07,066
Hai, saya Demi. Saya ada soalan
yang ibu bapa awak cuba bantu saya jawab.
289
00:15:07,156 --> 00:15:10,946
Awak kenal Mariluna, wanita yang Marisol,
mendiang kekasih awak kenali?
290
00:15:11,035 --> 00:15:12,115
Tidak.
291
00:15:12,202 --> 00:15:13,912
- Marisol ada adik?
- Ya.
292
00:15:13,996 --> 00:15:17,036
Kiub itu menipu.
Mak saya tak ada adik perempuan.
293
00:15:17,124 --> 00:15:20,634
Sebelum dia mati,
Abuelita beritahu saya dia ada kembar.
294
00:15:21,128 --> 00:15:23,708
Sebab itu rupa mereka sama.
Marisol kembar Mariluna.
295
00:15:23,797 --> 00:15:27,717
Maksud saya, Bulan, Matahari.
Masuk akal? Itu saja?
296
00:15:27,801 --> 00:15:31,141
Satu soalan lagi.
Jamal, kamu bercinta dengan ibu saya?
297
00:15:31,221 --> 00:15:35,601
En. Martinez, saya takkan layan
soalan awak dengan menjawabnya.
298
00:15:35,684 --> 00:15:37,234
Jawapannya bukan, betul?
299
00:15:38,604 --> 00:15:41,194
- Dia kembar jahat.
- Dia kembar jahat.
300
00:15:41,273 --> 00:15:42,523
Kejutan.
301
00:15:42,608 --> 00:15:46,528
Hantu yang saya tak percaya
ialah hantu bukannya hantu
302
00:15:46,612 --> 00:15:49,112
kerana macam sangkaan saya,
ia orang sebenar
303
00:15:49,198 --> 00:15:52,158
lalu membuktikan hantu tak wujud.
304
00:15:52,242 --> 00:15:54,832
Orang Percaya 0, Gloria 1.
305
00:15:54,912 --> 00:15:56,622
Kenapa teruk sangat?
306
00:15:56,705 --> 00:15:59,915
Sebab hari ini penting
untuk keluarga saya, Demi.
307
00:16:00,000 --> 00:16:02,000
Saya tiada masa untuk benda bodoh ini.
308
00:16:02,086 --> 00:16:04,206
Jangan hina saya dan cakap ia benda bodoh.
309
00:16:04,296 --> 00:16:06,216
Saya tak faham sebabnya awak percaya.
310
00:16:06,298 --> 00:16:10,548
Awak tak perlu faham.
Awak perlu hormati, tapi awak tak buat.
311
00:16:12,554 --> 00:16:16,434
Saya pun tak buat,
kerana itulah reaksi saya kepada Cam.
312
00:16:17,309 --> 00:16:19,019
Alamak. Saya perlu pergi.
313
00:16:22,272 --> 00:16:24,362
Tukar. Mak takkan suka pakaian itu.
314
00:16:24,441 --> 00:16:26,651
Itu tak penting. Pertama, dia dah mati.
315
00:16:26,735 --> 00:16:30,235
Kedua, dia takkan nampak
kerana saya tak ke kubur malam ini.
316
00:16:30,322 --> 00:16:32,782
Kamu masih pilih parti berbanding mak?
317
00:16:32,866 --> 00:16:36,156
- Tak, saya pilih parti berbanding kakak.
- Kamu pentingkan diri.
318
00:16:36,245 --> 00:16:39,915
Kamu tak boleh luangkan satu malam
untuk fokus pada orang lain.
319
00:16:39,999 --> 00:16:43,709
Tak, kakak tak boleh.
Jika tak ikut cara kakak, kakak tak layan.
320
00:16:43,794 --> 00:16:46,344
Kamu suka berlagak seperti kamu mangsa.
321
00:16:46,422 --> 00:16:49,882
Ya, saya memang begitu.
Sekali lagi, Gloria tahu semuanya.
322
00:16:49,967 --> 00:16:52,677
Kakak tahu semuanya
sebab kakak buat semuanya.
323
00:16:52,761 --> 00:16:56,521
- Sebab kakak tak benarkan saya bantu.
- Kamu tak membantu.
324
00:16:56,598 --> 00:16:59,938
Saya buat yang terbaik!
Apa lagi kakak nak daripada saya?
325
00:17:00,019 --> 00:17:01,349
Untuk kamu jadi lebih baik
326
00:17:01,437 --> 00:17:06,147
dan luangkan masa untuk ambil berat
tentang wanita hebat yang melahirkan kamu.
327
00:17:09,194 --> 00:17:11,284
Kakak boleh tentukan cara mengemas dapur
328
00:17:11,363 --> 00:17:14,453
atau buat kek
atau kawan yang boleh ikut ke parti,
329
00:17:14,950 --> 00:17:17,660
tapi jangan tentukan cara
saya memperingati mak saya!
330
00:17:18,328 --> 00:17:20,158
Saya tunggu Rusty di luar.
331
00:17:20,247 --> 00:17:22,747
Oh, sekarang kakak faham.
332
00:17:23,250 --> 00:17:24,790
Ini tentang Rusty.
333
00:17:24,877 --> 00:17:27,957
Ya Tuhan! Ini tiada kaitan dengan Rusty!
334
00:17:28,047 --> 00:17:29,337
Tapi alang-alang itu,
335
00:17:29,423 --> 00:17:31,683
jika kakak tak suka dia,
saya boleh suka dia.
336
00:17:31,759 --> 00:17:34,599
Bukannya kakak tak suka. Kakak suka dia.
337
00:17:34,678 --> 00:17:38,638
Maksud kakak, bukannya teruk jika dia ada.
Dia bukannya tak guna.
338
00:17:40,350 --> 00:17:43,650
- Teruknya.
- Betul. Dia bukannya tak berguna.
339
00:17:43,729 --> 00:17:47,479
Tak, apa yang teruk ialah
kakak cuma kenal Rusty beberapa minggu
340
00:17:47,566 --> 00:17:50,486
dan kakak puji dia
lebih daripada kakak puji saya.
341
00:17:52,738 --> 00:17:54,868
Ines, kamu tak boleh pergi.
342
00:17:54,948 --> 00:17:56,278
Ya, saya akan pergi.
343
00:17:56,784 --> 00:17:58,084
Kakak bukan mak saya.
344
00:17:59,036 --> 00:18:03,206
Jadi, hantu itu sebenarnya kembar
wanita yang mati itu, bukannya hantu.
345
00:18:03,290 --> 00:18:05,290
- Gila, bukan?
- Demi, kenapa awak di sini?
346
00:18:05,375 --> 00:18:08,415
Untuk berkongsi berita
bahawa hantu itu bukan hantu.
347
00:18:08,504 --> 00:18:10,214
Bagus, berita dikongsi.
348
00:18:10,297 --> 00:18:13,677
- Kini, saya ada perpisahan.
- Awak berpisah dengan Andre?
349
00:18:13,759 --> 00:18:17,179
Tidak, bukan Andre.
Rancangan The Bachelor malam ini?
350
00:18:19,139 --> 00:18:20,429
Saya dan Andre okey.
351
00:18:21,350 --> 00:18:26,020
Saya ubah fikiran dan sedar
dia ada banyak kelebihan termasuk
352
00:18:26,105 --> 00:18:27,475
dia bukan penipu.
353
00:18:30,567 --> 00:18:31,567
Selamat malam.
354
00:18:33,195 --> 00:18:34,315
Dingin rasanya.
355
00:18:37,032 --> 00:18:41,202
- Suhunya 70 darjah.
- Maksud saya, awak dingin terhadap saya.
356
00:18:42,788 --> 00:18:45,958
Saya tak nak awak berdingin lagi.
Saya minta maaf.
357
00:18:46,542 --> 00:18:48,252
Sebab awak tak selesa?
358
00:18:48,335 --> 00:18:52,625
Saya juga minta maaf
kerana tak menghormati pertengkaran kita.
359
00:18:53,632 --> 00:18:57,182
Saya minta maaf ia terjadi
dan awak fikir saya cakap begitu.
360
00:18:57,261 --> 00:19:00,221
Saya tak fikir,
saya tahu awak cakap begitu.
361
00:19:00,305 --> 00:19:03,135
Cam, saya takkan cakap
sesuatu seperti itu.
362
00:19:03,684 --> 00:19:05,064
Saya tak percaya pun.
363
00:19:05,144 --> 00:19:08,194
Saya tak anggap awak kurang menarik
kerana awak suka lelaki juga.
364
00:19:09,940 --> 00:19:11,230
Saya 12 tahun.
365
00:19:11,316 --> 00:19:13,736
Apa yang saya tahu tentang seksualiti?
366
00:19:14,570 --> 00:19:19,120
Saya minta maaf kerana perkara bodoh
yang saya tak ingat telah melukakan awak.
367
00:19:19,199 --> 00:19:20,579
Tapi ia bukan bodoh.
368
00:19:21,827 --> 00:19:23,077
Ia menyedihkan.
369
00:19:25,122 --> 00:19:28,332
Awak minta maaf bukan untuk saya.
Ini untuk awak.
370
00:19:29,501 --> 00:19:32,881
Awak tak suka kerana awak tak selesa,
tapi bayangkan saya.
371
00:19:35,132 --> 00:19:36,552
Awak melukakan saya hari itu.
372
00:19:37,759 --> 00:19:41,009
Saya tak pulih sepenuhnya
kerana kata-kata yang awak cakap
373
00:19:41,096 --> 00:19:43,426
tapi awak tak akui
buat saya persoalkan segalanya.
374
00:19:43,515 --> 00:19:47,595
Keyakinan saya,
harga diri saya, kawan baik saya.
375
00:19:47,686 --> 00:19:48,936
Kenapa?
376
00:19:49,021 --> 00:19:51,151
Sebab awak sepatutnya selamat
377
00:19:52,024 --> 00:19:53,944
dan menerima, tapi awak tidak.
378
00:19:54,026 --> 00:19:56,106
Awak buat saya rasa diri saya jijik.
379
00:19:57,738 --> 00:19:58,738
Awak tak faham?
380
00:19:59,531 --> 00:20:01,161
Jika awak tak terima saya,
381
00:20:01,241 --> 00:20:03,791
apa kemungkinannya
dunia akan menerima saya?
382
00:20:12,502 --> 00:20:13,802
Pergi jahanam, Demi.
383
00:20:30,229 --> 00:20:31,519
Hei, nampak Ines?
384
00:20:31,605 --> 00:20:33,475
- Tak.
- Maaf.
385
00:20:33,565 --> 00:20:35,435
- Apa khabar?
- Hei, apa khabar?
386
00:20:44,868 --> 00:20:46,038
Awak nak balik?
387
00:20:47,621 --> 00:20:48,621
Ya.
388
00:20:50,290 --> 00:20:51,290
Dan tidak.
389
00:20:51,833 --> 00:20:55,753
Saya rasa bersalah kerana tak hadiri
upacara mak saya, tapi…
390
00:20:57,839 --> 00:20:59,969
Saya marah kepada Gloria.
391
00:21:01,176 --> 00:21:06,056
Dia fikir hari ini hanya penting baginya
tapi ia juga penting bagi saya.
392
00:21:06,765 --> 00:21:09,265
- Awak beritahu dia?
- Tak ada gunanya.
393
00:21:10,352 --> 00:21:12,232
Dia tak dengar dan dia takkan faham.
394
00:21:12,813 --> 00:21:13,983
Hei, saya dengar.
395
00:21:16,900 --> 00:21:19,780
Bukannya saya tak nak fikir
tentang mak saya.
396
00:21:19,861 --> 00:21:21,861
Saya fikir tentangnya setiap hari.
397
00:21:21,947 --> 00:21:26,907
Cuma seluruh hari ini
adalah untuk mengingatinya dan saya…
398
00:21:28,328 --> 00:21:29,328
Saya tak ingat.
399
00:21:29,746 --> 00:21:33,626
Saya sedih kerana tak ingat
benda yang dia suka hari ini.
400
00:21:33,709 --> 00:21:35,879
Bunga dan restoran kegemarannya.
401
00:21:35,961 --> 00:21:39,461
Kemudian diingatkan yang saya tak tahu.
402
00:21:40,048 --> 00:21:41,088
Mak saya sendiri.
403
00:21:42,175 --> 00:21:43,505
Saya tak ingat dia.
404
00:21:46,305 --> 00:21:48,845
Saya benci
kerana saya kejam kepada Gloria.
405
00:21:48,932 --> 00:21:50,522
Saya sentiasa kejam.
406
00:21:52,728 --> 00:21:53,808
Dan betul katanya.
407
00:21:55,314 --> 00:21:56,734
Saya tak membantu.
408
00:21:56,815 --> 00:21:59,855
Saya terlupa masukkan gula
ke dalam tres leches.
409
00:22:00,902 --> 00:22:02,902
Gloria mahu saya jadi lebih baik.
410
00:22:04,614 --> 00:22:05,914
Saya pun mahu.
411
00:22:07,659 --> 00:22:09,289
Saya cuma tak tahu caranya.
412
00:22:10,912 --> 00:22:11,912
Hei.
413
00:22:13,332 --> 00:22:16,542
Apa yang penting ialah awak terus mencuba.
414
00:22:31,516 --> 00:22:34,936
Sepatutnya Ines menari
dan serah semula kepada saya,
415
00:22:35,020 --> 00:22:36,190
tapi semuanya baik.
416
00:22:36,271 --> 00:22:39,481
Jadual kita lari sikit,
tapi saya seronok tentang hidup
417
00:22:39,566 --> 00:22:41,066
dan keadaan sekarang.
418
00:22:48,700 --> 00:22:51,410
Saya tak boleh tipu mak. Semuanya teruk.
419
00:22:57,793 --> 00:23:00,923
Ayah keluar dengan wanita baharu
420
00:23:01,004 --> 00:23:03,344
dan tak luangkan masa seperti dulu,
421
00:23:03,423 --> 00:23:05,593
mungkin kerana kansernya.
422
00:23:05,675 --> 00:23:08,465
Dan kanser juga!
Itu sesuatu yang menakutkan.
423
00:23:08,553 --> 00:23:11,223
Saya berpura-pura berani, tapi saya takut.
424
00:23:11,306 --> 00:23:14,676
Bagaimana jika kami kehilangan ayah?
Saya hampir musnah ketika kehilangan mak.
425
00:23:14,768 --> 00:23:17,728
Saya tak boleh pikul
semua tanggungjawabnya.
426
00:23:17,813 --> 00:23:23,073
Terutamanya sekarang
apabila Ines suka menyusahkan saya.
427
00:23:30,742 --> 00:23:32,122
Saya penat.
428
00:23:33,203 --> 00:23:35,373
Saya penat kerana selalu penat.
429
00:23:37,207 --> 00:23:39,747
Saya nak jadi budak semula.
430
00:23:40,252 --> 00:23:42,882
Seorang budak, sekali saja.
431
00:23:43,964 --> 00:23:48,304
Saya perlukan mak dan mak tiada di sini.
432
00:23:50,470 --> 00:23:51,510
Mak di sini.
433
00:23:55,392 --> 00:23:56,232
Mak?
434
00:23:56,309 --> 00:23:57,889
Glo, mak minta maaf
435
00:23:57,978 --> 00:24:03,148
kerana tak dapat peluk dan ingatkan kamu
bahawa kamu anak mak yang berani dan kuat.
436
00:24:04,568 --> 00:24:09,868
Saya tak rasa berani atau kuat sekarang.
437
00:24:09,948 --> 00:24:11,738
Tapi kamu begitu, sayang.
438
00:24:12,325 --> 00:24:16,035
Tidak, saya tak dapat kawal keadaan,
439
00:24:16,663 --> 00:24:20,793
dan saya memendam kemarahan
dalam hati saya
440
00:24:20,876 --> 00:24:25,876
kepada ayah, Ines dan mak kerana mak mati.
441
00:24:26,381 --> 00:24:27,551
Tak apa.
442
00:24:27,632 --> 00:24:31,472
Perasaan itu normal.
Jangan terlalu mendesak diri.
443
00:24:31,553 --> 00:24:34,013
Saya gagal dengan Ines.
444
00:24:34,598 --> 00:24:38,098
Dia sangat biadab dan tak menghargai…
445
00:24:38,185 --> 00:24:41,435
Mungkin kamu juga begitu?
446
00:24:41,521 --> 00:24:42,521
Apa?
447
00:24:42,606 --> 00:24:47,026
Kamu perlu berhenti menjadi maknya
dan mula jadi kakaknya.
448
00:24:47,110 --> 00:24:50,610
Cari jalan untuk suka dia
seperti kamu sayang dia.
449
00:24:51,907 --> 00:24:53,447
Cuba jadi kawan dia.
450
00:24:54,284 --> 00:24:56,244
Mungkin dia akan jadi kawan kamu.
451
00:24:57,871 --> 00:25:01,121
Bagaimana?
Bagaimana saya nak buat tanpa mak?
452
00:25:01,208 --> 00:25:03,208
Mak sentiasa bersama kamu, sayang.
453
00:25:04,169 --> 00:25:05,709
Kamu cuma perlu percaya.
454
00:25:08,131 --> 00:25:09,131
Saya tak percaya.
455
00:25:09,799 --> 00:25:11,339
Jadi, kenapa mak di sini?
456
00:25:12,469 --> 00:25:13,759
Gloria.
457
00:25:24,606 --> 00:25:25,606
Awak okey?
458
00:25:26,274 --> 00:25:27,274
Kenapa ke sini?
459
00:25:27,692 --> 00:25:29,902
Semasa saya hantar Ines,
awak tiada di rumah.
460
00:25:29,986 --> 00:25:32,946
Saya datang untuk lihat jika awak okey.
461
00:25:40,705 --> 00:25:41,705
Saya akan okey.
462
00:25:57,305 --> 00:25:59,215
Perkataan seperti keganasan
463
00:25:59,724 --> 00:26:01,524
Memecahkan sunyi
464
00:26:02,018 --> 00:26:03,898
Meluru masuk
465
00:26:03,979 --> 00:26:06,019
Ke dunia kecilku
466
00:26:06,731 --> 00:26:09,071
Sakit untukku
467
00:26:09,150 --> 00:26:11,240
Menembusi hatiku
468
00:26:11,319 --> 00:26:13,659
Tidakkah kau faham?
469
00:26:13,738 --> 00:26:15,618
Oh, anak gadisku
470
00:26:18,618 --> 00:26:20,448
Semua yang aku mahu
471
00:26:20,537 --> 00:26:22,327
Semua yang aku perlukan
472
00:26:22,414 --> 00:26:26,004
Ada di sini, dalam dakapanku…
473
00:26:28,920 --> 00:26:31,840
Seorang saudara perempuan
akan menjatuhkan seorang lagi.
474
00:26:32,507 --> 00:26:33,877
Seseorang akan mati.
475
00:27:36,905 --> 00:27:41,825
Terjemahan sari kata oleh Farhah Zubir