1
00:00:06,339 --> 00:00:08,776
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX
2
00:00:11,886 --> 00:00:15,849
Memang sukar untuk tahu
perkara dalam fikiran kucing.
3
00:00:16,349 --> 00:00:18,727
Dasha, mari sini.
4
00:00:22,480 --> 00:00:25,150
Tetapi penemuan baharu
mungkin membuka pintu
5
00:00:25,233 --> 00:00:27,777
untuk mengenali teman kita
yang membingungkan ini.
6
00:00:38,371 --> 00:00:41,291
Ada orang rasa
kucing tiada banyak kelebihan.
7
00:00:45,920 --> 00:00:48,757
Rancangan ini akan buktikan
bahawa mereka salah.
8
00:01:00,810 --> 00:01:03,938
Lupakan semua
yang anda tahu tentang kucing.
9
00:01:05,273 --> 00:01:07,859
Penyelidikan kucing
ketinggalan berbanding anjing,
10
00:01:07,942 --> 00:01:12,322
tapi kini ada peningkatan mendadak
dalam sains kucing.
11
00:01:12,947 --> 00:01:17,577
Generasi baharu ahli sains
mencabar pratanggapan.
12
00:01:17,660 --> 00:01:19,370
Kami jumpa aspek berbeza
13
00:01:19,454 --> 00:01:21,956
dalam tingkah laku,
personaliti, fisiologi,
14
00:01:22,040 --> 00:01:24,417
semua perkara yang buat kucing unik.
15
00:01:24,959 --> 00:01:27,921
Kucing bijak, ada sifat ingin tahu
16
00:01:28,004 --> 00:01:30,381
dan pandai bersosial dengan manusia.
17
00:01:31,341 --> 00:01:34,803
Ada bukti bahawa kucing
berevolusi untuk buat begitu.
18
00:01:36,930 --> 00:01:40,225
Ayuh kita merungkai misteri kucing,
19
00:01:40,892 --> 00:01:43,520
memahami tingkah laku gila kucing
20
00:01:44,062 --> 00:01:46,439
dan mentafsir bahasa tersembunyi kucing.
21
00:01:48,441 --> 00:01:49,734
Ia tak mudah.
22
00:01:50,693 --> 00:01:52,028
Kucing memang rumit.
23
00:01:52,112 --> 00:01:53,655
Dasha, mari sini.
24
00:01:54,239 --> 00:01:55,907
Ya, kucing ada perangai.
25
00:01:57,909 --> 00:02:01,412
Tapi kita boleh ajar kucing
buat apa-apa saja.
26
00:02:08,002 --> 00:02:11,214
Sesiapa saja boleh dedahkan
potensi sebenar kucing
27
00:02:12,090 --> 00:02:14,259
jika belajar rahsianya.
28
00:02:30,066 --> 00:02:31,776
Kucing ada di mana-mana.
29
00:02:33,444 --> 00:02:35,989
Tapi cuma sedikit
yang kita tahu tentangnya.
30
00:02:36,781 --> 00:02:40,410
Untuk memahami sifat sebenar kucing
31
00:02:40,493 --> 00:02:43,037
dan cara ia belajar hidup dengan manusia,
32
00:02:43,121 --> 00:02:45,081
kami bertanya kepada pakar.
33
00:02:45,790 --> 00:02:49,043
PENGARAH PUSAT KESIHATAN KUCING CORNELL
34
00:02:49,127 --> 00:02:51,004
PAKAR FISIOLOGI KUCING
35
00:02:51,588 --> 00:02:54,841
Orang rasa kucing tak pandai bersosial.
36
00:02:55,341 --> 00:02:57,760
Akui sajalah, kucing menghiburkan
37
00:02:57,844 --> 00:03:00,305
dan kadangkala sangat lucu.
38
00:03:03,266 --> 00:03:06,519
Anehnya, beberapa sifat
yang jadikannya begitu menarik
39
00:03:06,603 --> 00:03:09,814
berevolusi daripada leluhurnya
yang merupakan pembunuh.
40
00:03:10,648 --> 00:03:14,235
Jika seseorang diminta mencipta
41
00:03:15,153 --> 00:03:16,696
pemangsa darat
42
00:03:16,779 --> 00:03:21,075
yang sempurna dari segi sifat fizikal,
tingkah laku, persepsi,
43
00:03:22,368 --> 00:03:24,871
tiada yang lebih hebat daripada kucing.
44
00:03:27,415 --> 00:03:30,627
Nama saintifik kucing domestik
ialah Felis catus.
45
00:03:31,252 --> 00:03:34,881
Felis catus ialah spesies jinak yang unik
46
00:03:34,964 --> 00:03:37,967
yang berasal daripada kucing liar Afrika.
47
00:03:40,803 --> 00:03:44,849
Semua kucing besar dan kecil
tergolong dalam keluarga Felidae.
48
00:03:46,851 --> 00:03:49,020
Kira-kira 3.5 juta tahun lalu,
49
00:03:49,103 --> 00:03:52,815
genus Felis iaitu kucing kecil
terpisah daripada Panthera,
50
00:03:52,899 --> 00:03:56,236
iaitu kucing besar
seperti singa dan harimau.
51
00:03:58,196 --> 00:04:02,700
Kini, ada 400 juta Felis catus
di seluruh dunia.
52
00:04:03,952 --> 00:04:07,664
Jumlah itu menjadikannya
antara sepuluh mamalia paling berjaya
53
00:04:08,164 --> 00:04:10,166
yang pernah hidup di Bumi.
54
00:04:11,125 --> 00:04:15,171
Dalam sepuluh ribu tahun,
DNA kucing tidak banyak berubah.
55
00:04:16,422 --> 00:04:21,177
Secara genetik,
ada haiwan liar tinggal di rumah kita.
56
00:04:23,346 --> 00:04:27,100
Haiwan liar dengan perkakasan fizikal
yang menakjubkan.
57
00:04:28,559 --> 00:04:32,480
Yang paling utama sekali,
tulang belakangnya yang menakjubkan.
58
00:04:33,481 --> 00:04:37,110
Kucing ada lebih banyak vertebra
daripada kebanyakan mamalia.
59
00:04:37,193 --> 00:04:42,073
Di celah-celah vertebranya juga
ada cakera kusyen kenyal,
60
00:04:42,156 --> 00:04:44,534
jadi tulang belakangnya amat fleksibel.
61
00:04:45,034 --> 00:04:49,622
Reka bentuk fleksibel ini membantu kucing
menjadi haiwan terpantas di darat.
62
00:04:51,624 --> 00:04:54,002
Jika kita lihat citah berlari,
63
00:04:54,085 --> 00:04:58,047
pelenturan dan pengecutan tulang belakang
menyimpan tenaga keupayaan
64
00:04:58,131 --> 00:05:02,176
dan membebaskannya sebagai tenaga kinetik
semasa melompat ke depan.
65
00:05:06,764 --> 00:05:09,934
Kucing kita ialah citah kecil
yang fleksibel
66
00:05:16,357 --> 00:05:19,360
dan meringkuk dalam posisi yoga
yang luar biasa.
67
00:05:22,864 --> 00:05:25,992
Kucing juga ada sistem otot yang cekap.
68
00:05:26,701 --> 00:05:30,580
Kucing antara beberapa mamalia
yang boleh aktifkan semua ototnya
69
00:05:30,663 --> 00:05:32,123
ketika melompat.
70
00:05:32,206 --> 00:05:34,459
Jujukan pencucuhan bermula.
71
00:05:34,542 --> 00:05:38,713
Tiga, dua, satu, berlepas!
72
00:05:38,796 --> 00:05:40,590
Kita berlepas.
73
00:05:41,424 --> 00:05:45,261
Ia boleh lompat setinggi lima
hingga enam kali panjang badannya.
74
00:05:46,512 --> 00:05:49,182
Seperti manusia melompat melepasi zirafah.
75
00:05:53,019 --> 00:05:58,024
Kucing guna ekornya untuk seimbangkan diri
semasa perubahan arah yang pantas.
76
00:06:00,777 --> 00:06:05,073
Bak kata ahli gimnastik,
benda yang naik mesti akan turun.
77
00:06:05,740 --> 00:06:08,451
Membawa kepada persoalan
sejak zaman-berzaman.
78
00:06:09,285 --> 00:06:11,454
Orang kata kucing mendarat dengan kaki.
79
00:06:13,623 --> 00:06:17,210
Kucing mampu membetulkan
posisi dirinya dengan cepat.
80
00:06:17,293 --> 00:06:22,090
Untuk lakukannya, ia perlu mengenal pasti
kedudukan badannya di udara,
81
00:06:22,173 --> 00:06:25,510
menerusi fenomena
yang dipanggil refleks imbangan.
82
00:06:32,266 --> 00:06:35,144
Refleks ini fungsi sistem vestibular.
83
00:06:38,564 --> 00:06:41,150
Sel bulu hiperpeka di telinga dalaman
84
00:06:41,234 --> 00:06:45,321
mengesan kedudukan badan,
pergerakan dan pecutan di udara
85
00:06:45,863 --> 00:06:48,825
dan menghantar maklumat ini terus ke otak.
86
00:06:49,951 --> 00:06:53,079
Jadi, kucing sentiasa tahu arah atas.
87
00:06:57,291 --> 00:07:00,878
Semua mamalia ada refleks imbangan,
termasuklah manusia.
88
00:07:01,754 --> 00:07:04,006
Tapi kadangkala, kita jadi keliru.
89
00:07:04,590 --> 00:07:07,135
Kita gelarkannya "twisties".
90
00:07:08,136 --> 00:07:10,138
Macam kisah Simone Biles.
91
00:07:12,348 --> 00:07:17,228
Dia rasa dia hilang kebolehan
mengesan kedudukan tubuhnya di udara.
92
00:07:19,230 --> 00:07:21,399
Dia rasa bahaya jika dia teruskan.
93
00:07:21,482 --> 00:07:22,775
Itu memang logik.
94
00:07:22,859 --> 00:07:25,820
Tapi ia sukar untuk dikawal.
95
00:07:27,822 --> 00:07:31,617
Refleks kucing lebih dua kali ganda
pantas daripada kita
96
00:07:33,828 --> 00:07:36,539
dan mengatasi haiwan peliharaan lain.
97
00:07:37,665 --> 00:07:39,375
Jika kita jatuhkan anjing
98
00:07:39,959 --> 00:07:42,211
dari posisi yang sama berulang kali,
99
00:07:42,295 --> 00:07:44,464
anjing takkan jatuh berdiri.
100
00:07:49,886 --> 00:07:52,346
Pada berat setara,
kucing mungkin mamalia
101
00:07:52,430 --> 00:07:56,100
paling pantas, paling kuat
dan paling fleksibel di Bumi.
102
00:08:00,062 --> 00:08:04,233
Tapi bakat liarnya juga
menjadikannya penuh misteri.
103
00:08:08,404 --> 00:08:13,367
Untuk memahami tingkah lakunya,
ahli psikologi kucing boleh membantu.
104
00:08:14,243 --> 00:08:16,162
Duduk. Bagus, sayang.
105
00:08:16,245 --> 00:08:18,539
PROFESOR MADYA, KOLEJ UNITY
106
00:08:18,623 --> 00:08:19,874
AHLI PSIKOLOGI KUCING
107
00:08:19,957 --> 00:08:23,377
Sepanjang evolusi,
kucing tak banyak berubah.
108
00:08:24,045 --> 00:08:28,174
Kini, kucing seperti gabungan
antara kucing liar
109
00:08:28,257 --> 00:08:30,843
dengan kucing jinak yang kita mahukan.
110
00:08:33,763 --> 00:08:36,766
Kristyn mengkaji misteri minda kucing.
111
00:08:37,475 --> 00:08:40,478
Dia cuba menguraikan
perkara yang kucing fikirkan.
112
00:08:41,812 --> 00:08:46,359
Saya rasa keupayaan sosial kucing
terlalu dipandang rendah.
113
00:08:47,026 --> 00:08:50,571
Terutamanya apabila kucing
dibandingkan dengan anjing.
114
00:08:54,992 --> 00:08:59,539
Orang kata anjing lebih hebat
dari aspek ciri sosiokognitif.
115
00:09:00,831 --> 00:09:05,044
Anjing selalu dianggap sebagai
haiwan peliharaan yang lebih intuitif.
116
00:09:06,754 --> 00:09:10,049
Anjing tahu namanya
dan sehingga 160 perkataan.
117
00:09:11,676 --> 00:09:13,928
Anjing memahami air muka manusia,
118
00:09:14,011 --> 00:09:15,930
malah mampu selesaikan masalah.
119
00:09:17,682 --> 00:09:22,270
Kristyn percaya kucing tak diberi peluang
untuk buktikan kemampuannya.
120
00:09:22,353 --> 00:09:23,437
Jaga perangai.
121
00:09:23,938 --> 00:09:28,317
Sebenarnya, penyelidikan
terhadap kucing jarang dilakukan.
122
00:09:29,110 --> 00:09:31,988
Jadi, dia bertekad untuk mengetahui
123
00:09:32,071 --> 00:09:35,616
kebolehan kucing jika dibandingkan
dengan lawannya anjing.
124
00:09:36,576 --> 00:09:38,536
Kita letak kucing di sini.
125
00:09:38,619 --> 00:09:40,079
Pertama sekali,
126
00:09:40,162 --> 00:09:42,164
adakah kucing tahu namanya?
127
00:09:43,958 --> 00:09:47,587
Dalam ujian ini, kita nak lihat
jika Carl tahu namanya.
128
00:09:51,591 --> 00:09:55,761
Ini pembesar suara Bluetooth
yang akan memainkan suara saya.
129
00:09:58,097 --> 00:10:01,267
Kristyn bermula dengan
empat perkataan satu suku kata.
130
00:10:02,351 --> 00:10:03,351
Boot.
131
00:10:04,395 --> 00:10:08,983
Ada reaksi kepada perkataan pertama,
bunyi baharu di persekitarannya.
132
00:10:09,609 --> 00:10:10,860
Sock!
133
00:10:12,111 --> 00:10:14,739
Tapi Carl mula hilang minat
terhadap bunyi.
134
00:10:15,281 --> 00:10:16,407
Day.
135
00:10:19,410 --> 00:10:22,747
Kristyn tambah perkataan
yang menyerupai nama Carl.
136
00:10:24,624 --> 00:10:25,666
Girl!
137
00:10:28,669 --> 00:10:29,920
Masih tiada apa-apa.
138
00:10:33,591 --> 00:10:35,885
Tapi tibalah detik kebenaran.
139
00:10:37,595 --> 00:10:38,679
Carl!
140
00:10:39,764 --> 00:10:41,307
Bagus!
141
00:10:42,767 --> 00:10:47,021
Ujian ini dijalankan beratus-ratus kali
dengan banyak kucing berbeza.
142
00:10:47,938 --> 00:10:51,901
Jelas sekali kebanyakan kucing
tahu namanya sendiri.
143
00:10:54,070 --> 00:10:57,740
Jawab atau tidak, itu cerita lain.
144
00:10:58,282 --> 00:11:00,701
- Teruskan.
- Itu kita bincangkan nanti.
145
00:11:02,828 --> 00:11:08,000
Kajian Kristyn membawa dia
ke pusat revolusi kucing moden.
146
00:11:10,127 --> 00:11:13,422
JEPUN
147
00:11:23,432 --> 00:11:28,938
Pada 2017, kucing mengatasi anjing sebagai
haiwan peliharaan paling popular di Jepun.
148
00:11:35,861 --> 00:11:38,906
Kini, ia didiami sembilan juta
kucing peliharaan
149
00:11:39,657 --> 00:11:42,660
dan antara saintis kucing
terhebat di dunia.
150
00:11:44,578 --> 00:11:48,457
PENYELIDIK KUCING, UNIVERSITI AZABU
151
00:11:48,541 --> 00:11:51,836
Berbanding dengan kajian anjing,
kajian tentang kucing
152
00:11:51,919 --> 00:11:56,507
ketinggalan lebih kurang 15 tahun.
153
00:11:57,133 --> 00:12:01,846
Kristyn dan Saho
telah menerbitkan 37 kajian.
154
00:12:02,805 --> 00:12:07,810
Mereka membantu membuktikan kucing
mengenali wajah dan suara tuannya,
155
00:12:07,893 --> 00:12:10,354
dan tentunya kucing lain.
156
00:12:10,938 --> 00:12:14,066
Mereka buktikan
kucing faham erti tudingan jari.
157
00:12:14,608 --> 00:12:17,236
Kucing faham kekekalan objek.
158
00:12:17,319 --> 00:12:20,364
Ia faham apabila objek hilang
daripada penglihatan,
159
00:12:20,448 --> 00:12:22,908
tidak bermakna ia hilang terus.
160
00:12:23,409 --> 00:12:27,663
Yang penting, kucing lebih faham
daripada yang kita sangka.
161
00:12:28,289 --> 00:12:30,666
Apabila kajian dijalankan,
162
00:12:30,750 --> 00:12:35,838
kami nampak kucing berkelakuan
dan bertindak lebih kurang macam anjing.
163
00:12:36,797 --> 00:12:39,842
Kita cuma perlu tahu
cara memanfaatkan potensi itu.
164
00:12:41,385 --> 00:12:44,388
Temu bual Maryna dan Svitlana, tanda ABC.
165
00:12:52,313 --> 00:12:54,940
- Nama saya Maryna.
- Nama saya Svitlana.
166
00:12:55,024 --> 00:12:56,692
Kamilah Savitsky Cats.
167
00:12:56,776 --> 00:12:59,695
Kami ialah keluarga manusia
dan kucing terlatih.
168
00:13:02,406 --> 00:13:06,285
Melatih kucing ialah perkara yang ajaib.
169
00:13:06,786 --> 00:13:09,038
Ia bukan mudah.
170
00:13:10,790 --> 00:13:15,044
Savitsky Cats yang menakjubkan
ialah selebriti Ukraine.
171
00:13:15,127 --> 00:13:18,214
Mereka membuat jelajah dunia,
hiburkan jutaan orang.
172
00:13:20,758 --> 00:13:24,386
Mereka berjaya mara ke suku akhir
America's Got Talent.
173
00:13:25,888 --> 00:13:29,975
Boleh tahan bagi haiwan
yang selalu dianggap tak boleh dilatih.
174
00:13:30,893 --> 00:13:35,022
Perbezaan antara melatih kucing
dengan melatih anjing
175
00:13:35,105 --> 00:13:37,191
ialah anjing ingin gembirakan kita.
176
00:13:37,274 --> 00:13:39,485
SANGGUP KERJA UNTUK MAKANAN
177
00:13:39,568 --> 00:13:42,947
"Saya buat apa saja untuk awak!
Saya ikut cakap awak."
178
00:13:43,030 --> 00:13:45,825
Kucing pula akan cakap,
"Cubalah paksa saya."
179
00:13:46,951 --> 00:13:50,746
Keluarga Savitsky tahu cara
untuk dapatkan aksi terbaik kucing.
180
00:13:51,789 --> 00:13:54,959
Pertama sekali,
kita perlu berkawan dengan kucing.
181
00:13:57,837 --> 00:14:01,966
Kucing perlu percayakan kita sepenuhnya.
182
00:14:02,049 --> 00:14:04,927
Kucing tak suka kita buat kejutan.
183
00:14:08,472 --> 00:14:12,685
Selama empat tahun ini,
Dasha ialah bintang terbaik mereka.
184
00:14:14,728 --> 00:14:15,771
Dasha.
185
00:14:17,231 --> 00:14:18,566
Dasha memang pelakon.
186
00:14:21,735 --> 00:14:26,156
Setiap kali nampak kamera,
Dasha rasa seluruh dunia berhenti.
187
00:14:26,240 --> 00:14:28,993
Dasha cuma mahukan perhatian kamera.
188
00:14:32,037 --> 00:14:35,249
Dasha buat banyak aksi paling sukar
dalam pasukan…
189
00:14:37,626 --> 00:14:40,004
termasuk Mission Impossible…
190
00:14:43,549 --> 00:14:45,217
dan lompat tinggi.
191
00:14:58,564 --> 00:15:02,693
Tak dapat disangkal bahawa Dasha
ialah kapten kucing Savitsky.
192
00:15:03,986 --> 00:15:07,489
Tapi ada tiga calon lain
yang mahu merebut tempatnya.
193
00:15:08,991 --> 00:15:12,494
Mana-mana satu pun berpotensi
jadi bintang besar seterusnya.
194
00:15:14,246 --> 00:15:17,166
Setiap kucing umpama anak kami sendiri.
195
00:15:17,249 --> 00:15:20,085
Kami tak boleh bayangkan hidup tanpanya.
196
00:15:21,629 --> 00:15:24,423
Potensi sebenar kucing
cuma boleh dikeluarkan
197
00:15:24,506 --> 00:15:26,342
dengan menjalinkan ikatan.
198
00:15:27,927 --> 00:15:32,222
Sesetengah doktor
mengabdikan diri kepada seni ini.
199
00:15:33,641 --> 00:15:35,601
PENGARAH TINGKAH LAKU & KEBAJIKAN
200
00:15:35,684 --> 00:15:37,728
SPCA SAN FRANCISCO
PAKAR TINGKAH LAKU KUCING
201
00:15:37,811 --> 00:15:40,439
Sebelum seseorang itu bela kucing,
202
00:15:40,522 --> 00:15:42,399
dia perlu kaji dulu, bukan?
203
00:15:42,483 --> 00:15:45,611
Dia perlu buat persediaan
204
00:15:45,694 --> 00:15:47,446
sebelum bawa pulang kucing.
205
00:15:47,529 --> 00:15:51,116
Menambah ahli keluarga baharu
memang keputusan besar.
206
00:15:51,992 --> 00:15:53,786
Ini bukan perkara main-main.
207
00:15:55,079 --> 00:15:58,123
Tak mudah untuk orang baharu
belajar bela kucing.
208
00:16:00,000 --> 00:16:02,044
Jika mahu kucing sukakan kita,
209
00:16:02,127 --> 00:16:05,172
kita boleh mula
dengan kelip mata perlahan-lahan.
210
00:16:07,299 --> 00:16:10,761
Hubungan mata amat penting
dalam dunia haiwan.
211
00:16:10,844 --> 00:16:15,015
Tenungan tajam tanpa henti
dan tak berkelip amat menakutkan.
212
00:16:16,392 --> 00:16:18,644
Jika mahu berinteraksi dengan kucing,
213
00:16:18,727 --> 00:16:22,523
kecilkan tubuh anda,
bergerak ke tepi, berdiri mengiring.
214
00:16:22,606 --> 00:16:25,818
Anda boleh jeling ke tepi dan kelip mata.
215
00:16:27,027 --> 00:16:29,321
Bagi kucing, ini seperti tersenyum,
216
00:16:29,947 --> 00:16:32,366
berkongsi emosi gembira dan positif.
217
00:16:32,992 --> 00:16:34,618
Kucing biasanya membalas.
218
00:16:35,953 --> 00:16:40,499
Kucing kelip mata perlahan-lahan
untuk beritahu, "Tak mengapa.
219
00:16:40,582 --> 00:16:43,085
Saya peramah. Saya suka awak.
220
00:16:43,168 --> 00:16:45,254
Saya bukan ancaman."
221
00:16:45,921 --> 00:16:48,882
Apabila kucing buat begitu,
saya anggap itu pujian.
222
00:16:48,966 --> 00:16:51,176
"Kucing itu suka saya. Ya."
223
00:16:51,260 --> 00:16:54,888
Jika kelipan perlahan itu berjaya,
cuba datang lebih dekat.
224
00:16:55,973 --> 00:16:58,434
Apabila kucing menyapa satu sama lain,
225
00:16:58,517 --> 00:17:01,812
kucing yang mesra sesama sendiri
akan bersentuhan hidung.
226
00:17:01,895 --> 00:17:04,398
Kucing datang dan bersentuhan hidung.
227
00:17:04,982 --> 00:17:08,569
Untuk berkenalan, anda boleh hulurkan jari
228
00:17:08,652 --> 00:17:11,238
dan biar kucing lagakan hidungnya.
229
00:17:12,906 --> 00:17:16,452
Kucing hidu jari kita,
hidu bau kita, mula kenal kita.
230
00:17:16,535 --> 00:17:19,913
Bagi saya, itu seperti berjabat tangan.
231
00:17:19,997 --> 00:17:21,331
Kucing yang suka kita
232
00:17:21,415 --> 00:17:24,668
selalunya akan menggesel
pada sepanjang jari kita.
233
00:17:25,377 --> 00:17:27,755
Jangan dekatinya dengan laju dari atas.
234
00:17:28,255 --> 00:17:31,759
Pada zaman nenek moyangnya
yang hidup liar,
235
00:17:31,842 --> 00:17:33,427
kucing juga mangsa.
236
00:17:33,510 --> 00:17:37,723
Jadi, apa yang menyerang dari atas?
Haiwan yang ada cakar.
237
00:17:38,724 --> 00:17:42,478
Burung pemangsa besar,
burung hantu, helang dan sebagainya.
238
00:17:42,561 --> 00:17:44,938
Apabila tangan kita mendekatinya begini,
239
00:17:45,022 --> 00:17:47,357
ia sangat menakutkan.
240
00:17:48,067 --> 00:17:50,235
Rendah dan perlahan ialah caranya.
241
00:17:51,737 --> 00:17:54,156
Saya hulur jari dan biar kucing hidu.
242
00:17:54,239 --> 00:17:56,742
Jika kucing mula menggesel, saya akan usap
243
00:17:56,825 --> 00:17:58,535
bahagian tepi mukanya,
244
00:17:58,619 --> 00:18:01,997
bawah dagunya, kawasan neutral.
245
00:18:02,081 --> 00:18:04,625
Jika kucing itu suka
usapan dagu atau leher,
246
00:18:04,708 --> 00:18:08,170
barulah kita boleh kuasai kucing itu.
247
00:18:09,254 --> 00:18:13,175
Kucing yang tidak suka disentuh
perlu dipujuk dengan cara lain.
248
00:18:14,259 --> 00:18:16,345
Banyak kucing sangat penakut,
249
00:18:16,428 --> 00:18:21,016
jadi kami gunakan pompom.
250
00:18:21,100 --> 00:18:25,020
Ia bebola benang kecil yang dilekatkan
pada batang kayu panjang.
251
00:18:25,104 --> 00:18:29,483
Ia digunakan untuk mulakan
interaksi dengan kucing.
252
00:18:29,566 --> 00:18:34,029
Biar kucing berinteraksi dengannya dulu
untuk lihat perasaan kucing itu.
253
00:18:34,113 --> 00:18:37,032
Apabila kucing selesa,
kucing akan beritahu kita.
254
00:18:37,699 --> 00:18:41,078
Allorubbing penting
untuk merapatkan hubungan sosial.
255
00:18:41,161 --> 00:18:43,080
Kami nampak 83 peratus kucing
256
00:18:43,163 --> 00:18:45,582
gesel pemiliknya ketika kembali ke bilik.
257
00:18:45,666 --> 00:18:47,918
Kami melihat yang allorubbing juga
258
00:18:48,001 --> 00:18:51,463
boleh melegakan tekanan bagi kucing.
259
00:18:51,547 --> 00:18:55,467
Gerakan mesra ini
mungkin bermakna kita telah diterima.
260
00:18:56,552 --> 00:18:58,846
Tapi adakah kucing suka semua manusia?
261
00:18:59,596 --> 00:19:02,182
Atau adakah kucing memilih?
262
00:19:02,975 --> 00:19:07,020
Ujian ini dipanggil pertautan pasangan
dan ia mengkaji
263
00:19:07,104 --> 00:19:11,400
jumlah masa kucing bersama tuannya
berbanding dengan orang asing.
264
00:19:16,071 --> 00:19:21,243
Jika Carl lebih selalu memilih Kristyn,
pemiliknya, berbanding orang asing,
265
00:19:21,326 --> 00:19:23,537
ertinya Carl ada pilihan tersendiri.
266
00:19:37,759 --> 00:19:40,554
Carl pilih saya setiap kali.
267
00:19:40,637 --> 00:19:44,308
Jadi, Carl lebih suka saya iaitu tuannya
268
00:19:44,391 --> 00:19:45,726
daripada orang asing.
269
00:19:47,644 --> 00:19:52,024
Mereka jalankan eksperimen ini
dan yang seumpamanya beribu kali.
270
00:19:52,691 --> 00:19:57,696
Tak dinafikan kucing ada ikatan
yang kuat dengan pemiliknya.
271
00:19:58,655 --> 00:20:02,534
Ikatan kucing dengan manusia
mungkin kesinambungan ikatan
272
00:20:02,618 --> 00:20:05,913
antara kucing dengan ibunya ketika kecil.
273
00:20:06,455 --> 00:20:09,791
Ya, ikatan kita dengannya wujud
dan kita sayangkannya.
274
00:20:10,334 --> 00:20:12,711
Tapi adakah kucing sayangkan kita?
275
00:20:14,546 --> 00:20:16,256
Kita bincangkannya nanti.
276
00:20:18,675 --> 00:20:21,678
Mula-mula, satu lagi cara
untuk merungkai minda kucing
277
00:20:21,762 --> 00:20:23,889
adalah dengan buat ia rasa selesa.
278
00:20:25,891 --> 00:20:29,519
Seperti nenek moyangnya,
kucing suka berada di tempat tinggi.
279
00:20:30,520 --> 00:20:33,941
Kucing suka tempat tinggi
untuk tahu perkara yang berlaku.
280
00:20:34,024 --> 00:20:35,943
Jika kucing tak selesa,
281
00:20:36,026 --> 00:20:39,154
kucing boleh pergi
ke tempat tinggi untuk bersembunyi.
282
00:20:41,615 --> 00:20:44,618
Itu sifat kucing liar yang diwarisinya.
283
00:20:44,701 --> 00:20:48,830
Itu tingkah laku naluri.
Kita tak perlu ajar kucing memanjat.
284
00:20:48,914 --> 00:20:52,751
Ia akan tunjukkan ia nak memanjat
tapi jika kita tak sediakan
285
00:20:52,834 --> 00:20:55,212
perabot kucing yang sesuai untuknya,
286
00:20:55,295 --> 00:20:57,798
kucing tetap akan cari tempat bertenggek.
287
00:20:57,881 --> 00:21:01,343
Tak boleh. Tak boleh!
288
00:21:01,843 --> 00:21:04,263
Kucing juga suka ruang yang kecil.
289
00:21:05,222 --> 00:21:08,016
Sebab itu kucing suka kotak.
290
00:21:09,559 --> 00:21:12,813
Sisi yang tertutup
menimbulkan rasa selamat.
291
00:21:12,896 --> 00:21:15,857
Sebab itulah kucing suka kotak
dan memang seronok
292
00:21:15,941 --> 00:21:19,152
dapat menyorok, melompat keluar
dan menyerang tuannya.
293
00:21:24,157 --> 00:21:25,867
Kucing ialah pemangsa hendap,
294
00:21:25,951 --> 00:21:29,955
maksudnya kucing menyorok
untuk menangkap mangsa.
295
00:21:30,038 --> 00:21:33,500
Jadi, kotak dapat membantu kucing
296
00:21:33,583 --> 00:21:36,586
lengkapkan corak motor pemangsanya.
297
00:21:38,422 --> 00:21:42,884
Kotak kadbod boleh
melegakan tekanan kucing.
298
00:21:45,595 --> 00:21:50,225
Kucing ada keunikan dalam ekologi
299
00:21:50,309 --> 00:21:54,146
kerana apabila memburu,
ia akan masuk lubang di dalam pokok.
300
00:21:54,229 --> 00:21:56,565
Ia mengharungi halangan.
301
00:21:58,400 --> 00:22:03,739
Pemangsa yang tahu harungi halangan
mungkin lebih berjaya.
302
00:22:04,281 --> 00:22:06,950
Jelas sekali, itu membantu kemandiriannya.
303
00:22:08,243 --> 00:22:11,163
Kucing ada aset khas
untuk masuk ke tempat kecil
304
00:22:11,246 --> 00:22:13,165
yang sukar dimasuki haiwan lain.
305
00:22:15,417 --> 00:22:19,880
Salah satu cara untuk menunjukkan
kebolehan ini adalah dengan melihat
306
00:22:20,464 --> 00:22:23,091
sekecil mana lubang
yang kucing boleh masuki.
307
00:22:23,175 --> 00:22:25,260
Kita boleh buat kucing masuk lubang
308
00:22:25,344 --> 00:22:28,388
dengan makanan,
mainan, snek dan sebagainya.
309
00:22:34,019 --> 00:22:36,563
18 SENTIMETER
310
00:22:43,487 --> 00:22:45,238
Lubang besar, mudah sahaja.
311
00:22:47,949 --> 00:22:50,494
Tapi apabila Bruce kecilkan saiz lubang,
312
00:22:50,577 --> 00:22:53,830
ia mula tunjukkan penguasaan
terhadap persekitarannya.
313
00:22:53,914 --> 00:22:56,249
15 SENTIMETER
314
00:22:56,958 --> 00:22:59,461
Semuanya bermula dengan misai.
315
00:23:01,004 --> 00:23:04,174
Misai ialah penyesuaian kucing
yang amat menarik.
316
00:23:04,257 --> 00:23:06,009
Seperti kita tahu,
317
00:23:06,093 --> 00:23:08,428
ia nampak seperti rambut yang panjang,
318
00:23:08,512 --> 00:23:12,474
setiap satunya bersambung
dengan sekumpulan saraf
319
00:23:12,557 --> 00:23:17,187
yang menghantar maklumat
tentang benda yang disentuh misai ke otak.
320
00:23:17,270 --> 00:23:19,773
Kebanyakan orang tahu
misainya ada di dagu,
321
00:23:19,856 --> 00:23:22,192
tapi ada juga misai di kening,
322
00:23:22,275 --> 00:23:24,611
dan orang tak tahu ada misai
323
00:23:24,694 --> 00:23:27,531
di belakang tapak kaki depan kucing.
324
00:23:27,614 --> 00:23:31,410
Ia telah berevolusi
untuk memberikan maklumat sentuhan
325
00:23:31,493 --> 00:23:33,203
tentang persekitarannya.
326
00:23:34,704 --> 00:23:36,415
Satu kegunaan misai?
327
00:23:36,498 --> 00:23:39,751
Ia beritahu kucing
saiz lubang yang boleh dimasuki.
328
00:23:39,835 --> 00:23:41,253
10 SENTIMETER
329
00:23:44,381 --> 00:23:46,967
Selebihnya bergantung
pada rangkanya yang lentur.
330
00:23:48,385 --> 00:23:53,265
Klavikel atau tulang selangkanya
bersambung pada otot, bukan tulang.
331
00:23:54,015 --> 00:23:56,643
Semua sendinya sangat lentur.
332
00:23:58,645 --> 00:24:02,941
Seperti kamu lihat dalam eksperimen ini,
kami buat lubang semakin kecil
333
00:24:03,024 --> 00:24:04,860
secara berperingkat.
334
00:24:04,943 --> 00:24:09,656
Memang mengejutkan
melihat kucing yang besar ini
335
00:24:09,739 --> 00:24:11,283
boleh melaluinya.
336
00:24:14,786 --> 00:24:19,458
Tapi misai tidak memanjang
jika berat badan kucing bertambah.
337
00:24:20,208 --> 00:24:24,963
Misai telah berevolusi
untuk mengikut lebar badan kucing
338
00:24:25,046 --> 00:24:27,674
yang normal dan sihat.
339
00:24:28,425 --> 00:24:33,138
Ini membawa kepada isu lain,
berat badan berlebihan dan obesiti.
340
00:24:33,221 --> 00:24:36,600
Banyak kucing sangat gemuk
dan itu masalah besar.
341
00:24:37,267 --> 00:24:39,478
Misai takkan bertambah panjang
342
00:24:39,561 --> 00:24:43,190
mengikut badan kucing yang semakin berat.
343
00:24:45,317 --> 00:24:48,612
Sebanyak 59 peratus kucing
di AS terlampau berat.
344
00:24:49,362 --> 00:24:52,282
Jadi, kucing memerlukan diet yang betul.
345
00:24:55,452 --> 00:24:57,204
Saudara liar kucing kita
346
00:24:57,287 --> 00:24:59,372
perlu berusaha untuk cari makanan.
347
00:24:59,873 --> 00:25:01,875
Tiada masalah untuk jaga badan.
348
00:25:03,043 --> 00:25:05,837
Kucing kita pula sebaliknya.
349
00:25:06,338 --> 00:25:08,006
Letak di atas penimbang.
350
00:25:09,925 --> 00:25:11,218
Jangan menipu.
351
00:25:11,968 --> 00:25:15,764
Jika kita makan tanpa henti
dan makan dengan cepat,
352
00:25:15,847 --> 00:25:18,975
kita akan telan banyak makanan
353
00:25:19,059 --> 00:25:21,895
sebelum perut kita kata,
"Tunggu, banyak sangat."
354
00:25:21,978 --> 00:25:25,273
Kucing pun patut begitu.
Kita patut berikannya aktiviti.
355
00:25:25,357 --> 00:25:27,817
Jadi, sama ada mainan kucing,
356
00:25:27,901 --> 00:25:31,321
pemberi makanan interaktif,
yang memerlukan kucing bekerja
357
00:25:31,404 --> 00:25:33,073
untuk dapatkan makanan.
358
00:25:33,156 --> 00:25:35,408
Kucing perlu berusaha.
359
00:25:36,535 --> 00:25:41,414
Selain itu, tak kira diet pemiliknya,
kucing perlu makan daging.
360
00:25:43,083 --> 00:25:45,001
Kucing ialah karnivor obligat.
361
00:25:45,085 --> 00:25:48,838
Kucing mesti makan daging
kerana ia tak dapat mensintesis
362
00:25:48,922 --> 00:25:51,299
asid amino tertentu
yang cuma ada dalam daging.
363
00:25:52,092 --> 00:25:55,387
Tolonglah beri kucing anda
makanan berasaskan daging.
364
00:25:55,470 --> 00:25:58,223
Ia perlu berkhasiat dan seimbang.
365
00:25:58,306 --> 00:26:00,559
Jangan jadikan kucing anda vegetarian.
366
00:26:03,687 --> 00:26:08,108
Memastikan kucing sihat dan gembira
boleh menjadi cara hidup.
367
00:26:14,155 --> 00:26:18,410
Seorang doktor di Jepun menghabiskan
banyak masa dengan kucing
368
00:26:18,910 --> 00:26:21,955
sehingga digelar Mahaguru Kucing.
369
00:26:23,248 --> 00:26:26,001
PENGARAH
PUSAT PERUBATAN KUCING TOKYO
370
00:26:26,084 --> 00:26:27,085
MAHAGURU KUCING
371
00:26:29,629 --> 00:26:33,883
Kucing haiwan yang sensitif.
372
00:26:33,967 --> 00:26:36,469
Orang yang tak suka kucing selalu cakap
373
00:26:36,553 --> 00:26:41,683
mereka tak faham, apa yang kucing fikir?
374
00:26:43,226 --> 00:26:48,106
Dr. Yuki menghabiskan
beribu-ribu jam mengkaji kucing.
375
00:26:49,524 --> 00:26:53,695
Dia cuba mentafsirkan
nuansa bahasanya yang halus.
376
00:26:54,696 --> 00:26:57,866
Jika kita perhatikan kucing,
matanya, telinganya,
377
00:26:57,949 --> 00:27:00,118
cara ekornya bergoyang,
378
00:27:00,201 --> 00:27:03,079
kita akan mula faham perasaan kucing.
379
00:27:06,374 --> 00:27:10,545
Apabila matanya terbuka
dan telinganya tegak, kucing tenang.
380
00:27:11,379 --> 00:27:14,507
Jika matanya mengecil
dan telinganya direndahkan,
381
00:27:14,591 --> 00:27:16,217
kucing mula jadi agresif.
382
00:27:16,718 --> 00:27:21,723
Mata terbuka tapi telinga ke belakang
bermakna sedia untuk mempertahankan diri.
383
00:27:22,349 --> 00:27:27,604
Jika kucing menunjukkan giginya,
ia bersedia untuk menyerang.
384
00:27:28,688 --> 00:27:31,524
Membaca air muka kucing
boleh dikatakan intuitif.
385
00:27:32,067 --> 00:27:34,235
Ekornya lebih misteri.
386
00:27:35,278 --> 00:27:37,614
Pergerakan ekor ada pelbagai makna.
387
00:27:37,697 --> 00:27:43,286
Apabila anjing goyangkan ekor,
orang kata ia gembira.
388
00:27:43,370 --> 00:27:44,996
Kucing pula tak begitu.
389
00:27:46,289 --> 00:27:49,376
Apabila kucing melibas ekornya,
ia sedang rasa geram.
390
00:27:50,126 --> 00:27:53,380
Tapi apabila ekornya menegak,
kucing agak gembira.
391
00:27:54,464 --> 00:27:57,967
Apabila saya pulang
dan kucing datang ke arah saya
392
00:27:58,051 --> 00:28:03,515
dengan ekor yang tegak,
anginnya sedang baik.
393
00:28:03,598 --> 00:28:08,144
Kucing itu berkata, "Selamat pulang.
Awak ke mana? Saya rindukan awak."
394
00:28:09,104 --> 00:28:13,525
Apabila hujung ekornya bergerak-gerak,
maknanya kucing itu tertarik.
395
00:28:14,984 --> 00:28:17,612
Apabila ekornya terselit di celah kaki,
396
00:28:17,696 --> 00:28:20,615
kucing itu takut
dan mahu kelihatan submisif.
397
00:28:21,533 --> 00:28:27,122
Apabila bulunya meremang,
ertinya kucing itu sangat takut.
398
00:28:27,205 --> 00:28:28,873
Apabila ekornya kembang,
399
00:28:28,957 --> 00:28:30,500
ia benar-benar takut!
400
00:28:34,754 --> 00:28:39,342
Kalau anda faham kod itu,
sesiapa pun boleh faham kucing.
401
00:28:40,885 --> 00:28:43,888
Kadangkala, mendengar pun cukup membantu.
402
00:28:45,974 --> 00:28:50,395
Kucing ada 20 bunyi berbeza
untuk luahkan emosi.
403
00:28:51,229 --> 00:28:53,940
Ada bunyi yang kucing buat
apabila mahu sesuatu
404
00:28:56,776 --> 00:28:58,987
dan bunyi apabila kucing gembira.
405
00:29:04,075 --> 00:29:08,079
Ini bunyi amaran.
"Jangan datang terlalu dekat."
406
00:29:10,039 --> 00:29:14,461
Ini pula bunyi serangan.
407
00:29:15,712 --> 00:29:18,840
Tapi kucing lebih banyak bercakap
dengan manusia
408
00:29:18,923 --> 00:29:20,759
berbanding dengan kucing lain.
409
00:29:22,051 --> 00:29:27,223
Kucing yang hidup
dengan manusia selalu mengiau.
410
00:29:28,183 --> 00:29:30,685
Apabila kucing mengiau sekali dengan kuat,
411
00:29:30,769 --> 00:29:33,730
itu selalunya bermaksud
kucing itu mahu sesuatu.
412
00:29:33,813 --> 00:29:36,441
"Saya lapar tapi mangkuk saya
tiada makanan."
413
00:29:36,524 --> 00:29:39,736
"Saya nak air" atau "Tolong buka pintu."
414
00:29:40,487 --> 00:29:44,908
Mesej berkod paling misteri
ditemui pada dengkurannya.
415
00:29:46,117 --> 00:29:49,662
Apabila kucing berbunyi dengan tekak,
ia rasa senang hati,
416
00:29:51,247 --> 00:29:54,667
agak terpesona atau terpukau.
417
00:29:54,751 --> 00:29:57,420
Itulah bunyi yang kucing buat.
418
00:29:58,880 --> 00:30:00,799
Kajian baharu yang mengejutkan
419
00:30:00,882 --> 00:30:04,719
mendapati kucing berdengkur
untuk menarik minda separa sedar kita.
420
00:30:08,014 --> 00:30:10,725
Kucing boleh masukkan frekuensi
421
00:30:11,434 --> 00:30:16,689
yang bertindih
dengan frekuensi tangisan bayi.
422
00:30:19,901 --> 00:30:24,531
Apabila bayi menangis,
frekuensi atau panjang gelombang bunyi
423
00:30:25,073 --> 00:30:28,243
adalah antara 400 dan 600 hertz,
424
00:30:29,369 --> 00:30:31,830
direka untuk menarik perhatian kita.
425
00:30:33,206 --> 00:30:36,501
Kucing moden boleh mengeluarkan
bunyi ngiau yang nyaring
426
00:30:36,584 --> 00:30:40,797
dalam dengkurannya
yang meniru frekuensi ini.
427
00:30:44,008 --> 00:30:46,427
Kucing menemui cara untuk membuat bunyi
428
00:30:46,511 --> 00:30:49,556
yang susah untuk manusia abaikan.
429
00:30:52,934 --> 00:30:56,145
Nampaknya, ia benar-benar menarik
430
00:30:56,229 --> 00:31:00,275
naluri keibubapaan pemiliknya
untuk menjaga kucing itu.
431
00:31:01,943 --> 00:31:04,654
Ia berevolusi untuk buat kita menjaganya.
432
00:31:06,030 --> 00:31:10,159
Tapi ada perkara yang kita boleh buat
agar kucing dengar cakap kita.
433
00:31:12,287 --> 00:31:17,584
Arahan pertama dan paling asas,
kami ajar kucing supaya ikut kami.
434
00:31:17,667 --> 00:31:23,423
Apabila kami tinggalkannya dan suruh
kucing itu datang, kucing itu akan datang.
435
00:31:24,507 --> 00:31:26,885
Mengajar arahan mudah melalui ulangan
436
00:31:26,968 --> 00:31:29,220
dikenali sebagai pelaziman klasik.
437
00:31:30,680 --> 00:31:36,561
Contoh biasa bagi pelaziman klasik
ialah teknik Pavlov.
438
00:31:37,812 --> 00:31:43,610
Dr. Ivan Pavlov memenangi Hadiah Nobel
fisiologi pada 1904 atas penemuannya.
439
00:31:45,445 --> 00:31:47,614
Dia mendapati bahawa
440
00:31:47,697 --> 00:31:52,327
jika kita bunyikan loceng
semasa tawarkan makanan kepada anjing,
441
00:31:52,410 --> 00:31:55,914
selepas diulang berkali-kali,
bunyi loceng itu
442
00:31:55,997 --> 00:31:58,249
menyebabkan air liur anjing meleleh.
443
00:31:58,333 --> 00:32:01,544
Jadi, anjing itu telah dilatih
444
00:32:01,628 --> 00:32:04,422
bahawa bunyi loceng
bererti makanan akan tiba.
445
00:32:04,505 --> 00:32:06,341
Itulah pelaziman klasik.
446
00:32:07,508 --> 00:32:10,428
Untuk kucing, mulakan dengan latihan klik.
447
00:32:11,930 --> 00:32:13,723
Buat bunyi klik.
448
00:32:13,806 --> 00:32:16,517
Dalam sesaat dua, tawarkan snek
449
00:32:16,601 --> 00:32:18,311
supaya kucing itu terfikir,
450
00:32:18,394 --> 00:32:22,231
"Setiap kali saya dengar bunyi klik,
saya dapat snek istimewa."
451
00:32:22,315 --> 00:32:25,026
Jadi, klik itu mempunyai makna.
452
00:32:26,903 --> 00:32:30,406
Kucing mudah bosan,
jadi pendekkan sesi latihan.
453
00:32:32,033 --> 00:32:35,536
Sasaran saya
antara satu hingga lima minit.
454
00:32:35,620 --> 00:32:38,206
Ia sebenarnya
455
00:32:39,082 --> 00:32:41,626
sangat hebat jika kita dapat lima minit.
456
00:32:41,709 --> 00:32:43,711
Saya beritahu pemilik kucing,
457
00:32:43,795 --> 00:32:47,382
"Syukurlah dapat 30 hingga 60 saat.
Kita berjaya!"
458
00:32:47,465 --> 00:32:50,301
Jika kucing anda boleh buat
lebih lama, baguslah.
459
00:32:50,969 --> 00:32:52,679
Kesabaran itu penting.
460
00:32:53,471 --> 00:32:55,723
Respons semua kucing takkan sama.
461
00:32:56,975 --> 00:32:59,310
Sebab semua kucing berbeza.
462
00:33:00,436 --> 00:33:03,648
Dalam kajian kami,
satu perkara yang kami sering lihat
463
00:33:03,731 --> 00:33:07,318
dalam tingkah laku kucing
ialah kebolehubahan individu.
464
00:33:07,402 --> 00:33:13,741
Kucing sangat berbeza dari segi respons
terhadap manusia dan keramahannya.
465
00:33:15,243 --> 00:33:17,870
Bukan semua kucing itu bintang handalan.
466
00:33:20,331 --> 00:33:23,668
Dasha sampai ke tahap ini
selepas latihan bertahun-tahun.
467
00:33:26,879 --> 00:33:30,425
Kucing Savitsky yang lain
belum tamat latihan.
468
00:33:35,346 --> 00:33:38,683
Bukan semua kucing
boleh buat aksi istimewa.
469
00:33:38,766 --> 00:33:43,312
Kita mesti perhatikan kucing itu
untuk memahami kemampuannya
470
00:33:43,396 --> 00:33:46,274
dan mengajarnya berdasarkan kelebihannya.
471
00:33:48,443 --> 00:33:51,195
Haiwan dilahirkan
dengan pembawaan tersendiri.
472
00:33:54,407 --> 00:33:57,118
Pembawaan itu merupakan asas
473
00:33:57,201 --> 00:34:01,372
bagi personaliti yang akan berkembang
sepanjang hayatnya.
474
00:34:01,456 --> 00:34:04,667
Semua kucing kami ada personaliti berbeza.
475
00:34:04,751 --> 00:34:06,544
Kita perlu ikut caranya.
476
00:34:06,627 --> 00:34:10,715
Kita tak boleh paksa kucing
ikut cara kita.
477
00:34:10,798 --> 00:34:13,301
Itu bukan tugas kucing. Itu tugas kita.
478
00:34:13,384 --> 00:34:15,344
Jadi, kita perlu pilih
479
00:34:16,262 --> 00:34:18,222
cara yang terbaik untuknya.
480
00:34:19,557 --> 00:34:22,518
Kita boleh nampak bahawa anak kucing
481
00:34:22,602 --> 00:34:24,687
yang berusia tiga hari
482
00:34:24,771 --> 00:34:27,523
sudah ada perbezaan
dengan adik-beradiknya.
483
00:34:31,110 --> 00:34:35,114
Sama seperti manusia.
Ada yang pandai guna komputer.
484
00:34:35,198 --> 00:34:38,201
Ada yang boleh jadi
penari balet yang hebat.
485
00:34:38,284 --> 00:34:42,163
Kita tak boleh ajar komputer
kepada penari balet.
486
00:34:45,249 --> 00:34:46,876
Eddy, mari sini. Eddy!
487
00:34:49,587 --> 00:34:52,173
Keluarga Savitsky
tak paksa penghibur mereka
488
00:34:52,256 --> 00:34:54,050
buat aksi menakjubkan ini.
489
00:34:55,593 --> 00:34:59,138
Seperti pengukir arca
yang mencari arca di dalam batu,
490
00:34:59,764 --> 00:35:03,101
mereka biarkan potensi
setiap kucing terbongkar sendiri.
491
00:35:06,145 --> 00:35:09,732
Ini Asia. Perangainya macam diva.
492
00:35:11,484 --> 00:35:14,153
Kami tak tahu jika Asia akan beraksi.
493
00:35:15,655 --> 00:35:17,115
Kami takkan tahu.
494
00:35:17,198 --> 00:35:20,034
Asia sangat cerewet.
495
00:35:20,118 --> 00:35:23,538
Tapi aksi yang Asia buat sangatlah hebat.
496
00:35:23,621 --> 00:35:25,540
Jadi, berbaloi ambil risiko.
497
00:35:27,959 --> 00:35:32,255
Pada usia 13 tahun,
ahli senior pasukan ini kegemaran peminat.
498
00:35:33,548 --> 00:35:34,757
Ini Chupa.
499
00:35:35,341 --> 00:35:40,721
Chupa sangat sukar untuk dilatih
pada mulanya, sangat mencabar.
500
00:35:40,805 --> 00:35:43,558
Chupa langsung tak faham.
501
00:35:43,641 --> 00:35:47,562
Selepas beberapa bulan,
Chupa tiba-tiba faham.
502
00:35:49,105 --> 00:35:51,774
Sekarang Chupa pelajar cemerlang.
503
00:35:53,276 --> 00:35:56,654
Kita memang boleh ajar
kucing tua untuk beraksi.
504
00:35:58,948 --> 00:36:03,244
Rekrut terbaharu mereka, Eddy,
dibesarkan dengan cara yang berbeza.
505
00:36:04,620 --> 00:36:05,997
Eddy kucing betina.
506
00:36:07,331 --> 00:36:10,418
Eddy membesar dengan anjing,
jadi sepanjang hidupnya,
507
00:36:10,501 --> 00:36:14,547
Eddy ada tabiat dan tingkah laku anjing.
508
00:36:16,757 --> 00:36:19,385
Kami tahu bahawa pengalaman hidup
509
00:36:19,468 --> 00:36:21,762
memberi kesan kepada kelakuan kucing.
510
00:36:22,471 --> 00:36:26,434
Ia juga beri kesan
kepada keramahan kucing itu.
511
00:36:30,605 --> 00:36:32,148
Disebabkan latar belakangnya,
512
00:36:32,231 --> 00:36:35,151
cara keluarga Savitsky
melatih Eddy agak berbeza.
513
00:36:38,571 --> 00:36:40,656
Eddy buat semuanya secara terbalik.
514
00:36:42,450 --> 00:36:46,287
Eddy buat aksi luar biasa
yang kucing lain tak boleh buat
515
00:36:46,370 --> 00:36:49,999
kerana otak kucing lain
tak diprogram untuk buat begitu.
516
00:36:51,292 --> 00:36:53,127
Eddy juga suka melompat.
517
00:36:54,295 --> 00:36:57,465
Jadi, mereka ajar Eddy
salah satu aksi paling sukar.
518
00:36:58,633 --> 00:37:02,011
Eddy sedang berlatih
untuk lompat melalui gelung kertas.
519
00:37:06,515 --> 00:37:10,937
Bagi saya, ini kemahiran
yang paling mencabar
520
00:37:11,020 --> 00:37:14,398
selepas mengajar kucing bersosial
521
00:37:14,482 --> 00:37:19,153
kerana kita seperti mengajar
kucing melanggar dinding.
522
00:37:20,988 --> 00:37:26,410
Ia memerlukan masa, latihan
dan banyak kertas yang terbazir.
523
00:37:27,787 --> 00:37:29,914
Ia masih dalam proses.
524
00:37:30,581 --> 00:37:32,625
Eddy, lompat.
525
00:37:42,760 --> 00:37:44,679
Ia memerlukan latihan lagi.
526
00:37:49,058 --> 00:37:53,229
Tetapi keluarga Savitsky
belajar cara untuk mendorong Eddy.
527
00:37:56,565 --> 00:37:59,735
Kucing yang berbeza
didorong oleh ganjaran berbeza.
528
00:38:02,238 --> 00:38:06,200
Bunyinya cukup mudah,
tapi ramai pemilik baharu salah faham.
529
00:38:08,035 --> 00:38:13,082
Saya rasa ada yang guna
benda yang salah sebagai cara galakan.
530
00:38:15,501 --> 00:38:19,088
Kucing lebih memilih
daripada haiwan peliharaan lain.
531
00:38:19,171 --> 00:38:21,549
Makanan tak semestinya dorongan terbaik.
532
00:38:23,592 --> 00:38:28,097
Kami dapati kebanyakan kucing
lebih suka ganjaran sosial.
533
00:38:28,180 --> 00:38:31,767
Kristyn telah membuat kajian meluas
tentang kehendak kucing.
534
00:38:33,102 --> 00:38:34,562
Dia beri kucing pilihan
535
00:38:34,645 --> 00:38:36,605
antara mainan kegemarannya,
536
00:38:36,689 --> 00:38:38,357
bau kegemarannya,
537
00:38:38,441 --> 00:38:40,026
makanan kegemarannya
538
00:38:40,109 --> 00:38:41,485
atau pemiliknya.
539
00:38:52,038 --> 00:38:55,750
Kucing lebih selalu memilih pemiliknya.
540
00:38:56,959 --> 00:38:58,794
Saya rasa Carl sayang awak.
541
00:38:59,253 --> 00:39:01,881
Nampaknya kehendak hati mengatasi perut.
542
00:39:03,174 --> 00:39:06,552
Jadi, adakah ini bukti kucing sayang kita?
543
00:39:06,635 --> 00:39:09,555
Saya sering ditanya
sama ada kucing sayang kita.
544
00:39:09,638 --> 00:39:14,685
Sayang ialah emosi yang rumit,
sekalipun bagi manusia.
545
00:39:14,769 --> 00:39:18,606
Ada orang kata dia sayang kita,
tapi berkelakuan sebaliknya.
546
00:39:20,858 --> 00:39:26,197
Untuk menjawab soalan itu
dan memahami hubungan manusia-kucing,
547
00:39:26,280 --> 00:39:29,116
kita perlu kembali ke detik permulaan.
548
00:39:34,330 --> 00:39:38,250
Sudah lama ahli sejarah percaya
persahabatan kita bermula di Mesir
549
00:39:38,334 --> 00:39:40,086
sekitar 4,000 tahun lalu.
550
00:39:43,047 --> 00:39:46,300
Tetapi penemuan baru-baru ini
mengubah segalanya.
551
00:39:48,260 --> 00:39:52,473
PAKAR GENETIK PALEO
552
00:39:53,057 --> 00:39:54,767
Sepuluh ribu tahun lalu,
553
00:39:55,267 --> 00:39:58,729
sebelum zaman Neolitik,
tiada kucing di Cyprus.
554
00:40:01,190 --> 00:40:04,485
Cyprus ialah pulau kecil
di Laut Mediterranean,
555
00:40:04,568 --> 00:40:06,821
berhampiran tempat bermulanya tamadun,
556
00:40:06,904 --> 00:40:10,658
tempat ahli arkeologi
membuat penemuan besar baru-baru ini.
557
00:40:12,284 --> 00:40:15,121
Mereka jumpa kubur Neolitik seorang budak.
558
00:40:15,204 --> 00:40:18,332
Di dalam kuburnya, ada rangka kucing.
559
00:40:19,917 --> 00:40:23,629
Dr. Eva Maria menggunakan DNA
untuk menentukan zamannya.
560
00:40:24,755 --> 00:40:27,133
Ia menjadi bukti paling awal
561
00:40:27,216 --> 00:40:29,385
bagi hubungan manusia-kucing…
562
00:40:30,386 --> 00:40:32,680
TAHUN 1000
563
00:40:32,763 --> 00:40:36,934
…membuktikan kita telah bersama
sekurang-kurangnya 10,000 tahun.
564
00:40:37,017 --> 00:40:39,270
8000 SM
565
00:40:39,353 --> 00:40:41,939
Kucing tak berenang menyeberangi laut.
566
00:40:43,149 --> 00:40:48,612
Maknanya orang bawa kucing
menaiki kapal ke Cyprus.
567
00:40:48,696 --> 00:40:52,700
Jadi, ada sesuatu berlaku
pada masa itu di kawasan itu.
568
00:40:53,742 --> 00:40:55,870
Yang berlaku ialah kewujudan ladang.
569
00:40:57,496 --> 00:41:00,624
Manusia mula bercucuk tanam
dan menyimpan bijirin
570
00:41:00,708 --> 00:41:03,544
lalu kucing liar melihat peluang.
571
00:41:05,171 --> 00:41:08,549
Jelapang menarik tikus.
572
00:41:08,632 --> 00:41:11,177
Itu masalah besar bagi petani zaman itu.
573
00:41:11,260 --> 00:41:13,262
Jadi, kucing
574
00:41:14,388 --> 00:41:16,891
menangkap dan makan tikus itu.
575
00:41:17,850 --> 00:41:24,440
Ini mungkin permulaan hubungan
antara kucing liar dengan manusia.
576
00:41:25,441 --> 00:41:28,068
Dari sini, hubungan itu berkembang.
577
00:41:29,570 --> 00:41:31,280
Orang Mesir menyembah kucing.
578
00:41:31,864 --> 00:41:34,700
Ada berjuta-juta kucing
dijadikan sebagai mumia.
579
00:41:34,783 --> 00:41:40,623
Ikonografi dan patung Mesir juga
banyak menggambarkan kucing.
580
00:41:41,540 --> 00:41:46,545
Kita boleh nampak kerusi bangsawan,
yang selalunya wanita,
581
00:41:47,379 --> 00:41:50,007
dengan kucing kecil di bawah kerusi.
582
00:41:51,342 --> 00:41:56,013
Ini menunjukkan
kucing telah memasuki rumah.
583
00:41:56,639 --> 00:41:59,016
Ia dalam proses menjadi kucing belaan.
584
00:42:00,100 --> 00:42:02,603
Ke mana saja kita pergi, kucing mengekori.
585
00:42:04,230 --> 00:42:05,481
Selalunya dengan bot.
586
00:42:07,399 --> 00:42:14,114
Kapal mungkin cara utama
penyebaran kucing.
587
00:42:15,074 --> 00:42:17,618
Tikus naik kapal dan kucing mengekori.
588
00:42:17,701 --> 00:42:20,412
Mungkin tiada satu pun kapal
589
00:42:20,496 --> 00:42:22,831
yang tinggalkan pelabuhan tanpa kucing.
590
00:42:23,332 --> 00:42:29,547
Inilah cara Felis catus
menuju ke setiap benua di Bumi.
591
00:42:33,384 --> 00:42:35,803
Kucing sangat penting di atas kapal
592
00:42:35,886 --> 00:42:37,888
sehinggakan pada 1975,
593
00:42:37,972 --> 00:42:40,933
Tentera Laut British masih mewajibkan
594
00:42:41,016 --> 00:42:42,726
ada kucing di atas kapal.
595
00:42:43,644 --> 00:42:45,396
Bukan hanya pihak British.
596
00:42:45,479 --> 00:42:48,732
BERITA KUCING
HERMAN JADI REKRUT
597
00:42:50,651 --> 00:42:54,154
Perhatian, Pengawal Pantai.
Herman si kucing sedang meronda.
598
00:42:54,238 --> 00:42:57,866
Di Baltimore, cap kaki Herman diambil,
599
00:42:57,950 --> 00:43:00,494
untuk mendapatkan
pas rasmi Pengawal Pantai.
600
00:43:02,871 --> 00:43:04,290
Ini memang berlaku.
601
00:43:05,457 --> 00:43:09,461
Herman memang menyertai
Pengawal Pantai AS.
602
00:43:11,297 --> 00:43:15,509
Tetapi sejarah tak selalunya
sebaik ini kepada kucing.
603
00:43:25,227 --> 00:43:27,646
Kisah kucing hitam dan sihir jahat,
604
00:43:28,397 --> 00:43:31,358
ahli sihir dan kawah tak bermula di Salem
605
00:43:32,067 --> 00:43:33,861
mahupun Transylvania,
606
00:43:34,570 --> 00:43:38,032
tapi dengan paus jahat bernama Gregory IX.
607
00:43:39,825 --> 00:43:41,744
Kucing pada Zaman Pertengahan
608
00:43:42,745 --> 00:43:44,663
dikaitkan dengan ahli sihir.
609
00:43:45,331 --> 00:43:47,166
Ahli sihir sebenarnya
610
00:43:48,125 --> 00:43:53,964
wanita bijak yang banyak tahu
tentang alam semula jadi.
611
00:43:54,590 --> 00:43:58,969
Wanita bijak tahu
yang menjaga kebersihan rumah
612
00:43:59,470 --> 00:44:01,013
membuatkan kita sihat.
613
00:44:01,805 --> 00:44:04,016
Mereka bersihkan rumah dengan penyapu
614
00:44:04,099 --> 00:44:07,186
dan bela kucing untuk hapuskan tikus.
615
00:44:07,269 --> 00:44:10,606
Kemudian tiba masanya apabila Gereja
616
00:44:11,815 --> 00:44:13,192
yang dikuasai lelaki
617
00:44:13,859 --> 00:44:15,653
menganggap kucing bahaya.
618
00:44:15,736 --> 00:44:18,781
Jadi, Gereja cuba hapuskan kucing.
619
00:44:19,865 --> 00:44:22,076
Diburuk-burukkan semasa Pasitan Paus,
620
00:44:22,159 --> 00:44:25,037
sebahagian besar
populasi kucing Eropah terhapus.
621
00:44:26,789 --> 00:44:30,876
Sesetengah pihak percaya
ia menyumbang kepada Wabak Hitam.
622
00:44:34,546 --> 00:44:37,675
Wabak Hitam, penyakit hawar
623
00:44:37,758 --> 00:44:41,679
disebarkan oleh tikus
atau sebenarnya kutunya.
624
00:44:42,763 --> 00:44:45,683
Kutu itu ada pada bulu tikus.
625
00:44:47,184 --> 00:44:50,270
Dengan kucing yang sedikit,
wabak itu tak terkawal.
626
00:44:53,440 --> 00:44:55,984
Mujurlah pada zaman gelap itu pun
627
00:44:56,068 --> 00:44:59,697
sesetengah orang terus memelihara
hubungan dengan kucing.
628
00:45:10,666 --> 00:45:14,336
Hubungan yang masih berkembang
hingga hari ini.
629
00:45:19,133 --> 00:45:21,927
Ada sejarah kucing di kilang penyulingan.
630
00:45:22,678 --> 00:45:24,972
Ia tradisi di Scotland.
631
00:45:25,472 --> 00:45:28,767
Ada kucing terkenal
di kilang penyulingan di Perthshire
632
00:45:28,851 --> 00:45:32,229
bernama Towser,
mungkin yang paling terkenal.
633
00:45:32,312 --> 00:45:35,274
- Ya, Towser memang legenda.
- Ya.
634
00:45:35,357 --> 00:45:38,026
Itu kucing kilang penyulingan
paling terkenal.
635
00:45:38,777 --> 00:45:43,866
PEMILIK BERSAMA
KILANG PENYULINGAN LINDORES ABBEY
636
00:45:44,742 --> 00:45:47,119
Lima tahun lalu, Helen dan Drew McKenzie
637
00:45:47,202 --> 00:45:49,121
mengambil dua kucing pekerja
638
00:45:49,705 --> 00:45:51,915
untuk meneruskan tradisi lama.
639
00:45:54,877 --> 00:45:57,963
Biara ini ditubuhkan pada tahun 1191.
640
00:45:59,673 --> 00:46:03,051
William Wallace datang ke sini
selepas tewaskan orang Inggeris
641
00:46:03,135 --> 00:46:04,720
dalam Pertempuran Black Earnside.
642
00:46:08,056 --> 00:46:09,683
Jadi, ia sangat bersejarah.
643
00:46:10,350 --> 00:46:12,936
Kami masih teruskan tradisi.
644
00:46:13,020 --> 00:46:15,606
Banyak kucing ada di sini selama ini.
645
00:46:18,567 --> 00:46:21,403
Kucing jantan hitam itu
dinamakan Friar John Claw
646
00:46:22,821 --> 00:46:25,365
dan kucing betina itu pula Vespers
647
00:46:26,366 --> 00:46:28,827
sempena rahib yang tinggal di sini dulu.
648
00:46:29,661 --> 00:46:34,666
Seperti rahib-rahib itu, kucing ini
memulakan kerja pada waktu malam.
649
00:46:46,428 --> 00:46:49,681
Mata kucing sangat besar
berbanding saiz tengkoraknya.
650
00:46:51,558 --> 00:46:54,019
Ia juga ada sesuatu
dipanggil tapetum lucidum,
651
00:46:54,102 --> 00:46:56,814
lapisan sel di belakang mata
652
00:46:56,897 --> 00:46:59,817
yang memantulkan semula cahaya ke retina,
653
00:46:59,900 --> 00:47:03,570
membolehkan kucing melihat
dengan baik dalam keadaan malap.
654
00:47:05,239 --> 00:47:08,242
Kucing itu mencari sesuatu
yang amat berbahaya
655
00:47:08,325 --> 00:47:10,244
kepada kesejahteraan kilang.
656
00:47:11,662 --> 00:47:15,833
Tikus sentiasa ada di kilang penyulingan
kerana ada barli yang banyak.
657
00:47:15,916 --> 00:47:18,252
Bijirin itu menarik perhatian tikus.
658
00:47:19,545 --> 00:47:22,005
Malangnya, senang kata,
659
00:47:22,089 --> 00:47:24,049
tikus kuat kencing.
660
00:47:24,132 --> 00:47:26,844
Itu penjelasan yang paling tepat.
661
00:47:26,927 --> 00:47:28,929
Itu bukan sesuatu yang bagus.
662
00:47:30,347 --> 00:47:33,934
Untuk mencari tikus,
kucing gunakan pendengaran ultrasonik.
663
00:47:35,978 --> 00:47:39,523
Telinga kucing boleh berpusing
kira-kira 180 darjah.
664
00:47:40,566 --> 00:47:42,776
Kucing boleh dengar frekuensi tinggi
665
00:47:42,860 --> 00:47:47,906
kerana mangsa yang dicarinya
berbunyi dalam julat auditori ini.
666
00:47:49,741 --> 00:47:54,705
Ini membolehkan
kucing menentukan lokasi mangsa.
667
00:48:08,552 --> 00:48:10,554
Kucing ini buat kerja dengan baik.
668
00:48:13,932 --> 00:48:18,020
Tapi Helen dan Drew
ingin tahu aktiviti sebenarnya.
669
00:48:19,938 --> 00:48:23,483
Jadi, Helen memakaikan
penjejak GPS untuk menyiasat.
670
00:48:26,028 --> 00:48:28,697
Kolar GPS itu mendedahkan
bahawa setiap malam,
671
00:48:28,780 --> 00:48:31,700
Vespers berjalan melebihi 1.6 kilometer,
672
00:48:31,783 --> 00:48:34,328
tapi tak pernah pergi jauh dari rumah.
673
00:48:35,579 --> 00:48:38,415
Vespers, secara rasminya
ketua penangkap tikus,
674
00:48:38,498 --> 00:48:41,084
sibuk dengan kerja siang dan malam.
675
00:48:42,002 --> 00:48:44,963
Vespers paling aktif sebelum subuh,
676
00:48:45,797 --> 00:48:47,424
waktu aktif tikus.
677
00:48:48,175 --> 00:48:52,179
Kucing ialah haiwan krepuskul.
678
00:48:52,262 --> 00:48:55,015
Haiwan krepuskul
679
00:48:55,098 --> 00:49:00,479
bermaksud ia aktif
pada awal subuh dan waktu senja.
680
00:49:01,772 --> 00:49:06,234
Ia mungkin menjelaskan punca kucing
menggila pada waktu lewat malam.
681
00:49:07,569 --> 00:49:11,323
Kucing saya suka berlari ke sana sini
selepas kami masuk tidur.
682
00:49:14,326 --> 00:49:17,663
Sewaktu itu,
kucing tiba-tiba dapat tenaga.
683
00:49:18,705 --> 00:49:21,708
Ia dinamakan "FRAP",
684
00:49:22,292 --> 00:49:25,504
pola aksi pantas gila-gila.
685
00:49:25,587 --> 00:49:28,674
Kita boleh nampak
kucing buat bunyi mencicit,
686
00:49:28,757 --> 00:49:31,969
duduk rapat ke tanah
dan lompat ke sana sini.
687
00:49:33,261 --> 00:49:35,639
Kejar-mengejar, berbunyi,
688
00:49:35,722 --> 00:49:38,684
berseronok semasa kita tidur.
689
00:49:40,727 --> 00:49:42,771
Ini tingkah laku kenalurian.
690
00:49:42,854 --> 00:49:45,065
Ia berpunca daripada ritma sirkadian.
691
00:49:45,148 --> 00:49:49,486
Itu jam dalaman tubuh kita
yang diwarisi daripada nenek moyang.
692
00:49:50,320 --> 00:49:54,408
Sesetengah kucing ada satu lagi
upacara malam yang aneh.
693
00:49:55,867 --> 00:49:59,246
Vespers suka beri hadiah.
694
00:49:59,746 --> 00:50:04,459
Saya rasa Vespers tangkap
empat atau lima haiwan sehari.
695
00:50:04,543 --> 00:50:08,964
Tapi mengapa kucing
beri hadiah kepada pemiliknya?
696
00:50:09,047 --> 00:50:12,217
Kita tahu apabila ibu kucing ada anak,
697
00:50:12,300 --> 00:50:15,721
ibu kucing itu akan bawa balik
mangsa untuk anaknya
698
00:50:15,804 --> 00:50:18,932
supaya anaknya boleh belajar
jenis mangsa yang sesuai
699
00:50:19,016 --> 00:50:22,102
dan biar anaknya bermain.
700
00:50:22,185 --> 00:50:26,982
Bunyinya agak ngeri,
tapi berlatih untuk membunuh mangsa.
701
00:50:28,608 --> 00:50:30,944
Apa-apa pun sebabnya, ia satu pujian.
702
00:50:31,528 --> 00:50:33,780
Maknanya kita dianggap keluarga.
703
00:50:33,864 --> 00:50:36,408
Hal itu langsung tak menyenangkan
704
00:50:36,491 --> 00:50:38,994
apabila kita berkaki ayam pada waktu pagi.
705
00:50:41,038 --> 00:50:44,458
Sementara Vespers
menjalankan tugas tradisional,
706
00:50:44,541 --> 00:50:47,878
Friar John Claw menggunakan
pendekatan yang lebih moden.
707
00:50:48,879 --> 00:50:50,422
FJC sangat tenang,
708
00:50:51,089 --> 00:50:52,758
suka orang ramai,
709
00:50:52,841 --> 00:50:57,429
habiskan banyak masa
dengan diusap di pusat pelawat.
710
00:50:58,096 --> 00:51:02,100
FJC sedar adiknya boleh uruskan tikus.
711
00:51:02,893 --> 00:51:05,270
Bakatnya lebih berfaedah di tempat lain.
712
00:51:06,480 --> 00:51:09,775
Peranan FJC boleh dikatakan sebagai duta.
713
00:51:16,656 --> 00:51:17,908
FJC jaga depan.
714
00:51:17,991 --> 00:51:21,286
- Vespers di belakang.
- Membuat kerja keras.
715
00:51:22,621 --> 00:51:24,998
Vespers menggunakan naluri.
716
00:51:25,082 --> 00:51:28,043
Friar John Claw menggunakan Instagram.
717
00:51:29,461 --> 00:51:33,006
Sesuatu yang bermula 10,000 tahun lalu
sebagai hubungan kerja
718
00:51:33,965 --> 00:51:36,468
telah berkembang menjadi obsesi sedunia.
719
00:51:40,472 --> 00:51:42,557
Cara kucing tular di Internet
720
00:51:42,641 --> 00:51:46,394
telah mengatasi jangkaan sesiapa saja.
721
00:51:46,478 --> 00:51:49,689
Saya yakin sebab kedua
orang paling kerap guna Internet
722
00:51:49,773 --> 00:51:51,942
adalah untuk tonton video kucing.
723
00:51:52,651 --> 00:51:56,905
Kucing ialah perkara paling popular
di Internet yang mesra keluarga
724
00:51:59,116 --> 00:52:02,077
dengan lebih 25 bilion tontonan.
725
00:52:03,870 --> 00:52:08,291
Kajian baharu mendapati video kucing
meningkatkan emosi positif
726
00:52:08,375 --> 00:52:10,252
dan mengurangkan rasa negatif.
727
00:52:12,087 --> 00:52:15,507
Dalam erti kata lain,
ia merangsang dopamin.
728
00:52:17,884 --> 00:52:20,804
Saya rasa Internet telah menjadi ruang
729
00:52:20,887 --> 00:52:24,474
untuk pencinta kucing bersatu,
menyayangi kucing,
730
00:52:24,558 --> 00:52:26,393
ketawakan kucing
731
00:52:26,476 --> 00:52:29,521
dan rapatkan hubungan
menerusi perangai lucu kucing.
732
00:52:29,604 --> 00:52:31,857
Ia beri kita ruang untuk lakukannya.
733
00:52:34,025 --> 00:52:36,236
Video kelakuan buruk memang seronok.
734
00:52:37,821 --> 00:52:41,491
Tapi ia tak selalunya lucu
apabila ia berlaku di rumah sendiri.
735
00:52:43,451 --> 00:52:46,079
Apabila ada kelakuan yang tak diingini,
736
00:52:46,163 --> 00:52:49,040
ingatlah bahawa kucing tetap kucing.
737
00:52:49,124 --> 00:52:51,459
Kucing tak tahu
kita tak mahu ia panjat kaunter.
738
00:52:53,170 --> 00:52:56,173
Peraturan nombor satu,
jangan sesekali hukum kucing.
739
00:52:57,757 --> 00:53:01,011
Apabila kucing kita buat
sesuatu yang kita tak mahu
740
00:53:01,094 --> 00:53:02,429
dan kita menghukumnya,
741
00:53:03,054 --> 00:53:07,100
kadangkala kucing itu tak faham
kenapa kita tak suka.
742
00:53:07,184 --> 00:53:09,519
Kucing akan rasa kita sukar dijangka.
743
00:53:10,979 --> 00:53:14,649
"Tiba-tiba, awak marah saya.
Saya tak faham hal yang berlaku."
744
00:53:16,193 --> 00:53:18,028
Kuncinya ialah sikap positif.
745
00:53:22,657 --> 00:53:24,993
Kucing buat sesuatu yang kita tak suka?
746
00:53:25,076 --> 00:53:28,955
Alihkan perhatiannya,
kemudian beritahu kehendak kita.
747
00:53:29,039 --> 00:53:31,875
"Mari buat begini. Sentuh tangan saya.
748
00:53:31,958 --> 00:53:35,837
Pergi ke katil awak.
Awak kucing yang bijak! Hore!"
749
00:53:35,921 --> 00:53:39,007
Kucing anda fikir,
"Sayalah kucing terbaik!"
750
00:53:41,968 --> 00:53:46,097
Untuk tabiat yang amat buruk,
pelaziman klasik tak memadai.
751
00:53:47,599 --> 00:53:53,104
Pelaziman timbal balik
ialah proses mengubah tindak balas emosi.
752
00:53:54,314 --> 00:53:57,359
Ketika inilah kita keluarkan barang baik,
753
00:53:57,442 --> 00:54:00,237
snek kegemarannya yang paling menarik.
754
00:54:00,779 --> 00:54:04,199
Menawarkan sesuatu
yang amat berharga atau memuaskan
755
00:54:04,282 --> 00:54:08,411
sehingga haiwan itu fikir,
"Itu taklah teruk sangat. Saya suka."
756
00:54:09,829 --> 00:54:12,332
Saya selalu beri contoh ini kepada klien.
757
00:54:12,415 --> 00:54:14,626
Bagaimana jika setiap kali
kita keluar rumah,
758
00:54:14,709 --> 00:54:17,921
jiran kita yang celopar mengutuk kita?
759
00:54:18,421 --> 00:54:20,966
Mesti kita enggan keluar
semasa dia di luar.
760
00:54:22,259 --> 00:54:25,553
Tapi jika setiap kali anda keluar,
saya beri anda $1,000?
761
00:54:27,681 --> 00:54:30,976
Anda akan kata,
"Boleh tahan. Saya tak kisah jumpa dia."
762
00:54:31,476 --> 00:54:34,312
Jika anda jumpa dia
empat kali sehari dan dapat $4,000?
763
00:54:34,396 --> 00:54:37,774
Mesti anda fikir,
"Ya! Teruskan! Di mana dia?"
764
00:54:37,857 --> 00:54:40,402
Mesti anda nak jumpa
lelaki itu sepanjang masa, bukan?
765
00:54:41,111 --> 00:54:43,238
Itulah pelaziman timbal balik.
766
00:54:43,321 --> 00:54:45,240
Kita boleh ubah situasi
767
00:54:45,323 --> 00:54:50,120
daripada negatif kepada neutral,
seterusnya positif.
768
00:54:52,747 --> 00:54:56,001
Seperti mana-mana hubungan,
ia memerlukan kesabaran,
769
00:54:56,626 --> 00:54:58,628
tapi ia berbaloi.
770
00:54:59,337 --> 00:55:02,799
Kadangkala kita rasa
kucing tak perlukan kita,
771
00:55:03,883 --> 00:55:05,552
tapi tetap mahukan kita.
772
00:55:05,635 --> 00:55:10,682
Itulah hubungan yang sangat unik,
mistik dan mendalam.
773
00:55:11,182 --> 00:55:15,228
Motivasi sebenar kucing
tak mudah untuk ditafsir
774
00:55:15,312 --> 00:55:16,771
seperti haiwan lain.
775
00:55:18,106 --> 00:55:21,276
Anjing anggap pemiliknya sebagai tuhan.
776
00:55:22,110 --> 00:55:24,487
Tapi kucing anggap dirinya tuhan.
777
00:55:26,031 --> 00:55:28,450
Kucing enggan buat sesuatu
jika ia tak suka.
778
00:55:28,533 --> 00:55:30,577
Kucing tidur apabila ia mahu,
779
00:55:30,660 --> 00:55:33,121
makan apabila ia mahu,
main apabila ia mahu.
780
00:55:36,750 --> 00:55:39,961
Jangan keliru antara sikap berdikari
dengan tak peduli.
781
00:55:40,754 --> 00:55:44,049
Jika anda ada tanggapan
bahawa kucing suka menyendiri,
782
00:55:44,132 --> 00:55:46,259
tak peduli tentang interaksi sosial,
783
00:55:46,343 --> 00:55:49,054
jadi anda tak cuba berinteraksi dengannya,
784
00:55:49,137 --> 00:55:52,265
anda yang mengajar kucing itu
supaya suka menyendiri
785
00:55:52,349 --> 00:55:54,559
kerana itulah sikap yang anda jangka.
786
00:55:55,602 --> 00:55:57,729
Dalam kerja kami, kami dapati
787
00:55:57,812 --> 00:56:01,524
kelakuan seseorang itu
memberi kesan kepada kelakuan kucing.
788
00:56:02,817 --> 00:56:05,945
Kajian Kristyn membuktikan
cara kucing melayan kita
789
00:56:06,488 --> 00:56:09,449
mencerminkan cara kita melayaninya.
790
00:56:10,992 --> 00:56:15,830
Seterusnya, kajiannya menunjukkan
kucing mungkin dapat rasa perasaan kita.
791
00:56:18,166 --> 00:56:21,294
Ini dikenali sebagai ujian rujukan sosial.
792
00:56:21,378 --> 00:56:24,422
Ideanya, kipas dengan jalur kertas ini
793
00:56:24,506 --> 00:56:26,466
ialah benda baharu bagi kucing.
794
00:56:26,549 --> 00:56:30,512
Jadi, kucing tak tahu sama ada
ia menakutkan atau menyeronokkan.
795
00:56:30,595 --> 00:56:34,140
Ideanya ialah manusia
boleh menyampaikan isyarat emosi
796
00:56:34,224 --> 00:56:36,226
dan lihat reaksi kucing.
797
00:56:36,976 --> 00:56:38,603
Carl, takutnya!
798
00:56:39,646 --> 00:56:41,689
Carl, ia menakutkan, bukan?
799
00:56:42,482 --> 00:56:43,983
Alamak!
800
00:56:44,067 --> 00:56:46,820
Alamak! Aduhai!
801
00:56:47,695 --> 00:56:48,780
Tengoklah!
802
00:56:48,863 --> 00:56:52,742
Apabila Kristyn takut terhadap kipas,
Carl cuba bersembunyi.
803
00:56:55,703 --> 00:56:57,414
Kipas itu menakutkan?
804
00:56:58,206 --> 00:57:02,627
Selepas berehat dan ubah sikap,
tiba masa untuk pusingan kedua.
805
00:57:06,381 --> 00:57:08,591
Jika saya gembira dengan kipas ini,
806
00:57:08,675 --> 00:57:11,719
kita akan lihat
jika kucing sedar emosi saya.
807
00:57:16,850 --> 00:57:19,811
Tengok. Bagusnya kipas ini.
808
00:57:21,354 --> 00:57:23,231
Eloknya kipas ini.
809
00:57:23,314 --> 00:57:27,026
Apabila dia bercakap elok-elok
dengan kipas dan tak takut,
810
00:57:27,110 --> 00:57:29,070
Carl nampak lebih yakin.
811
00:57:29,654 --> 00:57:31,656
Tengoklah jalur kertas ini.
812
00:57:33,116 --> 00:57:34,200
Tengok.
813
00:57:35,076 --> 00:57:37,495
Kipas ini bukan lagi ancaman.
814
00:57:38,246 --> 00:57:39,706
Dah tak takut!
815
00:57:42,876 --> 00:57:44,252
Bukan hanya Carl.
816
00:57:45,962 --> 00:57:50,425
Sebanyak 79 peratus kucing bergantung
pada pemiliknya untuk nasihat emosi.
817
00:57:51,926 --> 00:57:54,596
Bagi saintis, ini satu lagi penemuan.
818
00:57:57,307 --> 00:58:01,269
Nampaknya kucing mahir
mengesan perasaan kita…
819
00:58:03,730 --> 00:58:05,773
baik dan buruk.
820
00:58:06,858 --> 00:58:10,320
Jika angin kita tak baik
semasa mahu melatih kucing,
821
00:58:10,403 --> 00:58:11,696
lupakan saja.
822
00:58:11,779 --> 00:58:13,823
Jangan cuba langsung.
823
00:58:13,907 --> 00:58:17,535
Kucing dapat rasa segalanya
dan ia jadi lebih teruk.
824
00:58:18,077 --> 00:58:19,245
Asia, mari sini.
825
00:58:22,624 --> 00:58:26,836
Kucing belajar mempunyai empati
untuk sesuaikan diri dan teruskan hidup.
826
00:58:28,171 --> 00:58:30,965
Ada kelebihan evolusi
827
00:58:31,049 --> 00:58:34,761
apabila dapat melihat rakan sosial
dalam persekitaran kita
828
00:58:34,844 --> 00:58:36,596
dan mengumpul maklumat.
829
00:58:36,679 --> 00:58:40,183
Jika kita tak dapat baca respons sesiapa,
830
00:58:40,266 --> 00:58:43,061
kita tak dapat mengakses
831
00:58:43,144 --> 00:58:46,981
banyak maklumat
tentang cara untuk bertindak balas
832
00:58:47,065 --> 00:58:49,317
kepada sesuatu yang mungkin berbahaya.
833
00:58:50,318 --> 00:58:53,655
Pendedahan bahawa kucing
dapat membaca perasaan kita
834
00:58:53,738 --> 00:58:57,450
membawa kepada penemuan
yang lebih mengejutkan dan tak dijangka.
835
00:59:01,538 --> 00:59:04,916
Di Jepun, Dr. Saho Takagi
menyedari sesuatu.
836
00:59:07,669 --> 00:59:11,589
Saya sedar kita boleh perhatikan
tingkah laku yang berbeza
837
00:59:11,673 --> 00:59:15,343
antara kucing di AS dan Jepun.
838
00:59:17,971 --> 00:59:22,642
Di Jepun, kucing ada masalah
dengan tempat yang tak dikenali.
839
00:59:23,851 --> 00:59:25,645
Tapi kucing yang saya nampak di AS…
840
00:59:28,648 --> 00:59:34,237
berlagak normal
walaupun di tempat yang tak dikenali.
841
00:59:34,320 --> 00:59:41,244
Jadi, kucing Jepun dan Amerika
mungkin ada personaliti yang berbeza.
842
00:59:42,245 --> 00:59:45,498
Kristyn dan Saho memutuskan
untuk menjalankan eksperimen
843
00:59:45,582 --> 00:59:47,584
yang sama di AS dan Jepun.
844
00:59:49,460 --> 00:59:52,630
Mereka mendapati
bahawa kucing-kucingnya berbeza.
845
00:59:56,050 --> 01:00:00,013
Kami melihat perbezaan sosial
antara kucing di Jepun dan AS.
846
01:00:00,680 --> 01:00:07,312
Saya sedar perbezaan budaya kita
turut mempengaruhi kucing.
847
01:00:09,564 --> 01:00:12,400
Adakah budaya manusia
mengubah budaya kucing?
848
01:00:14,193 --> 01:00:17,614
Jepun ialah negara pulau.
849
01:00:18,823 --> 01:00:23,119
Kebanyakan pemilik kucing tak benarkan
kucing mereka keluar langsung.
850
01:00:23,202 --> 01:00:27,123
Orang di Jepun
jarang adakan parti di rumah.
851
01:00:27,957 --> 01:00:30,960
Oleh itu, kucing di Jepun
jarang bertemu orang asing
852
01:00:31,044 --> 01:00:33,838
berbanding dengan kucing di Amerika.
853
01:00:34,756 --> 01:00:39,385
Ini mungkin faktor yang menyumbang
kepada perbezaan antara kucing di Jepun
854
01:00:39,469 --> 01:00:41,471
dengan kucing di Amerika.
855
01:00:43,056 --> 01:00:46,601
Kajian mereka mencadangkan
perbezaan budaya ini
856
01:00:46,684 --> 01:00:50,480
mungkin diwariskan turun-temurun.
857
01:00:53,941 --> 01:00:58,488
Dalam satu budaya,
ia semakin merapatkan spesies kita.
858
01:01:11,876 --> 01:01:14,504
Sebelum Istanbul
menjadi Konstantaniah pun,
859
01:01:14,587 --> 01:01:17,090
ia sememangnya bandar kucing.
860
01:01:18,966 --> 01:01:23,846
Jalan-jalan ini didiami
lebih daripada 100,000 kucing komuniti
861
01:01:23,930 --> 01:01:26,724
yang serasi dengan gaya hidup bandar.
862
01:01:31,813 --> 01:01:35,983
Sekarang, apabila kita ke Istanbul,
kita akan jumpa banyak kucing.
863
01:01:36,943 --> 01:01:40,530
Kucing-kucing itu milik seluruh kejiranan.
864
01:01:41,280 --> 01:01:43,908
Bukannya milik orang tertentu.
865
01:01:44,450 --> 01:01:48,204
Orang sediakan kemudahan untuk kucing
866
01:01:48,287 --> 01:01:50,248
supaya ia boleh hidup,
867
01:01:50,331 --> 01:01:54,252
tapi ia bukan milik sesiapa secara khusus.
868
01:01:56,379 --> 01:01:59,590
Pada 2021, Istanbul memperkenalkan
undang-undang baharu
869
01:01:59,674 --> 01:02:02,093
yang melindungi kucing-kucing ini,
870
01:02:02,176 --> 01:02:05,346
antara perundangan paling maju di dunia.
871
01:02:07,348 --> 01:02:11,644
Menganggap kucing setaraf
dan melihat dari sudut pandangannya
872
01:02:11,728 --> 01:02:14,564
ialah cara terbaik
untuk mengeratkan hubungan.
873
01:02:15,857 --> 01:02:16,857
Hai.
874
01:02:25,241 --> 01:02:27,452
Kepakaran saya cuma wujud
875
01:02:27,535 --> 01:02:31,080
kerana orang tahu mereka ada
hubungan erat dengan haiwan ini,
876
01:02:31,164 --> 01:02:32,373
kasih yang mendalam.
877
01:02:34,292 --> 01:02:36,002
Kami buat kerana sayang haiwan.
878
01:02:36,085 --> 01:02:39,505
Kami buat kerana kami sedar
ikatan manusia dan haiwan.
879
01:02:40,882 --> 01:02:43,676
Kenapa saya menangis?
Jangan buat saya menangis.
880
01:02:44,635 --> 01:02:47,805
Ya, inilah sebabnya,
kerana sayang akan haiwan.
881
01:02:49,932 --> 01:02:52,810
Jelas sekali, kita menyukai kucing.
882
01:02:53,853 --> 01:02:57,023
Ini membawa kepada
persoalan terbesar tentang kucing.
883
01:02:59,233 --> 01:03:01,694
Adakah saya rasa kucing suka kita?
884
01:03:02,737 --> 01:03:05,656
Sukar untuk mengukur emosi kucing,
885
01:03:05,740 --> 01:03:07,909
tapi saya rasa berdasarkan kelakuan
886
01:03:07,992 --> 01:03:09,827
dan hubungannya,
887
01:03:09,911 --> 01:03:13,790
kucing boleh menjalin hubungan
yang sangat erat dengan seseorang
888
01:03:13,873 --> 01:03:15,374
yang sama dengan sayang.
889
01:03:19,837 --> 01:03:22,715
Kucing sangat sayangkan pemiliknya.
890
01:03:22,799 --> 01:03:28,679
Saya percaya kucing saya sayangkan saya.
891
01:03:30,389 --> 01:03:32,850
Jelas sekali kucing memberi
892
01:03:33,476 --> 01:03:37,313
sokongan emosi,
rasa sejahtera, kegembiraan.
893
01:03:37,939 --> 01:03:42,860
Mengetahui yang kita boleh pulang
dan disayangi kucing tanpa syarat
894
01:03:42,944 --> 01:03:45,071
ialah sesuatu yang penting.
895
01:03:50,576 --> 01:03:54,372
Dengan kasih sayang keluarganya,
Eddy sememangnya mampu
896
01:03:54,455 --> 01:03:56,415
menjadi bintang besar seterusnya.
897
01:03:59,585 --> 01:04:03,089
Eddy hanya perlu melepasi gelung kertas.
898
01:04:08,886 --> 01:04:12,598
Kita baru mula menyedari potensi kucing.
899
01:04:13,266 --> 01:04:17,812
Masih banyak yang kita tak tahu
tentang kucing.
900
01:04:17,895 --> 01:04:21,148
Sedikit demi sedikit,
lebih banyak penemuan akan dibuat.
901
01:04:23,192 --> 01:04:28,406
Semakin kita kaji, semakin kita sedar
betapa mendalamnya hubungan kita.
902
01:04:30,867 --> 01:04:33,369
Kucing rasa kasih sayang yang kita beri.
903
01:04:33,870 --> 01:04:37,290
Kucing menyukainya.
904
01:04:39,000 --> 01:04:40,710
Kasih itu saling berbalas.
905
01:04:42,837 --> 01:04:46,340
Jika kita belajar cara
untuk serlahkan kelebihan kucing,
906
01:04:46,424 --> 01:04:48,885
kucing akan serlahkan kelebihan kita.
907
01:04:50,303 --> 01:04:53,598
Saya tak boleh bayangkan
hidup tanpa kucing.
908
01:04:54,265 --> 01:04:57,393
Kucing haiwan saya. Saya fahaminya.
909
01:04:57,476 --> 01:05:00,980
Saya harap kucing sayangkan saya
macam saya sayangkannya.
910
01:05:02,398 --> 01:05:07,236
Apabila gabungan semuanya sempurna,
hasilnya menakjubkan.
911
01:06:38,369 --> 01:06:40,454
Terjemahan sari kata oleh F. Zainal