1 00:00:08,508 --> 00:00:11,219 SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:16,808 --> 00:00:19,102 Saya tak boleh buat apa-apa di sini. 3 00:00:19,185 --> 00:00:22,439 Saya tak ambil dadah tapi keluar ke hutan. 4 00:00:23,732 --> 00:00:25,817 Walaupun orang fikir saya gila… 5 00:00:25,900 --> 00:00:28,319 Saya mungkin nampak gila sebab cari batu. 6 00:00:28,403 --> 00:00:31,614 Tapi saya sangat suka cari batu dan fosil. 7 00:00:31,698 --> 00:00:33,658 Saya rasa itu hebat. 8 00:00:36,244 --> 00:00:40,582 Saya ada fosil yang menarik kecuali ada satu itu rupanya tahi anjing. 9 00:00:46,254 --> 00:00:51,259 Saya cari beberapa jenis kristal. 10 00:00:51,801 --> 00:00:53,803 Chakra kuasa penyembuhan. 11 00:00:55,096 --> 00:00:58,349 Ia membantu mengosongkan fikiran saya. 12 00:01:06,608 --> 00:01:09,194 Saya ditahan sebab membunuh. 13 00:01:11,613 --> 00:01:13,573 Lelaki itu ada di rumah saya. 14 00:01:14,532 --> 00:01:16,785 Saya terpaksa lakukannya. 15 00:01:16,868 --> 00:01:19,454 Saya lakukan perkara yang betul. 16 00:01:19,537 --> 00:01:22,916 Kalau tak, saya dan adik pasti dah mati. 17 00:01:25,210 --> 00:01:28,379 Saya dah sedia untuk pembicaraan kes bela diri. 18 00:01:29,005 --> 00:01:33,968 Kalau mereka dengar cerita saya, saya yakin boleh menang. 19 00:01:47,273 --> 00:01:49,734 Saya pernah uruskan kes bela diri 20 00:01:49,818 --> 00:01:52,570 dan kebanyakannya lelaki. 21 00:01:53,488 --> 00:01:56,658 Stand Your Ground ialah undang-undang bela diri di Alabama. 22 00:01:56,741 --> 00:01:58,451 ASHLEY REMKUS WARTAWAN 23 00:01:58,535 --> 00:02:03,456 Polis menemui orang mati di tempat kejadian 24 00:02:03,540 --> 00:02:06,209 dan mereka kata ia berasas. 25 00:02:06,292 --> 00:02:09,087 Biasanya mereka menutup kes. 26 00:02:09,587 --> 00:02:13,216 Brittany didakwa membunuh seorang lelaki 27 00:02:13,299 --> 00:02:15,218 yang dia tuduh telah merogolnya. 28 00:02:16,177 --> 00:02:20,765 Jika disabit kesalahan, dia akan dipenjarakan seumur hidup. 29 00:02:21,975 --> 00:02:25,562 Jadi soalan paling menarik bagi saya ialah, 30 00:02:25,645 --> 00:02:29,858 "Adakah wanita boleh menggunakan sistem itu untuk membela diri 31 00:02:29,941 --> 00:02:31,693 sama seperti lelaki?" 32 00:02:31,776 --> 00:02:34,279 SEJAUH MANA WANITA BOLEH MELINDUNGI DIRI? 33 00:02:43,705 --> 00:02:45,039 Berseronoklah 34 00:02:47,125 --> 00:02:48,543 Saya ada dua orang anak. 35 00:02:48,626 --> 00:02:50,837 - Ini adik saya. - Brittany dan Chris. 36 00:02:50,920 --> 00:02:51,796 Hai, Chris! 37 00:02:51,880 --> 00:02:55,383 Saya bercerai semasa mereka berusia empat dan lapan tahun. 38 00:02:55,466 --> 00:02:56,885 Saya ibu tunggal. 39 00:02:57,385 --> 00:02:59,554 Susah menjadi ibu tunggal di Jackson 40 00:02:59,637 --> 00:03:03,183 sebab tak ada banyak bantuan kewangan 41 00:03:03,266 --> 00:03:04,475 untuk ibu tunggal. 42 00:03:04,559 --> 00:03:08,354 Saya bekerja di merata tempat daripada 12 hingga 16 jam sehari. 43 00:03:08,438 --> 00:03:10,857 Kadangkala lebih daripada itu. 44 00:03:11,649 --> 00:03:14,444 Tapi kami masih tinggal di perumahan awam. 45 00:03:17,322 --> 00:03:19,657 Brittany sangat bijak. 46 00:03:19,741 --> 00:03:22,869 Budak itu boleh lulus semua jenis ujian 47 00:03:22,952 --> 00:03:25,079 tanpa perlu membaca buku. 48 00:03:25,163 --> 00:03:27,999 Dia pelajar cemerlang. 49 00:03:28,875 --> 00:03:33,046 Brittany berkahwin pada usia 19 tahun. 50 00:03:33,713 --> 00:03:38,134 Kemudian, suami dia pergi dan pulang ke rumah ibunya. 51 00:03:38,218 --> 00:03:41,262 Mereka acap kali berbaik dan berpisah. 52 00:03:41,346 --> 00:03:44,390 Lama-kelamaan, saya malas nak ambil tahu. 53 00:03:44,974 --> 00:03:48,519 Saya cuma perlu tahu berapa orang akan balik makan di rumah. 54 00:03:49,729 --> 00:03:51,439 Dia ada empat anak 55 00:03:51,522 --> 00:03:54,317 dan lalui kesusahan sebagai ibu tunggal. 56 00:03:54,400 --> 00:03:57,195 Dia perlu bekerja, jaga anak-anak, 57 00:03:57,695 --> 00:04:02,575 dan dia mula mengalami kemurungan. 58 00:04:03,159 --> 00:04:05,662 Semasa Baby Will lahir, 59 00:04:06,537 --> 00:04:09,624 dia menghidap sindrom Potter. 60 00:04:09,707 --> 00:04:12,252 Itu masalah gangguan genetik. 61 00:04:12,752 --> 00:04:14,963 Dia cuma hidup selama 45 minit. 62 00:04:15,046 --> 00:04:16,673 WILLIAM H SMITH 13 MAC 2012 63 00:04:16,756 --> 00:04:21,052 Keadaan Brittany sangat teruk selepas kehilangan anaknya. 64 00:04:21,135 --> 00:04:25,014 Dia mula ketagihan. 65 00:04:27,642 --> 00:04:29,435 Oh, hujan. 66 00:04:29,519 --> 00:04:32,981 Dadah berleluasa di Jackson. 67 00:04:33,064 --> 00:04:37,110 Keadaan tak begini semasa saya kecil. 68 00:04:38,569 --> 00:04:41,698 Anak saya mula nampak terlalu kurus. 69 00:04:41,781 --> 00:04:43,741 Dia keluar dengan orang berbeza. 70 00:04:43,825 --> 00:04:46,411 - Boleh saya ambil pesanan? - Awak nak apa? 71 00:04:47,578 --> 00:04:48,578 Betul ini? 72 00:04:49,580 --> 00:04:53,334 Saya nak dua sosej, telur dan keju McGriddles. 73 00:04:54,210 --> 00:04:55,503 - Okey. - Berseronok. 74 00:04:55,586 --> 00:04:56,586 Awak juga. 75 00:04:57,547 --> 00:05:02,218 Apa-apa pun, keadaan sangat sukar. 76 00:05:02,302 --> 00:05:03,761 Saya cakap jujur. 77 00:05:07,348 --> 00:05:09,934 Saya mula ambil metamfetamin. 78 00:05:11,060 --> 00:05:14,522 Selepas beberapa bulan, saya kehilangan hak penjagaan anak. 79 00:05:15,815 --> 00:05:17,108 Dunia saya musnah. 80 00:05:19,110 --> 00:05:23,197 Apabila dia hilang hak penjagaan anak, hidup dia musnah. 81 00:05:24,824 --> 00:05:28,036 Kami sokong dan bantu dia. 82 00:05:29,287 --> 00:05:32,415 Dia bergelut untuk hentikan ketagihan dia. 83 00:05:32,498 --> 00:05:34,125 TALIAN TANPA NAMA NARKOTIK 84 00:05:35,293 --> 00:05:37,962 Tapi dia berjaya berubah. 85 00:05:39,255 --> 00:05:41,924 Dia tak lagi mengambil dadah. 86 00:05:42,008 --> 00:05:45,803 Dia bekerja di rumah. Keadaan dia baik. 87 00:05:47,513 --> 00:05:51,893 Pada 10 Januari 2018, 88 00:05:51,976 --> 00:05:54,562 Brittany buat penilaian rumahnya. 89 00:05:54,645 --> 00:05:59,233 Dia nak pastikan semua selamat untuk anak-anak. 90 00:05:59,317 --> 00:06:01,277 Pegawai itu rasa bangga. 91 00:06:01,861 --> 00:06:04,405 Brittany sangat teruja. 92 00:06:04,489 --> 00:06:07,742 Kami dah lama menunggu kepulangan anak-anak dia. 93 00:06:08,242 --> 00:06:11,954 Jadi kamu berseronok, ya? Mana satu haiwan kegemaran kamu? 94 00:06:12,455 --> 00:06:14,290 Llama! 95 00:06:14,374 --> 00:06:17,210 Llama? Llama ada meludah pada kamu? 96 00:06:17,919 --> 00:06:20,380 Brittany nak beli anak anjing. 97 00:06:21,089 --> 00:06:22,840 Dia nak beli untuk anak-anak. 98 00:06:24,550 --> 00:06:27,136 Todd Smith pembiak baka pit bull. 99 00:06:27,637 --> 00:06:31,891 Dia kenal Todd semasa zaman sekolah. 100 00:06:33,643 --> 00:06:37,480 Brittany aturkan untuk beli anak anjing pit bull. 101 00:06:37,980 --> 00:06:41,734 Beberapa hari kemudian, tembakan itu berlaku. 102 00:06:42,402 --> 00:06:45,738 15 JANUARI 2018 103 00:06:48,533 --> 00:06:54,997 Todd telefon dan minta saya ambil dia di taman 104 00:06:55,498 --> 00:07:00,253 sebab pemandu turunkan dia di sana dan takkan datang menjemput dia. 105 00:07:01,838 --> 00:07:04,882 Jadi saya cakap, "Baiklah. Saya ambil awak." 106 00:07:04,966 --> 00:07:09,429 "Awak boleh bermalam untuk hari ini tapi esok awak kena pergi." 107 00:07:09,512 --> 00:07:12,557 "Awak tak boleh lama di sini. Ini bukan hotel." 108 00:07:12,640 --> 00:07:14,517 "Anak-anak saya akan balik." 109 00:07:17,937 --> 00:07:20,314 Kami berbual sebentar. 110 00:07:20,398 --> 00:07:21,441 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN 111 00:07:21,524 --> 00:07:23,734 Saya bukan nak berlagak, tapi saya kata, 112 00:07:23,818 --> 00:07:27,238 "Saya bekerja. Saya akan bawa anak-anak saya kembali." 113 00:07:27,738 --> 00:07:30,074 "Semua berjalan lancar untuk saya." 114 00:07:30,825 --> 00:07:32,201 Tiba-tiba… 115 00:07:34,787 --> 00:07:38,040 Saya tak tahu apa yang berlaku. Tiba-tiba dia berubah. 116 00:07:38,124 --> 00:07:40,585 Dia mula bangun dan menjerit kepada saya. 117 00:07:40,668 --> 00:07:42,003 Dia sondol saya. 118 00:07:44,255 --> 00:07:48,926 Saya lari ke bilik tidur dan hempas pintu. 119 00:07:49,510 --> 00:07:54,056 Dia pecahkan pintu dan jatuhkan saya ke atas katil. 120 00:07:54,140 --> 00:07:55,558 Dia mula mencekik saya. 121 00:07:56,058 --> 00:07:58,436 Kemudian, semua gelap. Saya fikir, 122 00:07:58,519 --> 00:08:01,439 "Inilah rasanya mati. Tuhan, saya tak nak mati." 123 00:08:01,522 --> 00:08:04,442 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN 124 00:08:04,525 --> 00:08:09,947 Saya dah terkencing dan tak berseluar semasa saya terjaga. 125 00:08:10,031 --> 00:08:11,908 Dia merogol saya. 126 00:08:12,825 --> 00:08:14,577 Dia masih mencekik saya. 127 00:08:15,244 --> 00:08:19,499 Dia kata, "Kalau kau cakap lagi, aku bunuh kau." 128 00:08:19,999 --> 00:08:22,793 Dia kata, "Kalau kau salah nafas, aku bunuh kau." 129 00:08:26,923 --> 00:08:30,218 Brittany telefon lebih kurang pukul 12:40. 130 00:08:30,718 --> 00:08:33,221 Dia kata, 131 00:08:34,430 --> 00:08:37,183 "Mak, boleh bawa sebungkus rokok?" 132 00:08:37,683 --> 00:08:38,851 Saya kata, 133 00:08:40,269 --> 00:08:44,440 "Hari Rabu atau Khamis baru mak ada duit." 134 00:08:45,024 --> 00:08:47,235 Dia kata, "Mak, saya ada duit." 135 00:08:47,735 --> 00:08:51,489 Dia kata, "Datang saja dan bawa saya ke kedai." 136 00:08:52,240 --> 00:08:54,617 Sebab kami cuma ada sebuah kereta. 137 00:08:56,202 --> 00:08:57,495 Saya sangat penat. 138 00:08:58,079 --> 00:08:59,622 Hari itu saya bekerja. 139 00:08:59,705 --> 00:09:01,958 Cuaca sejuk dan bersalji. 140 00:09:02,041 --> 00:09:03,709 Rambut saya basah dan saya kata, 141 00:09:04,293 --> 00:09:08,256 "Chris, boleh kamu bawa kakak kamu beli rokok?" 142 00:09:09,674 --> 00:09:12,051 Saya rasa agak jengkel sebab saya penat. 143 00:09:14,136 --> 00:09:18,933 Tapi saya bangun dan pergi ke rumah Brittany. 144 00:09:20,142 --> 00:09:23,521 Saya sangka saya dan dia akan ke kedai. 145 00:09:25,231 --> 00:09:30,903 Tapi Todd keluar di belakang Brittany dan Brittany duduk di depan. 146 00:09:35,741 --> 00:09:41,372 Brittany tak banyak bercakap, tapi saya tak beri perhatian. 147 00:09:46,127 --> 00:09:47,753 Saya bawa mereka ke MAPCO. 148 00:09:49,088 --> 00:09:52,633 Saya dan Todd berbual di kereta semasa dia masuk ke kedai. 149 00:09:54,093 --> 00:09:57,680 Saya tengah melayan pelanggan semasa Brittany datang. 150 00:09:58,306 --> 00:10:03,060 Dia nampak resah. Saya boleh nampak dia baru bergaduh. 151 00:10:03,144 --> 00:10:05,229 Saya tanya, "Kenapa dengan awak?" 152 00:10:05,313 --> 00:10:07,940 Sebaik saja saya tanya, dia cakap… 153 00:10:08,024 --> 00:10:09,734 "Jangan tarik perhatian." 154 00:10:09,817 --> 00:10:12,361 Dia beritahu saya perkara yang berlaku. 155 00:10:13,821 --> 00:10:15,406 Dia dijadikan tebusan. 156 00:10:15,489 --> 00:10:19,744 Dia dirogol dan dipukul Todd Smith. 157 00:10:21,912 --> 00:10:24,123 Saya kata, "Tunggu di sini. Masuk bilik ini." 158 00:10:24,206 --> 00:10:26,626 Dia kata, "Tak boleh. Adik saya dalam kereta." 159 00:10:26,709 --> 00:10:29,462 "Kalau saya tak keluar, dia akan cederakan adik saya." 160 00:10:31,797 --> 00:10:33,591 Selepas seminit, dia keluar. 161 00:10:33,674 --> 00:10:36,552 Saya hantar mereka balik. 162 00:10:39,472 --> 00:10:44,685 Todd keluar dari kereta dulu dan masuk ke dalam rumah. 163 00:10:45,227 --> 00:10:48,189 Sebelum Brittany keluar, 164 00:10:48,272 --> 00:10:54,278 dia suruh saya pergi ke MAPCO dan cakap dengan pekerja di sana. 165 00:10:55,279 --> 00:10:57,490 Dia tak tahu apa-apa. 166 00:10:57,990 --> 00:11:00,910 Apabila saya cerita, dia terkejut. 167 00:11:03,954 --> 00:11:06,457 Jadi, saya pergi semula ke rumah Brittany. 168 00:11:07,333 --> 00:11:10,461 Saya selalu bawa pistol. 169 00:11:13,631 --> 00:11:15,508 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN 170 00:11:15,591 --> 00:11:17,301 Saya guna pintu belakang 171 00:11:17,385 --> 00:11:21,055 dan Todd ada di dapur untuk minum. 172 00:11:21,722 --> 00:11:24,725 Saya suruh dia keluar dari rumah itu. 173 00:11:25,643 --> 00:11:28,521 Dia cuma berdiri di sana dan tak bergerak. 174 00:11:29,438 --> 00:11:31,399 Saya cuma nak Todd pergi. 175 00:11:31,899 --> 00:11:35,152 Saya letak pistol atas kaunter dan cuba halau dia, 176 00:11:35,236 --> 00:11:37,655 dan ketika itulah pergaduhan bermula. 177 00:11:37,738 --> 00:11:39,323 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN 178 00:11:39,407 --> 00:11:41,742 Saya ke dapur dan mereka bergaduh. 179 00:11:41,826 --> 00:11:44,954 Todd tengah cekik adik saya. 180 00:11:46,539 --> 00:11:48,833 Saya ambil pistol dan kata, "Todd, berhenti." 181 00:11:48,916 --> 00:11:52,461 "Saya tak nak tembak sesiapa. Tolong lepaskan adik saya." 182 00:11:52,545 --> 00:11:55,089 Dia tak nak lepas, jadi saya tembak dia. 183 00:11:55,172 --> 00:11:56,006 KESAN TEMBAKAN 184 00:11:56,090 --> 00:11:57,591 Tak ada apa-apa berlaku. 185 00:11:58,092 --> 00:11:59,510 Jadi saya tembak lagi. 186 00:11:59,593 --> 00:12:00,428 KESAN TEMBAKAN 187 00:12:00,511 --> 00:12:04,473 Tembakan ketiga, dia dan adik saya jatuh. 188 00:12:12,898 --> 00:12:14,191 Panggilan Kecemasan Jackson. 189 00:12:14,734 --> 00:12:19,655 Hai. Saya perlukan ambulans. Ada orang baru ditembak. 190 00:12:19,739 --> 00:12:21,615 Di mana orang yang tembak dia? 191 00:12:22,283 --> 00:12:25,286 Dia bersama saya. Dia adik saya. Dia tak boleh masuk penjara. 192 00:12:25,369 --> 00:12:28,038 Dia cuba lindungi saya. 193 00:12:31,500 --> 00:12:34,170 Apa saya nak buat? Tolong saya. 194 00:12:34,253 --> 00:12:38,007 Okey. Awak tekan dada dia dengan kuat dan laju sebanyak 30 kali. 195 00:12:38,090 --> 00:12:42,595 Satu, dua, tiga, empat… 196 00:12:42,678 --> 00:12:44,513 Tolong hantar ambulans. 197 00:12:44,597 --> 00:12:47,516 Mereka dalam perjalanan dan akan datang secepat mungkin. 198 00:12:47,600 --> 00:12:50,436 Okey. Saya nak keluar. 199 00:12:52,688 --> 00:12:54,899 - Di sini! - Siapa penembak itu? 200 00:12:54,982 --> 00:12:57,067 - Siapa penembak itu? - Adik saya. 201 00:12:57,151 --> 00:12:59,153 Di mana dia? Keluar dari rumah! 202 00:12:59,236 --> 00:13:00,988 - …biar polis periksa awak. - Keluar! 203 00:13:01,071 --> 00:13:03,741 - Dia tembak sebab saya dicekik. - Cepat! 204 00:13:03,824 --> 00:13:05,576 - Keluarlah. - Dia rogol saya. 205 00:13:06,327 --> 00:13:09,038 Tunggu sekejap. Ada sesiapa di dalam rumah? 206 00:13:09,121 --> 00:13:10,664 - Tak ada orang. - Tunggu di sini. 207 00:13:18,506 --> 00:13:19,965 Saya jumpa dia di bawah. 208 00:13:20,549 --> 00:13:23,135 - Tiada nadi. - Tiada nadi. Okey. 209 00:13:30,768 --> 00:13:33,145 Saya dibesarkan untuk buat benda betul, 210 00:13:33,229 --> 00:13:36,649 walaupun seluruh dunia tak fikir begitu. 211 00:13:38,609 --> 00:13:42,655 Wanita tak dilayan dengan adil di Jackson. 212 00:13:44,657 --> 00:13:49,328 Saya fikir, "Kalau saya tak mengaku salah, dia takkan dapat anak-anak dia semula." 213 00:13:54,291 --> 00:13:57,795 Apabila bangun keesokan harinya, hati saya rasa sedih. 214 00:13:58,963 --> 00:14:02,007 Saya beritahu mak, "Saya perlu serah diri." 215 00:14:04,844 --> 00:14:07,388 Mulanya awak cakap adik awak tembak dia. 216 00:14:07,471 --> 00:14:08,305 Ya. 217 00:14:08,389 --> 00:14:11,976 Sekarang awak kata awak yang tembak dia. 218 00:14:13,269 --> 00:14:16,063 Saya patut beritahu perkara sebenar. 219 00:14:26,282 --> 00:14:29,243 Brittany didakwa membunuh dan ditahan selama 10 bulan. 220 00:14:29,326 --> 00:14:31,954 Ramona menggadaikan cincin perkahwinan ibunya 221 00:14:32,037 --> 00:14:35,499 dan menjual kereta untuk mengikat jamin Brittany 222 00:14:35,583 --> 00:14:37,501 sehingga perbicaraannya. 223 00:14:38,836 --> 00:14:40,963 Dia tak patut dibawa ke penjara. 224 00:14:41,839 --> 00:14:43,424 Semua itu tak adil. 225 00:14:45,217 --> 00:14:50,306 Saya ajar dia untuk lawan dan itulah yang dia lakukan. 226 00:14:50,973 --> 00:14:52,641 Saya bangga dengan dia. 227 00:15:00,232 --> 00:15:02,568 Cantiknya. Pusingkannya. 228 00:15:03,652 --> 00:15:04,904 Lihat yang besar itu. 229 00:15:10,659 --> 00:15:14,538 Saya pergi ke merata tempat dan tiada siapa akan beri saya kerja. 230 00:15:16,040 --> 00:15:20,127 Saya hanya benar-benar gembira 231 00:15:20,210 --> 00:15:22,880 apabila meluangkan masa dengan anak-anak saya. 232 00:15:23,464 --> 00:15:25,466 Tapi itu pun tak boleh? 233 00:15:25,549 --> 00:15:27,092 Kamu nak ini? 234 00:15:27,176 --> 00:15:30,763 Saya boleh bermain dengan anak jiran. 235 00:15:30,846 --> 00:15:32,306 Kelakarnya. Tengok itu. 236 00:15:32,389 --> 00:15:34,725 Saya tak boleh bermain dengan anak sendiri. 237 00:15:35,935 --> 00:15:36,977 Buih! 238 00:15:40,397 --> 00:15:42,816 "Maklumat seterusnya akan diberitahu 239 00:15:42,900 --> 00:15:46,445 dengan terperinci semasa pembicaraan…" 240 00:15:46,528 --> 00:15:48,989 Kali pertama dengar tentang Stand Your Ground, 241 00:15:49,073 --> 00:15:51,325 saya rasa ia sesuai dengan situasi dia. 242 00:15:51,951 --> 00:15:54,078 Dia ditahan sebab pertahankan diri. 243 00:15:55,871 --> 00:15:59,041 Saya belajar dalam talian dan buku undang-undang. 244 00:15:59,625 --> 00:16:04,296 Saya fikir, "Ya, undang-undang ini boleh bantu bebaskan dia." 245 00:16:07,549 --> 00:16:09,593 Itu berita baik. 246 00:16:09,677 --> 00:16:10,844 Ya. 247 00:16:11,345 --> 00:16:14,181 Kita akan gunakan Stand Your Ground 248 00:16:14,974 --> 00:16:19,144 dan minta dakwaan digugurkan. 249 00:16:19,895 --> 00:16:22,439 Dia ada hak. Dia di rumah sendiri. 250 00:16:22,523 --> 00:16:25,317 Kes ini sesuai untuk Stand Your Ground. 251 00:16:25,818 --> 00:16:28,654 Brittany memohon untuk lakukan prabicara. 252 00:16:28,737 --> 00:16:30,280 Dia tak mampu upah peguam, 253 00:16:30,364 --> 00:16:33,492 maka mahkamah melantik peguam Ron Smith sebagai wakil. 254 00:16:33,575 --> 00:16:37,079 Saya rasa kisah Brittany boleh dipercayai dan undang-undang menyebelahi kami. 255 00:16:37,162 --> 00:16:40,124 Dia tak terlibat dalam aktiviti haram. 256 00:16:40,207 --> 00:16:41,709 Dia tak mulakan serangan. 257 00:16:41,792 --> 00:16:47,089 Dia di rumah sendiri semasa Todd mencekik adiknya. 258 00:16:48,298 --> 00:16:50,217 Cekikan boleh bawa maut. 259 00:16:51,218 --> 00:16:52,720 Perbuatan dia dibenarkan. 260 00:16:52,803 --> 00:16:56,140 Saya rasa kita ada alasan yang kukuh. 261 00:16:57,683 --> 00:16:59,184 Peguam berjumpa keluarga Todd 262 00:16:59,268 --> 00:17:02,312 dan mereka nak saya buat akuan dan dihukum 25 tahun. 263 00:17:03,897 --> 00:17:06,191 Saya cakap saya takkan buat pengakuan. 264 00:17:06,275 --> 00:17:09,611 Saya tak bersalah dan dipenjara sebagai orang tak bersalah. 265 00:17:09,695 --> 00:17:12,072 Saya takkan buat pengakuan. 266 00:17:13,824 --> 00:17:17,536 Perspektif Brittany ialah, "Saya takkan mengaku bersalah." 267 00:17:17,619 --> 00:17:19,663 "Kami lakukan pembicaraan Stand Your Ground." 268 00:17:21,331 --> 00:17:25,461 Saya suka bekerja dengan Ron Smith sebagai penyiasat persendirian. 269 00:17:26,587 --> 00:17:28,213 Saya bekas penguat kuasa. 270 00:17:28,297 --> 00:17:30,841 Saya berhenti sebagai penguat kuasa 271 00:17:31,425 --> 00:17:37,139 sebab saya fikir ada banyak kes untuk dibela. 272 00:17:37,723 --> 00:17:40,934 Ada orang yang tinggal di kawasan berpendapatan rendah. 273 00:17:41,018 --> 00:17:43,103 Mereka tak ada penyiasat yang boleh membantu 274 00:17:43,187 --> 00:17:45,481 jadi itulah yang saya lakukan. 275 00:17:46,482 --> 00:17:49,359 Stand Your Ground di AS Selatan, 276 00:17:49,443 --> 00:17:54,823 biasanya lelaki yang cuba mempertahankan nyawa, kebebasan dan harta. 277 00:17:54,907 --> 00:17:56,909 Semua ini kita selalu dengar. 278 00:17:58,494 --> 00:18:00,287 Dia sebaliknya dipuji. 279 00:18:00,370 --> 00:18:03,540 Malangnya, jika wanita atau minoriti lakukannya, 280 00:18:04,124 --> 00:18:06,043 ia dilihat berbeza. 281 00:18:06,126 --> 00:18:10,798 Saya rasa orang di selatan ini tak percaya 282 00:18:10,881 --> 00:18:14,426 kewujudan penderaan seksual dan keganasan rumah tangga. 283 00:18:14,927 --> 00:18:19,139 Kenapa wanita perlu terima kecederaan 284 00:18:19,223 --> 00:18:22,768 dan bertahan sebelum sesuatu berlaku? 285 00:18:23,435 --> 00:18:25,229 Khidmat saya untuk orang kurang mampu. 286 00:18:25,312 --> 00:18:27,898 Saya sentiasa berjuang untuk mereka. 287 00:18:30,651 --> 00:18:33,487 Kami dapat tarikh untuk pembicaraan itu. 288 00:18:33,570 --> 00:18:36,698 14 Januari 2020. 289 00:18:37,407 --> 00:18:38,826 Kami teruja. 290 00:18:39,701 --> 00:18:44,748 Saya harap semua ini berakhir. Mimpi ngeri ini akan berakhir. 291 00:18:44,832 --> 00:18:47,126 SAYA KUAT DAN AWAK JUGA SAMA. SAYANG MAK 292 00:18:56,218 --> 00:18:58,303 Saya harap saya berjaya 293 00:18:58,387 --> 00:19:01,390 sebab undang-undang ini bukan hanya untuk lelaki. 294 00:19:02,516 --> 00:19:03,516 Habis cerita. 295 00:19:08,939 --> 00:19:13,068 PEMBICARAAN STAND YOUR GROUND 14 JANUARI 2020 296 00:19:13,152 --> 00:19:16,029 BILIK MAHKAMAH NOMBOR 1 297 00:19:25,038 --> 00:19:29,251 Apabila Brittany beri keterangan, keadaan bilik itu sangat senyap. 298 00:19:29,334 --> 00:19:30,711 Sunyi sepi. 299 00:19:30,794 --> 00:19:32,754 NEGERI ALABAMA MELAWAN BRITTANY JOYCE SMITH 300 00:19:32,838 --> 00:19:34,423 "Brittany." "Ya, tuan." 301 00:19:34,506 --> 00:19:37,009 "Awak benarkan Todd datang ke rumah?" 302 00:19:37,092 --> 00:19:38,385 "Ya, tuan." 303 00:19:38,468 --> 00:19:42,306 "Semasa dia serang awak, awak masih benarkan dia di sana?" 304 00:19:42,389 --> 00:19:43,515 "Tidak, tuan." 305 00:19:43,599 --> 00:19:46,018 "Semasa serang adik awak, awak benarkan dia di sana?" 306 00:19:46,101 --> 00:19:47,102 "Tidak, tuan." 307 00:19:47,769 --> 00:19:49,438 "Awak takut dia cederakan awak?" 308 00:19:49,938 --> 00:19:51,231 "Dia cederakan saya." 309 00:19:53,942 --> 00:19:56,361 Jururawat pemeriksa serangan seksual 310 00:19:56,445 --> 00:20:01,074 mengesahkan ada 33 kecederaan pada badan Brittany. 311 00:20:03,118 --> 00:20:05,704 Testimoni jururawat itu sangat menarik. 312 00:20:05,787 --> 00:20:08,290 Cik Jeanine Suermann beri keterangan berikut. 313 00:20:08,373 --> 00:20:11,668 "Ada dua kesan melecet di sebelah kiri dagu, 314 00:20:12,336 --> 00:20:14,838 dan ia konsisten dengan kesan gigitan." 315 00:20:14,922 --> 00:20:20,802 "Ada luka pada dada, payudara, lengan, kaki." 316 00:20:21,345 --> 00:20:25,515 Kemudian, "Ada lebam yang konsisten dengan cap jari." 317 00:20:25,599 --> 00:20:28,685 "Dia ada lebam pada belakang leher." 318 00:20:28,769 --> 00:20:32,522 "Saya rasa penemuan saya konsisten dengan cengkaman." 319 00:20:39,279 --> 00:20:41,448 Saya menangis teresak-esak. 320 00:20:41,990 --> 00:20:44,785 Sebab itu luka yang ada pada anak saya. 321 00:20:45,577 --> 00:20:50,207 Jururawat juga beri keterangan yang dia tak boleh sahkan 322 00:20:50,290 --> 00:20:52,501 Brittany diserang secara seksual. 323 00:20:53,001 --> 00:20:55,587 Tapi jururawat itu kata dengan jelas. 324 00:20:55,671 --> 00:20:57,714 Biasanya dalam kes serangan seksual, 325 00:20:57,798 --> 00:21:01,760 susah untuk sahkan seseorang itu dirogol. 326 00:21:03,345 --> 00:21:06,974 Kisahnya disahkan dengan kecederaannya. 327 00:21:07,599 --> 00:21:09,726 Saya tak tahu nak buat apa. Saya… 328 00:21:09,810 --> 00:21:12,437 - Saya hampir mati dicekik. - Ya. 329 00:21:12,521 --> 00:21:15,023 Saya dirogol di katil saya hampir dua kali. 330 00:21:15,107 --> 00:21:16,692 Jadi, dia rogol awak? 331 00:21:17,484 --> 00:21:20,362 Tak, dia tak rogol saya. Dia cuba lakukannya. 332 00:21:22,823 --> 00:21:27,160 Dalam panggilan 911, Brittany kata dia belum dirogol. 333 00:21:27,911 --> 00:21:30,664 Pendakwa Jason Pierce tanya Brittany, 334 00:21:31,331 --> 00:21:34,042 "Kenapa cakap awak tak dirogol?" 335 00:21:34,543 --> 00:21:36,211 Brittany jawab tak tahu. 336 00:21:40,841 --> 00:21:45,470 Peguam Brittany memaklumkan bahawa Brittany menghidap PTSD, 337 00:21:45,554 --> 00:21:48,348 jadi apabila dia cakap 338 00:21:48,432 --> 00:21:51,059 dia tak dirogol, itu mungkin berlaku 339 00:21:51,143 --> 00:21:53,145 sebab dia mengalami trauma. 340 00:21:53,228 --> 00:21:56,398 Dia tak mungkin beritahu orang asing 341 00:21:56,481 --> 00:22:00,569 yang dia diserang secara seksual dan dirogol. 342 00:22:01,320 --> 00:22:05,032 Kebanyakan mangsa takkan beritahu serta-merta. 343 00:22:05,115 --> 00:22:06,783 Ia boleh makan masa bertahun-tahun. 344 00:22:11,246 --> 00:22:16,710 Pendakwa Jason Pierce kata, "Nampaknya awak ada ingatan terpilih." 345 00:22:17,377 --> 00:22:23,717 Lagipun, pendakwaan bertujuan untuk meragui kisahnya. 346 00:22:23,800 --> 00:22:28,722 Dia ditanya tentang perkara yang sukar 347 00:22:28,805 --> 00:22:31,391 tapi saya tahu dia sangat berhati-hati. 348 00:22:33,060 --> 00:22:35,145 Pendakwa tanya Brittany, 349 00:22:35,228 --> 00:22:38,607 "Awak tak nampak dia bawa senjata pada malam itu?" 350 00:22:39,107 --> 00:22:41,151 Brittany jawab, "Tangannya." 351 00:22:42,110 --> 00:22:45,364 Encik Pierce kata, "Okey. Maksud awak…" 352 00:22:45,447 --> 00:22:48,033 Brittany pintas dan cakap, "Dan zakar dia." 353 00:22:48,784 --> 00:22:50,077 "Dan mulut dia." 354 00:22:50,911 --> 00:22:52,829 "Saya nampak beberapa senjata." 355 00:22:54,581 --> 00:22:56,333 LAPORAN ANALISIS TOKSIKOLOGI 356 00:22:56,416 --> 00:22:59,878 Kandungan metamfetamin dalam badan Todd Smith tinggi. 357 00:22:59,961 --> 00:23:01,213 Sangat tinggi. 358 00:23:02,130 --> 00:23:07,552 Ahli toksikologi mengatakan lazimnya sebanyak 200 359 00:23:07,636 --> 00:23:11,932 akan ditemui dalam kes memandu bawah pengaruh dadah. 360 00:23:12,015 --> 00:23:14,142 METAMFETAMIN 840 NG/ML 361 00:23:14,226 --> 00:23:18,063 Kita pernah tengok video seseorang ditahan polis 362 00:23:18,146 --> 00:23:21,274 dan ada lima pegawai guna senjata renjat dan kayu 363 00:23:21,358 --> 00:23:23,276 tapi orang itu melawan kuat. 364 00:23:23,360 --> 00:23:25,153 Katanya itu hampir sama 365 00:23:25,237 --> 00:23:29,491 dengan tahap metamfetamin yang ada dalam badan. 366 00:23:30,951 --> 00:23:33,662 JEFF POE SEPUPU TODD 367 00:23:35,539 --> 00:23:38,583 Saya tanya dia, "Apa perasaan ambil itu?" Dia kata, "Superman." 368 00:23:41,711 --> 00:23:44,423 Saya dan Todd sangat rapat. Dia macam abang. 369 00:23:47,050 --> 00:23:50,595 Saya masih ingat kami bawa motosikal ke gunung. 370 00:23:53,932 --> 00:23:55,308 Ada sungai kecil di sana. 371 00:23:55,392 --> 00:23:58,812 Kami selalu minum air mata air. 372 00:24:03,358 --> 00:24:05,819 Kalau tak kenal dan tak bersama Todd setiap hari, 373 00:24:05,902 --> 00:24:07,571 awak takkan faham dia. 374 00:24:08,363 --> 00:24:11,658 Todd sangat berbeza jika bukan kerana dadah. 375 00:24:14,536 --> 00:24:18,790 Ini seperti cetakan sejarah jenayah untuk Todd Smith. 376 00:24:19,708 --> 00:24:23,211 Dia banyak kali ditangkap. 377 00:24:23,295 --> 00:24:26,006 Antaranya disebabkan keganasan rumah tangga. 378 00:24:26,089 --> 00:24:27,591 Ada serangan lain. 379 00:24:28,800 --> 00:24:30,218 Serangan teruk. 380 00:24:32,179 --> 00:24:35,265 Bekas isteri Todd tahu apa saya lalui. 381 00:24:35,765 --> 00:24:38,810 Dia bertuah sebab masih hidup dan dia sangat berani. 382 00:24:40,562 --> 00:24:46,943 Saya banyak kali dikurung dan dipukul Todd. 383 00:24:47,027 --> 00:24:49,029 TEMU RAMAH BERSAMA BEKAS ISTERI TODD SMITH 384 00:24:49,112 --> 00:24:54,034 Pengalaman saya yang buat saya teringatkan Brittany adalah 385 00:24:54,826 --> 00:24:57,871 semasa mulut ditutup dan diikat pada kerusi. 386 00:24:57,954 --> 00:25:04,419 Berhari-hari saya dikurung. Saya dipukul, dirogol dan diliwat. 387 00:25:04,503 --> 00:25:08,048 Semua yang Brittany lalui dan lebih lagi. 388 00:25:10,675 --> 00:25:12,928 Semasa pembicaraan Stand Your Ground, 389 00:25:13,011 --> 00:25:16,681 Pendakwa Jason Pierce banyak kali mempersoalkan, 390 00:25:16,765 --> 00:25:20,602 "Adakah Brittany boleh dipercayai?" 391 00:25:21,603 --> 00:25:24,064 Pada malam serangan itu berlaku, 392 00:25:24,147 --> 00:25:26,983 Brittany pada mulanya cuma menghubungi mak dia. 393 00:25:27,067 --> 00:25:28,485 Dia tak telefon polis. 394 00:25:31,071 --> 00:25:36,034 Todd kata, "Kalau kau telefon polis, aku akan bunuh kau." 395 00:25:37,160 --> 00:25:40,455 Tapi saya terpaksa dapatkan bantuan. 396 00:25:40,956 --> 00:25:43,542 Jadi saya ajak dia hisap rokok. 397 00:25:43,625 --> 00:25:45,252 Saya tak ada rokok. 398 00:25:45,335 --> 00:25:48,838 Saya perlu telefon seseorang sebab saya tak ada kereta. 399 00:25:49,714 --> 00:25:53,301 Pada malam itu, semasa dia telefon saya, 400 00:25:53,969 --> 00:25:55,720 Todd dengar dia cakap. 401 00:25:55,804 --> 00:25:59,891 Todd tak nak sesiapa tahu perkara yang berlaku. 402 00:26:00,850 --> 00:26:04,479 Paige Painter beri keterangan dia bekerja 403 00:26:04,563 --> 00:26:07,274 pada malam Brittany masuk kedai 404 00:26:07,357 --> 00:26:09,192 dan beritahu yang dia diserang. 405 00:26:10,735 --> 00:26:13,238 Brittany minta kertas dan pen. 406 00:26:13,321 --> 00:26:16,283 Dia mula tulis nama dan nombor telefon. 407 00:26:16,366 --> 00:26:17,367 GAMBAR BUKTI 408 00:26:17,450 --> 00:26:21,037 Dia kata, "Jika sesuatu berlaku kepada saya, Todd Smith lakukannya." 409 00:26:21,121 --> 00:26:25,417 Dia minta telefon maknya dan suruh ke rumahnya. 410 00:26:25,500 --> 00:26:27,711 RAMONA 411 00:26:27,794 --> 00:26:29,838 "Boleh awak jelaskan?" 412 00:26:30,463 --> 00:26:33,675 "Awak fikir mak awak mampu menguruskan 413 00:26:33,758 --> 00:26:36,720 Todd yang ganas berbanding polis?" 414 00:26:38,305 --> 00:26:40,640 Saya betul-betul nak mak saya. 415 00:26:41,933 --> 00:26:48,732 Sebab di Jackson, saya rasa polis cuma memihak kepada lelaki. 416 00:26:48,815 --> 00:26:52,819 Saya tahu mak saya boleh halau dia keluar. 417 00:26:54,321 --> 00:26:57,574 Saya pernah lihat pegawai polis datang 418 00:26:57,657 --> 00:27:01,411 selepas laporan keganasan rumah tangga dan cakap, 419 00:27:01,494 --> 00:27:03,455 "Kamu berdua akan masuk penjara." 420 00:27:03,538 --> 00:27:06,291 "Bukan seorang saja tapi kamu berdua." 421 00:27:06,374 --> 00:27:09,252 Mereka tak siasat pun. 422 00:27:10,462 --> 00:27:13,882 Biasanya wanita tak diendahkan di sini. 423 00:27:14,591 --> 00:27:18,136 Mak saya dan bekas suaminya selalu bergaduh 424 00:27:18,219 --> 00:27:20,180 dan pukul satu sama lain. 425 00:27:20,764 --> 00:27:24,225 Tapi cuma mak saya akan ditahan. 426 00:27:25,018 --> 00:27:28,938 Jadi saya tak terkejut Brittany nak saya hubungi mak dia. 427 00:27:29,939 --> 00:27:31,566 STAND YOUR GROUND 428 00:27:31,650 --> 00:27:36,488 Semasa pembicaraan itu, ramai wanita yang berarak untuk Brittany. 429 00:27:37,489 --> 00:27:40,492 Banyak yang diceritakan pada hari itu. 430 00:27:40,575 --> 00:27:45,955 Wanita luahkan perkara yang berlaku kepada mereka 431 00:27:46,039 --> 00:27:50,168 dan sistem keadilan mengecewakan mereka. 432 00:27:50,877 --> 00:27:53,838 Tapi mereka sanggup bangkit dan berjuang sekarang. 433 00:27:54,422 --> 00:27:57,467 Mereka bersedia untuk lihat perubahan. 434 00:27:57,550 --> 00:28:00,011 Saya pernah dirogol. Saya tahu bahaya dan luka… 435 00:28:00,095 --> 00:28:02,305 Saya juga pernah dirogol. Saya kagumi wanita ini… 436 00:28:02,389 --> 00:28:05,892 Ada ramai wanita mendekati saya dan berkongsi kisah mereka. 437 00:28:05,975 --> 00:28:11,398 Orang minoriti, berbeza kaum, keseksualan dan agama. 438 00:28:14,275 --> 00:28:17,612 Semua orang hubungi saya dan beritahu mereka didera. 439 00:28:17,696 --> 00:28:21,825 Mereka dah buat laporan tetapi polis tak buat tangkapan. 440 00:28:22,450 --> 00:28:26,579 Ada juga wanita yang dipenjarakan sebab melawan. 441 00:28:26,663 --> 00:28:28,873 Kebanyakannya dari Alabama. 442 00:28:28,957 --> 00:28:33,461 Ada juga dari Carolina Utara, New York, New Mexico, 443 00:28:33,545 --> 00:28:35,004 dari semua tempat. 444 00:28:35,088 --> 00:28:37,006 SISTEM KITA LEMAH 445 00:28:37,090 --> 00:28:41,344 Undang-undang Stand Your Ground hanya untuk lelaki kulit putih. 446 00:28:41,970 --> 00:28:46,766 Ini bukan untuk golongan minoriti dan wanita tapi untuk lelaki kulit putih. 447 00:28:47,851 --> 00:28:49,477 Saya rasa itu tak adil. 448 00:28:49,561 --> 00:28:51,855 WANITA KALAH RAYUAN TUNTUTAN PERTAHANKAN DIRI 449 00:28:53,022 --> 00:28:54,524 Mereka bakar semangat saya. 450 00:28:55,984 --> 00:28:59,404 Kami bukan sesiapa di sini. Itu yang mereka fikir. 451 00:29:00,196 --> 00:29:03,116 Tapi apabila kami bersatu… 452 00:29:03,199 --> 00:29:04,409 MANGSA ROGOL DITAHAN 453 00:29:05,285 --> 00:29:06,745 Terutamanya wanita berang. 454 00:29:07,829 --> 00:29:09,038 Mereka jadi lantang. 455 00:29:09,122 --> 00:29:10,665 KAMI TAK MARAH TAPI KAMI BOSAN! 456 00:29:10,749 --> 00:29:11,958 Kami bukan sembarangan. 457 00:29:12,041 --> 00:29:12,876 KAMI PENTING! 458 00:29:12,959 --> 00:29:16,087 Kami ada suara dan kami akan gunakannya. 459 00:29:16,171 --> 00:29:19,466 KEADILAN UNTUK BRITTANY 460 00:29:25,472 --> 00:29:27,807 Pembicaraan Stand Your Ground berakhir 461 00:29:27,891 --> 00:29:31,060 dan Brittany perlu menunggu keputusan hakim. 462 00:29:35,857 --> 00:29:37,776 Saya nak anak-anak saya semula. 463 00:29:38,568 --> 00:29:40,904 Saya nak mereka tahu yang mak bukan pembunuh. 464 00:29:40,987 --> 00:29:45,700 Mak mereka mempertahankan diri dan kita perlu sentiasa buat begitu. 465 00:29:47,327 --> 00:29:50,413 Saya doakan semuanya okey. 466 00:29:55,752 --> 00:29:56,753 Itu pasti. 467 00:29:58,505 --> 00:29:59,506 Saya yakin. 468 00:30:00,548 --> 00:30:02,759 BANDAR STEVENSON 469 00:30:04,219 --> 00:30:06,471 Beberapa minggu selepas pembicaraan, 470 00:30:06,554 --> 00:30:11,476 Hakim Holt mengeluarkan 19 halaman perintah yang menidakkan imuniti. 471 00:30:14,646 --> 00:30:18,066 Awalnya, hakim tulis Brittany tak buktikan 472 00:30:18,149 --> 00:30:21,110 dia dibenarkan untuk menembak. 473 00:30:22,695 --> 00:30:24,572 Adakah Todd serang Brittany Smith? 474 00:30:24,656 --> 00:30:27,492 Memang jelas dia lakukannya. 475 00:30:27,575 --> 00:30:29,911 Hakim mungkin percaya serangan itu berlaku. 476 00:30:30,578 --> 00:30:33,331 Tapi bukan ketika Brittany Smith tembak Todd. 477 00:30:33,414 --> 00:30:36,084 Adakah dia ada alasan kuat 478 00:30:36,167 --> 00:30:40,421 untuk percaya Todd akan cederakan adik dia? 479 00:30:41,047 --> 00:30:44,634 Itu masalahnya, dan saya rasa hakim fikir itu faktor penting 480 00:30:44,717 --> 00:30:46,135 apabila dia menolak usul kami. 481 00:30:48,221 --> 00:30:50,431 "Selepas pertimbangan semua bukti, 482 00:30:50,515 --> 00:30:54,102 mahkamah mendapati defendan beri keterangan tak konsisten 483 00:30:54,185 --> 00:30:56,437 tentang kejadian kematian Todd." 484 00:30:56,938 --> 00:30:59,941 Contohnya, penipuan awal Brittany 485 00:31:00,692 --> 00:31:03,820 bahawa adiknya yang tembak 486 00:31:03,903 --> 00:31:06,281 menyebabkan dia diragui. 487 00:31:06,364 --> 00:31:10,285 Pada pandangan hakim, itu telah merosakkan kredibilitinya. 488 00:31:11,369 --> 00:31:16,791 Jadi saya rasa agak jelas hakim itu tak percayakan keterangannya. 489 00:31:21,212 --> 00:31:22,964 Semuanya akan okey. 490 00:31:26,134 --> 00:31:27,677 Semuanya akan okey. 491 00:31:30,263 --> 00:31:33,474 Hakim Jenifer Holt dan Pendakwa Jason Pierce 492 00:31:33,558 --> 00:31:35,602 menolak untuk ditemu ramah. 493 00:31:37,562 --> 00:31:40,231 Selepas pembicaraan Stand Your Ground ditolak, 494 00:31:40,315 --> 00:31:43,318 Brittany akan dibicara dan mungkin dipenjarakan. 495 00:31:44,819 --> 00:31:48,406 Kebanyakan reaksi pembaca yang saya ingat, 496 00:31:48,489 --> 00:31:50,617 "Saya masih rasa dia tak bersalah." 497 00:31:50,700 --> 00:31:52,452 Mereka tak peduli keputusan hakim. 498 00:31:53,244 --> 00:31:55,747 Saya sedih Todd ditembak dan dibunuh, 499 00:31:56,831 --> 00:31:59,000 tapi saya percaya dia cuma mempertahankan diri. 500 00:32:00,001 --> 00:32:03,963 Mungkin pelik untuk saya cakap begini sebab saya sepupu Todd tapi… 501 00:32:05,506 --> 00:32:07,884 Saya tak nak dia masuk penjara. 502 00:32:09,928 --> 00:32:13,431 Mereka kata wanita boleh pertahankan diri, 503 00:32:13,514 --> 00:32:17,101 tapi apabila mereka buat begitu, mereka perlu bersedia. 504 00:32:19,520 --> 00:32:22,482 Bukan undang-undang yang perlu berubah. 505 00:32:22,565 --> 00:32:27,570 Tapi persepsi tentang wanita itu sendiri. 506 00:32:27,654 --> 00:32:29,530 Kalau mereka guna keganasan 507 00:32:29,614 --> 00:32:32,867 ke atas penyerang atau perogol, 508 00:32:33,660 --> 00:32:35,954 itu bergantung pada penerimaan kita. 509 00:32:36,537 --> 00:32:39,832 Apabila saya dapat kes yang melibatkan minoriti, wanita, 510 00:32:40,500 --> 00:32:45,088 mari lihat sebab mereka tak diberi pertimbangan sewajarnya. 511 00:32:45,171 --> 00:32:48,591 Itu masalah masyarakat. Itu stereotaip. 512 00:32:59,102 --> 00:33:03,856 Peguam saya tunjukkan tawaran terakhir dan saya kata, "Apa awak nak buat?" 513 00:33:03,940 --> 00:33:05,775 Mereka kata akan terima. 514 00:33:05,858 --> 00:33:08,486 Sebab saya takkan bebas dengan mudah. 515 00:33:09,404 --> 00:33:14,742 WANITA ALABAMA MENGAKU BERSALAH KERANA MEMBUNUH PEROGOLNYA 516 00:33:14,826 --> 00:33:17,161 Saya buat begitu demi anak-anak saya. 517 00:33:17,245 --> 00:33:19,497 Mereka akan tenang apabila semua berakhir. 518 00:33:19,580 --> 00:33:21,499 Saya buat keputusan yang baik. 519 00:33:21,582 --> 00:33:24,419 Mak dan adik saya okey. Semua selamat. 520 00:33:25,920 --> 00:33:27,547 Anak-anak saya okey. 521 00:33:27,630 --> 00:33:29,048 Saya akan okey. 522 00:33:29,132 --> 00:33:31,926 Saya cuba kekal waras di sini. 523 00:33:32,010 --> 00:33:33,720 TINDAKAN MAHKAMAH MENGAKU BERSALAH 524 00:33:33,803 --> 00:33:37,015 Dia rasa dia tak ada pilihan lain 525 00:33:37,098 --> 00:33:42,020 sebab jika dia dibicarakan, hakim yang akan beri hukuman 526 00:33:42,103 --> 00:33:47,191 jika dia disabit kesalahan ialah hakim mempersoalkan kredibilitinya. 527 00:33:47,275 --> 00:33:49,569 Daripada cara dia bercerita, 528 00:33:49,652 --> 00:33:54,699 dia buat keputusan yang lebih baik dan mengaku bersalah. 529 00:33:55,324 --> 00:33:58,703 Tempoh dia dipenjarakan akan dikreditkan 530 00:33:58,786 --> 00:34:00,121 semasa tunggu perbicaraan. 531 00:34:00,204 --> 00:34:04,459 Dia dihukum enam bulan kerana membunuh. 532 00:34:05,126 --> 00:34:09,630 18 bulan selepas itu, dia ditahan di dalam rumah. 533 00:34:10,131 --> 00:34:11,758 Kita sanggup ambil risiko? 534 00:34:11,841 --> 00:34:13,760 Adakah kita bermain rolet Rusia 535 00:34:13,843 --> 00:34:16,679 dengan orang tak dikenali untuk tentukan takdir kita? 536 00:34:16,763 --> 00:34:18,890 Saya faham sebab dia buat pengakuan. 537 00:34:18,973 --> 00:34:21,893 Entahlah. Saya tak boleh salahkan dia. 538 00:34:21,976 --> 00:34:23,436 Saya cuma kecewa. 539 00:34:24,896 --> 00:34:28,483 Rekod membunuhnya takkan terpadam. 540 00:34:29,275 --> 00:34:31,736 Itu akan menghantui dia. 541 00:34:34,072 --> 00:34:38,326 Saya rasa tak percaya perjanjian yang ditawarkan 542 00:34:38,409 --> 00:34:43,247 ialah enam bulan sebab membunuh dan lebih lama untuk pematian orang. 543 00:34:44,665 --> 00:34:49,462 Saya tak faham kenapa hukuman membunuh tak seteruk pematian orang. 544 00:34:49,545 --> 00:34:51,172 Itu tak masuk akal. 545 00:34:51,255 --> 00:34:55,009 Sistem mahkamah di sini nak saya terima hukuman sebab membunuh 546 00:34:55,093 --> 00:34:57,220 hanya untuk cakap itu dakwaan saya. 547 00:34:58,137 --> 00:35:02,517 Saya tak nak mengaku membunuh. 548 00:35:03,184 --> 00:35:06,229 Saya rasa saya kecewakan ramai orang. 549 00:35:06,771 --> 00:35:08,731 Saya juga kecewakan diri saya. 550 00:35:08,815 --> 00:35:11,609 Saya lawan perasaan itu setiap hari. 551 00:35:13,694 --> 00:35:17,365 Kajian menunjukkan majoriti wanita yang membunuh pendera 552 00:35:17,448 --> 00:35:21,077 lebih rela mengaku bersalah daripada dibicarakan. 553 00:35:32,755 --> 00:35:33,881 Hai, sayang. 554 00:35:33,965 --> 00:35:35,258 Apa mak buat? 555 00:35:36,050 --> 00:35:38,803 - Mak sangat cantik. - Tidak. 556 00:35:38,886 --> 00:35:41,055 Kamu apa khabar? 557 00:35:41,639 --> 00:35:44,016 Saya seronok semasa Halloween. 558 00:35:44,100 --> 00:35:47,145 Kami pakai kostum dan… Sekejap. 559 00:35:47,979 --> 00:35:49,647 - Lynn. - Ya? 560 00:35:50,565 --> 00:35:52,483 Lynn jadi kacang mata hitam. 561 00:35:52,567 --> 00:35:56,445 Dia warnakan hitam pada mata dan tulis huruf "P" pada baju. 562 00:35:56,946 --> 00:35:58,823 Lauren pula pembunuh bijirin. 563 00:35:58,906 --> 00:36:03,744 Dia letak kotak bijirin pada leher dan tulis "pembunuh" di bahagian dalam. 564 00:36:04,328 --> 00:36:06,080 Saya jadi Patung Liberty. 565 00:36:07,165 --> 00:36:10,209 Saya di penjara dan berjauhan daripada anak-anak semasa Halloween. 566 00:36:10,293 --> 00:36:13,254 Ini yang terbaik bagi saya di sini. 567 00:36:15,923 --> 00:36:20,469 Mungkin mak perlu memandu bawah pengaruh 568 00:36:20,553 --> 00:36:23,139 supaya mak boleh berjumpa dan peluk kamu. 569 00:36:26,184 --> 00:36:27,476 Masa tamat, sayang. 570 00:36:28,436 --> 00:36:29,604 10 saat. 571 00:36:29,687 --> 00:36:31,397 - Saya sayang mak. - Mak sayang kamu. 572 00:36:31,480 --> 00:36:32,481 Baiklah. 573 00:36:36,402 --> 00:36:38,404 Lampu Krismas buat saya sedih. 574 00:36:39,906 --> 00:36:41,490 Saya nampak orang lain. 575 00:36:42,033 --> 00:36:45,411 Mereka cakap tentang hadiah yang nak diberikan kepada anak-anak. 576 00:36:45,494 --> 00:36:47,288 Saya asyik terfikir 577 00:36:47,371 --> 00:36:51,959 sama ada dia dapat makan malam semasa Hari Krismas dan Kesyukuran? 578 00:36:56,172 --> 00:36:58,466 Brittany tak sepatutnya dipenjarakan. 579 00:37:00,218 --> 00:37:03,721 Dia dirogol, dipukul dan hampir mati. 580 00:37:03,804 --> 00:37:06,641 Sekarang hidup dia dimusnahkan oleh sistem. 581 00:37:13,731 --> 00:37:19,237 Kalau awak rasa Todd itu mangsa, awak rasa Brittany dapat keadilan? 582 00:37:19,320 --> 00:37:21,072 JOSHUA TODD SMITH 583 00:37:21,155 --> 00:37:25,076 Kalau awak rasa Brittany mangsa dan bukannya Todd, 584 00:37:25,785 --> 00:37:29,205 saya tak boleh terima kalau awak fikir dia dapat keadilan. 585 00:37:29,830 --> 00:37:33,251 Tak kisah awak berada di pihak mana, 586 00:37:34,877 --> 00:37:38,881 saya tak fikir awak akan jumpa keadilan dalam kisah ini. 587 00:37:42,218 --> 00:37:44,679 Kajian menyeluruh kes Stand Your Ground 588 00:37:44,762 --> 00:37:47,598 mendapati wanita lebih ramai disabitkan bersalah 589 00:37:47,682 --> 00:37:49,809 apabila mendakwa mereka mempertahankan diri. 590 00:37:50,559 --> 00:37:53,437 Ribuan wanita dipenjarakan di Amerika Syarikat 591 00:37:53,521 --> 00:37:55,690 kerana membunuh perogol atau pendera mereka. 592 00:39:20,608 --> 00:39:22,902 Jika anda atau kenalan menghadapi masalah keganasan 593 00:39:22,985 --> 00:39:25,363 dan perlukan bantuan, layari WWW.WANNATALKABOUTIT.COM 594 00:39:25,446 --> 00:39:29,533 Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi