1
00:00:07,583 --> 00:00:13,583
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
2
00:01:11,625 --> 00:01:15,833
Suasana tegang di luar kawasan Athena.
3
00:01:15,916 --> 00:01:20,541
Kes ketiga keganasan polis
dalam masa dua bulan menggegarkan negara.
4
00:01:20,625 --> 00:01:24,416
Tiada komen daripada
Kementerian Dalam Negeri.
5
00:01:32,541 --> 00:01:35,250
Kami bercakap dengan
Ketua Inspektor Landrieux.
6
00:01:36,791 --> 00:01:39,125
Adik saya meninggal jam 00:30 semalam.
7
00:01:40,791 --> 00:01:43,708
Kami belum dapat identiti
pegawai dalam video itu.
8
00:01:44,916 --> 00:01:48,916
Siasatan segera telah dijanjikan.
9
00:01:50,291 --> 00:01:53,416
Sebaik mereka dikenal pasti,
keadilan akan ditegakkan.
10
00:01:55,375 --> 00:01:56,583
Mengenangkan Idir,
11
00:01:57,916 --> 00:02:00,916
adik saya, tolong kekal tenang
12
00:02:02,791 --> 00:02:04,458
di perarakan senyap esok.
13
00:02:06,375 --> 00:02:07,375
Terima kasih.
14
00:02:08,208 --> 00:02:09,416
Terima kasih, Abdel.
15
00:02:10,583 --> 00:02:15,250
Sungguh tak disangka para pegawai itu
akan melindungi rakan mereka
16
00:02:15,833 --> 00:02:22,125
dan berpura-pura tak peduli
dalam komuniti kecil Athena.
17
00:02:23,125 --> 00:02:25,083
Saya minta kepada sistem keadilan
18
00:02:25,791 --> 00:02:31,333
untuk mengenal pasti dan menangkap
pegawai-pegawai penjenayah ini
19
00:02:32,708 --> 00:02:35,458
atas nama keluarga Perancis yang hebat,
20
00:02:35,541 --> 00:02:38,083
keluarga yang berjuang untuk negara kita.
21
00:02:38,708 --> 00:02:42,458
Datuk Idir ialah Fusilier Algeria.
22
00:02:43,208 --> 00:02:49,000
Abdel baru sahaja pulang dari Mali
membawa banyak pingat.
23
00:02:50,250 --> 00:02:53,250
Atas permintaan keluarga Idir,
24
00:02:54,625 --> 00:02:56,750
aduan akan difailkan sebentar lagi…
25
00:03:06,833 --> 00:03:07,875
Berhenti!
26
00:03:08,541 --> 00:03:09,875
Saya kata berhenti!
27
00:03:11,708 --> 00:03:12,875
Mana Karim?
28
00:03:12,958 --> 00:03:15,041
Lepaskan aku!
29
00:03:15,125 --> 00:03:17,458
Hentikan kegilaan ini!
30
00:03:22,291 --> 00:03:25,125
Karim!
31
00:03:25,875 --> 00:03:27,083
Karim!
32
00:03:40,041 --> 00:03:42,666
Cari senjata-senjata itu!
33
00:03:47,250 --> 00:03:48,416
Ayuh!
34
00:03:58,958 --> 00:04:00,166
Berhenti menembak!
35
00:04:01,000 --> 00:04:02,791
Sekarang kitalah polis!
36
00:04:04,208 --> 00:04:05,875
Dasar polis anjing!
37
00:04:06,916 --> 00:04:09,000
Cari senjata-senjata itu!
38
00:04:10,291 --> 00:04:14,583
Kamilah polis, kamilah polis…
39
00:04:14,666 --> 00:04:16,750
Karim, kami jumpa peti keselamatan!
40
00:04:16,833 --> 00:04:18,291
Ikut sini.
41
00:04:19,500 --> 00:04:22,666
- Buka!
- Kita tiada alat.
42
00:04:22,750 --> 00:04:24,958
Ambil saja dulu!
43
00:04:30,666 --> 00:04:34,583
- Ambil semua, helmet sekali!
- Aku jumpa senapang bola!
44
00:04:37,041 --> 00:04:39,041
Beri kepada mereka!
45
00:04:40,250 --> 00:04:42,750
Hei, Karim, aku jumpa tempat letak kereta!
46
00:04:46,541 --> 00:04:48,375
Ikut sini!
47
00:04:49,791 --> 00:04:53,250
Ambil peti besi!
48
00:04:53,333 --> 00:04:54,416
Lindungi mereka!
49
00:05:03,125 --> 00:05:04,625
Tunggu!
50
00:05:06,708 --> 00:05:09,208
Sebaik saja mereka sampai, kita gerak!
51
00:05:17,750 --> 00:05:18,791
Pergi!
52
00:05:23,375 --> 00:05:25,000
Masuk!
53
00:05:29,833 --> 00:05:32,458
Tekan minyak!
54
00:05:33,250 --> 00:05:34,416
Pergi!
55
00:05:35,166 --> 00:05:36,166
Cepat!
56
00:05:37,125 --> 00:05:38,666
Mampuslah kau!
57
00:05:49,666 --> 00:05:53,458
Balik ke tempat kita!
58
00:05:56,208 --> 00:05:57,791
POLIS
59
00:06:35,541 --> 00:06:36,916
Athena!
60
00:06:39,625 --> 00:06:41,583
Ini baru betul!
61
00:06:58,583 --> 00:06:59,708
Turun!
62
00:07:00,875 --> 00:07:02,541
Semua orang ambil ini. Ayuh!
63
00:07:04,041 --> 00:07:05,125
Ayuh! Cepat!
64
00:07:05,916 --> 00:07:08,416
Pergi ke Blok 3 dengan yang lain!
65
00:07:09,208 --> 00:07:11,041
Ada rokok tak?
66
00:07:11,125 --> 00:07:12,333
Bukan sekarang.
67
00:07:14,958 --> 00:07:16,916
Kita akan menang!
68
00:07:17,000 --> 00:07:18,625
Kita akan hancurkan mereka!
69
00:07:21,625 --> 00:07:25,250
Rachid, beritahu mereka
kita dalam perjalanan. Telefon mereka!
70
00:07:27,625 --> 00:07:29,625
Kita dah nak sampai. Bersedia!
71
00:07:30,458 --> 00:07:33,000
Kita dah kenakan mereka!
72
00:07:33,083 --> 00:07:34,458
Beri sini!
73
00:07:34,541 --> 00:07:36,958
Fifou tak jawab!
74
00:07:38,333 --> 00:07:41,541
Tinggi lagi!
75
00:07:43,416 --> 00:07:45,416
Ke kanan!
76
00:07:47,250 --> 00:07:50,541
Biar mereka tahu ini kita!
77
00:07:51,750 --> 00:07:53,708
Mereka bodohkah?
78
00:07:56,666 --> 00:07:59,250
Kami bukan polislah, bodoh!
79
00:07:59,333 --> 00:08:00,958
Bakar van itu!
80
00:08:02,041 --> 00:08:05,333
Ini Karim! Buka pintu!
81
00:08:08,166 --> 00:08:10,791
Ini memang hebat! Siren pun berfungsi!
82
00:08:12,125 --> 00:08:14,416
Nampak tak sut balapan aku ambil ini?
83
00:08:15,625 --> 00:08:17,750
Kita dah macam askar.
84
00:08:17,833 --> 00:08:20,250
Orang akan takut. Ini uniform kita!
85
00:08:20,333 --> 00:08:25,041
Mereka takkan dapat bezakan kita!
Kami curi dari kelab bola sepak.
86
00:08:25,125 --> 00:08:29,291
Suruh mereka cepat sikit!
Jangan tunggu aku.
87
00:08:29,375 --> 00:08:31,625
Ini ada walkie-talkie juga.
88
00:08:32,416 --> 00:08:35,250
Kita memang macam pasukan. Macam askar!
89
00:08:35,875 --> 00:08:39,791
Kita ada lagi 30 sut balapan. Semua hebat!
90
00:08:39,875 --> 00:08:43,041
Bawa itu ke lobi. Nanti aku tengok.
91
00:08:46,750 --> 00:08:51,458
Tak bolehkah kita berdamai?
Pergi! Kami tak boleh terima!
92
00:08:51,541 --> 00:08:53,625
Karim, takziah atas kehilangan.
93
00:08:53,708 --> 00:08:59,291
Terima kasih. Sila tunggu di dalam.
Tutup tingkap. Jangan keluar.
94
00:08:59,375 --> 00:09:05,833
Hentikan! Letak peti besi di bawah tanah!
Buka dengan gergaji elektrik!
95
00:09:06,791 --> 00:09:09,291
- Sedia?
- Sasarkan badan, bukan kepala.
96
00:09:09,375 --> 00:09:11,125
Kita tengok boleh atau tak.
97
00:09:11,208 --> 00:09:13,958
Siaran langsung dari kawasan Athena.
98
00:09:14,041 --> 00:09:17,208
Kami dah kalahkan pihak polis!
99
00:09:17,291 --> 00:09:20,416
Sedikit demo peralatan polis kita.
100
00:09:20,500 --> 00:09:23,958
- Tembak!
- Sedia atau tidak?
101
00:09:33,375 --> 00:09:35,916
Sakit tak? Suka?
102
00:09:36,458 --> 00:09:39,333
- Suka, bukan?
- Berambuslah!
103
00:09:39,416 --> 00:09:42,791
Athena! Athena! Athena!
104
00:09:43,750 --> 00:09:46,125
Kau ingat ini main-main? Kau bodoh, ya?
105
00:09:46,750 --> 00:09:49,458
Kita perang sampai
dapat nama polis-polis itu.
106
00:09:51,125 --> 00:09:54,041
- Kita tak main-main!
- Masa berjalan.
107
00:10:24,083 --> 00:10:25,125
Syabas!
108
00:11:13,708 --> 00:11:15,333
SKUAD RUSUHAN POLIS ANTARABANGSA
109
00:11:19,000 --> 00:11:20,041
Berapa umurnya?
110
00:11:21,541 --> 00:11:22,541
Empat.
111
00:11:23,291 --> 00:11:24,416
Kembar.
112
00:11:24,916 --> 00:11:26,291
Pakai sarung tangan.
113
00:11:30,875 --> 00:11:33,375
Tuan-tuan, rancangan sudah ada.
114
00:11:34,083 --> 00:11:36,916
Kita boleh tengok blok utama
115
00:11:37,625 --> 00:11:41,250
yang dibina di sekitar halaman utama
di atas jalan utama.
116
00:11:41,333 --> 00:11:43,041
Lalu lintas sudah dihentikan.
117
00:11:43,666 --> 00:11:46,041
Buat sekatan di semua pintu masuk.
118
00:11:46,583 --> 00:11:51,000
Kita nak lemahkan mereka. Kita lancarkan
serangan serentak pada waktu senja.
119
00:11:51,500 --> 00:11:54,000
Anak-anak muda itu
mungkin ada senjata api.
120
00:11:54,583 --> 00:11:56,541
Sentiasa berjaga-jaga.
121
00:11:57,708 --> 00:11:59,416
Ada soalan? Tak ada?
122
00:12:00,375 --> 00:12:01,375
Mari kita pergi!
123
00:12:16,458 --> 00:12:18,666
Siaran langsung dari kawasan Athena.
124
00:12:18,750 --> 00:12:24,666
Polis takut kehadiran Sébastien L,
lelaki dalam senarai pengganas.
125
00:12:24,750 --> 00:12:27,833
"…kebenaran akan terbongkar."
126
00:12:27,916 --> 00:12:32,875
"Kekecohan takkan berhenti sehingga
pegawai dalam video dikenal pasti."
127
00:12:37,000 --> 00:12:38,500
Kita serang dua-dua!
128
00:12:41,416 --> 00:12:42,625
Cepat!
129
00:14:03,000 --> 00:14:07,208
Patutlah budak-budak tak hormat kau.
130
00:14:07,291 --> 00:14:09,666
Di luar dah huru-hara.
131
00:14:09,750 --> 00:14:13,500
Kumpul peralatan kau, ambil esok.
132
00:14:13,583 --> 00:14:17,208
Datang dan pergi sesuka hati.
Tanggalkan kasut kau!
133
00:14:17,291 --> 00:14:20,375
- Moktar?
- Dia tak dengar pun!
134
00:14:20,458 --> 00:14:24,250
Kau tak perasan alas kaki baru!
135
00:14:24,333 --> 00:14:26,833
- Mana yang lain?
- Apa?
136
00:14:26,916 --> 00:14:29,500
Coke, sayang. Di mana?
137
00:14:30,333 --> 00:14:33,708
- Di dalam tandas!
- Teruk betul tempat untuk sembunyikan.
138
00:14:33,791 --> 00:14:36,000
Pergi! Di dalam tangki?
139
00:14:38,125 --> 00:14:40,833
Mencuri daripada aku?
Perempuan gemuk bodoh.
140
00:14:40,916 --> 00:14:43,958
Bergerak sekarang!
141
00:14:44,041 --> 00:14:46,000
Dia ingat kita nak santai-santai.
142
00:14:48,041 --> 00:14:51,333
Kita akan tiba di sawar
dengan ambulans lima minit lagi.
143
00:14:51,416 --> 00:14:55,375
- Beritahu mereka kita selamatkan orang.
- Diterima.
144
00:14:55,458 --> 00:14:58,416
Kita jumpa nanti, kau tahu di mana.
145
00:15:02,416 --> 00:15:05,000
Anak hantu ini, terkejut aku!
146
00:15:05,500 --> 00:15:07,458
Kamu semua buat aku geram saja!
147
00:15:07,541 --> 00:15:08,375
Jalan!
148
00:15:11,916 --> 00:15:14,000
Cepatlah, sial!
149
00:15:14,583 --> 00:15:16,625
Apa masalah kau?
150
00:15:18,500 --> 00:15:19,875
Cepatlah!
151
00:15:23,875 --> 00:15:26,000
- Ambil penyodok.
- Bagus!
152
00:15:30,250 --> 00:15:33,000
- Kita ada senjata.
- Kita nak ke mana?
153
00:15:34,291 --> 00:15:37,291
Kenalan dadah aku
tunggu nak lepaskan kita.
154
00:15:37,375 --> 00:15:40,958
Kita akan tanam ini di hutan
sampai mulut puaka ini diam.
155
00:15:41,041 --> 00:15:42,375
Perang dah mula!
156
00:15:43,083 --> 00:15:45,916
Apa jadah ini?
157
00:15:47,333 --> 00:15:50,875
- Apa jadah?
- Abang kau nak lalu.
158
00:15:51,666 --> 00:15:53,166
Tiada siapa boleh keluar.
159
00:15:53,666 --> 00:15:59,500
Kamu semua mesti hentikan.
Nak semua polis turun ke sini?
160
00:15:59,583 --> 00:16:01,916
Tak boleh lalu. Semua tak boleh keluar.
161
00:16:03,291 --> 00:16:04,291
Sial!
162
00:16:05,666 --> 00:16:08,208
Pergi dari sini! Polis datang!
163
00:16:10,583 --> 00:16:14,583
Pergi ke bar syisya.
Kita akan sorokkan di sana.
164
00:16:15,291 --> 00:16:18,458
Pergi!
165
00:16:20,458 --> 00:16:21,666
Naik ke atas!
166
00:16:22,750 --> 00:16:25,708
Jalanlah sial!
167
00:16:27,083 --> 00:16:30,541
Ke tepi!
168
00:16:31,625 --> 00:16:35,583
Biar aku lalu. Diamlah. Bertenang!
169
00:16:37,333 --> 00:16:38,833
Bertenang!
170
00:16:41,625 --> 00:16:44,500
Di seberang dataran. Jangan berhenti!
171
00:16:47,708 --> 00:16:48,833
Itu Moktar!
172
00:16:52,125 --> 00:16:54,750
Mereka tak boleh halang kita. Potong!
173
00:16:55,333 --> 00:16:58,333
Mereka tak berbahaya. Biar mereka bising!
174
00:17:01,708 --> 00:17:04,165
Apa dalam beg itu?
175
00:17:05,333 --> 00:17:07,958
- Apa kau nak?
- Apa ada dalam beg itu?
176
00:17:09,290 --> 00:17:11,165
Kau cakap dengan siapa?
177
00:17:12,125 --> 00:17:13,708
Celaka!
178
00:17:13,790 --> 00:17:15,333
Anak haram!
179
00:17:17,290 --> 00:17:18,750
Apa dalam beg itu?
180
00:17:19,665 --> 00:17:21,375
Beri kami beg itu!
181
00:17:21,458 --> 00:17:22,750
Beg…
182
00:17:23,250 --> 00:17:26,333
Aku akan mak kau!
183
00:17:26,415 --> 00:17:30,333
- Pergi dari sini!
- Cepat!
184
00:17:30,416 --> 00:17:31,708
Lintas!
185
00:17:32,708 --> 00:17:34,958
- Buka pintu!
- Ada apa?
186
00:17:37,583 --> 00:17:40,333
Bertenanglah! Apa jadah?
187
00:17:44,125 --> 00:17:45,500
Pergi mampuslah semua!
188
00:17:46,000 --> 00:17:48,416
Apa ini?
189
00:17:49,208 --> 00:17:51,833
Bersama kami atau tentang kami.
190
00:17:55,041 --> 00:17:59,416
Karim, jangan main-main dengan aku.
Ini bukan caranya.
191
00:17:59,500 --> 00:18:00,791
Kau pun samalah!
192
00:18:02,708 --> 00:18:04,416
Aku lindungi kerja aku.
193
00:18:04,500 --> 00:18:09,750
- Idir dah mati, kau fikir kerja lagi?
- Suruh budak-budak kau berambus!
194
00:18:09,833 --> 00:18:11,666
Apa dalam beg itu? Senjata?
195
00:18:13,875 --> 00:18:17,250
Fikir kau kuat sangat?
Aku tak takut dengan kau.
196
00:18:17,333 --> 00:18:19,375
Beri aku pistol itu.
197
00:18:19,458 --> 00:18:21,000
Tutup mulut kau!
198
00:18:24,375 --> 00:18:26,916
Aku serius. Beri aku pistol!
199
00:18:29,125 --> 00:18:33,333
- Polis dah datang!
- Pergi ke bumbung B7!
200
00:18:34,000 --> 00:18:36,416
Ini belum berakhir. Kau keluar, kau mati!
201
00:18:42,625 --> 00:18:44,625
Sheikh, huru-hara di luar.
202
00:18:44,708 --> 00:18:48,583
Kita kena redakan kemarahan anak muda.
Kita patut berunding.
203
00:18:48,666 --> 00:18:51,833
Kalau api kemarahan dah marak,
kita tak boleh lawan.
204
00:18:51,916 --> 00:18:54,666
Mereka baling Molotov ke dalam.
205
00:18:54,750 --> 00:18:58,333
Ada kebakaran. Kami dah padamkan.
Syukur pada Tuhan.
206
00:18:58,416 --> 00:19:00,583
Kita patut pindahkan mereka.
207
00:19:00,666 --> 00:19:03,750
- Singa tenangkan anak.
- Anak-anak ini liar!
208
00:19:03,833 --> 00:19:06,750
Sudah-sudahlah berfalsafah.
209
00:19:06,833 --> 00:19:10,166
Bila kau nak faham?
Budak-budak ini memang ganas!
210
00:19:10,250 --> 00:19:13,916
Mereka pukul aku dengan tuil besi!
211
00:19:14,000 --> 00:19:16,541
Mereka dah pecahkan balai polis!
212
00:19:16,625 --> 00:19:20,666
Kita nak tunggu lagi? Tunggu orang mati?
213
00:19:20,750 --> 00:19:21,958
Bertenang, abang.
214
00:19:22,041 --> 00:19:25,833
Pindahkan beribu orang?
Kalau ada yang tak nak macam mana?
215
00:19:25,916 --> 00:19:29,416
Siapa yang tak nak keluar, tinggal saja!
216
00:19:29,500 --> 00:19:30,666
Tolong bertenang.
217
00:19:32,583 --> 00:19:36,041
Cakap dengan dia! Adik dia ketua mereka.
218
00:19:36,125 --> 00:19:37,125
Keluarga samseng!
219
00:19:37,208 --> 00:19:39,916
Jangan sesiapa sentuh dia!
220
00:19:40,000 --> 00:19:43,500
Bertenang. Abdel, kita nak pindah tak?
221
00:19:44,083 --> 00:19:46,500
Nak dengar cakap penindas pula?
222
00:19:46,583 --> 00:19:48,750
Pindahkan mereka yang lemah dulu.
223
00:19:49,541 --> 00:19:53,166
- Aku cari Karim, berunding dengan dia.
- Pergi!
224
00:19:53,250 --> 00:19:57,458
Cari dan asingkan Sébastien.
Dia itu ancaman.
225
00:19:57,541 --> 00:20:01,500
Pergi pindahkan keluarga dengan tenang.
226
00:20:01,583 --> 00:20:04,333
- Mari kita buat.
- Mulakan dengan B9.
227
00:20:05,208 --> 00:20:08,791
Kalau nampak anak muda,
bawa mereka sekali.
228
00:20:11,791 --> 00:20:14,458
Saber, tolong Abdel cari adik dia.
229
00:20:15,083 --> 00:20:19,208
Kalau jumpa Sébastien,
bawa dia keluar dari sini. Pergi.
230
00:20:24,333 --> 00:20:26,916
- Mulakan dengan B4.
- Lompat atas motor.
231
00:20:32,666 --> 00:20:36,333
Tolong keluar!
232
00:20:52,750 --> 00:20:55,250
Ini telefon Karim.
Sila tinggalkan pesanan.
233
00:20:57,375 --> 00:20:59,416
Aku nak perempuan seorang!
234
00:21:02,458 --> 00:21:03,458
Berhenti!
235
00:21:04,750 --> 00:21:06,833
Tengok kalau-kalau dia di belakang.
236
00:21:07,958 --> 00:21:09,125
Karim!
237
00:21:13,583 --> 00:21:16,708
Berhenti! Nanti mereka tembak. Mana Karim?
238
00:21:16,791 --> 00:21:18,041
Tak tahu!
239
00:21:20,916 --> 00:21:25,125
Berhenti tembak!
Kita beri laluan untuk keluarga keluar!
240
00:21:32,625 --> 00:21:34,125
Tak boleh tunggu di sini.
241
00:21:35,125 --> 00:21:37,666
Jangan mengarah saya!
242
00:21:39,833 --> 00:21:43,000
Puan, tak boleh tinggal di sini.
243
00:21:44,541 --> 00:21:45,583
Nampak dia?
244
00:21:47,125 --> 00:21:48,166
Pergi ke B7.
245
00:21:51,041 --> 00:21:52,458
Ikut budak-budak itu!
246
00:21:56,333 --> 00:21:57,416
Perlahan sikit!
247
00:22:03,583 --> 00:22:05,125
Itu Sébastien.
248
00:22:08,958 --> 00:22:10,041
Apa kita nak buat?
249
00:22:29,000 --> 00:22:30,083
Sébastien.
250
00:22:31,791 --> 00:22:32,958
Sébastien.
251
00:22:34,000 --> 00:22:37,458
Kami nak bawa keluarga ke tempat sunyi.
Ikut kami.
252
00:22:38,458 --> 00:22:40,000
Kita kena pergi sekarang!
253
00:22:40,625 --> 00:22:42,916
Tolonglah. Semuanya akan okey.
254
00:22:47,250 --> 00:22:48,250
Ikut sini.
255
00:22:50,041 --> 00:22:51,875
Tak! Ke pusat penjagaan harian!
256
00:23:00,083 --> 00:23:02,625
Berhenti! Ada keluarga nak lalu!
257
00:23:03,791 --> 00:23:05,250
Kosongkan!
258
00:23:08,083 --> 00:23:08,916
Sébastien!
259
00:23:09,750 --> 00:23:10,833
Sébastien!
260
00:23:16,833 --> 00:23:18,041
Ikut sini.
261
00:23:21,666 --> 00:23:23,750
Pergi!
262
00:23:30,416 --> 00:23:34,041
- Cepatlah, budak-budak.
- Puan kena pergi.
263
00:23:36,166 --> 00:23:38,166
- Ada sesiapa di dalam?
- Tak ada.
264
00:23:43,625 --> 00:23:44,541
Sébastien.
265
00:23:45,250 --> 00:23:46,291
Duduk di sini.
266
00:23:48,000 --> 00:23:50,458
Kau akan selamat. Kami akan kembali.
267
00:23:50,541 --> 00:23:52,125
Tutup langsir.
268
00:23:55,791 --> 00:23:56,875
Aku dah kunci.
269
00:23:56,958 --> 00:24:01,500
Tunggu di sini. Aku nak tengok Karim
ada di rumah tak. Jangan biar dia keluar.
270
00:24:25,083 --> 00:24:27,541
Apa awak buat di sini?
271
00:24:29,291 --> 00:24:30,541
Tak boleh duduk sini!
272
00:24:33,625 --> 00:24:34,875
Kami bersama awak.
273
00:24:37,166 --> 00:24:38,166
Kuatkan semangat.
274
00:24:40,250 --> 00:24:41,708
Takziah.
275
00:24:44,500 --> 00:24:46,125
Takziah.
276
00:24:46,208 --> 00:24:48,625
Semua akan okey. Kuatkan semangat.
277
00:24:56,666 --> 00:24:58,583
- Karim mana?
- Kenapa kau sibuk?
278
00:24:58,666 --> 00:25:01,458
- Berdoa untuk Idir.
- Mak, kita tak boleh duduk sini.
279
00:25:01,541 --> 00:25:04,916
- Tanggalkan. Pergi berdoa.
- Tolonglah.
280
00:25:05,000 --> 00:25:08,000
- Doa untuk adik kamu.
- Okey, lepas itu kita pergi.
281
00:26:27,750 --> 00:26:31,875
Semua orang kena pergi.
Kamu tak selamat di sini.
282
00:26:31,958 --> 00:26:35,500
Tolong saya.
Keluar dari sini dengan tenang.
283
00:26:36,791 --> 00:26:38,291
Cepat.
284
00:26:40,333 --> 00:26:41,875
Cepat tapi tenang.
285
00:27:05,166 --> 00:27:06,166
Mana Karim?
286
00:27:07,416 --> 00:27:10,208
Mak mana? Aku tanya kau!
287
00:27:10,875 --> 00:27:14,041
- Dia dalam perarakan.
- Pergi tolong dia!
288
00:27:14,125 --> 00:27:16,291
Kau askar, bukan?
289
00:27:16,375 --> 00:27:19,083
- Kita bincang nanti.
- Aku tak nak pergi!
290
00:27:19,166 --> 00:27:22,000
Apa? Masih nak patuhi arahan?
291
00:27:22,083 --> 00:27:24,875
- Selepas apa yang mereka buat?
- Merepek.
292
00:27:24,958 --> 00:27:28,083
- Kenapa tak biar terbakar saja?
- Diam!
293
00:27:28,166 --> 00:27:31,708
Kita tak nak ia terbakar atau
cetuskan perang, bukan di sini.
294
00:27:31,791 --> 00:27:34,291
Perang dah bermula pun.
295
00:27:34,375 --> 00:27:36,541
Yalah, berambus!
296
00:27:47,166 --> 00:27:48,833
Abdel, kau nak ke mana?
297
00:27:49,916 --> 00:27:52,125
Mari sertai kami!
298
00:27:59,000 --> 00:28:00,250
Kenapa lambat sangat?
299
00:28:04,541 --> 00:28:06,833
Tenangkan dia.
300
00:28:10,291 --> 00:28:12,583
Ini semua salah kau!
301
00:28:12,666 --> 00:28:15,166
Aku jatuh nanti!
302
00:28:15,250 --> 00:28:18,916
Kau tak guna!
303
00:28:19,000 --> 00:28:21,208
Biar budak-budak yang buat.
304
00:28:21,291 --> 00:28:22,458
Tolong kami!
305
00:28:23,166 --> 00:28:26,875
Nak jinakkan pun tak boleh. Tak guna!
306
00:28:26,958 --> 00:28:28,333
Terima kasih, semua.
307
00:29:17,291 --> 00:29:18,291
Mak!
308
00:29:18,375 --> 00:29:22,458
- Kamu pergi mana?
- Pergi ke rumah Mak Cik Myriam.
309
00:29:22,541 --> 00:29:25,000
- Di mana adik kamu?
- Dia selamat.
310
00:29:25,083 --> 00:29:28,375
- Dia tak datang?
- Dia akan masuk perarakan seterusnya.
311
00:29:28,458 --> 00:29:29,833
Dia lemah.
312
00:29:30,958 --> 00:29:32,375
Tolong ada untuk dia.
313
00:29:42,083 --> 00:29:46,000
Teruskan bergerak! Semua keluar!
314
00:29:46,083 --> 00:29:48,583
Hati-hati. Jangan tolak!
315
00:29:49,916 --> 00:29:53,250
- Ke tepi!
- Bertenang!
316
00:30:16,458 --> 00:30:19,875
KEGANASAN SEMAKIN MENGGILA
DI TAPAK PROJEK PERUMAHAN ATHENA
317
00:30:20,375 --> 00:30:22,166
Kamu berdua, kutip!
318
00:30:22,875 --> 00:30:25,000
Kutip! Cepat!
319
00:30:29,833 --> 00:30:33,083
Ke kiri!
320
00:30:33,166 --> 00:30:34,625
Tunggu…
321
00:30:34,708 --> 00:30:35,875
Sekarang!
322
00:30:40,083 --> 00:30:42,166
PROJEK ATHENA: PERANG GERILA BANDAR
323
00:30:50,041 --> 00:30:51,750
Pusing!
324
00:30:53,000 --> 00:30:54,541
Perisai!
325
00:30:55,125 --> 00:30:57,833
Berundur!
326
00:31:05,958 --> 00:31:07,250
Jaga-jaga!
327
00:31:07,333 --> 00:31:11,125
Aku kencing atas kau, bangsat!
Pergi mampus!
328
00:31:11,208 --> 00:31:15,166
Aku kencing atas polis!
Mereka tak boleh buat apa-apa!
329
00:31:26,333 --> 00:31:29,250
Pecah rumah. Ambil apa-apa yang boleh.
330
00:31:31,916 --> 00:31:34,083
Kami akan jaga kau.
331
00:31:43,750 --> 00:31:48,666
Karim, ini mak. Mak risau.
Mak tak tahu kamu di mana. Kamu okey?
332
00:31:49,875 --> 00:31:53,125
Hati-hati, sayang. Hubungi mak semula.
333
00:32:07,125 --> 00:32:10,208
…dengan keganasan
yang dicetuskan oleh video
334
00:32:10,291 --> 00:32:12,833
yang tular di media sosial
335
00:32:14,041 --> 00:32:17,625
menunjukkan Idir, 13 tahun,
ditahan oleh tiga pegawai.
336
00:32:17,708 --> 00:32:21,250
Dia dipukul dengan kejam
dan dibiarkan sampai mati.
337
00:32:21,333 --> 00:32:23,708
Dalam peristiwa yang penuh dramatik,
338
00:32:23,791 --> 00:32:27,583
ada sumber mendakwa
penyerang mungkin bukan pegawai sebenar,
339
00:32:27,666 --> 00:32:33,458
tapi ekstremis pelampau kanan untuk
mengeruhkan ketegangan baru-baru ini…
340
00:33:21,083 --> 00:33:23,458
Karim, polis memecah masuk B1!
341
00:33:36,833 --> 00:33:37,875
Ikut aku!
342
00:33:56,708 --> 00:33:57,750
Lepaskan aku!
343
00:34:34,000 --> 00:34:36,625
Tolak tong sampah!
344
00:34:38,791 --> 00:34:40,208
Rempuh ke arah mereka!
345
00:34:42,250 --> 00:34:44,000
Berundur!
346
00:35:49,666 --> 00:35:53,875
Maaf kau kena tangkap.
Aku malu sebab kena buka gari kau.
347
00:35:53,958 --> 00:35:57,000
Lepaskan mereka. Mereka nak tolong saja.
348
00:36:03,416 --> 00:36:08,416
Kalau boleh, aku nak bebaskan mereka.
Kalau masuk tahanan, kena ikut prosedur.
349
00:36:09,416 --> 00:36:12,583
Aku buat laporan
untuk tahu siapa buat apa.
350
00:36:13,291 --> 00:36:14,958
Teruk skandal itu.
351
00:36:16,583 --> 00:36:18,666
Skandal tentang kematian?
352
00:36:20,208 --> 00:36:22,000
Biar aku cakap dengan mereka.
353
00:36:22,083 --> 00:36:25,916
Tak boleh. Rusuhan dah nak mula.
Tiada sesiapa boleh keluar masuk.
354
00:36:26,541 --> 00:36:29,083
Komander sedang tunggu.
355
00:36:29,166 --> 00:36:32,000
Aku perlukan kau di sini. Kau tak ditahan.
356
00:37:20,166 --> 00:37:23,041
- Sarcelles di sini untuk membantu!
- Tarterêts!
357
00:37:23,125 --> 00:37:25,166
- Les Pyramides!
- Tremblay!
358
00:37:25,250 --> 00:37:26,708
- Bosquets!
- Bobigny!
359
00:37:26,791 --> 00:37:28,375
Ini bukan kemenangan!
360
00:37:29,125 --> 00:37:31,500
Mereka akan kembali untuk kenakan kita!
361
00:37:33,000 --> 00:37:34,958
Kami mahu pembunuh Idir.
362
00:37:35,458 --> 00:37:38,083
Kita bukan sekadar samseng!
363
00:37:38,583 --> 00:37:41,958
Masyarakat dan berita
mengatakan mereka bukan polis.
364
00:37:42,041 --> 00:37:42,916
Siapa kata?
365
00:37:43,541 --> 00:37:47,041
Sejak bila kita percayakan
masyarakat atau berita?
366
00:37:49,083 --> 00:37:52,125
Kita dah tak nak jadi mangsa lagi!
367
00:37:54,250 --> 00:37:55,583
Apabila mereka serang,
368
00:37:56,291 --> 00:37:57,500
kita serang balik!
369
00:37:58,458 --> 00:37:59,875
Apabila mereka membunuh,
370
00:38:00,833 --> 00:38:01,916
kita bunuh juga!
371
00:38:04,875 --> 00:38:06,875
Mereka bercakap tentang keganasan?
372
00:38:08,375 --> 00:38:10,458
Kita akan tunjukkan keganasan!
373
00:38:13,333 --> 00:38:14,458
Saya ada rancangan.
374
00:38:16,375 --> 00:38:17,958
Kita culik seorang polis.
375
00:38:18,500 --> 00:38:22,250
Mereka akan terpaksa dengar cakap kita.
376
00:38:24,625 --> 00:38:25,875
Athena!
377
00:39:45,708 --> 00:39:47,125
Unit, berhenti!
378
00:39:59,708 --> 00:40:00,833
Mara!
379
00:40:03,166 --> 00:40:04,291
Satu barisan!
380
00:40:10,333 --> 00:40:11,583
Ada pegawai ditembak!
381
00:40:13,958 --> 00:40:15,333
Serang!
382
00:40:42,625 --> 00:40:45,250
Dah tangkap dia! Berundur!
383
00:40:59,166 --> 00:41:00,500
Kekal dalam barisan!
384
00:43:01,208 --> 00:43:03,500
Semua orang, berundur!
385
00:44:34,375 --> 00:44:37,583
- Ada seorang di sini!
- Tangkap dia!
386
00:44:42,500 --> 00:44:43,791
Tangkap dia!
387
00:44:44,750 --> 00:44:46,958
Di mana dia?
388
00:44:55,041 --> 00:44:56,875
Kau tak boleh bersembunyi!
389
00:44:58,166 --> 00:45:00,416
Kalau kami jumpa kau, kau mati!
390
00:47:10,458 --> 00:47:11,791
Di sana! Itu dia!
391
00:47:12,750 --> 00:47:14,416
Berundur!
392
00:47:14,500 --> 00:47:19,250
Kau juga! Aku akan bunuh kau!
393
00:47:36,750 --> 00:47:38,958
Kita mesti tegas
394
00:47:39,041 --> 00:47:42,791
dan jangan biarkan samseng ini
bakar bandar kita.
395
00:47:42,875 --> 00:47:44,875
Baiklah tapi macam mana?
396
00:47:44,958 --> 00:47:48,500
Tingkatkan dana untuk
tenaga manusia dan peralatan.
397
00:47:48,583 --> 00:47:54,208
Ini kejiranan tiada undang-undang
diperintah oleh pengedar, fundamentalis.
398
00:47:54,291 --> 00:47:58,916
Peraturan mesti dikembalikan.
Undang-undang mesti digunakan.
399
00:47:59,000 --> 00:48:04,250
Kita mesti perkasakan semula pihak polis,
dari segi moral dan fizikal.
400
00:48:04,333 --> 00:48:06,291
Di kawasan kejiranan itu,
401
00:48:06,375 --> 00:48:10,458
kita membiayai organisasi yang tak berguna
402
00:48:10,541 --> 00:48:14,375
untuk mengelak pemberontakan ini.
403
00:48:14,458 --> 00:48:16,500
Tapi ia tetap berlaku. Kenapa?
404
00:48:16,583 --> 00:48:20,916
Kejiranan ini menjadi kawasan
yang tak boleh dimasuki.
405
00:48:21,000 --> 00:48:23,208
Tentera hanya satu penyelesaian.
406
00:48:23,291 --> 00:48:27,375
Cara kau bercakap mengejutkan.
"Kami" dan "mereka".
407
00:48:27,458 --> 00:48:30,958
Kita semua sama.
Kita satu kelompok masyarakat.
408
00:48:38,333 --> 00:48:42,291
Sudah berjam-jam kami di sini.
Ambil kami!
409
00:48:42,375 --> 00:48:44,958
- Akses disekat.
- Apa?
410
00:48:45,041 --> 00:48:47,375
- Pelan kita hancur.
- "Hancur"?
411
00:48:47,458 --> 00:48:50,541
Diamlah! Tak hancur!
412
00:48:50,625 --> 00:48:52,958
Kalau kau buat begini, kau yang hancur!
413
00:48:53,041 --> 00:48:57,500
Dia gali lubang terus sampai ke China!
414
00:48:57,583 --> 00:49:00,875
Kau buat kerja kau, kalau tak,
aku beri pistol pada budak-budak!
415
00:49:00,958 --> 00:49:03,291
Aku buat tempat ini macam Sarajevo!
416
00:49:03,375 --> 00:49:05,708
Jangan nak mainkan aku!
417
00:49:06,583 --> 00:49:10,958
Gali! lagi Ada aku suruh berhenti?
Dasar buncit celaka!
418
00:49:14,125 --> 00:49:15,250
Pandang kamera.
419
00:49:15,875 --> 00:49:18,166
Bagi mereka yang dibunuh oleh polis,
420
00:49:18,250 --> 00:49:24,041
kami menuntut pembunuh Idir
dikenal pasti dan dihukum seumur hidup.
421
00:49:24,791 --> 00:49:27,958
Kami berdiri teguh.
Jika permintaan kita tak dipenuhi…
422
00:49:28,041 --> 00:49:29,500
Tahu lokasinya?
423
00:49:29,583 --> 00:49:30,625
…dia akan mati.
424
00:49:37,416 --> 00:49:40,625
Lokasi mereka muncul dalam peta ini tak?
425
00:49:45,375 --> 00:49:47,083
Kerjasama kau sangat penting.
426
00:49:47,750 --> 00:49:49,708
Kami tak mahu lebih ramai mangsa.
427
00:49:50,208 --> 00:49:52,166
Pergi cakap dengan adik kau.
428
00:49:54,250 --> 00:49:56,291
Biar aku pergi ambil polis itu.
429
00:49:57,250 --> 00:49:59,916
Kalau kau hantar pasukan,
mesti lagi teruk.
430
00:50:03,416 --> 00:50:09,000
Unit taktikal akan bercakap dengan kau.
Beri mereka maklumat tapak.
431
00:50:12,291 --> 00:50:13,291
Terima kasih.
432
00:50:14,166 --> 00:50:18,041
Kita akan cari siapa yang buat begini,
sama ada polis atau tidak.
433
00:50:19,375 --> 00:50:20,500
Kita perlukan masa.
434
00:50:24,916 --> 00:50:25,916
Nak kopi?
435
00:50:28,125 --> 00:50:29,125
Terima kasih.
436
00:51:25,458 --> 00:51:27,333
Nak ke mana?
437
00:51:27,416 --> 00:51:30,458
Mari sini!
438
00:52:09,958 --> 00:52:11,333
Polis! Jahanam dia!
439
00:52:12,291 --> 00:52:14,333
Itu adik Karim!
440
00:52:17,500 --> 00:52:19,916
Abdel sertai gerakan kita!
441
00:52:20,000 --> 00:52:23,916
Abdel dengan kita!
442
00:52:26,500 --> 00:52:28,833
Sekat pintu masuk!
443
00:52:48,291 --> 00:52:50,625
Telefon Karim. Sila tinggalkan pesanan.
444
00:53:18,291 --> 00:53:22,125
- Abdel! Apa kau buat?
- Diam!
445
00:53:29,500 --> 00:53:31,875
Ini adik kau. Apa aku kena buat?
446
00:53:31,958 --> 00:53:33,500
Masa rehat dah tamat.
447
00:53:34,291 --> 00:53:38,208
Kalau mereka tak tembak kau dulu,
kau akan meringkuk dalam penjara.
448
00:53:38,291 --> 00:53:40,041
Aku nak ambil polis itu.
449
00:53:40,791 --> 00:53:41,625
Apa jadah?
450
00:53:41,708 --> 00:53:42,791
- Nama?
- Jérôme.
451
00:53:42,875 --> 00:53:45,958
- Abdel!
- Mari kita pergi dari sini.
452
00:53:46,041 --> 00:53:47,458
Abdel, apa kau buat ini?
453
00:53:47,541 --> 00:53:51,791
Kau tak faham.
Mereka nak huru-hara ini. Sudahlah.
454
00:53:51,875 --> 00:53:53,958
Tak, kau tak faham.
455
00:53:54,041 --> 00:53:58,041
Mereka takkan beritahu siapa bunuh Idir.
Aku takkan lepaskan apa-apa!
456
00:54:00,750 --> 00:54:01,833
Tak nak lepaskan?
457
00:54:05,083 --> 00:54:06,916
Kalau dapat nama, nak buat apa?
458
00:54:09,166 --> 00:54:10,541
Idir boleh hidup balik?
459
00:54:13,791 --> 00:54:17,041
Benda dah jadi.
460
00:54:18,291 --> 00:54:19,291
Dia dah mati.
461
00:54:20,458 --> 00:54:25,166
Tolong ikut aku. Baliklah.
462
00:54:28,166 --> 00:54:29,291
Ikut aku.
463
00:54:32,458 --> 00:54:33,666
Fikirkan mak.
464
00:54:36,541 --> 00:54:39,125
Dia dah cukup menderita, kasihan dia.
465
00:54:40,041 --> 00:54:41,041
Lepaskan!
466
00:54:41,625 --> 00:54:45,666
Pengkhianat!
Kau berjuang untuk mereka, harki!
467
00:54:55,000 --> 00:54:58,833
Jangan main-main.
Kau pelacur tentera Perancis!
468
00:54:58,916 --> 00:55:01,208
Aku tak kenal kau pun.
469
00:55:01,791 --> 00:55:04,458
Kau yang patut mati, bukan Idir!
470
00:55:13,041 --> 00:55:14,416
Aku tahu. Aku pun sama.
471
00:55:16,166 --> 00:55:17,500
Apa kau buat ini?
472
00:55:17,583 --> 00:55:20,666
Aku bercakap dengan kau, Abdel!
473
00:55:21,916 --> 00:55:23,333
Ikut aku.
474
00:55:23,416 --> 00:55:26,125
Jangan biar mereka terlepas!
475
00:55:26,208 --> 00:55:27,541
Ke kanan!
476
00:55:35,250 --> 00:55:36,791
Ikut sini!
477
00:55:43,583 --> 00:55:44,791
Di sana, pintu!
478
00:56:01,000 --> 00:56:02,000
Ikut sini!
479
00:56:10,250 --> 00:56:13,083
Polis! Berhenti! Meniarap!
480
00:56:15,333 --> 00:56:18,666
Berhenti menjerit! Dia orang kau!
481
00:56:38,958 --> 00:56:40,416
Ayuh!
482
00:56:53,125 --> 00:56:55,875
Mereka di sini!
483
00:57:03,875 --> 00:57:05,125
BAR SYISYA - THE RUBY
484
00:57:05,166 --> 00:57:07,625
Buka pintu! Ini Abdel!
485
00:57:07,708 --> 00:57:10,000
Buka!
486
00:57:10,916 --> 00:57:12,083
Buka pintu!
487
00:57:14,666 --> 00:57:15,750
Masuk!
488
00:57:21,000 --> 00:57:25,541
Kau dekat, aku tembak!
489
00:57:29,916 --> 00:57:34,083
Celaka! Aku akan ajar kau cukup-cukup!
490
00:57:36,666 --> 00:57:38,291
Ya, ayuh!
491
00:57:38,375 --> 00:57:39,458
Anak haram!
492
00:57:42,166 --> 00:57:44,583
Baik kau lari! Dasar lembik!
493
00:57:51,416 --> 00:57:52,416
Macam mana?
494
00:57:53,958 --> 00:57:56,250
Waktu kau takut selepas sekolah dulu,
495
00:57:56,333 --> 00:57:58,541
kau datang minta tolong aku.
496
00:57:58,625 --> 00:58:00,416
Gembira jumpa kau lagi, dik.
497
00:58:01,416 --> 00:58:02,583
Aku rindu kau.
498
00:58:05,875 --> 00:58:09,833
Boleh tolong nasihatkan adik kita?
Mereka dah jadi liar.
499
00:58:09,916 --> 00:58:14,291
Lupakan saja.
Generasi baru ini memang teruk.
500
00:58:14,916 --> 00:58:16,291
Ada jalan keluar lain?
501
00:58:20,250 --> 00:58:22,083
Kasihan Idir…
502
00:58:24,208 --> 00:58:28,958
Aku tak kenal dia sangat. Bangsat itu
ambil dia daripada aku. Peluk aku.
503
00:58:30,625 --> 00:58:34,041
Kita keluarga. Itu saja yang kita ada.
504
00:58:34,125 --> 00:58:35,750
Jangan lepaskan.
505
00:58:36,916 --> 00:58:41,375
Bodohlah… Kita keluarga, bersatu.
Itu takkan berubah.
506
00:58:42,125 --> 00:58:46,208
Walaupun kita berlainan bapa
atau susah macam mana pun kau nak datang,
507
00:58:46,291 --> 00:58:48,958
kau darah daging aku!
508
00:58:49,708 --> 00:58:52,750
- Itu tak berubah.
- Ada jalan keluar lain tak?
509
00:58:55,750 --> 00:58:57,458
Itu GI Joe aku.
510
00:58:57,541 --> 00:58:59,958
Pintu di belakang. Kami dah sekat.
511
00:59:14,541 --> 00:59:15,541
Siapa ini?
512
00:59:16,125 --> 00:59:18,750
Itu polis dalam TV itu.
513
00:59:18,833 --> 00:59:20,916
Semua orang cari dia.
514
00:59:21,000 --> 00:59:23,083
Aku akan bebaskan dia.
515
00:59:24,041 --> 00:59:25,958
Kau bawa polis ke sini?
516
00:59:30,625 --> 00:59:34,500
Sambung gali, bodoh! Jangan berhenti!
517
00:59:36,291 --> 00:59:37,291
Kau okey?
518
00:59:39,958 --> 00:59:43,291
Kau dah gila?
Dia nampak senjata kita, muka kita.
519
00:59:43,375 --> 00:59:46,583
Gali lebih dalam.
Aku bunuh dan kita tanam dia di sini.
520
00:59:47,083 --> 00:59:50,083
Atau kau selamatkan
nyawa dia dan jadi wira.
521
00:59:52,125 --> 00:59:53,333
Aku? Wira?
522
00:59:56,083 --> 00:59:59,333
Siapa itu? Polis lagi? Pergi mampuslah!
523
01:00:00,000 --> 01:00:01,250
MAK
524
01:00:17,125 --> 01:00:20,500
Baiklah, kita bebaskan dia
tapi ikut cara aku.
525
01:00:21,000 --> 01:00:23,333
Kenalan dadah aku akan ambil dia.
526
01:00:31,166 --> 01:00:35,458
Ya? Maaf tentang tadi, aku terbawa-bawa.
527
01:00:36,375 --> 01:00:39,875
Aku dah jumpa jalan penyelesaian
bagi masalah kita.
528
01:00:41,166 --> 01:00:42,958
Kamu semua nak jadi wira?
529
01:00:43,458 --> 01:00:45,666
Kami akan bebaskan kau. Jangan risau.
530
01:00:45,750 --> 01:00:46,708
Bila?
531
01:00:49,083 --> 01:00:51,625
- Lebih kurang sepuluh minit.
- Boleh.
532
01:00:59,375 --> 01:01:00,833
Masalah selesai.
533
01:01:01,666 --> 01:01:06,791
Kau okey? Kau mesti lapar. Nak Twix?
534
01:01:06,875 --> 01:01:12,041
Ambil. Saya ada Yop. Raspberi, strawberi…
535
01:01:12,125 --> 01:01:16,125
Yang strawberi ini lebih kecil.
Nak yang ini?
536
01:01:17,958 --> 01:01:21,125
Kau malu? Dia pemalu.
Budak besar tak boleh menangis!
537
01:01:22,666 --> 01:01:26,583
Dia nampak macam budak-budak.
Kau jaga dia.
538
01:01:37,791 --> 01:01:41,500
Kita tak boleh serang bar syisya.
Adik-beradik kau ada di dalam.
539
01:01:41,583 --> 01:01:45,250
Mereka bukan adik-beradik aku lagi.
Kita akan bakar tempat itu.
540
01:01:57,375 --> 01:01:58,375
Hai, mak.
541
01:02:06,166 --> 01:02:07,000
Tak.
542
01:02:07,583 --> 01:02:10,125
Jangan risau, mak.
Tak lama lagi saya balik.
543
01:02:14,625 --> 01:02:15,625
Maaf.
544
01:02:21,541 --> 01:02:22,500
Saya sayang mak.
545
01:02:38,541 --> 01:02:39,625
Gunakan ini.
546
01:02:40,708 --> 01:02:45,458
Hancurkan dinding belakang.
Aku tunggu di depan. Bawa polis pada aku.
547
01:02:45,541 --> 01:02:48,750
- Helikopter macam mana?
- Pergi mampuslah.
548
01:03:00,750 --> 01:03:01,750
Abdel!
549
01:03:04,375 --> 01:03:05,250
Abdel!
550
01:03:06,250 --> 01:03:07,500
Serahkan polis itu!
551
01:03:08,291 --> 01:03:10,666
Berhenti! Skuad rusuhan akan nampak kau!
552
01:03:10,750 --> 01:03:15,000
Aku tak peduli!
Biar mereka datang. Aku nak polis!
553
01:03:15,083 --> 01:03:17,333
Karim, dah terlambat. Pergi sekarang!
554
01:03:17,416 --> 01:03:19,875
- Serahkan dia atau aku bakar!
- Bakarlah!
555
01:03:19,958 --> 01:03:22,125
Aku akan bunuh kamu semua!
556
01:03:22,208 --> 01:03:24,333
Kenalan dadah aku datang.
557
01:03:24,416 --> 01:03:26,208
- Abdel!
- Kau percaya mereka?
558
01:03:26,291 --> 01:03:28,416
Mereka selamat. Suruh dia berambus!
559
01:03:28,500 --> 01:03:29,833
Dia rosakkan semuanya!
560
01:03:29,916 --> 01:03:32,458
Kau tak boleh tunggu di sini.
Mereka datang.
561
01:03:32,541 --> 01:03:34,166
Aku akan bakar tempat ini!
562
01:03:34,750 --> 01:03:35,958
Dah terlambat!
563
01:03:36,458 --> 01:03:40,250
- Ingat aku main-main?
- Apa kau buat ini? Berhenti!
564
01:03:40,333 --> 01:03:44,708
- Bawa dia keluar, kalau tak, aku bakar!
- Padamkan api, Karim!
565
01:03:45,916 --> 01:03:47,916
Abdel!
566
01:03:48,000 --> 01:03:51,458
Helo? Sekejap. Aku datang!
567
01:03:51,541 --> 01:03:54,166
- Padamkan api!
- Serahkan dia!
568
01:03:54,250 --> 01:03:56,750
- Jangan desak aku!
- Padamkan!
569
01:03:57,375 --> 01:03:58,208
Abdel!
570
01:03:59,458 --> 01:04:03,250
Apa kau buat di sini? Apa kau dah buat?
571
01:04:03,333 --> 01:04:06,625
- Jangan paksa aku.
- Ia dah berakhir.
572
01:04:06,708 --> 01:04:07,541
Abdel!
573
01:04:07,625 --> 01:04:10,500
- Padamkannya!
- Dalam kiraan tiga.
574
01:04:10,583 --> 01:04:12,541
Karim!
575
01:04:12,625 --> 01:04:13,708
Satu!
576
01:04:14,791 --> 01:04:15,625
Dua!
577
01:04:15,708 --> 01:04:17,416
Jangan, Karim, dah terlambat.
578
01:04:17,500 --> 01:04:18,750
Abdel!
579
01:04:18,833 --> 01:04:21,416
- Berhenti!
- Jangan paksa aku.
580
01:04:22,583 --> 01:04:25,208
- Polis!
- Lempar koktel Molotov itu!
581
01:04:25,291 --> 01:04:30,083
- Letakkan senjata! Aku akan tembak!
- Meniarap!
582
01:04:30,166 --> 01:04:31,250
Meniarap, Karim!
583
01:04:32,208 --> 01:04:33,625
Berhenti!
584
01:04:33,708 --> 01:04:34,958
Tunduk!
585
01:04:36,416 --> 01:04:39,708
Tunduk! Aku kata tunduk!
586
01:04:44,583 --> 01:04:46,583
Tidak!
587
01:07:53,750 --> 01:07:54,916
Kuatlah, dik.
588
01:07:55,916 --> 01:07:57,875
Bukan salah kau.
589
01:08:00,291 --> 01:08:02,958
Kita kena hapuskan senjata.
Terlalu berbahaya.
590
01:08:10,291 --> 01:08:13,000
Terlalu ramai budak di sini.
Kita kena pergi.
591
01:08:14,958 --> 01:08:16,791
Kau tak boleh selamatkan semua.
592
01:09:48,000 --> 01:09:49,707
Kalau ada sesiapa nak keluar…
593
01:09:52,375 --> 01:09:53,582
sekarang masanya.
594
01:09:57,916 --> 01:09:59,000
Letakkan senjata.
595
01:10:21,916 --> 01:10:23,125
Periksa bangunan.
596
01:10:24,708 --> 01:10:26,041
Runtuhkan dinding.
597
01:10:26,916 --> 01:10:28,041
Ambil senjata.
598
01:10:34,916 --> 01:10:36,125
Tutup pengatup!
599
01:10:39,541 --> 01:10:41,166
Kami akan ajar kau!
600
01:10:44,208 --> 01:10:48,208
Aku akan potong jari kau!
601
01:10:50,958 --> 01:10:52,708
Potong jarinya!
602
01:10:52,791 --> 01:10:55,041
- Aku tak buat apa-apa.
- Diam!
603
01:10:55,125 --> 01:10:56,583
Diamlah!
604
01:10:59,083 --> 01:11:02,958
Abdel, apa yang berlaku?
Aku suruh kau duduk diam!
605
01:11:03,041 --> 01:11:07,166
Ada polis korup. Itu bukan tindakan kami.
606
01:11:07,250 --> 01:11:12,291
Kami perlukan bukti pegawai kami
masih hidup. Aku faham kesakitan kau…
607
01:11:14,291 --> 01:11:18,666
- Bawa dia ke atas.
- Buat sekarang! Cepat!
608
01:11:46,208 --> 01:11:48,208
Abdel!
609
01:11:48,791 --> 01:11:51,875
Kau kena datang cepat. Kita ada masalah.
610
01:12:02,166 --> 01:12:03,416
Di sini.
611
01:12:10,041 --> 01:12:12,041
Apa kita nak buat dengan dia?
612
01:12:16,541 --> 01:12:18,583
Kami dah sekat semua pintu masuk.
613
01:12:18,666 --> 01:12:21,208
Kita tak boleh buat.
Ada pistol di dalam.
614
01:12:35,958 --> 01:12:37,166
Bantu mereka keluar.
615
01:12:54,458 --> 01:12:57,041
Kumpulkan bunga api,
tangki gas dan petrol.
616
01:13:00,375 --> 01:13:01,375
Kau dik,
617
01:13:02,666 --> 01:13:04,083
beri aku jus buah.
618
01:13:06,166 --> 01:13:07,083
Pergi.
619
01:13:34,125 --> 01:13:35,541
Kau akan terima balasan!
620
01:13:35,625 --> 01:13:37,000
Ini semua salah kau!
621
01:13:37,500 --> 01:13:40,000
Kami akan bakar tempat kau
sampai jadi abu!
622
01:13:43,666 --> 01:13:47,000
Kami sangat risau.
Beritahu macam mana aku boleh tolong.
623
01:13:49,458 --> 01:13:51,250
Aku nak polis yang bunuh Idir.
624
01:13:52,875 --> 01:13:56,291
- Dalam masa sejam, kalau tak, dia mati.
- Bertenang.
625
01:13:58,041 --> 01:14:00,791
Masukkan dalam Snapchat.
Tingkatkan tekanan!
626
01:14:01,916 --> 01:14:04,208
…keadaan tak terkawal.
627
01:14:04,291 --> 01:14:09,791
24 jam selepas video
serangan maut Idir tersebar,
628
01:14:09,875 --> 01:14:12,416
Perancis kini menjadi huru-hara.
629
01:14:12,500 --> 01:14:16,958
Tiga puluh bandar mengalami
keganasan yang tidak pernah berlaku.
630
01:14:17,041 --> 01:14:22,416
Balai polis telah dipecah masuk,
masjid terbakar.
631
01:14:24,916 --> 01:14:31,125
Sekumpulan pelampau kanan
baru sahaja menyerang dewan bandar Dijon.
632
01:14:31,208 --> 01:14:36,041
Pasukan polis di seluruh Perancis
sangat terkesan.
633
01:14:36,125 --> 01:14:41,708
Sumber mengatakan
tentera bakal dikerahkan.
634
01:14:41,791 --> 01:14:43,750
Takziah atas kehilangan adik-adik kau.
635
01:14:48,416 --> 01:14:53,791
Kekecohan tercetus apabila
ratusan remaja menyerang kawasan itu.
636
01:15:54,750 --> 01:15:57,958
Aku perlukan bantuan.
Keluarga ini tak nak pergi.
637
01:15:59,166 --> 01:16:01,250
Sial! Apa kita nak buat?
638
01:16:03,583 --> 01:16:04,500
Abdel!
639
01:16:05,875 --> 01:16:06,708
Abdel!
640
01:16:12,833 --> 01:16:13,833
Jaga dia.
641
01:16:28,416 --> 01:16:32,583
- Siapa suruh tembak?
- Sébastien. Supaya mereka tak balas.
642
01:16:32,666 --> 01:16:33,666
Di mana dia?
643
01:16:33,750 --> 01:16:35,583
Dia sedang sediakan tangki gas.
644
01:16:41,250 --> 01:16:44,375
Tiada siapa tinggal di sini!
Keluar dari sini!
645
01:16:54,333 --> 01:16:55,458
Pergi!
646
01:16:56,375 --> 01:17:00,416
- Apa yang berlaku?
- Ini rumah saya! Saya takkan pergi!
647
01:17:00,500 --> 01:17:02,375
Apa semua ini?
648
01:17:02,875 --> 01:17:04,750
Lepaskan ayah aku!
649
01:17:04,833 --> 01:17:08,166
Ambil anak-anak awak dan pergi!
650
01:17:08,750 --> 01:17:10,000
Berhenti merakam!
651
01:17:12,041 --> 01:17:13,250
Sébastien!
652
01:17:18,000 --> 01:17:19,916
Buat di setiap tingkat.
653
01:17:29,416 --> 01:17:30,416
Tangki gas!
654
01:17:39,583 --> 01:17:40,708
Tangki gas!
655
01:17:41,208 --> 01:17:42,041
Petrol!
656
01:17:58,875 --> 01:18:00,041
Sébastien!
657
01:18:20,083 --> 01:18:21,958
BOMBA
658
01:18:34,875 --> 01:18:36,958
Kami keluarkan keluarga terakhir.
659
01:18:37,041 --> 01:18:40,458
Tinggal kau dengan anak-anak muda saja.
Menyerahlah.
660
01:18:41,625 --> 01:18:44,041
- Kau dah cari mereka untuk aku?
- Siapa?
661
01:18:46,166 --> 01:18:48,250
Bodoh, mereka bukan polis!
662
01:18:50,333 --> 01:18:51,333
Bawa mereka.
663
01:18:52,333 --> 01:18:53,583
Aku nak jumpa mereka.
664
01:18:54,250 --> 01:18:56,500
Kami rasa itu kumpulan pelampau kanan.
665
01:18:56,583 --> 01:18:59,208
Mereka bukan orang kami. Ia dah berakhir.
666
01:18:59,291 --> 01:19:02,875
- Bawa mereka atau aku bunuh dia.
- Kau tak dengar cakap aku!
667
01:19:04,041 --> 01:19:07,791
Bawa mereka kepada aku!
668
01:19:07,875 --> 01:19:11,375
- Kami tak tahu mereka dari mana.
- Bawa mereka kepada aku! Bawa!
669
01:19:11,458 --> 01:19:17,666
- Bertenang!
- Bawa mereka kepada aku!
670
01:19:17,750 --> 01:19:19,291
Unit taktikal akan datang…
671
01:19:19,375 --> 01:19:20,500
Aku akan bunuh dia!
672
01:19:23,250 --> 01:19:24,375
Aku akan bunuh dia.
673
01:20:10,333 --> 01:20:13,750
Sébastien, kami dah pasang
semua tangki gas. Sekarang apa?
674
01:20:49,333 --> 01:20:51,916
- Apa yang berlaku?
- Rakam.
675
01:20:54,291 --> 01:20:55,708
Abdel!
676
01:20:56,208 --> 01:20:57,708
Cukuplah, Abdel!
677
01:20:57,791 --> 01:21:02,750
- Kau akan bawa mereka, ya atau tidak?
- Sekarang bukan masa untuk hilang sabar!
678
01:21:02,833 --> 01:21:06,541
- Tolonglah! Selamatkan aku!
- Apa jadah ini?
679
01:21:06,625 --> 01:21:10,416
- Abdel!
- Bawa mereka kepada aku. Ya atau tidak?
680
01:21:10,500 --> 01:21:13,916
- Aku merayu!
- Biarkan dia hidup!
681
01:21:14,000 --> 01:21:17,916
Kau akan bawa mereka, ya atau tidak?
682
01:21:18,000 --> 01:21:22,041
Tidak! Mereka bukan polis, okey?
683
01:21:22,125 --> 01:21:23,500
Lepaskan dia!
684
01:21:23,583 --> 01:21:26,541
Berhenti! Tak ada gunanya!
685
01:21:28,333 --> 01:21:32,000
Berhenti, Abdel!
Apa jadah ini? Jangan buat!
686
01:21:32,083 --> 01:21:34,666
Tolonglah, aku merayu!
687
01:21:40,583 --> 01:21:41,416
Abdel, jangan!
688
01:21:44,041 --> 01:21:44,875
Abdel!
689
01:21:57,291 --> 01:21:58,125
Abdel?
690
01:22:46,250 --> 01:22:50,000
Sébastien dah gila!
Dia nak letupkan bangunan!
691
01:22:50,083 --> 01:22:51,791
Kita kena keluar!
692
01:22:53,541 --> 01:22:56,083
Mari. Kita kena pergi!
693
01:22:56,750 --> 01:22:59,750
Kita tak boleh berada di sini!
Mampuslah semua ini!
694
01:23:02,791 --> 01:23:04,166
Tunggu!
695
01:26:41,458 --> 01:26:43,833
PERANG SIVIL DI PERANCIS
696
01:29:40,375 --> 01:29:42,375
POLIS
697
01:29:45,666 --> 01:29:47,666
POLIS
698
01:30:37,625 --> 01:30:39,625
POLIS
699
01:31:40,791 --> 01:31:44,875
KEPADA DJ MEHDI
700
01:31:46,708 --> 01:31:51,708
BERNARD MOUSSA GOMIS DALAM KENANGAN
701
01:37:01,500 --> 01:37:06,500
Terjemahan sari kata oleh Farah Hazleen