1
00:00:11,011 --> 00:00:13,138
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:19,185 --> 00:00:23,481
IMPIAN SERIBU KUCING
3
00:00:29,112 --> 00:00:31,698
Mari, sayang, ayuh tidur.
4
00:00:33,491 --> 00:00:37,620
Saya akan ke sana, sayang.
Masukkan anak kucing ke dalam bakulnya.
5
00:00:40,582 --> 00:00:43,043
Biar pintu terbuka
untuk kucing itu buang najis.
6
00:00:45,170 --> 00:00:46,880
Selamat malam, bola gebu.
7
00:01:02,771 --> 00:01:04,688
Ia malam ini. Awak datang?
8
00:01:05,482 --> 00:01:07,525
Pasti menghiburkan.
9
00:01:07,609 --> 00:01:11,321
Saya tak boleh keluar.
Semua bukaan dinding tertutup.
10
00:01:11,946 --> 00:01:13,823
Tidak, bukan semua.
11
00:01:13,907 --> 00:01:18,036
Di atas sana. Ada lubang separuh terbuka.
Awak boleh keluar dari sana.
12
00:01:35,637 --> 00:01:38,348
Berusahalah, si kecil.
Kita tak boleh terlepas ini.
13
00:01:57,867 --> 00:02:00,286
Lompatan yang baik.
Pendaratan perlu dibaiki.
14
00:02:01,121 --> 00:02:03,248
Ayuh. Malam takkan tunggu kita.
15
00:02:07,836 --> 00:02:09,628
Bagaimanakah rupa dia?
16
00:02:09,711 --> 00:02:11,756
Siapa yang tahu? Bukan kucing ini.
17
00:02:16,594 --> 00:02:18,805
Selamat berkenalan, rakan perayau malam.
18
00:02:18,888 --> 00:02:21,307
Helo. Kami nak pergi jumpa dia.
19
00:02:21,891 --> 00:02:23,059
Saya juga.
20
00:02:23,143 --> 00:02:25,895
Saya tak nampak faedahnya.
21
00:02:25,979 --> 00:02:27,981
Jadi, kenapa awak di sini?
22
00:02:30,859 --> 00:02:32,193
Mungkin sebab ingin tahu.
23
00:02:34,904 --> 00:02:37,532
Saya nak dengar ucapannya.
24
00:02:38,408 --> 00:02:41,703
Kami semua pun begitu.
25
00:03:04,225 --> 00:03:05,268
Di manakah dia?
26
00:03:20,408 --> 00:03:24,078
Saudaraku, pemburuan yang baik.
27
00:03:25,079 --> 00:03:28,750
Ada antara anda berjalan jauh
untuk dengar mesej saya hari ini.
28
00:03:28,833 --> 00:03:34,047
Tinggalkan tempat yang hangat dan selesa,
semoga selepas saya selesai,
29
00:03:34,672 --> 00:03:36,549
semua akan berkongsi mimpi saya.
30
00:03:38,468 --> 00:03:40,762
Dulu saya tak seperti
yang anda lihat kini.
31
00:03:44,349 --> 00:03:48,269
Dulu, seperti kebanyakan anda,
saya hidup dalam dunia mereka.
32
00:03:49,103 --> 00:03:52,941
Seperti anda, saya menipu diri sendiri.
33
00:03:54,108 --> 00:03:57,654
Mereka beri saya makan dan keselesaan.
Mereka layan saya.
34
00:03:58,279 --> 00:04:01,282
Mereka cuma nak saya balas
dengan kasih sayang.
35
00:04:01,908 --> 00:04:04,035
Tak perlu bayar, sungguh.
36
00:04:27,684 --> 00:04:30,436
Dia kuat dan pantas.
37
00:04:31,145 --> 00:04:34,607
Cakar dan giginya sangat tajam.
38
00:04:35,984 --> 00:04:37,819
Dialah kekasih pilihan saya.
39
00:04:38,695 --> 00:04:42,448
Saya tak jumpa dia lagi
tapi saya tak lupakan dia.
40
00:04:43,825 --> 00:04:48,288
Saya tak ingat ibu sendiri,
tapi saya janji saya akan berbeza.
41
00:04:48,371 --> 00:04:52,583
Saya akan ajar mereka mandi,
mengintip senyap-senyap dan berburu.
42
00:04:53,459 --> 00:04:55,169
Awak tahu ia mahu mengawan.
43
00:04:56,212 --> 00:04:58,464
Kenapa tak letak di dalam?
44
00:04:58,548 --> 00:05:00,341
Saya rasa ia comel.
45
00:05:00,425 --> 00:05:03,803
Comel?
Ini baka asli bintik biru berdaftar.
46
00:05:03,886 --> 00:05:06,723
Anaknya kacukan. Langsung tak bernilai.
47
00:05:16,649 --> 00:05:19,193
- Apa awak nak buat dengannya?
- Jangan risau.
48
00:05:20,028 --> 00:05:21,154
Saya akan uruskan.
49
00:05:23,865 --> 00:05:24,782
Paul!
50
00:05:50,350 --> 00:05:57,315
Saya rasa mereka, dari jauh, dalam gelap,
ketika air sejuk membawa mereka.
51
00:05:57,398 --> 00:06:01,486
Terasa mereka meronta
dan mencakar tanpa melihat.
52
00:06:02,070 --> 00:06:04,781
Terasa mereka memanggil saya
dalam ketakutan.
53
00:06:05,365 --> 00:06:07,909
Kemudian… mereka hilang.
54
00:06:14,165 --> 00:06:17,377
Aduhai, bukannya dia faham.
55
00:06:18,419 --> 00:06:21,672
Tengoklah. Mungkin ia lega.
56
00:06:22,799 --> 00:06:25,510
Siapa yang nak
empat anak nakal yang menjerit?
57
00:06:26,177 --> 00:06:27,720
Mungkin awak betul.
58
00:06:28,805 --> 00:06:30,598
Saya cuma rasa bersalah.
59
00:06:31,391 --> 00:06:35,686
Saya tahu saya menipu diri sendiri.
Kita golongan bawahan.
60
00:06:36,437 --> 00:06:39,690
Ketika hidup bersama manusia,
tak boleh kata kita bebas.
61
00:06:40,858 --> 00:06:43,569
Jadi, saya berdoa.
62
00:06:43,653 --> 00:06:46,322
Saya berdoa kepada kegelapan dan malam.
63
00:06:46,406 --> 00:06:48,324
Saya berdoa kepada Raja Kucing,
64
00:06:48,408 --> 00:06:51,911
dia yang berjalan dalam kalangan kita,
dan tak dikenali.
65
00:06:52,870 --> 00:06:55,706
Dan… saya bermimpi.
66
00:07:13,933 --> 00:07:17,812
Kenapa datang
ke pusat Dunia Mimpi ini, kucing kecil?
67
00:07:18,521 --> 00:07:20,898
Tiada apa-apa untuk awak di sini.
68
00:07:20,982 --> 00:07:22,900
Saya datang untuk keadilan.
69
00:07:22,984 --> 00:07:25,653
Untuk pendedahan. Untuk kebijaksanaan.
70
00:07:25,736 --> 00:07:28,114
Keadilan ialah khayalan.
71
00:07:28,656 --> 00:07:30,741
Kebijaksanaan juga tiada tempat di sini.
72
00:07:31,492 --> 00:07:35,913
Tetapi pendedahan… itulah wilayah Mimpi,
73
00:07:35,997 --> 00:07:39,333
jika awak cekal dan tak takut.
74
00:07:39,417 --> 00:07:41,294
Tiada apa-apa yang saya takuti.
75
00:07:41,878 --> 00:07:45,548
Ada gua di gunung.
Awak akan jumpa dia di sana.
76
00:07:46,132 --> 00:07:48,426
Tapi jalannya sukar.
77
00:07:49,635 --> 00:07:54,891
Bahaya menanti kucing kecil
jika dia tersesat jalan.
78
00:07:55,475 --> 00:07:57,685
Kucing menempuh jalannya sendiri.
79
00:08:08,362 --> 00:08:13,034
Saya redah Hutan Hantu, tempat si mati
dan si sesat berbisik kepada saya.
80
00:08:16,162 --> 00:08:17,747
Anak-anak memanggil saya.
81
00:08:19,874 --> 00:08:22,335
Tapi saya terus berjalan.
82
00:08:28,925 --> 00:08:30,593
Saya lewati Tempat Sejuk.
83
00:08:30,676 --> 00:08:33,721
Setiap langkah menyakitkan
dan setiap pergerakan menyeksakan.
84
00:08:35,932 --> 00:08:40,186
Saya lewati Kelembapan
yang buat cakar kebas dan bulu basah.
85
00:08:42,313 --> 00:08:45,233
Tapi saya terus berjalan.
86
00:08:47,693 --> 00:08:50,321
Saya lewati Kegelapan dan lowong,
87
00:08:50,905 --> 00:08:52,740
tempat semuanya disedut daripada saya.
88
00:08:52,823 --> 00:08:54,825
Semua yang jadikan saya diri saya.
89
00:08:56,035 --> 00:09:00,414
Malah apabila saya tak tahu kenapa,
saya terus berjalan.
90
00:09:02,041 --> 00:09:07,338
Setelah seketika, saya kembali sedar
dan menemui diri saya di gunung.
91
00:09:08,881 --> 00:09:11,592
Saya datang untuk berjumpa Kucing Mimpi.
92
00:09:13,261 --> 00:09:15,638
Kenapa kami perlu benarkan awak masuk?
93
00:09:15,721 --> 00:09:20,142
Kenapa dia perlu diganggu
oleh kucing seperti awak?
94
00:09:20,893 --> 00:09:24,355
Mulut kecil penuh bulu dan tulang.
Tak macam kucing.
95
00:09:29,235 --> 00:09:31,696
Saya datang dari jauh
dan takkan patah balik.
96
00:09:31,779 --> 00:09:35,533
Saya akan cuma nyatakan urusan
kepada orang yang saya nak jumpa.
97
00:09:35,616 --> 00:09:38,452
Saya seekor kucing.
Saya simpan rahsia diri.
98
00:09:42,123 --> 00:09:45,126
Jika begitu, masuklah, kucing sombong.
99
00:09:45,209 --> 00:09:46,127
Tapi awas.
100
00:09:47,003 --> 00:09:49,297
Mimpi ada harga.
101
00:09:55,136 --> 00:09:56,804
Saya pun terus berjalan.
102
00:10:16,115 --> 00:10:17,283
Saya di sini.
103
00:10:17,950 --> 00:10:20,453
Siapa awak?
104
00:10:21,454 --> 00:10:24,624
Seekor kucing. Pejalan di tempat gelap.
105
00:10:25,207 --> 00:10:28,085
Gagak mati hantar saya ke sini
untuk pendedahan.
106
00:10:29,003 --> 00:10:33,174
Saya nak tahu sebab mereka
ambil anak saya daripada saya.
107
00:10:33,883 --> 00:10:35,426
Kenapa kami hidup begini?
108
00:10:36,469 --> 00:10:37,845
Saya tak faham.
109
00:10:45,770 --> 00:10:48,481
Kucing mungkin lihat raja.
Atau begitu kata mereka.
110
00:10:48,564 --> 00:10:52,234
Lihat ke dalam mata saya, adik.
Lihat ke dalam mata saya.
111
00:11:02,787 --> 00:11:05,706
Di dalam matanya, saya nampak segalanya.
112
00:11:06,415 --> 00:11:08,626
Saya nampak kebenaran kami.
113
00:11:09,794 --> 00:11:11,921
Ia melampaui apa saja yang saya bayangkan.
114
00:11:13,422 --> 00:11:18,844
Lama dahulu,
kucing benar-benar menguasai dunia ini.
115
00:11:19,595 --> 00:11:22,848
Waktu itu kita lebih besar.
Semua dibuat untuk kita.
116
00:11:23,891 --> 00:11:28,270
Manusia makhluk kecil.
Tak lebih besar daripada kita sekarang.
117
00:11:28,979 --> 00:11:31,065
Mereka dandan kita dan beri kita makan.
118
00:11:32,733 --> 00:11:35,569
Apabila bulan mengambang penuh,
kita buru mereka.
119
00:11:37,613 --> 00:11:41,158
Kerana mereka lebih menarik
untuk ditangkap berbanding burung.
120
00:11:42,952 --> 00:11:46,288
Saya nampak kegembiraan hari-hari itu
di matanya,
121
00:11:46,372 --> 00:11:49,125
permainan kucing dan manusia.
122
00:11:52,461 --> 00:11:56,257
Kemudian, salah seorang manusia
dalam kalangan mereka bangkit,
123
00:11:57,007 --> 00:11:59,885
diinspirasikan oleh mimpi
yang dia beritahu mereka.
124
00:11:59,969 --> 00:12:02,513
Mimpi membentuk dunia.
125
00:12:02,596 --> 00:12:05,641
Mimpi mencipta dunia baharu
pada setiap malam.
126
00:12:06,392 --> 00:12:08,477
Jangan mimpikan dunia seperti sekarang.
127
00:12:09,311 --> 00:12:11,063
Mimpikan dunia baharu.
128
00:12:11,147 --> 00:12:15,276
Dunia tempat kita tak lagi diburu
dan dijadikan mangsa.
129
00:12:15,359 --> 00:12:17,069
Dunia yang kita kuasai.
130
00:12:17,695 --> 00:12:23,451
Jika cukup ramai kita memimpikannya,
ia akan berlaku. Mimpi membentuk dunia.
131
00:12:27,037 --> 00:12:31,500
Berita tersebar dalam kalangan manusia,
tapi untuk seketika tiada apa berlaku.
132
00:12:34,253 --> 00:12:38,257
Tapi pada suatu malam,
cukup ramai mereka yang bermimpi.
133
00:12:38,340 --> 00:12:41,135
Ia tak banyak, mungkin tak lebih seribu.
134
00:12:41,218 --> 00:12:42,928
Mereka bermimpi.
135
00:12:43,012 --> 00:12:46,140
Keesokan harinya, keadaan berubah.
136
00:12:47,933 --> 00:12:51,771
Kita jadi mangsa mereka,
anjing dan mesin logam mereka.
137
00:12:51,854 --> 00:12:54,648
Kita kecil dan mereka besar.
138
00:12:55,357 --> 00:12:59,111
Jadi, mereka mengubah dunia?
Jadikannya seperti sekarang?
139
00:12:59,195 --> 00:13:00,196
Tak tepat.
140
00:13:00,946 --> 00:13:04,450
Mereka memimpikan dunia,
supaya ia kekal seperti sekarang.
141
00:13:04,533 --> 00:13:06,744
Tak pernah ada dunia yang kucing perintah.
142
00:13:06,827 --> 00:13:10,372
Mereka mengubahnya
dari mula hingga akhir masa.
143
00:13:10,998 --> 00:13:12,708
Memang begini keadaannya.
144
00:13:13,793 --> 00:13:15,044
Awak faham sekarang?
145
00:13:15,127 --> 00:13:17,338
Ya, saya faham.
146
00:13:17,421 --> 00:13:21,509
Jadi, awak tahu tugas awak.
Beban yang awak mesti pikul.
147
00:13:22,510 --> 00:13:23,761
Adakah awak cukup kuat?
148
00:13:23,844 --> 00:13:25,554
Ya, saya…
149
00:13:26,639 --> 00:13:27,473
harap begitulah.
150
00:13:28,557 --> 00:13:32,269
Bangunlah anak. Dengan restu saya.
151
00:13:41,278 --> 00:13:46,033
Saya dah nampak kelemahan
hal yang dia tunjukkan kepada saya.
152
00:13:47,493 --> 00:13:50,079
Saya keluar malam itu
untuk sebarkan berita baik.
153
00:13:50,663 --> 00:13:53,290
Kini saya mengembara ke merata tempat.
154
00:13:54,250 --> 00:13:57,419
Saya berucap
kepada kucing liar di tempat lapang,
155
00:13:57,503 --> 00:14:00,172
meneriakkan mesej saya kepada bintang.
156
00:14:01,006 --> 00:14:03,342
Saya bisikannya kepada kucing di lorong.
157
00:14:04,009 --> 00:14:07,847
Ke mana saja saya pergi, mesej saya sama.
158
00:14:08,681 --> 00:14:10,099
Memimpikannya.
159
00:14:10,182 --> 00:14:16,105
Jika cukup ramai bermimpi, kita boleh
mimpikan dunia tanpa kucing menderita,
160
00:14:16,188 --> 00:14:18,983
tempat yang tiada anak kucing
mati sejuk sendirian.
161
00:14:19,066 --> 00:14:22,194
Dunia yang semua kucing
ialah ratu dan raja semua ciptaan.
162
00:14:22,778 --> 00:14:24,154
Itulah mesej saya.
163
00:14:28,284 --> 00:14:32,496
Saya perlu teruskan,
mengulanginya hingga saya mati
164
00:14:33,372 --> 00:14:37,835
atau ribuan kucing dengar kata-kata saya,
mempercayainya dan bermimpi.
165
00:14:41,422 --> 00:14:44,717
Dan kita kembali semula… ke syurga.
166
00:14:54,768 --> 00:14:55,853
Cik puan?
167
00:14:58,731 --> 00:14:59,857
Saya percaya.
168
00:15:00,649 --> 00:15:02,985
Jika begitu ada harapan, anak.
169
00:15:15,915 --> 00:15:19,835
Sekurang-kurangnya, dia lucu.
Saya kata dia begitu.
170
00:15:20,419 --> 00:15:23,422
Awak rasa akan berlaku
seperti yang dia katakan?
171
00:15:23,505 --> 00:15:27,134
Saya ingin jumpa sesiapa saja,
utusan Tuhan, Tuhan atau raja,
172
00:15:27,217 --> 00:15:30,137
meyakinkan ribuan kucing
untuk buat apa saja serentak.
173
00:15:32,681 --> 00:15:34,308
Matahari hampir terbit.
174
00:15:35,476 --> 00:15:37,269
Marilah balik, si kecil.
175
00:15:41,231 --> 00:15:42,816
Tengok, ia masih tidur.
176
00:15:46,445 --> 00:15:47,988
Saya rasa kucing ini bermimpi.
177
00:15:48,614 --> 00:15:50,574
Entah apa yang kucing mimpikan.
178
00:15:51,200 --> 00:15:53,911
Cara ia menyentak,
mungkin memburu sesuatu.
179
00:15:54,662 --> 00:15:57,331
Tengoklah. Comel, bukan?
180
00:15:58,248 --> 00:16:00,626
Ya. Sangat comel.
181
00:16:12,346 --> 00:16:14,306
Jangan desak watak buat sesuatu
182
00:16:14,390 --> 00:16:17,142
hanya kerana lebih mudah
untuk anda sebagai penulis.
183
00:16:17,226 --> 00:16:18,102
OGOS 2018
184
00:16:18,185 --> 00:16:21,105
Watak perlu didahulukan.
185
00:16:22,731 --> 00:16:24,149
Semua yang lain ikut.
186
00:16:24,233 --> 00:16:25,484
MENGAWAL NARATIF
187
00:16:25,567 --> 00:16:29,113
Setiap putar belit plot dan baris dialog.
188
00:16:31,323 --> 00:16:35,160
Setiap ketegangan dan kesunyian
yang penuh bermakna.
189
00:16:37,913 --> 00:16:38,789
Ada soalan?
190
00:16:40,040 --> 00:16:41,041
Ada.
191
00:16:41,125 --> 00:16:43,627
Boleh beritahu sikit tentang proses awak?
192
00:16:44,712 --> 00:16:47,339
Ada apa-apa nasihat
untuk kami yang baru mula
193
00:16:47,423 --> 00:16:52,428
dan rasa sukar untuk tak benci
setiap benda yang kami tulis?
194
00:16:54,888 --> 00:17:00,394
Sedih untuk saya nyatakan,
dah sekian lama saya lakukan ini, dan…
195
00:17:02,855 --> 00:17:04,272
ia tak semakin mudah.
196
00:17:05,315 --> 00:17:08,694
Tapi cuba jangan putus asa
apabila ia sukar.
197
00:17:09,361 --> 00:17:11,989
Novel pertama saya ditolak tujuh penerbit
198
00:17:12,071 --> 00:17:13,866
sebelum ia laris, jadi…
199
00:17:18,328 --> 00:17:20,204
Baik. Itu saja untuk hari ini.
200
00:17:21,040 --> 00:17:24,334
Jangan lupa tugasan, peristiwa yang sama
201
00:17:24,417 --> 00:17:27,503
dari sudut pandangan
dua watak yang berbeza.
202
00:17:35,429 --> 00:17:36,305
Awak dah dapat?
203
00:17:36,930 --> 00:17:38,682
Perlukan sedikit usaha, tapi…
204
00:17:40,851 --> 00:17:41,685
ya.
205
00:17:44,938 --> 00:17:45,898
Ia…
206
00:17:48,442 --> 00:17:50,152
Ia bagus. Terima kasih.
207
00:17:51,236 --> 00:17:52,571
Sama-sama.
208
00:17:52,654 --> 00:17:53,781
Mengagumkan
209
00:17:54,490 --> 00:17:57,284
jauhnya penyelidikan
yang penulis macam awak buat.
210
00:17:57,993 --> 00:18:01,038
Satu kelebihan dapat kenal bakal doktor.
211
00:18:02,664 --> 00:18:04,333
Sebenarnya saya nak jadi penulis,
212
00:18:04,416 --> 00:18:07,127
tapi ibu bapa bertegas
agar saya ada sokongan.
213
00:18:08,253 --> 00:18:10,714
Saya masih menulis apabila ada masa, tapi…
214
00:18:10,798 --> 00:18:12,216
Ibu bapa awak bijak.
215
00:18:15,594 --> 00:18:18,138
Saya percaya masa depan awak lebih baik.
216
00:18:22,226 --> 00:18:23,602
Apa yang saya hutang awak?
217
00:18:24,311 --> 00:18:26,271
- Tiada apa-apa.
- Berhenti. Nora…
218
00:18:26,355 --> 00:18:27,231
Terus terang.
219
00:18:27,314 --> 00:18:29,817
Ia mungkin akan dibakar juga.
220
00:18:30,484 --> 00:18:32,694
Jangan beritahu sesiapa tempat awak dapat.
221
00:18:33,529 --> 00:18:35,489
Saya takkan beritahu. Saya janji.
222
00:18:36,156 --> 00:18:38,450
Dan kalau awak tak kisah.
223
00:18:40,119 --> 00:18:41,286
Boleh tandatangan?
224
00:18:41,370 --> 00:18:42,996
RICHARD MADOC
KABARET DR. CALIGARI
225
00:18:45,124 --> 00:18:46,125
Sudah tentu.
226
00:18:49,837 --> 00:18:52,005
Ada idea bila buku baharu akan keluar?
227
00:18:54,967 --> 00:18:58,804
Tiada. Tapi awak tentu akan diberitahu.
228
00:18:59,513 --> 00:19:00,764
Adakah ia susulan?
229
00:19:02,099 --> 00:19:03,225
Atau baharu?
230
00:19:04,643 --> 00:19:05,894
Itu akan diberitahu.
231
00:19:36,258 --> 00:19:37,426
Siapa itu?
232
00:19:37,509 --> 00:19:39,845
Richard Madoc ingin jumpa Erasmus Fry.
233
00:19:41,013 --> 00:19:42,472
Saya akan turun segera.
234
00:19:51,440 --> 00:19:52,524
Awak seorang diri?
235
00:19:54,109 --> 00:19:56,069
Cuma saya. Saya dah dapat.
236
00:19:56,737 --> 00:19:59,948
Jadi, masuklah, anak.
237
00:20:16,131 --> 00:20:17,341
Apa khabar, Richard?
238
00:20:18,634 --> 00:20:23,180
Ada tulis apa-apa yang mendalam
dan menaikkan semangat kebelakangan ini?
239
00:20:24,765 --> 00:20:26,225
Tiada, En. Fry.
240
00:20:27,517 --> 00:20:28,518
Tiada.
241
00:20:30,229 --> 00:20:33,774
Belum tulis sepatah pun tahun ini.
Semuanya saya dah buang.
242
00:20:33,857 --> 00:20:36,985
Jika begitu saya cadangkan
awak duduk, minum
243
00:20:37,069 --> 00:20:40,906
dan tunjukkan hadiah saya,
tak semestinya ikut susunan itu.
244
00:20:42,032 --> 00:20:43,158
Baik.
245
00:20:57,756 --> 00:21:00,092
Syabas, anak.
246
00:21:01,885 --> 00:21:06,556
Trichobezoar yang asli.
247
00:21:07,557 --> 00:21:08,767
Tahu tentang ini?
248
00:21:09,601 --> 00:21:12,729
Ia biasa dikeluarkan daripada perut gadis
249
00:21:13,605 --> 00:21:16,900
yang ada tabiat menelan rambut sendiri.
250
00:21:17,567 --> 00:21:20,279
Ia dinamakan sindrom Rapunzel.
251
00:21:21,321 --> 00:21:25,075
Bezoar pernah dipercayai
memiliki kuasa mistik.
252
00:21:25,158 --> 00:21:28,078
Ia antidot racun, sembuhkan orang sakit.
253
00:21:29,162 --> 00:21:32,332
Edward IV terselamat
daripada kesan luka beracun
254
00:21:32,416 --> 00:21:36,169
cuma kerana memiliki bezoar.
255
00:21:38,130 --> 00:21:40,841
Ya, saya bersyarah lagi.
256
00:21:42,134 --> 00:21:47,306
Penulis tua yang tiada teman bersembang
semakin suka bunyi suaranya sendiri.
257
00:21:48,932 --> 00:21:52,602
Tapi saya agak
awak akan suka hadiah awak sekarang.
258
00:21:56,648 --> 00:21:59,901
Usia saya 27 tahun,
melawat Gunung Helicon.
259
00:22:00,569 --> 00:22:04,239
Meneliti novel lain
yang saya pasti akan tinggalkan.
260
00:22:04,323 --> 00:22:06,491
Novel yang ini mendalami mitologi Yunani.
261
00:22:06,575 --> 00:22:09,995
Ketika berada di sana,
saya temui sekumpulan teks kuno
262
00:22:10,996 --> 00:22:14,958
tentang Dewi Seni
dan cara mengawal mereka
263
00:22:15,042 --> 00:22:21,548
menggunakan moly, bawang putih ahli sihir
dan ritual tertentu yang hilang.
264
00:22:22,257 --> 00:22:26,345
Bahagian yang paling sukar
adalah membawanya balik ke England.
265
00:22:51,953 --> 00:22:52,871
Inilah dia.
266
00:22:55,540 --> 00:22:57,459
Apa awak mahu daripada saya, Erasmus?
267
00:22:59,086 --> 00:23:01,129
Awak nak saya hiburkan awak?
268
00:23:02,631 --> 00:23:05,217
Adakah lelaki ini akan jadi penonton kita?
269
00:23:06,760 --> 00:23:09,638
Ini Richard Madoc. Dia seorang novelis.
270
00:23:09,721 --> 00:23:13,517
Paling tak, dia dah menulis
sebuah novel pertama yang berjaya.
271
00:23:13,600 --> 00:23:18,188
Tapi kini dia mendapati dirinya
tak mampu untuk menulis apa-apa lagi.
272
00:23:18,271 --> 00:23:22,359
Richard, ini Calliope, anak bongsu
daripada sembilan beradik perempuan.
273
00:23:22,442 --> 00:23:26,530
Dia Dewi Kesenian Homer.
Jadi dia sepatutnya cukup baik untuk awak.
274
00:23:27,364 --> 00:23:30,325
Calliope, saya beri awak kepada Richard.
275
00:23:31,243 --> 00:23:32,285
Kini awak milik dia.
276
00:23:34,246 --> 00:23:36,957
Awak kata akan bebaskan saya
sebelum awak mati.
277
00:23:37,040 --> 00:23:39,668
"Jangan percayakan putera raja," sayangku.
278
00:23:40,669 --> 00:23:46,049
Begitu juga pengarang tua
yang tak pernah jadi contoh yang baik
279
00:23:46,133 --> 00:23:48,468
apabila tiba soal menunaikan janji.
280
00:23:50,720 --> 00:23:51,972
Tapi awak dah janji.
281
00:23:52,055 --> 00:23:54,558
Penulis ialah penipu, sayangku.
282
00:23:55,392 --> 00:23:58,937
Tentu awak dah sedar itu sekarang.
283
00:24:03,150 --> 00:24:05,735
Jangan bimbang. Dia tak boleh lari.
284
00:24:06,403 --> 00:24:10,031
Dia terikat dengan awak
seperti dia pernah terikat dengan saya.
285
00:24:11,032 --> 00:24:12,534
Jadi kenapa dia dikunci?
286
00:24:12,617 --> 00:24:14,870
Sebab saya tak sanggup melihat
287
00:24:14,953 --> 00:24:18,457
mukanya yang masam
dan sedih sepanjang hari.
288
00:24:18,540 --> 00:24:21,126
Saya jamin awak pun takkan sanggup.
289
00:24:22,544 --> 00:24:24,171
Tak tahu jika saya boleh lakukan.
290
00:24:25,589 --> 00:24:27,841
Tentu awak boleh, anak.
291
00:24:38,935 --> 00:24:42,355
Orang kata
seseorang harus memikat pasangannya.
292
00:24:43,190 --> 00:24:47,110
Tapi saya mesti katakan,
saya dapat kekuatan yang paling berkesan.
293
00:24:52,741 --> 00:24:55,494
Jangan jadi bodoh. Dia bukan manusia.
294
00:24:56,203 --> 00:24:59,581
Usianya ribuan tahun.
Dia diciptakan untuk ini.
295
00:24:59,664 --> 00:25:03,543
Inilah tujuan dia,
menginspirasikan lelaki seperti kita.
296
00:25:03,627 --> 00:25:07,797
Lagipun, dia beri saya kemasyhuran,
297
00:25:07,881 --> 00:25:11,301
kemegahan, novel, puisi, drama.
298
00:25:12,761 --> 00:25:14,012
Awak akan nampak.
299
00:25:15,180 --> 00:25:16,765
Jika betul, kenapa awak…
300
00:25:16,848 --> 00:25:21,436
Masa saya dah berlalu.
Semua karya terbaik saya tak lagi dicetak.
301
00:25:21,520 --> 00:25:24,356
Walaupun diinspirasikan
oleh Dewi Kesenian.
302
00:25:24,898 --> 00:25:28,318
Tiada sesiapa baca Erasmus Fry lagi.
303
00:25:29,611 --> 00:25:33,949
Bawa lembu kecil itu pergi, Richard.
Saya tak nak lihat awak berdua lagi.
304
00:25:37,369 --> 00:25:41,665
Namun, jika kebetulan
awak terasa percikan kesyukuran,
305
00:25:41,748 --> 00:25:47,629
awak mungkin pujuk penerbit
untuk cetak semula Inilah Lilin.
306
00:25:48,838 --> 00:25:51,758
Saya sangat bangga dengan yang itu.
307
00:26:33,300 --> 00:26:34,134
Saya…
308
00:26:36,803 --> 00:26:41,182
Saya cuma perlu masa
untuk fikirkan tindakan yang patut.
309
00:26:41,266 --> 00:26:42,851
Apa yang nak difikirkan?
310
00:26:45,353 --> 00:26:46,479
Saya ialah dewi.
311
00:26:47,814 --> 00:26:49,149
Anak perempuan Zeus.
312
00:26:50,525 --> 00:26:52,611
Saya bukan milikan
313
00:26:53,361 --> 00:26:56,239
untuk disimpan, diguna dan didagangkan.
314
00:26:58,533 --> 00:26:59,826
Awak mesti bebaskan saya.
315
00:27:01,077 --> 00:27:04,164
- Cuma perlu sebut saja.
- Baik. Saya janji.
316
00:27:04,873 --> 00:27:05,790
Tapi…
317
00:27:09,919 --> 00:27:14,215
Awak rasa boleh tolong saya dulu?
318
00:27:15,717 --> 00:27:17,052
Menginspirasikan saya?
319
00:27:18,345 --> 00:27:21,306
Cuma untuk sebuah buku,
kemudian saya akan bebaskan awak.
320
00:27:21,389 --> 00:27:22,724
Sumpah saya akan lakukan.
321
00:27:24,934 --> 00:27:26,144
"Penulis ialah penipu."
322
00:27:29,022 --> 00:27:30,106
Tak semua begitu.
323
00:27:31,941 --> 00:27:32,901
Sebuah buku saja.
324
00:27:37,614 --> 00:27:38,531
Tolonglah.
325
00:27:45,163 --> 00:27:47,040
Saya pilih orang untuk kongsi anugerah.
326
00:27:50,919 --> 00:27:53,505
Mungkin kita berdua
perlu masa untuk fikir.
327
00:28:46,766 --> 00:28:50,603
TAJUK UNTUK DIFIKIRKAN
- NOVEL OLEH RICHARD MADOC
328
00:29:24,179 --> 00:29:25,346
SUSULAN KABARET?
329
00:29:28,767 --> 00:29:30,059
KABARET DR. CALIGARI
330
00:29:33,104 --> 00:29:35,356
@RICMADOC MANA NOVEL KEDUA?
331
00:29:36,941 --> 00:29:43,782
Di sempadan, betul-betul di atas garisan,
tak berada di satu tempat atau yang lain,
332
00:29:43,865 --> 00:29:47,827
saya berada di kawasan kelabu ini,
tempat tiada apa yang jelas.
333
00:29:48,661 --> 00:29:51,539
Tiada sesiapa boleh jelas.
334
00:29:53,208 --> 00:29:56,294
Kami tak boleh zahirkan
dan membingungkan kata-kata kami.
335
00:29:57,253 --> 00:30:01,007
Tak dapat pastikan perbuatannya
yang kami rasa sangat salah.
336
00:30:01,090 --> 00:30:02,801
Ya, Bob fikir awak gila.
337
00:30:17,023 --> 00:30:18,733
Nak pikat saya dengan hadiah?
338
00:30:22,237 --> 00:30:23,863
Bukankah begini caranya?
339
00:30:25,281 --> 00:30:26,908
Rasanya awak tahu caranya.
340
00:30:29,911 --> 00:30:33,039
Seorang artis memuja Dewi Kesenian.
341
00:30:34,499 --> 00:30:38,253
Dia menawarkan taat setia
dan bakti kepada dewi itu,
342
00:30:38,336 --> 00:30:40,421
pertukaran kepada inspirasi kudus.
343
00:30:40,505 --> 00:30:44,384
Seorang artis tak menawan Dewi Kesenian
tanpa kerelaannya.
344
00:30:45,134 --> 00:30:46,970
Awak beri apa yang Erasmus Fry mahu.
345
00:30:47,053 --> 00:30:48,346
Tidak.
346
00:30:49,597 --> 00:30:51,140
Dia ambil daripada saya.
347
00:30:57,772 --> 00:30:59,524
Saya kembali ke Gunung Helicon.
348
00:31:00,775 --> 00:31:01,985
Ke mata air suci.
349
00:31:03,862 --> 00:31:09,576
Saya letak skrol saya di atas pantai
dan saya pergi mandi seperti biasa.
350
00:31:11,494 --> 00:31:12,996
Dia menemuinya di sana.
351
00:31:13,079 --> 00:31:14,330
Dia membacanya
352
00:31:16,040 --> 00:31:17,000
dan berkata…
353
00:31:19,168 --> 00:31:21,588
"Calliope, awak boleh panggil saya tuan."
354
00:31:22,922 --> 00:31:27,760
Dia bakar skrol saya, yang mengikat
saya dengan dia dan kini dengan awak.
355
00:31:27,844 --> 00:31:32,932
Kecuali awak ucapkan kata-katanya,
supaya saya boleh bebas seperti awak.
356
00:31:33,016 --> 00:31:34,058
Awak rasa saya bebas?
357
00:31:38,313 --> 00:31:40,815
Saya terima pendahuluan buku ini
dua tahun lalu.
358
00:31:40,899 --> 00:31:42,650
Saya belum pun memulakannya.
359
00:31:42,734 --> 00:31:45,528
Entah apa ceritanya.
360
00:31:48,615 --> 00:31:50,950
Saya lemas, Calliope.
361
00:31:56,205 --> 00:31:57,415
Tolonglah.
362
00:31:59,125 --> 00:32:00,585
Saya merayu kepada awak.
363
00:32:03,421 --> 00:32:07,091
Tanya saya sekali lagi,
apabila saya bebas.
364
00:32:43,044 --> 00:32:45,171
Lebih baik awak menulis.
365
00:32:45,254 --> 00:32:48,132
Saya akan buat jika awak tak hubungi
untuk ganggu saya.
366
00:32:48,216 --> 00:32:50,927
Penerbit awak baru hubungi
untuk ganggu saya.
367
00:32:51,010 --> 00:32:52,720
Mereka nak buku itu sekarang.
368
00:32:54,514 --> 00:32:56,015
Cuma perlu beberapa minggu.
369
00:32:56,099 --> 00:32:59,811
Ricky, ia dah lewat sembilan bulan.
370
00:32:59,894 --> 00:33:01,521
Secara teknikal awak langgar…
371
00:33:01,604 --> 00:33:04,649
Entah apa yang mereka nak saya buat.
Ini perlu masa.
372
00:33:04,732 --> 00:33:06,150
Ricky, awak ada masa.
373
00:33:06,234 --> 00:33:09,404
Awak dah ambil masa awak
dan dah ambil duit mereka.
374
00:33:11,197 --> 00:33:12,490
Saya tahu.
375
00:33:12,573 --> 00:33:15,493
Sekarang, awak perlu
beri mereka sesuatu untuk…
376
00:33:15,576 --> 00:33:18,830
Apa saja, sebuah bab.
Atau mereka batalkan perjanjian
377
00:33:18,913 --> 00:33:20,873
- dan tuntut balik pendahuluan.
- Tapi…
378
00:33:20,957 --> 00:33:22,917
Tiada apa yang saya boleh buat,
379
00:33:23,751 --> 00:33:25,503
sebab awak bukan lagi klien saya.
380
00:33:27,797 --> 00:33:28,923
Awak faham?
381
00:33:32,010 --> 00:33:34,804
Jangan jadi bodoh. Dia bukan manusia.
382
00:33:34,887 --> 00:33:38,433
Usianya ribuan tahun.
Dia diciptakan untuk ini.
383
00:33:39,225 --> 00:33:42,395
Inilah tujuan dia,
menginspirasikan lelaki seperti kita.
384
00:33:47,608 --> 00:33:51,654
Rick? Cakaplah sesuatu
supaya saya tahu awak faham.
385
00:33:51,738 --> 00:33:52,739
Saya faham.
386
00:33:55,867 --> 00:33:57,076
Saya akan hantar sesuatu.
387
00:34:17,847 --> 00:34:18,764
Calliope.
388
00:34:57,637 --> 00:34:58,888
Wanita yang budiman,
389
00:34:59,972 --> 00:35:02,975
ibu orang Camenae, dengarlah doa saya.
390
00:35:03,059 --> 00:35:06,729
Ini saya, anak awak,
391
00:35:07,939 --> 00:35:11,651
Calliope yang hubungi awak
untuk bawa saya keluar dari sini.
392
00:35:12,443 --> 00:35:17,865
Wanita meditasi, zikir dan lagu,
393
00:35:19,242 --> 00:35:20,493
dengar kata-kata saya.
394
00:35:20,576 --> 00:35:25,123
Baik. Cukup, suara yang indah.
395
00:35:31,629 --> 00:35:33,756
Kami rasa derita awak
tapi tak boleh bantu.
396
00:35:33,840 --> 00:35:36,926
Menurut Misteri,
awak terperangkap di Helicon.
397
00:35:37,009 --> 00:35:38,886
Awak terikat dari segi undang-undang.
398
00:35:39,554 --> 00:35:42,014
Tapi ia tak adil, ibu.
399
00:35:42,098 --> 00:35:44,142
Tiada apakah yang awak boleh buat?
400
00:35:45,059 --> 00:35:47,019
Tiada yang boleh berunding untuk saya?
401
00:35:47,645 --> 00:35:49,856
Tak ramai kuasa lama yang sanggup
402
00:35:49,939 --> 00:35:53,192
atau boleh mencampuri
urusan manusia zaman ini, Calliope.
403
00:35:53,276 --> 00:35:56,445
Banyak dewa telah mati.
Cuma Tanakhir yang masih ada.
404
00:35:57,446 --> 00:36:00,324
Namun mereka juga melalui
kesukaran kebelakangan ini.
405
00:36:01,784 --> 00:36:06,414
Namun, setiap perkara kecil dapat membantu
406
00:36:06,497 --> 00:36:09,083
bak kata wanita tua itu
ketika buang air di laut.
407
00:36:10,209 --> 00:36:12,879
Tanakhir. Idea yang baik.
408
00:36:13,504 --> 00:36:17,300
Lagipun, suatu ketika dulu
Raja Mimpi dan Calliope rapat.
409
00:36:17,383 --> 00:36:23,055
Tak lama. Ingatlah, adikku,
mereka tak berpisah dengan cara baik.
410
00:36:23,139 --> 00:36:24,307
Namun.
411
00:36:25,141 --> 00:36:27,059
Dia melahirkan anaknya.
412
00:36:27,143 --> 00:36:32,732
Anak lelaki yang pergi ke Hades untuk
wanita yang dicintai dan mati di Thrace,
413
00:36:32,815 --> 00:36:35,443
musnah kerana penghinaannya.
414
00:36:36,319 --> 00:36:38,446
Suaranya juga merdu.
415
00:36:39,739 --> 00:36:40,865
Orpheus.
416
00:36:40,948 --> 00:36:42,783
Raja Mimpi takkan tolong saya.
417
00:36:44,744 --> 00:36:46,078
Lepas perbuatan saya.
418
00:36:46,746 --> 00:36:50,041
Dia benci saya kerana itu
dan saya menyampah dengan dia.
419
00:36:51,375 --> 00:36:52,752
Saya tak mahu bantuannya.
420
00:36:52,835 --> 00:36:53,836
Budak bodoh.
421
00:36:54,712 --> 00:36:58,633
Jika Oneiros mahu sekalipun,
dia tak boleh tolong awak,
422
00:36:59,217 --> 00:37:00,218
itu tak mungkin.
423
00:37:00,301 --> 00:37:03,387
Seperti awak, bekas suami awak
dijerat oleh manusia.
424
00:37:04,347 --> 00:37:06,140
Dia terkubur di bawah tanah.
425
00:37:06,224 --> 00:37:09,185
Tinggalkan alam ini
yang dicengkam penyakit tidur.
426
00:37:09,268 --> 00:37:12,647
Dan wabak Mimpi dan Mimpi Ngeri
membawa malapetaka.
427
00:37:13,231 --> 00:37:14,941
Maafkan saya, anak.
428
00:37:16,943 --> 00:37:18,069
Tidak.
429
00:37:18,152 --> 00:37:20,238
Doa awak sia-sia.
430
00:37:21,030 --> 00:37:22,865
Tiada apa boleh dibuat untuk awak.
431
00:37:22,949 --> 00:37:24,116
Tolong.
432
00:37:24,200 --> 00:37:26,285
Tiada apa awak boleh buat
kecuali berharap.
433
00:37:28,746 --> 00:37:30,331
Jangan tinggal saya di sini.
434
00:37:33,209 --> 00:37:34,210
Saya merayu.
435
00:37:37,546 --> 00:37:39,924
OGOS 2020
436
00:37:40,007 --> 00:37:42,510
Ada bidaan yang bagus
dalam genggaman kita.
437
00:37:43,261 --> 00:37:45,263
Setiap studio utama mahukan dia.
438
00:37:45,346 --> 00:37:46,973
RIC MADOC
…KEKASIH BERI AKU CAHAYA
439
00:37:47,056 --> 00:37:49,058
Filem, penerbitan, penstriman.
440
00:37:49,141 --> 00:37:50,935
Siapa pendahulu?
441
00:37:51,018 --> 00:37:53,062
Orang yang beri dia menulis dan mengarah.
442
00:37:53,145 --> 00:37:55,898
Jo Rowling pun
tak dibenarkan menulis dan mengarah.
443
00:37:55,982 --> 00:37:58,693
Jo Rowling perlu ejen baharu.
Suruh dia hubungi saya.
444
00:38:00,111 --> 00:38:02,822
Saya tak faham
bagaimana karya genre fiksyen
445
00:38:02,905 --> 00:38:05,199
boleh dicalonkan,
apatah lagi disenarai pendek.
446
00:38:05,283 --> 00:38:08,661
Jawatankuasa rasa
buku baharu Madoc melampaui genre.
447
00:38:09,245 --> 00:38:10,162
Dah membacanya?
448
00:38:10,246 --> 00:38:12,248
Sudah tentu belum.
449
00:38:12,331 --> 00:38:16,419
Saya dah baca. Membacanya seperti
ia ditulis oleh orang yang berbeza.
450
00:38:17,503 --> 00:38:18,796
Bukunya hebat.
451
00:38:20,548 --> 00:38:21,632
Agak luar biasa.
452
00:38:22,300 --> 00:38:24,635
Maksud saya, kandungannya padat.
453
00:38:24,719 --> 00:38:27,346
Ya. Tapi kenapa dia tukar nama ini?
454
00:38:28,306 --> 00:38:31,309
- Apa maksud awak?
- Dari Richard kepada Ric tanpa "K"?
455
00:38:32,518 --> 00:38:35,896
Saya rasa ia mencerminkan
ciptaan semula tema novel itu.
456
00:38:36,731 --> 00:38:39,400
Mungkin mencerminkan
dakwaan angkuh penulis.
457
00:38:40,026 --> 00:38:40,901
Di mana kita tadi?
458
00:38:41,569 --> 00:38:45,114
Maksudnya saya sangat suka
watak Aileen awak.
459
00:38:45,823 --> 00:38:48,909
Tak banyak watak wanita
yang kuat dalam fiksyen.
460
00:38:48,993 --> 00:38:50,494
Termasuk fiksyen oleh wanita.
461
00:38:50,578 --> 00:38:51,787
Saya setuju.
462
00:38:52,580 --> 00:38:54,290
Saya tahu kini bergaya
463
00:38:54,373 --> 00:38:57,752
untuk kata cuma wanita
boleh menulis pengalaman wanita,
464
00:38:57,835 --> 00:39:00,087
tapi… nampaknya…
465
00:39:01,380 --> 00:39:04,550
Saya anggap diri saya
seorang penulis feminis.
466
00:39:07,136 --> 00:39:10,348
Dari mana suara itu datang
dalam diri awak?
467
00:39:10,431 --> 00:39:11,682
Suara wanita itu?
468
00:39:15,853 --> 00:39:17,229
Wanita dalam hidup saya.
469
00:39:43,631 --> 00:39:46,842
OGOS 2022
470
00:39:47,426 --> 00:39:49,387
Saya rakam versi filem di Los Angeles.
471
00:39:49,470 --> 00:39:51,263
Studio sewa jet peribadi untuk saya.
472
00:39:51,347 --> 00:39:54,266
Patut tiada masalah
bawa awak masuk ke negara itu.
473
00:39:54,350 --> 00:39:55,684
Siapa tahu?
474
00:39:55,768 --> 00:39:57,061
RIC MADOC - BATU HELANG
475
00:39:57,144 --> 00:39:59,730
Mungkin kita putuskan untuk tinggal di LA.
476
00:40:02,566 --> 00:40:04,026
Mungkin "kita" akan putuskan?
477
00:40:06,862 --> 00:40:10,741
Tak bolehkah awak nikmati kejayaan kita?
478
00:40:11,617 --> 00:40:12,952
Walaupun untuk seketika?
479
00:40:13,911 --> 00:40:20,835
Kita ceritakan kisah yang menggerakkan
dan memberi inspirasi manusia.
480
00:40:21,585 --> 00:40:23,546
Bukankah itu sebab Dewi Kesenian dicipta?
481
00:40:24,713 --> 00:40:27,758
Saya dan kakak saya
dewi yang dilahirkan, bukan diciptakan.
482
00:40:27,842 --> 00:40:29,218
Maaf. Ini Larry.
483
00:40:30,177 --> 00:40:31,470
Dah bincang dengan studio?
484
00:40:33,973 --> 00:40:36,434
PUTERI BERADU BANGUN
485
00:40:37,935 --> 00:40:40,771
Tak, pada awalnya saya nak mereka jamin
486
00:40:40,855 --> 00:40:44,775
pelakon dan krew itu akan terdiri
daripada paling kurang 50% wanita
487
00:40:44,859 --> 00:40:46,610
dan orang berkulit gelap.
488
00:40:46,694 --> 00:40:48,237
Kita perlu umumkannya,
489
00:40:48,320 --> 00:40:51,365
jadi mereka tak boleh berundur
apabila perlu upah orang.
490
00:41:02,626 --> 00:41:04,378
Bagaimana dengan duit itu?
491
00:41:12,428 --> 00:41:14,805
Biar betul?
492
00:41:15,389 --> 00:41:17,558
Tidak.
493
00:42:05,314 --> 00:42:08,442
Saya panggil awak, Oneiros,
supaya awak dengar saya
494
00:42:09,985 --> 00:42:13,239
dan datang membantu saya
apabila saya seru nama awak.
495
00:42:18,953 --> 00:42:19,870
Morpheus?
496
00:42:21,539 --> 00:42:22,581
Apa maksudnya?
497
00:42:24,875 --> 00:42:26,710
Itu nama Tuan Mimpi.
498
00:42:32,466 --> 00:42:33,884
Awak tulis surat kepada dia?
499
00:42:35,511 --> 00:42:36,637
Lebih kurang begitulah.
500
00:42:56,365 --> 00:42:57,283
Awak milik saya.
501
00:43:00,202 --> 00:43:01,495
Menurut undang-undang.
502
00:43:02,329 --> 00:43:04,081
Tuan Mimpi tak boleh tolong awak.
503
00:43:23,225 --> 00:43:25,477
Terima kasih setuju
ditemu bual di rumah awak.
504
00:43:25,561 --> 00:43:28,022
Terima kasih kerana mengulas buku itu.
505
00:43:28,105 --> 00:43:32,776
Saya akan mulakan dengan bertanya
tentang pengaruh sastera formatif awak.
506
00:43:33,944 --> 00:43:36,947
Saya takkan jadi penulis
507
00:43:37,031 --> 00:43:39,700
jika bukan kerana
baca karya Shirley Jackson,
508
00:43:39,783 --> 00:43:42,745
Margaret Atwood dan Octavia E. Butler.
509
00:43:42,828 --> 00:43:45,706
Setelah baca Batu Helang,
penulis yang terlintas di fikiran
510
00:43:45,789 --> 00:43:47,374
ialah mendiang Erasmus Fry.
511
00:43:48,459 --> 00:43:51,879
Maaf, awak kata "mendiang" Erasmus Fry?
512
00:43:51,962 --> 00:43:52,838
Dia…
513
00:43:55,174 --> 00:43:56,091
Dia dah mati?
514
00:43:56,175 --> 00:43:58,427
Musim panas lepas. Awak kenal dia?
515
00:43:59,470 --> 00:44:01,513
Saya tak kenal dia. Saya…
516
00:44:02,097 --> 00:44:04,141
Kami beberapa kali bertemu.
517
00:44:04,224 --> 00:44:07,811
Dia sangat menghargai karya saya.
518
00:44:07,895 --> 00:44:10,689
Dia hampir 90 tahun. Adakah dia…
519
00:44:11,649 --> 00:44:12,983
Dia mati kerana tua?
520
00:44:13,901 --> 00:44:14,777
Tidak.
521
00:44:16,111 --> 00:44:17,571
Dia racun dirinya sendiri.
522
00:44:18,781 --> 00:44:22,201
Perkara terakhir dia buat
ialah tulis surat kepada penerbit lamanya,
523
00:44:22,284 --> 00:44:25,245
merayu mereka cetak semula
salah satu bukunya.
524
00:44:25,329 --> 00:44:27,456
Inilah Lilin, saya rasa.
525
00:44:27,539 --> 00:44:29,958
Rasanya begitulah. Bagaimana awak tahu?
526
00:44:32,169 --> 00:44:35,547
Ia mungkin buku kegemaran saya
ketika membesar.
527
00:44:36,382 --> 00:44:38,592
Ia sangat mengharukan, jujur dan…
528
00:44:41,220 --> 00:44:42,262
aneh.
529
00:44:46,016 --> 00:44:47,059
Kasihan dia.
530
00:44:48,060 --> 00:44:51,355
Malang orang berhenti membaca bukunya.
Karyanya lapuk.
531
00:44:52,856 --> 00:44:55,859
Tak perlu risaukan itu,
awak Richard Madoc.
532
00:44:55,943 --> 00:44:57,986
Maaf. Ric Madoc.
533
00:44:59,571 --> 00:45:01,490
Baik. Soalan seterusnya.
534
00:45:10,499 --> 00:45:11,667
Awak datang.
535
00:45:15,671 --> 00:45:16,672
Awak hubungi.
536
00:45:19,258 --> 00:45:23,011
Mereka beritahu saya awak dipenjarakan,
sama seperti saya.
537
00:45:23,762 --> 00:45:24,888
Bukan seperti awak.
538
00:45:26,348 --> 00:45:28,726
Awak jauh lebih derita berbanding saya.
539
00:45:28,809 --> 00:45:29,727
Jangan kata begitu.
540
00:45:31,353 --> 00:45:33,522
Bandingkan derita hanya menambahkannya.
541
00:45:33,605 --> 00:45:35,899
Hati saya sakit
mendengar nasib malang awak.
542
00:45:37,276 --> 00:45:38,944
Saya gembira awak bebas.
543
00:45:39,653 --> 00:45:41,363
Awak terikat oleh undang-undang.
544
00:45:44,283 --> 00:45:46,243
Saya tahu awak tak boleh bebaskan saya.
545
00:45:47,661 --> 00:45:49,163
Cuma dia boleh buat begitu,
546
00:45:50,748 --> 00:45:54,084
tapi mungkin awak boleh
menginspirasikan dia?
547
00:45:55,210 --> 00:45:56,295
Untuk bebaskan saya?
548
00:45:57,045 --> 00:46:00,632
Saya akan buat semua itu dan lebih.
549
00:46:01,341 --> 00:46:02,176
Mimpi…
550
00:46:02,259 --> 00:46:05,053
Dia mesti dihukum.
551
00:46:05,137 --> 00:46:09,266
Bagaimana? Hukuman apakah yang setimpal?
552
00:46:10,100 --> 00:46:13,353
Kematian dia takkan kembalikan
apa yang diambil daripada saya.
553
00:46:13,437 --> 00:46:14,688
Dia tak penting.
554
00:46:16,106 --> 00:46:17,065
Dia cuma manusia.
555
00:46:17,149 --> 00:46:18,984
Tak boleh biarkan dia bebas.
556
00:46:19,067 --> 00:46:21,945
Kenapa? Sebab saya pernah jadi milik awak?
557
00:46:23,572 --> 00:46:24,698
Sebab dia sakiti awak.
558
00:46:28,118 --> 00:46:31,872
Kali terakhir berjumpa,
awak kata takkan cakap dengan saya lagi.
559
00:46:32,706 --> 00:46:33,916
Maaf, saya…
560
00:46:36,251 --> 00:46:38,086
tak tahu ke mana lagi nak mengadu.
561
00:46:39,421 --> 00:46:40,672
Awak salah faham saya.
562
00:46:43,008 --> 00:46:46,720
Apabila dengar awak panggil saya,
walaupun selepas sekian lama…
563
00:46:54,478 --> 00:46:55,729
Biar saya bantu awak.
564
00:46:58,065 --> 00:46:59,066
Tolonglah.
565
00:47:00,859 --> 00:47:02,110
Saya hutang awak banyak.
566
00:47:09,785 --> 00:47:11,245
Apa awak akan buat kepada dia?
567
00:47:27,803 --> 00:47:29,680
Apa… Siapa awak?
568
00:47:30,973 --> 00:47:33,058
- Keluar dari rumah saya.
- Diam.
569
00:47:34,518 --> 00:47:37,104
Awak kurung wanita di sini
tanpa kerelaannya.
570
00:47:38,772 --> 00:47:41,275
Saya datang untuk suruh awak bebaskan dia.
571
00:47:42,818 --> 00:47:44,069
Awak dah gilakah?
572
00:47:44,945 --> 00:47:47,114
Tiada wanita. Saya hubungi polis.
Kenal saya?
573
00:47:47,197 --> 00:47:50,742
Saya kenal sangat
siapa dan apa awak, Richard Madoc.
574
00:47:55,539 --> 00:47:57,082
Awak nak hubungi polis?
575
00:47:57,749 --> 00:48:01,295
Tak, saya takkan hubungi
mana-mana agensi manusia.
576
00:48:01,879 --> 00:48:03,088
Lepaskan saja dia.
577
00:48:04,047 --> 00:48:05,716
Awak tak faham, saya perlu dia.
578
00:48:05,799 --> 00:48:08,886
Jika tiada dia,
saya tak boleh menulis dan tiada idea.
579
00:48:09,678 --> 00:48:12,639
- Begini, saya ada duit.
- Diam.
580
00:48:18,395 --> 00:48:24,067
Dia dah ditahan lebih daripada 60 tahun.
581
00:48:24,151 --> 00:48:28,614
Dihina, didera, dinodai.
582
00:48:28,697 --> 00:48:32,200
Awak enggan bebaskan dia
sebab awak perlukan idea?
583
00:48:32,284 --> 00:48:37,289
Jika idea yang awak mahukan,
awak akan dapat
584
00:48:38,874 --> 00:48:40,542
limpahan idea.
585
00:49:09,363 --> 00:49:11,156
Apa awak buat kepada saya?
586
00:49:13,283 --> 00:49:15,535
Awak beri saya mimpi ngeri sekarang?
587
00:49:18,246 --> 00:49:19,081
Cakaplah!
588
00:49:19,164 --> 00:49:21,667
Saya tak buat apa-apa
kepada awak, Richard Madoc.
589
00:49:24,252 --> 00:49:26,463
Awak dah jumpa Morpheus,
590
00:49:27,589 --> 00:49:30,092
yang orang Rom gelar Pembentuk Jisim.
591
00:49:30,175 --> 00:49:32,010
Dahulu dia suami saya.
592
00:49:33,428 --> 00:49:35,347
Dan ayah kepada anak lelaki saya.
593
00:49:36,515 --> 00:49:38,016
Saya tak tahu awak ada anak.
594
00:49:38,600 --> 00:49:40,477
Awak tak tahu apa-apa tentang saya.
595
00:49:41,937 --> 00:49:45,273
Tapi dah terlambat untuk biar
itu semua merisaukan awak.
596
00:49:53,281 --> 00:49:54,616
"Dan dalam kegelapan,
597
00:49:55,784 --> 00:49:59,663
dia memikirkan cerita di setiap bintang,
598
00:50:02,541 --> 00:50:04,042
seperti kunang-kunang."
599
00:50:05,377 --> 00:50:11,508
"Menjentik… memudar… pada waktu malam."
600
00:50:20,017 --> 00:50:22,144
BATU HELANG
601
00:50:26,481 --> 00:50:27,691
Ada apa-apa soalan?
602
00:50:32,571 --> 00:50:34,281
Wanita muda di baris ketiga.
603
00:50:38,118 --> 00:50:41,121
Kerja awak melangkaui begitu banyak genre,
604
00:50:41,204 --> 00:50:44,833
dunia dan watak yang berbeza.
605
00:50:45,876 --> 00:50:48,378
Boleh saya tanya,
dari mana semua itu datang?
606
00:50:50,464 --> 00:50:57,179
Bagi saya, idea tak datang dari mana-mana.
607
00:50:57,262 --> 00:51:00,557
Semuanya di sekeliling kita,
sepanjang masa.
608
00:51:01,141 --> 00:51:07,689
Saya boleh tulis
seluruh set novel ketika… baca buku.
609
00:51:09,149 --> 00:51:13,987
Di mana… sesuatu telah berlaku
kepada dunia di luar sana,
610
00:51:14,696 --> 00:51:19,785
sejenis holokus tapi penonton selamat…
611
00:51:22,037 --> 00:51:23,830
selagi penulis terus membaca.
612
00:51:25,123 --> 00:51:26,374
Terima kasih.
613
00:51:26,458 --> 00:51:30,504
Atau kisah tentang
persaudaraan pengkritik.
614
00:51:30,587 --> 00:51:37,135
Hakikatnya, persaudaraan gelap dikaitkan
dengan upacara mencabul dan sumpah darah.
615
00:51:37,219 --> 00:51:38,637
Untuk menjatuhkan penulisnya,
616
00:51:38,720 --> 00:51:43,308
mereka korbankan anak
dan buat upacara kritikal.
617
00:51:48,230 --> 00:51:51,650
Atau bandar yang jalannya
diturap dengan masa.
618
00:51:51,733 --> 00:51:56,571
Kereta api yang sarat dengan wanita bisu,
dipandu oleh lelaki buta.
619
00:52:07,749 --> 00:52:09,501
Kepala daripada cahaya… Maaf.
620
00:52:12,170 --> 00:52:13,421
Maafkan saya.
621
00:52:13,505 --> 00:52:18,844
Ikan emas yang berubah
jadi serigala ketika bulan purnama.
622
00:52:19,427 --> 00:52:24,224
Seorang lelaki yang mewarisi kad pustaka
bagi Pustaka Iskandariah.
623
00:52:26,268 --> 00:52:28,478
Dua wanita tua bawa wesel bercuti.
624
00:52:36,486 --> 00:52:38,488
Sestina tentang kesunyian,
625
00:52:38,572 --> 00:52:42,367
menggunakan perkataan… gelap, kasar,
626
00:52:43,118 --> 00:52:47,330
jangan sesekali, menjerit, api, kucupan…
627
00:52:48,874 --> 00:52:51,543
Si tua memiliki alam,
simpan di dalam balang jem.
628
00:52:52,669 --> 00:52:54,588
Lelaki yang cinta boneka kertas.
629
00:52:54,671 --> 00:52:57,507
En. Madoc, ini Nora.
Kenapa dengan tangan encik?
630
00:52:57,591 --> 00:52:59,634
Aduh, saya terlalu banyak idea.
631
00:52:59,718 --> 00:53:04,139
Saya tiada pen atau apa-apa kertas,
jadi saya cuma gunakan tangan.
632
00:53:08,393 --> 00:53:12,355
Saya kata saya perlukan idea,
tetapi ia datang terlalu cepat.
633
00:53:12,439 --> 00:53:13,773
Bawa dia ke hospital.
634
00:53:13,857 --> 00:53:16,067
Jangan. Tolong, pergi ke rumah saya.
635
00:53:17,360 --> 00:53:20,280
Ada wanita di dalam bilik di tingkat atas.
636
00:53:21,615 --> 00:53:23,283
Dia dikurung di dalam sana.
637
00:53:24,326 --> 00:53:27,704
Beritahu dia yang dia boleh keluar,
saya bebaskan dia.
638
00:53:27,787 --> 00:53:29,122
Saya tak faham.
639
00:53:29,206 --> 00:53:34,127
Ambil kunci saya. Lepaskan dia.
Suruh dia pergi.
640
00:53:36,922 --> 00:53:39,591
Saya pernah tanda tangan
buku untuk awak, bukan?
641
00:53:41,009 --> 00:53:42,552
Tolonglah.
642
00:53:44,804 --> 00:53:47,015
Okey, saya akan pergi.
643
00:53:47,098 --> 00:53:48,725
Hentikan ia.
644
00:53:49,726 --> 00:53:52,437
Beritahu dia saya minta maaf.
645
00:53:52,520 --> 00:53:56,316
Hubungan magis dan alkimia dilihat
sebagai kultus kargo.
646
00:53:56,399 --> 00:53:57,859
Kita jumpa di hospital.
647
00:53:57,943 --> 00:54:00,362
Suria terbenam di atas Parthenon.
Sup gigi jerung.
648
00:54:00,445 --> 00:54:05,825
Bulbul, rumpun mawar
dan kolar anjing getah hitam.
649
00:54:22,884 --> 00:54:23,718
Helo?
650
00:54:41,528 --> 00:54:44,072
INILAH LILIN - ERASMUS FRY
651
00:54:59,504 --> 00:55:00,922
Sudah berakhir.
652
00:55:09,556 --> 00:55:10,390
Terima kasih.
653
00:55:10,932 --> 00:55:12,851
Saya cuma jawab panggilan awak.
654
00:55:16,229 --> 00:55:17,439
Nak buat apa sekarang?
655
00:55:20,942 --> 00:55:23,069
Rasanya saya mesti
656
00:55:24,863 --> 00:55:29,743
cuba untuk pastikan ini tak berlaku
kepada orang lain lagi.
657
00:55:30,994 --> 00:55:31,953
Bagaimana?
658
00:55:32,037 --> 00:55:33,788
Saya tak tahu.
659
00:55:36,124 --> 00:55:40,128
Inspirasikan manusia agar inginkan
lebih baik untuk diri dan orang lain.
660
00:55:41,504 --> 00:55:43,631
Tulis semula undang-undang
yang kurung saya.
661
00:55:45,133 --> 00:55:48,470
Undang-undang lama
yang tiada pengaruh saya adik-beradik.
662
00:55:49,721 --> 00:55:51,598
Saya buat yang sama di alam saya.
663
00:55:53,725 --> 00:55:55,393
Awak dah berubah, Oneiros.
664
00:55:56,478 --> 00:55:59,606
Dulu awak akan selamba
tinggalkan saya mereput di sini.
665
00:56:05,070 --> 00:56:09,032
Awak masih bencikan saya…
sebab tinggalkan awak?
666
00:56:10,367 --> 00:56:12,786
- Salahkan awak atas hal yang berlaku?
- Tidak.
667
00:56:16,915 --> 00:56:21,211
Kebelakangan ini
banyak yang saya pelajari, dan…
668
00:56:23,922 --> 00:56:25,006
Walau apa pun.
669
00:56:27,133 --> 00:56:28,593
Saya tak bencikan awak.
670
00:56:35,016 --> 00:56:37,143
Awak patut bebaskan manusia itu sekarang.
671
00:56:39,104 --> 00:56:40,313
Dia dah bebaskan saya,
672
00:56:40,397 --> 00:56:42,899
dan tanpa kemaafan, luka takkan sembuh.
673
00:56:42,982 --> 00:56:46,194
Awak nak maafkan dia atas perbuatannya?
674
00:56:46,277 --> 00:56:48,113
Saya takkan maafkan perbuatan dia,
675
00:56:49,322 --> 00:56:51,074
tapi saya mesti maafkan dia.
676
00:56:51,783 --> 00:56:52,742
Bukan untuk dia.
677
00:56:53,952 --> 00:56:54,828
Untuk saya.
678
00:56:56,996 --> 00:56:58,123
Boleh bebaskan dia?
679
00:56:59,791 --> 00:57:01,251
Jika awak mahu begitu…
680
00:57:03,461 --> 00:57:04,421
ia boleh ditunaikan.
681
00:57:14,347 --> 00:57:17,517
Saya dah balik, En. Madoc.
Bagaimana keadaan encik?
682
00:57:17,600 --> 00:57:18,560
Saya…
683
00:57:20,353 --> 00:57:25,525
Saya tak tahu lagi. Saya cuba berfikir.
684
00:57:26,609 --> 00:57:29,195
Saya ikut arahan encik
dan pergi ke rumah encik.
685
00:57:30,405 --> 00:57:32,824
Cuma ada buku.
686
00:57:32,907 --> 00:57:34,868
Ada sesuatu yang dia kata.
687
00:57:34,951 --> 00:57:38,079
Pembentuk Jisim.
688
00:57:40,039 --> 00:57:42,208
Ada nama. Dia mencatatkannya. Saya…
689
00:57:45,837 --> 00:57:47,172
Saya harap boleh ingat!
690
00:57:47,797 --> 00:57:52,427
Tiba-tiba saja,
amat susah untuk saya berfikir.
691
00:57:53,887 --> 00:57:55,388
Ada sesiapa saya boleh hubungi?
692
00:57:55,472 --> 00:57:56,598
Dia dah pergi.
693
00:58:02,520 --> 00:58:04,022
Semua pergi bersama dia.
694
00:58:05,315 --> 00:58:07,859
Idea dan cerita.
695
00:58:12,030 --> 00:58:13,990
Semua itu miliknya.
696
00:58:14,073 --> 00:58:17,118
Siapa? Siapa yang encik cakapkan?
697
00:58:24,125 --> 00:58:27,086
Saya tak tahu.
698
00:58:33,134 --> 00:58:34,135
Tak tahu.
699
00:58:39,682 --> 00:58:43,353
Boleh saya ziarah awak
di Alam Mimpi satu hari nanti,
700
00:58:44,812 --> 00:58:47,857
supaya akhirnya
kita boleh bercakap tentang anak kita
701
00:58:50,193 --> 00:58:54,489
dan meratap dia dengan betul?
702
00:58:56,533 --> 00:58:59,369
Satu hari, mungkin, tapi…
703
00:59:02,497 --> 00:59:03,665
Saya faham.
704
00:59:19,055 --> 00:59:20,515
Terima kasih, Oneiros.
705
00:59:22,392 --> 00:59:23,726
Saya takkan lupa ini.
706
00:59:26,354 --> 00:59:27,564
Selamat sejahtera.
707
00:59:32,610 --> 00:59:33,695
Semoga bertuah.
708
00:59:37,740 --> 00:59:38,992
Selamat tinggal, Calliope.
709
01:01:50,415 --> 01:01:55,420
Terjemahan sari kata oleh Seri