1
00:00:07,166 --> 00:00:08,875
Pisau itu milik siapa, Galadriel?
2
00:00:08,958 --> 00:00:12,291
Abang saya.
Dia dibunuh oleh khadam Sauron.
3
00:00:13,333 --> 00:00:17,500
Selepas Morgoth tewas,
makhluk yang kau gelar Sauron
4
00:00:17,625 --> 00:00:22,666
mahu cipta kuasa bukan saja untuk mengarah
tapi untuk menguasai minda.
5
00:00:22,750 --> 00:00:25,416
Aku bunuh Sauron.
6
00:00:25,500 --> 00:00:26,541
Aku tak percaya.
7
00:00:26,625 --> 00:00:29,041
Á kuita!
8
00:00:29,583 --> 00:00:30,625
Dilly, mari sini!
9
00:00:35,375 --> 00:00:39,500
Namun, walau apa jua yang kami buat,
ia makin cepat merosot.
10
00:00:39,583 --> 00:00:42,125
Mithril ini satu-satunya penyelamat kita.
11
00:00:42,208 --> 00:00:44,625
Tiada apa-apa dapat memudarkan cahayanya.
12
00:00:45,041 --> 00:00:46,541
-Raja Durin...
-Cukup!
13
00:00:47,541 --> 00:00:51,791
Ayah tak mahu Bangsa Dwarf mati
untuk membantu Elf mengelak maut.
14
00:00:52,916 --> 00:00:54,541
Saya akan pergi ke Buana Tengah.
15
00:00:54,625 --> 00:00:58,250
Hanya kegelapan yang menanti.
16
00:00:59,333 --> 00:01:00,166
Berlindung!
17
00:01:03,875 --> 00:01:04,708
Tidak!
18
00:01:05,125 --> 00:01:06,500
Mana anak saya?
19
00:01:06,583 --> 00:01:08,625
Adar!
20
00:01:08,708 --> 00:01:11,375
Mari kita lupakan kejadian hitam ini.
21
00:01:11,708 --> 00:01:15,458
-Berlawan di samping awak, saya rasa…
-Saya juga rasakannya.
22
00:01:17,375 --> 00:01:19,125
Luka ini perlukan ubat Elf.
23
00:01:19,208 --> 00:01:20,791
Hidup raja!
24
00:01:25,375 --> 00:01:26,416
Kamu nak ke mana?
25
00:01:26,500 --> 00:01:28,125
-Nak beri amaran.
-Seorang diri?
26
00:01:28,208 --> 00:01:29,875
Dia takkan berseorangan.
27
00:01:47,750 --> 00:01:53,666
ERYN GALEN
BELANTARA ZAMRUD
28
00:02:20,916 --> 00:02:22,500
Saya ancaman.
29
00:02:25,291 --> 00:02:26,500
Awak baik.
30
00:03:07,083 --> 00:03:08,083
Nori?
31
00:03:46,625 --> 00:03:52,166
Kami mahu berkhidmat untukmu, Lord Sauron.
32
00:05:55,750 --> 00:05:57,708
Gil-galad akan tiba esok.
33
00:05:57,791 --> 00:06:01,125
Baginda pasti mahu tahu cara
untuk menyelamatkan Elf.
34
00:06:02,083 --> 00:06:03,333
Tapi satu cara pun tiada.
35
00:06:04,666 --> 00:06:06,750
Kalaulah ada cara…
36
00:06:08,583 --> 00:06:12,583
lebih mudah untuk hasil lebih besar.
37
00:06:13,708 --> 00:06:18,750
Pada mulanya, Suria pun lebih kecil
daripada tapak tangan saya.
38
00:06:18,833 --> 00:06:22,625
Mana mungkin kita menandingi
kuasa pencipta Suria.
39
00:06:24,416 --> 00:06:26,541
Kita kesuntukan masa, Tuan Celebrimbor.
40
00:06:30,166 --> 00:06:32,666
Kita perlu maklumkan raja
yang kita dah gagal.
41
00:06:34,125 --> 00:06:39,125
Kemudian, Elf perlu bersedia untuk
meninggalkan tempat ini. Selama-lamanya.
42
00:06:54,750 --> 00:06:55,583
Galadriel?
43
00:06:56,791 --> 00:06:57,875
Elrond.
44
00:06:58,708 --> 00:06:59,791
Apa yang dah berlaku?
45
00:07:01,583 --> 00:07:04,000
Tombak musuh. Enam hari lepas.
46
00:07:04,791 --> 00:07:06,041
Kami berjalan berterusan.
47
00:07:08,041 --> 00:07:09,458
Awak boleh bantu dia?
48
00:07:10,958 --> 00:07:14,416
Á tulë koivienna...
49
00:07:14,500 --> 00:07:19,125
Raja Benua Selatan?
Bagaimana awak menemuinya?
50
00:07:19,875 --> 00:07:21,458
Kenapa awak di sini?
51
00:07:22,583 --> 00:07:24,083
Kenapa awak di sini?
52
00:07:28,791 --> 00:07:31,208
Mari. Kita perlu berbincang.
53
00:07:38,625 --> 00:07:40,750
Saya tak sepatutnya
hantar awak ke Valinor.
54
00:07:41,416 --> 00:07:45,416
Saya sepatutnya percaya cakap awak.
Kesilapan itu takkan berulang.
55
00:07:52,291 --> 00:07:53,791
Saya terjun dari kapal itu…
56
00:07:56,166 --> 00:07:59,541
Kerana saya tahu saya belum layak
mendapat keabadian hakiki.
57
00:08:00,083 --> 00:08:04,083
Saya tahu bahawa tugas saya belum selesai,
58
00:08:05,750 --> 00:08:09,750
dan apabila saya timbul,
saya hanya mampu berenang
59
00:08:09,833 --> 00:08:12,041
dan berdoa agar pilihan saya tepat.
60
00:08:16,125 --> 00:08:18,333
Saya tak merentasi lautan dingin itu…
61
00:08:19,708 --> 00:08:21,291
Hanya untuk lemas sekarang.
62
00:08:24,000 --> 00:08:25,583
Saya juga takkan abaikan awak.
63
00:08:33,041 --> 00:08:34,875
Saya rindukan awak.
64
00:08:38,333 --> 00:08:39,750
Apa kita patut buat?
65
00:08:42,750 --> 00:08:44,333
Satu-satunya pilihan yang ada.
66
00:08:46,000 --> 00:08:47,416
Berjuang.
67
00:08:56,958 --> 00:08:58,125
Itu siapa?
68
00:09:04,208 --> 00:09:06,208
Itu siapa? Tunjukkan diri awak.
69
00:09:07,208 --> 00:09:08,875
Galadriel ada di sini?
70
00:09:15,625 --> 00:09:16,833
Tidak.
71
00:09:18,666 --> 00:09:21,166
Bukankah awak sepatutnya berehat?
72
00:09:21,708 --> 00:09:23,208
Tempat apakah ini?
73
00:09:24,416 --> 00:09:28,291
Dulu, ia bengkel Celebrimbor.
74
00:09:28,916 --> 00:09:30,083
Celebrimbor agung itu?
75
00:09:31,666 --> 00:09:33,666
Dia tiada sini, bukan?
76
00:09:33,750 --> 00:09:37,541
Sebenarnya, dia di sini sekarang.
77
00:09:50,583 --> 00:09:52,000
Celebrimbor…
78
00:09:53,166 --> 00:09:54,583
Guru saya
79
00:09:54,666 --> 00:09:57,166
kerap puji akan keajaiban
hasil kerja awak.
80
00:09:58,125 --> 00:10:01,750
Saya tak sangka
akan berpeluang melihatnya sendiri.
81
00:10:01,833 --> 00:10:03,041
Awak tukang besi?
82
00:10:03,750 --> 00:10:07,083
Ya, tapi saya taklah semahir awak.
83
00:10:09,458 --> 00:10:13,458
Batu permata ini,
saya tak pernah lihat batu seperti ini.
84
00:10:14,291 --> 00:10:17,458
Awak nak gunakannya untuk apa?
85
00:10:17,541 --> 00:10:23,541
Begitu mahirnya Feänor hingga dia berjaya
mengabadikan inti sari Valinor.
86
00:10:24,208 --> 00:10:26,250
Saya pun mahu buat untuk Buana Tengah.
87
00:10:26,333 --> 00:10:30,541
Peliknya bijih ini. Ia apa?
88
00:10:33,750 --> 00:10:34,833
Tak cukup.
89
00:10:34,916 --> 00:10:36,750
Cukup untuk apa?
90
00:10:40,375 --> 00:10:41,375
Pulangkannya.
91
00:10:41,458 --> 00:10:45,541
Awak dah cuba gabungkan dengan bijih lain?
Untuk mendapatkan hasil terbaik?
92
00:10:45,625 --> 00:10:47,958
Bijih ini tak sesuai untuk tujuan itu.
93
00:10:48,041 --> 00:10:50,166
-Kenapa?
-Kami perlukan jumlah yang banyak.
94
00:10:50,250 --> 00:10:53,125
Nanti hilanglah kesannya
ditenggelami sifat bijih lain.
95
00:10:53,708 --> 00:10:56,708
Maaflah kalau cadangan ini kurang bijak,
96
00:10:56,791 --> 00:10:59,958
tapi tidakkah gabungan yang tepat
akan menguatkan sifatnya?
97
00:11:02,708 --> 00:11:03,791
Menguatkan?
98
00:11:03,875 --> 00:11:07,208
Di tempat saya belajar,
logam berharga sukar didapati.
99
00:11:07,666 --> 00:11:11,875
Jadi, kami cuba memanfaatkan kekuatannya
dan menyembunyikan kekurangannya.
100
00:11:11,958 --> 00:11:17,291
Campuran nikel dan besi boleh menghasilkan
pedang yang ringan dan keras.
101
00:11:17,375 --> 00:11:22,375
Mungkinkah ada gabungan
yang boleh menguatkan sifat bijih awak?
102
00:11:29,916 --> 00:11:35,333
Menariknya cadangan itu.
103
00:11:38,166 --> 00:11:41,666
Anggaplah ia… satu anugerah.
104
00:11:49,000 --> 00:11:54,458
Kelak, tuanku akan membuat perjalanan
yang menamatkan kehidupan.
105
00:11:55,291 --> 00:11:58,041
Bendera hitam akan berkibaran.
106
00:11:59,458 --> 00:12:02,625
Kita bertanggungjawab membina makamnya.
107
00:12:04,791 --> 00:12:10,625
Makam batu lambang keabadian,
yang tiada sesiapa,
108
00:12:13,083 --> 00:12:16,333
mahupun raja,
mampu miliki dalam hidup ini.
109
00:12:17,708 --> 00:12:23,083
Pelukis dari seluruh Númenor dipanggil
untuk menghasilkan lukisan wajahnya
110
00:12:23,166 --> 00:12:25,166
agar rekaan boleh disyorkan.
111
00:12:26,041 --> 00:12:27,875
Antara semua pelatih,
112
00:12:29,041 --> 00:12:31,875
kamu telah dipilih
untuk mengesyorkan rekaannya.
113
00:12:34,916 --> 00:12:36,083
Nanti,
114
00:12:36,166 --> 00:12:39,291
setiap seorang akan diberi
masa sejam dengan raja.
115
00:12:41,333 --> 00:12:42,541
Gunalah sebaik mungkin.
116
00:13:07,208 --> 00:13:09,833
Ayahanda tahu apa kamu buat
pada waktu malam
117
00:13:09,916 --> 00:13:12,666
-ketika kamu fikir semua orang tidur.
-Maafkan patik.
118
00:13:12,750 --> 00:13:16,083
Dayang tuanku akan datang sebentar lagi.
119
00:13:16,166 --> 00:13:18,208
Jadi, kita masih ada masa.
120
00:13:23,875 --> 00:13:24,958
Masa untuk apa?
121
00:13:25,041 --> 00:13:27,541
Untuk mengingatkan kamu, Míriel sayang.
122
00:13:27,625 --> 00:13:30,416
-Tuanku silap. Patik bukan…
-Belum jadi ratu? Tidak.
123
00:13:30,500 --> 00:13:32,916
Kamu akan jadi ratu, maka, ketahuilah,
124
00:13:33,000 --> 00:13:36,166
bahawa sekiranya tradisi lama
tak dikembalikan,
125
00:13:36,250 --> 00:13:37,958
pulau kita akan hancur.
126
00:13:43,166 --> 00:13:44,375
Tolong!
127
00:13:44,958 --> 00:13:47,375
Raja terjaga! Tolong!
128
00:13:58,583 --> 00:14:00,041
Mari. Kamu perlu naik.
129
00:14:00,125 --> 00:14:03,916
Tapi jangan ikut ayahanda.
Ayahanda tercari-cari terlalu lama.
130
00:14:04,000 --> 00:14:07,500
Sekarang, ayahanda keliru
antara masa kini dan masa silam,
131
00:14:07,583 --> 00:14:09,708
masa silam dan masa depan.
132
00:14:46,333 --> 00:14:50,833
Satu objek. Untuk seluruh Buana Tengah.
133
00:14:50,916 --> 00:14:52,750
Bunyinya memang aneh, tuanku.
134
00:14:52,833 --> 00:14:56,000
Tapi kita memang patut cari
semua penyelesaian yang ada.
135
00:14:56,500 --> 00:14:58,875
Ia objek yang bagaimana?
136
00:14:58,958 --> 00:15:01,916
Ia lebih kecil
daripada yang kita bayangkan.
137
00:15:02,000 --> 00:15:03,750
Boleh dipegang…
138
00:15:03,833 --> 00:15:04,916
-Cokmar.
-Pedang?
139
00:15:05,000 --> 00:15:07,708
Atau mungkin… Mahkota.
140
00:15:10,125 --> 00:15:11,125
Kenapa mahkota?
141
00:15:11,208 --> 00:15:13,750
Bulat ialah bentuk terbaik.
142
00:15:13,833 --> 00:15:17,666
Cahayanya akan melengkung semula
ke arahnya tanpa sekatan,
143
00:15:17,750 --> 00:15:21,791
dan menghasilkan kuasa
yang tidak terbatas.
144
00:15:22,791 --> 00:15:26,791
Kamu sanggup letakkan kuasa itu
atas kepala satu makhluk?
145
00:15:26,875 --> 00:15:29,875
Bukan makhluk sembarangan, tuanku.
Tapi tuanku.
146
00:15:33,500 --> 00:15:35,583
Kata-kata itu sangat berbahaya…
147
00:15:35,666 --> 00:15:38,000
Kadangkala, bahaya saja pilihan yang ada.
148
00:15:38,083 --> 00:15:40,041
Jika tidak, patik takkan ada di sini.
149
00:15:40,125 --> 00:15:42,208
Kamu tak patut langsung berada di sini.
150
00:15:43,333 --> 00:15:45,458
Tuanku, berilah kami masa
151
00:15:45,541 --> 00:15:48,375
untuk kami kumpulkan tukang
dan cuba teori Celebrimbor…
152
00:15:48,458 --> 00:15:49,791
Kita kesuntukan masa.
153
00:15:49,875 --> 00:15:52,083
-Ya, sebab itulah…
-Ia terlalu suntuk.
154
00:15:53,625 --> 00:15:58,125
Sejak gunung itu meletus,
banyak daun Pokok Besar yang gugur.
155
00:15:58,750 --> 00:16:00,833
Tak lama lagi, daun terakhir akan gugur.
156
00:16:00,916 --> 00:16:05,333
Melainkan orang kita berpindah,
kita juga akan gugur.
157
00:16:08,125 --> 00:16:12,125
Tiada Elf lain yang terdesak
mencari jawapannya berbanding beta.
158
00:16:13,083 --> 00:16:18,750
Tapi jika ini boleh menyelamatkan kita,
ia sepatutnya dibuat lebih awal.
159
00:16:18,833 --> 00:16:20,916
Memang pun.
160
00:16:21,708 --> 00:16:23,916
Tapi cuma selepas orang Benua Selatan itu…
161
00:16:24,000 --> 00:16:26,416
Lelaki marhaen itu? Ini ideanya?
162
00:16:26,500 --> 00:16:30,000
Cadangannya cuma pencetus
yang membuka jalan kepada jawapan.
163
00:16:30,083 --> 00:16:34,750
Kita di ambang penciptaan kuasa baru.
164
00:16:34,833 --> 00:16:37,875
Bukan kuasa kekuatan, tapi semangat.
165
00:16:37,958 --> 00:16:40,458
Bukan untuk mengarah,
tapi menguasai minda.
166
00:16:42,166 --> 00:16:43,916
Ini…
167
00:16:44,000 --> 00:16:47,541
Ini kuasa Alam Ghaib.
168
00:16:49,250 --> 00:16:52,500
Maaf, Lord Celebrimbor.
169
00:16:53,250 --> 00:16:56,625
Beta perintahkan kamu
agar membubarkan kota
170
00:16:56,708 --> 00:16:59,708
dan pulang ke Lindon serta-merta.
171
00:17:00,458 --> 00:17:01,875
Semuanya sekali.
172
00:17:16,083 --> 00:17:19,833
Perkataan itu, "menguasai minda."
173
00:17:20,791 --> 00:17:22,208
Dari mana awak mendengarnya?
174
00:17:26,041 --> 00:17:29,750
Semasa berbincang dengan tukang, saya…
175
00:17:31,500 --> 00:17:34,666
-Rasanya ia kata-kata saya sendiri.
-Halbrand ada ketika itu?
176
00:17:36,666 --> 00:17:39,833
Kenapa awak mahu tahu? Ia dah berakhir.
177
00:17:43,625 --> 00:17:45,125
Tuanku, tunggu!
178
00:17:45,916 --> 00:17:47,916
-Maaf…
-Beri patik tiga bulan.
179
00:17:48,458 --> 00:17:50,458
Patik berhak diberikan masa.
180
00:17:50,541 --> 00:17:53,666
Kamu tak berhak dapat apa-apa.
181
00:17:54,416 --> 00:17:56,416
Jika begitu, jangan anggap ia ganjaran.
182
00:17:58,291 --> 00:17:59,875
Anggap ia satu permintaan.
183
00:18:01,291 --> 00:18:04,458
Ia harapan palsu, Elrond.
184
00:18:04,541 --> 00:18:06,583
Palsu semata-mata. Itu hakikatnya.
185
00:18:06,666 --> 00:18:12,083
"Jangan memperlekehkan harapan.
walaupun ia sekecil zarah."
186
00:18:13,041 --> 00:18:15,375
Tuanku dah lupa nasihat tuanku sendiri?
187
00:19:09,166 --> 00:19:13,750
Saya mahu salasilah keluarga diraja.
Apa-apa saja berkaitan Benua Selatan.
188
00:19:13,833 --> 00:19:16,833
Kita tak simpan banyak rekod
kerajaan manusia.
189
00:19:16,916 --> 00:19:19,666
Saya perlu kaji
kubur bawah tanah untuk rekodnya.
190
00:19:19,750 --> 00:19:21,791
-Mari.
-Tiga minggu.
191
00:19:21,875 --> 00:19:25,125
Tiga minggu untuk kerja
yang memakan masa tiga abad.
192
00:19:25,208 --> 00:19:28,208
Kadangkala, keperluan melahirkan ciptaan.
193
00:19:29,375 --> 00:19:32,041
Pergi. Jangan beritahu sesiapa.
194
00:19:36,250 --> 00:19:37,916
Jangan takut.
195
00:19:38,000 --> 00:19:41,083
Celebrimbor akan jumpa jalannya.
Saya pasti.
196
00:19:41,583 --> 00:19:44,583
Tiba-tiba saja, kalian berkawan rapat.
197
00:19:44,666 --> 00:19:47,333
Saya cuma beri bantuan
setakat yang saya mampu.
198
00:19:49,791 --> 00:19:52,875
Terus terang, saya masih sukar percaya.
199
00:19:53,791 --> 00:19:56,750
Lelaki seperti saya, di sini,
200
00:19:58,041 --> 00:20:00,625
bekerja dengan tukang besi Elf di Eregion.
201
00:20:04,833 --> 00:20:06,250
Terima kasih, Galadriel.
202
00:20:07,541 --> 00:20:08,958
Kerana bawa awak ke sini?
203
00:20:09,916 --> 00:20:11,333
Kerana menyelamatkan saya.
204
00:20:11,416 --> 00:20:15,500
Awak selamatkan saya.
Tiada lagi hutang antara kita.
205
00:20:15,583 --> 00:20:16,916
Tidak.
206
00:20:17,000 --> 00:20:19,583
Bantuan awak jauh lebih banyak.
207
00:20:20,875 --> 00:20:22,625
Saya sebenarnya dah putus asa.
208
00:20:22,708 --> 00:20:26,000
Tapi awak percayakan saya.
209
00:20:26,083 --> 00:20:27,958
Awak nampak kekuatan dalam diri saya.
210
00:20:28,041 --> 00:20:31,125
Awak galakkan saya untuk mencapai
keupayaan sebenar saya.
211
00:20:32,916 --> 00:20:34,500
Saya takkan melupakannya.
212
00:20:38,625 --> 00:20:41,500
Saya juga akan pastikan
orang lain juga tak lupa.
213
00:21:01,583 --> 00:21:03,916
Jangan takut, tuan.
214
00:21:04,458 --> 00:21:10,208
Makin kuasa tuan bangkit,
makin terbuka tudungnya.
215
00:21:10,958 --> 00:21:12,041
Kelubung?
216
00:21:12,125 --> 00:21:17,041
Yang menutupi minda tuan dan diletakkan
oleh mereka yang menghumban tuan ke sini.
217
00:21:17,125 --> 00:21:21,583
Tapi kami datang untuk menyambut tuan,
218
00:21:22,250 --> 00:21:25,083
dan membawa tuan ke tanah kami.
219
00:21:26,000 --> 00:21:27,083
Tanah kamu?
220
00:21:27,166 --> 00:21:28,791
Tuan tahu tempatnya.
221
00:21:35,375 --> 00:21:37,083
Bintang-bintang itu.
222
00:21:37,166 --> 00:21:40,333
Namanya Topi Pertapa.
223
00:21:41,583 --> 00:21:44,625
Corak yang hanya kelihatan di satu tempat.
224
00:21:45,708 --> 00:21:50,541
Jauh di sebelah timur
dengan gugusan bintang tersendiri.
225
00:21:51,375 --> 00:21:54,833
Wilayah Rhûn.
226
00:21:55,958 --> 00:21:57,875
-Rhûn.
-Ya.
227
00:21:58,708 --> 00:22:04,541
Di sana tuan akan akhirnya diiktiraf
sebagai diri tuan yang sebenar.
228
00:22:04,625 --> 00:22:09,291
Tuan jatuh dari bintang.
Namun, bintang pun tak seagung tuan.
229
00:22:09,375 --> 00:22:12,125
Sesungguhnya, api pun akur
akan perintah tuan.
230
00:22:12,208 --> 00:22:17,041
Tuan jatuh dalam kalangan hama,
namun, hama pun menggeruni tuan.
231
00:22:17,125 --> 00:22:19,541
Menggeletar ketakutan apabila tuan murka.
232
00:22:19,625 --> 00:22:24,291
Angin dan air, panas dan sejuk.
233
00:22:24,375 --> 00:22:28,083
Di Rhûn, tuan akan belajar
mengawal semuanya.
234
00:22:28,166 --> 00:22:34,166
Semua makhluk yang berjalan,
mahupun merangkak akan menjadi hamba tuan.
235
00:22:35,125 --> 00:22:38,541
-Kerana tuan Lord Sauron.
-Kerana tuan Lord Sauron.
236
00:22:58,000 --> 00:22:59,166
Cukup!
237
00:23:08,666 --> 00:23:11,625
Lama-kelamaan, dia akan belajar
mengawal kuasanya.
238
00:23:13,000 --> 00:23:14,833
Buat masa ini, ikat dia.
239
00:23:22,125 --> 00:23:23,541
Kenapa?
240
00:23:37,083 --> 00:23:41,583
Dalam banyak-banyak idea,
ini idea paling bodoh.
241
00:23:41,666 --> 00:23:43,458
Awak ada idea lebih baik?
242
00:23:49,791 --> 00:23:50,958
Yang ketiga dah tiada.
243
00:23:51,916 --> 00:23:53,500
Ke mana dia pergi?
244
00:23:53,583 --> 00:23:56,416
Lagi sikit, lagi bagus.
Sekaranglah peluang kita.
245
00:24:53,625 --> 00:24:54,583
Hei!
246
00:24:55,125 --> 00:24:57,125
Brandyfoot! Lari!
247
00:25:05,583 --> 00:25:06,791
Sadoc!
248
00:25:56,833 --> 00:25:59,666
Tuan, bawa bertenang.
249
00:26:01,708 --> 00:26:03,541
Nori, mari kita pergi!
250
00:26:56,041 --> 00:26:57,375
Ayuh!
251
00:27:21,166 --> 00:27:22,291
Biar dia lihat.
252
00:28:33,500 --> 00:28:34,958
Ambillah.
253
00:28:35,708 --> 00:28:37,541
Kami perlukan awak. Tolonglah ambil.
254
00:28:38,583 --> 00:28:41,875
Tinggalkan saya, kerana saya mungkin…
255
00:28:43,958 --> 00:28:46,666
Saya akan cederakan awak. Lagi.
256
00:28:46,750 --> 00:28:49,833
Apa mereka dah buat kepada awak?
257
00:28:49,916 --> 00:28:53,333
Mereka tunjukkan diri sebenar saya.
258
00:28:55,916 --> 00:28:57,916
Awak saja yang boleh buat begitu.
259
00:28:59,083 --> 00:29:02,000
Kita yang tentukan diri kita.
260
00:29:16,208 --> 00:29:17,625
Awak di sini untuk membantu.
261
00:29:19,666 --> 00:29:20,833
Saya tahu.
262
00:29:38,916 --> 00:29:42,333
Tutuplah mata. Sakitnya hanya seketika.
263
00:29:44,416 --> 00:29:45,291
Tidak!
264
00:30:11,958 --> 00:30:14,291
Kamu datang dari dalam kegelapan.
265
00:30:15,833 --> 00:30:18,041
Kepada kegelapanlah nyah kamu pulang!
266
00:30:18,125 --> 00:30:22,625
-Dia bukan Sauron.
-Tapi yang satu lagi. Istar. Dia…
267
00:30:22,708 --> 00:30:24,333
Saya baik.
268
00:31:06,041 --> 00:31:06,875
Nori!
269
00:31:18,291 --> 00:31:19,458
Sadoc?
270
00:31:28,666 --> 00:31:32,166
Jangan bergerak.
Kami akan bawa awak balik.
271
00:31:32,791 --> 00:31:34,208
Maaf, kawan.
272
00:31:34,625 --> 00:31:38,375
Rasanya, saya terpaksa melencong.
273
00:31:40,708 --> 00:31:42,083
En. Burrows...
274
00:31:42,166 --> 00:31:44,291
Tak apa, Proudfellow.
275
00:31:46,291 --> 00:31:47,916
Isteri saya dah menunggu.
276
00:31:49,625 --> 00:31:54,458
Kalau boleh, saya nak duduk sebentar,
277
00:31:55,791 --> 00:31:57,208
tengok matahari terbit.
278
00:33:12,458 --> 00:33:16,083
Satu, dua, tiga,
279
00:33:16,166 --> 00:33:20,208
empat, lima, enam,
280
00:33:20,291 --> 00:33:22,666
tujuh, lapan…
281
00:33:25,166 --> 00:33:26,250
Ada sembilan…
282
00:33:27,708 --> 00:33:29,208
Anak tangga ke tiang utama.
283
00:33:38,000 --> 00:33:39,250
Syabas, tuanku.
284
00:33:39,333 --> 00:33:42,750
Jika kamu perkecilkan beta lagi,
beta akan turunkan pangkat kamu.
285
00:33:44,875 --> 00:33:46,291
Mari.
286
00:33:48,541 --> 00:33:49,375
Patik bantu.
287
00:33:55,625 --> 00:33:57,291
Tapi siapa bantu kamu?
288
00:34:02,333 --> 00:34:03,833
Kamu juga dah kehilangan,
289
00:34:04,791 --> 00:34:09,541
dan beta faham jika kamu mahu ambil cuti.
290
00:34:13,916 --> 00:34:18,875
Tuanku pernah tanya patik
sebab patik selamatkan Galadriel.
291
00:34:20,250 --> 00:34:22,375
Patik kata patik buat kerana terpaksa.
292
00:34:23,875 --> 00:34:26,541
Tapi sebenarnya, patik boleh biarkan saja.
293
00:34:27,166 --> 00:34:29,916
Boleh tolak seruannya
untuk ke Buana Tengah.
294
00:34:31,583 --> 00:34:33,583
Atau tak izinkan anak patik pergi.
295
00:34:35,750 --> 00:34:38,916
Namun, patik buat
semua pilihan itu kerana…
296
00:34:40,375 --> 00:34:41,791
Kenapa, Elendil?
297
00:34:44,458 --> 00:34:48,416
Kerana "Elendil" bukan saja bermakna
"Lelaki yang sukakan cakerawala."
298
00:34:49,750 --> 00:34:52,166
Patik cuma tak sangka
semuanya akan jadi begini.
299
00:35:04,083 --> 00:35:09,083
Ayahanda beta pernah kata bahawa Setiawan
300
00:35:09,166 --> 00:35:11,166
sedia berkorban jiwa dan raga…
301
00:35:12,916 --> 00:35:15,333
Walaupun korbannya tak dapat dijangka,
302
00:35:17,583 --> 00:35:20,583
tapi mereka yakin
bahawa ganjarannya berbaloi.
303
00:35:25,791 --> 00:35:28,791
Kadangkala, korbannya terlalu besar.
304
00:35:33,000 --> 00:35:34,250
Benar.
305
00:35:36,750 --> 00:35:39,500
Jika begitu,
kita terpaksalah terus berkhidmat.
306
00:35:42,250 --> 00:35:47,000
Tapi patik akan pastikan
ganjaran setara korbannya.
307
00:35:48,791 --> 00:35:50,208
Walau apa saja yang berlaku?
308
00:35:51,416 --> 00:35:52,833
Walau apa saja yang berlaku.
309
00:36:03,500 --> 00:36:06,666
Kapten. Kami dah nampak Númenor.
310
00:36:12,791 --> 00:36:14,208
Tuanku.
311
00:36:42,041 --> 00:36:45,333
Elendil, kenapa? Apa masalahnya?
312
00:36:50,958 --> 00:36:52,208
Kenapa?
313
00:36:53,708 --> 00:36:54,958
Apa yang kamu nampak?
314
00:37:46,291 --> 00:37:47,541
Apa yang berlaku?
315
00:37:49,583 --> 00:37:51,833
Mithril liat sifatnya.
316
00:37:53,750 --> 00:37:57,750
Ia enggan bergabung
dengan bijih yang tak setaraf dengannya.
317
00:37:57,833 --> 00:38:00,500
Menggunakan kuasa Dunia Nyata dan Ghaib
318
00:38:00,583 --> 00:38:03,333
berjaya mengaburkan sempadan
antara kedua-duanya.
319
00:38:03,416 --> 00:38:04,583
Ini tak masuk akal.
320
00:38:04,666 --> 00:38:07,375
Kita dah guna banyak tekanan
untuk menggabungkannya.
321
00:38:07,458 --> 00:38:10,708
-Ia sepatutnya berpadu kali ini!
-Sabar. Ini satu proses.
322
00:38:10,791 --> 00:38:13,666
Bukan setiap langkah membawa kita
ke depan. Ia ambil masa.
323
00:38:13,750 --> 00:38:15,625
-Masa? Kita tak ada masa.
-Masa…
324
00:38:15,708 --> 00:38:18,000
Cukuplah untuk hari ini.
325
00:38:18,083 --> 00:38:21,041
Mungkin kita terlalu memaksa diri.
326
00:38:21,125 --> 00:38:23,291
"Terlalu memaksa diri."
327
00:38:28,291 --> 00:38:30,041
Mungkin itulah masalahnya.
328
00:38:31,541 --> 00:38:34,291
Mungkin kita guna terlalu banyak tekanan.
329
00:38:34,375 --> 00:38:36,416
Apa maksudnya?
330
00:38:36,500 --> 00:38:39,666
Mungkin logam-logam itu
tak patut dipaksa untuk bergabung…
331
00:38:39,750 --> 00:38:43,666
Tapi patut disatukan
dan digalakkan berpadu.
332
00:38:43,750 --> 00:38:47,666
Kalau itu benar, cara kita terbalik.
333
00:38:50,041 --> 00:38:53,166
Cepat. Pisahkan semuanya.
Kita buat semula.
334
00:38:59,000 --> 00:39:00,208
Cik puan.
335
00:39:27,625 --> 00:39:28,833
Galadriel!
336
00:39:30,958 --> 00:39:32,041
Kami dah jumpa.
337
00:39:32,708 --> 00:39:34,916
Entah kenapa kami tak perasan sebelum ini.
338
00:39:35,416 --> 00:39:37,500
Kuasanya terlalu hebat untuk satu objek.
339
00:39:38,291 --> 00:39:39,625
Kita perlukan dua objek.
340
00:39:40,666 --> 00:39:41,875
Jadi, kami buat dua.
341
00:39:41,958 --> 00:39:44,250
-Dua mahkota?
-Bukan mahkota.
342
00:39:44,625 --> 00:39:46,625
Ia perlu…
343
00:39:47,666 --> 00:39:48,875
Lebih kecil.
344
00:39:49,541 --> 00:39:51,208
Mari, tengoklah sendiri.
345
00:39:51,750 --> 00:39:53,833
Sebelum itu, beritahu saya awak siapa.
346
00:39:55,875 --> 00:39:57,458
Awak kenal saya.
347
00:39:57,541 --> 00:39:59,458
Diri awak yang sebenar.
348
00:40:01,541 --> 00:40:03,541
Galadriel, malangnya saya tak…
349
00:40:04,875 --> 00:40:07,291
Raja Benua Selatan tak wujud.
350
00:40:08,000 --> 00:40:09,583
Susur galurnya dah berakhir.
351
00:40:10,500 --> 00:40:14,166
Pembawa terakhir lambang itu
mati lebih seribu tahun yang lalu.
352
00:40:15,291 --> 00:40:16,875
Dia tiada waris.
353
00:40:32,000 --> 00:40:34,583
Saya dah kata saya menemuinya pada mayat.
354
00:40:34,666 --> 00:40:35,916
Tidak.
355
00:40:36,583 --> 00:40:38,583
Di atas rakit itu, awak selamatkan saya…
356
00:40:38,666 --> 00:40:40,416
Ketika itu, awak selamatkan saya.
357
00:40:40,500 --> 00:40:43,333
Awak pujuk Míriel agar selamatkan
Manusia Buana Tengah.
358
00:40:43,416 --> 00:40:46,458
Awak yang pujuk dia.
Saya mahu kekal di Númenor.
359
00:40:46,541 --> 00:40:48,666
Awak berjuang bersama saya.
360
00:40:48,750 --> 00:40:51,916
Untuk menentang musuh awak,
dan musuh saya.
361
00:40:56,708 --> 00:40:58,125
Siapakah nama awak?
362
00:41:00,875 --> 00:41:04,708
Saya berjaga sejak sebelum
keheningan pertama terpecah.
363
00:41:05,583 --> 00:41:09,083
Pada masa itu, saya ada banyak nama.
364
00:41:34,333 --> 00:41:36,333
Adik terjatuh lagi?
365
00:41:40,791 --> 00:41:42,958
Jatuh sikit saja.
366
00:41:57,000 --> 00:41:58,083
Bangunlah.
367
00:41:58,166 --> 00:42:01,583
Jangan ganggu fikiran saya.
368
00:42:02,166 --> 00:42:03,833
Adik, tolonglah.
369
00:42:06,416 --> 00:42:07,791
Pandang abang.
370
00:42:09,208 --> 00:42:10,625
Galadriel.
371
00:42:22,416 --> 00:42:24,041
Pisau abang.
372
00:42:25,625 --> 00:42:27,791
Kamu simpan selama ini.
373
00:42:30,833 --> 00:42:32,833
Kamu sangat berani.
374
00:42:35,416 --> 00:42:39,416
Kamu berjuang bersungguh-sungguh.
Bertahun-tahun lamanya.
375
00:42:40,708 --> 00:42:42,958
Untuk menyempurnakan tugas abang.
376
00:42:45,375 --> 00:42:47,541
Abang ditugaskan memburu Sauron.
377
00:42:49,208 --> 00:42:52,625
Tugas abang adalah
untuk mencapai keamanan.
378
00:42:54,916 --> 00:42:59,333
Tapi rupa-rupanya, tugas Sauron pun sama.
379
00:43:00,166 --> 00:43:01,375
Tidak.
380
00:43:03,875 --> 00:43:05,291
Abang dah mati.
381
00:43:06,166 --> 00:43:08,750
Bersama ramai Elf lain kerana angkaranya.
382
00:43:08,833 --> 00:43:10,958
Tidak, Galadriel.
383
00:43:12,750 --> 00:43:17,583
Dia mencari kuasa
bukan untuk memusnahkan Buana Tengah,
384
00:43:19,000 --> 00:43:20,166
tapi untuk pulihkan ia.
385
00:43:23,500 --> 00:43:27,625
Seperti yang rakan-rakan Elf kamu
cuba buat sekarang.
386
00:43:29,416 --> 00:43:30,916
Kamu tak perlu tipu mereka.
387
00:43:33,375 --> 00:43:35,375
Biarkan saja mereka bekerja.
388
00:43:40,666 --> 00:43:45,291
Kamu ingat bisikan abang
di bawah pokok ini?
389
00:43:51,875 --> 00:43:53,875
Sentuh kegelapan sekali lagi.
390
00:44:08,500 --> 00:44:12,500
Abang saya dah mati. Disebabkan awak.
391
00:44:12,583 --> 00:44:16,416
Galadriel. Kenapa kamu kata begitu?
392
00:44:17,208 --> 00:44:19,208
Kenapa kamu kata begitu?
393
00:44:20,250 --> 00:44:21,500
Galadriel.
394
00:44:23,291 --> 00:44:25,750
Galadriel. Pulanglah kepada abang.
395
00:44:25,833 --> 00:44:28,875
Galadriel. Pandang sini!
396
00:44:33,166 --> 00:44:35,000
Galadriel. Pandang sini.
397
00:44:39,875 --> 00:44:41,291
Awak kenal saya.
398
00:44:43,625 --> 00:44:44,708
Saya kawan awak.
399
00:44:44,791 --> 00:44:47,208
Awak rakan Morgoth.
400
00:44:52,500 --> 00:44:54,333
Selepas Morgoth ditewaskan,
401
00:44:56,625 --> 00:45:01,375
saya rasa seolah-olah cengkaman
402
00:45:02,791 --> 00:45:05,041
pada leher saya sudah dilepaskan
403
00:45:06,041 --> 00:45:08,833
dan dalam kebeningan
fajar pertama yang menyingsing itu,
404
00:45:09,750 --> 00:45:14,166
akhirnya, saya dapat merasakan
cahaya Yang Satu sekali lagi.
405
00:45:16,625 --> 00:45:20,833
Ketika itu, saya sedar,
untuk mendapatkan pengampunan…
406
00:45:22,208 --> 00:45:25,708
Saya perlu pulihkan
segala yang saya musnahkan.
407
00:45:25,791 --> 00:45:28,458
Kejahatan awak
takkan sesekali dapat ditebus.
408
00:45:28,541 --> 00:45:31,750
-Bukan itu yang awak percayai.
-Jangan sangkal cakap saya.
409
00:45:31,833 --> 00:45:33,416
Tidak. Awak yang kata sendiri.
410
00:45:33,500 --> 00:45:38,375
Selepas kita menang, awak kata saya boleh
bebaskan diri daripada perbuatan lampau.
411
00:45:38,458 --> 00:45:40,833
-Awak tipu saya.
-Saya bercakap benar.
412
00:45:40,916 --> 00:45:44,500
Saya dah kata saya jahat,
tapi awak tak peduli
413
00:45:44,583 --> 00:45:47,958
kerana awak tahu masa silam tak penting,
414
00:45:48,041 --> 00:45:49,708
berbanding masa depan.
415
00:45:50,625 --> 00:45:52,625
Mengarutlah.
416
00:45:53,916 --> 00:45:55,083
Betulkah?
417
00:46:17,291 --> 00:46:19,291
Semua orang meragui awak.
418
00:46:21,875 --> 00:46:23,875
Saya saja yang nampak kehebatan awak.
419
00:46:28,458 --> 00:46:32,041
Saya saja yang nampak sinar
dalam diri awak.
420
00:46:33,500 --> 00:46:35,916
Awak akan jadikan saya penindas.
421
00:46:36,000 --> 00:46:37,625
Saya akan jadikan awak ratu.
422
00:46:39,041 --> 00:46:41,041
Semulia laut dan matahari.
423
00:46:41,875 --> 00:46:44,458
Sekeras teras bumi.
424
00:46:45,250 --> 00:46:47,833
Awak pula. Raja.
425
00:46:49,708 --> 00:46:50,791
Ketua Kejahatan.
426
00:46:50,875 --> 00:46:53,875
Tidak. Saya tak jahat.
427
00:46:54,958 --> 00:46:56,666
Jika awak di samping saya.
428
00:46:57,958 --> 00:47:01,958
Awak pernah kata
kita ditemukan untuk tujuan tertentu.
429
00:47:04,291 --> 00:47:05,625
Inilah tujuannya.
430
00:47:06,541 --> 00:47:10,375
Awak satukan saya dengan cahaya.
Saya satukan awak dengan kuasa.
431
00:47:12,625 --> 00:47:16,208
Bersama-sama,
kita boleh selamatkan Buana Tengah.
432
00:47:18,208 --> 00:47:19,291
Selamatkan?
433
00:47:21,041 --> 00:47:22,541
Atau perintah?
434
00:47:24,666 --> 00:47:26,333
Kedua-duanya sama saja.
435
00:47:29,458 --> 00:47:34,791
Sebab itulah saya takkan berada
di samping awak.
436
00:47:39,583 --> 00:47:40,750
Awak tiada pilihan.
437
00:47:41,208 --> 00:47:43,291
Tanpa saya, kaum awak akan lenyap.
438
00:47:43,375 --> 00:47:46,583
Kegelapan akan tersebar
dan menyelubungi seluruh dunia.
439
00:47:46,666 --> 00:47:49,250
-Awak perlukan saya.
-Saya patut biar awak di laut.
440
00:47:49,333 --> 00:47:51,791
Awak di laut kerana diusir oleh Elf.
441
00:47:51,875 --> 00:47:56,291
Diusir kerana awak merayu
agar diberikan beberapa orang askar.
442
00:47:56,375 --> 00:47:59,875
Apa mereka akan buat
jika awak kata yang kita bersekutu?
443
00:47:59,958 --> 00:48:04,541
Apabila awak beritahu mereka
yang Sauron hidup disebabkan awak?
444
00:48:04,625 --> 00:48:06,375
Awak akan mati disebabkan saya.
445
00:48:42,666 --> 00:48:44,250
Galadriel!
446
00:48:51,166 --> 00:48:52,000
Pendusta!
447
00:48:53,041 --> 00:48:55,375
Galadriel, berhenti! Ini Elrond.
448
00:48:55,458 --> 00:48:56,500
Buktikannya.
449
00:48:58,750 --> 00:49:00,166
Di mana kita berkenalan?
450
00:49:01,708 --> 00:49:03,791
Di tepi laut selepas ibu bapa saya pergi.
451
00:49:04,791 --> 00:49:08,541
Saya berseorangan, budak separa Elf
yang tiada kawan atau saudara.
452
00:49:11,625 --> 00:49:13,125
Awak beri saya air.
453
00:49:17,666 --> 00:49:18,916
Elrond.
454
00:49:22,750 --> 00:49:25,166
Á cuith tessë, Galadriel.
455
00:49:26,291 --> 00:49:29,208
Celebrimbor. Mana dia?
456
00:49:29,291 --> 00:49:32,666
Di bengkel. Kerjanya dah hampir selesai.
457
00:49:32,750 --> 00:49:34,000
Tidak!
458
00:49:34,083 --> 00:49:37,250
Galadriel! Apa yang berlaku?
459
00:49:42,541 --> 00:49:43,625
Galadriel!
460
00:49:49,083 --> 00:49:50,708
Ia dah selesai?
461
00:49:50,791 --> 00:49:53,416
Galadriel. Awak basah kuyup.
462
00:49:53,500 --> 00:49:54,583
Kenapa?
463
00:49:54,666 --> 00:49:57,583
Kerana saya tarik dia keluar
dari Sungai Glanduin.
464
00:49:57,666 --> 00:49:59,625
Glanduin? Apa yang berlaku?
465
00:49:59,708 --> 00:50:00,958
Galadriel.
466
00:50:04,250 --> 00:50:05,750
Di mana Halbrand?
467
00:50:08,208 --> 00:50:11,625
Dia dah pergi, dan mungkin takkan kembali.
468
00:50:13,041 --> 00:50:16,083
Tapi jika dia kembali,
jangan pedulikan dia.
469
00:50:17,333 --> 00:50:19,416
Apa yang berlaku di sungai itu?
470
00:50:19,500 --> 00:50:21,500
Awak pernah kata awak silap.
471
00:50:22,791 --> 00:50:24,750
Kesilapan yang awak janji takkan ulang.
472
00:50:26,125 --> 00:50:28,750
Awak menyukarkan saya
untuk mengotakannya.
473
00:50:28,833 --> 00:50:31,916
Kalau mudah, awak tak perlu percaya.
474
00:50:39,375 --> 00:50:41,291
Jadi, adakah kita akan teruskannya?
475
00:50:41,375 --> 00:50:42,250
Tidak.
476
00:50:44,958 --> 00:50:46,958
Kita perlu buat tiga.
477
00:50:47,041 --> 00:50:48,875
Tiga? Kenapa tiga?
478
00:50:50,791 --> 00:50:54,625
Satu akan memesongkan. Dua akan berbalah.
479
00:50:54,750 --> 00:50:57,583
Tapi dengan tiga cincin,
keseimbangan tercapai.
480
00:51:03,375 --> 00:51:08,375
Kuasa yang kita cipta hari ini
hanya untuk Elf.
481
00:51:09,416 --> 00:51:11,416
Tak boleh disentuh oleh kaum lain.
482
00:51:12,666 --> 00:51:16,541
Galadriel, saya dapati ketulenan
483
00:51:16,625 --> 00:51:19,708
bijih tambahan dalam gabungan ini
sangat penting.
484
00:51:22,250 --> 00:51:25,666
Saya perlukan emas dan perak
yang paling bermutu tinggi.
485
00:51:27,791 --> 00:51:29,958
Emas dan perak dari Valinor.
486
00:51:34,458 --> 00:51:38,875
Ciptaan agung perlukan… pengorbanan.
487
00:51:47,083 --> 00:51:49,166
Ada apa-apa lagi yang awak ingat?
488
00:51:50,291 --> 00:51:53,708
Hanya cebisan dan gambaran.
489
00:51:55,333 --> 00:52:00,000
Saya dah makin ingat tapi saya perlu pergi
ke Rhûn untuk ingat semula semuanya.
490
00:52:02,625 --> 00:52:04,791
Mereka salah teka nama awak.
491
00:52:04,875 --> 00:52:08,375
Bagaimana kalau mereka juga silap?
Atau menipu atau…
492
00:52:08,458 --> 00:52:13,958
Saya tak dapat jelaskan
tapi saya yakin cakap mereka benar.
493
00:52:17,291 --> 00:52:18,500
Mereka…
494
00:52:19,333 --> 00:52:22,083
Mereka panggil awak
dengan nama lain, "Istar."
495
00:52:23,083 --> 00:52:24,500
Itu kaum awak?
496
00:52:26,541 --> 00:52:27,791
"Istar?"
497
00:52:31,083 --> 00:52:33,333
Dalam bahasa awak,
maknanya "yang bijaksana."
498
00:52:34,416 --> 00:52:35,250
Atau…
499
00:52:38,458 --> 00:52:39,791
"Bestari."
500
00:52:51,416 --> 00:52:53,833
Jadi, awak takkan ikut kami lagi?
501
00:52:59,625 --> 00:53:04,083
Kadangkala, haluan hidup kita ditentukan
oleh kuasa yang lebih agung.
502
00:53:04,750 --> 00:53:07,625
Pada saat sebegitu,
kita wajib menjalankan tugas
503
00:53:07,708 --> 00:53:10,958
walaupun hati kita keberatan.
504
00:53:11,041 --> 00:53:14,000
Walaupun bahaya menanti
sepanjang perjalanan.
505
00:53:16,875 --> 00:53:19,500
Bunyinya macam pengembaraan yang menarik.
506
00:53:19,583 --> 00:53:21,250
Ia perjalanan jika bersendirian.
507
00:53:22,583 --> 00:53:26,000
Jika berteman, barulah ia pengembaraan.
508
00:53:32,708 --> 00:53:36,916
Rasanya pengembaraan saya
dah cukup banyak bagi seorang Harfoot.
509
00:53:49,750 --> 00:53:53,083
Menurutnya, kalau kita menuju ke utara,
510
00:53:53,166 --> 00:53:56,666
jalan selamat selama 30 hari.
511
00:53:56,791 --> 00:53:58,875
Rumput segar dan tiada trol.
512
00:53:59,958 --> 00:54:04,416
-Hei! Kita akan turun bukit…
-Peta itu terbalik.
513
00:54:07,708 --> 00:54:11,500
Maaf. Cuma ada jalan curam
dan pokok berduri selama berminggu-minggu.
514
00:54:11,583 --> 00:54:15,000
Kalau kamu pandai sangat,
kamu jadilah perintis jalan.
515
00:54:19,083 --> 00:54:22,166
Jaga budak-budak dan kaki mengelamun.
516
00:54:22,250 --> 00:54:24,833
Jangan melencong!
517
00:54:24,916 --> 00:54:27,750
Jangan jalan bersendirian!
518
00:54:27,833 --> 00:54:30,250
Laungan Sadoc jauh lebih baik.
519
00:54:34,125 --> 00:54:36,625
Kalaulah dia masih bersama kita.
520
00:54:36,708 --> 00:54:37,916
Dia ada.
521
00:54:50,416 --> 00:54:51,250
Pergilah.
522
00:54:55,625 --> 00:54:58,083
Kamu ditakdirkan
untuk tujuan lebih penting.
523
00:55:00,208 --> 00:55:01,375
Dia perlukan kamu.
524
00:55:02,583 --> 00:55:04,750
Tempat kamu memang di luar sana.
525
00:55:19,416 --> 00:55:20,750
Selamat tinggal, Nori!
526
00:55:20,875 --> 00:55:22,291
-Selamat tinggal…
-Hati-hati!
527
00:55:26,625 --> 00:55:27,458
Jaga diri.
528
00:55:37,958 --> 00:55:40,208
-Awak dah ambil lantera?
-Mestilah.
529
00:55:40,291 --> 00:55:41,375
Bagus.
530
00:55:42,416 --> 00:55:46,000
Baiklah… Selamat tinggal.
531
00:55:49,875 --> 00:55:50,708
Nori.
532
00:55:53,458 --> 00:55:55,791
Nah. Ada siput untuk orang besar itu.
533
00:55:55,875 --> 00:55:57,750
Kamu pun tahu dia kuat makan.
534
00:55:57,833 --> 00:56:01,333
Ada selimut tambahan kalau kamu kesejukan.
535
00:56:02,750 --> 00:56:03,916
Mari sini.
536
00:56:11,166 --> 00:56:12,333
Ayah bapa tak guna.
537
00:56:13,875 --> 00:56:18,208
Kamu akan menjelajah dunia luar,
tapi ayah tak ajar kamu apa-apa pun.
538
00:56:18,291 --> 00:56:20,458
Taklah. Ayah banyak ajar saya.
539
00:56:23,250 --> 00:56:26,375
Genggam bara api, biar sampai jadi arang.
540
00:56:26,458 --> 00:56:30,541
Jangan jadi kacang yang lupakan kulit.
541
00:56:30,625 --> 00:56:35,833
Harfoot yang tak beradab
takkan dapat pergi jauh.
542
00:56:35,916 --> 00:56:37,083
Tak pergi jauh.
543
00:56:40,041 --> 00:56:42,541
Saya dengar semua nasihat ayah.
544
00:56:59,250 --> 00:57:03,750
Cari aliran sungai
dan tempat burung pipit belajar menyanyi.
545
00:57:07,500 --> 00:57:08,875
Baik, mak.
546
00:57:09,625 --> 00:57:10,833
Saya akan berhati-hati.
547
00:57:15,625 --> 00:57:16,791
Tidak.
548
00:57:22,250 --> 00:57:24,250
Kamu akan berani.
549
00:57:48,416 --> 00:57:51,708
Pergilah.
550
00:57:51,791 --> 00:57:53,250
Sebelum kamu kecut perut.
551
00:57:55,250 --> 00:57:56,875
Atau kita yang kecut perut.
552
00:58:08,250 --> 00:58:11,333
Tunggu! Nori!
553
00:58:11,416 --> 00:58:12,583
Poppy!
554
00:58:24,458 --> 00:58:28,125
Kenapa semua orang yang saya sayang
selalu tinggalkan saya?
555
00:58:29,916 --> 00:58:33,958
Saya rasa jika kita tak pergi,
kita takkan belajar benda baru.
556
00:58:40,250 --> 00:58:42,833
Awak akan pulang, bukan? Berjanjilah.
557
00:58:44,000 --> 00:58:47,500
-Awak janji akan jaga semua orang?
-Mestilah.
558
00:58:50,291 --> 00:58:54,166
Awak kawan saya paling akrab
di dunia yang luas ini.
559
00:58:54,958 --> 00:58:56,375
Apa saja untuk awak.
560
00:58:58,375 --> 00:59:02,625
Dunia ini taklah luas sangat, Poppy.
Kita saja yang kenit.
561
00:59:08,458 --> 00:59:10,458
Jangan berpisah dengan orang besar itu.
562
00:59:11,000 --> 00:59:13,000
Dia membantu apabila kita kesusahan.
563
00:59:13,083 --> 00:59:14,500
Tapi tak sebaik awak.
564
00:59:45,958 --> 00:59:48,208
-Awak pasti?
-Ya.
565
00:59:49,000 --> 00:59:51,000
Mereka melambai kepada awak.
566
00:59:52,791 --> 00:59:56,041
Kalau saya pusing,
saya tentu takkan sanggup pergi.
567
00:59:57,416 --> 01:00:01,416
Kalau begitu, lebih baik awak jalan dulu.
568
01:00:05,500 --> 01:00:09,208
Tiba-tiba saja, kaki saya terasa berat.
569
01:00:11,541 --> 01:00:14,833
Saya pun tak tahu arah yang betul.
570
01:00:27,000 --> 01:00:28,416
Itu arahnya.
571
01:00:29,916 --> 01:00:31,541
Awak pasti?
572
01:00:32,208 --> 01:00:33,625
Tak sepenuhnya.
573
01:00:34,541 --> 01:00:37,041
Ada bau yang harum dari arah itu.
574
01:00:40,083 --> 01:00:43,208
Apabila berasa sangsi,
Elanor Brandyfoot...
575
01:00:45,625 --> 01:00:47,333
percayakan hidung.
576
01:07:23,125 --> 01:07:27,500
Tiga cincin untuk raja Elf
577
01:07:27,583 --> 01:07:31,916
Di bawah langit
578
01:07:32,000 --> 01:07:35,291
Tujuh untuk pembesar Bangsa Dwarf
579
01:07:35,375 --> 01:07:40,583
Di kerajaan batu
580
01:07:40,666 --> 01:07:45,125
Sembilan untuk Manusia
581
01:07:45,208 --> 01:07:49,458
Yang akan mati
582
01:07:49,541 --> 01:07:52,791
Satu untuk Tuan Kegelapan
583
01:07:52,875 --> 01:07:57,083
Di takhta durjananya
584
01:07:57,166 --> 01:08:03,041
Di Bumi Mordor
585
01:08:03,916 --> 01:08:09,916
Tempat Bayang berkuasa
586
01:08:12,625 --> 01:08:18,625
Tempat Bayang berkuasa
587
01:08:27,333 --> 01:08:32,000
Satu Cincin menguasai semuanya
588
01:08:32,083 --> 01:08:37,000
Satu Cincin untuk mencari semuanya
589
01:08:37,083 --> 01:08:42,166
Satu Cincin untuk mengumpul semuanya
590
01:08:42,250 --> 01:08:48,250
Dan dalam kegelapan yang memberkas mereka
591
01:08:52,250 --> 01:08:58,250
Di Bumi Mordor
592
01:09:01,416 --> 01:09:07,416
Tempat Bayang berkuasa
593
01:09:10,166 --> 01:09:16,166
Tempat Bayang berkuasa
594
01:09:21,833 --> 01:09:23,833
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati
595
01:09:23,916 --> 01:09:25,916
Penyelia KreatifBima Gasendo