1
00:00:07,458 --> 00:00:08,750
Dia dah mati! Mari!
2
00:00:11,916 --> 00:00:12,958
Apa…
3
00:00:13,208 --> 00:00:15,041
Tolak ia ke atas…
4
00:00:15,125 --> 00:00:16,875
Awak dari mana?
5
00:00:23,291 --> 00:00:25,916
Dia nak kita bantu dia cari bintang itu.
6
00:00:28,208 --> 00:00:29,458
Nori?
7
00:00:33,000 --> 00:00:35,000
Saya perlu pulang ke Dunia Tengah.
8
00:00:35,041 --> 00:00:38,625
Bukan Elf yang usir kami
dari tanah air kami, tapi Orc.
9
00:00:38,708 --> 00:00:40,833
Adakah itu lambang raja orang awak?
10
00:00:40,916 --> 00:00:42,291
Kami tiada raja.
11
00:00:51,916 --> 00:00:54,458
Semua kota kara akan ditutup.
12
00:00:54,541 --> 00:00:56,000
Tengok buat kali terakhir?
13
00:00:56,083 --> 00:00:57,791
Ia dah banyak berubah, Pengawas.
14
00:00:57,875 --> 00:00:59,875
Tapi penghuni di sini masih sama.
15
00:00:59,958 --> 00:01:03,833
Kejahatan masih ada dalam diri mereka
yang menyokong Morgoth.
16
00:01:03,916 --> 00:01:07,500
- Ada orang gali laluan ini.
- Atau sesuatu. Ini bukan kerja manusia.
17
00:03:27,041 --> 00:03:28,125
Teruskannya.
18
00:03:33,458 --> 00:03:36,083
Kamu! Tambat dia.
19
00:03:36,666 --> 00:03:38,291
Humban dia dengan yang lain.
20
00:03:38,375 --> 00:03:41,958
Kau buatlah. Aku dah berjemur
semasa bekerja semalam.
21
00:03:42,041 --> 00:03:46,916
Kalau Adar dah takdirkan kau berjemur
sampai hitam, kau kenalah buat.
22
00:03:47,000 --> 00:03:50,333
Baiklah, kerana Adar, bukan kerana kau!
23
00:03:56,500 --> 00:03:58,916
Demi Adar!
24
00:04:09,458 --> 00:04:11,333
Masa rehat dah tamat, pemalas.
25
00:04:11,416 --> 00:04:12,666
Sekarang, gali.
26
00:05:04,583 --> 00:05:05,625
Dia masih hidup.
27
00:05:15,833 --> 00:05:19,541
Pemilik kapal ini,
penyelamat atau penawan?
28
00:05:20,166 --> 00:05:22,666
Ia tak beracun,
jika itu yang awak bimbangkan.
29
00:05:25,750 --> 00:05:27,166
Tak beracun bagi manusia.
30
00:06:23,416 --> 00:06:26,833
Eldar berada di atas kapal saya?
31
00:06:30,000 --> 00:06:31,541
Pelik sekali.
32
00:06:31,625 --> 00:06:32,958
Kapal apakah ini?
33
00:06:33,041 --> 00:06:36,541
Bertenang. Saya harus menyerahkan awak
kepada orang atasan saya.
34
00:06:36,625 --> 00:06:38,958
Mereka akan jawab semua soalan awak.
35
00:06:39,041 --> 00:06:40,666
Kita menuju ke mana?
36
00:06:41,541 --> 00:06:44,375
Tengoklah sendiri. Kita dah hampir tiba.
37
00:06:45,125 --> 00:06:46,291
Hampir ke mana?
38
00:06:51,125 --> 00:06:52,208
Tanah air.
39
00:07:46,041 --> 00:07:47,458
Tempat apakah ini?
40
00:07:48,916 --> 00:07:51,166
Tak lain dan tak bukan,
41
00:07:51,250 --> 00:07:52,916
Dunia Bintang.
42
00:07:54,000 --> 00:07:56,458
Dunia manusia paling barat.
43
00:07:58,125 --> 00:08:02,291
Kerajaan Pulau Númenor.
44
00:08:03,750 --> 00:08:05,000
Perlahankan kapal!
45
00:08:57,916 --> 00:09:00,041
- Itu Elfkah?
- Tak nampak apa-apa…
46
00:09:01,833 --> 00:09:05,041
Sejak bila Manusia macam saya
pandai bina kerajaan sebegini?
47
00:09:07,125 --> 00:09:08,958
Manusia ini bukan macam awak.
48
00:09:11,083 --> 00:09:14,791
Semasa Perang Besar,
nenek moyang awak sokong Morgoth.
49
00:09:15,750 --> 00:09:17,625
Mereka sokong Elf.
50
00:09:18,166 --> 00:09:21,041
Sebagai ganjaran,
Valar anugerahi mereka pulau ini,
51
00:09:21,125 --> 00:09:23,125
yang kini telah banyak berubah.
52
00:09:23,208 --> 00:09:25,500
Bunyinya macam awak iri hati.
53
00:09:26,416 --> 00:09:27,833
Tidak, bukan iri hati.
54
00:09:28,416 --> 00:09:29,541
Dukacita.
55
00:09:30,458 --> 00:09:33,458
Dulu, Elf bebas datang
dan pergi dari sini.
56
00:09:33,541 --> 00:09:35,291
Kami bagaikan bersaudara.
57
00:09:36,083 --> 00:09:39,000
Bertukar-tukar hadiah dan ilmu.
58
00:09:39,083 --> 00:09:40,708
Apa yang berlaku?
59
00:09:40,791 --> 00:09:42,750
Númenor halau kapal kami.
60
00:09:42,833 --> 00:09:44,875
Akhirnya, mereka putuskan hubungan.
61
00:09:44,958 --> 00:09:46,041
Kenapa?
62
00:09:47,666 --> 00:09:49,375
Nanti kita tahulah.
63
00:09:49,458 --> 00:09:50,625
Jangan berhenti.
64
00:09:52,625 --> 00:09:55,333
Kamu tentu tak mahu sesat
di sini tanpa pengiring.
65
00:09:57,500 --> 00:09:59,041
Letak dengan yang lain.
66
00:09:59,666 --> 00:10:00,666
Terlalu panas.
67
00:10:32,291 --> 00:10:34,375
Bawa bersabar.
68
00:10:34,916 --> 00:10:36,916
Kita warga Númenor.
69
00:10:37,000 --> 00:10:41,500
Mari kita ketepikan sejarah buat masa ini
dan jaga adab kita.
70
00:10:42,291 --> 00:10:45,000
Jangan cuba cari gaduh dengan mereka.
71
00:10:45,083 --> 00:10:47,416
Kapten. Ratu sedang sibuk.
72
00:10:47,500 --> 00:10:50,041
Begitu juga Canselor Pharazôn.
Lebih baik tuan…
73
00:11:19,416 --> 00:11:20,416
Melutut.
74
00:11:20,791 --> 00:11:22,291
Kami tak melutut di Númenor.
75
00:11:25,166 --> 00:11:26,166
Maaf.
76
00:11:28,708 --> 00:11:30,083
Cakap, Elf.
77
00:11:31,833 --> 00:11:33,000
Siapa nama kamu?
78
00:11:37,708 --> 00:11:39,833
Galadriel daripada suku Noldor.
79
00:11:40,833 --> 00:11:44,375
Anak Wangsa Finarfin.
80
00:11:44,458 --> 00:11:48,500
Komander Tentera Utara Raja Gil-galad.
81
00:11:53,625 --> 00:11:54,833
Halbrand.
82
00:11:55,666 --> 00:11:57,541
Dari Tanah Selatan.
83
00:11:58,125 --> 00:12:00,416
Manusia dan Elf, bersama?
84
00:12:01,000 --> 00:12:02,208
Takdir yang menentukan.
85
00:12:02,291 --> 00:12:05,416
Kami bersama tanpa sengaja
dan bertemu di laut terbuka.
86
00:12:06,250 --> 00:12:09,250
Kapten tuan telah menyelamatkan kami
daripada maut.
87
00:12:10,125 --> 00:12:14,166
Kami cuma berharap
Númenor terus mengasihani kami
88
00:12:14,250 --> 00:12:16,791
dan beri kami kapal untuk ke Dunia Tengah.
89
00:12:20,208 --> 00:12:22,416
Sudah lama kapal Númenor
90
00:12:22,500 --> 00:12:25,375
tak dibenarkan pergi ke sana
bagi pihak Elf.
91
00:12:25,458 --> 00:12:28,875
Kerana Elflah pulau ini dikurniakan
kepada tuan.
92
00:12:28,958 --> 00:12:31,708
Takkanlah tuan tak boleh
beri kami sebuah kapal.
93
00:12:35,125 --> 00:12:37,958
Nenek moyang kami tak dikurniakan apa-apa.
94
00:12:39,666 --> 00:12:43,125
Mereka tumpahkan darah demi pulau ini.
95
00:12:43,208 --> 00:12:44,458
Maksud Elf ini…
96
00:12:44,541 --> 00:12:47,625
Jika darah perlu tumpah, saya rela.
97
00:12:48,541 --> 00:12:50,500
Tapi yang pasti, saya akan ke sana.
98
00:12:51,416 --> 00:12:52,916
Beta alu-alukan cubaan kamu.
99
00:12:53,458 --> 00:12:55,291
Saya tak perlu dialu-alukan.
100
00:12:56,083 --> 00:12:58,791
Kehadiran kamu pun makin tak dialu-alukan.
101
00:12:58,875 --> 00:13:00,541
- Pengawal!
- Kawan-kawan.
102
00:13:02,083 --> 00:13:06,208
Nampaknya niat kami untuk berangkat
menimbulkan beberapa masalah.
103
00:13:07,000 --> 00:13:09,333
Mungkin lebih baik jika kami tinggal…
104
00:13:09,416 --> 00:13:13,125
- Tinggal?
- Cukup lama, wahai ratu yang mulia,
105
00:13:13,208 --> 00:13:17,500
untuk tuanku dan penasihat tuanku
mempertimbangkan permintaan kami.
106
00:13:19,458 --> 00:13:21,125
Mungkin selama beberapa hari?
107
00:13:26,000 --> 00:13:30,000
Tiga hari, dan Elf itu
dilarang meninggalkan kawasan istana.
108
00:13:30,083 --> 00:13:31,625
Saya enggan dikurung.
109
00:13:31,708 --> 00:13:33,416
Saya lebih sanggup seksa kuda
110
00:13:33,500 --> 00:13:37,333
daripada mengurung komander
Tentera Utara yang gagah perkasa.
111
00:13:38,958 --> 00:13:41,375
Maka, kamu tetamu Númenor.
112
00:13:48,666 --> 00:13:49,916
Kapten.
113
00:13:52,375 --> 00:13:53,375
Terima kasih.
114
00:14:02,416 --> 00:14:03,791
"Ratu yang mulia?"
115
00:14:04,833 --> 00:14:07,333
Tanah Selatan takkan ke mana-mana.
116
00:14:07,416 --> 00:14:08,583
Penduduknya bagaimana?
117
00:14:08,666 --> 00:14:10,708
Tengoklah. Tempat ini bagaikan syurga.
118
00:14:10,791 --> 00:14:12,208
Kaya dengan jutaan peluang.
119
00:14:12,833 --> 00:14:15,500
Awak ingat saya suka
menempah maut bersama awak?
120
00:14:15,583 --> 00:14:17,833
Awak terjun laut demi seorang.
121
00:14:17,916 --> 00:14:19,250
Saya utamakan ramai orang.
122
00:14:19,333 --> 00:14:22,375
Saya sudah lama mencari ketenangan jiwa.
123
00:14:23,166 --> 00:14:26,583
Tolonglah, demi kebaikan kita,
biarlah saya merasainya.
124
00:14:31,583 --> 00:14:33,833
Mungkin awak juga perlukannya.
125
00:14:45,333 --> 00:14:46,833
Tapi setidak-tidaknya,
126
00:14:48,458 --> 00:14:50,666
janganlah cari musuh baru.
127
00:15:01,041 --> 00:15:03,416
Masalah ini perlu diselesaikan segera.
128
00:15:03,500 --> 00:15:04,666
Dia cuma seorang.
129
00:15:04,750 --> 00:15:07,000
Kerana seorang, dunia boleh huru-hara.
130
00:15:07,750 --> 00:15:10,833
Jangan sampai kita berperang
seperti zaman mantan raja.
131
00:15:12,958 --> 00:15:14,541
Ceritalah tentang kapten itu.
132
00:15:14,625 --> 00:15:16,583
Namanya Elendil.
133
00:15:17,125 --> 00:15:21,166
Berketurunan bangsawan,
kini dia Pengawal Laut dan anak lelakinya,
134
00:15:21,250 --> 00:15:24,625
kalau tak silap,
akan menuruti jejak langkahnya.
135
00:15:26,083 --> 00:15:27,208
Tarik!
136
00:15:28,166 --> 00:15:30,625
Beramai-ramai!
137
00:15:40,500 --> 00:15:41,875
Tarik!
138
00:15:43,583 --> 00:15:47,416
Tarik tali lagi laju
kalau kamu mahu sertai pasukan saya!
139
00:15:48,791 --> 00:15:51,458
Ayuh, kadet!
140
00:15:52,208 --> 00:15:54,166
Beramai-ramai!
141
00:16:02,875 --> 00:16:05,000
Isildur...
142
00:16:05,083 --> 00:16:06,250
Isildur!
143
00:16:07,000 --> 00:16:08,083
Isildur!
144
00:16:08,750 --> 00:16:13,416
Kadet yang layak menyertai
angkatan Pengawal Laut
145
00:16:13,500 --> 00:16:17,000
bukan sekadar menjadi pelindung Númenor.
146
00:16:17,083 --> 00:16:18,166
Bukan yang itu!
147
00:16:21,625 --> 00:16:22,750
Imrahil!
148
00:16:22,833 --> 00:16:26,208
Kiri! Bawa ke sebelah kiri!
149
00:16:27,125 --> 00:16:29,208
Valandil! Ontamo!
150
00:16:32,125 --> 00:16:33,125
Tolong! Tarik!
151
00:16:36,875 --> 00:16:39,875
Kerjasama, kadet! Sambung semula!
152
00:16:50,166 --> 00:16:53,708
Tiada panduan lain setegas laut.
153
00:17:33,083 --> 00:17:35,500
Laut sentiasa benar!
154
00:17:36,125 --> 00:17:38,125
Laut sentiasa benar!
155
00:17:42,333 --> 00:17:43,666
Kasihan Imrahil.
156
00:17:44,416 --> 00:17:47,416
Ayahnya mungkin
akan halau dia keluar rumah.
157
00:17:48,125 --> 00:17:49,958
Isil pun sama saja.
158
00:17:51,000 --> 00:17:51,833
Saya?
159
00:17:51,916 --> 00:17:55,166
Awak mengelamun sepanjang hari.
Apa masalahnya?
160
00:17:55,250 --> 00:17:57,458
Saya tak sabar keluar belayar. Itu saja.
161
00:17:58,833 --> 00:18:00,833
Sembilan hari lagi!
162
00:18:00,916 --> 00:18:03,916
Kalau lulus Ujian Laut,
dalam empat tahun, kita jadi pegawai.
163
00:18:04,000 --> 00:18:05,916
Selepas 10 tahun, kita jadi nakhoda.
164
00:18:06,000 --> 00:18:07,958
- Lagi lapan tahun.
- Rasanya18 tahun.
165
00:18:08,041 --> 00:18:10,166
Isildur! Adik awak datang.
166
00:18:15,708 --> 00:18:16,875
Kamu sampai pun.
167
00:18:17,833 --> 00:18:19,500
Berek, sayang.
168
00:18:19,583 --> 00:18:21,750
Tengoklah, dia tak melukis kali ini.
169
00:18:21,833 --> 00:18:24,500
Kamu tak perlu datang dari jauh
untuk jumpa abang.
170
00:18:24,583 --> 00:18:26,958
- Isil, nak minum?
- Pergilah dulu.
171
00:18:27,041 --> 00:18:29,541
Nanti sertailah kami.
Jangan ikut abang awak.
172
00:18:29,625 --> 00:18:31,583
Nanti awak jadi anak dara tua pula.
173
00:18:31,666 --> 00:18:32,666
Atau anak dara muda.
174
00:18:33,833 --> 00:18:36,916
Kenapa kamu datang? Mana ayah?
175
00:18:43,541 --> 00:18:47,625
Setiawan percaya
kelopak Pohon Putih yang gugur
176
00:18:47,708 --> 00:18:49,375
bukan perkara remeh,
177
00:18:51,083 --> 00:18:54,000
tapi ia titisan air mata Valar.
178
00:18:55,666 --> 00:18:59,333
Satu peringatan bahawasanya
mereka sentiasa memerhati
179
00:19:00,833 --> 00:19:04,708
dan menilai setiap tindak-tanduk kita.
180
00:19:10,500 --> 00:19:12,416
Kamu percayakah kata-kata itu?
181
00:19:12,500 --> 00:19:15,041
Menurut pengalaman patik,
kita tak patut hidup
182
00:19:15,125 --> 00:19:17,916
berdasarkan ramalan dan petanda.
183
00:19:21,750 --> 00:19:25,166
"Elendil." Peliknya nama itu.
184
00:19:26,875 --> 00:19:28,916
Dari pantai barat, bukan?
185
00:19:30,208 --> 00:19:31,416
Ia berasal dari sana.
186
00:19:31,500 --> 00:19:33,208
Apa maknanya?
187
00:19:34,541 --> 00:19:36,125
Lelaki yang sukakan cakerawala.
188
00:19:37,208 --> 00:19:39,625
Bukan itu saja maknanya, bukan?
189
00:19:43,041 --> 00:19:45,250
Dalam bahasa purba Eldar,
190
00:19:45,958 --> 00:19:47,791
ia juga bermakna "rakan Elf."
191
00:19:47,875 --> 00:19:51,125
Ia benarkah? Kamu rakan Elf?
192
00:19:54,666 --> 00:19:57,083
Patik hamba Númenor yang setia.
193
00:19:57,166 --> 00:20:00,875
Namun, walaupun Elf
tak dialu-alukan di pulau kita
194
00:20:00,958 --> 00:20:03,916
sejak pemerintahan nenek moyang beta,
195
00:20:04,000 --> 00:20:07,333
kamu tetap ingkar. Kenapa, ya?
196
00:20:08,166 --> 00:20:10,500
Laut yang membawanya kepada saya,
197
00:20:12,333 --> 00:20:14,000
dan laut sentiasa benar.
198
00:20:15,041 --> 00:20:16,916
Laut tak boleh menderhaka.
199
00:20:22,833 --> 00:20:24,208
Ampun tuanku,
200
00:20:24,875 --> 00:20:28,541
tapi patik cuma ambil tindakan
yang paling wajar ketika itu.
201
00:20:29,000 --> 00:20:33,291
Elendil, jika itulah hajat kamu,
202
00:20:35,541 --> 00:20:39,250
maka beta mahu kamu buat sesuatu.
203
00:21:02,916 --> 00:21:04,458
LAUTAN PEMUTUS
204
00:21:08,250 --> 00:21:10,625
TANAH SELATAN
205
00:21:42,166 --> 00:21:44,750
Laluan ini menuju ke Hordern.
206
00:21:46,333 --> 00:21:47,500
Malah, lebih jauh lagi.
207
00:21:48,583 --> 00:21:51,083
Mereka tentu ikut laluan ini
agar tidak dikesan
208
00:21:51,166 --> 00:21:53,583
dan dapat berlindung
daripada cahaya suria.
209
00:21:57,500 --> 00:21:59,416
Mereka mencari sesuatu.
210
00:22:00,791 --> 00:22:02,625
Mungkin sejenis senjata?
211
00:22:02,708 --> 00:22:04,000
Saya tak tahu.
212
00:22:04,708 --> 00:22:07,041
Tapi mereka geledah semua kampung,
213
00:22:07,750 --> 00:22:10,375
setiap malam untuk mencarinya
buat ketua mereka.
214
00:22:10,750 --> 00:22:13,500
Salah seorang Orc sebut tentang tuan
215
00:22:13,583 --> 00:22:17,041
yang mereka sembah,
itu pun kalau Orc tahu menyembah.
216
00:22:17,541 --> 00:22:20,041
Nampaknya Morgoth ada pengganti.
217
00:22:20,875 --> 00:22:21,875
"Adar."
218
00:22:24,333 --> 00:22:27,541
Kenapa Orc guna perkataan Elf
untuk ketua mereka?
219
00:22:27,625 --> 00:22:30,583
Orang kata, Sauron ada banyak nama.
220
00:22:30,666 --> 00:22:32,333
Mungkin ini juga namanya.
221
00:22:32,416 --> 00:22:35,041
Nampaknya ada muslihat
yang kita tak sedari.
222
00:22:36,083 --> 00:22:38,166
Jika ada peluang,
223
00:22:38,250 --> 00:22:40,750
cuba lihat kawasan di atas parit ini.
224
00:22:40,833 --> 00:22:42,458
Cari sempadan hutan terdekat.
225
00:22:42,541 --> 00:22:45,458
Apabila matahari terik,
kita akan lari dari sini.
226
00:22:45,541 --> 00:22:47,625
Kalau ada antara kita berjaya pulang,
227
00:22:47,708 --> 00:22:49,458
kita boleh bawa bala tentera
228
00:22:49,541 --> 00:22:53,041
dan hapuskan musuh dari muka bumi ini.
229
00:22:54,041 --> 00:22:57,791
Tutup mulut dan gali, Elf!
230
00:22:58,375 --> 00:23:01,000
- Akar ini menghalang laluan.
- Cabut sajalah.
231
00:23:01,750 --> 00:23:05,833
Cabut terus pokok itu!
232
00:23:05,916 --> 00:23:09,666
Tapi ia akan melambatkan kerja kami.
Kami akan melencong sedikit.
233
00:23:09,750 --> 00:23:13,333
Cubalah, nanti aku kelar
belakang badan kamu.
234
00:23:17,166 --> 00:23:20,833
Pokok ini tumbuh jauh lebih lama
sebelum kamu muncul
235
00:23:20,916 --> 00:23:22,916
dari tempat terkutuk yang entah di mana.
236
00:23:23,000 --> 00:23:25,291
Ia berhak kekal di tempatnya.
237
00:23:31,750 --> 00:23:32,916
Bagus, Elf.
238
00:23:33,750 --> 00:23:34,958
Bagus sangat.
239
00:23:39,583 --> 00:23:41,458
Kau tunjukkan kekuatan.
240
00:23:42,375 --> 00:23:46,750
Kau dan kawan-kawan kau
layak dapat air lebih.
241
00:23:49,916 --> 00:23:51,083
Jangan takut.
242
00:23:52,291 --> 00:23:53,666
Kau tentu dahaga.
243
00:24:26,250 --> 00:24:27,458
Bagus…
244
00:25:29,250 --> 00:25:30,916
Pokok.
245
00:25:31,041 --> 00:25:33,875
Húna hravan!
246
00:25:35,250 --> 00:25:36,541
Saya akan tebang.
247
00:25:38,041 --> 00:25:39,375
Saya akan menebangnya!
248
00:26:14,625 --> 00:26:16,750
Ánin apsene...
249
00:26:33,375 --> 00:26:35,625
Laporkan kepada Pharazôn
yang dia dah lari.
250
00:26:35,708 --> 00:26:36,958
Dulu, saya yang lapor.
251
00:26:37,041 --> 00:26:38,291
Dulu, anjing yang lari.
252
00:27:00,708 --> 00:27:02,791
Tak guna awak curi perahu itu.
253
00:27:04,375 --> 00:27:06,875
Awak takkan pergi jauh dengannya.
254
00:27:06,958 --> 00:27:10,541
Yang pasti, ia lebih bagus
daripada kapal saya sebelum ini.
255
00:27:10,625 --> 00:27:12,500
Saya tetap takkan biar awak curi.
256
00:27:13,166 --> 00:27:14,625
Ratu telah mengarahkan saya
257
00:27:14,708 --> 00:27:18,208
supaya memastikan
yang awak tak buat kacau.
258
00:27:18,291 --> 00:27:20,166
Baginya, ia satu hukuman.
259
00:27:20,250 --> 00:27:23,083
Kami ada persamaan rupanya.
260
00:27:23,166 --> 00:27:25,333
Kami harap awak tak bawa saya ke sini.
261
00:27:26,833 --> 00:27:29,000
Saya akan cuba curi kapal itu.
262
00:27:29,541 --> 00:27:33,333
Nampaknya, terpaksalah
saya panggil pengawal.
263
00:27:34,125 --> 00:27:37,083
Mungkin panggilan itu
takkan berjaya dibuat.
264
00:27:38,791 --> 00:27:40,875
Tapi kalau berjaya,
265
00:27:40,958 --> 00:27:44,916
awak akan dirantai di istana
dan destinasi awak hanya tinggal mimpi.
266
00:27:45,000 --> 00:27:50,666
Awak siapa? Berani bercakap
seolah-olah awak kenal saya siapa.
267
00:27:52,416 --> 00:27:57,125
Anak perempuan saya pintar
dan anak lelaki saya gopoh.
268
00:27:58,958 --> 00:28:01,625
Mata awak mencerminkan
kedua-dua sifat mereka itu.
269
00:28:01,708 --> 00:28:05,083
Ke mana dan bagaimana saya pergi
bukan urusan awak.
270
00:28:05,166 --> 00:28:08,916
Mana-mana saja lebih baik
daripada tempat saya dibenci ini.
271
00:28:10,083 --> 00:28:13,375
Jadi, serulah pengawal,
jika tidak, jangan ganggu saya.
272
00:28:14,416 --> 00:28:18,541
Tak semua orang benci awak.
273
00:28:20,291 --> 00:28:22,875
Awak tahu bahasa Elf?
274
00:28:22,958 --> 00:28:25,041
Ramai yang tahu di tempat asal saya.
275
00:28:26,041 --> 00:28:28,375
Ia masih diajar di Khanah Ilmu.
276
00:28:28,458 --> 00:28:31,958
Masih terukir pada arca
di seluruh kota itu, kalau awak perasan.
277
00:28:32,041 --> 00:28:34,333
Jauhkah Khanah Ilmu dari sini?
278
00:28:34,416 --> 00:28:35,958
Suku hari dengan kuda.
279
00:28:37,083 --> 00:28:38,333
Apakah yang awak cari?
280
00:28:40,041 --> 00:28:41,291
Awak kata "dengan kuda"?
281
00:29:50,791 --> 00:29:54,875
Tiada orang lain di pulau ini
yang semahir saya dengan kerja ini.
282
00:29:54,958 --> 00:29:58,666
Saya akan sodok arang, belah kayu,
283
00:29:58,750 --> 00:30:01,250
tempa sauh kapal untuk awak,
secara percuma,
284
00:30:01,333 --> 00:30:04,083
lebih kukuh daripada mana-mana sauh.
Jadi, bagaimana?
285
00:30:06,833 --> 00:30:08,500
Saya mahu mulakan hidup baru.
286
00:30:10,291 --> 00:30:12,458
Tolonglah beri saya peluang.
287
00:30:14,041 --> 00:30:15,458
Saya takkan melupakannya.
288
00:30:16,208 --> 00:30:17,833
Azam awak memang tinggi.
289
00:30:19,166 --> 00:30:23,541
Tapi selagi awak belum diiktiraf,
awak tak boleh menempa besi di Númenor.
290
00:30:29,875 --> 00:30:31,125
Itu dia, bukan?
291
00:30:32,166 --> 00:30:34,416
Lelaki yang belayar dengan Elf itu?
292
00:30:35,791 --> 00:30:37,041
Awak orangnya, bukan?
293
00:30:37,666 --> 00:30:39,625
Nampaknya begitulah.
294
00:30:40,166 --> 00:30:42,375
- Siapa nama awak?
- Bergantung.
295
00:30:43,916 --> 00:30:45,166
Bergantung pada apa?
296
00:30:46,541 --> 00:30:47,958
Serapat mana hubungan kita.
297
00:30:56,083 --> 00:30:58,666
Serapat mana awak dengan Elf itu?
298
00:31:02,291 --> 00:31:04,291
Awak memang bertuah.
299
00:31:04,958 --> 00:31:07,750
Dibawa ke pulau kami, makan makanan kami,
300
00:31:07,833 --> 00:31:09,375
minum arak kami…
301
00:31:10,291 --> 00:31:11,958
Apa lagi awak mahu rampas?
302
00:31:12,583 --> 00:31:14,958
Tanah kami? Hasil dagangan kami?
303
00:31:15,041 --> 00:31:16,666
Jangan lupa kaum wanita awak.
304
00:31:19,666 --> 00:31:21,375
Beraninya dia berbicara.
305
00:31:24,416 --> 00:31:27,833
Mungkin dia dan Elf itu
tak rapat langsung.
306
00:31:29,250 --> 00:31:33,666
Elf itu tentu lebih suka
keturunan yang lebih mulia.
307
00:31:37,375 --> 00:31:39,958
Betul cakap kamu.
308
00:31:41,333 --> 00:31:42,791
Ya, benar.
309
00:31:42,875 --> 00:31:44,541
Saya tetamu di pulau kamu,
310
00:31:44,625 --> 00:31:47,750
tapi saya langsung tak bersyukur.
311
00:31:48,708 --> 00:31:50,250
Beginilah.
312
00:31:51,500 --> 00:31:53,291
Saya belanja kamu minum!
313
00:32:01,041 --> 00:32:03,041
Awak boleh tahan.
314
00:32:04,541 --> 00:32:06,625
Baiklah, saya minta diri dulu
315
00:32:06,708 --> 00:32:09,541
sementara kamu masih bersangka baik
terhadap saya.
316
00:32:09,625 --> 00:32:13,208
Tuan-tuan dan puan-puan, selamat tinggal!
317
00:32:34,125 --> 00:32:35,291
Hei, bangsat.
318
00:32:40,583 --> 00:32:42,666
Awak ingat saya takkan perasan?
319
00:32:45,333 --> 00:32:47,958
Tak rugi pun kalau saya cuba.
320
00:32:49,375 --> 00:32:50,791
Ambillah.
321
00:32:51,958 --> 00:32:53,208
Saya tak mahu cari pasal.
322
00:32:55,416 --> 00:32:57,166
Ia dah agak terlambat bukan?
323
00:32:57,791 --> 00:32:59,208
Ya.
324
00:33:17,000 --> 00:33:20,000
Tolonglah jangan buat begini.
325
00:33:23,041 --> 00:33:24,958
Apa salahnya?
326
00:33:45,375 --> 00:33:46,375
Lari.
327
00:33:52,333 --> 00:33:53,791
Nama saya Halbrand.
328
00:33:57,708 --> 00:33:58,916
Di sini.
329
00:34:21,666 --> 00:34:24,583
Kami mencari sebarang maklumat
yang awak mungkin ada.
330
00:34:24,666 --> 00:34:26,333
Saya akan cuba cari.
331
00:34:41,625 --> 00:34:45,458
Awak tak kata yang Khanah Ilmu
dibina sendiri oleh Elros.
332
00:34:47,666 --> 00:34:48,875
Ia mengagumkan.
333
00:34:49,750 --> 00:34:50,916
Sudah tentu.
334
00:34:53,375 --> 00:34:54,625
Awak kenal Elros.
335
00:34:54,708 --> 00:34:56,250
Dia seorang yang luar biasa.
336
00:34:56,791 --> 00:34:59,208
Tapi saya lebih rapat
dengan saudara kembarnya.
337
00:35:02,000 --> 00:35:03,250
Tak sangka.
338
00:35:04,000 --> 00:35:05,833
Terima kasih sebab bawa saya datang.
339
00:35:06,750 --> 00:35:08,083
Ini usaha mantan raja.
340
00:35:09,041 --> 00:35:12,916
Kerana dialah,
tempat ini masih kekal berdiri.
341
00:35:13,875 --> 00:35:15,541
Dia pernah setia kepada Elf?
342
00:35:18,708 --> 00:35:20,250
Masih setia.
343
00:35:20,333 --> 00:35:22,583
Dia digulingkan kerananya.
344
00:35:23,416 --> 00:35:26,041
Orang kata sekarang,
dia berkurung di menara.
345
00:35:26,916 --> 00:35:28,833
Terbuang di kerajaannya sendiri.
346
00:35:36,000 --> 00:35:37,000
Ini dia.
347
00:35:42,125 --> 00:35:43,541
Ini apa?
348
00:35:44,166 --> 00:35:48,750
Keterangan pengintip manusia
yang diperoleh di tempat kurungan musuh.
349
00:35:50,500 --> 00:35:53,375
Dia tulis benda
yang menandakan lokasi menara itu.
350
00:35:57,208 --> 00:35:59,875
Nanti dulu. Saya tersilap.
351
00:36:01,750 --> 00:36:02,833
Ini bukan simbol.
352
00:36:10,791 --> 00:36:12,958
Ini peta Tanah Selatan.
353
00:36:14,291 --> 00:36:15,916
Seperti yang Halbrand katakan.
354
00:36:16,000 --> 00:36:17,291
Tulisan itu pula?
355
00:36:19,083 --> 00:36:20,541
Itu Kaul Hitam.
356
00:36:23,916 --> 00:36:27,125
Ia bukan tentang tempat,
tapi tentang sebuah rancangan.
357
00:36:28,250 --> 00:36:32,416
Rancangan untuk mencipta dunia
358
00:36:33,500 --> 00:36:38,333
untuk kejahatan bukan saja wujud,
tapi berleluasa.
359
00:36:39,250 --> 00:36:42,500
Rancangan yang harus dilaksanakan
sekiranya Morgoth tewas…
360
00:36:46,000 --> 00:36:47,166
Oleh penggantinya.
361
00:36:47,666 --> 00:36:48,791
Galadriel.
362
00:36:48,875 --> 00:36:50,875
Ia lebih teruk daripada sangkaan saya.
363
00:36:57,708 --> 00:37:00,375
Ini bermakna Tanah Selatan dalam bahaya.
364
00:37:00,458 --> 00:37:03,250
Jika Sauron sudah kembali,
365
00:37:04,666 --> 00:37:08,583
Tanah Selatan hanya permulaannya.
366
00:38:06,666 --> 00:38:08,333
Jangan melencong.
367
00:38:08,416 --> 00:38:09,958
Jangan jalan bersendirian.
368
00:38:10,041 --> 00:38:11,041
Ya, betul.
369
00:38:11,125 --> 00:38:12,625
Jangan melencong.
370
00:38:12,958 --> 00:38:14,958
Jangan jalan bersendirian.
371
00:38:15,500 --> 00:38:16,958
Jangan melencong.
372
00:38:17,041 --> 00:38:19,833
- Ayuh.
- Jangan jalan bersendirian.
373
00:38:19,916 --> 00:38:21,833
Jangan melencong.
374
00:38:21,916 --> 00:38:23,791
Jangan jalan bersendirian.
375
00:38:24,375 --> 00:38:25,958
Jangan melencong.
376
00:38:26,041 --> 00:38:28,083
Jangan jalan bersendirian.
377
00:38:28,750 --> 00:38:30,708
Jangan melencong.
378
00:38:30,791 --> 00:38:32,250
Jangan jalan bersendirian.
379
00:38:33,250 --> 00:38:34,625
Jangan melencong.
380
00:38:34,708 --> 00:38:37,458
- Ia masih belum sembuh.
- Jangan jalan bersendirian.
381
00:38:37,541 --> 00:38:39,625
Jangan melencong.
382
00:38:39,708 --> 00:38:41,375
Jangan jalan bersendirian.
383
00:38:41,458 --> 00:38:42,708
Jangan melencong.
384
00:38:43,125 --> 00:38:45,750
Kami tak mampu tarik pedati tanpa awak.
385
00:38:47,791 --> 00:38:50,000
Kami akan ketinggalan.
386
00:38:50,083 --> 00:38:52,833
Belum pernah ada
Brandyfoot yang ketinggalan.
387
00:39:01,958 --> 00:39:03,875
Sebenarnya, selepas Rose tiada,
388
00:39:06,166 --> 00:39:11,000
hidup saya
seolah-olah tidak lagi bermakna.
389
00:39:14,666 --> 00:39:17,625
Tiba-tiba saya nampak awak di padang itu.
390
00:39:18,458 --> 00:39:19,875
Betul-betul di cerang ini.
391
00:39:22,041 --> 00:39:24,666
Awak sangat cantik pada hari itu,
392
00:39:26,083 --> 00:39:27,833
dan saya terus tahu,
393
00:39:28,375 --> 00:39:32,875
saya mahu menghabiskan sisa hidup saya
bersama awak, Marigold.
394
00:39:40,083 --> 00:39:41,791
Kita akan pergi ke Dusun.
395
00:39:43,458 --> 00:39:44,708
Kita semua?
396
00:39:46,125 --> 00:39:47,416
Ya.
397
00:39:47,500 --> 00:39:48,791
Bagaimana?
398
00:39:50,250 --> 00:39:52,666
Saya akan mengetuai kumpulan kita.
399
00:39:54,000 --> 00:39:55,666
Lagipun, kita ada Nori.
400
00:39:55,750 --> 00:39:59,958
Tidak! Kalau dia tekad
mahu melakukan sesuatu,
401
00:40:01,958 --> 00:40:03,375
dia takkan dapat dihalang.
402
00:40:19,416 --> 00:40:20,958
Kalau awak sentuh buku itu,
403
00:40:21,041 --> 00:40:23,708
habislah awak kena sembelih dengan Sadoc.
404
00:40:23,791 --> 00:40:26,375
Awak ada idea lain?
Kita akan berhijrah esok.
405
00:40:26,458 --> 00:40:28,541
Kalau awak nak bantu dia cari bintang,
406
00:40:28,625 --> 00:40:30,166
buku itu sajalah harapan kita.
407
00:40:30,250 --> 00:40:31,875
Saya tak nak bantu dia.
408
00:40:33,583 --> 00:40:37,333
Dia gergasi panas baran
yang kadangkala bunuh kelip-kelip.
409
00:40:37,416 --> 00:40:38,250
Tanpa sengaja.
410
00:40:38,333 --> 00:40:41,000
Saya cadangkan kita beri dia makanan,
411
00:40:41,083 --> 00:40:44,250
tunjukkan kampung manusia terdekat
dan ucap selamat tinggal.
412
00:40:44,333 --> 00:40:46,625
- Itu bukan tempat asalnya.
- Dia dari mana?
413
00:40:46,708 --> 00:40:50,333
- Itulah yang saya cuba siasat.
- Kenapa awak yang nak siasat?
414
00:40:51,708 --> 00:40:54,916
Awak dah menyusahkan diri untuknya,
kenapa nak buat lagi?
415
00:40:55,000 --> 00:40:56,875
Fikiran dan belas kasihan tak sama.
416
00:40:56,958 --> 00:40:58,791
Guna akal budi, jangan membuta tuli.
417
00:40:58,875 --> 00:41:01,750
Kalau awak dah hilang akal,
saya boleh tolong.
418
00:41:01,833 --> 00:41:04,333
Saya nak ambil peta bintang
daripada buku itu.
419
00:41:04,416 --> 00:41:07,625
Awak perlu tolong saya.
Jika tidak, saya akan beritahu Malva
420
00:41:07,708 --> 00:41:09,958
awak yang rosakkan krim kakinya.
421
00:41:11,875 --> 00:41:13,291
Saya akan berkawal.
422
00:41:15,000 --> 00:41:16,333
Pergi.
423
00:41:35,250 --> 00:41:38,083
Bukankah En. Burrows sepatutnya
beri ucapan sekarang?
424
00:41:38,166 --> 00:41:40,166
Ya. Saya nak ambil notanya di pedati.
425
00:41:40,250 --> 00:41:42,916
Baguslah. Silakan. Ambil dari pedati!
426
00:41:54,041 --> 00:41:56,750
"Senang-lenang dan pedati penuh?"
427
00:41:57,333 --> 00:41:58,916
Tidak…
428
00:42:00,291 --> 00:42:02,750
Tidak…
429
00:42:15,625 --> 00:42:18,500
"Pedati penuh dan perut gendut."
430
00:42:29,125 --> 00:42:30,333
En. Burrows!
431
00:42:30,416 --> 00:42:31,583
Ada apa?
432
00:42:31,666 --> 00:42:34,666
Semua orang dah menunggu.
433
00:42:35,916 --> 00:42:37,500
Encik tak apa-apa?
434
00:42:38,291 --> 00:42:40,291
Ya. Sikit saja lagi.
435
00:42:41,541 --> 00:42:43,333
Berapa banyak lagi?
436
00:42:44,708 --> 00:42:45,708
Sedikit saja lagi?
437
00:42:46,250 --> 00:42:48,333
Beritahu mereka yang saya hampir selesai.
438
00:42:48,416 --> 00:42:51,458
Kanan. Tidak! Maksud saya, kiri.
Ya. Tidak, saya…
439
00:42:51,541 --> 00:42:53,791
Saya akan beritahu sekarang.
440
00:42:56,166 --> 00:42:58,958
Bertenang dan pergi makan pai.
441
00:43:00,500 --> 00:43:01,916
Peliknya budak itu.
442
00:43:21,125 --> 00:43:25,750
Wahai Harfoot yang mulia dan baik hati.
443
00:43:31,666 --> 00:43:34,000
Satu musim lagi sudah berlalu
di cerang ini,
444
00:43:34,791 --> 00:43:38,000
sekarang, pedati kita penuh
dan perut kita gendut.
445
00:43:38,583 --> 00:43:41,708
Sesetengahnya lebih gendut
daripada yang lain.
446
00:43:43,541 --> 00:43:44,666
Bukan itu saja…
447
00:43:44,750 --> 00:43:46,250
Bulan mengambang,
448
00:43:46,333 --> 00:43:49,833
jadi, berhati-hatilah
apabila kalian bercengkerama.
449
00:43:49,916 --> 00:43:53,625
Semua orang boleh nampak.
Kalian tentu tak mahu itu berlaku, bukan?
450
00:43:55,041 --> 00:43:56,666
Saya bergurau saja.
451
00:43:56,750 --> 00:44:00,333
Baiklah, sebelum kita mulakan perjalanan,
452
00:44:01,666 --> 00:44:04,833
ingatlah rakan-rakan yang berhijrah
dengan kita dulu,
453
00:44:06,791 --> 00:44:08,750
- rakan-rakan yang tertinggal.
- Ya.
454
00:44:08,833 --> 00:44:12,583
Seandainya ada Harfoot
yang tertinggal semasa penghijrahan ini,
455
00:44:13,291 --> 00:44:16,083
mereka juga akan kita akan bawa bersama
456
00:44:16,166 --> 00:44:19,000
dalam hati dan ingatan kita.
457
00:44:24,583 --> 00:44:27,666
Dalam kehidupan,
kita terpaksa meninggalkan mereka.
458
00:44:29,625 --> 00:44:34,625
Tapi di sini dan pada saat ini,
selamat pulang ke pangkuan kami…
459
00:44:43,541 --> 00:44:45,000
Miles Brightapple.
460
00:44:48,083 --> 00:44:50,583
Terperangkap dalam salji
di genting gunung.
461
00:44:50,666 --> 00:44:52,166
Kami tunggu ketibaanmu.
462
00:44:56,750 --> 00:44:58,166
Chance Proudfellow.
463
00:45:00,750 --> 00:45:02,291
Yarrow Proudfellow.
464
00:45:04,166 --> 00:45:07,458
Strap, Dewis,
465
00:45:09,333 --> 00:45:11,041
Linseed Proudfellow.
466
00:45:12,875 --> 00:45:15,541
Terkorban dalam tanah runtuh
ketika hari hujan.
467
00:45:16,125 --> 00:45:17,833
Kami tunggu ketibaanmu.
468
00:45:28,166 --> 00:45:29,708
Daffodil Burrows.
469
00:45:31,750 --> 00:45:32,833
Serigala.
470
00:45:33,333 --> 00:45:35,333
Kami tunggu ketibaanmu.
471
00:45:38,041 --> 00:45:41,708
Druda Bumbelly.
Dia makan beri kuning cerah.
472
00:46:10,708 --> 00:46:12,291
Blovo Bolgerbuck.
473
00:46:13,000 --> 00:46:14,083
Lebah.
474
00:46:17,250 --> 00:46:19,583
Kita semua sayang dia, tapi dia bengap.
475
00:46:20,583 --> 00:46:21,958
Kami tunggu ketibaanmu.
476
00:46:24,791 --> 00:46:28,500
Ma Hambley, semasa dia mengukir…
477
00:46:41,708 --> 00:46:43,291
Kami tunggu ketibaanmu.
478
00:47:31,958 --> 00:47:33,166
Nori?
479
00:47:54,625 --> 00:47:57,208
Awak tipu, curi,
480
00:47:57,291 --> 00:47:59,916
lindungi orang asing dalam kalangan kita.
481
00:48:00,000 --> 00:48:01,125
Dia tipu.
482
00:48:01,208 --> 00:48:03,375
- Dia dah kata tadi.
- Dia memang tipu.
483
00:48:03,458 --> 00:48:06,083
Tidak, dia sesat dan cedera.
484
00:48:06,166 --> 00:48:08,750
Apa lagi yang saya patut buat?
Biarkan saja?
485
00:48:08,833 --> 00:48:12,958
Hakikatnya, Sadoc,
ini sesuatu yang luar biasa.
486
00:48:13,041 --> 00:48:16,125
Awak tahukah mana-mana makhluk
yang jatuh dari langit?
487
00:48:16,916 --> 00:48:19,791
Saya pernah dengar
kisah makhluk yang menjadi bintang.
488
00:48:19,875 --> 00:48:21,458
Tak ada pula yang sebaliknya.
489
00:48:22,500 --> 00:48:23,708
Ini amat membimbangkan.
490
00:48:23,791 --> 00:48:25,666
Apa cerita bintang pada halaman itu?
491
00:48:25,750 --> 00:48:27,125
Apa katanya?
492
00:48:27,250 --> 00:48:31,333
Tak ada apa-apa. Halaman ini dah terbakar.
Kenapa awak tak baca?
493
00:48:31,416 --> 00:48:33,125
Kami ingat nak baca kemudian.
494
00:48:33,208 --> 00:48:34,541
Siapa "kami"?
495
00:48:36,833 --> 00:48:40,083
Cuma saya. Dia kawan saya.
496
00:48:40,166 --> 00:48:42,041
Kita tak perlukan kawan.
497
00:48:42,833 --> 00:48:44,166
Kita perlu hidup.
498
00:48:44,250 --> 00:48:47,041
Tanpa kawan, apa gunanya hidup ini?
499
00:48:47,125 --> 00:48:50,416
"Harfoot yang patuh
ikut jalan yang betul, elak bahaya,"
500
00:48:50,500 --> 00:48:53,000
celakalah kita
kalau kita teroka benda baru!
501
00:48:53,083 --> 00:48:54,791
Elanor Kellamark Brandyfoot!
502
00:48:55,833 --> 00:48:58,333
Kerana resam kitalah
kaum kita masih wujud.
503
00:48:59,625 --> 00:49:01,708
Peraturan kita jelas.
504
00:49:01,791 --> 00:49:07,541
Mana-mana Harfoot
yang melanggarnya akan diusir.
505
00:49:12,375 --> 00:49:16,750
Benar, peraturan kita jelas. Tapi…
506
00:49:22,458 --> 00:49:24,083
Cik Brandyfoot masih muda.
507
00:49:24,708 --> 00:49:28,416
Masih banyak lagi yang dia perlu pelajari.
508
00:49:29,333 --> 00:49:31,583
Esok, kita bertolak
seperti yang dirancang,
509
00:49:34,500 --> 00:49:36,708
dan pedati Brandyfoot akan turut serta.
510
00:49:39,166 --> 00:49:40,833
Di bahagian belakang.
511
00:49:40,916 --> 00:49:42,708
- Di bahagian belakang?
- Ya.
512
00:49:42,791 --> 00:49:45,291
Nanti dulu, Sadoc.
513
00:49:45,416 --> 00:49:47,291
Mari kita bincang dulu.
514
00:49:47,375 --> 00:49:51,583
Maksud awak, paling belakang
atau di tengah kumpulan belakang?
515
00:49:51,666 --> 00:49:53,416
Bahagian paling belakang.
516
00:49:55,375 --> 00:49:59,458
Kamu dah pastikan
keluarga kita ketinggalan.
517
00:50:02,416 --> 00:50:04,333
Ada sebab dia muncul di sini.
518
00:50:05,291 --> 00:50:06,541
Tolonglah, Nori.
519
00:50:08,083 --> 00:50:09,875
Kamu fikir ada hikmah tersembunyi?
520
00:50:12,000 --> 00:50:15,625
Kamu fikir dewa dari langit
mengurniai kamu sentuhan keramatnya?
521
00:50:15,708 --> 00:50:18,625
Kamu ingat kamu istimewa?
Kamu masih mentah.
522
00:50:20,458 --> 00:50:22,791
Saya tahu saya tak istimewa.
523
00:50:23,750 --> 00:50:27,625
Saya tahu saya cuma Harfoot kerdil
di dunia yang maha luas.
524
00:50:28,208 --> 00:50:29,875
Tapi dia istimewa.
525
00:50:31,625 --> 00:50:33,125
Saya dapat rasakannya.
526
00:50:36,041 --> 00:50:37,625
Sayang.
527
00:50:39,333 --> 00:50:41,875
Kamu memang penyayang seperti ayah kamu.
528
00:50:43,041 --> 00:50:46,250
Tapi ranting tertinggilah
yang biasanya akan dicantas.
529
00:50:48,125 --> 00:50:49,541
Pergi kemas sekarang.
530
00:51:05,958 --> 00:51:06,958
Tidak!
531
00:51:08,375 --> 00:51:10,166
- Matilah tuanku!
- Tidak!
532
00:51:10,250 --> 00:51:13,000
- Oh, tidak! Galadriel!
- Siaplah kamu!
533
00:51:13,083 --> 00:51:14,166
Tidak!
534
00:51:15,125 --> 00:51:16,333
Rasakan!
535
00:51:16,416 --> 00:51:17,625
Galadriel?
536
00:51:18,250 --> 00:51:20,333
Galadriel? Pembasmi Orc itu?
537
00:51:20,416 --> 00:51:23,625
Tak kisahlah apa yang dia basmi.
Kenapa dia di Númenor?
538
00:51:25,416 --> 00:51:27,583
Dia tunggu kapal untuk ke Dunia Tengah.
539
00:51:28,791 --> 00:51:33,125
Ratu lantik ayah sebagai Kapten Kanan
dan ayah disuruh mengawasinya.
540
00:51:33,208 --> 00:51:35,500
Ayah bawa pulang Elf,
kemudian naik pangkat?
541
00:51:35,583 --> 00:51:37,458
Siapa yang akan hantar dia pulang?
542
00:51:37,541 --> 00:51:39,541
Kamu juga nak dinaikkan pangkat?
543
00:51:40,500 --> 00:51:42,041
Ujian Laut lagi sembilan hari.
544
00:51:42,125 --> 00:51:43,291
- Cakaplah.
- Kamu sedia?
545
00:51:43,916 --> 00:51:46,833
Malangnya, saudara-mara kita dari utara
546
00:51:46,916 --> 00:51:49,833
akan datang untuk meraikan pemergian kamu.
547
00:51:49,916 --> 00:51:53,125
- Semuanya baik?
- Saya nak menangguhkannya.
548
00:51:55,458 --> 00:51:57,916
- Tangguh?
- Hanya untuk satu musim.
549
00:52:00,375 --> 00:52:01,958
Kamu tahu tentang hal ini?
550
00:52:02,041 --> 00:52:06,083
Saya dengar kata-katanya,
jadi, saya memang dah agak.
551
00:52:06,166 --> 00:52:07,791
Tapi kamu tak beritahu ayah?
552
00:52:07,875 --> 00:52:10,375
- Itu rancangan saja.
- Ayah bercakap dengan Eärien.
553
00:52:10,458 --> 00:52:12,958
Saya ada banyak masalah kebelakangan ini.
554
00:52:13,041 --> 00:52:15,916
Ia teruk sangatkah?
Anárion kata ayah tangguh dua kali…
555
00:52:16,000 --> 00:52:18,250
Apa kaitannya dengan adik kamu?
556
00:52:18,333 --> 00:52:20,750
- Tak ada apa-apa.
- Mestilah ada kaitan.
557
00:52:21,916 --> 00:52:23,166
Terima kasih.
558
00:52:26,458 --> 00:52:27,708
Aduhai.
559
00:52:31,666 --> 00:52:33,166
Ayah akan jelaskan semuanya.
560
00:52:34,791 --> 00:52:37,625
Tiada apa-apa lagi yang tinggal
di tempat asal kita.
561
00:52:38,833 --> 00:52:40,666
Masa silam dah berlalu.
562
00:52:41,500 --> 00:52:44,083
Kita perlu meninggalkannya
atau terkubur dengannya.
563
00:52:47,000 --> 00:52:50,916
Kamu fikir mudah untuk yakinkan nakhoda
yang kamu mampu pikul tugas itu?
564
00:52:51,000 --> 00:52:51,916
Saya tak suruhlah.
565
00:52:52,000 --> 00:52:54,750
Kamu suruh, semasa kamu bergaduh
dengan pengawal ratu.
566
00:52:54,833 --> 00:52:57,291
- Mereka mulakannya!
- Dibuang kelas latihan kuda.
567
00:52:57,375 --> 00:52:58,458
Itu bukan salah saya!
568
00:52:58,541 --> 00:53:01,958
- Betul, itu bukan…
- Ayah bukan bercakap dengan kamu!
569
00:53:04,625 --> 00:53:06,583
- Maaf, kapten?
- Apa?
570
00:53:07,000 --> 00:53:09,166
Ada pesanan untuk anak tuan, Eärien.
571
00:53:21,916 --> 00:53:23,541
Ayah tahu kamu ragu-ragu.
572
00:53:26,291 --> 00:53:30,541
Tapi sesungguhnya
ayah hanya mahu yang terbaik untuk kamu.
573
00:53:32,625 --> 00:53:37,333
Laut mampu menyembuhkan
walau luka yang terpedih.
574
00:53:38,458 --> 00:53:40,041
Seperti ia sembuhkan luka ayah?
575
00:53:46,166 --> 00:53:50,250
Dalam sembilan hari, Ujian Laut
bermula dan kapal itu akan bertolak,
576
00:53:50,333 --> 00:53:51,833
kamu akan menaikinya.
577
00:53:52,750 --> 00:53:54,875
- Ayah?
- Ya?
578
00:53:56,166 --> 00:53:57,375
Saya dapat jadi pelatih.
579
00:53:57,958 --> 00:54:00,458
Persatuan Pembina terima permohonan saya.
580
00:54:00,541 --> 00:54:03,666
Bagaimana? Bukankah mereka takkan
mempertimbangkannya semula?
581
00:54:03,750 --> 00:54:05,916
Abang Isildur suruh saya mohon semula.
582
00:54:07,791 --> 00:54:09,416
Isildur yang suruh?
583
00:54:25,750 --> 00:54:27,875
Bagaimana misi mencari ketenangan awak?
584
00:54:29,125 --> 00:54:30,916
Lebih baik daripada jangkaan saya.
585
00:54:31,000 --> 00:54:32,291
Apa yang berlaku?
586
00:54:33,375 --> 00:54:34,833
Bergaduh tentang wanita.
587
00:54:35,458 --> 00:54:36,750
Halbrand.
588
00:54:36,833 --> 00:54:38,041
Sudahlah.
589
00:54:38,166 --> 00:54:40,166
Awak tak patut berada di pulau ini.
590
00:54:40,250 --> 00:54:44,083
Antara kita berdua,
awak yang tak patut berada di sini, Elf.
591
00:54:44,208 --> 00:54:46,166
Saya kurang pasti tentang dakwaan itu.
592
00:54:46,833 --> 00:54:48,833
Tapi saya pasti tentang satu perkara.
593
00:54:50,583 --> 00:54:52,666
Awak bukan seperti yang awak kata.
594
00:54:52,750 --> 00:54:54,833
Saya jumpa benda ini di Khanah Ilmu.
595
00:55:09,416 --> 00:55:12,958
Kelakarnya.
Saya jumpa simbol ini pada mayat.
596
00:55:13,666 --> 00:55:15,500
Coraknya sesuai dengan saya.
597
00:55:18,500 --> 00:55:19,875
Suatu masa dahulu,
598
00:55:20,791 --> 00:55:22,958
seorang lelaki dengan simbol itu
599
00:55:23,041 --> 00:55:26,750
menyatukan puak-puak Tanah Selatan
bawah panji-panji yang sama.
600
00:55:28,041 --> 00:55:30,958
Panji-panji itu mungkin
dapat menyatukan mereka hari ini.
601
00:55:31,041 --> 00:55:34,458
Dalam menentang kejahatan
yang cuba menguasai tanah mereka.
602
00:55:37,125 --> 00:55:38,541
Tanah awak, Halbrand.
603
00:55:40,666 --> 00:55:45,166
Orang awak tiada raja,
kerana awaklah raja mereka.
604
00:55:48,625 --> 00:55:51,333
Mengarutlah kerana raja
tak mungkin dipenjara.
605
00:55:51,416 --> 00:55:55,666
Dipenjara kerana awak tak biasa
diperlekeh oleh rakyat biasa,
606
00:55:56,333 --> 00:55:59,708
dan perisai yang sepatutnya
terpasang pada bahu awak
607
00:55:59,791 --> 00:56:01,208
membebankan jiwa.
608
00:56:16,708 --> 00:56:17,958
Hati-hati, Elf.
609
00:56:19,541 --> 00:56:22,875
Bukan darah bangsawan saja
yang waris simbol ini warisi.
610
00:56:26,291 --> 00:56:29,875
Kerana nenek moyang dialah
yang bersumpah setia kepada Morgoth.
611
00:56:31,958 --> 00:56:33,875
Saya bukan wira yang awak cari,
612
00:56:36,583 --> 00:56:40,250
kerana keluarga sayalah
yang tewas dalam perang itu.
613
00:56:40,333 --> 00:56:42,208
Perang yang keluarga saya mulakan.
614
00:56:43,166 --> 00:56:44,791
Pertemuan kita bukan kebetulan.
615
00:56:45,333 --> 00:56:47,333
Ia bukan takdir, bukan ketentuan,
616
00:56:48,083 --> 00:56:50,416
atau perkataan manusia lain untuk kuasa
617
00:56:50,500 --> 00:56:52,500
yang manusia enggan percaya.
618
00:56:53,458 --> 00:56:55,791
Tapi ia aturan sesuatu yang lebih agung.
619
00:56:57,083 --> 00:56:58,333
Awak tentu tahu.
620
00:56:58,416 --> 00:57:01,166
Saya cuma tahu yang Elf ini
enggan gantung pedangnya.
621
00:57:01,625 --> 00:57:03,458
Ikutlah saya ke Dunia Tengah.
622
00:57:04,583 --> 00:57:07,416
Kita boleh tebus
kesilapan nenek moyang kita.
623
00:57:08,291 --> 00:57:09,375
Bagaimana?
624
00:57:10,458 --> 00:57:12,125
Awak terperangkap di pulau ini.
625
00:57:13,333 --> 00:57:15,000
Awak juga tiada bala tentera.
626
00:57:16,750 --> 00:57:18,625
Semua ini akan berubah.
627
00:57:56,250 --> 00:57:57,583
Ayahanda, inilah saatnya.
628
00:58:00,041 --> 00:58:01,625
Saat yang kita takuti.
629
00:58:04,541 --> 00:58:06,125
Elf itu sudah tiba.
630
00:58:16,791 --> 00:58:18,375
Ayuh! Tolak!
631
00:58:44,125 --> 00:58:46,125
Pergilah, Poppy, nanti awak ketinggalan.
632
00:58:47,208 --> 00:58:50,041
Bagilah saya peluang
untuk bernafas sebentar.
633
00:58:54,208 --> 00:58:55,208
Berundur!
634
00:58:57,583 --> 00:58:58,583
Hei.
635
00:59:14,791 --> 00:59:15,791
Hei.
636
00:59:20,833 --> 00:59:22,000
Kawan.
637
00:59:30,750 --> 00:59:31,875
Inilah dia.
638
00:59:33,166 --> 00:59:36,083
Inilah cara untuk kita semua
kejar ahli yang lain.
639
00:59:37,750 --> 00:59:40,500
Dia bantu kita dan kita bantu dia.
640
00:59:42,333 --> 00:59:45,125
Mak, bolehkah kita bawa dia bersama?
641
01:01:30,083 --> 01:01:32,333
Lepaskan warg!
642
01:02:30,833 --> 01:02:31,833
Bebaskan diri kamu!
643
01:02:40,833 --> 01:02:41,916
Arondir!
644
01:03:33,583 --> 01:03:35,166
Háno!
645
01:03:35,250 --> 01:03:36,333
Tidak!
646
01:03:47,916 --> 01:03:49,000
Tunggu!
647
01:03:50,708 --> 01:03:53,208
Bawa dia berjumpa Adar.
648
01:04:22,333 --> 01:04:25,375
Adar!
649
01:06:20,291 --> 01:06:22,291
Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati
650
01:06:22,375 --> 01:06:24,375
Penyelia Kreatif Bima Gasendo