1
00:00:06,541 --> 00:00:08,833
-Menara?
-Ia perlu siap sebelum musim bunga.
2
00:00:09,250 --> 00:00:13,500
Tuan ada terfikir untuk mencari sekutu
di luar kawasan kita?
3
00:00:13,583 --> 00:00:15,083
Terangkan cadangan raja awak
4
00:00:15,166 --> 00:00:17,500
supaya saya boleh beritahu ayah saya.
5
00:00:17,625 --> 00:00:19,708
Saya akan tahu jika dia berahsia.
6
00:00:19,750 --> 00:00:23,083
Mungkin dia yang tahu
kamu berahsia dengannya.
7
00:00:23,750 --> 00:00:24,916
Tempat apakah ini?
8
00:00:25,000 --> 00:00:28,583
Kerajaan Pulau Númenor.
9
00:00:29,583 --> 00:00:31,125
Saya nak menangguhkannya.
10
00:00:31,208 --> 00:00:34,791
Ujian Laut akan bermula
dan kamu akan menaiki kapal itu.
11
00:00:35,041 --> 00:00:36,541
Saya tak mahu cari pasal.
12
00:00:41,333 --> 00:00:44,041
Ini peta Benua Selatan.
13
00:00:44,125 --> 00:00:46,375
Ia bukan tempat, tapi rancangan
14
00:00:46,458 --> 00:00:48,125
untuk mencipta dunia mereka.
15
00:00:48,208 --> 00:00:50,166
Benua Selatan dalam bahaya.
16
00:00:50,250 --> 00:00:54,250
Jika Sauron sudah kembali,
Benua Selatan hanya permulaannya.
17
00:00:55,083 --> 00:00:57,875
Jika ada antara kalian
yang mahu terus hidup…
18
00:00:58,500 --> 00:01:01,291
kita akan bertolak
ke menara Elf subuh pagi esok.
19
00:01:05,125 --> 00:01:06,833
Bawa dia berjumpa Adar.
20
00:01:07,958 --> 00:01:10,541
Orang kata, Sauron ada banyak nama.
21
00:01:10,625 --> 00:01:12,333
Mungkin ini juga namanya.
22
00:01:13,125 --> 00:01:17,291
Orang awak tiada raja,
kerana awaklah raja mereka.
23
00:01:17,375 --> 00:01:19,041
Ikutlah saya ke Dunia Tengah.
24
00:01:19,125 --> 00:01:20,541
Awak tiada bala tentera.
25
00:01:20,625 --> 00:01:23,208
Semua ini akan berubah.
26
00:03:00,000 --> 00:03:05,083
Di istana ini, kita berhimpun
untuk mengatur masa depan pulau kita.
27
00:03:05,666 --> 00:03:08,416
Tapi di upacara Memberkati Anak-anak ini,
28
00:03:09,208 --> 00:03:13,291
kita akan mengalu-alukan
mereka yang akan memenuhi masa depan itu.
29
00:03:16,750 --> 00:03:20,541
Limpah berkat tak terhingga
seperti suria menyinari lautan.
30
00:03:26,083 --> 00:03:28,333
Nama apakah yang kamu beri kepadanya?
31
00:03:28,916 --> 00:03:30,125
Alinel.
32
00:03:31,375 --> 00:03:32,583
Alinel.
33
00:03:33,250 --> 00:03:37,041
Semoga kekuatan Númenor
wujud dalam dirimu.
34
00:03:38,458 --> 00:03:41,416
Kebijaksanaannya akan membimbing kamu…
35
00:03:46,833 --> 00:03:49,500
Kadangkala, pulau kita
perlu meregangkan jasadnya.
36
00:03:50,583 --> 00:03:51,833
Seperti kamu.
37
00:04:34,625 --> 00:04:37,666
Hari ini indah, Pemangku Ratu.
38
00:04:39,625 --> 00:04:41,958
Bagaimana tuanku mahu mulakan hari ini?
39
00:04:44,666 --> 00:04:46,500
Tuanku mahu berjumpa Elf itu.
40
00:04:47,083 --> 00:04:48,833
Pagi tadi,
41
00:04:49,208 --> 00:04:53,750
rakan Elf itu serang empat pembina
dan ratu jemput dia minum teh?
42
00:04:53,833 --> 00:04:56,000
Mungkin baginda mahu menghukumnya.
43
00:04:56,083 --> 00:04:57,708
Atau mohon perintahnya.
44
00:04:59,583 --> 00:05:03,416
Kemudian, sementara Elf itu
membisikkan dusta di telinganya,
45
00:05:03,500 --> 00:05:05,291
siapa yang akan mewakili kita?
46
00:05:12,125 --> 00:05:14,250
Canselor!
47
00:05:14,333 --> 00:05:17,375
Kirim salam kepadanya. Perlahankan suara.
48
00:05:17,458 --> 00:05:19,833
Tuan nak satu? Marilah.
49
00:05:19,916 --> 00:05:22,625
Saya tak tahu yang ayah sibuk.
50
00:05:22,708 --> 00:05:23,583
Canselor!
51
00:05:23,666 --> 00:05:27,500
Tataurus negara
ialah kebolehan menguruskan isu kecil
52
00:05:27,583 --> 00:05:29,541
sebaik kita menguruskan isu besar.
53
00:05:30,166 --> 00:05:32,458
Kamu sepatutnya dah tahu tentang itu.
54
00:05:32,541 --> 00:05:34,291
Saya cuma berlagak pandai saja.
55
00:05:34,375 --> 00:05:38,125
Perkataan pandai hanya
untuk orang yang tak bercita-cita tinggi.
56
00:05:38,875 --> 00:05:41,916
Ayah lebih suka kalau kamu bijak.
57
00:05:43,750 --> 00:05:46,083
Baiklah, apa masalahnya?
58
00:05:46,583 --> 00:05:49,416
Rasanya ada kekecohan yang sedang berlaku.
59
00:05:49,500 --> 00:05:51,583
Kapal Elf di pulau kita?
60
00:05:52,208 --> 00:05:55,375
Pekerja Elf rampas kerja kamu?
61
00:05:56,958 --> 00:05:58,958
Pekerja yang tak tidur,
62
00:06:00,125 --> 00:06:03,125
tak penat dan takkan tua.
63
00:06:03,583 --> 00:06:04,833
Tidak!
64
00:06:06,416 --> 00:06:10,166
Kalau benar, ratu kita mungkin buta
65
00:06:10,250 --> 00:06:12,083
atau pencinta Elf.
66
00:06:12,166 --> 00:06:14,375
Seperti ayahandanya.
67
00:06:14,458 --> 00:06:16,833
-Pencinta Elf!
-Pencinta Elf!
68
00:06:16,916 --> 00:06:18,708
-Pencinta Elf!
-Pencinta Elf!
69
00:06:18,791 --> 00:06:20,583
Pencinta Elf!
70
00:06:20,666 --> 00:06:24,041
Jika Elf itu di sini sekarang,
apa yang dia akan nampak?
71
00:06:24,708 --> 00:06:26,333
Rakyat Númenor,
72
00:06:27,625 --> 00:06:29,875
atau sekumpulan budak yang melalak?
73
00:06:31,458 --> 00:06:34,208
Kita cucu-cicit Edain.
74
00:06:35,291 --> 00:06:39,666
Berajakan Elros Tar-Minyatur,
pemimpin tentera yang menewaskan Morgoth.
75
00:06:40,583 --> 00:06:44,208
Tapi kini seorang Elf yang hanyut
buat kita rasa terancam?
76
00:06:45,250 --> 00:06:48,333
Lihatlah lambang yang kamu semat.
77
00:06:48,416 --> 00:06:50,708
Peninggalan kaum yang gagah.
78
00:06:52,083 --> 00:06:54,458
Pembina yang menegakkan Tembok Laut,
79
00:06:56,041 --> 00:07:00,875
yang membangunkan Armenelos,
lambang kegemilangan tamadun kita.
80
00:07:01,375 --> 00:07:05,000
Tapi kini seorang Elf
buat kita rasa terancam?
81
00:07:17,833 --> 00:07:18,916
Sahabat sekalian…
82
00:07:21,166 --> 00:07:22,250
Yakinlah pada saya.
83
00:07:23,916 --> 00:07:26,458
Kerana dengan bersaksikan
tangan yang kasar ini,
84
00:07:26,541 --> 00:07:30,833
saya bersumpah Númenor takkan sesekali
jatuh ke tangan Elf.
85
00:07:32,750 --> 00:07:37,083
Ia akan kekal sebagai kerajaan Manusia.
86
00:07:44,416 --> 00:07:45,625
Minumlah!
87
00:08:15,458 --> 00:08:18,208
Dia kenal semua orang,
88
00:08:18,291 --> 00:08:21,000
pandai beri semangat,
buat mereka rasa terhutang budi…
89
00:08:22,458 --> 00:08:23,708
Ia mengagumkan.
90
00:08:24,541 --> 00:08:26,541
Saya baru nak kata "menyakitkan hati."
91
00:08:29,375 --> 00:08:31,708
Ia dari ladang anggur di Meneltarma.
92
00:08:31,791 --> 00:08:34,666
Katanya ia akan menghilangkan kebimbangan.
93
00:08:35,875 --> 00:08:37,666
Kebimbangan ini saya cari sendiri.
94
00:08:40,875 --> 00:08:42,458
Awak tentu pelatih baru.
95
00:08:43,125 --> 00:08:45,416
Saya Kemen dan awak…
96
00:08:45,500 --> 00:08:48,083
Eärien. Pelan, sekarang.
97
00:09:01,083 --> 00:09:02,750
Kamu menjengkelkan beta, Elf.
98
00:09:03,458 --> 00:09:05,291
Beta terima kamu sebagai tetamu,
99
00:09:05,375 --> 00:09:09,125
tapi kamu bergegas ke luar kota
dan curi khazanah purba
100
00:09:09,208 --> 00:09:12,583
sementara rakan Benua Selatan kamu
serang rakyat kami.
101
00:09:12,666 --> 00:09:16,083
Memang wajarnya dia panas baran.
Ramai rakyatnya yang mati.
102
00:09:16,166 --> 00:09:17,708
"Rakyatnya?"
103
00:09:17,791 --> 00:09:21,375
Saya percaya tahanan tuanku itu
bukan kaki gaduh biasa,
104
00:09:21,458 --> 00:09:25,458
tapi pewaris takhta Benua Selatan
yang dalam buangan.
105
00:09:25,958 --> 00:09:28,875
Kalau dia raja,
Elendil tentu maharaja Rhûn.
106
00:09:30,041 --> 00:09:31,875
Saya bangsawan biasa saja.
107
00:09:33,666 --> 00:09:36,458
Rakyatnya dah berselerak, tanpa ketua.
108
00:09:37,458 --> 00:09:41,541
Tapi dengan sokongan tuanku,
mereka mungkin bersatu, dan berjuang.
109
00:09:41,625 --> 00:09:43,208
Apa maksud kamu, "sokongan"?
110
00:09:43,291 --> 00:09:48,333
Dulu, Sauron musuh kami
dan musuh rakyat tuanku.
111
00:09:49,291 --> 00:09:52,041
Tuanku perlu selesaikan
tugas yang masih tertangguh.
112
00:09:52,125 --> 00:09:55,125
Yakni, membina semula
kerjasama antara Númenor dan Elf,
113
00:09:56,083 --> 00:09:59,458
dan berjuanglah dengan saya
untuk menyelamatkan Benua Selatan
114
00:09:59,541 --> 00:10:02,208
sebelum Sauron menjadikan
tanah mereka miliknya.
115
00:10:07,583 --> 00:10:10,083
Kami dah dengar banyak usul di istana ini.
116
00:10:10,166 --> 00:10:13,416
Tapi usul kamulah yang paling berani
dan mengejutkan setakat ini.
117
00:10:16,750 --> 00:10:20,333
Namun, Númenor memilih haluan berbeza.
118
00:10:22,625 --> 00:10:24,125
Bukan semua rakyat Númenor.
119
00:10:24,666 --> 00:10:28,291
Sama ada dia raja atau rakyat jelata,
dia tetap akan dihukum.
120
00:10:28,375 --> 00:10:29,833
Semua boleh bersurai.
121
00:10:44,458 --> 00:10:47,541
Jika begitu,
terpaksalah saya tanya orang lain,
122
00:10:47,625 --> 00:10:50,041
yang juga raja sebenar Númenor.
123
00:10:50,125 --> 00:10:51,958
Ayahanda tuanku.
124
00:10:53,375 --> 00:10:56,041
Jangan cakap tentang perkara
yang kamu tak faham,
125
00:10:56,125 --> 00:10:57,833
Galadriel, kerabat Finarfin.
126
00:10:57,916 --> 00:10:59,083
Jangan masuk campur
127
00:10:59,166 --> 00:11:02,125
agar saya boleh mengajukan usul saya
kepada pihak berkuasa.
128
00:11:02,208 --> 00:11:03,583
Galadriel, cukuplah.
129
00:11:03,666 --> 00:11:06,666
Kuasa apakah yang kamu maksudkan, Elf?
130
00:11:06,750 --> 00:11:08,250
Kuasa kaum kamu?
131
00:11:08,791 --> 00:11:12,291
Bukankah kamu hanyut di laut,
tergapai-gapai di lautan bergelora?
132
00:11:12,375 --> 00:11:14,375
Jiwa saya yang bergelora.
133
00:11:15,250 --> 00:11:18,250
Ia membawa saya ke pulau ini
atas sebab tertentu
134
00:11:18,333 --> 00:11:21,666
dan ia takkan dipatahkan
oleh pemangku ratu.
135
00:11:29,458 --> 00:11:30,458
Biar saya teka.
136
00:11:32,041 --> 00:11:33,291
Bergaduh di warung.
137
00:11:34,125 --> 00:11:35,291
Menghasut.
138
00:11:44,833 --> 00:11:46,541
Kamu hampir berjaya!
139
00:11:47,250 --> 00:11:48,666
Beberapa hari lagi,
140
00:11:48,750 --> 00:11:53,000
bolehlah saya gelar kalian teman sekapal.
141
00:11:53,083 --> 00:11:57,541
Tarik cepat, kadet! Tarik!
142
00:12:02,833 --> 00:12:05,625
Isildur...
143
00:12:18,458 --> 00:12:20,958
Tarik cepat, kadet!
144
00:12:22,333 --> 00:12:23,166
Tarik!
145
00:12:30,875 --> 00:12:31,708
Tali!
146
00:12:36,916 --> 00:12:38,166
Apa kamu dah buat?
147
00:12:39,250 --> 00:12:40,875
Tuan, ada benda yang tak kena.
148
00:12:40,958 --> 00:12:42,833
Ia salah saya, tuan nakhoda.
149
00:12:43,666 --> 00:12:44,666
Saya cuai.
150
00:12:45,875 --> 00:12:48,916
Saya dah banyak kali tengok
kamu lepaskan tali itu.
151
00:12:49,875 --> 00:12:51,291
Itu memang disengajakan.
152
00:12:53,208 --> 00:12:54,791
Jawatan kamu dilucutkan!
153
00:12:55,833 --> 00:12:57,000
Ketiga-tiganya sekali!
154
00:13:00,666 --> 00:13:04,208
"Orang Barat"? "Númenor sebenar"?
155
00:13:04,625 --> 00:13:07,250
Benda mengarut
yang adik awak selalu bebelkan itu!
156
00:13:09,000 --> 00:13:11,500
Saya ingat saya saja yang akan dibuang.
157
00:13:13,250 --> 00:13:14,416
Maafkan saya?
158
00:13:14,916 --> 00:13:16,250
Maaf?
159
00:13:16,833 --> 00:13:20,083
Awak minta maaf?
Awak baru saja musnahkan hidup kita semua!
160
00:13:20,958 --> 00:13:23,583
Mana bekas najis? Saya rasa loya.
161
00:13:23,666 --> 00:13:24,916
Saya akan minta ayah saya
162
00:13:25,000 --> 00:13:26,666
kembalikan tugas kamu berdua.
163
00:13:26,750 --> 00:13:29,083
Tidak. Awak dah hilang jawatan
164
00:13:29,166 --> 00:13:30,958
yang awak tak layak dapat.
165
00:13:31,041 --> 00:13:32,375
-Valandil...
-Tidak.
166
00:13:33,666 --> 00:13:37,125
Sejak kecil lagi, saya ingin belayar.
167
00:13:38,333 --> 00:13:41,875
Saya dah berusaha untuk mendapatkannya,
tapi apa awak buat?
168
00:13:43,041 --> 00:13:46,541
Apa? Selain meratapi
ibu awak yang sudah tiada.
169
00:13:46,625 --> 00:13:49,041
Sudah! Cukup!
170
00:13:51,875 --> 00:13:53,875
Ya, Isil pergi seperti biasa.
171
00:13:53,958 --> 00:13:56,166
Isil! Awak mahu ke mana?
172
00:13:56,250 --> 00:13:58,166
Dia pergi atau tidak tiada bezanya.
173
00:13:59,000 --> 00:14:02,833
Masalahnya ialah dia,
dan masalah itu kekal selagi dia ada.
174
00:14:23,666 --> 00:14:25,041
Magrot!
175
00:14:27,541 --> 00:14:28,791
Adar...
176
00:15:20,458 --> 00:15:22,291
Adar...
177
00:16:15,500 --> 00:16:17,875
Nampak uglursha.
178
00:16:27,708 --> 00:16:30,666
Nampak uglursha.
179
00:16:42,583 --> 00:16:45,666
Kamu lahir di mana,
180
00:16:48,125 --> 00:16:49,375
askar?
181
00:16:56,208 --> 00:16:58,041
Di muara sungai?
182
00:17:01,458 --> 00:17:02,833
Awak siapa?
183
00:17:08,000 --> 00:17:10,041
Aku pernah pergi ke sungai itu…
184
00:17:12,250 --> 00:17:13,750
Semasa aku kecil.
185
00:17:17,916 --> 00:17:19,333
Aku ingat lagi…
186
00:17:21,458 --> 00:17:23,958
Tebingnya penuh dengan bunga sej.
187
00:17:28,000 --> 00:17:29,458
Saujana mata memandang.
188
00:17:32,125 --> 00:17:34,333
Kenapa Orc panggil awak bapa?
189
00:17:51,166 --> 00:17:53,916
Kau dah dengar banyak pembohongan.
190
00:17:56,000 --> 00:17:57,916
Sesetengah sudah lama terpahat
191
00:17:59,083 --> 00:18:03,666
hinggakan batu dan akar mempercayainya.
192
00:18:04,375 --> 00:18:06,208
Ia tak dapat lagi dirungkai…
193
00:18:08,541 --> 00:18:11,791
Kecuali dengan penciptaan dunia baru.
194
00:18:14,875 --> 00:18:17,583
Tapi dewa saja yang dapat melakukannya.
195
00:18:17,666 --> 00:18:21,500
Aku bukan dewa.
Atau mungkin aku patut kata…
196
00:18:26,250 --> 00:18:27,125
Belum lagi.
197
00:18:31,208 --> 00:18:32,833
Awak apa sebenarnya?
198
00:18:36,333 --> 00:18:39,875
Berjumpalah Manusia yang berlindung
di menara pengawal lama itu.
199
00:18:42,541 --> 00:18:44,083
Sampai pesanan kepada mereka.
200
00:18:50,666 --> 00:18:51,750
Pesanan apa?
201
00:19:14,750 --> 00:19:18,583
Berek dah penuh. Cubalah bina khemah
di mana-mana yang sesuai.
202
00:19:20,083 --> 00:19:22,458
-Kumpulan ini dari mana?
-Iorbad.
203
00:19:23,208 --> 00:19:25,958
Jadi, semua kampung dari sini
hingga Orodruin terkesan.
204
00:19:33,791 --> 00:19:34,875
Mana yang lain?
205
00:19:35,875 --> 00:19:37,375
Ini saja yang tinggal.
206
00:19:37,875 --> 00:19:39,500
Kita perlu catu lagi makanan.
207
00:19:39,583 --> 00:19:41,125
Jangan catu makanan saya.
208
00:19:41,208 --> 00:19:43,666
Siapa kata awak berhak buat keputusan itu?
209
00:19:43,750 --> 00:19:46,583
Semua orang di menara ini, Waldreg.
Termasuklah awak.
210
00:19:46,666 --> 00:19:47,750
Apa kita nak makan?
211
00:19:48,541 --> 00:19:50,083
-Adalah jalannya.
-Bagaimana?
212
00:19:50,166 --> 00:19:52,791
-Saya belum tahu.
-Memang jelas pun.
213
00:19:54,208 --> 00:19:55,916
Nak cari di stor bawah Waldreg?
214
00:19:56,750 --> 00:19:58,708
Kita hantar orang ke pekan.
215
00:19:58,791 --> 00:20:02,916
Pada waktu siang, ketika Orc tak ramai,
kita rembat apa-apa yang sempat.
216
00:20:03,000 --> 00:20:05,083
Mereka takkan perasan pun.
217
00:20:05,166 --> 00:20:07,083
Siapa yang kamu nak suruh?
218
00:20:07,916 --> 00:20:10,208
Kalau orang lain tak sanggup,
saya akan buat.
219
00:20:10,291 --> 00:20:11,958
Mak tak benarkan.
220
00:20:12,750 --> 00:20:16,166
Kita akan memburu di kawasan bukit dulu.
Kumpulkan pemburu.
221
00:20:16,958 --> 00:20:19,375
Apa mereka nak buru? Beberapa ekor arnab?
222
00:20:19,458 --> 00:20:20,625
Untuk sehari cukuplah.
223
00:20:20,708 --> 00:20:23,458
Setidak-tidaknya, ada lagi sehari.
Bersyukurlah.
224
00:20:23,541 --> 00:20:24,625
Saya dah bosan
225
00:20:24,708 --> 00:20:27,833
melihat semuanya musnah
tanpa berbuat apa-apa.
226
00:20:27,916 --> 00:20:30,250
-Kita cuba sedaya upaya.
-Kecuali saya!
227
00:20:30,333 --> 00:20:31,708
Theo!
228
00:20:32,250 --> 00:20:34,875
Kamu boleh bantu
atau menyukarkan kerja mak.
229
00:20:55,416 --> 00:20:57,791
Saya tak sepatutnya dengar cakap awak.
230
00:21:00,375 --> 00:21:01,625
Saya nak balik.
231
00:21:03,375 --> 00:21:05,333
Jangan jadi pengecut.
232
00:21:06,333 --> 00:21:07,416
Ayuh.
233
00:21:29,500 --> 00:21:31,416
Rowan, warung itu.
234
00:21:31,500 --> 00:21:32,958
Saya tak nak masuk.
235
00:21:33,333 --> 00:21:34,833
Mungkin ada lagi makanan.
236
00:21:34,916 --> 00:21:36,875
Marilah, tak ada sesiapa di sini.
237
00:21:40,208 --> 00:21:41,625
Baiklah. Saya akan pergi.
238
00:22:37,666 --> 00:22:38,750
Rowan?
239
00:23:15,583 --> 00:23:16,708
Darah muda.
240
00:23:22,500 --> 00:23:23,583
Benda itu dari mana?
241
00:23:34,083 --> 00:23:35,250
Serahkannya.
242
00:23:46,208 --> 00:23:48,000
Hoi! Aku dah jumpa!
243
00:23:48,083 --> 00:23:51,958
Aku dah jumpa!
Budak kecil yang curi hulu itu!
244
00:23:52,041 --> 00:23:53,708
Budak? Mana dia?
245
00:23:53,791 --> 00:23:55,500
Dia sedang bersembunyi.
246
00:23:56,333 --> 00:23:58,666
Kamu! Beritahu Bapa Kudus!
247
00:24:00,041 --> 00:24:01,916
Yang lain, berpecah.
248
00:24:03,125 --> 00:24:05,583
Jangan tidur selagi dia belum ditemui.
249
00:24:29,500 --> 00:24:30,583
Jumpa pun!
250
00:24:51,208 --> 00:24:54,500
Elf dan Orang Kerdil bekerjasama.
Menakjubkan.
251
00:24:56,041 --> 00:24:58,291
Ia betul-betul seperti yang tuan kata.
252
00:25:03,708 --> 00:25:04,541
Apa?
253
00:25:05,000 --> 00:25:06,250
Tak ada apa-apa. Cuma…
254
00:25:06,333 --> 00:25:10,333
Ketika awak di situ tadi,
awak benar-benar mirip ayah awak.
255
00:25:12,083 --> 00:25:15,666
-Saya tak tahu tuan pernah jumpa dia.
-Kami jumpa banyak kali.
256
00:25:15,750 --> 00:25:19,000
Dia juga berpandangan jauh.
257
00:25:20,166 --> 00:25:22,333
Dia juga pernah kata kepada saya,
258
00:25:24,541 --> 00:25:29,750
satu hari nanti, masa depan saya
akan bergantung pada anaknya.
259
00:25:32,416 --> 00:25:36,416
Dia cakap secara bersahaja
seolah-olah berbual tentang cuaca.
260
00:25:36,791 --> 00:25:38,333
Maka, saya pun…
261
00:25:38,416 --> 00:25:42,250
Terlupa sehinggalah… saat ini.
262
00:25:44,416 --> 00:25:45,666
Aneh, bukan?
263
00:25:48,375 --> 00:25:50,958
Tuan nampak terganggu hari ini.
264
00:25:51,875 --> 00:25:53,083
Apa masalahnya?
265
00:25:54,250 --> 00:25:57,875
Tidak, saya tak patut cerita.
Lagipun, dia kawan awak.
266
00:25:57,958 --> 00:25:59,083
Durin.
267
00:26:00,500 --> 00:26:05,000
Nampaknya macam dia mengelak saya
atau menyembunyikan sesuatu.
268
00:26:16,375 --> 00:26:18,416
Awak dah tanya kumpulan kerjanya?
269
00:26:18,500 --> 00:26:22,375
Kesemua 19 kumpulan.
Mereka asyik beri alasan.
270
00:26:22,458 --> 00:26:24,666
Bunyinya macam mencurigakan saja.
271
00:26:25,541 --> 00:26:28,791
Jadi, maksud awak,
Durin sembunyikan teman wanita?
272
00:26:28,875 --> 00:26:31,916
-Hanya awak seorang di hatinya.
-Saya tahu.
273
00:26:32,000 --> 00:26:33,250
Siapalah yang nakkan dia.
274
00:26:35,375 --> 00:26:38,666
Nenek- kebayan, Berliyan berkoyan
275
00:26:39,083 --> 00:26:39,916
Aduh! Sudahlah!
276
00:26:40,041 --> 00:26:41,750
Gerda, jangan bergaduh!
277
00:26:41,833 --> 00:26:45,208
-Kami main permainan pukul-pukul.
-Jangan main lagi.
278
00:26:46,583 --> 00:26:49,250
Awak dah cari di Jenjang Mas?
279
00:26:49,333 --> 00:26:51,083
Atau di Jaga Trigapura?
280
00:26:55,291 --> 00:26:56,583
Saya terlupa.
281
00:26:56,666 --> 00:26:59,916
Budak-budak ini buat otak saya bercelaru.
282
00:27:00,000 --> 00:27:02,875
Dia pergi ke Jurang Kuarza hari ini.
283
00:27:04,916 --> 00:27:08,833
Disa, tak berbaloi
menyembunyikan rahsia dengan menipu.
284
00:27:10,375 --> 00:27:13,333
Awak tuduh Orang Kerdil tipu
di rumahnya sendiri?
285
00:27:14,083 --> 00:27:16,083
Itu cara terbaik untuk cari gaduh.
286
00:27:18,500 --> 00:27:20,083
Kalau betullah Durin melombong,
287
00:27:20,166 --> 00:27:22,916
kenapa dia tinggalkan kapak mengukir?
288
00:27:23,000 --> 00:27:25,333
Kenapa awak masak makanan kegemarannya
289
00:27:25,416 --> 00:27:28,833
kalau dia di gaung yang ambil masa
dua hari untuk dituruni?
290
00:27:28,916 --> 00:27:31,458
Nenek- kebayan, Berlian berkoyan
291
00:27:31,541 --> 00:27:33,291
Gerda, ibu bagi amaran!
292
00:27:39,125 --> 00:27:40,916
Durin tak bawa kapaknya
293
00:27:41,666 --> 00:27:45,333
kerana dia melombong kuarza
yang tak dipahat, tapi perlu diumpil.
294
00:27:46,166 --> 00:27:47,708
Saya buat stu ekor mondok
295
00:27:47,791 --> 00:27:50,875
kerana ia ambil masa dan cuma siap
apabila dia balik nanti
296
00:27:51,625 --> 00:27:55,625
dan kalau orang luar macam awak
perlukan beberapa hari,
297
00:27:55,708 --> 00:27:57,666
Orang Kerdil macam suami saya
298
00:27:57,750 --> 00:28:01,083
boleh menuruni Jurang Kuarza
dalam hanya beberapa jam.
299
00:28:02,458 --> 00:28:05,291
Ada apa-apa lagi yang awak nak tanya?
300
00:28:07,375 --> 00:28:08,541
Tidak.
301
00:28:09,708 --> 00:28:10,875
Terima kasih.
302
00:28:20,041 --> 00:28:23,666
Jurang Kuarza. Boleh tahan.
303
00:28:23,750 --> 00:28:27,250
Saya cuma harap dia percaya.
Elf itu tak mudah terpedaya.
304
00:28:27,333 --> 00:28:28,750
Memang benar.
305
00:28:29,791 --> 00:28:34,041
Mujurlah bakal ratu saya pandai berhelah.
306
00:28:34,125 --> 00:28:39,500
Itu antara sebab saya bersyukur kerana
awak isteri saya, bukan Margid Rustborin.
307
00:28:39,583 --> 00:28:41,416
Apa sebab lain?
308
00:28:42,000 --> 00:28:43,541
Nanti saya beritahu.
309
00:28:43,625 --> 00:28:46,541
Sudahlah. Perlahankan suara.
310
00:28:49,083 --> 00:28:51,583
Kami dah melombong agak dalam.
311
00:28:52,250 --> 00:28:54,875
Saya pastikan dia dibawa keluar...
312
00:29:04,666 --> 00:29:08,083
Lombong lama di bawah Mirrormere.
313
00:29:10,000 --> 00:29:11,416
Awak sesatkah, Elf?
314
00:29:14,083 --> 00:29:16,750
Tidak. Saya tahu tempat yang saya tuju.
315
00:29:19,083 --> 00:29:20,250
Selamat sejahtera.
316
00:30:15,958 --> 00:30:19,291
Nenek- kebayan, Berlian berkoyan
317
00:31:02,083 --> 00:31:03,083
Saya dah agak!
318
00:31:04,125 --> 00:31:05,166
Durin?
319
00:31:05,250 --> 00:31:07,041
Awak mengintip saya, ya, Elf?
320
00:31:07,125 --> 00:31:09,125
Tidak. Ini tempat apa?
321
00:31:09,208 --> 00:31:12,125
Awak ingat saya akan percaya
yang awak tak tahu?
322
00:31:12,208 --> 00:31:16,041
Bukankah awak dihantar ke sini
kerana tempat ini?
323
00:31:17,208 --> 00:31:19,083
Awak nak merampasnya.
324
00:31:19,166 --> 00:31:20,750
Durin, rampas apa?
325
00:31:22,416 --> 00:31:25,666
Saya tak peduli langsung
tentang bijih di ruang itu.
326
00:31:25,750 --> 00:31:29,208
Saya cuma pedulikan awak
dan persahabatan kita
327
00:31:30,416 --> 00:31:32,125
dan sahabat tak patut berahsia.
328
00:31:35,125 --> 00:31:37,125
Apa erti semua ini?
329
00:31:41,333 --> 00:31:43,000
Awak perlu bersumpah.
330
00:31:50,500 --> 00:31:52,083
Bersumpahlah,
331
00:31:52,166 --> 00:31:55,000
bahawa awak takkan sesekali mendedahkan
332
00:31:55,083 --> 00:31:58,291
rahsia yang saya akan kongsi
kepada sesiapa.
333
00:31:59,541 --> 00:32:02,125
Kemarahan Orang Kerdil
kekal selama-lamanya.
334
00:32:02,208 --> 00:32:03,791
Kalau awak langgar sumpah,
335
00:32:04,708 --> 00:32:08,458
kuasa batu ini akan membinasakan awak
dan orang tersayang
336
00:32:08,541 --> 00:32:11,333
hingga akhir hayat awak di Dunia Tengah.
337
00:32:13,041 --> 00:32:14,833
Sanggupkah awak bersumpah, Elrond?
338
00:32:27,583 --> 00:32:31,333
Saya bersumpah atas nama ayah saya,
Si Pelaut Eärendil.
339
00:32:36,166 --> 00:32:39,625
Segala kata-kata awak di sini
akan saya rahsiakan.
340
00:32:45,625 --> 00:32:49,416
Disa mengesannya semasa
proses pengesanan emas biasa.
341
00:32:52,750 --> 00:32:54,500
Ia bijih baru.
342
00:32:57,291 --> 00:33:00,500
Lebih ringan daripada sutera
tapi keras daripada besi.
343
00:33:00,583 --> 00:33:03,750
Sebagai senjata,
ia boleh mengatasi pedang terkuat kami.
344
00:33:04,666 --> 00:33:09,666
Sebagai pitis,
ia lebih bernilai daripada emas.
345
00:33:10,708 --> 00:33:13,125
Anehnya cara ia memantulkan cahaya.
346
00:33:13,958 --> 00:33:15,708
Seolah-olah ia mengeluarkan cahaya.
347
00:33:15,791 --> 00:33:20,208
Ia mungkin memulakan era baru
bagi kaum kami.
348
00:33:21,000 --> 00:33:22,666
Kekuatan, kemakmuran…
349
00:33:22,750 --> 00:33:25,541
Tapi kenapa perlu berahsia?
350
00:33:26,125 --> 00:33:27,541
Kenapa awak tak meraikannya?
351
00:33:31,041 --> 00:33:32,541
Ia sukar dilombong.
352
00:33:33,583 --> 00:33:37,916
Ayah saya sekat semua usaha kami
353
00:33:38,000 --> 00:33:39,875
sebagai langkah berjaga-jaga.
354
00:33:42,541 --> 00:33:43,625
Boleh saya tengok?
355
00:33:51,333 --> 00:33:53,916
Apa nama bijih ajaib ini?
356
00:33:55,291 --> 00:33:57,291
Kami menggelarnya, "kelabu kilat".
357
00:33:57,375 --> 00:33:59,916
Dalam bahasa awak, mungkin mith-raud.
358
00:34:01,666 --> 00:34:06,375
Tidak. Terjemahannya ialah mithril.
359
00:34:08,541 --> 00:34:12,500
Jadi, memang benarlah
awak datang dari jauh kerana Eregion?
360
00:34:13,041 --> 00:34:16,125
Saya datang kerana 20 tahun
terlalu lama untuk kita berjauhan.
361
00:34:19,000 --> 00:34:20,291
Walaupun bagi Elf.
362
00:34:27,666 --> 00:34:28,958
Ambillah.
363
00:34:31,541 --> 00:34:33,166
Sebagai tanda persahabatan kita.
364
00:34:37,250 --> 00:34:38,250
Baiklah.
365
00:34:48,458 --> 00:34:51,500
Durin, jangan!
366
00:34:51,958 --> 00:34:53,875
Ada empat Orang Kerdil di bawah sana!
367
00:34:55,666 --> 00:34:56,750
Durin!
368
00:35:14,333 --> 00:35:16,833
Eärien, lantai dan gelas.
369
00:35:21,666 --> 00:35:22,791
Maafkan saya.
370
00:35:22,875 --> 00:35:26,375
Tak apa, betul. Jangan risau.
371
00:35:27,000 --> 00:35:29,333
Saya ingat awak cuma pandai membina.
372
00:35:29,833 --> 00:35:32,083
Menggosok baik untuk kecekapan tangan.
373
00:35:32,708 --> 00:35:34,375
Itulah yang ketua kami kata.
374
00:35:35,750 --> 00:35:38,708
Beginilah. Saya cuci lantai,
awak basuh gelas.
375
00:35:38,791 --> 00:35:40,666
Orang terakhir siap belanja makan.
376
00:35:40,750 --> 00:35:42,750
Saya takkan ikut lelaki asing.
377
00:35:42,833 --> 00:35:45,750
Bagus. Kalau ada lelaki begitu,
saya akan beritahu.
378
00:36:12,250 --> 00:36:15,916
Walaupun saya kagum
melihat awak merempuh semua halangan,
379
00:36:16,000 --> 00:36:18,291
seperti kuda muda yang berlari pantas…
380
00:36:19,583 --> 00:36:23,833
Awak tak terfikirkah yang awak bukannya
menentang trol atau Orc,
381
00:36:23,916 --> 00:36:24,875
tapi Manusia?
382
00:36:25,375 --> 00:36:28,041
Awak cuba beri nasihat
tentang perang kepada saya?
383
00:36:28,125 --> 00:36:29,625
Tidak, saya…
384
00:36:30,666 --> 00:36:33,875
Saya tak berani pun, tapi…
385
00:36:34,791 --> 00:36:39,416
Awak biasanya tak berperang
di istana, bukan?
386
00:36:42,083 --> 00:36:43,250
Teruskan.
387
00:36:44,666 --> 00:36:47,666
Dalam keadaan begini, saya rasa
388
00:36:47,750 --> 00:36:52,166
lebih baik awak cuba kenal pasti
perkara yang musuh awak takuti.
389
00:36:52,750 --> 00:36:54,541
-Dan mempergunakannya?
-Tidak.
390
00:36:56,083 --> 00:36:58,666
Ajar mereka cara untuk menguasainya.
391
00:36:59,791 --> 00:37:02,375
Supaya awak dapat kuasai mereka.
392
00:37:02,458 --> 00:37:04,583
Jadi awak fikir, saya di sini
393
00:37:04,666 --> 00:37:07,125
kerana tak tahu perkara
yang ratu takutkan?
394
00:37:07,208 --> 00:37:08,875
Ya, kalau menurut tekaan saya.
395
00:37:08,958 --> 00:37:11,666
Tapi awak tahu
walaupun awak berjumpa dia tak lama?
396
00:37:11,750 --> 00:37:16,500
Dan sepanjang masa itu, awak tuntut kapal,
hina orangnya dan bantah perintahnya.
397
00:37:16,583 --> 00:37:18,291
Tapi dia masih bersabar.
398
00:37:19,333 --> 00:37:22,166
Tiba-tiba dia penjarakan awak.
399
00:37:24,125 --> 00:37:24,958
Kenapa?
400
00:37:25,333 --> 00:37:27,541
Saya suruh dia pertahankan orang awak.
401
00:37:27,625 --> 00:37:30,791
Tapi dia tak murka atas sebab itu, bukan?
402
00:37:33,333 --> 00:37:35,500
Saya mahu menemui ayahnya.
403
00:37:37,000 --> 00:37:41,000
Raja di menara,
yang dah lama tak kelihatan.
404
00:37:43,875 --> 00:37:48,458
Tengoklah hasilnya apabila awak berhenti
berlari dan mula berfikir?
405
00:37:48,541 --> 00:37:50,166
Jangan samakan saya dengan kuda.
406
00:37:50,250 --> 00:37:53,125
Boleh, kalau awak berhenti
pujuk saya supaya pergi.
407
00:37:53,208 --> 00:37:54,625
Selamat sejahtera, Elf.
408
00:37:54,708 --> 00:37:57,416
Pemangku Ratu sudah membuat keputusan.
409
00:37:58,375 --> 00:38:02,791
Pengiring kami akan bawa awak pulang
kepada kaum awak. Malam ini.
410
00:38:16,583 --> 00:38:18,000
Mari sini.
411
00:38:32,916 --> 00:38:36,000
-Jangan cuba lawan.
-Saya tak boleh biar dia pergi.
412
00:38:36,083 --> 00:38:38,875
Boleh, jika awak tahu destinasinya.
413
00:39:00,833 --> 00:39:02,500
Apa kamu buat di sini?
414
00:39:03,583 --> 00:39:05,000
Saya nak makan malam.
415
00:39:08,750 --> 00:39:10,000
Siapa dia?
416
00:39:11,000 --> 00:39:12,291
Mana baju seragam abang?
417
00:39:15,291 --> 00:39:17,500
Abang dah berhenti kerja, bukan?
418
00:39:18,333 --> 00:39:19,750
Tidak, lebih teruk lagi.
419
00:39:19,833 --> 00:39:21,333
Abang dibuang?
420
00:39:22,416 --> 00:39:23,750
Abang buat kami dibuang.
421
00:39:23,833 --> 00:39:25,083
Abang…
422
00:39:28,791 --> 00:39:32,458
Abang dah menang. Sekarang abang boleh
pergi ke sebelah barat.
423
00:39:35,416 --> 00:39:37,375
Abang musnahkan hidup kawan abang
424
00:39:38,916 --> 00:39:40,500
dan busukkan nama keluarga.
425
00:39:42,291 --> 00:39:43,958
Abang tak layak pergi ke barat.
426
00:39:47,666 --> 00:39:49,875
Ayah pun takkan bagi abang bawa Berek.
427
00:39:56,041 --> 00:39:57,750
Elf itu dah lari.
428
00:39:58,250 --> 00:39:59,583
Cari di semua lorong.
429
00:40:19,333 --> 00:40:22,500
Ampun tuanku kerana mengganggu, tapi saya…
430
00:40:22,583 --> 00:40:24,291
Dia tak lagi mampu menjawab.
431
00:40:32,041 --> 00:40:33,875
Tuanku tahu saya akan ke sini?
432
00:40:33,958 --> 00:40:37,625
Sekumpulan tentera
akan bawa kamu ke kapal.
433
00:40:38,833 --> 00:40:40,916
Lebih baik kamu pergi secara sukarela.
434
00:40:42,416 --> 00:40:43,500
Míriel.
435
00:40:50,000 --> 00:40:51,208
Míriel.
436
00:41:00,750 --> 00:41:01,750
Ayahanda…
437
00:41:01,833 --> 00:41:04,416
Tak apa, ayahanda. Saya di sini.
438
00:41:08,083 --> 00:41:09,333
Maafkan saya.
439
00:41:11,041 --> 00:41:12,375
Saya tak tahu.
440
00:41:13,458 --> 00:41:15,875
Tak ramai tahu
yang kesihatannya dah merosot.
441
00:41:18,125 --> 00:41:20,125
Beta lebih suka begitu.
442
00:41:20,791 --> 00:41:23,208
Kalau begitu, berterus teranglah.
443
00:41:26,000 --> 00:41:28,666
Ayahanda tuanku taat kepada tradisi Elf.
444
00:41:29,625 --> 00:41:31,041
Tapi kenapa tuanku ingkar?
445
00:41:32,208 --> 00:41:33,541
Berterus teranglah.
446
00:41:35,875 --> 00:41:37,125
Tolonglah.
447
00:41:39,458 --> 00:41:42,166
Ayahanda beta berfikiran sederhana.
448
00:41:43,250 --> 00:41:46,125
Tapi selepas pertabalannya, dia berubah.
449
00:41:48,250 --> 00:41:50,375
Dia semakin lantang,
450
00:41:50,458 --> 00:41:54,125
menuduh kami membangkitkan
kemarahan Valar,
451
00:41:54,208 --> 00:41:57,875
harus insaf dan kembali kepada tradisi.
452
00:41:59,500 --> 00:42:01,125
Suasana menjadi tegang
453
00:42:02,166 --> 00:42:05,875
dan apabila dia mengumumkan rancangan
untuk membaiki hubungan dengan Elf…
454
00:42:05,958 --> 00:42:07,375
Rakyat memberontak.
455
00:42:10,125 --> 00:42:11,583
Ramai yang terkorban.
456
00:42:14,708 --> 00:42:17,041
Saya dipilih untuk menggantikannya
457
00:42:18,208 --> 00:42:20,250
dengan syarat saya tamatkan pergolakan.
458
00:42:21,708 --> 00:42:25,833
Tapi pada malam pertama,
ketika semua rakyat Númenor sedang tidur,
459
00:42:25,916 --> 00:42:27,583
dia bawa saya ke sini.
460
00:42:32,958 --> 00:42:34,208
Palantír.
461
00:42:35,208 --> 00:42:37,666
Dulu ada tujuh Batu Tilik.
462
00:42:38,333 --> 00:42:40,916
Enam lagi telah hilang atau disembunyikan.
463
00:42:41,916 --> 00:42:43,958
Batu ini diturunkan kepada ayah beta.
464
00:42:44,791 --> 00:42:46,666
Ia menyimpan satu rahsia.
465
00:42:49,583 --> 00:42:51,208
Letak tangan kamu padanya.
466
00:42:54,583 --> 00:42:57,666
-Saya perlu ingatkan…
-Saya pernah sentuh palantír.
467
00:42:57,750 --> 00:42:59,750
Tapi bukan yang ini.
468
00:43:28,875 --> 00:43:30,708
Kamu nampak masa depan Númenor.
469
00:43:34,833 --> 00:43:36,833
Palantír menunjukkan banyak bayangan.
470
00:43:37,750 --> 00:43:39,750
Sesetengahnya tak pernah berlaku.
471
00:43:39,833 --> 00:43:41,625
Ia sudah berlaku.
472
00:43:42,500 --> 00:43:44,666
Ia bermula dengan ketibaan awak.
473
00:43:45,333 --> 00:43:48,333
Tuanku fikir saya punca kejatuhan Númenor?
474
00:43:48,416 --> 00:43:51,000
Hanya Númenor yang akan menjatuhkannya.
475
00:43:52,250 --> 00:43:55,083
Valar kurniakan pulau ini
kerana kami pilih kebaikan.
476
00:43:55,166 --> 00:43:58,791
Mereka boleh mengambilnya semula
jika kami memilih kejahatan.
477
00:43:58,875 --> 00:44:02,833
Kebaikan itu merujuk kepada
kesetiaan nenek moyang tuanku kepada Elf.
478
00:44:02,916 --> 00:44:04,916
Itulah yang ayah beta percaya.
479
00:44:05,916 --> 00:44:07,916
Kerananya, kami hampir musnah.
480
00:44:09,500 --> 00:44:13,000
Oleh sebab itu, esok, beta akan umumkan
yang kamu sudah pergi
481
00:44:13,791 --> 00:44:15,208
dan krisis ini sudah tamat.
482
00:44:18,208 --> 00:44:21,166
Jika kebangkitan kejahatan
di Dunia Tengah tak dikekang,
483
00:44:21,250 --> 00:44:23,916
ia akan merebak
dan membinasakan kita semua.
484
00:44:24,416 --> 00:44:27,833
Mengelak perang ini
mungkin penyebab kejatuhan tuanku.
485
00:44:27,916 --> 00:44:31,083
Beta enggan menidakkan takdir dewa.
Keputusan beta muktamad.
486
00:44:31,166 --> 00:44:32,958
Keputusan berasaskan ketakutan.
487
00:44:34,791 --> 00:44:38,333
Saya faham perasaan
menjadi satu-satunya orang
488
00:44:40,375 --> 00:44:42,208
yang melihat,
489
00:44:42,958 --> 00:44:44,791
dan yang tahu.
490
00:44:46,041 --> 00:44:49,791
Mungkin kita berdua
tak perlu menanggung beban itu lagi.
491
00:44:50,250 --> 00:44:54,583
Saya merayu, Míriel,
jangan pilih untuk berasa takut,
492
00:44:54,666 --> 00:44:56,250
pilihlah untuk berasa yakin.
493
00:44:56,875 --> 00:44:58,375
Sertailah saya.
494
00:44:59,125 --> 00:45:02,083
Biar Númenor berjuang
bersama Elf sekali lagi.
495
00:45:11,958 --> 00:45:15,375
Kalaupun beta setuju
dengan kamu, Galadriel,
496
00:45:16,166 --> 00:45:19,500
ia masih tak cukup
untuk beta mentadbir kerajaan ini.
497
00:45:22,250 --> 00:45:23,458
Maafkan beta.
498
00:45:30,166 --> 00:45:34,083
Hutan dah kosong. Semua binatang dah lari.
499
00:45:34,166 --> 00:45:36,916
Nampaknya anak awak memang pintar.
500
00:45:38,833 --> 00:45:40,583
Ada orang datang!
501
00:45:45,500 --> 00:45:46,750
Berundur.
502
00:45:46,833 --> 00:45:49,541
-Ke tepi. Berundur!
-Biar budak itu masuk!
503
00:45:51,375 --> 00:45:53,125
Ada banyak. Sabarlah!
504
00:45:53,208 --> 00:45:55,583
Rowan! Mana Theo?
505
00:45:57,541 --> 00:45:59,125
Katanya dia ikut belakang saya.
506
00:45:59,208 --> 00:46:00,458
-Laparnya!
-Jangan tolak!
507
00:46:00,541 --> 00:46:01,750
Dia tolak saya!
508
00:46:04,375 --> 00:46:08,250
Kami dah cari di merata tempat.
Dia takkan kembali.
509
00:46:08,333 --> 00:46:09,500
Ayuh.
510
00:46:14,708 --> 00:46:15,791
Mana dia?
511
00:46:18,458 --> 00:46:19,750
Dia tiada di sini!
512
00:46:23,541 --> 00:46:24,375
Mari kita pergi.
513
00:46:27,291 --> 00:46:29,541
Cari di setiap ceruk.
514
00:46:32,666 --> 00:46:35,291
Matilah kita kalau kita gagal mencarinya.
515
00:46:35,375 --> 00:46:38,166
Sebab boslah dia sempat lari.
516
00:46:38,250 --> 00:46:40,708
Izmûmbogh...
517
00:46:43,458 --> 00:46:44,750
Ayuh!
518
00:46:48,500 --> 00:46:50,875
Kishdibatoth.
519
00:47:04,291 --> 00:47:05,750
Kishdibatoth.
520
00:47:11,333 --> 00:47:12,416
Cari dia!
521
00:47:23,000 --> 00:47:24,291
Dia tiada di sini.
522
00:47:35,916 --> 00:47:38,083
Di situ! Tengok!
523
00:48:00,166 --> 00:48:03,083
Kau cuba lari, ya?
524
00:48:03,166 --> 00:48:04,250
Mana dia?
525
00:48:04,333 --> 00:48:05,333
Tidak!
526
00:48:05,416 --> 00:48:07,500
Mana benda itu?
527
00:48:08,666 --> 00:48:12,541
Mungkin kau akan bercakap
kalau bibir dah tiada.
528
00:48:24,041 --> 00:48:25,125
Cepat, adik.
529
00:48:27,000 --> 00:48:28,333
Mereka datang.
530
00:48:53,333 --> 00:48:54,333
Jangan berhenti.
531
00:49:20,791 --> 00:49:21,791
Lari!
532
00:49:36,291 --> 00:49:37,458
Mak?
533
00:49:38,958 --> 00:49:40,125
Bronwyn.
534
00:49:43,833 --> 00:49:45,708
Lari! Pergi ke cerang!
535
00:52:12,125 --> 00:52:14,333
Itu apa?
536
00:52:14,875 --> 00:52:17,500
Itu rayuan kepada batu-batuan
537
00:52:17,583 --> 00:52:21,500
supaya membebaskan pelombong
dalam keadaan bernyawa.
538
00:52:23,000 --> 00:52:25,958
Saya asyik terfikir,
kalau awak tak turun ke bawah,
539
00:52:27,125 --> 00:52:29,791
Durin mungkin berada di syaf itu ketika…
540
00:52:31,375 --> 00:52:32,458
Maafkan saya.
541
00:52:33,166 --> 00:52:34,666
Maafkan saya kena menipu.
542
00:52:34,750 --> 00:52:38,333
Awak setia kepada kawan saya.
Itu saja yang penting.
543
00:52:40,541 --> 00:52:42,583
Mereka dah bawa keluar mangsa terakhir.
544
00:52:44,416 --> 00:52:47,375
Hidup-hidup. Semuanya masih hidup.
545
00:52:48,333 --> 00:52:50,250
Ayah awak tentu rasa lega.
546
00:52:50,333 --> 00:52:51,750
Dia tutup lombong itu.
547
00:52:53,208 --> 00:52:56,125
Seluruh telerang itu akan ditutup.
548
00:52:56,208 --> 00:52:58,125
-Semuanya sekali?
-Ya.
549
00:52:59,041 --> 00:53:00,500
Berilah dia masa.
550
00:53:01,500 --> 00:53:04,000
Arang terpanas pun
akan sejuk juga akhirnya.
551
00:53:04,083 --> 00:53:06,500
Tapi saya harap kemarahannya tak reda.
552
00:53:07,750 --> 00:53:11,375
Kadangkala saya harap
saya boleh luahkan perasaan tentangnya
553
00:53:12,375 --> 00:53:16,958
dan tak perlu bercakap
dengan orang tua itu lagi!
554
00:53:41,250 --> 00:53:44,041
Ayah saya belayar sendiri ke Valinor
555
00:53:45,250 --> 00:53:49,875
dan yakinkan Valar supaya turut berperang
untuk menghapuskan Morgoth.
556
00:53:51,166 --> 00:53:53,208
Sumbangannya begitu hebat
557
00:53:53,291 --> 00:53:56,791
dan sebagai balasan,
Valar mengangkatnya dari Bumi…
558
00:53:57,625 --> 00:54:00,333
Untuk membawa Bintang Zuhrah
di langit selamanya.
559
00:54:03,666 --> 00:54:06,833
Saya sering memandangnya
apabila senja menjelma…
560
00:54:08,166 --> 00:54:13,208
Tertanya-tanya pendapatnya
jika dia memerhatikan saya.
561
00:54:15,125 --> 00:54:18,625
Banggakah dia dengan pencapaian saya
sebagai warisnya?
562
00:54:20,708 --> 00:54:26,291
Atau hampa kerana tak mampu menandinginya?
563
00:54:31,250 --> 00:54:34,041
Tapi pada satu malam, saya tersedar
564
00:54:34,125 --> 00:54:37,083
apa-apa saja katanya
akan menggembirakan saya
565
00:54:37,166 --> 00:54:39,416
asalkan saya diberi peluang
566
00:54:39,500 --> 00:54:42,500
untuk berbual dengannya
walaupun ia sekali saja.
567
00:54:43,833 --> 00:54:47,833
Jangan sia-siakan masa yang awak ada
dengan ayah awak.
568
00:54:57,666 --> 00:55:01,875
Elrond, saya berharap
awak dapat selesaikan sesuatu.
569
00:55:02,666 --> 00:55:05,166
Bagaimana awak berkenalan
dengan suami saya?
570
00:55:05,250 --> 00:55:07,833
Saya selamatkan dia daripada trol bukit.
571
00:55:07,916 --> 00:55:10,250
-Dua trol.
-Ya, saya tahu.
572
00:55:11,791 --> 00:55:13,333
Tapi saya tanya Elrond.
573
00:55:13,750 --> 00:55:17,750
Malangnya, saya terpaksa betulkan
cerita suami awak.
574
00:55:17,833 --> 00:55:20,583
Ada tiga trol,
dan saya yang selamatkan dia.
575
00:55:20,666 --> 00:55:24,083
Ingatan awak bukannya tepat sangat.
576
00:55:24,166 --> 00:55:25,916
Semasa kami terserempak,
577
00:55:26,000 --> 00:55:28,458
dia sedang cuba mengelak serangan mereka.
578
00:55:28,541 --> 00:55:30,166
Dia menjerit terpekik ketakutan.
579
00:55:30,291 --> 00:55:31,500
Ia laungan peranglah.
580
00:55:31,583 --> 00:55:35,250
Jeritannya nyaring seperti jeritan budak.
Saya keluarkan busur…
581
00:55:35,333 --> 00:55:36,833
-Awak bawa pedang.
-Busur.
582
00:55:36,958 --> 00:55:38,708
-Tidak. Pedang!
-Tak kisahlah…
583
00:55:45,500 --> 00:55:46,750
Maafkan saya, ayah.
584
00:55:47,541 --> 00:55:52,083
Saya berlagak, degil dan saya silap.
585
00:55:57,666 --> 00:55:59,458
Tak bolehkan ayah pandang saya?
586
00:56:11,208 --> 00:56:13,208
Orang kita percaya…
587
00:56:14,708 --> 00:56:17,416
Apabila raja Dwarf ditabalkan,
588
00:56:18,666 --> 00:56:22,041
suara raja-raja sebelumnya
akan meresap ke dalam dirinya
589
00:56:24,416 --> 00:56:26,666
dan berkongsi panduan
590
00:56:27,583 --> 00:56:29,000
dan pengetahuan.
591
00:56:30,750 --> 00:56:32,375
Malah, kesilapan.
592
00:56:39,083 --> 00:56:40,500
Tapi kamu…
593
00:56:42,583 --> 00:56:45,833
Kamu tak perlu menunggu hari itu
untuk mendengar suara ayah
594
00:56:50,583 --> 00:56:55,166
kerana ayah ada di samping kamu, anakku.
595
00:56:58,833 --> 00:57:00,083
Walaupun ketika marah.
596
00:57:01,875 --> 00:57:03,958
Kadangkala, terutamanya ketika marah.
597
00:57:08,458 --> 00:57:10,458
Tapi semuanya boleh dimaafkan.
598
00:57:26,500 --> 00:57:31,250
Elrond ajak saya pergi
ke Lindon bersamanya esok.
599
00:57:36,291 --> 00:57:37,625
Patutnya saya pergi?
600
00:57:39,541 --> 00:57:42,375
Elrond pandai meyakinkan kita
601
00:57:42,458 --> 00:57:45,791
yang Gil-galad tiada niat jahat
dengan menghantarnya ke sini.
602
00:57:45,875 --> 00:57:49,166
Ya, benar.
603
00:57:50,291 --> 00:57:52,541
Tapi gerak hati sesuatu yang berkuasa.
604
00:57:54,041 --> 00:57:55,541
Apa kata gerak hati kamu?
605
00:57:56,791 --> 00:57:58,833
Ada niat tersembunyi.
606
00:57:58,916 --> 00:58:00,000
Bagus, anakku.
607
00:58:01,041 --> 00:58:02,208
Bagus.
608
00:58:04,041 --> 00:58:05,375
Pergilah ke Lindon.
609
00:58:06,791 --> 00:58:08,125
Siasat tujuannya.
610
00:58:24,916 --> 00:58:26,083
Terima kasih.
611
00:58:34,000 --> 00:58:36,416
Kenapa? Apa masalahnya?
612
00:58:38,958 --> 00:58:43,291
Saya bawa pesanan.
Daripada pemimpin musuh kita.
613
00:58:46,083 --> 00:58:50,083
Katanya, orang awak boleh hidup
jika kalian lepaskan hak ke atas bumi ini…
614
00:58:51,666 --> 00:58:53,083
dan taat setia kepadanya.
615
00:58:55,500 --> 00:58:56,916
Bagaimana kalau kami enggan?
616
00:58:58,416 --> 00:58:59,916
Dia akan serang Ostirith.
617
00:59:39,041 --> 00:59:40,291
Mari.
618
00:59:45,875 --> 00:59:49,458
Kamu layak minum
selepas segala yang kamu dah buat.
619
00:59:50,500 --> 00:59:52,000
Ayuh, teruskan.
620
00:59:52,583 --> 00:59:56,666
Macam ketika kamu curi hulu itu
di bangsal saya.
621
00:59:57,250 --> 00:59:58,458
Saya tak tahu…
622
00:59:58,541 --> 01:00:00,041
Sudahlah, budak.
623
01:00:00,750 --> 01:00:02,583
Kamu tahu maksud saya.
624
01:00:14,083 --> 01:00:17,541
Kamu tahukah ia apa? Ia bukan pedang.
625
01:00:18,166 --> 01:00:19,416
Ia kuasa.
626
01:00:20,291 --> 01:00:24,791
Dihasilkan untuk nenek moyang kita
oleh tuan mereka sendiri.
627
01:00:25,291 --> 01:00:27,833
Hamba yang taat.
628
01:00:27,916 --> 01:00:31,500
Dia hilang, tapi akan kembali.
629
01:00:33,041 --> 01:00:34,791
Kamu tahu tentangnya?
630
01:00:35,750 --> 01:00:37,250
Kamu tahu tentang Sauron?
631
01:00:41,916 --> 01:00:44,791
Kamu tentu melihatnya di langit.
632
01:00:44,875 --> 01:00:46,458
Beberapa minggu yang lalu.
633
01:00:47,541 --> 01:00:48,791
Tahi bintang itu.
634
01:00:48,875 --> 01:00:50,708
Itu bererti masanya hampir tiba
635
01:00:51,833 --> 01:00:55,666
dan kita berdua harus bersedia.
636
01:00:55,750 --> 01:00:57,125
Bersedia untuk apa?
637
01:00:57,208 --> 01:00:59,500
Diam, budak.
638
01:01:00,416 --> 01:01:02,250
Simpan tenaga kamu.
639
01:01:03,583 --> 01:01:05,000
Kamu akan memerlukannya.
640
01:01:06,625 --> 01:01:08,041
Untuk masa depan.
641
01:01:22,833 --> 01:01:24,416
Bapa Kudus…
642
01:01:26,125 --> 01:01:27,625
Kami dah jumpa.
643
01:01:29,375 --> 01:01:31,208
Ia di menara itu.
644
01:01:56,458 --> 01:01:58,250
Pergilah dengan aman.
645
01:02:41,791 --> 01:02:44,000
Rakyat tentu akan rasa lega.
646
01:02:44,375 --> 01:02:46,458
Mereka akan berkumpul di istana,
647
01:02:46,541 --> 01:02:48,708
dan di medan untuk pengumuman tuanku.
648
01:02:52,208 --> 01:02:54,041
Kalau begitu, mari kita umumkannya.
649
01:04:05,791 --> 01:04:09,125
Setiawan percaya pabila sari Pohon Abiad
gugur
650
01:04:09,208 --> 01:04:11,000
bukan perkara remeh,
651
01:04:11,083 --> 01:04:13,958
tapi ia titisan air mata Valar,
652
01:04:14,375 --> 01:04:19,250
dan peringatan bahawasanya
mereka memerhati dan menilai kita.
653
01:04:20,458 --> 01:04:23,875
Ini detik penting bagi masa depan manusia.
654
01:04:24,541 --> 01:04:25,791
Detik pengadilan
655
01:04:27,000 --> 01:04:31,166
untuk setiap seorang daripada kita
656
01:04:32,000 --> 01:04:35,250
memilih takdir hidup kita.
657
01:04:36,208 --> 01:04:40,500
Adakah hati kita sudah sekeras tugu
di sekeliling pulau kita?
658
01:04:40,958 --> 01:04:44,833
Atau adakah ia masih berdenyut
dengan darah wira yang mengukirnya?
659
01:04:48,166 --> 01:04:51,375
Adakah keberanian kita terkubur
dengan nenek moyang kita?
660
01:04:53,500 --> 01:04:54,875
Atau ia masih di sini,
661
01:04:56,791 --> 01:04:58,583
bersama kita hingga sekarang…
662
01:05:06,000 --> 01:05:08,416
Menanti untuk meletus
seperti sinar mentari pagi.
663
01:05:11,458 --> 01:05:16,750
Beta takkan menyuruh atau mengajak kalian
berdepan bahaya yang beta enggan hadapi.
664
01:05:17,541 --> 01:05:22,166
Maka dengan itu, beta sendiri
akan mengiring Elf itu ke Dunia Tengah.
665
01:05:29,625 --> 01:05:35,083
Untuk membantu saudara sekaum kita
yang kini terkepung di Benua Selatan.
666
01:05:35,166 --> 01:05:37,208
Tuanku telah mengumumkan niatnya.
667
01:05:37,291 --> 01:05:39,500
Kapalnya bertolak dalam masa sepuluh hari.
668
01:05:40,708 --> 01:05:45,250
Pasukan ekspedisi ini akan terdiri
daripada anak-anak muda yang berani
669
01:05:45,333 --> 01:05:47,541
dari seluruh Númenor.
670
01:05:48,375 --> 01:05:52,875
Siapakah yang sanggup pergi
untuk melindungi tuanku?
671
01:05:58,833 --> 01:06:01,666
Sila tampil ke depan
dan tunjukkan diri kamu.
672
01:06:04,166 --> 01:06:05,458
Saya sedia berkhidmat.
673
01:06:09,916 --> 01:06:11,208
Saya sedia berkhidmat.
674
01:06:14,125 --> 01:06:15,541
Saya sedia berkhidmat.
675
01:06:22,666 --> 01:06:23,500
Saya pun!
676
01:06:25,916 --> 01:06:26,750
Saya pun!
677
01:08:37,916 --> 01:08:39,916
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati
678
01:08:40,000 --> 01:08:42,000
Penyelia Kreatif
Bima Gasendo