1 00:00:06,006 --> 00:00:08,256 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:50,967 --> 00:00:54,007 28 APRIL 2022 HARI CUTI 3 00:01:06,274 --> 00:01:08,444 - Ada apa? - Aduh. Terkejutlah. 4 00:01:10,278 --> 00:01:12,318 Tak adalah. Saya cuma… 5 00:01:13,156 --> 00:01:14,906 Kebetulan saya lalu di sini. 6 00:01:16,034 --> 00:01:17,164 Saja singgah. 7 00:01:17,243 --> 00:01:18,913 Kenapa ini? Ada masalah? 8 00:01:19,454 --> 00:01:21,294 Tak ada. Pergi. 9 00:01:22,123 --> 00:01:24,713 Janganlah minum seorang, kalau ada masalah. 10 00:01:24,793 --> 00:01:27,633 Janganlah buat macam tak ada kawan. 11 00:01:27,712 --> 00:01:29,092 Jangan melebih-lebih. 12 00:01:29,172 --> 00:01:30,422 Angin saya tak baik. 13 00:01:30,507 --> 00:01:33,087 Janganlah macam itu. Kita minum sajalah. 14 00:01:33,843 --> 00:01:35,013 Apa hubungan kita? 15 00:01:35,929 --> 00:01:39,019 Hubungan? Kita satu pasukan. Bos dan pekerja. 16 00:01:39,098 --> 00:01:41,348 Tahu pun. Itu saja hubungan kita. 17 00:01:41,434 --> 00:01:42,814 Jangan nak lebih daripada itu. 18 00:01:43,520 --> 00:01:44,350 Saya tak selesa. 19 00:01:44,437 --> 00:01:45,517 "Tak selesa"… 20 00:01:45,605 --> 00:01:47,015 Kasarnya bahasa. 21 00:01:47,106 --> 00:01:49,396 Saya cuma risaukan puan saja. 22 00:01:49,484 --> 00:01:51,994 Sudahlah sejuk. Puan duduk di sini minum arak. Tak ada… 23 00:01:52,070 --> 00:01:53,610 Jangan sibuk. Berambus, boleh tak? 24 00:01:56,533 --> 00:01:57,743 Yalah. Saya pergi. 25 00:01:58,576 --> 00:01:59,656 Saya berambus. 26 00:02:00,453 --> 00:02:03,213 Saya cuma risau saja. 27 00:02:03,289 --> 00:02:04,829 Kenapa kena buat saya terasa hati? 28 00:02:26,771 --> 00:02:28,231 Banyak betul puan minum. 29 00:02:39,534 --> 00:02:40,374 Saya… 30 00:02:43,037 --> 00:02:44,457 Saya tak nak… 31 00:02:46,875 --> 00:02:47,745 hari esok datang. 32 00:02:54,007 --> 00:02:57,587 Saya rasa alam selepas mati agak kejam terhadap orang yang bunuh diri. 33 00:02:57,677 --> 00:02:58,887 Hukuman pertama. 34 00:02:58,970 --> 00:03:00,680 Putusnya ikatan takdir. 35 00:03:00,763 --> 00:03:02,103 Bukan. 36 00:03:06,853 --> 00:03:09,113 Jika mereka tak putuskan ikatan itu, 37 00:03:09,188 --> 00:03:12,778 mereka akan tetap jumpa orang itu, tak kira berapa kali dilahirkan semula. 38 00:03:12,859 --> 00:03:14,439 Putuskan ikatan itu… 39 00:03:16,112 --> 00:03:17,412 maksudnya bunuh diri? 40 00:03:31,920 --> 00:03:34,840 {\an8}EPISOD 14: BUNGA ANEMONE 41 00:03:37,717 --> 00:03:39,217 {\an8}Puan nak pergi ke mana? 42 00:03:39,886 --> 00:03:40,756 {\an8}Saya cuti hari ini. 43 00:03:41,471 --> 00:03:42,891 {\an8}Puan nak buat apa? 44 00:03:43,514 --> 00:03:44,644 {\an8}Jumpa kawan. 45 00:03:45,141 --> 00:03:47,061 {\an8}Puan tak ada kawan. Bukankah semua dah mati? 46 00:03:47,143 --> 00:03:48,353 {\an8}Adalah. 47 00:03:48,436 --> 00:03:50,896 {\an8}Janganlah tipu saya. Puan nak buat apa? 48 00:03:50,980 --> 00:03:52,940 {\an8}Saya dah cakap nak pergi jumpa kawan. 49 00:04:10,667 --> 00:04:12,537 {\an8}KOO RYEON 50 00:04:14,837 --> 00:04:15,757 {\an8}MENYUKAT INDEKS KEMURUNGAN 51 00:04:15,838 --> 00:04:16,668 {\an8}KOO RYEON 52 00:04:19,926 --> 00:04:21,716 {\an8}INDEKS KEMURUNGAN 100% 53 00:04:35,900 --> 00:04:36,780 Apa… 54 00:04:37,402 --> 00:04:38,952 Apa ini? 55 00:04:39,028 --> 00:04:41,448 Kenapa terkejut sangat? Sedang fikirkan sayakah? 56 00:04:42,031 --> 00:04:43,121 Taklah. 57 00:04:43,199 --> 00:04:44,079 Tapi… 58 00:04:44,701 --> 00:04:46,241 kenapa pakai sut ini? Nak pergi mana? 59 00:04:47,161 --> 00:04:50,001 Saya nak ke pusat beli belah. Saya dengar produk musim ini dah sampai. 60 00:04:51,499 --> 00:04:52,999 Nak singgah jumpa mak awak sekali? 61 00:04:54,669 --> 00:04:55,799 Ya. 62 00:04:56,587 --> 00:04:59,797 Ada masalahkah? Kenapa buat muka macam itu? 63 00:05:01,342 --> 00:05:04,102 Saya baru saja semak tahap indeks kemurungan Pn. Koo. 64 00:05:05,179 --> 00:05:06,349 Indeksnya 100 peratus. 65 00:05:10,143 --> 00:05:11,643 Mungkin hari ini dia cuti. 66 00:05:13,187 --> 00:05:16,017 - Apa? - Kami hanya dapat cuti setahun sekali, 67 00:05:17,191 --> 00:05:18,481 iaitu pada ulang tahun kematian kami. 68 00:05:20,069 --> 00:05:21,819 Mesti dia sedang sedih. 69 00:05:22,322 --> 00:05:24,912 Lagipun, berapa ramai orang yang mati dalam bahagia? 70 00:05:56,397 --> 00:05:58,107 Tak boleh, cik muda! 71 00:05:58,191 --> 00:05:59,401 Cik muda! 72 00:06:04,155 --> 00:06:05,275 Cik muda! 73 00:06:11,454 --> 00:06:12,794 Kamu nampak bahagia. 74 00:06:43,945 --> 00:06:45,105 Puan tahu, bukan? 75 00:06:45,988 --> 00:06:47,908 Kalau kamu tiba-tiba tanya macam itu, 76 00:06:47,990 --> 00:06:49,740 apa saya nak jawab? 77 00:06:50,409 --> 00:06:53,329 Saya tahu Pn. Koo ada masalah 78 00:06:55,248 --> 00:06:57,168 tapi dia takkan berkongsi masalah itu. 79 00:06:57,834 --> 00:07:00,134 Bukan mudah nak pikul penderitaan orang lain. 80 00:07:01,003 --> 00:07:03,053 Lebih-lebih lagi orang yang rapat dengan kita. 81 00:07:03,840 --> 00:07:07,220 Mungkin sebab itu, Ryeon tak nak berkongsi masalah dia. 82 00:07:07,844 --> 00:07:09,604 Pn. Koo bunuh diri, betul tak? 83 00:07:12,265 --> 00:07:13,095 Ya. 84 00:07:14,225 --> 00:07:16,555 Ia ada kaitan dengan En. Park. 85 00:07:16,644 --> 00:07:19,114 Awak. Kenapa awak ada di sana? 86 00:07:19,814 --> 00:07:22,404 Tak. Kenapa saya ada di sana? 87 00:07:23,526 --> 00:07:24,896 Di mana? 88 00:07:25,611 --> 00:07:26,531 Mimpi ngeri saya. 89 00:07:27,363 --> 00:07:29,873 Puan hantar Pn. Koo ke Pasukan Pengiring, 90 00:07:30,700 --> 00:07:32,740 kemudian suruh dia ketuai Pasukan PR. 91 00:07:40,126 --> 00:07:41,416 Kenapa puan buat macam itu? 92 00:07:42,920 --> 00:07:43,800 Apa sebabnya? 93 00:07:46,299 --> 00:07:47,929 Kamu masih tak berubah. 94 00:07:48,009 --> 00:07:49,429 "Masih tak berubah"? 95 00:07:49,510 --> 00:07:50,510 Puan! 96 00:07:52,638 --> 00:07:54,348 Siapa sebenarnya Ryeon kepada kamu? 97 00:07:55,558 --> 00:07:57,688 - Apa? - Jawab soalan saya. 98 00:08:00,605 --> 00:08:02,145 Pada mulanya, dia hanya orang yang dingin. 99 00:08:02,231 --> 00:08:03,151 Dah hilang akal? 100 00:08:03,232 --> 00:08:05,362 Kenapa nak terjun ke dalam Sungai Han yang airnya tenang? 101 00:08:05,443 --> 00:08:09,073 Awak, jangan bercakap. Jangan tanya. Buat macam manusia biasa. 102 00:08:09,155 --> 00:08:10,615 Dia juga sukar didekati. 103 00:08:11,574 --> 00:08:12,414 Tapi sekarang? 104 00:08:13,534 --> 00:08:14,414 Sekarang… 105 00:08:20,458 --> 00:08:21,378 Woo-jin! 106 00:08:23,753 --> 00:08:24,753 Puan! 107 00:08:24,837 --> 00:08:26,337 Puan! 108 00:08:26,422 --> 00:08:29,552 Terima kasih banyak. 109 00:08:29,634 --> 00:08:30,844 Saya mengagumi dia. 110 00:08:31,886 --> 00:08:33,596 Adakalanya, saya nak jadi macam dia. 111 00:08:34,347 --> 00:08:35,887 Saya nak tolong dia… 112 00:08:38,226 --> 00:08:40,266 sedaya upaya saya. 113 00:08:44,232 --> 00:08:46,982 Nampaknya, kamu dah bersedia untuk melihat penderitaan Ryeon. 114 00:08:57,870 --> 00:09:01,000 Saya harap kamu mampu terima. 115 00:09:04,043 --> 00:09:05,963 {\an8}SEKITAR 400 TAHUN LALU 116 00:09:17,598 --> 00:09:20,808 Saya dah cakap tak perlu. Kamu boleh pergi. 117 00:09:20,893 --> 00:09:22,353 Tak boleh, cik muda. 118 00:09:22,436 --> 00:09:26,106 Tuan suruh saya perhatikan cik muda walau apa pun berlaku. 119 00:09:26,190 --> 00:09:29,820 Apa saja yang kamu risaukan itu takkan berlaku, 120 00:09:29,902 --> 00:09:30,992 jadi janganlah risau. 121 00:09:31,070 --> 00:09:33,030 Tolonglah. Saya takkan terpedaya lagi. 122 00:09:33,114 --> 00:09:36,284 Saya lebih percayakan anjing atau khinzir yang lalu daripada cik muda. 123 00:09:36,367 --> 00:09:37,657 - Apa? - Apa? 124 00:09:38,411 --> 00:09:39,751 Maafkan saya, cik muda. 125 00:09:41,289 --> 00:09:42,419 Tak apa. 126 00:09:42,498 --> 00:09:45,878 Ini semua sebab saya belum dapatkan kepercayaan kamu sepenuhnya. 127 00:09:46,544 --> 00:09:48,214 Semuanya salah saya. 128 00:09:48,296 --> 00:09:49,376 Cik muda. 129 00:10:07,064 --> 00:10:08,194 Aduhai, cik muda. 130 00:10:09,108 --> 00:10:10,228 Saya terlelap lagi. 131 00:10:14,655 --> 00:10:15,775 Cik muda buat hal lagi! 132 00:10:33,716 --> 00:10:35,086 Hari ini giliran kau. 133 00:11:20,805 --> 00:11:22,305 Kamu dah lama sangat hidup? 134 00:11:23,641 --> 00:11:24,731 Maafkan saya. 135 00:11:27,645 --> 00:11:31,105 Maafkan saya, tuan muda! Anak saya dah buat salah besar! 136 00:11:31,190 --> 00:11:32,320 Tolonglah maafkan kami. 137 00:11:33,567 --> 00:11:35,947 Golongan hamba macam kamu tak patut berada di sini. 138 00:11:36,904 --> 00:11:39,874 - Sekarang juga, saya akan serahkan… - Keterlaluan. 139 00:11:42,451 --> 00:11:43,701 Simpan pedang itu. 140 00:11:43,786 --> 00:11:46,866 Menghunus pedang kepada orang yang tidak bersenjata? 141 00:11:46,956 --> 00:11:48,416 Awak tiada beza dengan binatang. 142 00:11:48,499 --> 00:11:50,039 Apa dia? 143 00:11:50,126 --> 00:11:51,586 Cik muda… 144 00:11:54,380 --> 00:11:59,180 Tak ada gunanya menangkap hamba abdi begini. 145 00:12:00,428 --> 00:12:03,468 Kalau saya tangkap kamu lagi, saya akan penggal kepala kamu. 146 00:12:10,104 --> 00:12:11,314 Terima kasih, cik muda. 147 00:12:11,397 --> 00:12:12,977 - Apa khabar, tuan? - Selamat pagi. 148 00:12:13,065 --> 00:12:14,565 - Selamat jalan, mak! - Hati-hati. 149 00:12:14,650 --> 00:12:15,730 - Selamat pagi. - Hai. 150 00:12:15,818 --> 00:12:17,318 - Aduhai. - Apa khabar? 151 00:12:17,403 --> 00:12:19,363 - Apa khabar? - Hai! 152 00:12:19,447 --> 00:12:22,067 - Aduhai, hai. - Apa khabar? 153 00:12:22,825 --> 00:12:25,115 - Hei! - Apa khabar? 154 00:12:25,202 --> 00:12:26,372 Selamat pagi. 155 00:12:26,454 --> 00:12:29,334 - Hei! - Apa khabar? 156 00:12:29,415 --> 00:12:30,785 - Semoga hari awak baik. - Ya. 157 00:12:43,971 --> 00:12:45,181 Tolong jangan sentuh. 158 00:12:47,933 --> 00:12:49,483 Nampak saja macam bunga biasa, 159 00:12:50,060 --> 00:12:52,350 tapi ini adalah akar pokok yang sangat beracun. 160 00:12:53,105 --> 00:12:54,855 Boleh bunuh seekor kuda atau lembu. 161 00:12:55,733 --> 00:12:56,823 Betulkah? 162 00:12:59,862 --> 00:13:02,742 Cik muda, makanan ini sedap dimakan sewaktu panas. 163 00:13:03,324 --> 00:13:04,704 Jemput makan. 164 00:13:06,202 --> 00:13:08,002 Rasa macam tak layak makan saja. 165 00:13:08,078 --> 00:13:10,408 Seekor arnab pun saya tak dapat tangkap hari ini. 166 00:13:10,498 --> 00:13:12,748 Aduhai, janganlah cakap macam itu. 167 00:13:12,833 --> 00:13:14,673 Cik muda dah bayar dengan ubat itu. 168 00:13:14,752 --> 00:13:17,342 - Tak perlulah ke sini lagi. - Kenapa cakap begitu? 169 00:13:17,421 --> 00:13:19,381 Masih banyak yang saya berhutang. 170 00:13:20,049 --> 00:13:23,679 Saya hampir mati apabila ular itu patuk saya sewaktu saya memburu. 171 00:13:24,553 --> 00:13:26,683 Kamu yang bawa saya ke sini. 172 00:13:27,473 --> 00:13:29,933 Saya masih hidup dan bernafas hari ini disebabkan kamu. 173 00:13:31,060 --> 00:13:32,980 Tak terbayar dengan harta benda. 174 00:13:33,687 --> 00:13:35,767 Seumur hidup saya pun saya takkan mampu bayar. 175 00:13:35,856 --> 00:13:37,566 Kami dah terima lebih daripada cukup. 176 00:13:38,150 --> 00:13:39,780 Cukuplah cik muda tak pandang rendah pada kami 177 00:13:39,860 --> 00:13:42,530 dan layan kami seperti manusia. 178 00:13:42,613 --> 00:13:45,493 Saya cuma khuatir kalau cik muda terluka nanti. 179 00:13:45,574 --> 00:13:46,664 Jangan risau. 180 00:13:48,369 --> 00:13:50,369 Terima kasih jamu saya makan. 181 00:14:00,464 --> 00:14:03,434 Menghunus pedang kepada orang yang tidak bersenjata? 182 00:14:03,509 --> 00:14:05,009 Awak tiada beza dengan binatang. 183 00:14:27,908 --> 00:14:28,908 Kenapa ini? 184 00:14:30,369 --> 00:14:31,199 Kaki saya… 185 00:14:38,794 --> 00:14:39,714 Sakit sikit. 186 00:15:17,708 --> 00:15:18,878 Kamu buat apa ini? 187 00:15:18,959 --> 00:15:20,169 - Apa? - Kamu… 188 00:15:20,961 --> 00:15:22,301 Datuk! 189 00:15:28,510 --> 00:15:29,640 Tuan muda tak apa-apa? 190 00:15:30,846 --> 00:15:32,806 Nasib baik tuan muda sempat sampai, 191 00:15:32,890 --> 00:15:34,270 kalau tidak buruk padahnya. 192 00:15:36,435 --> 00:15:38,225 Semuanya jasa Cik Muda Ryeon. 193 00:15:38,312 --> 00:15:40,812 Dia cakap kami kena selamatkan tuan muda walau apa cara sekali pun. 194 00:15:41,774 --> 00:15:46,284 Dia kata semua nyawa itu bernilai dan berharga. 195 00:15:55,037 --> 00:15:57,457 Tuan muda akan boleh berdiri dalam beberapa hari lagi. 196 00:15:59,541 --> 00:16:00,541 Terima kasih. 197 00:16:03,170 --> 00:16:05,920 Saya rasa tuan muda patut ucap terima kasih kepada cik muda. 198 00:16:16,183 --> 00:16:18,393 Tengoklah! Saya dapat kuang bayas. 199 00:16:42,960 --> 00:16:43,880 Kita bertemu lagi. 200 00:16:50,050 --> 00:16:51,260 Terima kasih. 201 00:16:51,343 --> 00:16:54,263 Saya cuma selamatkan awak sebab saya berpegang pada janji. 202 00:16:54,346 --> 00:16:57,136 Undang-undang yang awak sebut itu takkan wujud tanpa manusia. 203 00:16:57,224 --> 00:16:58,774 Kita semua manusia yang sama. 204 00:16:59,476 --> 00:17:00,306 Ya. 205 00:17:00,894 --> 00:17:02,104 Saya juga manusia. 206 00:17:06,191 --> 00:17:07,151 Awak dah sihat? 207 00:17:07,234 --> 00:17:10,574 Saya dah semakin sihat sebab awak. Cukup sihat untuk berburu. 208 00:17:11,488 --> 00:17:14,828 Patutlah tak ada langsung kuang bayas di dalam hutan hari ini. 209 00:17:15,492 --> 00:17:18,912 Tuan muda dan cik muda nak buat perut kami meletup kekenyangan? 210 00:17:18,996 --> 00:17:22,116 Kalau nak buat begitu, lebih baik saya tangkap khinzir hutan. 211 00:17:22,708 --> 00:17:23,748 Mana cukup. 212 00:17:24,334 --> 00:17:26,554 Lain kali, saya bawa balik harimau pula. 213 00:17:26,628 --> 00:17:27,838 Aduhai. 214 00:17:27,921 --> 00:17:31,341 Kita masih perlukan harimau di gunung untuk melindungi kita. 215 00:17:31,425 --> 00:17:32,965 Kenapa? 216 00:17:33,052 --> 00:17:36,472 Saya dengar puak gasar dari utara 217 00:17:36,555 --> 00:17:39,345 dah melepasi Sungai Amnok dan sedang menceroboh dan menjarah. 218 00:17:39,433 --> 00:17:40,893 Kalaulah terjadi perang, 219 00:17:41,810 --> 00:17:44,980 rakyat biasa macam kamilah yang akan mati dulu, betul tak? 220 00:17:52,988 --> 00:17:54,778 Saya ada dengar ayah cakap tentang itu. 221 00:17:55,616 --> 00:17:58,116 Dia cakap permintaan Jin dan Seterusnya yang mahal dan tak berkesudahan 222 00:17:58,202 --> 00:17:59,582 membangkitkan kekecohan di mahkamah. 223 00:17:59,661 --> 00:18:00,541 Aduhai. 224 00:18:00,621 --> 00:18:03,831 Sudahlah pertahanan negara lemah… 225 00:18:03,916 --> 00:18:05,286 Semuanya kerana negara ini 226 00:18:05,375 --> 00:18:08,085 hanya hargai pegawai awam dan tak menghormati tentera. 227 00:18:09,505 --> 00:18:10,755 Sayang betul. 228 00:18:11,673 --> 00:18:12,933 Baiklah. Saya pergi dulu. 229 00:18:15,302 --> 00:18:20,722 Saya Jung-gil, anak sulung Park Won-sik. 230 00:18:21,433 --> 00:18:24,903 Boleh saya tahu nama cik muda? 231 00:18:26,271 --> 00:18:27,111 Nama saya 232 00:18:28,565 --> 00:18:29,685 Koo Ryeon. 233 00:18:44,039 --> 00:18:46,829 Sudahlah pertahanan negara lemah… 234 00:18:48,627 --> 00:18:50,247 Semuanya kerana negara ini 235 00:18:50,337 --> 00:18:53,217 hanya hargai pegawai awam dan tak menghormati tentera. 236 00:19:13,694 --> 00:19:15,454 Kahwin? 237 00:19:15,529 --> 00:19:16,819 Kenapa tiba-tiba? 238 00:19:17,406 --> 00:19:18,736 Kamu dah cukup umur 239 00:19:20,200 --> 00:19:24,120 dan perkahwinan ini sudah dibincangkan sebelum kamu lahir lagi. 240 00:19:24,204 --> 00:19:25,164 Ayah! 241 00:19:25,247 --> 00:19:28,577 Dia lelaki yang ada paras rupa dan berpencapaian tinggi dalam pendidikan. 242 00:19:28,667 --> 00:19:30,837 Tak ada kurangnya sebagai suami kamu. 243 00:19:30,919 --> 00:19:34,879 Saya tak mahu kahwini lelaki yang rupa dan namanya saya tak kenal. 244 00:19:35,465 --> 00:19:37,585 Berani seorang wanita berkata begitu! 245 00:19:39,136 --> 00:19:44,176 Adakah sebab kamu tak dapat kasih ibu atau silap ayah memanjakan kamu? 246 00:19:44,266 --> 00:19:45,136 Tidak. 247 00:19:45,225 --> 00:19:48,725 Adakah kerana ayah ajar anak perempuan untuk membaca dan menulis? 248 00:19:48,812 --> 00:19:51,022 Sebab itu kamu semakin angkuh? 249 00:19:51,106 --> 00:19:52,106 Tidak. 250 00:19:52,191 --> 00:19:55,901 Kalau begitu, mesti salah ayah kerana biarkan kamu buat sesuka hati 251 00:19:55,986 --> 00:19:58,156 sebab ayah kagum dengan kesungguhan kamu dalam pembelajaran 252 00:19:58,238 --> 00:19:59,318 biarpun kamu seorang perempuan. 253 00:20:00,157 --> 00:20:00,987 Bukan itu! 254 00:20:01,074 --> 00:20:02,454 Habis itu? 255 00:20:03,452 --> 00:20:04,792 Confucius pernah berkata, 256 00:20:05,454 --> 00:20:07,044 "Seseorang yang menyatakan apa yang dia suka 257 00:20:07,122 --> 00:20:10,132 dan apa yang dia tidak suka adalah orang yang baik." 258 00:20:10,959 --> 00:20:14,129 Ayah, saya nak jadi orang yang baik. 259 00:20:15,422 --> 00:20:16,472 Apa maksud kamu? 260 00:20:16,548 --> 00:20:19,048 Maksud saya, teguran ayah tidak akan berhasil. 261 00:20:20,010 --> 00:20:22,260 Saya tidak akan berkahwin dengan pilihan ayah. 262 00:20:22,346 --> 00:20:23,596 Aduhai! 263 00:20:23,680 --> 00:20:25,770 Kenapa kamu tak mahu mendengar kata? 264 00:20:26,600 --> 00:20:27,980 Saya minta diri dulu. 265 00:20:34,524 --> 00:20:35,484 Cik muda! 266 00:20:36,568 --> 00:20:38,398 Tak boleh, cik muda! 267 00:20:43,617 --> 00:20:46,157 Saya tak boleh terima perkahwinan ini. 268 00:20:46,245 --> 00:20:49,075 Apa cik muda nak buat selepas meluru masuk ke dalam rumah dia? 269 00:20:49,164 --> 00:20:52,254 Saya akan beritahu dia, saya dah ada pilihan sendiri. 270 00:20:54,086 --> 00:20:57,586 Cik muda, teruk kalau tuan dapat tahu. 271 00:20:57,673 --> 00:21:00,383 Sebab itu, kamu kena tutup mulut. 272 00:21:09,559 --> 00:21:10,439 Baiklah. 273 00:21:11,228 --> 00:21:13,438 Tunggu di sini dan tonton persembahan. 274 00:21:13,522 --> 00:21:14,612 Apa? 275 00:21:15,232 --> 00:21:16,982 Betulkah? 276 00:21:17,067 --> 00:21:20,447 Kamu selalu cakap yang kamu nak sertai rombongan teater. 277 00:21:25,117 --> 00:21:27,827 - Tapi saya rasa bersalah… - Tak apa. 278 00:21:46,471 --> 00:21:47,891 Buka pintu! 279 00:21:48,890 --> 00:21:50,020 Buka pintu! 280 00:22:39,524 --> 00:22:41,194 Indah betul warnanya. 281 00:23:03,131 --> 00:23:04,511 Buat apa itu? 282 00:23:04,591 --> 00:23:09,471 Saya nak tahu bagaimana rupa awak apabila warna merah mengelilingi mata. 283 00:23:10,680 --> 00:23:12,020 Tolong lapkan segera. 284 00:23:14,518 --> 00:23:16,768 Warna merah sangat sesuai dengan awak. 285 00:23:25,112 --> 00:23:28,032 Kenapa pandang saya macam itu? 286 00:23:32,869 --> 00:23:34,079 Saya cintakan awak. 287 00:23:51,012 --> 00:23:52,562 Kena tunggu sampai bila? 288 00:23:53,265 --> 00:23:55,055 Katanya, harimau menggunakan sepenuh tenaga 289 00:23:55,142 --> 00:23:57,062 walau pun hanya memburu seekor arnab. 290 00:23:57,686 --> 00:24:01,186 Maksudnya, tidak kiralah kita memburu kuang bayas atau rusa, 291 00:24:01,857 --> 00:24:03,277 kita perlu kekalkan cara yang sama. 292 00:24:06,570 --> 00:24:11,070 Saya dah buat keputusan untuk ambil peperiksaan pegawai tentera. 293 00:24:12,617 --> 00:24:16,037 Saya nak berjuang demi rakyat biasa yang paling awal bakal terkesan 294 00:24:16,121 --> 00:24:20,131 jika negara kita berdepan kesukaran atau peperangan. 295 00:24:36,975 --> 00:24:42,105 SEMOGA PENYATUAN DUA KELUARGA INI MENJADI SUMBER KEBAHAGIAAN 296 00:25:21,436 --> 00:25:22,516 Cik muda! 297 00:25:55,428 --> 00:25:58,808 Awak masih seronok macam dulu tiap kali bertemu penjual dan barangannya. 298 00:25:58,890 --> 00:26:01,140 Kata orang, memandang bermaksud menginginkan. 299 00:26:01,810 --> 00:26:03,980 Maksudnya, kita kena berhati-hati dengan keinginan memiliki barangan. 300 00:26:05,730 --> 00:26:09,230 Bodoh betul saya kerana menginginkan barangan seperti ini. 301 00:26:13,989 --> 00:26:16,029 Pilihlah yang mana berkenan di hati. 302 00:26:19,369 --> 00:26:20,579 Isteriku. 303 00:26:25,792 --> 00:26:26,792 Yang ini. 304 00:26:27,627 --> 00:26:29,747 Yang ini. Yang ini juga. 305 00:26:30,505 --> 00:26:31,965 Yang ini pun saya suka. 306 00:26:32,549 --> 00:26:34,089 Isteriku, pilih satu saja. 307 00:26:35,885 --> 00:26:39,425 Tolong pilihkan satu yang sesuai dengan saya. 308 00:26:41,057 --> 00:26:42,977 Pakailah apa pun, awak tetap memukau. 309 00:26:43,893 --> 00:26:45,733 - Saya ambil semuanya. - Nanti. 310 00:26:46,438 --> 00:26:47,478 Saya suka yang ini. 311 00:26:51,901 --> 00:26:53,861 Saya pun paling suka yang ini. 312 00:26:54,612 --> 00:26:55,452 Apa itu? 313 00:26:57,073 --> 00:27:00,493 - Kenapa tentera di sini? - Apa dah jadi? 314 00:27:03,204 --> 00:27:04,084 Kenapa ini? 315 00:27:04,164 --> 00:27:06,124 Pesuruhjaya Lee Chun-ho minta bantuan 316 00:27:06,207 --> 00:27:08,377 untuk segera mengerahkan pasukan tentera kerana puak gasar sedang menjarah 317 00:27:08,460 --> 00:27:09,500 setelah memecah masuk sempadan. 318 00:27:12,047 --> 00:27:13,627 Tempatnya tak jauh dari sini. 319 00:27:13,715 --> 00:27:14,715 Ada berita dari Hanyang? 320 00:27:14,799 --> 00:27:16,679 Tuan diarahkan untuk segera membantu. 321 00:27:24,142 --> 00:27:25,942 Keadaan agak teruk. 322 00:27:26,019 --> 00:27:29,979 Nyawa seorang manusia itu penting, tapi negaralah yang harus didahulukan. 323 00:27:30,065 --> 00:27:31,565 Jangan risaukan saya. Pergilah. 324 00:27:32,984 --> 00:27:34,194 Tuan. 325 00:27:34,277 --> 00:27:35,107 Nanti. 326 00:27:39,616 --> 00:27:40,656 Kalau begitu, 327 00:27:41,576 --> 00:27:42,696 saya pergi. 328 00:28:04,015 --> 00:28:06,265 Puan dah dengar? 329 00:28:06,851 --> 00:28:08,851 Ada khabar angin yang tentera Qing menyerang. 330 00:28:08,937 --> 00:28:12,397 Nurhaci dari Jin dan Seterusnya dah mati dan Hong Taiji dah naik takhta. 331 00:28:12,482 --> 00:28:14,612 Saya dengar dia dah tukar nama negara mereka kepada "Qing". 332 00:28:15,276 --> 00:28:16,276 Dia lelaki berbahaya. 333 00:28:17,821 --> 00:28:20,451 Bukankah kita patut berpindah? 334 00:28:21,491 --> 00:28:24,991 Saya dengar hampir separuh penduduk dah berkemas dan berpindah. 335 00:28:25,745 --> 00:28:27,075 Kalau negara kita musnah, 336 00:28:27,705 --> 00:28:29,785 masih adakah tempat yang selamat untuk kita pergi? 337 00:28:30,500 --> 00:28:33,090 Bagaimana kalau di Hanyang, tempat Raja bersemayam? 338 00:28:33,169 --> 00:28:34,879 Kalau kamu nak pergi, pergilah. 339 00:28:36,172 --> 00:28:38,222 Takkanlah saya nak tinggalkan puan? 340 00:28:38,299 --> 00:28:39,379 Kenapa pula? 341 00:28:39,467 --> 00:28:41,047 Kamu kata kamu akan pergi 342 00:28:41,136 --> 00:28:43,806 apabila dah jatuh cinta dengan ketua rombongan teater. 343 00:28:43,888 --> 00:28:44,758 Aduhai. 344 00:28:45,306 --> 00:28:47,176 Itu gurauan masa kecil. 345 00:28:47,767 --> 00:28:49,387 Berhentilah mengusik saya. 346 00:28:50,645 --> 00:28:54,315 Masih bergurau dalam keadaan negara hampir musnah? 347 00:28:57,444 --> 00:28:59,784 Saya pergi ke pasar dulu. 348 00:29:00,280 --> 00:29:02,620 Bukan senang nak dapatkan beras dan barli sekarang. 349 00:29:03,408 --> 00:29:06,448 Harapnya adalah hari ini. 350 00:29:11,666 --> 00:29:14,246 Baru saya tahu rasa seksanya hati ibu 351 00:29:15,128 --> 00:29:16,918 apabila terpaksa hantar anak ke medan perang. 352 00:29:18,131 --> 00:29:19,341 Dia akan selamat. 353 00:29:19,841 --> 00:29:21,131 Tolong jangan risau. 354 00:29:21,217 --> 00:29:22,337 Kalau tak kerana kamu, 355 00:29:23,136 --> 00:29:24,716 dia takkan jadi pegawai tentera. 356 00:29:25,597 --> 00:29:26,847 Maafkan saya, 357 00:29:27,557 --> 00:29:30,267 tapi bukan saya yang mencadangkannya. 358 00:29:30,351 --> 00:29:32,351 Kalau dia jadi pegawai awam seperti orang lain, 359 00:29:32,437 --> 00:29:34,517 dia tak perlu pergi berperang. 360 00:29:34,606 --> 00:29:36,186 Masa depannya pun cerah. 361 00:29:36,274 --> 00:29:40,364 Dia jadi tentera kerana dia sayangkan negara ini lebih dari segalanya. 362 00:29:40,945 --> 00:29:43,065 Saya bangga dengan dia. 363 00:29:43,990 --> 00:29:47,120 Mati hidup semula pun kamu takkan tahu perasaan ini 364 00:29:47,744 --> 00:29:49,414 kerana kamu tak ada anak sendiri. 365 00:29:50,205 --> 00:29:53,115 Kenapa? Salahkah saya cakap? 366 00:30:04,552 --> 00:30:05,682 Mak kena lari. 367 00:30:10,141 --> 00:30:11,431 Kenapa ini? 368 00:30:16,689 --> 00:30:18,269 Jangan melawan! 369 00:30:28,827 --> 00:30:30,117 Perempuan biadab! 370 00:31:21,421 --> 00:31:22,341 Mak! 371 00:31:22,422 --> 00:31:23,722 Pergi sembunyi di ruang bawah bangsal. 372 00:31:23,798 --> 00:31:26,008 Kamu? Mana kamu nak pergi? 373 00:31:26,092 --> 00:31:28,262 - Gop-dan belum balik lagi. - Dia cuma hamba! 374 00:31:28,344 --> 00:31:31,184 Dia lebih rapat berbanding darah daging saya sendiri. 375 00:31:31,264 --> 00:31:32,474 Cepat pergi. 376 00:31:33,224 --> 00:31:34,184 Baiklah. 377 00:31:47,071 --> 00:31:47,991 Gop-dan… 378 00:32:48,591 --> 00:32:50,471 Di sini rupanya, bersembunyi macam tikus! 379 00:33:27,255 --> 00:33:28,965 Gop-dan! 380 00:33:31,926 --> 00:33:34,756 Kenapa puan datang ke sini? 381 00:33:35,805 --> 00:33:36,675 Mari pergi. 382 00:33:37,682 --> 00:33:38,682 Saya takut. 383 00:33:38,766 --> 00:33:40,386 Kamu akan mati kalau terus di sini. 384 00:33:46,733 --> 00:33:47,613 Mari pergi. 385 00:33:58,786 --> 00:33:59,826 Puan! 386 00:34:00,455 --> 00:34:01,615 Bahaya kalau pergi. 387 00:34:01,706 --> 00:34:03,036 Saya kena selamatkan dia. 388 00:34:03,124 --> 00:34:04,544 Tunggu di sini dan bersembunyi. 389 00:34:05,668 --> 00:34:06,748 Puan… 390 00:34:30,526 --> 00:34:31,396 Kamu tak apa-apa? 391 00:35:45,726 --> 00:35:47,976 - Ada apa? - Luka ditoreh pisau dia bernanah. 392 00:35:57,655 --> 00:36:00,195 - Letakkan dia di atas kuda. - Habis itu, tuan bagaimana? 393 00:36:00,283 --> 00:36:02,163 Saya tak apa-apa. Letak dia di atas kuda. 394 00:36:26,517 --> 00:36:28,517 Tuan. Tuan dah balik. 395 00:36:30,104 --> 00:36:32,194 - Tuan dah balik. - Jung-gil! 396 00:36:33,649 --> 00:36:34,729 Jung-gil! 397 00:36:35,318 --> 00:36:36,438 Jung-gil! 398 00:36:36,527 --> 00:36:38,947 Jung-gil, kamu dah balik. Kamu dah balik. 399 00:36:42,283 --> 00:36:43,873 Lega saya mak selamat. 400 00:36:45,328 --> 00:36:47,748 Kamu cedera teruk? 401 00:36:48,372 --> 00:36:50,962 - Tak. Saya tak apa-apa. - Baguslah. 402 00:36:51,751 --> 00:36:52,791 Tapi… 403 00:36:54,462 --> 00:36:55,712 mana dia? 404 00:36:59,342 --> 00:37:00,182 Mana Ryeon? 405 00:37:03,054 --> 00:37:04,184 Mak rasa dia diculik 406 00:37:04,889 --> 00:37:06,059 oleh puak gasar. 407 00:37:09,602 --> 00:37:10,522 Jung-gil! 408 00:37:11,437 --> 00:37:12,307 Jung-gil! 409 00:37:42,593 --> 00:37:44,103 Siap sedia! 410 00:38:43,821 --> 00:38:44,821 Jangan menangis. 411 00:38:46,157 --> 00:38:48,367 Kita akan pulang dengan selamat. 412 00:39:13,517 --> 00:39:15,897 Puan tak apa-apa? 413 00:39:16,771 --> 00:39:17,651 Kamu? 414 00:39:18,439 --> 00:39:19,649 Semuanya salah saya. 415 00:39:20,274 --> 00:39:23,614 Sepatutnya saya bunuh diri saja. 416 00:39:26,989 --> 00:39:28,369 Kamu kena terus hidup. 417 00:39:28,449 --> 00:39:31,329 Selagi kita hidup, kita boleh pulang ke sana. 418 00:39:33,162 --> 00:39:34,212 Baik. 419 00:39:46,175 --> 00:39:47,045 Gop-dan. 420 00:39:49,220 --> 00:39:51,220 Saya rasa ada cara untuk kita pulang. 421 00:40:15,371 --> 00:40:18,961 Ada nampak wanita lain yang diculik? 422 00:40:19,542 --> 00:40:20,712 Bukan seorang dua. 423 00:40:20,793 --> 00:40:24,173 Dengar kata beratus-ratus. Tak, beribu-ribu wanita. 424 00:40:31,637 --> 00:40:33,507 Nampak saja macam bunga biasa, 425 00:40:33,597 --> 00:40:35,977 tapi ini adalah akar pokok yang sangat beracun. 426 00:40:36,976 --> 00:40:38,936 Boleh bunuh seekor kuda atau lembu. 427 00:41:32,990 --> 00:41:35,370 Kenapa dengan mereka itu? 428 00:41:41,624 --> 00:41:44,674 Saya rasa makanan ini dah diracun. 429 00:41:48,923 --> 00:41:50,013 Mari pergi. 430 00:41:55,221 --> 00:41:57,061 Semua bangun! Cepat! 431 00:42:02,061 --> 00:42:03,021 Ke sana! 432 00:43:00,744 --> 00:43:01,754 Ikut jalan ini. 433 00:43:03,038 --> 00:43:05,168 Semua, ikut sini! 434 00:43:42,620 --> 00:43:43,580 Kita dah sampai. 435 00:43:45,331 --> 00:43:46,541 Ini tanah Joseon. 436 00:43:47,499 --> 00:43:48,959 Bertahan sikit saja lagi. 437 00:43:49,043 --> 00:43:50,173 Ya. 438 00:43:51,503 --> 00:43:52,383 Mari. 439 00:44:14,443 --> 00:44:15,283 Kita dah selamat! 440 00:44:18,072 --> 00:44:19,072 Kita dah sampai. 441 00:44:24,411 --> 00:44:25,751 Berhenti! 442 00:44:25,829 --> 00:44:27,209 Kami rakyat Joseon! 443 00:44:29,291 --> 00:44:30,461 Patah balik. 444 00:44:30,542 --> 00:44:32,882 Boleh jadi kamu tali barut puak gasar. 445 00:44:32,961 --> 00:44:34,211 Kamu tak dibenarkan masuk. 446 00:44:34,296 --> 00:44:35,126 - Tak. - Apa? 447 00:44:35,214 --> 00:44:37,804 - Kenapa cakap macam itu? - Ini arahan Komander Tentera. 448 00:44:37,883 --> 00:44:41,393 Sesiapa yang telah melepasi sempadan bukan lagi dikira rakyat Joseon. 449 00:44:41,929 --> 00:44:43,639 - Apa? - Kenapa… 450 00:44:43,722 --> 00:44:48,732 Kami kembali ke negara ini selepas berkali-kali mempertaruhkan nyawa. 451 00:44:49,353 --> 00:44:51,063 Sekarang, negara kami 452 00:44:52,022 --> 00:44:53,652 tak mahu terima kami lagi? 453 00:44:59,696 --> 00:45:01,316 Kalau awak mara selangkah lagi, 454 00:45:02,032 --> 00:45:03,082 saya akan bunuh awak. 455 00:45:07,621 --> 00:45:08,461 Bunuhlah. 456 00:45:15,254 --> 00:45:16,214 Siapa di sana? 457 00:45:28,684 --> 00:45:31,104 Sentuh walau seurat rambut wanita-wanita ini, 458 00:45:31,687 --> 00:45:33,147 leher kamu yang akan dicantas. 459 00:45:38,861 --> 00:45:40,111 Tuan akan menyesal. 460 00:45:55,377 --> 00:45:56,547 Awak lambat. 461 00:45:57,171 --> 00:45:59,051 Saya bersyukur awak masih hidup. 462 00:46:00,424 --> 00:46:01,804 Maafkan saya kerana terlambat. 463 00:46:31,121 --> 00:46:32,291 Awak masih bermimpi ngeri? 464 00:46:34,124 --> 00:46:35,634 Dah setahun berlalu. 465 00:46:36,335 --> 00:46:37,705 Awak dah boleh bertenang sekarang. 466 00:46:40,130 --> 00:46:43,430 Kita pergi jumpa tabib esok dan minta ubat. 467 00:46:56,355 --> 00:46:57,805 Selamat jalan, tuan. 468 00:47:07,783 --> 00:47:10,293 - Aduhai. - Perempuan itulah. 469 00:47:10,369 --> 00:47:11,949 - Dialah. - Aduhai. 470 00:47:12,037 --> 00:47:13,957 - Menyampah! - Tengoklah itu. 471 00:47:14,039 --> 00:47:17,079 - Aduhai. - Tak sangka betul. 472 00:47:17,167 --> 00:47:19,547 - Apa nak jadi dengan dunia ini? - Berani betul dia! 473 00:47:31,014 --> 00:47:32,684 Terusan sekecil ini 474 00:47:33,308 --> 00:47:35,138 dipanggil "Hoijeolgang"? 475 00:47:35,227 --> 00:47:37,727 Apa maksud "Hoijeolgang"? 476 00:47:37,813 --> 00:47:39,983 Katanya inilah sungai untuk bersuci. 477 00:47:41,400 --> 00:47:43,110 Kerajaan dah tetapkan begitu. 478 00:47:43,193 --> 00:47:45,243 Orang kata, sesiapa yang ingin dosanya diampunkan 479 00:47:45,320 --> 00:47:46,990 hendaklah mandi di sini. 480 00:47:47,072 --> 00:47:49,322 Apa dosa kita? 481 00:47:50,450 --> 00:47:52,240 Dosa pulang dalam keadaan bernyawa 482 00:47:53,495 --> 00:47:55,155 selepas diculik puak gasar. 483 00:47:56,707 --> 00:47:57,787 Mereka tuduh kita 484 00:47:57,874 --> 00:48:00,384 melacurkan diri untuk pulang ke sini? 485 00:48:00,460 --> 00:48:01,750 Ya. 486 00:48:03,005 --> 00:48:04,295 Mengarut betul. 487 00:48:04,381 --> 00:48:07,591 Kalau saya tahu jadi begini, saya takkan pulang ke sini! 488 00:48:10,053 --> 00:48:11,933 Ia cuma gosip murahan. 489 00:48:12,639 --> 00:48:13,849 Ia akan beransur lenyap 490 00:48:14,766 --> 00:48:16,306 dimamah masa. 491 00:48:26,486 --> 00:48:27,606 Kamu dah dengar? 492 00:48:28,196 --> 00:48:30,116 Tuan Besar Sinpung, Jang Seon-hong, 493 00:48:30,699 --> 00:48:34,119 sudah meminta perkenan Raja untuk menceraikan isterinya. 494 00:48:34,202 --> 00:48:35,702 Apa yang mak nak cakap? 495 00:48:35,787 --> 00:48:37,077 Isterinya juga 496 00:48:37,164 --> 00:48:40,384 ialah Wanita Pulang yang diculik oleh puak gasar. 497 00:48:43,045 --> 00:48:45,165 Mana mungkin kita biarkan wanita yang dicemari puak gasar 498 00:48:45,255 --> 00:48:49,835 mengandungkan zuriat keturunan kita, malah upacara kematian nenek moyang. 499 00:48:51,386 --> 00:48:54,676 - Mak akan carikan kamu isteri baru. - Mak! 500 00:48:54,765 --> 00:48:56,885 Negara kita terlalu lemah untuk melindungi mereka. 501 00:48:56,975 --> 00:48:58,305 Maruah wanita-wanita kita tercalar 502 00:48:58,393 --> 00:49:00,103 kerana orang kita gagal mempertahankan negara ini. 503 00:49:00,187 --> 00:49:02,057 Kenapa mak salahkan wanita-wanita itu? 504 00:49:02,147 --> 00:49:04,517 Mak dengar ada isteri yang bunuh diri untuk jaga kesucian mereka. 505 00:49:04,608 --> 00:49:06,228 Kesucian siapa yang nak dijaga? 506 00:49:07,444 --> 00:49:08,534 Jangan pernah 507 00:49:09,112 --> 00:49:10,702 sebut perkara ini lagi. 508 00:49:13,950 --> 00:49:15,080 Macam mana dengan khabar angin? 509 00:49:15,911 --> 00:49:17,251 Apa yang kamu nak buat? 510 00:49:18,246 --> 00:49:21,456 Kamu tahu tak apa yang orang cakap tentang isteri kamu? 511 00:49:31,259 --> 00:49:33,549 Awak ada dengar? Tentang isteri Ketua Pegawai. 512 00:49:33,637 --> 00:49:35,557 Dia dah lama tak keluar. 513 00:49:36,598 --> 00:49:39,138 Dengar kata, dia mengandungkan anak puak gasar. 514 00:49:39,226 --> 00:49:40,056 Yakah? 515 00:49:40,143 --> 00:49:40,983 Ya! 516 00:49:41,061 --> 00:49:41,941 Aduhai. 517 00:49:42,437 --> 00:49:44,897 Orang kata kena jaga-jaga dengan orang yang pendiam. 518 00:49:45,399 --> 00:49:47,899 Ada orang nampak dia jumpa tabib beberapa hari lepas. 519 00:49:48,610 --> 00:49:50,240 Katanya nak gugurkan kandungan itu! 520 00:49:50,320 --> 00:49:51,610 Saya pun dengar macam itu! 521 00:49:51,697 --> 00:49:53,027 Betullah agaknya! 522 00:49:53,115 --> 00:49:54,485 Betullah itu. Aduhai. 523 00:49:57,911 --> 00:49:59,451 Siapa yang beritahu kamu? 524 00:50:00,622 --> 00:50:03,002 Maafkan saya, tuan. 525 00:50:04,668 --> 00:50:05,958 Diam. 526 00:50:08,714 --> 00:50:09,884 Puan! 527 00:50:09,965 --> 00:50:10,835 Puan! 528 00:50:10,924 --> 00:50:12,764 Puan, ada masalah besar. 529 00:50:13,427 --> 00:50:14,507 Apa dia? 530 00:50:18,849 --> 00:50:19,679 - Aduhai. - Oh, Tuhan! 531 00:50:22,144 --> 00:50:24,484 Cakap, dari mana dan dari siapa kamu dengar. 532 00:50:24,563 --> 00:50:27,943 - Maafkan saya, tuan! Ampunkan saya! - Kami tak tahu! 533 00:50:28,024 --> 00:50:31,704 Kami hanya ikut cakap-cakap orang. 534 00:50:31,778 --> 00:50:33,028 Tolong jangan bunuh kami! 535 00:50:37,659 --> 00:50:39,749 Ampunkan saya, tuan. Ampunkan saya! 536 00:50:39,828 --> 00:50:41,658 Kami takkan buat lagi! 537 00:50:41,747 --> 00:50:43,707 Semua orang cakap macam itu, kami tak ada niat… 538 00:50:43,790 --> 00:50:46,130 Berhenti! Apa yang dah jadi ini? 539 00:50:47,127 --> 00:50:48,707 - Puan. - Puan! 540 00:50:48,795 --> 00:50:50,165 Tolong kami! 541 00:50:50,255 --> 00:50:51,795 Tolonglah kami! Tolong kami! 542 00:50:51,882 --> 00:50:55,472 Kami tak tahu dari mana khabar angin itu datang. 543 00:50:58,638 --> 00:50:59,598 Ya. 544 00:50:59,681 --> 00:51:02,481 Kalau tak ada angin, takkan pokok boleh bergoyang? 545 00:51:04,394 --> 00:51:06,524 - Kamu semua boleh pergi. - Ya? 546 00:51:06,605 --> 00:51:08,855 - Mak. - Mak yakin ada yang lebih teruk. 547 00:51:08,940 --> 00:51:09,860 Lepaskan mereka. 548 00:51:11,943 --> 00:51:15,703 Apa pendapat kamu tentang khabar angin ini? 549 00:51:15,781 --> 00:51:17,321 Apa yang mak cakap ini? 550 00:51:19,534 --> 00:51:20,704 Pergi dari sini. 551 00:51:21,787 --> 00:51:23,497 Terima kasih, puan! 552 00:51:31,588 --> 00:51:32,798 Awak nak buat apa? 553 00:51:32,881 --> 00:51:35,591 Orang begitu patut dihukum. 554 00:51:35,675 --> 00:51:37,175 Simpan pedang itu. 555 00:51:58,240 --> 00:52:01,280 Semasa membesar, tak pernah sekali pun dia melawan cakap. 556 00:52:01,868 --> 00:52:05,538 Mesti ada sebab kenapa anak saya dah banyak berubah. 557 00:52:21,054 --> 00:52:22,644 Kamu rasa nyawa kamu 558 00:52:23,974 --> 00:52:25,984 lebih berharga daripada maruah keluarga ini? 559 00:52:28,478 --> 00:52:29,398 Mak. 560 00:52:30,981 --> 00:52:32,111 Pilih. 561 00:52:33,024 --> 00:52:34,534 Sama ada nak mati bermaruah 562 00:52:35,026 --> 00:52:37,776 atau mati di tangan orang lain. 563 00:52:44,452 --> 00:52:46,042 Tak tahu malu. 564 00:52:46,121 --> 00:52:47,911 - Aduhai. - Oh, Tuhan. 565 00:52:49,291 --> 00:52:50,581 Kasihan suami dia. 566 00:52:50,667 --> 00:52:52,667 Bagaimana suami dia nak menanggung malu? 567 00:52:52,752 --> 00:52:55,802 - Aduhai. - Aduh. 568 00:52:55,881 --> 00:52:59,221 Berani Wanita Pulang itu berjalan dengan dagunya mendongak ke atas? 569 00:52:59,301 --> 00:53:01,011 Berani betul! 570 00:53:01,094 --> 00:53:02,394 Nak kena betul! 571 00:53:03,096 --> 00:53:04,176 Mari. 572 00:53:04,264 --> 00:53:06,474 Saya tak kisah, tapi berani mereka hina puan! 573 00:53:07,017 --> 00:53:08,137 Sudahlah. Mari pergi. 574 00:53:10,687 --> 00:53:13,477 Berani pembawa sial datang ke pasar? 575 00:53:13,565 --> 00:53:15,475 Ambil ini, perempuan jalang! 576 00:53:15,567 --> 00:53:17,777 Apa awak buat ini? 577 00:53:18,695 --> 00:53:20,445 Aduhai. Oh, tidak. 578 00:53:20,530 --> 00:53:23,240 Puan. Pakaian puan… 579 00:53:26,536 --> 00:53:28,866 Apa dosa kami? 580 00:53:28,955 --> 00:53:31,785 Cakap sekali lagi sambil pandang mata saya. 581 00:53:31,875 --> 00:53:34,495 Wanita Pulang ini masih ada maruah. 582 00:53:36,338 --> 00:53:38,968 Sepatutnya kepulangan kami diraikan. 583 00:53:39,049 --> 00:53:40,969 Berani kamu menuding jari kepada wanita-wanita 584 00:53:41,051 --> 00:53:43,601 yang mempertahankan kehormatan lelaki yang tak mampu melindungi negara? 585 00:53:43,678 --> 00:53:44,928 Kamu patut malu! 586 00:53:45,680 --> 00:53:46,810 Diam! 587 00:53:46,890 --> 00:53:48,770 Puan! 588 00:53:48,850 --> 00:53:50,890 Kau tak layak tinggikan suara, Wanita Pulang. 589 00:53:52,312 --> 00:53:55,272 - Aduhai! - Kau! 590 00:53:55,357 --> 00:53:57,897 Kenapa letakkan kesalahan itu pada kami? 591 00:54:09,371 --> 00:54:10,371 Puan… 592 00:54:10,455 --> 00:54:12,825 - Aduhai! - Pergi! 593 00:54:12,916 --> 00:54:16,536 - Wanita Pulang tak guna! - Pergi! 594 00:54:16,628 --> 00:54:18,798 Jangan bergerak, puan. 595 00:54:18,880 --> 00:54:20,090 Saya akan… 596 00:54:21,466 --> 00:54:23,336 lindungi puan. 597 00:55:02,257 --> 00:55:03,337 Gop-dan… 598 00:55:11,599 --> 00:55:12,559 Gop-dan. 599 00:55:14,019 --> 00:55:15,149 Gop-dan! 600 00:55:16,980 --> 00:55:18,190 Gop-dan! 601 00:55:22,360 --> 00:55:23,450 Gop-dan! 602 00:55:31,077 --> 00:55:32,367 Gop-dan! 603 00:55:49,054 --> 00:55:50,104 Ryeon! 604 00:55:50,180 --> 00:55:51,140 Tolonglah. 605 00:55:51,222 --> 00:55:53,022 Lebih baik saya mati. 606 00:55:54,267 --> 00:55:56,767 Itu semua khabar angin. Ia akan berlalu. 607 00:55:57,353 --> 00:55:58,233 Khabar angin itu 608 00:55:59,230 --> 00:56:01,440 semakin tersebar bagai api yang marak. 609 00:56:02,442 --> 00:56:04,072 Walau pun palsu, 610 00:56:04,652 --> 00:56:07,032 itu yang orang bicarakan saban hari. 611 00:56:07,655 --> 00:56:09,155 Saya tak boleh tidur. 612 00:56:10,325 --> 00:56:11,525 Saya tak boleh makan, 613 00:56:12,619 --> 00:56:14,699 saya tak boleh buat apa-apa. 614 00:56:14,788 --> 00:56:16,658 Kenapa awak hanya fikirkan diri sendiri? 615 00:56:17,749 --> 00:56:18,749 Bagaimana dengan saya? 616 00:56:22,212 --> 00:56:24,382 Saya tak pentingkah bagi awak? 617 00:56:30,095 --> 00:56:32,555 Saya hanya jadi penghalang kerjaya awak. 618 00:56:32,639 --> 00:56:34,519 Saya tak ingin capai impian saya 619 00:56:35,517 --> 00:56:37,227 kalau awak perlu berkorban. 620 00:56:39,104 --> 00:56:42,274 Jangan buat keputusan terburu-buru lagi. 621 00:56:47,320 --> 00:56:49,660 Saya akan selesaikannya, dengan apa cara sekali pun. 622 00:56:52,951 --> 00:56:56,081 Jadi, awak selalu ke kamar dia sejak itu? 623 00:56:56,162 --> 00:56:57,212 Mestilah! 624 00:56:57,288 --> 00:56:59,918 Mungkin sebab dia wanita bangsawan, kulitnya cerah. 625 00:57:00,667 --> 00:57:02,087 Terasa macam syurga dunia. 626 00:57:02,627 --> 00:57:05,417 Saya ingatkan nak putus dengan dia selepas sekali dua, tapi… 627 00:57:05,505 --> 00:57:06,335 Tapi? 628 00:57:06,422 --> 00:57:08,682 Dia gatal sangat. 629 00:57:08,758 --> 00:57:10,508 Dia sangat mahukan saya 630 00:57:10,593 --> 00:57:12,723 sampai tak benarkan saya tidur sepanjang malam! 631 00:57:12,804 --> 00:57:15,144 Dia dah betul-betul sukakan awak, ya? 632 00:57:15,223 --> 00:57:16,933 Mestilah, sampaikan dia panjat tembok 633 00:57:17,016 --> 00:57:19,266 tanpa pengetahuan mak mentuanya dan Ketua Pegawai. 634 00:57:22,730 --> 00:57:23,820 Siapa kau? 635 00:57:26,901 --> 00:57:28,701 Tuan. 636 00:57:29,404 --> 00:57:31,744 Tolong jangan bunuh saya. 637 00:57:33,199 --> 00:57:34,079 Dah terlambat. 638 00:57:43,251 --> 00:57:46,211 Saya akan bunuh sesiapa saja yang berani ucap penghinaan sebegitu, 639 00:57:46,296 --> 00:57:48,416 tidak kira berapa ramai sekali pun. 640 00:58:01,853 --> 00:58:03,863 Begitukah cara awak diajar menghunus pedang? 641 00:58:06,608 --> 00:58:07,568 Ryeon. 642 00:58:07,650 --> 00:58:09,150 Simpan pedang itu. 643 00:58:14,365 --> 00:58:15,195 Tidak. 644 00:58:15,283 --> 00:58:17,873 Tugas awak adalah untuk melindungi mereka. 645 00:58:17,952 --> 00:58:20,582 Namun, dari mulut orang yang kita lindungi inilah 646 00:58:20,663 --> 00:58:23,543 khabar angin itu terus tersebar bagaikan kutu. 647 00:58:24,834 --> 00:58:28,134 Setiap hari, khabar angin baru muncul bagai rumput berakar. 648 00:58:29,380 --> 00:58:31,050 Apa lagi pilihan yang saya ada 649 00:58:31,799 --> 00:58:33,929 melainkan mencantasnya? 650 00:58:37,639 --> 00:58:39,969 Saya harus cantas dan cantas 651 00:58:41,476 --> 00:58:43,226 sehinggalah tiada lagi yang tinggal. 652 00:58:47,690 --> 00:58:49,360 - Saya buat semua ini demi awak. - Tidak. 653 00:58:49,442 --> 00:58:52,032 Saya relakan darah kotor mereka mengalir di tangan saya demi awak. 654 00:58:52,111 --> 00:58:56,241 Lebih baik awak bunuh saya dengan pedang itu. 655 00:58:58,535 --> 00:59:00,945 Awak patut dengar cakap mak awak. 656 00:59:03,790 --> 00:59:04,620 Cukup. 657 00:59:04,707 --> 00:59:06,747 Awak patut biarkan saya mati. 658 00:59:06,834 --> 00:59:07,754 Saya cakap cukup. 659 00:59:07,835 --> 00:59:09,045 Lebih baik 660 00:59:10,630 --> 00:59:12,420 kalau saya tak pulang ke sini. 661 00:59:12,507 --> 00:59:13,337 Cukup! 662 00:59:20,932 --> 00:59:23,432 Awak anggap saya macam binatang sebab saya bunuh mereka? 663 00:59:25,395 --> 00:59:27,055 Kenapa pandang saya macam itu? 664 00:59:27,146 --> 00:59:29,186 Awak tahu kenapa saya buat begini. 665 00:59:29,274 --> 00:59:30,984 Jangan cakap demi saya. 666 00:59:32,860 --> 00:59:34,070 Lebih baik 667 00:59:35,405 --> 00:59:36,945 kalau saya tak pulang ke sini. 668 00:59:38,866 --> 00:59:40,406 Sekurang-kurangnya, 669 00:59:41,911 --> 00:59:43,871 pengakhiran kita akan lebih baik dari ini. 670 01:00:07,228 --> 01:00:12,728 Saya tak pernah buat perkara yang memalukan. 671 01:00:12,817 --> 01:00:18,107 Tapi bagaimana saya nak hidup dengan melihat 672 01:00:18,197 --> 01:00:23,367 awak hilang pertimbangan dan menyedari sayalah puncanya. 673 01:00:35,632 --> 01:00:38,262 Saya rasa inilah pengakhiran yang ditakdirkan untuk kita 674 01:00:39,218 --> 01:00:41,298 di Dunia Manusia ini. 675 01:01:02,533 --> 01:01:03,663 Maafkan saya. 676 01:01:26,933 --> 01:01:28,183 Buang mayatnya. 677 01:01:29,018 --> 01:01:30,268 Jangan sampai orang tahu. 678 01:01:30,353 --> 01:01:31,603 - Baik, puan. - Baik, puan. 679 01:01:33,523 --> 01:01:34,693 Berhenti. 680 01:01:34,774 --> 01:01:36,114 Berhenti! 681 01:02:36,043 --> 01:02:37,303 Jangan pergi, Ryeon… 682 01:02:38,546 --> 01:02:39,956 Maafkan saya. 683 01:02:41,924 --> 01:02:42,804 Ryeon. 684 01:02:43,468 --> 01:02:44,678 Ryeon! 685 01:02:47,972 --> 01:02:49,892 Awak tak boleh pergi begini. 686 01:03:23,382 --> 01:03:28,222 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Nadia Othman