1
00:00:22,708 --> 00:00:24,708
Pada mulanya, kejahatan tiada.
2
00:00:24,791 --> 00:00:26,500
Di sini.
3
00:00:29,833 --> 00:00:33,916
Suatu masa dahulu, ketika dunia masih muda
4
00:00:34,041 --> 00:00:37,041
dan suria belum pernah terbit,
5
00:00:37,125 --> 00:00:41,416
cahaya sudah wujud.
6
00:01:02,958 --> 00:01:05,875
Jadi, dah selesai?
7
00:01:17,666 --> 00:01:21,208
Awak pun tentu tak sangka
benda buruk itu akan terapung.
8
00:01:22,666 --> 00:01:24,208
Ia tidak akan terapung.
9
00:01:25,958 --> 00:01:29,000
Ia akan belayar.
10
00:01:48,666 --> 00:01:49,750
Berhenti!
11
00:01:50,333 --> 00:01:51,166
Tidak, jangan!
12
00:01:52,500 --> 00:01:54,041
Berhenti, ia boleh rosak!
13
00:01:54,125 --> 00:01:56,083
Berhenti! Jangan!
14
00:01:56,166 --> 00:01:58,500
-Ayuh.
-Berhenti, nanti ia rosak!
15
00:02:02,208 --> 00:02:04,000
Saya dah kata ia takkan terapung.
16
00:02:07,708 --> 00:02:09,166
Lepaskan saya!
17
00:02:09,291 --> 00:02:11,541
Kamu terjatuh lagi, ya, Galadriel?
18
00:02:19,625 --> 00:02:21,833
Ia kapal yang bagus, adik.
19
00:02:21,916 --> 00:02:23,833
Saya buat macam yang abang ajar.
20
00:02:25,208 --> 00:02:29,791
Kamu tahukah kenapa kapal terapung
dan batu tenggelam?
21
00:02:31,041 --> 00:02:35,416
Ia berlaku kerana batu hanya
memandang ke bawah.
22
00:02:36,583 --> 00:02:40,250
Kegelapan air luas
dan tarikannya sukar ditepis.
23
00:02:41,708 --> 00:02:43,750
Kapal juga merasakan kuasa kegelapan
24
00:02:43,833 --> 00:02:47,666
yang perlahan-lahan
cuba menguasai dan menenggelamkannya.
25
00:02:49,458 --> 00:02:51,750
Tapi kapal itu ada satu rahsia
26
00:02:53,375 --> 00:02:57,291
dan tak seperti batu,
ia sentiasa mendongak ke atas.
27
00:02:58,666 --> 00:03:00,875
Memandang tepat ke arah cahaya panduan
28
00:03:01,750 --> 00:03:04,833
yang membisikkan keagungan
yang tak diketahui kegelapan.
29
00:03:06,958 --> 00:03:10,500
Tapi kadangkala pantulan cahaya
30
00:03:10,583 --> 00:03:13,250
di air secerah cahaya di langit
31
00:03:13,333 --> 00:03:16,541
hingga sukar kita membezakan arah.
32
00:03:18,333 --> 00:03:20,875
Jadi, arah mana yang saya patut ikut?
33
00:03:33,375 --> 00:03:34,875
Tapi itu macam terlalu mudah.
34
00:03:34,958 --> 00:03:37,166
Kebenaran memang mudah.
35
00:03:38,041 --> 00:03:40,458
Kamu cuma perlu tahu membezakannya.
36
00:03:40,541 --> 00:03:43,375
Abang mungkin takkan sentiasa dapat
membimbing kamu.
37
00:03:43,458 --> 00:03:44,875
Yakah?
38
00:03:46,250 --> 00:03:48,750
Mari. Ayah dan ibu sedang menunggu.
39
00:03:59,333 --> 00:04:01,458
Kami tiada perkataan untuk maut
40
00:04:02,583 --> 00:04:05,541
kerana kami sangka
kebahagiaan kami kekal abadi.
41
00:04:20,833 --> 00:04:23,833
Kami sangka cahaya kami takkan malap.
42
00:04:28,666 --> 00:04:31,791
Maka, apabila Musuh Durjana, Morgoth,
43
00:04:31,875 --> 00:04:34,916
memusnahkan cahaya tanah air kami…
44
00:04:37,958 --> 00:04:39,791
Kami melawan,
45
00:04:43,583 --> 00:04:47,250
dan kaum Elf berperang.
46
00:04:53,000 --> 00:04:58,708
Kami tinggalkan tanah air kami, Valinor,
dan mengembara ke tempat yang jauh.
47
00:04:58,791 --> 00:04:59,833
LAUTAN PEMUTUS
48
00:04:59,916 --> 00:05:05,250
Tempat yang penuh dengan mara bahaya
dan makhluk aneh yang tidak terkira.
49
00:05:05,875 --> 00:05:09,375
Sebuah tempat yang dikenali
sebagai Dunia Tengah.
50
00:05:32,291 --> 00:05:34,875
Valaron kalanen!
51
00:05:34,958 --> 00:05:35,791
Firuvantë!
52
00:05:44,083 --> 00:05:46,500
Orang kata ia takkan lama berlangsung,
53
00:05:48,041 --> 00:05:52,458
tapi perang itu
telah membinasakan Dunia Tengah
54
00:05:55,666 --> 00:05:59,250
hingga berabad-abad lamanya.
55
00:06:20,083 --> 00:06:23,666
Kini, kami tahu banyak perkataan
untuk maut.
56
00:06:28,916 --> 00:06:31,875
Akhirnya, Morgoth telah ditewaskan.
57
00:06:32,875 --> 00:06:35,625
Namun, itu pun selepas menimbulkan
banyak penderitaan
58
00:06:38,125 --> 00:06:42,833
kerana ramai Orc telah terlepas
ke seluruh penjuru Dunia Tengah.
59
00:06:44,125 --> 00:06:46,583
Membiak berlipat ganda
60
00:06:46,666 --> 00:06:50,166
di bawah pimpinan hamba paling setia
61
00:06:50,250 --> 00:06:54,083
dan ahli sihir yang kejam dan licik.
62
00:06:54,166 --> 00:06:57,000
Mereka menggelarnya Sauron.
63
00:06:58,708 --> 00:07:02,291
Abang saya bersumpah untuk mencari
dan menghancurkannya,
64
00:07:05,000 --> 00:07:07,208
tapi Sauron menemuinya dulu
65
00:07:09,291 --> 00:07:11,625
dan menandakan badannya dengan simbol
66
00:07:14,416 --> 00:07:17,875
yang tak dapat difahami
walaupun oleh mereka yang paling bestari.
67
00:07:22,375 --> 00:07:25,208
Maka, dalam kegelapan itu,
68
00:07:25,875 --> 00:07:29,041
sumpahnya menjadi milik saya
69
00:07:31,083 --> 00:07:33,625
dan dengan itu, kami memburu.
70
00:07:35,875 --> 00:07:38,750
Kami buru Sauron hingga ke hujung dunia.
71
00:07:41,291 --> 00:07:43,833
Namun, jejaknya makin pudar.
72
00:07:46,416 --> 00:07:48,208
Tahun berganti tahun.
73
00:07:48,958 --> 00:07:51,166
Kurun berganti kurun
74
00:07:51,708 --> 00:07:55,375
dan bagi ramai Elf,
penderitaan pada zaman itu
75
00:07:55,458 --> 00:07:58,458
telah luput daripada fikiran mereka.
76
00:07:59,500 --> 00:08:02,000
{\an8}Makin ramai kaum kita
77
00:08:02,083 --> 00:08:05,125
{\an8}mula percaya bahawa Sauron telah terkubur…
78
00:08:05,208 --> 00:08:06,666
{\an8}FORODWAITH - Tanah Tandus Utara
79
00:08:06,750 --> 00:08:10,750
{\an8}…dan ancamannya sudah tiada.
80
00:08:14,000 --> 00:08:16,333
Kalaulah saya juga macam mereka.
81
00:09:13,333 --> 00:09:14,833
Komander Galadriel.
82
00:09:16,916 --> 00:09:20,000
Pasukan kita telah ikut puan
hingga ke hujung dunia,
83
00:09:20,083 --> 00:09:22,875
tapi semua yang berani
mencari kubu terakhir itu,
84
00:09:22,958 --> 00:09:24,375
tak menjumpai apa-apa.
85
00:09:25,916 --> 00:09:28,916
Sudah bertahun-tahun Orc tidak dikesan.
86
00:09:29,750 --> 00:09:34,250
Mungkin komander-komander lain betul
dan musuh kita sudah tiada.
87
00:09:34,333 --> 00:09:35,541
Malam makin menjelma.
88
00:09:36,291 --> 00:09:40,291
Berapa lama makhluk boleh hidup
di tempat yang gelap dan gersang ini?
89
00:09:44,916 --> 00:09:47,250
Kita patut berkhemah di sini
90
00:09:48,041 --> 00:09:50,250
dan mulakan perjalanan pulang esok.
91
00:09:54,750 --> 00:09:56,166
Hari makin gelap.
92
00:10:11,000 --> 00:10:12,291
Komander, tunggu!
93
00:10:12,375 --> 00:10:14,875
Tidak. Kita perlu teruskan perjalanan.
94
00:10:14,958 --> 00:10:16,416
Galadriel, berhenti!
95
00:10:39,000 --> 00:10:42,416
Tiada apa-apa di sini.
Kita sepatutnya dah sampai.
96
00:10:50,666 --> 00:10:51,875
Kita memang dah sampai.
97
00:11:13,333 --> 00:11:14,750
Inilah tempatnya.
98
00:11:14,833 --> 00:11:18,041
Di sinilah Orc berhimpun
selepas kekalahan Morgoth.
99
00:11:19,125 --> 00:11:22,041
Jumlah yang terlepas tentu sangat ramai.
100
00:11:23,000 --> 00:11:25,416
Tangan saya dah kebas.
101
00:11:27,458 --> 00:11:28,541
Tidak.
102
00:11:30,083 --> 00:11:33,500
Kedinginan kejahatan tempat ini
takkan dapat dihangatkan obor kita.
103
00:11:34,250 --> 00:11:35,416
Ikut jalan ini.
104
00:11:36,000 --> 00:11:37,500
Kenapa puan begitu yakin?
105
00:11:38,041 --> 00:11:39,666
Laluan lain tak sesejuknya.
106
00:12:09,291 --> 00:12:10,875
Dulu ada pintu di sini.
107
00:12:12,083 --> 00:12:13,083
Pecahkannya.
108
00:12:48,833 --> 00:12:50,625
Sihir apakah ini?
109
00:12:53,375 --> 00:12:56,916
Orc-orc ini cuba guna kuasa Dunia Ghaib.
110
00:12:57,666 --> 00:12:59,583
Dengan sihir purba.
111
00:13:03,833 --> 00:13:05,458
Tapi untuk apa?
112
00:13:06,416 --> 00:13:09,250
Tentu ia dah lenyap ditelan zaman.
113
00:13:09,333 --> 00:13:11,500
Kejadian di sini dah lama berlalu.
114
00:13:19,125 --> 00:13:20,208
Air.
115
00:13:30,291 --> 00:13:32,291
Batu pun tak dapat menyembunyikan kesan
116
00:13:32,375 --> 00:13:34,958
tangan berapi
makhluk yang tak pernah puas.
117
00:13:42,708 --> 00:13:43,791
Dia pernah di sini.
118
00:13:44,916 --> 00:13:46,666
Sauron pernah berada di sini.
119
00:13:47,125 --> 00:13:49,458
Suruh ahli lain berehat selagi boleh.
120
00:13:49,541 --> 00:13:52,750
Kita bergerak apabila matahari terbit
dan cari di arah utara.
121
00:13:52,833 --> 00:13:53,916
Arah utara?
122
00:13:54,000 --> 00:13:56,916
Laluan ini ditinggalkan untuk Orc.
123
00:13:57,833 --> 00:14:00,333
Saya pernah melihatnya
pada badan abang saya.
124
00:14:00,916 --> 00:14:02,041
Ini jalannya.
125
00:14:02,541 --> 00:14:04,583
Tanda ini dah terlalu lama.
126
00:14:04,666 --> 00:14:06,500
Orang yang menandanya dah lama mati.
127
00:14:06,583 --> 00:14:08,458
Atau sedang mengumpulkan askar
128
00:14:08,541 --> 00:14:10,875
dan menyempurnakan ilmu hitamnya.
129
00:14:10,958 --> 00:14:12,958
Kita dah melampaui arahan.
130
00:14:13,041 --> 00:14:17,083
Kita perlu mendapatkan nasihat raja dulu.
131
00:14:17,583 --> 00:14:20,666
Antara kita semua,
132
00:14:21,791 --> 00:14:23,708
sayalah yang paling mahu pulang.
133
00:14:25,791 --> 00:14:28,791
Saya boleh rasa cahaya pokok
pada wajah saya.
134
00:14:30,791 --> 00:14:32,208
Saya masih terbayangkannya.
135
00:14:34,208 --> 00:14:36,375
Tapi selagi kita belum pasti
136
00:14:36,875 --> 00:14:40,458
yang setiap jejak musuh kita
telah dihapuskan,
137
00:14:42,958 --> 00:14:44,458
saya tak boleh pulang.
138
00:15:17,583 --> 00:15:19,541
Trol salji!
139
00:16:35,833 --> 00:16:37,375
Kita tak sepatutnya datang.
140
00:16:37,458 --> 00:16:38,833
Kita akan bertolak esok.
141
00:16:40,416 --> 00:16:41,875
Ia muktamad.
142
00:16:41,958 --> 00:16:43,458
Sejurus selepas suria terbit.
143
00:16:50,750 --> 00:16:52,500
Puan pergilah seorang.
144
00:17:40,791 --> 00:17:45,083
RHOVANION
Alam Liar di Timur Anduin
145
00:17:55,666 --> 00:17:57,875
Ada benda tak kena. Tiada haiwan buruan.
146
00:17:57,958 --> 00:17:59,791
Serigala ada merata-rata.
147
00:18:00,166 --> 00:18:02,541
Awak tak rasa pelikkah?
148
00:18:02,625 --> 00:18:04,375
Dunia ini pelik.
149
00:18:04,708 --> 00:18:06,416
Kalau saya terganggu olehnya,
150
00:18:06,500 --> 00:18:08,791
semua kerja pun takkan siap.
151
00:18:13,250 --> 00:18:14,833
Teruskan berjalan.
152
00:18:14,916 --> 00:18:16,000
Kenapa?
153
00:18:17,750 --> 00:18:20,333
Rupanya macam bejar. Mungkin juga rubah.
154
00:18:20,416 --> 00:18:21,750
Besar kemungkinan Harfoot.
155
00:18:21,833 --> 00:18:23,083
Harfoot?
156
00:18:23,166 --> 00:18:25,000
Saya tak kisah jika jumpa Harfoot,
157
00:18:25,083 --> 00:18:28,125
tapi kalau dah terserempak, hati-hati.
158
00:18:28,208 --> 00:18:30,541
Makhluk itu berbahaya.
159
00:18:31,958 --> 00:18:32,958
Tipulah.
160
00:18:35,250 --> 00:18:37,375
Ayuh. Jalan cepat!
161
00:18:38,083 --> 00:18:41,250
Kita perlu pergi ke tasik sebelum senja.
162
00:19:09,541 --> 00:19:11,208
Selamat.
163
00:19:25,791 --> 00:19:26,791
Nori!
164
00:19:28,291 --> 00:19:29,375
Nori!
165
00:19:30,500 --> 00:19:31,666
Nori!
166
00:19:37,166 --> 00:19:38,333
Nori!
167
00:19:57,791 --> 00:20:00,416
Pengembara? Pada musim ini?
168
00:20:00,500 --> 00:20:03,375
Ini petanda buruk. Percayalah.
169
00:20:03,458 --> 00:20:05,458
-Yang sangat buruk.
-Sabar, Malva.
170
00:20:05,541 --> 00:20:08,791
Mereka datang seawal ini
cuma semasa Fros Besar.
171
00:20:08,875 --> 00:20:12,250
Mustahil kita boleh lupa
betapa dinginnya musim itu.
172
00:20:12,333 --> 00:20:15,833
Mereka mungkin cuma sesat.
Tak mungkin ada sebab lain.
173
00:20:15,916 --> 00:20:17,250
Nanti awak tak makan.
174
00:20:17,333 --> 00:20:19,208
Saya dah cari di merata tempat.
175
00:20:19,291 --> 00:20:20,958
Anak-anak masih di luar sana.
176
00:20:21,041 --> 00:20:23,583
Mereka pasti tak apa-apa, Goldie.
177
00:20:23,666 --> 00:20:26,375
Nori bersama mereka. Awak pun kenal Nori.
178
00:20:26,458 --> 00:20:28,291
Ya. Saya kenal sangat.
179
00:20:30,708 --> 00:20:32,291
Boleh kita patah balik?
180
00:20:32,375 --> 00:20:34,875
Ada banyak makhluk berbahaya di luar sini.
181
00:20:34,958 --> 00:20:38,250
Memang banyak kalau termasuk awak
yang risau tak pasal-pasal.
182
00:20:38,333 --> 00:20:40,833
Kita tak sepatutnya keluar sejauh ini.
183
00:20:40,916 --> 00:20:43,541
Kalau kita asyik dengar cakap saja,
184
00:20:43,625 --> 00:20:45,250
apa-apa pun kita tak boleh buat.
185
00:20:45,375 --> 00:20:46,208
Saya dulu!
186
00:20:48,541 --> 00:20:50,750
Pergilah. Hati-hati dengan lopak air.
187
00:20:51,875 --> 00:20:53,375
Jaga kepala awak.
188
00:20:55,291 --> 00:20:56,125
Di sini!
189
00:20:56,625 --> 00:20:57,750
Nori!
190
00:20:58,625 --> 00:20:59,916
-Saya di sini.
-Berhenti.
191
00:21:00,333 --> 00:21:01,166
Ia…
192
00:21:01,625 --> 00:21:02,708
Nori!
193
00:21:07,916 --> 00:21:09,000
Seronoknya.
194
00:21:11,875 --> 00:21:13,125
Mari.
195
00:21:13,208 --> 00:21:14,958
Boleh kita balik sekarang?
196
00:21:15,041 --> 00:21:17,750
-Tapi awak belum melihatnya.
-Lihat apa?
197
00:21:17,833 --> 00:21:20,750
Tempat menarik untuk trol salji sembunyi.
198
00:21:21,916 --> 00:21:23,541
Menakjubkan.
199
00:21:34,083 --> 00:21:35,250
Nori!
200
00:21:55,000 --> 00:21:56,166
Nori!
201
00:21:57,375 --> 00:21:58,541
Saya jumpa sesuatu.
202
00:22:00,000 --> 00:22:01,708
Ada sesuatu di dalam lumpur.
203
00:22:02,583 --> 00:22:03,750
Apa bendanya?
204
00:22:05,833 --> 00:22:07,250
Ia macam kesan tapak kaki.
205
00:22:09,500 --> 00:22:10,541
Tapak kaki anjing.
206
00:22:11,250 --> 00:22:14,166
Anjing memang suka beri.
207
00:22:20,916 --> 00:22:23,000
Anjing itu nak makan beri kita?
208
00:22:23,083 --> 00:22:25,166
Tidak, kalau ia tak nampak kita.
209
00:22:25,916 --> 00:22:29,250
Hei, pegang tangan dan jalan berpasangan.
Jom kita balik.
210
00:22:29,333 --> 00:22:31,791
-Kenapa terburu-buru?
-Ada serigala.
211
00:22:34,125 --> 00:22:35,875
Kakak dah suruh. Jom balik.
212
00:22:35,958 --> 00:22:37,791
Jom kita balik. Ayuh.
213
00:22:37,875 --> 00:22:40,750
Orang pertama sampai
dapat pai semasa Pesta Tuai.
214
00:22:40,833 --> 00:22:43,041
Ayuh. Kita boleh pergi sampai ke pagar.
215
00:22:43,125 --> 00:22:47,333
Ingat, kalau orang tanya,
cakap yang kita cuma cari siput babi.
216
00:22:57,125 --> 00:23:01,083
"Barat Jauh… Tanah Abadi…
217
00:23:01,166 --> 00:23:02,916
"Akhirnya, mereka akan…
218
00:23:03,875 --> 00:23:05,083
"Pulang.
219
00:23:07,625 --> 00:23:11,458
"Selama berabad-abad lamanya,
mereka mengharungi batuan dan rekahan
220
00:23:11,541 --> 00:23:14,166
"untuk menghapuskan saki-baki musuh kita.
221
00:23:14,750 --> 00:23:17,416
"Seperti titisan air hujan
yang menyucikan…"
222
00:23:18,375 --> 00:23:19,458
"Binatang mati."
223
00:23:21,583 --> 00:23:24,916
"Seperti titisan air hujan
yang menyucikan…"
224
00:23:26,708 --> 00:23:28,041
Herald Elrond.
225
00:23:30,500 --> 00:23:31,666
Akhirnya.
226
00:23:32,833 --> 00:23:35,666
Ya. Saya seolah-olah tidak mahu ditemui.
227
00:23:35,958 --> 00:23:37,250
Berita apa?
228
00:23:37,333 --> 00:23:39,083
Majlis ingin memaklumkan
229
00:23:39,166 --> 00:23:41,750
yang awak dilarang menghadiri
sesi seterusnya.
230
00:23:44,000 --> 00:23:45,375
Lord Elf saja boleh hadir.
231
00:23:48,375 --> 00:23:49,791
Ada lagi berita lain?
232
00:23:49,875 --> 00:23:52,000
Ya. Kawan awak dah tiba.
233
00:23:52,916 --> 00:23:55,333
Betulkah? Kenapa tak cakap awal-awal?
234
00:24:02,250 --> 00:24:03,458
Untuk upacara itu.
235
00:24:05,500 --> 00:24:11,500
LINDON
Ibu Kota Elf Bangsawan
236
00:24:21,500 --> 00:24:22,666
Galadriel.
237
00:24:24,666 --> 00:24:25,625
Elrond.
238
00:24:27,041 --> 00:24:29,041
Lindon mengalu-alukan awak.
239
00:24:29,125 --> 00:24:30,791
Saya berbesar hati.
240
00:24:36,291 --> 00:24:40,208
Orang kata kita akan terdengar
sebuah lagu apabila kita ke seberang.
241
00:24:40,291 --> 00:24:42,416
Lagu yang membawakan kenangan kita.
242
00:24:43,625 --> 00:24:45,083
Kita disinari cahaya
243
00:24:45,166 --> 00:24:48,875
yang lebih mengkhayalkan daripada
mana-mana perasaan di Dunia Tengah.
244
00:24:48,958 --> 00:24:53,208
Perasaan itu sajalah yang saya tahu
semasa saya kecil.
245
00:24:53,291 --> 00:24:55,000
Tapi tengoklah awak sekarang.
246
00:24:55,083 --> 00:24:58,083
Komander Tentera Utara.
Pahlawan Tanah Tandus.
247
00:24:58,750 --> 00:25:03,041
Saya sangka awak dalam keadaan
berlumuran kotoran dan lumpur.
248
00:25:03,125 --> 00:25:06,166
Kali ini, kita diserang luka beku
dan berlumuran darah trol
249
00:25:07,166 --> 00:25:08,250
dan tiada tentera.
250
00:25:09,375 --> 00:25:10,791
Ceritakan semuanya.
251
00:25:11,458 --> 00:25:14,791
Tanda itu membuktikan
yang Sauron berjaya melarikan diri.
252
00:25:14,875 --> 00:25:16,125
Dia masih di luar sana.
253
00:25:16,541 --> 00:25:18,166
Tapi persoalannya, di mana?
254
00:25:19,250 --> 00:25:22,125
Saya mahu memohon
pasukan pahlawan baru daripada raja.
255
00:25:22,208 --> 00:25:25,208
-Kalau dia peruntukkan…
-Tapi awak baru saja tiba.
256
00:25:25,291 --> 00:25:27,500
Perlukah awak berangkat serta-merta?
257
00:25:27,583 --> 00:25:29,416
Awak pun tahu saya terpaksa.
258
00:25:30,250 --> 00:25:33,666
Kita ada banyak masa lagi
untuk membincangkan isu rasmi.
259
00:25:34,708 --> 00:25:36,291
Ceritalah tentang awak pula.
260
00:25:37,708 --> 00:25:39,291
Pengalaman getir awak.
261
00:25:40,000 --> 00:25:41,083
Aduhai, Elrond.
262
00:25:41,166 --> 00:25:43,291
Awak dah jadi ahli politik sekarang.
263
00:25:43,375 --> 00:25:45,125
Awak cakap macamlah keji sangat.
264
00:25:45,208 --> 00:25:48,541
Saya tak mudah termakan
pujian yang tak bermakna.
265
00:25:49,875 --> 00:25:52,291
Saya mahu berjumpa raja sekarang.
266
00:25:54,708 --> 00:25:56,416
Awak dah jelaskan niat awak.
267
00:25:57,750 --> 00:25:59,708
Biar saya jelaskan niat saya pula.
268
00:26:02,750 --> 00:26:05,583
Bukan pahlawan awak
yang ingkar arahan awak,
269
00:26:06,083 --> 00:26:08,416
tapi awak yang ingkar perintah raja
270
00:26:09,291 --> 00:26:12,041
dengan melampaui
had yang telah ditetapkan.
271
00:26:13,750 --> 00:26:15,333
Namun, atas kemurahan hatinya,
272
00:26:15,416 --> 00:26:18,125
baginda telah berkenan
untuk mengiktiraf kejayaan awak
273
00:26:18,958 --> 00:26:21,291
dan mengetepikan kebiadaban awak.
274
00:26:23,750 --> 00:26:25,416
Kalau awak berdegil lagi,
275
00:26:25,500 --> 00:26:28,916
baginda mungkin
akan bertindak lebih tegas.
276
00:26:35,416 --> 00:26:38,458
Awak nak aturkan
pertemuan kami atau tidak?
277
00:26:40,583 --> 00:26:43,541
Jika awak masih mahu menemuinya
selepas upacara itu,
278
00:26:43,625 --> 00:26:45,041
maka, saya akan aturkannya.
279
00:26:57,333 --> 00:26:58,833
Dia sudah pulang.
280
00:26:58,916 --> 00:27:01,500
-Kamu sihat?
-Ya, ayah.
281
00:27:01,583 --> 00:27:03,041
Hebat!
282
00:27:03,125 --> 00:27:06,125
Kamu jumpa semua itu di tebing sungai?
283
00:27:06,958 --> 00:27:08,916
Kamu ada dengar tentang pengembara itu?
284
00:27:09,000 --> 00:27:11,416
-Pengembara?
-Pemburu.
285
00:27:12,000 --> 00:27:13,333
Ada dua.
286
00:27:13,416 --> 00:27:15,500
Sebesar batu tongkol.
287
00:27:15,583 --> 00:27:17,041
Di atas rabung itu.
288
00:27:17,125 --> 00:27:18,625
Saya tak perasan pula.
289
00:27:18,708 --> 00:27:22,375
Kalau kamu tak keluar jauh,
kamu tentu perasan.
290
00:27:31,208 --> 00:27:33,416
Kamu pergi ke ladang lama lagi,
291
00:27:34,125 --> 00:27:35,291
bukan?
292
00:27:36,416 --> 00:27:37,416
Saya berhati-hati.
293
00:27:37,500 --> 00:27:39,416
Tapi adik-adik bukan macam kamu.
294
00:27:39,500 --> 00:27:41,083
Maaflah, saya tak tahu.
295
00:27:41,166 --> 00:27:43,750
Pemburu tak pernah datang
sebelum musim menuai.
296
00:27:44,416 --> 00:27:45,625
Serigala pun sama.
297
00:27:48,500 --> 00:27:51,041
Mungkin kawasan selatan bergolak.
298
00:27:51,125 --> 00:27:54,208
Apa kaitannya dengan kamu,
Elanor Brandyfoot?
299
00:27:58,666 --> 00:28:00,375
Tak pernahkah mak terfikir…
300
00:28:01,416 --> 00:28:02,916
Apa lagi yang di luar sana?
301
00:28:03,541 --> 00:28:04,875
Ke mana sungai mengalir
302
00:28:04,958 --> 00:28:08,583
atau di mana burung pipit
belajar lagu barunya?
303
00:28:09,166 --> 00:28:13,333
Saya pasti ada banyak keajaiban
di dunia ini.
304
00:28:13,875 --> 00:28:15,500
Di luar kawasan kita.
305
00:28:16,458 --> 00:28:18,000
Mak dah kata
306
00:28:18,750 --> 00:28:20,583
berkali-kali.
307
00:28:22,500 --> 00:28:24,916
Elf lindungi hutan.
308
00:28:25,000 --> 00:28:28,250
Orang Kerdil lindungi lombong.
Manusia lindungi ladang.
309
00:28:29,166 --> 00:28:32,833
Pokok pun perlu melindungi
tanah yang dicengkam akarnya.
310
00:28:33,458 --> 00:28:37,291
Tapi kita, bangsa Harfoot bebas
daripada masalah dunia.
311
00:28:37,375 --> 00:28:41,125
Kita cuma riak air
di sungai panjang yang mengalir.
312
00:28:41,541 --> 00:28:43,958
Haluan kita bergantung pada musim.
313
00:28:44,833 --> 00:28:47,708
Kita tak melencong
dan tak jalan bersendirian.
314
00:28:49,708 --> 00:28:52,416
Kita ada satu sama lain. Kita selamat.
315
00:28:53,875 --> 00:28:55,375
Sebab itulah kita masih hidup.
316
00:28:58,750 --> 00:29:00,875
Pergilah tolong ayah kamu.
317
00:29:03,583 --> 00:29:07,000
Itulah masalahnya. Roda sepatutnya bulat.
318
00:29:40,708 --> 00:29:44,666
Pahlawan-pahlawan berani ini
319
00:29:44,750 --> 00:29:49,291
melutut di hadapan kita
dengan penuh kemenangan.
320
00:29:50,958 --> 00:29:53,708
Walaupun Morgoth tumpas sezaman yang lalu,
321
00:29:54,416 --> 00:29:58,208
ada antara kita yang khuatir
kejahatan baru akan bangkit.
322
00:29:58,291 --> 00:30:00,125
Maka, selama berabad-abad,
323
00:30:00,208 --> 00:30:04,291
pasukan tentera ini
mengharungi batuan dan rekahan
324
00:30:04,375 --> 00:30:07,625
untuk menghapuskan saki-baki musuh kita
325
00:30:07,708 --> 00:30:11,416
seperti titisan air hujan
yang menyucikan tulang bangkai.
326
00:30:14,125 --> 00:30:15,458
Kini, akhirnya,
327
00:30:16,666 --> 00:30:20,041
mereka kembali membawa kejayaan
328
00:30:20,125 --> 00:30:23,250
kerana mereka telah membuktikan
329
00:30:23,333 --> 00:30:27,458
yang perang sudah benar-benar tamat.
330
00:30:29,791 --> 00:30:30,875
Hari ini…
331
00:30:32,708 --> 00:30:35,541
Kedamaian bermula.
332
00:31:01,541 --> 00:31:04,958
Juga sebagai tanda terima kasih,
333
00:31:06,041 --> 00:31:08,583
wira-wira kita akan diberi penghormatan
334
00:31:08,666 --> 00:31:11,416
yang tiada tandingannya.
335
00:31:11,500 --> 00:31:14,791
Mereka akan dibawa ke Grey Havens
336
00:31:14,875 --> 00:31:19,208
dan diberikan laluan merentasi laut
untuk hidup selamanya
337
00:31:20,291 --> 00:31:24,000
di Alam Kudus di Barat Jauh.
338
00:31:24,083 --> 00:31:27,250
Tanah Abadi Valinor.
339
00:31:28,083 --> 00:31:31,916
Akhirnya, mereka akan pulang.
340
00:32:34,041 --> 00:32:37,375
Awak mahu berdiri saja
dan mendengus macam Orc?
341
00:32:40,583 --> 00:32:44,000
Orang kata kemenangan sangat manis
342
00:32:44,083 --> 00:32:46,666
bagi mereka yang telah lama terseksa.
343
00:32:47,416 --> 00:32:49,250
Saya tak rasa berjaya pun.
344
00:32:49,333 --> 00:32:52,375
Awak berhak menerima penghormatan ini.
345
00:32:53,250 --> 00:32:54,916
Abang awak tentu rasa bangga.
346
00:33:01,208 --> 00:33:03,958
Saya ingat lagi ketika patung ini diukir.
347
00:33:05,291 --> 00:33:08,708
Wajah mereka yang gugur
dikekalkan pada benda hidup.
348
00:33:08,791 --> 00:33:12,541
Agaknya saya juga percaya
saya akan disemadikan di sini
349
00:33:12,625 --> 00:33:13,916
bersama mereka.
350
00:33:14,958 --> 00:33:16,875
Sebaliknya, saya perlu pergi.
351
00:33:18,458 --> 00:33:22,458
Ini anugerah raja kepada awak.
352
00:33:26,000 --> 00:33:28,000
Anugerah yang saya terpaksa tolak.
353
00:33:29,125 --> 00:33:30,125
Galadriel, awak…
354
00:33:30,208 --> 00:33:32,916
Abang saya terkorban
semasa memburu Sauron.
355
00:33:34,416 --> 00:33:36,416
Kini, saya galas tanggungjawabnya.
356
00:33:39,250 --> 00:33:42,458
Saya mahu pergi mencari
musuh yang lari ke utara.
357
00:33:44,083 --> 00:33:46,125
Bersendirian, jika perlu.
358
00:33:48,291 --> 00:33:51,291
Ya. Simbol misteri awak.
359
00:33:51,375 --> 00:33:53,208
Saya dah tunjuk kepada raja.
360
00:33:53,291 --> 00:33:55,083
-Jadi kenapa…
-Kewujudan simbol itu
361
00:33:55,166 --> 00:33:57,708
tak bermakna awak hampir menjumpai Sauron.
362
00:33:57,791 --> 00:34:01,166
Ia dah berakhir. Kejahatan sudah tiada.
363
00:34:01,250 --> 00:34:03,625
Jadi kenapa ia masih terasa
dalam hati saya?
364
00:34:05,041 --> 00:34:07,041
Setelah segala yang awak lalui,
365
00:34:08,416 --> 00:34:10,666
memang patutlah awak rasa serba salah.
366
00:34:11,666 --> 00:34:13,125
Serba salah?
367
00:34:16,750 --> 00:34:19,666
Syukurlah awak tak kenal kejahatan
seperti saya.
368
00:34:20,875 --> 00:34:23,125
Tapi awak tak lihat
segala yang saya lihat.
369
00:34:23,208 --> 00:34:24,250
Saya pernah lihat.
370
00:34:24,333 --> 00:34:27,958
Tapi awak tak lihat
segala yang saya lihat.
371
00:34:28,791 --> 00:34:30,916
Kejahatan tak pernah tidur, Elrond.
372
00:34:32,250 --> 00:34:33,458
Ia menunggu
373
00:34:34,125 --> 00:34:36,958
dan apabila kita rasa selesa,
374
00:34:37,041 --> 00:34:38,458
ia serang kita.
375
00:34:40,416 --> 00:34:43,041
Katakanlah kebimbangan awak berasas
376
00:34:43,125 --> 00:34:46,458
dan musuh ini menunggu di luar sana.
377
00:34:47,125 --> 00:34:50,291
Yakinkah awak yang pemburuannya
akan memuaskan hati awak?
378
00:34:50,375 --> 00:34:54,041
Yang satu lagi Orc di mata pedang awak
akan menenangkan hati awak?
379
00:34:54,125 --> 00:34:56,041
-Kalau awak salah…
-Saya tak salah.
380
00:34:56,125 --> 00:34:57,583
Kalau awak salah,
381
00:34:58,458 --> 00:35:01,625
adakah ramai lagi Elf
akan mati di bumi asing?
382
00:35:03,458 --> 00:35:05,583
Untuk meyakinkan diri awak
akan usaha awak,
383
00:35:05,666 --> 00:35:08,500
berapa banyak lagi patung
yang awak mahu tambah?
384
00:35:09,333 --> 00:35:11,958
Tiada sesiapa yang pernah menolak seruan.
385
00:35:12,791 --> 00:35:14,875
Jemputan ini takkan berulang.
386
00:35:15,750 --> 00:35:18,750
Awak hanya berlegar-legar
di sini, terpulau,
387
00:35:18,833 --> 00:35:21,083
dihantui bisikan dan mimpi ghaib.
388
00:35:21,166 --> 00:35:24,333
Awak pasti nasib saya lebih baik di Barat?
389
00:35:25,458 --> 00:35:28,916
Di tempat lagu yang mempersendakan perang
akan terngiang-ngiang?
390
00:35:30,916 --> 00:35:34,833
Awak kata saya telah menumpaskan
kejahatan di Dunia Tengah,
391
00:35:36,375 --> 00:35:38,583
tapi awak biar ia kekal
392
00:35:39,666 --> 00:35:41,000
dan terus menghantui saya?
393
00:35:42,000 --> 00:35:45,916
Abadi, malar dan teguh
394
00:35:46,958 --> 00:35:49,333
di dunia yang indah sempurna?
395
00:35:49,416 --> 00:35:51,833
Hanya di Alam Kudus,
396
00:35:51,916 --> 00:35:54,416
kedukaan awak boleh dihapuskan.
397
00:35:55,250 --> 00:35:56,333
Pergilah ke sana,
398
00:35:56,833 --> 00:35:58,625
dan saya berjanji…
399
00:35:59,333 --> 00:36:03,250
Sekiranya ada khabar
tentang ancaman yang awak katakan itu,
400
00:36:03,750 --> 00:36:06,125
saya akan menghapuskannya.
401
00:36:08,000 --> 00:36:10,416
Awak sudah lama berjuang, Galadriel.
402
00:36:13,000 --> 00:36:14,541
Gantunglah pedang awak.
403
00:36:15,291 --> 00:36:17,208
Tapi siapalah saya tanpanya?
404
00:36:17,291 --> 00:36:18,916
Diri awak selama ini.
405
00:36:21,875 --> 00:36:23,125
Kawan saya.
406
00:36:42,083 --> 00:36:43,541
TANAH SELATAN
Bumi Manusia
407
00:37:20,291 --> 00:37:21,708
Selamat malam.
408
00:37:21,791 --> 00:37:23,333
Caraes dalam tiga langkah.
409
00:37:28,166 --> 00:37:29,625
Dia mungkin diracun.
410
00:37:29,708 --> 00:37:31,625
Diracun oleh siapa?
411
00:37:32,166 --> 00:37:35,250
Entah-entah oleh si pelapornya.
412
00:37:47,375 --> 00:37:48,583
Arondir.
413
00:37:49,916 --> 00:37:52,250
Betulkah dua minggu dah berlalu?
414
00:37:53,458 --> 00:37:54,583
Ya.
415
00:37:56,416 --> 00:38:00,083
Tak banyak yang dapat dilaporkan kali ini.
416
00:38:00,166 --> 00:38:03,583
Ada beberapa pertikaian kecil,
pengendalian dadu yang salah
417
00:38:04,166 --> 00:38:06,291
dan… Ya!
418
00:38:06,375 --> 00:38:08,833
Ada kejadian menarik Selasa lepas.
419
00:38:08,916 --> 00:38:10,833
Lelaki bergaduh kerana perempuan.
420
00:38:11,250 --> 00:38:14,666
Tumpuan si laki kurang,
si gadis mudah terpikat. Biasalah.
421
00:38:16,875 --> 00:38:19,000
Awak mahu minum?
422
00:38:19,083 --> 00:38:21,291
Telaga saya juga milik awak.
423
00:38:21,375 --> 00:38:22,875
Bagaimana dengan racun itu?
424
00:38:23,375 --> 00:38:24,416
Racun apa?
425
00:38:24,500 --> 00:38:26,291
Yang awak baru sebut tadi.
426
00:38:26,375 --> 00:38:27,500
Tidak.
427
00:38:27,583 --> 00:38:30,625
Tadi dia ceritakan tentang rumput beracun.
428
00:38:32,125 --> 00:38:34,958
Seseorang beritahu saya
yang padang ragutnya rosak.
429
00:38:35,041 --> 00:38:37,208
Cuma lalang yang tumbuh.
430
00:38:37,291 --> 00:38:40,000
Orang itu dari mana?
431
00:38:40,500 --> 00:38:42,000
Rasanya dari Timur.
432
00:38:42,750 --> 00:38:44,166
Bilakah dia berada di sini?
433
00:38:44,625 --> 00:38:47,291
Lupakan saja.
434
00:38:48,208 --> 00:38:50,250
Ia cuma rumput.
435
00:38:51,333 --> 00:38:55,625
Golongan yang awak kaitkan
dengan kami itu dah lama mati.
436
00:38:55,708 --> 00:38:58,541
Bilalah kamu mahu lupakan kisah silam?
437
00:39:02,416 --> 00:39:05,958
Mahu tak mahu,
kisah silam sentiasa bersama kita.
438
00:39:06,833 --> 00:39:10,833
Suatu hari nanti,
raja sebenar kami akan kembali
439
00:39:11,958 --> 00:39:16,458
dan membebaskan kami
daripada taklukan awak.
440
00:39:16,541 --> 00:39:18,208
Sabar, nak. Bawa bertenang.
441
00:39:31,083 --> 00:39:31,916
Sudahlah tu.
442
00:39:35,208 --> 00:39:37,208
Ada apa-apa lagi?
443
00:40:00,791 --> 00:40:02,208
Hulurkan tangan awak.
444
00:40:20,833 --> 00:40:22,000
Benih alfirin.
445
00:40:25,000 --> 00:40:27,666
Saya hanya pernah melihatnya
semasa saya kecil.
446
00:40:28,416 --> 00:40:29,916
Di mana awak jumpa benih ini?
447
00:40:30,583 --> 00:40:34,041
Saya dapat daripada dukun
yang lalu di sini.
448
00:40:34,125 --> 00:40:36,250
Kami hancurkan kelopaknya
untuk buat salap.
449
00:40:36,333 --> 00:40:37,958
Kamu hancurkannya?
450
00:40:38,041 --> 00:40:39,500
Dengan lemah lembut.
451
00:40:42,958 --> 00:40:44,958
Kaum awak ada dukun?
452
00:40:45,041 --> 00:40:46,416
Ada.
453
00:40:46,500 --> 00:40:48,333
Tapi kami gelar mereka tukang.
454
00:40:49,291 --> 00:40:53,333
Kebanyakan luka di badan kami
sembuh sendiri,
455
00:40:53,416 --> 00:40:57,833
jadi mereka perlu berusaha
mencantikkan kebenaran
456
00:40:58,791 --> 00:41:01,458
kerana keindahan mampu menyembuhkan jiwa.
457
00:41:03,750 --> 00:41:06,458
Kalau begitu, semoga awak rasa
bunga alfirin indah.
458
00:41:13,750 --> 00:41:15,416
Jumpa lagi.
459
00:41:15,500 --> 00:41:16,583
Tentera.
460
00:41:27,291 --> 00:41:28,916
Ada sebarang laporan?
461
00:41:30,208 --> 00:41:31,875
Tiada apa-apa yang luar biasa.
462
00:41:34,458 --> 00:41:35,666
Telaga itu…
463
00:41:37,083 --> 00:41:38,333
Bagaimana keadaannya?
464
00:41:39,875 --> 00:41:41,291
Awak dapat ambil air?
465
00:41:42,208 --> 00:41:43,958
Mereka menunggu kita di Ostirith.
466
00:41:46,083 --> 00:41:48,916
Awak tak terfikirkah
hukuman yang saya mungkin terima
467
00:41:49,000 --> 00:41:51,916
jika Pengawas tahu perbuatan awak ini?
468
00:41:52,000 --> 00:41:53,666
Saya tak faham maksud awak.
469
00:41:53,750 --> 00:41:55,250
Bukan mudah untuk jaga mereka
470
00:41:55,333 --> 00:41:57,416
apabila saya juga perlu awasi awak.
471
00:41:57,500 --> 00:41:58,750
Awak fikir saya buta?
472
00:41:58,833 --> 00:42:02,000
Tidak. Saya rasa awak kuat membebel
473
00:42:02,708 --> 00:42:04,625
dan busuk macam daun reput.
474
00:42:04,708 --> 00:42:06,208
Mana ada.
475
00:42:06,291 --> 00:42:07,458
Ada.
476
00:42:15,291 --> 00:42:18,291
Pokoknya, menurut sejarah, hanya dua kali
477
00:42:18,375 --> 00:42:21,500
manusia dan Elf cuba bersatu
478
00:42:21,583 --> 00:42:24,083
dan kedua-duanya berakhir dengan buruk.
479
00:42:24,166 --> 00:42:25,250
Ramai yang mati.
480
00:42:25,333 --> 00:42:27,250
Awak tak perlu ingatkan saya.
481
00:42:28,833 --> 00:42:30,416
Jadi, kenapa awak buat juga?
482
00:42:31,208 --> 00:42:32,916
Beri saya satu sebab.
483
00:42:33,000 --> 00:42:34,833
Arondir! Médhor!
484
00:42:36,291 --> 00:42:39,208
Raja isytiharkan yang perang dah tamat.
485
00:42:40,666 --> 00:42:43,083
Semua kota kara akan ditutup.
486
00:42:44,541 --> 00:42:45,625
Kita boleh pulang.
487
00:43:12,791 --> 00:43:14,375
Awak tengok buat kali terakhir?
488
00:43:16,500 --> 00:43:19,000
Selama 79 tahun saya ditempatkan di sini.
489
00:43:21,125 --> 00:43:23,791
Agaknya saya dah biasa dengannya.
490
00:43:25,458 --> 00:43:29,000
Tak sangka
yang tempat ini tandus suatu masa dulu?
491
00:43:29,083 --> 00:43:31,083
Ia dah banyak berubah, Pengawas.
492
00:43:31,958 --> 00:43:34,041
Tapi penghuni di sini masih sama.
493
00:43:34,541 --> 00:43:38,541
Kejahatan masih ada dalam diri mereka
yang menyokong Morgoth.
494
00:43:40,958 --> 00:43:42,833
Itu dah lama berlalu, Pengawas.
495
00:43:47,833 --> 00:43:49,541
Apa kerja awak sebelum perang?
496
00:43:50,458 --> 00:43:51,583
Petani.
497
00:43:51,666 --> 00:43:55,333
Maka awak akan bawa pulang
banyak kurniaan.
498
00:43:55,416 --> 00:43:58,208
Anugerah, gelaran.
499
00:43:59,500 --> 00:44:01,166
Awak akan mulakan hidup baru.
500
00:44:02,166 --> 00:44:04,208
Tapi ingat, Arondir,
501
00:44:04,833 --> 00:44:08,416
selama 79 tahun
awak mengawasi penduduk Tirharad,
502
00:44:08,500 --> 00:44:11,416
bukan kerana apa nenek moyang mereka
pernah buat,
503
00:44:12,875 --> 00:44:14,875
tapi kerana diri mereka sekarang.
504
00:44:20,416 --> 00:44:21,625
Bersyukurlah
505
00:44:23,166 --> 00:44:25,333
kerana awak takkan jumpa mereka lagi.
506
00:45:03,958 --> 00:45:07,166
Hati-hati. Itu serbuk akar api.
Buat perlahan-lahan.
507
00:45:07,250 --> 00:45:09,333
Terperuklah saya di sini sepanjang hari.
508
00:45:09,416 --> 00:45:11,291
Awak meragam pagi ini.
509
00:45:11,375 --> 00:45:14,000
Saya tak cukup tidur. Tikus sibuk bekerja
510
00:45:14,083 --> 00:45:16,125
-di bawah papan lantai.
-Sekali lagi?
511
00:45:16,208 --> 00:45:18,916
Sejak tiga malam lepas.
Ia mengais dan mencakar.
512
00:45:22,416 --> 00:45:24,250
Kenapa dia datang?
513
00:45:35,250 --> 00:45:36,750
Dengar kata, awak akan pergi.
514
00:45:37,791 --> 00:45:38,958
Benar.
515
00:45:41,166 --> 00:45:43,166
Mana ahli pasukan yang lain?
516
00:45:44,458 --> 00:45:48,000
Mungkin sedang mencari saya sekarang.
517
00:45:48,708 --> 00:45:50,375
Jadi kenapa awak di rumah saya?
518
00:46:03,750 --> 00:46:05,583
Luahkan saja isi hati awak.
519
00:46:05,666 --> 00:46:07,166
Saya dah luahkannya.
520
00:46:08,041 --> 00:46:11,583
Ratusan kali dalam pelbagai cara,
cuma bukan dengan kata-kata.
521
00:46:13,583 --> 00:46:14,708
Mak.
522
00:46:16,250 --> 00:46:17,916
Ada orang nak jumpa.
523
00:46:26,875 --> 00:46:27,958
Mak.
524
00:46:31,291 --> 00:46:33,125
Awak boleh juga rawat haiwan?
525
00:46:35,583 --> 00:46:37,583
Tolonglah periksa haiwan saya.
526
00:46:38,500 --> 00:46:41,541
Ia sakit.
527
00:46:42,291 --> 00:46:43,708
Sakit apa?
528
00:46:51,041 --> 00:46:52,541
Ini bukan demam.
529
00:46:54,541 --> 00:46:57,166
Kudis pun tak ada.
530
00:46:58,375 --> 00:47:00,000
Apa yang ia makan?
531
00:47:00,083 --> 00:47:01,833
Ia ada merayau ke arah timur.
532
00:47:03,125 --> 00:47:04,416
Mungkin ia makan sesuatu?
533
00:47:09,208 --> 00:47:12,041
Apa benda yang keluar itu?
534
00:47:13,333 --> 00:47:14,916
Ia merayau sejauh mana?
535
00:47:15,000 --> 00:47:17,375
Mungkin sampai Hordern.
536
00:47:24,625 --> 00:47:25,833
Awak nak ke mana?
537
00:47:25,916 --> 00:47:29,166
Hordern agak jauh, tapi saya boleh tiba
di sana sebelum senja.
538
00:47:29,250 --> 00:47:30,583
Saya nak ikut.
539
00:47:43,083 --> 00:47:44,833
Cepat sikit.
540
00:47:44,916 --> 00:47:47,666
Kalau dia jumpa kita,
teruk kita kena pukul nanti.
541
00:47:50,875 --> 00:47:53,000
Saya menemuinya tanpa sengaja.
542
00:47:53,083 --> 00:47:54,375
Saya terpijak papan ini.
543
00:47:56,916 --> 00:47:58,083
Jadi,
544
00:47:59,083 --> 00:48:01,625
betulkah khabar tentang mak awak itu?
545
00:48:02,583 --> 00:48:04,000
Khabar apa?
546
00:48:04,708 --> 00:48:08,500
Katanya Waldreg terjumpa dia
dan seorang Elf
547
00:48:08,625 --> 00:48:11,125
bermesra di telaganya tempoh hari.
548
00:48:11,208 --> 00:48:12,333
Siapa yang cerita?
549
00:48:12,416 --> 00:48:13,666
Semua orang.
550
00:48:14,125 --> 00:48:15,291
Mereka tipu.
551
00:48:15,833 --> 00:48:18,375
Mungkin sebab itu
ayah awak tinggalkan dia.
552
00:48:18,458 --> 00:48:19,791
Itu tak benar.
553
00:48:19,875 --> 00:48:21,708
Jadi, apa yang terjadi?
554
00:48:21,791 --> 00:48:23,458
Awak pun tak tahu, ya?
555
00:48:27,000 --> 00:48:29,833
Ada ganjaran
untuk orang yang menangkapnya.
556
00:48:31,416 --> 00:48:32,916
Inilah namanya ganjaran.
557
00:48:53,125 --> 00:48:54,125
Hati-hatilah sikit!
558
00:48:56,625 --> 00:48:57,708
Ayuh, cepat.
559
00:49:36,541 --> 00:49:38,541
Patik dah tak nampak dia lagi.
560
00:49:39,750 --> 00:49:42,833
Galadriel sangat yakin
pencariannya akan diteruskan.
561
00:49:44,083 --> 00:49:47,083
Menurut ramalan kami,
kalau dia meneruskannya,
562
00:49:47,166 --> 00:49:52,541
kejahatan yang dia cuba tumpaskan
akan terus berkekalan.
563
00:49:54,583 --> 00:49:57,666
Ibarat angin yang cuba memadamkan api,
564
00:49:57,750 --> 00:50:00,166
tapi turut menyebarkannya.
565
00:50:02,000 --> 00:50:03,750
Bayangan yang dia cari…
566
00:50:06,583 --> 00:50:08,166
Tuanku rasa ia wujud?
567
00:50:08,791 --> 00:50:11,416
Cubalah reda dengan keputusan beta.
568
00:50:12,750 --> 00:50:14,958
Kamu dah ambil tindakan yang tepat
569
00:50:15,041 --> 00:50:18,333
untuk Galadriel dan Dunia Tengah.
570
00:50:20,291 --> 00:50:22,291
Patik pun kurang pasti
571
00:50:24,208 --> 00:50:26,416
apabila kawan dan tanggungjawab berbaur.
572
00:50:28,416 --> 00:50:31,083
Itulah beban pemimpin
573
00:50:32,000 --> 00:50:34,208
dan mereka yang ingin memimpin.
574
00:50:35,958 --> 00:50:38,250
Galadriel belayar
ke arah matahari terbenam.
575
00:50:38,333 --> 00:50:43,166
Kita perlu tumpukan pada masa depan.
576
00:50:45,291 --> 00:50:46,458
Tapi untuk tujuan itu,
577
00:50:48,041 --> 00:50:51,625
kamu tahu
tentang hasil kerja Lord Celebrimbor?
578
00:50:52,666 --> 00:50:55,083
Tukang besi Elf yang terulung.
Ya, mestilah.
579
00:50:55,500 --> 00:50:59,166
Saya kagumi hasil kerjanya
sejak saya kecil? Kenapa tuanku tanya?
580
00:50:59,250 --> 00:51:04,000
Dia akan memulakan
satu projek yang sangat penting
581
00:51:05,083 --> 00:51:08,208
dan kami mahu kamu bekerja dengannya.
582
00:51:11,166 --> 00:51:14,666
Tapi kamu jelaskanlah sendiri,
Lord Celebrimbor.
583
00:51:30,250 --> 00:51:33,291
Mula-mula, manusia, sekarang, bintang.
584
00:51:35,000 --> 00:51:37,333
Mata terbuka ketika mereka tidur.
585
00:51:41,291 --> 00:51:42,583
Seolah-olah…
586
00:51:44,208 --> 00:51:46,375
Mereka tercari-cari sesuatu.
587
00:51:46,875 --> 00:51:47,958
Cari apa?
588
00:51:48,875 --> 00:51:51,833
Kamu nak kena marah?
Kalau tak nak, jangan menyibuk.
589
00:51:51,916 --> 00:51:53,750
Apa yang awak nampak di atas sana?
590
00:51:53,833 --> 00:51:56,041
Elanor Brandyfoot,
kamu sama macam ayah kamu.
591
00:51:56,125 --> 00:51:57,958
Suka betul cari pasal,
592
00:51:58,041 --> 00:52:02,250
semua benda pun kamu nak tahu,
tak macam Harfoot lain.
593
00:52:02,333 --> 00:52:05,041
Kamu pasti kamu bukan kacukan tupai?
594
00:52:06,458 --> 00:52:09,208
Sadoc, tolonglah.
595
00:52:10,000 --> 00:52:11,208
Beritahulah saya.
596
00:52:13,958 --> 00:52:16,541
Langit nampak aneh.
597
00:52:20,291 --> 00:52:21,375
Aneh yang bagaimana?
598
00:52:21,458 --> 00:52:23,333
Nori! Mana gris?
599
00:52:23,416 --> 00:52:24,666
Sebentar.
600
00:52:33,416 --> 00:52:35,958
Kamu biasa dengan penduduk pekan Hordern?
601
00:52:36,041 --> 00:52:38,875
Ya, rasanya. Saya lahir di sana.
602
00:52:40,875 --> 00:52:42,041
Kenapa?
603
00:52:42,125 --> 00:52:45,583
Penduduknya terkenal
604
00:52:45,666 --> 00:52:47,333
kerana setia kepada Morgoth.
605
00:52:48,458 --> 00:52:49,875
Apa awak kata?
606
00:52:53,916 --> 00:52:55,166
Kebenaran.
607
00:52:56,416 --> 00:52:58,416
Mereka kawan-kawan saya.
608
00:52:58,500 --> 00:53:01,083
Kami rapat. Saya kenal mereka.
Mereka baik.
609
00:53:05,250 --> 00:53:07,041
Sebab itulah saya bersama awak.
610
00:53:09,500 --> 00:53:11,125
Bukan bersama Pengawas.
611
00:53:12,166 --> 00:53:13,416
Bronwyn.
612
00:53:20,125 --> 00:53:24,041
Awak saja yang baik terhadap saya
selama saya berada di sini.
613
00:53:40,708 --> 00:53:41,958
Hordern.
614
00:53:47,000 --> 00:53:48,083
TANAH SELATAN
615
00:53:51,083 --> 00:53:52,708
DUNIA TENGAH
616
00:53:52,791 --> 00:53:54,791
LAUTAN PEMUTUS
617
00:56:11,250 --> 00:56:16,916
Kamu tahukah kenapa kapal terapung
dan batu tenggelam?
618
00:56:51,958 --> 00:56:53,125
Galadriel.
619
00:57:09,041 --> 00:57:10,458
Hulurkan tangan awak.
620
00:57:23,208 --> 00:57:26,208
Tapi kadangkala pantulan cahaya
621
00:57:26,291 --> 00:57:28,958
di air secerah cahaya di langit.
622
00:57:30,666 --> 00:57:33,083
Jadi, arah mana yang saya patut ikut?
623
00:57:34,750 --> 00:57:36,750
Kadangkala kita takkan tahu
624
00:57:38,500 --> 00:57:40,500
selagi belum merasai kegelapan.
625
00:57:52,125 --> 00:57:53,208
Galadriel!
626
01:02:39,666 --> 01:02:41,666
Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati
627
01:02:41,750 --> 01:02:43,750
Penyelia Kreatif
Bima Gasendo