1
00:00:06,000 --> 00:00:10,800
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:20,240 --> 00:00:22,120
MAKAN TENGAH HARI
3
00:01:19,360 --> 00:01:23,520
Pada suatu hari,
di sebuah gerai di kantin sekolah,
4
00:01:23,600 --> 00:01:27,640
jualan seorang mak cik
yang sebelum ini tak sedap dan tak laku,
5
00:01:28,280 --> 00:01:29,720
tiba-tiba habis terjual.
6
00:01:33,600 --> 00:01:34,640
Kata orang,
7
00:01:35,320 --> 00:01:39,600
tersimpan satu rahsia
di dapur gerai mak cik itu.
8
00:01:48,800 --> 00:01:55,800
MAKAN TENGAH HARI
9
00:02:11,800 --> 00:02:16,560
Helo! Aku Kong atau Click,
Si Pemburu Kebenaran.
10
00:02:16,640 --> 00:02:18,560
PLOYJUNG: DIA DAH MULA
11
00:02:18,640 --> 00:02:21,360
Hari ini,
aku nak rasa sup di sebuah gerai…
12
00:02:21,440 --> 00:02:22,720
SMILE MYLLY: TEPAT PADA MASANYA
13
00:02:22,800 --> 00:02:25,120
…yang tiba-tiba saja…
14
00:02:25,200 --> 00:02:26,280
SURAPONG NU: HAI!
15
00:02:26,360 --> 00:02:27,280
…popular.
16
00:02:27,360 --> 00:02:28,280
NAPAT: IDOLAKU
17
00:02:28,360 --> 00:02:29,520
Dahulu, tak sedap.
18
00:02:29,600 --> 00:02:31,640
SUNISA RAIN: KELAKAR BETUL
19
00:02:31,720 --> 00:02:33,000
Sekarang, sedap.
20
00:02:33,760 --> 00:02:34,760
Ini ceritanya.
21
00:02:35,320 --> 00:02:38,320
Dahulu, mak cik ini jual nasi
dengan sup dan kari.
22
00:02:39,760 --> 00:02:42,480
Sebaik saja
dia jual sup tulang khinzir pedas,
23
00:02:44,080 --> 00:02:45,640
jualannya pasti licin.
24
00:02:48,320 --> 00:02:49,400
Ia memang sedap.
25
00:02:50,720 --> 00:02:53,560
- DONUTS: KUATNYA HIRUP!
- LNWNAJA: SEDAPKAH?
26
00:02:53,640 --> 00:02:55,760
AUMNAJ JJ: DAH RASA. MEMANG SEDAP
27
00:02:55,840 --> 00:02:57,800
Gerai mak cik ini tiada nama…
28
00:02:57,880 --> 00:02:58,800
YO SASICHA: WAH
29
00:02:58,880 --> 00:03:03,440
…tapi satu sekolah gelarnya,
"Gerai Mak Cik Jong".
30
00:03:04,880 --> 00:03:08,280
Okey, dengar baik-baik.
Aku rasa kau orang patut tahu
31
00:03:09,040 --> 00:03:12,680
yang anak Mak Cik Jong
32
00:03:14,000 --> 00:03:15,120
pengedar dadah.
33
00:03:15,720 --> 00:03:19,880
Biasanya, kami beli syabu
dan ganja daripada anak Mak Cik Jong.
34
00:03:20,480 --> 00:03:22,480
Dia datang selepas habis sekolah.
35
00:03:22,560 --> 00:03:25,480
Biasanya, kami jumpa di belakang tandas.
36
00:03:25,560 --> 00:03:28,760
Mak Cik Jong tahu anak dia jual dadah.
37
00:03:29,440 --> 00:03:31,920
Mak Cik Jong memang nampak baik,
38
00:03:32,440 --> 00:03:33,920
tapi hati dia siapa tahu?
39
00:03:35,160 --> 00:03:36,120
Mungkinkah
40
00:03:37,240 --> 00:03:41,040
Mak Cik Jong letak ganja
di dalam sup yang dia jual?
41
00:03:42,360 --> 00:03:43,720
Entahlah, aku tak tahu.
42
00:03:44,240 --> 00:03:47,080
Aku pernah makan.
Bagi aku, rasanya memang sedap.
43
00:03:47,160 --> 00:03:48,200
Aku suka.
44
00:03:48,280 --> 00:03:49,440
Aku tak pasti,
45
00:03:49,520 --> 00:03:54,000
tapi aku yakin dia letak bahan rahsia.
Sebab itulah sedap lain macam.
46
00:03:54,080 --> 00:03:55,120
Tak guna.
47
00:03:56,200 --> 00:03:57,200
Bahan rahsia?
48
00:03:57,720 --> 00:03:59,400
Yalah, apa lagi?
49
00:04:08,720 --> 00:04:09,560
Terima kasih.
50
00:04:09,640 --> 00:04:16,640
SUP TULANG KHINZIR PEDAS
51
00:04:20,200 --> 00:04:24,960
HABIS
52
00:04:28,360 --> 00:04:30,320
SONRAPONG: SEDAP LAIN MACAM
53
00:04:30,400 --> 00:04:31,520
Dia dah pergi.
54
00:04:31,600 --> 00:04:33,240
SURAPONG NU: JOM BONGKAR
55
00:04:33,320 --> 00:04:34,760
NAPAT: CEPATLAH, KONG
56
00:04:34,840 --> 00:04:35,720
Jom!
57
00:04:37,000 --> 00:04:39,880
Sekaranglah masa untuk kita siasat.
58
00:04:39,960 --> 00:04:42,680
Sup untuk hari ini dah habis.
59
00:04:43,600 --> 00:04:45,000
Maksudnya,
60
00:04:45,080 --> 00:04:50,000
bolehlah kita nampak bahan rahsia
yang ada di dasar periuk sup.
61
00:04:50,880 --> 00:04:52,040
Jom tengok!
62
00:04:54,680 --> 00:04:56,560
HABIS
63
00:05:00,440 --> 00:05:01,400
LIN NARA: TUNJUK
64
00:05:01,480 --> 00:05:02,320
Jom tengok.
65
00:05:02,400 --> 00:05:05,960
SONRAPONG: SEDAP
66
00:05:06,040 --> 00:05:09,400
SMILE MYLLY: CEPATLAH TUNJUK
67
00:05:09,480 --> 00:05:13,280
PONG SAHARAT:
TAK SABAR NAK TENGOK BAHAN RAHSIA ITU
68
00:05:13,360 --> 00:05:16,360
MANAT NOTT: ORANG KATA DIA LETAK DADAH
69
00:05:16,440 --> 00:05:19,920
- SUNISA RAIN: DIA DAH BALIK?
- SMILE MYLLY: BONGKAR!
70
00:05:20,640 --> 00:05:21,480
Ya!
71
00:05:22,040 --> 00:05:24,240
Inilah tugas Si Pemburu Kebenaran.
72
00:05:25,000 --> 00:05:25,960
Tengok, semua.
73
00:05:26,640 --> 00:05:29,120
Aku akan bongkar rahsia kesedapannya.
74
00:05:29,720 --> 00:05:31,600
Jangan ke mana-mana! Tunggu.
75
00:05:32,400 --> 00:05:33,720
Oh, Tuhanku!
76
00:05:38,320 --> 00:05:41,520
Nak, apa kamu buat di gerai mak cik?
77
00:05:42,040 --> 00:05:43,600
Tolong pergi.
78
00:05:45,280 --> 00:05:49,200
Mak cik, saya sedang strim
tentang sup tulang khinzir pedas ini.
79
00:05:49,280 --> 00:05:50,200
Sekejap saja.
80
00:05:50,280 --> 00:05:52,720
Boleh tengok apa ada di dalam periuk ini?
81
00:05:53,800 --> 00:05:57,320
Nak, cukuplah itu.
Jangan ganggu mak cik berniaga.
82
00:05:58,400 --> 00:05:59,440
Sila pergi.
83
00:06:01,200 --> 00:06:03,680
Kenapa mak cik gelabah?
84
00:06:07,120 --> 00:06:08,240
Nampak?
85
00:06:08,320 --> 00:06:09,480
Tengoklah.
86
00:06:09,560 --> 00:06:12,600
Mak Cik Jong letak sesuatu
di dalam periuk sup ini.
87
00:06:12,680 --> 00:06:14,160
Sebab itu tak nak tunjuk.
88
00:06:14,240 --> 00:06:15,240
Ke tepi, mak cik.
89
00:06:15,320 --> 00:06:16,920
NAPAT: CEPATLAH TUNJUK
90
00:06:17,000 --> 00:06:17,840
Ke tepi!
91
00:06:17,920 --> 00:06:19,080
SUNISA RAIN: TUNJUK
92
00:06:19,160 --> 00:06:20,360
- Jangan.
- Ke tepi!
93
00:06:20,440 --> 00:06:21,360
MEAW: WAH
94
00:06:21,440 --> 00:06:22,280
Aduh!
95
00:06:22,840 --> 00:06:23,880
Tulang apa itu?
96
00:06:28,120 --> 00:06:29,320
- Celaka!
- Tak guna!
97
00:06:29,400 --> 00:06:30,240
Tak guna!
98
00:06:31,360 --> 00:06:32,400
Apa?
99
00:06:35,880 --> 00:06:36,720
Kepala anjing!
100
00:06:37,760 --> 00:06:39,120
- Kepala anjing!
- Kong!
101
00:06:39,200 --> 00:06:40,040
- Hei!
- Kau okey?
102
00:06:40,120 --> 00:06:41,320
- Apa itu?
- Hei!
103
00:06:41,400 --> 00:06:42,960
- Kepala anjing!
- Yalah.
104
00:06:43,800 --> 00:06:45,880
Kenapa mak cik letak kepala anjing?
105
00:06:57,640 --> 00:06:59,360
- Itu kepala anjing.
- Apa?
106
00:06:59,440 --> 00:07:00,880
Itu sup kepala anjing!
107
00:07:00,960 --> 00:07:02,320
- Jijiknya!
- Tak guna!
108
00:07:02,400 --> 00:07:04,240
- Tengok, semua.
- Ambil gambar.
109
00:07:04,320 --> 00:07:06,800
- Rakam!
- Okey, Kong! Aku rakam sekarang.
110
00:07:06,880 --> 00:07:08,520
- Aku baru makan.
- Rakam!
111
00:07:11,440 --> 00:07:13,480
- Rakam!
- Habislah mak cik.
112
00:07:13,560 --> 00:07:14,680
Ambil gambar.
113
00:07:14,760 --> 00:07:15,920
Apa jadah?
114
00:07:16,600 --> 00:07:18,800
Dah berapa lama mak cik tipu kami?
115
00:07:18,880 --> 00:07:20,480
- Ya!
- Patutlah sedap!
116
00:07:20,560 --> 00:07:21,880
Tergamaknya!
117
00:07:22,480 --> 00:07:23,680
Tak guna.
118
00:07:25,640 --> 00:07:26,640
Kepala anjing.
119
00:07:28,720 --> 00:07:31,000
Sampai hati mak cik tipu kami?
120
00:07:33,720 --> 00:07:36,440
Dalam kuali pun ada!
Itu memang kepala anjing.
121
00:07:36,960 --> 00:07:38,200
Apa jadah?
122
00:07:38,280 --> 00:07:39,200
Aku rasa itu…
123
00:07:39,280 --> 00:07:41,520
Mak Cik Jong, apa semua ini? Jawablah!
124
00:07:41,600 --> 00:07:43,160
MEAW: AKU RASA NAK MUNTAH
125
00:07:43,240 --> 00:07:45,360
SURAPONG NU: DIA PATUT DIPENJARAKAN
126
00:07:45,440 --> 00:07:47,200
NAPAT: AKU TAKKAN MAKAN LAGI
127
00:07:47,280 --> 00:07:49,200
SUNISA RAIN: SEKOLAH TAK PERIKSA
128
00:07:49,280 --> 00:07:51,240
MEAW: SEMUA ORANG DAH TAHU
129
00:07:51,320 --> 00:07:52,320
YO SASICHA: KEJAM
130
00:07:59,360 --> 00:08:00,200
Tengok.
131
00:08:05,120 --> 00:08:06,320
- Gila!
- Tunjuk dia.
132
00:08:06,400 --> 00:08:07,360
Aku nak tengok.
133
00:08:08,320 --> 00:08:09,160
Yang mana?
134
00:08:10,320 --> 00:08:11,280
Biar aku tengok.
135
00:08:12,120 --> 00:08:13,360
Tak guna!
136
00:08:13,880 --> 00:08:15,560
- Terang lagi bersuluh!
- Ya.
137
00:08:15,640 --> 00:08:17,720
Habislah Mak Cik Jong.
138
00:08:18,680 --> 00:08:20,920
Dari mana dia dapat kepala anjing?
139
00:08:21,000 --> 00:08:23,760
Banyak anjing terbiar di belakang sekolah.
140
00:08:23,840 --> 00:08:24,680
Betul.
141
00:08:24,760 --> 00:08:28,720
Aku tak kisah dari mana
dia dapat kepala anjing itu,
142
00:08:28,800 --> 00:08:32,480
tapi dah berapa lama
kita makan sup kepala anjing?
143
00:08:32,559 --> 00:08:33,400
Jijiknya.
144
00:08:33,480 --> 00:08:35,919
- Diamlah.
- Celaka! Naik loya dibuatnya.
145
00:08:36,440 --> 00:08:38,840
Di mana tengkorak anjing tadi?
146
00:08:39,480 --> 00:08:42,840
Aku dengar pengetua suruh
Encik Pob simpan tengkorak itu
147
00:08:42,919 --> 00:08:46,840
untuk dijadikan bukti
yang Mak Cik Jong jual sup anjing.
148
00:08:47,360 --> 00:08:49,440
Wah, baguslah.
149
00:08:49,960 --> 00:08:52,520
Kalau tidak,
sampai bila-bila kita tak tahu.
150
00:08:52,600 --> 00:08:55,400
Silap hari bulan,
kita pun boleh jadi anjing.
151
00:08:55,480 --> 00:08:56,320
Kita makan anjing.
152
00:08:56,400 --> 00:08:57,320
- Jijik!
- Gila.
153
00:08:57,400 --> 00:09:00,400
Kong, kaulah wira sekolah kita.
154
00:09:00,480 --> 00:09:01,320
Ke tepi.
155
00:09:02,280 --> 00:09:03,440
Abang Wira,
156
00:09:04,040 --> 00:09:06,680
boleh beri aku sebatang rokok?
157
00:09:06,760 --> 00:09:08,120
Sakit! Leher aku luka!
158
00:09:08,200 --> 00:09:09,320
- Luka?
- Apa?
159
00:09:09,400 --> 00:09:11,120
Aduh! Jangan pegang aku!
160
00:09:11,200 --> 00:09:12,560
- Di mana?
- Sini.
161
00:09:13,080 --> 00:09:13,920
Sini.
162
00:09:14,000 --> 00:09:15,080
- Wah!
- Tak guna!
163
00:09:15,600 --> 00:09:16,840
- Hei.
- Hebatnya.
164
00:09:16,920 --> 00:09:18,600
Boleh aku ambil gambar?
165
00:09:18,680 --> 00:09:19,520
CLICK
166
00:09:19,600 --> 00:09:20,440
Tak guna!
167
00:09:20,520 --> 00:09:22,840
Kong, kau memang idola aku.
168
00:09:22,920 --> 00:09:24,240
Aku pun nak buat tatu!
169
00:09:24,320 --> 00:09:27,360
Kau buat di kedai mana?
Kau orang nak ikut?
170
00:09:27,440 --> 00:09:28,280
Nak!
171
00:09:28,800 --> 00:09:29,640
Hebatnya.
172
00:09:31,760 --> 00:09:33,520
- Aku nak buat esok.
- Kong.
173
00:09:33,600 --> 00:09:36,440
Di mana rokoknya?
Jangan buat-buat pekak pula.
174
00:09:36,520 --> 00:09:38,320
- Sabarlah, bodoh.
- Cepat.
175
00:09:39,840 --> 00:09:41,440
- Terhegeh-hegeh!
- Nah.
176
00:10:04,680 --> 00:10:07,640
NOEI 4/2: MOGA-MOGA
DIA DIHALAU DARI SEKOLAH ITU
177
00:10:07,720 --> 00:10:09,560
PEN 3/3: DIA TAK MAKAN SUP ITU?
178
00:10:09,640 --> 00:10:10,480
JIJIK! JAHAT!
179
00:10:10,560 --> 00:10:12,640
PIYA 6/1: AKU HARAP DIA JADI ANJING
180
00:10:12,720 --> 00:10:14,520
MINAMI CHAN: SYABAS, KONG
181
00:10:14,600 --> 00:10:18,120
THANA: KONG,
JANGAN LUPA KONGSI KESUDAHANNYA
182
00:10:18,200 --> 00:10:21,480
DOCTORIMADOCTOR: TAHNIAH
KERANA BERANI BONGKAR KEBENARAN
183
00:10:21,560 --> 00:10:27,520
YUMMY 505: SEDAP, TAPI MENJIJIKKAN
184
00:10:28,720 --> 00:10:30,800
Terima kasih banyak, Kong.
185
00:10:30,880 --> 00:10:33,160
TRUTHDISCIPLE: KAU DAH TERKENAL, KONG
186
00:10:33,240 --> 00:10:36,320
MEREKA NAK KUPAS ISU INI
SEMASA PERJUMPAAN KELAB ESOK
187
00:10:38,160 --> 00:10:39,840
DECHPOL: KONG IDOLA AKU
188
00:10:39,920 --> 00:10:41,360
Kong, terima kasih.
189
00:10:41,440 --> 00:10:46,960
DECHPOL: KATA ORANG,
ANAK MAK CIK JONG PENGEDAR DADAH
190
00:10:47,040 --> 00:10:53,560
SHORTNECKBIGGLASSES: KONG TAHU.
SEBAB ITU DIA BONGKAR RAHSIA MAK CIK JONG
191
00:10:55,040 --> 00:10:57,760
Ada apa dengan anak Mak Cik Jong?
192
00:11:00,920 --> 00:11:02,480
Berani kau langgar aku?
193
00:11:03,600 --> 00:11:05,000
Siapa itu?
194
00:11:05,080 --> 00:11:06,160
Tunggu!
195
00:11:23,840 --> 00:11:24,680
Apa?
196
00:11:26,000 --> 00:11:26,840
Tak guna.
197
00:11:36,600 --> 00:11:37,760
Kau nak apa?
198
00:11:43,680 --> 00:11:45,760
Jawablah! Kau pekakkah?
199
00:11:47,080 --> 00:11:48,160
Apa masalah kau?
200
00:11:49,400 --> 00:11:51,440
Kau sengaja nak cari pasal?
201
00:11:51,520 --> 00:11:54,080
Aku akan strim muka kau. Jangan cabar aku!
202
00:11:54,600 --> 00:11:55,440
Siaplah kau.
203
00:11:56,280 --> 00:11:58,240
Kalau berani, tunjuklah muka kau!
204
00:12:26,000 --> 00:12:26,960
Tak guna!
205
00:12:32,120 --> 00:12:32,960
Oh, Tuhan!
206
00:12:34,160 --> 00:12:35,280
Tak guna.
207
00:12:39,640 --> 00:12:40,480
Tak guna!
208
00:12:41,040 --> 00:12:42,040
Jangan!
209
00:12:42,120 --> 00:12:44,280
Jangan bunuh aku!
210
00:12:49,520 --> 00:12:50,360
Tak guna!
211
00:12:53,240 --> 00:12:55,560
Nampak? Kau nampak apa dia buat tadi?
212
00:12:55,640 --> 00:12:56,720
Kau nampak, bukan?
213
00:12:57,720 --> 00:12:58,760
Celaka!
214
00:12:59,280 --> 00:13:01,120
Nampak? Dia nak bunuh aku!
215
00:13:01,800 --> 00:13:02,920
Tiada sesiapa pun.
216
00:13:09,640 --> 00:13:11,080
Aku tahu siapa upah kau.
217
00:13:13,400 --> 00:13:14,760
Kau nak ugut aku, ya?
218
00:13:15,360 --> 00:13:17,000
Aku tak takutlah!
219
00:13:24,760 --> 00:13:27,960
SUP TULANG KHINZIR PEDAS
220
00:13:28,040 --> 00:13:29,360
Nampak Mak Cik Jong?
221
00:13:31,640 --> 00:13:33,720
Hei, dia ada di dapur!
222
00:13:33,800 --> 00:13:34,680
Cepatlah.
223
00:13:34,760 --> 00:13:36,080
Aku tampal sekarang.
224
00:13:36,640 --> 00:13:38,320
Dia datang!
225
00:13:38,400 --> 00:13:39,960
- Jom!
- Okey, jom.
226
00:13:55,680 --> 00:13:59,680
KAU JUAL SUP KEPALA ANJING!
SYAITAN TUA KEPARAT!
227
00:14:10,880 --> 00:14:11,840
Mak cik.
228
00:14:13,360 --> 00:14:14,200
Mak cik.
229
00:14:18,640 --> 00:14:19,640
Ada apa, nak?
230
00:14:21,000 --> 00:14:23,160
Mak cik upah orang untuk ugut saya?
231
00:14:24,160 --> 00:14:25,840
Mak cik fikir saya takut?
232
00:14:27,800 --> 00:14:28,920
Saya dah faham!
233
00:14:29,840 --> 00:14:32,280
Mak cik takut saya bongkar semuanya?
234
00:14:32,800 --> 00:14:33,920
Baiklah.
235
00:14:34,000 --> 00:14:35,880
Tunggulah nasib mak cik.
236
00:14:35,960 --> 00:14:39,880
Nak, apa maksud kamu? Mak cik tak faham.
237
00:14:42,160 --> 00:14:43,200
Tak guna.
238
00:14:43,280 --> 00:14:44,960
Jod, mari sini.
239
00:14:46,200 --> 00:14:47,680
Rakam! Sekarang!
240
00:14:49,280 --> 00:14:50,120
Hai, semua.
241
00:14:50,640 --> 00:14:54,680
Sejak aku bongkar rahsia Mak Cik Jong,
aku diekori oleh seseorang.
242
00:14:54,760 --> 00:14:56,320
MEAW: ITU KERJA ANAK DIA
243
00:14:56,400 --> 00:14:57,240
Mak cik.
244
00:14:57,760 --> 00:14:58,880
Cakaplah.
245
00:14:59,640 --> 00:15:00,480
Rakam.
246
00:15:01,120 --> 00:15:02,960
Siapa yang mak cik upah?
247
00:15:03,680 --> 00:15:05,400
Apa maksud kamu, nak?
248
00:15:07,920 --> 00:15:08,960
Dengar sini.
249
00:15:09,760 --> 00:15:14,040
Dia letak kepala anjing
di dalam sup yang dijual di kantin.
250
00:15:14,960 --> 00:15:17,640
Selepas terbongkar,
dia upah orang ugut aku.
251
00:15:17,720 --> 00:15:19,360
- Tak!
- Mengaku sajalah.
252
00:15:19,440 --> 00:15:20,360
- Tak.
- Jujur!
253
00:15:20,440 --> 00:15:23,600
Mak cik tak pernah letak
kepala anjing di dalam sup.
254
00:15:23,680 --> 00:15:27,600
Mak cik masih tak nak mengaku?
Kami ada bukti! Semua orang nampak!
255
00:15:27,680 --> 00:15:29,280
Jawablah! Kenapa tipu?
256
00:15:32,040 --> 00:15:33,240
- Nak…
- Itu dia!
257
00:15:33,320 --> 00:15:34,400
- Tengok!
- Sabar.
258
00:15:34,480 --> 00:15:35,320
Dengar dulu.
259
00:15:35,400 --> 00:15:37,720
- Ada seseorang di dapur!
- Siapa?
260
00:15:37,800 --> 00:15:38,880
Di mana dia?
261
00:15:38,960 --> 00:15:43,120
Tunggu! Apa maksud kamu?
Mak cik seorang saja bekerja di gerai ini.
262
00:15:43,200 --> 00:15:46,520
Tolonglah, mak cik merayu.
Jangan ganggu mak cik.
263
00:15:46,600 --> 00:15:47,480
NAPAT: IDOLAKU
264
00:15:47,560 --> 00:15:49,680
Saya cuma nak cari kebenaran.
265
00:15:50,360 --> 00:15:53,280
Mak cik patut mengaku
kepada saya dan semua orang.
266
00:15:53,360 --> 00:15:55,680
Mengaku sajalah, okey?
267
00:15:55,760 --> 00:15:58,840
Semua orang nak tahu.
Tepi! Biar saya buktikannya.
268
00:15:59,360 --> 00:16:01,120
- Hei.
- Tengok itu!
269
00:16:01,640 --> 00:16:02,920
Tengok gambar itu.
270
00:16:05,040 --> 00:16:05,880
Gambar ini.
271
00:16:06,400 --> 00:16:09,280
Lelaki dalam gambar inilah yang ugut aku!
272
00:16:09,360 --> 00:16:10,800
Jangan usik!
273
00:16:10,880 --> 00:16:12,840
Aku tahu dialah orangnya!
274
00:16:12,920 --> 00:16:14,080
Bukan!
275
00:16:14,160 --> 00:16:15,480
Ini anak mak cik.
276
00:16:15,560 --> 00:16:16,800
PLOY: PECAH TEMBELANG
277
00:16:16,880 --> 00:16:18,400
Okey.
278
00:16:18,480 --> 00:16:19,480
NAPAT: ANAK JAHAT
279
00:16:19,560 --> 00:16:20,600
Itu anak mak cik?
280
00:16:21,120 --> 00:16:22,360
Dia anak mak cik, ya?
281
00:16:22,440 --> 00:16:23,560
MEAW: PENYANGAK
282
00:16:23,640 --> 00:16:25,240
Akhirnya, dia mengaku…
283
00:16:25,320 --> 00:16:26,600
MINE MINT: MAK BOREK, ANAK RINTIK
284
00:16:26,680 --> 00:16:28,000
…inilah anak dia
285
00:16:28,520 --> 00:16:31,760
yang dikatakan bekas banduan
dan pengedar dadah itu.
286
00:16:32,920 --> 00:16:34,840
Mak cik suruh dia ugut saya.
287
00:16:35,720 --> 00:16:36,720
Mengaku sajalah!
288
00:16:36,800 --> 00:16:40,000
- SONRAPONG: PANGGIL POLIS
- SMILE MYLLY: KENAPA DIA MENANGIS?
289
00:16:40,080 --> 00:16:41,200
Kenapa menangis?
290
00:16:41,840 --> 00:16:43,480
Mak cik rasa bersalah?
291
00:16:43,560 --> 00:16:44,600
NAPAT: JAHAT
292
00:16:44,680 --> 00:16:46,960
Jod, ikut aku. Dengar sini, semua!
293
00:16:47,040 --> 00:16:51,040
Hari ini,
aku akan bongkar rahsia Mak Cik Jong.
294
00:16:51,120 --> 00:16:53,480
Apa ada di dalam dapur dia? Jom tengok!
295
00:16:54,040 --> 00:16:54,880
Hei, budak!
296
00:16:54,960 --> 00:16:56,440
YO SASICHA: BERAMBUS!
297
00:16:56,520 --> 00:16:57,400
Cukuplah!
298
00:16:57,480 --> 00:16:59,240
Tiada orang lain di sini!
299
00:16:59,880 --> 00:17:03,560
Selama ini, Jong seorang saja
yang bekerja di gerai dia.
300
00:17:04,480 --> 00:17:07,319
- CARTOON: SIAPA ITU?
- AUMNAJ JJ: SUAMI BAHARU DIA?
301
00:17:07,400 --> 00:17:09,359
- Ikut aku! Jod, jom.
- Apa?
302
00:17:09,440 --> 00:17:11,319
- Apa kamu nak buat?
- Ikut aku.
303
00:17:11,400 --> 00:17:12,920
Jom masuk! Di mana kau?
304
00:17:13,000 --> 00:17:14,599
Sabar, jangan menangis.
305
00:17:17,960 --> 00:17:20,720
- Di mana kau? Rakam!
- Di mana?
306
00:17:20,800 --> 00:17:23,800
Keluar! Ke mana kau nak lari?
Kau takkan terlepas!
307
00:17:23,880 --> 00:17:25,400
- Tiada sesiapa!
- Hei!
308
00:17:26,480 --> 00:17:27,800
Budak kurang ajar!
309
00:17:28,359 --> 00:17:30,960
Itu gambar semasa pengebumian dia!
310
00:17:31,040 --> 00:17:33,880
Apa masalah kamu?
Anak Jong mati sebulan lalu!
311
00:17:36,120 --> 00:17:38,320
Mari sini! Ikut pak cik.
312
00:17:38,400 --> 00:17:40,600
Tengok! Itu bekas abu mayat anak dia.
313
00:17:40,680 --> 00:17:42,720
Buka mata kamu luas-luas!
314
00:17:43,240 --> 00:17:46,240
Dah berminggu-minggu
Jong pakai baju serba hitam.
315
00:17:48,320 --> 00:17:49,760
Dengar sini.
316
00:17:50,360 --> 00:17:52,560
Anak Jong mati dipenggal
317
00:17:53,320 --> 00:17:55,720
dan kepalanya masih belum ditemui.
318
00:17:57,280 --> 00:17:58,720
Cuba bayangkan!
319
00:17:59,400 --> 00:18:03,720
Jong terpaksa bakar
mayat anak dia yang tak berkepala!
320
00:18:04,920 --> 00:18:07,080
Bayangkan betapa sedihnya dia!
321
00:18:09,320 --> 00:18:10,920
Kamu pula asyik ganggu dia!
322
00:18:12,320 --> 00:18:13,520
Budak tak guna!
323
00:18:13,600 --> 00:18:15,680
Tunggu apa lagi? Berambuslah!
324
00:18:15,760 --> 00:18:17,680
Minta maaf kepada Jong sekarang!
325
00:18:17,760 --> 00:18:18,960
- Lepaslah!
- Pergi!
326
00:18:19,040 --> 00:18:20,240
- Sabarlah!
- Keluar!
327
00:18:22,560 --> 00:18:23,880
Keluar dari sini!
328
00:18:23,960 --> 00:18:25,840
- Saya boleh jalan!
- Biadab.
329
00:18:25,920 --> 00:18:28,600
Kong tak habis-habis ganggu Mak Cik Jong.
330
00:18:28,680 --> 00:18:30,480
Dia fikir dia siapa?
331
00:18:30,560 --> 00:18:32,520
Yalah! Dia memang gila glamor.
332
00:18:33,840 --> 00:18:36,640
Hoi! Minta maaf kepada Jong sekarang!
333
00:18:39,200 --> 00:18:40,040
Kenapa pula?
334
00:18:40,680 --> 00:18:44,240
Saya tak bersalah.
Dia letak kepala anjing di dalam sup.
335
00:18:45,040 --> 00:18:48,920
Kalau aku tak bongkar,
sampai bila-bila kita semua takkan tahu!
336
00:18:49,000 --> 00:18:51,960
Jong tak masak anjing,
kucing atau apa-apa sajalah!
337
00:18:52,040 --> 00:18:54,000
Pintu kantin ini ada satu saja.
338
00:18:54,080 --> 00:18:57,960
Setiap hari kami nampak
dia beli barang basah dari pasar.
339
00:18:58,040 --> 00:19:00,560
Kamu dah fitnah dia!
340
00:19:00,640 --> 00:19:01,480
Minta maaf!
341
00:19:03,360 --> 00:19:05,720
Tempoh hari, semua orang nampak.
342
00:19:06,240 --> 00:19:08,160
Itu memang tengkorak anjing!
343
00:19:08,680 --> 00:19:09,520
Betul?
344
00:19:10,480 --> 00:19:11,920
Cukuplah, Kong.
345
00:19:16,640 --> 00:19:19,800
Tulang yang kamu dakwa
sebagai tengkorak anjing itu
346
00:19:21,560 --> 00:19:23,560
ialah rangka ayam.
347
00:19:28,840 --> 00:19:31,960
Cikgu dah hantar tengkorak itu
ke makmal untuk diuji.
348
00:19:32,040 --> 00:19:33,960
Dari mata kasar, ia nampak sama.
349
00:19:34,480 --> 00:19:37,480
Untuk membezakannya,
kamu mesti lihat dengan teliti.
350
00:19:42,640 --> 00:19:43,960
Cikgu, percayalah.
351
00:19:45,280 --> 00:19:46,120
Sebenarnya,
352
00:19:47,080 --> 00:19:51,360
ada orang nampak
Mak Cik Jong tangkap dan bunuh anjing.
353
00:19:52,000 --> 00:19:53,200
Saya tak tipu!
354
00:19:54,320 --> 00:19:57,400
Boleh kamu panggil orang itu
dan sahkan cerita kamu?
355
00:19:59,640 --> 00:20:02,760
Saya tak kenal dia,
tapi cikgu boleh baca komen dia.
356
00:20:03,280 --> 00:20:05,760
Heboh orang bercakap tentang cerita ini.
357
00:20:06,680 --> 00:20:07,800
Percayalah, cikgu.
358
00:20:09,200 --> 00:20:10,040
Kong.
359
00:20:11,240 --> 00:20:14,480
Kita tak boleh percaya semua
yang kita baca di Internet.
360
00:20:15,040 --> 00:20:16,920
Minta maaf kepada Mak Cik Jong.
361
00:20:17,520 --> 00:20:19,000
Kemudian, jumpa pengetua.
362
00:20:19,520 --> 00:20:22,440
Saya takkan minta maaf. Saya tak bersalah.
363
00:20:26,720 --> 00:20:29,960
Mak Cik Jong masak
dan jual sup kepala anjing.
364
00:20:30,560 --> 00:20:32,240
Saya cuma bongkar kebenaran.
365
00:20:34,920 --> 00:20:37,240
Aku dah agak! Mak Cik Jong orang baik.
366
00:20:38,040 --> 00:20:40,040
- Dia takkan tipu kita.
- Betul.
367
00:20:40,120 --> 00:20:43,480
Lagipun, dia dah tua.
Laratkah dia tangkap anjing?
368
00:20:44,920 --> 00:20:49,080
Okey, tapi cuba jelaskan.
Kenapa masakan dia tiba-tiba sedap?
369
00:20:49,160 --> 00:20:50,840
- Cukup.
- Dia letak sesuatu!
370
00:20:50,920 --> 00:20:52,120
Cukup, Kong.
371
00:20:54,200 --> 00:20:57,360
Minta maaf sekarang.
Kemudian, jumpa pengetua.
372
00:20:57,960 --> 00:21:00,000
Cikgu, lepaskan saya.
373
00:21:01,080 --> 00:21:02,280
Saya takkan minta maaf.
374
00:21:02,360 --> 00:21:04,880
Saya tahu dia letak sesuatu.
Lepaskan saya!
375
00:21:08,080 --> 00:21:10,080
- NOK: JANGAN
- NUTTAWUT: JIJIK
376
00:21:12,640 --> 00:21:16,920
AA: TUNJUK MUKA KONG
377
00:21:21,120 --> 00:21:23,560
- JOY: APA JADAH?
- NOENINE: INI KEBENARANNYA
378
00:21:29,040 --> 00:21:30,320
Ini kau orang nak?
379
00:21:30,840 --> 00:21:33,920
Aku dah selamatkan kau orang,
tapi ini balasannya?
380
00:21:34,600 --> 00:21:35,800
Kong!
381
00:21:35,880 --> 00:21:36,880
- Sini!
- Tunggu.
382
00:21:36,960 --> 00:21:39,280
Apa? Lepaskan aku!
383
00:21:39,360 --> 00:21:40,480
Hei, tunggu!
384
00:21:48,560 --> 00:21:49,400
- Hei!
- Kong.
385
00:21:49,480 --> 00:21:51,520
Macam mana, Kong? Apa hukuman kau?
386
00:21:53,960 --> 00:21:55,720
- Pengetua nak jumpa ayah aku.
- Tak guna.
387
00:21:56,560 --> 00:21:59,240
Aku mesti minta maaf
semasa perhimpunan esok
388
00:22:00,120 --> 00:22:03,360
supaya Mak Cik Jong tak dakwa
dan sumbat aku ke penjara.
389
00:22:05,520 --> 00:22:07,960
Tak guna betul! Sakit hati aku.
390
00:22:09,040 --> 00:22:12,640
Kau tahu aku buat semua ini
demi kebaikan semua orang, bukan?
391
00:22:21,080 --> 00:22:23,920
Kau patut minta maaf kepada Mak Cik Jong.
392
00:22:24,000 --> 00:22:26,240
Jangan harap! Aku tak bersalah.
393
00:22:27,160 --> 00:22:28,520
Kau pun salahkan aku?
394
00:22:29,360 --> 00:22:30,200
Tak apa.
395
00:22:30,280 --> 00:22:34,320
Semasa perjumpaan kelab malam ini,
aku akan dedahkan rahsia dia.
396
00:22:34,400 --> 00:22:35,400
Matilah dia.
397
00:22:35,480 --> 00:22:38,400
Tolonglah, Kong! Perjumpaan apa lagi?
398
00:22:39,000 --> 00:22:40,360
Mereka dah batalkannya.
399
00:22:41,480 --> 00:22:43,000
Kalau kau nak tahu,
400
00:22:43,800 --> 00:22:46,680
mereka buat kumpulan sembang
untuk kecam kau.
401
00:22:48,320 --> 00:22:49,920
"Memalukan betul!
402
00:22:50,000 --> 00:22:51,120
Aku dah agak!
403
00:22:51,200 --> 00:22:52,440
Tak masuk akal!
404
00:22:52,520 --> 00:22:54,360
Kong gila glamor!
405
00:22:54,440 --> 00:22:56,520
Siapa tahu?
406
00:22:56,600 --> 00:23:00,840
Mungkin dia yang letak rangka ayam itu
dan fitnah Mak Cik Jong!"
407
00:23:00,920 --> 00:23:01,920
- Celaka.
- Gila.
408
00:23:03,280 --> 00:23:05,560
Budak-budak bodoh itu memang…
409
00:23:07,520 --> 00:23:10,120
Pagi tadi, mereka sokong aku.
Kau pun nampak!
410
00:23:10,640 --> 00:23:13,160
Sekarang, mereka kecam aku pula?
411
00:23:13,240 --> 00:23:14,240
Pergi jahanamlah.
412
00:23:14,960 --> 00:23:17,520
Aku akan bongkar segala-galanya.
413
00:23:17,600 --> 00:23:20,320
Kau orang akan tolong aku, bukan?
414
00:23:22,200 --> 00:23:25,160
Lebih baik kau minta maaf
kepada Mak Cik Jong.
415
00:23:27,640 --> 00:23:31,920
Minta maaf dalam strim langsung
sebelum kau betul-betul dipulaukan.
416
00:23:32,440 --> 00:23:34,200
Betul! Aku setuju dengan dia.
417
00:23:34,720 --> 00:23:36,800
Jangan harap! Aku tak bersalah.
418
00:23:39,200 --> 00:23:41,440
Biar aku ajar kau cara minta maaf.
419
00:23:42,200 --> 00:23:43,600
"Saya minta maaf!
420
00:23:43,680 --> 00:23:45,520
Saya betul-betul menyesal.
421
00:23:45,600 --> 00:23:47,040
Saya tersilap."
422
00:23:47,120 --> 00:23:49,800
- Pura-pura menangis.
- Tak kelakarlah!
423
00:23:50,320 --> 00:23:51,680
Kau nampak aku ketawa?
424
00:23:53,400 --> 00:23:54,240
Okey!
425
00:23:54,880 --> 00:23:56,080
Aku akan buktikan
426
00:23:56,680 --> 00:23:59,480
Mak Cik Jong letak sesuatu
di dalam sup dia!
427
00:24:01,120 --> 00:24:03,200
Aku akan ajar dia.
428
00:24:04,760 --> 00:24:06,200
Kau serius?
429
00:24:08,040 --> 00:24:11,720
Kalau macam itu, jangan libatkan aku.
430
00:24:12,360 --> 00:24:14,640
- Kau ajarlah dia sendiri.
- Apa?
431
00:24:16,160 --> 00:24:18,360
Tak guna! Jod, kau…
432
00:24:19,200 --> 00:24:20,120
Kau nak pergi?
433
00:24:24,920 --> 00:24:30,560
Sejujurnya Kong,
kau guna media sosial untuk buli orang.
434
00:24:31,400 --> 00:24:34,040
Kalau kau masih tak sedar, terpulanglah.
435
00:24:34,120 --> 00:24:35,080
Aku dah serik.
436
00:24:37,680 --> 00:24:39,000
- Jom, Song.
- Jom.
437
00:24:41,680 --> 00:24:42,920
Kau orang memang…
438
00:24:47,160 --> 00:24:48,000
Memang apa?
439
00:24:53,800 --> 00:24:55,400
Kau memang tak guna!
440
00:24:55,480 --> 00:24:57,000
Berani kau kutuk aku?
441
00:24:57,080 --> 00:24:58,840
Kawan konon! Tak guna!
442
00:24:58,920 --> 00:25:00,840
Leraikan mereka! Cepatlah!
443
00:25:00,920 --> 00:25:03,280
- Berani kau cakap macam itu?
- Cukuplah.
444
00:25:03,360 --> 00:25:06,360
- Berani kau kutuk aku?
- Berhenti!
445
00:25:06,440 --> 00:25:07,840
- Kau okey?
- Hei!
446
00:25:08,360 --> 00:25:09,200
- Sabar!
- Apa?
447
00:25:09,280 --> 00:25:10,800
Bertenanglah!
448
00:25:12,240 --> 00:25:13,240
Cukup!
449
00:25:14,400 --> 00:25:15,840
Fikirlah sedikit!
450
00:25:21,320 --> 00:25:25,000
Pagi tadi, kau tolong aku rakam.
Sampai hati kau, Jod?
451
00:25:25,080 --> 00:25:26,520
Jomlah!
452
00:25:26,600 --> 00:25:28,400
Dasar manusia tak kenang budi!
453
00:25:29,960 --> 00:25:30,960
Jangan layan dia.
454
00:25:31,040 --> 00:25:34,240
Okey, berambus!
Aku boleh hidup tanpa kau orang!
455
00:25:35,480 --> 00:25:37,680
Dasar kawan makan kawan!
456
00:26:38,480 --> 00:26:39,320
Tak guna.
457
00:26:46,440 --> 00:26:47,760
- Yakah?
- Tergamaknya.
458
00:26:47,840 --> 00:26:50,520
Siaplah mak cik.
Semua orang, ambil gambar.
459
00:26:51,120 --> 00:26:52,320
Apa jadah?
460
00:26:52,400 --> 00:26:54,640
Dah berapa lama mak cik tipu kami?
461
00:26:56,240 --> 00:26:57,560
Sampai hati mak cik?
462
00:26:58,240 --> 00:26:59,080
Tak guna.
463
00:27:01,400 --> 00:27:02,440
Kepala anjing.
464
00:27:04,920 --> 00:27:06,960
Sampai hati mak cik tipu kami?
465
00:27:14,920 --> 00:27:16,880
Anak Jong mati sebulan lalu!
466
00:27:17,560 --> 00:27:20,560
Dah berminggu-minggu
Jong pakai baju serba hitam.
467
00:27:34,160 --> 00:27:35,200
Cukup, Kong.
468
00:27:36,040 --> 00:27:37,400
Minta maaf sekarang.
469
00:27:38,000 --> 00:27:38,960
Saya takkan minta maaf.
470
00:27:39,560 --> 00:27:41,600
Saya tahu dia letak sesuatu.
Lepaskan saya!
471
00:27:46,560 --> 00:27:50,040
Kong tak habis-habis ganggu Mak Cik Jong.
472
00:27:50,120 --> 00:27:51,640
Dia fikir dia siapa?
473
00:27:52,360 --> 00:27:54,720
Yalah! Dia memang gila glamor.
474
00:27:54,800 --> 00:27:58,360
Aku rasa kau patut minta maaf
kepada Mak Cik Jong.
475
00:28:20,040 --> 00:28:23,720
Helo, semua!
Aku Kong atau Click, Si Pemburu Kebenaran.
476
00:28:58,400 --> 00:29:01,520
- Helo.
- Kong, buka Facebook sekarang.
477
00:29:02,640 --> 00:29:04,760
Semua orang kecam kau.
478
00:29:05,320 --> 00:29:08,200
Song kutuk kau
kerana belasah dia siang tadi.
479
00:29:09,600 --> 00:29:12,160
Sekarang, semua orang marah kau.
480
00:29:13,480 --> 00:29:14,800
Apa kau nak buat?
481
00:29:17,520 --> 00:29:18,560
Hei, Kong?
482
00:29:19,200 --> 00:29:20,400
- Apa?
- Kau okey?
483
00:29:24,120 --> 00:29:25,480
- Sabarlah, okey?
- Aku…
484
00:29:26,280 --> 00:29:27,720
- Okey.
- Betul kau okey?
485
00:29:30,240 --> 00:29:32,960
Okey, aku akan hantar pautannya.
486
00:29:34,600 --> 00:29:36,400
Telefon aku kalau ada apa-apa.
487
00:29:38,800 --> 00:29:39,800
- Okey.
- Okey?
488
00:29:39,880 --> 00:29:40,720
Okey.
489
00:29:57,920 --> 00:29:58,760
PEMBURU HAPRAK
490
00:29:58,840 --> 00:30:01,520
Percayalah, Kong memang gila glamor.
491
00:30:01,600 --> 00:30:03,120
- DIA PATUT DIAJAR
- PADAN MUKA
492
00:30:03,200 --> 00:30:04,960
Dia buli orang demi tontonan.
493
00:30:05,480 --> 00:30:09,320
Itu rangka ayam,
tapi dia tetap kata itu tengkorak anjing.
494
00:30:10,080 --> 00:30:12,560
Walaupun ada bukti itu rangka ayam,
495
00:30:13,080 --> 00:30:15,800
dia masih menipu dan enggan minta maaf.
496
00:30:15,880 --> 00:30:17,120
KONG TAK TAHU MALU!
497
00:30:17,200 --> 00:30:18,880
- ANJING?
- MINTA MAAF
498
00:30:18,960 --> 00:30:20,400
- ITU AYAMLAH
- BODOH
499
00:30:20,480 --> 00:30:21,560
Itu kepala anjing!
500
00:30:22,080 --> 00:30:23,880
Sampai hati mak cik tipu kami?
501
00:30:24,680 --> 00:30:26,480
Apa mak cik jual kepada kami?
502
00:30:26,560 --> 00:30:29,280
- KONG KAKI TEMBERANG
- ANJING KONON
503
00:30:29,360 --> 00:30:31,400
Tak guna!
504
00:30:31,480 --> 00:30:33,680
Lepaskan aku! Pergi!
505
00:30:33,760 --> 00:30:34,880
Tak guna!
506
00:30:34,960 --> 00:30:37,520
- KONG GILA
- APA MASALAH DIA?
507
00:30:37,600 --> 00:30:38,520
KELAKAR BETUL
508
00:30:38,600 --> 00:30:39,440
Tak guna.
509
00:30:39,520 --> 00:30:41,040
DIA GADUH DENGAN JARING
510
00:30:41,120 --> 00:30:43,360
- Tak guna!
- Ini yang kau nak? Jawab!
511
00:30:43,880 --> 00:30:47,320
Leraikan mereka!
Kong, lepaskan dia! Sabar!
512
00:30:47,400 --> 00:30:48,600
Bertenanglah!
513
00:30:48,680 --> 00:30:50,360
- KONG GILA
- NYAH KAU, KONG
514
00:30:50,440 --> 00:30:53,680
Selepas baca komen,
aku terpaksa buat satu lagi video.
515
00:30:54,200 --> 00:30:59,520
Aku yakin selepas ini, dia akan buat video
untuk minta maaf kepada Mak Cik Jong.
516
00:30:59,600 --> 00:31:01,720
Dia akan cakap, "Saya minta maaf.
517
00:31:01,800 --> 00:31:05,080
Saya betul-betul menyesal
dan janji takkan buat lagi."
518
00:31:05,160 --> 00:31:07,480
Macam-macam lagilah! Tak tahu malu!
519
00:31:07,560 --> 00:31:09,720
Aku tahu dia akan buat video itu.
520
00:31:10,240 --> 00:31:11,480
Kong memang penakut.
521
00:31:14,600 --> 00:31:15,440
Tak guna!
522
00:31:23,480 --> 00:31:25,480
Kenapa jadi macam ini?
523
00:32:07,640 --> 00:32:09,080
Saya balik dulu.
524
00:32:09,160 --> 00:32:10,160
Jumpa esok.
525
00:32:10,240 --> 00:32:12,640
Okey, jumpa esok. Hati-hati.
526
00:32:13,520 --> 00:32:16,320
Awak dah siapkan bahan untuk esok, Jong?
527
00:32:16,400 --> 00:32:18,000
Kenapa balik awal hari ini?
528
00:32:18,080 --> 00:32:21,360
Belum lagi. Ada beberapa bahan tak cukup.
529
00:32:21,440 --> 00:32:24,240
Saya nak beli ayam di pasar.
530
00:32:24,320 --> 00:32:26,920
Penjual ayam tak hantar tadi.
531
00:32:27,000 --> 00:32:29,040
Saya nak beli dan rebus ayam.
532
00:32:30,400 --> 00:32:33,520
Oh, ya!
Dah lama saya tertanya-tanya, Jong.
533
00:32:34,120 --> 00:32:38,000
Awak jual sup tulang khinzir pedas,
jadi kenapa beli ayam?
534
00:32:38,080 --> 00:32:40,880
Malah, Encik Pob kata
awak guna ayam hitam.
535
00:32:41,400 --> 00:32:43,600
Kenapa mesti guna ayam hitam?
536
00:32:44,600 --> 00:32:46,960
Awak guna resipi istimewa, bukan?
537
00:32:47,640 --> 00:32:48,560
Cakaplah, Jong.
538
00:32:49,240 --> 00:32:50,560
Apa rahsianya?
539
00:32:53,720 --> 00:32:54,600
Cakaplah.
540
00:32:54,680 --> 00:32:56,360
Awak tak nak jawab.
541
00:32:57,080 --> 00:33:00,400
Nampaknya, resipi itu terlalu istimewa.
Luar biasa!
542
00:33:01,640 --> 00:33:04,320
Sup awak memang sedap, Jong.
543
00:33:05,280 --> 00:33:08,120
Betulkah awak nak berhenti
berniaga di sini?
544
00:33:10,200 --> 00:33:13,640
Saya akan berniaga
sehingga hujung bulan ini saja.
545
00:33:14,160 --> 00:33:15,480
Kasihan awak.
546
00:33:15,560 --> 00:33:18,160
Awak akan berniaga di kantin sekolah mana?
547
00:33:19,040 --> 00:33:20,920
Saya takkan berniaga lagi.
548
00:33:21,000 --> 00:33:23,960
Tiada sekolah akan terima saya sekarang.
549
00:33:24,040 --> 00:33:25,280
Oh, Tuhan.
550
00:33:25,360 --> 00:33:28,400
Awak nak pergi sekarang? Jomlah.
551
00:33:28,480 --> 00:33:29,640
- Ya.
- Okey, jom.
552
00:33:30,160 --> 00:33:32,160
Hati-hati! Jumpa esok.
553
00:33:56,040 --> 00:33:56,880
Tiada apa-apa.
554
00:33:57,800 --> 00:33:59,160
Imaginasi aku agaknya.
555
00:34:01,240 --> 00:34:02,480
Lebih baik aku balik.
556
00:34:03,240 --> 00:34:04,440
Seram betul.
557
00:34:12,239 --> 00:34:13,159
Siap!
558
00:34:13,679 --> 00:34:16,800
Aku nak balik! Panas betul cuaca hari ini.
559
00:34:51,000 --> 00:34:51,840
Apa jadah?
560
00:35:17,960 --> 00:35:18,800
Tak guna.
561
00:35:19,720 --> 00:35:21,680
Dia tukang masak atau ahli sihir?
562
00:35:27,440 --> 00:35:31,480
Persembahan ini lebih menakutkan
berbanding bangkai kucing ini.
563
00:35:33,920 --> 00:35:35,400
Ia lebih mengerikan.
564
00:35:38,320 --> 00:35:40,440
Habislah kau, orang tua.
565
00:35:41,360 --> 00:35:42,600
Aku akan rakam.
566
00:35:44,760 --> 00:35:45,600
Apa?
567
00:35:51,360 --> 00:35:52,920
Kenapa tiba-tiba rosak?
568
00:37:01,720 --> 00:37:02,760
Kau nak apa?
569
00:37:04,680 --> 00:37:05,520
Jawablah.
570
00:37:11,520 --> 00:37:12,760
Kau fikir aku takut?
571
00:37:13,680 --> 00:37:14,520
Siaplah kau.
572
00:37:18,520 --> 00:37:19,760
Lepaskan aku!
573
00:37:24,840 --> 00:37:26,880
Kau anak Mak Cik Jong, bukan?
574
00:37:27,800 --> 00:37:31,080
Bukankah kau dah mati kerana dipenggal?
575
00:37:31,760 --> 00:37:33,480
Kau dan mak kau sama saja!
576
00:37:33,560 --> 00:37:36,080
Jangan anggap aku bodoh macam orang lain!
577
00:37:36,160 --> 00:37:40,000
Dahlah hisap dadah,
banyak tonton cerita hantu pula itu!
578
00:37:40,520 --> 00:37:41,600
Betul?
579
00:37:41,680 --> 00:37:43,480
Kalau berani, tunjuk muka kau!
580
00:37:43,560 --> 00:37:44,400
Tunjuklah!
581
00:37:57,040 --> 00:37:57,880
Tak guna!
582
00:38:00,400 --> 00:38:02,160
Kamu berdua dah tengok ini?
583
00:38:02,240 --> 00:38:04,520
- Ada apa?
- Kong dah melampau.
584
00:38:05,680 --> 00:38:07,560
Orang kata dia gila glamor.
585
00:38:09,640 --> 00:38:11,520
Komen ini menarik.
586
00:38:12,120 --> 00:38:14,360
"Kong, kau hisap dadah apa? Cakaplah."
587
00:38:16,560 --> 00:38:17,400
Dadah?
588
00:38:18,240 --> 00:38:21,600
Saya rasa kita patut pantau dia.
589
00:38:21,680 --> 00:38:24,600
Cikgu, tolong saya!
590
00:38:24,680 --> 00:38:25,760
Cikgu!
591
00:38:26,280 --> 00:38:28,640
Cikgu, tolong saya!
592
00:38:29,360 --> 00:38:31,160
Buka pintu ini! Cikgu!
593
00:38:32,640 --> 00:38:33,760
Cikgu, buka pintu!
594
00:38:35,520 --> 00:38:39,040
Cikgu, tolong saya.
595
00:38:39,560 --> 00:38:42,440
Ada hantu di kantin.
596
00:38:44,080 --> 00:38:47,440
Hantu anak Mak Cik Jong!
Dia nak bunuh saya.
597
00:38:47,520 --> 00:38:49,520
Dia nak bunuh saya di kantin tadi.
598
00:38:49,600 --> 00:38:50,960
Kong, jangan main-main.
599
00:38:51,880 --> 00:38:54,600
Percayalah, cikgu! Saya tak tipu!
600
00:38:54,680 --> 00:38:56,880
Dia serang dan cuba bunuh saya tadi!
601
00:38:57,400 --> 00:38:59,520
Kalau cikgu tak percaya, ikut saya!
602
00:38:59,600 --> 00:39:00,440
Jom!
603
00:39:01,040 --> 00:39:02,680
- Dia di bawah.
- Lepaslah.
604
00:39:02,760 --> 00:39:07,640
Jom tengok sama-sama.
Cikgu turunlah! Dia ada di bawah sana.
605
00:39:07,720 --> 00:39:10,280
Saya tak tipu! Percayalah, cikgu.
606
00:39:10,360 --> 00:39:14,360
Kalau kamu nak kejar populariti,
sekolah bukan tempatnya.
607
00:39:14,880 --> 00:39:16,720
Jangan menyusahkan orang lain.
608
00:39:18,040 --> 00:39:20,040
Mungkin betul cakap orang
609
00:39:20,120 --> 00:39:23,080
yang kamu berhalusinasi
kerana hisap dadah.
610
00:39:23,600 --> 00:39:27,920
Saya tak tipu, cikgu!
Hantu itu ada di dapur gerai Mak Cik Jong!
611
00:39:28,760 --> 00:39:31,560
Tengoklah sendiri! Kenapa tercegat saja?
612
00:39:32,080 --> 00:39:35,600
Apa kamu buat
di dapur Mak Cik Jong pada waktu ini?
613
00:39:37,080 --> 00:39:41,360
Jawablah, Kong! Apa kamu buat di situ?
614
00:39:41,920 --> 00:39:43,280
Apa lagi kamu dah buat?
615
00:39:45,080 --> 00:39:46,080
- Tak guna.
- Apa?
616
00:39:46,840 --> 00:39:49,800
Apa masalah semua orang?
Kenapa percaya dia?
617
00:39:49,880 --> 00:39:52,000
- Apa?
- Jangan kurang ajar, Kong!
618
00:39:52,880 --> 00:39:54,280
Cikgu dah hilang sabar.
619
00:39:54,960 --> 00:39:57,720
Semua orang dah tahu
kamu fitnah Mak Cik Jong.
620
00:39:57,800 --> 00:39:59,240
Cukuplah, Kong.
621
00:40:01,920 --> 00:40:02,760
Okey.
622
00:40:03,920 --> 00:40:06,680
Sekarang,
cikgu percaya cerita di Internet?
623
00:40:09,720 --> 00:40:10,720
Jangan biadab.
624
00:40:11,760 --> 00:40:12,800
Baiklah.
625
00:40:14,440 --> 00:40:15,280
Okey.
626
00:40:16,000 --> 00:40:17,960
- Kong!
- Kong!
627
00:40:21,160 --> 00:40:22,640
Apa masalah dia?
628
00:40:23,400 --> 00:40:24,520
Kurang ajar betul.
629
00:40:50,600 --> 00:40:52,440
Kalau berani, keluar sekarang.
630
00:40:53,560 --> 00:40:54,920
Aku akan cencang kau.
631
00:41:03,080 --> 00:41:03,920
Keluarlah.
632
00:42:16,720 --> 00:42:19,560
Siapa ikat ini? Ketatnya!
633
00:42:27,240 --> 00:42:28,520
Tak guna!
634
00:42:31,320 --> 00:42:33,320
Anak Jong mati dipenggal
635
00:42:34,160 --> 00:42:36,640
dan kepalanya masih belum ditemui.
636
00:42:40,160 --> 00:42:41,560
Tak guna!
637
00:42:48,800 --> 00:42:50,000
Hantu! Tak guna!
638
00:42:54,120 --> 00:42:55,440
Tolonglah! Aku takut!
639
00:42:55,520 --> 00:42:56,440
Cukup, nak.
640
00:43:00,520 --> 00:43:01,800
Cukuplah.
641
00:43:08,160 --> 00:43:09,000
Mak cik.
642
00:43:13,120 --> 00:43:14,240
Mak Cik Jong!
643
00:43:15,800 --> 00:43:18,680
Mak Cik Jong, saya minta maaf.
644
00:43:18,760 --> 00:43:22,440
Tolong saya, mak cik.
Saya betul-betul minta maaf.
645
00:43:24,080 --> 00:43:25,120
Maafkan mak cik.
646
00:43:26,480 --> 00:43:30,640
Mak cik betul-betul rasa bersalah,
tapi inilah kebenarannya.
647
00:43:31,560 --> 00:43:33,640
Mak cik cuma nak cari rezeki.
648
00:43:35,320 --> 00:43:36,920
Maafkan saya, Mak Cik Jong.
649
00:43:37,000 --> 00:43:41,600
Saya janji takkan beritahu sesiapa,
Mak Cik Jong!
650
00:43:41,680 --> 00:43:43,320
Tolong saya, mak cik.
651
00:43:43,400 --> 00:43:44,760
Tolonglah!
652
00:43:44,840 --> 00:43:45,680
Maafkan saya!
653
00:43:47,800 --> 00:43:48,680
Tolonglah.
654
00:43:49,560 --> 00:43:50,840
Saya faham.
655
00:43:51,840 --> 00:43:53,320
Mak cik tak perlu risau.
656
00:43:54,080 --> 00:43:54,960
Jangan risau.
657
00:43:55,040 --> 00:43:57,560
Saya janji takkan beritahu sesiapa.
658
00:43:58,240 --> 00:43:59,240
Saya takkan cakap
659
00:44:00,680 --> 00:44:03,320
mak cik letak kepala manusia di dalam sup.
660
00:44:04,600 --> 00:44:06,640
Saya janji akan rahsiakannya.
661
00:44:06,720 --> 00:44:09,400
Saya janji, Mak Cik Jong! Tolonglah.
662
00:44:10,480 --> 00:44:11,520
Maafkan mak cik.
663
00:44:13,000 --> 00:44:15,000
Mak cik tak patut pilih jalan ini.
664
00:44:17,320 --> 00:44:18,160
Okey.
665
00:44:18,800 --> 00:44:21,040
Jom kita pergi, Mak Cik Jong.
666
00:44:22,440 --> 00:44:23,280
Jom.
667
00:44:27,040 --> 00:44:31,320
Sebenarnya, mak cik akan berniaga
sehingga hujung bulan ini saja.
668
00:44:32,320 --> 00:44:34,440
Mak cik tak nak kamu ganggu mak cik.
669
00:44:35,160 --> 00:44:39,480
Maafkan saya, mak cik.
Saya janji takkan ganggu mak cik lagi.
670
00:44:40,600 --> 00:44:43,400
Masalahnya,
kamu takkan berhenti ganggu mak cik.
671
00:44:44,280 --> 00:44:46,240
Kamu cuba guna bangkai kucing
672
00:44:47,280 --> 00:44:48,520
untuk fitnah mak cik.
673
00:44:53,520 --> 00:44:57,440
Percayalah, Mak Cik Jong.
Saya betul-betul minta maaf.
674
00:44:57,520 --> 00:45:00,240
- Saya janji takkan buat lagi.
- Berambus!
675
00:45:06,440 --> 00:45:07,440
Apa gunanya?
676
00:45:08,920 --> 00:45:10,920
Mak cik sanggup buat apa-apa saja…
677
00:45:13,640 --> 00:45:15,120
untuk cari makan.
678
00:45:18,080 --> 00:45:23,520
Mak cik sanggup buat apa-apa saja
untuk bersama anak mak cik selama-lamanya.
679
00:45:32,240 --> 00:45:36,720
Mak cik sanggup buat apa-apa saja
untuk mempertahankan kepercayaan mak cik…
680
00:45:41,520 --> 00:45:42,360
tapi kamu…
681
00:45:43,800 --> 00:45:46,600
Kamu tak habis-habis ganggu mak cik!
682
00:45:47,760 --> 00:45:48,600
Maafkan saya.
683
00:45:54,960 --> 00:45:58,080
Akhirnya kebenaran
yang kamu cuba bongkar selama ini,
684
00:45:59,400 --> 00:46:01,200
kamu dah tahu.
685
00:46:01,280 --> 00:46:05,080
Puas hati kamu?
686
00:46:07,280 --> 00:46:10,760
- Mak cik…
- Macam mana rasa sup tulang anak mak cik?
687
00:46:10,840 --> 00:46:12,400
Sedap?
688
00:46:12,480 --> 00:46:14,480
- Sedap, bukan?
- Maafkan saya.
689
00:46:39,280 --> 00:46:40,120
Oh, Tuhan.
690
00:46:40,200 --> 00:46:42,440
Sedap betul sup Mak Cik Jong hari ini!
691
00:46:42,960 --> 00:46:45,200
Aku nak makan tiga mangkuk!
692
00:46:47,360 --> 00:46:49,800
Oh, ya. Apa masalah Kong?
693
00:46:49,880 --> 00:46:54,000
Dia ponteng sekolah lagi.
Rugilah dia tak dapat rasa sup ini.
694
00:46:57,360 --> 00:46:58,560
Dia takut!
695
00:46:58,640 --> 00:47:02,760
Dia patut minta maaf
kepada Mak Cik Jong semasa perhimpunan.
696
00:47:02,840 --> 00:47:03,680
Betul itu.
697
00:47:03,760 --> 00:47:05,120
Dia tak berani datang.
698
00:47:06,200 --> 00:47:08,880
Aku rasa dia akan ponteng sehari dua ini.
699
00:47:10,640 --> 00:47:14,960
Oh, ya! Ada budak nampak
dia merayau-rayau di kantin malam tadi.
700
00:47:15,040 --> 00:47:17,240
- Dia memang tak serik.
- Oh, Tuhan!
701
00:47:17,800 --> 00:47:20,400
Tanya Mak Cik Jong.
Mungkin dia nampak Kong.
702
00:47:20,960 --> 00:47:24,640
Oh, Tuhan.
Sedap betul sup Mak Cik Jong hari ini!
703
00:47:30,840 --> 00:47:31,680
Tengok.
704
00:47:34,080 --> 00:47:35,080
Oh, Tuhan!
705
00:47:35,600 --> 00:47:36,440
Tak guna!
706
00:47:37,520 --> 00:47:38,760
Hoi, apa hal ini?
707
00:47:39,600 --> 00:47:40,440
Tunggu!
708
00:47:40,520 --> 00:47:44,240
SUP TULANG KHINZIR PEDAS
709
00:47:44,320 --> 00:47:47,440
SUP TENGKORAK PEDAS
710
00:47:52,600 --> 00:47:53,440
Helo.
711
00:47:54,880 --> 00:47:59,160
Aku Kong atau Click, Si Pemburu Kebenaran.
712
00:48:00,000 --> 00:48:00,840
Hari ini,
713
00:48:01,800 --> 00:48:04,320
aku nak minta maaf…
714
00:48:07,280 --> 00:48:09,400
atas kekhilafan aku.
715
00:48:09,920 --> 00:48:12,360
Sejujurnya, semua ini salah aku sebab…
716
00:48:14,520 --> 00:48:15,840
Sebab aku…
717
00:48:18,040 --> 00:48:19,280
gila glamor dan aku…
718
00:48:22,200 --> 00:48:23,040
Aku…
719
00:48:25,440 --> 00:48:27,400
Aku betul-betul menyesal dan aku…
720
00:48:29,000 --> 00:48:29,840
Maafkan aku.
721
00:49:16,040 --> 00:49:21,040
Terjemahan sari kata oleh Saffura