1 00:00:06,400 --> 00:00:08,960 NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:23,920 --> 00:00:29,080 PARIS 3 00:02:06,040 --> 00:02:09,280 BERDASARKAN NOVEL THE PERFECT MOTHER KARYA NINA DARNTON 4 00:02:27,080 --> 00:02:28,040 BERLIN 5 00:02:28,120 --> 00:02:28,960 Hai. 6 00:02:29,040 --> 00:02:30,880 Maaf, saya terlambat. 7 00:02:32,200 --> 00:02:34,200 Kami tunggu ayah untuk tiup lilin. 8 00:02:36,960 --> 00:02:38,640 Saya akan panaskan pinggan awak. 9 00:02:38,720 --> 00:02:40,920 Malam Ahad. Saya ingat banyak masa. 10 00:02:42,560 --> 00:02:43,960 Lebih lama daripada jangkaan. 11 00:02:44,040 --> 00:02:46,520 Komplikasi semasa pembedahan. Maaf. 12 00:02:46,600 --> 00:02:47,880 Pesakit awak pula? 13 00:02:47,960 --> 00:02:48,800 Dia bagaimana? 14 00:02:49,480 --> 00:02:50,480 Farida? 15 00:02:50,560 --> 00:02:52,360 Pesakit yang awak bedah? 16 00:02:52,440 --> 00:02:54,480 Demamnya dah kebah. Dia akan okey. 17 00:02:54,960 --> 00:02:57,160 Mari makan kek. Saya ada peperiksaan. 18 00:03:24,880 --> 00:03:29,600 - Selamat hari lahir, Hélène - Selamat hari jadi, mak 19 00:03:29,680 --> 00:03:33,640 Selamat hari jadi 20 00:03:33,720 --> 00:03:35,240 Serta segala kebahagiaan 21 00:03:35,320 --> 00:03:36,720 Selamat hari jadi, mak. 22 00:03:36,800 --> 00:03:37,640 Terima kasih. 23 00:03:39,040 --> 00:03:40,760 Semoga berbahagia selalu, sayang. 24 00:03:43,640 --> 00:03:45,760 - Jom ambil swafoto untuk Anya. - Ya. 25 00:03:55,720 --> 00:03:56,800 Sempurna. 26 00:04:15,760 --> 00:04:17,080 Baiklah, sekarang. 27 00:04:17,160 --> 00:04:18,760 - Boleh kamu potongkan kek? - Ya. 28 00:04:22,400 --> 00:04:24,480 Tak, bukan pisau itu. 29 00:04:32,880 --> 00:04:34,480 Ini dia! 30 00:04:36,920 --> 00:04:38,160 Matthias! Ia… 31 00:04:40,280 --> 00:04:44,480 Kenapa? Ia keterlaluan. Saya tak biasa memakainya. 32 00:04:44,960 --> 00:04:46,640 Untuk awak miliki, bukan dipakai. 33 00:04:47,840 --> 00:04:49,240 Jadi, apa gunanya? 34 00:04:50,360 --> 00:04:51,480 Lukas… 35 00:04:54,080 --> 00:04:57,760 Seandainya saya tak cukup bersyukur. Semua yang kita ada. Keluarga kita. 36 00:04:58,560 --> 00:05:01,080 Terima kasih, ayah. Kini saya seperti si dungu. 37 00:05:01,160 --> 00:05:02,640 - Kenapa? - Ini dia. 38 00:05:04,920 --> 00:05:06,320 Cantiknya! 39 00:05:06,400 --> 00:05:08,280 Mungkin tak begitu cantik, 40 00:05:08,360 --> 00:05:09,760 tapi saya buat sendiri. 41 00:05:10,720 --> 00:05:12,680 Mak suka. Terima kasih, sayang. 42 00:05:16,480 --> 00:05:18,800 Usah risau. Dia akan telefon pagi nanti. 43 00:05:21,200 --> 00:05:22,480 MAK 44 00:05:39,960 --> 00:05:41,400 - Hei, Mia. - Hai! 45 00:05:41,480 --> 00:05:42,400 Masuklah. 46 00:05:42,480 --> 00:05:44,520 - Selamat pagi! - Helo, Mia. 47 00:05:44,600 --> 00:05:46,840 - Tak gementar hari ini? - Memadai. 48 00:05:48,240 --> 00:05:49,440 - Hai, Mia. - Selamat pagi. 49 00:05:50,080 --> 00:05:52,160 Mak bekalkan kamu bar bijirin. 50 00:05:52,240 --> 00:05:53,920 - Saya akan mesej nanti. - Okey. 51 00:05:54,000 --> 00:05:55,400 - Sayang mak. - Semoga berjaya. 52 00:05:55,480 --> 00:05:56,560 Terima kasih. 53 00:06:19,480 --> 00:06:24,560 BERLIN 54 00:06:29,240 --> 00:06:31,800 Rupanya kamu masih ingat mak kamu. 55 00:06:31,880 --> 00:06:34,040 Polis nak bercakap dengan saya. 56 00:06:34,120 --> 00:06:36,120 Kejadian serius berlaku. Apa saya nak buat? 57 00:06:36,200 --> 00:06:38,200 Sebentar, mak tak faham. 58 00:06:38,280 --> 00:06:40,080 Perlahan-lahan. Apa dah jadi? 59 00:06:42,760 --> 00:06:43,920 Ada orang dah mati. 60 00:06:44,000 --> 00:06:45,000 Mati? 61 00:06:45,800 --> 00:06:47,000 Siapa yang mati? 62 00:06:47,680 --> 00:06:51,120 Ayah di sini. Mak buka pembesar suara. Dia boleh dengar. 63 00:06:52,720 --> 00:06:54,280 Seorang lelaki. Saya tak kenal. 64 00:06:55,640 --> 00:06:57,240 - Saya… - Kamu cedera? 65 00:06:57,320 --> 00:06:58,920 Ini bukan tentang saya. 66 00:06:59,480 --> 00:07:03,120 Saya bersama dia. Saya minum beberapa gelas dan tertidur. Setelah tersedar… 67 00:07:04,120 --> 00:07:05,720 ada darah di semua tempat. 68 00:07:06,840 --> 00:07:07,720 Dia dah mati. 69 00:07:08,480 --> 00:07:09,720 Kamu di mana, Anya? 70 00:07:10,280 --> 00:07:13,480 - Bagaimana kamu kenal dia? - Dia pelajar universiti. 71 00:07:13,960 --> 00:07:17,080 Polis dapat nombor saya melalui adiknya. Saya ikut dia balik rumah. 72 00:07:18,160 --> 00:07:19,360 Namanya Damien. 73 00:07:20,280 --> 00:07:23,160 Polis nak soal saya. Apa saya patut cakap? 74 00:07:25,400 --> 00:07:26,920 Saya di luar balai polis. 75 00:07:28,280 --> 00:07:31,240 Mak akan segera ke sana. Kami ada untuk kamu. 76 00:07:32,480 --> 00:07:34,400 Saya rasa mereka fikir saya bunuh dia. 77 00:07:34,480 --> 00:07:37,120 Kamu tiada kaitan dengannya. Semua akan okey. 78 00:07:37,200 --> 00:07:39,960 Berikan maklumat yang kamu tahu. Tak perlu sembunyi apa-apa. 79 00:07:40,040 --> 00:07:41,440 Saya nak pulang. 80 00:07:41,520 --> 00:07:44,600 Saya akan ambil kamu. Kita akan pulang bersama. 81 00:07:46,680 --> 00:07:48,280 Saya takut. 82 00:07:49,520 --> 00:07:53,720 Dengar, Anya. Kami ada. Okey? Teruskan. Kami ada bersama kamu. 83 00:07:55,120 --> 00:07:56,480 Kami tunggu di panggilan. 84 00:08:00,840 --> 00:08:05,400 POLIS 85 00:08:06,480 --> 00:08:07,480 Begitulah. Teruskan. 86 00:08:14,200 --> 00:08:15,120 Saya dah masuk. 87 00:08:33,040 --> 00:08:34,040 Pasti itu dia. 88 00:08:35,520 --> 00:08:36,960 - Sial. Itu dia? - Ya. 89 00:08:40,040 --> 00:08:41,040 Saya Anya Berg. 90 00:08:42,640 --> 00:08:45,000 - Buat panggilan? - Ya. Mak ayah saya di talian. 91 00:08:45,480 --> 00:08:47,640 Awak sudah dewasa. Beri kepada saya. 92 00:08:47,720 --> 00:08:48,760 Apa dia cakap? 93 00:08:48,840 --> 00:08:50,680 Awak diletakkan dalam tahanan polis 94 00:08:51,200 --> 00:08:53,640 berkaitan pembunuhan Damien Carnau. 95 00:08:54,120 --> 00:08:56,640 Balai ini di presint 17. 96 00:08:57,120 --> 00:08:58,080 Mak sayang kamu. 97 00:09:02,920 --> 00:09:03,760 Saya pergi dulu. 98 00:09:07,440 --> 00:09:10,240 Ada penerbangan pukul 10.20. Saya akan beli dua tiket. 99 00:09:11,640 --> 00:09:14,280 Jangan. Lukas ada peperiksaan. 100 00:09:14,360 --> 00:09:15,960 Awak nak pergi sendirian? 101 00:09:16,440 --> 00:09:20,320 Pesakit awak bagaimana? Pembedahan berisiko itu. Farida? 102 00:09:21,520 --> 00:09:23,680 Saya akan telefon dari lapangan terbang. 103 00:09:25,520 --> 00:09:26,800 Awak akan ke rumah mak awak? 104 00:09:28,400 --> 00:09:29,880 Kami akan pulang malam ini. 105 00:09:44,720 --> 00:09:45,840 Lukas, ini mak. 106 00:09:46,320 --> 00:09:51,880 Mak perlu ke Paris untuk jumpa Anya. Ada hal. Kakak kamu tak apa-apa. 107 00:09:52,720 --> 00:09:55,800 Ayah kamu akan jemput kamu selepas peperiksaan untuk jelaskan. 108 00:09:55,880 --> 00:09:58,600 Mak akan segera pulang. Mak sayang kamu. 109 00:10:31,920 --> 00:10:32,760 Terima kasih. 110 00:10:43,880 --> 00:10:45,480 POLIS 111 00:10:51,600 --> 00:10:54,720 Anya Berg. Saya maknya. Saya nak jumpa dia. 112 00:10:56,200 --> 00:10:58,680 Ya. Anya Berg. Sila tunggu sebentar. 113 00:11:03,440 --> 00:11:04,720 Saya telah cedera. 114 00:11:04,800 --> 00:11:07,160 Baju saya berdarah. Saya tak nak simpan. 115 00:11:07,640 --> 00:11:09,360 Awak dah buang baju awak? 116 00:11:09,960 --> 00:11:12,000 Ya. Berhampiran stesen kereta api. 117 00:11:12,960 --> 00:11:14,960 Kenapa saya bergelut untuk faham? 118 00:11:16,400 --> 00:11:17,240 Bantu saya. 119 00:11:23,600 --> 00:11:25,440 Kenapa tak telefon polis? 120 00:11:26,640 --> 00:11:28,560 Telefon saya di ruang tamu. 121 00:11:29,400 --> 00:11:32,200 Bila awak keluar? Bila awak dapatnya semula? 122 00:11:34,440 --> 00:11:35,400 Saya terdengar bunyi. 123 00:11:35,480 --> 00:11:37,880 Saya sangka dia masih di sana. Saya berlari keluar. 124 00:11:38,360 --> 00:11:40,240 Siapa "dia"? Pengedar Damien? 125 00:11:45,360 --> 00:11:47,800 Ini kali kelima awak tanya saya. 126 00:11:49,240 --> 00:11:52,000 Bagaimana awak pasti pengedar itu bunuh Damien? 127 00:11:52,080 --> 00:11:54,560 Awak terkunci di bilik air. 128 00:11:54,640 --> 00:11:55,480 Siapa lagi? 129 00:11:57,200 --> 00:11:59,440 Saya dan Damien sedang… 130 00:12:01,880 --> 00:12:02,720 Berasmara? 131 00:12:10,880 --> 00:12:12,480 Awak tak boleh cam dia? 132 00:12:17,640 --> 00:12:18,480 Cahaya suram. 133 00:12:21,560 --> 00:12:22,440 Maafkan saya. 134 00:12:29,840 --> 00:12:30,760 Dia pukul saya. 135 00:12:35,200 --> 00:12:37,320 Anak awak seorang dewasa yang sah. 136 00:12:37,400 --> 00:12:39,000 Cuma peguam yang boleh jumpa dia. 137 00:12:39,680 --> 00:12:42,320 - Okey, jadi… - Puan! Tolong kembali! 138 00:12:42,400 --> 00:12:45,040 Puan! Awak tak dibenarkan masuk. 139 00:12:45,760 --> 00:12:47,840 - Dia anak saya. Saya nak jumpa dia. - Jangan… 140 00:12:47,920 --> 00:12:49,560 - Izinkan saya. - Puan. 141 00:12:49,640 --> 00:12:51,880 - Bertenang. - Saya mak Anya Berg. 142 00:12:51,960 --> 00:12:53,080 Saya nak jumpa dia. 143 00:12:53,160 --> 00:12:56,320 - Saya maknya. - Kawasan larangan. Awak tak boleh masuk. 144 00:12:56,400 --> 00:12:58,360 - Tunggu. Puan! - Dia anak saya! 145 00:12:59,440 --> 00:13:02,360 Sayang, mak di sini. Tak apa. 146 00:13:03,360 --> 00:13:05,000 Anak awak dalam tahanan. 147 00:13:05,080 --> 00:13:06,560 Dia tak buat apa-apa. 148 00:13:06,640 --> 00:13:07,720 Awak tak boleh di sini. 149 00:13:09,000 --> 00:13:10,760 - Saya iring awak keluar. - Mak ada. 150 00:13:11,400 --> 00:13:13,800 Mana peguam? Awak tak boleh soal tanpa peguam. 151 00:13:13,880 --> 00:13:15,960 Dia menolaknya beberapa kali. 152 00:13:16,040 --> 00:13:17,640 Saya akan dapatkan peguam. 153 00:13:34,040 --> 00:13:34,880 Takkan… 154 00:13:35,680 --> 00:13:37,120 Anak saya takkan buat… 155 00:13:39,360 --> 00:13:42,640 Dia terlibat dalam kes homisid. Siasatan baru bermula. 156 00:13:43,120 --> 00:13:45,640 Jika nak bantu dia, dapatkan peguam. 157 00:14:02,680 --> 00:14:03,520 Helo. 158 00:14:03,600 --> 00:14:05,840 - Helo. - Saya nak bercakap dengan En. Duc. 159 00:14:05,920 --> 00:14:07,600 - Saya perlukan peguam. - Boleh. 160 00:14:07,680 --> 00:14:11,440 Jadualnya padat sepanjang hari. Perbicaraan mahkamah esok pagi. 161 00:14:11,520 --> 00:14:13,520 Ada kekosongan 2.00 petang esok. 162 00:14:13,600 --> 00:14:16,200 Saya nak jumpa sekarang, jika boleh. 163 00:14:16,920 --> 00:14:18,600 Beritahu dia saya Hélène Berg. 164 00:14:18,680 --> 00:14:20,360 Jangan, sebut Hélène Journault. 165 00:14:20,440 --> 00:14:21,960 - Dia kenal. - Saya dah cakap. 166 00:14:22,040 --> 00:14:23,800 - En. Duc sibuk… - Ana? 167 00:14:24,680 --> 00:14:27,080 Ana, Baratier ada telefon hari ini? 168 00:14:32,600 --> 00:14:33,520 Helo, Vincent. 169 00:14:38,560 --> 00:14:39,400 Alamak. 170 00:14:41,760 --> 00:14:42,600 Hélène. 171 00:15:02,080 --> 00:15:04,760 Apa tujuan kunjungan ini? 172 00:15:05,440 --> 00:15:07,520 Maaf datang seperti ini. 173 00:15:08,920 --> 00:15:10,040 Saya perlu bantuan awak. 174 00:15:16,600 --> 00:15:17,440 Mari. 175 00:15:30,960 --> 00:15:32,320 Berkaitan anak saya, Anya. 176 00:15:33,640 --> 00:15:35,960 Dia ditahan di balai polis. 177 00:15:36,040 --> 00:15:38,640 Mereka persoalkan dia tentang pembunuhan. 178 00:15:38,720 --> 00:15:41,960 Saya nampak gambar itu. Ngeri. Kita perlu keluarkan dia. 179 00:15:42,520 --> 00:15:44,040 Darah di semua tempat. 180 00:15:44,520 --> 00:15:46,000 Awak dapat jumpa dia? 181 00:15:46,080 --> 00:15:47,480 Ya. Tak. 182 00:15:47,560 --> 00:15:49,400 Mereka tak benarkan kami bercakap. 183 00:15:52,200 --> 00:15:54,120 Dia berada di tempat kejadian. 184 00:15:56,280 --> 00:15:58,680 Dia belajar di Assas, Paris. Usianya 20 tahun. 185 00:15:58,760 --> 00:16:01,720 Dia sendirian, buntu. Dia tak faham kehendak polis. 186 00:16:02,520 --> 00:16:03,840 Saya perlukan peguam. 187 00:16:11,480 --> 00:16:13,960 Saya harap kita bertemu dalam situasi berbeza… 188 00:16:15,080 --> 00:16:17,080 Ya. Saya juga. 189 00:16:19,200 --> 00:16:20,640 Tiada berita selama 25 tahun. 190 00:16:27,360 --> 00:16:30,240 Tak mengapalah. 191 00:16:36,080 --> 00:16:37,520 - Ana? - Ya? 192 00:16:37,600 --> 00:16:39,440 Batalkan semua janji temu saya. 193 00:16:40,200 --> 00:16:41,040 Baiklah. 194 00:16:42,520 --> 00:16:43,480 Terima kasih. 195 00:16:47,200 --> 00:16:48,440 Bukan, dalam darah. 196 00:16:49,440 --> 00:16:51,480 - Nanti saya ambilkan kopi. - Okey. 197 00:16:56,160 --> 00:16:58,840 Anya sedang diperiksa doktor. Dia tak apa-apa. 198 00:16:59,840 --> 00:17:01,520 Mereka sedang geledah biliknya. 199 00:17:01,600 --> 00:17:04,480 - Untuk sahkan penyataannya. - Dia tak bersalah. 200 00:17:04,560 --> 00:17:06,360 Kenapa dia tak dibebaskan? 201 00:17:07,040 --> 00:17:09,680 - Mereka sedang sahkan versinya. - Untuk apa dia menipu? 202 00:17:11,920 --> 00:17:15,240 Detektif itu dalam pasukan saya ketika saya tinggalkan polis. 203 00:17:16,200 --> 00:17:17,440 Awak boleh jumpa dia. 204 00:17:26,600 --> 00:17:27,880 Anak mak… 205 00:17:35,040 --> 00:17:35,880 Mak… 206 00:17:37,000 --> 00:17:38,280 Mak, maafkan saya. 207 00:17:39,720 --> 00:17:40,680 Mak ada di sini. 208 00:17:43,440 --> 00:17:44,360 Ayah pula? 209 00:17:45,400 --> 00:17:47,560 Dia tunggu Lukas. Lukas ada peperiksaan. 210 00:17:47,640 --> 00:17:49,320 Ayah bertanya tentang kamu. 211 00:17:52,400 --> 00:17:53,240 Anak mak… 212 00:17:53,920 --> 00:17:55,640 Siapa yang buat begini kepada kamu? 213 00:17:58,120 --> 00:17:59,000 Apa yang berlaku? 214 00:18:04,800 --> 00:18:06,480 Saya pergi ke kelab malam. 215 00:18:10,720 --> 00:18:11,840 Ada minum sedikit arak. 216 00:18:12,760 --> 00:18:13,680 Tiada yang melampau. 217 00:18:21,600 --> 00:18:24,080 Saya bersama Julie, kawan dari kolej. 218 00:18:26,440 --> 00:18:29,680 Dia baru menghantar tesisnya, jadi kami meraikannya. 219 00:18:35,360 --> 00:18:38,560 Saya tertumpah air pada seorang lelaki. Dia tak cakap apa-apa. 220 00:18:42,080 --> 00:18:43,160 Orangnya baik. 221 00:18:45,560 --> 00:18:46,960 Pernah nampak dia di kampus. 222 00:18:49,480 --> 00:18:50,480 Kami melepak. 223 00:18:53,360 --> 00:18:55,280 Kemudian dia jemput saya ke rumahnya. 224 00:19:07,160 --> 00:19:08,000 Mari. 225 00:19:10,680 --> 00:19:11,520 Tingkat atas. 226 00:19:13,120 --> 00:19:14,920 Inilah. Selamat datang ke rumah saya. 227 00:19:17,760 --> 00:19:18,960 Semuanya okey saja. 228 00:19:46,720 --> 00:19:48,360 Kemudian pengedarnya tiba. 229 00:19:51,400 --> 00:19:53,200 Sumpah, saya cuma minum arak. 230 00:19:53,280 --> 00:19:55,600 Saya tak sangka pengedar akan muncul. 231 00:19:55,680 --> 00:19:56,520 Saya akan kembali. 232 00:20:11,680 --> 00:20:12,560 Bertenang. 233 00:20:13,880 --> 00:20:15,120 Awak serius? 234 00:20:15,200 --> 00:20:16,240 Jangan sentuh saya! 235 00:20:17,120 --> 00:20:19,280 Lelaki itu mula memukul Damien. 236 00:20:22,760 --> 00:20:26,080 Lepaskan saya! 237 00:20:26,160 --> 00:20:27,280 Berhenti! 238 00:20:30,000 --> 00:20:31,960 Jangan sentuh dia! 239 00:20:33,600 --> 00:20:36,160 Pergi sembunyi di bilik air di belakang. 240 00:20:36,240 --> 00:20:37,160 Pergi sana. 241 00:20:39,920 --> 00:20:42,480 Damien suruh saya kurung diri dalam bilik air. 242 00:20:48,640 --> 00:20:50,640 Telefon saya di ruang tamu. 243 00:20:56,240 --> 00:20:58,680 Saya panggil Damien. Dia tak jawab. 244 00:21:01,080 --> 00:21:01,920 Damien? 245 00:21:02,680 --> 00:21:04,520 Saya terlalu takut, mak. 246 00:21:05,680 --> 00:21:06,520 Damien? 247 00:21:11,320 --> 00:21:12,240 Saya tunggu. 248 00:21:25,080 --> 00:21:26,640 Pasti saya tertidur. 249 00:21:27,600 --> 00:21:29,800 Saya terkejut. Saya tak boleh tahan. 250 00:21:58,520 --> 00:22:02,040 Tak sedar pukul berapa saya bangun. Tiada sebarang bunyi. 251 00:22:28,440 --> 00:22:30,200 Darah di merata tempat. 252 00:22:37,760 --> 00:22:39,560 Damien pula di atas lantai. 253 00:22:43,040 --> 00:22:44,280 Saya terdengar bunyi. 254 00:22:45,920 --> 00:22:48,040 Saya rasa dia masih di sana. Saya lari. 255 00:22:50,560 --> 00:22:52,080 Dia masih di sana. 256 00:23:10,600 --> 00:23:12,000 Saya tak dapat selamatkan dia. 257 00:23:15,480 --> 00:23:17,200 Pasti kamu amat ketakutan. 258 00:23:19,240 --> 00:23:20,960 Saya tak dapat hubungi polis. 259 00:23:23,600 --> 00:23:25,520 Telefon saya di ruang tamu. 260 00:23:29,960 --> 00:23:31,720 Dia juga dah mati, mak. 261 00:23:36,840 --> 00:23:39,600 Dia diserang. Awak layan dia macam penjenayah. 262 00:23:40,760 --> 00:23:42,080 Dia adalah mangsa. 263 00:23:43,920 --> 00:23:45,360 Saya tak boleh tahan lagi. 264 00:23:48,280 --> 00:23:51,120 Itu normal. Mereka periksa versi dia. 265 00:23:51,800 --> 00:23:54,160 Versi? Dia menggambarkan apa yang berlaku. 266 00:23:56,280 --> 00:23:59,680 Dia kata nak hubungi polis. Tiada. Walau selepas kejadian. 267 00:24:00,160 --> 00:24:02,600 Dia tak boleh beritahu lokasi pakaiannya. 268 00:24:02,680 --> 00:24:04,240 Mereka nak faham. 269 00:24:04,320 --> 00:24:05,400 Dia trauma. 270 00:24:06,440 --> 00:24:09,800 Mereka sedang buat kerja mereka. Saya juga akan buat begitu. 271 00:24:10,680 --> 00:24:13,040 Jika dia bersalah, kenapa menyerah diri? 272 00:24:18,160 --> 00:24:19,600 Saya akan periksa fail kes. 273 00:24:21,400 --> 00:24:22,720 Saya akan cari hotel. 274 00:24:22,800 --> 00:24:24,360 Okey. Jumpa di sana. 275 00:24:40,680 --> 00:24:41,520 Okey. 276 00:24:44,520 --> 00:24:46,760 Apa? Gadis dah tak boleh menggoda? 277 00:24:46,840 --> 00:24:49,800 Itu lebih daripada menggoda. Namun itu hak dia. 278 00:24:51,560 --> 00:24:52,400 Masalahnya, 279 00:24:56,920 --> 00:24:57,840 ialah pengedar. 280 00:24:59,080 --> 00:25:02,360 Dia tak pernah datang. Jam tangan 15,000 euro hilang. 281 00:25:05,600 --> 00:25:07,840 - Jadi? - Vincent… 282 00:25:07,920 --> 00:25:09,480 Apa yang awak akan buat? 283 00:25:12,080 --> 00:25:15,400 BAR 284 00:25:18,600 --> 00:25:21,960 BERLIN 285 00:25:22,040 --> 00:25:24,760 Rasanya mereka sedang cuba cari pengedar itu. 286 00:25:24,840 --> 00:25:26,440 Apa kata peguam? 287 00:25:27,600 --> 00:25:28,440 Sebentar. 288 00:25:29,080 --> 00:25:32,200 Dia sedang siasat kes itu. Dia kata ia akan okey. 289 00:25:32,280 --> 00:25:34,920 - Bagaimana awak kenal dia? - Dari kolej. 290 00:25:36,600 --> 00:25:37,880 Kami berkawan. 291 00:25:38,920 --> 00:25:39,920 - Dr. Berg? - Ya. 292 00:25:40,000 --> 00:25:42,560 - Boleh saya bercakap dengan awak? - Saya akan ke sana. 293 00:25:42,640 --> 00:25:43,840 Saya perlu pergi. 294 00:25:44,920 --> 00:25:45,760 Okey. 295 00:25:53,720 --> 00:25:55,040 Untuk apa dia menipu? 296 00:25:58,760 --> 00:26:00,360 Dompet Damien hilang. 297 00:26:01,640 --> 00:26:04,600 - Serta jam 15,000 euro. - Siapa lelaki ini? 298 00:26:04,680 --> 00:26:06,600 Pewaris keluarga yang berkuasa. 299 00:26:11,520 --> 00:26:14,320 Polis sedang tunggu keputusan ujian darah Anya. 300 00:26:15,680 --> 00:26:16,840 Periksa jika ada dadah. 301 00:26:16,920 --> 00:26:20,560 Kamera keselamatan tak merakam orang lain masuk ke dalam bangunan. 302 00:26:20,640 --> 00:26:22,280 - Tiada sesiapa. - Tak, Vincent. 303 00:26:22,360 --> 00:26:23,840 - Tak. - Cuma seorang jiran. 304 00:26:23,920 --> 00:26:25,400 Bawa anjingnya keluar. 305 00:26:25,480 --> 00:26:27,360 Dia tak ambil dadah 306 00:26:27,440 --> 00:26:28,680 dan tak menipu. 307 00:26:28,760 --> 00:26:30,960 Saya lihat gambar kejadian. Mustahil. 308 00:26:32,120 --> 00:26:34,480 Saya nampak pandangan Anya. Dia bercakap benar. 309 00:26:35,000 --> 00:26:38,320 Mungkin pengedar masuk dari laluan lain. 310 00:26:38,400 --> 00:26:40,480 - Mungkin ada cara lain. - Okey. 311 00:26:40,560 --> 00:26:41,480 Tak. 312 00:26:41,560 --> 00:26:44,160 Kita boleh periksa, Hélène. 313 00:26:44,240 --> 00:26:47,640 Mungkin ada cara lain untuk masuk bangunan. Tak mustahil. 314 00:26:47,720 --> 00:26:50,640 Kita tunggu keputusan toksikologi 315 00:26:50,720 --> 00:26:52,280 dan laporan forensik. 316 00:26:52,360 --> 00:26:53,960 Sebab jika bertuah, 317 00:26:54,960 --> 00:26:58,760 mungkin mereka akan temui kesan DNA yang membuktikan ada orang ketiga. 318 00:26:58,840 --> 00:27:00,760 Mereka akan tahu dia tak ambil dadah. 319 00:27:00,840 --> 00:27:03,560 - Jika itu keadaannya. - Dia akan kekal dalam tahanan. 320 00:27:04,600 --> 00:27:06,960 Polis fikir mereka dah ada pesalah. 321 00:27:07,040 --> 00:27:09,600 Yang mereka tahu apa yang berlaku. 322 00:27:09,680 --> 00:27:12,120 Kita perlu berikan senario yang berbeza. 323 00:27:12,200 --> 00:27:13,160 Kita akan beri. 324 00:27:14,240 --> 00:27:16,920 Tentu ada kamera di sekitar kejiranan itu. 325 00:27:17,640 --> 00:27:20,920 Mungkin jiran terdengar bunyi bising. Kita akan periksa. 326 00:27:21,000 --> 00:27:22,320 Awak tahu apa? 327 00:27:22,400 --> 00:27:25,360 Mungkin ada cara lain untuk masuk ke apartmen. 328 00:27:28,200 --> 00:27:29,440 Kita takkan mengalah. 329 00:27:31,480 --> 00:27:32,320 Okey. 330 00:27:33,480 --> 00:27:34,320 Baiklah. 331 00:27:39,240 --> 00:27:42,240 Kalau saya jelaskan dahulu, awak akan pujuk saya tinggal di sini. 332 00:27:43,760 --> 00:27:47,360 Saya sedang lemah. Saya harus pergi. Jauhkan diri daripada mak saya. 333 00:27:49,800 --> 00:27:51,720 Sehingga saya terpaksa kehilangan awak. 334 00:27:54,720 --> 00:27:58,440 Harap semua ada masa yang cukup. Masa untuk serahkan tugas kamu. 335 00:27:59,200 --> 00:28:02,280 Kita berjumpa lagi pada peperiksaan seterusnya. 336 00:28:06,760 --> 00:28:07,640 Bagaimana? 337 00:28:08,560 --> 00:28:09,880 Agak bagus. Awak? 338 00:28:09,960 --> 00:28:12,320 "Agak bagus"? Berlagak betul! 339 00:28:12,400 --> 00:28:14,040 - Ya. - Tolonglah… 340 00:28:21,040 --> 00:28:23,280 - Lukas, ini mak. - Semuanya okey? 341 00:28:23,360 --> 00:28:26,360 Mak perlu ke Paris untuk jumpa Anya. 342 00:28:26,440 --> 00:28:29,040 Ada hal. Kakak kamu tak apa-apa. 343 00:28:38,120 --> 00:28:38,960 Hei, Anya. 344 00:28:39,560 --> 00:28:40,520 Ini saya. 345 00:28:40,600 --> 00:28:42,400 Dengar, mak tinggalkan saya pesanan. 346 00:28:43,920 --> 00:28:44,760 Awak apa khabar? 347 00:28:46,000 --> 00:28:47,480 Saya sangat risau. 348 00:28:47,560 --> 00:28:48,560 Saya harap 349 00:28:49,320 --> 00:28:51,160 ia tiada kaitan dengan… 350 00:28:52,240 --> 00:28:53,760 Awak pasti faham. 351 00:29:03,720 --> 00:29:05,440 - Hai, Encik Berg. - Hai, Mia. 352 00:29:05,520 --> 00:29:07,200 - Bagaimana peperiksaan? - Bagus. 353 00:29:07,280 --> 00:29:09,800 - Awak terlepas Lukas. Dia dah pergi. - Aduhai. 354 00:29:10,760 --> 00:29:11,880 Okey. Terima kasih. 355 00:29:11,960 --> 00:29:13,120 - Selamat tinggal. - Okey. 356 00:29:16,960 --> 00:29:18,800 Walau apa pun, hubungi saya semula. 357 00:29:18,880 --> 00:29:19,720 Sayang awak. 358 00:29:25,120 --> 00:29:26,880 Saya sedang tunggu peguam. 359 00:29:26,960 --> 00:29:28,200 Apa pihak polis buat? 360 00:29:28,280 --> 00:29:31,160 Anya juga mangsa. Kita perlu buktikan dia tak bersalah? 361 00:29:33,320 --> 00:29:34,280 Hélène? 362 00:29:35,320 --> 00:29:38,960 - Hélène, dengar tak? - Maaf, saya… 363 00:29:39,040 --> 00:29:40,960 Saya tak patut biar awak pergi sendiri. 364 00:29:41,040 --> 00:29:42,720 Saya boleh naik pesawat malam ini. 365 00:29:42,800 --> 00:29:45,440 Jangan. Lukas ada peperiksaan. 366 00:29:45,520 --> 00:29:46,640 Awak temankan dia. 367 00:29:48,080 --> 00:29:51,320 - Dia boleh tinggal di rumah mak ayah Mia. - Tak perlu jejaskan dia. 368 00:29:51,800 --> 00:29:55,880 Bagaimana keadaannya hari ini? Saya tinggalkan pesanan. Dia tak jawab. 369 00:29:56,960 --> 00:29:57,800 Tak tahu. 370 00:29:58,400 --> 00:29:59,400 Belum jumpa dia. 371 00:30:00,480 --> 00:30:01,600 PEMBUNUHAN KEJAM 372 00:30:01,680 --> 00:30:02,520 Hélène? 373 00:30:03,960 --> 00:30:04,880 Awak di talian? 374 00:30:06,600 --> 00:30:08,800 Saya perlu pergi. Saya akan beri maklumat nanti. 375 00:30:12,080 --> 00:30:14,440 Damien, anak sulung Claire Carnau, 376 00:30:14,520 --> 00:30:16,720 telah ditemui mati di rumahnya di Paris. 377 00:30:17,280 --> 00:30:19,640 Dia adalah pelajar di Sorbonne. 378 00:30:19,720 --> 00:30:23,600 Pewaris kumpulan Elligence, jenama kosmetik berpengaruh. 379 00:30:23,680 --> 00:30:26,680 Emaknya, Claire Carnau, CEO kumpulan itu 380 00:30:26,760 --> 00:30:28,920 telah membuat kenyataan sebentar tadi. 381 00:30:30,280 --> 00:30:31,440 Anak saya Damien, 382 00:30:33,880 --> 00:30:35,800 seorang pemuda yang penyayang. 383 00:30:37,400 --> 00:30:38,400 Dia sensitif. 384 00:30:39,880 --> 00:30:40,720 Bersemangat. 385 00:30:43,000 --> 00:30:46,200 Dia terlibat dengan organisasi kemanusiaan. 386 00:30:47,880 --> 00:30:49,920 Masa depan yang cerah menantinya. 387 00:30:52,520 --> 00:30:54,880 Pihak polis menyoal siasat seorang gadis 388 00:30:54,960 --> 00:30:57,560 yang bersama anak saya ketika kematiannya. 389 00:31:00,320 --> 00:31:01,640 Saya meminta sesiapa 390 00:31:03,000 --> 00:31:05,480 yang ada maklumat berkaitan gadis ini 391 00:31:06,680 --> 00:31:09,880 atau sebarang unsur lain untuk berhubung dengan polis. 392 00:31:13,400 --> 00:31:14,880 Anak saya telah dibunuh. 393 00:31:16,120 --> 00:31:18,480 Saya mahukan keadilan. 394 00:31:39,720 --> 00:31:40,560 Ikut sini. 395 00:32:36,880 --> 00:32:38,840 Kali pertama datang ke Paris? 396 00:32:39,760 --> 00:32:40,680 Bukan. 397 00:32:42,520 --> 00:32:43,640 Awak dari mana? 398 00:32:46,120 --> 00:32:47,680 - Berlin. - Berlin! 399 00:32:48,400 --> 00:32:49,520 Namun, orang Perancis. 400 00:32:50,960 --> 00:32:52,080 Tajam pemerhatian. 401 00:32:56,240 --> 00:32:57,600 Bekerja dalam bidang fesyen? 402 00:32:58,840 --> 00:33:01,360 Tak. Awak bekerja dalam bidang kewartawanan atau… 403 00:33:02,320 --> 00:33:04,240 Saya rasa, ahli muzik. 404 00:33:04,960 --> 00:33:06,680 Saya sedang tunggu seseorang. 405 00:33:08,320 --> 00:33:09,200 Baiklah. 406 00:33:15,320 --> 00:33:16,360 Selamat petang. 407 00:33:24,560 --> 00:33:25,560 Saya ada berita. 408 00:33:25,640 --> 00:33:26,480 Jadi… 409 00:33:27,920 --> 00:33:29,280 Berita baik untuk Anya. 410 00:33:32,440 --> 00:33:33,680 Agak sukar, 411 00:33:33,760 --> 00:33:37,320 tapi saya temui jalan ke apartmen Damien melalui bumbung. 412 00:33:37,800 --> 00:33:41,320 Cuma melibatkan melalui bangunan sebelah, 413 00:33:41,400 --> 00:33:44,200 yang juga ada kamera keselamatan di lobi. 414 00:33:44,280 --> 00:33:45,480 Awak dapat akses? 415 00:33:49,960 --> 00:33:51,480 Mereka tak minta semula. 416 00:33:52,880 --> 00:33:54,920 Berkesan pada pengurus bangunan. 417 00:33:55,840 --> 00:33:56,680 Tengok sini. 418 00:33:59,320 --> 00:34:03,400 Di antara pukul 1.00 hingga 6.00 pagi, lima orang melalui lobi. 419 00:34:05,080 --> 00:34:07,080 Lihat yang ini. 420 00:34:16,640 --> 00:34:19,480 Ini berita baik. Dia mungkin pengedar itu. 421 00:34:21,600 --> 00:34:23,240 Dia boleh dikenal pasti? 422 00:34:23,320 --> 00:34:25,720 Tugas kita untuk buktikan Anya bukan dalangnya. 423 00:34:25,800 --> 00:34:29,000 Ini bagus. Ia cipta keraguan. Inilah yang kita nak. 424 00:34:29,080 --> 00:34:34,080 Tujuan kita untuk halang polis daripada mengatakan Anya adalah suspek tunggal. 425 00:34:34,680 --> 00:34:35,520 Dengan ini, 426 00:34:36,160 --> 00:34:37,000 kita menang. 427 00:34:40,520 --> 00:34:43,000 Awak dah beri rakaman kepada polis? 428 00:34:43,080 --> 00:34:47,240 Tak, bimbang dianggap tentangan. Biar mereka cari sendiri. 429 00:34:47,320 --> 00:34:49,400 Apa maksud awak? Kita cuma tunggu? 430 00:34:50,360 --> 00:34:52,320 Sementara Anya terus ditahan? 431 00:34:52,400 --> 00:34:56,320 Saya tak kata kita cuma tunggu. Kita mula dengan kediaman pelajar. 432 00:34:57,320 --> 00:35:00,000 Dia ada asma. Saya perlu ambil ubatnya. 433 00:35:00,080 --> 00:35:02,840 Anya kata dia keluar dengan Julie malam tadi. 434 00:35:02,920 --> 00:35:04,320 Jiran asrama dia. 435 00:35:04,400 --> 00:35:06,040 Bilik 42. Tingkat dua. 436 00:35:06,720 --> 00:35:07,840 Ada orang di sana. 437 00:35:07,920 --> 00:35:09,880 Kita akan cari Julie ini. 438 00:35:09,960 --> 00:35:12,560 Kita akan bertanya soalan yang kita nak tahu. 439 00:35:12,640 --> 00:35:13,680 Saya tunggu di sini. 440 00:35:13,760 --> 00:35:15,920 Tak elok jika bekas rakan sekerja saya nampak. 441 00:35:23,240 --> 00:35:24,840 - Semua di sana. - Bagus. 442 00:35:26,280 --> 00:35:27,160 Semua okey di sini? 443 00:35:28,160 --> 00:35:30,400 Semua dah bersepah. Sebentar. 444 00:35:30,480 --> 00:35:33,840 - Perlukah buang semua ke lantai? - Kami cuma jalankan tugas. 445 00:35:33,920 --> 00:35:34,920 Terima kasih. 446 00:35:35,960 --> 00:35:39,080 POLIS 447 00:35:41,560 --> 00:35:42,400 Maafkan saya? 448 00:35:43,280 --> 00:35:44,960 Saya mak Anya. 449 00:35:45,920 --> 00:35:48,640 - Ini bilik dia, bukan? - Ya. 450 00:35:50,520 --> 00:35:52,600 Tak pasti jika polis beritahu awak, 451 00:35:52,680 --> 00:35:54,120 tapi Anya sedang… 452 00:35:54,200 --> 00:35:55,400 Ya, saya tahu. 453 00:35:56,680 --> 00:35:59,280 Saya mencari kawannya, Julie Gauthier. 454 00:35:59,360 --> 00:36:00,360 Saya kenal dia. 455 00:36:00,440 --> 00:36:03,520 Biliknya di sebelah. Dia sedang bekerja sekarang. 456 00:36:03,600 --> 00:36:06,800 Di bar berhampiran stesen Metro. Awak boleh jumpa dia di sana. 457 00:36:07,560 --> 00:36:08,400 Terima kasih. 458 00:36:09,640 --> 00:36:11,880 Saya tak tahu Anya berkongsi bilik. 459 00:36:13,000 --> 00:36:15,800 Adakah ini barang dia? Saya tak kenal apa-apa. 460 00:36:17,400 --> 00:36:20,520 Banyak milik saya. Tak banyak barang Anya yang tinggal di sini. 461 00:36:21,640 --> 00:36:24,320 Kenapa? Saya tak faham. Mana barang dia? 462 00:36:26,360 --> 00:36:29,000 Saya bukan polis. Saya emaknya. 463 00:36:29,480 --> 00:36:32,400 Saya cuma risau, itu saja. Saya nak bantu dia. 464 00:36:35,320 --> 00:36:38,520 Saya beritahu polis Anya benarkan saya tinggal bersama. 465 00:36:38,600 --> 00:36:41,920 Dia tak tinggal di sini lagi. Dia sewakan biliknya. 466 00:36:42,000 --> 00:36:43,080 Sejak bila? 467 00:36:44,120 --> 00:36:45,000 Krismas. 468 00:36:45,800 --> 00:36:47,240 Sewaan adalah dilarang. 469 00:36:48,240 --> 00:36:50,600 Saya beritahu polis dia masih tinggal di sini. 470 00:36:50,680 --> 00:36:52,600 Saya tiada tempat tinggal lain. 471 00:36:54,760 --> 00:36:57,080 Yakah? Kenapa dengan awak? 472 00:36:58,680 --> 00:37:00,880 Suami saya. Dia mendera saya. 473 00:37:01,640 --> 00:37:04,400 Saya perlu keluar. Saya pergi ke pusat undang-undang. 474 00:37:04,880 --> 00:37:06,120 Anya sukarelawan di sana. 475 00:37:08,240 --> 00:37:09,640 Dia selalu buat begitu? 476 00:37:09,720 --> 00:37:12,840 Ya. Dia yang suruh saya bersembunyi di sini. 477 00:37:12,920 --> 00:37:15,440 Jadi, Anya tinggal di mana? 478 00:37:15,520 --> 00:37:17,840 Saya tak tahu. Julie pasti tahu. 479 00:37:21,000 --> 00:37:21,840 Baiklah. 480 00:37:24,960 --> 00:37:25,880 Semoga berjaya. 481 00:37:29,920 --> 00:37:32,200 Boleh saya minta nombor telefon awak? 482 00:37:33,280 --> 00:37:34,240 Ya, sudah tentu. 483 00:37:35,160 --> 00:37:36,400 Saya akan beri nombor saya. 484 00:37:39,240 --> 00:37:40,600 Awak rasa polis tahu? 485 00:37:41,080 --> 00:37:43,840 Jika mereka tahu alamatnya, pasti ditulis dalam fail. 486 00:37:43,920 --> 00:37:46,920 - Maknanya dia tipu mereka juga. - Ini dia. Ya. 487 00:37:47,560 --> 00:37:50,840 Awak perlu jumpa dia lagi. Tanya dia terus. 488 00:37:51,560 --> 00:37:52,920 Saya tak boleh. Hélène. 489 00:37:53,400 --> 00:37:55,800 Saya cuma boleh jumpa dia setiap 24 jam. 490 00:37:56,560 --> 00:37:59,200 Dengar. Pertama, mari cuba faham dahulu. 491 00:37:59,680 --> 00:38:01,480 Kita buat kesimpulan nanti. 492 00:38:11,360 --> 00:38:12,200 Hélène. 493 00:38:13,160 --> 00:38:15,360 Sebagai peguam, saya tak sepatutnya menyiasat. 494 00:38:16,320 --> 00:38:17,280 Ia dilarang. 495 00:38:22,920 --> 00:38:23,760 Awak Julie? 496 00:38:24,320 --> 00:38:25,720 Saya Hélène. Mak Anya. 497 00:38:27,440 --> 00:38:30,120 - Bagus. Jadi? - Awak bersama dia malam tadi? 498 00:38:33,520 --> 00:38:35,000 Awak kawan dia, bukan? 499 00:38:35,680 --> 00:38:37,960 - Ya. - Jadi, apa yang berlaku? 500 00:38:39,960 --> 00:38:43,040 Dia jumpa Damien di kelab. Damien ajaknya pulang ke rumah? 501 00:38:44,200 --> 00:38:45,040 Betul. 502 00:38:52,360 --> 00:38:54,000 Anya ada minum semalam? 503 00:38:55,960 --> 00:38:57,000 Cuma smoothie. 504 00:38:59,720 --> 00:39:01,440 Awak fikir apa ada di kelab? 505 00:39:03,320 --> 00:39:05,000 Ada apa-apa lagi? Dadah? 506 00:39:07,000 --> 00:39:07,840 Saya tak tahu. 507 00:39:08,680 --> 00:39:11,800 - Dia pernah ambil dadah? - Bukan ketika dengan saya. 508 00:39:13,880 --> 00:39:16,840 - Itu yang awak beritahu polis? - Betul. 509 00:39:16,920 --> 00:39:18,600 Anya tinggal di mana sebenarnya? 510 00:39:19,440 --> 00:39:20,760 Di kediaman pelajar. 511 00:39:22,200 --> 00:39:24,560 Saya baru ke sana. Saya jumpa Soumia. Saya tahu. 512 00:39:26,160 --> 00:39:28,240 Mungkin awak perlu tanya anak awak. 513 00:39:56,720 --> 00:39:58,600 Saya terlupa betapa saya rindukan Paris. 514 00:39:59,440 --> 00:40:01,000 Awak menyesal berpindah? 515 00:40:02,760 --> 00:40:03,920 Saya tiada pilihan. 516 00:40:04,000 --> 00:40:04,960 Pilihan sentiasa ada. 517 00:40:10,040 --> 00:40:12,440 Lama saya ambil masa untuk faham bukan saya puncanya. 518 00:40:14,120 --> 00:40:14,960 Sekian lama. 519 00:40:17,440 --> 00:40:19,760 - Maaf. - Walaupun kini, saya belum… 520 00:40:34,240 --> 00:40:35,640 Hélène, masih tiada berita? 521 00:40:41,840 --> 00:40:43,640 Usah lupa, ketika itu ayah saya sakit. 522 00:40:47,880 --> 00:40:50,120 Hubungan orang tua saya rumit. 523 00:40:51,680 --> 00:40:54,240 Mak ambil masa sepuluh hari untuk beritahu kematian ayah. 524 00:40:55,760 --> 00:40:57,440 Supaya saya terlepas pengebumiannya. 525 00:41:01,480 --> 00:41:02,800 Saya kecewa, Vincent. 526 00:41:03,720 --> 00:41:05,840 Ketika itu, saya sedar saya perlu pergi. 527 00:41:06,480 --> 00:41:08,080 Sikap mak memang begitu. 528 00:41:09,160 --> 00:41:10,000 Toksik. 529 00:41:11,440 --> 00:41:13,160 Jarak adalah satu-satunya cara. 530 00:41:19,600 --> 00:41:20,960 Awak pula dah kahwin? 531 00:41:22,480 --> 00:41:23,320 Saya duda. 532 00:41:26,960 --> 00:41:27,800 Biar saya lihat. 533 00:41:29,080 --> 00:41:30,080 Noah. Sepuluh tahun. 534 00:41:32,240 --> 00:41:34,360 Saya masih polis. Tak pernah ada di rumah. 535 00:41:37,240 --> 00:41:40,120 Dia jumpa seorang guru. Mereka berpindah ke Cordoba, Sepanyol. 536 00:41:42,280 --> 00:41:43,160 Awak ada jumpa dia? 537 00:41:46,840 --> 00:41:47,680 Jarang. 538 00:42:08,000 --> 00:42:09,120 Nah. 539 00:42:10,440 --> 00:42:12,800 Dalam hal ini, rokok tak setanding vape. 540 00:42:15,040 --> 00:42:15,880 Saya lesbian. 541 00:42:17,440 --> 00:42:18,640 Cuma berbual, boleh? 542 00:42:19,120 --> 00:42:21,720 Saya dengar awak ke kelab bersama lelaki terbunuh itu? 543 00:42:23,520 --> 00:42:25,400 Apa sistem tip di sini? 544 00:42:26,880 --> 00:42:29,120 Saya jenis yang bayar demi maklumat. 545 00:42:36,920 --> 00:42:38,520 Baiklah, tuan puteri. 546 00:42:38,600 --> 00:42:40,840 Bukan cuma awak yang ke kelab semalam! 547 00:43:06,400 --> 00:43:07,320 Lukas. 548 00:43:08,720 --> 00:43:11,080 - Masa untuk tidur? - Seakan tiada apa yang berlaku? 549 00:43:11,160 --> 00:43:14,200 - Dah lewat. Kamu ada peperiksaan. - Anya di jel. 550 00:43:15,440 --> 00:43:16,840 Dia bukan di jel. 551 00:43:20,880 --> 00:43:23,560 Dia cuma berada di tempat yang salah pada masa yang salah. 552 00:43:24,520 --> 00:43:26,240 Dia akan pulang esok. 553 00:43:27,200 --> 00:43:29,720 - Usah risau sangat. - Usah risau? 554 00:43:29,800 --> 00:43:32,720 Ayah kata ada orang serang dia. Cuba bunuh dia. 555 00:43:33,200 --> 00:43:34,880 Dia tak begitu tabah. 556 00:43:37,120 --> 00:43:38,880 Anya adakalanya ada… 557 00:43:40,800 --> 00:43:41,720 Ada apa? 558 00:43:44,720 --> 00:43:48,240 - Dia adakalanya ada… - Lukas, mari. 559 00:43:49,680 --> 00:43:54,960 Mak dan peguam sedang menjaga dia. Hotel mak di sebelah stesen. 560 00:43:55,040 --> 00:43:58,200 Mereka takkan biarkan dia sendirian. Okey? 561 00:43:59,760 --> 00:44:00,600 Namun… 562 00:44:01,640 --> 00:44:02,880 Esok peperiksaan apa? 563 00:44:06,120 --> 00:44:07,640 - Jerman. - Jerman. 564 00:44:09,160 --> 00:44:10,360 Kamu bijak subjek itu. 565 00:44:11,320 --> 00:44:13,520 Usah terlalu bimbang. Pergi tidur. 566 00:44:15,600 --> 00:44:16,880 Kami akan uruskan hal Anya. 567 00:44:21,280 --> 00:44:22,280 Selamat malam. Okey? 568 00:44:31,240 --> 00:44:33,800 Kita akan buat apa saja supaya awak boleh melawat esok. 569 00:44:36,440 --> 00:44:37,280 Terima kasih. 570 00:45:09,280 --> 00:45:10,120 Anya Berg. 571 00:45:12,080 --> 00:45:15,080 Penahanan awak dilanjutkan selama 24 jam. 572 00:45:15,760 --> 00:45:17,960 Nak beritahu peguam awak? 573 00:45:27,840 --> 00:45:28,760 Helo? 574 00:45:28,840 --> 00:45:30,320 Tahanannya telah dilanjutkan. 575 00:45:31,520 --> 00:45:32,360 Tidak… 576 00:45:33,080 --> 00:45:36,840 Mereka jumpa DNA Anya pada pisau dan mayat mangsa. Anya tipu. 577 00:45:41,680 --> 00:45:43,120 Saya nak jumpa mak saya. 578 00:45:44,120 --> 00:45:45,440 Tak, dia tak tipu. 579 00:45:47,360 --> 00:45:49,960 Dia campur tangan pergaduhan pengedar dan Damien. 580 00:45:50,720 --> 00:45:52,920 - Dia cuba rampas pisau itu. - Dengar. 581 00:45:53,760 --> 00:45:57,440 Mereka jumpa serpihan kulit Anya di bawah kuku Damien. 582 00:46:11,680 --> 00:46:12,520 Maafkan saya. 583 00:46:13,120 --> 00:46:16,600 Saya akan jumpa dia. Duduk di hotel. Saya akan telefon awak. 584 00:46:18,720 --> 00:46:20,040 Beritahu dia saya sayang dia. 585 00:46:53,800 --> 00:46:57,040 Puan Berg? Saya Soumia, dari kediaman pelajar. 586 00:46:58,840 --> 00:47:00,120 Ya. Helo, Soumia. 587 00:47:00,200 --> 00:47:02,880 Julie ada berikan alamat Anya? 588 00:47:03,560 --> 00:47:04,520 Dia tak beri. 589 00:47:06,240 --> 00:47:08,920 Saya dapat daripada salah seorang sukarelawan perundangan. 590 00:47:10,240 --> 00:47:12,920 - Nak saya beri kepada awak? - Ya, silakan. 591 00:47:13,840 --> 00:47:16,680 Tunggu. Saya mendengar. 592 00:47:18,440 --> 00:47:19,640 Sebenarnya, 593 00:47:19,720 --> 00:47:21,720 saya terkejut ketika mereka beritahu saya. 594 00:47:23,680 --> 00:47:25,280 Ketika mereka beritahu apa? 595 00:47:25,360 --> 00:47:28,520 Tempat dia tinggal. Ia tempat perlindungan wanita. 596 00:47:32,040 --> 00:47:35,520 Pn. Berg, saya dengar apa yang berlaku. Ia sukar difahami. 597 00:47:35,600 --> 00:47:37,280 - Ikut saya. - Ya. 598 00:47:37,920 --> 00:47:40,600 Anak saya beri alamat ini sebagai kediamannya. 599 00:47:40,680 --> 00:47:42,280 Ya, dia kaunselor di sini. 600 00:47:42,360 --> 00:47:45,320 - Kaunselor? - Dia bermula ketika latihan amali. 601 00:47:45,400 --> 00:47:48,240 Ketika jawatan itu kosong, kami ajak dia untuk tinggal di sini. 602 00:47:48,880 --> 00:47:49,760 Jawatan? 603 00:47:50,640 --> 00:47:51,720 Sebagai kaunselor. 604 00:47:52,200 --> 00:47:56,920 Dia ajar Perancis kepada kanak-kanak. Serta nasihat perundangan percuma. 605 00:47:57,000 --> 00:47:58,760 Sebentar. Maksud awak, saya… 606 00:47:58,840 --> 00:48:01,720 Anak saya berhenti kolej untuk bekerja di sini? 607 00:48:02,360 --> 00:48:06,360 Dia ikuti kelas dalam talian, saya rasa. Dia tak ke kolej lagi. 608 00:48:06,440 --> 00:48:09,360 Dia takkan ada masa untuk keduanya. Helo. 609 00:48:10,240 --> 00:48:13,000 - Sejak bila? - Sejak Januari. 610 00:48:14,240 --> 00:48:16,840 Helo. Katanya dia akan lebih berguna di sini. 611 00:48:21,880 --> 00:48:23,000 Saya ingat awak tahu. 612 00:48:27,760 --> 00:48:28,640 Ini dia. 613 00:48:46,960 --> 00:48:49,960 - Ya? Saya akan tinggalkan awak. - Ya. 614 00:48:52,200 --> 00:48:53,320 PARITY OF THE SEXES 615 00:48:53,400 --> 00:48:55,200 INSOLVENCY AND BANKRUPTCY CODE 616 00:49:29,320 --> 00:49:30,800 Dia mungkin pengedar itu. 617 00:49:32,120 --> 00:49:33,360 Dia boleh dikenal pasti? 618 00:50:07,240 --> 00:50:12,240 Terjemahan sari kata oleh Fhaezah Wan