1 00:00:27,528 --> 00:00:31,865 24 Februari 2010 2 00:00:32,198 --> 00:00:34,284 Balai Bomba Daerah Orange. 3 00:00:34,618 --> 00:00:36,745 6600 Sea Harbor Drive. 4 00:00:37,579 --> 00:00:39,289 Stadium SeaWorld. 5 00:00:39,665 --> 00:00:40,826 Okey. 6 00:00:42,751 --> 00:00:44,628 Ada seorang pelatih di dalam air 7 00:00:44,795 --> 00:00:46,713 bersama seekor ikan paus kami… 8 00:00:46,797 --> 00:00:48,632 dan dia tak sepatutnya bersama ikan paus itu. 9 00:00:48,799 --> 00:00:50,717 Baik. Kami akan hantar anggota ke sana. 10 00:00:50,801 --> 00:00:53,262 Okey. Gunakan pagar nombor tiga ke Stadium Shamu. 11 00:00:53,345 --> 00:00:54,263 Pagar nombor tiga. 12 00:01:01,853 --> 00:01:03,146 Pejabat Syerif Daerah Orange. 13 00:01:03,772 --> 00:01:05,607 Kami mahu melaporkan tentang 14 00:01:05,832 --> 00:01:07,608 kematian seseorang di SeaWorld. 15 00:01:09,570 --> 00:01:11,784 Seekor ikan paus telah membaham salah seorang pelatih. 16 00:01:14,616 --> 00:01:17,035 Seekor ikan paus membaham salah seorang pelatih? 17 00:01:17,119 --> 00:01:18,203 Betul. 18 00:01:38,637 --> 00:01:41,435 IKLAN SEAWORLD 19 00:01:43,729 --> 00:01:45,689 Adakah anda percaya? 20 00:01:46,440 --> 00:01:48,692 Ibu bapa saya mula-mula membawa saya ke taman SeaWorld 21 00:01:48,775 --> 00:01:49,693 ketika saya kecil. 22 00:01:51,737 --> 00:01:54,560 Sejak itu, saya jatuh cinta dengannya. 23 00:01:55,510 --> 00:01:58,035 Tempat itu amat bermakna bagi saya kerana 24 00:01:58,577 --> 00:02:00,495 itu saja yang saya mahukan. 25 00:02:00,704 --> 00:02:03,040 Saya masih ingat ketika berumur tujuh atau lapan tahun 26 00:02:03,123 --> 00:02:05,208 menonton National Geographic Specials 27 00:02:05,292 --> 00:02:06,418 atau Mutual of Omaha Specials 28 00:02:06,627 --> 00:02:08,127 berkenaan ikan paus dan dolfin. 29 00:02:08,211 --> 00:02:10,881 Sebagai seorang budak kecil, saya kagum dengannya. 30 00:02:10,964 --> 00:02:12,507 Saya tak pernah pergi ke SeaWorld. 31 00:02:12,674 --> 00:02:14,259 Saya hanya melawat Zoo Bronx di New York. 32 00:02:14,426 --> 00:02:16,678 Saya membesar di tepi tasik. Kami membawa kuda berenang. 33 00:02:16,845 --> 00:02:17,846 Saya membesar tepi laut. 34 00:02:18,013 --> 00:02:20,724 Saya berasal dari kawasan tanah pamah di Kansas. 35 00:02:20,891 --> 00:02:21,848 Saya dari Virginia. 36 00:02:21,933 --> 00:02:22,897 Berpindah ke selatan, 37 00:02:22,998 --> 00:02:26,688 bekerja di taman tema di Orlando pada umur 17 tahun 38 00:02:27,314 --> 00:02:31,198 dan pernah menyaksikan pertunjukan malam di Stadium Shamu. 39 00:02:31,943 --> 00:02:34,863 Muzik yang dimainkan ketika itu emosional dan popular. 40 00:02:34,946 --> 00:02:38,575 Saya terdorong untuk melakukan kerja itu. 41 00:02:41,370 --> 00:02:43,372 Apabila saya nampak pelatih bekerja… 42 00:02:44,581 --> 00:02:46,083 saya terfikir, "Itulah yang nak saya buat." 43 00:02:49,753 --> 00:02:50,962 Salah seorang pelatih berkata, 44 00:02:51,046 --> 00:02:52,881 "Apa awak buat? Awak patut jadi pelatih." 45 00:02:52,964 --> 00:02:54,341 Saya tak pandai melatih haiwan. 46 00:02:54,424 --> 00:02:55,634 Saya tak pernah melatih haiwan. 47 00:02:55,801 --> 00:02:57,969 Apakah persediaan anda jika bertembung 48 00:02:58,053 --> 00:03:00,889 dengan Orcinus orca seberat 3,630 kilogram? 49 00:03:00,972 --> 00:03:03,517 Saya fikir kita perlu ijazah sarjana 50 00:03:03,684 --> 00:03:05,227 dalam biologi marin untuk jadi pelatih. 51 00:03:05,394 --> 00:03:08,730 Pelatih mesti memiliki latihan dan pengalaman bertahun-tahun 52 00:03:08,814 --> 00:03:11,149 untuk memenuhi syarat ketat yang diperlukan 53 00:03:11,233 --> 00:03:14,194 untuk berinteraksi dengan Shamu di dalam air. 54 00:03:14,277 --> 00:03:16,238 Rupa-rupanya personaliti 55 00:03:16,446 --> 00:03:18,657 dan kebolehan berenang lebih penting. 56 00:03:18,865 --> 00:03:20,784 Saya hadir temu duga dan terus dapat kerja itu. 57 00:03:20,951 --> 00:03:22,786 Saya rasa sangat teruja. 58 00:03:22,869 --> 00:03:24,746 Saya rasa begitu teruja. 59 00:03:24,830 --> 00:03:27,207 Saya benar-benar mahu bekerja di sana. 60 00:03:27,290 --> 00:03:29,751 Saya tak sabar untuk berenang dengan haiwan. 61 00:03:29,918 --> 00:03:32,129 Saya benar-benar bangga jadi pelatih SeaWorld. 62 00:03:32,212 --> 00:03:34,662 Bagi saya, ia kerja yang paling menakjubkan. 63 00:03:36,550 --> 00:03:39,594 Pada hari pertama, saya tak tahu apa yang bakal berlaku. 64 00:03:39,803 --> 00:03:42,597 Saya disuruh memakai baju selam dan masuk ke dalam air. 65 00:03:42,681 --> 00:03:43,849 Hai, ibu! 66 00:03:44,516 --> 00:03:47,102 Saya berasa sangat takut. 67 00:03:47,269 --> 00:03:49,104 Mula-mula, saya pakai baju selam terbalik 68 00:03:49,187 --> 00:03:52,149 sebab saya dibesarkan di sebuah ladang di Virginia. 69 00:03:52,232 --> 00:03:54,234 - Hai, ayah! - Perkara pertama yang saya fikir 70 00:03:54,317 --> 00:03:57,946 dan ingat pada masa itu ialah dolfin lebih besar 71 00:03:58,780 --> 00:03:59,656 daripada sangkaan kita 72 00:03:59,740 --> 00:04:01,116 apabila kita berenang dengannya. 73 00:04:01,324 --> 00:04:03,910 Saya saksikan Pertunjukan Singa Laut dan Memerang 74 00:04:03,994 --> 00:04:05,287 dan lelaki bernama Mike Morocco 75 00:04:05,912 --> 00:04:10,333 tampil memakai gaun memegang watak Dorky, 76 00:04:10,500 --> 00:04:11,960 iaitu personaliti kedua Dorothy. 77 00:04:12,419 --> 00:04:15,672 Dia bersama seekor singa laut, singa laut yang penakut, bukan? 78 00:04:15,756 --> 00:04:17,132 Dia berjalan sambil membawa bakul, 79 00:04:17,214 --> 00:04:20,135 dan saya berkata, "Saya takkan sekali-kali buat begitu." 80 00:04:20,218 --> 00:04:21,884 Namun, dua bulan kemudian… 81 00:04:22,304 --> 00:04:23,472 Hai, saya Dorky! 82 00:04:25,557 --> 00:04:27,642 Berjalan di atas pentas dengan seekor singa laut. 83 00:04:34,941 --> 00:04:37,569 Saya gembira dan sungguh teruja. 84 00:04:39,446 --> 00:04:41,114 Melihat ikan paus pembunuh… 85 00:04:42,741 --> 00:04:44,034 amat mengagumkan. 86 00:04:46,911 --> 00:04:48,789 Saya begitu kagum dengannya. 87 00:04:49,331 --> 00:04:51,750 Saiz dan kecantikan haiwan itu 88 00:04:51,833 --> 00:04:53,293 amat mengejutkan. 89 00:04:54,377 --> 00:04:56,421 Berada berhampiran ikan paus pembunuh 90 00:04:56,505 --> 00:04:58,507 amat memberi inspirasi dan hebat. 91 00:04:58,673 --> 00:05:00,008 Kali pertama melihatnya, 92 00:05:00,091 --> 00:05:02,725 saya berasa terkejut melihat saiznya. 93 00:05:05,514 --> 00:05:08,225 Matlamat kami adalah untuk melatih ikan paus pembunuh. 94 00:05:08,391 --> 00:05:11,186 Ya! 95 00:05:11,269 --> 00:05:12,729 Saya tak tahu ia akan berlaku, 96 00:05:12,938 --> 00:05:14,064 saya tak menjangkakannya. 97 00:05:14,356 --> 00:05:16,107 Pada satu hari, mereka kata, "Awak dah sedia." 98 00:05:16,191 --> 00:05:17,984 Awak boleh melakukannya. 99 00:05:18,068 --> 00:05:20,111 "Berdiri di atas ikan paus itu." 100 00:05:20,570 --> 00:05:22,322 "Kemudian, terjun dari belakangnya." 101 00:05:23,031 --> 00:05:24,937 "Ikan paus itu akan berenang di bawah dan menjulang awak." 102 00:05:25,450 --> 00:05:28,161 "Kemudian awak akan naik ikan paus itu mengelilingi kolam." 103 00:05:28,245 --> 00:05:29,412 Bagus! 104 00:05:29,830 --> 00:05:32,040 Teruskan dan bawa ia ke tepi. 105 00:05:34,167 --> 00:05:36,461 Mereka suruh saya buat, dan saya berjaya melakukannya. 106 00:05:36,545 --> 00:05:38,839 Wah, saya baru saja menunggang ikan paus pembunuh. 107 00:05:41,216 --> 00:05:43,218 Ya! 108 00:05:46,680 --> 00:05:49,474 Apabila kita melihat ke dalam matanya, kita tahu ia memiliki perasaan. 109 00:05:49,724 --> 00:05:50,809 Ia memandang kita semula. 110 00:05:50,892 --> 00:05:54,020 Kita menjalin hubungan yang sangat peribadi dengan haiwan kita. 111 00:05:54,938 --> 00:05:57,899 Terdapat perasaan yang menakjubkan 112 00:05:57,983 --> 00:06:01,945 apabila bekerja dengan haiwan. 113 00:06:02,028 --> 00:06:03,196 Kami sepasukan. 114 00:06:03,905 --> 00:06:05,824 Kami bina hubungan itu bersama. 115 00:06:05,907 --> 00:06:09,995 Kami berdua faham matlamatnya dan kami saling menolong. 116 00:06:10,453 --> 00:06:12,914 Saya dah bersama ikan paus ini sejak berumur 18 tahun 117 00:06:12,998 --> 00:06:15,876 dan saya melihat ia melahirkan keempat-empat ekor anaknya. 118 00:06:15,959 --> 00:06:18,086 Kami membesar bersama-sama, bukan? 119 00:06:18,628 --> 00:06:20,297 Itulah kegembiraan yang saya dapat. 120 00:06:20,380 --> 00:06:22,888 Hubungan itu istimewa sekali. 121 00:06:40,233 --> 00:06:41,985 Saya perlu tahu… adakah awak gementar? 122 00:06:42,068 --> 00:06:42,986 Saya takut. 123 00:06:43,069 --> 00:06:45,363 - Tidak. - Cantik rambut awak, Jeff. 124 00:06:49,701 --> 00:06:51,077 Anda nampak apa-apa? 125 00:06:51,202 --> 00:06:54,080 Ramalan masa depan Jeff Ventre. 126 00:06:54,164 --> 00:06:57,000 Jeff Ventre akan pergi ke sana dan menyerlah. 127 00:06:57,083 --> 00:06:58,543 - Anda akan perasan… - Dawn. 128 00:06:58,710 --> 00:07:00,712 - Itu Dawn. - Wah. 129 00:07:00,879 --> 00:07:02,839 Dia akan jadi penyelia saya suatu hari nanti. 130 00:07:03,048 --> 00:07:04,382 Itu dia. 131 00:07:07,302 --> 00:07:10,096 Saya kenal Dawn ketika dia baru bekerja. 132 00:07:10,180 --> 00:07:11,348 Dia rakan sekerja yang hebat 133 00:07:11,431 --> 00:07:15,101 dan dia menjadi antara pelatih terbaik di SeaWorld. 134 00:07:15,268 --> 00:07:16,686 Perkenalkan Dawn Brancheau. 135 00:07:16,770 --> 00:07:20,106 Dawn pelatih senior di Stadium Shamu ini. 136 00:07:20,190 --> 00:07:22,488 Dawn boleh dianggap sebagai sahabat saya di kehidupan lalu. 137 00:07:23,193 --> 00:07:24,277 Kerja ini sukar, bukan? 138 00:07:24,361 --> 00:07:26,655 Ya, banyak pergerakan fizikal yang mesti dibuat. 139 00:07:26,738 --> 00:07:29,157 Awak boleh lihat bahawa kami bekerja di dalam air, 140 00:07:29,240 --> 00:07:32,202 menahan nafas dan melakukan aksi yang bertenaga tinggi bersama haiwan. 141 00:07:32,285 --> 00:07:33,995 Haiwan itu juga mengeluarkan banyak tenaga, 142 00:07:34,079 --> 00:07:36,373 tetapi kami bekerjasama dan sambil itu berseronok. 143 00:07:36,456 --> 00:07:39,417 Dia cantik, berambut perang, cergas dan peramah. 144 00:07:39,501 --> 00:07:40,502 Semua orang menyukai Dawn. 145 00:07:40,961 --> 00:07:42,420 Saya ikhlas mengatakan perkara ini. 146 00:07:42,504 --> 00:07:44,923 Melihat pertunjukan awak semalam, awak sangat hebat. 147 00:07:45,246 --> 00:07:46,424 - Terima kasih. - Betul. 148 00:07:46,591 --> 00:07:49,886 Dia menjiwai tugasnya sebagai pelatih di SeaWorld. 149 00:07:50,553 --> 00:07:52,681 Pengalamannya begitu luas sehingga saya sedar 150 00:07:52,764 --> 00:07:55,350 tragedi yang menimpanya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 151 00:07:58,228 --> 00:08:00,063 24 FEBRUARI 2010 152 00:08:00,146 --> 00:08:02,565 JABATAN SYERIF DAERAH ORANGE KES NOMBOR 10-16715 153 00:08:02,649 --> 00:08:04,901 Saya Detektif Revere dari Pejabat Syerif Daerah Orange. 154 00:08:04,985 --> 00:08:07,654 Hari ini 24 Februari 2010. 155 00:08:07,737 --> 00:08:08,947 Masanya ialah 4:16 petang. 156 00:08:09,030 --> 00:08:11,825 Saya kini bersama Thomas George Tobin. 157 00:08:11,908 --> 00:08:13,368 - Betulkah? - Betul. 158 00:08:14,160 --> 00:08:16,746 Awak nampak darah atau seumpamanya di dalam air? 159 00:08:16,847 --> 00:08:19,345 Kulit kepalanya telah… tersiat 160 00:08:19,591 --> 00:08:20,967 dan saya tak nampak darah… 161 00:08:21,026 --> 00:08:22,611 - Okey. - Ketika itu kami tahu 162 00:08:22,719 --> 00:08:24,137 jantungnya sudah berhenti berdenyut. 163 00:08:24,295 --> 00:08:27,882 Apabila mayatnya berjaya ditarik, bagaimana ikan paus melepaskan… 164 00:08:27,966 --> 00:08:28,883 Ia tak lepaskan. 165 00:08:28,967 --> 00:08:30,760 - Ia tidak lepaskan… - Lengannya? 166 00:08:30,844 --> 00:08:31,886 - Lengannya. - Ditelannya. 167 00:08:31,970 --> 00:08:33,054 Ia menelan lengan itu? 168 00:08:33,138 --> 00:08:35,222 - Jadi, lengan itu tiada… - Betul. 169 00:08:36,390 --> 00:08:38,332 PENTADBIRAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) 170 00:08:38,432 --> 00:08:44,107 MENYAMAN SEAWORLD OF FLORIDA 171 00:08:44,482 --> 00:08:46,151 OSHA yang mewakili kerajaan persekutuan, 172 00:08:46,234 --> 00:08:49,070 mencadangkan aktiviti renang dengan ikan paus pembunuh 173 00:08:49,237 --> 00:08:51,906 adalah sangat berbahaya dan kita tak dapat menduga 174 00:08:51,990 --> 00:08:55,160 apa yang akan berlaku apabila kita memasuki habitatnya di dalam air. 175 00:08:55,785 --> 00:08:57,784 Itulah pokok hujah kes OSHA. 176 00:08:58,997 --> 00:09:02,333 Jauhi haiwan itu dan kita akan selamat. 177 00:09:03,418 --> 00:09:06,254 Kes itu akan memberi kesan kepada seluruh industri. 178 00:09:06,337 --> 00:09:08,548 Ia menjadi topik hangat berita kebangsaan. 179 00:09:08,631 --> 00:09:11,426 Pertunjukan ikan paus SeaWorld tidak akan sama lagi. 180 00:09:11,509 --> 00:09:13,595 Taman tema itu sedang mempertahankan hujahnya 181 00:09:13,678 --> 00:09:15,388 untuk benarkan pelatih berada di dalam air, 182 00:09:15,472 --> 00:09:17,849 sesuatu yang dianggap sangat berbahaya oleh OSHA. 183 00:09:17,932 --> 00:09:20,602 Haiwan ini liar dan sukar diduga 184 00:09:20,685 --> 00:09:22,020 kerana kita tak tahu bahasanya. 185 00:09:22,103 --> 00:09:23,772 Kita tak faham bahasa ikan paus, harimau 186 00:09:23,855 --> 00:09:25,607 dan juga monyet. 187 00:09:25,690 --> 00:09:27,525 Berlaku perbalahan antara dua pihak hari ini 188 00:09:27,609 --> 00:09:30,528 apabila peguam OSHA menuduh SeaWorld hanya membuat perubahan 189 00:09:30,612 --> 00:09:33,865 selepas kematian Dawn Brancheau membuat orang awam marah. 190 00:09:33,948 --> 00:09:36,409 OSHA tidak mahu pelatih masuk semula ke dalam air 191 00:09:36,493 --> 00:09:39,704 tanpa sekatan fizikal di antara mereka dengan ikan paus. 192 00:09:39,788 --> 00:09:43,790 Mendekatkan diri dengan haiwan pemangsa ini amatlah berbahaya. 193 00:09:43,917 --> 00:09:45,502 Mereka tidak akan masuk ke dalam air 194 00:09:45,585 --> 00:09:47,670 dan menunggang ikan paus itu. 195 00:09:47,754 --> 00:09:51,091 Kalau anda dikurung di dalam tab mandi selama 25 tahun, anda mungkin 196 00:09:51,174 --> 00:09:54,803 akan berasa jengkel, mudah marah dan sedikit psikotik. 197 00:09:57,931 --> 00:10:01,351 Kejadian yang menimpa Dawn Brancheau tidak berlaku begitu saja. 198 00:10:01,434 --> 00:10:02,602 Kejadian itu tidak aneh. 199 00:10:02,685 --> 00:10:07,565 Kita perlu melihat 20 tahun yang lalu untuk memahaminya. 200 00:10:08,358 --> 00:10:12,320 TIGA PULUH SEMBILAN TAHUN YANG LALU 201 00:10:15,698 --> 00:10:18,868 1970 PUGET SOUND, WASHINGTON 202 00:10:18,952 --> 00:10:21,121 Ia kerja yang sangat menarik. 203 00:10:21,204 --> 00:10:23,540 Semua orang mahu terlibat. 204 00:10:23,623 --> 00:10:25,166 Apakah tugas yang mereka beritahu awak? 205 00:10:28,294 --> 00:10:29,963 Menangkap ikan paus pembunuh. 206 00:10:30,797 --> 00:10:32,048 Seronoknya! 207 00:10:33,258 --> 00:10:34,509 Mereka ada kapal terbang, 208 00:10:34,676 --> 00:10:36,594 mereka ada pengesan, ada bot laju, 209 00:10:36,678 --> 00:10:39,347 mereka ada bom yang dibaling ke dalam air. 210 00:10:40,682 --> 00:10:44,394 Mereka menyalakan bom dengan obor asetilena di dalam bot 211 00:10:44,477 --> 00:10:46,187 dan mencampakkannya secepat mungkin 212 00:10:46,271 --> 00:10:48,314 untuk menggiring ikan paus ke dalam teluk kecil. 213 00:10:49,274 --> 00:10:50,233 Ayuh! 214 00:10:50,817 --> 00:10:52,652 Namun kawanan itu pernah alami peristiwa itu 215 00:10:52,735 --> 00:10:54,487 dan sedar perkara yang sedang berlaku. 216 00:10:54,571 --> 00:10:57,115 Kawanan itu tahu anak-anak ikan paus akan diambil. 217 00:10:57,282 --> 00:11:02,453 Ikan paus dewasa tanpa anak mengumpan bot pemburu ke laluan mati di timur 218 00:11:02,537 --> 00:11:06,249 dan bot-bot itu mengekori sebab menyangka kesemua ikan paus menghala ke situ, 219 00:11:06,416 --> 00:11:09,502 manakala ikan paus yang beranak berenang ke utara. 220 00:11:09,586 --> 00:11:11,671 Namun pemburu menggunakan kapal terbang dan 221 00:11:11,754 --> 00:11:14,382 ikan paus pula perlu mengambil nafas. 222 00:11:14,465 --> 00:11:17,510 Ketika itulah juruterbang memberi maklumat kepada bot 223 00:11:17,594 --> 00:11:20,680 dan berkata, "Oh, tidak. Ibu yang beranak berenang ke utara." 224 00:11:20,763 --> 00:11:23,558 Jadi, bot laju mengejar ikan paus 225 00:11:23,641 --> 00:11:25,059 dan menggiringnya. 226 00:11:26,144 --> 00:11:28,688 Mereka juga ada bot nelayan dengan pukat tarik 227 00:11:28,771 --> 00:11:31,774 yang ditebarkan supaya ikan paus tidak dapat lari. 228 00:11:31,858 --> 00:11:34,194 Kemudian, mereka akan menangkap anak-anak ikan paus. 229 00:11:44,329 --> 00:11:45,955 Kami hanya mahukan si anak. 230 00:11:46,789 --> 00:11:50,752 Walaupun anak, ikan paus masih berbadan besar. 231 00:11:50,919 --> 00:11:53,338 Saya diberitahu disebabkan kos perkapalan yang tinggi, 232 00:11:53,421 --> 00:11:55,757 mereka hanya menangkap anak ikan paus. 233 00:11:57,842 --> 00:12:01,679 Setelah anak ikan paus dimasukkan ke dalam kandang, 234 00:12:01,804 --> 00:12:03,181 mereka menjatuhkan pukat tarik itu. 235 00:12:03,264 --> 00:12:05,934 Ikan paus yang lain boleh lari, tetapi ia kekal di situ. 236 00:12:09,520 --> 00:12:13,983 Ketika kami sedang cuba menaikkan si anak ke dalam usung, 237 00:12:14,067 --> 00:12:17,320 seluruh keluarganya masih berada berdekatan, 238 00:12:17,487 --> 00:12:19,405 kira-kira 23 meter dari kami. 239 00:12:19,489 --> 00:12:21,866 Ia berbaris 240 00:12:21,950 --> 00:12:24,744 dan berkomunikasi antara satu sama lain. 241 00:12:25,036 --> 00:12:26,454 Ketika itulah… 242 00:12:28,039 --> 00:12:31,417 kami menyedari perkara yang kami lakukan. 243 00:12:36,714 --> 00:12:38,758 Saya menjadi sebak. 244 00:12:38,841 --> 00:12:40,677 Saya menangis di situ. 245 00:12:41,261 --> 00:12:43,179 Saya teruskan bekerja… 246 00:12:44,138 --> 00:12:45,223 tetapi saya… 247 00:12:46,057 --> 00:12:49,598 tidak mampu menahan kesedihan. 248 00:12:51,604 --> 00:12:54,774 Terasa seolah-olah menculik seorang anak daripada ibunya. 249 00:12:55,942 --> 00:12:58,194 Semua orang sedang memerhatikan. Apa yang boleh kami buat? 250 00:13:01,281 --> 00:13:03,074 Itulah perkara yang paling kejam bagi saya. 251 00:13:03,157 --> 00:13:05,305 Saya tidak boleh bayangkan perkara lain yang lebih teruk. 252 00:13:06,869 --> 00:13:09,789 Ini kedengaran sangat teruk, 253 00:13:09,872 --> 00:13:13,251 tetapi selepas pemburuan berakhir, 254 00:13:13,334 --> 00:13:17,046 tiga ekor ikan paus telah mati di dalam jaring. 255 00:13:17,130 --> 00:13:18,172 Jadi… 256 00:13:20,258 --> 00:13:23,303 mereka meminta saya, Peter dan Brian… 257 00:13:24,721 --> 00:13:29,058 memotong perut ikan paus itu, mengisinya dengan batu, 258 00:13:29,142 --> 00:13:31,436 mengikat sauh pada ekornya dan menenggelamkannya. 259 00:13:33,646 --> 00:13:34,731 Itulah… 260 00:13:36,649 --> 00:13:37,984 Kalau nak tahu… 261 00:13:39,652 --> 00:13:42,447 saya tak terfikir pun perkara itu 262 00:13:42,530 --> 00:13:44,240 haram pada ketika itu. 263 00:13:44,407 --> 00:13:46,534 Saya sangkakan sekadar untuk menjaga imej mereka. 264 00:13:47,535 --> 00:13:51,289 Mereka akhirnya dihalau dari Negeri Washington 265 00:13:51,372 --> 00:13:54,250 oleh perintah mahkamah pada tahun 1976. 266 00:13:54,334 --> 00:13:56,919 SeaWorld telah diberitahu, 267 00:13:57,003 --> 00:14:00,214 "Jangan kembali ke Washington untuk menangkap ikan paus." 268 00:14:00,381 --> 00:14:04,093 Tanpa melengahkan masa, mereka pergi dari Washington ke Iceland 269 00:14:04,177 --> 00:14:06,596 dan mula menangkap ikan paus di sana. 270 00:14:10,433 --> 00:14:13,561 Saya pernah terlibat dalam revolusi, alami pertukaran presiden dua kali 271 00:14:13,644 --> 00:14:15,730 di Amerika Tengah dan Selatan… 272 00:14:17,231 --> 00:14:20,546 dan menyaksikan perkara yang sukar untuk dipercayai, 273 00:14:21,110 --> 00:14:24,238 tetapi ini perkara paling buruk yang pernah saya lakukan… 274 00:14:25,490 --> 00:14:27,408 iaitu menangkap ikan paus itu. 275 00:14:29,494 --> 00:14:36,463 PADA 1983, SEEKOR IKAN PAUS PEMBUNUH DITANGKAP DI ATLANTIK UTARA. 276 00:14:37,168 --> 00:14:44,133 PADA USIA DUA TAHUN, PANJANGNYA SUDAH MENCAPAI 3.5 METER. 277 00:14:44,842 --> 00:14:49,055 MEREKA MENAMAKANNYA TILIKUM. 278 00:15:03,653 --> 00:15:07,115 Sealand sudah 20 tahun menjadi sebahagian daripada Victoria. 279 00:15:07,198 --> 00:15:11,077 Kami pakar dalam penjagaan dan pertunjukan ikan paus pembunuh. 280 00:15:13,888 --> 00:15:16,057 Ketika saya mula bekerja, Tilikum berumur empat tahun. 281 00:15:16,190 --> 00:15:20,028 Panjang badannya lima meter dan beratnya 1,800 kilogram. 282 00:15:22,713 --> 00:15:23,923 Tilikum, naik sekali lagi. 283 00:15:24,006 --> 00:15:25,049 Terima kasih. 284 00:15:25,591 --> 00:15:27,969 Saya dah banyak kali melihat Tilikum. 285 00:15:28,052 --> 00:15:30,638 Ia dikurung di seberang jalan di sini, di Victoria. 286 00:15:30,721 --> 00:15:33,391 Pertunjukan ini boleh membuat kita basah. 287 00:15:33,474 --> 00:15:38,521 Taman Sealand hanyalah jaring di dalam sebuah marina yang dikelilingi pelampung. 288 00:15:39,647 --> 00:15:42,942 Kami suka bekerja dengan Tilikum. 289 00:15:43,276 --> 00:15:46,779 Kelakuannya baik dan ia suka mengambil hati kami. 290 00:15:47,113 --> 00:15:50,450 Kali pertama Tilikum diperkenalkan, semuanya berjalan lancar dan menyenangkan, 291 00:15:50,533 --> 00:15:53,035 tetapi, ketua pelatih sebelum itu 292 00:15:53,119 --> 00:15:55,621 menggunakan kaedah yang melibatkan hukuman. 293 00:15:55,788 --> 00:15:59,959 Dia akan menggandingkan Tilikum dengan seekor ikan paus yang terlatih. 294 00:16:00,042 --> 00:16:02,508 Dia akan mengarahkan kedua-duanya untuk membuat aksi yang sama. 295 00:16:02,879 --> 00:16:06,283 Jika Tilikum gagal, kedua-dua haiwan akan dihukum. 296 00:16:06,924 --> 00:16:09,093 Kelaparan akibat tidak diberi makanan, 297 00:16:09,177 --> 00:16:11,971 ikan paus yang lebih besar dan lebih berpengalaman, 298 00:16:12,138 --> 00:16:13,211 menjadi lebih mudah marah, 299 00:16:13,598 --> 00:16:16,058 dan akan melepaskan kemarahannya kepada Tilikum. 300 00:16:16,142 --> 00:16:18,519 Ia akan mencederakan Tilikum dengan giginya. 301 00:16:18,603 --> 00:16:20,813 Kadangkala, pada musim tertentu, 302 00:16:20,897 --> 00:16:24,275 badan Tilikum akan dipenuhi kesan cakar. 303 00:16:24,484 --> 00:16:27,236 Kesan cakar yang dibuat dengan gigi pada kulitnya. 304 00:16:27,320 --> 00:16:29,280 Di seluruh badannya, kita dapat melihat darah, 305 00:16:29,363 --> 00:16:32,867 kesan luka dan kesan cakar. 306 00:16:33,326 --> 00:16:35,203 Kedua-dua ikan paus betina akan membuli Tilikum. 307 00:16:35,912 --> 00:16:37,455 Kami percayakan Tilikum. 308 00:16:37,622 --> 00:16:39,373 Kami tak pernah bimbang tentang Tilikum. 309 00:16:39,457 --> 00:16:42,210 Isunya adalah, kami mengurung ikan paus ini pada waktu malam 310 00:16:42,835 --> 00:16:46,547 di dalam modul yang berukuran enam meter lebar, 311 00:16:46,631 --> 00:16:50,176 dan sedalam sembilan meter sebagai langkah berjaga-jaga. 312 00:16:50,343 --> 00:16:52,845 Kami bimbang orang akan memotong jaring dan membebaskannya. 313 00:16:52,970 --> 00:16:55,932 Lampu juga dipadamkan untuk mengurangkan rangsangan. 314 00:16:56,015 --> 00:17:00,061 Haiwan itu terkurung di dalam kolam yang gelap berukuran 6 kali 9 meter 315 00:17:00,728 --> 00:17:01,854 dua pertiga daripada hidupnya. 316 00:17:06,858 --> 00:17:08,027 Semasa kami baru bermula, 317 00:17:08,109 --> 00:17:10,029 haiwan itu masih kecil dan muda. 318 00:17:10,112 --> 00:17:11,656 Oleh itu, ia muat dengan baik, 319 00:17:11,821 --> 00:17:14,325 namun kebanyakan masa, ikan paus itu tak bergerak. 320 00:17:16,536 --> 00:17:19,288 Keadaan itu membuat kami rasa bersalah. 321 00:17:19,664 --> 00:17:21,290 Ia salah sama sekali. 322 00:17:21,624 --> 00:17:23,626 Kami mula menghadapi kesukaran memasukkan ikan paus 323 00:17:23,709 --> 00:17:27,296 ke dalam kotak keluli yang kecil itu. 324 00:17:27,380 --> 00:17:29,298 Itulah kurungannya. Sebuah kotak keluli terapung. 325 00:17:29,382 --> 00:17:31,092 Di sinilah sekatan makanan berlaku. 326 00:17:31,717 --> 00:17:33,469 Kami tidak akan memberikannya makanan, 327 00:17:34,136 --> 00:17:35,471 dan jika ia masuk ke dalam modul 328 00:17:35,555 --> 00:17:36,639 makanan akan diberikan. 329 00:17:36,722 --> 00:17:38,266 Jika ia cukup lapar, ia akan masuk. 330 00:17:38,349 --> 00:17:39,934 Semasa musim sejuk, ia akan dikurung 331 00:17:40,101 --> 00:17:43,312 dari pukul 5 petang hingga 7 pagi. 332 00:17:43,479 --> 00:17:45,231 Kesan cakar dapat dilihat selepas ia keluar. 333 00:17:45,606 --> 00:17:47,149 Kadangkala ia berdarah. 334 00:17:47,233 --> 00:17:49,694 Menutup kurungannya 335 00:17:49,777 --> 00:17:53,447 dan mengetahui ia akan terkurung bersama ikan paus lain sepanjang malam… 336 00:17:55,908 --> 00:17:58,244 amat memedihkan. 337 00:17:58,411 --> 00:18:02,331 Jika hal itu benar, bukan saja ia tidak berperikemanusiaan, 338 00:18:02,415 --> 00:18:03,958 dan itulah yang saya beritahu mereka, 339 00:18:04,584 --> 00:18:08,546 tetapi ia mungkin menjadi punca kepada psikosisnya. 340 00:18:10,339 --> 00:18:13,884 Ikan paus itu menjadi tidak stabil, dan akan membunuh. 341 00:18:24,854 --> 00:18:26,897 Seorang kakitangan maut selepas pertembungan… 342 00:18:27,106 --> 00:18:29,900 …di sebuah taman di Kanada yang bernama Sealand of the Pacific. 343 00:18:30,109 --> 00:18:33,029 Mangsa, Keltie Byrne, ialah perenang kejohanan 344 00:18:33,112 --> 00:18:34,739 dan pekerja sambilan di Sealand. 345 00:18:35,031 --> 00:18:38,409 Seperti yang dilihat dalam rakaman ini, penyelamat menggunakan jaring besar… 346 00:18:38,618 --> 00:18:41,120 …usaha menyelamat dihalang oleh ikan paus itu. 347 00:18:41,412 --> 00:18:43,623 Saya nak menyertai pasukan Pan Pacific musim panas ini, 348 00:18:43,706 --> 00:18:47,918 tapi matlamat sekarang cuma berenang dengan laju pada peringkat kebangsaan. 349 00:18:49,211 --> 00:18:52,006 20 FEBRUARI 1991, VICTORIA, BRITISH COLUMBIA 350 00:18:52,089 --> 00:18:54,675 CORINNE COWELL DAN NADINE KALLEN MELAWAT SEALAND OF THE PACIFIC. 351 00:18:54,759 --> 00:18:56,677 Cuaca hari itu mendung, 352 00:18:56,761 --> 00:18:58,429 dan kami mencari aktiviti untuk dibuat. 353 00:18:58,596 --> 00:19:00,514 Jadi kami pun melawat Sealand. 354 00:19:01,015 --> 00:19:05,311 Ia ada kolam yang kotor, ikan paus dan… 355 00:19:05,394 --> 00:19:07,688 Tempat itu terasa seperti taman hiburan 356 00:19:07,772 --> 00:19:11,484 yang hampir tutup dan segala-galanya nampak tidak terurus. 357 00:19:11,567 --> 00:19:13,653 Ya, tempat itu seperti kolam renang. 358 00:19:13,736 --> 00:19:14,820 - Ya. - Tempat itu 359 00:19:14,904 --> 00:19:16,427 ada tiga ekor ikan paus di dalam kolam renang. 360 00:19:16,589 --> 00:19:17,548 Ya. 361 00:19:17,907 --> 00:19:20,743 Ikan paus itu akan melompat dan menyentuh bola. 362 00:19:21,494 --> 00:19:24,872 Ikan paus akan memercikkan air dengan ekornya dan… 363 00:19:24,955 --> 00:19:27,115 - Ada lompatan. - Ikan itu dan… 364 00:19:27,249 --> 00:19:30,565 Mereka memegang ikan dan ikan paus akan melompat naik. 365 00:19:30,878 --> 00:19:34,215 Saya ingat saya berkata, "Seronoknya kerja ini." 366 00:19:34,298 --> 00:19:37,134 Dia sangat bertuah. 367 00:19:37,885 --> 00:19:41,347 Saya nampak dia berjalan sambil memakai but getah. 368 00:19:41,430 --> 00:19:44,642 Dia tersadung dan kakinya termasuk ke tepi kolam 369 00:19:44,725 --> 00:19:47,311 dan dia hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam kolam itu. 370 00:19:47,395 --> 00:19:51,065 Dia cuba menolak dirinya ke atas untuk keluar dari dalam kolam itu. 371 00:19:51,148 --> 00:19:53,734 Tiba-tiba, ikan paus itu menggigit butnya, 372 00:19:53,818 --> 00:19:55,277 dan menariknya ke dalam kolam. 373 00:19:55,444 --> 00:19:57,613 Pada mulanya, saya tak anggap perkara itu serius 374 00:19:57,697 --> 00:20:01,534 kerana kita dah lihat pelatih berenang bersama ikan paus itu 375 00:20:01,617 --> 00:20:04,954 dan kita fikir itu perkara biasa bagi ikan paus tersebut. 376 00:20:05,079 --> 00:20:07,401 Kemudian tiba-tiba, keadaan berubah menjadi… 377 00:20:07,790 --> 00:20:11,210 Ikan paus itu terangsang dan menjadi lebih aktif dan ganas 378 00:20:11,293 --> 00:20:13,045 dan Keltie mula menjadi panik. 379 00:20:13,212 --> 00:20:16,090 Lama-kelamaan, kita mula sedar 380 00:20:16,173 --> 00:20:18,718 bahawa ada sesuatu yang tak kena. 381 00:20:18,968 --> 00:20:21,554 Keltie mula menjerit dan melihat-lihat sekeliling 382 00:20:21,637 --> 00:20:23,973 dan matanya terbuka luas 383 00:20:24,056 --> 00:20:26,642 kerana dia sedar dirinya dalam bahaya. 384 00:20:26,726 --> 00:20:29,979 Ikan paus itu menariknya ke bawah. 385 00:20:30,062 --> 00:20:32,022 Apabila ikan paus membawanya ke atas, 386 00:20:32,106 --> 00:20:34,400 Keltie menjerit meminta tolong. 387 00:20:34,483 --> 00:20:35,776 Dia ditarik ke bawah semula. 388 00:20:35,860 --> 00:20:39,405 Keltie akan ditenggelamkan selama beberapa saat 389 00:20:39,488 --> 00:20:41,907 hingga mungkin kira-kira seminit. 390 00:20:41,991 --> 00:20:43,701 Kita tak mengira masa. 391 00:20:43,784 --> 00:20:49,498 Semakin lama, semakin sukar bagi Keltie untuk bernafas 392 00:20:49,582 --> 00:20:51,000 kerana dia menjerit. 393 00:20:51,083 --> 00:20:54,295 Kakak saya dengar Keltie berkata, "Saya tak mahu mati." 394 00:20:59,550 --> 00:21:02,636 Takziah kepada keluarga Keltie. 395 00:21:03,929 --> 00:21:04,972 Ya. 396 00:21:05,598 --> 00:21:07,391 Hakikat bahawa kami tak dapat menolongnya 397 00:21:07,475 --> 00:21:08,976 terasa begitu pedih sekali. 398 00:21:10,686 --> 00:21:12,938 Sealand ditutup. Mungkin itulah yang terbaik. 399 00:21:13,022 --> 00:21:15,483 Ia sebuah kolam yang kecil. 400 00:21:16,334 --> 00:21:17,752 Saya rasa pemiliknya 401 00:21:18,360 --> 00:21:21,571 atas sebab-sebab tertentu, telah membuat keputusan yang betul. 402 00:21:22,573 --> 00:21:24,909 Saya tak rasa dia orang yang jahat. 403 00:21:25,284 --> 00:21:27,328 Saya rasa, dia juga terkejut dengan kejadian itu. 404 00:21:28,412 --> 00:21:29,992 Tarikan pada taman itu sudah tiada 405 00:21:30,539 --> 00:21:34,043 dan dia memutuskan untuk mengakhirinya. 406 00:21:34,126 --> 00:21:35,169 "Kita mesti tutup." 407 00:21:35,628 --> 00:21:38,255 Walaupun inkues diadakan, kami tak pernah dihubungi. 408 00:21:38,339 --> 00:21:41,175 Tiada sesiapa yang meminta kami menceritakan apa yang terjadi. 409 00:21:41,926 --> 00:21:43,552 - Ya. - Kami pergi begitu saja. 410 00:21:44,136 --> 00:21:47,431 Tiada tuntutan mahkamah dibuat dan juga tiada memorial untuk Keltie. 411 00:21:47,515 --> 00:21:51,060 Keltie Byrne hanya meninggalkan… 412 00:21:52,102 --> 00:21:56,857 kenangan yang pahit bagi orang yang ingat kejadian itu. 413 00:21:57,525 --> 00:21:59,485 Dalam artikel akhbar, 414 00:21:59,568 --> 00:22:02,655 punca kematiannya ditulis sebagai lemas secara tak sengaja, 415 00:22:02,738 --> 00:22:05,991 tapi sebenarnya dia telah dilemaskan oleh ikan paus itu. 416 00:22:06,492 --> 00:22:08,285 Terdapat beberapa kekaburan dalam kes ini. 417 00:22:08,369 --> 00:22:11,330 Salah satu hakikat penting ialah tiada seorang pun saksi 418 00:22:11,413 --> 00:22:15,209 tahu ikan paus mana yang telah menarik Keltie. 419 00:22:15,376 --> 00:22:18,003 Ya. Ikan paus yang lebih besar. 420 00:22:18,087 --> 00:22:21,131 Ikan paus jantan, Tilikum, yang telah menariknya. 421 00:22:21,632 --> 00:22:24,134 Dua lagi ikan paus hanya berlegar-legar di sekeliling. 422 00:22:24,218 --> 00:22:26,512 Namun, Tilikum yang memulakan. 423 00:22:26,860 --> 00:22:31,016 Kami kenal pasti ikan paus itu kerana siripnya terkelepai. 424 00:22:31,100 --> 00:22:33,269 Sangat mudah untuk mengenalinya. 425 00:22:37,898 --> 00:22:41,318 Sealand of the Pacific ditutup dan mereka tak mahu 426 00:22:41,402 --> 00:22:43,362 kerugian sepenuhnya. 427 00:22:43,445 --> 00:22:45,531 Ikan paus itu bernilai jutaan dolar. 428 00:22:45,614 --> 00:22:48,325 Apabila SeaWorld dapat tahu bahawa Tilikum akan dijual 429 00:22:48,409 --> 00:22:51,829 selepas kemalangan yang berlaku di Sealand of the Pacific, 430 00:22:51,912 --> 00:22:54,456 mereka mahu membelinya kerana mereka mahukan baka. 431 00:22:54,623 --> 00:22:57,084 Saya rasa tiada seorang pun yang mempersoalkan 432 00:22:57,167 --> 00:22:59,003 sama ada itu cadangan yang baik. 433 00:22:59,169 --> 00:23:02,923 Saya difahamkan bahawa Tilikum dan ikan paus lain 434 00:23:03,007 --> 00:23:04,383 takkan digunakan bagi pertunjukan. 435 00:23:04,466 --> 00:23:06,176 Ia takkan dijadikan haiwan hiburan. 436 00:23:06,343 --> 00:23:07,761 Pemahaman kami tentang kelakuannya 437 00:23:07,845 --> 00:23:10,556 adalah pertunjukan boleh merangsang ikan paus itu 438 00:23:10,639 --> 00:23:12,057 dan kejadian itu boleh berulang. 439 00:23:12,224 --> 00:23:15,019 Sealand ketika itu masih baharu dan liar. 440 00:23:15,102 --> 00:23:18,063 Kami tidak begitu teknikal dan saintifik seperti SeaWorld. 441 00:23:18,147 --> 00:23:20,691 Kami membayangkan bahawa pengetahuan mereka lebih luas, 442 00:23:20,774 --> 00:23:22,359 mereka lebih baik dan Tilikum akan dapat 443 00:23:22,443 --> 00:23:24,194 kolam yang lebih besar, hidup yang lebih baik, 444 00:23:24,278 --> 00:23:26,280 penjagaan dan makanan yang lebih elok, 445 00:23:26,363 --> 00:23:28,490 dan ia akan hidup dengan senang. 446 00:23:28,574 --> 00:23:30,576 Kami seolah-olah berkata, "Okey, Tilly. 447 00:23:31,452 --> 00:23:34,455 Kamu akan ke Disneyland. Bertuahnya kamu." 448 00:23:40,878 --> 00:23:42,171 Kecerdasan ikan paus pembunuh 449 00:23:42,254 --> 00:23:44,548 mungkin lebih tinggi daripada manusia. 450 00:23:44,632 --> 00:23:47,927 Sebagai ibu bapa, haiwan ini lebih baik daripada kebanyakan manusia. 451 00:23:48,177 --> 00:23:52,264 Seperti manusia, ia mempunyai naluri untuk menyimpan dendam. 452 00:23:55,476 --> 00:23:56,894 Dino De Laurentiis mempersembahkan… 453 00:23:57,852 --> 00:23:58,853 Orca. 454 00:23:59,688 --> 00:24:04,276 Jika kita kembali 35 tahun lalu, kita tak tahu apa-apa. 455 00:24:04,360 --> 00:24:05,694 Malah, lebih sedikit daripada itu. 456 00:24:05,778 --> 00:24:08,739 Orang awam cuma ada kepercayaan karut dan ketakutan. 457 00:24:08,906 --> 00:24:10,616 Pertempuran yang membawa maut… 458 00:24:12,660 --> 00:24:15,371 Antara dua makhluk paling berbahaya di Bumi. 459 00:24:15,537 --> 00:24:17,081 Kamu binatang apa? 460 00:24:17,247 --> 00:24:19,208 Inilah ikan paus pembunuh yang ganas, 461 00:24:19,291 --> 00:24:21,627 yang memiliki 48 gigi tajam, 462 00:24:21,710 --> 00:24:24,213 dan akan membaham kita jika mendapat peluang. 463 00:24:28,634 --> 00:24:32,471 Namun kami dapati, ia haiwan yang sangat peramah, 464 00:24:32,638 --> 00:24:36,392 memahami dan mahu menjadi teman kita. 465 00:24:37,393 --> 00:24:38,560 Awak sedang merakam? 466 00:24:41,522 --> 00:24:43,983 Sehingga hari ini, tiada rekod 467 00:24:44,066 --> 00:24:46,902 ikan paus pembunuh menyerang manusia di alam liar. 468 00:25:00,541 --> 00:25:03,252 Ia hidup dalam keluarga yang besar. 469 00:25:05,129 --> 00:25:08,173 Jangka hayatnya sama dengan manusia. 470 00:25:08,340 --> 00:25:11,552 Ikan paus betina boleh hidup sehingga 100 tahun, atau lebih, 471 00:25:12,177 --> 00:25:14,763 dan haiwan jantan boleh hidup sehingga 50 atau 60 tahun. 472 00:25:14,847 --> 00:25:18,684 Anak ikan paus yang sudah dewasa tidak pernah meninggalkan ibunya. 473 00:25:21,603 --> 00:25:26,150 Setiap komuniti mempunyai tingkah laku yang berbeza. 474 00:25:27,943 --> 00:25:31,488 Masing-masing mempunyai cara bersuara yang lengkap 475 00:25:31,572 --> 00:25:33,142 tanpa sebarang pertindihan. 476 00:25:35,242 --> 00:25:36,702 Kita boleh namakan sebagai bahasa. 477 00:25:36,785 --> 00:25:39,204 Komuniti saintifik enggan mengakui 478 00:25:39,288 --> 00:25:41,915 penggunaan bahasa oleh makhluk selain manusia, 479 00:25:41,999 --> 00:25:44,793 tetapi ada banyak petunjuk yang ia menggunakan bahasa. 480 00:25:45,669 --> 00:25:48,213 Otak ikan paus pembunuh memiliki 481 00:25:49,131 --> 00:25:51,008 kecerdasan dan kesedaran yang tinggi. 482 00:25:51,633 --> 00:25:53,385 Kami mengambil otaknya 483 00:25:53,469 --> 00:25:57,056 dan memasukkannya ke dalam pengimbas pengimejan resonans magnetik. 484 00:25:57,139 --> 00:26:01,018 Kami temui sesuatu yang sangat mengejutkan. 485 00:26:01,226 --> 00:26:04,188 Ia mempunyai bahagian otak yang tiada pada manusia. 486 00:26:04,313 --> 00:26:07,816 Terdapat satu bahagian pada otaknya yang mengunjur 487 00:26:07,900 --> 00:26:10,778 bersebelahan dengan sistem limbiknya. 488 00:26:10,861 --> 00:26:13,322 Sistem itu memproses emosi. 489 00:26:13,781 --> 00:26:16,992 Inferens paling selamat ialah haiwan ini 490 00:26:17,076 --> 00:26:20,788 memiliki kehidupan emosional yang sangat terperinci. 491 00:26:21,371 --> 00:26:24,124 Kini semakin jelas bahawa dolfin dan ikan paus 492 00:26:24,333 --> 00:26:27,753 mempunyai jati diri dan kesedaran ikatan sosial 493 00:26:27,836 --> 00:26:30,255 pada tahap yang lebih tinggi, 494 00:26:30,339 --> 00:26:32,925 lebih utuh dan lebih kompleks 495 00:26:33,008 --> 00:26:36,095 daripada mana-mana mamalia, termasuk manusia. 496 00:26:36,929 --> 00:26:39,056 Kes ikan paus terdampar secara besar-besaran 497 00:26:39,139 --> 00:26:42,434 menunjukkan haiwan ini menyokong satu sama lain. 498 00:26:42,518 --> 00:26:45,562 Tahap sosial haiwan ini sangat tinggi. 499 00:26:46,647 --> 00:26:50,155 Telah disarankan bahawa seluruh rasa jati dirinya 500 00:26:50,259 --> 00:26:53,721 dibahagikan dalam kalangan individu dalam kumpulannya. 501 00:26:53,904 --> 00:26:55,906 Ada lima ekor. 502 00:26:55,989 --> 00:26:59,868 Ikan paus pembunuh itu akan menyerang anjing laut itu. 503 00:26:59,952 --> 00:27:04,748 Kawanan itu telah memecahkan ais dan berenang di sekelilingnya. 504 00:27:04,832 --> 00:27:06,583 Dua ekor akan bertindak. Lihatlah di bawah. 505 00:27:06,667 --> 00:27:08,335 Kita boleh melihat ia di bawah. 506 00:27:08,418 --> 00:27:10,879 Tengoklah. Ia membuat ombak yang besar. 507 00:27:10,963 --> 00:27:12,131 - Ya. - Wah. 508 00:27:12,214 --> 00:27:14,758 - Aduhai. - Oh, tuhan. Tidak. 509 00:27:14,842 --> 00:27:16,885 Saya tak sanggup nak tengok. 510 00:27:17,344 --> 00:27:19,721 Lebih baik jangan tengok kalau tak sanggup lihat. 511 00:27:19,930 --> 00:27:22,683 Ya, itu dia. Kali ini tiga ekor pula. 512 00:27:23,684 --> 00:27:24,768 Tengoklah ia beraksi. 513 00:27:24,852 --> 00:27:26,645 Aduhai. Tidak! 514 00:27:26,728 --> 00:27:28,313 - Aduhai! - Ia dah berakhir. 515 00:27:28,397 --> 00:27:29,898 Tidak, belum lagi. 516 00:27:30,566 --> 00:27:31,859 Ya, dah berakhir. 517 00:27:33,694 --> 00:27:34,903 Ia dah berakhir. 518 00:27:49,668 --> 00:27:52,683 Orang asli Kanada dan nelayan tua di pantai, 519 00:27:53,338 --> 00:27:56,008 memanggil haiwan ini "ikan hitam". 520 00:27:56,091 --> 00:27:59,970 Ia haiwan yang memiliki kuasa rohani yang hebat 521 00:28:00,429 --> 00:28:02,181 dan kita tidak boleh mengganggunya. 522 00:28:07,352 --> 00:28:09,563 Saya banyak meluangkan masa bersama ikan paus pembunuh 523 00:28:09,646 --> 00:28:11,148 dan kita harus menghormatinya. 524 00:28:12,566 --> 00:28:15,110 Saya tidak akan keluar bot dan tidak akan mengganggunya. 525 00:28:17,196 --> 00:28:19,698 Kelajuan dan kuasanya sangat menakjubkan. 526 00:28:27,247 --> 00:28:29,208 Peraturannya sama seperti di dewan biliard. 527 00:28:29,291 --> 00:28:32,002 Pastikan sebelah kaki sentiasa menjejak lantai. 528 00:28:36,173 --> 00:28:38,592 Walaupun sudah beribu-ribu kali melihatnya, 529 00:28:43,472 --> 00:28:45,307 setiap kali saya melihatnya, 530 00:28:45,641 --> 00:28:46,892 terasa seperti dalam mimpi. 531 00:29:00,489 --> 00:29:03,033 Seingat saya, ia tiba pada tahun 1992. 532 00:29:03,116 --> 00:29:05,452 Saya berada di Stadium Ikan Paus dan Dolfin semasa ia tiba. 533 00:29:05,994 --> 00:29:09,706 Saiznya dua kali lebih besar daripada haiwan lain di kemudahan itu. 534 00:29:09,790 --> 00:29:10,666 Ya! 535 00:29:10,749 --> 00:29:12,668 Beratnya kira-kira 5,440 kilogram. 536 00:29:12,751 --> 00:29:16,129 Luar biasa. Ia kelihatan hebat. 537 00:29:16,213 --> 00:29:18,340 Selepas Tilikum tiba di SeaWorld, 538 00:29:18,507 --> 00:29:22,928 ia diserang berkali-kali oleh Katina dan ikan paus lain dengan kejam. 539 00:29:23,637 --> 00:29:27,140 Di alam liar, kawanan haiwan ini diketuai ikan paus betina. 540 00:29:27,224 --> 00:29:30,102 Ikan paus jantan pula berenang di perimeter kawanan. 541 00:29:30,978 --> 00:29:31,895 Dalam kurungan, 542 00:29:31,979 --> 00:29:35,816 haiwan itu hidup bersama dalam ruang yang sangat kecil. 543 00:29:36,316 --> 00:29:38,527 Tilikum sangat besar, 544 00:29:38,610 --> 00:29:42,322 dan tidak boleh melarikan diri kerana ia tidak begitu lincah 545 00:29:42,406 --> 00:29:45,325 seperti ikan paus betina lain yang lebih kecil dan laju. 546 00:29:45,409 --> 00:29:47,619 Ke mana ia boleh lari? Tempat terlalu kecil. 547 00:29:47,992 --> 00:29:50,706 Saya rasa ia banyak menghabiskan masa dalam pengasingan. 548 00:29:50,789 --> 00:29:53,333 SeaWorld mendakwa bahawa Tilikum selalu bersama… 549 00:29:53,417 --> 00:29:55,419 dengan ikan paus betina lain, tapi saya lihat 550 00:29:55,502 --> 00:29:58,005 ia hanya bersama ikan paus betina untuk tujuan pembiakan. 551 00:29:58,380 --> 00:30:01,508 Ia tidak meluangkan masa dengan ikan paus yang lain. 552 00:30:02,634 --> 00:30:06,179 Itu untuk perlindungan dirinya kerana ia sering diserang. 553 00:30:06,361 --> 00:30:08,473 Jadi, dengan mengasingkannya, 554 00:30:08,974 --> 00:30:13,645 ia menjadi penghalang fizikal supaya tak diserang lagi. 555 00:30:13,729 --> 00:30:16,273 Tilikum dikurung di belakang, 556 00:30:16,523 --> 00:30:20,861 dan dibawa keluar pada hujung pertunjukan sebagai persembahan penutup. 557 00:30:25,115 --> 00:30:28,076 Ia sentiasa gembira melihat kami pada waktu pagi. 558 00:30:28,160 --> 00:30:29,661 - Hai! - Itu dia. 559 00:30:29,745 --> 00:30:31,913 - Ikan paus yang baik. - Tengok mulutnya. 560 00:30:31,997 --> 00:30:34,166 Mungkin kerana ia keseorangan, mungkin kerana ia lapar, 561 00:30:34,249 --> 00:30:35,751 atau kerana ia suka akan kita. 562 00:30:35,834 --> 00:30:37,919 Tiada siapa yang tahu apa yang difikirkannya. 563 00:30:38,003 --> 00:30:39,671 Kamu mahu bersiul? 564 00:30:40,339 --> 00:30:43,383 Ia boleh bercakap dengan kita. 565 00:30:43,467 --> 00:30:45,010 - Ya. - Betul. 566 00:30:45,093 --> 00:30:46,470 Ia cantik, bukan? 567 00:30:46,553 --> 00:30:48,180 Kuatnya bunyi tadi. Hebat. 568 00:30:50,223 --> 00:30:52,142 - Ayuh. - Lambaikan sirip itu. 569 00:30:52,225 --> 00:30:54,644 Ia nampaknya berminat dan suka bekerja. 570 00:30:54,728 --> 00:30:57,189 Ia nampaknya ingin belajar perkara baharu. 571 00:30:57,272 --> 00:31:00,317 Ia nampaknya gembira bekerja dengan pelatih. 572 00:31:02,152 --> 00:31:05,155 Bagi saya, Tilikum menyeronokkan. 573 00:31:05,322 --> 00:31:07,032 Ia benar-benar berinteraksi dengan saya. 574 00:31:07,199 --> 00:31:10,065 Setiap hari saya pergi bekerja, saya gembira berjumpa Tilly. 575 00:31:12,621 --> 00:31:15,457 Comelnya. 576 00:31:19,836 --> 00:31:22,005 Kamu terlalu comel. 577 00:31:22,214 --> 00:31:24,883 Semasa saya berada di sana, saya tak pernah anggap 578 00:31:24,966 --> 00:31:28,345 Tilikum ikan paus yang menakutkan. 579 00:31:28,428 --> 00:31:29,304 Tidak sama sekali. 580 00:31:29,471 --> 00:31:33,850 Mungkin kami terlalu naif, atau 581 00:31:34,226 --> 00:31:39,481 kami tidak dimaklumkan tentang situasi Keltie yang sebenar. 582 00:31:39,564 --> 00:31:41,024 Pusing dan senyum. 583 00:31:41,108 --> 00:31:42,943 - Senyum - Ya. 584 00:31:43,026 --> 00:31:45,570 Saya beranggapan bahawa Tilikum tiada kaitan 585 00:31:45,654 --> 00:31:48,156 dengan pembunuhan itu. Saya sangka ikan paus betina 586 00:31:48,240 --> 00:31:49,366 yang telah membunuh Keltie. 587 00:31:49,449 --> 00:31:52,160 Pada mulanya, saya rasa aneh melihat kelakuan mereka 588 00:31:52,244 --> 00:31:54,371 berdekatan ikan paus ini. Perkara yang diberitahu mereka 589 00:31:54,454 --> 00:31:56,748 tentangnya juga bercanggah. 590 00:31:56,832 --> 00:31:58,583 Saya masih ingat pada hari pertama ia tiba, 591 00:31:58,750 --> 00:32:01,503 salah seorang pelatih senior di SeaWorld… 592 00:32:01,586 --> 00:32:04,756 Tilikum berada di dalam kolam dan pelatih itu berjalan sepanjang pagar. 593 00:32:04,840 --> 00:32:07,551 Baju selamnya tidak berzip dan diikat pada pinggangnya. 594 00:32:07,634 --> 00:32:09,761 Dia membuat bunyi sambil berkata, 595 00:32:09,845 --> 00:32:11,555 "Hei, Tilikum. Comelnya kamu." 596 00:32:11,638 --> 00:32:14,474 Dia bermain-main dengan Tilikum 597 00:32:14,558 --> 00:32:18,478 dan salah seorang penyelia menjerit, "Jauhkan dia dari situ!" 598 00:32:18,562 --> 00:32:20,814 Dia menjerit, "Bawa dia keluar dari situ." 599 00:32:20,897 --> 00:32:22,899 Mereka seolah-olah bimbang sesuatu akan berlaku. 600 00:32:22,983 --> 00:32:26,111 Saya terfikir, "Kenapa kamu semua 601 00:32:26,194 --> 00:32:29,030 kecoh sangat. Bukan Tilikum yang membunuh wanita itu." 602 00:32:29,114 --> 00:32:32,409 Jelas sekali pengurusan tahu ada sebab tertentu 603 00:32:32,492 --> 00:32:34,286 untuk berjaga-jaga dengan Tilikum. 604 00:32:34,369 --> 00:32:36,997 Jelas mereka tahu lebih daripada yang dimaklumkan kepada kami. 605 00:32:38,331 --> 00:32:40,917 Tuan-tuan dan puan-puan, dua aksi yang bakal anda lihat, 606 00:32:41,001 --> 00:32:43,128 hanya dapat disaksikan di SeaWorld ini. 607 00:32:44,254 --> 00:32:47,966 Jeff berada dalam kalangan penonton untuk merakam pertunjukan Shamu. 608 00:32:48,383 --> 00:32:49,301 Pertunjukan itu hebat. 609 00:32:49,468 --> 00:32:50,927 Babak hot dog 610 00:32:51,011 --> 00:32:52,575 dan babak air berjalan dengan lancar. 611 00:32:55,807 --> 00:32:58,143 Saya sangat teruja untuk merakam 612 00:32:58,226 --> 00:33:00,812 kerana ia pertunjukan yang hebat. 613 00:33:04,191 --> 00:33:06,448 Pertunjukan yang agak lengkap 614 00:33:06,735 --> 00:33:09,613 mungkin boleh dicapai hanya beberapa kali seminggu. 615 00:33:12,115 --> 00:33:14,951 Pada penghujung pertunjukan, Liz sedang bekerja dengan Tilikum, 616 00:33:15,035 --> 00:33:17,120 dan tiba-tiba Tilikum menerjang dari air ke arahnya. 617 00:33:17,287 --> 00:33:20,540 Saya telah merakam Tilikum keluar dari air 618 00:33:20,624 --> 00:33:22,709 dan menyengetkan badannya. Bagi saya, ia kelihatan 619 00:33:22,792 --> 00:33:24,085 seperti Tilikum mahu menggigit Liz. 620 00:33:24,377 --> 00:33:25,670 Pada ketika itu, 621 00:33:26,546 --> 00:33:28,715 pita itu rosak. 622 00:33:28,840 --> 00:33:32,093 Saya telah diarahkan supaya membuang pita itu. 623 00:33:32,260 --> 00:33:35,597 Oleh sebab mahu memelihara pita itu, saya gunakan peralatan menyunting 624 00:33:35,680 --> 00:33:38,767 untuk memotong sedikit 625 00:33:38,934 --> 00:33:41,019 babak Tilikum menyerang, dan menyambungkannya semula. 626 00:33:41,102 --> 00:33:43,522 Ia kelihatan seperti gangguan pada pita. 627 00:33:43,605 --> 00:33:45,649 Saya tunjukkan kepada mereka, tetapi mereka kata, 628 00:33:45,732 --> 00:33:47,234 "Pita ini tidak boleh dipakai lagi." 629 00:33:47,317 --> 00:33:49,277 Jadi, kami terpaksa memusnahkan pita itu. 630 00:33:51,821 --> 00:33:53,740 PENTADBIRAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 631 00:33:53,823 --> 00:33:57,599 MEMERIKSA BALAS SAKSI 632 00:33:58,453 --> 00:33:59,871 KETUA PELATIH SEAWORLD 633 00:33:59,955 --> 00:34:02,374 TILIKUM TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG KELAKUAN 634 00:34:02,457 --> 00:34:08,569 YANG MEMBUAT SAYA FIKIR IA AKAN MENARIK. 635 00:34:08,668 --> 00:34:10,297 PEGUAM OSHA 636 00:34:10,382 --> 00:34:15,409 NAMUN AWAK TAHU IA MAMPU MENARIK? 637 00:34:16,846 --> 00:34:20,141 SAYA TAHU AWAK MAMPU MEROGOL. 638 00:34:20,266 --> 00:34:25,021 SAYA BOLEH CAKAP, SEMUA LELAKI BERPOTENSI UNTUK MENJADI PEROGOL. 639 00:34:25,105 --> 00:34:26,188 HAKIM KEN WELSCH 640 00:34:26,273 --> 00:34:27,815 KAMI AKAN ABAIKAN KOMEN ITU. 641 00:34:27,899 --> 00:34:30,277 Ia agak keterlaluan apabila SeaWorld mendakwa 642 00:34:30,360 --> 00:34:32,862 bahawa Tilikum tidak akan keluar dari air kerana 643 00:34:32,946 --> 00:34:34,906 mereka telah menyaksikan ia keluar dari air, 644 00:34:34,989 --> 00:34:37,367 dan ia juga tertulis dalam profilnya. 645 00:34:39,077 --> 00:34:41,079 Ia menerjang ke arah pelatih. 646 00:34:41,204 --> 00:34:44,730 KADANGKALA MENERJANG KE ARAH JURULATIH 647 00:34:45,083 --> 00:34:48,210 Apabila kita melawat SeaWorld, kita cenderung untuk leka oleh hakikat 648 00:34:48,295 --> 00:34:51,922 bahawa Shamu telah disediakan habitat yang selamat dan selesa. 649 00:34:52,007 --> 00:34:54,092 Semua aksi yang dilatih adalah lanjutan 650 00:34:54,175 --> 00:34:56,928 tingkah laku semula jadi ikan paus pembunuh. 651 00:34:57,012 --> 00:35:00,265 Saya membaca skrip pertunjukan. 652 00:35:00,348 --> 00:35:02,183 Saya benar-benar malu sekarang. 653 00:35:02,267 --> 00:35:06,229 Ada baris yang berbunyi, "Tengoklah Namu." 654 00:35:06,313 --> 00:35:09,065 "Namu tidak melakukan aksi itu kerana terpaksa." 655 00:35:09,232 --> 00:35:12,694 Namu melakukan aksi itu atas kemahuan sendiri. 656 00:35:12,861 --> 00:35:14,571 Aduhai. 657 00:35:14,654 --> 00:35:16,823 Saya berasa sangat malu dengan itu. 658 00:35:16,906 --> 00:35:18,033 Sangat malu. 659 00:35:20,118 --> 00:35:22,746 Pada ketika itu, saya meyakinkan diri sendiri 660 00:35:22,829 --> 00:35:26,249 bahawa hubungan yang kami jalinkan dibina daripada sesuatu 661 00:35:26,333 --> 00:35:28,957 yang lebih kuat daripada sekadar saya memberinya makanan. 662 00:35:29,294 --> 00:35:31,004 Saya mahu beranggapan begitu… 663 00:35:32,881 --> 00:35:35,258 tetapi saya tak tahu jika itu benar. 664 00:35:38,470 --> 00:35:41,973 Saya telah lama bekerja di sana dan melihat beberapa perkara 665 00:35:42,140 --> 00:35:45,560 yang membuatkan saya mempersoalkan tujuan saya berada di sana 666 00:35:45,644 --> 00:35:47,437 dan perkara yang kami lakukan pada haiwan itu. 667 00:35:47,601 --> 00:35:50,899 IKLAN SEAWORLD TAHUN 1990 668 00:35:50,982 --> 00:35:53,526 Pada 4 November 1988, 669 00:35:53,610 --> 00:35:56,112 seekor ikan paus pembunuh di SeaWorld 670 00:35:56,196 --> 00:35:59,491 telah menganugerahkan persembahan sekali seumur hidup. 671 00:36:06,581 --> 00:36:09,292 Jangan lepaskan keajaiban kecil ini. 672 00:36:09,459 --> 00:36:12,337 Mari bertemu dengan Shamu Kecil kami. 673 00:36:13,418 --> 00:36:15,340 Saya tahu saya bersikap naif, 674 00:36:15,507 --> 00:36:17,300 tapi saya anggap… 675 00:36:19,803 --> 00:36:22,055 menjadi tanggungjawab kami untuk buat sebaik boleh 676 00:36:22,138 --> 00:36:23,848 bagi memastikan keluarganya tidak berpecah 677 00:36:23,932 --> 00:36:26,643 sebab kami tahu begitulah keadaannya di alam liar. 678 00:36:26,726 --> 00:36:29,104 Ya, itu bayi kami… 679 00:36:29,187 --> 00:36:31,606 Kalina ialah Shamu Kecil yang pertama. 680 00:36:31,773 --> 00:36:34,317 Shamu Kecil, bintang terbaru SeaWorld… 681 00:36:34,401 --> 00:36:38,905 Ia suka mengganggu dan mencabar ibunya sedikit 682 00:36:38,988 --> 00:36:41,574 dan ia juga mengganggu pertunjukan. 683 00:36:41,658 --> 00:36:43,729 Semua orang menyukainya. 684 00:36:43,829 --> 00:36:46,913 Shamu Ikan paus kecil kami 685 00:36:47,831 --> 00:36:49,958 Pihak atasan memutuskan untuk memindahkannya 686 00:36:50,041 --> 00:36:53,002 ke taman baharu pada umur empat setengah tahun. 687 00:36:53,086 --> 00:36:57,173 Itu berita baharu bagi kami pelatih yang bekerja dengannya. 688 00:36:57,340 --> 00:37:00,009 Bagi saya, tidak pernah terlintas dalam fikiran 689 00:37:00,093 --> 00:37:03,722 bahawa mereka mungkin akan memisahkan anak daripada ibunya. 690 00:37:06,933 --> 00:37:10,645 Para penyelia mengejek-ejek saya, 691 00:37:10,729 --> 00:37:13,019 dengan berkata, "Kasihan, Kalina. 692 00:37:13,356 --> 00:37:16,776 Apa yang akan ia buat tanpa ibunya?" 693 00:37:16,860 --> 00:37:19,612 Ejekan mereka membuat saya mendiamkan diri. 694 00:37:21,281 --> 00:37:23,867 Jadi, pada malam pemindahan, kami terpaksa memasang jaring 695 00:37:23,950 --> 00:37:28,037 untuk mengasingkan Kalina, si anak, ke dalam kolam perubatan. 696 00:37:28,121 --> 00:37:31,332 Katina biasanya tenang. 697 00:37:31,416 --> 00:37:33,710 Ia bukan ikan paus yang bising. 698 00:37:33,877 --> 00:37:37,088 Selepas Kalina dipindahkan dari kolam itu, 699 00:37:37,172 --> 00:37:40,133 dan dimasukkan ke dalam trak dan dibawa ke lapangan terbang, 700 00:37:40,216 --> 00:37:42,719 ibunya, Katina dibiarkan di dalam kolam. 701 00:37:42,886 --> 00:37:46,556 Ia berenang di penjuru kolam, 702 00:37:46,639 --> 00:37:50,560 menggeletar dan mengeluarkan bunyi. 703 00:37:50,643 --> 00:37:51,686 Ia memekik dan menangis. 704 00:37:51,895 --> 00:37:54,105 Saya tidak pernah melihatnya 705 00:37:54,189 --> 00:37:55,607 berkelakuan sebegitu. 706 00:37:55,690 --> 00:37:57,692 Ikan paus betina yang lain 707 00:37:57,776 --> 00:37:59,277 akan datang dan memeriksa keadaannya 708 00:37:59,360 --> 00:38:01,196 sekali-sekala malam itu. 709 00:38:01,279 --> 00:38:04,616 Katina memekik dan memanggil-manggil dan ikan paus lain berpatah balik. 710 00:38:06,910 --> 00:38:09,204 Melihatnya, kita hanya ada satu penjelasan, 711 00:38:09,287 --> 00:38:11,498 ia sedang mengalami kesedihan. 712 00:38:13,875 --> 00:38:15,084 Ikan paus itu bukan milik kita. 713 00:38:16,044 --> 00:38:19,047 Kita sayanginya dan kita fikir, 714 00:38:19,130 --> 00:38:22,592 "Saya yang menyentuh, menyuapkan makanan, memastikan ia hidup, 715 00:38:22,675 --> 00:38:24,969 dan menjaga keperluannya." 716 00:38:25,553 --> 00:38:26,763 Ia bukan milik kita. 717 00:38:27,639 --> 00:38:28,681 Syarikat yang memilikinya. 718 00:38:30,141 --> 00:38:31,684 Kasatka dan Takara sangat rapat. 719 00:38:32,685 --> 00:38:35,480 Kasatka ialah ibu dan Takara pula anaknya. 720 00:38:36,564 --> 00:38:38,399 Takara istimewa bagi saya. 721 00:38:39,609 --> 00:38:42,237 Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. 722 00:38:42,320 --> 00:38:44,989 Semasa mereka memisahkan Kasatka dan Takara, 723 00:38:45,073 --> 00:38:46,950 mereka mahu membawa Takara ke Florida. 724 00:38:47,450 --> 00:38:51,579 Setelah Takara dibawa keluar dari kolam, 725 00:38:51,663 --> 00:38:54,582 dimasukkan ke dalam trak dan dibawa ke lapangan terbang, 726 00:38:56,626 --> 00:38:59,963 Kasatka tak henti-henti mengeluarkan bunyi 727 00:39:00,046 --> 00:39:02,215 yang tak pernah didengar sebelum itu. 728 00:39:03,007 --> 00:39:04,133 Mereka memanggil 729 00:39:04,217 --> 00:39:07,011 saintis penyelidikan senior untuk menganalisis vokal itu. 730 00:39:07,595 --> 00:39:10,473 Ia adalah vokal jarak jauh. 731 00:39:11,516 --> 00:39:13,226 Katina sedang mencuba sesuatu 732 00:39:13,309 --> 00:39:16,896 yang tidak pernah didengari untuk mencari Takara. 733 00:39:17,564 --> 00:39:19,107 Ia menyayat hati. 734 00:39:20,733 --> 00:39:23,111 Bagaimana mungkin sesiapa 735 00:39:23,194 --> 00:39:27,991 melihat keadaan itu dan menganggap ia bermoral? 736 00:39:28,074 --> 00:39:29,367 Ia tidak bermoral. 737 00:39:30,118 --> 00:39:31,619 Ia tidak baik. 738 00:39:34,080 --> 00:39:35,707 Sedia, Dean. 739 00:39:35,790 --> 00:39:37,458 Mari saksikan siaran langsung SeaWorld 740 00:39:37,542 --> 00:39:40,295 di mana Dean Gomersall menyertai kita untuk ulasan ringkas. 741 00:39:40,378 --> 00:39:42,463 Hai, Dean. Kongsikan pertunjukan baharu itu. 742 00:39:42,547 --> 00:39:43,840 Selamat tengah hari, Richard. 743 00:39:43,923 --> 00:39:45,717 Namanya Penemuan Ikan Paus dan Dolfin. 744 00:39:45,800 --> 00:39:48,011 Pertunjukan ini menunjukkan hubungan yang kami ada 745 00:39:48,094 --> 00:39:50,138 antara semua haiwan kami di sini… 746 00:39:50,221 --> 00:39:52,432 Terdapat banyak perkara yang diberitahu kepada kami 747 00:39:52,599 --> 00:39:54,809 yang diberitahu berkali-kali 748 00:39:54,893 --> 00:39:56,311 sehingga kami mula mempercayainya. 749 00:39:56,477 --> 00:39:58,187 Semua haiwan di sini bergaul sangat baik. 750 00:39:58,354 --> 00:40:00,231 Sama seperti melatih anjing. 751 00:40:00,315 --> 00:40:02,775 Ketika itu saya muda dan jahil. 752 00:40:02,859 --> 00:40:05,361 Saya tak tahu apa yang saya lakukan. 753 00:40:05,570 --> 00:40:06,946 - Bagus. - Syabas. 754 00:40:07,030 --> 00:40:08,698 Kerja yang sangat bagus. 755 00:40:16,497 --> 00:40:18,708 Tuan-tuan dan puan-puan, ini David dari Maryland. 756 00:40:18,791 --> 00:40:20,919 Lambai kepada semua orang, David. 757 00:40:21,502 --> 00:40:24,339 Saya percaya akan kata-kata mereka. 758 00:40:24,505 --> 00:40:27,467 Saya belajar berkata apa yang mereka beritahu kami kepada penonton. 759 00:40:27,550 --> 00:40:28,426 Helo. 760 00:40:28,509 --> 00:40:30,762 Kanak-kanak ialah antara peminat setia Shamu. 761 00:40:30,845 --> 00:40:32,597 Kita boleh buat apa-apa sahaja. 762 00:40:32,680 --> 00:40:35,516 Bekerja di sana, saya ingatkan pengetahuan saya cukup 763 00:40:35,600 --> 00:40:37,143 dan saya arif tentang haiwan ini. 764 00:40:37,226 --> 00:40:38,853 Saya tak tahu apa-apa tentangnya. 765 00:40:38,937 --> 00:40:41,230 Saya tahu banyak tentang menjadi pelatih haiwan 766 00:40:41,314 --> 00:40:43,107 atau ikan paus pembunuh, tapi saya jahil 767 00:40:43,191 --> 00:40:45,985 tentang sejarah semula jadi atau tingkah laku haiwan ini. 768 00:40:46,069 --> 00:40:49,113 Saya benar-benar percaya kebanyakan ajaran mereka, 769 00:40:49,197 --> 00:40:50,573 sebab kenapa mereka mahu menipu? 770 00:40:50,740 --> 00:40:55,966 Oleh sebab ikan paus pembunuh mati muda di dalam kolam mereka, 771 00:40:56,537 --> 00:41:01,417 mereka mendakwa jangka hayat haiwan ini adalah 25 atau 30 tahun. 772 00:41:01,584 --> 00:41:04,170 - 25 hingga 35 tahun. - 25 hingga 35 tahun. 773 00:41:04,337 --> 00:41:07,715 Jangka hayatnya di alam liar adalah kira-kira 774 00:41:07,882 --> 00:41:09,717 35 hingga pertengahan 30-an. 775 00:41:09,801 --> 00:41:11,844 Jangka hayatnya lebih lama di persekitaran ini 776 00:41:11,928 --> 00:41:13,471 sebab ada penjagaan veterinar. 777 00:41:13,554 --> 00:41:14,681 Sudah tentu, maklumat itu palsu. 778 00:41:14,764 --> 00:41:19,769 Selepas lebih enam tahun menyelidik, menjelang tahun 1980 kami tahu 779 00:41:19,852 --> 00:41:23,398 bahawa jangka hayatnya menyamai jangka hayat manusia. 780 00:41:23,606 --> 00:41:27,735 Setiap fakta yang boleh memalukan akan diputar belit, 781 00:41:27,819 --> 00:41:30,363 diubah dan dinafikan. 782 00:41:30,530 --> 00:41:31,948 Di alam liar, jangka hayatnya… 783 00:41:32,031 --> 00:41:33,074 - Pendek. - Pendek. 784 00:41:33,157 --> 00:41:35,159 Ambil contoh sirip dorsal yang terkelepai. 785 00:41:35,284 --> 00:41:39,163 Dua puluh lima peratus ikan paus pembunuh mempunyai sirip sebegitu 786 00:41:39,247 --> 00:41:40,415 apabila ia semakin tua. 787 00:41:40,581 --> 00:41:45,753 Kita tahu, kurang daripada satu peratus ikan paus liar memiliki sirip terkelepai. 788 00:41:45,920 --> 00:41:50,883 Kesemua ikan paus jantan kurungan memiliki sirip terkelepai. 789 00:41:50,967 --> 00:41:54,595 Mereka juga akan berkata ikan paus itu adalah sekeluarga. 790 00:41:54,679 --> 00:41:55,763 Ia dalam kawanannya sendiri. 791 00:41:56,264 --> 00:42:00,810 Namun, itu hanya satu gabungan tiruan daripada koleksi mereka. 792 00:42:00,893 --> 00:42:04,188 Pihak pengurusan akan menambah ikan paus pembunuh 793 00:42:04,272 --> 00:42:06,524 melalui kelahiran anak, 794 00:42:06,607 --> 00:42:08,568 dibeli atau dibawa dari tempat lain. 795 00:42:08,776 --> 00:42:11,362 Itu bukan sebuah keluarga. Ia sebuah penipuan. 796 00:42:12,697 --> 00:42:14,991 Ia haiwan yang mempunyai subset budaya yang berbeza, 797 00:42:15,074 --> 00:42:16,951 yang telah dibawa dari pelbagai taman. 798 00:42:17,118 --> 00:42:18,161 Negara asal juga berbeza. 799 00:42:18,244 --> 00:42:20,329 Ia bukan hanya dua ikan paus pembunuh yang berbeza. 800 00:42:20,413 --> 00:42:23,082 Gen haiwan-haiwan itu juga berbeza. 801 00:42:23,166 --> 00:42:25,918 Ia menggunakan bahasa yang berbeza. 802 00:42:27,837 --> 00:42:30,381 Perkara yang mungkin berlaku apabila 803 00:42:30,548 --> 00:42:33,342 dicampurkan dengan ikan paus lain yang tak membesar dengannya 804 00:42:33,426 --> 00:42:35,261 dan daripada budaya yang berbeza, 805 00:42:35,750 --> 00:42:37,472 adalah sifat agresif melampau… 806 00:42:40,391 --> 00:42:43,603 peningkatan keganasan dan pembunuhan dalam kurungan 807 00:42:43,686 --> 00:42:46,189 yang kita takkan jumpa di alam liar. 808 00:42:47,023 --> 00:42:49,192 Untuk kesihatan dan keselamatan haiwan, 809 00:42:49,275 --> 00:42:51,569 dilarang memasukkan tangan ke dalam air. 810 00:42:51,652 --> 00:42:53,446 Ketegangan antara ikan paus 811 00:42:53,529 --> 00:42:57,112 sentiasa dapat dirasai di sini. 812 00:42:57,575 --> 00:43:03,081 Keganasan sesama ikan paus adalah perkara yang biasa. 813 00:43:03,164 --> 00:43:07,126 Anda diminta untuk menggunakan tangga dan lorong untuk keluar. 814 00:43:07,210 --> 00:43:09,420 Sila jangan pijak tempat duduk. 815 00:43:09,504 --> 00:43:11,422 Kawasan ini mungkin menjadi basah 816 00:43:11,506 --> 00:43:13,883 dan licin kepada sesetengah jenis kasut. 817 00:43:13,966 --> 00:43:15,051 Terima kasih. 818 00:43:15,134 --> 00:43:17,637 Keajaiban biru… 819 00:43:17,720 --> 00:43:19,555 Di alam liar, apabila ada ketegangan, 820 00:43:19,639 --> 00:43:21,557 ia ada kawasan beribu-ribu kilometer persegi 821 00:43:21,641 --> 00:43:24,519 untuk melarikan diri dari tempat kejadian. 822 00:43:25,520 --> 00:43:27,772 Kelebihan sebegitu tiada dalam kurungan. 823 00:43:28,189 --> 00:43:31,692 Bolehkah anda bayangkan terkurung di dalam kurungan seumur hidup 824 00:43:31,776 --> 00:43:34,362 sedangkan anda sudah biasa berenang 160 kilometer sehari? 825 00:43:34,529 --> 00:43:38,282 Perasaan bebas… 826 00:43:38,533 --> 00:43:41,160 Kadangkala, keganasan menjadi sangat teruk 827 00:43:41,244 --> 00:43:45,289 sehingga ikan paus boleh mati akibat keganasan ini. 828 00:43:46,207 --> 00:43:47,542 Ketika itu tahun 1988. 829 00:43:47,668 --> 00:43:50,378 Kandu cuba menunjukkan dominasi ke atas Corky 830 00:43:50,545 --> 00:43:52,338 dengan melanggar Corky. 831 00:43:52,421 --> 00:43:57,135 Namun, rahangnya retak dan arteri di dalam kepalanya terpotong. 832 00:43:57,218 --> 00:43:58,928 Kandu mati akibat kehilangan darah. 833 00:44:00,847 --> 00:44:03,391 Pasti menyakitkan untuk mati begitu. 834 00:44:06,060 --> 00:44:09,480 Saya nampak banyak perkara yang salah. 835 00:44:09,564 --> 00:44:11,315 Serta terdapat banyak maklumat yang salah 836 00:44:11,399 --> 00:44:13,734 dan ada sesuatu yang tak kena. 837 00:44:13,901 --> 00:44:16,904 Saya cuba asingkan pengalaman itu di dalam kepala saya 838 00:44:16,988 --> 00:44:19,699 dan membuat yang terbaik dengan pengetahuan saya 839 00:44:19,782 --> 00:44:21,742 untuk menjaga haiwan di sana. 840 00:44:21,909 --> 00:44:24,620 Saya rasa, semua pelatih di sana mempunyai niat yang sama. 841 00:44:24,704 --> 00:44:27,874 Mereka mahu menolong haiwan-haiwan itu. 842 00:44:28,624 --> 00:44:32,457 Kita akan terfikir, "Kalau saya pergi, siapa akan menjaga Tilikum?" 843 00:44:32,712 --> 00:44:35,423 Sebab itulah saya kekal. Saya rasa kasihan pada Tilikum. 844 00:44:36,007 --> 00:44:37,925 Kalau nak tahu niat yang sebenar, 845 00:44:38,009 --> 00:44:39,969 saya kekal kerana saya rasa kasihan pada Tilikum. 846 00:44:40,469 --> 00:44:43,931 Saya tak boleh menghalang diri saya daripada datang 847 00:44:44,182 --> 00:44:45,391 dan menjaga Tilikum. 848 00:44:50,938 --> 00:44:52,462 SEAWORLD MEMPERSEMBAHKAN 849 00:44:53,566 --> 00:44:58,237 PEMBUATAN BELIEVE 850 00:44:58,905 --> 00:45:00,865 Saya suka datang ke sini setiap hari 851 00:45:00,948 --> 00:45:04,619 dan membuat penonton tertarik dengan kerja kami bersama haiwan itu. 852 00:45:04,702 --> 00:45:07,121 Bagaimana saya boleh serlahkan keindahan haiwan ini 853 00:45:07,205 --> 00:45:09,749 dan membuat penonton pulang dalam keadaan mengagumi haiwan ini? 854 00:45:09,832 --> 00:45:11,250 Jika mereka tersentuh dan terkesan, 855 00:45:11,334 --> 00:45:14,003 saya akan rasa yang saya telah membantu haiwan-haiwan ini. 856 00:45:14,295 --> 00:45:16,839 Saya berhenti pada bulan Januari 2010. 857 00:45:16,923 --> 00:45:19,467 Sebulan sebelum Dawn meninggal dunia. 858 00:45:20,468 --> 00:45:23,137 Dia umpama pakar keselamatan. 859 00:45:23,221 --> 00:45:25,640 Dia selalu periksa dua kali, 860 00:45:25,723 --> 00:45:27,683 dan memastikan semua orang bekerja dengan betul. 861 00:45:27,767 --> 00:45:30,353 Saya masih ingat dia akan merakam setiap pertunjukannya 862 00:45:30,436 --> 00:45:33,064 untuk dia tonton dan mengkritik dirinya. 863 00:45:33,147 --> 00:45:35,441 Dia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. 864 00:45:36,567 --> 00:45:38,653 Apabila saya dapat tahu bahawa Dawn terbunuh, 865 00:45:38,736 --> 00:45:40,988 saya berasa terkejut. 866 00:45:42,031 --> 00:45:44,533 Sesiapa pun boleh jadi mangsa. Mungkin saya jadi pelatih sokongan. 867 00:45:44,617 --> 00:45:46,702 Bagaimana jika saya bertugas dan boleh selamatkan dia? 868 00:45:46,827 --> 00:45:49,247 Banyak perkara yang saya fikirkan. 869 00:45:52,458 --> 00:45:54,627 ISNIN 870 00:45:54,710 --> 00:45:56,545 AKHBAR LOS ANGELES TIMES 871 00:45:58,545 --> 00:46:01,371 IKAN PAUS MENCEDERAKAN PELATIH 872 00:46:01,509 --> 00:46:03,678 Pada tahun 1987, pelatih, John Sillick, 873 00:46:03,761 --> 00:46:07,139 telah dihempap di antara dua ekor ikan paus di SeaWorld of San Diego. 874 00:46:07,223 --> 00:46:10,518 Walaupun saya sudah bekerja di SeaWorld selama enam bulan, 875 00:46:10,601 --> 00:46:12,436 saya tak tahu perkara itu telah berlaku. 876 00:46:12,520 --> 00:46:13,771 Saya tak pernah dengar pun. 877 00:46:13,938 --> 00:46:17,191 Seperti biasa, SeaWorld menyalahkan kesilapan pelatih. 878 00:46:17,358 --> 00:46:19,318 Ia salah John. 879 00:46:19,402 --> 00:46:20,945 Dia sepatutnya turun dari ikan paus itu. 880 00:46:21,112 --> 00:46:23,698 Selama bertahun-tahun saya percaya dan beritahu orang hakikat itu. 881 00:46:23,781 --> 00:46:26,367 WAKIL SEAWORLD BERKATA… 882 00:46:26,450 --> 00:46:28,494 IA KESILAPAN PEMASAAN, 883 00:46:28,577 --> 00:46:31,831 BUKAN KELAKUAN AGRESIF IKAN PAUS 884 00:46:31,914 --> 00:46:35,584 Saya mula bekerja di SeaWorld lima hari selepas kejadian itu 885 00:46:35,668 --> 00:46:38,629 dan tidak banyak dimaklumkan tentang itu kepada kami, 886 00:46:38,713 --> 00:46:40,684 kecuali bahawa puncanya adalah kesilapan pelatih. 887 00:46:42,008 --> 00:46:45,177 Terutama apabila kita baru menyertai program itu, 888 00:46:45,261 --> 00:46:46,512 kita tidak banyak bertanya. 889 00:46:46,679 --> 00:46:48,764 Apabila melihat rakaman itu beberapa tahun kemudian, 890 00:46:48,931 --> 00:46:50,975 kita sedar bahawa pelatih itu tidak membuat silap. 891 00:46:51,058 --> 00:46:52,518 Ikan paus itu mendarat di atasnya. 892 00:46:52,601 --> 00:46:54,562 Ikan paus itu melompat di tempat yang salah. 893 00:46:55,104 --> 00:46:56,731 Ia mungkin kelakuan ganas. Entahlah. 894 00:46:56,814 --> 00:46:59,608 Namun melihat video itu, ia bukan salah pelatih langsung. 895 00:47:04,322 --> 00:47:07,992 Apabila saya lihat video ikan paus yang menghempap John, 896 00:47:08,075 --> 00:47:09,702 saya benar-benar terkejut. 897 00:47:09,785 --> 00:47:10,870 Nafas saya kencang. 898 00:47:10,953 --> 00:47:12,079 Saya tonton beberapa kali, 899 00:47:12,163 --> 00:47:13,664 dan setiap kali pasti terkejut. 900 00:47:13,748 --> 00:47:15,249 Saya tak percaya apa yang saya lihat. 901 00:47:15,333 --> 00:47:19,253 Baju selamnya yang membendung badannya daripada tercerai. 902 00:47:19,337 --> 00:47:20,796 Dia dibedah beberapa kali 903 00:47:20,880 --> 00:47:22,965 dan di dalam badannya banyak perkakasan dipasang. 904 00:47:23,174 --> 00:47:26,052 Sukar untuk saya percaya bahawa saya tak pernah melihat video itu 905 00:47:26,344 --> 00:47:28,929 semasa bekerja sebagai pelatih haiwan. 906 00:47:29,055 --> 00:47:30,848 Bagi saya, setiap orang 907 00:47:30,931 --> 00:47:33,934 yang bekerja dengan ikan paus pembunuh harus melihat video itu. 908 00:47:38,189 --> 00:47:39,315 Tamarie… 909 00:47:40,566 --> 00:47:42,512 Tamarie membuat kesilapan. 910 00:47:42,818 --> 00:47:46,072 Kesilapannya yang paling besar adalah berinteraksi dengan ikan paus 911 00:47:46,155 --> 00:47:47,323 tanpa pelatih sokongan. 912 00:47:49,732 --> 00:47:52,036 Dia meletakkan kakinya di atas Orkid, 913 00:47:52,557 --> 00:47:53,829 kemudian mengangkat kakinya. 914 00:47:53,913 --> 00:47:57,166 Dia meletakkan kakinya pada muncung Orkid, kemudian mengangkatnya. 915 00:47:57,583 --> 00:47:59,752 Mengenali Orkid, apabila saya melihat video itu, 916 00:48:00,211 --> 00:48:03,547 saya berasa takut kerana saya tahu perkara yang mungkin berlaku. 917 00:48:05,344 --> 00:48:06,509 Orkid menggigit kakinya. 918 00:48:06,592 --> 00:48:09,845 Tamarie berpusing dan berpaut pada pagar. 919 00:48:09,929 --> 00:48:12,598 Dia kelihatan ditarik dari pagar itu. 920 00:48:14,725 --> 00:48:17,269 Pada ketika ini, Tamarie tahu bahawa dia dalam bahaya. 921 00:48:17,353 --> 00:48:18,646 Dia berada di bawah air. 922 00:48:18,729 --> 00:48:20,898 Splash dan Orkid mengepungnya. 923 00:48:20,981 --> 00:48:22,733 Dia tidak kelihatan. 924 00:48:22,817 --> 00:48:24,985 Pelatih lain tidak tahu kejadian ini sedang berlaku. 925 00:48:25,653 --> 00:48:26,904 Orang ramai mula menjerit. 926 00:48:26,987 --> 00:48:28,906 Peristiwa itu dirakam oleh pengunjung taman. 927 00:48:30,241 --> 00:48:32,076 Kita boleh dengar, tapi tak nampak dia. 928 00:48:32,159 --> 00:48:35,246 Namun kita dengar Tamarie naik ke permukaan. 929 00:48:35,788 --> 00:48:39,041 Kita dengar dia menjerit, "Tolong saya." 930 00:48:39,458 --> 00:48:41,252 Cara dia menjerit, 931 00:48:42,086 --> 00:48:43,796 sungguh mengerikan… 932 00:48:43,879 --> 00:48:46,757 Seolah-olah dia tahu bahawa dia akan mati. 933 00:48:48,342 --> 00:48:51,470 Robin telah buat keputusan yang bijak semasa dia datang. 934 00:48:51,554 --> 00:48:55,057 Dia minta seorang pelatih membuka rantai pintu pagar Kasatka. 935 00:48:56,267 --> 00:48:58,978 Dengan membuka rantai itu, Orkid akan tahu 936 00:48:59,061 --> 00:49:00,771 bahawa Kasatka akan masuk. 937 00:49:01,230 --> 00:49:03,441 Kasatka lebih dominan daripada Orkid. 938 00:49:03,941 --> 00:49:06,485 Jadi, Orkid melepaskan Tamarie. 939 00:49:06,986 --> 00:49:10,823 Lengannya telah bengkok. 940 00:49:11,407 --> 00:49:13,223 Dia mengalami fraktur kompaun. 941 00:49:15,661 --> 00:49:18,789 Dia sangat bertuah kerana masih hidup. 942 00:49:31,677 --> 00:49:35,055 Saya percaya mungkin ada lebih daripada 70 atau lebih, 943 00:49:35,139 --> 00:49:37,725 kemalangan yang melibatkan ikan paus dan pelatih. 944 00:49:37,808 --> 00:49:41,353 Kira-kira 30 kes berlaku sebelum saya mula bekerja di SeaWorld. 945 00:49:42,313 --> 00:49:43,481 Saya tak tahu pun tentangnya. 946 00:49:47,735 --> 00:49:50,154 Saya pernah melihat haiwan menyerang pelatih. 947 00:49:55,451 --> 00:49:56,994 Ada sesuatu yang tidak kena. 948 00:49:57,161 --> 00:49:58,537 Saya pernah lihat pelatih dihempap. 949 00:50:11,634 --> 00:50:15,471 Ikan paus itu sama ada sedang bermain atau berasa jengkel beberapa saat. 950 00:50:24,480 --> 00:50:25,940 Ia berlaku begitu sahaja. 951 00:50:26,774 --> 00:50:29,360 Terdapat budaya yang mana apabila berlaku sesuatu, 952 00:50:29,443 --> 00:50:31,445 kerja harus diteruskan. 953 00:50:31,529 --> 00:50:33,697 Kalau kita cedera, ada orang yang akan menggantikan kita. 954 00:50:33,781 --> 00:50:36,659 Kita dah bersusah payah. Adakah itu yang kita mahu? 955 00:50:46,418 --> 00:50:48,629 Seorang pelatih SeaWorld semakin pulih 956 00:50:48,712 --> 00:50:52,132 selepas pengalaman yang mengerikan di hadapan penonton. 957 00:50:54,468 --> 00:50:57,972 PERTUNJUKAN STADIUM SHAMU TERAKHIR PETANG ITU. 958 00:50:58,973 --> 00:51:03,978 PELATIH KEN PETERS BERSEDIA UNTUK "LOMPATAN ROKET" DENGAN KASATKA, 959 00:51:04,061 --> 00:51:08,171 IAITU SEEKOR IKAN PAUS PEMBUNUH SEBERAT 2,300 KILOGRAM. 960 00:51:14,238 --> 00:51:18,117 BEBERAPA SAAT SELEPAS MENYELAM, KASATKA MENGGIGIT KAKI KEN. 961 00:51:18,200 --> 00:51:21,912 Atas sebab tertentu, ikan paus itu menggunakan pendekatan berbeza 962 00:51:21,996 --> 00:51:23,789 daripada aktiviti yang dirancang 963 00:51:23,872 --> 00:51:27,167 bersama Ken Peters, seorang pelatih senior dan berpengalaman luas. 964 00:51:27,251 --> 00:51:28,808 Ia menarik Ken ke dasar kolam 965 00:51:29,211 --> 00:51:30,713 dan menahannya di situ. 966 00:51:32,673 --> 00:51:35,092 Lepaskan dia. Menggigitnya semula, 967 00:51:35,175 --> 00:51:36,510 dan menariknya ke dasar semula. 968 00:51:43,642 --> 00:51:47,896 Tempoh Ken ditahan dalam air adalah cukup lama. 969 00:51:48,480 --> 00:51:52,109 Kira-kira seminit atau seminit 20 saat. 970 00:51:56,822 --> 00:51:59,033 Apabila dia naik ke permukaan, Ken tidak panik. 971 00:51:59,116 --> 00:52:00,868 Dia tidak meronta-ronta atau menjerit. 972 00:52:00,951 --> 00:52:02,786 Mungkin dia jenis begitu. 973 00:52:02,870 --> 00:52:05,623 Dia mengusap-usap ikan paus itu. 974 00:52:09,774 --> 00:52:11,874 Ikan paus itu melepaskan kakinya, dan menggigit kaki yang lain. 975 00:52:31,148 --> 00:52:34,610 Kolam itu agak dalam dan ikan paus itu menarik Ken ke dasar. 976 00:52:34,693 --> 00:52:37,237 Saya rasa tekanan di bawah itu dua atmosfera. 977 00:52:37,321 --> 00:52:40,532 Jelas, En. Peters adalah penyelam skuba yang berpengalaman. 978 00:52:40,616 --> 00:52:42,284 Saya rasa pengetahuannya membolehkan dia 979 00:52:42,368 --> 00:52:44,370 bersikap dan berfikir dengan tenang, 980 00:52:44,453 --> 00:52:47,498 walaupun ditarik ke dasar kolam selaju itu. 981 00:52:50,167 --> 00:52:51,293 Daripada rakaman itu, 982 00:52:51,377 --> 00:52:53,045 Ken tahu langkah yang perlu diambil. 983 00:52:53,128 --> 00:52:54,922 Kita boleh lihat dia bernafas. 984 00:52:55,047 --> 00:52:56,799 Kita boleh lihat dia bernafas laju. 985 00:52:56,882 --> 00:52:59,968 Jadi, Ken tahu tentang berenang, menyelam dan berada di bawah air. 986 00:53:00,135 --> 00:53:02,513 Dia mungkin sudah agak dirinya akan ditarik semula ke bawah. 987 00:53:03,597 --> 00:53:08,352 Saya berasa sangat kagum dengan sikap tenang yang ditonjolkannya 988 00:53:08,435 --> 00:53:10,104 sepanjang peristiwa itu. 989 00:53:13,649 --> 00:53:15,526 Saya pasti akan berasa amat takut. 990 00:53:34,044 --> 00:53:35,796 Nyawanya sudah hampir ke penghujung. 991 00:53:37,923 --> 00:53:41,927 Ken Peters kononnya mempunyai hubungan yang baik dengan ikan paus ini. 992 00:53:42,636 --> 00:53:45,097 Mungkin itu benar dan mungkin sebab itulah dia selamat. 993 00:53:45,180 --> 00:53:48,767 Peters berjaya memujuk ikan paus itu untuk melepaskannya. 994 00:53:50,352 --> 00:53:51,979 Mereka memasang jaring. 995 00:54:00,696 --> 00:54:05,325 Dan Ken Peters berenang di atas tali pelampung, 996 00:54:05,409 --> 00:54:08,412 lalu memecut ke pelantar gelongsor 997 00:54:08,495 --> 00:54:11,081 kerana ikan paus itu mengejarnya. 998 00:54:11,373 --> 00:54:13,792 Ikan paus itu berenang di atas pelampung dan mengejarnya. 999 00:54:13,876 --> 00:54:15,169 Dia cuba berdiri dan lari. 1000 00:54:15,252 --> 00:54:16,420 Namun kakinya sudah cedera. 1001 00:54:16,503 --> 00:54:18,797 Dia terjatuh dan merangkak keluar. 1002 00:54:21,800 --> 00:54:23,719 Mereka menganggap peristiwa ini sebagai contoh 1003 00:54:23,802 --> 00:54:25,304 bahawa latihan mereka berhasil. 1004 00:54:25,596 --> 00:54:29,308 Mereka selalu mengingatkan supaya bertenang dan nampaknya ia berhasil. 1005 00:54:30,434 --> 00:54:33,937 Mereka menganggap peristiwa itu sebagai suatu kejayaan 1006 00:54:34,062 --> 00:54:35,355 cara mereka mengendalikan kerja. 1007 00:54:41,236 --> 00:54:44,531 Mungkin juga begitu. Namun ia boleh juga dianggap 1008 00:54:44,698 --> 00:54:48,202 sebagai peristiwa yang hampir membawa maut. 1009 00:54:55,000 --> 00:54:56,919 Hai, Shamu. Hai, semua. 1010 00:54:57,002 --> 00:54:59,254 Kami keluarga Johnson dari Detroit, Michigan. 1011 00:54:59,546 --> 00:55:01,507 Kami telah bergembira semasa melawat SeaWorld. 1012 00:55:01,590 --> 00:55:03,008 Salah satu tempat kegemaran kami. 1013 00:55:03,175 --> 00:55:06,428 Ya, saya suka adegan Shamu menyimbah air ke atas semua orang. 1014 00:55:06,595 --> 00:55:08,514 Apabila ikan paus mendekati kaca, 1015 00:55:08,597 --> 00:55:10,349 dan mula menyimbah air? 1016 00:55:10,432 --> 00:55:12,100 Habislah kamu semua. 1017 00:55:21,985 --> 00:55:26,073 Penolong syerif Daerah Orange telah mengenal pasti lelaki berusia 27 tahun 1018 00:55:26,156 --> 00:55:29,034 yang ditemui mati di dalam kolam ikan paus pembunuh di SeaWorld. 1019 00:55:29,159 --> 00:55:32,955 Mangsa bernama Daniel P Dukes berasal dari Carolina Selatan. 1020 00:55:33,080 --> 00:55:35,874 Dukes ditemui mati semalam di atas belakang Tilikum, 1021 00:55:35,958 --> 00:55:38,627 iaitu ikan paus pembunuh kurungan yang terbesar. 1022 00:55:39,086 --> 00:55:42,297 Saya cuma tahu kisah yang mereka bentangkan. 1023 00:55:42,381 --> 00:55:45,342 Dia seorang pemuda yang pernah ditahan 1024 00:55:45,425 --> 00:55:48,053 tidak lama sebelum menyelinap masuk ke dalam SeaWorld. 1025 00:55:48,220 --> 00:55:50,055 Mungkin dia memanjat pagar kawat berduri 1026 00:55:50,138 --> 00:55:52,933 di sekeliling perimeter dan tidak keluar setelah taman ditutup. 1027 00:55:53,433 --> 00:55:56,979 Jalan cerita yang sempurna. Lelaki yang ada gangguan mental 1028 00:55:57,062 --> 00:55:59,940 mencuri masuk ke dalam taman, menanggalkan pakaiannya, 1029 00:56:00,023 --> 00:56:03,193 dan mahu merasai pengalaman ajaib bersama seekor ikan paus pembunuh, 1030 00:56:03,318 --> 00:56:05,946 dan mati lemas kerana dia mengalami hipotermia. 1031 00:56:06,363 --> 00:56:08,323 Itulah jalan ceritanya, 1032 00:56:08,407 --> 00:56:10,200 dan tiada sesiapa pun tahu perkara sebenar. 1033 00:56:10,367 --> 00:56:13,996 Mangsa tidak dilihat oleh pelatih pengawal malam, 1034 00:56:14,079 --> 00:56:16,123 yang diandaikan berada di stesen itu. 1035 00:56:16,290 --> 00:56:18,125 Ada kamera di seluruh SeaWorld. 1036 00:56:18,208 --> 00:56:20,627 Ada kamera di belakang Stadium Shamu 1037 00:56:20,711 --> 00:56:21,795 yang menghala ke semua arah. 1038 00:56:21,879 --> 00:56:24,047 Ada kamera bawah air. 1039 00:56:24,131 --> 00:56:28,010 Susah untuk saya percaya bahawa tiada siapa tahu hingga pagi 1040 00:56:28,176 --> 00:56:30,095 bahawa ada mayat di situ. 1041 00:56:30,178 --> 00:56:32,431 Pelatih pengawal malam bertugas setiap malam. 1042 00:56:32,973 --> 00:56:35,934 Takkan pelatih itu tidak dengar bunyi air atau orang menjerit? 1043 00:56:36,143 --> 00:56:39,438 Bagi saya, ia sangat mencurigakan. 1044 00:56:39,646 --> 00:56:41,023 Salah seorang kakitangan… 1045 00:56:41,106 --> 00:56:43,108 mungkin dia ahli terapi fizikal. 1046 00:56:43,191 --> 00:56:47,070 Datang pada pagi itu dan nampak Tilikum, 1047 00:56:47,613 --> 00:56:50,449 dengan mayat lelaki bogel di atas belakangnya, 1048 00:56:50,532 --> 00:56:53,994 seperti mengaraknya sekeliling kolam belakang. 1049 00:56:54,745 --> 00:56:57,456 Cerita yang dibentangkan kepada orang awam adalah 1050 00:56:57,539 --> 00:57:01,168 lelaki ini tiada tempat tinggal tetap dan telah mati akibat hipotermia. 1051 00:57:01,251 --> 00:57:05,005 Namun, laporan pemeriksaan perubatan 1052 00:57:05,088 --> 00:57:07,174 adalah lebih grafik daripada kisah itu. 1053 00:57:07,257 --> 00:57:09,968 Sebagai contoh, Tilikum mengoyakkan pakaiannya 1054 00:57:10,052 --> 00:57:11,637 dan menggigit kemaluannya hingga putus. 1055 00:57:11,720 --> 00:57:14,139 Terdapat banyak kesan gigitan pada badannya. 1056 00:57:14,306 --> 00:57:18,310 Sama ada ia berlaku sebelum atau selepas kematiannya, saya tak tahu. 1057 00:57:18,393 --> 00:57:21,104 Namun, saya cuma boleh cakap, 1058 00:57:21,188 --> 00:57:24,024 lelaki itu telah masuk ke dalam kolam yang salah. 1059 00:57:31,406 --> 00:57:34,034 Kenapa masih menyimpan Tilikum di situ? 1060 00:57:34,201 --> 00:57:36,995 Ikan paus ini mempunyai rekod membunuh. 1061 00:57:37,079 --> 00:57:39,915 Jelas haiwan ini adalah liabiliti kepada institusi itu. 1062 00:57:39,998 --> 00:57:43,001 Kenapa masih menyimpannya? Jawapannya agak mudah. 1063 00:57:43,085 --> 00:57:45,337 Semennya bernilai tinggi. 1064 00:57:55,389 --> 00:57:56,974 Selama bertahun-tahun, Tilikum menjadi 1065 00:57:57,557 --> 00:57:59,851 salah seekor ikan paus baka utama di SeaWorld. 1066 00:58:03,689 --> 00:58:07,109 Mereka boleh menginseminasikan lebih banyak ikan paus betina 1067 00:58:07,192 --> 00:58:08,860 kerana spermanya boleh diambil dan dibekukan. 1068 00:58:08,944 --> 00:58:10,988 Ia seolah-olah bank sperma untuk ikan paus pembunuh. 1069 00:58:12,864 --> 00:58:15,242 Peraturan pertama dalam program pembiakan yang baik 1070 00:58:15,325 --> 00:58:17,619 adalah kita harus mengelak daripada membiakkan haiwan 1071 00:58:17,744 --> 00:58:20,372 yang memiliki sejarah keganasan terhadap manusia. 1072 00:58:20,956 --> 00:58:24,418 Bayangkan jika kita ada anjing pit bull yang telah membunuh manusia. 1073 00:58:24,501 --> 00:58:26,211 Haiwan itu pasti telah dimatikan. 1074 00:58:26,294 --> 00:58:28,422 Namun, dalam koleksi SeaWorld, 1075 00:58:28,505 --> 00:58:31,967 hampir 54 peratus ikan paus di SeaWorld 1076 00:58:32,050 --> 00:58:34,386 kini mempunyai gen Tilikum. 1077 00:58:47,983 --> 00:58:50,902 Kesilapannya adalah menganggap semua ikan paus adalah seperti Tilikum. 1078 00:58:50,986 --> 00:58:53,030 Kita perlu melihat sejarah latihannya dari lahir. 1079 00:58:53,447 --> 00:58:56,658 Kita perlu faham mengapa Tilikum amat berbahaya 1080 00:58:56,742 --> 00:58:58,410 kepada sesiapa pun di dalam air. 1081 00:58:58,493 --> 00:59:01,788 Kita juga perlu faham bahawa tiada seekor pun ikan paus pembunuh 1082 00:59:01,872 --> 00:59:03,206 dalam sistem adalah seperti itu. 1083 00:59:03,290 --> 00:59:05,292 Bagaimana dengan insiden di Loro Parque? 1084 00:59:05,917 --> 00:59:07,461 Pertama sekali, saya tak boleh 1085 00:59:07,544 --> 00:59:11,673 bercakap tentang Loro Parque secara terperinci. 1086 00:59:11,757 --> 00:59:13,759 Saya tiada di sana. 1087 00:59:13,842 --> 00:59:16,136 Malah, tak banyak yang saya tahu tentangnya. 1088 00:59:16,219 --> 00:59:18,555 Saya mungkin cuma tahu maklumat yang diketahui orang awam. 1089 00:59:21,349 --> 00:59:24,019 KEPULAUAN CANARY, SEPANYOL 1090 00:59:40,827 --> 00:59:44,271 Dia beritahu saya dia ada sesuatu yang penting untuk diberitahu. 1091 00:59:44,831 --> 00:59:48,293 Dia melutut dan melamar saya. 1092 00:59:52,714 --> 00:59:53,757 Itu sangat romantik. 1093 00:59:53,840 --> 00:59:54,925 Tentulah saya jawab, "Ya." 1094 00:59:55,008 --> 00:59:55,884 Dia tanya, "Betulkah?" 1095 00:59:55,967 --> 00:59:57,385 Saya jawab, "Sudah tentu." 1096 01:00:02,182 --> 01:00:06,436 Dia tak menyangka akan melatih ikan paus. 1097 01:00:06,937 --> 01:00:08,688 Dia fikir dia akan menjadi juruteknik bunyi. 1098 01:00:10,232 --> 01:00:12,734 Dia suka haiwan dan mahu mencubanya. 1099 01:00:13,318 --> 01:00:16,196 Dia cuba dan jatuh cinta dengan kerja itu. 1100 01:00:21,910 --> 01:00:24,538 Loro Parque terletak di Kepulauan Canary, 1101 01:00:24,621 --> 01:00:26,623 yang merupakan kawasan berautonomi Sepanyol. 1102 01:00:26,706 --> 01:00:30,293 Ia tarikan pelancong terbesar di seluruh Sepanyol. 1103 01:00:35,423 --> 01:00:37,968 Apabila SeaWorld menghantar ikan paus pembunuh ke Loro Parque, 1104 01:00:38,051 --> 01:00:41,096 semua orang bertanya, 1105 01:00:41,179 --> 01:00:46,268 "Bagaimana mereka buat keputusan untuk menghantar empat ikan paus muda 1106 01:00:46,351 --> 01:00:49,354 ke sebuah taman di luar pantai barat Afrika 1107 01:00:49,479 --> 01:00:53,817 dengan pelatih yang kebanyakannya tak pernah berlatih dengan ikan paus?" 1108 01:00:56,319 --> 01:00:57,654 Mereka belum bersedia. 1109 01:00:58,238 --> 01:00:59,698 Tempat itu belum sedia. 1110 01:00:59,781 --> 01:01:02,617 Ia belum sedia untuk ikan paus itu dan untuk mengadakan pertunjukan. 1111 01:01:03,410 --> 01:01:05,996 Pemilik taman tak mahu kehilangan pendapatan 1112 01:01:06,079 --> 01:01:08,540 dengan menutup kolam dan membaikinya. 1113 01:01:08,707 --> 01:01:10,709 Jadi, selama tiga tahun, ikan paus itu memakan kolam 1114 01:01:10,876 --> 01:01:12,878 dan selama itu juga ia kerap ada masalah… 1115 01:01:13,545 --> 01:01:15,255 pergigian dan perut. 1116 01:01:15,714 --> 01:01:17,424 Jadi, itulah sebabnya haiwan itu 1117 01:01:17,507 --> 01:01:19,509 terpaksa menjalani prosedur endoskop. 1118 01:01:21,136 --> 01:01:23,054 Berundur. 1119 01:01:23,138 --> 01:01:25,140 Ikan paus itu masih milik SeaWorld 1120 01:01:25,223 --> 01:01:27,475 dan mereka bertanggungjawab ke atas haiwan itu. 1121 01:01:37,402 --> 01:01:39,654 Reputasi Loro Parque tidak baik. 1122 01:01:40,363 --> 01:01:44,159 Orang yang bekerja dalam industri ini tahu tentang reputasi taman-taman lain 1123 01:01:44,242 --> 01:01:46,703 dan Loro Parque tak mempunyai reputasi yang baik. 1124 01:01:47,495 --> 01:01:50,624 Mereka tak menggunakan masa selama yang digunakan pelatih SeaWorld, 1125 01:01:50,707 --> 01:01:52,834 dan tidak melalui rejimen yang sama 1126 01:01:52,918 --> 01:01:54,836 yang dilalui pelatih SeaWorld. 1127 01:01:55,837 --> 01:01:58,548 Alexis benar-benar pelatih terbaik. 1128 01:01:58,632 --> 01:02:01,301 Saya pernah beritahu dia, "Awak satu-satunya pelatih 1129 01:02:02,302 --> 01:02:05,138 yang setaraf dengan pelatih SeaWorld." 1130 01:02:05,222 --> 01:02:07,057 Saya juga berkata, "Namun, awak harus berhati-hati." 1131 01:02:17,317 --> 01:02:19,069 Dia merungut kepenatan. 1132 01:02:19,152 --> 01:02:23,365 Namun, saya tak ambil serius tentang hal itu. 1133 01:02:23,448 --> 01:02:26,868 Saya cakap, "Itu perkara biasa. Semua orang akan penat bekerja." 1134 01:02:26,952 --> 01:02:29,412 Dia berkata, "Tetapi kerja saya bersifat fizikal. 1135 01:02:29,496 --> 01:02:32,123 Saya perlu cergas kerana berdepan bahaya setiap hari. 1136 01:02:32,207 --> 01:02:38,046 Kalau saya tak cergas, mungkin sesuatu akan berlaku kepada saya nanti." 1137 01:02:38,129 --> 01:02:41,299 Itulah kata-katanya pada malam sebelum dia diserang. 1138 01:02:41,466 --> 01:02:43,385 Tragedi itu boleh dicegah pada bila-bila masa 1139 01:02:43,468 --> 01:02:46,137 kerana semua orang tahu ia cuma menunggu masa untuk berlaku. 1140 01:02:46,221 --> 01:02:48,103 Namun, tiada sesiapa yang buat apa-apa. 1141 01:02:48,932 --> 01:02:50,350 Akhirnya, 1142 01:02:50,433 --> 01:02:52,727 pelatih terbaik yang kehilangan nyawa. 1143 01:02:53,979 --> 01:02:55,605 Telefon bimbit saya berbunyi. 1144 01:02:55,689 --> 01:03:00,360 Miguel Diaz yang menelefon. Dia bos Alex. 1145 01:03:00,652 --> 01:03:07,033 Dia beritahu saya telah berlaku insiden dengan salah seekor ikan paus 1146 01:03:07,117 --> 01:03:07,993 dan Alex okey. 1147 01:03:08,076 --> 01:03:11,413 IBU ALEX 1148 01:03:11,538 --> 01:03:18,503 Kami nampak beberapa buah ambulans dan pemilik-pemilik syarikat. 1149 01:03:18,753 --> 01:03:24,217 Pemilik dan pengarah syarikat berada di sana dengan peguam mereka. 1150 01:03:24,551 --> 01:03:28,096 Dia beritahu kami, "Kami tak mampu berbuat apa-apa." 1151 01:03:28,179 --> 01:03:30,974 "Kami tak mampu berbuat apa-apa." 1152 01:03:31,057 --> 01:03:31,933 Apa? 1153 01:03:33,476 --> 01:03:37,897 Mereka bertanya sama ada saya mahu melihat mayatnya. 1154 01:03:42,110 --> 01:03:43,695 Sungguh mengerikan. 1155 01:03:44,529 --> 01:03:47,824 Mereka membawa kami… 1156 01:03:54,039 --> 01:03:58,793 ke bilik tempat mayatnya disimpan. 1157 01:03:58,877 --> 01:04:02,505 Hanya kepalanya yang kelihatan. 1158 01:04:03,381 --> 01:04:06,009 Badannya telah ditutup sepenuhnya. 1159 01:04:07,344 --> 01:04:09,346 Saya membongkok ke arah dadanya 1160 01:04:09,429 --> 01:04:13,099 dan perasan sesuatu yang tidak kena. 1161 01:04:13,183 --> 01:04:20,148 Dadanya seolah-olah terburai. 1162 01:04:21,274 --> 01:04:26,529 Saya tanya apa sebenarnya yang telah berlaku. 1163 01:04:26,654 --> 01:04:30,033 Saya tak faham mengapa mereka mengatakan bahawa dia tak apa-apa. 1164 01:04:30,116 --> 01:04:32,035 Tiba-tiba saya lihat dia dalam keadaan begitu… 1165 01:04:32,577 --> 01:04:35,830 Saya peluk dia dengan erat… 1166 01:04:35,955 --> 01:04:37,999 dan berkata, "Ibu sayang akan kamu." 1167 01:04:38,083 --> 01:04:41,169 Mereka kemudian mengiringi kami keluar. 1168 01:04:41,252 --> 01:04:43,254 Saya tak ingat apa-apa lagi selepas itu. 1169 01:04:43,338 --> 01:04:44,923 Mereka asyik berkata, "Ia kemalangan." 1170 01:04:45,006 --> 01:04:48,259 Saya tak berpuas hati dengan jawapan itu. 1171 01:04:48,343 --> 01:04:52,680 Akhirnya, kami mengetahui sebabnya melalui autopsi. 1172 01:04:53,056 --> 01:04:56,226 Bukan kemalangan, sebaliknya serangan. 1173 01:04:56,309 --> 01:04:57,310 Serangan yang ganas. 1174 01:04:58,103 --> 01:05:02,607 Bukan kemalangan semata-mata. Itu adalah suatu penipuan. 1175 01:05:09,569 --> 01:05:11,783 ALEXIS DI SEAWORLD 12 BULAN SEBELUM KEMATIANNYA. 1176 01:05:11,866 --> 01:05:13,785 Ikan paus itu milik SeaWorld. 1177 01:05:13,868 --> 01:05:15,976 Ia dilatih menggunakan teknik SeaWorld. 1178 01:05:17,330 --> 01:05:21,501 Latihan mereka sedang diawasi semasa kemalangan maut itu berlaku 1179 01:05:21,584 --> 01:05:24,045 oleh salah seorang pelatih senior mereka dari San Diego. 1180 01:05:25,964 --> 01:05:27,132 PEGUAM SEAWORLD 1181 01:05:27,257 --> 01:05:29,467 AWAK SEBUT LORO PARQUE. 1182 01:05:29,592 --> 01:05:34,015 ADAKAH TAMAN ITU MILIK SEAWORLD? 1183 01:05:34,222 --> 01:05:35,598 KETUA PELATIH SEAWORLD 1184 01:05:35,682 --> 01:05:39,018 TIDAK, BUKAN MILIK SEAWORLD. 1185 01:05:39,310 --> 01:05:43,648 SETAKAT YANG AWAK TAHU, MEREKA ADA KAITAN DENGAN SEAWORLD? 1186 01:05:43,815 --> 01:05:47,716 TIADA. 1187 01:05:47,816 --> 01:05:51,239 Bagi seseorang yang memberi keterangan dalam mahkamah 1188 01:05:51,322 --> 01:05:54,826 bahawa mereka tak tahu apa-apa tentang perkaitan 1189 01:05:54,909 --> 01:05:59,038 antara SeaWorld dengan taman di Tenerife ini… 1190 01:05:59,122 --> 01:06:02,417 Sama ada dia benar-benar tak tahu dan berkata benar, 1191 01:06:02,500 --> 01:06:04,752 atau itu suatu pembohongan yang berani. 1192 01:06:09,090 --> 01:06:12,177 Sebagai pelatih, kami tak pernah lupa potensi Shamu. 1193 01:06:12,260 --> 01:06:14,137 Setiap hari kami melihatnya. 1194 01:06:14,220 --> 01:06:18,016 Sebab itulah setiap interaksi kami telah dirancang dengan berhati-hati, 1195 01:06:18,099 --> 01:06:20,539 terutama interaksi kerja air kami. 1196 01:06:29,486 --> 01:06:31,779 Nakalnya kamu. 1197 01:06:31,863 --> 01:06:33,907 Terutama interaksi kerja air kami 1198 01:06:33,990 --> 01:06:36,743 kerana potensi bahayanya paling tinggi. 1199 01:06:36,868 --> 01:06:40,580 Saya sudah menjangkakannya sejak orang kedua dibunuh. 1200 01:06:40,663 --> 01:06:43,958 Saya sudah menjangkakan Tilikum akan membunuh lagi. 1201 01:06:44,042 --> 01:06:45,710 Saya cuma terkejut ia lewat berlaku. 1202 01:06:45,835 --> 01:06:48,463 Berita utama malam ini, ikan paus pembunuh seberat enam tan 1203 01:06:48,546 --> 01:06:50,882 telah membunuh seorang pelatih yang berpengalaman 1204 01:06:50,965 --> 01:06:52,800 di SeaWorld, Orlando, hari ini. 1205 01:06:53,176 --> 01:06:54,719 Seorang pelancong di pertunjukan awal 1206 01:06:54,802 --> 01:06:56,679 berkata haiwan itu kelihatan gelisah. 1207 01:06:56,804 --> 01:06:59,933 Pelatih mengadu bahawa ikan paus tidak memberi kerjasama. 1208 01:07:00,058 --> 01:07:01,973 Keseluruhan pertunjukan dan pertunjukan utama, 1209 01:07:02,393 --> 01:07:04,270 betul-betul teruk pada hari itu. 1210 01:07:04,437 --> 01:07:06,689 Terdapat ikan paus yang mengejar satu sama lain 1211 01:07:06,773 --> 01:07:09,192 dan akhirnya pelatih terpaksa menghentikan pertunjukan 1212 01:07:09,275 --> 01:07:11,110 kerana mereka tak dapat mengawal haiwan itu. 1213 01:07:11,277 --> 01:07:12,871 Tilikum berada di kolam belakang 1214 01:07:13,655 --> 01:07:17,534 sedia untuk pertunjukan Makan Bersama Shamu dengan Dawn. 1215 01:07:18,660 --> 01:07:22,163 Dawn mungkin nampak prestasi pertunjukan utama 1216 01:07:22,247 --> 01:07:25,792 dan mungkin dia berasa tertekan untuk melakukan persembahan yang baik. 1217 01:07:27,585 --> 01:07:29,504 Ya! 1218 01:07:29,587 --> 01:07:31,631 Jika anda tonton keseluruhan video, anda dapat lihat 1219 01:07:31,714 --> 01:07:34,551 bahawa Tilikum mengakuri arahan Dawn 1220 01:07:34,634 --> 01:07:36,219 pada permulaan video. 1221 01:07:38,846 --> 01:07:41,391 Terdapat beberapa aksi yang diminta oleh Dawn untuk dilakukan 1222 01:07:41,474 --> 01:07:43,560 di mana Tilikum terus akur 1223 01:07:43,768 --> 01:07:46,145 dan melakukan aksi yang disuruh oleh Dawn. 1224 01:07:52,402 --> 01:07:54,362 Ada beberapa ketika dalam sesi itu 1225 01:07:54,445 --> 01:07:56,823 yang tidak mengikut rancangan. 1226 01:07:56,906 --> 01:07:58,533 Pada pandangan saya, 1227 01:07:58,616 --> 01:08:02,161 ia berlaku ketika tiupan wisel tidak didengari oleh Tilikum 1228 01:08:02,245 --> 01:08:04,163 selepas aksi lambaian sirip. 1229 01:08:04,289 --> 01:08:06,332 Dawn meminta Tilikum melakukan aksi lambaian sirip. 1230 01:08:06,416 --> 01:08:10,753 Dia meminta Tilikum untuk berenang satu pusingan kolam 1231 01:08:10,878 --> 01:08:12,380 dan melambaikan sirip pektoralnya. 1232 01:08:14,841 --> 01:08:17,051 Dawn meniup wiselnya… 1233 01:08:17,885 --> 01:08:19,386 - Itu dia. - …iaitu suatu isyarat, 1234 01:08:19,470 --> 01:08:21,680 yang memberitahu haiwan itu, kerjanya bagus sekali. 1235 01:08:21,764 --> 01:08:22,974 "Mari sini dan makan." 1236 01:08:23,057 --> 01:08:24,642 Namun, Tilikum tak dengar isyarat itu. 1237 01:08:25,977 --> 01:08:28,395 Tilikum sangat suka melambai. 1238 01:08:28,479 --> 01:08:30,732 Ia berenang satu pusingan kolam 1239 01:08:30,814 --> 01:08:32,692 semasa melakukan lambaian sirip itu. 1240 01:08:32,774 --> 01:08:35,486 Tak mengapa. Biarkan dia terus melambai. 1241 01:08:36,112 --> 01:08:38,448 Tekaan saya ialah Tilikum tidak dengar bunyi wisel. 1242 01:08:38,615 --> 01:08:41,200 Bukan saja ia tak dengar isyarat itu, 1243 01:08:41,283 --> 01:08:43,786 ia juga telah melakukan aksi yang sempurna dan kembali. 1244 01:08:43,911 --> 01:08:47,540 Namun ia disambut dengan tindak balas neutral tiga saat, 1245 01:08:47,624 --> 01:08:49,082 iaitu isyarat bahawa aksi yang dibuat 1246 01:08:49,167 --> 01:08:50,667 oleh haiwan itu adalah salah. 1247 01:08:50,752 --> 01:08:53,087 "Tiada ganjaran untuk kamu dan kita akan teruskan saja." 1248 01:08:53,171 --> 01:08:54,671 Anda juga boleh lihat dalam video 1249 01:08:54,756 --> 01:08:56,674 bahawa Dawn kehabisan makanan. 1250 01:08:58,009 --> 01:08:59,510 Haiwan itu boleh tahu 1251 01:08:59,594 --> 01:09:01,804 jika ikan di dalam baldi semakin sedikit 1252 01:09:01,888 --> 01:09:04,182 kerana ia boleh dengar bunyi ais berdenting 1253 01:09:04,265 --> 01:09:06,684 dalam air di dasar baldi itu. 1254 01:09:06,768 --> 01:09:10,563 Ikan yang diberi oleh pelatih 1255 01:09:10,647 --> 01:09:11,981 pula semakin kecil. 1256 01:09:12,064 --> 01:09:15,193 Jadi, ikan paus itu tahu sesi akan tamat. 1257 01:09:15,276 --> 01:09:17,654 Apabila anda melihat perbezaan antara permulaan video 1258 01:09:17,737 --> 01:09:19,447 dan penghujung video, anda dapat lihat 1259 01:09:19,529 --> 01:09:22,992 tingkah laku Tilikum sudah berubah. 1260 01:09:23,117 --> 01:09:24,327 Makanan sudah habis. 1261 01:09:24,410 --> 01:09:27,287 Namun Dawn meminta Tilikum untuk melakukan aksi demi aksi. 1262 01:09:27,372 --> 01:09:29,165 Tilikum tidak mendapat ganjaran untuk aksi 1263 01:09:29,247 --> 01:09:30,375 yang dilakukan dengan betul. 1264 01:09:30,457 --> 01:09:33,419 Ia mungkin sudah rasa jengkel pada penghujung sesi. 1265 01:09:35,380 --> 01:09:38,800 Kemudian Dawn berjalan sekeliling kolam G. 1266 01:09:38,883 --> 01:09:40,343 Tilikum mengikutnya. 1267 01:09:45,098 --> 01:09:48,810 Dia kemudian pergi ke kawasan tebing berbatu 1268 01:09:48,893 --> 01:09:53,272 dan berbaring dengan Tilikum untuk sesi hubungan, 1269 01:09:53,356 --> 01:09:55,817 yang pada dasarnya adalah sesi senyap. 1270 01:09:56,442 --> 01:09:59,237 Pada satu ketika, Tilikum menggigit lengan kiri Dawn 1271 01:09:59,320 --> 01:10:02,240 dan mula menariknya dan akhirnya ia memusingkan badan 1272 01:10:02,323 --> 01:10:03,908 dan menarik Dawn ke dalam kolam. 1273 01:10:03,991 --> 01:10:06,911 Pada mulanya, ia mungkin permainan atau kekecewaan, 1274 01:10:06,994 --> 01:10:11,624 tetapi ia berubah menjadi keganasan 1275 01:10:11,708 --> 01:10:14,335 yang tidak kelihatan seperti permainan lagi. 1276 01:10:14,419 --> 01:10:16,838 Akhirnya, Tilikum telah 1277 01:10:16,921 --> 01:10:19,090 mencacatkan wanita itu sepenuhnya. 1278 01:10:22,427 --> 01:10:25,555 Mereka sedang mengumpulkan semua pelatih di taman Texas itu. 1279 01:10:26,681 --> 01:10:30,101 Dia cakap, "Ada kemalangan 1280 01:10:30,393 --> 01:10:33,813 di taman Florida dan seorang pelatih terbunuh." 1281 01:10:34,939 --> 01:10:38,192 Mendengar bahawa pelatih itu ialah Dawn, amat sukar untuk saya percayai. 1282 01:10:38,276 --> 01:10:41,779 Saya hanya ingat berkata, "Bukan Dawn. Tak mungkin Dawn." 1283 01:10:42,321 --> 01:10:46,242 Dia sambung lagi, "Tilikum masih belum melepaskannya." 1284 01:10:46,868 --> 01:10:48,202 Saya cukup… 1285 01:10:49,787 --> 01:10:51,998 terganggu oleh kejadian itu 1286 01:10:52,081 --> 01:10:56,377 dan hakikat betapa lemahnya kita. 1287 01:10:56,753 --> 01:10:59,839 Avulsi, melecet, melelas dan patah tulang. 1288 01:11:00,381 --> 01:11:02,633 Patah tulang dan pendarahan yang berkaitan. 1289 01:11:02,717 --> 01:11:04,427 Trauma objek tumpul 1290 01:11:05,470 --> 01:11:07,805 pada badan dan anggota badan. 1291 01:11:09,015 --> 01:11:12,351 Melihat serangan sebegini terhadap seorang pelatih, 1292 01:11:12,685 --> 01:11:14,979 dan tanpa memahami sebabnya, 1293 01:11:15,646 --> 01:11:17,064 ia amat mengejutkan. 1294 01:11:17,940 --> 01:11:22,069 Peguam OSHA bertanya pendapat saya tentang pengajaran yang kita peroleh. 1295 01:11:22,153 --> 01:11:23,696 Saya berada di dalam bilik mahkamah 1296 01:11:23,780 --> 01:11:27,784 sambil memegang fail kes Keltie Byrne di sebelah tangan 1297 01:11:27,867 --> 01:11:29,869 dan fail Dawn Brancheau di sebelah tangan lain. 1298 01:11:29,952 --> 01:11:31,996 Jarak kematian mereka hampir 20 tahun. 1299 01:11:32,079 --> 01:11:34,040 Sambil melihat fail-fail itu, 1300 01:11:34,123 --> 01:11:36,292 saya hanya boleh jawab, "Tiada apa-apa." 1301 01:11:36,793 --> 01:11:38,920 Malah, apa-apa pun tidak. 1302 01:11:39,003 --> 01:11:40,338 Kita tak belajar apa-apa pun 1303 01:11:40,421 --> 01:11:42,924 untuk kejadian sebegitu berlaku dalam jarak 20 tahun. 1304 01:11:44,467 --> 01:11:46,385 Boleh awak beritahu jika ia kemalangan atau… 1305 01:11:46,469 --> 01:11:48,638 Adakah dia pelatih tetap ikan paus itu? 1306 01:11:48,721 --> 01:11:51,349 Saya tak tahu. Kita hanya ada seorang pelatih wanita 1307 01:11:52,308 --> 01:11:53,976 di kawasan kurungan ikan paus. 1308 01:11:54,060 --> 01:11:56,437 Dia nampaknya tergelincir atau terjatuh ke dalam kolam 1309 01:11:56,521 --> 01:11:58,898 dan telah dibunuh oleh salah seekor ikan paus itu. 1310 01:11:58,981 --> 01:12:01,526 Pada mulanya, SeaWorld melaporkan seorang pelatih tergelincir 1311 01:12:01,609 --> 01:12:03,986 ke dalam air dan mati lemas. 1312 01:12:04,403 --> 01:12:05,571 Itu adalah laporan pertama. 1313 01:12:05,738 --> 01:12:08,282 Namun, selepas saksi lain menyangkal dakwaan itu, 1314 01:12:08,366 --> 01:12:09,700 wakil SeaWorld berkumpul, 1315 01:12:09,784 --> 01:12:11,536 dan mereka cerita yang baharu. 1316 01:12:11,702 --> 01:12:13,329 Berita baharu. SeaWorld telah mengesahkan 1317 01:12:13,412 --> 01:12:16,082 bahawa ikan paus pembunuh telah menarik wanita itu ke dalam air. 1318 01:12:16,165 --> 01:12:17,708 Dia tak terjatuh ke dalam kolam itu 1319 01:12:17,875 --> 01:12:20,336 seperti yang dilaporkan jabatan syerif. 1320 01:12:20,503 --> 01:12:23,631 Cerita baharu mereka, Tilikum menarik ekor kuda Dawn. 1321 01:12:24,207 --> 01:12:27,585 Ini cara halus mereka untuk menyalahkan Dawn. 1322 01:12:27,718 --> 01:12:29,428 "Dia tak sepatutnya ada ekor kuda panjang, 1323 01:12:29,512 --> 01:12:32,265 atau kalau ada pun dia harus menyanggulnya." 1324 01:12:32,431 --> 01:12:34,725 Jika Dawn berdiri di sini dengan saya sekarang 1325 01:12:34,809 --> 01:12:38,271 akan mengaku itu adalah kesilapannya 1326 01:12:38,354 --> 01:12:39,856 kerana membenarkan ia berlaku. 1327 01:12:40,273 --> 01:12:41,774 Mereka menyalahkan dia. 1328 01:12:43,234 --> 01:12:44,527 Beraninya mereka. 1329 01:12:44,610 --> 01:12:48,447 Mereka sangat biadab menyalahkan Dawn 1330 01:12:48,531 --> 01:12:51,868 apabila wanita itu sudah pun tiada untuk mempertahankan dirinya. 1331 01:12:52,034 --> 01:12:54,328 Ia menggigit ekor kuda Dawn dan menariknya ke dalam air. 1332 01:12:54,412 --> 01:12:55,955 Puncanya mudah saja. 1333 01:12:56,038 --> 01:12:58,708 Terdapat banyak gambar pelatih yang melakukan 1334 01:12:58,791 --> 01:13:00,084 perkara yang sama seperti Dawn. 1335 01:13:00,668 --> 01:13:04,630 Jadi, saya tahu SeaWorld menipu apabila mereka menyalahkan Dawn. 1336 01:13:04,797 --> 01:13:08,426 Ekor kuda itu kemungkinan besar suatu penipuan. 1337 01:13:09,969 --> 01:13:13,681 Pelatih sokongan yang kemungkinan tak nampak Dawn ditarik, 1338 01:13:13,764 --> 01:13:14,640 mereka cerita itu. 1339 01:13:15,057 --> 01:13:17,768 - Adakah anda teruja? - Ya! 1340 01:13:17,977 --> 01:13:19,604 Ketika keterangan pelatih sokongan, 1341 01:13:19,687 --> 01:13:22,648 OSHA mendesaknya hingga berkata bahawa dia tidak begitu pasti 1342 01:13:22,732 --> 01:13:25,109 sama ada ekor kuda Dawn yang digigit ikan paus itu, 1343 01:13:25,192 --> 01:13:29,030 dan dia nampak Dawn di dalam air dan mengandaikan ia ekor kuda Dawn. 1344 01:13:29,113 --> 01:13:31,157 OSHA berpendapat bahawa ikan paus itu naik 1345 01:13:31,240 --> 01:13:33,034 dan menggigit lengan Dawn Brancheau 1346 01:13:33,117 --> 01:13:35,202 dan mengatakan ia tahap keganasan yang baharu. 1347 01:13:35,286 --> 01:13:38,247 Sekali lagi, SeaWorld menafikan bahawa ia serangan agresif. 1348 01:13:38,331 --> 01:13:40,625 Salah seorang kurator SeaWorld, Chuck Tompkins, 1349 01:13:40,708 --> 01:13:42,835 mengatakan bahawa apabila Dawn Brancheau ditarik, 1350 01:13:43,002 --> 01:13:46,047 tidak semestinya tingkah laku agresif oleh ikan paus itu. 1351 01:13:46,130 --> 01:13:49,884 Gigitan awal bukanlah tingkah laku keganasan. 1352 01:13:49,967 --> 01:13:52,178 Ini bukan haiwan yang gila. 1353 01:13:52,261 --> 01:13:54,555 Industri mempunyai kepentingan untuk memutar belit cerita 1354 01:13:54,639 --> 01:13:57,266 supaya haiwan-haiwan ini terus dilihat sebagai 1355 01:13:57,350 --> 01:14:00,811 haiwan yang comel dan benar-benar selamat. 1356 01:14:00,895 --> 01:14:02,813 Barulah anak patung Shamu laris. 1357 01:14:02,897 --> 01:14:06,984 Barulah tiket boleh dijual dengan banyak. Itulah jalan cerita 1358 01:14:07,068 --> 01:14:10,154 yang akan digunakan oleh mereka selama yang boleh. 1359 01:14:13,449 --> 01:14:16,494 SAKSI PAKAR SEAWORLD 1360 01:14:16,577 --> 01:14:20,623 TILIKUM BUKAN IKAN PAUS PEMBUNUH YANG AGRESIF… 1361 01:14:20,706 --> 01:14:26,484 SATU-SATUNYA PUNCA KEJADIAN INI IALAH KESILAPAN CIK DAWN BRANCHEAU. 1362 01:14:27,964 --> 01:14:32,593 Pihak yang berkata bahawa haiwan yang menyerang Dawn 1363 01:14:32,677 --> 01:14:35,763 dengan niat jahat adalah haiwan gila, 1364 01:14:36,597 --> 01:14:41,394 hanya mahu membuktikan teori bahawa kurungan membuat haiwan menjadi gila. 1365 01:14:41,477 --> 01:14:43,187 Kenyataan itu salah sama sekali. 1366 01:14:43,270 --> 01:14:45,690 Semua ikan paus dalam kurungan mempunyai kehidupan yang teruk. 1367 01:14:45,773 --> 01:14:47,608 Kesemuanya terbeban secara emosi. 1368 01:14:47,692 --> 01:14:50,361 Kesemuanya mengalami trauma psikologi. 1369 01:14:50,778 --> 01:14:53,447 Itulah sebab tingkah lakunya sukar diramal. 1370 01:14:53,531 --> 01:14:54,991 Bukan Tilikum saja begitu. 1371 01:14:55,074 --> 01:14:57,660 Kita harus mengasingkan kejadian yang menimpa Dawn, 1372 01:14:57,743 --> 01:15:00,955 dan meskipun tragik, sesiapa pun tidak mahu kejadian sebegitu berulang. 1373 01:15:01,038 --> 01:15:03,332 Bolehkah SeaWorld mencipta persekitaran 1374 01:15:03,416 --> 01:15:04,792 supaya ia tidak berulang? 1375 01:15:04,875 --> 01:15:06,794 Ya, saya benar-benar percaya boleh. 1376 01:15:10,214 --> 01:15:12,091 Bagaimana jika tiada SeaWorld? 1377 01:15:12,633 --> 01:15:15,344 Saya tak dapat bayangkan masyarakat tanpa nilai yang kami 1378 01:15:15,428 --> 01:15:18,597 tanamkan mengenai mamalia marin, jika taman-taman itu tidak wujud. 1379 01:15:18,889 --> 01:15:22,601 Saya langsung tidak mahu anak perempuan saya, 1380 01:15:22,685 --> 01:15:24,186 yang berumur tiga setengah tahun, 1381 01:15:24,270 --> 01:15:27,106 beranggapan bahawa mengurung 1382 01:15:27,189 --> 01:15:30,234 haiwan yang sangat cerdas ini di dalam kolam konkrit 1383 01:15:30,317 --> 01:15:31,652 adalah perkara yang normal. 1384 01:15:31,736 --> 01:15:34,280 Saya tak mahu dia beranggapan bahawa begitulah cara kita melayan 1385 01:15:34,363 --> 01:15:36,866 makhluk lain di muka bumi ini. 1386 01:15:37,533 --> 01:15:39,035 Saya rasa ia kejam sekali. 1387 01:15:39,118 --> 01:15:40,786 Pembicaraan dijangka sepanjang minggu 1388 01:15:40,870 --> 01:15:43,831 dengan OSHA yang terus bertegas dengan teori ini… 1389 01:15:43,914 --> 01:15:47,376 Bahawa SeaWorld tahu wujudnya risiko kecederaan atau kematian, 1390 01:15:47,460 --> 01:15:50,629 tetapi tetap menugaskan pelatih mereka di dalam air bersama ikan paus, 1391 01:15:50,713 --> 01:15:52,923 sambil mendakwa bahawa kematian Dawn Brancheau 1392 01:15:53,007 --> 01:15:54,759 adalah insiden terpencil. 1393 01:15:54,925 --> 01:15:58,012 Dave McDaniel, melaporkan secara langsung dari Daerah Seminole. Berita WESH 2. 1394 01:16:07,980 --> 01:16:09,065 Ada sesuatu yang tidak kena. 1395 01:16:09,148 --> 01:16:14,236 Kita tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Tilikum. 1396 01:16:14,320 --> 01:16:17,364 Apabila kita ada hubungan dengan haiwan itu, 1397 01:16:19,075 --> 01:16:23,412 kita akan faham bahawa ia tidak membunuh untuk bertindak ganas. 1398 01:16:23,496 --> 01:16:26,248 Ia tidak membunuh kerana ia gila. 1399 01:16:26,332 --> 01:16:29,251 Ia tidak membunuh kerana ia tidak tahu apa yang dilakukannya. 1400 01:16:29,335 --> 01:16:31,087 Ia membunuh kerana berasa kecewa 1401 01:16:31,170 --> 01:16:36,342 dan tertekan. Namun ia tak tahu bagaimana… 1402 01:16:36,926 --> 01:16:38,594 Ia tiada cara untuk meluahkannya. 1403 01:16:40,137 --> 01:16:43,224 Kini, Tilikum banyak meluangkan masa bersendirian, 1404 01:16:43,349 --> 01:16:46,769 dan hanya terapung-apung tak bermaya di dalam kolam. 1405 01:16:48,437 --> 01:16:49,980 Tiga jam sudah berlalu 1406 01:16:50,981 --> 01:16:52,525 dan ia masih belum bergerak. 1407 01:16:54,151 --> 01:16:55,945 Mereka cuba menutupinya dengan berkata, 1408 01:16:56,028 --> 01:16:57,696 "Sekali-sekala ia keluar ke kolam depan. 1409 01:16:57,780 --> 01:16:59,156 Ia juga buat pertunjukan." 1410 01:16:59,240 --> 01:17:00,825 Benarkah? Tahu apa yang ia buat? 1411 01:17:01,826 --> 01:17:03,244 Ia tunduk beberapa kali 1412 01:17:03,702 --> 01:17:06,831 dan kemudian kembali ke penjara kecilnya. 1413 01:17:07,414 --> 01:17:08,707 Begitulah kehidupannya. 1414 01:17:10,793 --> 01:17:12,586 Saya berasa kasihan akan Tilikum. 1415 01:17:13,129 --> 01:17:16,215 Haiwan yang megah sepertinya berenang di dalam tangki 1416 01:17:16,298 --> 01:17:18,217 dengan sirip yang terkelepai, 1417 01:17:18,300 --> 01:17:21,428 berbanding ikan paus pembunuh jantan yang liar, 1418 01:17:21,512 --> 01:17:24,223 yang merupakan antara haiwan paling kinetik dan dinamik 1419 01:17:24,306 --> 01:17:25,683 yang dapat kita bayangkan. 1420 01:17:28,519 --> 01:17:29,979 Saya berasa sedih melihatnya. 1421 01:17:31,730 --> 01:17:36,986 TILIKUM KEKAL DI SEAWORLD ORLANDO, MEMBUAT PERTUNJUKAN SETIAP HARI. 1422 01:17:37,069 --> 01:17:38,821 Masa untuk menghentikan pertunjukan. 1423 01:17:38,904 --> 01:17:41,407 Masa untuk berhenti memaksa haiwan-haiwan itu untuk beraksi 1424 01:17:41,490 --> 01:17:43,242 dalam persekitaran sarkas. 1425 01:17:43,409 --> 01:17:45,494 Mereka harus melepaskan haiwan yang cukup muda 1426 01:17:45,578 --> 01:17:48,414 dan cukup sihat untuk dibebaskan. Ikan paus seperti Tilikum 1427 01:17:48,497 --> 01:17:51,375 yang sudah tua, sakit dan telah menyumbang 25 tahun dalam industri, 1428 01:17:51,542 --> 01:17:54,420 harus dibenarkan hidup di dalam sangkar lautan terbuka 1429 01:17:54,503 --> 01:17:56,547 supaya dapat menikmati ombak laut semula jadi. 1430 01:17:56,672 --> 01:17:58,507 Syarikat ini bernilai berbilion dolar 1431 01:17:58,632 --> 01:18:02,511 dan menjana keuntungan dengan mengeksploitasi ikan paus pembunuh. 1432 01:18:02,595 --> 01:18:04,972 Ikan paus pembunuh tidak sesuai dikurung. 1433 01:18:05,139 --> 01:18:07,391 Ikan paus itu menjadi bosan. 1434 01:18:07,933 --> 01:18:11,353 Kita menafikannya rangsangan alam semula jadi. 1435 01:18:12,146 --> 01:18:14,106 Saya rasa pada 50 tahun akan datang, 1436 01:18:14,190 --> 01:18:16,775 kita akan mengingati masa ini dan terkejut dengan kekejaman kita. 1437 01:18:21,903 --> 01:18:26,541 SEAWORLD BERULANG KALI MENOLAK UNTUK DITEMU BUAL DALAM FILEM INI. 1438 01:18:28,829 --> 01:18:30,915 30 MEI 2012 1439 01:18:30,998 --> 01:18:34,543 HAKIM KEN WELSCH MEMBUAT KEPUTUSAN KES OSHA LAWAN SEAWORLD. 1440 01:18:34,627 --> 01:18:37,922 SEMASA PERTUNJUKAN, PELATIH SEAWORLD MESTI BERADA DI BELAKANG PENGHALANG, 1441 01:18:38,005 --> 01:18:40,530 DAN DIASINGKAN DARIPADA IKAN PAUS PEMBUNUH. 1442 01:18:44,845 --> 01:18:48,807 SEAWORLD TELAH MEMBUAT RAYUAN. 1443 01:18:57,608 --> 01:19:00,277 Dawn Brancheau. DB, singkatan untuk dream big (bercita-cita tinggi). 1444 01:19:01,278 --> 01:19:04,907 Dawn ialah orang yang paling penyayang dan pemurah. 1445 01:19:04,990 --> 01:19:08,160 Senyumannya amat berseri. 1446 01:19:10,246 --> 01:19:13,958 LARIAN 5K YAYASAN DAWN BRANCHEAU, ADALAH ACARA YANG MENGUMPUL DANA 1447 01:19:14,041 --> 01:19:16,794 UNTUK BADAN KEBAJIKAN KEGEMARAN DAWN. 1448 01:19:16,877 --> 01:19:19,588 Dia telah menunaikan misi hidupnya. 1449 01:19:19,672 --> 01:19:21,966 KAKAK DAWN BRANCHEAU 1450 01:20:08,012 --> 01:20:09,763 Kami nampak ikan paus pembunuh 1451 01:20:09,847 --> 01:20:13,267 berenang dalam garisan lurus dengan sirip dorsal yang menegak. 1452 01:20:15,144 --> 01:20:17,229 Saya berbesar hati dapat berada di situ. 1453 01:20:22,901 --> 01:20:25,237 Nasib baik saya memakai cermin mata hitam 1454 01:20:25,321 --> 01:20:28,824 kerana air mata saya mengalir keluar. 1455 01:20:28,907 --> 01:20:31,410 Pemandangan itu amat menyentuh hati. 1456 01:23:11,904 --> 01:23:13,904 Terjemahan sari kata oleh Zailani Arif