1 00:00:00,000 --> 00:00:06,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 2 00:00:13,420 --> 00:00:19,760 YEON-SEON 3 00:00:49,000 --> 00:00:49,880 Dam-i. 4 00:01:15,980 --> 00:01:17,400 Benarkah Tuanku… 5 00:01:22,280 --> 00:01:23,280 Dam-i? 6 00:01:52,230 --> 00:01:54,350 Kenapa Tuanku rahsiakan daripada patik? 7 00:01:57,860 --> 00:01:59,940 Kenapa tak beritahu yang Tuanku ialah Dam-i? 8 00:02:04,490 --> 00:02:06,950 Itu tak penting. 9 00:02:08,450 --> 00:02:10,030 Yang penting kini… 10 00:02:18,300 --> 00:02:19,720 kita bersama. 11 00:02:25,600 --> 00:02:27,940 Beta tak sanggup melihat kamu merana 12 00:02:28,560 --> 00:02:30,230 kerana beta. 13 00:02:31,650 --> 00:02:35,480 Beta juga tak mahu memburukkan lagi hubungan kamu 14 00:02:36,110 --> 00:02:37,650 dengan orang tua kamu. 15 00:02:43,870 --> 00:02:46,200 Tentu sukar untuk Tuanku melihat patik 16 00:02:46,870 --> 00:02:48,580 tanpa teringat akan masa silam. 17 00:02:53,340 --> 00:02:54,880 Beta tahu, 18 00:02:55,590 --> 00:02:58,550 buat sekian lama, kamu juga turut merana. 19 00:03:00,340 --> 00:03:01,840 Bukan kita 20 00:03:02,850 --> 00:03:05,600 yang memilih semua itu untuk berlaku. 21 00:03:08,930 --> 00:03:11,600 Beta harap kamu tak salahkan diri kamu. 22 00:03:18,740 --> 00:03:19,820 Puas… 23 00:03:22,360 --> 00:03:23,820 patik mencari Tuanku. 24 00:03:25,200 --> 00:03:28,000 Setiap kali ke kota, patik pasti akan ke jambatan itu. 25 00:03:32,000 --> 00:03:34,040 Walaupun hidupnya sunyi, 26 00:03:36,210 --> 00:03:37,210 tapi dia… 27 00:03:41,130 --> 00:03:44,050 sentiasa cekal dan hidup dengan senyuman. 28 00:03:46,260 --> 00:03:47,930 Di mana jua dia berada… 29 00:03:50,100 --> 00:03:51,640 patik berharap… 30 00:03:54,480 --> 00:03:56,230 agar hidupnya gembira. 31 00:03:59,320 --> 00:04:02,660 Beta turut mengharapkan yang sama buat kamu. 32 00:04:05,280 --> 00:04:07,490 Mungkin kenangan itulah 33 00:04:08,490 --> 00:04:10,750 yang menjadi punca kekuatan beta selama ini. 34 00:04:12,540 --> 00:04:13,540 Waktu itu… 35 00:04:15,710 --> 00:04:17,290 beta gembira 36 00:04:18,880 --> 00:04:20,420 dapat mengenali kamu. 37 00:04:26,600 --> 00:04:27,850 Kini, 38 00:04:29,600 --> 00:04:32,690 kamu dah kembali kepada beta. 39 00:04:34,730 --> 00:04:35,900 Itu saja… 40 00:04:37,690 --> 00:04:40,400 dah memadai buat beta. 41 00:05:25,110 --> 00:05:26,780 EPISOD 19 42 00:05:32,290 --> 00:05:34,750 Cik nampak begitu anggun sekali. 43 00:05:36,540 --> 00:05:37,830 Sebentar. 44 00:05:37,920 --> 00:05:40,130 Sebelah sini agak labuh, 45 00:05:40,210 --> 00:05:42,880 jadi kita cuma perlu pendekkan sedikit. 46 00:05:43,960 --> 00:05:45,130 Tak perlulah. 47 00:05:46,130 --> 00:05:47,050 Cik? 48 00:05:47,840 --> 00:05:49,390 Apa maksud cik? 49 00:05:50,180 --> 00:05:51,810 Tolong keluar sebentar. 50 00:06:37,730 --> 00:06:40,190 - Hamba ingin beritahu sesuatu. - Sebelum itu, 51 00:06:41,020 --> 00:06:42,480 biar hamba beritahu dulu. 52 00:06:45,730 --> 00:06:47,320 Hamba dah pertimbangkan. 53 00:06:48,650 --> 00:06:51,950 Hamba berhasrat untuk memutuskan pertunangan ini. 54 00:06:53,450 --> 00:06:55,870 Perkahwinan tanpa cinta 55 00:06:57,160 --> 00:07:01,130 hanya akan mendatangkan sengsara buat kita berdua. 56 00:07:04,880 --> 00:07:08,260 Hamba sedar ada orang lain yang bertakhta 57 00:07:10,340 --> 00:07:11,340 dalam hati kamu. 58 00:07:13,430 --> 00:07:14,720 Hati dan perasaan 59 00:07:15,930 --> 00:07:18,180 bukan sesuatu yang boleh dikawal. 60 00:07:20,190 --> 00:07:22,270 Terutamanya dalam perihal… 61 00:07:24,110 --> 00:07:24,980 cinta. 62 00:07:28,530 --> 00:07:29,700 Hamba benar-benar… 63 00:07:31,660 --> 00:07:32,700 minta maaf. 64 00:07:33,870 --> 00:07:35,450 Tak perlu minta maaf. 65 00:07:36,240 --> 00:07:39,620 Kerana hamba yang memutuskan pertunangan ini. 66 00:07:41,580 --> 00:07:44,670 Hamba akan maklumkan kepada ayah hamba. 67 00:08:44,900 --> 00:08:47,190 Hamba sangka kita ditakdirkan bersama, 68 00:08:48,230 --> 00:08:50,360 tapi nampaknya hamba silap. 69 00:08:52,280 --> 00:08:55,160 Hamba akan kenang pertemuan kita sebagai jodoh 70 00:08:56,200 --> 00:08:58,080 yang tak kesampaian. 71 00:09:05,670 --> 00:09:09,250 Kamu memilih untuk memburukkan keadaan. 72 00:09:10,960 --> 00:09:15,680 Adakah kamu tak peduli jika ia boleh mengancam Paduka Raja? 73 00:09:16,720 --> 00:09:18,300 Benarkah ayah 74 00:09:19,930 --> 00:09:23,270 berniat untuk melindungi baginda? 75 00:09:23,350 --> 00:09:24,980 Apa maksud kamu? 76 00:09:25,600 --> 00:09:29,270 Kenapa ayah tak beritahu hamba bahawa baginda ialah Dam-i? 77 00:09:32,280 --> 00:09:35,360 Benarkah ayah berniat untuk membunuhnya? 78 00:09:36,410 --> 00:09:38,570 Tak cukup dengan dayang tak berdosa itu, 79 00:09:39,320 --> 00:09:40,870 tapi Dam-i juga? 80 00:09:44,410 --> 00:09:45,830 Apakah kehidupan 81 00:09:47,040 --> 00:09:48,880 yang telah ayah pilih? 82 00:09:50,000 --> 00:09:52,500 Sejauh mana jenayah yang telah ayah lakukan 83 00:09:53,550 --> 00:09:54,840 di belakang hamba? 84 00:09:56,590 --> 00:09:58,220 Apa jawapan yang kamu harapkan? 85 00:10:00,300 --> 00:10:04,350 Buat masa yang lama, hamba dihantui oleh bayangan ayah 86 00:10:05,520 --> 00:10:07,310 yang dulunya penyayang. 87 00:10:08,220 --> 00:10:10,010 Hamba pernah tertanya-tanya, 88 00:10:10,680 --> 00:10:12,930 malah berharap jika ingatan ini boleh dipadamkan 89 00:10:14,680 --> 00:10:16,680 dan hidup kita kembali seperti dulu. 90 00:10:18,230 --> 00:10:20,730 Walaupun hamba tak dapat memaafkan ayah, 91 00:10:22,730 --> 00:10:23,730 tapi setidaknya… 92 00:10:26,530 --> 00:10:29,450 hamba mulai percaya… 93 00:10:30,950 --> 00:10:33,450 yang hamba mungkin dapat memahami ayah. 94 00:10:40,790 --> 00:10:42,130 Tak perlu. 95 00:10:45,590 --> 00:10:46,760 Sudah terlewat. 96 00:10:48,050 --> 00:10:50,970 Ayah perlu lakukan perkara yang sepatutnya. 97 00:10:58,640 --> 00:11:01,940 Jika ayah ingin bunuh baginda demi melindungi rahsia ini, 98 00:11:07,690 --> 00:11:09,820 ayah perlu bunuh hamba dulu. 99 00:11:29,210 --> 00:11:30,260 Ji-un. 100 00:12:10,300 --> 00:12:13,380 Kenapa kamu tak laporkan yang Paduka Raja 101 00:12:13,970 --> 00:12:15,550 diserang Putera Changun? 102 00:12:15,640 --> 00:12:17,930 Baginda menitahkan agar ia dirahsiakan. 103 00:12:20,220 --> 00:12:21,770 Kamu patuhi titah baginda? 104 00:13:41,890 --> 00:13:44,560 Jadi ini pilihan kamu? 105 00:14:01,740 --> 00:14:03,370 Patik mendengar. 106 00:14:04,740 --> 00:14:08,370 Bagaimana Tuanku boleh memanfaatkan patik? 107 00:14:09,170 --> 00:14:13,460 Beta sedia untuk membantu Datuk dalam apa jua cara. 108 00:14:15,670 --> 00:14:18,260 Beta telah arahkan orang untuk mengekori Hyun. 109 00:14:18,880 --> 00:14:21,050 Sekiranya berkaitan dengan Paduka Raja, 110 00:14:21,600 --> 00:14:24,180 tiada siapa yang bertindak sepantas dia. 111 00:14:25,470 --> 00:14:27,730 Beta yakin ia akan membantu Datuk. 112 00:14:44,530 --> 00:14:46,540 Tuanku! 113 00:14:47,540 --> 00:14:49,790 Apa sebabnya kamu bunuh Sida-sida Cho? 114 00:14:52,960 --> 00:14:53,840 Apa… 115 00:14:55,130 --> 00:14:57,840 Patik kurang pasti akan perkara ini. 116 00:14:57,920 --> 00:15:00,340 Berterus terang sekarang juga! 117 00:15:00,430 --> 00:15:03,850 Setidaknya, beta akan benarkan kamu hidup. 118 00:15:05,180 --> 00:15:08,480 Ada bukti yang menunjukkan kamu yang membeli sonangcho. 119 00:15:08,560 --> 00:15:12,400 Tiada faedahnya kamu terus menafikan perihal ini. 120 00:15:21,110 --> 00:15:24,070 Setelah mendiang Paduka Raja disahkan mangkat, 121 00:15:24,570 --> 00:15:28,870 Datuk Bendahara mengarahkan patik untuk membunuh Sida-sida Cho. 122 00:15:30,120 --> 00:15:33,330 Sida-sida Cho telah mengiringi mendiang Paduka Raja begitu lama, 123 00:15:33,420 --> 00:15:35,210 jadi Datuk Bendahara bimbang 124 00:15:35,290 --> 00:15:38,130 dia akan mengubah fikiran dan membongkarkan rahsia. 125 00:15:41,720 --> 00:15:44,430 Ampunkan patik, Tuanku. 126 00:15:45,010 --> 00:15:47,680 Patik merayu, tolong jangan bunuh patik! 127 00:15:48,770 --> 00:15:51,140 Adakah kamu tahu cara untuk dapatkan sonangcho? 128 00:15:55,690 --> 00:15:56,770 Datuk Bendahara… 129 00:15:57,940 --> 00:16:01,400 pasti telah menghentikan semua pembelian sejak kejadian itu. 130 00:16:01,490 --> 00:16:03,410 Herba itu terlalu berbahaya. 131 00:16:05,660 --> 00:16:10,120 Setahu patik, Datuk Bendahara saja yang menyimpan herba itu. 132 00:16:15,040 --> 00:16:17,880 Pergi ke Ganghwa dan bawa Gyeom pulang. 133 00:16:17,960 --> 00:16:20,710 Sebaik saja perihal ini sampai ke pengetahuan datuk, 134 00:16:20,800 --> 00:16:23,550 dia pasti akan mengancam keselamatan Gyeom. 135 00:16:24,130 --> 00:16:25,340 Tuanku. 136 00:16:29,680 --> 00:16:32,230 Beta akan cari alasan untuk ke kediaman datuk. 137 00:16:32,930 --> 00:16:35,100 Beta akan periksa sendiri. 138 00:16:35,190 --> 00:16:36,860 Sekiranya Tuanku ke sana, 139 00:16:37,360 --> 00:16:39,570 Datuk Bendahara akan lebih berwaspada. 140 00:16:41,190 --> 00:16:42,280 Biar patik ke sana. 141 00:16:42,360 --> 00:16:46,700 Bahaya. Kamu tak boleh ke sana sendirian. 142 00:16:46,780 --> 00:16:48,070 Setidaknya tunggu Eun-seo… 143 00:16:48,160 --> 00:16:49,700 Tuanku turut mengakui 144 00:16:50,490 --> 00:16:52,750 yang kita kesuntukan masa. 145 00:16:54,160 --> 00:16:56,960 Lebih mudah jika patik lakukannya sendirian. 146 00:16:58,130 --> 00:17:01,130 - Tapi… - Patik janji akan kembali dengan selamat. 147 00:17:01,800 --> 00:17:02,960 Percayakan patik. 148 00:17:04,590 --> 00:17:05,880 Katib Jung… 149 00:17:08,390 --> 00:17:09,720 Jika Tuanku begitu khuatir… 150 00:17:13,020 --> 00:17:14,770 apa kata Tuanku dakap patik? 151 00:17:31,030 --> 00:17:33,160 Jangan bimbang, Dam-i. 152 00:17:37,000 --> 00:17:40,380 Suatu masa dulu, seorang gadis cantik 153 00:17:40,460 --> 00:17:43,760 pernah meleteri patik kerana kurang ilmu mempertahankan diri. 154 00:17:46,420 --> 00:17:49,090 Kalaulah dia tahu betapa gigihnya patik berlatih. 155 00:18:01,190 --> 00:18:04,480 Patik akan pulang dengan selamat. Usah khuatir. 156 00:18:07,150 --> 00:18:10,240 Kalau begitu, beta akan pulang ke istana 157 00:18:10,780 --> 00:18:12,530 dan cuba lengahkan masa. 158 00:18:19,710 --> 00:18:20,630 Khabar angin? 159 00:18:21,790 --> 00:18:25,460 Khabar angin bahawa raja dilahirkan kembar. 160 00:18:26,050 --> 00:18:28,760 Raja yang berkembarkan seorang puteri. 161 00:18:33,050 --> 00:18:35,520 Cunda, itu tak masuk akal. 162 00:18:36,890 --> 00:18:39,190 Usah pedulikan khabar angin begitu. 163 00:18:39,270 --> 00:18:40,650 Cunda tak perlu… 164 00:18:40,730 --> 00:18:43,690 Nenda tak perlu menafikan perihal ini lagi. 165 00:18:44,940 --> 00:18:48,650 Kita telah mendengar hal sebenar daripada datuk kita semalam. 166 00:18:50,240 --> 00:18:53,280 Kita dilahirkan bersama dinda kita. 167 00:19:00,870 --> 00:19:02,790 Sewaktu kita dilahirkan, 168 00:19:02,880 --> 00:19:05,840 semua yang mengiringi bonda kita mati dibunuh. 169 00:19:06,500 --> 00:19:09,470 Menurut datuk, semua yang mengetahui perihal kelahiran ini 170 00:19:09,550 --> 00:19:12,640 mati dibunuh untuk memastikan yang ia dirahsiakan. 171 00:19:13,640 --> 00:19:16,010 Nenda, adakah ini benar? 172 00:19:18,390 --> 00:19:20,140 Kenapa Datuk beritahu baginda? 173 00:19:21,390 --> 00:19:24,610 Patik cuma memaklumkan perihal yang benar. 174 00:19:25,480 --> 00:19:28,570 Perihal ini teramat mustahak dan kita tak boleh 175 00:19:29,150 --> 00:19:32,200 terus merahsiakannya daripada pengetahuan baginda. 176 00:19:35,740 --> 00:19:38,410 Eloklah cunda lupakan saja perbualan ini. 177 00:19:38,490 --> 00:19:41,830 Sekiranya perihal kelahiran cunda terbongkar, 178 00:19:41,920 --> 00:19:44,710 ia akan menggugat kewibawaan kerabat diraja. 179 00:19:44,790 --> 00:19:47,960 Apatah lagi jika perihal yang berlaku berikutan kelahiran… 180 00:19:48,050 --> 00:19:49,630 Inilah yang dipanggil saji. 181 00:19:51,050 --> 00:19:52,720 Rahsia antara dua orang 182 00:19:53,220 --> 00:19:55,760 pasti akan sampai ke pengetahuan orang lain. 183 00:19:56,800 --> 00:20:00,430 Memandangkan khabar angin ini sudah pun tersebar dengan meluas, 184 00:20:01,020 --> 00:20:02,730 kekacauan pasti tak dapat dielakkan. 185 00:20:02,810 --> 00:20:04,900 Kita perlu halang khabar angin ini 186 00:20:04,980 --> 00:20:07,270 atau kedudukan cunda akan terancam. 187 00:20:07,360 --> 00:20:10,280 Bukan itu merunsingkan kita, nenda. 188 00:20:11,150 --> 00:20:11,990 Cuma… 189 00:20:13,450 --> 00:20:14,450 kita khuatir 190 00:20:14,950 --> 00:20:19,410 mengenangkan kesulitan yang bakal ditanggung oleh nenda dan datuk 191 00:20:19,490 --> 00:20:22,960 apabila didapati berpakat dalam merahsiakan perihal ini. 192 00:20:24,920 --> 00:20:26,080 Nenda dan datuk 193 00:20:26,630 --> 00:20:30,210 telah mengorbankan banyak nyawa untuk kita 194 00:20:30,800 --> 00:20:35,720 dan semestinya jenayah-jenayah ini takkan dipandang remeh. 195 00:20:38,300 --> 00:20:41,720 Tapi usah khuatir. 196 00:20:43,180 --> 00:20:45,520 Perihal ini cuma khabar angin. 197 00:20:46,310 --> 00:20:48,270 Melainkan dinda kita 198 00:20:49,270 --> 00:20:51,280 hidup semula, 199 00:20:52,530 --> 00:20:53,530 rahsia ini 200 00:20:54,780 --> 00:20:57,450 akan terkubur selamanya. 201 00:21:03,450 --> 00:21:04,750 Sudah tentu. 202 00:21:06,830 --> 00:21:09,290 Mayat budak perempuan hidup semula? 203 00:21:14,840 --> 00:21:16,630 Sekiranya ia benar-benar berlaku, 204 00:21:17,890 --> 00:21:22,600 patik dengan rela hati menumpahkan darah untuk Tuanku. 205 00:21:24,640 --> 00:21:26,480 Usah Tuanku risau. 206 00:21:45,790 --> 00:21:47,540 Ini daripada Datuk Bendahara. 207 00:22:42,800 --> 00:22:43,890 Abang! 208 00:22:44,970 --> 00:22:46,100 Lepas… 209 00:22:46,680 --> 00:22:48,520 Lepaskan dia! 210 00:22:49,190 --> 00:22:50,560 Campak pedang tuan. 211 00:22:51,770 --> 00:22:53,560 Hamba perlu jumpa Datuk Bendahara 212 00:22:53,650 --> 00:22:56,110 - dan jelaskan kepadanya. - Tak perlu. 213 00:22:56,610 --> 00:22:59,030 Datuk mahu tuan mati. 214 00:23:47,290 --> 00:23:48,790 Ikat dia. 215 00:24:01,300 --> 00:24:03,890 Mak tak apa-apa? 216 00:24:13,350 --> 00:24:14,440 Mak! 217 00:24:19,530 --> 00:24:21,490 - Yeong-ji, Jil-geum! - Ji-un? 218 00:24:21,570 --> 00:24:22,610 Ji-un! 219 00:24:22,700 --> 00:24:24,610 - Buka pintu. - Apa yang berlaku? 220 00:24:25,200 --> 00:24:26,070 Aduhai. 221 00:25:14,120 --> 00:25:15,710 Mereka orang suruhan Datuk Bendahara? 222 00:25:17,830 --> 00:25:18,830 Tapi kenapa? 223 00:25:18,920 --> 00:25:22,420 Nampaknya, dia dah tahu yang ayah sengaja merahsiakan 224 00:25:23,050 --> 00:25:24,470 perihal Paduka Raja. 225 00:25:30,550 --> 00:25:32,970 Hamba diberitahu dia menyimpan sonangcho. 226 00:25:34,730 --> 00:25:36,230 Jika ayah tahu tempatnya, 227 00:25:37,270 --> 00:25:38,150 beritahulah hamba. 228 00:25:40,820 --> 00:25:42,860 Apa yang ingin kamu lakukan? 229 00:25:42,940 --> 00:25:44,940 Hamba akan dedahkan jenayah dia. 230 00:25:45,030 --> 00:25:48,490 Kamu fikir racun itu mampu menjatuhkan dia? 231 00:25:48,570 --> 00:25:50,490 Kini keluarga kita turut terancam. 232 00:25:51,660 --> 00:25:52,830 Jadi tolonglah. 233 00:25:53,700 --> 00:25:55,250 Beritahulah hamba. 234 00:26:07,380 --> 00:26:08,470 Dayang Kim… 235 00:26:18,730 --> 00:26:20,190 Tuanku… 236 00:26:42,250 --> 00:26:44,750 Kenapa kanda sanggup bertindak begini? 237 00:26:46,340 --> 00:26:47,800 Bebaskan kami. 238 00:26:52,010 --> 00:26:55,180 Putera Jaeun dan Paduka Raja akrab, bukan? 239 00:26:56,560 --> 00:26:57,770 Kehadirannya 240 00:26:58,730 --> 00:27:01,650 hanya akan menjadi penghalang. 241 00:27:03,900 --> 00:27:07,990 Sesiapa yang mencitakan takhta perlulah bersikap kejam. 242 00:27:09,150 --> 00:27:12,240 Dia perlu bersedia untuk mengorbankan 243 00:27:13,410 --> 00:27:16,490 nyawa ahli keluarganya apabila diperlukan. 244 00:27:17,790 --> 00:27:20,830 Datuk mahu beta bunuh dinda beta? 245 00:27:23,750 --> 00:27:26,800 Paduka Putera Jaeun membantu 246 00:27:26,880 --> 00:27:29,970 dayang dan sida-sida kesayangan Paduka Raja melarikan diri. 247 00:27:31,930 --> 00:27:33,510 Bawa mereka kepada patik. 248 00:27:34,010 --> 00:27:37,970 Mungkin patik akan mempertimbangkan tawaran Tuanku. 249 00:27:39,020 --> 00:27:40,600 Maaf, Hyun. 250 00:27:42,140 --> 00:27:45,020 Malang sekali kamu dilahirkan sebagai dinda kita. 251 00:27:50,570 --> 00:27:52,450 - Tuanku! - Tuanku! 252 00:28:02,210 --> 00:28:03,500 Tuanku… 253 00:28:08,920 --> 00:28:10,300 - Tidak! - Tidak! 254 00:28:16,140 --> 00:28:17,350 Tuanku… 255 00:28:18,810 --> 00:28:21,140 Anggaplah ini ihsan terakhir kita. 256 00:28:22,180 --> 00:28:23,190 Jangan… 257 00:28:25,150 --> 00:28:26,650 kembali lagi. 258 00:28:30,530 --> 00:28:31,490 Mari. 259 00:28:33,490 --> 00:28:36,740 Tuanku! 260 00:28:36,820 --> 00:28:38,580 Tuanku! 261 00:29:10,440 --> 00:29:12,360 Ia di simpan di dalam bilik membacanya. 262 00:29:12,940 --> 00:29:15,280 Di situlah barang-barang berharganya disimpan. 263 00:29:16,280 --> 00:29:18,030 Cari celepa biru. 264 00:29:19,240 --> 00:29:20,950 Di situlah sonangcho disimpan. 265 00:29:49,560 --> 00:29:51,820 Nampaknya, kamu terselamat. 266 00:29:59,700 --> 00:30:01,160 Maafkan hamba, Datuk. 267 00:30:03,490 --> 00:30:05,620 Hamba tak boleh mati begini saja. 268 00:30:07,120 --> 00:30:08,960 Berilah hamba satu lagi peluang. 269 00:30:10,080 --> 00:30:13,170 Kesalahan kamu terlalu berat untuk hamba maafkan. 270 00:30:14,460 --> 00:30:17,340 Kamu gagal hapuskan budak perempuan itu 271 00:30:17,930 --> 00:30:19,930 dan akibatkan bencana ini. 272 00:30:20,850 --> 00:30:21,890 Malah, 273 00:30:22,930 --> 00:30:25,470 kamu turut cuba merahsiakannya daripada hamba. 274 00:30:28,890 --> 00:30:30,400 Setidaknya, 275 00:30:31,770 --> 00:30:33,360 lepaskan keluarga hamba. 276 00:31:20,700 --> 00:31:24,780 Jadi kamu tahu rancangan Paduka Raja? 277 00:31:25,370 --> 00:31:26,290 Baginda… 278 00:31:27,490 --> 00:31:30,370 akan dedahkan kewujudan bala tentera Datuk di Yeoyeon 279 00:31:30,960 --> 00:31:33,960 dan menyerahkan takhta kepada Paduka Putera Jehyeon. 280 00:31:36,340 --> 00:31:38,340 Baginda ingin sembunyikan rahsianya 281 00:31:38,960 --> 00:31:40,840 dengan turun takhta? 282 00:32:32,060 --> 00:32:33,020 Penceroboh! 283 00:32:34,600 --> 00:32:36,020 Apa halnya? 284 00:32:46,450 --> 00:32:51,330 Begini caranya kamu membalas budi hamba? 285 00:33:01,670 --> 00:33:02,880 Berhenti! 286 00:33:08,100 --> 00:33:09,140 Ayah. 287 00:33:16,850 --> 00:33:18,480 Jika kamu bergerak, 288 00:33:19,060 --> 00:33:21,150 hamba akan bunuh dia! 289 00:33:28,910 --> 00:33:30,450 Pergi dulu. 290 00:33:32,950 --> 00:33:35,540 - Tapi ayah… - Usah rumitkan keadaan! 291 00:33:35,620 --> 00:33:36,830 Pergi sekarang! 292 00:33:49,720 --> 00:33:50,640 Ayah! 293 00:34:14,370 --> 00:34:15,450 Katib Jung? 294 00:34:15,540 --> 00:34:17,040 Katib Jung. 295 00:34:21,840 --> 00:34:24,210 Kamu terhutang budi kepada beta, Datuk. 296 00:34:37,480 --> 00:34:39,020 Ini mustahak. 297 00:34:39,100 --> 00:34:40,900 Tolong benarkan hamba masuk. 298 00:34:40,980 --> 00:34:42,940 Perkara ini penting buat Paduka Raja. 299 00:34:43,020 --> 00:34:45,190 Hal ini benar-benar mustahak! 300 00:34:45,280 --> 00:34:47,900 Mustahil orang seperti kamu ada urusan dengan baginda. 301 00:34:50,740 --> 00:34:54,030 Sekiranya Ji-un tak pulang ke istana dalam masa sejam, 302 00:34:54,910 --> 00:34:57,830 maklumkan perkara ini kepada Paduka Raja. 303 00:34:57,910 --> 00:34:58,750 Pastikan 304 00:34:59,750 --> 00:35:01,080 baginda dimaklumkan. 305 00:35:01,830 --> 00:35:03,040 Hamba mengharapkan kamu. 306 00:35:07,590 --> 00:35:10,970 Tolong benarkan hamba masuk. Sekali saja. 307 00:35:11,840 --> 00:35:12,850 Jil-geum? 308 00:35:13,640 --> 00:35:14,640 Apa kamu buat di sini? 309 00:35:15,560 --> 00:35:16,970 Chun-saeng! 310 00:35:18,180 --> 00:35:20,520 - Chun-saeng! - Kenapa ini? 311 00:35:23,310 --> 00:35:24,310 Kamu menangis? 312 00:35:49,460 --> 00:35:50,590 Hyun! 313 00:35:52,800 --> 00:35:54,890 Hyun? 314 00:35:54,970 --> 00:35:56,260 Hyun! 315 00:35:57,760 --> 00:35:58,770 Hyun… 316 00:35:59,350 --> 00:36:01,100 Ampun Tuanku. 317 00:36:02,310 --> 00:36:05,980 Kita gagal melindungi mereka berdua. 318 00:36:07,150 --> 00:36:10,030 Hyun, apa yang berlaku… 319 00:36:10,940 --> 00:36:12,780 Panggil tabib segera! 320 00:36:12,860 --> 00:36:13,910 Tuanku! 321 00:36:14,990 --> 00:36:15,870 Hyun… 322 00:36:17,660 --> 00:36:19,330 Apa yang berlaku? 323 00:36:50,780 --> 00:36:52,400 Kamu anak-beranak 324 00:36:53,700 --> 00:36:57,120 mempertaruhkan nyawa semata-mata untuk ini? 325 00:37:08,540 --> 00:37:09,840 Dungu. 326 00:37:11,300 --> 00:37:13,130 Kamu ingin lindungi keluarga kamu. 327 00:37:14,220 --> 00:37:15,880 Ini yang kamu maksudkan? 328 00:37:18,760 --> 00:37:22,560 Memandangkan kamu bersungguh-sungguh ingin melindungi anak kamu, 329 00:37:22,640 --> 00:37:25,480 saksikanlah saat-saat terakhirnya di muka bumi ini. 330 00:37:40,660 --> 00:37:42,790 Jangan! 331 00:37:42,870 --> 00:37:44,160 Bunuhlah hamba! 332 00:37:44,250 --> 00:37:46,000 Dia tak bersalah! 333 00:37:46,080 --> 00:37:49,250 Jangan! Hamba merayu! 334 00:37:53,620 --> 00:37:54,630 Jangan! 335 00:38:02,210 --> 00:38:03,210 Siapa itu? 336 00:38:28,240 --> 00:38:30,900 Sesiapa yang berani menentang hulubalang beta 337 00:38:31,080 --> 00:38:32,830 akan dianggap sebagai pembelot! 338 00:38:39,000 --> 00:38:40,790 - Tuanku? - Tuanku! 339 00:38:46,420 --> 00:38:49,000 Apa semua ini, Tuanku? 340 00:38:49,630 --> 00:38:53,760 Itulah yang ingin kita ajukan kepada Datuk. 341 00:38:55,220 --> 00:38:58,140 Berani Datuk bertindak melulu dengan menculik dan menahan 342 00:38:58,220 --> 00:39:00,310 pengiring-pengiring beta? 343 00:39:01,060 --> 00:39:04,270 Jelas sekali ini perbuatan menderhaka. 344 00:39:04,850 --> 00:39:05,940 Derhaka? 345 00:39:07,150 --> 00:39:09,020 Benarkah Tuanku 346 00:39:10,440 --> 00:39:13,240 menuduh patik menderhaka? 347 00:39:22,840 --> 00:39:23,790 Ya. 348 00:39:24,790 --> 00:39:27,460 Datuk menderhaka kerana menentang beta, 349 00:39:28,080 --> 00:39:29,380 raja negara ini. 350 00:39:30,880 --> 00:39:31,920 Raja? 351 00:39:40,430 --> 00:39:41,430 Ini… 352 00:39:42,640 --> 00:39:44,520 bukti penderhakaan Datuk. 353 00:39:48,400 --> 00:39:49,860 Bertindak segera! 354 00:39:49,940 --> 00:39:53,950 Tangkap Datuk Bendahara dan pengikutnya atas tuduhan menderhaka! 355 00:39:54,030 --> 00:39:55,030 - Tuanku. - Tuanku. 356 00:40:03,370 --> 00:40:06,500 Tuanku sedang melakukan kesilapan yang besar. 357 00:40:06,580 --> 00:40:08,920 Datuk yang sudah silap. 358 00:40:09,840 --> 00:40:11,380 Tak begitu? 359 00:40:16,130 --> 00:40:17,140 Jalan. 360 00:40:24,850 --> 00:40:26,850 - Tuanku. - Tuanku! 361 00:40:29,150 --> 00:40:30,860 Maafkan kelewatan beta. 362 00:40:32,070 --> 00:40:36,280 Tidak, Tuanku. Semuanya baik saja dengan Tuanku? 363 00:40:41,990 --> 00:40:45,540 Ayah, ayah tak apa-apa? 364 00:40:46,370 --> 00:40:47,750 Ji-un! 365 00:40:47,830 --> 00:40:48,830 Katib Jung! 366 00:40:49,790 --> 00:40:52,460 Apa yang berlaku? Lihatlah keadaan kamu. 367 00:40:55,420 --> 00:40:58,260 - Ji-un, kamu tak apa-apa? - Apa yang berlaku? 368 00:40:58,340 --> 00:41:00,010 Ayah kamu minta hamba maklumkan 369 00:41:00,600 --> 00:41:01,810 kepada Paduka Raja. 370 00:41:04,770 --> 00:41:07,060 - Tuan! - Ayah! 371 00:41:09,350 --> 00:41:10,980 Aduhai. 372 00:41:18,110 --> 00:41:19,240 Ayah… 373 00:42:13,960 --> 00:42:18,510 Adakah Tuanku menyangka Tuanku akan terselamat 374 00:42:19,380 --> 00:42:22,010 setelah memperlakukan patik begini? 375 00:42:22,090 --> 00:42:23,470 Tentu sekali. 376 00:42:24,720 --> 00:42:26,810 Beta bertahan demi saat ini. 377 00:42:27,310 --> 00:42:28,930 "Bertahan"? 378 00:42:32,400 --> 00:42:36,780 Bagaimana jika patik dedahkan rahsia Tuanku? 379 00:42:37,400 --> 00:42:39,530 Apa Tuanku akan lakukan? 380 00:42:39,610 --> 00:42:41,320 Datuk seorang penderhaka 381 00:42:41,410 --> 00:42:44,660 yang membunuh ayahanda beta dan memfitnah nyawa tak berdosa. 382 00:42:46,240 --> 00:42:48,540 Siapa yang akan percayakan Datuk? 383 00:42:50,290 --> 00:42:52,080 Pastinya mereka akan anggap 384 00:42:52,170 --> 00:42:55,000 ia sekadar kegilaan orang yang bakal bertemu ajalnya. 385 00:42:55,090 --> 00:42:58,000 Tuanku benar-benar yakin herba beracun itu saja 386 00:42:59,170 --> 00:43:01,930 sudah memadai untuk membongkar hal sebenar? 387 00:43:02,010 --> 00:43:04,470 Ya, beta akan pastikan. 388 00:43:05,470 --> 00:43:08,010 Perbandingan antara sonangcho yang Datuk gunakan 389 00:43:08,100 --> 00:43:10,850 dengan busohwa seperti dalam Catatan Urus Setia Diraja 390 00:43:11,560 --> 00:43:14,860 akan membuktikan kemangkatan ayahanda beta telah dipalsukan. 391 00:43:16,110 --> 00:43:18,320 Tabib Diraja Seo Seung-gyu yang membunuh Sida Cho 392 00:43:18,820 --> 00:43:20,940 akan menyokong tuduhan ini. 393 00:43:22,570 --> 00:43:24,030 Bukan itu saja. Catatan… 394 00:43:25,030 --> 00:43:27,410 berkenaan kewujudan bala tentera Datuk di Yeoyeon 395 00:43:28,490 --> 00:43:31,830 yang didapatkan oleh Tuan Yoon dengan menggadaikan nyawanya 396 00:43:33,870 --> 00:43:36,040 lebih daripada mencukupi 397 00:43:37,290 --> 00:43:39,420 untuk mendedahkan ketamakan Datuk. 398 00:43:41,420 --> 00:43:45,680 Pada masa ini, tentera beta dalam perjalanan ke Yeoyeon. 399 00:43:47,140 --> 00:43:49,760 Semua jenayah yang Datuk lakukan 400 00:43:50,640 --> 00:43:52,430 akan beta dedahkan 401 00:43:53,270 --> 00:43:56,190 di depan para pembesar ketika perhimpunan esok. 402 00:43:58,900 --> 00:44:00,070 Cucu datuk… 403 00:44:01,150 --> 00:44:02,990 memang tak mengecewakan. 404 00:44:06,360 --> 00:44:08,780 Patik berbesar hati dengan Tuanku. 405 00:44:14,250 --> 00:44:16,250 Tertuduh meracun mendiang Paduka Raja 406 00:44:16,330 --> 00:44:18,710 dan memalsukan bukti yang menyebabkan 407 00:44:18,790 --> 00:44:20,880 kematian mereka yang tak berdosa. 408 00:44:21,460 --> 00:44:23,260 Dengan ini, pembelot Han Gi-jae 409 00:44:23,840 --> 00:44:25,180 dijatuhkan hukuman pancung. 410 00:44:32,640 --> 00:44:35,440 Seterusnya, nama dan kedudukan 411 00:44:35,520 --> 00:44:38,650 Putera Jehyeon yang dibuang negeri setelah difitnah oleh Han Gi-jae 412 00:44:38,730 --> 00:44:42,440 berserta Guru Diraja Kang Hwa-gil yang difitnah membelot dan dipancung 413 00:44:42,530 --> 00:44:45,030 akan dikembalikan kepada mereka 414 00:44:45,740 --> 00:44:49,160 dan menamatkan ketidakadilan yang menimpa mereka. 415 00:44:50,030 --> 00:44:51,370 Iring mereka masuk. 416 00:45:25,650 --> 00:45:26,700 Turun takhta? 417 00:45:28,240 --> 00:45:30,910 Benar. Cunda bercadang untuk menyerahkan takhta ini 418 00:45:31,490 --> 00:45:33,490 kepada Putera Jehyeon. 419 00:45:34,080 --> 00:45:35,160 Tapi kenapa? 420 00:45:35,750 --> 00:45:38,160 Kenapa tiba-tiba saja cunda membuat keputusan ini? 421 00:45:45,090 --> 00:45:46,670 Pada malam bersejarah itu, 422 00:45:48,430 --> 00:45:50,470 puteri yang lahir bersama kandanya 423 00:45:51,390 --> 00:45:53,010 tak mati. 424 00:46:02,360 --> 00:46:07,190 GANGNYEONGJEON 425 00:46:09,280 --> 00:46:11,110 Pada usia 12 tahun, dia menjadi dayang 426 00:46:11,870 --> 00:46:13,620 dan kembali ke istana. 427 00:46:15,870 --> 00:46:17,790 Setelah mengetahui hal sebenar, 428 00:46:18,290 --> 00:46:20,920 datuk mengarahkan gadis itu dibunuh secara rahsia. 429 00:46:22,210 --> 00:46:24,670 Tapi kandanya yang menyamar dan memakai pakaiannya 430 00:46:25,670 --> 00:46:28,170 disangkakan gadis itu dan akhirnya mati dibunuh. 431 00:46:33,760 --> 00:46:34,970 Apa? 432 00:46:36,180 --> 00:46:38,770 Apa maksud cunda? 433 00:46:39,890 --> 00:46:41,100 Kitalah… 434 00:46:42,400 --> 00:46:43,810 kembar mendiang kanda. 435 00:46:51,110 --> 00:46:54,700 Berikan kita sedikit masa sehingga hukuman Datuk Bendahara dilaksanakan. 436 00:46:54,780 --> 00:46:56,660 Sebaik saja urusan ini selesai, 437 00:46:57,950 --> 00:47:00,410 kita akan serahkan takhta kepada Putera Jehyeon. 438 00:47:01,460 --> 00:47:02,920 Sekiranya kita perlu dihukum 439 00:47:03,750 --> 00:47:06,500 kerana memperdaya dan menjadi seorang raja, 440 00:47:08,090 --> 00:47:10,050 kita rela menanggungnya. 441 00:47:13,090 --> 00:47:15,930 Kita serahkan segala budi bicara kepada nenda 442 00:47:16,550 --> 00:47:19,220 dan juga bakal raja, Putera Jehyeon. 443 00:47:22,520 --> 00:47:24,150 Tuanku! 444 00:47:25,190 --> 00:47:26,730 - Tuanku. - Tuanku… 445 00:47:26,820 --> 00:47:28,230 Tuanku tak apa-apa? 446 00:47:53,510 --> 00:47:55,840 Abang dah sedar? 447 00:47:57,680 --> 00:47:59,010 Ji-un di mana? 448 00:48:25,620 --> 00:48:28,130 Semua jenayah Datuk Bendahara sudah pun terbongkar. 449 00:48:29,540 --> 00:48:31,590 Semua pengikutnya… 450 00:48:33,210 --> 00:48:34,840 akan turut dipancung. 451 00:48:38,220 --> 00:48:39,640 Bawakan pakaian ayah. 452 00:48:42,020 --> 00:48:44,100 Ayah akan menghadap Paduka Raja. 453 00:48:47,560 --> 00:48:48,810 Ayah juga… 454 00:48:50,360 --> 00:48:51,980 perlu terima hukuman ayah. 455 00:49:01,990 --> 00:49:03,330 Jaga… 456 00:49:06,410 --> 00:49:07,460 mak kamu. 457 00:49:22,260 --> 00:49:24,770 Pakaian ini sesuai dengan kamu, Eun-seo. 458 00:49:41,700 --> 00:49:42,660 Dinda membantah. 459 00:49:43,540 --> 00:49:45,950 Berkenaan usul kanda kepada nenda. 460 00:49:46,870 --> 00:49:48,500 Mohon kanda pertimbangkan semula. 461 00:49:50,460 --> 00:49:51,750 Bangun. 462 00:49:52,880 --> 00:49:55,300 Kanda raja negara ini. 463 00:49:55,380 --> 00:49:59,470 Kenapa kanda ingin menyerahkan takhta kepada dinda? 464 00:50:02,300 --> 00:50:04,560 Jenayah datuk kita sudah terbongkar. 465 00:50:05,350 --> 00:50:08,310 Mengenangkan semua nyawa tak berdosa yang terkorban, 466 00:50:09,310 --> 00:50:11,730 kita tak layak menduduki takhta. 467 00:50:11,810 --> 00:50:13,110 Takhta itu… 468 00:50:15,280 --> 00:50:16,690 milik kanda. 469 00:50:17,900 --> 00:50:19,990 Sekiranya kanda tak layak, 470 00:50:20,950 --> 00:50:23,120 siapakah yang lebih berhak? 471 00:50:24,450 --> 00:50:29,290 Hanya kanda dan kanda seorang saja yang layak bersemayam di sana. 472 00:50:41,840 --> 00:50:44,970 Ini bukan perintah, tapi permintaan. 473 00:50:47,600 --> 00:50:49,350 Kita yakin kamu boleh lakukannya. 474 00:50:50,560 --> 00:50:53,230 Kanda harap hajat ayahanda akan jadi nyata bersama kamu. 475 00:50:55,150 --> 00:50:56,230 Kanda… 476 00:51:26,850 --> 00:51:27,930 Patik… 477 00:51:30,980 --> 00:51:33,020 ingin dedahkan semua jenayah patik. 478 00:51:34,690 --> 00:51:36,860 Adakah kamu mengharapkan kemaafan? 479 00:51:40,150 --> 00:51:42,740 Beta tak bercadang untuk memaafkan kamu. 480 00:51:43,320 --> 00:51:47,160 Kamu meragut nyawa mereka yang tak bersalah 481 00:51:48,120 --> 00:51:51,450 dan membunuh gadis yang tak berdosa di depan anak kamu sendiri. 482 00:51:52,250 --> 00:51:53,410 Kamu juga 483 00:51:54,330 --> 00:51:56,000 membunuh kanda beta, 484 00:51:56,920 --> 00:51:59,710 putera yang sepatutnya bersemayam di atas takhta ini. 485 00:52:01,260 --> 00:52:02,130 Kamu bunuh dia. 486 00:52:05,390 --> 00:52:06,260 Itulah sebabnya 487 00:52:07,350 --> 00:52:09,640 walaupun dihukum pancung, 488 00:52:10,140 --> 00:52:12,600 kamu takkan dapat menebus dosa kamu. 489 00:52:13,390 --> 00:52:14,560 Patik sedar. 490 00:52:21,480 --> 00:52:24,110 Beta dengar Putera Wonsan bersubahat dengan datuk. 491 00:52:24,200 --> 00:52:26,740 Beta telah kerahkan bala tentera ke Yeoyeon. 492 00:52:27,530 --> 00:52:29,910 Kamu akan ke sana untuk menyelia mereka. 493 00:52:31,450 --> 00:52:36,000 Tiada siapa yang lebih mengetahui kawasan itu berbanding kamu. 494 00:52:38,960 --> 00:52:41,000 Sebaik saja urusan ini selesai, 495 00:52:42,460 --> 00:52:45,220 beta akan putuskan hukuman kamu. 496 00:52:47,840 --> 00:52:49,600 Tuanku. 497 00:53:14,580 --> 00:53:17,250 Patik diberitahu bahawa mayat anak itu ada di sini. 498 00:53:17,960 --> 00:53:19,790 Patik ingin periksa mayatnya. 499 00:53:21,670 --> 00:53:22,920 Jangan! 500 00:53:24,010 --> 00:53:25,760 Ayah, jangan. Berhenti. 501 00:53:25,840 --> 00:53:28,930 - Kenapa ayah bertindak begini? - Ini bukan urusan kamu. Ke tepi. 502 00:53:29,010 --> 00:53:29,930 Ayah! 503 00:53:30,930 --> 00:53:32,100 Tidak! 504 00:53:44,530 --> 00:53:46,240 Tuanku perlukan sesuatu? 505 00:53:46,320 --> 00:53:47,820 Bok-dong. 506 00:53:47,900 --> 00:53:49,820 Tuanku, patik mendengar. 507 00:53:50,410 --> 00:53:51,780 Beta perlukan bantuan. 508 00:53:53,280 --> 00:53:56,620 Aturkan hari untuk beta bermalam bersama Permaisuri. 509 00:53:56,700 --> 00:53:57,910 Tuanku? 510 00:53:58,920 --> 00:54:01,750 Apa maksud Tuanku? Apa rancangan Tuanku? 511 00:54:09,130 --> 00:54:13,350 Ayah dinda bersubahat dengan datuk kita untuk membina bala tentera di Yeoyeon. 512 00:54:14,850 --> 00:54:16,390 Dinda sedar. 513 00:54:17,430 --> 00:54:19,480 Dinda juga sedia maklum 514 00:54:19,560 --> 00:54:23,270 tentang rayuan-rayuan yang meminta agar dinda dimakzulkan. 515 00:54:24,320 --> 00:54:25,570 Dinda sedia terima 516 00:54:26,280 --> 00:54:28,070 apa saja keputusan kanda. 517 00:54:30,610 --> 00:54:33,240 Kita akan cuba sedaya upaya untuk pastikan 518 00:54:33,740 --> 00:54:35,490 ayah dinda tak dihukum pancung. 519 00:54:36,490 --> 00:54:37,540 Dinda… 520 00:54:40,000 --> 00:54:41,370 perlu tinggalkan istana. 521 00:54:43,000 --> 00:54:45,880 Secara rasminya, dinda jatuh gering dan meninggal dunia. 522 00:54:46,750 --> 00:54:50,170 Jadi binalah kehidupan baru jauh dari istana. 523 00:54:51,470 --> 00:54:54,550 Apa maksud kanda? 524 00:54:55,970 --> 00:54:57,310 Kenapa kanda… 525 00:54:59,810 --> 00:55:00,890 Kita berjanji… 526 00:55:03,100 --> 00:55:05,270 untuk menjelaskan segalanya. 527 00:55:07,110 --> 00:55:08,570 Inilah harinya. 528 00:55:50,440 --> 00:55:51,440 Kita… 529 00:55:52,870 --> 00:55:54,660 seorang wanita. 530 00:55:58,080 --> 00:56:01,340 Kanda, bagaimana… 531 00:56:02,500 --> 00:56:03,620 Maafkan kita. 532 00:56:06,880 --> 00:56:09,300 Maaf kerana untuk sekian lamanya… 533 00:56:11,010 --> 00:56:12,510 kita mendustai dinda. 534 00:56:15,470 --> 00:56:16,680 Mustahil. 535 00:56:17,390 --> 00:56:21,770 Inilah sebabnya kita terpaksa merahsiakan segalanya daripada dinda. 536 00:56:23,520 --> 00:56:25,030 Kerana kita seorang wanita. 537 00:56:26,530 --> 00:56:29,410 Itulah sebabnya kita tak dapat menjadi sahabat… 538 00:56:31,030 --> 00:56:33,780 mahupun suami buat dinda. 539 00:56:36,950 --> 00:56:38,660 Perasaan bersalah kita… 540 00:56:40,370 --> 00:56:42,920 menjauhkan kita daripada dinda. 541 00:56:43,920 --> 00:56:45,000 Tapi… 542 00:56:46,380 --> 00:56:48,880 Kenapa baru kini Tuanku berterus terang? 543 00:56:49,380 --> 00:56:51,050 Kenapa sekarang? 544 00:56:52,350 --> 00:56:54,010 Apa sebabnya? 545 00:56:55,100 --> 00:56:57,310 Tuanku patut rahsiakan saja. 546 00:56:58,640 --> 00:57:00,560 Bagaimana jika dinda jadikan ini 547 00:57:00,640 --> 00:57:04,730 sebagai alasan untuk mengugut Tuanku supaya membebaskan ayah dinda? 548 00:57:04,820 --> 00:57:07,900 Bagaimana jika dinda mengancam nyawa Tuanku? 549 00:57:10,820 --> 00:57:14,240 Kalau begitu, kita akan anggap ia sebagai takdir kita. 550 00:57:16,040 --> 00:57:18,290 Dosa kita terhadap dinda 551 00:57:19,120 --> 00:57:20,830 jauh lebih hebat. 552 00:57:23,460 --> 00:57:24,670 Dinda… 553 00:57:26,000 --> 00:57:28,750 Kita amat menyanjung dinda. 554 00:57:30,670 --> 00:57:32,960 Usah dinda salahkan diri dinda. 555 00:57:34,420 --> 00:57:36,220 Sekiranya ada pihak yang bersalah, 556 00:57:38,180 --> 00:57:40,390 kitalah yang patut dipersalahkan. 557 00:58:20,300 --> 00:58:21,300 Ayahanda… 558 00:58:23,720 --> 00:58:25,090 Apa khabar? 559 00:58:26,010 --> 00:58:28,520 MENDIANG PUTERA DOHYEON 560 00:58:38,360 --> 00:58:40,650 Tuanku menziarah mendiang ayahanda Tuanku? 561 00:58:40,740 --> 00:58:41,900 Ya. 562 00:58:41,990 --> 00:58:45,320 Kanda beta ada singgah ke sini? 563 00:58:52,830 --> 00:58:55,880 Baginda singgah tiga hari lalu. 564 00:58:57,550 --> 00:58:58,670 Oh, ya. 565 00:59:04,050 --> 00:59:07,050 Baginda meminta patik agar menyerahkan ini kepada Tuanku. 566 00:59:17,690 --> 00:59:21,780 TALI PANCING YANG PANJANG DICAMPAK KE DALAM AIR 567 00:59:22,860 --> 00:59:25,570 Kamu tak tahu ke mana dia pergi? 568 00:59:25,660 --> 00:59:28,580 Ampun Tuanku. Patik kurang pasti. 569 01:00:07,200 --> 01:00:09,330 Tuanku di sini. 570 01:00:15,040 --> 01:00:16,250 Esok… 571 01:00:17,920 --> 01:00:19,790 Paduka Putera Jehyeon akan naik takhta. 572 01:00:21,960 --> 01:00:24,170 Sudah begitu lama beta nantikan hari ini, 573 01:00:24,840 --> 01:00:27,130 tapi beta berat hati. 574 01:00:28,050 --> 01:00:32,520 Adakah beta meletakkan beban yang terlalu berat di bahunya? 575 01:00:34,890 --> 01:00:38,730 Patik yakin baginda akan memerintah dengan cemerlang. 576 01:00:41,650 --> 01:00:43,940 Panglima Jung datang menghadap beta. 577 01:00:45,030 --> 01:00:46,700 Dia mengakui segala jenayahnya. 578 01:00:50,740 --> 01:00:52,030 Patik sedia maklum. 579 01:00:55,750 --> 01:00:56,870 Maafkan beta 580 01:00:58,460 --> 01:01:00,460 sebab masih belum dapat 581 01:01:01,500 --> 01:01:03,380 memaafkan ayah kamu. 582 01:01:04,630 --> 01:01:05,800 Mungkin… 583 01:01:08,050 --> 01:01:11,050 beta takkan dapat memaafkan dia untuk selamanya. 584 01:01:13,970 --> 01:01:15,520 Tuanku tak perlu maafkan dia. 585 01:01:17,560 --> 01:01:19,480 Terutama sekali jika demi patik. 586 01:01:21,480 --> 01:01:23,570 Apa jua keputusan Tuanku… 587 01:01:25,530 --> 01:01:27,030 patik akan terima. 588 01:01:36,450 --> 01:01:37,830 Tuanku! 589 01:01:38,410 --> 01:01:39,580 Tuanku! Aduhai. 590 01:01:41,250 --> 01:01:45,590 Datuk Bendahara dilaporkan berjaya melepaskan diri dari penjara. 591 01:01:46,170 --> 01:01:47,050 Apa? 592 01:02:25,340 --> 01:02:26,340 Aduhai. 593 01:02:29,170 --> 01:02:30,670 Apa yang berlaku? 594 01:03:07,590 --> 01:03:10,380 Tali pancing yang panjang dicampak ke dalam air. 595 01:03:11,340 --> 01:03:13,800 Riak air yang ditunggu-tunggu muncul, 596 01:03:13,880 --> 01:03:16,050 lalu bertebaranlah ia. 597 01:03:16,760 --> 01:03:18,390 Malam sepi, air dingin, 598 01:03:18,890 --> 01:03:20,560 ikan berjauh hati. 599 01:03:21,850 --> 01:03:23,100 Dengan perahu kosong, 600 01:03:25,240 --> 01:03:28,230 Hamba pulang bersama impian. 601 01:03:29,980 --> 01:03:30,990 "Cahaya bulan." 602 01:03:32,490 --> 01:03:33,400 "Impian." 603 01:03:34,740 --> 01:03:36,240 Bukan cahaya bulan, 604 01:03:37,120 --> 01:03:38,870 tapi dia pulang bersama impiannya. 605 01:03:41,790 --> 01:03:44,670 CAHAYA BULAN, IMPIAN 606 01:04:56,000 --> 01:05:15,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 607 01:05:15,710 --> 01:05:20,680 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali