1 00:00:54,800 --> 00:00:59,880 (Melur Untuk Firdaus) 2 00:01:00,680 --> 00:01:03,080 Terima kasih umi ucapkan pada Melur sebab 3 00:01:03,108 --> 00:01:03,880 (Episod 18) 4 00:01:03,920 --> 00:01:07,760 Melur sanggup bersabar ni. Dengan perangai si Fir macam tu. 5 00:01:08,040 --> 00:01:10,520 Semoga terus bersabar, ya? 6 00:01:11,200 --> 00:01:13,320 Ni buat umi sayang dengan Melur. 7 00:01:14,227 --> 00:01:15,960 Melur akan cuba sabar. 8 00:01:20,440 --> 00:01:23,960 Umi dengan walid ada cuba nasihatkan Dee tak? 9 00:01:24,425 --> 00:01:25,720 Ada. 10 00:01:26,880 --> 00:01:28,520 Tapi sama sajalah. 11 00:01:29,360 --> 00:01:31,760 Fir tu pernah ajak dia nikah, tapi dia tak nak. 12 00:01:32,040 --> 00:01:33,280 Tak tahu apa masalah dia. 13 00:01:34,240 --> 00:01:37,600 Sebab itulah umi dengan walid kahwinkan Fir ni 14 00:01:38,280 --> 00:01:39,280 dengan Melur. 15 00:01:40,186 --> 00:01:41,320 Setakat inilah, 16 00:01:41,440 --> 00:01:45,680 inilah keputusan walid yang paling terbaik untuk Fir. 17 00:01:46,403 --> 00:01:48,043 Dan Melur adalah yang terbaik. 18 00:01:48,090 --> 00:01:49,880 Janganlah puji Melur sangat. 19 00:01:51,080 --> 00:01:54,000 Tapi Melur sangat hargai kasih sayang umi pada Melur. 20 00:01:54,400 --> 00:01:56,200 Melur sayang umi. 21 00:01:56,600 --> 00:01:58,800 Samalah. Terima kasih. 22 00:01:59,640 --> 00:02:00,800 Jangan risau, tahu? 23 00:02:00,920 --> 00:02:03,040 Nanti umi suruh saja Fir tu 24 00:02:03,160 --> 00:02:07,120 jangan jumpa si Dee tu walau dalam apa juga keadaan. Ya? 25 00:02:07,547 --> 00:02:09,880 Terima kasih sebab faham perasaan Melur. 26 00:02:21,160 --> 00:02:23,360 Dee telefon pak cik ni, 27 00:02:24,000 --> 00:02:25,000 Dee nak cakap apa? 28 00:02:26,073 --> 00:02:27,160 Melur mengandung. 29 00:02:27,480 --> 00:02:28,560 Melur mandul. 30 00:02:30,720 --> 00:02:33,080 Mana pak cik tahu Melur mandul? 31 00:02:34,160 --> 00:02:35,920 Dee tahu mana dia mengandung? 32 00:02:37,840 --> 00:02:42,440 Hari tu Dee nampak Melur loya-loya, pening-pening. 33 00:02:42,473 --> 00:02:44,160 Fir pun cakap dia muntah-muntah. 34 00:02:44,400 --> 00:02:46,520 Eh, itu bukan fasal mengandung. 35 00:02:47,440 --> 00:02:51,160 Melur tu berpenyakit. sakit kepala, migrain. 36 00:02:51,280 --> 00:02:53,440 Isy, dia memang ni banyak masalahlah. 37 00:02:54,720 --> 00:02:56,200 Begitu rupanya. 38 00:02:56,320 --> 00:02:59,240 Tapi, pak cik kena hati-hati juga, tahu? 39 00:02:59,276 --> 00:03:03,076 Jangan ambil mudah. Sebab mungkin Melur tu mengandung. 40 00:03:03,126 --> 00:03:04,126 Sebab 41 00:03:06,120 --> 00:03:08,480 pak cik tahu tak yang Melur tu 42 00:03:08,600 --> 00:03:11,120 ada skandal dengan lelaki lain di luar? 43 00:03:11,280 --> 00:03:13,840 Eh, tak gunanya menantu. 44 00:03:14,000 --> 00:03:16,040 Berani mendua-duakan anak aku. 45 00:03:16,440 --> 00:03:18,520 Pijak semut pun tak mati. 46 00:03:18,640 --> 00:03:19,720 Betul tu, pak cik. 47 00:03:20,233 --> 00:03:21,920 Kita memang tak boleh percaya sangat 48 00:03:21,965 --> 00:03:25,000 orang yang sopan santun, lemah lembut ni zaman sekarang. 49 00:03:25,018 --> 00:03:27,120 Kadang-kadang, orang macam ni lagi teruk. 50 00:03:27,320 --> 00:03:28,920 Elok sembelih saja, pak cik. 51 00:03:30,600 --> 00:03:33,400 Pak cik ni masih waras, Dee. 52 00:03:33,960 --> 00:03:36,360 Kalau tidak, nahaslah dia! 53 00:03:37,080 --> 00:03:40,160 Oh ya, kenapa pak cik cakap Melur mandul? 54 00:03:40,680 --> 00:03:43,720 Keturunan pak cik tak ada yang beranak lambat. 55 00:03:44,360 --> 00:03:46,400 Mak cik kamu tu bunting pelamin. 56 00:03:46,920 --> 00:03:48,520 Lili pun bunting pelamin. 57 00:03:48,630 --> 00:03:52,400 Ni, si Melur ni. Dah sembilan bulan, masih tak mengandung. 58 00:03:52,880 --> 00:03:54,680 Tak ke mandul namanya tu? 59 00:03:55,952 --> 00:04:00,520 Aku pula yang migrain dengan orang tua ni. Patutlah si Firdaus tu lembap. 60 00:04:02,480 --> 00:04:04,000 Yalah, pak cik. Betul. 61 00:04:04,320 --> 00:04:08,280 Okeylah, pak cik. Nanti apa-apa Dee bagi tahu, okey? 62 00:04:08,640 --> 00:04:10,160 Selamat tinggal. Assalamualaikum. 63 00:04:13,593 --> 00:04:14,680 Bunting? 64 00:04:18,560 --> 00:04:19,560 Umi. 65 00:04:21,880 --> 00:04:23,960 Fir ada apa-apa nak cakap ke dengan umi? 66 00:04:25,751 --> 00:04:27,200 Kenapa ni? 67 00:04:27,800 --> 00:04:29,840 Fir, jom keluar sekejap. 68 00:04:30,120 --> 00:04:31,640 Walid ada benda nak cakap. 69 00:04:31,920 --> 00:04:34,800 Amboi, bang. Dengan saya pun nak berahsia? 70 00:04:35,120 --> 00:04:37,160 Siapa berahsia dengan siapa 71 00:04:37,600 --> 00:04:38,640 sebenarnya ni? 72 00:05:03,040 --> 00:05:04,920 Jadi, sekarang ni umi dah tahu fasal abang dengan Dee? 73 00:05:05,400 --> 00:05:06,400 Tahu. 74 00:05:10,760 --> 00:05:11,960 Melur bagi tahu ke apa? 75 00:05:14,560 --> 00:05:16,680 Apabila Melur jumpa Dee, 76 00:05:17,200 --> 00:05:18,640 umi pun ada di sana. 77 00:05:19,320 --> 00:05:22,240 Jadi, dia nampak abang dengan Dee. 78 00:05:22,400 --> 00:05:25,120 Kenapa Melur tak bagi tahu abang awal-awal? 79 00:05:25,205 --> 00:05:27,160 Buat apa nak bagi tahu abang? 80 00:05:27,360 --> 00:05:29,960 Melur malaslah nak bergaduh dengan abang fasal Dee ni. 81 00:05:30,440 --> 00:05:32,200 Jadi, maksudnya umi dah tahu semua? 82 00:05:33,680 --> 00:05:37,080 Dia tahu apa yang dia perlu tahu saja. 83 00:05:38,360 --> 00:05:39,520 Maksud Melur? 84 00:05:40,280 --> 00:05:44,320 Yang abang masih dengan Dee dan Melur tahu hal abang dengan Dee. 85 00:05:47,120 --> 00:05:48,840 Lepas tu, umi cakap apa? 86 00:05:49,960 --> 00:05:53,520 Dia nasihat panjang lebar. 87 00:05:53,961 --> 00:05:55,760 Bagus kalau abang dengar sekali. 88 00:05:55,960 --> 00:05:58,040 Sebab Melur pun dah faham dia. 89 00:05:59,880 --> 00:06:01,320 Tapi, itulah. Melur tak nak 90 00:06:01,520 --> 00:06:03,960 dia marah abang sebab ni melibatkan 91 00:06:04,080 --> 00:06:06,040 soal hati dan perasaan. 92 00:06:06,160 --> 00:06:09,160 Sedekat mana pun aku depan mata, 93 00:06:10,240 --> 00:06:11,960 dia hanya nampak Dee 94 00:06:12,440 --> 00:06:14,360 walaupun jauh daripada dia. 95 00:06:15,833 --> 00:06:18,720 Dah. Melur nak naik atas, mandi dulu ya. 96 00:06:20,140 --> 00:06:23,800 Ya. Terima kasih tentang umi. 97 00:06:34,160 --> 00:06:36,960 Tapi kenapa dia perlu menipu demi aku? 98 00:06:37,600 --> 00:06:40,800 Kenapa dia tak terus terang yang aku masih berhubung dengan Dee? 99 00:06:45,320 --> 00:06:47,000 Kenapa dia melindungi aku? Aku tak faham. 100 00:06:51,920 --> 00:06:54,880 Melur janganlah layan sangat perempuan tu. 101 00:06:55,080 --> 00:06:56,640 Nanti stres. 102 00:06:58,400 --> 00:06:59,400 Yalah. 103 00:07:00,000 --> 00:07:01,680 Waalaikumussalam. 104 00:07:02,080 --> 00:07:04,320 Bonda sayang Melur. Jaga diri. Okey? 105 00:07:08,265 --> 00:07:09,240 Awak. 106 00:07:09,617 --> 00:07:11,440 Sampai bila kita 107 00:07:11,680 --> 00:07:14,000 nak tengok Melur layan perasaan dia? 108 00:07:14,800 --> 00:07:15,800 Sampai bila? 109 00:07:16,320 --> 00:07:19,040 Abang faham. Abang pun kecewa juga. 110 00:07:19,473 --> 00:07:23,073 Silap abang juga salah percaturan. Kalau bukan sebab abang 111 00:07:24,080 --> 00:07:27,000 yang tergesa-gesa nak kahwinkan Melur, 112 00:07:27,310 --> 00:07:29,080 benda-benda macam ni tak berlaku. 113 00:07:30,120 --> 00:07:31,800 Salah saya juga. 114 00:07:32,920 --> 00:07:34,720 Sebab saya dari awal, 115 00:07:35,040 --> 00:07:37,560 tak siasat dulu siapa Firdaus. 116 00:07:38,160 --> 00:07:39,560 Terus saja setuju. 117 00:07:41,320 --> 00:07:43,920 Dahlah, jangan cakap macam tu. Bukan salah awak pun. 118 00:07:44,600 --> 00:07:46,560 Ini semua dah takdir Melur. 119 00:07:46,880 --> 00:07:48,680 Lagipun, pengajaran untuk kita, tahu? 120 00:07:49,400 --> 00:07:53,120 Kalau nak pilih jodoh untuk anak, jangan tergesa-gesa. 121 00:07:54,920 --> 00:07:56,480 Ikutkan hati saya ni, 122 00:07:56,752 --> 00:07:59,432 saya nak sangat serang perempuan tu. Saya nak cakap, 123 00:07:59,513 --> 00:08:03,040 "Eh, kau jangan kacau rumah tangga anak aku boleh tak?" 124 00:08:03,240 --> 00:08:05,120 Macam tu. Isy, geramlah saya! 125 00:08:05,320 --> 00:08:07,800 Maria, istighfar. Mengucap. 126 00:08:08,960 --> 00:08:10,840 Awak pun nak jadi gengster macam Haris ke? 127 00:08:11,160 --> 00:08:14,560 Tak semua benda boleh selesai dengan kekerasan. 128 00:08:14,920 --> 00:08:17,360 Yang penting sekarang ni saya nak jumpa Haji Din, 129 00:08:17,385 --> 00:08:20,160 nak pujuk dia, minta dia terima Melur. 130 00:08:20,237 --> 00:08:24,000 Yang kita pula, jangan menyerah, jangan putus asa. Bagi dia semangat 131 00:08:24,120 --> 00:08:26,560 dan doa untuk dia. Okey? 132 00:08:30,320 --> 00:08:31,240 Dee. 133 00:08:31,840 --> 00:08:32,804 Hei. 134 00:08:33,720 --> 00:08:35,280 Awak jangan putus asa macam ni boleh tak? 135 00:08:36,320 --> 00:08:37,520 Okey, sekarang ni 136 00:08:38,040 --> 00:08:40,960 cuma kena sabar, okey? Melur dah lembut hati bagi kita kahwin dah sekarang ni. 137 00:08:41,960 --> 00:08:43,720 Saya tak sukalah imam saya, 138 00:08:44,360 --> 00:08:48,080 dia tak berani, dia tak tegas untuk 139 00:08:48,660 --> 00:08:51,360 tegakkan hak dia. Hak dia sebagai lelaki, 140 00:08:51,680 --> 00:08:52,800 boleh kahwin lebih. 141 00:08:56,480 --> 00:08:57,520 Bakal imam. 142 00:08:58,560 --> 00:08:59,523 Dee, saya... 143 00:09:00,600 --> 00:09:02,800 Saya tak pasti saya boleh jadi bakal imam awak ke tak. 144 00:09:02,891 --> 00:09:06,600 Okey? Saya minta maaf dengan awak sebab buat awak tunggu-tunggu sampai macam ni. 145 00:09:06,720 --> 00:09:08,040 Okey? Saya minta maaf. 146 00:09:08,720 --> 00:09:11,680 Kenapa awak macam susah sangat nak ceraikan perempuan tu? 147 00:09:11,755 --> 00:09:14,324 Awak tahu kan dia dengan budak si Haris tu? 148 00:09:16,058 --> 00:09:17,058 Tak. 149 00:09:17,680 --> 00:09:21,720 Dia jumpa Haris cuma untuk dia punya buku punya projek saja. Itu saja. 150 00:09:21,845 --> 00:09:26,520 Projek buku sambil piknik, sambil jalan-jalan. Macam tu? 151 00:09:28,160 --> 00:09:29,040 Sekejap. 152 00:09:32,320 --> 00:09:34,560 - Apa dia? - Kejap eh. 153 00:09:40,000 --> 00:09:40,960 Apa dia? 154 00:09:41,742 --> 00:09:42,600 Tengok. 155 00:09:45,760 --> 00:09:47,880 Sumpahlah, Dee? Ini dah melampau ni, Dee. 156 00:09:48,120 --> 00:09:51,920 Lepas tu, saya nampak Haris pernah bagi buku bayi 157 00:09:51,960 --> 00:09:53,720 dan perkembangan kanak-kanak. 158 00:09:53,937 --> 00:09:55,160 Jadi, saya syak 159 00:09:55,480 --> 00:09:57,000 dia yang buat Melur mengandung. 160 00:09:57,101 --> 00:09:58,560 Tak, tak. 161 00:09:59,120 --> 00:10:00,920 Okey, fasal mengandung tu saya... 162 00:10:01,120 --> 00:10:02,160 Saya tak pasti. Tapi, 163 00:10:02,320 --> 00:10:04,720 apa yang saya tahu, Melur jumpa Haris ni cuma untuk 164 00:10:04,729 --> 00:10:06,849 dia punya buku punya projek. Itu saja. 165 00:10:06,960 --> 00:10:09,520 Sayang, siapa saja nak mengaku salah? 166 00:10:09,960 --> 00:10:12,120 Okey, sekarang ni, ya, memang saya geram, okey? 167 00:10:12,360 --> 00:10:14,480 Saya geram, tapi saya tak nak percaya awak seratus peratus. 168 00:10:14,575 --> 00:10:16,335 Saya kena siasat dulu benda ni semua. 169 00:10:16,435 --> 00:10:18,955 Kenapa awak macam susah sangat nak percaya cakap saya? 170 00:10:18,985 --> 00:10:20,585 Semua bukti saya dah bagi, 171 00:10:20,680 --> 00:10:21,920 Melur mengandung tu. 172 00:10:26,520 --> 00:10:28,560 Ke awak yang mengandungkan Melur? 173 00:10:31,480 --> 00:10:33,120 Tak, bila saya cakap saya tak percaya awak? 174 00:10:34,080 --> 00:10:35,200 Ada saya cakap saya tak percaya awak? 175 00:10:35,260 --> 00:10:36,840 Saya cakap saya akan siasat benda ni, kan? 176 00:10:38,592 --> 00:10:40,560 Dee, sekarang ni saya serabut. Saya geram sekarang ni. 177 00:10:40,800 --> 00:10:43,000 Jadi, lebih baik kita balik. Okey? 178 00:10:50,240 --> 00:10:53,080 Tak apa, kalau awak tak boleh bagi tahu saya, 179 00:10:53,125 --> 00:10:54,800 Haris boleh bagi tahu saya. 180 00:11:01,560 --> 00:11:03,000 Hai, Haris. 181 00:11:04,898 --> 00:11:06,120 Duduklah. Duduk dulu. 182 00:11:07,600 --> 00:11:09,120 Jadi, awak apa khabar? 183 00:11:14,754 --> 00:11:15,720 Okey. 184 00:11:16,073 --> 00:11:19,400 Okey, macam ni. Saya ajak awak datang sini sebab 185 00:11:19,680 --> 00:11:21,680 saya ada perjanjian nak tawarkan kepada awak. 186 00:11:23,400 --> 00:11:24,400 Okey. 187 00:11:25,155 --> 00:11:26,680 Perjanjian itu adalah... 188 00:11:27,320 --> 00:11:29,880 Saya tahu awak sangat sayangkan Melur. 189 00:11:29,920 --> 00:11:31,160 Awak cintakan dia, kan? 190 00:11:31,360 --> 00:11:34,160 Jadi, apa kata awak mengaku kepada Firdaus 191 00:11:34,280 --> 00:11:35,840 yang awak cintakan Melur? 192 00:11:36,800 --> 00:11:37,720 Lepas tu? 193 00:11:37,840 --> 00:11:42,600 Lepas tu, awak boleh hidup bahagia dengan Melur. Yalah. Awak tahu? 194 00:11:44,320 --> 00:11:46,880 Oh Tuhan. 195 00:11:47,040 --> 00:11:48,973 Dee, kau ni bijak, kau tahu tak? 196 00:11:49,080 --> 00:11:51,720 Apabila aku cakap macam tu, nanti Firdaus akan ceraikan Melur. 197 00:11:51,781 --> 00:11:52,941 - Ya. - Lepas tu kau boleh kahwin 198 00:11:53,019 --> 00:11:53,880 - dengan Firdaus. - Dengan Firdaus. 199 00:11:53,920 --> 00:11:55,241 - Lepas tu aku boleh... - Bahagia! 200 00:11:55,320 --> 00:11:58,159 Kita semua bahagia, hidup bahagia selama-lamanya! Kan? 201 00:11:58,240 --> 00:11:59,640 Terdesak kan kau ni? 202 00:12:00,600 --> 00:12:02,160 Nampak yang kau sebenarnya 203 00:12:03,200 --> 00:12:04,080 jijik. 204 00:12:04,880 --> 00:12:08,080 Sanggup kau buat semua benda tu sebab nak jatuhkan rumah tangga orang. 205 00:12:09,520 --> 00:12:13,240 Haris, saya tak kisah kalau awak tak nak buat. 206 00:12:14,000 --> 00:12:16,360 Tapi, awak jangan terkejut nanti 207 00:12:16,480 --> 00:12:18,280 satu Malaysia kecoh 208 00:12:18,880 --> 00:12:20,920 gambar seorang isteri 209 00:12:21,040 --> 00:12:23,080 curang dengan lelaki lain. 210 00:12:23,582 --> 00:12:24,720 Awak tak malu ke? 211 00:12:26,640 --> 00:12:27,960 Dee, tolonglah, Dee. 212 00:12:28,680 --> 00:12:30,160 Ini dah melampau. 213 00:12:30,520 --> 00:12:32,960 Tolonglah. Tolonglah buat. 214 00:12:33,920 --> 00:12:35,520 Engkau ingat aku kisah ke? 215 00:12:36,840 --> 00:12:38,560 Gambar tu tersebar satu Malaysia pun, 216 00:12:38,596 --> 00:12:39,996 kau ingat aku takut ke? 217 00:12:40,038 --> 00:12:41,840 Kau ingat semua orang akan percaya kau ke? 218 00:12:41,936 --> 00:12:43,440 Gambar yang kau edit semua tu? 219 00:12:45,559 --> 00:12:46,680 Tak. 220 00:12:52,293 --> 00:12:54,640 Melur dah tak pening-pening, loya-loya semua dah tak ada dah? 221 00:12:57,880 --> 00:13:00,320 Sehari dua ni tak pula. 222 00:13:01,762 --> 00:13:04,280 Mungkin sebab Melur dapat mak mentua yang 223 00:13:04,424 --> 00:13:06,320 sangat baik hati. 224 00:13:07,440 --> 00:13:08,840 Tengoklah mak siapa. 225 00:13:09,576 --> 00:13:11,680 Abang ni anak walid sebenarnya. 226 00:13:12,389 --> 00:13:13,400 Bukan umi. 227 00:13:13,880 --> 00:13:16,000 Kalau Melur... Kalau Melur ada anak, 228 00:13:16,640 --> 00:13:19,920 Melur nak anak Melur ikut Melur 229 00:13:20,463 --> 00:13:22,760 atau umi. 230 00:13:23,560 --> 00:13:24,760 Ke bonda? 231 00:13:25,600 --> 00:13:27,920 Melur cakap fasal anak? 232 00:13:28,425 --> 00:13:29,425 Anak? 233 00:13:32,026 --> 00:13:34,280 Melur ada benda yang Melur tak bagi tahu abang ke? 234 00:13:35,280 --> 00:13:36,280 Rahsia? 235 00:13:37,520 --> 00:13:39,440 Mesti rahsia tu besar, kan? 236 00:13:39,840 --> 00:13:42,240 - Kalau tak, takkan Melur nak sorok-sorok? - Melur, abang serius. 237 00:13:42,360 --> 00:13:44,000 Melur pun serius, abang. 238 00:13:45,440 --> 00:13:48,880 Abang, Melur ada banyak rahsia. Abang nak tahu yang mana satu? 239 00:13:53,520 --> 00:13:54,520 Melur mengandung ke? 240 00:13:56,920 --> 00:13:57,840 Belum. 241 00:13:58,958 --> 00:14:00,480 Tapi kalau abang nak, 242 00:14:01,600 --> 00:14:02,600 Melur boleh saja. 243 00:14:04,720 --> 00:14:06,760 Tak kut. Abang penat. 244 00:14:07,440 --> 00:14:08,440 - Oh? - Ya. 245 00:14:08,720 --> 00:14:09,720 Nasib baik. 246 00:14:10,520 --> 00:14:12,200 Acah saja tadi. 247 00:14:18,800 --> 00:14:21,360 Okey, jadi dah habis dah drama Hindustan kita? 248 00:14:23,280 --> 00:14:24,520 Aku ada rancangan yang lagi bagus. 249 00:14:24,736 --> 00:14:26,560 Apa kata kalau aku 250 00:14:27,813 --> 00:14:29,160 bocorkan gambar ni? 251 00:14:30,560 --> 00:14:32,040 Mana awak dapat ni? 252 00:14:32,600 --> 00:14:33,600 Padamlah. 253 00:14:34,440 --> 00:14:35,800 Kau ingat aku bodoh macam kau? 254 00:14:36,320 --> 00:14:38,360 Aku ada pelan sandaran atas pelan sandaran. 255 00:14:38,480 --> 00:14:39,800 Siapa dalam gambar tu? Tengok betul-betul. 256 00:14:39,837 --> 00:14:42,960 Siapa yang terdesak sangat pergi depan rumah orang tangkap gambar? 257 00:14:43,240 --> 00:14:44,200 Eh. 258 00:14:44,360 --> 00:14:46,440 Eh. Ni, kau bagi tahu kepada Hafiz, 259 00:14:46,509 --> 00:14:48,240 cakap dengan dia jangan datang sini dah. 260 00:14:48,720 --> 00:14:50,360 Suruh dia duduk saja di Melaka tu. 261 00:14:51,080 --> 00:14:54,160 Benda-benda macam ni kalau kau nak buat terhadap Fir, 262 00:14:54,229 --> 00:14:56,520 silakan. Sebab dia tu pun kurang akal. 263 00:14:56,640 --> 00:14:59,600 Tak cerdik mana. Nak belasah aku ke apa ke, suka hati dia. 264 00:15:00,852 --> 00:15:02,480 Kau jangan melampau boleh tak? 265 00:15:03,480 --> 00:15:05,840 Aku boleh buat lagi teruk daripada ni, tahu tak? 266 00:15:06,280 --> 00:15:07,680 Jangan cabar aku. 267 00:15:12,280 --> 00:15:13,920 Kau nak buat apa, buatlah. 268 00:15:14,520 --> 00:15:17,080 Yang penting kau jangan sakitkan hati Melur. 269 00:15:19,120 --> 00:15:20,720 Terima kasih sebab buang masa aku. 270 00:15:31,040 --> 00:15:32,080 Kamarul, kejap. 271 00:15:33,452 --> 00:15:34,289 Kenapa, Haji? 272 00:15:34,400 --> 00:15:37,560 Kenapa kamu rahsiakan yang Melur tu sakit dan tak boleh mengandung? 273 00:15:37,760 --> 00:15:39,680 Masalahnya sekarang ni, anak aku jadi mangsa, tahu? 274 00:15:39,725 --> 00:15:41,936 Astaghfirullah al-Azim. Haji. 275 00:15:42,280 --> 00:15:43,920 Bawa mengucap boleh tak? 276 00:15:43,987 --> 00:15:46,000 Mereka tu baru saja menikah sembilan bulan, tahu? 277 00:15:46,036 --> 00:15:50,240 Ada orang sembilan tahun tak dapat anak. Ini semua kerja Tuhan. 278 00:15:50,920 --> 00:15:54,000 Itu untuk orang yang sihat. Mungkin tak ada rezeki. 279 00:15:54,360 --> 00:15:56,120 Yang aku kesalnya sekarang ni, 280 00:15:56,360 --> 00:15:58,200 kau dan anak kau tu menipu aku. 281 00:15:58,720 --> 00:16:01,840 Hajat aku nak dapat cucu cepat dah gagal. 282 00:16:02,360 --> 00:16:05,240 Haji tahu tak? Masalah tak dapat anak ni 283 00:16:05,560 --> 00:16:07,280 bukan perempuan yang bermasalah saja, tahu? 284 00:16:07,374 --> 00:16:09,040 Lelaki pun boleh sumbang. 285 00:16:09,800 --> 00:16:13,503 Firdaus yang buat Melur stres, serabut, 286 00:16:13,614 --> 00:16:16,240 fasal dia skandal dengan kekasih dia, Dee. 287 00:16:16,640 --> 00:16:17,800 Haji tahu tak? 288 00:16:17,960 --> 00:16:19,960 Saya dah lama sabar, Haji. 289 00:16:20,080 --> 00:16:24,400 Tapi Haji ni macam jolok sarang tebuan. Saya dah tegur dah Firdaus tu. 290 00:16:24,560 --> 00:16:27,200 Tapi serupa macam curah air pada daun keladi. 291 00:16:27,255 --> 00:16:30,040 Jadi sekarang ni, saya minta Haji 292 00:16:30,160 --> 00:16:31,320 tolong nasihat, 293 00:16:31,440 --> 00:16:35,400 tolong tegur anak Haji yang kononnya sempurna tu 294 00:16:35,800 --> 00:16:36,960 supaya jadi elok. 295 00:16:37,520 --> 00:16:39,160 Assalamualaikum. 296 00:16:47,480 --> 00:16:48,680 Ayah cakap macam tu? 297 00:16:48,920 --> 00:16:49,800 Ya. 298 00:16:50,556 --> 00:16:54,520 Macam mana dia tahu hal Fir dengan Dee ni? 299 00:16:54,800 --> 00:16:57,120 Patutlah dia marah Fir sangat hari tu. 300 00:16:57,960 --> 00:16:59,520 Itulah. 301 00:16:59,640 --> 00:17:01,720 Berani betul dia marah Fir, kan? 302 00:17:02,560 --> 00:17:05,160 Eh, dia ingat anak dia tu suci sangat. 303 00:17:05,280 --> 00:17:06,400 Tak ada buat salah. 304 00:17:06,600 --> 00:17:07,520 Walid. 305 00:17:08,112 --> 00:17:09,480 Melur memang tak ada salah pun. 306 00:17:10,136 --> 00:17:11,680 Fir yang banyak salah terhadap dia. 307 00:17:12,840 --> 00:17:14,840 Fir jangan jadi bodoh ya. 308 00:17:15,976 --> 00:17:17,920 Kenapa nak tanggung biawak hidup? 309 00:17:18,601 --> 00:17:19,720 Lagipun, 310 00:17:20,851 --> 00:17:23,920 Melur tu dah curang di belakang Fir, tahu? 311 00:17:24,320 --> 00:17:26,040 Takkan Fir nak simpan lagi? 312 00:17:26,160 --> 00:17:27,160 Walid. 313 00:17:27,600 --> 00:17:30,960 Walid boleh berhenti kut, okey? 314 00:17:31,880 --> 00:17:33,360 Fir nak pergi kerja, Fir dah lambat. 315 00:17:34,480 --> 00:17:35,520 Assalamualaikum. 316 00:17:37,520 --> 00:17:38,960 Waalaikumussalam. 317 00:17:52,707 --> 00:17:54,560 - Hai. - Hai, Puan Adriana. 318 00:17:54,840 --> 00:17:56,240 Bawa bekal untuk bos ke? 319 00:17:56,520 --> 00:17:57,640 Kejutan konon. 320 00:17:58,240 --> 00:18:02,480 Baguslah. Kalau tak, bos selalu keluar dengan yang lagi seorang tu. 321 00:18:02,920 --> 00:18:05,320 Kesian bos kena hadap perangai dia. 322 00:18:05,680 --> 00:18:06,680 Okey. 323 00:18:08,360 --> 00:18:10,320 Melur takut abang tak sempat nak makan tengah hari. 324 00:18:10,342 --> 00:18:12,040 Jadi, Melur bawakan makan tengah hari untuk abang. 325 00:18:12,083 --> 00:18:13,360 Melur, abang ada 326 00:18:13,600 --> 00:18:15,760 janji temu makan tengah hari dengan klien kejap lagi. 327 00:18:16,720 --> 00:18:20,280 Oh, ya ke? Bos tak ada apa-apa janji temu makan tengah hari rasanya hari ni. 328 00:18:21,388 --> 00:18:22,720 Awak diam boleh? 329 00:18:26,640 --> 00:18:28,280 Kenapa Melur datang sini tak telefon abang dulu? 330 00:18:30,440 --> 00:18:33,720 Okey, salah Melur. Melur minta maaf. Nah. 331 00:18:35,960 --> 00:18:38,840 Melur, abang ada janji temu makan tengah hari. 332 00:18:39,423 --> 00:18:40,743 Okey? Abang tak boleh nak makan bekal ni. 333 00:18:40,778 --> 00:18:43,818 Abang rasa Melur kongsi makan dengan dia inilah. 334 00:18:43,856 --> 00:18:45,496 Okey? Abang kena gerak. 335 00:18:45,600 --> 00:18:46,680 Okey? Abang kena pergi. 336 00:18:47,400 --> 00:18:49,880 Apa-apa nanti abang bagi tahu Melur, okey? Jumpa nanti. 337 00:19:03,640 --> 00:19:05,640 Fir, lepas ni boleh tak kalau 338 00:19:05,960 --> 00:19:07,960 kita jangan jumpa waktu makan tengah hari? 339 00:19:09,440 --> 00:19:12,520 Kita boleh jumpa waktu-waktu lain, termasuklah malam. Okey? 340 00:19:14,582 --> 00:19:16,542 Kenapa? Awak nak saya langgar syarat Melur? Macam tu? 341 00:19:16,599 --> 00:19:18,439 Tak! Maksud saya, 342 00:19:18,492 --> 00:19:20,920 syarat tu dah bubar. Awak tak tahu ke? 343 00:19:22,492 --> 00:19:25,331 Melur saja buat syarat tu sebab dia nak kawal awak 344 00:19:25,352 --> 00:19:27,200 dan dia gunakan walid untuk takutkan awak. 345 00:19:27,227 --> 00:19:28,640 Semua dah terbongkar. 346 00:19:28,760 --> 00:19:31,360 Dan syarat tu memang tak relevan. 347 00:19:34,560 --> 00:19:36,520 - Saya rasa relevan saja. - Nampak? 348 00:19:37,200 --> 00:19:38,320 Awak nampak tak? 349 00:19:39,000 --> 00:19:42,600 Melur memang saja wujudkan syarat-syarat yang sia-sia tu 350 00:19:43,080 --> 00:19:45,160 untuk buat awak patuh pada dia. 351 00:19:46,840 --> 00:19:49,080 Dan sekarang dia dah psiko awak. 352 00:19:49,840 --> 00:19:52,560 Awak dah tertipu. Faham tak? 353 00:19:54,680 --> 00:19:56,400 Saya tak faham. Awak cakap apa ni? 354 00:19:56,566 --> 00:19:58,360 Oh Tuhan, Fir. 355 00:19:59,840 --> 00:20:01,680 Awak tak sedar ke? Selama ni, 356 00:20:01,800 --> 00:20:03,440 Melur tu anak orang kaya. 357 00:20:03,560 --> 00:20:07,920 Tapi dia nak kahwin dengan awak, dengan anak orang biasa-biasa. 358 00:20:09,600 --> 00:20:12,720 Dia tu ramai lelaki, tahu? Nampak sangat dia gunakan awak 359 00:20:12,840 --> 00:20:14,680 untuk jadikan awak pak sanggup. 360 00:20:15,520 --> 00:20:17,880 Jadi, kalau betul Melur masih berhubung dengan lelaki tu, 361 00:20:18,520 --> 00:20:20,960 jadi itu bermaksud dia gunakan Haris untuk tutup kecurangan dia? 362 00:20:23,280 --> 00:20:25,320 Haris mesti tahu fasal benda ni, kan? 363 00:20:26,560 --> 00:20:27,840 - Kita kena jumpa Haris. - Sekejap. 364 00:20:27,880 --> 00:20:29,280 - Saya kena jumpa Haris. - Sekejap. 365 00:20:31,480 --> 00:20:34,320 Jadi, Melur ada hubungi lelaki lain selain Haris? 366 00:20:42,480 --> 00:20:44,200 Memang ketara sangatlah, pak cik. 367 00:20:44,720 --> 00:20:47,800 Yang si Dee tu nak kenakan Melur. 368 00:20:48,320 --> 00:20:49,480 Dia intip saya. 369 00:20:49,645 --> 00:20:52,165 Lepas tu, tangkap gambar. Guna gambar tu nak ugut saya, 370 00:20:52,230 --> 00:20:53,400 buruk-burukkan Melur. 371 00:20:54,006 --> 00:20:55,120 Silap oranglah. 372 00:20:56,819 --> 00:20:58,840 Fir mesti dah dapat gambar tu. 373 00:20:59,040 --> 00:21:03,880 Pak cik nak tengok sejauh mana Fir termakan dengan hasutan Dee tu. 374 00:21:04,880 --> 00:21:05,880 Pak cik. 375 00:21:06,550 --> 00:21:08,200 Dah terang lagi bersuluh, pak cik. 376 00:21:08,730 --> 00:21:10,240 Kita nak uji apa lagi? 377 00:21:13,520 --> 00:21:15,560 Pak cik rasa Haris pun tahu, kan? 378 00:21:16,160 --> 00:21:18,480 Fir sekarang dah mula sukakan Melur. 379 00:21:19,240 --> 00:21:22,080 Cuma dia ego, sebab tu dia tak nak mengaku. 380 00:21:22,258 --> 00:21:24,440 Pak cik. Okey. 381 00:21:25,960 --> 00:21:28,320 Pak cik kena percayakan saya tentang hal ni, okey? 382 00:21:29,200 --> 00:21:31,480 Firdaus tak cintakan Melur. 383 00:21:32,400 --> 00:21:33,880 Dia cintakan Dee. 384 00:21:34,560 --> 00:21:36,360 Kalau dia tak cintakan Melur, 385 00:21:36,760 --> 00:21:39,560 kenapa dia tak nak cerai saja? Kenapa dia tak tinggalkan Melur? 386 00:21:39,762 --> 00:21:41,280 Kenapa sampai sekarang 387 00:21:41,360 --> 00:21:44,200 mereka tak berpisah? Tak ada cakap pun nak berpisah ke apa. 388 00:21:45,120 --> 00:21:47,440 Lelaki, pak cik. Tamak. 389 00:21:48,360 --> 00:21:49,760 Dia boleh dapat dua-dua. 390 00:21:50,080 --> 00:21:52,480 Cantik, baik. Dia nak lepaskan buat apa? 391 00:21:53,480 --> 00:21:56,040 Tak. Pak cik tak rasa itu sebabnya. 392 00:21:57,520 --> 00:21:58,800 Habis tu, fasal apa? 393 00:21:59,880 --> 00:22:01,360 Kita tunggu dan lihat. 394 00:22:15,720 --> 00:22:16,680 Baru balik? 395 00:22:18,520 --> 00:22:20,320 Kan Melur dah bagi tahu abang Melur nak keluar kejap? 396 00:22:20,412 --> 00:22:21,400 Keluar dengan siapa tadi? 397 00:22:21,948 --> 00:22:23,280 Dari pagi sampai malam. 398 00:22:24,200 --> 00:22:25,920 Tak ingat laki di rumah ni dah makan ke belum? 399 00:22:28,640 --> 00:22:29,640 Membeli-belah? 400 00:22:30,080 --> 00:22:31,080 Seronok membeli-belah dengan dia? 401 00:22:31,280 --> 00:22:32,280 Seronok. 402 00:22:32,526 --> 00:22:34,406 Sebab dia tahu semua fasal abang. 403 00:22:34,520 --> 00:22:35,880 Kalau begitu, kahwin saja dengan dia. Senang. 404 00:22:37,160 --> 00:22:40,040 Abang, takkan pergi membeli-belah sekejap terus nak kahwin? 405 00:22:43,640 --> 00:22:46,400 Melur, abang serius ni. 406 00:22:47,963 --> 00:22:49,080 Melur keluar dengan siapa? 407 00:22:50,663 --> 00:22:51,920 Bukan dengan Haris, kan? 408 00:22:56,800 --> 00:22:58,880 Abang tanya Melur sekarang ni. Kenapa senyum? 409 00:22:59,480 --> 00:23:00,560 Ingat teman lelaki baharu? 410 00:23:01,520 --> 00:23:02,480 Ya. 411 00:23:03,160 --> 00:23:04,840 Melur keluar dengan Raikarllah. 412 00:23:06,280 --> 00:23:09,160 Eh, abang ni. Tu pun tak boleh. 413 00:23:18,446 --> 00:23:19,886 Jadi maknanya, 414 00:23:20,000 --> 00:23:22,840 Dee tu nak awak mengaku yang awak cintakan Melur 415 00:23:22,987 --> 00:23:24,840 supaya Firdaus ceraikan Melur? 416 00:23:25,299 --> 00:23:26,480 Itu rancangan dia. 417 00:23:27,280 --> 00:23:28,360 Kejam, kan? 418 00:23:28,920 --> 00:23:31,000 Tapi, awak kan cintakan Melur? 419 00:23:32,440 --> 00:23:34,120 Dan Melur memang rapat dengan awak. 420 00:23:35,440 --> 00:23:36,920 Bagi saya, logiklah. 421 00:23:37,400 --> 00:23:39,840 Lagi senang, lagi mudah awak nak dapatkan dia. 422 00:23:41,040 --> 00:23:45,120 Lagipun, awak yang bagi tahu juga yang Firdaus tu tak cintakan dia. 423 00:23:45,217 --> 00:23:47,080 Tak, saya tak peduli fasal mereka. 424 00:23:47,960 --> 00:23:50,480 Saya kisah fasal Melur saja. Saya tak nak dia sakit. 425 00:23:50,600 --> 00:23:52,520 Cuba kalau Fir ceraikan dia? 426 00:23:53,463 --> 00:23:54,733 Tak ke dia akan merana? 427 00:23:55,400 --> 00:23:58,280 Tak, sekarang ni keputusan ni semuanya atas tangan Melur. 428 00:23:58,840 --> 00:24:00,360 Kalau dia nak semuanya bahagia. 429 00:24:01,040 --> 00:24:02,600 Semuanya atas tangan dia. 430 00:24:03,360 --> 00:24:05,040 Bukan untuk semua oranglah. 431 00:24:06,040 --> 00:24:08,200 Sebab Melur tak cintakan saya pun. 432 00:24:09,480 --> 00:24:12,840 Tolonglah, Haris. Awak tak payahlah mengalah cepat sangat. 433 00:24:13,920 --> 00:24:16,440 Kalau awak tak nak Melur tu menderita, 434 00:24:16,560 --> 00:24:18,040 awak nak dia bahagia, 435 00:24:18,144 --> 00:24:19,720 banyak lagi cara lain. 436 00:24:21,080 --> 00:24:23,320 Senanglah awak cakap. Banyak lagi. 437 00:24:23,391 --> 00:24:24,480 Apa cara dia? 438 00:24:25,080 --> 00:24:26,160 Saya perlukan bantuan. 439 00:24:27,561 --> 00:24:29,040 Ya, saya tolong awak. 440 00:24:35,560 --> 00:24:36,680 Tak habis-habis lagi, kan? 441 00:24:36,880 --> 00:24:38,920 Lepas dengan abang, Haris. Sekarang Raikarl pula. 442 00:24:39,360 --> 00:24:40,360 Melur siapa sebenarnya? 443 00:24:40,640 --> 00:24:41,640 Perempuan murahan? 444 00:24:41,760 --> 00:24:42,760 Perempuan murahan? 445 00:24:42,879 --> 00:24:45,160 Eh, Melur bukan macam abang dengan perempuan murahan abang tu. 446 00:24:45,520 --> 00:24:48,000 Dia yang jumpa Melur selepas Melur keluar ofis abang. 447 00:24:48,048 --> 00:24:49,720 Kita makan dengan borak saja. Itu saja. 448 00:24:49,840 --> 00:24:51,000 Melur memang suka layan jantan eh? 449 00:24:51,720 --> 00:24:55,000 Oh, patutlah berani saja nak uji-uji abang, kan? Dah biasa rupanya. 450 00:24:55,080 --> 00:24:57,000 Tak. Sekarang ni abang cakap apa? 451 00:24:57,640 --> 00:25:00,240 Kalau abang cemburu sebab kami makan dengan borak saja, abang silap 452 00:25:00,262 --> 00:25:02,080 - sebab Raikarl saja kut. - Abang tak suka. 453 00:25:02,200 --> 00:25:03,320 Melur ni hak abang, tahu? 454 00:25:03,640 --> 00:25:04,808 - Dan abang ada hak untuk rasa... - Sekarang ni... 455 00:25:04,865 --> 00:25:05,920 Diam, abang cakap dulu! 456 00:25:05,980 --> 00:25:08,600 Abang ada hak untuk rasa tak suka kalau Melur jumpa lelaki lain belakang abang. 457 00:25:08,760 --> 00:25:10,560 Abang tak payah cakap fasal hak 458 00:25:10,635 --> 00:25:12,880 kalau abang sendiri pun tak faham apa maksud hak tu. 459 00:25:13,440 --> 00:25:17,120 Melur pun ada hak untuk tak suka kalau abang keluar dengan perempuan lain! 460 00:25:17,231 --> 00:25:18,116 Melur cemburu? 461 00:25:18,165 --> 00:25:19,880 Tak, sekarang ni abang yang cemburu, kan? 462 00:25:23,240 --> 00:25:25,000 Tak, yang Melur nak pertikaikan fasal Dee, kenapa? 463 00:25:25,920 --> 00:25:27,200 Melur nak ubah janji kita? 464 00:25:27,747 --> 00:25:29,667 Nak cakap yang abang tak boleh jumpa dia sampai bila-bila? Macam tu ke? 465 00:25:29,760 --> 00:25:32,040 Jadi, apa perbezaan antara Raikarl dengan lelaki lain? 466 00:25:32,129 --> 00:25:33,129 Raikarl kaya! 467 00:25:33,240 --> 00:25:34,480 Sebab tu Melur suka dia, kan? 468 00:25:34,603 --> 00:25:36,803 Atau mungkin Raikarl tu cinta pertama Melur, kan? 469 00:25:36,858 --> 00:25:39,160 Abang ingat ni novel cinta ke apa? 470 00:25:39,556 --> 00:25:41,956 Kalau ya pun, takkan nak berlakon sampai tak kenal langsung? 471 00:25:42,034 --> 00:25:44,080 Eh, kita berdua pun berlakon sampai sekaranglah, Melur. 472 00:25:46,160 --> 00:25:47,160 Kenapa diam? 473 00:25:49,518 --> 00:25:50,518 Abang. 474 00:25:52,339 --> 00:25:54,440 Jangan keruhkan hubungan kita 475 00:25:55,600 --> 00:25:57,360 hanya sebab abang cemburu saja. 476 00:26:56,040 --> 00:26:57,040 Hei, Fir. 477 00:26:58,520 --> 00:27:00,000 Kau gaduh dengan Melur fasal aku ke? 478 00:27:04,840 --> 00:27:07,360 Tolonglah. Kau boleh tak jangan jadi budak-budak? 479 00:27:08,777 --> 00:27:10,457 Dan lagipun, Melur tu tak nak pun aku. 480 00:27:10,478 --> 00:27:12,080 Kau jawab soalan aku dulu. 481 00:27:12,520 --> 00:27:13,360 Apa? 482 00:27:13,480 --> 00:27:15,480 Kau kenal Melur sebelum aku kahwin dengan dia ke apa? 483 00:27:16,200 --> 00:27:17,200 Tak. 484 00:27:17,794 --> 00:27:20,034 Jadi, bukan kaulah? 485 00:27:23,160 --> 00:27:24,800 Bukan aku apa? Tak faham. 486 00:27:26,160 --> 00:27:27,240 Tak ada apa-apa. Aku... 487 00:27:28,600 --> 00:27:31,600 Aku banyak fikir, Karl. Aku stres. Okey? Aku minta maaf. 488 00:27:33,320 --> 00:27:36,200 Kau stres, habis semua orang kau nak marah. 489 00:27:37,240 --> 00:27:39,760 Apalah kau ni? Eh, aku nak cakap. 490 00:27:41,920 --> 00:27:44,360 Tapi kalau kau tak keluar dengan 491 00:27:44,800 --> 00:27:46,640 teman wanita kau semalam, kau tak berdating, 492 00:27:47,840 --> 00:27:50,880 tak adalah aku merasa dapat dating dengan isteri kau, kan? 493 00:27:51,040 --> 00:27:51,960 Kau merepek apa ni? 494 00:27:52,040 --> 00:27:53,600 Alah. Hei, Fir. 495 00:27:54,280 --> 00:27:55,720 Seronok hidup kau, kan? 496 00:27:56,040 --> 00:27:58,360 Kiri teman wanita, kanan isteri. 497 00:27:58,960 --> 00:28:00,000 Mati puas oh. 498 00:28:00,920 --> 00:28:02,720 Aku ni? Apa pun tak ada. 499 00:28:02,723 --> 00:28:05,760 Sekarang ni kau jangan nak perli-perli aku, Karl. Okey? 500 00:28:09,360 --> 00:28:10,960 Kau keluar dengan bini aku tahu semalam? 501 00:28:11,880 --> 00:28:13,000 Bini kau? 502 00:28:13,400 --> 00:28:15,720 Tapi yang kau layan macam orang gaji kau. 503 00:28:16,040 --> 00:28:17,560 Eh, tolonglah, kawan. 504 00:28:18,040 --> 00:28:22,600 Kalau kau anggap dia bini kau, sepatutnya kau layan dia macam bini kau. 505 00:28:22,800 --> 00:28:25,800 Kau kena layan dia macam bidadari, macam permaisuri kau. 506 00:28:26,160 --> 00:28:28,640 Ni tak. Kau sebaliknya. 507 00:28:29,440 --> 00:28:31,800 Okey, sudahlah. Sudah. 508 00:28:37,400 --> 00:28:38,480 Apa-apalah, kawan. 509 00:28:41,000 --> 00:28:42,000 Tapi kan... 510 00:28:45,160 --> 00:28:46,160 Hei, kawan. 511 00:28:46,875 --> 00:28:48,040 Dia cantiklah. 512 00:29:04,760 --> 00:29:06,280 Assalamualaikum. 513 00:29:06,776 --> 00:29:08,400 Waalaikumussalam. 514 00:29:08,960 --> 00:29:10,680 Kamarul. Duduklah. 515 00:29:11,080 --> 00:29:13,240 Boleh kita jumpa di sini pula ya? 516 00:29:14,440 --> 00:29:15,440 Ni. 517 00:29:16,360 --> 00:29:17,377 Firdaus mana? 518 00:29:18,320 --> 00:29:20,120 Boleh kita sembang hati ke hati. 519 00:29:20,880 --> 00:29:22,280 Lelaki dengan lelaki. 520 00:29:24,160 --> 00:29:25,520 Kenapa nak jumpa Fir? 521 00:29:26,600 --> 00:29:28,040 Bukan dia yang salah. 522 00:29:30,120 --> 00:29:31,120 Habis tu? 523 00:29:32,240 --> 00:29:33,800 Melur sajalah salah seorang? 524 00:29:36,800 --> 00:29:38,640 Berani kerana benar, Kamarul. 525 00:29:40,040 --> 00:29:42,120 Kalau betul Melur tu tak sakit, 526 00:29:42,440 --> 00:29:44,040 pergilah jumpa doktor. 527 00:29:44,800 --> 00:29:46,440 Dapat surat pengesahan 528 00:29:46,575 --> 00:29:49,400 yang Melur tu tak mandul. Habis cerita. 529 00:29:53,840 --> 00:29:56,400 Jadi, kalau betullah Melur tu tak mandul, 530 00:29:58,040 --> 00:29:59,960 kau boleh terima kan Melur tu? 531 00:30:08,120 --> 00:30:09,560 Terserahlah pada Fir. 532 00:30:14,040 --> 00:30:16,720 Ilustrator yang kau cakap hari tu dah pasti ke? 533 00:30:16,851 --> 00:30:18,680 Okey. Oh, yang hari tu tu... 534 00:30:19,693 --> 00:30:23,000 Apa nama dia? Aril. Aril tak boleh sebab dia sibuk pada tarikh tu. 535 00:30:23,175 --> 00:30:25,615 Jadi, aku tukar ke ilustrator yang lain. 536 00:30:25,980 --> 00:30:28,049 Tapi aku akan masukkan dia dalam kumpulan perbincangan kita, 537 00:30:28,129 --> 00:30:29,020 jadi nak bincang senang. 538 00:30:29,080 --> 00:30:30,200 Terima kasih. 539 00:30:31,040 --> 00:30:33,360 Aku tahu kau akan bagi terbaik untuk aku. 540 00:30:33,800 --> 00:30:36,440 Ya. Hanya yang terbaik. 541 00:30:41,760 --> 00:30:43,400 Melur, kau kenapa ni? Kau sakit ke apa? 542 00:30:43,636 --> 00:30:45,320 Tak, aku okey. 543 00:30:45,640 --> 00:30:46,840 Nanti aku telefon kau balik. 544 00:30:47,280 --> 00:30:48,600 Firdaus nak balik dari kerja. 545 00:30:48,652 --> 00:30:51,200 Dia tak suka apabila aku cakap dengan kau. 546 00:30:52,600 --> 00:30:54,080 Okey, aku tahu sebab apa. 547 00:30:54,480 --> 00:30:55,480 Kenapa? 548 00:30:56,400 --> 00:30:57,920 Nantilah kita sembang. 549 00:30:59,160 --> 00:31:00,640 Selamat tinggal. Assalamualaikum. 550 00:31:00,960 --> 00:31:01,960 Waalaikumussalam. 551 00:31:04,800 --> 00:31:05,880 Adoi. 552 00:31:19,920 --> 00:31:21,960 Siapa lelaki pertama dia? 553 00:31:26,320 --> 00:31:27,720 - Abang... - Melur. 554 00:31:28,825 --> 00:31:29,825 Sebelum kahwin, 555 00:31:30,680 --> 00:31:32,800 selain Haris, siapa lagi yang Melur suka? 556 00:31:37,151 --> 00:31:38,151 Tak ada. 557 00:31:39,432 --> 00:31:40,432 Betul tak ada siapa? 558 00:31:41,844 --> 00:31:44,720 Orang cantik macam Melur ni, baik macam Melur, tak ada orang nak? 559 00:31:46,295 --> 00:31:47,680 Bertepuk sebelah tangan 560 00:31:48,200 --> 00:31:49,360 takkan berbunyi, kan? 561 00:31:51,400 --> 00:31:53,480 Mana tahu lepas kahwin dengan abang ni ada orang nak Melur? 562 00:31:54,160 --> 00:31:55,160 Macam Dee? 563 00:31:56,280 --> 00:31:57,240 Abang. 564 00:31:58,000 --> 00:32:00,720 Tak ada lelaki lain yang boleh rampas Melur daripada abang. 565 00:32:01,480 --> 00:32:02,720 Walaupun Melur nak. 566 00:32:05,520 --> 00:32:06,560 Ada ke yang Melur nak? 567 00:32:06,961 --> 00:32:07,961 Ada. 568 00:32:09,640 --> 00:32:11,680 Melur nak suami Melur. 569 00:32:12,840 --> 00:32:14,200 Bukan lelaki lain. 570 00:32:23,040 --> 00:32:24,720 Walaupun orang tu cinta pertama Melur? 571 00:32:26,593 --> 00:32:27,720 Abang. 572 00:32:28,657 --> 00:32:30,720 Selepas Melur dah kahwin dengan abang, 573 00:32:31,640 --> 00:32:34,760 Melur dah lupakan cinta pertama tu. 574 00:32:37,400 --> 00:32:39,040 Abang boleh ke lupakan 575 00:32:39,534 --> 00:32:41,080 cinta pertama abang tu? 576 00:33:17,360 --> 00:33:18,360 Melur kenapa? 577 00:33:19,960 --> 00:33:21,560 Marah abang mesej dengan Dee ke apa? 578 00:33:22,720 --> 00:33:24,320 Tak, Melur tak sengaja. 579 00:33:24,349 --> 00:33:25,320 Lepas tu? 580 00:33:35,273 --> 00:33:38,600 Hei. Melur, sini. Sini tengok. 581 00:33:39,840 --> 00:33:40,760 Abang... 582 00:33:41,214 --> 00:33:42,080 Abang minta maaf. 583 00:33:42,092 --> 00:33:45,000 Abang tak ada niat nak cakap macam tu dengan Melur pun. Okey? 584 00:33:45,520 --> 00:33:47,360 Hei, Melur okey tak? Ni. 585 00:33:48,733 --> 00:33:51,000 Allahuakbar. Hei. 586 00:33:51,120 --> 00:33:53,520 Hei, pandang abang. Pandang abang. 587 00:33:54,920 --> 00:33:55,920 Melur okey tak? 588 00:34:02,853 --> 00:34:07,000 Awak ada nampak Fir tak? Sebab saya telefon dia tak angkat. 589 00:34:08,080 --> 00:34:09,080 Dee. 590 00:34:10,480 --> 00:34:13,040 Suami isteri tengah sibuk bercinta. 591 00:34:13,640 --> 00:34:14,920 Bangun lambatlah tu. 592 00:34:16,120 --> 00:34:17,160 Dan satu lagi, 593 00:34:17,680 --> 00:34:19,880 boleh tak awak jangan kacau CEO saya di sini? 594 00:34:20,744 --> 00:34:24,104 Alah, saya cuma bawa sarapan saja. Nak makan di pantri kejap lagi. 595 00:34:24,188 --> 00:34:25,600 Yang awak kedekut sangat, kenapa? 596 00:34:25,722 --> 00:34:27,482 Dee, Fir tu dah kahwin. 597 00:34:27,600 --> 00:34:29,120 Isteri dia pandai masak. 598 00:34:29,720 --> 00:34:32,280 Sebelum dia datang sini, mestilah dah kenyang perut dia, kan? 599 00:34:32,353 --> 00:34:35,313 Lagipun, tak payahlah nak membazir duit awak semua benda ni. 600 00:34:35,433 --> 00:34:37,080 Sebelum ni tak buat apa pun. 601 00:34:37,720 --> 00:34:40,920 Itulah, saya pun tak tahu kenapa. 602 00:34:41,045 --> 00:34:45,156 Walaupun Firdaus tu dengan Melur, 603 00:34:45,240 --> 00:34:48,080 tapi saya tahu hati dan jiwa dia tu 604 00:34:48,167 --> 00:34:49,280 ada pada saya. 605 00:34:49,742 --> 00:34:51,542 Dia tu hari-hari rindu saya. 606 00:34:51,640 --> 00:34:53,400 Kalau sehari dia tak tengok muka saya, 607 00:34:53,494 --> 00:34:54,774 dia tak boleh buat kerja. 608 00:34:54,880 --> 00:34:57,280 Kalau dia tak boleh buat kerja, siapa yang susah? 609 00:34:57,604 --> 00:34:59,680 Awak, kan? 610 00:35:01,080 --> 00:35:02,400 Saya yang susah? 611 00:35:04,760 --> 00:35:05,880 Keyakinan diri awak tinggi juga ya. 612 00:35:05,929 --> 00:35:07,280 Ya, saya tahu. 613 00:35:08,360 --> 00:35:10,240 Macam inilah. Biar saya beritahu awak, 614 00:35:10,352 --> 00:35:12,392 tapi boleh tak awak fikir 615 00:35:12,451 --> 00:35:14,771 kalau seorang suami dengan isteri tu 616 00:35:14,870 --> 00:35:16,320 mereka dah bersama, 617 00:35:17,200 --> 00:35:19,920 dia ada lagi ke masa untuk fikir fasal perempuan lain? 618 00:35:23,960 --> 00:35:25,600 Awak cakap apa tadi? 619 00:35:26,600 --> 00:35:27,720 Awak nak saya ulang ke? 620 00:35:29,400 --> 00:35:31,720 Jadi, Firdaus dengan Melur dah... 621 00:35:34,480 --> 00:35:36,000 Awak ni naif juga eh, Dee. 622 00:35:36,760 --> 00:35:39,600 Ya, depan awak bolehlah Fir cakap yang dia takut, 623 00:35:39,695 --> 00:35:42,960 tak selesa dengan Melur. Tapi, belakang awak... 624 00:35:43,864 --> 00:35:45,240 Siapa tahu, kan? 625 00:35:46,551 --> 00:35:50,391 Macam inilah, Dee. Apa kata sekurang-kurangnya awak jagalah 626 00:35:50,485 --> 00:35:52,680 maruah diri awak sebagai seorang perempuan, ya? 627 00:35:53,120 --> 00:35:56,680 Tak malu ke selalu datang sini cari laki orang? 628 00:35:58,320 --> 00:36:01,200 Teruskan sajalah dengan hidup awak. Okey? 629 00:36:03,960 --> 00:36:05,080 Semoga berjaya. 630 00:36:23,739 --> 00:36:24,739 Dee. 631 00:36:28,320 --> 00:36:29,920 Awak tipu saya. 632 00:36:30,214 --> 00:36:31,214 Apa? 633 00:36:32,602 --> 00:36:34,600 Awak dah tak sayang saya, kan? 634 00:36:38,000 --> 00:36:40,080 Sanggup awak duakan saya? 635 00:36:40,520 --> 00:36:42,520 - Awak dah tidur dengan Melur, kan? - Hei. 636 00:36:44,247 --> 00:36:45,520 Boleh relaks tak? 637 00:36:51,233 --> 00:36:52,400 Okey, baiklah, saya... 638 00:36:52,920 --> 00:36:54,120 Saya mengaku yang... 639 00:36:56,040 --> 00:36:57,840 Yang saya tipu awak selama ni. Tapi... 640 00:37:00,560 --> 00:37:02,920 Awak tak payah cakap apa-apa lagi dah. 641 00:37:05,560 --> 00:37:07,440 Saya akan pindah Melaka. 642 00:37:08,200 --> 00:37:10,880 Sia-sia selama ni saya tunggu awak. 643 00:37:11,033 --> 00:37:12,793 Tapi ni balasan awak kepada saya? 644 00:37:13,040 --> 00:37:14,280 Saya benci awak, awak tahu tak? 645 00:37:14,355 --> 00:37:17,035 Sekarang ni, kenapa nak pergi macam tu saja? 646 00:37:19,000 --> 00:37:22,400 Okey, baiklah. Saya minta maaf. Okey? 647 00:37:24,280 --> 00:37:26,000 Okey, salah saya. Malam tu saya tak... 648 00:37:26,160 --> 00:37:27,640 Saya tak jaga diri saya. 649 00:37:29,200 --> 00:37:32,480 Tapi, awak tahu Melur macam mana, kan? 650 00:37:39,880 --> 00:37:41,160 Boleh ke saya percayakan awak? 651 00:37:41,258 --> 00:37:43,720 Ya. Kali ni, ya. 652 00:37:44,760 --> 00:37:45,680 Saya... 653 00:37:46,888 --> 00:37:47,730 Saya... 654 00:37:47,840 --> 00:37:49,080 Saya takkan curang dengan awak lagi. 655 00:37:49,720 --> 00:37:50,720 Okey? Saya cuma 656 00:37:52,240 --> 00:37:53,880 tak nak awak pergi daripada saya. 657 00:37:54,840 --> 00:37:57,240 Kalau Fir nak kahwin dengan Dee, 658 00:37:57,720 --> 00:38:00,320 walid sokong. Walid urus semuanya. 659 00:38:07,600 --> 00:38:09,640 Saya ambil cuti hari ni sebab nak keluar dengan awak saja. 660 00:38:09,713 --> 00:38:11,360 Tapi awak masih merajuk dengan saya. 661 00:38:13,178 --> 00:38:15,258 Oh, jadi awak nak cakap awak menyesallah? 662 00:38:15,304 --> 00:38:18,504 Tak, saya tak menyesal. Asalkan awak tak pergi Melaka, saya okey. Okey? 663 00:38:20,480 --> 00:38:22,480 Tak adalah, Fir. Saya... 664 00:38:22,862 --> 00:38:24,600 Sepanjang hari, awak tahu tak? 665 00:38:24,646 --> 00:38:27,000 Saya dah bagi petunjuk kepada awak. Tapi awak macam... 666 00:38:27,800 --> 00:38:29,440 Awak macam tak perasan saja. 667 00:38:29,680 --> 00:38:30,640 Apa? 668 00:38:31,480 --> 00:38:32,560 Saya tak perasan? 669 00:38:33,000 --> 00:38:35,160 Awak cakap saya tak perasan? Saya perasan. 670 00:38:35,416 --> 00:38:36,416 Okey? Saya ingat. 671 00:38:38,120 --> 00:38:39,120 Pusing belakang. 672 00:38:40,200 --> 00:38:41,200 Pusing. 673 00:38:42,160 --> 00:38:43,760 Awak rasa kenapa saya bawa awak datang sini? 674 00:38:45,360 --> 00:38:48,320 Sebab saya nak beri awak kejutan tepat pukul 12 malam nanti. Awak gembira? 675 00:38:48,720 --> 00:38:51,040 Nampak? Tak kejutan dah. Tengok. 676 00:38:51,945 --> 00:38:54,360 Jadi, awak ingatlah sebenarnya? 677 00:38:54,600 --> 00:38:56,520 Saya ingat. Okey? 678 00:38:59,680 --> 00:39:00,960 Terima kasih, sayang. 679 00:39:02,546 --> 00:39:03,546 Abang. 680 00:39:05,430 --> 00:39:08,480 Malam ni malam pertama Melur tidur seorang tanpa abang. 681 00:39:10,840 --> 00:39:13,320 Tapi Melur rasa tak sedap hati sangat. 682 00:39:15,000 --> 00:39:16,640 Bukan Melur tak percaya abang. 683 00:39:17,640 --> 00:39:18,640 Tapi... 684 00:39:28,533 --> 00:39:29,480 Dee? 685 00:39:30,200 --> 00:39:34,960 (Dee: Suami awak pesan jangan tunggu dia) 686 00:39:35,021 --> 00:39:39,811 (sebab dia dan saya sedang berdua bersama. Selamat malam, sayang.) 687 00:39:58,040 --> 00:40:01,040 (Bersambung)