1
00:00:00,000 --> 00:00:10,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
2
00:00:23,100 --> 00:00:24,980
Berhenti. Beta…
3
00:00:25,060 --> 00:00:27,150
Tidak!
4
00:00:29,230 --> 00:00:32,030
Sekiranya tangannya bergerak walau seinci,
5
00:00:32,110 --> 00:00:35,990
pastikan kamu bawa kepalanya kepada beta.
6
00:00:58,010 --> 00:00:58,970
Kamu baru pulang?
7
00:00:59,680 --> 00:01:00,970
Ya.
8
00:01:04,890 --> 00:01:06,060
Mahukah kamu…
9
00:01:07,690 --> 00:01:08,980
beradu kekuatan dengan ayah?
10
00:02:14,500 --> 00:02:15,800
Ini kali pertama
11
00:02:15,880 --> 00:02:19,880
ayah duduk minum bersama kamu.
12
00:02:23,010 --> 00:02:24,760
Kamu semakin mahir bermain pedang.
13
00:02:25,930 --> 00:02:27,680
Kamu masih berlatih?
14
00:02:28,350 --> 00:02:29,600
Ketika di Ming,
15
00:02:30,770 --> 00:02:33,020
hamba perlu lindungi diri hamba sendiri.
16
00:02:44,030 --> 00:02:48,200
Ayah teringat kali pertama kamu
minta ayah ajar kamu berpedang.
17
00:02:49,200 --> 00:02:52,000
Menurut kamu,
ada seseorang yang kamu ingin lindungi.
18
00:02:57,090 --> 00:02:58,300
Namanya Dam-i?
19
00:03:00,510 --> 00:03:02,590
Sejak kamu pulang, ada kamu jumpa dia?
20
00:03:05,850 --> 00:03:07,100
Dia dah mati.
21
00:03:08,060 --> 00:03:08,930
Hamba diberitahu
22
00:03:09,850 --> 00:03:11,390
dia jatuh sakit.
23
00:03:17,570 --> 00:03:19,900
Sebelum ini, hamba mengesyaki ayah.
24
00:03:20,570 --> 00:03:22,400
Hamba mengesyaki
25
00:03:22,990 --> 00:03:25,370
ayah mungkin ada kaitan dengan…
26
00:03:26,910 --> 00:03:27,740
kehilangannya.
27
00:03:27,830 --> 00:03:28,790
Jangan!
28
00:03:40,130 --> 00:03:42,380
Adakah kamu masih membenci ayah?
29
00:03:43,090 --> 00:03:45,090
Hamba tak nafikan.
30
00:03:46,350 --> 00:03:47,350
Tapi…
31
00:03:50,140 --> 00:03:52,020
hamba cuba untuk memahami.
32
00:03:53,440 --> 00:03:56,520
Apabila ayah mengatakan
pilihan yang ayah buat
33
00:03:57,230 --> 00:03:58,570
adalah demi keluarga.
34
00:03:59,690 --> 00:04:00,860
Walaupun ia…
35
00:04:02,240 --> 00:04:03,740
masih sukar untuk hamba fahami.
36
00:04:13,120 --> 00:04:14,750
EPISOD 15
37
00:04:24,680 --> 00:04:28,300
- Tuanku!
- Tuanku!
38
00:04:28,390 --> 00:04:31,220
- Tuanku!
- Tuanku!
39
00:04:31,310 --> 00:04:33,930
Tuanku!
40
00:04:34,020 --> 00:04:37,980
- Tuanku!
- Tuanku!
41
00:04:38,060 --> 00:04:41,030
- Tuanku!
- Tuanku!
42
00:04:41,110 --> 00:04:43,900
- Tuanku!
- Tuanku!
43
00:04:43,990 --> 00:04:45,820
- Tuanku!
- Tuanku!
44
00:04:45,900 --> 00:04:47,360
Tuanku!
45
00:04:47,450 --> 00:04:50,030
- Tuanku!
- Tuanku!
46
00:04:50,120 --> 00:04:51,910
Tuanku!
47
00:06:28,840 --> 00:06:29,840
Siapa kamu?
48
00:06:34,850 --> 00:06:35,760
Jangan bunuh hamba.
49
00:06:36,640 --> 00:06:38,100
Tolong jangan bunuh hamba.
50
00:06:38,600 --> 00:06:40,140
Hamba merayu.
51
00:06:42,440 --> 00:06:45,730
Kamu saksikan kematian suami hamba?
52
00:06:46,730 --> 00:06:48,650
Dia dibunuh oleh seseorang.
53
00:06:49,740 --> 00:06:52,660
Bunuh? Apa maksud kamu?
54
00:06:52,740 --> 00:06:54,870
Apa sebabnya kamu takut melihat hamba?
55
00:07:13,510 --> 00:07:16,810
Hamba sangka
kamu dihantar oleh Datuk Bendahara.
56
00:07:18,060 --> 00:07:21,890
Sebelum meninggal dunia,
dia suruh hamba bersembunyi di sini.
57
00:07:22,600 --> 00:07:27,020
Katanya, Datuk Bendahara mungkin
akan hantar seseorang ke rumah kami.
58
00:07:28,190 --> 00:07:32,070
Boleh hamba tahu apa kaitan dia
dengan Datuk Bendahara?
59
00:07:37,200 --> 00:07:40,700
Sepuluh tahun lalu, dia pernah
meminta bantuan Datuk Bendahara
60
00:07:41,830 --> 00:07:44,920
untuk menyelamatkan nyawa hamba.
61
00:07:45,000 --> 00:07:48,670
Sebagai balasan, dia diminta
menghantar surat kepada seseorang.
62
00:07:49,510 --> 00:07:51,970
Penerima surat itu…
63
00:07:53,510 --> 00:07:57,680
dituduh sebagai pengkhianat
dan dihukum pancung.
64
00:07:59,010 --> 00:08:02,390
Datuk Bendahara juga
menggunakan perihal itu untuk mengugut
65
00:08:02,480 --> 00:08:03,600
suami hamba.
66
00:08:05,350 --> 00:08:06,730
Bunuhlah hamba…
67
00:08:07,980 --> 00:08:09,980
Semuanya salah hamba.
68
00:08:10,070 --> 00:08:13,650
Hanya untuk selamatkan nyawa
hamba yang tak bernilai, suami hamba…
69
00:08:14,610 --> 00:08:16,410
Adakah penerima surat itu
70
00:08:16,990 --> 00:08:19,030
bekas guru mendiang Paduka Raja,
71
00:08:19,700 --> 00:08:21,200
Kang Hwa-gil?
72
00:08:41,350 --> 00:08:42,180
Dengar.
73
00:08:43,180 --> 00:08:47,350
Jangan beritahu sesiapa semua
yang kamu baru beritahu hamba tadi.
74
00:08:47,440 --> 00:08:48,900
Ingat.
75
00:09:41,530 --> 00:09:42,990
Kamu buat apa?
76
00:09:43,080 --> 00:09:45,700
Tiada apa.
77
00:09:47,790 --> 00:09:50,250
Katib Jung, ini jadual bulan ini.
78
00:09:50,330 --> 00:09:52,590
Baiklah. Terima kasih.
79
00:09:54,420 --> 00:09:55,880
Tunggu.
80
00:09:55,960 --> 00:09:58,380
Nampaknya, hamba dikecualikan
daripada tugas mencatat.
81
00:09:58,470 --> 00:10:01,890
Tapi hamba cuma menuruti permintaan tuan
82
00:10:01,970 --> 00:10:04,180
yang keberatan untuk menghadap baginda.
83
00:10:04,260 --> 00:10:07,810
Datuk Bijaya sendiri pastikan
permintaan tuan ditunaikan.
84
00:10:14,110 --> 00:10:15,690
Terima kasih.
85
00:10:16,490 --> 00:10:21,700
Tapi tentu hamba menambahkan lagi
bebanan tugas Katib Kim.
86
00:10:21,780 --> 00:10:23,620
Memang benar itu hajat hamba,
87
00:10:23,700 --> 00:10:27,120
tapi hamba berasa teramatlah bersalah.
88
00:10:30,170 --> 00:10:34,290
Mulai sekarang, hamba akan turut
ambil alih tugas Katib Kim.
89
00:10:35,960 --> 00:10:39,970
Serahkan semua tugasan
mencatat Catatan Urus Setia Diraja
90
00:10:40,470 --> 00:10:41,840
kepada hamba.
91
00:10:51,980 --> 00:10:54,020
RAYUAN
92
00:11:00,280 --> 00:11:01,700
Patik menantikan
93
00:11:02,950 --> 00:11:03,950
kata-kata itu.
94
00:11:05,080 --> 00:11:06,370
Walaupun bukan sekarang…
95
00:11:10,410 --> 00:11:11,290
patik…
96
00:11:13,330 --> 00:11:14,880
tetap akan nantikannya.
97
00:11:15,880 --> 00:11:17,050
Walaupun untuk selamanya.
98
00:11:29,850 --> 00:11:31,100
Kenapa kamu tenung beta?
99
00:11:33,900 --> 00:11:35,270
Cakaplah apa halnya.
100
00:11:35,360 --> 00:11:37,690
Tiada apa, Tuanku.
101
00:11:38,440 --> 00:11:41,490
Nampaknya, Katib Jung sangat lapang.
102
00:11:42,070 --> 00:11:45,700
Dia ada begitu banyak masa
untuk menyalakan lantera di sana.
103
00:11:45,780 --> 00:11:49,160
Itu kerana sida-sida yang
ditugaskan tak menjalankan tugas mereka.
104
00:11:50,040 --> 00:11:52,750
Jalan yang beta lalu sentiasa kelam,
105
00:11:52,830 --> 00:11:56,040
tapi beta lihat sekitar balairung
terang benderang dengan lantera.
106
00:11:56,130 --> 00:12:00,130
Itu kerana Datuk Bendahara kerap ke sana.
107
00:12:00,710 --> 00:12:02,840
Patik hamba yang lemah, Tuanku.
108
00:12:12,600 --> 00:12:15,400
Apa yang membawa kamu ke sini, Katib Jung?
109
00:12:16,190 --> 00:12:19,610
Apa maksud kamu? Hamba di sini
untuk melaksanakan tugas hamba.
110
00:12:19,690 --> 00:12:22,490
Tugas hamba sebagai
seorang katib adalah untuk mencatatkan
111
00:12:22,570 --> 00:12:24,740
segala perihal yang berkaitan Paduka Raja.
112
00:12:34,580 --> 00:12:35,620
Apa yang begitu aneh?
113
00:12:36,580 --> 00:12:40,300
Usah khuatir
dan teruskan saja seperti biasa.
114
00:13:00,070 --> 00:13:02,820
Izinkan patik untuk pergi
menegur para sida-sida, Tuanku.
115
00:13:06,860 --> 00:13:08,990
Hamba patut ajar mereka.
116
00:13:28,050 --> 00:13:30,720
Benarkah Tuanku
tak memendam sebarang masalah?
117
00:13:31,220 --> 00:13:33,470
Sejak malam itu, Tuanku kurang berselera.
118
00:13:35,100 --> 00:13:37,140
Adakah beta terlalu menjelikkan?
119
00:13:38,190 --> 00:13:39,270
Tuanku?
120
00:13:41,400 --> 00:13:45,150
Apakah kesilapan yang telah
beta lakukan terhadap baginda?
121
00:13:47,610 --> 00:13:49,570
Yu-gong, kamu makanlah.
122
00:13:49,660 --> 00:13:53,540
Beta tak mahu menimbulkan kerisauan
jika makanan ini tak berusik.
123
00:13:55,540 --> 00:13:58,330
Sebenarnya, patik dapat tahu hubungan
124
00:13:58,420 --> 00:14:01,920
antara Paduka Raja dengan nenda baginda,
Datuk Bendahara, agak tegang.
125
00:14:02,710 --> 00:14:04,750
Berkemungkinan baginda menjauhkan diri
126
00:14:05,260 --> 00:14:08,220
bukan kerana Tuanku,
tapi kerana ayah Tuanku, Datuk Temenggung,
127
00:14:08,300 --> 00:14:11,680
merupakan seorang yang
amat dipercayai oleh Datuk Bendahara.
128
00:14:12,180 --> 00:14:13,260
Mungkin itu sebabnya.
129
00:14:14,220 --> 00:14:17,600
Bukan beta yang baginda benci,
tapi ayah beta?
130
00:14:20,190 --> 00:14:21,770
Ampunkan patik, Tuanku.
131
00:14:22,480 --> 00:14:24,860
Patik cuma berharap
Tuanku tak menyalahkan diri.
132
00:14:24,940 --> 00:14:28,900
Maknanya, jika beta terus mencuba,
baginda mungkin akan berubah hati.
133
00:14:30,490 --> 00:14:31,490
Tuanku?
134
00:14:32,990 --> 00:14:34,370
Yu-gong, terima kasih.
135
00:14:36,950 --> 00:14:41,170
Negara ini diperintah oleh
Keluarga Han atau Keluarga Yi?
136
00:14:41,250 --> 00:14:43,750
Pecat Datuk Bendahara atas kesalahan
137
00:14:43,840 --> 00:14:47,670
menyeleweng rayuan-rayuan
yang dikemukakan kepada Paduka Raja.
138
00:14:47,760 --> 00:14:50,180
- Mohon Datuk Han dipecat!
- Mohon Datuk Han dipecat!
139
00:14:50,260 --> 00:14:53,090
Mohon Datuk Han dipecat!
140
00:14:53,180 --> 00:14:55,810
- Mohon Datuk Han dipecat!
- Mohon Datuk Han dipecat!
141
00:14:55,890 --> 00:14:58,560
Mohon Datuk Han dipecat!
142
00:14:58,640 --> 00:14:59,980
- Tuanku!
- Tuanku!
143
00:15:00,060 --> 00:15:01,060
Ke tepi!
144
00:15:01,140 --> 00:15:03,980
- Mohon Datuk Han dipecat!
- Mohon Datuk Han dipecat!
145
00:15:04,060 --> 00:15:06,320
Mohon Datuk Han dipecat!
146
00:15:06,400 --> 00:15:10,280
- Mohon Datuk Han dipecat!
- Mohon Datuk Han dipecat!
147
00:15:10,820 --> 00:15:13,490
- Tuanku!
- Mohon Datuk Han dipecat!
148
00:15:15,370 --> 00:15:16,790
Hamba dapati
149
00:15:16,870 --> 00:15:20,290
mereka takkan berhenti
walaupun telah dipenjarakan.
150
00:15:20,370 --> 00:15:21,870
Mereka sangat degil.
151
00:15:22,500 --> 00:15:25,340
Hamba yakin perkara ini akan berterusan,
152
00:15:25,420 --> 00:15:27,460
apa patut kita lakukan, Datuk?
153
00:15:30,590 --> 00:15:33,510
Apabila seekor anjing menyalak
kerana melihat sesuatu,
154
00:15:33,590 --> 00:15:37,640
anjing-anjing yang lain akan sama menyalak
walaupun tak tahu puncanya.
155
00:15:39,100 --> 00:15:41,980
Para cendekiawan di luar juga
hanya mengikut seseorang
156
00:15:42,060 --> 00:15:45,440
dan seperti burung kakak tua,
mereka mengulangi kata-kata yang sama.
157
00:15:46,440 --> 00:15:47,440
Kita…
158
00:15:48,230 --> 00:15:50,110
tak khuatir.
159
00:15:56,830 --> 00:15:57,780
Namun…
160
00:15:58,450 --> 00:16:02,210
bulu yang ringan juga, jika banyak,
ia boleh menenggelamkan kapal.
161
00:16:02,290 --> 00:16:05,330
Sekiranya mereka enggan berhenti
dan terus berkumpul,
162
00:16:05,420 --> 00:16:07,540
ia mungkin akan membebankan datuk.
163
00:16:08,290 --> 00:16:10,130
Itulah yang kita risaukan.
164
00:16:12,630 --> 00:16:13,970
Jadi kita berpendapat…
165
00:16:15,800 --> 00:16:19,140
bagaimana sekiranya
Datuk Shin Yeong-su dipanggil semula
166
00:16:19,850 --> 00:16:21,270
kembali ke istana?
167
00:16:21,850 --> 00:16:25,940
Shin Yeong-su yang telah dipecat
dan pulang ke kampungnya?
168
00:16:26,020 --> 00:16:28,820
Kita dengar kini dia
mengajar para cendekiawan.
169
00:16:29,520 --> 00:16:32,280
Dia dipandang tinggi
dalam kalangan cendekiawan,
170
00:16:33,110 --> 00:16:37,240
jadi mungkin kita boleh memanfaatkan
pengaruhnya dalam perihal ini.
171
00:16:39,410 --> 00:16:41,830
Patik tak nafikan,
172
00:16:42,410 --> 00:16:44,910
tapi beliau tak lagi berminat
dengan hal ehwal negara.
173
00:16:45,870 --> 00:16:47,710
Orang yang dipaksa melepaskan jawatannya
174
00:16:48,460 --> 00:16:51,130
pastinya keberatan
untuk kembali ke istana.
175
00:17:31,800 --> 00:17:32,800
Bagus.
176
00:17:33,300 --> 00:17:35,510
"Walaupun tanpa pengiktirafan,
177
00:17:36,090 --> 00:17:39,220
sekiranya kamu mampu untuk
sentiasa memilih kebenaran,
178
00:17:39,300 --> 00:17:42,600
bukankah kamu juga seorang budiman?"
179
00:17:44,180 --> 00:17:45,430
Kamu boleh pulang.
180
00:17:45,520 --> 00:17:47,020
- Terima kasih.
- Terima kasih.
181
00:17:53,190 --> 00:17:54,110
Tuan!
182
00:17:55,030 --> 00:17:56,530
Ada tetamu dari Hanyang.
183
00:17:56,610 --> 00:17:58,150
- Hanyang?
- Ya.
184
00:17:58,240 --> 00:18:00,570
Banyak juga yang kamu dah pelajari.
185
00:18:00,660 --> 00:18:03,330
Bagus. Belajarlah dengan tekun.
186
00:18:05,290 --> 00:18:06,700
Aduhai.
187
00:18:06,790 --> 00:18:10,920
Tuan Shin, lama betul kita tak ketemu.
188
00:18:16,510 --> 00:18:19,470
Tapi kesalahan hamba masih terlalu berat.
189
00:18:20,260 --> 00:18:23,760
Mustahil untuk hamba kembali
menyandang jawatan di istana.
190
00:18:23,850 --> 00:18:27,060
Aduhai, usahlah terlalu cepat menolak.
191
00:18:27,140 --> 00:18:30,020
Setidaknya, berilah muka kepada hamba.
192
00:18:30,100 --> 00:18:32,650
Jika hamba kembali dengan tangan kosong,
193
00:18:32,730 --> 00:18:34,940
susahlah hamba.
194
00:18:35,440 --> 00:18:36,820
Lagipun…
195
00:18:38,990 --> 00:18:42,990
hamba membawa bersama
utusan daripada Paduka Raja.
196
00:18:43,070 --> 00:18:46,120
Bukan Paduka Raja,
tapi tentunya ia daripada Datuk Bendahara.
197
00:18:47,500 --> 00:18:49,500
Hamba dah jelaskan pendirian hamba.
198
00:18:49,580 --> 00:18:51,790
Tolong sampaikan kepada Datuk Bendahara.
199
00:18:52,380 --> 00:18:55,130
Tunggu dulu, Tuan Shin.
200
00:18:55,210 --> 00:18:59,050
Hamba dah sampaikan utusan ini,
terpulang pada tuan untuk menolak.
201
00:18:59,920 --> 00:19:02,430
Tunggu dulu.
202
00:19:02,510 --> 00:19:03,390
Mari!
203
00:19:30,660 --> 00:19:33,750
BULBIBULMYEONG
204
00:19:48,680 --> 00:19:51,940
Sekiranya perahu yang berisi
penumpang condong ke sebelah,
205
00:19:52,020 --> 00:19:54,650
siapakah yang akan
jatuh dulu ke dalam air?
206
00:19:55,980 --> 00:20:00,320
Golongan pertama yang akan dikorbankan
adalah mereka yang lemah dan tak berkuasa.
207
00:20:00,400 --> 00:20:01,570
Sebab itulah…
208
00:20:02,780 --> 00:20:05,200
beta berharap agar kamu…
209
00:20:07,780 --> 00:20:10,370
dapat mengimbangkan
perahu agar ia takkan condong.
210
00:20:23,090 --> 00:20:25,220
BULBIBULMYEONG
211
00:20:25,300 --> 00:20:26,840
Dengan ini, Shin Yeong-su dilantik
212
00:20:26,930 --> 00:20:29,810
sebagai Penghulu Hal Ehwal Dalam Negeri.
213
00:20:30,430 --> 00:20:33,020
Laksanakan tanggungjawab kamu
dengan tekun,
214
00:20:33,100 --> 00:20:36,060
tegur serta betulkan
sebarang kesalahan dan pimpinlah
215
00:20:36,150 --> 00:20:39,360
para pembesar
serta pegawai ke jalan yang benar.
216
00:20:58,210 --> 00:21:00,670
Menjunjung titah, Tuanku.
217
00:21:15,230 --> 00:21:18,100
Tak sangka Datuk akan kembali.
218
00:21:18,190 --> 00:21:21,360
Mengabaikan tanggungjawab terhadap negara
219
00:21:21,440 --> 00:21:23,110
adalah perbuatan ingkar.
220
00:21:24,940 --> 00:21:27,450
Perkara yang lepas biarlah lepas.
221
00:21:28,110 --> 00:21:31,120
Hamba harap kita boleh
bekerjasama dengan baik.
222
00:21:31,200 --> 00:21:32,450
Ya.
223
00:21:41,130 --> 00:21:42,670
Tuan tak khuatir?
224
00:21:43,300 --> 00:21:44,760
Datuk Shin
225
00:21:44,840 --> 00:21:48,010
pasti akan menjadi
penghalang dalam rancangan tuan.
226
00:21:48,590 --> 00:21:51,600
Hamba boleh gunakan
dia demi kepentingan hamba
227
00:21:51,680 --> 00:21:54,430
dan pastikan dia memanfaatkan hamba.
228
00:22:04,690 --> 00:22:07,150
Burung yang tiada terbang
mahupun berkicau.
229
00:22:08,570 --> 00:22:10,160
Adakah itu merujuk kepada Tuanku?
230
00:22:13,330 --> 00:22:16,950
Nampaknya, Datuk Bijaya
berjaya menyampaikan pesanan beta.
231
00:22:17,040 --> 00:22:20,710
Jikalau begitu, adakah benar
seperti yang patik tafsirkan?
232
00:22:21,460 --> 00:22:22,420
Mungkin.
233
00:22:22,500 --> 00:22:24,050
BAGINDA BERTEMU DATUK SHIN
234
00:22:25,670 --> 00:22:27,510
Ampunkan kebiadaban patik,
235
00:22:27,590 --> 00:22:32,970
tapi patik tak berhasrat untuk
melibatkan diri dalam permainan politik.
236
00:22:36,680 --> 00:22:40,770
Ini bermakna, patik takkan
sentiasa menyebelahi Tuanku.
237
00:22:41,520 --> 00:22:43,980
Sekiranya Tuanku memilih jalan yang salah,
238
00:22:44,070 --> 00:22:47,530
patik hamba pertama yang
akan berjalan ke arah bertentangan.
239
00:22:48,110 --> 00:22:49,990
Sudikah Tuanku menerima patik?
240
00:22:51,160 --> 00:22:52,370
Sudah tentu.
241
00:22:53,530 --> 00:22:58,410
Itulah sebabnya beta memanggil
kamu kembali ke dalam kerajaan.
242
00:22:59,120 --> 00:23:01,790
Demi memulihkan semula
pentadbiran kerajaan
243
00:23:02,630 --> 00:23:04,170
yang dikuasai datuk beta.
244
00:23:20,270 --> 00:23:22,100
CATATAN HARIAN KAPAL
245
00:23:22,690 --> 00:23:24,940
Ini catatan penyelewengan
Penghulu Bendahari.
246
00:23:25,730 --> 00:23:31,110
Nampaknya, inilah perkara pertama
yang akan diperiksa oleh Datuk.
247
00:24:12,900 --> 00:24:13,820
Katib Jung.
248
00:24:14,320 --> 00:24:16,030
Berkenaan perihal…
249
00:24:16,120 --> 00:24:17,410
Usah khuatir, Tuanku.
250
00:24:18,330 --> 00:24:19,620
Ia tak dicatatkan.
251
00:24:27,000 --> 00:24:29,130
Ada seekor burung yang tak berkicau
252
00:24:29,210 --> 00:24:31,380
mahupun terbang selama tiga tahun.
253
00:24:32,130 --> 00:24:35,130
Apabila ia akhirnya terbang,
254
00:24:35,220 --> 00:24:37,760
terbangnya tinggi jauh ke langit biru.
255
00:24:37,850 --> 00:24:39,310
Apabila ia berkicau,
256
00:24:39,390 --> 00:24:41,270
bunyinya bak halilintar memecah bumi.
257
00:24:43,600 --> 00:24:45,690
Tuanku menunggu masa untuk bertindak.
258
00:24:46,810 --> 00:24:51,030
Jikalau begitu, izinkan patik
untuk turut sama mencurahkan jasa.
259
00:24:52,990 --> 00:24:55,240
Bebanan ini milik beta.
260
00:24:56,280 --> 00:24:58,240
Ia juga berbahaya.
261
00:24:58,320 --> 00:25:00,830
Masihkah Tuanku ingat
sewaktu di hutan dulu?
262
00:25:03,330 --> 00:25:05,620
Semua yang kita impikan pada hari itu,
263
00:25:06,290 --> 00:25:08,540
kini takkan jadi kenyataan.
264
00:25:10,090 --> 00:25:11,000
Oleh itu…
265
00:25:12,000 --> 00:25:15,720
setidaknya izinkan patik
berbuat begini untuk menemani Tuanku.
266
00:25:29,190 --> 00:25:30,860
Patik sudah maklum akan perkara ini.
267
00:25:31,440 --> 00:25:33,230
Adakah Tuanku akan terus berkeras?
268
00:25:37,820 --> 00:25:41,120
Jikalau begitu, beta mahu kamu berjanji.
269
00:25:42,240 --> 00:25:44,160
Apabila beta minta kamu berhenti,
270
00:25:45,290 --> 00:25:47,080
kamu akan turuti permintaan beta.
271
00:25:47,670 --> 00:25:49,000
Ini perintah beta.
272
00:25:51,790 --> 00:25:54,210
Menjunjung titah, Tuanku.
273
00:26:01,600 --> 00:26:05,600
Penghulu Bendahari Park Won-hyeong
mengurangkan bekalan beras untuk tentera
274
00:26:05,680 --> 00:26:07,350
demi membawa barangan peribadi.
275
00:26:07,440 --> 00:26:09,600
Cari kapal yang akan ke Wilayah Hamgil
276
00:26:09,690 --> 00:26:12,610
dan geledah gudang yang
selalu dilawati oleh pengikut Datuk Park.
277
00:26:12,690 --> 00:26:14,690
Kamu akan temui beras-beras itu.
278
00:26:14,780 --> 00:26:17,190
Penghulu Bendahari juga
turut melanggar undang-undang
279
00:26:17,280 --> 00:26:21,200
dengan merasuah anak-anak kapal
untuk memusnahkan kapal.
280
00:26:21,280 --> 00:26:23,950
Dia perlu diberkas
dan dibawa ke muka pengadilan.
281
00:26:24,040 --> 00:26:25,240
Kamu faham?
282
00:26:26,500 --> 00:26:27,620
Periksa dengan teliti!
283
00:26:27,710 --> 00:26:29,000
- Baiklah!
- Baiklah!
284
00:26:30,880 --> 00:26:33,420
- Aduhai, apa semua ini?
- Aduhai.
285
00:26:33,500 --> 00:26:35,670
Aduhai.
286
00:26:36,920 --> 00:26:37,880
Siapa kamu?
287
00:26:40,340 --> 00:26:43,390
- Kami dari Balai Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Apa?
288
00:26:50,270 --> 00:26:52,400
Datuk Park, sila ikut kami.
289
00:26:53,980 --> 00:26:55,440
Berani kamu!
290
00:26:58,400 --> 00:27:00,700
Datuk sangka Datuk akan selamat
291
00:27:01,740 --> 00:27:03,070
setelah menghina hamba?
292
00:27:03,160 --> 00:27:05,530
Bekalan beras untuk
bala tentera di Wilayah Hamgil
293
00:27:05,620 --> 00:27:08,540
ditemui di dalam gudang peribadi Datuk.
294
00:27:10,080 --> 00:27:12,710
Mustahil. Hamba tak tahu
apa-apa tentang ini.
295
00:27:17,300 --> 00:27:19,720
Hamba ada bukti
yang membuktikan sebaliknya.
296
00:27:20,220 --> 00:27:21,130
CATATAN HARIAN KAPAL
297
00:27:21,220 --> 00:27:25,390
Catatan ini menunjukkan Datuk
menggunakan kapal untuk tujuan peribadi.
298
00:27:27,350 --> 00:27:28,970
Itu…
299
00:27:32,850 --> 00:27:35,480
Rakyat jelata menganyam jerami
untuk dijadikan pakaian
300
00:27:36,320 --> 00:27:38,480
dan memasak kulit kayu
untuk dijadikan makanan
301
00:27:38,570 --> 00:27:41,150
demi menahan diri
daripada kesejukan dan kelaparan.
302
00:27:41,240 --> 00:27:43,030
Tapi kamu menggunakan
303
00:27:43,110 --> 00:27:45,620
perbendaharaan negara
demi kepentingan diri?
304
00:27:45,700 --> 00:27:47,280
Tuanku.
305
00:27:47,370 --> 00:27:50,120
Beta dengar kamu menggunakan kapal
untuk urusan peribadi.
306
00:27:50,200 --> 00:27:54,000
Bukan itu saja. Kamu turut menyeleweng
bekalan beras bala tentera beta?
307
00:27:54,580 --> 00:27:55,460
Patik…
308
00:27:56,460 --> 00:28:00,710
Beta yakin kamu takkan membantah
keputusan beta untuk memancung kamu.
309
00:28:00,800 --> 00:28:02,510
Patik cuma…
310
00:28:03,130 --> 00:28:05,090
membantu Datuk Bendahara.
311
00:28:05,180 --> 00:28:07,220
Patik tiada niat lain.
312
00:28:07,720 --> 00:28:08,560
Begitu.
313
00:28:09,220 --> 00:28:11,850
Jadi itu arahan
Datuk Bendahara, datuk beta?
314
00:28:12,940 --> 00:28:14,190
Tuanku?
315
00:28:15,230 --> 00:28:18,690
Inilah sebabnya
jangan sesekali mempercayai orang lain.
316
00:28:19,360 --> 00:28:20,900
Datuk beta
317
00:28:21,820 --> 00:28:24,160
meletakkan kepercayaan
yang tinggi kepada kamu.
318
00:28:24,240 --> 00:28:27,490
Beta yakin dia akan kecewa
setelah mengetahui kamu menuduh dia
319
00:28:27,580 --> 00:28:29,490
sebagai dalang jenayah ini.
320
00:28:29,580 --> 00:28:33,460
Tuanku. Patik tersilap, Tuanku.
321
00:28:34,040 --> 00:28:35,460
Sebenarnya, patiklah…
322
00:28:35,540 --> 00:28:37,250
Kamu sanggup dipersalahkan?
323
00:28:37,330 --> 00:28:41,340
Patik…
324
00:28:45,970 --> 00:28:47,720
Ampunkan patik, Tuanku!
325
00:29:01,070 --> 00:29:02,570
Beta akan beri kamu peluang.
326
00:29:03,900 --> 00:29:06,280
Sekiranya kamu berundur
daripada jawatan kamu,
327
00:29:06,360 --> 00:29:09,910
beta akan rahsiakan
pengkhianatan kamu terhadap datuk beta.
328
00:29:12,450 --> 00:29:15,080
Beta yakin kamu juga sedia maklum,
329
00:29:15,160 --> 00:29:18,330
datuk beta tiada belas kasihan.
330
00:29:18,420 --> 00:29:20,800
Berbanding hukuman yang bakal dia kenakan,
331
00:29:21,420 --> 00:29:23,300
tentunya ini pilihan yang lebih baik.
332
00:29:23,880 --> 00:29:25,880
Patik sedia menjunjung
segala titah Tuanku.
333
00:29:25,970 --> 00:29:29,390
Patik mohon ihsan daripada Tuanku.
334
00:29:29,470 --> 00:29:31,060
Kapal-kapal itu digunakan
335
00:29:31,680 --> 00:29:34,350
untuk memindahkan senjata
secara sulit ke Wilayah Hamgil.
336
00:29:35,230 --> 00:29:36,060
Apa?
337
00:29:36,140 --> 00:29:39,440
Dedahkan pembekal senjata
yang bersubahat dengan datuk beta.
338
00:29:39,520 --> 00:29:43,150
Buat begitu dan beta
akan tunaikan janji beta.
339
00:29:53,490 --> 00:29:54,500
Tuan.
340
00:29:55,790 --> 00:29:58,540
Datuk Shin menggeledah
kediaman Datuk Park.
341
00:29:58,620 --> 00:30:00,000
Apa?
342
00:30:00,080 --> 00:30:02,960
Nampaknya, Datuk Park
menyeleweng bekalan beras
343
00:30:03,550 --> 00:30:05,550
yang sepatutnya
dihantar ke Wilayah Hamgil.
344
00:30:05,630 --> 00:30:09,010
Senjata yang bakal dihantar
ke Yeoyeon esok turut disimpan di sana.
345
00:30:09,590 --> 00:30:11,180
Sekiranya ia ditemui…
346
00:30:11,260 --> 00:30:13,760
- Bakar semuanya.
- Apa?
347
00:30:13,850 --> 00:30:15,060
Kamu tak dengar?
348
00:30:15,140 --> 00:30:17,140
Baiklah. Hamba akan laksanakan.
349
00:30:35,080 --> 00:30:36,080
Apa…
350
00:30:37,410 --> 00:30:39,580
yang Tuanku cuba lakukan?
351
00:30:40,880 --> 00:30:43,840
Datuk Shin dapat tahu
penyelewengan yang dilakukan Datuk Park.
352
00:30:43,920 --> 00:30:46,420
Dia menyalah gunakan pengaruh datuk
353
00:30:46,510 --> 00:30:48,260
dan menyeleweng bekalan beras.
354
00:30:48,340 --> 00:30:51,050
Adakah Tuanku dah lupa nasihat patik
355
00:30:52,050 --> 00:30:55,510
- supaya tak mencampuri urusan negara?
- Tentulah tidak.
356
00:30:56,270 --> 00:30:58,730
Tapi bagaimanakah kita ingin berdiam diri
357
00:30:58,810 --> 00:31:01,190
sedangkan dia mencemarkan nama datuk?
358
00:31:01,690 --> 00:31:03,110
- Jadi…
- Datuk Park…
359
00:31:04,110 --> 00:31:05,770
orang patik.
360
00:31:06,440 --> 00:31:09,740
Maka, patik saja yang layak menghukum dia.
361
00:31:11,160 --> 00:31:13,820
Tuanku tiada pilihan.
362
00:31:22,250 --> 00:31:23,290
Datuk…
363
00:31:24,290 --> 00:31:26,000
Sekiranya perihal ini terdedah,
364
00:31:26,500 --> 00:31:28,630
rakyat jelata pasti
akan kembali menyuarakan
365
00:31:29,260 --> 00:31:30,590
ketidakpuasan hati mereka.
366
00:31:30,670 --> 00:31:32,010
Ia takkan berlaku
367
00:31:32,930 --> 00:31:35,470
selagi Tuanku berdiam diri.
368
00:31:37,680 --> 00:31:41,520
Usah berani untuk mencabar patik.
369
00:31:42,980 --> 00:31:45,560
Ini kali terakhir patik akan beri muka
370
00:31:46,110 --> 00:31:47,610
terhadap perbuatan Tuanku.
371
00:32:16,720 --> 00:32:19,430
RAYUAN
372
00:32:25,600 --> 00:32:28,440
Jika tertangkap,
nyawa kita pasti akan melayang.
373
00:32:29,400 --> 00:32:32,610
Tapi apa yang tuan buat di sini?
374
00:32:33,950 --> 00:32:36,200
Berani cari pasal, berani tanggung.
375
00:32:37,280 --> 00:32:40,450
Tapi bukankah Datuk Park
sudah pun ditangkap?
376
00:32:40,540 --> 00:32:41,830
Semua ini untuk apa?
377
00:32:44,290 --> 00:32:45,500
Kita kesuntukan masa.
378
00:32:46,330 --> 00:32:48,170
Tulis segera.
379
00:32:48,250 --> 00:32:49,210
Cepat.
380
00:32:52,970 --> 00:32:54,130
Siapa di sana?
381
00:33:01,390 --> 00:33:02,600
Apa kamu buat di sini?
382
00:33:02,680 --> 00:33:04,060
Kami…
383
00:33:12,320 --> 00:33:13,860
Aduhai, hamba mabuk.
384
00:33:13,940 --> 00:33:16,820
Hamba nampak yang bukan-bukan.
385
00:33:17,740 --> 00:33:19,370
- Aduhai.
- Dia mabuk.
386
00:33:53,530 --> 00:33:55,190
Penghulu Bendahari Park Won-hyeong
387
00:33:55,280 --> 00:33:58,070
menyeleweng bekalan beras tentera
388
00:33:58,160 --> 00:34:00,570
dan menggunakannya
untuk keuntungan sendiri.
389
00:34:01,120 --> 00:34:04,870
Dalam cubaan untuk merahsiakan jenayahnya,
dia dengan sengaja membakar kapal-kapal
390
00:34:05,370 --> 00:34:08,120
dan jenayahnya
memusnahkan harta benda negara
391
00:34:08,210 --> 00:34:10,290
sedang disiasat
oleh Hal Ehwal Dalam Negeri.
392
00:34:11,210 --> 00:34:14,460
Rakyat jelata terpaksa menganyam jerami
untuk menahan kesejukan
393
00:34:14,550 --> 00:34:17,380
dan memasak kulit kayu
untuk mengalas perut.
394
00:34:17,470 --> 00:34:19,340
Perbuatan mementingkan diri
395
00:34:19,840 --> 00:34:23,350
Datuk Park yang mencuri harta negara
demi kepentingan sendiri ini
396
00:34:23,430 --> 00:34:24,850
tak boleh dimaafkan.
397
00:34:25,720 --> 00:34:27,850
Semua pembesar dan pegawai negara
398
00:34:28,350 --> 00:34:32,310
hendaklah menyuarakan permohonan
agar Datuk Park dilucutkan jawatan.
399
00:34:32,940 --> 00:34:34,270
Catatkan.
400
00:34:35,400 --> 00:34:37,360
"Di perhimpunan pagi tadi,
401
00:34:38,110 --> 00:34:40,860
Datuk Bendahara memohon pelucutan jawatan
402
00:34:40,950 --> 00:34:42,700
Penghulu Bendahari."
403
00:34:43,700 --> 00:34:46,450
Muslihat ke-35 dalam Sonjabyeongbeob.
404
00:34:46,540 --> 00:34:47,370
Muslihat yeonhwan.
405
00:34:52,920 --> 00:34:56,670
"Capai matlamat dengan
menggunakan beberapa kaedah sekali gus."
406
00:34:56,760 --> 00:34:59,010
Beta akui, ia muslihat yang bijaksana.
407
00:35:04,350 --> 00:35:05,890
Pujian saja?
408
00:35:05,970 --> 00:35:09,560
Alang-alang Tuanku memuji patik,
tunaikan hajat patik.
409
00:35:10,310 --> 00:35:11,230
Hajat?
410
00:35:13,730 --> 00:35:16,440
Baiklah. Beritahu beta.
411
00:35:18,110 --> 00:35:19,950
Patik berhajat…
412
00:35:20,450 --> 00:35:21,660
Sebelum itu…
413
00:35:23,410 --> 00:35:24,910
mohon Tuanku berjanji.
414
00:35:25,700 --> 00:35:29,330
Berjanji yang Tuanku takkan murka.
415
00:35:31,080 --> 00:35:32,960
Apa agaknya yang kamu hajatkan?
416
00:35:34,000 --> 00:35:36,960
Baiklah, beta berjanji…
417
00:35:43,430 --> 00:35:44,600
Ini…
418
00:35:45,720 --> 00:35:47,510
Apa semua ini?
419
00:35:47,600 --> 00:35:48,890
Tuanku sudah berjanji
420
00:35:49,890 --> 00:35:51,440
yang Tuanku takkan murka.
421
00:36:43,400 --> 00:36:44,780
Ada apa, Tuanku?
422
00:36:46,030 --> 00:36:47,780
Ini laporan dari Balai Istiadat.
423
00:36:48,330 --> 00:36:49,530
Serahkan kepada baginda.
424
00:36:50,450 --> 00:36:53,960
Kenapa Tuanku serahkan kepada patik
sedangkan Tuanku boleh bertemu baginda?
425
00:36:54,040 --> 00:36:56,170
Baginda tak jauh dari sini.
426
00:36:56,250 --> 00:36:57,540
Beta sibuk kebelakangan ini.
427
00:36:59,710 --> 00:37:01,000
Terima kasih.
428
00:37:01,590 --> 00:37:02,800
Tuanku.
429
00:37:03,760 --> 00:37:06,680
Kenapa dengan baginda?
Baginda ada buat silap?
430
00:37:34,200 --> 00:37:35,330
Hamba takkan…
431
00:37:38,330 --> 00:37:39,330
meninggalkan…
432
00:37:41,300 --> 00:37:42,500
istana.
433
00:37:47,090 --> 00:37:48,970
Perasaan hamba masih sama.
434
00:37:50,760 --> 00:37:52,640
Begitu. Baiklah.
435
00:37:54,470 --> 00:37:56,440
Hamba faham.
436
00:38:04,900 --> 00:38:08,490
Paduka Permaisuri berkenan
untuk bertemu tuan-tuan berdua.
437
00:38:25,010 --> 00:38:26,380
Beta…
438
00:38:27,260 --> 00:38:30,680
berasa segan kerana
menyusahkan kamu berdua
439
00:38:30,760 --> 00:38:33,560
dengan meminta kamu bertemu beta.
440
00:38:34,060 --> 00:38:38,020
Beta dengar kamu berdua
teman karib Paduka Raja
441
00:38:38,100 --> 00:38:41,100
dan kamu berdua telah lama bersahabat.
442
00:38:44,190 --> 00:38:47,650
Adakah beta membuatkan kamu berdua kekok?
443
00:38:49,570 --> 00:38:52,030
Tak sama sekali, Tuanku.
444
00:38:53,580 --> 00:38:57,200
Waktu kecil, kami bergurukan
orang yang sama, tapi…
445
00:38:58,580 --> 00:39:02,380
Ya, sudah lama juga kami kenal.
446
00:39:05,710 --> 00:39:10,010
Boleh kita tahu apa sebabnya
Tuanku memanggil kita ke sini?
447
00:39:10,090 --> 00:39:12,260
Tentang itu…
448
00:39:15,850 --> 00:39:20,480
Beta berhajat meringankan bebanan
Paduka Raja mengenai urusan negara.
449
00:39:24,900 --> 00:39:29,190
Beta ingin tahu perkara-perkara
yang digemari oleh baginda.
450
00:39:29,280 --> 00:39:31,490
Dan tentu kamu berdua paling arif.
451
00:39:34,410 --> 00:39:37,870
Beta sedia mendengar.
Beritahulah apa saja…
452
00:39:45,920 --> 00:39:49,380
Sekali-sekala, baginda gemar
menikmati hidangan manis.
453
00:39:50,470 --> 00:39:53,760
Mungkin manisan…
454
00:39:53,840 --> 00:39:54,760
Manisan?
455
00:39:55,760 --> 00:39:57,720
Contohnya, buah pic atau pisang kaki.
456
00:39:57,810 --> 00:39:58,890
Pic…
457
00:39:58,970 --> 00:40:00,430
PIC
458
00:40:01,640 --> 00:40:03,560
Baginda penggemar bunga.
459
00:40:03,650 --> 00:40:05,810
Tentu baginda lebih gemar bunga pic…
460
00:40:06,900 --> 00:40:10,570
dan berbanding buah pisang kaki,
baginda pasti lebih gemar bunganya.
461
00:40:10,650 --> 00:40:11,570
PISANG KAKI, PIC
462
00:40:12,450 --> 00:40:16,160
Baginda juga gemar
mengambil hawa bersendirian.
463
00:40:16,240 --> 00:40:18,450
Baginda lebih gemar beristirahat
464
00:40:18,540 --> 00:40:20,540
sambil menikmati bunyi loceng angin.
465
00:40:20,620 --> 00:40:23,420
Baginda gemar
menghabiskan masa bersendirian.
466
00:40:24,370 --> 00:40:25,210
ISTIRAHAT, LOCENG
467
00:40:26,130 --> 00:40:28,750
Bagaimana pula perkara
yang kurang digemari baginda?
468
00:40:30,130 --> 00:40:31,380
Tuanku?
469
00:40:36,390 --> 00:40:40,100
Baginda tak gemar perihal peribadinya
menjadi bahan bualan.
470
00:40:40,600 --> 00:40:41,770
Contohnya, sekarang.
471
00:40:43,730 --> 00:40:46,350
Benar. Baginda pasti akan murka.
472
00:40:46,440 --> 00:40:48,190
Segala yang patik maklumkan tadi…
473
00:40:48,270 --> 00:40:51,440
Kita mohon agar perihal ini dirahsiakan.
474
00:40:51,530 --> 00:40:52,990
Mohon dirahsiakan.
475
00:40:54,610 --> 00:40:57,070
Menjadi bahan bualan orang lain.
476
00:40:58,580 --> 00:40:59,620
Begitu.
477
00:41:05,370 --> 00:41:07,920
Tak syak lagi, kamu memang sahabat baik.
478
00:41:08,420 --> 00:41:09,380
Usah khuatir.
479
00:41:10,670 --> 00:41:11,670
Sebentar.
480
00:41:26,490 --> 00:41:30,240
Tuanku, bahaya. Biar patik-patik bawakan.
481
00:41:35,370 --> 00:41:37,330
Apa gumpalan besar itu?
482
00:41:43,050 --> 00:41:44,380
Kanda!
483
00:41:44,460 --> 00:41:46,420
Tuanku Permaisuri?
484
00:42:11,370 --> 00:42:13,280
Buah ini belum masak.
485
00:42:13,370 --> 00:42:16,620
Dinda, apa semua ini?
486
00:42:17,200 --> 00:42:21,040
Dinda bawakan sedikit bunga
yang digemari kanda.
487
00:42:21,130 --> 00:42:23,540
Bunga? "Sedikit"?
488
00:42:31,050 --> 00:42:32,430
Terima kasih.
489
00:42:36,180 --> 00:42:39,180
Dinda juga diberitahu bahawa
kanda gemar makanan manis.
490
00:42:41,650 --> 00:42:44,650
Nikmatilah buah-buahan ini
apabila kanda kepenatan.
491
00:42:44,730 --> 00:42:48,650
Dinda berharap agar
Tuanku sentiasa sihat sejahtera.
492
00:43:37,120 --> 00:43:38,160
Sertailah hamba.
493
00:43:39,160 --> 00:43:41,000
Tebus kemangkatan Paduka Raja
494
00:43:41,080 --> 00:43:44,580
dan kita sama-sama bina
dunia yang diimpikan ayah kamu.
495
00:44:47,020 --> 00:44:48,520
Beta suruh kamu berhenti!
496
00:44:53,400 --> 00:44:55,990
Beta yang gagal melindungi kamu.
497
00:44:57,910 --> 00:45:00,160
Apakah kemarahan
dan kesedihan yang kamu pendam?
498
00:45:00,990 --> 00:45:04,120
Sehingga ia menyeksa kamu dalam tidur.
499
00:45:43,660 --> 00:45:45,700
MALAM TAHUN BARU
500
00:45:51,790 --> 00:45:54,880
MALAM TAHUN BARU
501
00:46:05,720 --> 00:46:07,850
Nampaknya, kejujuran Tuanku semalam
502
00:46:09,980 --> 00:46:12,190
tak membuahkan hasil.
503
00:46:21,660 --> 00:46:24,740
Tuanku, Tuan Yoon mengutus perkhabaran.
504
00:46:43,430 --> 00:46:44,680
Apa kamu…
505
00:46:50,520 --> 00:46:54,060
Patik pembunuh yang menyerang Tuanku
506
00:46:54,730 --> 00:46:56,020
ketika acara berburu.
507
00:46:58,240 --> 00:47:00,570
Patik mencari peluang untuk ke istana
508
00:47:00,650 --> 00:47:02,530
demi membunuh mendiang Paduka Raja.
509
00:47:04,070 --> 00:47:06,450
Patik telah memperdayakan Tuanku
510
00:47:06,540 --> 00:47:10,330
dan sebarang hukuman yang dikenakan,
patik akan terima dengan rela hati.
511
00:47:13,210 --> 00:47:16,500
Patik bertemu dengannya
ketika menjejaki bukti berkaitan
512
00:47:16,590 --> 00:47:18,000
pembunuhan ayahanda Tuanku.
513
00:47:18,590 --> 00:47:19,920
Dia…
514
00:47:20,630 --> 00:47:22,720
menyaksikan kemangkatan baginda.
515
00:47:30,100 --> 00:47:31,640
Kamu dah meninggalkan istana,
516
00:47:32,230 --> 00:47:34,770
jadi kamu boleh pendamkan rahsia ini.
517
00:47:35,560 --> 00:47:38,110
Apa sebabnya kamu mendedahkan hal sebenar?
518
00:47:43,410 --> 00:47:44,570
Lencana ini…
519
00:47:46,120 --> 00:47:48,290
disimpan oleh baginda
dan hamba tua ayah patik.
520
00:47:49,950 --> 00:47:53,120
Patik berhasrat untuk
menunaikan impian mereka.
521
00:48:06,680 --> 00:48:07,850
"Malam tahun baru."
522
00:48:08,640 --> 00:48:12,390
Ini anak mendiang Guru Kang Hwa-gil,
Kang Eun-seo, Tuanku.
523
00:48:13,730 --> 00:48:16,270
Datuk Bendahara memfitnah
ayahnya sebagai pembelot
524
00:48:16,770 --> 00:48:18,650
dan akibatnya dia dihukum pancung.
525
00:48:23,860 --> 00:48:26,450
GANGNYEONGJEON
526
00:48:31,790 --> 00:48:33,410
Apa yang kamu saksikan?
527
00:48:34,750 --> 00:48:35,750
Siapa…
528
00:48:37,040 --> 00:48:39,250
yang membunuh ayahanda beta?
529
00:48:48,800 --> 00:48:51,390
Hamba telah membuat kesilapan besar.
530
00:48:51,470 --> 00:48:53,770
Tolong maafkan hamba.
531
00:48:54,350 --> 00:48:57,270
Sejauh manakah pengetahuan Paduka Raja?
532
00:48:59,150 --> 00:49:01,900
Adakah baginda
sedia maklum tentang senjata
533
00:49:02,530 --> 00:49:04,070
yang dibawa ke Yeoyeon?
534
00:49:05,150 --> 00:49:08,240
Perkara itu takkan terbongkar.
535
00:49:08,320 --> 00:49:11,580
Baginda cuma maklum tentang
penyelewengan bekalan beras.
536
00:49:13,250 --> 00:49:15,410
Tunggu sehingga hamba hubungi kamu.
537
00:49:15,500 --> 00:49:19,130
Sebelum itu,
hamba mahu kamu tinggalkan istana.
538
00:49:19,210 --> 00:49:20,210
Apa?
539
00:49:20,880 --> 00:49:22,880
Baiklah.
540
00:49:23,420 --> 00:49:27,010
Terima kasih banyak-banyak, Datuk.
541
00:49:38,140 --> 00:49:41,230
Dia tahu tentang hal ehwal di Yeoyeon.
542
00:49:42,520 --> 00:49:44,650
Hamba mahu kamu uruskan dia
543
00:49:44,730 --> 00:49:47,200
supaya dia takkan dedahkan
perkara ini kepada sesiapa.
544
00:49:49,530 --> 00:49:52,700
Perlukah kita buat begitu?
545
00:50:00,080 --> 00:50:02,880
Orang yang membuat satu kesalahan,
546
00:50:04,420 --> 00:50:07,050
pasti akan melakukan kesalahan lain.
547
00:50:07,840 --> 00:50:10,970
Sebab itulah kita tak boleh
548
00:50:11,800 --> 00:50:14,430
beri ruang walaupun untuk satu kesilapan.
549
00:50:32,200 --> 00:50:34,700
Panglima Jung, ada apa…
550
00:50:45,500 --> 00:50:46,840
Kembali ke sini!
551
00:50:49,510 --> 00:50:50,510
Panglima Jung.
552
00:50:51,720 --> 00:50:52,800
Panglima Jung?
553
00:51:15,120 --> 00:51:16,120
Ayah.
554
00:51:20,830 --> 00:51:21,960
Ayah baru pulang?
555
00:51:22,870 --> 00:51:25,710
Ya. Kamu masih berjaga?
556
00:51:26,460 --> 00:51:27,880
Hamba mengambil angin.
557
00:51:30,550 --> 00:51:31,550
Begitu.
558
00:51:33,800 --> 00:51:37,390
Ayah nampak pucat.
Ada sesuatu yang berlaku?
559
00:51:38,100 --> 00:51:39,390
Ayah cuma kepenatan.
560
00:52:33,150 --> 00:52:35,490
Tentu baginda keletihan.
561
00:52:40,620 --> 00:52:42,700
Hamba akan iringi baginda.
562
00:52:43,370 --> 00:52:47,080
Biar baginda beristirahat sebentar.
Kamu boleh beredar.
563
00:52:47,960 --> 00:52:49,710
- Baiklah.
-Baiklah.
564
00:53:16,740 --> 00:53:19,740
Mungkin hamba patut ambilkan gebar.
565
00:54:48,040 --> 00:54:49,120
Kanda.
566
00:54:53,460 --> 00:54:55,460
Kanda di mana?
567
00:55:32,670 --> 00:55:33,750
Kanda…
568
00:55:36,250 --> 00:55:38,170
sememangnya segak.
569
00:56:55,910 --> 00:56:56,910
Kanda?
570
00:57:03,410 --> 00:57:05,080
Maafkan dinda.
571
00:57:05,160 --> 00:57:07,580
Dinda menyangka
ada sesuatu pada wajah Tuanku.
572
00:57:08,830 --> 00:57:10,250
Kamu tak apa-apa?
573
00:57:10,340 --> 00:57:11,630
Dinda baik saja.
574
00:57:22,760 --> 00:57:27,560
Mari. Mari singgah minum di kamar beta.
575
00:57:28,770 --> 00:57:30,230
Baiklah.
576
00:57:30,310 --> 00:57:33,570
Kebetulan dinda bawa bersama teh wangi.
577
00:57:33,650 --> 00:57:35,570
Kita boleh nikmati teh itu bersama.
578
00:58:09,190 --> 00:58:11,060
Kenapa tercegat di belakang pohon ini?
579
00:58:12,900 --> 00:58:14,360
Kamu buat apa?
580
00:58:15,690 --> 00:58:16,780
Jawablah.
581
00:59:10,620 --> 00:59:13,500
Ada apa Paduka Permaisuri bertemu Tuanku?
582
00:59:14,330 --> 00:59:17,550
Dia cuma ingin bertanyakan khabar.
583
00:59:18,960 --> 00:59:21,300
Begitu.
584
00:59:25,890 --> 00:59:27,640
Tuanku nampak lesu.
585
00:59:28,390 --> 00:59:30,100
Sehingga terlelap di tempat terbuka.
586
00:59:31,180 --> 00:59:32,390
Apa?
587
00:59:33,350 --> 00:59:37,320
Maksud patik, Tuanku bersendirian
tanpa ditemani walau seorang pengawal.
588
00:59:37,400 --> 00:59:40,400
Istana ini tempat
yang penuh dengan bahaya!
589
00:59:44,950 --> 00:59:45,910
Ampun Tuanku.
590
00:59:50,620 --> 00:59:51,580
Adakah…
591
00:59:52,750 --> 00:59:55,080
kamu sebenarnya cemburu?
592
00:59:56,830 --> 00:59:57,960
Cemburu?
593
00:59:58,040 --> 01:00:01,800
Melihat Tuanku bersendirian
membuatkan patik bimbang…
594
01:00:04,550 --> 01:00:05,720
Patik cuma bimbang.
595
01:00:07,640 --> 01:00:09,560
Kamu cemburu, bukan?
596
01:00:09,640 --> 01:00:11,020
Patik seorang katib.
597
01:00:11,100 --> 01:00:14,730
Setiap pertuturan Tuanku akan dicatatkan.
Mohon Tuanku lebih berhati-hati.
598
01:00:54,100 --> 01:00:58,650
Tuanku, Datuk Bentara
memohon untuk menghadap.
599
01:00:59,270 --> 01:01:01,230
Masuk.
600
01:01:21,670 --> 01:01:24,800
Kenapa baginda minta hamba ke sini?
601
01:01:36,060 --> 01:01:37,100
Tuanku.
602
01:01:46,740 --> 01:01:47,740
Tuanku…
603
01:01:49,200 --> 01:01:50,280
Kenapa…
604
01:02:00,830 --> 01:02:04,750
Patik harap Tuanku hentikan gurauan ini.
605
01:02:06,050 --> 01:02:07,130
Gurauan?
606
01:02:09,130 --> 01:02:10,090
Ini bukan gurauan.
607
01:02:11,050 --> 01:02:12,300
Tuanku?
608
01:02:12,390 --> 01:02:14,010
Kamu pernah beritahu beta.
609
01:02:14,810 --> 01:02:16,680
Kamu sedia menanggung segalanya.
610
01:02:20,390 --> 01:02:22,020
Beta akan lakukan yang sama.
611
01:02:24,360 --> 01:02:28,030
Beta bersedia untuk
menanggung perasaan beta ini.
612
01:03:34,000 --> 01:03:53,000
Sub by NETFLIX
Ripped & Resynced Hennessey
613
01:03:53,780 --> 01:03:57,990
Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali