1
00:01:02,440 --> 00:01:04.360
VORTEKS
2
00:02:03,760 --> 00:02:07.840
{an8}-Jangan menipu!
-Jangan menipu!
3
00:02:07,920 --> 00:02:09.160
{an8}KILANG SIMEN VADDE, SAMBALOOR
4
00:02:09,280 --> 00:02:12.160
{an8}-Jangan menipu pekerja!
-Jangan menipu pekerja!
5
00:02:12,240 --> 00:02:15.960
-Jangan menipu!
-Jangan menipu!
6
00:02:16,040 --> 00:02:19.800
-Jangan menipu pekerja!
-Jangan menipu pekerja!
7
00:02:19,880 --> 00:02:23.560
-Kami bukan hamba!
-Kami bukan hamba!
8
00:02:23,600 --> 00:02:27.120
-Kami pekerja!
-Kami pekerja!
9
00:02:27,160 --> 00:02:30.360
-Jangan menipu!
-Jangan menipu!
10
00:02:30,440 --> 00:02:32.560
Tamatkan panggilan. Abang?
11
00:02:32,600 --> 00:02:34.160
Mahu beg simen?
12
00:02:34,280 --> 00:02:37.800
-Inspektor Regina dalam perjalanan!
-Tapi tak bayar gaji!
13
00:02:37,880 --> 00:02:41.800
-Jangan menipu!
-Jangan menipu!
14
00:02:41,880 --> 00:02:45.640
-Jangan menipu pekerja!
-Jangan menipu pekerja!
15
00:02:45,720 --> 00:02:51.680
-Jangan menipu!
-Jangan menipu!
16
00:02:53,320 --> 00:02:57.320
-Kami bukan hamba!
-Kami bukan hamba!
17
00:02:57,400 --> 00:03:01.040
-Kami pekerja!
-Kami pekerja!
18
00:03:01,560 --> 00:03:04.200
-Pecat dia!
-Pecat dia!
19
00:03:04,280 --> 00:03:07.640
-Pecat CEO Trilok!
-Pecat CEO Trilok!
20
00:03:07,720 --> 00:03:10.920
-Pecat dia!
-Pecat dia!
21
00:03:11,000 --> 00:03:13.680
-Pecat CEO Trilok!
-Pecat CEO Trilok!
22
00:03:13,760 --> 00:03:16.400
-Pecat dia!
-Pecat dia!
23
00:03:16,480 --> 00:03:19.680
-Pecat CEO Trilok!
-Pecat CEO Trilok!
24
00:03:19,760 --> 00:03:22.440
-Pecat dia!
-Berhenti!
25
00:03:22,520 --> 00:03:25.760
-Sudahlah!
-Pecat CEO Trilok!
26
00:03:25,840 --> 00:03:29.240
-Pecat CEO Trilok!
-Pecat CEO Trilok!
27
00:03:31,000 --> 00:03:34.000
Senang saja untuk langgar kamu
dengan kereta api.
28
00:03:34,640 --> 00:03:36.080
Ini tawaran terakhir kami!
29
00:03:36,880 --> 00:03:38.520
Jika setuju, terus bekerja!
30
00:03:38,600 --> 00:03:40.680
Jika tak, saya akan upah pekerja lain!
31
00:03:41,960 --> 00:03:45.080
Hei! Berani kamu cakap begitu?
32
00:03:45,480 --> 00:03:47.120
Cubalah upah orang lain!
33
00:03:47,200 --> 00:03:48.800
Kilang ini akan dijilat api!
34
00:03:48,880 --> 00:03:51.320
Pecat dia! Pecat dia!
35
00:03:52,200 --> 00:03:54.280
Pecat CEO Trilok!
36
00:03:54,360 --> 00:03:58.280
Pecat dia! Pecat dia!
37
00:03:58,360 --> 00:04:01.880
Pecat CEO Trilok!
38
00:04:01,960 --> 00:04:05.480
Pecat dia! Pecat dia! Pecat CEO Trilok!
39
00:04:05,560 --> 00:04:09.000
Pecat CEO Trilok!
40
00:04:09,080 --> 00:04:10.840
Mereka lempar batu, tuan!
41
00:04:12,520 --> 00:04:14.440
Serang!
42
00:04:28,240 --> 00:04:30.480
Kenapa kamu pukul saya? Anjing!
43
00:04:30,560 --> 00:04:32.120
Kenapa kamu pukul saya?
44
00:04:32,200 --> 00:04:34.240
Hei! Saya takkan lepaskan kamu!
45
00:04:34,360 --> 00:04:38.880
Hentikan keganasan polis!
46
00:04:38,920 --> 00:04:40.320
Dayalan!
47
00:04:40,360 --> 00:04:42.240
Hentikan keganasan polis!
48
00:04:42,800 --> 00:04:44.160
Shanmugam!
49
00:04:47,480 --> 00:04:48.800
Hei, berundur!
50
00:04:52,080 --> 00:04:53.000
Ke tepi.
51
00:04:54,360 --> 00:04:56.240
Kamu tahu dia siapa?
52
00:05:18,080 --> 00:05:19.920
Pak cik, bangun!
53
00:05:20,760 --> 00:05:23.480
-Pulanglah. Dengarlah cakap!
-Sakkarai, ini salah.
54
00:05:27,480 --> 00:05:28.520
Mari pergi.
55
00:06:15,360 --> 00:06:18.720
Mereka nak kita terus bekerja
di kilang tanpa menaikkan gaji!
56
00:06:18,800 --> 00:06:20.880
Bila penindasan ini akan berakhir?
57
00:06:20,960 --> 00:06:22.680
Lepaskannya, kawan!
58
00:06:22,760 --> 00:06:25.880
Apabila suatu berakhir,
suatu yang lebih besar akan mula!
59
00:06:26,680 --> 00:06:29.560
Adakah bantahan dan revolusi
akan berakhir?
60
00:06:29,640 --> 00:06:31.160
Tak payah bayar.
61
00:06:31,240 --> 00:06:33.160
Apa berlaku, abang ipar?
62
00:06:33,240 --> 00:06:34.640
Tiada apa-apa yang baharu!
63
00:06:34,720 --> 00:06:37.040
Nila sudah balik?
64
00:06:37,120 --> 00:06:39.360
Dia dah minum susu dan sedang belajar.
65
00:06:39,440 --> 00:06:41.480
Nak minum teh herba panas?
66
00:06:41,560 --> 00:06:42.720
Tak, terima kasih.
67
00:06:43,800 --> 00:06:46.000
-Nak pergi ke kuil malam ini?
-Ya.
68
00:06:46,080 --> 00:06:46.920
Ada perarakan.
69
00:06:47,000 --> 00:06:49.200
Bendera kuil akan dinaikkan. Kenapa?
70
00:06:49,280 --> 00:06:50.600
Nak jumpa peguam?
71
00:06:51,240 --> 00:06:53.720
Tak. Kamu jalan dulu.
72
00:06:53,800 --> 00:06:55.120
Telefon jika perlu.
73
00:06:56,000 --> 00:06:57.920
Selvi. Ambilkan teh.
74
00:07:00,680 --> 00:07:01.720
Nila!
75
00:07:15,520 --> 00:07:16.360
Nila?
76
00:07:47,280 --> 00:07:48.480
PENCAPAIAN AKADEMIK
77
00:08:02,840 --> 00:08:04.760
Asyik dengar muzik dan menari!
78
00:08:04,840 --> 00:08:06.680
Pembesar suara yang tak guna ini!
79
00:08:07,480 --> 00:08:11.400
Kenapa kamu menari selepas gagal
dua subjek dalam peperiksaan?
80
00:08:12,760 --> 00:08:14.080
-Ayah?
-Diam!
81
00:08:14,760 --> 00:08:17.800
Bahasa Tamil pun gagal,
tapi kamu masih menari.
82
00:08:17,880 --> 00:08:19.400
Kamu di gred sepuluh.
83
00:08:19,480 --> 00:08:22.400
Jika begitu, kamu akan
gagal peperiksaan kerajaan!
84
00:08:22,480 --> 00:08:24.200
Maafkan saya, ayah.
85
00:08:24,920 --> 00:08:26.520
Maafkan saya!
86
00:08:30,320 --> 00:08:31.840
Ayah cedera!
87
00:08:31,920 --> 00:08:34.200
Jangan tukar topik!
88
00:08:34,280 --> 00:08:36.680
Apa yang kamu buat selain belajar?
89
00:08:38,040 --> 00:08:41.280
Ada kelas tambahan! Buang duit saja.
90
00:08:42,040 --> 00:08:44.880
Sebelum ini, keputusan kamu bagus.
Apa yang berlaku?
91
00:08:45,760 --> 00:08:48.040
Selalu main telefon dan radio.
92
00:08:48,120 --> 00:08:51.320
-Ayah bersalah kerana belinya.
-Maafkan saya, ayah.
93
00:08:51,400 --> 00:08:56.400
Selagi keputusan kamu buruk,
kamu tak boleh ada hiburan.
94
00:08:57,280 --> 00:08:58.440
Maafkan saya, ayah.
95
00:09:00,360 --> 00:09:01.360
Maafkan saya.
96
00:09:03,040 --> 00:09:04.760
-Ayah tak nak tengok kamu.
-Maaf.
97
00:09:06,600 --> 00:09:08.040
Maafkan saya, ayah.
98
00:09:25,480 --> 00:09:28.520
Ratnam, mulai esok, kamu dan Arunagiri
99
00:09:28,640 --> 00:09:33.280
perhatikan pesta Mayana Kollai
dengan teliti untuk sembilan hari.
100
00:09:33,360 --> 00:09:37.120
Semua perosak masyarakat
akan cari peluang untuk balas dendam
101
00:09:37,200 --> 00:09:40.280
pada waktu pesta itu berlangsung.
102
00:09:40,360 --> 00:09:43.640
Mak, Sakkarai telefon.
Keluarga pengantin perempuan...
103
00:09:43,720 --> 00:09:45.640
Mereka datang pada jam 5.30 petang.
104
00:09:45,760 --> 00:09:47.960
Kita akan beli buah dan bunga.
105
00:09:57,400 --> 00:10:00.280
-Pasang penghalang jalan.
-Baik, puan.
106
00:10:06,440 --> 00:10:08.720
Belilah, puan. Harganya 60 saja.
107
00:10:08,760 --> 00:10:10.160
Enam puluh?
108
00:10:10,240 --> 00:10:13.040
Ya, puan. Waktu pesta.
Tiada tawar-menawar.
109
00:10:13,120 --> 00:10:14.480
Ini cekik darah.
110
00:10:14,520 --> 00:10:16.520
Beli di sini, puan. Harganya 50 saja.
111
00:10:16,640 --> 00:10:18.640
Kenapa berpura-pura nak beli?
112
00:10:18,760 --> 00:10:21.640
-Bazir masa saya.
-Kamu tahu dia siapa?
113
00:10:21,760 --> 00:10:24.360
-Siapa?
-Kamu bukan dari sini?
114
00:10:24,440 --> 00:10:25.400
-Ya.
-Tunggulah.
115
00:10:25,480 --> 00:10:27.040
-Adhisayam.
-Nahas kamu!
116
00:10:27,120 --> 00:10:27.960
Hei!
117
00:10:28,960 --> 00:10:30.080
Biarkan saja.
118
00:10:31,120 --> 00:10:32.400
Mak kata biarkan saja!
119
00:10:32,480 --> 00:10:34.880
Kenapa tiba-tiba marah?
120
00:10:34,960 --> 00:10:36.880
Saya belajar daripada mak.
121
00:10:38,040 --> 00:10:40.760
-Saya jalan dulu.
-Okey.
122
00:10:43,120 --> 00:10:45.400
Sudah 3.45 petang. Bila mak datang?
123
00:10:45,480 --> 00:10:48.080
Mak sampai jam lima petang. Hati-hati.
124
00:10:48,160 --> 00:10:49.040
Cepat-cepat mak!
125
00:10:53,640 --> 00:10:54.880
Jaga diri!
126
00:11:06,040 --> 00:11:09.760
Jangan risau tentang pampasan.
Saya akan uruskannya. Okey?
127
00:11:10,440 --> 00:11:12.760
Jumpa nanti.
128
00:11:17,520 --> 00:11:19.400
Lambat lagi, Regina sayang?
129
00:11:19,480 --> 00:11:22.440
Saya perlu hantar Adhisayam.
Tak nak dia ikut kita.
130
00:11:24,920 --> 00:11:27.920
Kita belikan motosikal
selepas dia mula kolej.
131
00:11:28,920 --> 00:11:31.240
Kita dah bincang hal ini.
132
00:11:32,880 --> 00:11:37.720
Kita manjakannya.
Dia selalu suka bergaduh.
133
00:11:40,000 --> 00:11:42.120
Pemuda perlu tetap peka!
134
00:11:42,200 --> 00:11:45.120
Kamu nak dia jadi nerda seperti kamu?
135
00:11:46,440 --> 00:11:50.640
Bukankah polis wanita ini
memikat seorang nerda?
136
00:11:53,600 --> 00:11:55.280
Hei, Muthu!
137
00:11:55,360 --> 00:11:59.440
Jika balai dapat tahu tentang hal ini,
saya akan siat kulit kamu!
138
00:12:14,640 --> 00:12:17.040
En. Trilok ada beri kamu bayaran deposit?
139
00:12:17,120 --> 00:12:19.120
Ya. Dia minta motosikal apa?
140
00:12:19,720 --> 00:12:21.560
Kenapa? Ia model yang khusus.
141
00:12:22,360 --> 00:12:26.680
Saya tak mahu tersalah beli
dan dia kecewa pada hari jadinya.
142
00:12:27,280 --> 00:12:29.960
Tapi ada yang tak kena dengan perkara ini.
143
00:12:30,480 --> 00:12:32.120
Bukan tentang rasuah.
144
00:12:32,200 --> 00:12:34.960
Rasanya kami menentang para pekerja.
145
00:12:35,760 --> 00:12:38.240
Mujurlah saya di pihak yang terima rasuah.
146
00:12:38,320 --> 00:12:41.000
Tapi kamu di pihak
yang perlu bayar rasuah.
147
00:12:41,080 --> 00:12:46.360
Biarpun kami dapat kerja pejabat,
kami masih buat kerja buruh.
148
00:12:49,800 --> 00:12:53.560
Seluar, sari kain kapas
dan blaus dijual di sini!
149
00:12:53,640 --> 00:12:57.120
Cepat layan pelanggan.
Dah banyak kali saya pesan.
150
00:12:57,200 --> 00:13:00.560
Tengok apa, adik?
Kuning sesuai untuk semua acara.
151
00:13:00,640 --> 00:13:02.840
Putih nampak biasa, merah jambu menawan.
152
00:13:02,920 --> 00:13:05.200
-Bising betul!
-Teruskan.
153
00:13:05,720 --> 00:13:06.560
Hei!
154
00:13:07,760 --> 00:13:10.120
-Bila kakak sampai?
-Baru saja.
155
00:13:10,200 --> 00:13:14.040
Saya nak pergi sana,
tapi saya ke sini sebaik saya nampak kamu.
156
00:13:14,120 --> 00:13:16.480
-Apa khabar?
-Baik. Kakak pula?
157
00:13:16,560 --> 00:13:17.640
Baik.
158
00:13:17,720 --> 00:13:21.320
Kakak datang tepat masanya. Ini cantik?
159
00:13:21,400 --> 00:13:23.560
Kamu pakai apa pun cantik, sayang.
160
00:13:24,600 --> 00:13:25.880
Okey. Kakak nak beli?
161
00:13:25,960 --> 00:13:27.840
Pilih yang kuning, adik.
162
00:13:27,920 --> 00:13:29.040
Baju saya dijahit.
163
00:13:29,120 --> 00:13:31.120
Mana dapat beli pakaian yang muat?
164
00:13:31,200 --> 00:13:33.200
Dijahit! Untuk saiz badan dia?
165
00:13:33,280 --> 00:13:36.400
-Siapa suruh mereka datang ke sini?
-Tunggu dan lihatlah.
166
00:13:36,480 --> 00:13:38.680
Apabila saya jadi pereka, saya buka butik
167
00:13:38,760 --> 00:13:41.640
-dan jahitkan banyak baju untuk kakak.
-Bagusnya!
168
00:13:44,120 --> 00:13:45.560
Bangga dengan awak.
169
00:14:06,320 --> 00:14:07.920
Bunga mekar di seluruh bandar
170
00:14:08,000 --> 00:14:10.200
Pak cik datang membawa hadiah
171
00:14:10,280 --> 00:14:12.160
Untuk jayakan jodoh ini...
172
00:14:12,240 --> 00:14:13.760
Tengok siapa yang datang.
173
00:14:13,840 --> 00:14:15.720
-Salam sejahtera!
-Puan polis!
174
00:14:15,800 --> 00:14:18.840
Kenapa bertunang
di tempat pengantin lelaki?
175
00:14:18,920 --> 00:14:23.080
Betul, nenek.
Biasanya di tempat pengantin perempuan.
176
00:14:23,160 --> 00:14:26.600
Tapi Sakkarai mahu ibunya untuk hadir.
177
00:14:26,680 --> 00:14:29.520
Tak mudah nak cari
anak lelaki seperti dia.
178
00:14:29,600 --> 00:14:31.280
Bertenang, mulut besar!
179
00:14:31,360 --> 00:14:34.000
Mak saya puji kamu habis-habisan.
180
00:14:34,880 --> 00:14:37.600
Bermulut manis
Dan cari haluan ke dalam hatinya
181
00:14:37,680 --> 00:14:39.760
Peluknya erat-erat
Jangan lepaskannya...
182
00:14:39,840 --> 00:14:40.960
Mak!
183
00:14:41,680 --> 00:14:44.160
Mari jumpa Lakshmi. Dia jururawat.
184
00:14:44,960 --> 00:14:47.200
Dia isteri yang Pn. Regina
cari untuk saya.
185
00:14:47,880 --> 00:14:49.280
Dia memang sangat bagus.
186
00:14:56,200 --> 00:14:57.680
Saya akan jaga mak saya.
187
00:14:57,760 --> 00:14:59.720
Dia takkan ganggu kamu.
188
00:14:59,800 --> 00:15:02.560
Apabila saya kerja, pelayan akan jaga dia.
189
00:15:03,280 --> 00:15:04.560
Saya boleh jaga dia juga!
190
00:15:07,640 --> 00:15:09.280
Hei, kawan!
191
00:15:10,040 --> 00:15:13.800
Sakkarai, peluk Lakshmi erat-erat
Jangan lepaskannya
192
00:15:14,360 --> 00:15:15.200
Jangan.
193
00:15:15,280 --> 00:15:17.880
Bermulut manis
Dan cari haluan ke dalam hatinya
194
00:15:17,960 --> 00:15:22.000
Sakkarai, peluk Lakshmi erat-erat
Jangan lepaskannya
195
00:15:22,080 --> 00:15:25.880
Bermulut manis
Dan cari haluan ke dalam hatinya
196
00:15:29,280 --> 00:15:32.400
Perkahwinan anak lelaki
En. A. Pachamuthu dan Govindammal,
197
00:15:32,480 --> 00:15:34.760
iaitu Chakravarthy atau Sakkarai,
198
00:15:36,120 --> 00:15:42.120
dengan Parameshwari atau Lakshmi,
anak En. Perumal dan Periya Gauri Ammal
199
00:15:43,760 --> 00:15:48.000
ditetapkan pada 1 Mac.
200
00:16:12,160 --> 00:16:15.320
-Waktu itu tahun 1990.
-Betul, puan.
201
00:16:15,400 --> 00:16:17.840
Ya. Betul. Memang tahun 1990.
202
00:16:20,520 --> 00:16:23.800
-Filem Vyjayanthi IPS dikeluarkan.
-Dibintangi Vijayashanti.
203
00:16:23,880 --> 00:16:26.360
-Pernah tonton?
-Ya. Filem yang bagus.
204
00:16:27,360 --> 00:16:28.920
Bulu roma saya meremang.
205
00:16:29,960 --> 00:16:32.680
Pada waktu itulah
saya bercita-cita nak jadi polis.
206
00:16:33,280 --> 00:16:39.280
Saya juga nak jadi polis selepas tonton
Kadamai Kanniyam Kattupaadu.
207
00:16:39,360 --> 00:16:41.960
Tiang keadilan pada zaman lampau!
208
00:16:42,040 --> 00:16:45.320
Tapi sekarang, kita lembik
seperti biskut yang dicelup teh.
209
00:16:45,400 --> 00:16:47.400
Kenapa? Apa masalahnya?
210
00:16:49,160 --> 00:16:51.640
Sekarang kita bekerja
untuk dapat arak percuma.
211
00:16:53,600 --> 00:16:54.840
Ini lumrah hidup.
212
00:16:54,920 --> 00:16:57.480
Kita datang dengan impian megah.
213
00:16:57,560 --> 00:17:01.440
Tapi realiti hidup
mengubah pendirian kita.
214
00:17:02,320 --> 00:17:03.720
Ahli politik pun begitu.
215
00:17:04,840 --> 00:17:07.400
Dia tersekat pada zaman lampau.
216
00:17:07,480 --> 00:17:10.480
Kebanyakan rekrut
hanya pentingkan keuntungan.
217
00:17:10,960 --> 00:17:13.440
Kamu pula, En. Sakkarai?
218
00:17:13,520 --> 00:17:17.640
Saya tak terpukau dengan filem
dan ingin jadi polis seperti kamu.
219
00:17:17,720 --> 00:17:22.320
Seseorang perlu kaya atau berkuasa
supaya masyarakat menghormatinya.
220
00:17:22,440 --> 00:17:23.880
Betul cakap kamu.
221
00:17:23,960 --> 00:17:27.800
Saya dah kata
orang muda sekarang memang pandai.
222
00:17:27,880 --> 00:17:29.760
-Sundaram!
-Tuan?
223
00:17:31,040 --> 00:17:32.080
Terima kasih, tuan.
224
00:17:32,200 --> 00:17:35.920
Oleh sebab saya pandai,
barulah saya dapat kawal Vadde Trilok.
225
00:17:37,320 --> 00:17:38.560
Ambillah.
226
00:17:38,680 --> 00:17:40.680
Subinspektor, saya turun ke bawah.
227
00:17:40,760 --> 00:17:42.640
Untuk apa? Merokok?
228
00:17:42,720 --> 00:17:44.320
Merokoklah di atas sini.
229
00:17:44,400 --> 00:17:46.800
Biarpun kamu turun, asapnya masih naik.
230
00:17:46,880 --> 00:17:47.960
-Hei.
-Ya.
231
00:17:48,040 --> 00:17:49.520
Ini tak dicairkan?
232
00:17:51,440 --> 00:17:52.320
Minumlah, puan.
233
00:17:54,200 --> 00:17:55.320
Baik...
234
00:18:02,560 --> 00:18:04.320
Tunggu. Saya akan telefon.
235
00:18:04,800 --> 00:18:07.760
Apa? Inspektor mabuk?
236
00:18:08,400 --> 00:18:09.240
Hei.
237
00:18:09,920 --> 00:18:13.440
Inspektor sibuk dengan banyak perkara.
238
00:18:13,520 --> 00:18:15.320
Jadi dia letih.
239
00:18:15,400 --> 00:18:18.880
Itu sebabnya nama kamu Sakkarai (gula)?
240
00:18:18,960 --> 00:18:20.560
Kerana mulut kamu manis?
241
00:18:20,680 --> 00:18:22.520
-Hei!
-Mak?
242
00:18:22,560 --> 00:18:24.160
-Mari.
-Hei.
243
00:18:25,200 --> 00:18:26.760
-Lepas.
-Alamak.
244
00:18:27,560 --> 00:18:28.440
Mari.
245
00:18:32,080 --> 00:18:33.920
Sangat mabuk?
246
00:18:34,000 --> 00:18:36.000
Bukan mabuk. Cuma letih.
247
00:18:36,080 --> 00:18:38.480
Kamu nak pergi Munnar dengan kawan-kawan?
248
00:18:38,560 --> 00:18:40.440
Ya. Kami jalan setengah jam lagi.
249
00:18:40,520 --> 00:18:41.880
Untuk merayakan hari jadi.
250
00:18:41,960 --> 00:18:43.080
-Mari, mak!
-Lepaskan!
251
00:18:43,160 --> 00:18:44.200
-Mari, mak.
-Hei.
252
00:18:44,280 --> 00:18:49.440
Pergi Munnar, tempah bilik,
berparti dan tidur di situ. Itu saja!
253
00:18:49,520 --> 00:18:51.880
Jangan digigit khinzir liar
ketika pengsan.
254
00:18:51,960 --> 00:18:54.080
Siapa? Kami?
255
00:18:54,680 --> 00:18:55.520
Tengok.
256
00:18:57,640 --> 00:19:00.800
Mak tahu mak tak pandai
minum arak luar negara.
257
00:19:00,920 --> 00:19:02.200
Jadi, kenapa minum?
258
00:19:02,280 --> 00:19:06.200
Minum saja arak tempatan.
Saya akan balik dalam masa tiga hari.
259
00:19:06,280 --> 00:19:07.400
Apa?
260
00:19:08,240 --> 00:19:10.000
Dia tak dapat dengar saya.
261
00:19:10,080 --> 00:19:12.200
Dia akan lebih baik pagi nanti.
262
00:19:12,280 --> 00:19:13.400
Mari, mak.
263
00:19:13,480 --> 00:19:15.680
-Lepaskan!
-Bertenang mak, mari.
264
00:19:15,760 --> 00:19:18.200
Kenapa jemput saya untuk masuk rumah saya?
265
00:19:18,280 --> 00:19:20.000
Ini rumah mak. Mari!
266
00:19:22,040 --> 00:19:23.320
HARI 0: MAYANA KOLLAI
BENDERA DINAIKKAN
267
00:19:23,440 --> 00:19:26.320
Hari ini, bendera dinaikkan
dan pesta bermula esok.
268
00:19:26,400 --> 00:19:30.160
Pesta Mayana Kollai
untuk dewi Sambaloor, Angala Parameswari.
269
00:19:34,000 --> 00:19:35.240
Sudah tidur?
270
00:19:35,720 --> 00:19:36.800
Belum lagi.
271
00:19:45,560 --> 00:19:46.480
Helo?
272
00:19:47,720 --> 00:19:48.560
Helo?
273
00:19:55,320 --> 00:19:56.960
Helo! Apa masalahnya?
274
00:19:57,040 --> 00:19:58.400
Hei, maaf.
275
00:19:59,080 --> 00:20:02.240
Sami dan Eswaran membawa tengkorak.
276
00:20:03,280 --> 00:20:04.880
Siapa? Sami?
277
00:20:05,560 --> 00:20:06.520
Kenapa dia...
278
00:20:06,560 --> 00:20:09.640
Tak apa. Boleh kita berjumpa esok?
279
00:20:14,320 --> 00:20:15.800
Saya bertugas esok.
280
00:20:15,920 --> 00:20:18.960
Hei, sayang yang bermata besar,
kamu tipu seorang polis?
281
00:20:22,080 --> 00:20:24.800
Tak dapat dengar. Saya telefon kemudian.
282
00:20:26,960 --> 00:20:29.560
Saya akan pulang dan telefon kamu.
283
00:20:40,440 --> 00:20:43.960
Mereka menaikkan bendera kuil
dan kamu bakar barang?
284
00:20:44,040 --> 00:20:45.800
Dah siap. Kami pulang sekarang.
285
00:20:46,800 --> 00:20:48.920
-Mari jalan,
-Muthu.
286
00:20:49,560 --> 00:20:52.800
Kamu minum teh seorang diri,
tak hiraukan yang lain.
287
00:20:52,920 --> 00:20:53.800
Hei!
288
00:20:57,440 --> 00:20:59.080
Tuan, tuan?
289
00:20:59,160 --> 00:21:00.320
Telefon berdering.
290
00:21:00,400 --> 00:21:03.640
Perlukah seorang pencuri beritahu saya?
291
00:21:03,720 --> 00:21:05.760
Saya sendiri tak boleh dengar?
292
00:21:05,800 --> 00:21:07.480
Jawablah jika boleh dengar.
293
00:21:13,720 --> 00:21:16.560
Helo?
294
00:21:21,080 --> 00:21:22.680
Hei, cepat-cepat jawab.
295
00:21:24,520 --> 00:21:27.040
Helo?
296
00:21:40,880 --> 00:21:42.320
-Helo.
-Helo?
297
00:21:50,400 --> 00:21:51.720
Ada apa?
298
00:21:53,200 --> 00:21:54.200
Apa kamu cakap?
299
00:21:59,720 --> 00:22:00.920
Trilok!
300
00:22:02,040 --> 00:22:03.160
Trilok?
301
00:22:07,520 --> 00:22:08.560
Ganpath!
302
00:23:23,840 --> 00:23:25.480
Ke tepi. Undur.
303
00:23:25,560 --> 00:23:27.080
Sembur ke sebelah kiri.
304
00:23:27,160 --> 00:23:28.360
Tinggi lagi.
305
00:23:29,200 --> 00:23:31.080
Sembur ke sebelah kiri. Betul!
306
00:23:44,840 --> 00:23:46.720
Sudah maklumkan En. Trilok?
307
00:23:59,440 --> 00:24:01.400
Cepat panggil ambulans.
308
00:24:01,480 --> 00:24:03.800
Kenapa begitu lama? Mundur!
309
00:24:18,480 --> 00:24:19.920
Abang!
310
00:24:20,000 --> 00:24:22.840
Pak Muthusamy pergi kencing.
311
00:24:22,920 --> 00:24:25.840
-Saya tak tahu dia di mana.
-Hei!
312
00:24:28,080 --> 00:24:29.760
Berhenti, encik.
313
00:24:29,840 --> 00:24:31.960
-Ke tepi.
-Siapa benarkan dia masuk?
314
00:25:24,400 --> 00:25:25.520
Tangki!
315
00:26:07,440 --> 00:26:08.640
Ayah!
316
00:26:10,680 --> 00:26:12.120
Ayah okey?
317
00:26:16,200 --> 00:26:18.880
Ayah mengagungkan Shanmugam, bukan?
318
00:26:20,400 --> 00:26:22.400
Seperti yang dia kata, dia bakarnya.
319
00:26:23,200 --> 00:26:24.360
Dia tunaikan janjinya.
320
00:26:29,720 --> 00:26:30.560
Ayah.
321
00:26:31,640 --> 00:26:32.840
Ayah!
322
00:27:13,880 --> 00:27:15.400
Litar pintas?
323
00:27:16,360 --> 00:27:18.040
Puncanya bukan litar pintas.
324
00:27:18,880 --> 00:27:21.960
Api dipadamkan dengan air.
Ini bukan kemalangan.
325
00:27:22,680 --> 00:27:23.600
Ini arson.
326
00:27:26,480 --> 00:27:28.120
Sambaloor ialah bandar kecil.
327
00:27:28,200 --> 00:27:29.680
Tapi kilangnya begitu besar.
328
00:27:30,320 --> 00:27:31.920
Siapa yang bakarnya?
329
00:28:14,080 --> 00:28:15.640
AYAH, MAAFKAN SAYA
330
00:29:18,000 --> 00:29:19.240
Nila?
331
00:29:22,000 --> 00:29:23.160
Nila?
332
00:29:24,560 --> 00:29:25.720
Nila.
333
00:29:29,480 --> 00:29:30.600
Nila dah bersiap?
334
00:29:31,280 --> 00:29:32.760
Dia akan terlambat.
335
00:29:32,840 --> 00:29:34.120
Tanyalah dia.
336
00:29:36,040 --> 00:29:36.960
Nila.
337
00:29:37,040 --> 00:29:40.440
-Dia marah kerana saya marah dia.
-Sejarah berulang.
338
00:29:40,520 --> 00:29:43.200
Dia seperti ibunya. Sangat sensitif!
339
00:29:43,720 --> 00:29:46.720
Buka pintu, sayang. Dah lewat.
340
00:29:48,000 --> 00:29:48.880
Nila.
341
00:29:48,960 --> 00:29:50.160
Nila!
342
00:29:50,960 --> 00:29:52.080
Sayang?
343
00:29:59,480 --> 00:30:01.080
Di mana Nila, abang?
344
00:30:01,160 --> 00:30:02.720
Tiada di dalam bilik?
345
00:30:02,800 --> 00:30:05.840
Tak. Nampaknya dia tak tidur
di katil semalam.
346
00:30:05,920 --> 00:30:09.000
Semuanya kemas. Tak macam biliknya.
347
00:30:09,080 --> 00:30:11.120
Dia tiada sejak semalam?
348
00:30:14,640 --> 00:30:16.560
Saya dah cari seluruh rumah.
349
00:30:16,640 --> 00:30:19.880
Saya pulang 4.30 pagi
selepas lawat Muthusamy di hospital.
350
00:30:19,960 --> 00:30:22.480
Saya tak nak kejutkannya.
Saya pergi tidur.
351
00:30:22,560 --> 00:30:24.440
Abang tak periksa jika dia ada?
352
00:30:25,560 --> 00:30:27.680
Jadi Nila hilang sejak semalam?
353
00:30:27,760 --> 00:30:29.000
Jangan kata dia hilang.
354
00:30:29,080 --> 00:30:32.240
Dia mungkin pergi tempat lain
untuk tenangkan hati.
355
00:30:32,320 --> 00:30:33.560
Pergi mana?
356
00:30:42,120 --> 00:30:44.560
Skuternya masih ada, abang!
357
00:30:44,640 --> 00:30:47.480
Dia takkan tinggalkan skuternya.
358
00:30:47,560 --> 00:30:49.040
Apa maksud kamu?
359
00:30:55,720 --> 00:30:59.880
Nombor yang anda dail
dimatikan atau tidak dapat dihubungi.
360
00:30:59,960 --> 00:31:03.360
Mungkin dia marahkan abang
dan lari ke rumah ibunya?
361
00:31:03,440 --> 00:31:04.800
Kenapa dia pergi ke situ?
362
00:31:04,880 --> 00:31:07.240
Biarpun kami bergaduh,
dia tetap anak saya.
363
00:31:07,320 --> 00:31:08.800
Ambilkan kunci.
364
00:31:08,880 --> 00:31:11.080
Ambilkan kunci skuter. Saya pergi cari.
365
00:31:11,160 --> 00:31:14.640
Jangan risau. Dia tak ke mana-mana.
Saya akan cari.
366
00:31:29,360 --> 00:31:31.480
Helo? Malar?
367
00:31:31,560 --> 00:31:33.480
Nila bersama kamu, sayang?
368
00:31:33,560 --> 00:31:34.960
Tiada, pak cik.
369
00:31:36,040 --> 00:31:38.120
Bila kali terakhir kamu jumpa dia?
370
00:31:38,200 --> 00:31:40.120
Semalam, selepas tuisyen.
371
00:31:41,160 --> 00:31:43.400
Baiklah, sayang.
372
00:31:49,240 --> 00:31:50.480
Helo.
373
00:31:52,040 --> 00:31:54.080
Apa yang Tuhan ajar kita?
374
00:31:54,920 --> 00:31:58.040
Dia ajar kita untuk jadi orang baik.
Berbuat baik.
375
00:31:58,120 --> 00:32:00.040
Hanya berbuat baik.
376
00:32:00,120 --> 00:32:02.640
Pilih haluan benar. Itulah ajarannya.
377
00:32:04,840 --> 00:32:07.240
Mari kita bermeditasi buat seketika.
378
00:32:17,960 --> 00:32:21.000
Devi, ada panggilan
dari Sambaloor untuk kamu.
379
00:32:32,040 --> 00:32:34.560
-Helo.
-Kakak, ini Selvi.
380
00:32:34,640 --> 00:32:36.200
Nila ada bersama kakak?
381
00:32:37,800 --> 00:32:38.800
Nila?
382
00:32:39,440 --> 00:32:41.160
Kenapa dia nak datang ke sini?
383
00:32:42,120 --> 00:32:43.360
Apa berlaku kepadanya?
384
00:32:45,000 --> 00:32:46.960
Tiada apa-apa, kakak.
385
00:32:47,040 --> 00:32:48.760
Telefon saya jika ada apa-apa.
386
00:32:48,840 --> 00:32:50.960
Boleh saya telefon nanti?
387
00:32:51,040 --> 00:32:52.760
-Guna!
-Ya, abang?
388
00:32:52,840 --> 00:32:54.760
-Dapat dengar?
-Ya.
389
00:32:54,840 --> 00:32:57.880
Kodhai orang terakhir
yang jumpa Nila petang semalam.
390
00:32:57,960 --> 00:33:01.000
Saya cari di pasar.
Kamu cari di pusat tuisyen.
391
00:33:04,080 --> 00:33:06.000
-Nila ada datang ke sini?
-Apa?
392
00:33:06,080 --> 00:33:07.320
Nila ada datang ke sini?
393
00:33:07,400 --> 00:33:09.600
Nila? Tiada.
394
00:33:13,920 --> 00:33:16.160
-Veera, ada nampak Nila?
-Siapa?
395
00:33:16,240 --> 00:33:18.520
-Anak saudara saya.
-Tiada.
396
00:33:19,480 --> 00:33:20.600
Nak saya ikut?
397
00:33:37,160 --> 00:33:38.760
Nila tak datang ke sini.
398
00:33:51,280 --> 00:33:52.440
Abang ipar.
399
00:33:54,000 --> 00:33:55.240
Apa berlaku?
400
00:33:55,320 --> 00:33:57.480
Salam, abang.
401
00:33:57,560 --> 00:33:59.560
Mungkin Nila pergi rumah Nandini?
402
00:33:59,640 --> 00:34:02.280
Kenapa dia pergi Coimbatore
secara diam-diam?
403
00:34:02,360 --> 00:34:05.560
Kali terakhir abang tinggalkannya
dengan kami,
404
00:34:05,640 --> 00:34:08.920
dia pergi rumah Nandini
tanpa memberitahu saya.
405
00:34:09,000 --> 00:34:10.720
Tapi dia telefon dari situ!
406
00:34:13,320 --> 00:34:16.640
Jika saya telefon Nandini
dan kata Nila hilang,
407
00:34:17,360 --> 00:34:18.640
dia pasti marah.
408
00:34:26,080 --> 00:34:27.880
-Sudah makan, sayang?
-Ada apa?
409
00:34:27,960 --> 00:34:31.160
-Ayah telefon untuk tanya hal itu?
-Tidak...
410
00:34:31,800 --> 00:34:33.040
Nila ada di sana?
411
00:34:33,120 --> 00:34:35.200
Nila? Kenapa dia ada di sini, ayah?
412
00:34:35,320 --> 00:34:36.640
Kenapa? Apa berlaku?
413
00:34:36,760 --> 00:34:38.560
Helo? Ayah?
414
00:34:38,640 --> 00:34:40.640
Beritahu saya apa berlaku.
415
00:34:40,760 --> 00:34:43.320
Tiada apa-apa. Dia tak cakap dia ke mana.
416
00:34:43,400 --> 00:34:44.760
Dia ke mana?
417
00:34:44,840 --> 00:34:46.200
Ayah sangka kamu bersama.
418
00:34:46,320 --> 00:34:49.640
Dia mungkin di rumah kawan.
Ayah telefon nanti.
419
00:34:49,680 --> 00:34:50.840
Baik, ayah.
420
00:34:56,280 --> 00:34:57.920
Tunggu. Teksi datang.
421
00:35:14,200 --> 00:35:15.400
Kenapa kamu di sini?
422
00:35:17,800 --> 00:35:18.880
Saya ibunya.
423
00:35:21,000 --> 00:35:23.200
Seorang ibu selalu di sisi anaknya.
424
00:35:24,400 --> 00:35:28.160
Kamu yang suruh saya pergi
dan kata kamu sendiri dapat jaga anak.
425
00:35:29,480 --> 00:35:30.880
Ini bukan tentang kita.
426
00:35:31,640 --> 00:35:33.120
Apa berlaku semalam?
427
00:35:34,080 --> 00:35:35.640
Kamu menengking dia?
428
00:35:38,640 --> 00:35:39.760
Jawablah.
429
00:35:41,080 --> 00:35:44.200
-Apa kamu kata?
-Saya dapat kad keputusannya.
430
00:35:44,320 --> 00:35:46.400
Dia gagal dua subjek.
431
00:35:46,480 --> 00:35:47.960
Saya marah sikit saja.
432
00:35:49,000 --> 00:35:51.160
Itu yang kamu fikir.
433
00:35:51,200 --> 00:35:53.280
Kamu memang tegas.
434
00:35:53,360 --> 00:35:55.520
Kamu lebih tegas apabila marah!
435
00:35:56,640 --> 00:36:01.040
HOSPITAL GUNUNG BUNGA MUBALIGH
436
00:36:03,640 --> 00:36:06.800
Kamu tahu Shanmugam yang bakar kilang itu.
437
00:36:06,880 --> 00:36:08.560
Kenapa tak tangkap dia?
438
00:36:09,600 --> 00:36:11.440
Tolong faham, En. Trilok.
439
00:36:11,520 --> 00:36:13.760
Kami tak boleh tangkapnya
kerana kamu mahu.
440
00:36:13,840 --> 00:36:16.520
Kami perlukan bukti yang kukuh.
441
00:36:16,600 --> 00:36:18.320
Dia ugut saya semalam.
442
00:36:19,360 --> 00:36:21.480
-Itu tak cukup?
-Trilok!
443
00:36:21,560 --> 00:36:23.480
-Ayah.
-Apa keadaan Muthusamy?
444
00:36:24,280 --> 00:36:25.280
Sudah jumpa dia?
445
00:36:25,360 --> 00:36:28.960
Belum, ayah. Mereka kata
nyawanya tak terancam.
446
00:36:29,040 --> 00:36:33.640
Pekerja kamu di dalam hospital.
Kamu jumpa polis untuk apa?
447
00:36:36,760 --> 00:36:38.200
Masukkannya ke dalam kereta.
448
00:36:41,120 --> 00:36:43.480
Kamu sangat cantik memakai sari.
449
00:36:43,560 --> 00:36:46.560
Kamu tetap cantik dan memukau
memakai baju ini.
450
00:36:46,640 --> 00:36:48.480
Ini baju seragam saya.
451
00:36:48,560 --> 00:36:49.680
Ya, saya tahu.
452
00:36:49,800 --> 00:36:51.080
Saya pula?
453
00:36:53,560 --> 00:36:57.640
Kurang baik. Semalam kamu tampan
memakai kemeja putih dan doti.
454
00:36:57,760 --> 00:37:02.040
Saya tak dapat kejar pencuri
jika saya pakai doti, bukan?
455
00:37:06,200 --> 00:37:08.160
Di mana pesakit kebakaran itu?
456
00:37:08,280 --> 00:37:09.360
Muthusamy?
457
00:37:13,880 --> 00:37:15.280
En. Muthusamy.
458
00:37:19,640 --> 00:37:21.200
Muthusamy.
459
00:37:21,320 --> 00:37:22.640
Apa khabar?
460
00:37:23,640 --> 00:37:25.200
Sila berehat.
461
00:37:25,320 --> 00:37:27.360
Jangan risau. Semuanya baik.
462
00:37:32,280 --> 00:37:33.640
Satu lakh.
463
00:37:33,760 --> 00:37:35.160
Minta lagi jika perlu.
464
00:37:36,360 --> 00:37:38.960
-Dia Vadivelu.
-Hubungi saya jika ada kecemasan.
465
00:37:39,040 --> 00:37:40.640
-Ada nombor saya?
-Ya.
466
00:37:41,160 --> 00:37:43.160
Kamu nampak letih, Nak minum teh?
467
00:37:43,200 --> 00:37:44.200
Tidak perlu.
468
00:37:44,320 --> 00:37:45.800
Beri dia sedikit air, Muthu.
469
00:37:48,880 --> 00:37:51.640
Rakaman video kilang itu habis terbakar.
470
00:37:51,760 --> 00:37:53.480
Bilik pemerhatian tinggal abu.
471
00:37:53,560 --> 00:37:56.160
Saya minta rakaman
dari kawasan berdekatan.
472
00:37:56,200 --> 00:37:58.360
Mungkin ada petunjuk.
473
00:37:59,600 --> 00:38:03.360
Sekitar jam 12 hingga 12.30 pagi
ketika saya tiba di sini.
474
00:38:03,440 --> 00:38:05.640
Basikal Shanmugam di pagar depan.
475
00:38:05,680 --> 00:38:08.520
Basikalnya di pagar sisi,
bukan pagar depan.
476
00:38:08,600 --> 00:38:10.640
Saya nampak basikal itu di pagar depan.
477
00:38:10,760 --> 00:38:13.640
-Tak. Saya nampak waktu saya pulang.
-Tunggu.
478
00:38:13,680 --> 00:38:15.120
Bila kamu lalu tempat itu?
479
00:38:15,160 --> 00:38:18.120
Mungkin sekitar jam 10.15
hingga 10.30 malam.
480
00:38:18,160 --> 00:38:19.920
Jam 10.15 malam?
481
00:38:26,800 --> 00:38:29.320
Dia dah kecohkan keadaan?
482
00:38:32,600 --> 00:38:34.280
Siapa panggil polis?
483
00:38:39,360 --> 00:38:41.480
Mari ikut kami ke balai, Shanmugam.
484
00:38:41,560 --> 00:38:43.600
Kenapa? Dia takkan ikut kamu.
485
00:38:43,640 --> 00:38:45.520
Kami takkan dengar cakap kamu.
486
00:38:48,600 --> 00:38:50.440
Kenapa dia perlu pergi ke balai?
487
00:38:50,520 --> 00:38:54.160
Dia kata kilang akan dibakar
dan kilang terbakar malam itu juga.
488
00:38:54,280 --> 00:38:57.480
Sekarang kamu kumpulkan orang
dan tunjuk berani.
489
00:38:58,160 --> 00:39:01.080
Kamu rancang semua ini?
490
00:39:01,880 --> 00:39:05.160
Saya cakap saja
dan sekarang kamu nak tangkap saya?
491
00:39:05,280 --> 00:39:08.640
Tak! Saya nampak basikal kamu
di pagar sisi kilang semalam.
492
00:39:09,480 --> 00:39:12.600
Di mana lagi nak letak basikalnya?
Belakang rumah kamu?
493
00:39:13,160 --> 00:39:16.200
Kami risau tentang anaknya
dan kamu nak buat kecoh?
494
00:39:16,320 --> 00:39:20.000
Kami sedang cari anaknya.
Kami tak takut kamu.
495
00:39:23,640 --> 00:39:26.560
-Anak bongsunya hilang.
-Yang bongsu?
496
00:39:27,080 --> 00:39:29.520
Anak sulung lari dari sini, bukan?
497
00:39:32,600 --> 00:39:33.640
Shanmugam!
498
00:39:34,880 --> 00:39:37.280
Kenapa kamu tak laporkan anak kamu hilang?
499
00:39:37,960 --> 00:39:40.920
Kami tak nampaknya sejak pagi ini.
500
00:39:41,920 --> 00:39:43.320
Kamu tak perlu jawab.
501
00:39:43,400 --> 00:39:47.440
Apabila Trilok buang biskut,
kamu merebutnya seperti anjing.
502
00:39:51,200 --> 00:39:54.280
Tangkap Shanmugam!
dan masukkan ke dalam kereta.
503
00:39:57,080 --> 00:39:59.000
Tangkap sesiapa yang halang kamu.
504
00:40:05,080 --> 00:40:06.200
Mari pergi.
505
00:40:17,280 --> 00:40:21.880
Hentikan keganasan polis!
506
00:40:39,040 --> 00:40:41.600
Dia kata anaknya hilang.
507
00:40:41,640 --> 00:40:43.320
Kita pula...
508
00:40:43,400 --> 00:40:44.640
Muthu, kamu nampak
509
00:40:45,280 --> 00:40:48.200
muka para wanita
apabila mereka kata anak itu hilang?
510
00:40:48,320 --> 00:40:50.080
Isteri Guna?
511
00:40:50,160 --> 00:40:53.920
"Ya, tuan. Kami tak tahu Nila pergi
ke mana sepanjang hari!"
512
00:40:55,560 --> 00:40:57.200
Shanmugam telah memarahinya.
513
00:40:57,320 --> 00:41:00.400
Dia marah dan lari ke rumah orang.
514
00:41:00,480 --> 00:41:03.000
Lari dari rumah
ialah penyakit keluarga mereka.
515
00:41:03,080 --> 00:41:05.520
-Apa maksud tuan?
-Fikirlah!
516
00:41:05,600 --> 00:41:08.800
Isterinya tinggalkan rumah
dan pergi ke tempat bertapa.
517
00:41:08,880 --> 00:41:11.840
Anak sulungnya Nandini
ialah rakan kelas saya.
518
00:41:11,920 --> 00:41:14.760
Dia selalu pergi tinggal bersama ibunya.
519
00:41:14,840 --> 00:41:17.040
Dia tinggal sekejap saja. Selalu balik.
520
00:41:17,120 --> 00:41:19.480
Tak boleh salahkan anak-anak.
521
00:41:19,560 --> 00:41:21.200
Bapa mereka ateis.
522
00:41:21,320 --> 00:41:22.840
Ibu mereka percayakan Tuhan.
523
00:41:22,920 --> 00:41:25.880
Sebagai anak, mereka boleh buat apa?
524
00:41:25,960 --> 00:41:30.160
Betul. Lagipun, puan
dan Shanmugam bermusuhan.
525
00:41:30,280 --> 00:41:32.800
Dia ditangkap kerana hal ini.
526
00:41:32,880 --> 00:41:34.960
-Apa maksud kamu, Sakkarai?
-Puan...
527
00:41:36,640 --> 00:41:39.840
-Di mana anak sulungnya?
-Siapa? Nandini?
528
00:41:39,920 --> 00:41:43.560
Orang kata dia ada kerja IT di Coimbatore.
529
00:41:48,400 --> 00:41:51.360
Hentikan keganasan polis!
530
00:42:03,400 --> 00:42:04.880
Jadi kamu berdiam saja?
531
00:42:05,520 --> 00:42:08.640
Lepaskan Shanmugam!
532
00:42:12,120 --> 00:42:14.200
-Apa? Dia ada kata apa-apa?
-Tiada, puan.
533
00:42:18,800 --> 00:42:20.920
Buku lima pasti berkesan.
534
00:42:22,360 --> 00:42:25.160
Jika saya belasah dia...
535
00:42:26,800 --> 00:42:29.840
Tak payah. Dia pemimpin kesatuan pekerja.
536
00:42:31,400 --> 00:42:32.800
Saya akan cakap dengannya.
537
00:42:44,480 --> 00:42:45.640
Apa masalah kamu?
538
00:42:46,560 --> 00:42:48.120
Buatlah pengakuan.
539
00:42:50,320 --> 00:42:51.920
Saya perlu cari anak saya.
540
00:42:54,200 --> 00:42:55.640
Lepaskan saya.
541
00:43:02,440 --> 00:43:04.640
Saya akan uruskan tugasan Mayana Kollai.
542
00:43:04,680 --> 00:43:08.880
Cari bukti daripada rakaman video
bersama Sundaram dan Muthu.
543
00:43:11,080 --> 00:43:13.960
Kita tak dapat tahan Shanmugam
tanpa sebarang bukti.
544
00:43:15,640 --> 00:43:16.520
Helo?
545
00:43:16,600 --> 00:43:19.160
Kenapa dia tak boleh diikat jamin?
546
00:43:19,200 --> 00:43:20.440
Nila juga hilang.
547
00:43:20,520 --> 00:43:23.360
Jika tak boleh diikat jamin,
dia perlu dipenjarakan?
548
00:43:23,440 --> 00:43:24.800
Saya tak tahu nak buat apa.
549
00:43:32,680 --> 00:43:34.400
Suruh orang kamu cari dia.
550
00:43:35,200 --> 00:43:37.680
Saya harap Nila sendiri akan pulang.
551
00:43:45,040 --> 00:43:45.880
Kakak?
552
00:43:48,520 --> 00:43:52.000
Saya tahu kakak tak percaya
kepada upacara Mayana Kollai.
553
00:43:52,680 --> 00:43:55.080
Tapi saya nak luahkan pendapat saya.
554
00:43:56,000 --> 00:44:01.040
Jika kakak berdoa kepada Dewi
dan berjanji untuk makan nasi berdarah,
555
00:44:01,120 --> 00:44:02.440
hajat kakak akan tercapai.
556
00:44:02,520 --> 00:44:04.360
Apa maksud kamu, Selvi?
557
00:44:05,160 --> 00:44:07.920
Keluarga kita ditimpa malang.
558
00:44:08,760 --> 00:44:12.200
Shanmugam dipenjarakan. Nila pula hilang.
559
00:44:13,400 --> 00:44:16.400
-Kenapa tak boleh berdoa kepada Dewi?
-Selvi.
560
00:44:16,480 --> 00:44:18.120
Saya tak makan daging.
561
00:44:19,040 --> 00:44:23.240
Bahkan di tempat bertapa,
saya tak makan bawang lagi.
562
00:44:24,520 --> 00:44:26.440
Saya memang tak faham.
563
00:44:26,520 --> 00:44:30.480
Shanmugam tak percaya kepada Tuhan.
Kakak pula?
564
00:44:32,480 --> 00:44:34.480
Kakak hanya percaya kepada Tuhan vegan!
565
00:44:34,560 --> 00:44:38.000
Angalamman ialah Dewi kita.
Dia tak cukup baik bagi kakak?
566
00:44:42,480 --> 00:44:44.360
Hari ini hari pertama pesta.
567
00:44:45,280 --> 00:44:48.080
Dewi akan diperagakan di kuil.
568
00:44:50,080 --> 00:44:54.040
Untuk ketenangan minda, saya akan berdoa
bagi Nila dan minta azimat.
569
00:45:04,960 --> 00:45:06.320
Hari pertama Mayana...
570
00:45:06,400 --> 00:45:08.400
HARI 1: MAYANA KOLLAI
PERARAKAN DEWI
571
00:45:08,480 --> 00:45:10.160
Perarakan Dewi Angalamman.
572
00:46:50,400 --> 00:46:52.360
Jika ada orang pukul orang lain,
573
00:46:52,440 --> 00:46:54.400
polis akan cari orang itu.
574
00:46:54,480 --> 00:46:56.240
Tapi jika polis pukul seseorang?
575
00:46:56,320 --> 00:46:58.640
Hei! Kamu buat apa? Kamu siapa?
576
00:46:59,320 --> 00:47:03.120
Anak sulung Shanmugam. Nandini.
Dia agak marah.
577
00:47:03,200 --> 00:47:04.840
Saya tak marah.
578
00:47:04,920 --> 00:47:08.000
Adik saya hilang,
tapi polis duduk bersantai.
579
00:47:08,080 --> 00:47:10.120
-Jangan biadab.
-Nandini,
580
00:47:10,200 --> 00:47:12.000
saya faham. Tapi kamu tak...
581
00:47:12,080 --> 00:47:15.360
Apa yang kamu faham?
Kamu berpura-pura kenal saya.
582
00:47:15,440 --> 00:47:17.240
Saya Sakkarai. Chakravarthy.
583
00:47:17,320 --> 00:47:19.320
Rakan kelas kamu. Tak ingat?
584
00:47:20,600 --> 00:47:23.120
Rakan kelas? Jadi kamu sangat kenal saya?
585
00:47:27,080 --> 00:47:29.920
Masalahnya, di bandar ini,
kita kenal semua orang.
586
00:47:30,880 --> 00:47:33.080
Lupakan saja. Adik saya hilang.
587
00:47:33,160 --> 00:47:34.560
Kamu dapat cari dia?
588
00:47:34,640 --> 00:47:38.600
Keluarga kamu perlu buat laporan.
Barulah kami dapat bertindak.
589
00:47:38,680 --> 00:47:42.640
Ada orang cuba buat laporan,
tapi dia dianiaya dan ditangkap.
590
00:47:43,080 --> 00:47:45.240
Tak apa. Saya nak buat laporan.
591
00:47:45,320 --> 00:47:46.880
-Catatkannya.
-Tunggu.
592
00:47:46,960 --> 00:47:49.240
Kes begini berpunca daripada keluarga.
593
00:47:49,320 --> 00:47:50.640
Mereka selalunya pulang.
594
00:47:50,720 --> 00:47:54.000
-Kami tak boleh uruskan...
-Jangan layan orang gila ini.
595
00:47:54,080 --> 00:47:56.440
-Keluarganya gila...
-Hei.
596
00:47:56,520 --> 00:47:58.440
-Siapa yang gila?
-Kenapa tidak?
597
00:47:58,520 --> 00:48:01.320
Kamu lari dari rumah juga
dan Nila ialah adik kamu.
598
00:48:01,400 --> 00:48:03.880
Sundaram. Jangan banyak bercakap.
599
00:48:03,960 --> 00:48:05.240
Nandini.
600
00:48:05,320 --> 00:48:06.280
Nandini.
601
00:48:08,440 --> 00:48:10.360
-Ayah?
-Tunggu, Nandini.
602
00:48:10,960 --> 00:48:12.600
-Ayah.
-Kenapa kamu datang?
603
00:48:12,680 --> 00:48:14.160
Jangan takut, ayah.
604
00:48:14,240 --> 00:48:15.760
-Kami akan cari Nila.
-Nandini.
605
00:48:15,840 --> 00:48:17.440
Kamu melampaui batas.
606
00:48:17,520 --> 00:48:19.480
Wanita dilarang masuk selepas jam 6.
607
00:48:19,560 --> 00:48:22.120
-Kembali esok pagi.
-Baliklah.
608
00:48:22,200 --> 00:48:23.320
-Balik rumah!
-Balik!
609
00:48:23,400 --> 00:48:24.400
-Ayah.
-Kamu balik.
610
00:48:24,520 --> 00:48:26.320
Nandini, keluar.
611
00:48:27,880 --> 00:48:28.800
Keluar.
612
00:48:31,440 --> 00:48:33.040
Tak guna bertimbang rasa...
613
00:49:10,000 --> 00:49:10.920
Nandu.
614
00:49:18,080 --> 00:49:19.240
Apa berlaku, mak?
615
00:50:11,680 --> 00:50:15.400
Perkara ini tak habis-habis.
Tiada penghujungnya.
616
00:50:15,480 --> 00:50:18.560
Bagaimana kita dapat cari orang
yang bakar kilang?
617
00:50:18,640 --> 00:50:20.120
Subinspektor,
618
00:50:20,200 --> 00:50:23.120
saya tak tahan lagi.
Saya sangat mengantuk.
619
00:50:23,200 --> 00:50:26.880
Berapa lama nak tenung jalan itu?
Saya bermimpi tentangnya nanti.
620
00:50:27,640 --> 00:50:31.800
Apa gunanya, tuan?
Tiada apa-apa yang dirakam.
621
00:50:31,880 --> 00:50:36.200
Jika ada orang merentas jalan
dengan cemas atau membawa beg,
622
00:50:36,280 --> 00:50:39.600
adakah itu dikira sebagai bukti jenayah?
623
00:50:39,680 --> 00:50:42.040
Sundaram, kerja ini wajib.
624
00:50:42,840 --> 00:50:45.120
Kita pasti dapat cari sesuatu.
625
00:50:45,200 --> 00:50:47.520
Saya semakin mengantuk.
626
00:50:47,600 --> 00:50:49.720
Kamu pulang. Saya akan uruskannya.
627
00:50:49,800 --> 00:50:53.040
-Saya juga?
-Senang saja kerja tukar pita.
628
00:50:53,120 --> 00:50:54.160
Mari jalan.
629
00:50:55,800 --> 00:50:58.400
Kamu nak simpan janggut
untuk Mayana Kollai?
630
00:50:58,480 --> 00:51:01.560
-Timbalan penguasa luluskannya.
-Simpan di dalam peti.
631
00:51:01,640 --> 00:51:03.720
-Telefon saya jika perlu.
-Marilah.
632
00:54:45,720 --> 00:54:47.720
Terjemahan sari kata oleh SJ
633
00:54:47,800 --> 00:54:49.800
Penyelia Kreatif
Vincent Lim