1 00:00:00,000 --> 00:00:07,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 2 00:00:16,550 --> 00:00:19,930 Luka itu dah berjangkit. Biar patik rawat. 3 00:00:28,020 --> 00:00:28,860 Biar… 4 00:00:34,450 --> 00:00:36,110 Biar beta buat sendiri. 5 00:01:36,800 --> 00:01:37,930 Tuanku. 6 00:01:39,680 --> 00:01:40,680 Inilah… 7 00:01:44,600 --> 00:01:46,270 rahsia beta. 8 00:01:59,200 --> 00:02:00,950 Baginda tak dapat dikesan? 9 00:02:01,030 --> 00:02:03,030 Ketika merentasi kawasan hutan, 10 00:02:03,120 --> 00:02:05,790 Hulubalang Yoon dan pengikutnya menyamar sebagai penyamun 11 00:02:05,870 --> 00:02:08,660 dan menyerang kami sebelum membawa baginda pergi. 12 00:02:09,250 --> 00:02:10,500 Hulubalang Yoon? 13 00:02:11,330 --> 00:02:14,800 Jadi kamu masih belum berjaya menjejaki baginda? 14 00:02:14,880 --> 00:02:17,340 Hulubalang Yoon dah berjaya diberkas. 15 00:02:17,420 --> 00:02:18,800 Kami akan dapat cari baginda. 16 00:02:42,410 --> 00:02:47,410 Tentu Paduka Raja menitahkan kamu untuk pastikan Paduka Raja Muda selamat. 17 00:02:48,830 --> 00:02:52,000 Setelah menitahkan Paduka Raja Muda dimakzul dan dibuang negeri, 18 00:02:52,080 --> 00:02:55,090 baginda titahkan kamu agar menyelamatkan Paduka Raja Muda. 19 00:03:00,930 --> 00:03:02,430 Hamba akui, hamba terkejut. 20 00:03:02,510 --> 00:03:05,760 Menyamarkan baginda sebagai seorang wanita sememangnya bijak. 21 00:03:07,350 --> 00:03:08,310 Dam-i, bukan? 22 00:03:10,350 --> 00:03:11,940 Mereka saling tak tumpah. 23 00:03:13,310 --> 00:03:14,310 Tapi… 24 00:03:14,900 --> 00:03:18,530 hamba tak hairan memandangkan baginda berdua kembar. 25 00:03:19,360 --> 00:03:20,820 Apa sebabnya… 26 00:03:22,320 --> 00:03:25,120 kamu bersungguh-sungguh mencari baginda? 27 00:03:25,200 --> 00:03:26,410 Kamu juga sedar 28 00:03:26,910 --> 00:03:28,950 baginda bukan lagi Raja Muda. 29 00:03:29,040 --> 00:03:30,290 Sudah masanya… 30 00:03:34,210 --> 00:03:37,130 baginda hidup bebas. 31 00:03:37,210 --> 00:03:39,760 Bukan hamba yang putuskan. 32 00:03:40,340 --> 00:03:42,170 Tapi Datuk Temenggung. 33 00:03:45,890 --> 00:03:49,390 Sepasang lelaki dan wanita mencurigakan dilihat berdekatan Gunung Hwanghak. 34 00:03:51,480 --> 00:03:54,230 Awasi dia sehingga hamba kembali. 35 00:04:19,250 --> 00:04:21,170 Patik akan sapukan ubat. 36 00:05:21,980 --> 00:05:26,320 Patik akan kumpul kayu-kayu untuk dibuat unggun. 37 00:06:13,580 --> 00:06:15,200 EPISOD 13 38 00:06:22,460 --> 00:06:24,460 Di sini! Ada kesan darah. 39 00:06:32,890 --> 00:06:34,510 Mereka ada berdekatan. 40 00:06:34,600 --> 00:06:36,390 Periksa seluruh kawasan ini. 41 00:06:36,470 --> 00:06:38,310 Pastikan baginda ditemui. Faham? 42 00:06:38,390 --> 00:06:39,480 - Baiklah. - Baiklah. 43 00:06:39,560 --> 00:06:40,560 Mari! 44 00:06:41,810 --> 00:06:43,610 Putera Jaeun masih belum ditemui? 45 00:06:43,690 --> 00:06:45,020 Kami masih mencari. 46 00:07:35,660 --> 00:07:37,200 Tuanku perlu beristirahat. 47 00:07:38,080 --> 00:07:39,080 Tuanku… 48 00:07:40,330 --> 00:07:42,290 perlukan sesuatu? 49 00:07:46,210 --> 00:07:48,800 Beta tak mahu bersendirian. 50 00:08:14,490 --> 00:08:17,120 Kenapa kamu langsung tak bertanya 51 00:08:17,740 --> 00:08:18,830 tentang beta? 52 00:08:21,750 --> 00:08:23,750 Beta tahu kamu amat terkejut. 53 00:08:25,250 --> 00:08:27,130 Tentu kamu berasa amat marah… 54 00:08:29,670 --> 00:08:31,590 kerana beta memperdayakan kamu. 55 00:08:32,590 --> 00:08:33,590 Ya. 56 00:08:35,380 --> 00:08:36,890 Patik berasa marah. 57 00:08:38,800 --> 00:08:40,010 Marahkan diri patik, 58 00:08:41,430 --> 00:08:42,520 bukan Tuanku. 59 00:08:46,140 --> 00:08:47,520 Tuanku terpaksa 60 00:08:48,270 --> 00:08:51,230 menanggung segala beban seorang diri. 61 00:08:55,400 --> 00:08:56,530 Ampunkan patik… 62 00:08:58,620 --> 00:09:00,450 kerana tak menyedarinya. 63 00:09:09,040 --> 00:09:10,670 Kami kembar. 64 00:09:13,130 --> 00:09:16,260 Beta dan kanda beta yang juga putera sulung Raja Muda. 65 00:09:18,090 --> 00:09:19,720 Setelah kanda mangkat, 66 00:09:21,560 --> 00:09:24,350 beta terpaksa menggantikan tempatnya. 67 00:09:28,150 --> 00:09:29,940 Beta hidup dalam penipuan 68 00:09:31,520 --> 00:09:34,190 dan menjalani kehidupan yang bukan milik beta. 69 00:09:46,580 --> 00:09:48,000 Tuanku tak perlu… 70 00:09:50,080 --> 00:09:51,880 luahkan segalanya sekarang. 71 00:09:54,340 --> 00:09:56,550 Buat masa ini, kesihatan Tuanku lebih penting. 72 00:09:57,760 --> 00:10:01,090 Jadi Tuanku tak perlu jelaskannya kepada patik. 73 00:10:01,180 --> 00:10:02,100 Kemudian saja. 74 00:10:13,770 --> 00:10:16,860 Tidak! Ayah, jangan. Berhenti. 75 00:10:30,250 --> 00:10:32,000 Walaupun di kemudian hari nanti, 76 00:10:33,170 --> 00:10:35,960 beta mungkin masih takkan dapat menceritakan segalanya. 77 00:10:37,260 --> 00:10:39,420 Tuanku tak perlu beritahu patik. 78 00:10:41,010 --> 00:10:42,010 Kerana… 79 00:10:44,300 --> 00:10:46,520 segalanya masih sama. 80 00:10:50,560 --> 00:10:53,270 Tuanku berada di depan patik. 81 00:10:54,980 --> 00:10:56,530 Itu sudah memadai buat patik. 82 00:10:57,980 --> 00:10:59,320 Asalkan kita bersama… 83 00:11:02,610 --> 00:11:05,160 yang lain tak penting buat patik. 84 00:12:27,200 --> 00:12:29,530 Serahkan kepada hamba. Biar hamba hidangkan. 85 00:12:31,240 --> 00:12:33,120 Baiklah. 86 00:13:34,520 --> 00:13:36,020 Kenapa Tuanku bantu patik? 87 00:13:36,560 --> 00:13:39,900 Jikalau ingin membunuh, seseorang itu perlu nekad. 88 00:13:40,480 --> 00:13:42,480 Nampaknya, bukan itu niat kamu ke sini. 89 00:13:42,570 --> 00:13:43,650 Patik mahukan jawapan. 90 00:13:44,230 --> 00:13:46,320 Kenapa Hulubalang Yoon mengekori 91 00:13:46,820 --> 00:13:48,450 dan membantu patik? 92 00:13:48,530 --> 00:13:51,120 Apa sebabnya kamu bunuh mereka? 93 00:13:51,700 --> 00:13:55,790 Adakah kematian mereka jalan penyelesaian yang kamu cari? 94 00:13:55,870 --> 00:14:00,080 Atau adakah itu cara kamu melepaskan kemarahan yang terpendam? 95 00:14:01,710 --> 00:14:05,130 Maka dengan ini, Pembelot Kang Hwa-gil dijatuhkan hukuman pancung. 96 00:14:06,920 --> 00:14:08,380 Aduhai. 97 00:14:10,840 --> 00:14:12,220 Tuanku tak tahu apa-apa. 98 00:14:13,180 --> 00:14:14,680 Tuanku tak tahu apa-apa 99 00:14:15,680 --> 00:14:17,100 tentang patik. 100 00:14:28,950 --> 00:14:30,410 "Malam terakhir 101 00:14:30,490 --> 00:14:33,700 sebelum menjelangnya tahun baru." 102 00:14:36,040 --> 00:14:37,000 Beta dan ayah kamu 103 00:14:38,160 --> 00:14:41,000 berkongsi lencana yang sama untuk memperingati janji kami 104 00:14:41,630 --> 00:14:42,920 membina dunia baru. 105 00:14:44,590 --> 00:14:45,590 Beta 106 00:14:46,710 --> 00:14:49,340 gagal menunaikan janji tersebut, 107 00:14:50,340 --> 00:14:54,050 kehilangan seorang sahabat dan menjadi seorang raja lemah 108 00:14:55,100 --> 00:14:57,350 yang membuang anaknya sendiri. 109 00:14:59,270 --> 00:15:00,350 Namun… 110 00:15:01,350 --> 00:15:04,560 beta tak pernah melupakan janji itu. 111 00:15:05,270 --> 00:15:09,030 Beta akan terus mengingatinya hingga hembusan nafas beta yang terakhir. 112 00:15:10,150 --> 00:15:12,820 Dunia yang diimpikan oleh beta dan ayah kamu. 113 00:15:15,330 --> 00:15:17,160 Beta akan jadikan ia kenyataan. 114 00:15:27,380 --> 00:15:30,590 Tuanku, patik membawa renehan herba. 115 00:16:27,480 --> 00:16:29,980 Patik sangka patik terdengar Tuanku berbual 116 00:16:30,650 --> 00:16:33,190 dan menyangka Tuanku tak bersendirian. 117 00:16:39,530 --> 00:16:41,540 Beta sengaja membaca dengan kuat. 118 00:16:42,750 --> 00:16:43,910 Tuanku. 119 00:17:12,320 --> 00:17:13,320 Eun-seo. 120 00:17:15,700 --> 00:17:17,990 Ayah kamu disemadikan di sebalik batu lebar 121 00:17:19,030 --> 00:17:21,200 di lereng Gunung Gwanak. 122 00:17:28,830 --> 00:17:29,960 Kunjungilah dia. 123 00:18:02,030 --> 00:18:03,030 Tuanku! 124 00:18:03,910 --> 00:18:06,080 - Tuanku! - Tuanku! 125 00:18:06,160 --> 00:18:09,080 - Tuanku! - Tuanku! 126 00:18:09,170 --> 00:18:12,380 - Tuanku! - Tuanku! 127 00:18:12,460 --> 00:18:14,880 - Tuanku! - Tuanku! 128 00:18:14,960 --> 00:18:16,920 - Tuanku! - Tuanku! 129 00:18:17,010 --> 00:18:18,840 Tuanku! 130 00:18:18,930 --> 00:18:21,300 - Tuanku! - Tuanku! 131 00:18:21,390 --> 00:18:24,600 - Tuanku! - Tuanku! 132 00:18:25,140 --> 00:18:27,390 Tuanku! 133 00:18:52,420 --> 00:18:54,630 - Tuanku! - Tuanku… 134 00:18:55,210 --> 00:18:57,670 - Tuanku! - Tuanku! 135 00:18:57,760 --> 00:19:00,880 - Tuanku… - Tuanku! 136 00:19:00,970 --> 00:19:03,390 - Tuanku! - Tuanku! 137 00:19:03,470 --> 00:19:05,010 Tuanku! 138 00:19:05,100 --> 00:19:08,810 - Tuanku! - Tuanku! 139 00:19:09,810 --> 00:19:13,770 - Tuanku! - Tuanku! 140 00:19:15,860 --> 00:19:22,070 Tuanku, kembalilah ke pangkuan kami! 141 00:19:22,160 --> 00:19:27,910 Tuanku, kembalilah ke pangkuan kami! 142 00:19:27,990 --> 00:19:33,710 Tuanku, kembalilah ke pangkuan kami! 143 00:20:22,720 --> 00:20:23,760 Tunggu. 144 00:20:26,510 --> 00:20:28,890 Boleh kita berehat buat seketika? 145 00:20:40,320 --> 00:20:42,110 Bagaimana dengan kecederaan Tuanku? 146 00:20:43,820 --> 00:20:44,820 Masih… 147 00:20:46,490 --> 00:20:48,660 sakit. Sakit yang teramat. 148 00:20:51,870 --> 00:20:53,250 Tuanku akan sembuh 149 00:20:55,000 --> 00:20:57,040 kerana patik ada di sisi Tuanku. 150 00:21:04,630 --> 00:21:06,260 Jikalau kamu bersama beta, 151 00:21:08,180 --> 00:21:11,010 kamu terpaksa hidup dalam buangan. 152 00:21:12,810 --> 00:21:17,440 Kamu perlu tinggalkan keluarga, sahabat 153 00:21:18,440 --> 00:21:20,270 dan hidup bersembunyi. 154 00:21:21,860 --> 00:21:23,480 Patik tak kisah. 155 00:21:27,200 --> 00:21:28,950 Ia tak jauh beza dengan kehidupan 156 00:21:30,030 --> 00:21:31,330 yang patik idamkan. 157 00:21:42,550 --> 00:21:44,920 Sebaik saja kita tiba ke tempat yang selamat, 158 00:21:46,380 --> 00:21:49,010 patik akan carikan sebuah pondok untuk kita. 159 00:21:50,430 --> 00:21:54,140 Mungkin sebuah pondok yang letaknya dekat dengan laut 160 00:21:56,020 --> 00:21:58,020 dan patik perlukan sebuah sampan. 161 00:22:00,270 --> 00:22:04,150 Menjelang senja, patik akan pulang dan hidangkan lauk yang enak 162 00:22:04,730 --> 00:22:07,150 daripada hasil tangkapan patik untuk Tuanku. 163 00:22:08,650 --> 00:22:09,820 Kita juga 164 00:22:10,410 --> 00:22:12,700 akan keluar ke pasar. 165 00:22:14,450 --> 00:22:15,620 Di sana, 166 00:22:17,410 --> 00:22:19,580 patik akan belikan cenderamata untuk Tuanku 167 00:22:21,630 --> 00:22:22,960 tanpa pengetahuan Tuanku. 168 00:22:25,760 --> 00:22:28,800 Ada apa-apa yang Tuanku berkenan? 169 00:22:32,100 --> 00:22:34,100 Beta akan fikir dengan teliti 170 00:22:35,310 --> 00:22:39,690 hadiah yang ingin beta terima daripada kamu. 171 00:23:04,340 --> 00:23:07,170 Kamu. Bawakan hamba air. 172 00:23:14,180 --> 00:23:15,050 Nah. 173 00:23:31,610 --> 00:23:32,990 Tuanku! 174 00:23:33,780 --> 00:23:34,910 Kamu tak apa-apa? 175 00:23:37,450 --> 00:23:39,790 Beta ekori pengawal yang datang ke sini. 176 00:23:39,870 --> 00:23:41,870 Apa yang berlaku? Baginda pula? 177 00:23:41,960 --> 00:23:43,500 Kami berpisah di pelabuhan. 178 00:23:43,580 --> 00:23:46,840 Baginda mungkin sedang menuju ke Gunung Hwanghak. 179 00:23:47,420 --> 00:23:50,720 Jung Seok-jo dan pengikutnya sedang memburu baginda. 180 00:23:50,800 --> 00:23:53,180 Kita perlu temui baginda terlebih dulu. 181 00:23:53,260 --> 00:23:54,390 - Tuanku. - Mari. 182 00:24:12,070 --> 00:24:13,200 Ada kesan darah! 183 00:24:19,200 --> 00:24:20,660 Di sana! 184 00:24:41,810 --> 00:24:43,560 Tuanku patut berehat di hutan. 185 00:24:44,390 --> 00:24:45,600 Tentu Tuanku keletihan. 186 00:24:46,600 --> 00:24:50,320 Dayang Kim dan Sida-sida Hong pasti amat khuatir. 187 00:24:50,400 --> 00:24:51,570 Kita kesuntukan masa, 188 00:24:52,240 --> 00:24:54,860 jadi eloklah kita bertolak dengan kadar segera. 189 00:24:57,910 --> 00:25:01,240 Bukan kerana Tuanku keberatan untuk berjauhan dengan patik? 190 00:25:04,500 --> 00:25:05,710 Apa? 191 00:25:08,170 --> 00:25:10,630 Rumah itu terletak di sebalik Gunung Bukseong? 192 00:25:11,670 --> 00:25:12,670 Ya. 193 00:25:13,170 --> 00:25:16,720 Kita boleh bertemu dengan yang lain di sana. 194 00:25:21,890 --> 00:25:26,810 Eloklah Tuanku bertukar persalinan. Persalinan Tuanku ini mudah dikenali. 195 00:25:31,230 --> 00:25:32,070 Ini dia. 196 00:25:36,150 --> 00:25:37,200 Terima kasih. 197 00:25:37,280 --> 00:25:38,320 Sama-sama. 198 00:25:55,340 --> 00:25:56,380 Mari. 199 00:25:58,130 --> 00:26:00,300 Ada tempat untuk Tuanku bersalin pakaian. 200 00:26:01,220 --> 00:26:03,100 Baiklah. 201 00:26:43,100 --> 00:26:45,430 Nampaknya, kita perlu berpecah. 202 00:26:45,510 --> 00:26:47,520 Baginda mungkin dah sampai ke sana, 203 00:26:47,600 --> 00:26:49,940 apa kata kamu pergi ke sana? 204 00:26:51,100 --> 00:26:52,690 Beta akan periksa di sini. 205 00:26:52,770 --> 00:26:53,730 Tuanku. 206 00:27:24,180 --> 00:27:25,390 Apa ini? 207 00:27:25,470 --> 00:27:27,430 Untuk mengalas perut. 208 00:27:27,520 --> 00:27:29,980 Cubalah. Tuanku pasti suka. 209 00:27:36,650 --> 00:27:38,570 Persalinan ini sesuai dengan Tuanku? 210 00:27:40,400 --> 00:27:41,320 Ya. 211 00:27:41,990 --> 00:27:46,160 Barulah terasa seperti pakaian beta. Baju ini selesa. 212 00:27:48,580 --> 00:27:50,200 Usah terlalu hampa. 213 00:27:50,960 --> 00:27:54,830 Di tempat baru nanti, patik akan belikan Tuanku pakaian cantik setiap hari. 214 00:27:55,880 --> 00:27:59,800 Di sana, Tuanku boleh berhias dan berdandan sepuas hati Tuanku. 215 00:27:59,880 --> 00:28:01,670 Tuanku juga tak perlu risau. 216 00:28:08,810 --> 00:28:09,770 Sebenarnya… 217 00:28:11,060 --> 00:28:13,480 semua ini masih bagai mimpi buat beta. 218 00:28:14,310 --> 00:28:19,070 Keluar meninggalkan istana dan menjalani kehidupan beta sendiri. 219 00:28:23,780 --> 00:28:26,870 Tuanku, tunggu sebentar. 220 00:28:26,950 --> 00:28:29,580 Patik terlupa untuk beli sesuatu. 221 00:28:30,200 --> 00:28:32,620 - Beli apa? - Rasalah manisan itu! 222 00:28:32,710 --> 00:28:33,870 Sekejap saja. 223 00:30:29,610 --> 00:30:32,200 Buang senjata kamu atau mereka akan mati. 224 00:30:35,910 --> 00:30:37,160 Berani kamu. 225 00:31:04,730 --> 00:31:07,650 - Berani kamu! - Ampunkan patik, Tuanku. 226 00:31:07,740 --> 00:31:11,200 Tapi sudah masa untuk Tuanku berangkat kembali ke istana. 227 00:31:13,450 --> 00:31:16,290 Apa maksud kamu? Istana? 228 00:31:43,440 --> 00:31:47,190 Apa datuk buat di sini? 229 00:31:48,280 --> 00:31:49,610 Paduka Raja… 230 00:31:51,030 --> 00:31:52,660 telah mangkat. 231 00:31:55,280 --> 00:31:58,160 Tuanku perlu berangkat pulang ke istana. 232 00:32:02,160 --> 00:32:04,120 Apa maksud datuk? 233 00:32:05,250 --> 00:32:07,250 Ayahanda mangkat? 234 00:32:57,640 --> 00:32:59,510 Benarkah Raja dah mangkat? 235 00:32:59,600 --> 00:33:02,600 Benar. Kamu tak nampak tentera-tentera tadi? 236 00:33:02,680 --> 00:33:05,980 Apa gunanya jadi raja kalau akhirnya mati juga? 237 00:33:06,060 --> 00:33:07,940 Sia-sia saja. 238 00:33:16,410 --> 00:33:17,660 Diracun? 239 00:33:19,160 --> 00:33:21,330 Menurut tabib yang merawat baginda, 240 00:33:21,990 --> 00:33:25,790 perubahan warna pada tubuh baginda menandakan keracunan. 241 00:33:25,870 --> 00:33:27,750 Ini angkara siapa? 242 00:33:45,480 --> 00:33:48,190 Perihal ini tak perlu dipanjangkan, Tuanku. 243 00:33:48,270 --> 00:33:52,690 Patik nasihatkan agar Tuanku melantik pengganti baru dengan kadar segera. 244 00:33:54,030 --> 00:33:55,440 Baginda baru mangkat. 245 00:33:56,450 --> 00:34:00,530 Berani kamu menyuarakan perihal ini sedangkan baginda masih di sini? 246 00:34:00,620 --> 00:34:03,700 Tak cukup dengan pemakzulan Paduka Raja Muda, 247 00:34:03,790 --> 00:34:07,870 kemangkatan mengejut Paduka Raja pasti menimbulkan kekacauan dalam negara. 248 00:34:08,580 --> 00:34:13,090 Sebelum negara ini dilanda huru-hara, Tuanku perlu melantik pengganti baru. 249 00:34:13,170 --> 00:34:16,010 - Mohon dipertimbangkan. - Mohon dipertimbangkan. 250 00:34:20,340 --> 00:34:23,310 Kenapa Datuk Temenggung tiada di sini? 251 00:35:10,980 --> 00:35:12,400 - Tuanku. - Tuanku. 252 00:35:20,360 --> 00:35:23,700 Apa cunda buat di sini? 253 00:35:24,280 --> 00:35:29,910 Ampunkan kelewatan patik kerana patik keluar bagi mengiringi Paduka Raja Muda. 254 00:35:51,810 --> 00:35:53,310 Ayahanda… 255 00:36:06,120 --> 00:36:08,080 Ayahanda. 256 00:36:08,580 --> 00:36:11,000 MENDIANG RAJA HYEJONG 257 00:36:40,480 --> 00:36:42,320 Baginda kembali sedangkan 258 00:36:42,400 --> 00:36:45,700 baginda telah dimakzulkan dan bersalah kerana melarikan diri. 259 00:36:45,780 --> 00:36:49,030 Mohon agar baginda bersama Datuk Temenggung 260 00:36:49,120 --> 00:36:52,500 yang berani mengiringi baginda kembali ke istana ditahan. 261 00:36:53,500 --> 00:36:56,540 Mereka memperlekehkan ketinggian kerabat diraja. 262 00:36:59,590 --> 00:37:01,460 Walaupun baginda dibuang negeri, 263 00:37:02,800 --> 00:37:06,010 tapi tergamakkah kamu untuk menghukum seorang anak yang pulang 264 00:37:06,090 --> 00:37:08,050 bagi mengebumikan ayahnya? 265 00:37:08,680 --> 00:37:11,640 Biarlah baginda laksanakan penghormatan terakhir 266 00:37:12,600 --> 00:37:14,390 kepada ayahandanya. 267 00:37:14,480 --> 00:37:18,560 Tuanku, undang-undang perlulah ditaati. 268 00:37:19,150 --> 00:37:21,320 Sekiranya Tuanku keberatan, 269 00:37:22,030 --> 00:37:24,780 izinkan patik untuk mengarahkan bala tentera 270 00:37:24,860 --> 00:37:28,450 dan menahan Datuk Temenggung serta Paduka Raja Muda. 271 00:37:28,530 --> 00:37:29,830 Datuk! 272 00:37:44,210 --> 00:37:48,010 Ada perkara yang perlu hamba sampaikan kepada baginda. 273 00:37:48,090 --> 00:37:50,890 Tolong tinggalkan kamar baginda. 274 00:37:59,980 --> 00:38:02,770 Datuk tak sepatutnya membawa baginda pulang. 275 00:38:02,860 --> 00:38:04,650 Apa yang cuba Datuk lakukan? 276 00:38:06,150 --> 00:38:07,530 Dengan kemangkatan baginda, 277 00:38:07,610 --> 00:38:11,330 Tuanku perlulah melantik pewaris takhta yang baru. 278 00:38:11,410 --> 00:38:12,990 Adakah Datuk mencadangkan 279 00:38:13,080 --> 00:38:16,080 beta melantik Putera Hwi yang telah dimakzulkan? 280 00:38:16,790 --> 00:38:20,750 Adakah Tuanku bercadang menyerahkan takhta kepada seorang pembelot? 281 00:38:22,460 --> 00:38:24,300 Apa maksud Datuk? 282 00:38:25,510 --> 00:38:27,010 Pembelot? 283 00:38:52,160 --> 00:38:54,330 Di mana Putera Jehyeon? 284 00:39:02,170 --> 00:39:03,210 Gyeom. 285 00:39:08,970 --> 00:39:09,970 Kanda. 286 00:39:16,680 --> 00:39:17,850 Maafkan dinda. 287 00:39:18,850 --> 00:39:21,520 Kita gagal menahan air mata seperti yang kanda nasihatkan. 288 00:39:33,660 --> 00:39:34,870 Tak mengapa. 289 00:39:39,960 --> 00:39:41,620 Semuanya pasti selamat. 290 00:39:45,380 --> 00:39:46,840 Usah kamu bimbang. 291 00:40:01,560 --> 00:40:03,770 Sungguh biadab. 292 00:40:03,850 --> 00:40:05,480 Walaupun sudah dimakzulkan, 293 00:40:05,560 --> 00:40:09,070 baginda menggunakan alasan kemangkatan Paduka Raja untuk kembali. 294 00:40:09,730 --> 00:40:12,280 Itukah sebabnya Datuk ingin berjumpa beta? 295 00:40:14,780 --> 00:40:17,660 Datuk Temenggung mengiringi baginda pulang 296 00:40:17,740 --> 00:40:19,540 kerana dia merancang sesuatu. 297 00:40:20,540 --> 00:40:25,210 Seluruh istana dilanda desas-desus mengatakan Paduka Raja diracun. 298 00:40:26,840 --> 00:40:28,840 Jika tersilap langkah, 299 00:40:28,920 --> 00:40:32,300 kita juga mungkin akan diperangkap oleh Datuk Temenggung. 300 00:40:32,380 --> 00:40:33,630 Kita? 301 00:40:35,140 --> 00:40:37,720 Beta tak faham maksud Datuk. 302 00:40:40,680 --> 00:40:43,940 Kita yang galakkan para cendekiawan untuk mengemukakan rayuan. 303 00:40:44,020 --> 00:40:48,360 Ramai yang percaya ia merenggangkan hubungan patik dengan Paduka Raja. 304 00:40:48,440 --> 00:40:51,900 Sebelum perihal ini dijadikan sebagai… 305 00:40:51,990 --> 00:40:54,740 Datuk, ini boleh menimbulkan syak wasangka. 306 00:40:54,820 --> 00:40:57,240 Datuk yang mengesyorkan mereka untuk membuat rayuan. 307 00:40:57,870 --> 00:41:01,240 Beta sekadar mendedahkan perihal ini kepada Datuk 308 00:41:01,330 --> 00:41:03,370 supaya nasib Putera Changun terbela. 309 00:41:04,500 --> 00:41:06,540 Tuanku ingin menarik diri sekarang? 310 00:41:07,880 --> 00:41:10,130 Tuanku sangka patik tak tahu niat Tuanku? 311 00:41:10,710 --> 00:41:14,550 Dengan pemakzulan Putera Hwi, tentu Tuanku sangka Tuanku berpeluang. 312 00:41:14,630 --> 00:41:16,840 Datuk Temenggung penyokong kuat Putera Hwi. 313 00:41:16,930 --> 00:41:20,430 Jadi mungkin lebih mudah menjatuhkan Putera Jehyeon yang muda. 314 00:41:22,600 --> 00:41:25,770 Walaupun Datuk sedar, Datuk tak teragak-agak merebut peluang 315 00:41:25,850 --> 00:41:30,770 sedangkan Datuk tentunya arif bahawa setiap perbuatan ada balasannya. 316 00:41:30,860 --> 00:41:32,400 Apa? 317 00:41:32,480 --> 00:41:34,740 Pastinya Datuk juga sedar 318 00:41:34,820 --> 00:41:39,030 orang yang akan menerima manfaat dengan kemangkatan Paduka Raja. 319 00:41:39,990 --> 00:41:41,950 Sudah terang lagi bersuluh. 320 00:41:42,490 --> 00:41:45,040 Datuk Temenggung juga tak terkecuali. 321 00:41:50,460 --> 00:41:51,630 10,000 GUNI BERAS 100 KUDA 322 00:41:51,710 --> 00:41:53,590 160 PEDANG 70 BUSUR 323 00:41:53,670 --> 00:41:56,720 Datuk Bendahara membangunkan bala tentera secara sulit. 324 00:41:57,800 --> 00:42:01,430 Patik percaya Tuanku pasti arif akan maknanya. 325 00:42:06,980 --> 00:42:09,940 Jelas sekali tindakannya salah, 326 00:42:11,110 --> 00:42:13,440 tapi ia tak memadai untuk tuduhan membelot. 327 00:42:14,280 --> 00:42:15,490 Sebelum ini, 328 00:42:16,440 --> 00:42:20,990 penglibatan Datuk Bendahara yang menyokong rayuan para cendekiawan 329 00:42:21,490 --> 00:42:23,950 menimbulkan perselisihan faham dengan Paduka Raja. 330 00:42:25,080 --> 00:42:26,750 Baginda 331 00:42:26,830 --> 00:42:31,710 sedia maklum tentang kewujudan bala tentera Datuk Bendahara. 332 00:42:32,590 --> 00:42:35,630 Sudah semestinya Datuk Bendahara berasa takut. 333 00:42:37,050 --> 00:42:38,300 Mustahil… 334 00:42:39,340 --> 00:42:40,800 Maksud Datuk, 335 00:42:41,970 --> 00:42:44,430 Datuk Bendahara yang meracuni baginda? 336 00:42:49,390 --> 00:42:50,900 Tuanku perlu buat keputusan. 337 00:42:51,560 --> 00:42:55,280 Putera Jehyeon yang disokong seorang pembelot negara atau… 338 00:42:56,690 --> 00:42:57,860 Putera Hwi? 339 00:43:09,620 --> 00:43:12,420 Tuanku, Datuk Bendahara mohon menghadap. 340 00:43:19,050 --> 00:43:20,550 Bagaimana? 341 00:43:20,630 --> 00:43:24,300 Patik tak sepatutnya terpengaruh dan berpakat dengan Putera Wonsan. 342 00:43:25,310 --> 00:43:28,220 Tergamak baginda mengkhianati kita? 343 00:43:30,600 --> 00:43:32,980 Khabar angin mengatakan ayah meracuni baginda 344 00:43:33,060 --> 00:43:35,570 kerana takut dihukum setelah menghasut cendekiawan. 345 00:43:35,650 --> 00:43:37,530 Apa patut kita lakukan? 346 00:43:37,610 --> 00:43:39,400 Bedebah. 347 00:43:41,570 --> 00:43:43,530 Kita tak boleh berdiam diri saja. 348 00:43:44,570 --> 00:43:45,780 Panggil bala tentera ayah. 349 00:43:47,120 --> 00:43:49,370 - Apa? - Kita kesuntukan masa. 350 00:43:51,500 --> 00:43:54,130 Kirimkan utusan. Sekarang! 351 00:43:59,090 --> 00:44:00,670 - Tunggu. - Tolonglah! 352 00:44:00,760 --> 00:44:02,800 - Jangan masuk! - Tunggu! 353 00:44:05,850 --> 00:44:06,970 Apa semua ini? 354 00:44:07,060 --> 00:44:08,640 Dia pembunuh Paduka Raja. 355 00:44:08,720 --> 00:44:10,600 - Bawa dia pergi! - Baiklah! 356 00:44:10,680 --> 00:44:12,140 Apa? 357 00:44:12,230 --> 00:44:14,100 Apa yang cuba kamu lakukan? 358 00:44:14,190 --> 00:44:16,270 - Berani kamu? - Lepaskan beta! 359 00:44:16,360 --> 00:44:18,650 - Berani kamu sentuh beta. - Lepaskan baginda! 360 00:44:18,730 --> 00:44:22,150 - Berani kamu sentuh Paduka Permaisuri? - Lepas! 361 00:44:22,240 --> 00:44:23,410 Lepaskan beta! 362 00:44:23,490 --> 00:44:25,120 Lepas! 363 00:44:25,990 --> 00:44:28,120 Berani kamu sentuh beta? 364 00:44:28,200 --> 00:44:29,580 Tuanku! 365 00:44:41,090 --> 00:44:42,800 Datuk arahkan Sida-sida Cho 366 00:44:42,880 --> 00:44:45,800 untuk meracuni herba Paduka Raja. 367 00:44:48,260 --> 00:44:49,260 Apa… 368 00:44:53,390 --> 00:44:55,100 Jika ingin ke medan perang, 369 00:44:56,230 --> 00:44:58,730 Datuk perlu bijak memilih lawan. 370 00:45:00,110 --> 00:45:01,280 Datuk… 371 00:45:04,610 --> 00:45:06,780 - Bawa mereka pergi. - Baiklah. 372 00:45:08,200 --> 00:45:09,160 Ini fitnah. 373 00:45:09,950 --> 00:45:12,790 Berani kamu! Kamu takkan terlepas! 374 00:45:12,870 --> 00:45:14,750 - Kami difitnah! - Tuanku! 375 00:45:14,830 --> 00:45:16,880 Datuk Han! 376 00:45:16,960 --> 00:45:17,790 Tuanku! 377 00:45:24,420 --> 00:45:27,550 Tapi apa yang membawa kanda ke mari? 378 00:45:30,850 --> 00:45:32,810 Kita pulang 379 00:45:33,640 --> 00:45:36,190 untuk memberi penghormatan akhir kepada ayahanda. 380 00:45:37,190 --> 00:45:38,060 Kanda. 381 00:45:45,990 --> 00:45:47,530 - Iringi baginda. - Baiklah. 382 00:45:51,120 --> 00:45:51,990 Apa semua ini? 383 00:45:52,080 --> 00:45:54,080 Kanda! 384 00:45:54,750 --> 00:45:55,750 Lepaskan beta! 385 00:45:56,710 --> 00:45:58,040 Kanda! 386 00:45:58,120 --> 00:45:59,210 Lepas! 387 00:46:08,010 --> 00:46:09,680 Putera Jehyeon telah ditahan. 388 00:46:10,260 --> 00:46:11,510 Apa yang berlaku? 389 00:46:12,720 --> 00:46:15,020 Paduka Permaisuri dan Datuk Bendahara 390 00:46:16,390 --> 00:46:19,060 bersubahat dan meracuni Paduka Raja. 391 00:46:20,730 --> 00:46:21,860 Tapi kenapa? 392 00:46:23,480 --> 00:46:25,860 Tiada sebab untuk Datuk Bendahara buat begitu. 393 00:46:26,440 --> 00:46:31,410 Manusia tak perlukan sebab untuk mendapatkan perkara yang dihajatkan. 394 00:46:33,950 --> 00:46:36,700 Takhta tak boleh dibiar terlalu lama, 395 00:46:36,790 --> 00:46:39,830 jadi eloklah Tuanku mempersiapkan diri Tuanku. 396 00:46:42,880 --> 00:46:44,670 Apa maksud datuk? 397 00:46:46,630 --> 00:46:49,090 - Adakah… - Maksud datuk… 398 00:46:50,840 --> 00:46:54,600 kamulah yang akan bersemayam di singgahsana itu. 399 00:47:02,150 --> 00:47:04,360 Kita telah pun dimakzulkan. 400 00:47:04,940 --> 00:47:08,780 Satu-satunya waris yang sah ialah Putera Jehyeon. 401 00:47:09,700 --> 00:47:11,660 Bebaskan dia segera. 402 00:47:11,740 --> 00:47:14,030 Kita akan meninggalkan istana. 403 00:47:20,460 --> 00:47:22,500 Tuanku tiada pilihan. 404 00:47:23,420 --> 00:47:28,260 Tuanku melarikan diri dengan bantuan bekas guru Tuanku. 405 00:47:29,380 --> 00:47:30,930 Tuanku tiada pilihan 406 00:47:31,010 --> 00:47:33,970 selain hidup sebagai pelarian yang melarikan diri 407 00:47:34,050 --> 00:47:36,140 dan mengingkari titah raja. 408 00:47:38,060 --> 00:47:41,270 Hulubalang Yoon akan mati diseksa. 409 00:47:41,350 --> 00:47:44,770 Sida-sida dan dayang Tuanku akan dipancung. 410 00:47:44,860 --> 00:47:47,480 Jung Ji-un pula akan menghabiskan hidupnya 411 00:47:47,570 --> 00:47:50,280 sebagai seorang hamba. Itu yang Tuanku hajatkan? 412 00:47:55,240 --> 00:47:57,740 Kamu nak lihat 413 00:47:58,410 --> 00:48:02,170 sejauh mana datuk sanggup lakukan untuk pastikan kamu jadi raja? 414 00:48:06,500 --> 00:48:07,670 Kenapa… 415 00:48:09,670 --> 00:48:12,300 Kenapa datuk sanggup buat sampai begitu sekali? 416 00:48:12,380 --> 00:48:13,970 Datuk dah jelaskan. 417 00:48:14,970 --> 00:48:18,260 Kita tak perlukan sebab untuk memenuhi keinginan kita. 418 00:48:20,730 --> 00:48:22,190 Naiklah takhta. 419 00:48:23,560 --> 00:48:26,310 Sekiranya Tuanku berhajat melindungi mereka, 420 00:48:26,900 --> 00:48:29,480 Tuanku memerlukan kuasa untuk berbuat begitu. 421 00:48:33,320 --> 00:48:34,740 Siapa di luar? 422 00:48:39,490 --> 00:48:41,620 Iringi baginda ke kamar. 423 00:48:41,700 --> 00:48:42,830 - Baiklah. - Baiklah. 424 00:49:03,940 --> 00:49:05,230 Tuanku! 425 00:49:11,530 --> 00:49:14,150 Ke tepi. Berani kamu. 426 00:49:14,240 --> 00:49:16,820 Kami diarahkan oleh Datuk Temenggung untuk iringi baginda. 427 00:49:16,910 --> 00:49:18,200 Tiada siapa dibenarkan menghadap. 428 00:49:41,060 --> 00:49:42,100 Tuanku tak apa-apa? 429 00:49:42,970 --> 00:49:44,310 Hyun. 430 00:49:44,390 --> 00:49:46,140 Kita gembira Tuanku selamat. 431 00:49:47,520 --> 00:49:49,110 Kita akan pergi dari sini. 432 00:49:49,940 --> 00:49:51,900 Kita akan iringi Tuanku. 433 00:49:55,990 --> 00:49:58,160 Rendahkan senjata kamu. 434 00:50:07,250 --> 00:50:11,420 Tak cukupkah Datuk menyeksa Hulubalang Yoon dan mereka yang lain? 435 00:50:11,500 --> 00:50:15,010 Tergamak Datuk melayan baginda begini? 436 00:50:15,590 --> 00:50:20,140 Nampaknya Tuanku tak sedar yang Tuanku terselamat 437 00:50:21,010 --> 00:50:24,520 kerana inilah ihsan terakhir patik terhadap kerabat diraja? 438 00:50:39,490 --> 00:50:41,030 Patik dimaklumkan 439 00:50:41,820 --> 00:50:45,660 Putera Wonsan memainkan peranan penting dalam pemakzulan Paduka Raja Muda. 440 00:50:50,000 --> 00:50:51,670 Inilah kali terakhir 441 00:50:52,460 --> 00:50:57,260 Tuanku berdua diselamatkan oleh kedudukan Tuanku sebagai kerabat diraja. 442 00:50:58,930 --> 00:51:00,470 Patik mohon agar Tuanku beringat. 443 00:51:08,060 --> 00:51:09,350 Lepaskan beta! 444 00:51:09,440 --> 00:51:10,810 - Hyun! - Lepas! 445 00:51:11,440 --> 00:51:13,520 Tuanku. 446 00:51:15,480 --> 00:51:16,480 Tuanku! 447 00:51:38,260 --> 00:51:40,050 SHINMUMUN 448 00:51:48,680 --> 00:51:49,810 Anak derhaka. 449 00:51:53,020 --> 00:51:54,770 Di mana baginda berada? 450 00:51:54,860 --> 00:51:57,730 Adakah kamu sedar akan perbuatan kamu? 451 00:51:57,820 --> 00:51:59,570 Hamba perlu menemui baginda. 452 00:51:59,650 --> 00:52:02,570 Apa kamu cuba lakukan dengan membantu baginda melarikan diri? 453 00:52:02,660 --> 00:52:03,740 Ayah! 454 00:52:05,530 --> 00:52:06,620 Hamba perlu… 455 00:52:08,910 --> 00:52:10,120 menemui baginda. 456 00:52:10,200 --> 00:52:12,580 Kamu tak boleh menghadap baginda. 457 00:52:14,710 --> 00:52:16,840 Apa maksud ayah? 458 00:52:16,920 --> 00:52:19,210 Upacara pertabalan akan berlangsung tak lama lagi. 459 00:52:19,300 --> 00:52:20,460 Pulanglah. 460 00:52:21,630 --> 00:52:22,630 Maksud ayah… 461 00:52:24,840 --> 00:52:26,850 baginda akan menaiki takhta? 462 00:52:30,680 --> 00:52:31,770 Tak. 463 00:52:33,230 --> 00:52:35,520 Tak, mustahil. 464 00:53:01,880 --> 00:53:02,880 Kanda. 465 00:53:07,390 --> 00:53:08,510 Benarkah… 466 00:53:10,180 --> 00:53:14,310 Benarkah datuk dinda yang meracuni ayahanda? 467 00:53:16,730 --> 00:53:17,730 Tak benar, bukan? 468 00:53:18,900 --> 00:53:20,690 Beritahulah yang ia tak benar. 469 00:53:28,280 --> 00:53:29,830 Dinda hidup dalam ketakutan. 470 00:53:31,830 --> 00:53:34,500 Takut sekiranya dinda merampas tempat kanda. 471 00:53:36,080 --> 00:53:37,380 Tapi nampaknya, 472 00:53:38,170 --> 00:53:39,840 dinda silap. 473 00:53:41,000 --> 00:53:43,590 Dinda sebenarnya takut malang yang bakal menimpa 474 00:53:44,340 --> 00:53:46,130 akibat ketamakan serta keinginan 475 00:53:47,050 --> 00:53:48,550 bonda dan datuk dinda. 476 00:53:50,100 --> 00:53:51,470 Takut dinda akan mati. 477 00:53:53,060 --> 00:53:54,730 Ia menakutkan dinda. 478 00:53:59,400 --> 00:54:02,070 Maafkan kanda, Gyeom. 479 00:54:04,070 --> 00:54:04,940 Kanda… 480 00:54:06,570 --> 00:54:08,740 Kanda sangka kanda saja yang sengsara. 481 00:54:10,530 --> 00:54:12,660 Kanda sangka kanda saja yang ketakutan. 482 00:54:17,620 --> 00:54:18,830 Kanda… 483 00:54:21,040 --> 00:54:22,590 penyebab kemangkatan ayahanda. 484 00:54:26,470 --> 00:54:28,880 Ayahanda mangkat kerana kanda. 485 00:54:49,530 --> 00:54:50,870 Usah bimbang. 486 00:54:52,660 --> 00:54:54,490 Kanda akan selamatkan kamu. 487 00:54:55,790 --> 00:54:57,790 Kamu takkan mati. 488 00:54:58,370 --> 00:54:59,290 Kanda takkan… 489 00:55:01,330 --> 00:55:04,090 benarkan mereka meragut nyawa kamu. 490 00:56:07,320 --> 00:56:08,610 Kita akan jadi raja. 491 00:56:10,860 --> 00:56:13,950 Kita takkan lupa jasa Datuk menyelamatkan kita 492 00:56:15,200 --> 00:56:17,450 daripada pemakzulan… 493 00:56:20,370 --> 00:56:22,120 dan menjadikan kita raja. 494 00:56:25,420 --> 00:56:26,590 Kita ada… 495 00:56:28,420 --> 00:56:29,880 satu permintaan. 496 00:56:30,590 --> 00:56:32,170 Patik mendengar. 497 00:56:35,470 --> 00:56:37,510 Usah bunuh Putera Jehyeon. 498 00:56:38,140 --> 00:56:40,980 Kita mahu yang lain juga selamat. 499 00:56:42,690 --> 00:56:44,650 Kita mahu Datuk berjanji. 500 00:56:46,650 --> 00:56:48,320 Sekiranya janji ini dikotakan, 501 00:56:50,190 --> 00:56:53,030 beta sedia menjadi boneka Datuk. 502 00:57:00,450 --> 00:57:02,410 Itu saja yang Tuanku hajatkan? 503 00:57:07,250 --> 00:57:09,880 Patik menjunjung kasih. 504 00:57:09,960 --> 00:57:10,960 Tuanku. 505 00:58:05,100 --> 00:58:06,140 Berhenti! 506 00:58:32,340 --> 00:58:33,460 Berundur. 507 00:59:10,500 --> 00:59:11,460 Tuanku… 508 00:59:16,960 --> 00:59:17,880 Kecederaan Tuanku… 509 00:59:20,550 --> 00:59:22,890 masih belum sembuh. 510 00:59:28,770 --> 00:59:30,100 Maafkan beta. 511 00:59:32,650 --> 00:59:33,650 Beta… 512 00:59:36,110 --> 00:59:37,610 minta maaf. 513 00:59:41,160 --> 00:59:42,240 Tak. 514 00:59:43,990 --> 00:59:45,530 Tolong nafikan. 515 00:59:47,540 --> 00:59:51,120 Tuanku telah berjanji bahawa kita akan bersama. 516 00:59:53,960 --> 00:59:55,420 Masih belum terlewat. 517 00:59:56,340 --> 00:59:57,840 Tuanku boleh tinggalkan istana 518 00:59:58,960 --> 01:00:00,720 dan patik akan iringi Tuanku, jadi… 519 01:00:00,800 --> 01:00:01,840 Kini… 520 01:00:06,060 --> 01:00:08,270 kamu perlu menjauhkan diri daripada beta. 521 01:00:10,730 --> 01:00:11,640 Usah dekat. 522 01:00:24,280 --> 01:00:25,280 Setidaknya… 523 01:00:28,290 --> 01:00:29,120 benarkan patik… 524 01:00:31,710 --> 01:00:33,920 merawat kecederaan Tuanku. 525 01:01:26,680 --> 01:01:28,640 Daulat Tuanku! 526 01:01:33,520 --> 01:01:35,230 Daulat Tuanku! 527 01:01:37,600 --> 01:01:39,060 Daulat Tuanku! 528 01:01:40,980 --> 01:01:44,190 Mengumumkan ketibaan Paduka Raja. 529 01:02:47,670 --> 01:02:49,380 Mulakan taklimat pagi. 530 01:02:52,000 --> 01:03:20,000 Sub by NETFLIX Ripped & Resynced Hennessey 531 01:03:20,040 --> 01:03:23,130 Izinkan patik untuk merawat kecederaan Tuanku sehingga ia sembuh. 532 01:03:23,210 --> 01:03:25,250 - Satu-satunya impian dinda adalah - Tuanku! 533 01:03:25,340 --> 01:03:28,670 - melahirkan putera dan bahagiakan Tuanku. - Tuanku! 534 01:03:28,760 --> 01:03:31,010 Tak perlu bebankan diri dengan urusan sulit 535 01:03:31,510 --> 01:03:33,510 supaya dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. 536 01:03:33,600 --> 01:03:34,680 Kita akan ingat. 537 01:03:35,180 --> 01:03:37,390 Bagaimana dengan kecederaan baginda? 538 01:03:37,470 --> 01:03:38,640 Kecederaan? 539 01:03:38,730 --> 01:03:40,350 Selama ini kamu tahu? 540 01:03:40,440 --> 01:03:43,690 Sekiranya sesuatu menimpa baginda, hamba takkan dapat hadapinya. 541 01:03:43,770 --> 01:03:47,610 - Hamba harap kamu tamatkan. - Hyun. 542 01:03:47,690 --> 01:03:51,360 Baginda adalah segala-galanya buat hamba sekarang. 543 01:03:51,450 --> 01:03:55,580 Terjemahan sari kata oleh Hazizah Ali