1
00:00:06,083 --> 00:00:08,083
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:01:30,124 --> 00:01:31,708
Seterusnya, ramalan cuaca.
3
00:01:32,541 --> 00:01:34,041
Mana pengecas?
4
00:01:36,791 --> 00:01:40,374
Jabatan meteorologi meramalkan
hujan lebat di Istanbul.
5
00:01:40,458 --> 00:01:41,666
Di mana saya letak?
6
00:01:41,749 --> 00:01:44,333
…disebabkan arus
udara sejuk dari Balkan.
7
00:01:45,291 --> 00:01:48,416
Para pakar juga
memberikan amaran ribut malam ini.
8
00:01:51,041 --> 00:01:55,291
PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
9
00:01:55,374 --> 00:01:57,749
7 APRIL 1995
10
00:02:00,499 --> 00:02:04,166
Ribut kencang dijangka
berlarutan hingga waktu pagi.
11
00:02:10,624 --> 00:02:12,166
Teksi! Berhenti!
12
00:02:12,249 --> 00:02:13,166
Berhenti.
13
00:02:14,958 --> 00:02:15,958
Apa…
14
00:02:19,499 --> 00:02:20,583
Boleh kita kongsi?
15
00:02:20,666 --> 00:02:22,166
Cepat. Saya dah lambat.
16
00:02:31,749 --> 00:02:33,458
Pembunuhan di Bosporus…
17
00:02:39,666 --> 00:02:41,083
JADILAH HEBAT HARI INI
18
00:02:41,666 --> 00:02:42,999
- Apa cerita?
- Lewatnya.
19
00:02:43,083 --> 00:02:44,499
Kami berikan tugasan.
20
00:02:46,166 --> 00:02:48,124
- Apa tadi?
- Pembunuhan di Bosporus.
21
00:02:48,208 --> 00:02:51,749
Ya. Fikret, ikuti siasatan
dan temu bual pihak polis.
22
00:02:51,833 --> 00:02:53,999
Tanya jika mereka dah jumpa suspek.
23
00:02:54,083 --> 00:02:54,916
Fikret?
24
00:02:56,708 --> 00:02:58,291
Maksud saya, boleh, tapi…
25
00:02:59,041 --> 00:03:00,749
Tapi ada seseorang di sini
26
00:03:00,833 --> 00:03:04,291
yang baca semua
novel Agatha Christie.
27
00:03:08,874 --> 00:03:09,708
Dengar sini.
28
00:03:09,791 --> 00:03:14,083
Jika saya tak geledah satu Istanbul
dan cari pembunuhnya sebelum polis,
29
00:03:14,166 --> 00:03:16,166
saya akan belanja makan sebulan.
30
00:03:18,416 --> 00:03:19,916
Itulah masalahnya, Esra.
31
00:03:21,374 --> 00:03:22,416
Apa maksud awak?
32
00:03:29,041 --> 00:03:30,874
Awak selalu melebih-lebih.
33
00:03:31,916 --> 00:03:34,916
Saya minta artikel tentang
restoran makanan laut terbaik,
34
00:03:34,999 --> 00:03:37,958
awak tulis tentang kesan
pemanasan global pada ikan.
35
00:03:38,041 --> 00:03:40,583
Saya minta artikel kafe paling popular,
36
00:03:40,666 --> 00:03:43,416
awak tulis 40 muka surat
tentang kegiatan haram.
37
00:03:43,999 --> 00:03:46,749
Saya cari kisah penting
di sebalik apa yang ada.
38
00:03:46,833 --> 00:03:50,041
- Salahkah?
- Saya tak mahu kisah penting.
39
00:03:50,124 --> 00:03:52,583
Ikut arahan jika mahu bekerja di sini.
40
00:03:54,708 --> 00:03:56,291
Tugasan awak hari ini
41
00:03:58,166 --> 00:03:59,291
adalah Pera Palace.
42
00:03:59,374 --> 00:04:00,999
- Agatha Christie pernah…
- Tak!
43
00:04:02,291 --> 00:04:06,083
Awak akan tulis artikel
tentang ulang tahun ke-130 hotel itu.
44
00:04:06,583 --> 00:04:10,458
"130 sebab untuk menginap di Pera Palace."
45
00:04:11,499 --> 00:04:12,374
Tapi…
46
00:04:13,916 --> 00:04:15,291
Boleh buat 30 saja?
47
00:04:44,916 --> 00:04:46,624
HOTEL PERA PALACE
1892
48
00:04:58,791 --> 00:04:59,958
Saya kenal reaksi itu.
49
00:05:00,833 --> 00:05:01,666
Apa?
50
00:05:03,208 --> 00:05:04,708
-Deja vu.
- Taklah.
51
00:05:05,999 --> 00:05:08,124
Saya belum bersarapan,
52
00:05:08,208 --> 00:05:09,749
jadi mungkin pening sedikit.
53
00:05:09,833 --> 00:05:11,583
Kali pertama di Pera Palace?
54
00:05:11,666 --> 00:05:12,791
Ya.
55
00:05:12,874 --> 00:05:14,416
Saya kerap lalu,
56
00:05:14,499 --> 00:05:16,041
tapi tak pernah masuk.
57
00:05:16,124 --> 00:05:17,791
Selamat datang ke Pera Palace.
58
00:05:19,083 --> 00:05:20,958
Saya Ahmet. Pengurus hotel.
59
00:05:21,041 --> 00:05:23,333
Yakah? Saya Esra. Saya wartawan.
60
00:05:23,416 --> 00:05:25,499
Saya menantikan cik. Mari saya tunjukkan.
61
00:05:25,583 --> 00:05:28,249
Sebenarnya,
saya dah tengok semasa ke sini.
62
00:05:28,333 --> 00:05:30,083
Sejarahnya memang dahsyat.
63
00:05:30,999 --> 00:05:32,291
Kalaulah cik tahu.
64
00:05:33,499 --> 00:05:35,124
Bagus juga jika encik cerita.
65
00:05:36,791 --> 00:05:38,083
Lawatan ini lama.
66
00:05:38,583 --> 00:05:40,999
Cik tak boleh lawat dengan perut kosong.
67
00:05:41,083 --> 00:05:42,499
Sila ikut saya.
68
00:05:52,374 --> 00:05:55,541
Baiklah. Hotel ini dibina pada 1892
69
00:05:55,624 --> 00:05:57,749
di atas tanah perkuburan lama.
70
00:05:57,833 --> 00:05:59,416
Malam-malam ada hantu?
71
00:06:00,208 --> 00:06:01,999
Ya, dan bukan hantu saja.
72
00:06:06,541 --> 00:06:11,291
Ini lif elektrik kedua Eropah
dan yang pertama di Turkey.
73
00:06:12,208 --> 00:06:13,874
Ia dah tak berfungsi lagi,
74
00:06:13,958 --> 00:06:16,208
tapi kami tetap berbangga dengannya.
75
00:06:17,291 --> 00:06:20,083
Hotel ini yang termewah
dan moden pada zamannya.
76
00:06:20,166 --> 00:06:22,416
Dibina untuk penumpang Orient Express.
77
00:06:23,374 --> 00:06:26,333
Kereta api terakhir Barat ke Timur.
78
00:06:28,583 --> 00:06:32,083
Parti Tahun Baru pertama
di Turkey diadakan di dewan ini.
79
00:06:33,874 --> 00:06:35,499
Ia malam yang gemilang.
80
00:06:36,791 --> 00:06:39,416
Secara jujurnya,
orang zaman dulu tahu berseronok.
81
00:06:41,083 --> 00:06:43,458
Kalaulah dinding ini boleh bercakap.
82
00:06:44,749 --> 00:06:46,083
Macam encik ada di situ.
83
00:06:48,124 --> 00:06:50,624
Mesti encik ada banyak cerita.
84
00:06:51,708 --> 00:06:56,624
Encik ada kisah menarik
yang tiada siapa tahu?
85
00:06:57,916 --> 00:06:59,583
Pembunuhan yang tak diketahui?
86
00:07:01,374 --> 00:07:02,624
Sila ikut saya.
87
00:07:04,374 --> 00:07:06,749
Dinding tak boleh bercakap,
tapi encik boleh.
88
00:07:06,833 --> 00:07:07,791
Sila ikut sini.
89
00:07:14,291 --> 00:07:16,458
Bilik muzium pertama di hotel kami.
90
00:07:19,333 --> 00:07:22,291
Mustafa Kemal Atatürk
sering datang ke Pera Palace.
91
00:07:22,374 --> 00:07:24,291
Dia kerap menginap di bilik ini
92
00:07:24,374 --> 00:07:27,458
selepas Perang Dunia Pertama
semasa Istanbul ditakluki.
93
00:07:28,458 --> 00:07:32,124
Mungkin juga merancang
butiran Perang Kemerdekaan di sini.
94
00:07:57,041 --> 00:07:58,999
Cik jumpa sesuatu yang menarik.
95
00:07:59,083 --> 00:08:01,291
Apa? Oh, ya.
96
00:08:01,791 --> 00:08:03,874
Ia milik wanita bernama Peride,
97
00:08:04,458 --> 00:08:06,541
ahli kepada keluarga Uthmaniyah yang kaya.
98
00:08:06,624 --> 00:08:09,166
Anak buah pemilik hotel
pada zaman penaklukan.
99
00:08:10,124 --> 00:08:12,708
Dia wira yang menarik tapi tak diketahui.
100
00:08:13,541 --> 00:08:15,958
Peride amat mencintai Mustafa Kemal
101
00:08:16,041 --> 00:08:18,458
walaupun bertemu
beberapa kali di Pera Palace.
102
00:08:20,124 --> 00:08:21,833
Pada musim bunga 1919,
103
00:08:21,916 --> 00:08:26,541
British menyangka Mustafa Kemal
merancang untuk memberontak,
104
00:08:27,083 --> 00:08:30,083
jadi mereka bersiap sedia
untuk membunuhnya.
105
00:08:30,166 --> 00:08:32,666
Jadi, Peride halang cubaan itu?
106
00:08:32,749 --> 00:08:34,916
Malah, tiada sesiapa yang tahu.
107
00:08:36,499 --> 00:08:38,208
Disebabkan Peride,
108
00:08:38,291 --> 00:08:41,583
Mustafa Kemal dapat menaiki
SS Bandirma pada 16 Mei.
109
00:08:42,083 --> 00:08:43,374
Selebihnya awak tahu.
110
00:08:43,958 --> 00:08:45,583
Menurut kisah itu,
111
00:08:45,666 --> 00:08:48,499
Peride beri sapu tangan
sebagai tanda perpisahan.
112
00:08:49,583 --> 00:08:52,374
Mustahil nak tahu jika kisah itu benar,
113
00:08:54,083 --> 00:08:55,291
tapi ia tetap menarik.
114
00:09:01,458 --> 00:09:02,333
Seterusnya…
115
00:09:03,333 --> 00:09:05,333
Ini tempat terakhir lawatan kita.
116
00:09:05,833 --> 00:09:06,958
Bilik 411.
117
00:09:08,333 --> 00:09:11,499
Agatha Christie tulis
Murder on the Orient Expressdi sini.
118
00:09:11,583 --> 00:09:12,499
Benarkah?
119
00:09:13,249 --> 00:09:15,499
- Itu novel kegemaran saya.
- Ya.
120
00:09:16,374 --> 00:09:18,374
- Ini pula?
- Ya.
121
00:09:19,124 --> 00:09:20,124
Aduhai…
122
00:09:21,499 --> 00:09:24,791
Pada 1926,
Cik Christie hilang selama 11 hari
123
00:09:24,874 --> 00:09:26,999
semasa menginap di bilik ini.
124
00:09:27,874 --> 00:09:28,749
Maaf.
125
00:09:29,541 --> 00:09:31,916
Tiada siapa tahu dia ke mana.
126
00:09:31,999 --> 00:09:34,916
Malah, orang sangka dia dibunuh.
127
00:09:35,416 --> 00:09:39,708
Seorang psikik Amerika mendakwa
bilik ini menyimpan jawapannya.
128
00:09:40,208 --> 00:09:42,499
Orang geledah bilik ini dengan teliti,
129
00:09:43,791 --> 00:09:46,166
tapi hanya temui sebuah kunci lama.
130
00:09:49,583 --> 00:09:50,958
Entah bagaimana rupanya.
131
00:09:57,958 --> 00:10:00,208
Rasanya tak ada teksi ketika hujan.
132
00:10:00,291 --> 00:10:04,124
Kami boleh tempatkan cik
di Pera Palace semalaman jika mahu.
133
00:10:04,208 --> 00:10:06,499
- Benarkah?
- Jika cik sudi.
134
00:10:08,208 --> 00:10:11,208
Kalau begitu,
boleh saya menginap di bilik 411?
135
00:10:11,291 --> 00:10:12,749
Di bilik Agatha?
136
00:10:12,833 --> 00:10:15,249
Tolong jangan ambil risiko. Ikut saya.
137
00:10:18,374 --> 00:10:20,041
28. APABILA MASUK KE PERA PALACE…
138
00:10:37,583 --> 00:10:40,749
DINDING-DINDING PERA PALACE MULA BERBICARA
139
00:10:40,833 --> 00:10:43,833
KALAULAH DINDING-DINDING INI
BOLEH BERCAKAP…
140
00:10:43,916 --> 00:10:45,916
…MEMBISIKKAN NAMA "PERIDE".
141
00:10:45,999 --> 00:10:50,874
PERIDE MENGUBAH NASIB NEGARA DENGAN
MENYELAMATKAN LELAKI YANG DINCINTAI…
142
00:10:50,958 --> 00:10:51,833
CINTA.
143
00:10:51,916 --> 00:10:53,666
HOTEL PERA PALACE, BILIK 191
144
00:10:57,499 --> 00:10:59,541
BILIK 411
145
00:10:59,624 --> 00:11:01,624
INI BUKAN KISAH CINTA, TAPI MISTERI
146
00:11:01,708 --> 00:11:03,541
MURDER ON THE ORIENT EXPRESS
147
00:11:03,624 --> 00:11:06,041
SEBUAH KUNCI LAMA
148
00:11:06,124 --> 00:11:10,874
SEMUA INI HANYALAH SEBUAH KISAH.
149
00:11:27,124 --> 00:11:28,749
Hei, Ahmet.
150
00:11:30,416 --> 00:11:32,124
Saya tak mahu ganggu cik.
151
00:11:32,208 --> 00:11:33,333
Ganggu? Taklah.
152
00:11:33,416 --> 00:11:35,791
Mari saya belanja minum jika awak lapang.
153
00:11:35,874 --> 00:11:37,624
Sebagai tanda terima kasih.
154
00:11:38,583 --> 00:11:40,958
- Baiklah. Terima kasih.
- Terima kasih.
155
00:11:41,999 --> 00:11:43,208
Kalau cik nak minum,
156
00:11:43,874 --> 00:11:46,374
saya cadangkan koktel istimewa kami.
157
00:11:46,458 --> 00:11:47,624
- Boleh?
- Baiklah.
158
00:11:48,124 --> 00:11:48,958
Dinçer.
159
00:11:51,624 --> 00:11:54,958
Sedapnya, Ahmet. Apa kandungannya?
160
00:11:56,083 --> 00:11:58,041
Resipi rahsia kami tak boleh didedahkan.
161
00:11:59,749 --> 00:12:00,666
Betul.
162
00:12:01,791 --> 00:12:03,958
Awak selalu balik lewat malam?
163
00:12:04,041 --> 00:12:05,958
Tak. Mulai esok, saya akan cuti.
164
00:12:06,041 --> 00:12:08,916
Saya perlu habiskan
pemeriksaan dan beri arahan.
165
00:12:10,499 --> 00:12:12,583
Jadi, awak suka kawal keadaan.
166
00:12:12,666 --> 00:12:15,624
Saya tak mahu
ada masalah semasa saya tiada.
167
00:12:19,999 --> 00:12:20,958
Tiga minggu.
168
00:12:22,666 --> 00:12:24,041
Tak tahu nak buat apa.
169
00:12:25,999 --> 00:12:28,083
Ini kali pertama saya cuti panjang.
170
00:12:29,166 --> 00:12:32,291
Awak macam sedih sebab bercuti.
171
00:12:32,999 --> 00:12:36,416
Hotel ini tetap di sini.
Mana boleh terus tutup.
172
00:12:37,124 --> 00:12:38,374
Nikmatlah waktu ini.
173
00:12:38,458 --> 00:12:39,874
Apa cik buat semasa cuti?
174
00:12:44,124 --> 00:12:44,958
Tak ada apa.
175
00:12:45,999 --> 00:12:47,999
Dengan kawan-kawan pun?
176
00:12:52,666 --> 00:12:54,999
Saya tak pandai duduk diam.
177
00:12:57,624 --> 00:12:59,916
Saya nak buat benda penting.
178
00:13:02,249 --> 00:13:04,999
Benda yang akan beri
kesan atau perubahan.
179
00:13:07,291 --> 00:13:10,291
Tapi saya takkan ke mana
jika terus buat begini.
180
00:13:13,124 --> 00:13:15,124
Jangan putus harapan.
181
00:13:16,124 --> 00:13:18,458
Kita tak tahu apa akan jadi esok.
182
00:13:27,916 --> 00:13:29,166
Baiklah.
183
00:13:39,874 --> 00:13:40,958
Oh, ya.
184
00:13:42,291 --> 00:13:46,291
Ingat lagi kunci yang mereka
temui di bilik Agatha Christie?
185
00:13:50,374 --> 00:13:51,708
- Ini kuncinya?
- Ya.
186
00:13:53,624 --> 00:13:54,708
Aduhai.
187
00:13:56,416 --> 00:13:57,958
Mempesonakan.
188
00:14:03,666 --> 00:14:05,041
Terima kasih.
189
00:14:05,124 --> 00:14:06,499
Untuk segalanya.
190
00:14:06,583 --> 00:14:08,874
Saya akan baca selepas ia diterbitkan.
191
00:14:08,958 --> 00:14:11,416
- Jaga diri.
- Encik juga.
192
00:14:11,499 --> 00:14:13,499
- Selamat malam.
- Selamat malam.
193
00:14:40,083 --> 00:14:41,458
Aduhai, Ahmet… Awak…
194
00:15:00,083 --> 00:15:02,083
MURDER ON THE ORIENT EXPRESS
AGATHA CHRISTIE
195
00:15:02,166 --> 00:15:04,166
THREE BLIND MICE DAN KISAH-KISAH LAIN
196
00:17:31,541 --> 00:17:33,374
Helo. Servis bilik.
197
00:18:38,291 --> 00:18:39,374
Apa ini?
198
00:18:49,958 --> 00:18:51,458
1919?
199
00:18:52,166 --> 00:18:54,708
Selamat kembali ke Pera Palace,
Tuan dan Pn. Christie.
200
00:18:54,791 --> 00:18:56,916
Meja sudah sedia. Sila ikut sini.
201
00:18:57,499 --> 00:18:58,416
Apa?
202
00:19:00,208 --> 00:19:01,166
Agatha Christie?
203
00:19:03,208 --> 00:19:04,333
Aduhai!
204
00:19:46,374 --> 00:19:48,374
- Bagus sekali.
- Pn. Christie.
205
00:19:48,458 --> 00:19:49,624
Hai.
206
00:19:50,583 --> 00:19:52,333
Saya peminat nombor satu puan.
207
00:19:52,416 --> 00:19:54,333
Saya dah baca semua novel puan.
208
00:19:56,583 --> 00:19:57,666
Maaf?
209
00:19:57,749 --> 00:19:59,041
Saya minta diri.
210
00:19:59,124 --> 00:20:01,541
Saya tak terbitkan apa-apa novel.
211
00:20:12,083 --> 00:20:13,083
Apa ini?
212
00:20:18,874 --> 00:20:22,666
Malangnya, persatuan sastera
tak menyukai karya saya.
213
00:20:22,749 --> 00:20:25,458
Nampaknya, saya tak boleh teruskan
214
00:20:25,541 --> 00:20:27,791
jika tak berbakat.
215
00:20:29,416 --> 00:20:31,416
Tidak! Jangan fikir begitu.
216
00:20:41,708 --> 00:20:42,749
Itu Atatürk.
217
00:20:42,833 --> 00:20:44,083
Ini tak mungkin.
218
00:21:01,749 --> 00:21:03,124
Gaya baru di Paris?
219
00:21:05,708 --> 00:21:06,666
Apa?
220
00:21:11,708 --> 00:21:13,374
Kenapa tenung dari jauh?
221
00:21:13,999 --> 00:21:16,249
Awak bukan mahu jumpa Mustafa Kemal?
222
00:21:19,999 --> 00:21:22,333
Tentu encik dah salah orang.
223
00:21:32,499 --> 00:21:34,291
Ada masalah, En. Ahmet?
224
00:21:42,041 --> 00:21:43,333
BILIK AGATHA CHRISTIE
225
00:21:58,291 --> 00:22:00,958
Tuan, pegawai British di sana
226
00:22:01,041 --> 00:22:02,999
jemput tuan sertai meja mereka.
227
00:22:10,916 --> 00:22:12,499
Terima kasih saja,
228
00:22:12,583 --> 00:22:14,624
tapi mereka tetamu di sini.
229
00:22:14,708 --> 00:22:16,208
Beritahu mereka biasanya
230
00:22:16,749 --> 00:22:19,083
tuan rumah yang jemput tetamu.
231
00:22:19,583 --> 00:22:22,458
Mereka boleh datang
ke meja saya jika mahu.
232
00:22:56,624 --> 00:22:57,624
Esra?
233
00:22:58,124 --> 00:22:59,124
Awak buat apa?
234
00:22:59,708 --> 00:23:00,624
Mana dapat ini?
235
00:23:00,708 --> 00:23:03,708
Artikel itu tipu, bukan?
Ini tujuan sebenar awak.
236
00:23:03,791 --> 00:23:05,916
Macam mana awak tahu? Siapa awak?
237
00:23:05,999 --> 00:23:08,208
Lepaskan tangan saya sekarang, encik.
238
00:23:08,291 --> 00:23:11,708
Kalau tak, encik perlu
menjawab dengan polis.
239
00:23:18,124 --> 00:23:20,333
Rasanya, encik dah salah orang.
240
00:24:03,791 --> 00:24:04,916
Terima kasih.
241
00:24:05,458 --> 00:24:06,291
Ahmet!
242
00:24:07,708 --> 00:24:08,666
Ahmet!
243
00:24:10,416 --> 00:24:11,874
Aduhai, apa semua ini?
244
00:24:11,958 --> 00:24:13,374
Jangan berdiri saja! Mari.
245
00:24:13,958 --> 00:24:15,083
Ahmet!
246
00:24:15,166 --> 00:24:16,458
Ini tempat apa?
247
00:24:16,958 --> 00:24:19,041
- Ahmet…
- Apa awak buat di sini?
248
00:24:19,541 --> 00:24:21,083
Apa dalam minuman itu?
249
00:24:21,166 --> 00:24:22,583
Saya terlalu mabuk.
250
00:24:23,083 --> 00:24:24,458
Ini bukan nyata, betul?
251
00:24:24,541 --> 00:24:26,374
Awak tak tahu siapa di sini. Nanti!
252
00:24:27,083 --> 00:24:29,583
Inilah mimpi paling jelas.
253
00:24:29,666 --> 00:24:32,124
Bagaimana awak ke sini tanpa kunci?
254
00:24:32,208 --> 00:24:34,458
Tanpa kunci? Maksud awak, kunci aneh itu?
255
00:24:34,541 --> 00:24:35,708
Ia ada pada saya.
256
00:24:36,208 --> 00:24:38,916
Bukankah awak tinggalkan
sebagai kejutan untuk saya?
257
00:24:38,999 --> 00:24:40,874
Kenapa saya nak berikannya?
258
00:24:40,958 --> 00:24:42,458
Saya lindunginya selama ini.
259
00:24:42,541 --> 00:24:44,583
Itu! Saya ada penduanya, Ahmet.
260
00:24:45,083 --> 00:24:46,166
Saya tak faham.
261
00:24:46,666 --> 00:24:47,708
Masuk saja.
262
00:24:51,083 --> 00:24:52,041
Tapi…
263
00:24:55,041 --> 00:24:56,791
Tunjukkan kunci itu.
264
00:24:58,499 --> 00:24:59,874
Ini dia.
265
00:25:02,416 --> 00:25:03,458
Kunci kedua…
266
00:25:04,416 --> 00:25:05,374
Tapi bagaimana?
267
00:25:09,041 --> 00:25:12,166
Dengar sini.
Saya tak tahu siapa awak atau niat awak,
268
00:25:12,249 --> 00:25:14,249
tapi kita akan bincang nanti.
269
00:25:14,333 --> 00:25:15,583
Ini lebih mustahak.
270
00:25:15,666 --> 00:25:17,916
- Aduhai! Kenapa itu?
- Sebab awaklah.
271
00:25:17,999 --> 00:25:20,583
Apa kaitannya dengan saya?
Pergi ke hospital.
272
00:25:24,708 --> 00:25:26,291
Kewujudan awak di sini
273
00:25:26,374 --> 00:25:28,291
membahayakan kewujudan saya.
274
00:25:28,374 --> 00:25:30,458
Jari ini baru permulaan.
275
00:25:34,291 --> 00:25:35,333
Apa maksud awak?
276
00:25:41,124 --> 00:25:41,999
Bagaimana?
277
00:25:49,458 --> 00:25:50,333
Ini…
278
00:25:51,291 --> 00:25:52,541
Tempat ini nyata?
279
00:25:56,041 --> 00:25:56,958
Mestilah!
280
00:25:58,833 --> 00:25:59,874
Saya dah tahu.
281
00:25:59,958 --> 00:26:02,166
Hari mereka bertemu,
kemalangan itu, majlis…
282
00:26:02,249 --> 00:26:04,166
Baiklah. Saya tahu mana silapnya.
283
00:26:06,374 --> 00:26:07,374
- Ahmet.
- Ya.
284
00:26:07,458 --> 00:26:08,791
Ahmet.
285
00:26:08,874 --> 00:26:10,458
Mari kita turun dan…
286
00:26:11,916 --> 00:26:13,624
- Ya. Ayuh.
- Apa?
287
00:26:13,708 --> 00:26:14,749
Awak tunggu di sini.
288
00:26:14,833 --> 00:26:16,874
Jangan keluar dari bilik ini, okey?
289
00:26:16,958 --> 00:26:19,791
Saya merentas masa.
Saya takkan tunggu di sini.
290
00:26:19,874 --> 00:26:22,499
Benarkan saya tunjuk orang-orang di bawah.
291
00:26:27,041 --> 00:26:27,874
Kenapa?
292
00:26:34,999 --> 00:26:36,291
Ruang ini kosong.
293
00:26:36,874 --> 00:26:38,249
Tidak! Ahmet!
294
00:26:38,999 --> 00:26:40,041
Ahmet!
295
00:26:40,624 --> 00:26:41,624
Ahmet.
296
00:26:42,458 --> 00:26:43,333
- Hei…
- Ya.
297
00:26:44,083 --> 00:26:47,291
Awak tak boleh kunci saya di sini, Ahmet!
298
00:26:47,374 --> 00:26:48,833
Tolonglah, Ahmet!
299
00:26:49,416 --> 00:26:50,916
Awak memang teruk!
300
00:27:20,708 --> 00:27:21,583
Baiklah.
301
00:27:35,416 --> 00:27:36,249
Cik Sonya.
302
00:27:41,708 --> 00:27:43,416
Awak kenal En. Halit?
303
00:27:46,166 --> 00:27:48,249
Sudah tentu. Siapa yang tak kenal?
304
00:27:48,333 --> 00:27:51,249
Ada kejadian berlaku
antara kamu berdua hari ini?
305
00:27:51,999 --> 00:27:52,958
- Kejadian?
- Ya.
306
00:27:53,041 --> 00:27:54,291
- Kejadian apa?
- Awak…
307
00:27:54,374 --> 00:27:57,249
Mungkin awak terlanggar
dia semasa bawa minuman
308
00:27:57,333 --> 00:27:59,666
dan air tertumpah pada dia?
309
00:28:04,291 --> 00:28:08,541
Jika apa yang patut berlaku tak berlaku,
kita mesti jadikannya kenyataan, betul?
310
00:28:08,624 --> 00:28:09,874
Apa?
311
00:28:11,041 --> 00:28:13,708
Maksud saya…
Saya kata En. Halit mahu minuman.
312
00:28:42,916 --> 00:28:43,958
Tidak!
313
00:29:35,749 --> 00:29:37,833
Hei! Apa ini?
314
00:29:37,916 --> 00:29:39,708
Maaf! Saya minta maaf!
315
00:29:50,208 --> 00:29:52,416
En. Halit? Silakan.
316
00:29:59,958 --> 00:30:01,458
Saya minta maaf.
317
00:30:18,458 --> 00:30:20,374
Tumpang tanya, encik.
318
00:30:20,874 --> 00:30:23,291
Tadi, Atatürk duduk di sini.
319
00:30:23,374 --> 00:30:25,166
- Dia dah pergi?
- "Atatürk"?
320
00:30:25,666 --> 00:30:26,833
Siapa itu, cik?
321
00:30:28,083 --> 00:30:30,291
Oh, ya. Mustafa Kemal.
322
00:30:30,374 --> 00:30:31,749
Jeneral Mustafa Kemal.
323
00:30:32,708 --> 00:30:34,458
Dia baru pergi, cik.
324
00:30:35,499 --> 00:30:36,458
Biar betul?
325
00:30:37,791 --> 00:30:39,083
Tak guna.
326
00:30:44,083 --> 00:30:46,166
Kenapa cik cari Mustafa Kemal?
327
00:31:23,374 --> 00:31:26,083
Nampaknya, kamu seronok di Istanbul,
328
00:31:26,166 --> 00:31:27,333
tapi jangan leka.
329
00:31:28,041 --> 00:31:30,124
Kamu cuma tetamu di sini.
330
00:31:31,166 --> 00:31:33,083
Rancangan Jeneral Mustafa Kemal
331
00:31:33,166 --> 00:31:35,249
akan berjaya juga akhirnya
332
00:31:35,333 --> 00:31:37,291
dan seluruh dunia akan terkejut.
333
00:31:37,791 --> 00:31:39,208
Kamu faham?
334
00:31:40,249 --> 00:31:42,708
Persiapan hampir siap.
335
00:31:42,791 --> 00:31:45,124
Perang Kemerdekaan bakal bermula.
336
00:31:46,458 --> 00:31:47,999
Pendek cerita, tuan-tuan,
337
00:31:48,083 --> 00:31:49,916
kamu akan pulang
dengan cara kamu datang.
338
00:31:50,666 --> 00:31:51,958
Selamat menjamu selera.
339
00:32:07,749 --> 00:32:10,083
HOTEL PERA PALACE
340
00:32:29,499 --> 00:32:31,249
Dapatkan akhbar hari ini!
341
00:32:31,333 --> 00:32:35,041
Bacalah kisah pembunuhan Emiliano Zapata!
342
00:32:35,124 --> 00:32:37,249
Dapatkan akhbar hari ini!
343
00:32:37,333 --> 00:32:41,666
Bacalah kisah pembunuhan
beramai-ramai British di Amritsar!
344
00:32:45,833 --> 00:32:46,874
En. Halit.
345
00:32:47,541 --> 00:32:48,833
Kita perlu berbincang.
346
00:33:34,749 --> 00:33:35,958
Tumpang tanya.
347
00:33:36,041 --> 00:33:39,124
Encik ada nampak
gadis berpakaian aneh di sini?
348
00:33:39,208 --> 00:33:40,833
Kira-kira tinggi ini.
349
00:33:45,166 --> 00:33:47,499
Perempuan itu meyakinkan keraguan saya.
350
00:33:47,999 --> 00:33:49,249
Seperti yang dijangka,
351
00:33:49,833 --> 00:33:53,333
Mustafa Kemal merancang
untuk mulakan perang penentangan.
352
00:33:55,333 --> 00:33:57,708
Kita perlu hentikannya dari awal lagi.
353
00:34:00,916 --> 00:34:03,708
Bukankah bahaya untuk
bunuh pegawai Uthmaniyah?
354
00:34:06,958 --> 00:34:10,208
Sebab itulah orang Turki yang patut buat.
355
00:34:11,541 --> 00:34:13,666
Buat seolah-olah ia perbalahan peribadi.
356
00:34:13,749 --> 00:34:15,416
Sesuatu yang kita boleh kata
357
00:34:15,499 --> 00:34:19,333
ia kejadian malang
yang tiada kaitan dengan kami.
358
00:34:22,833 --> 00:34:24,749
Awak buat apa? Kenapa keluar?
359
00:34:24,833 --> 00:34:27,333
Ahmet, kita terdedah. Lari!
360
00:34:27,416 --> 00:34:29,458
Itu orangnya. Uruskan dia.
361
00:34:29,541 --> 00:34:31,166
Ayuh. Apa yang awak buat?
362
00:34:31,249 --> 00:34:32,791
Sekarang!
363
00:34:33,333 --> 00:34:34,583
Nanti!
364
00:34:46,708 --> 00:34:49,166
Awak buat apa, Ahmet? Lari.
365
00:34:57,208 --> 00:34:59,374
Kenapa kita lari? Apa awak dah buat?
366
00:35:00,166 --> 00:35:01,041
Lari.
367
00:35:03,916 --> 00:35:05,208
Maaf.
368
00:35:30,958 --> 00:35:32,958
- Ayuh!
- Jantung saya macam nak gugur.
369
00:35:33,041 --> 00:35:34,583
Cepatlah. Dia akan datang.
370
00:35:35,374 --> 00:35:36,541
- Lekas!
- Ikut sini.
371
00:35:40,999 --> 00:35:42,874
FOTOGRAFI ABDULLAH BERSAUDARA
372
00:35:48,791 --> 00:35:49,958
Saya perlu duduk.
373
00:35:50,458 --> 00:35:52,999
- Saya perlu duduk.
- Ahmet, diam.
374
00:35:53,083 --> 00:35:53,999
Saya okey.
375
00:35:54,083 --> 00:35:55,499
Saya okey.
376
00:35:55,583 --> 00:35:56,541
- Saya okey.
- Ahmet.
377
00:35:57,208 --> 00:35:59,083
- Diam, Ahmet.
- Tangga…
378
00:36:00,083 --> 00:36:01,416
- Dia akan dengar.
- Okey.
379
00:36:01,499 --> 00:36:03,333
Diamlah. Nanti dia dengar.
380
00:36:44,124 --> 00:36:46,291
Kenapa Halit kejar awak?
381
00:36:47,208 --> 00:36:48,874
Awak kenal dia?
382
00:36:48,958 --> 00:36:51,958
Jangan tukar topik.
Beritahu apa awak dah buat.
383
00:36:52,041 --> 00:36:53,624
Saya tak buat apa-apa.
384
00:36:54,291 --> 00:36:56,291
Dia bercakap dengan orang British…
385
00:37:30,999 --> 00:37:32,541
Ini tak mungkin.
386
00:37:35,749 --> 00:37:37,749
BILIK 408-411
387
00:38:15,166 --> 00:38:17,541
Kita perlu pergi. Sekarang juga.
388
00:38:19,708 --> 00:38:20,624
Esra.
389
00:38:21,458 --> 00:38:22,458
Kita perlu pergi.
390
00:38:28,874 --> 00:38:30,708
Siapa wanita itu, Ahmet?
391
00:38:35,708 --> 00:38:36,708
Saya tak tahu.
392
00:38:46,958 --> 00:38:48,249
Ya.
393
00:38:48,333 --> 00:38:49,416
Ya.
394
00:38:52,458 --> 00:38:55,666
Ya. Semuanya akan okey selepas kita balik.
395
00:38:55,749 --> 00:38:56,833
Selepas kita balik?
396
00:38:56,916 --> 00:38:58,541
- Bagaimana?
- Biar saya buat.
397
00:38:58,624 --> 00:39:00,124
Ikut saja arahan saya.
398
00:39:00,916 --> 00:39:01,916
Ya.
399
00:39:07,499 --> 00:39:08,874
Awak patut duduk.
400
00:39:08,958 --> 00:39:10,291
Awak tak biasa lagi.
401
00:39:15,291 --> 00:39:17,416
Nah. Awak perlukannya untuk rentas masa.
402
00:39:17,499 --> 00:39:19,041
Saya akan ambil nanti.
403
00:39:22,291 --> 00:39:23,291
Tutup mata awak.
404
00:39:28,541 --> 00:39:30,374
Sedia. Bila-bila masa saja.
405
00:39:44,291 --> 00:39:45,416
Ada yang tak kena.
406
00:39:54,249 --> 00:39:56,333
Kita patut dah kembali.
407
00:39:57,416 --> 00:39:59,083
Masanya juga betul.
408
00:40:00,166 --> 00:40:01,083
Jadi?
409
00:40:08,958 --> 00:40:12,416
Saya bukan budak, Ahmet.
Saya takkan tertipu lagi. Tengok…
410
00:40:24,666 --> 00:40:25,749
Esra?
411
00:40:47,458 --> 00:40:48,791
Dia baru saja mati.
412
00:41:01,749 --> 00:41:02,749
Dia dibunuh.
413
00:41:14,916 --> 00:41:16,249
Dia ialah Peride.
414
00:41:27,583 --> 00:41:29,583
Halit! Apa khabar?
415
00:41:32,708 --> 00:41:33,874
Tergesa-gesa?
416
00:41:35,458 --> 00:41:37,249
Awak takkan balik begitu awal.
417
00:41:37,333 --> 00:41:40,208
- Saya hilang minat.
- Nanti. Awak nak ke mana?
418
00:41:40,749 --> 00:41:42,916
Mari minum dengan kawan lama awak.
419
00:41:43,583 --> 00:41:45,999
Ayuhlah. Mari mengenang masa perang.
420
00:41:46,666 --> 00:41:48,999
Saya mahu, tapi saya nak cepat, Reşat.
421
00:41:49,083 --> 00:41:50,541
Lain kali sajalah.
422
00:41:51,749 --> 00:41:54,583
Tapi dalam kisah awak,
Peride tak mati.
423
00:41:55,166 --> 00:41:57,458
Dia patut selamatkan Mustafa Kemal.
424
00:41:57,541 --> 00:42:00,749
Bagaimana awak rosakkan
segalanya dalam sekelip mata?
425
00:42:01,249 --> 00:42:02,499
Mari undur masa.
426
00:42:03,583 --> 00:42:05,666
Saya janji takkan keluar.
427
00:42:05,749 --> 00:42:06,958
Mana boleh begitu.
428
00:42:07,041 --> 00:42:09,541
Ini bukan kereta.
Tak boleh pergi ke mana saja.
429
00:42:09,624 --> 00:42:11,999
Apa kita patut buat? Apa akan berlaku?
430
00:42:12,083 --> 00:42:16,416
Jika kisah ini benar,
Peride tak dapat halang pembunuhan itu.
431
00:42:16,499 --> 00:42:17,708
Faham maksudnya?
432
00:42:17,791 --> 00:42:19,708
Perang Kemerdekaan takkan berlaku
433
00:42:19,791 --> 00:42:22,416
jika Mustafa Kemal
tak naik kapal pada 16 Mei.
434
00:42:22,499 --> 00:42:23,708
Republik takkan wujud.
435
00:42:23,791 --> 00:42:25,624
Turkey takkan wujud.
436
00:42:26,374 --> 00:42:28,374
Ada cara untuk baikinya?
437
00:42:28,458 --> 00:42:30,249
Tak bolehkah kita baikinya?
438
00:42:38,458 --> 00:42:39,416
Mungkin…
439
00:42:42,666 --> 00:42:43,624
Mungkin apa?
440
00:42:45,708 --> 00:42:46,624
Mungkin apa?
441
00:42:47,958 --> 00:42:48,999
Saya ada idea.
442
00:45:19,041 --> 00:45:21,416
Terjemahan sari kata oleh Syirah Salleh