1 00:00:03,003 --> 00:00:05,538 Bagi memastikan jangkitan awak tak jadi semakin teruk, 2 00:00:05,605 --> 00:00:07,774 saya akan ke Fukushima untuk cari penawar. 3 00:00:07,841 --> 00:00:09,809 Tolong jaga Kurumi. 4 00:00:12,278 --> 00:00:13,113 Ada pendatang lagi? 5 00:00:13,179 --> 00:00:15,715 Awak yang cipta peraturan menerima ahli keluarga saja di sini. 6 00:00:15,782 --> 00:00:17,083 Mereka keluarga saya. 7 00:00:17,150 --> 00:00:18,418 Diskriminasi? 8 00:00:18,485 --> 00:00:19,686 Mereka mula tunjukkan diskriminasi. 9 00:00:19,753 --> 00:00:22,756 Kami benarkan kamu makan secara percuma, bukan? 10 00:00:23,490 --> 00:00:25,625 Awak tak ingat apa-apa? En. Mamiya pun? 11 00:00:26,192 --> 00:00:27,394 Saya harap saya boleh lari. 12 00:00:27,460 --> 00:00:28,795 Saya telah pun dijangkiti. 13 00:00:29,462 --> 00:00:31,097 Apa orang yang dijangkiti macam awak buat di sini? 14 00:00:31,164 --> 00:00:32,432 Dia keluarga. 15 00:00:32,499 --> 00:00:34,134 Dia tunang saya. 16 00:00:50,950 --> 00:00:53,720 Saya terhutang budi kepada ibu awak 17 00:00:54,320 --> 00:00:56,089 kerana menerima saya. 18 00:01:03,296 --> 00:01:04,697 Saya terhutang budi kepada awak juga. 19 00:01:08,568 --> 00:01:09,969 Saya salah faham tentang awak. 20 00:01:11,604 --> 00:01:14,707 Awak nampak dingin, tapi sebenarnya awak baik. 21 00:01:15,875 --> 00:01:16,810 Selama ini, 22 00:01:17,610 --> 00:01:20,780 saya kecewa sebab tak tahu siapa diri saya. 23 00:01:23,116 --> 00:01:24,417 Walaupun ia satu penipuan, 24 00:01:25,452 --> 00:01:29,089 saya gembira awak kata saya keluarga. 25 00:01:29,656 --> 00:01:30,790 Betulkah? 26 00:01:35,261 --> 00:01:36,362 Tunggu! 27 00:01:38,765 --> 00:01:40,366 Saya rasa 28 00:01:40,433 --> 00:01:43,837 saya boleh membantu sebagai doktor. 29 00:01:45,238 --> 00:01:46,573 Apabila saya sambut bayi itu, 30 00:01:47,340 --> 00:01:49,309 saya tahu apa nak buat. 31 00:01:53,113 --> 00:01:55,014 Tolong benarkan saya bantu 32 00:01:56,316 --> 00:01:58,184 sebagai doktor di pusat perlindungan. 33 00:01:59,419 --> 00:02:02,122 Boleh tak awak lepaskan saya? 34 00:02:06,092 --> 00:02:07,227 Maafkan saya. 35 00:02:09,162 --> 00:02:12,165 Saya akan fikirkan dulu. 36 00:02:35,155 --> 00:02:36,723 Tolong jaga Kurumi. 37 00:03:21,134 --> 00:03:22,635 Tentang sebelum ini... 38 00:03:27,574 --> 00:03:29,475 Awak boleh lupakannya. 39 00:03:30,643 --> 00:03:31,611 Saya cuma... 40 00:03:33,112 --> 00:03:34,647 terlalu mengikut perasaan. 41 00:03:34,714 --> 00:03:35,915 Awak tak perlu mengelak daripada saya. 42 00:03:35,982 --> 00:03:37,183 Saya tahu. 43 00:03:42,589 --> 00:03:44,190 Hei! Kamu berdua! 44 00:03:44,257 --> 00:03:45,391 Sarunoshima. 45 00:03:45,458 --> 00:03:47,527 - Tiada sesiapa yang selamat? - Ya. 46 00:03:47,594 --> 00:03:50,663 Kami terima maklumat daripada kumpulan yang mencari bekalan. 47 00:03:50,730 --> 00:03:52,432 Pulau itu dikerumuni Golem. 48 00:03:52,498 --> 00:03:56,135 Bagaimana dengan Cik Ji-an dan En. Kuwata? Seorang pun tiada? 49 00:03:56,202 --> 00:03:57,971 Tiada siapa yang hidup. 50 00:03:58,538 --> 00:04:01,441 Kami tak terima berita daripada kumpulan kami juga. 51 00:04:01,507 --> 00:04:02,508 Tentu mereka. 52 00:04:04,110 --> 00:04:06,446 Golem dibawa ke pulau itu. 53 00:04:07,480 --> 00:04:09,382 Ada orang sengaja buat begini. 54 00:04:10,883 --> 00:04:13,052 Keadaan di luar sana sangat berbahaya. 55 00:04:13,586 --> 00:04:15,555 Tempat ini saja yang masih selamat. 56 00:04:16,522 --> 00:04:17,357 En. Noro. 57 00:04:18,491 --> 00:04:21,527 Saya merayu. Tolong benarkan keluarga kami tinggal di sini. 58 00:04:22,128 --> 00:04:26,032 - Kamu juga. - Ya, sayang. Tolong kami. 59 00:04:27,100 --> 00:04:29,535 Sebagai ketua keluarga, saya janji akan bekerja keras. 60 00:04:29,602 --> 00:04:31,971 - Tolonglah. - Jangan risau. 61 00:04:32,038 --> 00:04:33,840 Saya di pihak kamu. 62 00:04:33,906 --> 00:04:36,042 Mari kita tinggal di sini bersama-sama. 63 00:04:40,446 --> 00:04:41,314 Tuan. 64 00:04:42,548 --> 00:04:44,884 Mulai sekarang, kita perlu jadi penghuni contoh. 65 00:04:46,319 --> 00:04:47,954 Baru-baru ini, Golem muncul di sini. 66 00:04:48,021 --> 00:04:50,556 Lukanya sama seperti yang kita nampak di Sarunoshima. 67 00:04:53,493 --> 00:04:55,928 Saya nak buat satu pengumuman. 68 00:04:59,399 --> 00:05:02,068 Dukacitanya, semua ahli kumpulan 69 00:05:02,135 --> 00:05:04,070 yang dihantar untuk cari bekalan telah terkorban. 70 00:05:04,137 --> 00:05:05,371 Apa? 71 00:05:05,438 --> 00:05:07,974 Namun begitu, kita tetap perlu dapatkan bekalan. 72 00:05:08,041 --> 00:05:09,842 Bekalan air minuman kita semakin habis. 73 00:05:10,677 --> 00:05:11,811 Sebab itulah, 74 00:05:14,414 --> 00:05:16,316 kami memutuskan untuk menambah 75 00:05:16,382 --> 00:05:18,318 dua nama lagi dalam kumpulan mencari bekalan. 76 00:05:20,887 --> 00:05:24,757 Saya ada soalan! Awak akan pilih penghuni yang bukan ahli sekali lagi? 77 00:05:24,824 --> 00:05:27,026 Para ahli juga akan diminta membantu. 78 00:05:27,794 --> 00:05:31,064 Tapi ada ramai orang muda dalam kalangan penghuni biasa. 79 00:05:31,130 --> 00:05:32,799 Kita perlu bekerja keras. 80 00:05:32,865 --> 00:05:34,801 - Itu tak adil! - Betul! Ini tak adil! 81 00:05:34,867 --> 00:05:36,803 Kenapa kami saja yang perlu berkorban? 82 00:05:36,869 --> 00:05:38,204 Kenapa ketua tak pergi? 83 00:05:39,539 --> 00:05:42,542 Hibiki selalu jadi orang pertama yang tawarkan diri untuk membantu. 84 00:05:42,608 --> 00:05:44,610 - Shori! - Bukan itu saja. 85 00:05:44,677 --> 00:05:46,612 Kamu semua pernah bunuh Golem? 86 00:05:47,280 --> 00:05:48,381 Saya sendiri 87 00:05:49,082 --> 00:05:51,384 belum pernah membunuh Golem. 88 00:05:51,451 --> 00:05:53,619 Awak tak nak tahu apa yang berlaku di luar sana? 89 00:05:53,686 --> 00:05:55,655 - Shori! - Tak, betul cakap dia! 90 00:05:56,155 --> 00:05:58,291 Saya faham perasaan kamu. 91 00:05:59,559 --> 00:06:02,395 Tapi memandangkan presiden dah mati, 92 00:06:03,830 --> 00:06:05,531 tanggungjawab Naib Presiden 93 00:06:05,598 --> 00:06:07,667 memerlukan dia untuk kekal selamat di sini. 94 00:06:12,438 --> 00:06:16,042 Sekarang, kami akan pilih ahli baharu untuk mencari bekalan. 95 00:06:17,643 --> 00:06:18,811 Biar saya pergi. 96 00:06:20,580 --> 00:06:21,748 Saya pun. 97 00:06:23,216 --> 00:06:25,451 - Saya rasa wanita tak patut... - Biar saya pergi. 98 00:06:27,186 --> 00:06:29,822 Awak pasti? Kalau begitu... 99 00:06:36,863 --> 00:06:38,331 Kesamarataan cuma samaran. 100 00:06:41,534 --> 00:06:43,736 Itu maksud pusat perlindungan ini bagi awak, bukan? 101 00:06:49,342 --> 00:06:50,176 Kami pergi dulu. 102 00:07:13,666 --> 00:07:14,634 Kerja? 103 00:07:14,700 --> 00:07:15,601 Ya. 104 00:07:16,235 --> 00:07:20,506 Saya tulang belakang keluarga, bukan? 105 00:07:21,274 --> 00:07:24,110 Begitulah keadaannya. Kita perlu tunjukkan kemahiran kita juga. 106 00:07:24,177 --> 00:07:26,245 - Kalau begitu, saya pun nak bekerja. - Hei, nanti dulu. 107 00:07:27,013 --> 00:07:29,348 Tak apa. Serahkan saja kepada saya. 108 00:07:30,016 --> 00:07:31,851 Budak-budak perlu belajar. 109 00:07:36,756 --> 00:07:37,824 Tali leher? 110 00:07:38,591 --> 00:07:39,625 Kenapa? 111 00:07:39,692 --> 00:07:41,761 Inilah yang dipakai apabila bekerja. 112 00:07:42,862 --> 00:07:44,730 Awak tak perlukan tali leher di sini. 113 00:07:45,531 --> 00:07:48,734 Saya perlu pakai. Ini identiti saya. 114 00:07:49,936 --> 00:07:50,970 Identiti? 115 00:07:51,871 --> 00:07:53,372 Ini diri saya. 116 00:07:53,906 --> 00:07:56,876 Saya berbintang Kanser, jenis darah A dan pekerja kolar putih. 117 00:07:56,943 --> 00:07:58,244 Jenis A? 118 00:07:59,345 --> 00:08:01,314 Oh Tuhan, kita sama. 119 00:08:01,380 --> 00:08:02,448 Apa? 120 00:08:03,015 --> 00:08:06,285 - Begitu kamu cakap dengan ayah? - Awak bukan bapa saya. Cuma berlakon! 121 00:08:06,352 --> 00:08:09,088 Jangan cakap kuat-kuat! Nanti ada orang dengar. 122 00:08:15,428 --> 00:08:17,196 Awak selamat, Yuzuki. 123 00:08:25,638 --> 00:08:27,073 Tak bolehkah awak jadi lebih comel? 124 00:08:32,311 --> 00:08:33,546 Okey, letakkan. 125 00:08:41,387 --> 00:08:42,522 Tunggu sekejap. 126 00:08:45,091 --> 00:08:47,560 Orang tua itu bekerja keras. 127 00:08:53,366 --> 00:08:54,267 Maaf. 128 00:09:01,908 --> 00:09:03,709 Awak pernah bunuh Golem? 129 00:09:11,684 --> 00:09:12,618 Masuklah. 130 00:09:14,253 --> 00:09:15,254 Maafkan saya. 131 00:09:17,623 --> 00:09:18,624 Ada apa? 132 00:09:20,493 --> 00:09:21,527 En. Akiyoshi. 133 00:09:23,262 --> 00:09:25,131 Terima kasih kerana sediakan 134 00:09:25,765 --> 00:09:27,066 bilik klinik untuk saya. 135 00:09:29,669 --> 00:09:31,103 Saya nak beritahu awak sendiri. 136 00:09:32,471 --> 00:09:33,873 Kami harapkan bantuan awak. 137 00:09:39,345 --> 00:09:40,346 Selain itu... 138 00:09:41,547 --> 00:09:42,715 Tentang hal tadi. 139 00:09:44,584 --> 00:09:46,218 Jangan biarkan ia mengganggu awak. 140 00:09:46,285 --> 00:09:47,486 Tidak... 141 00:09:50,656 --> 00:09:52,692 Saya rasa betul cakap budak itu. 142 00:09:54,260 --> 00:09:56,329 Tiada siapa suka terima arahan 143 00:09:57,263 --> 00:09:59,398 daripada orang yang tak tahu apa-apa tentang bahaya di luar sana. 144 00:10:02,068 --> 00:10:03,569 Itu tak benar! 145 00:10:04,704 --> 00:10:06,405 Awak boleh diharap. 146 00:10:08,240 --> 00:10:09,842 Semasa awak selamatkan saya dulu... 147 00:10:09,909 --> 00:10:11,911 Apa buat awak fikir awak kenal saya? 148 00:10:12,478 --> 00:10:15,615 Saya nak kenal awak. 149 00:10:16,482 --> 00:10:17,617 Walaupun ia cuma lakonan, 150 00:10:19,218 --> 00:10:20,152 saya tunang awak. 151 00:10:20,219 --> 00:10:22,722 Berhenti. Jangan cakap apa-apa lagi. 152 00:10:25,291 --> 00:10:26,926 Saya putuskan untuk percayakan awak. 153 00:10:26,993 --> 00:10:28,794 Tolong jaga Kurumi. 154 00:10:30,930 --> 00:10:31,998 Saya takkan benarkan. 155 00:11:15,808 --> 00:11:18,010 Awak rasa apa En. Mamiya sedang buat sekarang? 156 00:11:20,212 --> 00:11:21,781 Agaknya, dia sudah sampai di mana? 157 00:11:22,748 --> 00:11:24,050 Dia takkan apa-apa. 158 00:11:25,084 --> 00:11:27,186 Kita sangka dia mati, nanti tiba-tiba dia muncul. 159 00:11:27,687 --> 00:11:29,388 Dia buat begitu juga semasa di sekolah tinggi. 160 00:11:30,890 --> 00:11:33,626 Awak memang ambil berat tentang dia, bukan? 161 00:11:53,713 --> 00:11:54,714 Sekejap! Ini kami! 162 00:11:57,950 --> 00:11:59,552 Jangan leka. 163 00:11:59,618 --> 00:12:00,753 Apa awak buat? 164 00:12:00,820 --> 00:12:03,155 Saya nak cari pembunuh Haru. 165 00:12:03,222 --> 00:12:06,058 - Awak masih fikir tentang itu? - Saya rasa saya tahu siapa. 166 00:12:06,892 --> 00:12:08,894 Seperti yang saya jangka, mereka di sini. 167 00:12:09,595 --> 00:12:10,463 Hei! 168 00:12:11,063 --> 00:12:13,399 Mungkin dia memang dah gila. 169 00:12:14,633 --> 00:12:15,601 Ayuh. 170 00:12:18,571 --> 00:12:20,573 Saya nak beri amaran. Jangan susahkan saya. 171 00:12:20,639 --> 00:12:23,008 - Jika berlaku sesuatu... - Jaga diri sendiri. 172 00:12:23,576 --> 00:12:24,510 Betul tak? 173 00:12:25,144 --> 00:12:26,512 Jangan susahkan saya juga. 174 00:12:34,320 --> 00:12:35,855 Peliknya. 175 00:12:35,921 --> 00:12:36,756 Kenapa? 176 00:12:36,822 --> 00:12:39,658 Tali leher saya hilang. 177 00:12:40,793 --> 00:12:41,694 Tercicirkah? 178 00:12:42,261 --> 00:12:45,097 Apa? Bila kali terakhir awak nampak? 179 00:12:46,232 --> 00:12:48,267 - Kami pergi dulu. - Baiklah. 180 00:12:52,605 --> 00:12:53,806 Saya nak ke tandas. 181 00:12:53,873 --> 00:12:55,241 - Saya beratur dulu. - Okey. 182 00:12:55,875 --> 00:12:58,010 Sila kongsi meja 183 00:12:58,077 --> 00:13:01,380 dan kawal pengambilan makanan. Jangan ambil terlalu banyak. 184 00:13:01,447 --> 00:13:03,582 Seorang satu. 185 00:13:03,649 --> 00:13:05,417 Kita kekurangan air juga. 186 00:13:05,484 --> 00:13:06,786 Tolong jangan membazir. 187 00:13:10,022 --> 00:13:11,524 Yuzuki! Di sini. 188 00:13:15,795 --> 00:13:16,729 Hei! 189 00:13:19,131 --> 00:13:20,833 Awak. Orang luar. 190 00:13:21,534 --> 00:13:24,937 - Apa? - Ini hidangan kedua awak, bukan? 191 00:13:25,738 --> 00:13:27,873 Tak, awak silap. Saya baru sampai. 192 00:13:27,940 --> 00:13:29,408 Jangan tipu. 193 00:13:30,309 --> 00:13:33,145 - Kita kekurangan satu botol. - Bukan saya. 194 00:13:33,212 --> 00:13:34,847 Mungkin dari awal lagi tak cukup. 195 00:13:34,914 --> 00:13:37,082 Saya tak peduli walaupun awak budak. Serahkannya. 196 00:13:37,149 --> 00:13:38,117 - Serahkan! - Hentikan! 197 00:13:38,184 --> 00:13:40,119 - Hei! - Apa awak nak buat? 198 00:13:40,186 --> 00:13:41,153 Ke tepi. 199 00:13:42,154 --> 00:13:44,490 Saya kata, ke tepi, budak! Ke tepi! 200 00:13:48,394 --> 00:13:49,628 Apa yang berlaku? 201 00:13:50,129 --> 00:13:52,565 - Budak ini mencuri. - Tidak! 202 00:13:52,631 --> 00:13:54,300 Adik saya takkan menipu. 203 00:13:54,366 --> 00:13:55,601 Budak tak guna. 204 00:13:56,402 --> 00:13:57,469 Mana ibu bapa kamu? 205 00:13:58,470 --> 00:13:59,672 Maafkan saya. 206 00:13:59,738 --> 00:14:02,608 - Anak-anak saya buat salah? - Mencuri air dan menyerang. 207 00:14:02,675 --> 00:14:04,710 - Menyerang? - Betul. 208 00:14:04,777 --> 00:14:06,979 Kami kekurangan makanan dan air. 209 00:14:07,046 --> 00:14:09,915 Jika tak bertegas, mereka akan mula membuli. 210 00:14:12,218 --> 00:14:14,787 Betulkah awak serang dia? 211 00:14:15,721 --> 00:14:17,923 Ya. Saya tolak dia. 212 00:14:25,297 --> 00:14:26,398 Saya minta maaf! 213 00:14:33,672 --> 00:14:37,476 Biasalah anak lelaki. Dia hilang sabar. 214 00:14:37,543 --> 00:14:38,644 Tolong maafkan dia. 215 00:14:39,979 --> 00:14:42,848 Anak perempuan saya juga. Kami akan ajar dia. 216 00:14:42,915 --> 00:14:43,983 Maafkan saya. 217 00:14:45,751 --> 00:14:47,152 Saya betul-betul minta maaf. 218 00:14:50,189 --> 00:14:52,391 Jika hal ini terjadi lagi, 219 00:14:53,359 --> 00:14:54,727 kami takkan biarkan saja. 220 00:14:54,793 --> 00:14:57,596 Baik, tuan. Maafkan saya. 221 00:14:58,197 --> 00:14:59,131 Maafkan kami. 222 00:15:04,470 --> 00:15:07,339 Maaf, semua. 223 00:15:08,807 --> 00:15:10,075 Kenapa awak minta maaf? 224 00:15:10,643 --> 00:15:12,044 - Apa? - Betul cakap dia! 225 00:15:12,111 --> 00:15:13,479 Awak tak perlu minta maaf. 226 00:15:13,545 --> 00:15:16,715 Shori! Bapa awak ada sebab tersendiri. 227 00:15:16,782 --> 00:15:19,151 Tapi saya tak tipu! 228 00:15:19,218 --> 00:15:21,186 Betul. Saya tahu, Yuzuki. 229 00:15:21,253 --> 00:15:25,257 Awak tak menipu, tapi kadangkala, minta maaf lebih baik. 230 00:15:26,091 --> 00:15:27,760 Saya tak suruh pun. 231 00:15:28,861 --> 00:15:31,196 Apa? Kenapa cakap begitu dengan bapa awak? 232 00:15:31,764 --> 00:15:33,999 Sudahlah. Awak bukan bapa saya. 233 00:15:34,066 --> 00:15:34,900 Apa? 234 00:15:34,967 --> 00:15:36,869 Kalau tak mampu, tak perlu berlakon lagi! 235 00:15:36,936 --> 00:15:37,836 Yuzuki! 236 00:15:37,903 --> 00:15:39,505 Dengar sini, mungkin awak terlupa, 237 00:15:39,571 --> 00:15:41,740 saya tak nak pun berlakon jadi bapa! 238 00:15:41,807 --> 00:15:43,075 Apa maksud awak? 239 00:15:51,850 --> 00:15:53,085 Tadi, 240 00:15:54,086 --> 00:15:56,088 kenapa awak tak cakap apa-apa? 241 00:15:58,357 --> 00:16:00,559 Awak seperti nak katakan sesuatu. 242 00:16:02,962 --> 00:16:04,897 Saya terfikirkan punca kejadian itu berlaku. 243 00:16:06,966 --> 00:16:09,501 Saya sedar, mencipta peraturan baharu tak dapat selesaikan masalah. 244 00:16:09,568 --> 00:16:11,804 Semua orang gelisah. 245 00:16:13,005 --> 00:16:14,740 Itu yang perlu diberi perhatian. 246 00:16:19,178 --> 00:16:20,212 En. Akiyoshi... 247 00:16:20,813 --> 00:16:22,815 Ia melanggar peraturan. 248 00:16:24,216 --> 00:16:26,952 Kita tak terima sesiapa selain ahli keluarga. 249 00:16:27,519 --> 00:16:30,022 Lebih teruk lagi, mereka menipu. 250 00:16:30,089 --> 00:16:31,824 Mereka perlu dihukum. 251 00:16:31,890 --> 00:16:34,093 Dihukum? Awak nak halau mereka? 252 00:16:34,159 --> 00:16:35,828 Kenapa kita perlu pertahankan mereka? 253 00:16:35,894 --> 00:16:37,363 Kamu sanggup berkongsi 254 00:16:37,429 --> 00:16:40,099 sumber berharga kita dengan penyangak macam mereka? 255 00:16:40,165 --> 00:16:41,633 Awak macam diktator. 256 00:16:41,700 --> 00:16:43,435 Itu saja cara 257 00:16:43,502 --> 00:16:45,237 untuk memujuk para ahli. 258 00:16:48,307 --> 00:16:49,341 Tuan, 259 00:16:50,576 --> 00:16:53,112 tolong jalankan tanggungjawab sebagai eksekutif. 260 00:16:56,515 --> 00:16:57,883 Maafkan saya. 261 00:16:58,517 --> 00:16:59,985 Bukan salah awak, Shori. 262 00:17:01,086 --> 00:17:02,654 Tapi salah orang tua itu. 263 00:17:03,922 --> 00:17:06,692 Apa? Awak masih marahkan saya? 264 00:17:09,228 --> 00:17:10,596 Tak sangka betul. 265 00:17:10,662 --> 00:17:12,931 Mula-mula, tali leher saya hilang, 266 00:17:12,998 --> 00:17:14,633 sekarang, saya dilayan seperti orang jahat. 267 00:17:14,700 --> 00:17:17,202 Cara awak seolah-olah mengakui saya pencuri! 268 00:17:17,269 --> 00:17:18,704 Cukuplah. 269 00:17:20,706 --> 00:17:23,075 Saya salah. Maafkan saya. 270 00:17:37,456 --> 00:17:38,357 Boleh kita berbaik? 271 00:17:46,999 --> 00:17:48,867 - Hei! - Yuzuki! 272 00:17:49,768 --> 00:17:51,570 Kenapa awak terlalu mudah minta maaf? 273 00:17:51,637 --> 00:17:53,705 Awak tak ada pendirian? 274 00:17:53,772 --> 00:17:55,107 Siapa kata saya tak ada pendirian? 275 00:17:55,174 --> 00:17:59,311 Tapi apa pilihan yang saya ada? Saya hanya tahu meminta maaf. 276 00:18:00,612 --> 00:18:02,014 Saya nak awak pertahankan saya. 277 00:18:04,016 --> 00:18:05,717 Saya tak mahu awak minta maaf! 278 00:18:07,786 --> 00:18:09,121 Awak bukan bapa saya. 279 00:18:15,994 --> 00:18:17,396 - Maafkan saya. - Tak apa... 280 00:19:10,582 --> 00:19:11,717 Ada apa? 281 00:19:12,784 --> 00:19:13,852 Maaf, 282 00:19:14,786 --> 00:19:15,954 saya ada cadangan. 283 00:19:18,924 --> 00:19:20,592 Ini borang pemeriksaan kesihatan. 284 00:19:21,727 --> 00:19:24,363 Bagi memastikan setiap penghuni sihat, 285 00:19:25,130 --> 00:19:27,533 saya rasa kita patut buat pemeriksaan rutin. 286 00:19:28,467 --> 00:19:29,601 Terima kasih banyak. 287 00:19:30,502 --> 00:19:31,670 Awak teruskanlah. 288 00:19:33,105 --> 00:19:34,006 Baiklah. 289 00:19:43,615 --> 00:19:47,553 Apa akan terjadi kepada En. Komoto dan yang lain? 290 00:19:49,655 --> 00:19:51,123 Peraturan tak boleh diubah. 291 00:19:51,723 --> 00:19:54,259 Jika mereka tiada pertalian keluarga, mereka perlu keluar. 292 00:19:58,830 --> 00:20:00,465 Apa maksud keluarga 293 00:20:01,867 --> 00:20:03,035 bagi awak? 294 00:20:06,738 --> 00:20:07,806 Lagipun, kita berdua... 295 00:20:10,242 --> 00:20:11,343 Maafkan saya. 296 00:20:46,545 --> 00:20:49,081 Keadaan bayi ini hari ini pun sihat. 297 00:20:50,315 --> 00:20:52,584 Dia dah mula makan? 298 00:20:53,518 --> 00:20:54,486 Ya. 299 00:20:55,420 --> 00:20:56,521 Baguslah. 300 00:20:57,589 --> 00:21:00,025 Kalau begitu, pemeriksaan seterusnya... 301 00:21:00,092 --> 00:21:01,159 Doktor, 302 00:21:02,361 --> 00:21:04,029 awak dijangkiti, bukan? 303 00:21:05,397 --> 00:21:07,766 Terima kasih sebab sambut anak saya, 304 00:21:08,600 --> 00:21:09,534 tapi... 305 00:21:10,535 --> 00:21:11,670 sebagai bapa... 306 00:21:13,272 --> 00:21:14,206 saya risau. 307 00:21:16,141 --> 00:21:17,342 Saya minta maaf. 308 00:21:20,812 --> 00:21:21,880 Jangan risau. 309 00:21:23,815 --> 00:21:25,083 Saya faham. 310 00:21:39,498 --> 00:21:41,400 Awak ada ubat ketakcernaan? 311 00:21:58,383 --> 00:22:00,285 Kamu tak patut buat begitu. 312 00:22:01,119 --> 00:22:02,120 Menepis tangannya. 313 00:22:06,792 --> 00:22:08,327 Bukankah kamu 314 00:22:08,894 --> 00:22:11,129 tak suka tengok orang bergaduh? 315 00:22:14,633 --> 00:22:17,302 Kenapa kamu bersikap begitu terhadap En. Komoto? 316 00:22:29,815 --> 00:22:31,249 Awak tak apa-apa? 317 00:22:31,316 --> 00:22:35,053 Berlakon sebagai bapa memang susah. Rasanya, saya alami ulser. 318 00:22:36,521 --> 00:22:37,622 Awak kelakar. 319 00:22:40,058 --> 00:22:43,362 Personaliti saya sentiasa menjengkelkan orang 320 00:22:44,963 --> 00:22:47,366 dan sebelum keadaan jadi huru-hara pun, 321 00:22:47,432 --> 00:22:48,934 saya sentiasa keseorangan. 322 00:22:50,135 --> 00:22:52,337 Saya lebih selesa begitu. 323 00:22:54,339 --> 00:22:56,942 Tapi apabila keadaan jadi begini, 324 00:22:57,876 --> 00:23:00,879 saya sedar kesilapan saya. Tiada siapa boleh selamat sendirian. 325 00:23:01,847 --> 00:23:03,048 Manusia 326 00:23:04,049 --> 00:23:06,885 tak boleh hidup keseorangan. 327 00:23:08,987 --> 00:23:11,423 Tapi semuanya dah terlambat untuk saya. 328 00:23:12,724 --> 00:23:16,228 Apabila saya terpaksa berlakon ada keluarga, saya jadi buntu. 329 00:23:16,294 --> 00:23:18,597 Ia tak masuk akal bagi saya. 330 00:23:19,231 --> 00:23:20,899 Terutamanya, anak-anak. 331 00:23:20,966 --> 00:23:22,200 Mereka macam makhluk asing. 332 00:23:24,069 --> 00:23:26,805 - Makhluk asing... - Kurumi, awak dan Naib Presiden 333 00:23:27,305 --> 00:23:30,142 dikatakan bertunang, bukan? Ia sekadar lakonan. 334 00:23:31,209 --> 00:23:32,210 Ya... 335 00:23:32,277 --> 00:23:33,512 Adakah Naib Presiden 336 00:23:34,379 --> 00:23:36,882 bertekad nak halau kami secepat mungkin? 337 00:23:40,185 --> 00:23:41,686 Tapi saya rasa... 338 00:23:42,387 --> 00:23:45,557 kita tak boleh kata kita keluarga jika tiada pertalian darah. 339 00:24:09,815 --> 00:24:11,883 Tak guna. Ke mana dia pergi? 340 00:24:21,726 --> 00:24:23,094 Ya? 341 00:24:24,129 --> 00:24:25,130 Maafkan saya. 342 00:24:28,300 --> 00:24:30,235 Bagaimana keadaan awak? 343 00:24:30,969 --> 00:24:32,404 Saya benar-benar minta maaf. 344 00:24:33,271 --> 00:24:34,806 Kini awak terpaksa buat 345 00:24:34,873 --> 00:24:36,942 semua kerja. 346 00:24:39,544 --> 00:24:41,012 Jangan risau tentang saya. 347 00:24:48,920 --> 00:24:51,490 {\an8}PEMERIKSAAN KESIHATAN NAMA: TAKURO MAMIYA 348 00:24:55,193 --> 00:24:56,695 Ada masalah? 349 00:24:57,262 --> 00:24:58,263 Tidak. 350 00:25:00,866 --> 00:25:02,067 Sebenarnya, 351 00:25:02,868 --> 00:25:05,570 saya nak cakap banyak perkara dengan awak. 352 00:25:08,707 --> 00:25:10,475 Saya tak rasa seperti kita orang asing. 353 00:25:12,911 --> 00:25:17,282 Tak apa, jangan risau. Terima kasih. 354 00:25:17,349 --> 00:25:18,383 Awak banyak membantu. 355 00:25:23,021 --> 00:25:24,956 Sebenarnya, tidak. 356 00:25:27,359 --> 00:25:28,960 Saya nak membantu, 357 00:25:30,262 --> 00:25:31,897 tapi semua orang takut dengan saya. 358 00:25:34,299 --> 00:25:36,434 Sebagai doktor, saya langsung tak membantu. 359 00:25:39,905 --> 00:25:42,507 En. Akiyoshi pun asyik mengelak daripada saya. 360 00:25:45,377 --> 00:25:46,645 Jangan terburu-buru. 361 00:25:47,379 --> 00:25:49,681 Satu hari nanti, bantuan awak akan diperlukan. 362 00:25:52,484 --> 00:25:53,618 Awak rasa begitu? 363 00:25:55,620 --> 00:25:58,523 Manusia boleh lihat lebih daripada yang mereka nampak. 364 00:26:01,026 --> 00:26:03,261 Kerja keras yang awak lakukan 365 00:26:03,328 --> 00:26:05,130 apabila tiada siapa melihat... 366 00:26:06,565 --> 00:26:09,734 Tentu awak akan terkejut mengetahui yang ia disedari. 367 00:26:11,202 --> 00:26:12,704 Sekurang-kurangnya, 368 00:26:12,771 --> 00:26:14,606 saya nak percaya begitu. 369 00:26:23,615 --> 00:26:24,916 Baik. 370 00:26:43,134 --> 00:26:44,202 LAPORAN KAJIAN TANAH PUSAT PERANGINAN AKIYOSHI 371 00:26:44,269 --> 00:26:45,437 {\an8}TEKNIK MENGGALI TELAGA 372 00:26:45,503 --> 00:26:47,005 A1, A2, PINTU MASUK UTAMA 373 00:28:01,346 --> 00:28:03,615 Shori, mana Yuzuki? 374 00:28:04,182 --> 00:28:05,183 Saya tak nampak dia. 375 00:28:06,384 --> 00:28:07,452 Kenapa? 376 00:28:08,353 --> 00:28:10,155 Apabila saya bangun, dia tiada. 377 00:28:10,221 --> 00:28:12,023 Puas saya cari dia. 378 00:28:28,139 --> 00:28:29,240 Yuzuki! 379 00:28:31,476 --> 00:28:32,744 Yuzuki! 380 00:28:34,279 --> 00:28:35,346 {\an8}Yuzuki! 381 00:28:39,284 --> 00:28:41,186 Saya akan cari di pintu masuk. 382 00:28:41,252 --> 00:28:43,688 Kami akan ke sana. 383 00:28:43,755 --> 00:28:44,889 Yuzuki! 384 00:28:45,523 --> 00:28:46,725 Yuzuki! 385 00:28:52,597 --> 00:28:53,732 Yuzuki! 386 00:28:54,766 --> 00:28:55,767 Yuzuki! 387 00:28:56,434 --> 00:28:57,469 Yuzuki... 388 00:29:03,074 --> 00:29:04,642 Ke mana dia pergi? 389 00:29:09,614 --> 00:29:11,382 - Ayah! - Sayang! 390 00:29:11,449 --> 00:29:12,717 - Tolong! - Saya dengar suara dari arah sana! 391 00:29:13,451 --> 00:29:14,385 Baiklah. 392 00:29:15,720 --> 00:29:17,722 Hei! Dengar tak? 393 00:29:17,789 --> 00:29:19,057 Tak bagus. Tiada jawapan! 394 00:29:19,124 --> 00:29:20,225 - Pergi ke sana. - Baik. 395 00:29:20,925 --> 00:29:22,293 Ada budak perempuan dihempap! 396 00:29:27,265 --> 00:29:28,333 Yuzuki? 397 00:29:29,300 --> 00:29:30,735 - Hei... - Yuzuki! 398 00:29:31,936 --> 00:29:33,304 - Yuzuki! - Pergi sana. 399 00:29:33,371 --> 00:29:34,405 Pegang. 400 00:29:34,472 --> 00:29:35,807 Yuzuki! 401 00:29:35,874 --> 00:29:37,375 Tarik! 402 00:29:37,876 --> 00:29:38,877 Yuzuki! 403 00:29:38,943 --> 00:29:40,178 Yuzuki! 404 00:29:41,513 --> 00:29:43,014 - Yuzuki! - Dia tak apa-apa? 405 00:29:45,416 --> 00:29:47,185 Bagaimana, tuan? 406 00:29:47,252 --> 00:29:49,854 Awak perlu fikirkan hukuman mereka. 407 00:29:52,690 --> 00:29:53,558 Baik... 408 00:29:53,625 --> 00:29:57,028 Jika tidak, kita tak dapat hentikan rungutan penghuni lain. 409 00:29:57,862 --> 00:29:59,164 Nanti dulu! 410 00:30:00,198 --> 00:30:03,268 Mereka cuma merungut tentang kekurangan makanan dan air. 411 00:30:03,902 --> 00:30:06,538 - Itulah punca konflik ini. - Kalau begitu... 412 00:30:06,604 --> 00:30:09,274 Bukankah ketua patut selesaikannya? 413 00:30:10,675 --> 00:30:12,377 Semua masalah kita 414 00:30:12,443 --> 00:30:15,513 berpunca akibat ketua gagal fikirkan pelan tindakan. 415 00:30:18,216 --> 00:30:19,384 Tarik semula kata-kata awak. 416 00:30:21,052 --> 00:30:22,187 En. Akiyoshi, 417 00:30:23,388 --> 00:30:24,589 kenapa awak diam saja? 418 00:30:25,156 --> 00:30:27,826 Awak sedang kaji jika terdapat sumber air bawah tanah 419 00:30:27,892 --> 00:30:29,160 di bawah pusat peranginan ini, bukan? 420 00:30:30,428 --> 00:30:31,596 Apa? 421 00:30:35,400 --> 00:30:37,202 Jika ada sumber air bawah tanah, 422 00:30:38,169 --> 00:30:39,838 kita tak perlu risau. 423 00:30:41,439 --> 00:30:44,542 Masalah kekurangan air dapat diselesaikan. 424 00:30:47,345 --> 00:30:48,479 En. Akiyoshi 425 00:30:49,147 --> 00:30:51,649 memikirkan strategi tanpa kita sedari. 426 00:30:51,716 --> 00:30:53,518 Dia berfikiran jauh. 427 00:30:55,787 --> 00:30:57,021 Tapi 428 00:30:58,289 --> 00:31:01,292 hal itu dan keluarga itu adalah berbeza. 429 00:31:02,894 --> 00:31:03,828 Namun, 430 00:31:04,562 --> 00:31:05,663 apa yang... 431 00:31:06,331 --> 00:31:08,566 membezakan mereka daripada keluarga lain? 432 00:31:10,435 --> 00:31:12,403 Apa maksud keluarga bagi awak? 433 00:31:16,140 --> 00:31:17,275 - Doktor! - Yuzuki! 434 00:31:17,342 --> 00:31:18,576 Doktor! 435 00:31:18,643 --> 00:31:20,545 Yuzuki! 436 00:31:20,612 --> 00:31:21,980 - Doktor! - Yuzuki! 437 00:31:22,046 --> 00:31:23,481 Doktor! 438 00:31:23,548 --> 00:31:24,983 - Yuzuki perlukan bantuan! - Doktor! 439 00:31:27,685 --> 00:31:28,786 Tolong. 440 00:31:38,062 --> 00:31:39,797 Dia kehilangan banyak darah. Bawa dia ke klinik. 441 00:31:39,864 --> 00:31:42,033 - Saya akan buat transfusi. - Nanti dulu! 442 00:31:42,100 --> 00:31:43,968 - Apa awak buat? - Apa? 443 00:31:44,035 --> 00:31:46,304 Awak nak bazirkan bekalan darah kita untuk mereka? 444 00:31:47,338 --> 00:31:48,206 Apa awak cakap? 445 00:31:48,273 --> 00:31:51,042 Bekalan darah kita dah berkurang! 446 00:31:52,710 --> 00:31:54,979 Tolonglah. Saya merayu. 447 00:31:55,847 --> 00:31:57,482 Doktor, darah saya... 448 00:31:57,982 --> 00:31:59,918 Tolong guna darah saya. 449 00:32:01,586 --> 00:32:04,555 Darah kami berdua jenis A. Kami sama! 450 00:32:04,622 --> 00:32:07,458 En. Komoto, saya tak boleh buat begitu... 451 00:32:07,525 --> 00:32:08,359 Awak boleh gunakan 452 00:32:09,093 --> 00:32:11,629 semua darah saya jika perlu! Tolonglah. 453 00:32:11,696 --> 00:32:13,264 Tolonglah dia. Tolonglah! 454 00:32:13,765 --> 00:32:15,166 En. Komoto... 455 00:32:16,734 --> 00:32:18,036 Tolonglah... 456 00:32:22,941 --> 00:32:23,975 Tolonglah... 457 00:32:25,209 --> 00:32:27,045 - Buat persiapan untuk transfusi, - Tuan tak boleh buat begitu! 458 00:32:27,111 --> 00:32:29,614 Cepat! Gunakan sebanyak mana bekalan darah yang diperlukan. 459 00:32:29,681 --> 00:32:30,615 Baik. 460 00:32:30,682 --> 00:32:32,951 Tolong saya angkat dia. 461 00:32:33,618 --> 00:32:34,852 - Sini. - Yuzuki! 462 00:32:34,919 --> 00:32:35,853 Biar saya tolong. 463 00:32:38,556 --> 00:32:39,557 Kenapa? 464 00:32:46,664 --> 00:32:47,966 Cepat pergi dari sini. 465 00:32:48,499 --> 00:32:49,600 Sekarang! Bawa Yuzuki! 466 00:32:49,667 --> 00:32:51,002 - Ayuh! Cepat! - En. Komoto! 467 00:32:52,170 --> 00:32:53,171 Yuzuki! 468 00:32:55,907 --> 00:32:58,876 Bunuh dia! Siapa ada senjata? 469 00:33:01,412 --> 00:33:02,714 Jangan dekati saya! 470 00:33:02,780 --> 00:33:03,614 Pergi! 471 00:33:03,681 --> 00:33:04,916 Tidak! 472 00:33:05,416 --> 00:33:06,517 Pergi! 473 00:33:17,562 --> 00:33:18,396 En. Akiyoshi! 474 00:33:24,002 --> 00:33:25,036 Sekarang! 475 00:34:21,859 --> 00:34:22,827 Jangan risau. 476 00:34:24,595 --> 00:34:25,696 Saya tahu 477 00:34:26,998 --> 00:34:27,965 dia akan selamat. 478 00:35:05,703 --> 00:35:06,704 Yuzuki 479 00:35:07,972 --> 00:35:10,341 layan awak dengan teruk, bukan? 480 00:35:14,712 --> 00:35:16,380 Dia mungkin menguji awak. 481 00:35:18,182 --> 00:35:19,150 Menguji? 482 00:35:20,184 --> 00:35:22,887 Awak pun tahu perangai sebenar bapanya. 483 00:35:24,155 --> 00:35:25,490 Jadi dia mungkin 484 00:35:27,024 --> 00:35:28,860 layan awak begitu untuk tengok 485 00:35:29,360 --> 00:35:30,895 jika awak akan pukul dia. 486 00:35:31,662 --> 00:35:32,663 Jika awak benci dia. 487 00:35:33,731 --> 00:35:36,868 - Pukul dia? Saya takkan... - Awak takkan buat begitu, bukan? 488 00:35:37,735 --> 00:35:38,870 Saya tahu. 489 00:35:42,306 --> 00:35:43,841 Saya tahu awak takkan buat begitu 490 00:35:45,309 --> 00:35:46,677 setelah lama mengenali awak. 491 00:36:06,597 --> 00:36:08,132 Doktor... 492 00:36:08,199 --> 00:36:10,301 Bagaimana keadaan Yuzuki? Dia okey? 493 00:36:12,036 --> 00:36:14,338 Ya. Dia tak apa-apa. 494 00:36:22,146 --> 00:36:23,247 Mujurlah. 495 00:36:48,172 --> 00:36:49,040 Doktor! 496 00:36:53,077 --> 00:36:54,312 Bagaimana keadaan kamu? 497 00:37:04,589 --> 00:37:06,190 Mak sangat risau. 498 00:37:08,492 --> 00:37:10,494 Apa kamu buat di sana? 499 00:37:16,367 --> 00:37:17,268 Maaf... 500 00:37:25,543 --> 00:37:27,478 Apabila saya periksa poket Yuzuki, 501 00:37:28,679 --> 00:37:29,947 saya terjumpa ini. 502 00:37:31,782 --> 00:37:33,117 Itu... 503 00:37:33,851 --> 00:37:34,785 Saya punya... 504 00:37:40,424 --> 00:37:42,693 Awak cari tali leher ini? 505 00:37:45,730 --> 00:37:48,399 Awak nampak kacak memakainya. 506 00:37:54,805 --> 00:37:57,341 Jadi jangan cakap awak cuma tahu minta maaf saja. 507 00:37:59,877 --> 00:38:01,712 Itu identiti awak, bukan? 508 00:38:02,647 --> 00:38:03,648 Bodoh... 509 00:38:07,151 --> 00:38:09,153 - Dia menangis. - Tidak! 510 00:38:09,987 --> 00:38:12,256 - Bodohnya. - Diam! 511 00:38:15,192 --> 00:38:16,360 En. Komoto... 512 00:38:22,933 --> 00:38:24,669 Maaf sebab tepis tangan awak. 513 00:38:36,213 --> 00:38:37,248 Boleh kita berbaik? 514 00:39:19,290 --> 00:39:21,559 Maaf sebab lambat. 515 00:39:23,561 --> 00:39:24,762 Sekarang saya akan umumkan 516 00:39:26,397 --> 00:39:28,065 hukuman untuk kumpulan ini. 517 00:39:31,268 --> 00:39:32,803 Polisi kami berkenaan ahli baharu 518 00:39:33,604 --> 00:39:36,440 cuma boleh terdiri daripada ahli keluarga atau saudara 519 00:39:37,875 --> 00:39:39,243 tak boleh diubah. 520 00:39:40,244 --> 00:39:41,912 Itu saja caranya untuk kawal bilangan penghuni. 521 00:39:41,979 --> 00:39:44,181 - Ia tak boleh diubah. - Itu peraturannya. 522 00:39:46,350 --> 00:39:49,186 Baiklah. Saya akan pergi. 523 00:39:49,253 --> 00:39:50,221 En. Komoto... 524 00:39:50,921 --> 00:39:51,889 Tapi boleh benarkan 525 00:39:52,590 --> 00:39:53,791 Shori tinggal di sini? 526 00:39:55,493 --> 00:39:57,828 Benarkan anak-anak tinggal di sini. 527 00:40:02,032 --> 00:40:03,834 Tolonglah. Saya merayu. 528 00:40:03,901 --> 00:40:05,336 Saya belum habis cakap. 529 00:40:12,810 --> 00:40:14,912 Ada sesuatu yang saya terlepas pandang. 530 00:40:16,747 --> 00:40:18,949 Apa maksud keluarga? 531 00:40:23,854 --> 00:40:24,889 Saya dah fikir. 532 00:40:26,357 --> 00:40:27,391 Adakah hanya 533 00:40:28,058 --> 00:40:30,094 pertalian darah yang buatkan seseorang dianggap keluarga? 534 00:40:32,730 --> 00:40:33,864 Jawapannya 535 00:40:34,498 --> 00:40:36,200 telah ditunjukkan oleh En. Komoto. 536 00:40:39,437 --> 00:40:41,272 Apabila kita lihat mereka menangis, 537 00:40:41,338 --> 00:40:42,907 kita pun akan jadi sedih. 538 00:40:43,607 --> 00:40:46,076 Apabila mereka marah, kita pun hilang sabar. 539 00:40:47,912 --> 00:40:49,613 Apabila mereka ketawa, kita gembira. 540 00:40:51,782 --> 00:40:53,150 Sekarang, saya dah faham. 541 00:40:54,885 --> 00:40:57,021 Kini, saya ada tunang, 542 00:41:01,058 --> 00:41:02,493 kadangkala ia agak menyusahkan, 543 00:41:03,427 --> 00:41:05,529 tapi memikirkan kita ada seseorang yang berharga 544 00:41:06,497 --> 00:41:07,798 dan yang disayangi, 545 00:41:08,799 --> 00:41:10,334 bukankah perhubungan sebegitu... 546 00:41:10,901 --> 00:41:12,903 patut dianggap sebagai keluarga? 547 00:41:19,210 --> 00:41:20,244 Tuan... 548 00:41:22,713 --> 00:41:25,950 Sebab itu, jika semua penghuni ada orang sebegitu dalam hidup mereka, 549 00:41:26,016 --> 00:41:27,551 selepas ini, 550 00:41:28,219 --> 00:41:29,353 saya rasa kami patut terima mereka 551 00:41:30,120 --> 00:41:31,822 sebagai keluarga. 552 00:41:32,490 --> 00:41:33,591 Sebagai orang 553 00:41:34,925 --> 00:41:36,494 yang memimpin pusat ini, 554 00:41:36,560 --> 00:41:37,995 itu keputusan saya. 555 00:41:53,744 --> 00:41:55,713 - Terima kasih banyak. - Terima kasih banyak. 556 00:41:55,779 --> 00:41:57,548 - Terima kasih banyak. - Terima kasih banyak. 557 00:42:24,508 --> 00:42:27,111 Awak sangka ucapan itu dapat menyelesaikan segalanya? 558 00:42:28,512 --> 00:42:31,649 Awak tak terfikir bagaimana Golem boleh masuk ke sini lagi? 559 00:42:33,117 --> 00:42:34,385 Ia sedang disiasat. 560 00:42:34,451 --> 00:42:36,153 Tuan, adakah 561 00:42:37,288 --> 00:42:39,924 kita masih terikat dengan "itu"? 562 00:42:41,492 --> 00:42:42,626 Mustahil. 563 00:42:43,360 --> 00:42:45,296 Saya pun harap begitu. 564 00:42:48,766 --> 00:42:51,001 Tapi kalau awak tipu kami, 565 00:42:51,902 --> 00:42:53,604 para penghuni takkan maafkan awak. 566 00:43:41,051 --> 00:43:42,019 Hei! 567 00:43:42,886 --> 00:43:44,221 Hei! 568 00:43:49,627 --> 00:43:50,561 Tolong! 569 00:43:55,099 --> 00:43:56,100 Bapa kamu 570 00:43:56,767 --> 00:43:58,202 nampak lain hari ini. 571 00:43:59,470 --> 00:44:00,304 Apa? 572 00:44:01,105 --> 00:44:03,173 - Dia malu. - Tidaklah! 573 00:44:03,240 --> 00:44:05,676 Mak pasti? Dia tak begitu kacak. 574 00:44:05,743 --> 00:44:07,378 Itulah masalahnya, bukan? 575 00:44:07,444 --> 00:44:08,779 Hei, kamu berdua. 576 00:44:08,846 --> 00:44:11,415 Saya rasa saya agak comel. 577 00:44:21,392 --> 00:44:22,359 Terima kasih, 578 00:44:23,627 --> 00:44:24,595 ayah. 579 00:44:32,269 --> 00:44:35,572 Semuanya atas jasa En. Akiyoshi dan Kurumi. 580 00:44:37,174 --> 00:44:38,142 Betul. 581 00:44:38,709 --> 00:44:42,112 Mereka berdua nampak sepadan. Betul tak? 582 00:44:43,280 --> 00:44:44,815 Tentang air bawah tanah itu. 583 00:44:48,285 --> 00:44:49,753 Kalau saya jumpa, 584 00:44:49,820 --> 00:44:52,189 saya bercadang nak minta nasihat awak dulu. 585 00:44:53,157 --> 00:44:55,959 Sama ada ia boleh digunakan sebagai air minuman. 586 00:44:56,026 --> 00:44:58,228 Saya nak dengar pendapat perubatan awak. 587 00:44:59,396 --> 00:45:00,564 Kalau tak boleh guna, 588 00:45:01,498 --> 00:45:03,667 saya tak mahu kecewakan mereka. 589 00:45:09,473 --> 00:45:10,841 En. Akiyoshi. 590 00:45:11,875 --> 00:45:13,677 Awak suka pendam perasaan. 591 00:45:16,246 --> 00:45:18,615 Saya tak suka bergantung kepada orang lain. 592 00:45:19,483 --> 00:45:23,320 Ibu saya selalu kata, lelaki tak patut buat begitu. 593 00:45:26,557 --> 00:45:27,591 Tapi 594 00:45:28,292 --> 00:45:29,560 awak tak berterus terang. 595 00:45:30,728 --> 00:45:32,229 Maafkan saya. 596 00:45:34,665 --> 00:45:36,500 Tapi saya suka kemampuan awak 597 00:45:37,468 --> 00:45:38,635 mengakui kesilapan. 598 00:45:46,410 --> 00:45:47,444 Terima kasih banyak. 599 00:45:52,316 --> 00:45:53,450 Awak tak perlu takut. 600 00:45:55,786 --> 00:45:56,887 Saya takkan bertukar 601 00:45:57,588 --> 00:46:00,023 menjadi Golem secepat itu. 602 00:46:03,894 --> 00:46:07,030 Saya jalani pemeriksaan darah rutin. 603 00:46:08,065 --> 00:46:09,466 - Bukan sebab itu... - Selain itu... 604 00:46:13,504 --> 00:46:14,772 Jika saya bertukar... 605 00:46:16,373 --> 00:46:17,775 Saya dah bersedia. 606 00:46:20,811 --> 00:46:22,212 Ini ubat untuk eutanasia. 607 00:46:22,279 --> 00:46:24,181 Awak simpan? 608 00:46:24,248 --> 00:46:25,082 Saya tak mahu 609 00:46:26,917 --> 00:46:28,218 cederakan sesiapa. 610 00:46:28,852 --> 00:46:30,120 Awak tak patut simpan. 611 00:46:30,187 --> 00:46:32,022 Nanti, apa yang awak buat? 612 00:46:32,523 --> 00:46:33,524 Hei! 613 00:46:39,163 --> 00:46:40,130 Maafkan saya. 614 00:46:45,369 --> 00:46:47,070 Kenapa awak mengelak daripada saya? 615 00:46:50,007 --> 00:46:52,743 - Saya bukan mengelak... - Awak mengelak. 616 00:46:54,978 --> 00:46:56,747 Awak selalu tak pandang saya. 617 00:46:58,515 --> 00:47:00,617 Setiap kali saya dekati awak, awak menjauh. 618 00:47:00,684 --> 00:47:02,019 Seolah-olah saya kotor! 619 00:47:05,389 --> 00:47:06,657 Itu... 620 00:47:11,261 --> 00:47:12,329 En. Akiyoshi... 621 00:47:18,969 --> 00:47:20,637 Jangan rasa jijik dengan saya. 622 00:47:23,173 --> 00:47:25,909 Saya hilang ingatan 623 00:47:26,577 --> 00:47:27,878 dan tiada masa depan. 624 00:47:28,712 --> 00:47:30,314 Tiada siapa akan dekati saya. 625 00:47:35,485 --> 00:47:37,087 Satu-satunya orang yang rapat dengan saya 626 00:47:40,090 --> 00:47:41,992 ialah awak, En. Akiyoshi. 627 00:47:42,793 --> 00:47:43,927 Kurumi... 628 00:47:54,905 --> 00:47:56,139 Jangan menangis. 629 00:47:56,807 --> 00:47:57,774 Tolonglah. 630 00:49:11,949 --> 00:49:13,550 Cuba ingat! Tolonglah! 631 00:49:13,617 --> 00:49:16,219 {\an8}En. Akiyoshi tak bersalah. Awak patut marah saya. 632 00:49:16,286 --> 00:49:18,655 {\an8}Siapa yang kata akan lindungi Kurumi? 633 00:49:18,722 --> 00:49:20,991 {\an8}Saya takkan serahkan Kurumi kepada mereka. 634 00:49:21,058 --> 00:49:22,960 Hei! Tolong saya! 635 00:49:24,795 --> 00:49:26,897 {\an8}Saya dah agak, memang awak dalangnya. 636 00:51:29,486 --> 00:51:32,956 {\an8}DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA 637 00:51:33,023 --> 00:51:37,961 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah