1
00:00:08,120 --> 00:00:11,680
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:27,360 --> 00:00:29,240
Kamu nak makan?
3
00:00:30,240 --> 00:00:33,160
Tidak, saya okey.
Terima kasih kerana jumpa saya.
4
00:00:33,840 --> 00:00:37,920
"Ambil cuti dua hari,"
bahagian mana yang awak tak faham?
5
00:00:38,480 --> 00:00:39,320
Saya cuba.
6
00:00:41,920 --> 00:00:44,960
Jangan buat rancangan
untuk 30 tahun akan datang.
7
00:00:45,600 --> 00:00:46,640
Kamu dah ketagih.
8
00:00:48,280 --> 00:00:51,360
Namun, saya patut
suruh kamu pulang selalu.
9
00:00:52,880 --> 00:00:56,280
Tuan setuju dengan Isak?
Semuanya tentang hutang dadah?
10
00:00:56,360 --> 00:00:57,760
Tidak, kamu pun sangsi.
11
00:00:57,840 --> 00:01:00,440
Pengedar dadah tak membunuh untuk dibayar.
12
00:01:00,520 --> 00:01:01,680
Buruk untuk perniagaan.
13
00:01:02,480 --> 00:01:05,560
- Jadi, bagaimana?
- Saya rasa Gustav Munck terbabit.
14
00:01:06,960 --> 00:01:07,960
Bagaimana?
15
00:01:09,480 --> 00:01:11,280
Saya tak pasti.
16
00:01:15,400 --> 00:01:16,880
Jangan malu, En. Wallander.
17
00:01:19,480 --> 00:01:22,440
Kes Rosengaard,
gereja dan kini ugutan bunuh.
18
00:01:22,520 --> 00:01:24,480
Dia nampak macam sasaran.
19
00:01:25,880 --> 00:01:30,040
Tapi Gustav kenal Hugo
dan tak pernah sebut. Kenapa?
20
00:01:30,840 --> 00:01:34,120
Mungkin dia kenal Zemar juga,
dia ada akses terhadapnya.
21
00:01:34,200 --> 00:01:38,480
Kemudian anjingnya dibunuh
dengan cara sama seperti Hugo di partinya.
22
00:01:41,520 --> 00:01:44,640
Mungkin itu percubaan.
Anjing sebelum Hugo.
23
00:01:44,720 --> 00:01:48,520
Maksud saya, dia banyak terbabit
dan tak mungkin hanya kebetulan.
24
00:01:50,320 --> 00:01:52,200
Kebetulan tidak wujud.
25
00:01:53,600 --> 00:01:55,160
Mari panggil dan soal dia.
26
00:01:59,000 --> 00:02:02,200
Kerjaya akan berakhir
jika kita memburu keluarga Munck.
27
00:02:02,280 --> 00:02:06,360
Ada sebabnya mereka keluarga
paling kaya dan berpengaruh di Sweden.
28
00:02:06,440 --> 00:02:07,640
Jadi, bagaimana?
29
00:02:08,720 --> 00:02:09,760
Tunggu dan lihat.
30
00:02:10,600 --> 00:02:11,920
Dia akan bawa kita.
31
00:02:13,240 --> 00:02:14,720
Lama kita perlu tunggu.
32
00:02:16,000 --> 00:02:17,160
Begitulah tugasnya.
33
00:02:18,240 --> 00:02:21,800
Melainkan kamu ada cara lain
untuk mendekati Gustav Munck.
34
00:03:03,400 --> 00:03:06,840
Ya, Gustav nak hantar
kereta lebih mewah berbanding ini.
35
00:03:07,240 --> 00:03:08,720
Kereta saya ada siren.
36
00:03:10,560 --> 00:03:11,760
Awak menang.
37
00:03:43,240 --> 00:03:45,920
- Pandanglah jalan pula.
- Betul.
38
00:03:55,640 --> 00:03:57,960
Terima kasih kerana mahu menemani saya.
39
00:03:58,040 --> 00:04:01,000
- Sebenarnya, saya nak cakap…
- Awak terhutang budi
40
00:04:01,080 --> 00:04:03,400
kerana dua kali saya merawat awak.
41
00:04:03,480 --> 00:04:04,400
Tepat sekali.
42
00:04:05,120 --> 00:04:06,000
Tidak…
43
00:04:07,960 --> 00:04:09,640
Saya perlu beritahu awak…
44
00:04:11,880 --> 00:04:12,720
Apa?
45
00:04:13,360 --> 00:04:15,160
Saya dan Gustav dulu bercinta.
46
00:04:15,240 --> 00:04:17,680
Dia mungkin bersikap aneh terhadap awak.
47
00:04:17,760 --> 00:04:19,720
Saya sedar dia menyukai awak.
48
00:04:20,520 --> 00:04:22,480
- Tidak.
- Kenapa berpisah?
49
00:04:24,160 --> 00:04:25,360
Tentu menggoda.
50
00:04:25,440 --> 00:04:28,520
Jutawan kacak yang suka membantu orang.
51
00:04:28,600 --> 00:04:30,320
Macam awak yang jatuh cinta.
52
00:04:30,400 --> 00:04:33,640
Maksud saya, tak ramai
yang nak tinggalkan orang begitu.
53
00:04:34,360 --> 00:04:36,360
Awak ada bercakap dengan ibu saya?
54
00:04:37,720 --> 00:04:40,120
Tapi seriuslah, kenapa dengan dia?
55
00:04:42,440 --> 00:04:44,000
Tentu ada sesuatu, betul?
56
00:04:50,320 --> 00:04:52,520
Semua wang dan keistimewaan itu, ia…
57
00:04:54,840 --> 00:04:56,080
mengganggu fikiran.
58
00:04:58,200 --> 00:05:00,760
Hairan juga
bagaimana dia boleh jadi normal.
59
00:05:11,400 --> 00:05:12,240
Selamat malam.
60
00:05:12,320 --> 00:05:16,160
Jemputan saya untuk seorang,
tapi saya dah telefon untuk jelaskan.
61
00:05:16,760 --> 00:05:17,840
Tunggu sebentar.
62
00:05:19,280 --> 00:05:21,560
Tetamu tiba dengan teman, bolehkah?
63
00:05:22,680 --> 00:05:23,680
Nikmati malam ini.
64
00:05:23,760 --> 00:05:26,520
- Terima kasih.
- Letak kereta di sebelah kiri.
65
00:05:26,600 --> 00:05:28,240
- Terima kasih.
- Terima kasih.
66
00:05:36,360 --> 00:05:38,320
- Saya mengaku kalah.
- Okey.
67
00:05:42,440 --> 00:05:43,600
Awak nampak cantik.
68
00:05:44,600 --> 00:05:45,440
Terima kasih.
69
00:05:46,200 --> 00:05:47,720
Awak boleh buat?
70
00:05:51,640 --> 00:05:52,920
Syabas kepada saya.
71
00:06:05,560 --> 00:06:07,320
Okey. Mari pergi.
72
00:06:12,800 --> 00:06:15,080
- Selamat datang.
- Terima kasih.
73
00:06:47,640 --> 00:06:49,000
Perlu pakai tuksedo?
74
00:06:51,120 --> 00:06:52,080
Awak tahu?
75
00:06:52,680 --> 00:06:56,360
Ia ditulis di kad jemputan.
Tapi awak nampak bagus.
76
00:06:56,440 --> 00:07:00,680
Setidaknya, orang akan menyedari awak.
77
00:07:00,760 --> 00:07:02,400
Itulah yang saya mahu.
78
00:07:06,520 --> 00:07:07,360
Hai.
79
00:07:25,800 --> 00:07:28,360
Itu mereka? Raja dan permaisuri?
80
00:07:28,440 --> 00:07:31,640
Mereka sambut musim panas
dengan kerabat diraja.
81
00:07:36,920 --> 00:07:38,520
Wanita tercantik di majlis.
82
00:07:38,600 --> 00:07:39,520
Hai.
83
00:07:41,120 --> 00:07:41,960
Apa khabar?
84
00:07:42,040 --> 00:07:43,880
Awak bawa polis.
85
00:07:45,000 --> 00:07:46,520
Indah rumah awak.
86
00:07:46,600 --> 00:07:49,200
Ia agak menjolok mata, tapi inilah rumah.
87
00:07:49,280 --> 00:07:50,560
Apa khabar ayah awak?
88
00:07:51,800 --> 00:07:54,520
Membenci setiap saat,
tapi dia tentu gembira jumpa awak.
89
00:07:55,320 --> 00:07:56,160
Mari.
90
00:07:59,000 --> 00:08:01,760
Tak apa, saya tunggu di sini.
91
00:08:01,840 --> 00:08:02,680
Okey.
92
00:08:31,120 --> 00:08:33,040
Tiada wanita dalam keluarga ini?
93
00:08:36,960 --> 00:08:39,680
- Kali pertama datang?
- Bagaimana awak tahu?
94
00:08:41,480 --> 00:08:43,200
Tentulah tak ada wanita.
95
00:08:44,120 --> 00:08:46,160
Itu tak penting bagi fideikommiss.
96
00:08:47,800 --> 00:08:48,640
Betul.
97
00:08:49,280 --> 00:08:50,760
Fideikommiss.
98
00:09:15,320 --> 00:09:16,560
- Ahli perniagaan sejati…
- Ya.
99
00:09:48,360 --> 00:09:52,040
Hadirin semua,
boleh saya dapatkan perhatian anda.
100
00:09:54,600 --> 00:09:59,080
Saya mahu cakap betapa gembiranya
saya melihat ramai kawan malam ini.
101
00:10:00,440 --> 00:10:02,360
Selamat datang kepada yang lain.
102
00:10:03,960 --> 00:10:06,840
Ayah saya benci berucap di khalayak ramai
103
00:10:06,920 --> 00:10:10,200
begitu juga dengan mengadakan parti,
104
00:10:10,280 --> 00:10:12,640
tapi dia telah dipaksa untuk berucap,
105
00:10:12,720 --> 00:10:15,120
jadi beri tepukan kepada Leopold Munck.
106
00:10:23,000 --> 00:10:25,600
Saya lelaki yang bertuah.
107
00:10:25,680 --> 00:10:27,400
Saya ada dua anak lelaki.
108
00:10:28,160 --> 00:10:31,760
Yang sulung
akan beri cucu lelaki untuk saya.
109
00:10:32,840 --> 00:10:37,120
Yang bongsu pula
menghasilkan kerja yang membanggakan saya.
110
00:10:38,080 --> 00:10:42,040
Walaupun lembaga pengarah
lebih suka jika dia mendiamkan diri.
111
00:10:45,000 --> 00:10:48,440
Dia menunjukkan keperibadian
yang saya tak tahu dia miliki.
112
00:10:48,520 --> 00:10:52,440
Hadirin sekalian,
mari minum untuk anak-anak saya.
113
00:10:56,040 --> 00:10:57,200
Gustav.
114
00:10:59,440 --> 00:11:00,840
Terima kasih, anakku.
115
00:11:05,560 --> 00:11:07,360
Ayahnya ada masalah?
116
00:11:09,280 --> 00:11:12,000
Dia sedang sakit.
Ada masalah dengan hatinya.
117
00:11:12,080 --> 00:11:14,520
Cakap sesama diri.
Tak usah hiraukan kami.
118
00:11:15,040 --> 00:11:17,720
Situasi ini sukar buat Gustav.
119
00:11:32,000 --> 00:11:34,960
Tahniah. Majlis yang hebat.
120
00:11:37,600 --> 00:11:38,480
Terima kasih.
121
00:11:39,560 --> 00:11:41,480
Ada berita tentang ugutan bunuh?
122
00:11:41,760 --> 00:11:42,600
Ya.
123
00:11:45,760 --> 00:11:47,120
Saya masih hidup.
124
00:11:49,600 --> 00:11:50,760
Saya kagum.
125
00:11:50,840 --> 00:11:53,520
Selalunya orang takut
jika mereka diancam.
126
00:11:54,760 --> 00:11:56,840
Pasukan keselamatan kami mahir.
127
00:11:56,920 --> 00:11:58,080
Bagus.
128
00:11:58,160 --> 00:12:01,240
Namun begitu,
berehatlah daripada berparti dahulu.
129
00:12:02,000 --> 00:12:03,640
Awak tahu, parti di hutan.
130
00:12:04,400 --> 00:12:06,640
Parti yang Hugo Lundgren selalu pergi.
131
00:12:08,160 --> 00:12:09,400
Benarkah?
132
00:12:10,160 --> 00:12:11,800
Kawannya, Isak yang cakap.
133
00:12:12,400 --> 00:12:15,880
Saya hairan kenapa
awak tak pernah sebut tentang itu.
134
00:12:15,960 --> 00:12:17,000
Tentang apa?
135
00:12:17,080 --> 00:12:19,960
- Yang awak kenal Hugo.
- Kenapa nak sebut?
136
00:12:21,000 --> 00:12:24,720
Saya tak faham apa kaitan
Hugo ke parti dengan pembunuhannya.
137
00:12:24,800 --> 00:12:26,120
Mungkin tiada kaitan.
138
00:12:27,880 --> 00:12:29,960
Tapi Isak cerita tentang anjingnya.
139
00:12:30,040 --> 00:12:34,160
Ada orang membunuhnya dan kemudian,
Hugo dibunuh dengan cara sama.
140
00:12:34,240 --> 00:12:36,760
Awak tak terfikir untuk beritahu kami?
141
00:12:38,760 --> 00:12:40,480
Ini kali pertama saya dengar.
142
00:12:40,560 --> 00:12:43,840
Grenad meletup di tanah awak
tanpa pengetahuan awak.
143
00:12:44,520 --> 00:12:48,400
Gustav, saya pelik kerana
semua butiran membawa kepada awak.
144
00:12:48,480 --> 00:12:50,560
Maksud awak, saya terlibat?
145
00:12:51,400 --> 00:12:52,680
Tentulah tidak.
146
00:12:53,560 --> 00:12:55,840
Itu tak masuk akal, bukan?
147
00:12:57,120 --> 00:13:01,200
Apa yang pasti, perbualan ini tidak sesuai
untuk majlis ayah saya.
148
00:13:01,280 --> 00:13:02,120
Perbualan apa?
149
00:13:03,920 --> 00:13:07,040
Teman lelaki awak
bertindak mengikut kecemburuannya.
150
00:13:07,400 --> 00:13:10,040
- Apa ini?
- Apa yang awak sorok, Gustav?
151
00:13:10,120 --> 00:13:12,840
Itu sebabnya awak menolak bantuan
untuk ugutan bunuh?
152
00:13:12,920 --> 00:13:16,240
Maaf, tapi saya tak boleh benarkan
orang datang ke rumah
153
00:13:16,320 --> 00:13:18,520
- dan menuduh saya.
- Soalannya mudah.
154
00:13:18,600 --> 00:13:20,120
Dia nak beredar.
155
00:13:20,200 --> 00:13:21,720
- Pergi.
- Awak sorok apa?
156
00:13:21,800 --> 00:13:23,960
Tak mahu polis menyiasat awak?
157
00:13:24,040 --> 00:13:25,400
- Encik perlu pergi.
- Kurt!
158
00:13:25,480 --> 00:13:27,560
- Apa yang akan kami jumpa?
- Mari.
159
00:13:31,000 --> 00:13:32,200
Bukan salah awak.
160
00:13:42,960 --> 00:13:45,360
Mona, maafkan saya.
161
00:13:45,440 --> 00:13:48,040
Awak datang hanya untuk menyoal Gustav.
162
00:13:48,800 --> 00:13:51,640
- Menyoal ialah…
- Kenapa tak berterus terang?
163
00:13:51,720 --> 00:13:55,240
Saya nak cakap
tapi saya tak mahu awak terlibat.
164
00:13:55,320 --> 00:13:57,880
- Saya nak lindungi awak.
- Saya boleh jaga diri.
165
00:13:57,960 --> 00:14:00,520
- Terima kasih.
- Bukan itu maksud saya.
166
00:14:00,600 --> 00:14:02,800
- Mona, tunggu!
- Apa?
167
00:14:05,040 --> 00:14:07,080
Saya tak boleh cakap tentang kes.
168
00:14:07,160 --> 00:14:10,040
Tapi boleh soal tentang
hubungan saya dengan Gustav?
169
00:14:10,120 --> 00:14:12,480
Awak rasa dia terbabit dalam pembunuhan?
170
00:14:12,560 --> 00:14:15,000
Awak dah hilang akal?
171
00:14:15,080 --> 00:14:17,400
Awak gunakan saya untuk mendekatinya.
172
00:14:18,040 --> 00:14:21,040
Beri saya kuncinya. Kurt! Kunci!
173
00:14:21,120 --> 00:14:24,600
Kenapa? Tunggu, Mona. Apa awak buat?
174
00:14:24,680 --> 00:14:25,720
Nak pergi mana?
175
00:14:26,520 --> 00:14:27,600
Tidak.
176
00:14:27,680 --> 00:14:28,880
Berhenti!
177
00:14:37,000 --> 00:14:39,640
TEKSI
178
00:14:48,720 --> 00:14:50,840
Saya tak buat apa-apa. Relaks.
179
00:14:50,920 --> 00:14:52,800
Relakslah, semuanya okey.
180
00:14:54,960 --> 00:14:56,280
Ya, betul.
181
00:15:11,400 --> 00:15:14,080
- Kurt.
- Saya nampak Ibra dengan geng baru.
182
00:15:15,240 --> 00:15:16,240
Betul?
183
00:15:17,200 --> 00:15:19,720
Dengar nasihat saya, jangan masuk campur.
184
00:15:19,800 --> 00:15:22,360
Saya nak jaga dia. Awak pun patut jaga.
185
00:15:27,360 --> 00:15:28,480
Ayuh, Bashir.
186
00:15:30,120 --> 00:15:32,240
- Hei.
- Baiklah.
187
00:15:33,280 --> 00:15:34,120
Awak di mana?
188
00:15:52,280 --> 00:15:54,080
Awak nampak tertekan, Kurt.
189
00:15:55,400 --> 00:15:57,360
Kenapa Ibra tinggalkan geng awak?
190
00:15:57,440 --> 00:15:59,200
Apabila dia hilang kontrak,
191
00:15:59,280 --> 00:16:02,720
dia nak salahkan seseorang
dan dia pilih orang terdekat.
192
00:16:02,800 --> 00:16:04,760
Dia jadi sasaran untuk direkrut.
193
00:16:05,280 --> 00:16:08,640
Mereka tentu janjikan
lebih banyak perlindungan dan wang.
194
00:16:08,720 --> 00:16:11,520
Awak tahu
apa Ibra perlu buat untuk inisiasi?
195
00:16:12,880 --> 00:16:15,640
Menghukum bekas ahli kerana membelot.
196
00:16:15,720 --> 00:16:16,960
Itu agak dramatik.
197
00:16:17,920 --> 00:16:20,000
Ada peraturan di luar sana, Kurt.
198
00:16:22,360 --> 00:16:24,440
Awak sendiri pun tahu.
199
00:16:25,280 --> 00:16:27,080
Bagaimana kita nak uruskannya?
200
00:16:27,160 --> 00:16:28,000
Kita?
201
00:16:30,440 --> 00:16:31,520
Awak, kawan.
202
00:16:33,360 --> 00:16:36,720
Saya tak boleh terlibat
tanpa mencetuskan peperangan geng.
203
00:16:36,800 --> 00:16:38,520
Tidak, saya tak mahu.
204
00:16:45,640 --> 00:16:46,840
Itu yang saya agak.
205
00:16:55,200 --> 00:16:56,240
Okey, Kurt.
206
00:16:59,120 --> 00:17:00,480
Awak hati-hati.
207
00:17:04,720 --> 00:17:05,960
Awak boleh pergi.
208
00:17:09,120 --> 00:17:10,320
Pergi cepat, kawan.
209
00:17:27,720 --> 00:17:28,880
Ingat awak boleh pergi?
210
00:17:29,520 --> 00:17:30,480
Awak nak pergi?
211
00:17:32,040 --> 00:17:34,240
Senyum, kawan. Senyum.
212
00:17:38,200 --> 00:17:39,280
Cepatlah.
213
00:17:40,480 --> 00:17:41,320
Pukul saya!
214
00:17:52,640 --> 00:17:53,640
Bangun, Ibra.
215
00:17:54,600 --> 00:17:55,960
Berhenti! Polis!
216
00:17:57,920 --> 00:17:59,400
Jauhkan diri darinya.
217
00:18:12,920 --> 00:18:14,160
Jangan bergerak.
218
00:18:17,400 --> 00:18:19,160
Saya cakap, jangan bergerak.
219
00:18:23,280 --> 00:18:26,240
- Betulkah apa saya dengar?
- Ya. Polis Malmo.
220
00:18:28,160 --> 00:18:29,760
Awak tak tahu peraturannya?
221
00:18:30,400 --> 00:18:31,640
Polis tidak dibenarkan.
222
00:18:32,280 --> 00:18:33,760
Saya takkan ganggu awak.
223
00:18:36,320 --> 00:18:38,280
- Saya cuma nak Ibra.
- Tak boleh.
224
00:18:38,360 --> 00:18:40,120
- Dia dihukum.
- Ibra?
225
00:18:40,200 --> 00:18:42,280
Dia tarik diri daripada inisiasi.
226
00:18:42,360 --> 00:18:45,360
Dia milik kami sekarang.
Sama macam awak.
227
00:18:48,000 --> 00:18:48,840
Belasah dia!
228
00:18:52,280 --> 00:18:55,120
Semua orang bertenang.
229
00:19:05,080 --> 00:19:06,160
Letakkan senjata.
230
00:19:11,560 --> 00:19:12,520
Lepaskan budak itu.
231
00:19:15,520 --> 00:19:17,520
Awak tak mahu memburukkan keadaan.
232
00:19:20,160 --> 00:19:22,080
Ini masa yang gila untuk kita.
233
00:19:23,080 --> 00:19:25,920
Awak fikir ada orang
dapat keluar dengan selamat?
234
00:19:43,760 --> 00:19:46,320
Macam yang saya cakap, bertenanglah.
235
00:20:00,040 --> 00:20:01,600
Jumpa lagi, Bashir.
236
00:20:18,120 --> 00:20:19,040
Ibra?
237
00:20:21,440 --> 00:20:22,280
Kawan.
238
00:20:39,240 --> 00:20:41,520
Bashir, maafkan saya.
239
00:20:41,640 --> 00:20:43,920
Awak tak laksanakannya, Ibra.
240
00:20:44,000 --> 00:20:45,880
Awak buat pilihan yang betul.
241
00:21:09,840 --> 00:21:10,760
Boleh uruskan?
242
00:21:13,840 --> 00:21:15,160
Awak tunjuk apa tadi?
243
00:21:15,240 --> 00:21:16,280
Tatu?
244
00:21:17,920 --> 00:21:19,680
Jangan risau, Kurt.
245
00:21:21,560 --> 00:21:22,440
Mari, Ibra.
246
00:21:25,120 --> 00:21:26,120
Awak okey?
247
00:21:54,440 --> 00:21:55,480
Awak perlu makan.
248
00:21:55,560 --> 00:21:56,400
Tidak.
249
00:21:57,240 --> 00:21:58,200
Ibra…
250
00:22:06,280 --> 00:22:07,120
Begini…
251
00:22:07,760 --> 00:22:10,520
kehilangan kontrak hanyalah halangan.
252
00:22:12,000 --> 00:22:14,040
Kita buat apa dengan halangan?
253
00:22:14,120 --> 00:22:16,720
- Kita melompatinya.
- Macam awak malam ini.
254
00:22:16,800 --> 00:22:19,280
- Awak buat pilihan hidup yang betul.
- Hidup apa?
255
00:22:20,720 --> 00:22:22,240
Lebih baik saya mati.
256
00:22:27,040 --> 00:22:29,800
Saya main bola sepak.
Itu saja yang saya mahir.
257
00:22:31,720 --> 00:22:35,120
- Tapi dunia itu tiada lagi.
- Itu tak benar, Ibra.
258
00:22:35,200 --> 00:22:38,120
- Awak dibebaskan.
- Budak jahat dari Rosengaard.
259
00:22:39,840 --> 00:22:43,080
Itu yang mereka nampak.
Itu yang mereka sentiasa nampak.
260
00:22:45,160 --> 00:22:46,720
Pergi mandi, anakku.
261
00:22:48,840 --> 00:22:49,680
Okey.
262
00:23:01,920 --> 00:23:02,880
Terima kasih…
263
00:23:04,320 --> 00:23:05,720
kerana ada di situ.
264
00:23:06,640 --> 00:23:10,120
Berterima kasih kepada Bashir.
Saya hanya timbulkan masalah.
265
00:23:10,840 --> 00:23:12,880
Awak ingat kehidupan kami dulu?
266
00:23:13,680 --> 00:23:15,520
Masa depan yang kami harapkan?
267
00:23:18,040 --> 00:23:19,640
Inilah hidup saya sekarang…
268
00:23:20,320 --> 00:23:23,800
kerana seorang budak Sweden mati
dan bawa kami bersamanya.
269
00:23:23,880 --> 00:23:26,440
Saya janji, saya akan cari dalangnya.
270
00:23:26,520 --> 00:23:27,560
Dia akan diadili.
271
00:24:03,160 --> 00:24:04,360
PENCARI
272
00:24:23,520 --> 00:24:24,440
Apa ini?
273
00:24:24,520 --> 00:24:25,680
Teks perundangan.
274
00:24:28,280 --> 00:24:29,600
Saya mahu ringkasan.
275
00:24:29,680 --> 00:24:33,720
Suruhanjaya Fideikommiss menguruskan
perubahan surat ikatan Munck.
276
00:24:33,800 --> 00:24:35,040
Perubahan apa?
277
00:24:35,120 --> 00:24:38,160
Perubahan paling penting,
siapa mewarisinya?
278
00:24:38,240 --> 00:24:41,160
Anggap saya tak faham
undang-undang harta pusaka.
279
00:24:41,240 --> 00:24:43,240
Sukar nak percaya, saya tahu.
280
00:24:43,320 --> 00:24:47,320
Fideikommiss baru diharamkan
kecuali untuk hanya beberapa keluarga
281
00:24:47,400 --> 00:24:50,960
yang masih mewariskan semua harta
kepada anak lelaki sulung.
282
00:24:51,040 --> 00:24:53,240
Tanah, perniagaan, wang, semuanya.
283
00:24:53,320 --> 00:24:55,920
Ia wujud selama beratus-ratus tahun,
hingga sekarang.
284
00:24:57,120 --> 00:25:00,480
"Leopold Munck telah
membuat perubahan undang-undang,
285
00:25:00,560 --> 00:25:04,920
mengeluarkan anak sulung, Karl-Axel,
dan mewariskan kepada anak bongsu…
286
00:25:05,000 --> 00:25:06,160
Gustav Munck."
287
00:25:06,240 --> 00:25:10,360
Mungkin dia nak buktikan kepada ayahnya
yang dia layak, bukan abangnya.
288
00:25:10,440 --> 00:25:13,880
- Kejadian mana yang membuktikannya?
- Tak tahu, tapi…
289
00:25:13,960 --> 00:25:15,880
di parti, Leopold beri ucapan
290
00:25:15,960 --> 00:25:19,360
tentang bagaimana dia terkejut
dengan keperibadian Gustav.
291
00:25:19,440 --> 00:25:22,280
Dia kagum dengan
pencapaian anaknya sekarang.
292
00:25:22,360 --> 00:25:24,720
Tak, ia masih tak menjawab soalan.
293
00:25:24,800 --> 00:25:29,360
Mungkin tidak, tapi harta pusaka Munck
bernilai lebih tiga bilion.
294
00:25:29,440 --> 00:25:30,760
Itu motif yang besar.
295
00:25:30,840 --> 00:25:32,600
Bagaimana dengan abangnya?
296
00:25:33,520 --> 00:25:34,800
Dia yang rugi.
297
00:25:35,400 --> 00:25:36,240
Dia tahukah?
298
00:25:36,840 --> 00:25:40,440
Di parti, dia tak nampak seperti
orang yang baru hilang harta.
299
00:25:40,960 --> 00:25:43,160
Gustav menipu tentang mengenali Hugo
300
00:25:43,240 --> 00:25:46,280
yang anjing kawan karibnya
diletupkan dengan grenad.
301
00:25:46,880 --> 00:25:49,640
Hugo juga dibunuh dengan cara yang sama.
302
00:25:49,720 --> 00:25:51,400
Takkan kebetulan?
303
00:26:02,320 --> 00:26:07,040
Orang yang memanipulasi Zemar untuk
memasukkan grenad ke dalam mulut Hugo
304
00:26:07,120 --> 00:26:08,840
ditakrifkan sebagai psikopat.
305
00:26:09,440 --> 00:26:11,720
Tak perlukan motif atau alasan.
306
00:26:11,800 --> 00:26:14,200
Dan ini bukan kali pertama.
307
00:26:14,280 --> 00:26:15,560
Betul.
308
00:26:16,240 --> 00:26:19,560
Sikap begini tak timbul secara tiba-tiba.
Tunjukkan saya…
309
00:26:19,920 --> 00:26:23,920
apa-apa pun yang membuktikan
Gustav mampu melakukannya.
310
00:26:24,000 --> 00:26:25,600
Kemudian, kita bincang.
311
00:26:33,040 --> 00:26:36,560
- Apa dia buat?
- Lihat gambar banduan dan pengedar dadah
312
00:26:36,640 --> 00:26:39,240
untuk cuba cari orang yang mengugutnya.
313
00:26:40,800 --> 00:26:42,480
Itu hanya imaginasinya.
314
00:26:42,560 --> 00:26:44,280
Ya, saya pun setuju.
315
00:26:44,360 --> 00:26:47,560
Pengedar dadah tak membunuh
untuk dapatkan wang, tapi…
316
00:26:47,640 --> 00:26:51,080
kita tak boleh memilih
petunjuk mana yang kita mahu siasat.
317
00:26:51,800 --> 00:26:52,960
Satu perkara lagi.
318
00:26:54,040 --> 00:26:55,560
Keputusan DNA dah keluar.
319
00:26:56,240 --> 00:27:00,560
Ada padanan untuk Hugo,
Zemar dan orang ketiga.
320
00:27:00,640 --> 00:27:04,960
Tak dikenali, tiada dalam sistem kita.
Lelaki, mungkin berusia 30-an.
321
00:27:05,040 --> 00:27:07,000
Gustav. Saya yakin.
322
00:27:08,520 --> 00:27:09,560
Maafkan saya?
323
00:27:19,360 --> 00:27:20,200
Dia.
324
00:27:21,280 --> 00:27:23,720
Awak berhutang dengan lelaki ini?
325
00:27:23,800 --> 00:27:25,240
Saya nampak dia dengan mereka.
326
00:27:32,280 --> 00:27:33,200
Awak kenal dia?
327
00:27:33,800 --> 00:27:36,720
Dia belasah dan campak saya
dari kereta bergerak.
328
00:27:36,800 --> 00:27:38,200
Bagus, awak kenal dia.
329
00:27:38,280 --> 00:27:39,880
Dia menjual di Kelab Kiub, betul?
330
00:27:41,520 --> 00:27:43,120
Mari lawat mereka.
331
00:27:43,960 --> 00:27:46,560
- Kelab Kiub dah tutup.
- Betul? Sejak bila?
332
00:27:46,640 --> 00:27:48,920
Hujung minggu ini. Ia telah diserbu.
333
00:27:49,000 --> 00:27:50,760
- Semua orang hilang.
- Dodo.
334
00:27:52,320 --> 00:27:54,320
Rakan subahat: Eman Dodovic.
335
00:27:55,200 --> 00:27:57,400
Pengawasan dijalankan sejak kita tahu
336
00:27:57,480 --> 00:27:59,280
dia import C4 dan grenad.
337
00:27:59,360 --> 00:28:00,840
Tapi tak jumpa apa-apa.
338
00:28:00,920 --> 00:28:03,240
Mungkin jumpa, cuma mereka tak tahu.
339
00:28:03,320 --> 00:28:04,560
Boleh saya pergi?
340
00:28:04,640 --> 00:28:05,600
- Tidak.
- Tidak.
341
00:28:37,800 --> 00:28:38,840
Eman Dodovic.
342
00:28:40,080 --> 00:28:42,000
Dia menyeludup senjata ke Malmo
343
00:28:42,080 --> 00:28:45,320
dan menggunakan geng muda
untuk menjual demi keuntungan.
344
00:28:45,400 --> 00:28:47,200
Tapi tiada apa-apa bukti.
345
00:28:47,280 --> 00:28:50,560
Dia mahir bersembunyi
melalui syarikat dan nama palsu.
346
00:28:50,640 --> 00:28:54,640
Dia mengubah wang haram melalui restoran,
syarikat pembinaan dan import-eksport.
347
00:28:54,720 --> 00:28:57,560
Kami yakin dia masih
menyeludup senjata. Kami betul.
348
00:28:57,640 --> 00:29:00,480
Mungkin benar Dodo orangnya
dan kita salah cari.
349
00:29:00,560 --> 00:29:02,760
Jika Dodo cuba untuk nampak bersih,
350
00:29:02,840 --> 00:29:05,640
kenapa tarik perhatian
dengan membunuh Hugo?
351
00:29:06,600 --> 00:29:09,080
Dia takkan disyaki jika dia gunakan Zemar.
352
00:29:09,160 --> 00:29:11,280
Kenapa Zemar? Dia ada orang sendiri.
353
00:29:11,360 --> 00:29:13,640
Mungkin Zemar memang orangnya.
354
00:29:14,680 --> 00:29:18,400
Mungkin dia beritahu Yara
dia dapat kerja untuk melindunginya,
355
00:29:18,480 --> 00:29:20,480
tapi dia sertai kumpulan jenayah.
356
00:29:20,560 --> 00:29:23,280
Boleh tak jangan begitu negatif?
357
00:29:23,360 --> 00:29:24,800
Itu tugas saya.
358
00:29:25,520 --> 00:29:28,760
Jadi, apa matlamat Dodo?
Kenapa guna bendera Sweden?
359
00:29:31,240 --> 00:29:34,200
Saya tak tahu. Awaklah fikir, si bijak.
360
00:29:34,280 --> 00:29:37,440
Nampaknya dia terbabit,
walau apa pun kita percaya.
361
00:29:38,320 --> 00:29:39,400
Apa itu?
362
00:29:39,480 --> 00:29:42,080
Maklumat yang kita ada
tentang Gustav Munck.
363
00:29:42,160 --> 00:29:44,280
Ada sesuatu di dalamnya. Saya pasti.
364
00:29:45,520 --> 00:29:50,160
Okey. Awak uruskan itu
dan saya uruskan hal tentang Dodo.
365
00:29:51,520 --> 00:29:55,360
- Pernah saya cakap saya sayang awak?
- Tidak. Jangan cakap.
366
00:30:01,000 --> 00:30:02,880
Apa rancangan awak di sana?
367
00:30:02,960 --> 00:30:06,520
Soal Gustav tentang pembunuhan
sambil menikmati champagne?
368
00:30:06,600 --> 00:30:10,000
Saya tanya apabila dia tak bersedia
untuk lihat reaksinya.
369
00:30:11,040 --> 00:30:13,320
Awak begitu pasti tentang Gustav?
370
00:30:13,880 --> 00:30:17,840
Dulu, awak cakap dia sasaran.
Sekarang awak cakap dia terbabit.
371
00:30:18,240 --> 00:30:21,680
Dia terbabit. Entah bagaimana,
tapi saya nampak di matanya.
372
00:30:21,760 --> 00:30:25,720
- Itu tak sah di mahkamah.
- Saya dah meneliti hidup Gustav.
373
00:30:25,800 --> 00:30:30,480
Rekod jenayah, pendaftaran senjata,
pendidikan, sejarah perniagaan, semuanya.
374
00:30:30,560 --> 00:30:33,640
Awak dapat akses semua itu? Jadi?
375
00:30:33,720 --> 00:30:36,560
Rekodnya hanya ada saman
kerana memandu laju
376
00:30:36,640 --> 00:30:39,200
dan digantung enam bulan
oleh sekolah asrama.
377
00:30:40,120 --> 00:30:42,920
Apa yang ahli keluarga Munck buat
hingga digantung sekolah?
378
00:30:43,720 --> 00:30:46,000
- Soalan yang tepat.
- Nak saya tanya?
379
00:30:46,600 --> 00:30:47,440
Jika…
380
00:30:47,520 --> 00:30:52,080
Saya boleh buat panggilan telefon.
Tolonglah, saya bosan di rumah.
381
00:30:53,400 --> 00:30:57,160
Guru Gustav, teman sekelasnya,
pelajar lain dari sekolah itu.
382
00:30:58,560 --> 00:31:01,640
Ada orang lain di sana ketika itu?
383
00:31:28,720 --> 00:31:30,720
Awak tak beritahu siapa awak.
384
00:31:31,840 --> 00:31:34,320
Awak pun sama, detektif.
385
00:31:41,360 --> 00:31:42,960
Boleh saya jalan bersama?
386
00:31:44,080 --> 00:31:45,320
Ini negara bebas.
387
00:31:47,880 --> 00:31:49,720
Awak seronok di parti itu?
388
00:31:51,000 --> 00:31:53,320
Seronok apabila awak dihalau keluar.
389
00:31:54,880 --> 00:31:56,680
Awak baik hati kerana hadir,
390
00:31:57,080 --> 00:32:00,480
memandangkan awak
sudah lama berpisah dengan Leopold.
391
00:32:01,440 --> 00:32:02,280
Betulkah?
392
00:32:03,000 --> 00:32:06,000
Sudah 15 tahun
awak tinggal bersendirian di sini.
393
00:32:06,080 --> 00:32:07,600
Keluarga tetap keluarga.
394
00:32:08,880 --> 00:32:11,440
Ada benda lain yang awak nak tanya?
395
00:32:11,520 --> 00:32:14,720
Saya akan cakap
saya takkan jawab dan kita boleh pergi.
396
00:32:14,800 --> 00:32:16,520
Awak pergi atau dipinggirkan?
397
00:32:18,800 --> 00:32:19,760
Saya yang pergi.
398
00:32:19,840 --> 00:32:20,920
Kenapa?
399
00:32:23,480 --> 00:32:27,080
Orang berubah.
Hubungan kami menjadi renggang.
400
00:32:28,600 --> 00:32:29,800
Tapi tak bercerai.
401
00:32:30,440 --> 00:32:34,600
Awak meninggalkannya
selepas Gustav digantung sekolah.
402
00:32:35,520 --> 00:32:36,840
Kenapa dia digantung?
403
00:32:37,320 --> 00:32:39,880
Ketika inilah saya cakap
saya takkan jawab.
404
00:32:39,960 --> 00:32:42,840
Awak pergi ketika mereka kecil.
405
00:32:43,760 --> 00:32:47,080
- Tentu sukar.
- Saya sentiasa jumpa anak-anak.
406
00:32:47,160 --> 00:32:48,080
Namun begitu…
407
00:32:48,640 --> 00:32:51,520
Biasanya, anak-anak tinggal dengan ibu.
408
00:32:53,480 --> 00:32:56,320
Keluarga Munck bukan keluarga normal.
409
00:32:56,400 --> 00:32:58,240
Lebih lagi anak-anak awak.
410
00:32:58,320 --> 00:33:01,720
Karl-Axel membesar dengan tekanan
untuk mewarisi semuanya.
411
00:33:01,800 --> 00:33:05,000
Tentu Gustav rasa terabai dan tak penting.
412
00:33:05,080 --> 00:33:07,040
Apa kesannya terhadap anak kecil?
413
00:33:10,800 --> 00:33:11,800
Fedeikommiss itu.
414
00:33:12,960 --> 00:33:15,920
Itu sebabnya awak pergi, betul?
Awak tak setuju.
415
00:33:16,000 --> 00:33:19,280
Sebab perpisahan kami ialah urusan kami.
416
00:33:19,360 --> 00:33:20,200
Benar.
417
00:33:21,280 --> 00:33:25,600
Tapi ibu tak berpisah dengan anak-anak
tanpa sebab yang munasabah.
418
00:33:25,680 --> 00:33:28,000
Apa yang awak tahu tentang menjadi ibu?
419
00:33:31,320 --> 00:33:33,600
Saya tahu rasanya membesar tanpa ibu.
420
00:33:37,080 --> 00:33:38,240
Saya perlu pulang.
421
00:33:41,080 --> 00:33:42,960
Saya simpati tentang ibu awak.
422
00:34:14,840 --> 00:34:15,680
Bagus.
423
00:34:18,760 --> 00:34:19,760
Cantik kereta.
424
00:34:20,360 --> 00:34:22,800
Saya dengar
awak jalan jauh untuk cari teksi.
425
00:34:23,120 --> 00:34:24,520
Dapat bersiar-siar.
426
00:34:25,120 --> 00:34:26,200
Saya cari Mona.
427
00:34:26,800 --> 00:34:27,880
Dia tak ada.
428
00:34:28,880 --> 00:34:30,560
Mungkin awak patut telefon.
429
00:34:31,560 --> 00:34:33,280
Saya faham, dia tak jawab.
430
00:34:36,320 --> 00:34:38,520
- Saya beritahu dia awak singgah.
- Terima kasih.
431
00:34:40,400 --> 00:34:43,640
Saya tak kisah jika awak
sambut musim panas dengan kerabat diraja.
432
00:34:44,280 --> 00:34:46,200
Saya tahu awak terlibat, Gustav.
433
00:34:46,280 --> 00:34:47,800
Saya akan cari bagaimana.
434
00:34:47,880 --> 00:34:49,200
Saya nak awak tahu.
435
00:34:51,920 --> 00:34:53,320
Pergi mati, detektif.
436
00:35:05,200 --> 00:35:06,920
KOPI DIKISAR
437
00:35:11,160 --> 00:35:12,760
Saya mahu kopi Americano.
438
00:35:14,600 --> 00:35:17,040
- Biar betul.
- Awak perlu jaga-jaga.
439
00:35:17,120 --> 00:35:19,720
- Dah buat pemeriksaan fizikal?
- Ya, lulus.
440
00:35:19,800 --> 00:35:23,080
- Becca terus suruh saya kerja.
- Kenapa tak cakap?
441
00:35:23,160 --> 00:35:25,520
Kita ada benda yang lebih penting.
442
00:35:26,320 --> 00:35:29,240
Tentang itu,
sekolah Gustav Munck enggan bercakap.
443
00:35:29,320 --> 00:35:32,880
Pengetua, guru,
pelajar yang sama tahun dengannya.
444
00:35:32,960 --> 00:35:35,240
Mereka tak ingat tentang Gustav Munck,
445
00:35:35,320 --> 00:35:37,800
seperti mereka telah diarahkan untuk lupa.
446
00:35:39,520 --> 00:35:43,280
Tapi saya tahu apa yang selalunya
menyebabkan pelajar digantung.
447
00:35:45,040 --> 00:35:47,000
Tindakan keganasan.
448
00:35:59,480 --> 00:36:03,480
Rekod hospital 17 tahun lalu di Sigtuna.
449
00:36:04,240 --> 00:36:08,120
- Ada orang dah terjerumus.
- Boleh kita akses rekod perubatan
450
00:36:08,200 --> 00:36:10,040
untuk lihat kecederaan pesakit?
451
00:36:10,120 --> 00:36:11,040
Ya.
452
00:36:11,520 --> 00:36:13,120
Jika ada sebab yang bagus.
453
00:36:13,200 --> 00:36:14,600
Kita ada sebab yang bagus.
454
00:36:21,560 --> 00:36:22,920
Senarai nama apa ini?
455
00:36:23,000 --> 00:36:26,080
Pelajar yang bersekolah asrama
dengan En. Munck.
456
00:36:26,160 --> 00:36:29,920
Budak-budak kerap cedera.
Harapnya awak boleh pendekkan senarai.
457
00:36:30,000 --> 00:36:32,320
Gustav digantung sekolah pada 14 April.
458
00:36:33,040 --> 00:36:35,840
- Cuba dua minggu sebelum itu.
- Pandainya awak.
459
00:36:37,880 --> 00:36:38,760
Okey.
460
00:36:39,920 --> 00:36:41,160
Ada dua rekod.
461
00:36:41,240 --> 00:36:44,600
Seorang menghidapi influenza,
bukan sekelas dengan Gustav.
462
00:36:45,880 --> 00:36:47,000
Alamak…
463
00:37:06,200 --> 00:37:07,920
Ada rekod polis untuknya?
464
00:37:09,080 --> 00:37:11,280
- Tak.
- Sekolah tak laporkan?
465
00:37:16,120 --> 00:37:17,760
Ia dilakukan oleh Gustav.
466
00:37:20,400 --> 00:37:24,040
Selalunya saya akan cakap
awak terlalu beria-ia, tapi…
467
00:37:25,560 --> 00:37:27,160
tengok apa yang saya jumpa.
468
00:37:29,040 --> 00:37:31,920
- Dodovic memasuki bangunan?
- Apa di dalamnya?
469
00:37:36,080 --> 00:37:38,120
Eman Dodovic dan keluarga Munck.
470
00:37:38,200 --> 00:37:39,040
YAYASAN MUNCK
471
00:37:39,120 --> 00:37:41,240
Gustav dan Dodo tentu bekerja bersama.
472
00:37:41,320 --> 00:37:42,880
Semakin menarik ceritanya.
473
00:37:50,480 --> 00:37:52,080
Tidak! Oh, tidak!
474
00:37:55,160 --> 00:37:57,400
Rumah agam atau padang pasir.
475
00:38:09,560 --> 00:38:10,520
Eman Dodovic.
476
00:38:12,680 --> 00:38:15,600
Maafkan saya, saya perlu minta diri.
477
00:38:37,240 --> 00:38:40,200
Kita setuju, jangan ganggu
pada waktu perniagaan, Josef.
478
00:38:40,840 --> 00:38:42,680
Saya tak bersetuju pun.
479
00:38:44,840 --> 00:38:48,000
Awak tahu, bos awak
telah cuba macam-macam dahulu.
480
00:38:48,920 --> 00:38:50,120
Si celaka yang gila.
481
00:38:50,640 --> 00:38:54,440
Dia bazirkan bertahun-tahun
untuk menangkap saya.
482
00:38:55,240 --> 00:38:56,840
Hingga kehilangan keluarga.
483
00:38:57,600 --> 00:38:59,960
Tapi, kami seronok.
484
00:39:00,040 --> 00:39:01,400
Tunjukkan gambarnya.
485
00:39:06,320 --> 00:39:08,960
Kenapa awak di bangunan Perusahaan Munck?
486
00:39:09,040 --> 00:39:11,320
- Urusan perniagaan.
- Jumpa siapa?
487
00:39:11,400 --> 00:39:14,400
Kenapa tak tanya saja
pegawai yang mengekori saya?
488
00:39:14,480 --> 00:39:15,800
Tentu mereka tahu.
489
00:39:20,840 --> 00:39:23,760
Saya rakyat yang bertanggungjawab.
490
00:39:23,840 --> 00:39:25,560
Biar saya puaskan hati awak.
491
00:39:27,920 --> 00:39:28,880
Hubungi peguam saya.
492
00:39:30,080 --> 00:39:31,920
Dia akan beritahu kenapa saya di sana.
493
00:39:45,640 --> 00:39:47,240
Kontrak perkapalan.
494
00:39:47,320 --> 00:39:50,280
Persetujuan antara
Perusahaan Munck dan EMD International
495
00:39:50,360 --> 00:39:52,040
iaitu syarikat Eman Dodovic.
496
00:39:52,640 --> 00:39:55,840
Mereka akan urus
semua import dan eksport perkapalan.
497
00:39:55,920 --> 00:39:59,240
Penyeludup dapat kontrak perkapalan.
Mengarut bunyinya.
498
00:39:59,960 --> 00:40:02,680
Tentu cukup lumayan
jika Dodo buat secara sah.
499
00:40:02,760 --> 00:40:05,440
- Mungkin benar.
- Jika sah, Perusahaan Munck
500
00:40:05,520 --> 00:40:08,080
tentu umumkan kepada pemegang sahamnya.
501
00:40:08,160 --> 00:40:09,440
Dah suruh periksa.
502
00:40:12,080 --> 00:40:13,040
Wallander.
503
00:40:13,120 --> 00:40:15,160
Awak terhutang budi dengan saya.
504
00:40:15,240 --> 00:40:17,760
- Awak jumpa dia?
- Von Rosen. Tentulah.
505
00:40:17,840 --> 00:40:19,560
Hebat sungguh, Rez.
506
00:41:03,600 --> 00:41:07,640
Anjalannya boleh memberi masalah dan…
507
00:41:08,400 --> 00:41:11,440
di situlah beban lebihan
dapat menampungnya.
508
00:41:11,520 --> 00:41:13,120
- Terima kasih.
- Tentu sekali.
509
00:41:15,720 --> 00:41:17,680
Senapang 3.8 kaliber.
510
00:41:17,760 --> 00:41:22,240
Sesuai untuk menembak pelanduk,
rusa liar malah beruang juga.
511
00:41:23,520 --> 00:41:25,960
- Apa yang awak buru?
- Kebenaran.
512
00:41:26,600 --> 00:41:28,200
Detektif Kurt Wallander.
513
00:41:28,280 --> 00:41:30,080
Saya nak cari Tomas Von Rosen.
514
00:41:32,560 --> 00:41:33,480
Awak jumpa dia.
515
00:41:34,360 --> 00:41:36,040
Boleh saya bantu, detektif?
516
00:41:36,560 --> 00:41:40,600
Ceritakan kepada saya
apa yang terjadi di sekolah asrama dahulu.
517
00:41:42,800 --> 00:41:43,960
Itu?
518
00:41:45,920 --> 00:41:49,280
- Tiada apa-apa.
- Bukan menurut laporan perubatan awak.
519
00:41:52,320 --> 00:41:54,480
Awak tak menghadiri sekolah asrama?
520
00:41:56,280 --> 00:41:58,680
Sukar untuk orang luar faham, tapi…
521
00:41:59,440 --> 00:42:01,920
benda begitu kerap terjadi.
Maafkan saya.
522
00:42:02,000 --> 00:42:03,200
Benda apa?
523
00:42:10,040 --> 00:42:11,200
Ada hierarki.
524
00:42:12,040 --> 00:42:16,440
Pelajar lebih tua
selalu mengusik pelajar muda.
525
00:42:16,520 --> 00:42:17,840
Itu bukan usikan.
526
00:42:19,520 --> 00:42:20,720
Itu seksaan.
527
00:42:21,920 --> 00:42:23,600
Maaf, saya tak boleh cakap.
528
00:42:23,680 --> 00:42:24,520
Kenapa?
529
00:42:25,320 --> 00:42:26,880
Awak menandatangani sesuatu?
530
00:42:29,240 --> 00:42:30,320
Saya akan datang.
531
00:42:30,400 --> 00:42:32,200
Kerana saya tak mahu.
532
00:42:33,440 --> 00:42:35,320
Tolong jangan ganggu saya lagi.
533
00:42:35,400 --> 00:42:37,440
Kami sedang menjalankan siasatan
534
00:42:37,520 --> 00:42:39,840
dan apa yang awak tahu boleh membantu.
535
00:42:39,920 --> 00:42:44,520
Tolonglah, saya faham
ia sukar untuk diceritakan
536
00:42:44,600 --> 00:42:46,160
dan diingatkan semula.
537
00:42:46,240 --> 00:42:51,440
Ya, benar, lebih lagi jika awak cuba
seumur hidup untuk melupakannya.
538
00:42:51,520 --> 00:42:53,920
Awak ada pilihan untuk selamatkan nyawa.
539
00:42:54,000 --> 00:42:56,160
Ramai yang merana seperti awak.
540
00:43:05,680 --> 00:43:06,680
Baiklah.
541
00:43:09,320 --> 00:43:11,280
Pada mulanya, ia biasa saja.
542
00:43:13,960 --> 00:43:15,960
Tekap bantal di kepala, belasah saya.
543
00:43:16,600 --> 00:43:18,560
Awak tahulah, ketika saya lemas.
544
00:43:20,400 --> 00:43:21,720
Mereka bogelkan saya…
545
00:43:23,840 --> 00:43:27,720
ikat saya di kerusi
dengan tali yang tebal…
546
00:43:28,760 --> 00:43:30,280
tendang saya bergilir-gilir.
547
00:43:32,680 --> 00:43:34,640
Kemudian mereka bosan dan pergi.
548
00:43:36,440 --> 00:43:37,840
Semua kecuali seorang.
549
00:43:40,440 --> 00:43:41,760
Dia ada palang besi…
550
00:43:42,360 --> 00:43:43,560
dan…
551
00:43:46,040 --> 00:43:49,200
dia cakap dia nak lihat
sejauh mana dia boleh buat…
552
00:43:50,520 --> 00:43:53,280
tanpa saya mati.
553
00:43:59,480 --> 00:44:02,880
Apabila saya tak boleh tahan lagi…
554
00:44:09,320 --> 00:44:10,480
dia duduk saja.
555
00:44:15,480 --> 00:44:16,720
Dia duduk saja…
556
00:44:18,320 --> 00:44:21,840
dan lihat saya merana.
557
00:44:25,200 --> 00:44:27,120
Orang ini ialah Gustav Munck?
558
00:44:30,040 --> 00:44:30,880
Tidak…
559
00:44:33,720 --> 00:44:34,800
bukan Gustav.
560
00:46:04,080 --> 00:46:07,560
Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman