1 00:00:05,343 --> 00:00:07,803 AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY 2 00:00:07,893 --> 00:00:09,343 Saya suka gambar Walter yang ini. 3 00:00:09,433 --> 00:00:10,973 Sangat comel. 4 00:00:11,053 --> 00:00:13,683 Teman lelaki awak kacak. 5 00:00:14,983 --> 00:00:17,393 Teman lelaki? Dia teman lelaki saya? 6 00:00:17,483 --> 00:00:18,733 Saya tahu dia suka saya, 7 00:00:18,813 --> 00:00:20,903 tapi kami belum takrifkan hubungan kami lagi. 8 00:00:20,983 --> 00:00:23,233 Tak apa. Kai dan saya belum rasmikan hubungan kami juga. 9 00:00:23,323 --> 00:00:25,613 Saya anggap kami "berjanji akan bertunang". 10 00:00:25,693 --> 00:00:27,993 Betapa seriusnya Walter tentang saya? 11 00:00:28,073 --> 00:00:29,823 Saya tiada dalam paparan utama Instagram dia pun. 12 00:00:29,913 --> 00:00:32,283 Kalau saya jadi teman wanita dia, pasti saya dah ada di paparan utama. 13 00:00:32,373 --> 00:00:33,293 Kenapa saya tiada di paparan utama? 14 00:00:33,373 --> 00:00:35,203 Lahela, relaks. 15 00:00:35,293 --> 00:00:36,213 Awak sendiri yang cakap, 16 00:00:36,293 --> 00:00:38,253 awak dan Walter tiada gambar-gambar comel. 17 00:00:38,333 --> 00:00:40,633 Ambil gambar itu, masuk paparan utama. 18 00:00:40,713 --> 00:00:43,303 Stephanie Marie Denisco, awak memang genius! 19 00:00:43,383 --> 00:00:45,213 Pemain tahu cara permainannya. 20 00:00:45,303 --> 00:00:47,973 Saya dan Walter akan ke Big Kanoa's Tiny Golf esok. 21 00:00:48,723 --> 00:00:51,853 Ada air terjun di lubang keenam yang akan jadi latar belakang yang hebat. 22 00:00:51,933 --> 00:00:53,143 Awak patut datang dan ambil gambar. 23 00:00:53,933 --> 00:00:56,563 Orang ketiga yang jadi paparazi mungkin nampak pelik. 24 00:00:56,643 --> 00:00:58,353 Mungkin jika kita ada orang yang keempat? 25 00:01:19,413 --> 00:01:20,833 Alamak, selipar saya! 26 00:01:25,133 --> 00:01:26,003 Hei, Kai! 27 00:01:26,093 --> 00:01:28,633 Nak main golf dengan saya, Steph dan Walter esok? 28 00:01:33,143 --> 00:01:34,303 Semua dah sedia. 29 00:01:42,903 --> 00:01:44,233 Kecekapan hospital. 30 00:01:44,313 --> 00:01:48,493 Cara kita guna atau salah guna masa kita adalah sangat... 31 00:01:48,573 --> 00:01:50,363 Mak! Mak tahu di mana tepung? 32 00:01:50,453 --> 00:01:52,203 Saya perlukannya untuk Pertandingan Pai Oahu. 33 00:01:52,283 --> 00:01:56,453 Memandangkan awak semua suka kek biskut saya, ini idea saya seterusnya. 34 00:01:56,543 --> 00:01:58,663 Satu perkataan... pai biskut. 35 00:01:58,753 --> 00:02:01,753 Itu dua perkataan, tepung ada sebelah minyak kanola. 36 00:02:01,833 --> 00:02:02,673 Okey. 37 00:02:05,003 --> 00:02:06,093 Apa itu minyak kanola? 38 00:02:07,343 --> 00:02:08,383 Mak akan cari tepung, 39 00:02:08,463 --> 00:02:11,843 tapi kamu perlu benarkan mak berlatih pembentangan untuk ketua kakitangan. 40 00:02:11,933 --> 00:02:13,553 Kenapa mak peduli apa yang dia fikir? 41 00:02:13,643 --> 00:02:14,803 Mak tak suka dia pun. 42 00:02:14,893 --> 00:02:16,643 Mak panggil dia "Dr. Nama Dropper." 43 00:02:16,723 --> 00:02:19,853 Dr. Name Dropper masih menjadi ketua hospital ini. 44 00:02:19,933 --> 00:02:22,603 Bila-bila saja mak ada peluang untuk buat pembentangan 45 00:02:22,693 --> 00:02:26,693 adalah peluang untuk mak memberi kesan perubahan sebenar di tempat kerja. 46 00:02:26,773 --> 00:02:28,403 Walaupun mak perlu dengar ceritanya 47 00:02:28,483 --> 00:02:30,943 tentang larian 5K dengan penggaya topi Bruno Mars. 48 00:02:31,033 --> 00:02:32,113 Ke tepi. 49 00:02:34,993 --> 00:02:36,783 Saya tinggal dengan feret. 50 00:02:36,873 --> 00:02:38,293 Kecekapan hospital. 51 00:02:38,373 --> 00:02:40,583 Cara kita guna atau salah guna masa kita 52 00:02:40,663 --> 00:02:42,413 -adalah sangat... -Mak! 53 00:02:42,503 --> 00:02:43,623 Mak tak siapkan batu saya. 54 00:02:43,713 --> 00:02:47,133 Persembahan dewa-dewa Yunani malam ini dan saya tak boleh jadi Sisyphus guna ini. 55 00:02:47,213 --> 00:02:48,503 Ini cuma bola pantai. 56 00:02:48,593 --> 00:02:50,383 Persembahan kamu hanya akan bermula pukul empat nanti. 57 00:02:50,463 --> 00:02:52,343 Mak akan balut bola dengan kertas daging 58 00:02:52,423 --> 00:02:54,223 sebaik saja mak selesai buat latihan pembentangan. 59 00:02:54,303 --> 00:02:56,093 Juga selepas mak carikan saya tepung. 60 00:02:56,183 --> 00:02:58,263 Serta bawa ayah keluar dari bilik air. 61 00:02:58,353 --> 00:02:59,393 Dia gunakannya sepanjang pagi, 62 00:02:59,473 --> 00:03:01,603 dan saya perlukan cermin panjang untuk periksa gaya saya. 63 00:03:01,683 --> 00:03:03,773 Sayang, awak tahu di mana pelembap? 64 00:03:03,853 --> 00:03:05,353 Saya perlu kekalkan seri saya. 65 00:03:05,443 --> 00:03:08,403 Saya juga perlu siapkan pembentangan saya! 66 00:03:09,023 --> 00:03:10,863 Mak nak masuk bilik air. 67 00:03:10,943 --> 00:03:12,823 Jangan sesiapa ganggu. 68 00:03:13,243 --> 00:03:14,953 Cuba tengok kalau pelembap saya ada di dalam sana. 69 00:03:16,993 --> 00:03:18,333 Semua ini memerlukan usaha. 70 00:03:33,053 --> 00:03:34,593 Kunci untuk pukulan leret adalah memastikan 71 00:03:34,683 --> 00:03:37,143 magnitud dan sudut jumlah halaju. 72 00:03:38,853 --> 00:03:40,763 Teorem Pythagoras asas. 73 00:03:40,853 --> 00:03:42,683 Ya, saya rasa Steph dan saya belum sampai ke bab itu lagi. 74 00:03:42,773 --> 00:03:45,983 Awak tak perlu pandai matematik untuk tahu Walter sedang dikalahkan. 75 00:03:46,063 --> 00:03:48,313 Hei, susah nak buat pukulan leret, pinggang saya sakit. 76 00:03:48,403 --> 00:03:49,693 Saya rasa saya tergeliat ketika meluncur. 77 00:03:49,773 --> 00:03:50,863 Awak akan berjaya di lubang seterusnya. 78 00:03:50,943 --> 00:03:54,953 Ia lubang kegemaran saya sebab ada air terjun yang cantik. 79 00:04:03,083 --> 00:04:05,713 Air terjun begitu romantik. 80 00:04:05,793 --> 00:04:09,173 Berenang di dalamnya, berdiri di sebelahnya. 81 00:04:09,253 --> 00:04:12,213 Menggunakan sisi cantik awak untuk merenung batu... 82 00:04:12,303 --> 00:04:13,383 Steph! 83 00:04:13,463 --> 00:04:14,763 -Kita perlu pastikan aura ini kekal. -Steph! 84 00:04:14,843 --> 00:04:16,803 Saya dengar tentang escape room di Mililani. 85 00:04:16,883 --> 00:04:17,723 Kita patut pergi. 86 00:04:17,803 --> 00:04:20,393 Ya. Saya dah lama teringin nak cuba. 87 00:04:20,473 --> 00:04:21,603 Tentu seronok. 88 00:04:21,683 --> 00:04:23,433 Awak berdua nak ikut? Cakap awak setuju. 89 00:04:23,523 --> 00:04:24,933 Ya, kami setuju. 90 00:04:25,023 --> 00:04:26,813 Steph, boleh awak ambil gambar? 91 00:04:28,153 --> 00:04:29,523 Ya, maaf. 92 00:04:30,943 --> 00:04:32,523 Ini dia. 93 00:04:35,823 --> 00:04:39,953 Saya sukakannya. Sekarang mari kita cuba macam awak tak ditendang oleh keldai. 94 00:04:40,033 --> 00:04:41,243 Maaf. 95 00:04:42,163 --> 00:04:43,243 Okey, saya dah sedia. 96 00:04:46,083 --> 00:04:47,503 Awak okey? 97 00:04:47,583 --> 00:04:50,503 Ya, saya okey. Perut saya sakit lagi. 98 00:04:50,583 --> 00:04:51,713 Boleh awak beritahu saya di mana kesakitan itu? 99 00:04:51,793 --> 00:04:55,133 Ia ada di sini, tapi ia dah bergerak ke tepi. 100 00:04:56,093 --> 00:04:58,053 -Awak sudah keluarkan apendiks awak? -Tak, kenapa? 101 00:04:58,133 --> 00:05:01,223 Kesakitan yang berpindah dari tengah abdomen ke bahagian bawah kanan 102 00:05:01,303 --> 00:05:03,353 selalunya adalah tanda-tanda apendisitis. 103 00:05:03,433 --> 00:05:04,523 Tapi saya tak pasti 104 00:05:04,603 --> 00:05:06,643 sehingga saya periksa bacaan darah putih awak di hospital. 105 00:05:06,733 --> 00:05:08,143 Saya tak perlu ke hospital. 106 00:05:08,233 --> 00:05:09,903 Saya tak apa-apa. Mari kita... 107 00:05:17,783 --> 00:05:20,743 Ini Dr. Kamealoha. Sediakan bilik pembedahan. 108 00:05:30,043 --> 00:05:32,043 BUDAK BERUSIA ENAM TAHUN DAPAT MARKAH PENUH DALAM UJIAN SAT 109 00:05:32,133 --> 00:05:33,883 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH TINGGI DALAM TEMPOH 9 MINGGU 110 00:05:34,923 --> 00:05:36,633 BUDAK BERBAKAT LUAR BIASA BERUSIA 10 TAHUN TAMATKAN PENGAJIAN DI UNIBERSITI HAWAII 111 00:05:37,883 --> 00:05:40,053 BUDAK GENIUS TAMATKAN SEKOLAH PERUBATAN PADA USIA 14 TAHUN 112 00:05:49,853 --> 00:05:51,773 BERDASARKAN SIRI TV, DOOGIE HOWSER M.D.. 113 00:05:58,073 --> 00:05:59,993 Adakah saya memang perlukan pembedahan? 114 00:06:00,073 --> 00:06:02,783 Semasa pemeriksaan saya, awak menunjukkan "nyeri pantul," 115 00:06:02,873 --> 00:06:06,163 yang boleh jadi petanda apendiks awak hampir pecah. 116 00:06:06,243 --> 00:06:07,163 Bunyinya teruk. 117 00:06:07,243 --> 00:06:08,293 Semuanya akan selamat. 118 00:06:08,373 --> 00:06:10,043 Saya dah telefon lebih awal. Mereka sedang sediakan bilik bedah. 119 00:06:10,753 --> 00:06:12,423 Kami ada pakar bedah terbaik. 120 00:06:22,843 --> 00:06:24,053 Apa yang berlaku? 121 00:06:24,143 --> 00:06:27,013 Kemalangan besar di H-1. Baru saja terjadi. Ramai pesakit akan tiba! 122 00:06:27,103 --> 00:06:29,103 Dr. Lee, saya telefon tentang pesakit yang disyaki ada apendisitis. 123 00:06:29,183 --> 00:06:31,023 Pesakit ini sudah bersedia. Siapa yang sedang bertugas? 124 00:06:31,103 --> 00:06:33,273 Saya perlukan troli di bilik peperiksaan satu. Sekarang! 125 00:06:33,353 --> 00:06:35,153 Semua orang sibuk. Awak uruskannya. 126 00:06:35,233 --> 00:06:37,653 -Tapi, tak. Saya... -Ini bukan perbincangan. Lakukannya. 127 00:06:43,663 --> 00:06:45,663 Walter, saya akan lakukan pembedahan awak. 128 00:06:45,743 --> 00:06:46,703 Tak ada orang lain? 129 00:06:46,783 --> 00:06:49,203 Maafkan saya. Disebabkan kemalangan di H-1, semua orang sibuk. 130 00:06:49,293 --> 00:06:50,953 Tapi jangan risau. Saya dah banyak kali lakukannya. 131 00:06:51,043 --> 00:06:52,163 Pandang saya. 132 00:06:53,043 --> 00:06:54,463 Saya akan jaga awak. 133 00:06:58,753 --> 00:07:01,303 KECEKAPAN HOSPITAL 134 00:07:05,553 --> 00:07:07,183 Bila ketua akan sampai? 135 00:07:07,813 --> 00:07:08,853 Entahlah. 136 00:07:08,933 --> 00:07:10,103 Dia dah lambat 40 minit. 137 00:07:10,723 --> 00:07:13,353 Saya doktor, bukan pemandu Uber yang mengelilingi lapangan terbang. 138 00:07:13,443 --> 00:07:14,313 Saya tahu. 139 00:07:14,393 --> 00:07:17,773 Saya nak ke sekolah anak saya pukul 4 nanti untuk pertunjukan dewa Yunani dia. 140 00:07:17,863 --> 00:07:19,613 Saya tak perlukan sejarah hidup awak. 141 00:07:19,693 --> 00:07:21,653 Saya cuma tertanya-tanya di mana Dr. Choi. 142 00:07:23,863 --> 00:07:27,323 Maaf saya lambat. Saya baru berbual dengan Magic Johnson. 143 00:07:29,163 --> 00:07:32,413 Awak telefon Magic sebelum datang ke mesyuarat staf? 144 00:07:32,503 --> 00:07:33,833 Bila saya besar nanti, saya nak jadi macam awak. 145 00:07:33,913 --> 00:07:34,963 Saya perlu berterima kasih kepada dia 146 00:07:35,043 --> 00:07:37,383 sebab dia hantar sekotak stik beku kepada saya. 147 00:07:37,463 --> 00:07:40,423 Legenda NBA tahu alamat rumah awak. Hebatnya. 148 00:07:40,503 --> 00:07:42,803 Yakah? Saya tak pernah terfikir begitu 149 00:07:42,883 --> 00:07:44,013 sebab kami kawan baik. 150 00:07:44,093 --> 00:07:46,093 Malangnya, saya tak boleh makan 151 00:07:46,183 --> 00:07:49,563 sebab saya buat berpuasa daging merah dengan penggaya topi Bruno Mars. 152 00:07:49,643 --> 00:07:53,563 Bruno Mars ialah kerabat diraja Honolulu. Saya kagum. 153 00:07:54,353 --> 00:07:55,643 Awak dapat stik! 154 00:07:55,733 --> 00:07:57,103 Awak dapat stik! 155 00:07:57,193 --> 00:07:58,483 Awak dapat stik! 156 00:07:58,563 --> 00:07:59,823 Awak dapat stik! 157 00:07:59,903 --> 00:08:03,573 -Boleh saya... -Ya, Clara! Semua orang dapat stik! 158 00:08:04,243 --> 00:08:05,243 Stik batang pinang? 159 00:08:07,243 --> 00:08:08,373 Ada apa? 160 00:08:08,453 --> 00:08:11,543 Pembentangan. Ya. Teruskan. 161 00:08:15,503 --> 00:08:18,083 Okey, hospital... Okey. 162 00:08:20,043 --> 00:08:21,383 Kecekapan hospital. 163 00:08:21,463 --> 00:08:24,883 Cara kita guna atau salah guna masa kita adalah... 164 00:08:31,393 --> 00:08:32,973 Saya minta maaf. 165 00:08:33,063 --> 00:08:35,683 Saya teringat video yang Magic hantar pada saya. 166 00:08:35,773 --> 00:08:38,483 Ia tentang lelaki bercermin mata yang menerbalikkan bot lajunya 167 00:08:38,563 --> 00:08:39,813 mengikut lagu "Turn Down For What". 168 00:08:41,483 --> 00:08:44,193 Kita patut menontonnya. Saya minta maaf. Tidak. 169 00:08:44,283 --> 00:08:46,323 Tak. Sebenarnya, ya. Mari kita tonton. 170 00:08:46,403 --> 00:08:47,653 -Ya? -Ya. 171 00:08:47,743 --> 00:08:48,993 -Ya. -Mari kita tengok. 172 00:08:49,073 --> 00:08:51,953 Saya tak boleh fikir cara lebih baik untuk buat seminar tentang kecekapan 173 00:08:52,033 --> 00:08:55,043 daripada menonton video YouTube yang dah berusia tujuh tahun. 174 00:08:55,123 --> 00:08:56,963 Banyak betul laman Nordstrom yang awak buka. 175 00:08:57,043 --> 00:08:58,043 Beli sajalah! 176 00:08:58,123 --> 00:09:00,133 Ambil peluang itu. Awak tahu mereka dapat pulangan yang baik. 177 00:09:00,713 --> 00:09:01,923 Okey, tengok ini. 178 00:09:04,963 --> 00:09:07,013 Betul tak? Betul tak? 179 00:09:08,303 --> 00:09:10,223 Hei, kamu nak mengintip anjing saya? 180 00:09:11,853 --> 00:09:13,143 Aloha. 181 00:09:13,223 --> 00:09:16,183 Hei, Walter, apa perasaan awak sejak apendiks dah dikeluarkan? 182 00:09:16,893 --> 00:09:19,483 Gembira dapat jumpa awak, betul-betul ada di sini. 183 00:09:20,603 --> 00:09:21,983 Maaf. Saya kenal awak berdua? 184 00:09:22,063 --> 00:09:23,943 Oh, Tuhanku, awak sangat kelakar. 185 00:09:26,033 --> 00:09:27,863 Sekejap, betulkah awak tak tahu siapa kami? 186 00:09:27,953 --> 00:09:30,823 Ini kami, Noelani dan Charles. 187 00:09:30,913 --> 00:09:32,663 No-no dan Chuckles? 188 00:09:33,333 --> 00:09:35,833 Noels? Charlani? 189 00:09:36,953 --> 00:09:39,833 -Lahela pasti ada beritahu tentang kami. -Ya. 190 00:09:39,923 --> 00:09:42,673 Kami seperti mentor dia dan juga kawan baik serta penggaya 191 00:09:42,753 --> 00:09:45,133 dan angin di bawah sayapnya. 192 00:09:46,133 --> 00:09:46,963 Hei, semua. 193 00:09:47,053 --> 00:09:48,053 Apa ini, Lahela? 194 00:09:48,133 --> 00:09:51,093 Walter tak kenal siapa kami dan kami tahu segalanya tentang dia? 195 00:09:51,183 --> 00:09:53,183 Saya tahu dia tulis kertas Inggerisnya tentang The Eyes of T.J. Eckleburg 196 00:09:53,263 --> 00:09:54,103 dari The Great Gatsby. 197 00:09:54,183 --> 00:09:56,643 Saya pula suka semua hantaran Instagram dia! 198 00:09:56,723 --> 00:09:57,683 Maksud saya, saya masuk jauh ke dalam. 199 00:09:57,773 --> 00:09:59,693 Saya yang beritahu awak dia ada anjing Cocker Spaniel! 200 00:09:59,773 --> 00:10:02,563 Saya minta maaf. Adakah kes kemalangan besar tadi dah selesai? 201 00:10:03,233 --> 00:10:05,023 Ya, mungkin perlukan sedikit sentuhan saja lagi. 202 00:10:05,773 --> 00:10:07,323 Kami patut pergi. 203 00:10:07,403 --> 00:10:08,823 Manolo. 204 00:10:09,653 --> 00:10:11,613 Maaf tentang itu. Saya bawa sesuatu untuk awak. 205 00:10:13,493 --> 00:10:14,623 "Anak lelaki"? 206 00:10:14,703 --> 00:10:16,623 Ya, tak banyak pilihan di kedai hadiah hospital. 207 00:10:16,703 --> 00:10:19,753 Sama ada itu atau koleh "Datuk Terbaik Dunia", jadi... 208 00:10:20,333 --> 00:10:22,003 -Terima kasih. -Bagaimana keadaan awak? 209 00:10:22,833 --> 00:10:23,713 Okey. 210 00:10:23,793 --> 00:10:26,253 Dari skala satu hingga sepuluh, berapa tahap kesakitan awak? 211 00:10:26,343 --> 00:10:27,593 Saya akan beritahu awak satu rahsia. 212 00:10:27,713 --> 00:10:30,843 Pesakit lelaki saya selalunya jawab enam tak kira seteruk mana pun sakitnya, 213 00:10:30,923 --> 00:10:34,303 sebab mereka fikir enam bermaksud, "Saya sakit, tapi saya lelaki maco." 214 00:10:34,393 --> 00:10:37,183 Beritahu saya nombor yang sebenar. Ia akan kekal rahsia antara kita. 215 00:10:38,183 --> 00:10:39,103 Enam. 216 00:10:40,933 --> 00:10:41,853 Okey. 217 00:10:43,403 --> 00:10:47,273 Kalau awak mahu, saya boleh ambil kerusi roda dan bawa awak ke laman dalam. 218 00:10:48,033 --> 00:10:50,033 Karya seni di sana sangat hodoh. 219 00:10:50,113 --> 00:10:52,283 Ada arca yang kelihatan seperti punggung yang besar. 220 00:10:54,623 --> 00:10:55,533 Tak mengapa. 221 00:10:56,743 --> 00:10:57,663 Awak pasti? 222 00:10:57,743 --> 00:10:59,413 Saya ke sana bila saya hadapi hari yang sukar dan perlukan... 223 00:10:59,503 --> 00:11:01,373 Saya sedang menonton rancangan ini. 224 00:11:04,883 --> 00:11:06,383 Okey. 225 00:11:06,463 --> 00:11:07,963 Tapi awak tak sedar betapa hebatnya ia. 226 00:11:08,053 --> 00:11:11,723 Kalau awak duduk betul-betul, ia nampak macam orang berjalan keluar dari punggung. 227 00:11:26,363 --> 00:11:28,613 Tolonglah... 228 00:11:28,693 --> 00:11:30,783 PERSEMBAHAN DEWA-DEWA YUNANI! 4 PETANG, CUMA HARI INI 229 00:11:30,863 --> 00:11:31,693 Tak guna. 230 00:11:34,363 --> 00:11:35,703 -Hei, sayang! -Hei. 231 00:11:35,783 --> 00:11:36,823 Awak terlepas persembahan yang hebat! 232 00:11:36,913 --> 00:11:39,743 Kecuali cikgu seni mengenakan toga seksi tanpa sebab. 233 00:11:40,953 --> 00:11:42,503 Saya sempat datang, 234 00:11:42,583 --> 00:11:44,873 tapi Dr. Choi habiskan masa pembentangan saya 235 00:11:44,963 --> 00:11:47,383 dengan kisah tentang Magic Johnson dan perangkap pasir. 236 00:11:47,463 --> 00:11:50,803 Saya terpaksa pendekkan kuliah kecekapan saya untuk jadi lebih cekap. 237 00:11:51,423 --> 00:11:53,423 Bertukar menjadi kuliah yang ironi. 238 00:11:53,513 --> 00:11:56,473 Sekejap, bos mak kenal Magic Johnson? 239 00:11:57,143 --> 00:11:58,053 Hebatnya! 240 00:11:58,143 --> 00:12:01,723 Ya. Kecuali tak mungkin dia betul-betul kenal Magic Johnson. 241 00:12:01,813 --> 00:12:05,023 Saya pernah dengar dia beritahu kisah golf yang sama sebelum ini, 242 00:12:05,103 --> 00:12:08,403 tapi sebelum ini, dia bersama dengan bekas pengurus jelajah Don Ho. 243 00:12:08,483 --> 00:12:11,233 Nanti dulu, bos awak kenal bekas pengurus jelajah Don Ho? 244 00:12:11,323 --> 00:12:12,153 Mak! 245 00:12:13,073 --> 00:12:14,283 Mak sampai juga! 246 00:12:14,363 --> 00:12:15,703 Semua orang sukakan batu mak, 247 00:12:15,783 --> 00:12:18,203 terutamanya apabila keadaan menjadi huru-hara dan ia singkirkan Achilles. 248 00:12:19,743 --> 00:12:21,953 Mak minta maaf mak terlepas persembahan kamu, sayang. 249 00:12:22,043 --> 00:12:24,203 Mak sibuk dengan kerja. 250 00:12:24,293 --> 00:12:25,253 Tak apa. 251 00:12:25,333 --> 00:12:28,043 Saya dah agak. Saya tak harapkannya. 252 00:12:29,793 --> 00:12:30,883 Yakah? 253 00:12:30,963 --> 00:12:33,713 Sebab mak betul-betul nak berada di sana. 254 00:12:33,803 --> 00:12:36,803 Ya, tapi kami tahu mak tak boleh berada di sana. Tak mengapa. 255 00:12:36,883 --> 00:12:39,553 Macam minggu lepas masa saya jaringkan gol di Kejohanan Undangan Aloha. 256 00:12:39,643 --> 00:12:41,103 Awak jaringkan gol? 257 00:12:41,183 --> 00:12:43,023 Ya. Saya menanduk bola masuk dari sepakan penjuru. 258 00:12:43,103 --> 00:12:44,773 Tapi tak apa. Mak sibuk. 259 00:12:44,853 --> 00:12:46,603 Ya, kerja mak penting. 260 00:12:46,693 --> 00:12:48,153 Nampak? Mereka faham. 261 00:12:59,203 --> 00:13:00,203 WALTER HEI 262 00:13:00,283 --> 00:13:01,163 HANYA NAK PASTIKAN SEMUANYA OKEY? 263 00:13:01,243 --> 00:13:02,163 AWAK DAPAT MESEJ SAYA HELO? 264 00:13:02,993 --> 00:13:04,953 Awak ada dengar berita daripada Walter hari ini? 265 00:13:05,043 --> 00:13:06,753 Ya, kami ada hantar mesej tadi. Kenapa? 266 00:13:07,623 --> 00:13:08,873 Saja. 267 00:13:10,213 --> 00:13:11,043 Maaf. 268 00:13:11,133 --> 00:13:13,553 Semua, boleh beri perhatian? 269 00:13:13,633 --> 00:13:15,013 Ini tentang siang tadi? 270 00:13:15,093 --> 00:13:16,803 Saya dah kata kerusi saya yang buat bunyi itu. 271 00:13:20,093 --> 00:13:25,813 Mak dah menjadi doktor selama 15 tahun, korbankan segalanya untuk hospital. 272 00:13:25,893 --> 00:13:29,483 Walaupun mak selesa dengan desakan kerja mak, 273 00:13:30,353 --> 00:13:33,193 mak sedar, ia tak adil untuk kamu semua. 274 00:13:33,273 --> 00:13:36,323 Mak dah terlepas terlalu banyak acara yang penting. 275 00:13:37,363 --> 00:13:40,363 Jadi, mak hubungi Dr. Choi dan beritahu dia, 276 00:13:40,453 --> 00:13:43,083 mak akan ubah waktu kerja kepada waktu pekerja sambilan, 277 00:13:43,413 --> 00:13:46,543 supaya mak boleh jadi ibu yang terbaik. 278 00:13:47,333 --> 00:13:48,463 -Hebat. -Baguslah. 279 00:13:49,083 --> 00:13:51,043 -Ya? Okey? -Ya. 280 00:13:53,293 --> 00:13:55,673 Lagipun, asalkan Dr. Choi jadi ketua, 281 00:13:55,753 --> 00:13:58,843 tiada satu pun penambahbaikan yang mak nak buat akan berlaku. 282 00:13:58,923 --> 00:14:04,053 Jadi, mak lebih rela berada di sini dan buat perubahan sebenar. 283 00:14:04,143 --> 00:14:05,223 Itu satu perubahan yang besar. 284 00:14:05,313 --> 00:14:06,393 Ya. 285 00:14:06,473 --> 00:14:07,393 Awak pasti, sayang? 286 00:14:07,473 --> 00:14:10,983 Sepanjang hidup saya, saya sangat pasti tentang ini. 287 00:14:12,023 --> 00:14:14,903 Selain daripada hakikat yang kerusi tak hasilkan bunyi itu. 288 00:14:25,373 --> 00:14:29,873 Mak berada di rumah sepanjang hari, tiada kerja dan carta, tiada pembentangan, 289 00:14:29,963 --> 00:14:31,463 hanya kamu dan mak, kawan. 290 00:14:31,543 --> 00:14:33,043 Mak, boleh ke tepi tak? 291 00:14:33,133 --> 00:14:34,793 Saya akan lebih jarang mati bila saya boleh tengok skrin. 292 00:14:36,463 --> 00:14:39,263 Mak memang nak luangkan masa dengan kamu. 293 00:14:39,343 --> 00:14:40,553 Kamu tahu tak? 294 00:14:41,973 --> 00:14:43,893 Beri mak alat kawalan! 295 00:14:43,973 --> 00:14:45,103 Biar mak ambil. 296 00:14:45,973 --> 00:14:47,433 Jadi, apa yang kita ada? 297 00:14:48,273 --> 00:14:51,273 Tukang paip? Landak kecil? Zeldas? 298 00:14:51,353 --> 00:14:53,653 Mak, kawan-kawan saya di Internet boleh dengar. 299 00:14:54,903 --> 00:14:56,483 Mereka berperangai pelik bila ada perempuan. 300 00:14:57,773 --> 00:15:00,153 Jadi, apa matlamatnya? 301 00:15:00,243 --> 00:15:01,203 Bagaimana nak menang? 302 00:15:01,283 --> 00:15:04,873 Saya hanya mahu meneroka dunia, merayau-rayau. 303 00:15:04,953 --> 00:15:06,583 Mungkin buat seperiuk stu. 304 00:15:07,663 --> 00:15:09,293 Itu menyeronokkan? 305 00:15:09,373 --> 00:15:10,913 Dulu. 306 00:15:11,003 --> 00:15:13,253 Pergi ambil poi! 307 00:15:13,333 --> 00:15:15,543 Itu menghasilkan stu yang enak. 308 00:15:15,633 --> 00:15:17,093 Hei, Walter. 309 00:15:17,173 --> 00:15:20,013 Saya tahu sangat pelik untuk tinggalkan mel suara. 310 00:15:20,093 --> 00:15:22,133 Adakah saya ahli perniagaan tahun 80-an? 311 00:15:23,183 --> 00:15:27,303 Apa pun, saya tak bercakap dengan awak sejak awak keluar hospital, 312 00:15:27,393 --> 00:15:32,483 dan saya fikir mungkin suara saya akan buatkan awak balas mesej saya. 313 00:15:36,233 --> 00:15:37,523 Masih belum masuk paparan utama? 314 00:15:37,613 --> 00:15:38,483 Tidak. 315 00:15:38,573 --> 00:15:41,823 Pesakit yang saya tak kenali dah letak saya di paparan utama. 316 00:15:41,903 --> 00:15:43,993 Rip Tide letak nama saya dalam wasiatnya. 317 00:15:44,073 --> 00:15:48,033 Sejak saya buat pembedahan itu, hubungan kami dah musnah. 318 00:15:48,123 --> 00:15:50,043 Dia mungkin rasa pelik dengan kepintaran awak. 319 00:15:50,743 --> 00:15:53,003 Awak yang lakukan pembedahan ke atas dia. 320 00:15:53,083 --> 00:15:56,293 Kebanyakan budak-budak dan orang dewasa takut dengan kepintaran awak. 321 00:15:56,383 --> 00:15:58,843 Empat orang untuk bermain golf mini dengan bot laga, 322 00:15:58,923 --> 00:16:02,883 campur sepuluh dolar token, tiga soda, satu Yoo-hoo, dan satu poke, 323 00:16:02,973 --> 00:16:03,803 jumlahnya... 324 00:16:03,883 --> 00:16:05,433 Sembilan puluh satu dolar dan lima puluh dua sen. 325 00:16:06,933 --> 00:16:07,933 Dengan cukai. 326 00:16:09,013 --> 00:16:12,983 "Frasa" ialah kategorinya dan sekarang awak boleh putar. 327 00:16:17,943 --> 00:16:19,313 Rom tak dibina dalam tempoh sehari. 328 00:16:19,403 --> 00:16:22,153 Itu dia. Cubaan yang bagus. Sekarang, mari kita lihat. 329 00:16:22,233 --> 00:16:23,823 -"R"? -Satu "R". 330 00:16:27,573 --> 00:16:29,913 Tip berguna, jangan buang daun Raja-Pekak. 331 00:16:29,993 --> 00:16:32,333 Ada 63 peratus peluang untuk kalahkan saya apabila kad terakhir dikeluarkan. 332 00:16:33,163 --> 00:16:35,713 Juga brontosaurus pada baju awak tidak tepat. 333 00:16:35,793 --> 00:16:37,583 Sauropod cuma ada satu sepit di lengan bawah mereka. 334 00:16:37,673 --> 00:16:38,583 Boleh tolong pinjamkan saya... 335 00:16:38,673 --> 00:16:41,633 Charles, dia dah ambil jam Seiko dan kunci kereta Lancia awak. 336 00:16:41,713 --> 00:16:43,133 Saya rasa awak patut balik. 337 00:16:43,843 --> 00:16:45,093 Baiklah. 338 00:16:46,513 --> 00:16:47,803 Terima kasih. 339 00:16:50,473 --> 00:16:51,603 Adakah saya terlalu berlebihan? 340 00:16:51,683 --> 00:16:55,273 Kita berdua memang berlebihan, sebab itu saya tak takut dengan awak. 341 00:16:55,353 --> 00:16:59,443 Awak ada IQ yang tinggi, dan saya ada joie de vivre. 342 00:17:00,363 --> 00:17:02,863 Tapi Walter cuma Walter. 343 00:17:02,943 --> 00:17:05,993 Dia okey, tapi awak adalah bintang dalam hubungan itu. 344 00:17:06,783 --> 00:17:09,913 Dia Robin dan awak Batman. 345 00:17:09,993 --> 00:17:11,783 Saya rasa ia mungkin bagus 346 00:17:11,873 --> 00:17:16,253 kalau sekali-sekala awak biar dia tangkap Joker. 347 00:17:16,333 --> 00:17:19,753 Bagaimana saya nak buat begitu? Dia mengelak daripada saya. 348 00:17:19,833 --> 00:17:21,173 Perlukah saya selesaikan semua masalah awak? 349 00:17:21,253 --> 00:17:22,713 Ya. 350 00:17:22,793 --> 00:17:23,883 Terlalu banyak pengurusan emosi. 351 00:17:25,673 --> 00:17:29,683 Okey, jadi bila kita ke escape room pada hari Jumaat, 352 00:17:29,763 --> 00:17:31,183 mungkin awak boleh kurangkan sedikit usaha. 353 00:17:31,853 --> 00:17:34,063 Awak tak perlu buktikan yang awak orang paling bijak dalam bilik. 354 00:17:34,853 --> 00:17:37,563 Biarkan dia menang. Baru awak dapat masuk paparan utama. 355 00:17:38,233 --> 00:17:40,193 Saya sukakannya. Saya setuju. 356 00:17:40,273 --> 00:17:41,653 Mudah sangat. 357 00:17:43,113 --> 00:17:43,983 Kalau saya begitu meyakinkan, 358 00:17:44,073 --> 00:17:46,693 saya patut minta kebenaran mak saya untuk tindik pusat. 359 00:17:49,993 --> 00:17:53,913 Ini yang saya nak buat dengan bilik bekalan pembedahan dulu. 360 00:17:53,993 --> 00:17:56,123 Tapi Dr. Choi rasa ia hanya pembaziran masa. 361 00:17:56,203 --> 00:17:58,043 Okey. Boleh hulurkan vanila? 362 00:17:58,713 --> 00:18:00,753 Kai! Dapur dah bersepah! 363 00:18:00,833 --> 00:18:04,173 Tak, bukan seluruh dapur. Pantri nampak kemas. 364 00:18:04,253 --> 00:18:07,093 Awak perlukan semua ini untuk pai biskut awak? 365 00:18:07,173 --> 00:18:08,383 Biar mak lihat resipinya. 366 00:18:08,473 --> 00:18:09,303 Tak ada resipi. 367 00:18:09,383 --> 00:18:11,303 Saya suka buat menggunakan intuisi. 368 00:18:11,393 --> 00:18:13,353 Pai itu beritahu saya apa yang ia mahu. 369 00:18:13,433 --> 00:18:15,313 Macam mana dengan bebas salmonella? 370 00:18:15,393 --> 00:18:17,473 Pai itu ada sebut apa-apa tentang itu? 371 00:18:17,563 --> 00:18:18,813 Kamu perlukan cara yang lebih baik. 372 00:18:20,733 --> 00:18:22,273 Hei, sayang. 373 00:18:22,353 --> 00:18:24,063 Mungkin beri sedikit ruang untuk dia buat pai. 374 00:18:24,153 --> 00:18:26,573 Saya tahu anak-anak suka awak ada di rumah, 375 00:18:26,653 --> 00:18:28,613 tapi awak tak perlu jaga mereka sepanjang masa. 376 00:18:29,443 --> 00:18:31,663 Apa kata awak ambil masa untuk diri awak sendiri? 377 00:18:31,743 --> 00:18:33,623 -Yakah? -Ya, memang patut pun. 378 00:18:34,203 --> 00:18:35,783 Betul cakap awak. 379 00:18:35,873 --> 00:18:37,663 Saya memang layak habiskan masa sendirian. 380 00:18:38,623 --> 00:18:40,623 Saya nak pasang semula bumbung pagoda. 381 00:18:42,123 --> 00:18:43,503 Okey. Sejak mak ada di rumah, 382 00:18:43,583 --> 00:18:46,713 dia pengaruhi kita dengan tenaga pencapai lampau. 383 00:18:46,803 --> 00:18:48,843 Dia ganggu masa memasak saya. 384 00:18:48,923 --> 00:18:50,423 Masa untuk pai ialah masa untuk Kai. 385 00:18:50,513 --> 00:18:52,893 Jangan risau, dia akan berada di atas bumbung selama beberapa hari. 386 00:18:53,893 --> 00:18:55,763 Ayah kamu seorang pakar. 387 00:18:57,313 --> 00:19:00,603 Jadi, pai biskut. Ia satu perkataan. 388 00:19:00,683 --> 00:19:01,853 AIS BATU CAMPUR DAN BUNGA BENNY 389 00:19:08,283 --> 00:19:09,743 SUSU PEKAT 390 00:19:09,823 --> 00:19:11,573 SUSU PEKAT 391 00:19:11,653 --> 00:19:13,033 Hai! 392 00:19:13,113 --> 00:19:15,453 Saya bekerja keras untuk membantu anak-anak kita 393 00:19:15,533 --> 00:19:21,123 dan saya sedar saya mengabaikan orang yang paling penting. 394 00:19:21,873 --> 00:19:22,753 Jadi, saya datang untuk membantu. 395 00:19:24,423 --> 00:19:25,633 Bagus. 396 00:19:26,543 --> 00:19:27,883 Bagus. 397 00:19:27,963 --> 00:19:28,923 ESCAPE FROM PARADISE 398 00:19:34,513 --> 00:19:36,513 Saya gembira awak rasa cukup sihat untuk ikut sama. 399 00:19:37,433 --> 00:19:38,933 Saya tak sempat nak beritahu awak, 400 00:19:39,013 --> 00:19:43,193 tapi saya guna jahitan subcuticular, jadi ia tak perlu dikeluarkan. 401 00:19:43,273 --> 00:19:44,813 Terima kasih. 402 00:19:47,233 --> 00:19:48,823 Bawa bertenang, Batman. 403 00:19:48,903 --> 00:19:51,943 Selamat datang ke Escape from Paradise! 404 00:19:52,033 --> 00:19:57,243 Tarikan utama escape room Oahu di pusat beli-belah mini ini. 405 00:19:57,323 --> 00:20:01,503 Saya Douglas von der Ahe, peneroka terkenal di dunia. 406 00:20:01,583 --> 00:20:06,173 Saya akan jadi pembimbing pengembaraan hebat dalam minda kamu. 407 00:20:07,253 --> 00:20:08,633 Siapa di antara kamu yang ada Groupon itu? 408 00:20:14,013 --> 00:20:15,343 Sah. 409 00:20:15,433 --> 00:20:20,433 Kumpulan kamu akan disertai oleh pasangan berani dari tanah besar ini. 410 00:20:20,513 --> 00:20:21,563 Kami keluarga Jamies. 411 00:20:21,643 --> 00:20:24,313 Saya Jamie dengan "I" dan dia Jamey dengan huruf "Y." 412 00:20:24,393 --> 00:20:28,443 Sangat teruja berada di Hawaii. 413 00:20:29,523 --> 00:20:32,033 Memang impian Jamie untuk melawat negara asing. 414 00:20:32,113 --> 00:20:33,033 Biarkan saja. 415 00:20:37,073 --> 00:20:40,873 Kamu sekumpulan ahli geologi yang terperangkap di dalam gua ini. 416 00:20:40,953 --> 00:20:44,753 Kamu ada 60 minit untuk keluar sebelum gunung berapi meletus, 417 00:20:44,833 --> 00:20:49,463 membanjiri kamar dengan lava magma berapi. 418 00:20:49,543 --> 00:20:51,253 Lava magma tak wujud. 419 00:20:51,343 --> 00:20:53,263 Ia sama ada magma atau lava. 420 00:20:53,343 --> 00:20:56,383 Masa bermula sekarang. 421 00:20:56,973 --> 00:21:00,103 Langkah pertama adalah mendapatkan pen cahaya ultraungu 422 00:21:00,183 --> 00:21:02,763 dengan menyelesaikan soalan di dinding. 423 00:21:02,853 --> 00:21:06,483 Helo dan selamat tinggal. 424 00:21:13,483 --> 00:21:14,613 Saya dah dapat. 425 00:21:15,443 --> 00:21:16,323 Halo. 426 00:21:16,403 --> 00:21:17,823 ALOAH 427 00:21:18,783 --> 00:21:20,413 Bagaimana dengan "A" yang lain? 428 00:21:21,913 --> 00:21:23,043 Betul juga. 429 00:21:23,873 --> 00:21:25,043 "A Halo." 430 00:21:27,793 --> 00:21:30,923 Jamie telah meneka tiga penyanyi bertopeng pada musim lepas. 431 00:21:31,713 --> 00:21:33,553 Hebatnya. 432 00:21:33,633 --> 00:21:37,883 Jadi, setiap hari awak tukar nama perisa ais batu campur awak? 433 00:21:37,973 --> 00:21:40,053 Berdasarkan tema hari itu. 434 00:21:40,143 --> 00:21:42,013 Hari ini, saya guna tema filem Mel Brooks. 435 00:21:42,103 --> 00:21:44,893 Bukankah itu buat menu mengelirukan untuk pelanggan? 436 00:21:44,973 --> 00:21:46,813 Tak, mereka sukakannya. Ia menyeronokkan. 437 00:21:46,893 --> 00:21:47,853 Hei, Benny. 438 00:21:47,943 --> 00:21:49,773 Hei, aloha, Doktor Choi! 439 00:21:50,353 --> 00:21:53,613 Saya nak Gene Wilder-Berry. 440 00:21:53,693 --> 00:21:55,783 Strawberi atau beri biru? 441 00:21:56,033 --> 00:21:59,203 Awak tahu tak? Jangan beritahu saya, ia akan jadi satu kejutan. 442 00:21:59,283 --> 00:22:00,113 Ini menyeronokkan. 443 00:22:01,243 --> 00:22:04,333 Saya harap ada ais batu campur yang bagus di LA. Saya akan rindukan ini. 444 00:22:04,413 --> 00:22:05,703 Awak nak pergi? 445 00:22:05,793 --> 00:22:08,373 Ya. Saya baru dapat tawaran untuk jadi doktor pasukan sukan yang besar 446 00:22:08,463 --> 00:22:09,753 yang saya tak dibenarkan untuk beritahu. 447 00:22:09,833 --> 00:22:11,123 Pasukan Lakers! 448 00:22:12,383 --> 00:22:14,173 Los Angeles Lakers! 449 00:22:14,253 --> 00:22:16,003 Bagus. Hebat. Tahniah. 450 00:22:16,093 --> 00:22:19,173 Terima kasih. Satu-satunya masalah ialah saya perlu cari pengganti saya. 451 00:22:19,263 --> 00:22:21,513 Tapi sayangnya awak ada anak-anak, awak boleh jadi pengganti yang baik. 452 00:22:21,593 --> 00:22:23,553 Tapi awak sibuk dengan hal keibuan awak. 453 00:22:23,643 --> 00:22:25,013 Nanti, apa? 454 00:22:25,603 --> 00:22:26,603 Awak faham maksud saya. 455 00:22:26,683 --> 00:22:28,813 Awak memang hebat, tapi awak yang nak undur diri. 456 00:22:28,893 --> 00:22:30,643 Satu Gene Wilder-Berry. 457 00:22:31,603 --> 00:22:34,653 Markisah di atasnya memberi penghormatan kepada rambut keritingnya. 458 00:22:36,233 --> 00:22:38,693 Saya perlu hantar gambar ini kepada Magic Johnson. 459 00:22:38,783 --> 00:22:41,113 Kami lakukan perkara menyeronokkan di mana saya hantar gambar makanan 460 00:22:41,203 --> 00:22:44,243 dan dia hantar gambar ruam yang dia mahu saya periksa. 461 00:22:44,323 --> 00:22:45,913 Ia menjijikkan. 462 00:22:47,243 --> 00:22:49,583 Dia tak kenal Magic Johnson. 463 00:22:49,663 --> 00:22:50,963 Kenapa awak marah sangat? 464 00:22:51,673 --> 00:22:53,213 Ini tentang jawatan ketua kakitangan? 465 00:22:53,293 --> 00:22:54,133 Tidak. 466 00:22:55,093 --> 00:22:58,133 Awak selalu cakap tentang apa awak akan buat kalau Dr. Choi pergi. 467 00:22:59,593 --> 00:23:00,423 Awak tak berminat? 468 00:23:00,513 --> 00:23:01,973 Tentulah saya berminat. 469 00:23:02,053 --> 00:23:04,603 Itulah kerja yang saya mahukan selama ini. 470 00:23:04,683 --> 00:23:06,263 Tapi maksudnya kerja yang lebih. 471 00:23:06,353 --> 00:23:09,183 Saya dah rasa bersalah sebab banyak bekerja sekarang. 472 00:23:10,643 --> 00:23:13,233 Entahlah, saya rasa berbelah bagi. 473 00:23:13,903 --> 00:23:15,273 Apa saya nak buat? 474 00:23:15,363 --> 00:23:16,863 Ia keputusan yang besar. 475 00:23:18,403 --> 00:23:20,653 Ada satu benda saja yang perlu dibuat. 476 00:24:12,043 --> 00:24:13,623 Tahu bagaimana ia berfungsi? 477 00:24:13,713 --> 00:24:17,173 Ada kad pada setiap pad, 478 00:24:17,253 --> 00:24:19,803 polanya mungkin berdasarkan permainan Poker, jadi... 479 00:24:21,673 --> 00:24:23,423 Apa pendapat awak? 480 00:24:24,093 --> 00:24:24,973 Entahlah. 481 00:24:25,723 --> 00:24:26,553 Ayuh, pasukan. 482 00:24:28,353 --> 00:24:30,013 Awak boleh. Kita boleh lakukannya. 483 00:24:30,103 --> 00:24:31,563 Kami rasa ini mungkin satu petunjuk. 484 00:24:31,643 --> 00:24:33,063 Kami jumpa ia tergantung di dinding. 485 00:24:33,643 --> 00:24:36,233 Itu pemadam api sebenar. 486 00:24:39,193 --> 00:24:40,733 Teka-teki memang susah. 487 00:24:46,073 --> 00:24:47,913 Kita takkan dapat keluar. 488 00:24:47,993 --> 00:24:51,373 Saya mula fikir perkataan pada awalnya bukan "aloha". 489 00:24:52,043 --> 00:24:54,413 Mungkin ia "a halo." 490 00:24:54,503 --> 00:24:55,413 "A halo"? 491 00:24:55,503 --> 00:24:57,003 Masuk akalkah semua itu? 492 00:24:57,083 --> 00:25:01,173 Ia "aloha", kita berada di Hawaii, yang terletak di Amerika! 493 00:25:18,813 --> 00:25:21,323 Maaf, Walter. Saya tak boleh teruskan. 494 00:25:21,403 --> 00:25:23,983 Saya Batman. Terimalah kenyataan itu. 495 00:25:26,703 --> 00:25:29,323 Mungkin dia tak mahu dibunuh oleh lava magma. 496 00:25:29,413 --> 00:25:30,743 Itu benda yang tak wujud! 497 00:25:34,083 --> 00:25:35,503 Saya dah kata itu akan membantu. 498 00:25:37,083 --> 00:25:38,173 Jadi, mari kita berbincang. 499 00:25:40,583 --> 00:25:44,423 Saya tahu saya boleh buat kerja yang bagus sebagai ketua kakitangan, 500 00:25:44,513 --> 00:25:46,593 tapi anak-anak kita yang paling penting. 501 00:25:46,673 --> 00:25:50,843 Saya tak mahu mereka imbau semula dan fikir saya tak pernah ada untuk mereka. 502 00:25:52,603 --> 00:25:54,143 Tiada soalan. 503 00:25:54,223 --> 00:25:55,893 Saya tak nak jawatan itu. 504 00:25:56,853 --> 00:25:57,683 Masuk akal juga. 505 00:25:57,773 --> 00:25:59,443 Tentulah awak cakap begitu. 506 00:25:59,523 --> 00:26:00,523 Awak seorang ayah. 507 00:26:00,653 --> 00:26:04,193 Apa saja yang awak buat untuk anak-anak ialah markah tambahan. 508 00:26:04,273 --> 00:26:07,403 Tapi untuk ibu-ibu? Ia sangat berbeza. Ini tak adil. 509 00:26:08,363 --> 00:26:10,743 Akhirnya saya berada di tahap dalam kerjaya saya 510 00:26:10,823 --> 00:26:15,453 di mana saya boleh buatkan hospital beroperasi dengan cara yang betul. 511 00:26:16,043 --> 00:26:17,963 Jadi, ambillah jawatan itu. 512 00:26:18,043 --> 00:26:19,833 Sebab awak tak nak saya ada di rumah? 513 00:26:21,083 --> 00:26:22,923 Saya tak pernah beritahu awak di mana awak perlu berada. 514 00:26:24,553 --> 00:26:26,883 Sebab itulah parti kejutan tahun lepas sangat huru-hara. 515 00:26:28,803 --> 00:26:30,473 Ya, betul. 516 00:26:36,773 --> 00:26:38,313 Apa yang tak kena, sayang? 517 00:26:38,393 --> 00:26:39,483 Tak ada apa-apa. 518 00:26:40,063 --> 00:26:41,443 Kenapa mak rasa ada sesuatu yang tak kena? 519 00:26:41,523 --> 00:26:43,313 Naluri seorang ibu. 520 00:26:43,943 --> 00:26:46,363 Lagipun, kamu datang ke sini kalau kamu hadapi hari yang teruk. 521 00:26:47,323 --> 00:26:48,533 Ada apa? 522 00:26:49,403 --> 00:26:55,913 Hidup akan jadi lebih mudah kalau saya bukan Lahela Kamealoha, si gadis genius. 523 00:26:57,953 --> 00:27:00,543 Kamu ada kebolehan istimewa. 524 00:27:01,213 --> 00:27:02,753 Ia perkara yang baik. 525 00:27:03,333 --> 00:27:05,133 Walaupun ia buat saya lain daripada orang lain? 526 00:27:07,593 --> 00:27:11,223 Kalau dunia tak boleh tangani wanita bijak yang kuat... 527 00:27:12,633 --> 00:27:16,763 itu masalah dunia, bukan masalah kamu. 528 00:27:16,853 --> 00:27:19,183 Sentiasa jujur dengan diri sendiri. 529 00:27:20,933 --> 00:27:24,153 Kamu tak boleh sembunyikan diri kamu yang sebenar, 530 00:27:25,113 --> 00:27:26,823 dan kamu tak perlu buat begitu. 531 00:27:31,703 --> 00:27:34,743 Sebab itulah mak mahu jadi ketua kakitangan. 532 00:27:35,493 --> 00:27:36,703 Yakah? 533 00:27:36,783 --> 00:27:37,623 Ya. 534 00:27:38,913 --> 00:27:40,453 Betul. 535 00:27:40,543 --> 00:27:44,793 Menjadi ibu yang baik bermakna hidup sebagai contoh untuk anak-anak. 536 00:27:44,883 --> 00:27:48,673 Mak tak boleh suruh kamu jadi diri kamu kalau mak tak jadi diri mak. 537 00:27:48,753 --> 00:27:55,473 Kita wanita yang kuat dan bijak, Lahela, dan kita tak perlu minta maaf sebab itu. 538 00:27:55,553 --> 00:27:57,473 -Betul. -Betul tak? 539 00:28:01,393 --> 00:28:03,813 Hei, patung itu nampak macam punggungkah? 540 00:28:03,893 --> 00:28:08,233 Ya, tak kira di mana kita berdiri, ia sentiasa pandang kita. 541 00:28:13,033 --> 00:28:16,243 Macam mana dengan penggaya topi Bruno Mars itu? 542 00:28:16,873 --> 00:28:18,083 Dia okey. 543 00:28:18,163 --> 00:28:21,333 Dia jenis yang suka guna nama orang terkenal. 544 00:28:21,413 --> 00:28:22,373 Memang menyedihkan. 545 00:28:22,453 --> 00:28:24,833 Saya nak dipertimbangkan sebagai ketua kakitangan. 546 00:28:24,923 --> 00:28:27,133 Tiada siapa yang lebih arif tentang hospital ini daripada saya. 547 00:28:27,213 --> 00:28:28,543 Tiada siapa yang lebih rajin bekerja. 548 00:28:28,633 --> 00:28:32,423 Tadi, awak kata saya sibuk kerana menjadi seorang ibu. 549 00:28:32,513 --> 00:28:34,973 Menjadi seorang ibu ialah satu kekuatan. 550 00:28:35,053 --> 00:28:37,393 Hospital ini perlukan seorang ibu. 551 00:28:39,603 --> 00:28:42,063 Bagus. Anggap saja awak dalam pertimbangan. 552 00:28:42,143 --> 00:28:43,893 Dia dapat undian saya. 553 00:28:44,733 --> 00:28:46,233 Ya. 554 00:28:47,653 --> 00:28:49,443 Oh Tuhan! Magic Johnson. 555 00:28:49,523 --> 00:28:52,573 Hai, awak Magic Johnson! 556 00:28:52,653 --> 00:28:53,863 Kali terakhir saya periksa. 557 00:28:53,943 --> 00:28:56,743 Wah. Saya peminat awak. 558 00:28:56,823 --> 00:29:00,163 Saya dari Philadelphia, jadi awak tahulah, Sixers. 559 00:29:00,243 --> 00:29:01,663 Tiada siapa yang sempurna. 560 00:29:04,373 --> 00:29:05,713 Hai, En. Magic! 561 00:29:06,373 --> 00:29:09,293 Saya suka golf dan stik, awak suka main golf dan stik. 562 00:29:09,383 --> 00:29:11,133 Mungkin kita patut keluar bersama-sama dan saya... 563 00:29:11,213 --> 00:29:15,133 Seronoknya. Saya akan berikan nombor telefon peribadi saya. 564 00:29:15,763 --> 00:29:17,683 -3-1-0... -Maaf... 565 00:29:17,763 --> 00:29:19,263 Bukan itu. Tak apa. 566 00:29:21,053 --> 00:29:24,393 3-1-0, bukan? 567 00:29:24,483 --> 00:29:27,353 3-1-0, apa? 568 00:29:28,983 --> 00:29:30,233 Magic... 569 00:29:30,313 --> 00:29:33,533 Saya rasa sambungan awak tak elok. Magic! 570 00:29:33,613 --> 00:29:36,493 Maaf, sambungan Wi-Fi teruk. 571 00:29:36,573 --> 00:29:37,823 Apa? 572 00:29:37,913 --> 00:29:39,533 Nasib baik. Dia percaya? 573 00:29:44,293 --> 00:29:45,663 Dia masih ada dalam bilik. 574 00:29:50,253 --> 00:29:53,173 Teruskan berlagak kaku. Saya juga akan berlagak kaku. 575 00:30:07,393 --> 00:30:08,603 Apa awak buat di sini? 576 00:30:08,693 --> 00:30:09,563 Saya perlu bercakap dengan awak. 577 00:30:09,653 --> 00:30:10,983 Saya perlu bercakap dengan awak. 578 00:30:11,063 --> 00:30:13,863 Ada yang tak kenakah? Kenapa awak lari dari escape room? 579 00:30:13,943 --> 00:30:17,073 Saya faham yang saya menakutkan ramai orang, 580 00:30:17,153 --> 00:30:19,783 tapi saya bijak dan tak perlu sembunyikannya. 581 00:30:19,863 --> 00:30:21,953 Kalau itu buat saya jadi orang yang pelik 582 00:30:22,033 --> 00:30:25,043 atau terlalu berlebihan untuk awak, itu masalah awak. 583 00:30:25,123 --> 00:30:26,203 Dan saya cuma... 584 00:30:26,293 --> 00:30:28,833 Saya suka awak sebab awak bijak. 585 00:30:28,913 --> 00:30:30,043 Yakah? 586 00:30:30,123 --> 00:30:32,543 Ya. Saya suka yang awak seorang doktor. 587 00:30:32,633 --> 00:30:35,173 Awak orang paling bijak yang saya kenal. Hebat sekali. 588 00:30:36,343 --> 00:30:38,513 Jadi, kenapa awak berkelakuan pelik? 589 00:30:39,093 --> 00:30:39,973 Entahlah. 590 00:30:40,723 --> 00:30:42,973 Mungkin sebab awak nampak saya lemah ketika kita main golf mini. 591 00:30:43,553 --> 00:30:46,223 Terbaring atas lantai, tak berdaya. 592 00:30:46,313 --> 00:30:47,853 Ia memalukan. 593 00:30:47,933 --> 00:30:49,183 Selepas pembedahan, 594 00:30:49,273 --> 00:30:53,233 awak masuk ke bilik saya dengan belon macam tiada apa yang berlaku. 595 00:30:54,313 --> 00:30:55,363 Saya rasa macam orang bodoh. 596 00:30:55,443 --> 00:30:57,863 Awak perlukan pembedahan apendisitis. Ia bukan perkara besar. 597 00:30:57,943 --> 00:31:00,453 Awak yang bedah saya dan jaga saya... 598 00:31:01,913 --> 00:31:03,203 Itu buat saya rasa pelik. 599 00:31:03,283 --> 00:31:05,703 Saya dah buat prosedur itu untuk berpuluh-puluh pesakit. 600 00:31:06,293 --> 00:31:08,123 Awak tak pernah buat untuk saya. 601 00:31:13,633 --> 00:31:14,713 Betul. 602 00:31:16,593 --> 00:31:17,753 Maafkan saya. 603 00:31:18,803 --> 00:31:20,423 Awak bukan pesakit biasa. 604 00:31:20,513 --> 00:31:22,933 Ya, harapnya tidak. Saya teman lelaki awak. 605 00:31:23,843 --> 00:31:24,763 Teman lelaki? 606 00:31:25,723 --> 00:31:28,773 Oh, Tuhan. Masih terlalu awal untuk rasmikan hubungan kita? 607 00:31:29,683 --> 00:31:30,563 Tak langsung... 608 00:31:31,443 --> 00:31:32,353 teman lelaki. 609 00:31:36,903 --> 00:31:42,153 Menjadi doktor berusia 16 tahun sama seperti mempunyai kuasa luar biasa. 610 00:31:42,243 --> 00:31:45,703 Tapi kadangkala, apabila ada perkara yang buat kita berbeza, 611 00:31:45,783 --> 00:31:50,413 kita risau kita takkan sesuai dan sembunyikan bakat sebenar kita. 612 00:31:50,503 --> 00:31:54,543 Tapi saya sedar, saya tak nak jadi Batman. 613 00:31:55,253 --> 00:31:59,513 Saya lebih rela tanggalkan topeng dan tunjukkan diri saya yang sebenar. 614 00:31:59,593 --> 00:32:01,673 Kalau awak nak tahu... 615 00:32:04,513 --> 00:32:06,053 Saya dah masuk paparan utama. 616 00:32:54,563 --> 00:32:56,653 Sari kata oleh Ally Gee