1
00:01:04,581 --> 00:01:06,374
Gregory!
2
00:01:07,851 --> 00:01:10,353
Gregory!
3
00:01:11,880 --> 00:01:13,381
Kasihanilah saya!
4
00:01:14,566 --> 00:01:15,567
Lepaskan saya!
5
00:01:18,053 --> 00:01:21,598
Gregory! Kembalilah!
6
00:01:22,324 --> 00:01:24,618
Gregory!
7
00:02:05,558 --> 00:02:09,562
Kuasa saya akan kembali
dengan terbitnya bulan darah.
8
00:02:12,691 --> 00:02:14,901
Neraka akan bangkit.
9
00:02:55,108 --> 00:02:57,986
- Tuan Gregory ada di sini?
- Sebahagiannya.
10
00:03:07,245 --> 00:03:09,497
Tuan Gregory,
tuan tak dengar bunyi loceng?
11
00:03:10,999 --> 00:03:13,334
Loceng berbunyi dalam telinga saya.
12
00:03:15,211 --> 00:03:19,674
Di kampung di dalam gereja lama,
ada budak berusia sepuluh tahun.
13
00:03:19,758 --> 00:03:23,344
Dia telah dijangkiti.
14
00:03:23,720 --> 00:03:28,641
Awak harus tahu, kini saya
tak berurusan dengan alam lain.
15
00:03:32,479 --> 00:03:35,690
Bangunlah, tuan.
Nampaknya tuan diminta menjalankan tugas.
16
00:03:35,774 --> 00:03:37,942
Kewajipan saya hanya kepada bangku ini.
17
00:03:39,319 --> 00:03:41,404
Ikrar yang enggan saya langgar.
18
00:03:42,113 --> 00:03:43,865
Tanda di tangan
menunjukkan awak kesateria.
19
00:03:43,990 --> 00:03:45,033
Awak tiada maruah?
20
00:03:46,201 --> 00:03:48,119
Kata lelaki ini,
ada nyawa dalam bahaya.
21
00:03:49,120 --> 00:03:51,873
- Awak tak buat apa-apa?
- Bukan, tapi sebaliknya.
22
00:03:51,956 --> 00:03:54,167
Saya sedaya upaya mengabaikannya.
23
00:03:54,667 --> 00:03:57,295
Saya merayu, jangan buat begini.
24
00:03:57,504 --> 00:03:59,214
Jangan risau, budak.
Ini bukan hukuman.
25
00:03:59,839 --> 00:04:01,091
Cuma satu pengajaran.
26
00:04:04,427 --> 00:04:05,428
Isikannya.
27
00:04:12,727 --> 00:04:14,020
Saya merayu demi nyawa awak.
28
00:04:15,105 --> 00:04:16,022
Bukan dia.
29
00:04:34,124 --> 00:04:36,793
Helahnya bukan
menewaskan dia dengan cawan.
30
00:04:37,335 --> 00:04:39,170
Helahnya adalah
memastikan ia tak tumpah.
31
00:04:42,090 --> 00:04:43,216
Terima kasih!
32
00:04:44,134 --> 00:04:48,012
Encik Bradley, kenapa tak beritahu saya
loceng sedang berbunyi?
33
00:04:48,388 --> 00:04:49,973
Maaf, tuan.
34
00:05:09,659 --> 00:05:11,870
Mari! Cepat!
35
00:05:14,289 --> 00:05:15,373
Kapak.
36
00:05:17,458 --> 00:05:18,501
Penangkis perak.
37
00:05:19,169 --> 00:05:20,170
Busur panjang.
38
00:05:22,338 --> 00:05:23,590
Kita perlukan jaring perak.
39
00:05:34,809 --> 00:05:36,186
Tolong selamatkan dia.
40
00:05:37,187 --> 00:05:38,646
Benda lain tak dapat menahan dia.
41
00:05:40,607 --> 00:05:42,400
Sudah berapa lama keadaannya begini?
42
00:05:42,942 --> 00:05:44,248
Sejak petang semalam.
43
00:05:49,741 --> 00:05:50,867
Mari kepada saya.
44
00:05:53,870 --> 00:05:54,996
Mari kepada saya!
45
00:05:56,956 --> 00:06:00,335
Awak tentu tahu semasa awak
mengurung saya di lubang itu
46
00:06:00,668 --> 00:06:03,630
awak takkan tahan saya selama-lamanya…
47
00:06:04,797 --> 00:06:06,341
Gregory.
48
00:06:07,634 --> 00:06:11,054
Kalau benar ini awak,
tunjukkanlah diri.
49
00:06:14,724 --> 00:06:15,975
Lepaskan anak tak bersalah ini!
50
00:06:41,459 --> 00:06:43,503
Mak! Apa yang terjadi?
51
00:06:46,130 --> 00:06:47,298
Tuhan merahmati awak.
52
00:07:05,984 --> 00:07:07,110
Awak merindui saya?
53
00:07:11,197 --> 00:07:12,532
Betul, bukan?
54
00:07:13,366 --> 00:07:14,575
Jangan cuba menafikannya.
55
00:07:15,201 --> 00:07:16,703
Saya dapat melihat jiwa awak.
56
00:07:20,456 --> 00:07:22,750
Budak lelaki.
57
00:07:24,919 --> 00:07:27,505
- Saya suka budak lelaki.
- Tutup mata awak.
58
00:07:28,006 --> 00:07:29,090
Mari sini, budak.
59
00:07:29,632 --> 00:07:32,093
Jangan mengagumi dia.
Kuasanya akan bertambah.
60
00:07:35,179 --> 00:07:36,055
William!
61
00:07:41,477 --> 00:07:43,187
Awak tahu sesuatu, Gregory?
62
00:07:44,772 --> 00:07:45,982
Saya juga merindui awak.
63
00:07:48,943 --> 00:07:49,861
Sekarang!
64
00:07:58,619 --> 00:07:59,726
Panah!
65
00:08:02,749 --> 00:08:03,624
Jaring!
66
00:08:06,669 --> 00:08:07,795
Bagus, William!
67
00:08:28,566 --> 00:08:29,817
Kita buat bersama-sama!
68
00:08:34,405 --> 00:08:36,073
Biar perak menjalankan tugasnya!
69
00:08:38,034 --> 00:08:39,994
Awak dapat rasa? Dia semakin lemah!
70
00:08:45,124 --> 00:08:46,334
Syabas, William!
71
00:08:56,260 --> 00:08:57,220
Sekarang!
72
00:09:10,108 --> 00:09:11,192
Maafkan saya, tuan.
73
00:09:11,776 --> 00:09:13,277
Lepaskan dia!
74
00:09:13,361 --> 00:09:15,029
Kenapa pula?
75
00:09:16,489 --> 00:09:17,365
Tuan Gregory!
76
00:09:18,533 --> 00:09:21,869
Jangan minta simpati dia.
Hatinya lebih gelap daripada saya.
77
00:09:24,747 --> 00:09:25,748
Kita bersama sekarang.
78
00:09:30,753 --> 00:09:32,171
Lepaskan dia!
79
00:09:32,463 --> 00:09:34,215
- Saya dapat rasa kegelapan.
- Tidak!
80
00:09:34,424 --> 00:09:37,635
- Saya tak dapat tahan.
- Lepaskan dia atau saya bakar awak!
81
00:09:38,010 --> 00:09:42,598
- Tuan Gregory!
- Tuan Gregory!
82
00:09:45,977 --> 00:09:50,440
Masa menjadikan saya lebih kuat.
Saya tak mudah dibendung lagi.
83
00:10:03,327 --> 00:10:05,580
Sepuluh tahun, sia-sia saja.
84
00:10:17,758 --> 00:10:20,845
Saya akan buru awak, Malkin!
85
00:10:23,764 --> 00:10:26,995
Saya akan buru awak!
86
00:10:54,754 --> 00:10:55,755
Tom!
87
00:10:58,925 --> 00:10:59,926
Apa halnya, Cate?
88
00:11:00,468 --> 00:11:02,762
Awak sepatutnya menjaga khinzir.
89
00:11:07,183 --> 00:11:12,271
- Sasaran awak tak pernah mengena.
- Tak, tapi semakin hampir.
90
00:11:12,939 --> 00:11:14,190
Awak bukan pemburu, Tom.
91
00:11:14,607 --> 00:11:17,109
Saya bukan ditakdirkan
untuk beri makan kepada khinzir saja.
92
00:11:18,611 --> 00:11:19,904
Saya akan pergi, Cate.
93
00:11:22,657 --> 00:11:24,283
Saya akan tinggalkan tempat ini,
saya cuma…
94
00:11:27,245 --> 00:11:29,622
- Saya tahu.
- Tom, awak menggigil.
95
00:11:34,627 --> 00:11:36,963
Pergi panggil mak, Cate. Pergi!
96
00:11:37,797 --> 00:11:40,216
Mak, dah jadi lagi!
97
00:11:45,638 --> 00:11:47,473
Tom!
98
00:11:54,102 --> 00:11:58,442
Pergi tangkap khinzir-khinzir itu,
kalau tak ayah awak akan marah.
99
00:12:00,444 --> 00:12:01,904
- Ya, mak.
- Mari.
100
00:12:48,868 --> 00:12:50,077
Ini kediaman Ward?
101
00:12:51,162 --> 00:12:52,288
Siapa bertanya?
102
00:12:52,913 --> 00:12:57,001
Saya difahamkan ada anak lelaki ketujuh
daripada anak lelaki ketujuh di sini.
103
00:12:57,835 --> 00:13:00,129
Jangan kata tiada,
kerana saya tahu memang ada.
104
00:13:00,296 --> 00:13:01,297
Saya mengejar masa.
105
00:13:05,301 --> 00:13:06,594
Agak lapar juga.
106
00:13:19,148 --> 00:13:20,941
Terima kasih kepada tukang masak.
107
00:13:22,040 --> 00:13:23,486
Sama-sama.
108
00:13:27,490 --> 00:13:28,449
Jadi…
109
00:13:30,951 --> 00:13:32,119
mana satu anak ketujuh?
110
00:13:50,721 --> 00:13:52,098
Siapa nama awak, budak?
111
00:13:53,766 --> 00:13:54,892
Thomas Ward.
112
00:14:01,440 --> 00:14:02,900
Dia kuat.
113
00:14:03,826 --> 00:14:05,161
Dia buat banyak kerja di ladang.
114
00:14:06,862 --> 00:14:08,739
Jadi, sila pertimbangkan.
115
00:14:25,506 --> 00:14:28,050
Itulah lelaki dalam bayangan saya.
116
00:14:28,801 --> 00:14:29,927
Terlalu bahaya.
117
00:14:31,846 --> 00:14:34,473
- Dia seorang Spook.
- Kerja ini mulia.
118
00:14:36,559 --> 00:14:38,477
Perantis terakhir awak?
Serta yang sebelumnya?
119
00:14:39,103 --> 00:14:40,229
Apa berlaku kepada mereka?
120
00:14:42,273 --> 00:14:45,192
- Sekarang awak datang untuk anak saya?
- Saya patut ikut dia.
121
00:14:53,409 --> 00:14:56,036
Dia agak kurus untuk anak ketujuh.
122
00:15:16,682 --> 00:15:18,601
Mak berat hati mengenangkan hari ini…
123
00:15:21,395 --> 00:15:22,897
tapi mak tahu harinya akan tiba.
124
00:15:25,316 --> 00:15:26,400
Jadi, mak faham.
125
00:15:27,777 --> 00:15:30,070
Mak mengenali awak
lebih daripada yang awak tahu, Tom.
126
00:15:33,073 --> 00:15:34,033
Jadilah bijak.
127
00:15:38,454 --> 00:15:39,330
Berhati-hati.
128
00:15:46,712 --> 00:15:47,671
Ingat…
129
00:15:48,672 --> 00:15:50,508
semua yang awak perlukan
ada dalam diri.
130
00:15:52,307 --> 00:15:54,053
Jangan takut untuk mencarinya.
131
00:15:59,683 --> 00:16:00,893
Loket mak.
132
00:16:01,477 --> 00:16:02,394
Tak, saya tak boleh…
133
00:16:03,354 --> 00:16:04,355
Pakailah.
134
00:16:06,023 --> 00:16:07,066
Sentiasa.
135
00:16:24,166 --> 00:16:25,209
Pastikan dia selamat!
136
00:16:27,002 --> 00:16:30,673
Malangnya, puan.
Saya tak boleh menjanjikannya.
137
00:17:12,721 --> 00:17:14,465
Tuanku.
138
00:17:15,675 --> 00:17:21,181
- Akhirnya, tuanku kembali.
- Apa yang Spook itu buat kepada awak?
139
00:17:22,182 --> 00:17:24,768
Bukan hanya saya. Kita semua.
140
00:17:25,853 --> 00:17:30,441
Dibakar dan dibiar kebuluran.
Dipaksa bersembunyi.
141
00:17:33,316 --> 00:17:35,487
Spook tiada belas kasihan.
142
00:17:41,911 --> 00:17:43,203
Pengintip saya mengekorinya.
143
00:17:51,587 --> 00:17:57,801
Tak perlu takut pada Gregory lagi,
saudariku yang cantik.
144
00:17:59,011 --> 00:18:00,471
Terima kasih, tuanku.
145
00:18:55,025 --> 00:18:57,152
Beri laluan!
146
00:19:19,383 --> 00:19:23,929
Mustahil melawan syaitan
dengan kaki yang basah.
147
00:19:24,013 --> 00:19:24,888
Nah.
148
00:19:26,598 --> 00:19:28,350
Wang ini untuk baiki but awak.
149
00:19:29,059 --> 00:19:31,270
Saya akan beli bekalan.
150
00:19:31,668 --> 00:19:33,643
- Bekalan?
- Cecair.
151
00:19:34,023 --> 00:19:35,899
Saya perlukannya
untuk menghalau roh jahat.
152
00:19:37,401 --> 00:19:38,485
Cecair yang ditapaikan?
153
00:19:38,569 --> 00:19:42,865
Jika saya lupa, beli minyak,
garam, tepung dan bakon.
154
00:19:47,161 --> 00:19:49,038
Saya mula berharap saya anak keenam.
155
00:20:00,174 --> 00:20:03,469
Bakar ahli sihir itu!
156
00:20:18,817 --> 00:20:20,444
Tunggu!
157
00:20:21,695 --> 00:20:24,031
Kalau dia ahli sihir,
biar saya uruskan dia.
158
00:20:24,448 --> 00:20:25,657
Siapa awak?
159
00:20:27,743 --> 00:20:29,369
Saya perantis Tuan Gregory.
160
00:20:29,953 --> 00:20:32,372
Benar. Saya nampak Spook itu
masuk ke tavern.
161
00:20:33,165 --> 00:20:35,000
Menurut pandangan pakar saya…
162
00:20:38,128 --> 00:20:39,630
dia sangat bahaya.
163
00:20:40,589 --> 00:20:42,257
- Mahu panggil tuan awak?
- Tidak.
164
00:20:42,897 --> 00:20:45,219
Saya boleh bawa dia pergi dan lupuskannya.
165
00:20:46,678 --> 00:20:48,639
Namun saya perlukan garam,
tepung dan minyak!
166
00:20:49,306 --> 00:20:50,182
Pergi!
167
00:20:51,100 --> 00:20:52,976
Tambah bakon sebagai bayaran.
168
00:21:02,027 --> 00:21:04,363
Apa awak nak buat dengan saya,
Encik Perantis?
169
00:21:05,405 --> 00:21:06,532
Saya belum pasti lagi.
170
00:21:07,241 --> 00:21:10,119
- Awak tak percaya saya ahli sihir?
- Rupa awak tak macam ahli sihir.
171
00:21:10,702 --> 00:21:13,080
Awak percaya akan berjaya menjadi Spook?
172
00:21:14,832 --> 00:21:15,874
Itulah rancangannya.
173
00:21:17,501 --> 00:21:18,669
Awak nampak terlalu baik.
174
00:21:29,888 --> 00:21:33,058
Awak tahu semua perantisnya
telah terbunuh, bukan?
175
00:21:35,018 --> 00:21:36,061
Siapa nama awak?
176
00:21:39,314 --> 00:21:42,192
- Tom. Siapa nama awak?
- Saya akan beritahu lain kali.
177
00:21:44,153 --> 00:21:47,114
- Lain kali?
- Saya menilik nasib.
178
00:21:48,490 --> 00:21:49,533
Kita akan berjumpa lagi.
179
00:21:50,492 --> 00:21:52,173
Jangan beritahu tuan awak
tentang saya.
180
00:21:52,244 --> 00:21:53,203
Kenapa pula?
181
00:21:56,498 --> 00:21:57,916
Awak tak suka rahsia?
182
00:22:00,669 --> 00:22:01,628
Tutup mata awak.
183
00:22:02,963 --> 00:22:03,881
Kenapa?
184
00:22:07,384 --> 00:22:09,511
Tutup saja mata awak.
185
00:23:08,946 --> 00:23:09,863
Mak?
186
00:23:12,366 --> 00:23:13,367
Ya, ini mak.
187
00:23:14,576 --> 00:23:17,120
- Bagaimana? Mak nampak…
- Adakah ini anak awak?
188
00:23:22,834 --> 00:23:26,255
Adakah awak gadis yang setia?
Seperti mak awak?
189
00:23:27,965 --> 00:23:30,926
Jadi, inilah pengintip awak
yang mengekori Gregory.
190
00:23:32,010 --> 00:23:33,637
Saya suka kasut awak.
191
00:23:40,143 --> 00:23:41,270
Ayah awak manusia.
192
00:23:43,313 --> 00:23:45,816
Lizzie, awak mengejutkan saya.
193
00:23:49,403 --> 00:23:51,989
Makanlah kek darah ini, sayang.
194
00:23:53,824 --> 00:23:55,033
Kek ini memberi tenaga.
195
00:23:59,579 --> 00:24:02,040
Tak lama lagi bulan darah akan mengambang.
196
00:24:02,124 --> 00:24:05,127
Apabila ia semakin kuat,
kita semua juga sama.
197
00:24:05,919 --> 00:24:07,462
Kita harus panggil yang lain.
198
00:24:08,171 --> 00:24:11,008
Gunung Pendle mengalu-alukan kamu,
saudara dan saudariku.
199
00:24:11,591 --> 00:24:13,343
Ratu kamu telah kembali.
200
00:24:27,899 --> 00:24:29,943
Jangan berlengah, Encik Ward.
201
00:24:31,320 --> 00:24:32,612
Ini hutan apa?
202
00:24:34,197 --> 00:24:37,242
Semasa bercakap dengan saya,
panggil saya Tuan Gregory.
203
00:24:39,828 --> 00:24:43,957
Tuan Gregory,
kalau saya perantis baharu,
204
00:24:44,291 --> 00:24:46,585
- apa terjadi kepada yang lama?
- Soalan salah.
205
00:24:47,586 --> 00:24:49,421
Soalan salah akan dapat jawapan salah.
206
00:24:50,505 --> 00:24:51,423
Jadi, dia dah mati.
207
00:24:58,263 --> 00:25:01,600
Cuma jembalang. Makhluk tahap enam.
208
00:25:02,517 --> 00:25:03,894
Hutan ini penuh dengannya.
209
00:25:04,519 --> 00:25:07,147
Cuba jangan buat ia marah.
Ia takkan kacau awak.
210
00:25:16,656 --> 00:25:20,160
Apa yang awak tahu
tentang tugas sebenar Spook?
211
00:25:24,331 --> 00:25:25,832
Awak membunuh makhluk gelap.
212
00:25:26,625 --> 00:25:30,379
Jawapan awak beri saya keyakinan.
213
00:25:33,673 --> 00:25:36,093
Kami menjaga makhluk gelap.
214
00:25:36,176 --> 00:25:38,595
Ada yang kurang berbahaya
seperti jembalang.
215
00:25:38,845 --> 00:25:40,847
Paling bahaya, seperti ahli sihir,
216
00:25:41,556 --> 00:25:43,266
kami akan perangkap atau bunuh.
217
00:25:44,226 --> 00:25:46,686
Perantis terakhir saya mencatat semua ini.
218
00:25:47,604 --> 00:25:49,606
Ya, tapi dia dah mati.
219
00:25:55,070 --> 00:25:57,406
Maksud saya, mungkin
dia tak buat segalanya betul.
220
00:25:57,489 --> 00:26:00,283
William Bradley ialah perantis terbaik
yang pernah saya ada.
221
00:26:00,867 --> 00:26:03,120
Dia mati di tangan Ibu Malkin.
222
00:26:03,203 --> 00:26:06,331
Ratu Ahli Sihir?
Saya sangka dia cuma legenda.
223
00:26:06,498 --> 00:26:10,168
Kini awak tinggal di dunia yang legenda
dan mimpi ngeri adalah benar.
224
00:26:11,586 --> 00:26:12,963
Malkin masih hidup.
225
00:26:14,047 --> 00:26:16,049
Kita menuju ke kubunya di Gunung Pendle,
226
00:26:16,133 --> 00:26:17,467
tempat dia bersembunyi.
227
00:26:19,469 --> 00:26:20,429
Encik Ward!
228
00:26:22,013 --> 00:26:23,014
Encik Ward.
229
00:26:32,732 --> 00:26:33,900
Awak pengsan.
230
00:26:36,069 --> 00:26:39,114
Awak menderita serangan.
Jenis apa?
231
00:26:41,199 --> 00:26:42,200
Kadangkala, saya…
232
00:26:44,828 --> 00:26:46,037
Saya nampak sesuatu.
233
00:26:48,373 --> 00:26:49,624
Perkara yang belum berlaku.
234
00:26:51,585 --> 00:26:52,669
Mungkin berguna.
235
00:26:53,753 --> 00:26:57,591
Bukan tentang awak pengsan,
tapi bayangan awak. Mungkin.
236
00:27:04,097 --> 00:27:06,475
- Apa itu?
- Maksud awak, "siapa".
237
00:27:07,559 --> 00:27:11,480
Ini Tusk. Setia sehodoh rupanya.
238
00:27:17,486 --> 00:27:19,404
Perkara yang awak nampak dalam bayangan…
239
00:27:20,739 --> 00:27:22,449
boleh awak ubah atau adakah ia tetap?
240
00:27:24,826 --> 00:27:26,661
Saya tak tahu.
241
00:27:27,621 --> 00:27:28,705
Saya hanya mencuba.
242
00:27:30,373 --> 00:27:31,500
Dengan sedikit bantuan…
243
00:27:32,667 --> 00:27:35,128
kebanyakan sumpahan hidup
boleh menjadi anugerah.
244
00:27:41,259 --> 00:27:42,511
Itu pun kuda saya!
245
00:27:43,553 --> 00:27:45,013
Kembali seperti yang saya jangka.
246
00:27:45,555 --> 00:27:46,598
Jaga kuda ini, Tusk.
247
00:27:55,774 --> 00:27:58,193
- Apa tempat ini?
- Rumahku syurgaku.
248
00:28:03,782 --> 00:28:04,991
Ini menakjubkan.
249
00:28:07,661 --> 00:28:11,248
Kita mesti melengkapi diri dengan senjata
untuk pengembaraan ke Gunung Pendle.
250
00:28:11,706 --> 00:28:12,958
Mari, Encik Ward.
251
00:28:24,177 --> 00:28:25,178
Pahlawan Falcon.
252
00:28:25,929 --> 00:28:31,017
Sekumpulan kesateria mulia yang
membaktikan diri memerangi kuasa gelap
253
00:28:31,560 --> 00:28:33,645
dan bertanggungjawab
untuk menurunkan ilmu
254
00:28:33,770 --> 00:28:36,523
dan kemahiran mereka kepada
anak ketujuh daripada anak ketujuh.
255
00:28:38,942 --> 00:28:42,112
Tertulis di sini, ada seribu orang.
256
00:28:43,071 --> 00:28:45,240
Itu dewangga lama.
257
00:28:46,950 --> 00:28:49,661
Mereka semua meninggal dunia
atau kembali ke kegelapan.
258
00:28:53,456 --> 00:28:57,043
Apabila berdepan dengan kegelapan,
kegelapan akan memakan diri.
259
00:28:59,087 --> 00:29:01,464
Jadi, awak seorang saja yang tinggal?
260
00:29:09,264 --> 00:29:11,308
Awak seorang saja yang tinggal,
Tuan Gregory?
261
00:29:13,935 --> 00:29:16,479
Terima kasih kerana mengingatkan saya.
262
00:29:22,736 --> 00:29:24,821
Berapa lama tempoh perantisan ini?
263
00:29:25,196 --> 00:29:26,072
Sepuluh tahun
264
00:29:27,574 --> 00:29:29,034
untuk perantis terakhir saya.
265
00:29:30,452 --> 00:29:34,039
Tapi dengan awak,
saya ada kurang daripada seminggu.
266
00:29:34,706 --> 00:29:38,168
- Kenapa singkat sangat?
- Bulan darah akan mengambang ketika itu.
267
00:29:39,252 --> 00:29:40,420
Berlaku sekali dalam seabad.
268
00:29:42,005 --> 00:29:46,009
Kali terakhir, ia diikuti peperangan
selama bertahun-tahun.
269
00:29:46,092 --> 00:29:50,138
Ahli sihir memusnahkan bandar.
Dunia masih sedang pulih.
270
00:29:51,973 --> 00:29:56,770
Jika kita tak menghalang Ibu Malkin
sebelum bulan darah terbenam…
271
00:29:57,896 --> 00:30:00,940
- Bagaimana kita mahu…
- Cukup. Jangan tanya lagi.
272
00:30:01,399 --> 00:30:04,527
Kita bertolak waktu subuh.
Duduk di dalam bilik awak.
273
00:30:04,611 --> 00:30:07,656
Tuan Gregory, kalau mahu
saya belajar, awak harus jelaskan.
274
00:30:07,781 --> 00:30:12,077
Tiada masa. Kita mesti ke Gunung Pendle
sebelum Malkin kumpulkan pengikutnya.
275
00:30:12,911 --> 00:30:14,371
Ada ahli sihir yang perlu dibunuh.
276
00:30:15,872 --> 00:30:16,915
Ahli sihir celaka.
277
00:30:40,480 --> 00:30:43,274
Tolong saya.
278
00:30:57,288 --> 00:30:58,832
Tolong!
279
00:33:01,621 --> 00:33:03,957
Awak disuruh duduk di dalam bilik!
280
00:33:05,583 --> 00:33:07,669
Itu ujian pertama awak, Encik Ward.
281
00:33:08,294 --> 00:33:10,463
Tak hairanlah, awak gagal!
282
00:33:13,216 --> 00:33:14,300
Ujian kedua.
283
00:33:15,009 --> 00:33:16,094
Tongkat Rowan.
284
00:33:17,053 --> 00:33:19,222
Diukir oleh Kesateria Falcon pertama.
285
00:33:20,139 --> 00:33:22,100
Tongkat berlawan terbaik yang pernah ada.
286
00:33:23,893 --> 00:33:27,313
Kuasainya dan awak boleh
menguasai apa-apa saja senjata.
287
00:33:30,692 --> 00:33:31,860
Tunjukkan kekuatan awak!
288
00:33:33,862 --> 00:33:35,113
Saya bayar mahal untuk awak.
289
00:33:35,822 --> 00:33:38,283
Saya rasa ayah awak menipu
tentang nilai awak.
290
00:33:38,700 --> 00:33:41,035
Adakah awak bukan anak ketujuh
daripada anak ketujuh?
291
00:33:43,329 --> 00:33:45,665
Sepatutnya awak tujuh kali lebih kuat
daripada lelaki biasa!
292
00:33:47,041 --> 00:33:48,167
Mak awak…
293
00:33:49,210 --> 00:33:52,380
mudah saja menyerahkan awak, bukan?
294
00:34:05,268 --> 00:34:06,603
Awak tak berguna.
295
00:34:07,520 --> 00:34:09,938
Tak cukup masa.
Awak akan mati dalam seminggu.
296
00:34:17,530 --> 00:34:18,489
Sasaran yang bagus.
297
00:34:19,364 --> 00:34:20,867
Saya menyasarkan kepala awak.
298
00:34:23,494 --> 00:34:24,454
Terlepas.
299
00:34:25,705 --> 00:34:26,789
Ajar saya.
300
00:34:29,500 --> 00:34:30,460
Tolonglah.
301
00:34:35,089 --> 00:34:38,051
Dengan kemunculan bulan darah
dan ketibaan Malkin,
302
00:34:38,509 --> 00:34:41,012
makhluk-makhluk gelap
akan semakin banyak
303
00:34:42,263 --> 00:34:43,556
dan semakin berkuasa.
304
00:34:44,474 --> 00:34:46,016
Ini ialah bala tenteranya.
305
00:34:46,572 --> 00:34:49,938
Ini ialah Radu.
Dia mengetuai segerombolan pembunuh.
306
00:34:56,985 --> 00:34:57,904
Lempar pisau.
307
00:35:01,866 --> 00:35:02,742
Ayuh.
308
00:35:09,082 --> 00:35:11,292
Garam dan besi.
Ia sangat penting.
309
00:35:12,585 --> 00:35:16,297
Garam melecurkan,
besi melemahkan makhluk-makhluk gelap.
310
00:35:16,381 --> 00:35:18,716
Larutan tembaga untuk luka luar.
311
00:35:19,592 --> 00:35:21,761
Penangkis perak
untuk menghalau ahli sihir.
312
00:35:24,055 --> 00:35:26,849
Buah zakar raksasa,
untuk keseronokan awak sendiri. Ikut.
313
00:35:28,518 --> 00:35:31,396
Pelontar Permata, jangan keliru
dengan Pembunuh Lembu.
314
00:35:32,146 --> 00:35:33,231
Apa bezanya?
315
00:35:34,107 --> 00:35:37,235
Pelontar Permata melontar permata,
Pembunuh Lembu membunuh lembu.
316
00:35:38,444 --> 00:35:40,363
Namanya sendiri sudah jelas.
317
00:35:53,751 --> 00:35:56,337
Verbanum. Melindungi daripada jampi.
318
00:35:57,964 --> 00:36:00,383
Jijiknya. Itu membunuh apa?
319
00:36:01,467 --> 00:36:02,427
Pengecut.
320
00:36:03,052 --> 00:36:05,263
Sarikin menjelma sebagai harimau bintang.
321
00:36:06,014 --> 00:36:08,182
Virahadra ialah raja pedang.
322
00:36:14,939 --> 00:36:17,859
Ketekalan awak mengagumkan, Encik Ward.
323
00:36:20,445 --> 00:36:24,782
Dalam kalangan mereka semua,
Malkin yang paling kuat.
324
00:36:24,866 --> 00:36:25,867
Dia ialah ratu.
325
00:36:26,701 --> 00:36:30,371
Saya pernah nampak Ibu Malkin
dalam bayangan saya.
326
00:36:31,622 --> 00:36:34,876
Kita perlukan lebih daripada hanya
garam dan besi untuk menewaskannya.
327
00:36:35,960 --> 00:36:38,087
Biar saya uruskan Malkin.
328
00:36:39,839 --> 00:36:41,257
Teruskan belajar.
329
00:36:59,025 --> 00:37:00,109
Tuanku!
330
00:37:04,155 --> 00:37:07,408
Hadiah untuk meraikan kepulanganmu.
331
00:37:08,993 --> 00:37:10,369
Para pembunuh yang terbaik.
332
00:37:11,287 --> 00:37:15,374
Radu, awak memanjakan saya.
333
00:37:16,334 --> 00:37:20,296
Awak harus simpan hadiah ini.
Awak lebih memerlukannya.
334
00:37:20,671 --> 00:37:21,756
Tuanku sudah lupa?
335
00:37:23,049 --> 00:37:25,301
Ada Spook bersembunyi di gunung ini
336
00:37:25,426 --> 00:37:26,719
yang sangka dia boleh bunuh saya.
337
00:37:27,720 --> 00:37:31,891
Apabila bulan darah mengambang,
Gregory mangsa seterusnya.
338
00:37:45,113 --> 00:37:46,197
Awak pandang saya?
339
00:37:51,410 --> 00:37:54,413
Jangan pandang saya.
340
00:38:02,171 --> 00:38:03,631
Para pembunuh terbaik?
341
00:38:05,591 --> 00:38:06,592
Awak simpanlah mereka.
342
00:38:14,350 --> 00:38:15,226
Mak.
343
00:38:16,519 --> 00:38:17,645
Dia bahaya.
344
00:38:18,563 --> 00:38:19,730
Dia saudara saya.
345
00:38:21,524 --> 00:38:22,900
Dia memulihkan saya, Alice.
346
00:38:24,777 --> 00:38:28,406
Saat bulan mengambang,
dia akan menguasai dunia ini.
347
00:38:29,323 --> 00:38:31,117
Kita akan berada di sisinya.
348
00:38:33,578 --> 00:38:34,704
Tak lari daripada manusia.
349
00:38:35,329 --> 00:38:36,414
Tak takut kepada mereka.
350
00:38:37,373 --> 00:38:38,291
Baiklah.
351
00:38:40,168 --> 00:38:41,252
Cuma takut kepada dia.
352
00:38:45,298 --> 00:38:47,717
Saya takkan biar dia menyakiti mak.
353
00:38:50,511 --> 00:38:53,264
Pergilah. Perhatikan Spook itu.
354
00:39:45,650 --> 00:39:46,859
Apa awak buat di sini?
355
00:39:49,695 --> 00:39:52,073
Berenang dalam sinaran bulan.
356
00:39:57,495 --> 00:39:58,537
Pusinglah.
357
00:40:24,480 --> 00:40:25,606
Apa itu?
358
00:40:27,441 --> 00:40:30,695
Orang kata, apabila ahli sihir
menyentuh dalam sinaran bulan
359
00:40:30,778 --> 00:40:33,531
lelaki yang ditakdirkan berjalan
bergandingan tangan dengannya…
360
00:40:35,658 --> 00:40:36,826
ada kilauan biru.
361
00:40:39,704 --> 00:40:40,830
Jadi, awak ahli sihir.
362
00:40:42,915 --> 00:40:44,166
Ayah saya gipsi.
363
00:40:45,501 --> 00:40:46,669
Mak saya ahli sihir.
364
00:40:47,753 --> 00:40:49,338
Jadi, saya ialah ahli sihir.
365
00:40:55,219 --> 00:40:56,262
Dia saja yang saya ada.
366
00:41:03,769 --> 00:41:06,856
Kami bukan semuanya jahat
seperti yang tuan awak kata.
367
00:41:08,858 --> 00:41:10,151
Ada antara kami yang baik.
368
00:41:12,403 --> 00:41:13,571
Ada yang jahat.
369
00:41:15,740 --> 00:41:17,575
Selebihnya tak sedar pun.
370
00:41:20,119 --> 00:41:21,287
Awak pula yang mana?
371
00:41:28,336 --> 00:41:29,587
Awak menuju ke mana?
372
00:41:34,467 --> 00:41:35,593
Gunung Pendle.
373
00:41:37,470 --> 00:41:38,763
Kenapa mahu jadi sepertinya?
374
00:41:41,349 --> 00:41:44,727
Dia layan awak lebih teruk daripada anjing
dan membenci ahli sihir.
375
00:41:47,146 --> 00:41:48,481
Awak mengintip kami?
376
00:41:51,067 --> 00:41:52,068
Ya.
377
00:41:53,402 --> 00:41:54,320
Untuk siapa?
378
00:41:55,279 --> 00:41:57,740
Seseorang yang membenci manusia.
379
00:42:08,542 --> 00:42:09,627
Apa itu?
380
00:42:11,337 --> 00:42:14,465
Itu ialah Tusk.
381
00:42:16,008 --> 00:42:17,802
Tentu dia bermimpi buruk
kalau berbunyi begitu.
382
00:42:20,554 --> 00:42:22,723
Apa agaknya mimpi ngeri bagi raksasa?
383
00:42:24,642 --> 00:42:25,851
Mungkin manusia.
384
00:42:41,951 --> 00:42:44,203
Awak mencatat semua
yang awak belajar di dalam jurnal
385
00:42:44,286 --> 00:42:45,329
seperti yang saya suruh?
386
00:42:47,123 --> 00:42:50,126
- Saya ada ingatan yang kuat.
- Betulkah?
387
00:42:51,460 --> 00:42:54,255
Awak ingat perbezaan
antara hantu dan jembalang?
388
00:42:55,089 --> 00:42:57,842
Hantu ialah roh penuh,
jembalang ialah serpihan roh
389
00:42:57,967 --> 00:42:59,135
yang meneruskan kewujudan.
390
00:42:59,343 --> 00:43:00,261
Betul.
391
00:43:05,599 --> 00:43:06,600
Tusk.
392
00:43:07,518 --> 00:43:09,478
Betulkan sasaran, Tusk. Aduhai.
393
00:43:13,774 --> 00:43:15,192
- Apa itu?
- Loceng.
394
00:43:16,277 --> 00:43:17,194
Saya diseru.
395
00:43:26,036 --> 00:43:28,456
Tusk, pergi bersembunyi.
396
00:43:35,296 --> 00:43:36,422
Adakah awak Gregory?
397
00:43:37,631 --> 00:43:39,258
Bergantung kepada orang yang bertanya.
398
00:43:43,095 --> 00:43:45,347
Dengan hormatnya
awak dijemput ke Kota Bertembok.
399
00:43:46,015 --> 00:43:49,643
Pegawai Pasitan mengarahkan saya
untuk bawa awak ke sana sekarang.
400
00:43:50,603 --> 00:43:52,646
Dua hari perjalanan diperlukan.
401
00:43:54,315 --> 00:43:57,776
Kalau tak seteruk Boggart,
kami akan pergi.
402
00:43:58,694 --> 00:44:01,906
- Apakah Boggart?
- Awak tak mahu tahu.
403
00:44:04,742 --> 00:44:07,536
Syaitan bakal menjelma.
Pembunuhan pasti terjadi.
404
00:44:08,245 --> 00:44:10,456
Petanda kejahatan ada di mana-mana.
405
00:44:11,207 --> 00:44:15,044
Sekarang ada raksasa yang
tak pernah kita lihat sebelum ini.
406
00:44:15,211 --> 00:44:16,921
Tiada paderi yang berani mendekatinya.
407
00:44:17,630 --> 00:44:20,883
Saya fikir mungkin awak
mampu melindungi kami.
408
00:44:21,759 --> 00:44:24,053
Pujian memang bagus,
tapi emas lebih bagus.
409
00:44:35,064 --> 00:44:36,273
Ringan saja.
410
00:44:37,107 --> 00:44:39,527
Awak akan dapat yang selebihnya
setelah tugas selesai.
411
00:44:49,036 --> 00:44:49,954
Tentulah!
412
00:44:51,747 --> 00:44:54,375
Tentera Malkin yang paling
dahagakan darah.
413
00:44:55,084 --> 00:44:58,087
Dia telah bunuh lebih ramai pahlawan
berbanding yang lain.
414
00:44:58,379 --> 00:44:59,713
Namanya Urag!
415
00:45:04,385 --> 00:45:06,762
Tiga rejimen diperlukan
untuk menangkap makhluk ini.
416
00:45:07,263 --> 00:45:09,640
- Saya seorang saja yang selamat.
- Tinggalkan kami.
417
00:45:11,350 --> 00:45:12,393
Kunci pintu!
418
00:45:34,498 --> 00:45:35,833
Saya melawannya sendirian.
419
00:45:37,334 --> 00:45:39,336
- Kenapa?
- Kanun kehormatan purba.
420
00:45:42,172 --> 00:45:45,509
Lebih penting lagi,
saya enggan berkongsi ganjaran.
421
00:46:10,492 --> 00:46:13,287
Awak pilih pekerjaan yang salah, budak.
422
00:46:59,750 --> 00:47:01,877
Sangkar! Pegang sangkar!
423
00:47:09,343 --> 00:47:10,302
Lompat!
424
00:47:32,574 --> 00:47:33,909
Penangkis perak!
425
00:47:56,473 --> 00:47:58,642
Kita belum selesai. Minyak!
426
00:47:59,560 --> 00:48:01,520
Kita mesti bunuh dia sampai mati.
427
00:48:02,855 --> 00:48:04,022
Alihkan kawah itu!
428
00:48:14,366 --> 00:48:15,325
Buatlah.
429
00:48:17,619 --> 00:48:19,329
Melainkan awak mahu mamah jantungnya?
430
00:48:40,684 --> 00:48:41,643
Saya tak boleh buat.
431
00:48:46,690 --> 00:48:47,816
Saya bukan seperti awak.
432
00:48:49,943 --> 00:48:50,944
Belum lagi.
433
00:48:57,117 --> 00:48:58,535
Namun, suatu masa nanti!
434
00:49:10,631 --> 00:49:11,799
Suruh semua bersurai.
435
00:49:30,976 --> 00:49:33,354
Saya melatih awak untuk bunuh ahli sihir!
436
00:49:33,996 --> 00:49:36,457
Kalau tak boleh buat,
awak tak berguna bagi saya!
437
00:49:40,369 --> 00:49:42,872
Ya, betul. Pergilah merajuk, budak!
438
00:50:04,101 --> 00:50:05,018
Tunggu!
439
00:50:24,413 --> 00:50:26,248
- Tuanku.
- Sarikin.
440
00:50:29,126 --> 00:50:32,296
Virahadra, Raja Pedang.
441
00:50:33,922 --> 00:50:36,925
Strix, penyihir berani.
442
00:50:40,262 --> 00:50:42,890
Bagus. Sekarang semua ada
di sini kecuali Urag.
443
00:50:43,849 --> 00:50:44,850
Di mana dia?
444
00:50:56,612 --> 00:50:57,738
Di mana tuan awak?
445
00:51:02,784 --> 00:51:03,827
Kenapa?
446
00:51:09,541 --> 00:51:10,876
Saya tak boleh buat seperti dia.
447
00:51:13,253 --> 00:51:14,212
Bagus.
448
00:51:15,756 --> 00:51:16,840
Betulkah?
449
00:51:17,674 --> 00:51:20,385
Tak boleh buat perkara buruk
adalah bagus.
450
00:51:21,595 --> 00:51:22,804
Bukan semudah itu.
451
00:51:37,486 --> 00:51:40,030
Saya baca dalam buku jampi lama
tentang kilauan biru.
452
00:51:41,907 --> 00:51:43,992
Kadangkala ia tentang takdir.
453
00:51:44,534 --> 00:51:47,829
Kadangkala ia cuma
debu pada jari ahli sihir.
454
00:51:50,916 --> 00:51:53,043
Jadi, ia tiada makna?
455
00:51:58,966 --> 00:52:00,884
Tuan awak pernah
jatuh cinta pada ahli sihir.
456
00:52:02,719 --> 00:52:04,054
- Apa?
- Semasa dia masih muda.
457
00:52:05,931 --> 00:52:07,057
Kita semua ada rahsia.
458
00:52:08,016 --> 00:52:09,101
Apa rahsia awak?
459
00:52:12,771 --> 00:52:13,855
Tutup mata awak.
460
00:52:24,783 --> 00:52:25,951
Tutup mata awak.
461
00:52:57,733 --> 00:52:59,276
Saya mahu kekal di sini selamanya.
462
00:53:03,030 --> 00:53:04,823
Spook yang gagal dan ahli sihir kacukan?
463
00:53:06,074 --> 00:53:07,117
Apa akan kita buat?
464
00:53:09,995 --> 00:53:12,539
Mak saya ajar cara mencuri.
465
00:53:14,082 --> 00:53:15,792
Saya mahir mencuri kalau saya mahu.
466
00:53:16,918 --> 00:53:18,170
Sudah tentu.
467
00:53:18,920 --> 00:53:19,963
Jangan gelak.
468
00:53:22,132 --> 00:53:23,425
Awak nak kita buat apa?
469
00:53:29,598 --> 00:53:30,932
Bawa awak pergi dari sini.
470
00:53:33,268 --> 00:53:34,519
Ke tempat selamat, tempat yang…
471
00:53:36,605 --> 00:53:38,106
Tempat yang semua ini tak bermakna.
472
00:53:40,275 --> 00:53:41,526
Bagus bunyinya.
473
00:53:47,115 --> 00:53:49,201
Cuma tiada tempat begitu.
474
00:54:09,346 --> 00:54:10,514
Saya perlu kembali kepada dia.
475
00:54:18,480 --> 00:54:19,648
Saya tak nak tinggalkan awak.
476
00:54:34,663 --> 00:54:36,331
Awak tak boleh bersembunyi
daripada takdir.
477
00:55:06,778 --> 00:55:08,321
Saya juga pernah muda.
478
00:55:10,115 --> 00:55:11,241
Tak mendengar kata.
479
00:55:11,950 --> 00:55:13,201
Saya angkuh seperti awak.
480
00:55:17,914 --> 00:55:19,499
Saya pernah mencintai ahli sihir.
481
00:55:22,127 --> 00:55:24,588
Ya. Malkin.
482
00:55:30,844 --> 00:55:32,637
Dia bukan sentiasa jahat.
483
00:55:34,181 --> 00:55:36,349
Ketakutan dan kebencian telah mengubahnya.
484
00:55:38,768 --> 00:55:42,564
Dia membesar menjadi bahaya
seperti tanggapan terhadapnya.
485
00:55:44,399 --> 00:55:45,275
Sebaik saja dia…
486
00:55:46,318 --> 00:55:48,153
dapat tahu saya telah berkahwin…
487
00:55:51,323 --> 00:55:53,992
dia tak dapat menerima kebahagiaan saya.
488
00:55:57,829 --> 00:56:00,916
Dia membunuh isteri saya dengan kejam.
489
00:56:06,171 --> 00:56:07,339
Saya menangkap dia.
490
00:56:10,258 --> 00:56:14,512
Saya bijak. Saya tipu dia.
Saya kata saya masih mencintainya.
491
00:56:19,017 --> 00:56:24,189
Saya berpeluang membunuh dia,
tapi saya berbelas kasihan padanya.
492
00:56:26,233 --> 00:56:27,275
Saya memperdaya dia.
493
00:56:28,652 --> 00:56:31,279
Saya kurung dia
di dalam sangkar yang ditanam.
494
00:56:34,241 --> 00:56:36,826
Saya sangka penjara
dapat mengurung dia selamanya.
495
00:56:38,703 --> 00:56:40,080
Namun, saya silap.
496
00:56:42,374 --> 00:56:46,670
Sekarang, semua orang
yang dia bunuh ialah beban bagi saya.
497
00:56:51,716 --> 00:56:55,595
Saya mahu awak jumpa isteri saya,
Encik Ward.
498
00:56:56,721 --> 00:56:59,057
Ini ialah Rebecca.
499
00:57:00,976 --> 00:57:01,851
Ini…
500
00:57:03,061 --> 00:57:05,230
adalah sebab
saya tegas terhadap awak, Tom.
501
00:57:14,948 --> 00:57:17,617
Jangan buat kesilapan yang sama.
502
00:57:19,494 --> 00:57:23,081
Kalau awak nampak ahli sihir, bunuh saja.
503
00:57:25,417 --> 00:57:28,962
Anak saya sudah nampak mereka.
Mereka semakin dekat.
504
00:57:30,755 --> 00:57:34,592
Awak boleh buat sesuka hati
terhadap budak lelaki itu, sayang.
505
00:57:35,343 --> 00:57:37,345
Namun, saya mahu Gregory…
506
00:57:38,388 --> 00:57:39,431
hidup-hidup.
507
00:57:49,232 --> 00:57:52,944
Di sebalik hutan itu ialah Gunung Pendle.
Kita ada tiga hari.
508
00:57:56,740 --> 00:57:57,782
Tusk!
509
00:57:58,408 --> 00:58:00,368
Awak sentiasa boleh diharap!
510
00:58:21,639 --> 00:58:23,413
- Apa benda itu?
- Boggart.
511
00:58:24,434 --> 00:58:26,770
Makhluk bawah tanah.
Panas baran.
512
00:58:26,867 --> 00:58:27,917
Matanya buta.
513
00:58:28,646 --> 00:58:31,816
- Macam mana nak lawan Boggart?
- Tak boleh! Lari!
514
00:58:56,257 --> 00:58:57,467
Tusk, lari!
515
00:58:59,469 --> 00:59:00,470
Ikut!
516
00:59:14,317 --> 00:59:19,155
- Awak kata Boggart buta?
- Deria baunya kuat!
517
00:59:20,615 --> 00:59:21,621
Lompat.
518
00:59:43,847 --> 00:59:45,807
Nampaknya kami ada masalah Boggart.
519
00:59:48,226 --> 00:59:49,352
Terima kasih!
520
00:59:55,483 --> 00:59:57,861
Jangan risau. Kita selamat sekarang.
521
00:59:59,195 --> 01:00:01,865
Boggart benci air.
522
01:00:19,299 --> 01:00:20,592
Encik Ward!
523
01:00:24,262 --> 01:00:25,221
Encik Ward!
524
01:00:25,305 --> 01:00:26,389
Berkenaan Boggart,
525
01:00:26,473 --> 01:00:28,766
saya rasa awak tak boleh diharap.
526
01:00:58,963 --> 01:00:59,964
Tom!
527
01:01:01,591 --> 01:01:02,509
Tom!
528
01:02:14,914 --> 01:02:17,125
Awak tak layak untuk Alice.
529
01:02:18,543 --> 01:02:22,338
Tuan awak mahu buru kami,
bakar kami, makan jantung kami.
530
01:02:23,423 --> 01:02:25,633
Apa kata saya beri awak
makan jantung sendiri?
531
01:02:32,473 --> 01:02:33,474
Permata itu.
532
01:02:34,601 --> 01:02:36,102
Ia milik ratu saya.
533
01:02:36,644 --> 01:02:37,770
Bagaimana awak dapat?
534
01:03:04,422 --> 01:03:05,632
Tidak.
535
01:03:06,049 --> 01:03:08,134
Tak perlu bangun. Saya selamat.
536
01:03:08,760 --> 01:03:11,596
Saya selamat. Saya cuma
membunuh raksasa yang besar
537
01:03:12,430 --> 01:03:13,556
dan menakutkan.
538
01:03:13,931 --> 01:03:16,976
Awak tak mudah mati, Encik Ward?
539
01:03:19,729 --> 01:03:21,606
Awak bunuh benda
yang mustahil dibunuh.
540
01:03:52,970 --> 01:03:54,180
Dari mana awak dapat?
541
01:03:55,264 --> 01:03:56,391
Mak saya beri.
542
01:04:00,520 --> 01:04:01,521
Apa?
543
01:04:02,730 --> 01:04:03,648
Apa yang kelakar?
544
01:04:06,567 --> 01:04:07,819
Awak, Encik Ward.
545
01:04:12,281 --> 01:04:16,077
- Apa benda ini?
- Benda itu? Permata Umbra.
546
01:04:17,829 --> 01:04:19,288
Tangkal paling suci bagi ahli sihir.
547
01:04:20,248 --> 01:04:21,624
Ia menguatkan kuasa mereka.
548
01:04:22,875 --> 01:04:24,627
Menjadikan ilusi mereka kelihatan nyata.
549
01:04:26,671 --> 01:04:28,047
Kenapa mak saya memilikinya?
550
01:04:33,177 --> 01:04:36,305
Ibu Malkin.
Dia pernah memiliki permata ini.
551
01:04:37,557 --> 01:04:40,059
Dalam tangannya, ia sangat berkuasa.
552
01:04:42,478 --> 01:04:45,398
Namun, ia dicuri oleh ahli sihir lain.
553
01:04:47,275 --> 01:04:49,360
Barulah saya dapat menewaskannya.
554
01:04:50,153 --> 01:04:51,195
Memerangkapnya.
555
01:04:54,574 --> 01:04:56,576
Maksud awak, mak saya ialah ahli sihir?
556
01:05:01,664 --> 01:05:03,291
Jadi, itulah diri awak.
557
01:05:05,543 --> 01:05:08,087
Anak ahli sihir yang
menjadi perantis Spook.
558
01:05:11,007 --> 01:05:12,091
Kelakar.
559
01:05:18,347 --> 01:05:20,183
Itulah punca bayangan awak.
560
01:05:31,152 --> 01:05:32,111
Ayuh.
561
01:05:34,030 --> 01:05:35,114
Kita ada tugas.
562
01:05:42,622 --> 01:05:43,998
Apa terjadi pada Urag?
563
01:05:46,209 --> 01:05:47,418
Dia dibakar hidup-hidup.
564
01:05:49,837 --> 01:05:51,547
Saya kesal awak terpaksa melihatnya.
565
01:05:53,716 --> 01:05:55,718
Spook ialah lelaki yang kejam.
566
01:05:56,552 --> 01:05:59,222
Dia akan buat perkara sama
kepada awak, jika berpeluang.
567
01:05:59,555 --> 01:06:02,767
Sama juga dengan perantis itu.
568
01:06:03,559 --> 01:06:04,769
Tom baik.
569
01:06:06,354 --> 01:06:09,440
- Malangnya dia akan mati.
- Saya tak nak dia mati.
570
01:06:12,109 --> 01:06:13,277
Kita boleh selamatkan dia.
571
01:06:15,112 --> 01:06:16,155
Tom mencintai awak.
572
01:06:17,824 --> 01:06:19,534
Mak awak nampak dalam hatinya.
573
01:06:20,701 --> 01:06:24,831
Permata Umbra pun tak dapat
menyembunyikannya.
574
01:06:27,792 --> 01:06:33,548
Mak awak jumpa permata itu
di leher Tom.
575
01:06:36,133 --> 01:06:37,885
Dapatkan semula permata yang dicuri.
576
01:06:39,303 --> 01:06:41,013
Teman lelaki awak akan selamat.
577
01:06:41,472 --> 01:06:43,766
Bagaimana nak tahu awak bercakap benar?
578
01:06:45,434 --> 01:06:46,561
Dapatkan semula!
579
01:06:57,936 --> 01:07:02,785
Mari tunjuk perkara yang kita buat
pada bandar yang membakar ahli sihir.
580
01:07:03,202 --> 01:07:05,079
Kita akan menuntut bela
kematian saudara kita.
581
01:07:05,705 --> 01:07:09,709
Mari biar dunia rasa
perkara yang bakal berlaku.
582
01:07:52,877 --> 01:07:55,504
Mak, apa itu?
583
01:08:11,270 --> 01:08:13,022
Neraka sudah tiba!
584
01:09:46,282 --> 01:09:47,825
- Saya nak patah balik.
- Tidak!
585
01:09:47,908 --> 01:09:48,868
Jaga dia.
586
01:09:54,290 --> 01:09:55,207
Mak!
587
01:10:14,393 --> 01:10:15,436
Ahli sihir jaga bandar ini.
588
01:10:26,238 --> 01:10:27,281
Ahli sihir itu.
589
01:10:32,203 --> 01:10:33,746
Pencuri khianat.
590
01:10:37,500 --> 01:10:40,961
Awak abaikan orang awak
semasa kami dimusnahkan.
591
01:10:41,837 --> 01:10:43,798
Untuk apa?
592
01:10:45,091 --> 01:10:48,761
Mereka akan benci awak
apabila mereka tahu awak ahli sihir.
593
01:10:52,915 --> 01:10:57,295
Awak serahkan satu-satunya benda
yang dapat selamatkan awak.
594
01:10:58,646 --> 01:11:02,685
Hadiah itu akan jadi
penyebab kematian anak awak.
595
01:11:04,710 --> 01:11:07,004
Awak hamba kegelapan, Ibu Malkin.
596
01:11:07,997 --> 01:11:08,915
Bukan ratunya.
597
01:11:38,261 --> 01:11:41,055
- Minumlah untuk hilangkan sakit.
- Tidak.
598
01:11:42,331 --> 01:11:43,458
Jadikan awak lebih manusia.
599
01:11:46,436 --> 01:11:49,021
Kita hilang semua barang,
tapi awak masih ada arak itu.
600
01:11:49,622 --> 01:11:51,207
Mungkin cuma bernasib baik.
601
01:12:01,509 --> 01:12:03,970
Awak tak boleh minum ini
lebih daripada seteguk sehari.
602
01:12:04,871 --> 01:12:06,914
- Kenapa tidak?
- Sebab ini saya punya.
603
01:12:16,649 --> 01:12:18,985
Tabah sehodoh rupa awak, wahai kawan lama.
604
01:12:20,153 --> 01:12:22,321
Apa? Apa halnya?
605
01:12:27,794 --> 01:12:28,711
Ada yang tak kena.
606
01:12:29,328 --> 01:12:31,414
Tunggu di sini, kami akan tinjau.
607
01:13:00,192 --> 01:13:01,444
- Mari.
- Saya perlu tunggu.
608
01:13:01,527 --> 01:13:02,403
Mereka akan kembali.
609
01:13:04,205 --> 01:13:05,405
Saya ubah fikiran.
610
01:13:07,825 --> 01:13:08,930
Mari kita lari.
611
01:13:14,382 --> 01:13:15,633
Awak mencintai saya?
612
01:13:20,496 --> 01:13:21,414
Ya.
613
01:13:31,190 --> 01:13:34,485
Encik Ward, pergi kutip kayu api.
Kita akan nyalakan api.
614
01:13:36,136 --> 01:13:37,304
Tom, tolonglah.
615
01:13:37,522 --> 01:13:38,815
Saya kata, kutip kayu api.
616
01:13:39,723 --> 01:13:40,692
Berundur, tuan.
617
01:13:42,893 --> 01:13:44,750
- Jangan paksa saya.
- Dia pengintip.
618
01:13:46,222 --> 01:13:49,179
- Dia bukan musuh.
- Kita ada misi, Encik Ward.
619
01:13:49,642 --> 01:13:51,852
Ini ujian paling penting bagi awak.
620
01:13:54,105 --> 01:13:55,009
Sekarang.
621
01:13:55,159 --> 01:13:56,159
Jangan cederakan dia!
622
01:13:58,817 --> 01:13:59,910
Lari.
623
01:14:03,580 --> 01:14:05,249
Tak guna, budak! Permata itu!
624
01:14:05,489 --> 01:14:06,951
Dia dah curi.
625
01:14:08,252 --> 01:14:09,795
Sekarang, cakaplah dia tak bersalah.
626
01:14:16,168 --> 01:14:17,261
Alice!
627
01:14:53,881 --> 01:14:55,382
Saya tak boleh kehilangan yang ini.
628
01:15:40,427 --> 01:15:41,345
Tusk!
629
01:15:48,060 --> 01:15:50,437
Tom, tongkat ini!
630
01:15:57,486 --> 01:15:58,445
Tidak!
631
01:16:09,832 --> 01:16:13,836
Malangnya Gregory, arahan saya
adalah bawa awak hidup-hidup.
632
01:16:49,413 --> 01:16:50,330
Mak.
633
01:16:56,920 --> 01:16:57,880
Saya tak faham.
634
01:16:59,548 --> 01:17:00,591
Bagaimana mak ada di sini?
635
01:17:01,216 --> 01:17:02,342
Mak dah tiada, Tom.
636
01:17:05,179 --> 01:17:06,972
Mak sudah meninggal dunia.
637
01:17:09,558 --> 01:17:11,185
Mak bersemuka dengan Ibu Malkin.
638
01:17:13,270 --> 01:17:14,188
Mak gagal.
639
01:17:16,648 --> 01:17:17,941
Namun, awak takkan gagal.
640
01:17:20,152 --> 01:17:21,653
Awak anak ketujuh, Tom.
641
01:17:22,529 --> 01:17:24,698
Malah awak juga anak ahli sihir.
642
01:17:25,616 --> 01:17:27,451
Tak pernah wujud orang macam awak.
643
01:17:28,535 --> 01:17:31,079
Hanya awak yang boleh
menggunakan Permata Umbra
644
01:17:31,830 --> 01:17:35,209
dan tamatkan pemerintahan kegelapannya
sebelum ia bermula.
645
01:17:39,254 --> 01:17:40,839
Kosongkan hati daripada kehibaan.
646
01:17:43,842 --> 01:17:45,093
Isikan dengan keberanian.
647
01:17:48,430 --> 01:17:49,556
Awak sudah sedia.
648
01:17:51,683 --> 01:17:52,601
Pergi.
649
01:17:54,895 --> 01:17:55,896
Cari permata itu.
650
01:17:58,899 --> 01:17:59,775
Lawan.
651
01:18:25,092 --> 01:18:26,426
Awak tak mudah mati, ya?
652
01:19:09,636 --> 01:19:11,513
Kita dah tangkap tuannya.
Mana perantisnya?
653
01:19:11,638 --> 01:19:14,975
- Mati. Berkecai di permata.
- Apa?
654
01:19:16,101 --> 01:19:17,519
Saya suruh mereka mengekori awak.
655
01:19:21,815 --> 01:19:23,191
Mak takkan buat begitu.
656
01:19:25,235 --> 01:19:26,486
Mak buat demi awak.
657
01:19:26,987 --> 01:19:29,573
Lihatlah ratu awak dan cari ketenangan.
658
01:19:41,752 --> 01:19:42,753
Gregory!
659
01:19:44,004 --> 01:19:44,880
Malam ini…
660
01:19:46,006 --> 01:19:48,550
pemerintahan ganasnya berakhir.
661
01:19:52,012 --> 01:19:53,180
Sertai kami.
662
01:19:53,889 --> 01:19:56,516
Saya dan awak boleh menguasai dunia.
663
01:19:57,225 --> 01:20:00,228
Bersatu selama-lamanya.
664
01:20:01,605 --> 01:20:02,522
Tidak.
665
01:20:04,066 --> 01:20:06,193
Pandang saya.
666
01:20:10,489 --> 01:20:11,907
Pandang saya!
667
01:20:20,874 --> 01:20:22,626
Kegelapan sudah memakan diri awak.
668
01:20:29,883 --> 01:20:31,009
Sertai kami.
669
01:20:35,347 --> 01:20:36,682
Bagi musuh yang layak…
670
01:20:38,517 --> 01:20:42,020
kini dihormati dan diterima.
671
01:20:44,022 --> 01:20:45,440
Peperangan sudah berakhir.
672
01:20:46,483 --> 01:20:48,193
Kini kita bersama.
673
01:21:00,414 --> 01:21:01,331
Alice!
674
01:21:11,341 --> 01:21:12,551
Pengkhianat!
675
01:21:12,634 --> 01:21:14,177
Jangan bunuh dia. Tolonglah!
676
01:21:18,849 --> 01:21:19,725
Mak!
677
01:22:17,991 --> 01:22:19,910
Mana permata saya?
678
01:22:21,328 --> 01:22:22,204
Sudah hilang.
679
01:22:24,915 --> 01:22:26,208
Saya ambil untuk melindungi awak.
680
01:23:07,249 --> 01:23:10,210
Awak lawan saya sebagai naga,
bukan sebagai manusia!
681
01:23:11,503 --> 01:23:13,046
Awak tiada maruah?
682
01:23:58,884 --> 01:24:01,845
Awak tak tahu apa-apa tentang naga.
683
01:24:06,216 --> 01:24:07,592
Mahupun maruah sebenar.
684
01:25:29,648 --> 01:25:31,559
Awak patut kekal sebagai naga.
685
01:26:06,428 --> 01:26:07,804
- Tuanku.
- Apa awak dah buat?
686
01:26:08,513 --> 01:26:10,056
Dia segala-galanya bagi saya.
687
01:26:11,808 --> 01:26:16,646
Saya sangka pengkhianatan ialah dosa
yang hanya dilakukan oleh manusia.
688
01:26:55,894 --> 01:26:56,811
Seorang diri.
689
01:26:57,604 --> 01:26:58,855
Saya buat seorang diri.
690
01:27:15,538 --> 01:27:16,748
Saya memang bodoh.
691
01:27:19,334 --> 01:27:20,418
Awak menipu saya.
692
01:27:21,044 --> 01:27:23,046
Supaya awak dapat
kurung saya di lubang itu.
693
01:27:25,131 --> 01:27:27,133
Awak buat saya percaya
yang awak mencintai saya.
694
01:27:28,968 --> 01:27:30,512
Saya pernah mencintai awak.
695
01:27:33,848 --> 01:27:35,183
Adakah perasaan itu masih ada?
696
01:27:36,184 --> 01:27:37,185
Hilang.
697
01:27:40,188 --> 01:27:41,856
Sama seperti kebencian saya.
698
01:28:19,686 --> 01:28:25,525
Saya akan menghantui awak.
699
01:29:41,976 --> 01:29:43,311
Pada zaman dahulu…
700
01:29:44,395 --> 01:29:45,855
ada upacara.
701
01:29:46,689 --> 01:29:48,816
Ada bendera, trompet menakjubkan.
702
01:29:50,109 --> 01:29:52,237
Mungkin agak remeh
kalau hanya kita berdua.
703
01:30:21,141 --> 01:30:22,166
Sakit tak?
704
01:30:32,610 --> 01:30:33,486
Tak.
705
01:30:39,701 --> 01:30:40,910
Jadi, awak pilih hidup ini?
706
01:30:42,662 --> 01:30:43,663
Ia memilih saya.
707
01:30:47,542 --> 01:30:48,626
Kilauan biru itu…
708
01:30:51,587 --> 01:30:52,839
cuma debu.
709
01:31:20,867 --> 01:31:21,868
Buatlah sesuka hati.
710
01:31:23,202 --> 01:31:24,203
Saya faham perasaan awak.
711
01:31:37,842 --> 01:31:39,093
Kita akan berjumpa lagi.
712
01:31:41,235 --> 01:31:42,513
Kita akan berjumpa lagi.
713
01:32:00,782 --> 01:32:02,367
Masanya dah tiba, Encik Ward.
714
01:32:06,996 --> 01:32:07,955
Selamat tinggal, Tusk.
715
01:32:08,581 --> 01:32:09,582
Maafkan saya.
716
01:32:10,124 --> 01:32:12,251
Mungkin saya tak jelas.
Saya yang akan pergi.
717
01:32:13,169 --> 01:32:14,587
Ini rumah awak sekarang.
718
01:32:16,464 --> 01:32:18,007
Saya percaya awak akan menjaganya.
719
01:32:21,219 --> 01:32:22,178
Serta Tusk.
720
01:32:23,721 --> 01:32:24,639
Ya, kawan lama.
721
01:32:29,277 --> 01:32:31,780
- Ke mana awak akan pergi?
- Soalan salah.
722
01:32:32,639 --> 01:32:34,140
Soalan salah akan dapat jawapan salah.
723
01:32:34,264 --> 01:32:35,933
Tusk, tolong saya.
724
01:32:39,671 --> 01:32:41,172
Awak ingat semua yang saya ajar?
725
01:32:42,840 --> 01:32:43,841
Abaikan saja.
726
01:32:47,612 --> 01:32:48,655
Peraturan, Tom.
727
01:32:50,590 --> 01:32:51,967
Jangan terikat dengannya.
728
01:32:52,742 --> 01:32:55,036
Guna dengan cara sendiri.
Jalani hidup awak sendiri.
729
01:32:57,622 --> 01:32:58,748
Takdir awak.
730
01:33:36,111 --> 01:33:38,905
BERDASARKAN "THE SPOOK'S APPRENTICE"
OLEH JOSEPH DELANEY
731
01:41:54,535 --> 01:41:56,535
Terjemahan sari kata oleh Suhaili Khalidi