1
00:00:06,760 --> 00:00:09,840
SEBUAH SIRI NETFLIX
2
00:00:21,360 --> 00:00:23,160
Helo. Selamat pagi.
3
00:00:23,240 --> 00:00:25,200
Selamat pagi, África. Masuklah.
4
00:00:25,280 --> 00:00:26,560
Nak sarapan?
5
00:00:26,640 --> 00:00:28,880
Hei, mari cuba jus mangga.
6
00:00:28,960 --> 00:00:29,800
Sedap.
7
00:00:29,880 --> 00:00:31,440
Sangat luar biasa.
8
00:00:33,840 --> 00:00:35,280
Boleh tidur?
9
00:00:35,920 --> 00:00:39,040
Ya. Dah lama tak tidur nyenyak begitu.
10
00:00:39,120 --> 00:00:40,480
Baguslah.
11
00:00:41,240 --> 00:00:43,400
Lepas makan, Mayka tunggu di bawah.
12
00:00:44,160 --> 00:00:45,280
Untuk apa?
13
00:00:45,840 --> 00:00:48,800
- Untuk buat keputusan rasmi awak.
- Keputusan apa?
14
00:00:48,880 --> 00:00:50,880
Hal yang kita bincangkan semalam.
15
00:00:51,400 --> 00:00:52,240
Ingat?
16
00:00:52,320 --> 00:00:54,840
Kami gembira awak akan tinggal di Eden.
17
00:00:55,520 --> 00:00:56,640
Saya kekal di sini?
18
00:00:58,560 --> 00:01:00,840
Awak sesuai dengan kami.
19
00:01:14,440 --> 00:01:16,080
Ini cuma formaliti.
20
00:01:16,160 --> 00:01:18,720
Awak mungkin dah biasa
dengan hal sebegini.
21
00:01:21,640 --> 00:01:23,840
Kita akan buat perkara hebat bersama.
22
00:01:23,920 --> 00:01:25,000
Tengoklah nanti.
23
00:01:25,520 --> 00:01:28,840
Ya. Saya cuma nak tahu
apa yang saya tandatangan.
24
00:01:30,480 --> 00:01:32,360
Awak tak percayakan kami?
25
00:01:33,040 --> 00:01:34,720
Tidak. Bukan begitu.
26
00:01:34,800 --> 00:01:37,080
Saya cuma tak mahu ada konflik
27
00:01:37,160 --> 00:01:39,880
dengan kontrak saya bersama agensi saya.
28
00:01:39,960 --> 00:01:40,960
Tak apa.
29
00:01:41,040 --> 00:01:44,160
Ini keputusan penting, jadi masuk akal.
30
00:01:44,240 --> 00:01:46,480
Tak perlu tergesa-gesa. Bacalah dulu.
31
00:01:46,560 --> 00:01:47,720
Baiklah.
32
00:02:44,080 --> 00:02:45,400
Kenapa?
33
00:02:46,520 --> 00:02:48,480
Awak tiba-tiba malu?
34
00:02:49,000 --> 00:02:50,160
Taklah.
35
00:02:50,680 --> 00:02:52,200
Saya nak bersiap sedia.
36
00:02:52,280 --> 00:02:53,480
Betul juga.
37
00:02:54,000 --> 00:02:55,560
Awak akan tinggalkan saya.
38
00:03:02,040 --> 00:03:03,280
Saya akan lawat awak.
39
00:03:04,920 --> 00:03:07,520
Jemput saya ke pesta seterusnya.
40
00:03:09,640 --> 00:03:10,600
Nico.
41
00:03:19,880 --> 00:03:21,680
"Tupai, saya perlu masa sendirian.
42
00:03:21,760 --> 00:03:24,680
Hormati keputusan saya
dan jangan cari saya. Saya okey.
43
00:03:24,760 --> 00:03:26,800
Saya sayang awak. Selamat hari jadi. Zoa."
44
00:03:28,480 --> 00:03:29,960
Kali pertama dia hilang?
45
00:03:31,040 --> 00:03:31,960
Tidak.
46
00:03:32,560 --> 00:03:35,080
- Ia pernah jadi.
- Ya, tapi bukan begini.
47
00:03:35,160 --> 00:03:38,560
Kadangkala dia pergi beberapa hari,
tapi selalu kembali.
48
00:03:38,640 --> 00:03:40,320
Dia akan balik, sayang.
49
00:03:40,400 --> 00:03:42,520
Zoa takkan tinggalkan kamu.
Dia sayang kamu.
50
00:03:42,600 --> 00:03:43,800
Apa yang mak tahu?
51
00:03:47,560 --> 00:03:49,000
Semuanya okey di rumah?
52
00:03:50,480 --> 00:03:51,320
Ayahnya.
53
00:03:52,400 --> 00:03:55,920
Dia tinggalkan mereka sendirian.
Mereka kena bawa diri.
54
00:03:56,000 --> 00:03:57,240
Saya dah mati akal.
55
00:04:05,120 --> 00:04:06,680
1421 ke pusat.
56
00:04:06,760 --> 00:04:07,720
Teruskan.
57
00:04:07,800 --> 00:04:10,600
Keluarkan siaran untuk orang hilang,
Zoa Rey Gómez-Fajardo.
58
00:04:10,680 --> 00:04:14,320
Sembilan belas tahun.
Kad pengenalan negara 60712388-F.
59
00:04:14,400 --> 00:04:16,120
- Diterima.
- Terima kasih.
60
00:04:16,720 --> 00:04:21,040
Kalau ada maklumat tentang kakak awak,
saya akan kongsi, okey?
61
00:04:27,360 --> 00:04:30,960
Awak dah periksa barang Zoa?
Mereka selalu tinggalkan sesuatu.
62
00:04:31,040 --> 00:04:35,360
Resit, mesej, gambar destinasi mereka.
63
00:04:43,200 --> 00:04:44,320
Terima kasih.
64
00:04:44,840 --> 00:04:47,720
Sayang, jom bersarapan. Ayah kamu bayar.
65
00:04:49,840 --> 00:04:51,880
Berapa? Dua puluh?
66
00:04:51,960 --> 00:04:53,000
Berapa hadnya?
67
00:04:53,520 --> 00:04:56,080
- Entahlah. Lima ratus, tapi…
- Lima ratus.
68
00:04:57,080 --> 00:04:58,640
Itu lebih bagus. Ya.
69
00:05:05,480 --> 00:05:06,400
Okey.
70
00:05:07,240 --> 00:05:09,800
Bagus. Mari mak kira untuk pastikan…
71
00:05:09,880 --> 00:05:12,000
Ya, cukup.
72
00:05:12,960 --> 00:05:15,840
- Beli apa saja kamu mahu.
- Mak tak nak ikut?
73
00:05:15,920 --> 00:05:20,360
Mak teringat perlu uruskan sesuatu
tapi sumpah, mak akan pulangkan esok.
74
00:05:24,880 --> 00:05:26,440
Beberapa meter lagi! Ayuh!
75
00:05:32,680 --> 00:05:33,560
Charly!
76
00:05:37,280 --> 00:05:38,160
Charly!
77
00:05:42,480 --> 00:05:43,320
Charly!
78
00:05:47,120 --> 00:05:48,760
- Aduhai.
- Aduhai.
79
00:05:48,840 --> 00:05:50,640
Terlebih seronok semalam?
80
00:05:50,720 --> 00:05:53,160
- Saya takkan minum lagi.
- Yalah.
81
00:05:53,680 --> 00:05:55,680
Rasa macam kepala nak meletup.
82
00:05:55,760 --> 00:05:58,080
Saya mimpi pelik malam semalam.
83
00:05:58,640 --> 00:06:02,600
- Bangun. Bot akan tiba tak lama lagi.
- Tidak! Lima minit lagi.
84
00:06:02,680 --> 00:06:06,720
Bukan 5, 10, 20 atau 25 minit.
Ayuh, bangun.
85
00:06:09,320 --> 00:06:11,480
- Hei, awak nampak Aldo?
- Tidak.
86
00:06:19,800 --> 00:06:21,840
- Modul Aldo di sana, bukan?
- Ya.
87
00:06:36,960 --> 00:06:38,920
Mana Aldo? Katanya ini modul dia.
88
00:06:39,520 --> 00:06:40,440
Dia tak ada.
89
00:06:40,960 --> 00:06:42,160
Apa maksud awak?
90
00:06:42,640 --> 00:06:45,200
Dia tak tidur di sini.
Ingatkan dengan kamu.
91
00:06:46,400 --> 00:06:48,560
- Itu katil dia, bukan?
- Ya.
92
00:06:57,000 --> 00:07:00,640
- Peliknya. Barang dia tiada.
- Saya tak nampak dia di parti.
93
00:07:05,520 --> 00:07:06,600
Zoa.
94
00:07:09,000 --> 00:07:10,440
Jika awak perlu bantuan…
95
00:07:18,040 --> 00:07:18,960
Charly.
96
00:07:19,440 --> 00:07:20,520
- Ayuh.
- Ada apa?
97
00:07:21,080 --> 00:07:22,440
Kenapa?
98
00:07:25,160 --> 00:07:26,120
Ulises.
99
00:07:27,520 --> 00:07:28,720
Maafkan saya.
100
00:07:30,120 --> 00:07:31,320
- Apa?
- Aldo hilang.
101
00:07:32,040 --> 00:07:33,720
- Apa?
- Aldo? Modul 11.
102
00:07:33,800 --> 00:07:36,880
Saya baru datang dari situ.
Dia tak balik malam tadi.
103
00:07:36,960 --> 00:07:38,320
Awak nak saya buat apa?
104
00:07:39,280 --> 00:07:42,080
Bukankah kamu perhatikan
aktiviti penghuni?
105
00:07:42,880 --> 00:07:45,560
Dia tak daftar untuk aktiviti pagi.
106
00:07:45,640 --> 00:07:47,960
Mungkin ada orang nampak dia. Tanyalah.
107
00:07:48,920 --> 00:07:50,480
Bukankah itu tugas awak?
108
00:07:56,080 --> 00:07:59,160
Saya akan sampaikan kerisauan awak
kepada pengurusan.
109
00:07:59,960 --> 00:08:00,920
Saya minta diri.
110
00:08:05,240 --> 00:08:07,080
Nampaknya dia tak peduli.
111
00:08:07,160 --> 00:08:09,840
- Awak tak sepatutnya beritahu dia.
- Kenapa?
112
00:08:12,240 --> 00:08:16,040
Saya nampak Aldo di parti malam tadi.
Saya sangka ia mimpi, tapi…
113
00:08:16,560 --> 00:08:17,800
Awak cakap dengannya?
114
00:08:31,840 --> 00:08:33,320
Bertenang.
115
00:08:37,679 --> 00:08:41,480
Ini Landscape with Charon
Crossing the Styx oleh Patinir.
116
00:08:43,080 --> 00:08:45,400
Jadi, awak juga pakar lukisan?
117
00:08:45,480 --> 00:08:46,560
Mungkin sedikit.
118
00:08:48,520 --> 00:08:49,360
Tak.
119
00:08:49,880 --> 00:08:51,200
Saya peminat seni.
120
00:08:51,280 --> 00:08:53,280
Saya tak tahu tentang teknik
121
00:08:53,800 --> 00:08:56,000
tapi saya suka tafsir kisahnya.
122
00:08:56,520 --> 00:08:58,080
Apa lukisan ini ceritakan?
123
00:09:07,960 --> 00:09:09,400
Ini Charon,
124
00:09:09,480 --> 00:09:11,760
dalam mitologi Greek,
125
00:09:11,840 --> 00:09:15,880
dia yang bertanggungjawab
membawa roh orang mati ke neraka.
126
00:09:17,560 --> 00:09:20,800
Patinir menggambarkannya
buat keputusan penting.
127
00:09:21,280 --> 00:09:23,360
Roh ada dua laluan.
128
00:09:23,440 --> 00:09:26,640
Ke kanan, neraka, seksaan abadi.
129
00:09:28,520 --> 00:09:32,280
Atau ke kiri, syurga, keselamatan.
130
00:09:38,200 --> 00:09:39,640
Senang buat keputusan.
131
00:09:40,520 --> 00:09:41,360
Betul tak?
132
00:09:42,400 --> 00:09:43,240
Sebenarnya,
133
00:09:44,360 --> 00:09:45,240
bergantung.
134
00:09:46,960 --> 00:09:49,440
Ini replika. Yang asli ada di Prado.
135
00:09:51,440 --> 00:09:52,760
Jadi…
136
00:09:56,360 --> 00:09:57,960
Ia dilakukan dengan baik.
137
00:09:59,600 --> 00:10:01,600
Tak juga.
138
00:10:03,120 --> 00:10:04,160
Lukisan asal,
139
00:10:04,240 --> 00:10:06,160
Charon pandang ke kanan,
140
00:10:06,240 --> 00:10:09,440
ke neraka seolah-olah
keputusan sudah dibuat.
141
00:10:12,080 --> 00:10:14,040
Di sini, dia pandang kiri.
142
00:10:16,040 --> 00:10:17,480
Pasangan kegemaran saya.
143
00:10:18,600 --> 00:10:19,560
Ikut saya.
144
00:10:20,280 --> 00:10:21,880
- Selamat pagi.
- Pagi.
145
00:10:21,960 --> 00:10:23,200
- Apa khabar?
- Hai.
146
00:10:25,800 --> 00:10:28,160
Apa cerita?
147
00:10:28,680 --> 00:10:30,160
Ibón nak kekal di sini.
148
00:10:32,160 --> 00:10:33,760
Saya nak dengar awak cakap.
149
00:10:35,360 --> 00:10:38,240
Saya nak kekal di sini,
jika saya dialu-alukan.
150
00:10:38,320 --> 00:10:40,720
Sudah tentu, Ibón!
151
00:10:40,800 --> 00:10:42,840
Sudah tentu. Mari sini.
152
00:10:47,560 --> 00:10:49,400
Selamat menyertai keluarga ini!
153
00:10:53,520 --> 00:10:56,200
Sudah lama orang tak peluk awak begitu.
154
00:10:57,320 --> 00:10:58,160
Sangat lama.
155
00:11:01,120 --> 00:11:04,000
Saya rasa positif tentang awak
dari awal lagi.
156
00:11:04,800 --> 00:11:05,960
Saya suka saya betul.
157
00:11:06,040 --> 00:11:07,320
Ini tak penting.
158
00:11:07,400 --> 00:11:10,280
Peguam kami cadangkan kami guna
supaya rasmi.
159
00:11:10,360 --> 00:11:13,000
Ia kontrak setahun yang boleh dilanjutkan.
160
00:11:16,960 --> 00:11:19,760
Kalau nak tandatangan, silakan.
161
00:11:42,760 --> 00:11:44,720
Awak tak perlu pakai gelang lagi.
162
00:11:44,800 --> 00:11:46,840
Sudah tentu tidak. Izinkan saya?
163
00:11:46,920 --> 00:11:49,000
Semua orang pasti terkejut.
164
00:11:49,800 --> 00:11:52,360
Apa kata kita umumkan semasa penilaian?
165
00:11:52,440 --> 00:11:56,120
Tapi ketika itu bot dah sampai.
Mereka akan tahu saya tak naik.
166
00:11:56,200 --> 00:11:58,120
Jangan risau.
167
00:11:58,200 --> 00:11:59,680
Ia tertangguh lagi?
168
00:12:00,600 --> 00:12:03,400
Jangan risau. Berehat dan berseronok.
169
00:12:08,720 --> 00:12:10,040
Maaf mengganggu.
170
00:12:10,560 --> 00:12:12,120
- Ya?
- Ia penting.
171
00:12:15,200 --> 00:12:16,200
Apa yang berlaku?
172
00:12:17,120 --> 00:12:19,200
Ini tentang Aldo. Dah selesai.
173
00:12:19,920 --> 00:12:22,440
Suruh Brenda buat pencarian.
174
00:12:25,680 --> 00:12:28,160
Ada masalah dengan kawan awak, Aldo.
175
00:12:28,680 --> 00:12:31,800
Hei. Kami baru dengar tentang Aldo.
176
00:12:32,320 --> 00:12:35,840
Tenang. Dia mungkin
banyak minum semalam dan sesat.
177
00:12:36,360 --> 00:12:37,200
Tak.
178
00:12:37,720 --> 00:12:40,160
Mustahil dia tinggalkan pulau ini.
179
00:12:45,320 --> 00:12:48,720
Claudia, boleh tinggalkan kami?
180
00:12:49,760 --> 00:12:51,920
- Sudah tentu.
- Terima kasih.
181
00:12:56,400 --> 00:12:58,400
Awak pernah nampak orang pergi?
182
00:12:58,920 --> 00:12:59,880
Apa maksud awak?
183
00:13:01,200 --> 00:13:03,680
Aldo beritahu Charly
dia nak pergi semalam.
184
00:13:04,280 --> 00:13:06,280
Dia jumpa cara keluar dari sini.
185
00:13:09,320 --> 00:13:11,480
Apa nasib orang yang nak tinggalkan Eden?
186
00:13:13,480 --> 00:13:15,360
Saya tak tahu.
187
00:13:15,440 --> 00:13:18,640
Mereka perlu bercakap dengan Astrid
untuk atur perjalanan balik…
188
00:13:18,720 --> 00:13:20,040
Ia pernah berlaku?
189
00:13:22,040 --> 00:13:23,240
Tidak.
190
00:13:25,320 --> 00:13:26,560
Aldo dalam bahaya.
191
00:13:29,880 --> 00:13:32,800
Dengar sini,
Brenda tengah susun pasukan pencari.
192
00:13:32,880 --> 00:13:36,000
Saya akan turut serta
supaya boleh perhati apa-apa yang pelik.
193
00:13:38,520 --> 00:13:39,360
Awak…
194
00:13:41,040 --> 00:13:42,720
Jangan cakap dengan sesiapa.
195
00:13:43,240 --> 00:13:46,720
Jika benar,
saya tak mahu awak dalam bahaya.
196
00:13:46,800 --> 00:13:47,760
Okey?
197
00:13:48,280 --> 00:13:50,200
Kumpulan satu, cari di utara.
198
00:13:50,280 --> 00:13:52,160
Kumpulan dua, cari di barat.
199
00:13:54,280 --> 00:13:55,880
Kumpulan ketiga, Nico.
200
00:13:57,160 --> 00:13:58,200
Cari di selatan.
201
00:13:59,400 --> 00:14:01,600
Buat pencarian mengikut sektor.
202
00:14:02,520 --> 00:14:05,480
Pastikan kamu ada peta, kompas, air,
203
00:14:05,560 --> 00:14:08,720
kit pertolongan cemas
dan bateri yang dah dicaj.
204
00:14:08,800 --> 00:14:10,760
- Claudia.
- Saya tak nak cakap dengan awak.
205
00:14:10,840 --> 00:14:13,480
Saya tahu. Saya nak tanya awak sesuatu.
206
00:14:14,000 --> 00:14:15,160
Tentang Zoa, bukan?
207
00:14:15,880 --> 00:14:16,720
Ya.
208
00:14:17,600 --> 00:14:19,600
Apa lagi perlu berlaku
sebelum kamu berhenti?
209
00:14:20,200 --> 00:14:21,880
Saya nak tahu keadaan dia.
210
00:14:22,720 --> 00:14:24,680
- Teruk.
- Teruk, bagaimana?
211
00:14:36,880 --> 00:14:37,960
Mari sini.
212
00:14:38,040 --> 00:14:39,280
Kenapa?
213
00:14:39,360 --> 00:14:42,760
Saya nak awak tanya di mana Aldo.
214
00:14:42,840 --> 00:14:44,280
Saya patut tanya siapa?
215
00:14:49,240 --> 00:14:50,280
Orson.
216
00:14:51,000 --> 00:14:52,480
Biar betul, Bel?
217
00:14:52,560 --> 00:14:55,760
Bukankah awak larang saya
bercakap dengannya? Tak fahamlah.
218
00:14:55,840 --> 00:15:00,760
Saya tak suka awak melepak dengan dia.
Tapi sekarang keadaan berbeza.
219
00:15:01,520 --> 00:15:02,360
Okey?
220
00:15:07,800 --> 00:15:08,880
Helo, semua.
221
00:15:08,960 --> 00:15:10,200
Selamat pagi, Astrid.
222
00:15:10,720 --> 00:15:12,040
Saya dengar apa yang berlaku.
223
00:15:12,120 --> 00:15:14,520
Mereka berpecah ikut kumpulan.
Dia pasti tak jauh.
224
00:15:14,600 --> 00:15:16,240
Saya percayakan kamu.
225
00:15:16,920 --> 00:15:19,640
Kita satu keluarga
dan tak tinggalkan sesiapa.
226
00:15:21,280 --> 00:15:25,600
Tapi kita perlukan semua bantuan.
Ayuh berdoa kepada Alam Semula Jadi
227
00:15:25,680 --> 00:15:27,560
untuk restui pencarian kita.
228
00:15:59,680 --> 00:16:01,120
Hai, semua.
229
00:16:01,200 --> 00:16:06,960
Saya nak kongsi sesuatu.
230
00:16:08,320 --> 00:16:10,640
Saya nak berehat daripada media sosial.
231
00:16:11,160 --> 00:16:13,960
Ia bukan keputusan
yang mudah untuk dibuat,
232
00:16:14,560 --> 00:16:18,320
tapi ada sesuatu saya perlu buat
untuk tempoh yang lama.
233
00:16:18,840 --> 00:16:20,880
Saya tak tahu bila saya kembali.
234
00:16:20,960 --> 00:16:23,280
Jangan risau tentang saya. Saya okey.
235
00:16:28,360 --> 00:16:31,360
"Tapi saya akan rindukan kamu."
236
00:16:31,880 --> 00:16:32,840
Nampak ikhlas.
237
00:16:33,600 --> 00:16:34,720
Betul kata awak.
238
00:16:35,800 --> 00:16:37,320
Saya sayang kamu semua.
239
00:16:38,880 --> 00:16:41,400
Terima kasih kerana selalu menyokong saya.
240
00:17:00,800 --> 00:17:01,840
Mari sini.
241
00:17:02,360 --> 00:17:04,200
Awak tak perlukannya lagi.
242
00:17:09,359 --> 00:17:11,240
Apa awak tahu tentang Charly?
243
00:17:12,920 --> 00:17:14,400
Saya tak kenal dia.
244
00:17:14,480 --> 00:17:16,160
Adakah dia sebodoh wajahnya?
245
00:17:17,000 --> 00:17:18,319
Lebih kurang. Kenapa?
246
00:17:18,400 --> 00:17:19,720
Tiada sebab.
247
00:17:21,200 --> 00:17:23,800
- Awak suka dia?
- Apa maksud awak?
248
00:17:24,440 --> 00:17:26,520
Berdasarkan pengalaman,
249
00:17:26,599 --> 00:17:30,280
dengan orang bodoh,
tak banyak kejutan kurang menyenangkan.
250
00:17:30,360 --> 00:17:32,400
Ia mungkin lebih baik.
251
00:18:11,600 --> 00:18:14,720
MASUKKAN PIN
252
00:18:20,480 --> 00:18:25,000
Hai, Zoa. Akhirnya saya jumpa awak.
Saya janji saya takkan lupakan awak.
253
00:18:25,800 --> 00:18:28,040
DAVID GARBIZU ECHEVARRÍA
254
00:18:35,360 --> 00:18:37,080
ZOA TIADA DI SINI.
255
00:18:39,120 --> 00:18:40,320
INI ADIKNYA
256
00:18:43,360 --> 00:18:45,760
SIAPA AWAK?
257
00:18:55,880 --> 00:18:57,800
Saya benar-benar nak jumpa awak.
258
00:19:01,480 --> 00:19:05,360
Tunggu. Saya cari dia malam tadi,
tapi tak jumpa.
259
00:19:05,440 --> 00:19:08,400
Saya tak faham. Ayuh, lupakannya, okey?
260
00:19:16,360 --> 00:19:18,600
Saya tak tahu. Mereka sedang cari dia.
261
00:19:19,120 --> 00:19:20,240
Kenapa awak peduli?
262
00:19:22,840 --> 00:19:23,680
Saya tak tahu.
263
00:19:24,480 --> 00:19:26,440
Kalau tahu pun, saya tak boleh cakap.
264
00:19:27,600 --> 00:19:30,480
Awak dah lupa? Gred kita berbeza.
265
00:19:32,200 --> 00:19:33,040
Ayuh.
266
00:20:43,760 --> 00:20:44,600
ORSON
GRED 2
267
00:21:25,200 --> 00:21:26,440
LOG AHLI
268
00:21:26,520 --> 00:21:28,040
TINDAK BALAS PERTAMA PADA MINUMAN
269
00:21:28,120 --> 00:21:30,240
PENYENDIRI. PUJA DIRI
MAHU PERBAIKI DIRI. LULUS
270
00:21:34,000 --> 00:21:35,600
BERDEDIKASI. BERTANGGUNGJAWAB.
LULUS
271
00:21:40,520 --> 00:21:42,960
DEGIL. EGOSENTRIK. TOKSIK.
TERSINGKIR
272
00:21:55,400 --> 00:21:57,880
ADA KUALITI SEBAGAI PEMIMPIN.
MARAH. HAMPA.
273
00:21:57,960 --> 00:21:59,560
PENILAIAN: BELUM DIPUTUSKAN
274
00:23:16,960 --> 00:23:18,800
"Berita dari Florence,
275
00:23:18,880 --> 00:23:21,080
tempat persidangan G20 hari ini.
276
00:23:21,160 --> 00:23:24,680
Polis bertempur dengan
NGO dan kumpulan pencinta alam.
277
00:23:24,760 --> 00:23:29,280
Tiga puluh dua orang cedera,
empat kritikal dan ramai ditangkap.
278
00:23:29,800 --> 00:23:34,000
Mereka menyeru pemimpin
untuk menghormati Perjanjian Paris.
279
00:23:34,520 --> 00:23:36,160
Mereka cuma mahu didengari.
280
00:23:36,240 --> 00:23:37,840
Tapi kerajaan dunia lebih suka…"
281
00:23:37,920 --> 00:23:39,640
- Awak suka?
- Ya.
282
00:23:39,720 --> 00:23:44,040
"…krisis planet yang sedang melanda,
contohnya krisis banjir
283
00:23:44,120 --> 00:23:47,160
akibat taufan di Haiti…"
284
00:23:47,240 --> 00:23:48,280
Mereka masih mencari.
285
00:23:48,360 --> 00:23:51,240
"…kemusnahan akibat Hurikan Matthew.
286
00:23:51,800 --> 00:23:55,400
Penduduk terputus hubungan
beberapa hari, tanpa elektrik,
287
00:23:55,480 --> 00:23:59,640
masih menunggu bantuan asing
dan jumlah kematian belum diketahui."
288
00:23:59,720 --> 00:24:01,040
Tak boleh terus begini.
289
00:24:02,160 --> 00:24:03,080
Tak guna.
290
00:24:11,880 --> 00:24:14,200
"Hurikan semakin kerap melanda.
291
00:24:14,280 --> 00:24:16,840
Ia semakin kuat akibat perubahan iklim.
292
00:24:16,920 --> 00:24:20,520
Penduduk terputus hubungan
beberapa hari, tanpa elektrik,
293
00:24:20,600 --> 00:24:22,760
masih menunggu bantuan asing
294
00:24:22,840 --> 00:24:25,360
dan jumlah kematian belum diketahui."
295
00:24:32,520 --> 00:24:35,400
SAYA JUMPA KAKAK AWAK DI EDEN
296
00:24:40,840 --> 00:24:41,880
APA ITU EDEN?
297
00:24:45,480 --> 00:24:47,760
PESTA HEBAT DI SEBUAH PULAU
298
00:25:05,280 --> 00:25:07,000
PULAU APA?
299
00:25:07,080 --> 00:25:08,520
SAYA TAK TAHU
300
00:25:08,600 --> 00:25:09,760
BIAR BETUL?
301
00:25:14,840 --> 00:25:16,640
AWAK TAHU DI MANA ZOA?
302
00:25:16,720 --> 00:25:17,960
TAK
303
00:25:18,040 --> 00:25:19,360
KAMI TERPISAH DI PULAU
304
00:25:24,520 --> 00:25:26,360
BOLEH KITA BERCAKAP DI TELEFON?
305
00:25:26,440 --> 00:25:27,880
BUKAN SEKARANG
306
00:25:27,960 --> 00:25:28,960
SAYA DI TEMPAT KERJA
307
00:25:35,480 --> 00:25:37,240
Ada masalah dengan kunci ini.
308
00:25:38,680 --> 00:25:41,680
- Mak ambil dadah lagi.
- Tidak.
309
00:25:41,760 --> 00:25:42,920
Kenapa dengan mak?
310
00:25:43,000 --> 00:25:45,000
Mak tak biasa minum arak.
311
00:25:45,520 --> 00:25:48,680
Dah biasa dengan benda lain,
tapi bukan alkohol.
312
00:25:51,200 --> 00:25:53,360
- Nak sesuatu yang panas?
- Ya.
313
00:25:54,440 --> 00:25:55,320
Bir.
314
00:26:07,720 --> 00:26:08,720
Cukup untuk mak?
315
00:26:09,240 --> 00:26:11,480
Jangan marah mak, sayang.
316
00:26:13,960 --> 00:26:16,560
Betul cakap ayah. Mak takkan berubah.
317
00:26:16,640 --> 00:26:18,880
Ayah kamu selalu mengarut.
318
00:26:18,960 --> 00:26:21,520
Ia bukan mengarut, mak! Itu kebenarannya!
319
00:26:21,600 --> 00:26:23,640
Mak cuba sedaya upaya, okey?
320
00:26:23,720 --> 00:26:26,320
Tidak, mak.
321
00:26:28,320 --> 00:26:30,360
Saya ingatkan mak dalam pemulihan.
322
00:26:33,720 --> 00:26:36,400
Tahu apa kita akan buat apabila Zoa balik?
323
00:26:36,920 --> 00:26:39,920
Kita akan pergi membeli-belah,
kita bertiga.
324
00:26:51,680 --> 00:26:52,520
Helo?
325
00:26:53,480 --> 00:26:55,040
Siapa yang kita cari?
326
00:26:55,120 --> 00:26:57,720
Orang yang patut dengar awak sertai Eden.
327
00:26:58,720 --> 00:27:01,400
Astrid kata mereka akan umumkan
semasa penilaian hari ini.
328
00:27:01,480 --> 00:27:04,040
Tapi dia perlu dengar sekarang.
Dia macam kakak saya.
329
00:27:04,560 --> 00:27:07,720
Dia yang jaga saya dan ajar saya
ketika baru sampai.
330
00:27:08,240 --> 00:27:10,760
Dia tunjuk dunia yang saya tak tahu wujud.
331
00:27:11,280 --> 00:27:12,200
Saya kenal dia?
332
00:27:12,680 --> 00:27:14,400
Ibón akan bersama kita!
333
00:27:15,040 --> 00:27:16,520
Awak dapat kehendak awak.
334
00:27:17,600 --> 00:27:19,480
- Tahniah, Alma.
- Terima kasih.
335
00:27:20,200 --> 00:27:23,320
Tahniah, Ibón.
336
00:27:28,160 --> 00:27:30,440
Ini keputusan terbaik awak.
337
00:27:31,640 --> 00:27:34,480
Namun, ada sesuatu yang awak patut tahu.
338
00:27:35,920 --> 00:27:37,360
Kalau awak sakiti Alma,
339
00:27:38,400 --> 00:27:39,680
saya akan bunuh awak.
340
00:27:54,800 --> 00:27:57,600
HAI, SAYA PERLU TENANGKAN
341
00:28:30,960 --> 00:28:33,160
Maklumat anak saya ada dalam USB ini.
342
00:28:35,720 --> 00:28:37,640
Beritahu saya apa saya tak tahu.
343
00:28:38,800 --> 00:28:40,360
Saya perlu lihat mesejnya.
344
00:28:44,640 --> 00:28:47,720
"Hai. Saya perlu tenangkan diri
untuk seketika.
345
00:28:47,800 --> 00:28:51,600
Jangan cari saya.
Saya akan hubungi apabila bersedia. Ibón."
346
00:28:51,680 --> 00:28:53,560
Ini kod negara Asia.
347
00:28:54,080 --> 00:28:57,840
Mesej dihantar guna proksi
untuk sembunyikan lokasinya.
348
00:28:57,920 --> 00:29:00,000
Ibón mungkin berada di Singapura
349
00:29:00,080 --> 00:29:01,720
atau dua blok dari sini.
350
00:29:02,520 --> 00:29:05,320
Tangguhkan kerja lain dan fokus pada ini.
351
00:29:07,520 --> 00:29:09,240
Ibón bukan budak bawah umur.
352
00:29:09,320 --> 00:29:13,200
Kalau betul apa yang dia cakap,
saya tak boleh paksa dia kembali.
353
00:29:15,120 --> 00:29:16,360
Kita tengoklah nanti.
354
00:29:38,520 --> 00:29:40,840
Saya tahu dari awal lagi.
355
00:29:40,920 --> 00:29:42,600
Bot takkan datang.
356
00:29:44,800 --> 00:29:47,120
Awak dijangkiti paranoia dia.
357
00:29:48,480 --> 00:29:49,400
Betul.
358
00:29:50,440 --> 00:29:54,160
Kita patut minta Aldo berhenti
meracuni fikiran kita.
359
00:29:54,760 --> 00:29:56,640
Alamak, dia hilang!
360
00:29:57,160 --> 00:30:00,400
- Dia pilih nak pergi.
- Dia pilih, konon!
361
00:30:00,480 --> 00:30:03,280
Dia nak ke mana?
Tiada jalan keluar dari penjara ini.
362
00:30:03,800 --> 00:30:06,840
- Awak hanya memburukkan keadaan.
- Tidak.
363
00:30:07,560 --> 00:30:11,400
Awak cakaplah dengan Astrid.
Minta dia jelaskan cara di sini.
364
00:30:14,360 --> 00:30:15,640
Awaklah cakap dengan dia.
365
00:30:16,440 --> 00:30:18,680
Awak nampak mesra dengan dia semalam.
366
00:30:20,440 --> 00:30:24,360
Sebenarnya, di parti,
saya ramah dengan semua orang.
367
00:30:24,440 --> 00:30:27,120
- Itu kerja saya dulu.
- Dulu?
368
00:30:27,200 --> 00:30:30,200
Awak berhenti kerja, merokok.
Apa lagi awak nak lepaskan?
369
00:30:30,720 --> 00:30:32,920
Pulau ini betul-betul mengubah awak.
370
00:30:35,160 --> 00:30:36,520
Apa salahnya berubah?
371
00:30:39,360 --> 00:30:43,040
Ayuh. Saya tak mahu
awak panik sendirian di sini.
372
00:30:43,880 --> 00:30:45,880
Jangan jadi bodoh. Mari. Ayuh.
373
00:30:57,840 --> 00:31:00,840
Ibón, awak kini sebahagian
daripada keluarga besar kami,
374
00:31:01,360 --> 00:31:03,640
awak pilih orang yang dinilai.
375
00:31:12,720 --> 00:31:13,560
Charly!
376
00:31:14,440 --> 00:31:15,600
Biar betul?
377
00:31:18,320 --> 00:31:20,280
Ibón nak yang terbaik untuk awak.
378
00:31:25,840 --> 00:31:28,960
Tak. Dia nak apa yang kamu nak.
Kamu dah basuh dia.
379
00:31:29,040 --> 00:31:30,000
Tidak, Charly.
380
00:31:30,080 --> 00:31:33,120
Tiada siapa pengaruhi
keputusan saya untuk kekal.
381
00:31:33,200 --> 00:31:34,280
Percayalah.
382
00:31:34,360 --> 00:31:36,840
Suruh kawan-kawan awak
keluarkan kita dari pulau ini.
383
00:31:36,920 --> 00:31:39,240
Tinggallah di sini dengan África.
384
00:31:39,760 --> 00:31:41,600
Saya, Zoa dan Aldo akan pergi.
385
00:31:42,880 --> 00:31:43,800
Baiklah.
386
00:31:43,880 --> 00:31:46,080
Tiada sesiapa tahan kamu.
387
00:31:46,160 --> 00:31:47,000
- Yakah?
- Betul.
388
00:31:47,080 --> 00:31:50,040
Apa dah jadi pada Aldo? Di mana dia?
389
00:31:51,080 --> 00:31:52,640
Belum jumpa lagi.
390
00:31:53,840 --> 00:31:56,800
- Esok mungkin akan bernasib baik.
- Baiklah, esok.
391
00:31:56,880 --> 00:32:00,680
Saya tak boleh tinggal di sini
seminit lagi. Saya rasa lemas.
392
00:32:09,720 --> 00:32:10,640
Charly!
393
00:32:11,280 --> 00:32:12,840
Tolong kembali.
394
00:32:20,960 --> 00:32:22,520
MAKSUD EDEN
395
00:32:24,800 --> 00:32:26,800
LOKASI DALAM KITAB
396
00:32:29,440 --> 00:32:31,560
KELAB TUKAR PASANGAN
SYURGA DI BUMI
397
00:32:40,720 --> 00:32:42,800
BOLEH SAYA JUMPA AWAK?
398
00:32:42,880 --> 00:32:44,400
DI DONOSTI?
399
00:32:49,800 --> 00:32:52,120
- ELOK JUGA DAPAT TUKAR SUASANA.
- WAH!
400
00:33:02,240 --> 00:33:04,320
AWAK BOLEH KONGSI BUTIRAN.
401
00:33:05,880 --> 00:33:08,000
Charly, saya gembira awak kembali.
402
00:33:08,880 --> 00:33:13,000
Pertama, saya nak awak tahu
kami semua rasa kerisauan awak.
403
00:33:14,160 --> 00:33:16,480
Bukan pulau yang buat awak rasa begini.
404
00:33:17,000 --> 00:33:19,080
Tak. Pulau dalam diri awak.
405
00:33:20,680 --> 00:33:21,800
Apa maksud awak?
406
00:33:21,880 --> 00:33:25,640
Gunakanlah masa di Eden.
Cakap tentang perasaan awak.
407
00:33:26,600 --> 00:33:29,840
Bebaslah daripada hal
yang menyeksa awak sejak kecil.
408
00:33:31,720 --> 00:33:33,040
Ini tentang adik awak.
409
00:33:35,120 --> 00:33:36,400
Bagaimana awak tahu?
410
00:33:37,200 --> 00:33:40,360
Setiap 22 November, awak tulis
ayat sama kepada dia di media sosial.
411
00:33:41,160 --> 00:33:42,120
Tolong berhenti.
412
00:33:42,200 --> 00:33:45,360
"Beatriz, saya fikirkan awak setiap hari.
Saya tak harapkan kemaafan.
413
00:33:45,440 --> 00:33:48,720
- Saya sayang awak."
- Tolong, jangan teruskan.
414
00:33:48,800 --> 00:33:50,800
Charly, semua orang ada masa silam.
415
00:33:50,880 --> 00:33:52,600
- Cukup.
- Tiada sesiapa menilai awak.
416
00:33:52,680 --> 00:33:54,240
- Cukup!
- Ceritakan kisah awak!
417
00:33:54,320 --> 00:33:55,760
- Awak nak dengar?
- Kami semua.
418
00:33:55,840 --> 00:33:57,880
Kamu semua nak tahu cerita itu?
419
00:34:02,280 --> 00:34:03,960
Okey, saya beritahu.
420
00:34:09,040 --> 00:34:13,239
Kami menginap di rumah ibu bapa kami
di Minorca ketika musim panas.
421
00:34:13,320 --> 00:34:15,760
Di pekan kecil di pantai utara, Addaia.
422
00:34:15,840 --> 00:34:18,159
Tiga adik-beradik lelaki
dan seorang adik perempuan.
423
00:34:19,159 --> 00:34:20,760
Beatriz anak bongsu.
424
00:34:21,480 --> 00:34:24,560
Kami selalu bermain-main,
melompat dari batu ke batu,
425
00:34:24,639 --> 00:34:27,040
bertanding siapa terjun paling dalam
426
00:34:27,120 --> 00:34:28,960
atau boleh tahan nafas lama.
427
00:34:30,239 --> 00:34:34,159
Dia rasa tak adil.
Dia kata, "Kenapa saya tak boleh pergi?"
428
00:34:34,239 --> 00:34:35,719
"Sebab awak masih kecil."
429
00:34:37,719 --> 00:34:39,440
Suatu hari, dia pujuk saya.
430
00:34:41,080 --> 00:34:45,639
Mungkin sebab saya arif tentang gua itu
atau sebab dia nampak dah besar.
431
00:34:48,320 --> 00:34:49,760
Saya terjun dulu.
432
00:34:51,040 --> 00:34:52,480
Dia di belakang saya.
433
00:34:53,000 --> 00:34:54,880
Saya perhatikan dia.
434
00:34:55,560 --> 00:34:59,000
Dia terjun dengan baik. Nampak tenang.
435
00:35:01,400 --> 00:35:04,720
Entah kenapa, saya berhenti menoleh.
436
00:35:05,920 --> 00:35:07,720
Saya kembali ke permukaan.
437
00:35:08,880 --> 00:35:10,120
Tapi dia tidak.
438
00:35:12,760 --> 00:35:14,600
Saya berusia lapan tahun.
439
00:35:17,080 --> 00:35:18,280
Dia pula lima tahun.
440
00:35:27,120 --> 00:35:31,320
Ibu bapa saya, terutamanya ibu saya
tak faham sebab saya biar dia ikut.
441
00:35:32,040 --> 00:35:33,880
Beatriz anak kesayangannya.
442
00:35:35,440 --> 00:35:37,600
Dia tak boleh maafkan saya.
443
00:35:38,760 --> 00:35:40,120
Dia benci saya.
444
00:35:41,440 --> 00:35:43,440
Ibu awak tak adil kepada awak.
445
00:35:44,520 --> 00:35:46,920
Tak boleh salahkan budak lapan tahun
atas kemalangan.
446
00:35:49,320 --> 00:35:51,200
Tiada sesiapa patut membenci.
447
00:35:51,880 --> 00:35:54,880
Mereka takkan buat begitu.
448
00:36:00,240 --> 00:36:01,360
Saya pun sama.
449
00:36:09,120 --> 00:36:10,160
Cukuplah!
450
00:36:10,720 --> 00:36:12,200
Jangan ganggu dia!
451
00:36:12,280 --> 00:36:14,440
- Kesedihannya dirasai semua.
- Tak.
452
00:36:14,520 --> 00:36:15,640
Dia yang rasa!
453
00:36:15,720 --> 00:36:18,320
Jika awak ambil berat tentang Charly,
biarlah dia pergi.
454
00:36:18,400 --> 00:36:21,000
Awak dan Charly akan
naik bot tak lama lagi.
455
00:36:21,720 --> 00:36:22,800
Aldo pula?
456
00:36:22,880 --> 00:36:25,160
Kami mencari dia di merata tempat.
457
00:36:25,800 --> 00:36:26,640
Awak tipu.
458
00:36:26,720 --> 00:36:28,240
- Saya tak tipu.
- Ya.
459
00:36:28,720 --> 00:36:31,360
Kamu semua menipu. Awak memang sadis!
460
00:36:32,000 --> 00:36:36,400
Seronok seksa kami begini, bukan?
Kami bahan eksperimen awak?
461
00:36:36,920 --> 00:36:39,720
- Apa yang awak dapat daripada semua ini?
- Zoa, tolonglah.
462
00:36:39,800 --> 00:36:40,640
Maafkan saya.
463
00:36:40,720 --> 00:36:43,240
- Ikut saya.
- Apa? Jangan ganggu saya.
464
00:36:47,400 --> 00:36:49,720
- Lupakan Charly.
- Biar mereka kacau emosinya?
465
00:36:49,800 --> 00:36:51,400
Zoa, awak marah. Tenang.
466
00:36:51,480 --> 00:36:53,560
Saya akan bertenang
apabila kami naik bot itu!
467
00:36:54,560 --> 00:36:56,000
Bot itu takkan datang.
468
00:36:57,200 --> 00:36:58,040
Langsung.
469
00:36:58,640 --> 00:37:00,760
- Apa maksud awak?
- Awak akan faham.
470
00:37:00,840 --> 00:37:02,400
Sudahlah. Faham apa?
471
00:37:02,480 --> 00:37:05,160
- Mana Aldo?
- Saya tak boleh beritahu apa-apa.
472
00:37:05,240 --> 00:37:08,080
Apabila semua orang tidur,
awak akan faham maksud saya.
473
00:37:10,080 --> 00:37:12,000
- Nico!
- Percayalah.
474
00:37:12,600 --> 00:37:13,760
Percayalah.
475
00:37:14,400 --> 00:37:17,240
Malam ini, tanggalkan gelang
dan biarkan di atas katil.
476
00:37:18,160 --> 00:37:19,640
Jangan biar sesiapa nampak awak.
477
00:37:44,160 --> 00:37:47,040
- Awak datang untuk perhatikan saya?
- Tidak.
478
00:37:47,680 --> 00:37:49,360
Saya nak lihat keadaan awak.
479
00:37:51,360 --> 00:37:53,920
Saya tak tahu kamu berminat
dengan media sosial saya.
480
00:37:54,600 --> 00:37:56,360
Sebab itu awak ada di sini.
481
00:37:56,440 --> 00:37:59,280
Seramlah ada orang hafal
apa yang kita tulis.
482
00:37:59,800 --> 00:38:00,640
Kenapa?
483
00:38:02,080 --> 00:38:04,200
Kata-kata awak
kepada adik awak sangat indah.
484
00:38:13,280 --> 00:38:15,760
Kadangkala,
saya mimpi terjun dan selamatkan dia.
485
00:38:21,160 --> 00:38:22,480
Dia dah tiada.
486
00:38:23,920 --> 00:38:26,480
Tapi awak masih ada banyak
untuk tawarkan dunia.
487
00:38:29,560 --> 00:38:30,800
Apa yang sebenarnya?
488
00:38:31,680 --> 00:38:33,240
Awak tak fikir saya bodoh?
489
00:38:35,840 --> 00:38:37,080
Ya.
490
00:38:40,600 --> 00:38:42,640
Tapi sekarang saya yakin
senyuman awak benar.
491
00:38:45,520 --> 00:38:46,560
Mayka.
492
00:38:48,760 --> 00:38:50,480
Saya gembira jumpa awak.
493
00:39:02,520 --> 00:39:03,360
Perhatian.
494
00:39:03,440 --> 00:39:07,200
Bas ke San Sebastián akan bertolak.
495
00:39:08,960 --> 00:39:10,400
- Helo.
- Selamat petang.
496
00:39:46,720 --> 00:39:48,120
PANGGILAN MASUK
MAK
497
00:41:05,320 --> 00:41:08,640
Zoa, awak tahu
saya cuma nak tolong awak, bukan?
498
00:41:09,960 --> 00:41:12,080
Sekarang, bantulah saya.
499
00:41:13,040 --> 00:41:14,920
Janji awak takkan terkejut.
500
00:41:16,320 --> 00:41:17,480
Saya janji.
501
00:41:18,200 --> 00:41:19,040
Okey.
502
00:41:19,960 --> 00:41:21,080
Ayuh.
503
00:44:36,680 --> 00:44:41,640
Terjemahan sari kata oleh Jasmine Izam