1
00:00:18,393 --> 00:00:20,479
(berbahasa Korea) Saya balik.
2
00:00:28,612 --> 00:00:30,405
Hansu, awak balik lambat lagi.
3
00:00:31,323 --> 00:00:34,243
Saya perlu merentas bandar
untuk hantar pesanan.
4
00:00:35,452 --> 00:00:37,788
Awak guru peribadi, bukan budak suruhan.
5
00:00:38,372 --> 00:00:40,582
Lebih baik awak ingatkan mereka.
6
00:00:41,750 --> 00:00:42,876
Baiklah.
7
00:00:44,086 --> 00:00:46,296
Ayuh! Ayah lapar.
8
00:00:46,380 --> 00:00:48,215
Mari cari makanan mewah.
9
00:00:51,385 --> 00:00:52,594
Mari pergi.
10
00:01:38,640 --> 00:01:41,852
Hansu!
11
00:01:53,238 --> 00:01:55,741
(berbahasa Jepun)
Betul apa ayah awak beritahu saya?
12
00:01:56,325 --> 00:01:59,453
Awak lebih pandai mengira
berbanding dia?
13
00:02:02,664 --> 00:02:05,417
Saya terkejut dia kata begitu
14
00:02:05,959 --> 00:02:08,044
sebab dia hanya nampak kesalahan saya.
15
00:02:09,170 --> 00:02:10,797
Tandanya ayah awak bagus.
16
00:02:11,590 --> 00:02:14,384
Orang dungu saja
puji anak mereka tanpa sebab.
17
00:02:21,808 --> 00:02:23,894
Bila awak boleh mula bekerja
untuk saya?
18
00:02:25,020 --> 00:02:28,524
Saya ada banyak perniagaan
yang perlu diuruskan.
19
00:02:29,191 --> 00:02:31,610
Saya sedang cari seseorang
yang pantas menggunakan sempoa.
20
00:02:31,693 --> 00:02:34,238
Dia pasti sangat bertuah
jika bekerja untuk tuan,
21
00:02:35,072 --> 00:02:38,033
tapi dia sudah bekerja
sebagai guru peribadi matematik
22
00:02:38,116 --> 00:02:40,661
untuk keluarga Amerika yang kaya.
23
00:02:41,537 --> 00:02:42,663
Awak juga tahu,
24
00:02:43,288 --> 00:02:47,042
kerja begini satu peluang
jarang didapati orang seperti kami.
25
00:02:48,877 --> 00:02:51,046
Awak juga mengampu orang Amerika?
26
00:02:51,547 --> 00:02:55,425
Keluarga Holmes baik dengan saya.
27
00:02:55,509 --> 00:02:56,718
Sudah tentu.
28
00:02:57,427 --> 00:03:00,180
Mudah untuk jadi baik
jika tak beri apa-apa kesan.
29
00:03:00,848 --> 00:03:02,057
Sayang betul.
30
00:03:06,436 --> 00:03:07,563
Bahasa Jepun awak,
31
00:03:08,355 --> 00:03:10,023
ada banyak peningkatan.
32
00:03:12,192 --> 00:03:15,696
Tapi awak perlu berusaha lebih lagi
jika mahu diterima oleh kami.
33
00:03:23,787 --> 00:03:26,081
Genta, awak semakin bagus.
34
00:05:01,426 --> 00:05:04,638
Awak bersikap dungu
seperti yang orang katakan.
35
00:05:05,222 --> 00:05:08,892
Awak perlu berusaha
jika mahu berjaya dalam kehidupan.
36
00:05:08,976 --> 00:05:10,394
Tanya ayah awak.
37
00:05:10,894 --> 00:05:14,106
Jika boleh, saya tak mahu pilih
kesengsaraan yang menjatuhkan maruah.
38
00:05:14,189 --> 00:05:15,774
Awak sudah sengsara?
39
00:05:15,858 --> 00:05:18,610
Boleh awak tunggu
sehingga masa minum koktel?
40
00:05:18,694 --> 00:05:20,654
Mak lebih mudah terima kesengsaraan awak
pada waktu itu.
41
00:05:20,737 --> 00:05:22,698
Mak mengusik saya,
tapi saya memang bimbang.
42
00:05:23,198 --> 00:05:26,034
Betul? Apa yang awak bimbangkan?
43
00:05:26,702 --> 00:05:28,537
Awak tak cukup makanan?
44
00:05:28,620 --> 00:05:30,831
Amat perlukan tempat berlindung?
45
00:05:30,914 --> 00:05:34,293
Mungkin awak ada penyakit
yang tiada penawar?
46
00:05:34,376 --> 00:05:37,129
- Mak perlu panggilkan doktor?
- Saya tak suka mak buat begini.
47
00:05:37,212 --> 00:05:38,589
Mak perlu buat begini.
48
00:05:39,173 --> 00:05:44,219
Suruh tukang masak
hidang makan malam pada pukul sembilan.
49
00:05:44,303 --> 00:05:48,557
Kami ada tetamu penting malam ini.
Semua perlu berjalan lancar.
50
00:05:52,519 --> 00:05:54,563
"Essays on the Theory of Numbers."
51
00:05:54,646 --> 00:05:56,857
Hansu, awak boleh faham buku ini?
52
00:05:58,108 --> 00:05:59,359
Rasanya saya faham.
53
00:06:00,527 --> 00:06:02,863
Menakjubkan. Saya tertawan.
54
00:06:05,991 --> 00:06:09,036
Saya ada berfikir, mak.
Bagaimana jika kita bawa Hansu bersama?
55
00:06:09,703 --> 00:06:12,331
Dia pasti boleh bantu saya di Yale
tahun depan.
56
00:06:12,831 --> 00:06:15,083
Jika tidak, saya akan gagal. Mak pun tahu.
57
00:06:15,167 --> 00:06:16,543
Itu idea yang bagus.
58
00:06:19,713 --> 00:06:21,340
Dia akan beritahu ayah.
59
00:06:22,299 --> 00:06:23,592
Cakap tentang ayah,
60
00:06:24,510 --> 00:06:27,095
Hansu, boleh hantarkan pesanan ini
kepada dia?
61
00:06:29,014 --> 00:06:30,015
Mak pergi dulu.
62
00:06:30,098 --> 00:06:33,185
Awak pula perlu berhenti
berfikiran negatif.
63
00:06:33,769 --> 00:06:34,978
Boleh awak cubanya?
64
00:07:27,155 --> 00:07:28,991
Saya tak faham sebab awak keberatan.
65
00:07:29,074 --> 00:07:31,326
Awak bercakap
tentang modal yang banyak
66
00:07:31,410 --> 00:07:33,954
dilaburkan pada negara
yang bukan milik kita.
67
00:07:34,037 --> 00:07:36,415
Saya tertanya jika mereka mahu
kita ada di sini atau duit kita.
68
00:07:36,498 --> 00:07:37,708
Apa masalahnya?
69
00:07:37,791 --> 00:07:39,585
Asalkan kita yang dapat keuntungan.
70
00:07:39,668 --> 00:07:41,044
Tapi sampai bila?
71
00:07:41,128 --> 00:07:44,006
Yokohama mungkin boleh terima cara kita,
tapi seluruh negara ini?
72
00:07:44,089 --> 00:07:46,550
Dulu mereka berpeluang
untuk mengelak pengaruh kita.
73
00:07:46,633 --> 00:07:49,094
Sekarang,
74
00:07:49,178 --> 00:07:52,347
setelah mereka menerimanya,
bagaimana mereka mahu patah balik?
75
00:07:52,431 --> 00:07:54,933
Dengar, jangan jadi si dungu
76
00:07:55,017 --> 00:07:57,269
yang melawan perkembangan.
77
00:07:57,352 --> 00:07:59,563
Awak tahu apa berlaku pada orang begitu?
78
00:07:59,646 --> 00:08:02,566
Kami yang akhirnya
mendapat semua keuntungan.
79
00:08:03,984 --> 00:08:04,985
Lihatlah.
80
00:08:05,068 --> 00:08:08,488
Siapa pemuda yang datang
menyelamatkan saya?
81
00:08:08,572 --> 00:08:09,615
Satu lagi pesanan.
82
00:08:18,749 --> 00:08:21,210
Pesanan diterima.
83
00:08:21,293 --> 00:08:22,461
Beritahu saya,
84
00:08:23,086 --> 00:08:25,631
bagaimana keadaan anak saya sekarang?
85
00:08:25,714 --> 00:08:28,342
Dia cuba yang terbaik, tuan.
86
00:08:29,301 --> 00:08:32,179
Jadi masih belum mengagumkan.
87
00:08:34,765 --> 00:08:35,974
Berseronoklah petang ini.
88
00:08:40,938 --> 00:08:42,481
Dia seorang yang bijak.
89
00:08:42,563 --> 00:08:44,942
Pasti menarik untuk lihat
kejayaannya nanti.
90
00:09:01,834 --> 00:09:04,586
Kita dah disumpah
tiada pemain hebat sendiri?
91
00:09:05,170 --> 00:09:09,174
Jangan fikirkan benda mengarut begitu.
92
00:09:09,258 --> 00:09:12,219
Ingat, awak bukan seperti mereka.
93
00:09:13,720 --> 00:09:16,932
Kenapa orang Amerika
ada banyak kepakaran?
94
00:09:17,599 --> 00:09:19,852
Awak perlu pandai satu perkara saja.
95
00:09:19,935 --> 00:09:21,061
Satu.
96
00:09:21,144 --> 00:09:24,231
Tapi pastikan awak yang terbaik
dalam apa saja bidang awak pilih.
97
00:09:24,815 --> 00:09:26,400
Sempoa bidang yang ayah kuasai?
98
00:09:27,067 --> 00:09:28,485
Itu cuma alatan.
99
00:09:28,986 --> 00:09:31,780
Bukan, ayah pandai memberi keuntungan
kepada orang lain.
100
00:09:32,739 --> 00:09:35,242
Ayah boleh buat kita jadi kaya?
101
00:09:36,118 --> 00:09:37,619
Apa ayah cakap tadi?
102
00:09:38,203 --> 00:09:41,206
Seseorang perlu pandai
dalam satu perkara saja.
103
00:09:42,708 --> 00:09:45,627
Jadi bidang apa saya patut pilih?
104
00:09:47,337 --> 00:09:49,965
Awak fikir awak ada pilihan?
105
00:09:50,549 --> 00:09:53,427
Selalunya,
sama ada awak mahu atau tidak,
106
00:09:53,510 --> 00:09:54,553
ia tak boleh ditolak.
107
00:09:56,847 --> 00:09:58,432
Ayah makan dulu.
108
00:10:02,394 --> 00:10:05,022
Ayah tahu kepakaran ayah
semasa sebaya saya?
109
00:10:07,900 --> 00:10:10,611
Ayah sangka ayah akan jadi nelayan
seperti datuk awak.
110
00:10:11,737 --> 00:10:13,655
Dulu memang begitu.
111
00:10:17,576 --> 00:10:19,286
Tapi awak,
112
00:10:19,369 --> 00:10:21,205
awak tak boleh jadi nelayan.
113
00:10:22,956 --> 00:10:25,125
Awak juga tak boleh bekerja
114
00:10:25,209 --> 00:10:26,919
seperti ayah di dewan tinju.
115
00:10:27,836 --> 00:10:31,715
Walau apa pun kepakaran awak,
ia akan bantu kita keluar dari sana.
116
00:10:39,848 --> 00:10:44,228
Rasanya mereka akan ajak saya
ke Amerika dengan mereka.
117
00:10:44,311 --> 00:10:45,312
Pergi ke Yale.
118
00:10:46,063 --> 00:10:47,523
Mereka akan menampung pelajaran awak?
119
00:10:47,606 --> 00:10:48,649
Bukan.
120
00:10:48,732 --> 00:10:51,401
Bukan untuk saya, tapi Andrew.
121
00:10:51,485 --> 00:10:53,320
Anak mereka yang dungu itu?
122
00:10:55,197 --> 00:10:58,534
Dia pasti tak dapat bertahan
jika bukan sebab keistimewaannya.
123
00:11:02,329 --> 00:11:07,251
Sebaliknya, anak ayah
yang dibebani kekurangan itu.
124
00:11:13,423 --> 00:11:14,466
Tapi, ayah,
125
00:11:15,300 --> 00:11:18,887
di Amerika, dengarnya
orang seperti kita pun boleh berjaya.
126
00:11:22,140 --> 00:11:23,183
"Orang seperti kita."
127
00:11:24,893 --> 00:11:27,771
Mereka menipu kita
dengan buat kita pertaruhkan
128
00:11:28,647 --> 00:11:31,525
harapan dan impian kita sendiri.
129
00:11:39,908 --> 00:11:41,159
Walaupun begitu,
130
00:11:41,869 --> 00:11:43,787
ayah mahu awak buat pertaruhan itu.
131
00:11:44,663 --> 00:11:46,206
Awak akan ke Amerika.
132
00:11:47,624 --> 00:11:48,959
Bagaimana dengan ayah?
133
00:11:50,169 --> 00:11:51,211
Kenapa dengan ayah?
134
00:11:51,753 --> 00:11:53,422
Ayah selalu cakap kita sepasukan,
135
00:11:54,006 --> 00:11:56,133
kita akan sentiasa bersama.
136
00:11:59,970 --> 00:12:03,098
Mungkin sudah sampai masa
kita ubah pandangan kita.
137
00:12:03,807 --> 00:12:07,519
Kenapa tahan diri awak sedangkan
awak boleh capai lebih banyak kejayaan?
138
00:12:08,729 --> 00:12:11,481
Sekarang masa untuk awak
melihat lebih jauh.
139
00:12:13,317 --> 00:12:14,526
Hansu,
140
00:12:15,068 --> 00:12:19,990
awak ada peluang membuat sesuatu
yang ayah tak dapat buat.
141
00:12:27,581 --> 00:12:30,501
Ada dua bintang di langit
pada waktu malam.
142
00:12:31,418 --> 00:12:35,714
Kedua-duanya nampak dekat,
tapi sebenarnya ia sangat jauh.
143
00:12:37,341 --> 00:12:40,719
Jarak yang tak mungkin kita boleh duga.
144
00:12:41,678 --> 00:12:43,222
Namun,
145
00:12:43,305 --> 00:12:44,890
dari sini,
146
00:12:46,391 --> 00:12:48,435
ia nampak seperti tak boleh dipisahkan,
147
00:12:49,645 --> 00:12:50,812
bukan?
148
00:13:06,745 --> 00:13:07,746
Minum ucap selamat.
149
00:13:47,119 --> 00:13:48,620
Apa awak dah buat?
150
00:13:48,704 --> 00:13:50,372
Saya tak pernah buat begini sebelum ini.
151
00:13:50,455 --> 00:13:51,498
Saya bersumpah.
152
00:13:52,749 --> 00:13:54,751
Saya pinjam sedikit duit.
153
00:13:54,835 --> 00:13:58,130
Saya mahu pulangkan
sebaik saja saya dapat gaji.
154
00:13:59,006 --> 00:14:01,091
Saya perlukan duit pada waktu itu,
155
00:14:01,175 --> 00:14:03,802
jika tidak,
saya pasti minta daripada awak.
156
00:14:03,886 --> 00:14:05,387
Saya sangat malu.
157
00:14:06,221 --> 00:14:09,433
Tolong beri saya beberapa jam.
Saya akan dapatkan duit itu.
158
00:14:10,434 --> 00:14:12,394
Awak tahu akibatnya jika awak lari.
159
00:14:12,477 --> 00:14:14,188
Saya mahu lari ke mana?
160
00:14:14,897 --> 00:14:16,148
Saya ada anak lelaki.
161
00:14:16,940 --> 00:14:20,360
Saya takkan biarkan
dia nampak saya lari.
162
00:14:21,195 --> 00:14:23,530
Awak ada masa
sebelum loceng tengah hari berbunyi.
163
00:14:24,198 --> 00:14:25,991
Ya, sebelum tengah hari.
164
00:14:26,658 --> 00:14:27,659
Saya janji.
165
00:14:29,203 --> 00:14:31,872
Saya dah beritahu awak
wanita itu bermasalah.
166
00:14:47,387 --> 00:14:48,764
Ayah.
167
00:14:51,850 --> 00:14:53,018
Ayah!
168
00:14:55,729 --> 00:14:56,813
Berapa duit ayah ambil?
169
00:14:57,648 --> 00:14:58,690
Dua ratus yen.
170
00:14:59,274 --> 00:15:00,943
Awak dengar tadi.
171
00:15:01,026 --> 00:15:02,736
Ayah akan bayar hari ini.
172
00:15:04,404 --> 00:15:05,989
Ayah curi duit itu.
173
00:15:06,782 --> 00:15:07,783
Tidak.
174
00:15:08,784 --> 00:15:10,494
Dia merayu pada ayah.
Apa ayah patut buat?
175
00:15:10,577 --> 00:15:12,621
Ayah patut menolak.
176
00:15:16,208 --> 00:15:18,377
Semuanya sangat mudah bagi awak
177
00:15:19,294 --> 00:15:21,421
sebab awak tak pernah bersama wanita.
178
00:15:22,881 --> 00:15:24,675
Suatu hari nanti, awak akan jatuh cinta,
179
00:15:24,758 --> 00:15:28,303
awak juga akan hilang kawalan diri
sebab dia.
180
00:15:33,600 --> 00:15:34,810
Saya takkan buat seperti ayah.
181
00:15:36,270 --> 00:15:37,312
Takkan buat.
182
00:15:46,613 --> 00:15:49,157
Maaf sebab banyak menyusahkan awak.
183
00:15:52,536 --> 00:15:56,206
Saya tak sangka awak akan buat begitu.
184
00:15:59,585 --> 00:16:02,462
Awak tahu saya miskin.
185
00:16:10,470 --> 00:16:11,513
Ya.
186
00:16:11,597 --> 00:16:13,348
Jadi,
187
00:16:13,432 --> 00:16:14,808
ia dah pun berlaku.
188
00:16:15,601 --> 00:16:17,686
Tapi saya perlu pulangkan duit itu
sekarang juga.
189
00:16:20,105 --> 00:16:21,190
Berapa yang masih ada?
190
00:16:28,405 --> 00:16:30,115
Boleh awak pulangkan barang awak beli?
191
00:16:30,199 --> 00:16:32,201
Duit itu bukan untuk saya.
192
00:16:35,245 --> 00:16:38,081
Ia untuk kawan saya.
193
00:16:38,165 --> 00:16:39,499
Awak pinjamkan duit itu?
194
00:16:41,835 --> 00:16:43,170
Bukan.
195
00:16:44,379 --> 00:16:46,548
Saya takkan dapat duit itu semula.
196
00:16:47,382 --> 00:16:50,802
Dia memang begitu.
197
00:16:59,269 --> 00:17:03,899
Awak lelaki paling bijak saya kenal,
tapi awak…
198
00:17:14,492 --> 00:17:16,161
Saya akan jumpa En. Holmes.
199
00:17:17,329 --> 00:17:18,329
Jangan.
200
00:17:18,955 --> 00:17:20,374
Jika saya beritahu dia hal ini,
201
00:17:20,457 --> 00:17:21,959
dia akan beri saya pinjam duit.
202
00:17:25,212 --> 00:17:27,297
Bagaimana kalau dia tak bawa awak
ke Amerika?
203
00:17:28,382 --> 00:17:30,008
Siapa peduli tentang hal itu sekarang?
204
00:17:31,552 --> 00:17:34,012
Ayah faham betapa bahayanya
lelaki seperti Ryochi?
205
00:17:34,805 --> 00:17:37,349
Awak akan ke Amerika. Itu muktamad.
206
00:17:37,975 --> 00:17:38,976
Saya takkan pergi.
207
00:17:39,643 --> 00:17:41,228
Anak tak kenang budi!
208
00:17:41,311 --> 00:17:44,189
Awak berani mengingkari ayah
setelah ayah berkorban untuk awak?
209
00:17:45,190 --> 00:17:46,191
Ayah.
210
00:17:47,276 --> 00:17:48,694
Pada pandangan awak,
211
00:17:49,528 --> 00:17:52,781
awak nampak ayah
sebagai lelaki yang dungu.
212
00:17:55,492 --> 00:17:57,077
Saya tak anggap ayah begitu.
213
00:17:57,160 --> 00:17:59,162
Pergi!
214
00:17:59,663 --> 00:18:01,415
Ayah mahu awak naik kapal itu
215
00:18:01,498 --> 00:18:03,292
dan keluar dari tempat yang teruk ini!
216
00:18:04,793 --> 00:18:06,128
Saya takkan pergi!
217
00:18:06,211 --> 00:18:07,462
Dengar!
218
00:18:08,630 --> 00:18:09,923
Pergi.
219
00:18:12,134 --> 00:18:13,927
Jangan kembali.
220
00:18:14,428 --> 00:18:15,429
Jangan!
221
00:18:18,056 --> 00:18:19,057
Saya tak mahu pergi.
222
00:18:21,977 --> 00:18:23,854
Saya takkan tinggalkan ayah.
223
00:18:32,362 --> 00:18:33,906
Ayah tak nak jumpa awak lagi, faham?
224
00:18:34,656 --> 00:18:37,409
Awak perlu berdikari! Pergi dari sini!
225
00:18:42,873 --> 00:18:43,916
Ayah!
226
00:18:45,042 --> 00:18:46,418
Mulai sekarang…
227
00:18:48,921 --> 00:18:50,839
awak mesti lupakan ayah.
228
00:18:53,967 --> 00:18:55,969
Itu lebih baik untuk awak.
229
00:19:01,850 --> 00:19:03,769
Itu saja caranya.
230
00:19:26,124 --> 00:19:27,793
Berhenti. Awak tak mahu tengoknya.
231
00:19:41,932 --> 00:19:45,644
Saya akan kerja di sini
sehingga hutang ayah saya selesai.
232
00:19:48,647 --> 00:19:50,023
Ini tiada kaitan dengan dia.
233
00:19:51,984 --> 00:19:53,277
Tolong biarkan dia pergi.
234
00:19:59,241 --> 00:20:01,159
Saya akan kerja selama yang perlu.
235
00:20:01,243 --> 00:20:02,661
Awak tak perlu bayar gaji saya.
236
00:20:04,496 --> 00:20:07,583
Tapi jangan libatkan anak saya
dalam hal ini.
237
00:20:10,210 --> 00:20:11,628
Awak fikir apa akan jadi
238
00:20:12,296 --> 00:20:16,884
apabila orang dengar awak mencuri
duit saya, tapi saya berdiam diri?
239
00:20:19,219 --> 00:20:23,682
Dalam dunia ini,
pandangan orang paling penting.
240
00:20:24,183 --> 00:20:27,561
Orang takkan lupa
perbuatan awak yang memalukan.
241
00:20:28,353 --> 00:20:30,606
Saya tak peduli tentang diri saya.
242
00:20:31,106 --> 00:20:33,650
Saya cuma fikirkan anak saya.
243
00:20:34,234 --> 00:20:38,322
Keluarga pelajarnya
akan bawa dia ke Amerika.
244
00:20:40,324 --> 00:20:42,534
Saya sanggup mati jika awak suruh!
245
00:20:42,618 --> 00:20:44,119
Tapi dia takkan dapat peluang ini lagi.
246
00:20:44,203 --> 00:20:45,287
Tolong lepaskan dia.
247
00:20:45,370 --> 00:20:47,414
Saya yang perlu bayar hutang ini.
248
00:20:48,582 --> 00:20:49,583
Tuan!
249
00:20:50,292 --> 00:20:51,418
Ayah.
250
00:20:52,753 --> 00:20:53,754
Berdiri, ayah.
251
00:20:54,838 --> 00:20:56,048
Genta.
252
00:21:04,806 --> 00:21:07,184
Kasih sayang seorang ayah
sesuatu yang mulia.
253
00:21:08,143 --> 00:21:09,853
Saya juga seorang ayah.
254
00:21:11,730 --> 00:21:13,232
Tapi lelaki yang berkuasa
255
00:21:13,732 --> 00:21:17,152
perlu mengawal keadaan,
walaupun ia hanya ilusi.
256
00:21:21,698 --> 00:21:26,411
Saya percaya budi baik
boleh jadi lebih berkuasa.
257
00:21:31,041 --> 00:21:34,336
Mari lihat jika awak boleh berjaya
dengan budi baik.
258
00:21:38,131 --> 00:21:39,550
Apa…
259
00:21:44,805 --> 00:21:47,182
Pergi dari sini! Lari, Hansu!
260
00:21:50,269 --> 00:21:51,311
Hansu!
261
00:22:04,032 --> 00:22:05,158
Hansu!
262
00:22:08,203 --> 00:22:09,329
Hansu!
263
00:22:17,421 --> 00:22:18,630
Hansu.
264
00:22:18,714 --> 00:22:20,007
Hansu!
265
00:22:21,842 --> 00:22:23,218
Hansu!
266
00:22:29,558 --> 00:22:33,520
12:10 TENGAH HARI
267
00:23:55,227 --> 00:23:58,313
Sedarlah! Pergi!
268
00:23:58,397 --> 00:23:59,690
Pergi ke tempat lebih tinggi!
269
00:24:01,024 --> 00:24:03,902
Mungkin ada gegar penghujung. Lari!
270
00:24:09,491 --> 00:24:10,701
Arah sini!
271
00:24:30,762 --> 00:24:32,931
Kita perlu tunggu ia reda.
272
00:24:49,948 --> 00:24:52,159
Awak akan lakukannya?
273
00:24:54,286 --> 00:24:55,871
Awak akan bunuh ayah saya?
274
00:24:57,623 --> 00:24:59,333
Demi maruahnya,
275
00:25:00,209 --> 00:25:02,753
dia ada hutang perlu dibayar.
276
00:25:05,506 --> 00:25:07,716
Tapi kematian dia tadi…
277
00:25:12,763 --> 00:25:14,264
Sejak datang ke sini,
278
00:25:16,141 --> 00:25:21,855
saya perlu lihat ayah saya bertahan
dengan banyak perkara memalukan.
279
00:25:24,733 --> 00:25:27,945
Saya pula tinggalkan dia begitu saja…
280
00:25:38,539 --> 00:25:42,125
Saya tahu ayah awak perlu lupakan
maruahnya untuk bekerja dengan saya.
281
00:25:43,460 --> 00:25:45,629
Jadi jangan sia-siakan pengorbanannya.
282
00:25:46,338 --> 00:25:47,422
Awak tahu perkara awak perlu buat.
283
00:25:50,926 --> 00:25:53,178
Ikut keluarga Amerika itu, faham?
284
00:25:53,846 --> 00:25:56,348
Lupakan semua ini dan ayah awak.
285
00:26:02,271 --> 00:26:04,147
Saya tak tahu mahu buat apa.
286
00:26:04,731 --> 00:26:06,441
Dia ayah saya.
287
00:26:06,525 --> 00:26:08,777
- Dia saja yang saya ada!
- Berdiri!
288
00:26:11,488 --> 00:26:12,823
Lihat betul-betul!
289
00:26:15,742 --> 00:26:17,578
Bukan awak saja sengsara hari ini.
290
00:26:18,954 --> 00:26:21,415
Hari ini, ramai yang jadi anak yatim.
291
00:26:22,624 --> 00:26:24,251
Tapi pada masa begini,
292
00:26:24,960 --> 00:26:26,920
seseorang menempa takdirnya.
293
00:26:28,422 --> 00:26:30,507
Ada yang sengsara dan teruskan hidup,
294
00:26:32,426 --> 00:26:34,845
dan orang yang akan tenggelam
dalam kesengsaraannya.
295
00:26:37,639 --> 00:26:39,433
Jangan jadi seperti si dungu itu.
296
00:26:41,810 --> 00:26:43,187
Saya akan cari keluarga saya.
297
00:26:43,270 --> 00:26:44,771
Awak pergi cepat.
298
00:26:45,355 --> 00:26:47,107
Pergi dapatkan kehidupan baharu awak.
299
00:27:10,631 --> 00:27:11,924
Hansu?
300
00:27:12,007 --> 00:27:13,008
Andrew.
301
00:27:14,510 --> 00:27:16,470
Lihatlah awak. Aduhai.
302
00:27:17,596 --> 00:27:18,931
Mana ayah awak?
303
00:27:21,099 --> 00:27:22,267
Hansu.
304
00:27:23,018 --> 00:27:24,353
Itu teruk.
305
00:27:25,604 --> 00:27:27,356
Awak tetap akan ikut kami, bukan?
306
00:27:28,899 --> 00:27:30,609
Kami takkan kembali ke sini.
307
00:27:32,486 --> 00:27:33,779
Saya mahu ikut.
308
00:27:35,239 --> 00:27:36,907
Tolong masukkan semuanya.
309
00:27:37,699 --> 00:27:41,286
Andrew, kaki lilin perak.
Ia ada di pantri butler.
310
00:27:42,538 --> 00:27:44,289
Dia tak boleh masuk rumah.
311
00:27:44,373 --> 00:27:46,208
Dia akan masuk cepat, bukan?
312
00:27:46,959 --> 00:27:48,627
Tolong saya.
313
00:27:51,713 --> 00:27:53,048
Sebentar.
314
00:28:07,980 --> 00:28:09,439
Ya, kita kena pergi.
315
00:28:11,400 --> 00:28:12,776
En. Holmes?
316
00:28:12,860 --> 00:28:14,111
Dia…
317
00:28:14,194 --> 00:28:17,197
Dia dah pergi untuk sediakan bot.
Kita akan terus belayar.
318
00:28:17,281 --> 00:28:18,866
Tinggalkan pedati di sini.
319
00:28:18,949 --> 00:28:20,742
Jalan sudah musnah.
320
00:28:20,826 --> 00:28:22,953
Bagaimana kita mahu pergi ke pelabuhan?
321
00:28:26,290 --> 00:28:29,126
- Kita tak boleh turun ke sana.
- Itu saja caranya.
322
00:28:31,712 --> 00:28:33,380
Biarkan pedati ini.
323
00:28:34,256 --> 00:28:35,757
Jalan dah musnah.
324
00:28:36,717 --> 00:28:38,302
Pergi cari keluarga kamu.
325
00:29:45,244 --> 00:29:47,079
- Mak?
- Andrew!
326
00:29:48,413 --> 00:29:50,666
- Mak!
- Pn. Holmes!
327
00:29:54,586 --> 00:29:56,338
Mak! Hansu!
328
00:29:56,421 --> 00:29:57,422
Andrew!
329
00:30:18,360 --> 00:30:20,362
Mak, cepat! Arah sini! Lari!
330
00:31:21,840 --> 00:31:23,175
Awak.
331
00:31:39,024 --> 00:31:45,572
8:48 MALAM
332
00:33:24,630 --> 00:33:26,089
Kenapa?
333
00:33:46,401 --> 00:33:48,654
Apa kamu buat?
334
00:34:25,440 --> 00:34:26,817
Kamu boleh keluar sekarang.
335
00:34:27,525 --> 00:34:29,235
Kamu dah tak perlu menyorok.
336
00:34:30,279 --> 00:34:31,362
Keluar sekarang.
337
00:34:32,197 --> 00:34:34,241
Saya di sini.
338
00:34:39,996 --> 00:34:40,998
Sila duduk.
339
00:34:49,172 --> 00:34:51,007
Awak ada sake?
340
00:34:51,091 --> 00:34:55,012
Semua dah tumpah.
341
00:34:55,094 --> 00:34:57,181
Kami boleh hidangkan teh.
342
00:35:54,947 --> 00:35:57,407
Keluarga awak selamat?
343
00:35:58,575 --> 00:36:03,288
Saya tak dapat balik.
Jambatan di tepi tokong dah runtuh.
344
00:36:05,582 --> 00:36:07,876
Jalan di belakang stesen terbakar.
345
00:36:09,753 --> 00:36:12,923
Saya dalam perjalanan ke jambatan
di taman semasa terjumpa awak.
346
00:36:15,259 --> 00:36:18,846
Jika saya terus ikut jalan ini,
saya patut sampai kepada mereka.
347
00:36:20,597 --> 00:36:21,932
Saya harap mereka selamat.
348
00:36:34,236 --> 00:36:36,655
Kenapa? Apa berlaku?
349
00:36:37,823 --> 00:36:40,868
Ramai banduan melarikan diri
dari Penjara Negishi.
350
00:36:41,577 --> 00:36:44,538
Tiga ratus daripada pelarian itu
banduan Korea.
351
00:36:45,122 --> 00:36:47,374
Sekarang mereka menuju ke sini.
352
00:36:47,457 --> 00:36:51,295
Dengarnya mereka dah lama rancang
untuk melarikan diri.
353
00:36:51,378 --> 00:36:54,798
Sekarang mereka gunakan bencana ini
sebagai peluang mereka.
354
00:36:54,882 --> 00:36:56,717
Apa mereka patut buat?
355
00:36:56,800 --> 00:36:58,510
Mati terbakar?
356
00:36:59,094 --> 00:37:02,931
Tapi kita tak tahu
jika mereka akan timbulkan masalah.
357
00:37:03,015 --> 00:37:05,017
Wanita dan anak-anak kita
ada di jalanan.
358
00:37:05,100 --> 00:37:07,186
Bagaimana mahu lindungi mereka
daripada bahaya begitu?
359
00:37:07,269 --> 00:37:08,854
Bertenang.
360
00:37:10,814 --> 00:37:12,858
Awak ada dengar?
Sekumpulan banduan Korea dah terlepas!
361
00:37:13,442 --> 00:37:17,446
Mereka akan ambil masa lama
untuk berjalan ke sini…
362
00:37:17,529 --> 00:37:19,615
Mereka dah tiba
dan saya dengar mereka menjarah.
363
00:37:19,698 --> 00:37:22,951
Cik dengar berita ini dari mana?
364
00:37:23,035 --> 00:37:25,954
- Siapa awak?
- Orang yang bertanya. Jawablah.
365
00:37:27,039 --> 00:37:29,166
Jangan minum air dari perigi.
366
00:37:29,249 --> 00:37:31,126
Mereka cakap orang Korea dah racunnya.
367
00:37:31,210 --> 00:37:32,711
Berhenti sebarkan
khabar angin tak berasas.
368
00:37:32,794 --> 00:37:35,088
Ayuh. Saya perlu cari keluarga saya.
369
00:37:36,381 --> 00:37:38,217
Terima kasih. Berapa saya perlu bayar?
370
00:37:38,300 --> 00:37:40,052
Hari ini tak perlu bayar.
371
00:37:45,641 --> 00:37:49,186
Sesuatu berlaku. Jangan pergi jauh.
372
00:37:55,359 --> 00:37:57,569
Dia orang Jepun. Dia boleh dipercayai?
373
00:37:57,653 --> 00:37:59,780
Tolong kami!
374
00:37:59,863 --> 00:38:01,490
Saya kenal pemilik bangsal itu.
375
00:38:01,573 --> 00:38:03,075
Pergi ke bangsal itu.
376
00:38:03,158 --> 00:38:05,410
Dia akan benarkan kamu menyorok di sana.
377
00:38:05,911 --> 00:38:07,996
Pergi cepat!
378
00:38:08,080 --> 00:38:10,290
- Apa dia cakap?
- Dia cakap dia kenal pemiliknya.
379
00:38:10,791 --> 00:38:12,167
Dia suruh pergi ke bangsal itu. Cepat!
380
00:38:21,718 --> 00:38:23,512
Awak juga patut menyorok bersama mereka.
381
00:38:24,680 --> 00:38:26,807
Tak sempat. Cepat naik pedati!
382
00:38:28,225 --> 00:38:29,518
Cepat!
383
00:38:37,943 --> 00:38:39,862
Jangan bergerak. Tahan nafas.
384
00:38:46,285 --> 00:38:48,537
- Cepat!
- Cari mereka.
385
00:38:51,039 --> 00:38:53,834
Empat lelaki lari ke sini.
Mereka ke mana?
386
00:38:55,586 --> 00:38:56,753
Apa mereka buat?
387
00:38:56,837 --> 00:38:59,756
Saya dengar orang Korea merusuh
di seluruh bandar.
388
00:38:59,840 --> 00:39:00,924
Bukan itu saja.
389
00:39:01,550 --> 00:39:04,553
Mereka masuk dalam runtuhan rumah,
curi semua barang berharga.
390
00:39:04,636 --> 00:39:06,930
Kita kena tangkap mereka
atau mereka akan ambil semuanya.
391
00:39:09,224 --> 00:39:10,976
Orang tak beradab.
392
00:39:13,103 --> 00:39:14,813
Berani mereka buat begini pada kita?
393
00:39:15,564 --> 00:39:17,649
Kita terima mereka,
394
00:39:18,233 --> 00:39:20,152
beri mereka kerja,
395
00:39:20,986 --> 00:39:22,738
ini balasan kita dapat.
396
00:39:22,821 --> 00:39:25,407
Awak nampak mereka atau tidak?
Beritahu saya.
397
00:39:25,490 --> 00:39:26,575
Mereka akan terlepas.
398
00:39:28,619 --> 00:39:30,454
Ya, kami nampak mereka.
399
00:39:31,371 --> 00:39:33,207
Ada empat orang.
400
00:39:42,090 --> 00:39:43,217
Mereka ke sana!
401
00:39:45,636 --> 00:39:46,803
Mari pergi!
402
00:39:48,555 --> 00:39:50,015
Apa ada di sana?
403
00:39:52,100 --> 00:39:53,519
Cuma ada bangsal.
404
00:39:55,437 --> 00:39:57,814
Mujurlah pemiliknya tiada di sana.
405
00:39:57,898 --> 00:40:02,611
Tapi dia akan terkejut melihat
semua ini apabila pulang nanti.
406
00:40:09,409 --> 00:40:10,452
Mari periksanya.
407
00:40:12,412 --> 00:40:15,541
Awak tak dengar cakap pak cik ini?
Dia cakap mereka tak pergi ke sana.
408
00:40:17,292 --> 00:40:19,294
Mungkin mereka
menyelinap semasa awak tak nampak.
409
00:40:20,003 --> 00:40:21,588
Mereka licik.
410
00:40:25,676 --> 00:40:27,928
Saya jumpa mereka! Mereka di sini!
411
00:40:28,428 --> 00:40:29,513
Ayuh!
412
00:40:35,102 --> 00:40:36,812
Bakarnya!
413
00:40:51,034 --> 00:40:52,202
Kita kena pergi.
414
00:40:53,370 --> 00:40:54,621
Tiada apa awak boleh buat.
415
00:40:54,705 --> 00:40:56,331
Mereka akan campak awak ke dalam sana.
416
00:41:50,636 --> 00:41:55,098
2:12 PAGI
417
00:42:16,787 --> 00:42:18,413
Saya kenal beberapa orang itu.
418
00:42:30,759 --> 00:42:31,969
Ayah!
419
00:42:39,685 --> 00:42:42,896
Kami tunggu awak,
kami fikir awak dah mati.
420
00:42:43,605 --> 00:42:47,150
Awak pasti harap begitu.
421
00:42:47,901 --> 00:42:49,236
Maaf sebab kecewakan awak.
422
00:42:49,319 --> 00:42:51,822
Bagaimana awak boleh bergurau
pada waktu begini?
423
00:42:55,450 --> 00:42:56,869
Sebab kita sudah bersatu semula.
424
00:43:17,764 --> 00:43:20,309
Hansu, mari.
425
00:43:26,440 --> 00:43:28,358
Kita akan jaga dia
untuk sementara waktu.
426
00:43:32,529 --> 00:43:34,865
Awak masih perlu bayar hutang ayah awak.
427
00:45:41,575 --> 00:45:43,076
PADA 1 SEPTEMBER 1923,
428
00:45:43,160 --> 00:45:47,623
GEMPA BUMI PADA MAGNITUD 7.9
MELETUS DI KAWASAN KANTO.
429
00:45:49,666 --> 00:45:54,546
LEBIH DARIPADA 100,000 NYAWA TERKORBAN,
430
00:45:56,465 --> 00:45:58,175
TERMASUK ORANG KOREA TAK BERSALAH
431
00:45:58,258 --> 00:46:00,928
YANG DIPERSALAHKAN
BAGI KEMUSNAHAN YANG BERLAKU SELEPAS ITU
432
00:46:01,011 --> 00:46:02,846
OLEH ORANG JEPUN
YANG MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI.
433
00:46:05,098 --> 00:46:09,686
TERDAPAT PERTIKAIAN TENTANG JUMLAH ORANG
KOREA YANG TERBUNUH…
434
00:46:12,022 --> 00:46:17,402
TAPI RAMAI AHLI SEJARAH
MENGANGGARKAN ADA BERIBU MANGSA.
435
00:46:25,869 --> 00:46:27,829
BERDASARKAN BUKU OLEH
MIN JIN LEE
436
00:47:37,858 --> 00:47:39,860
Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman