1 00:00:17,642 --> 00:00:20,729 SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:29,988 --> 00:00:31,906 Kamu dah bersedia? Baiklah. 3 00:00:31,990 --> 00:00:35,368 Saya akan berikan pengenalan ringkas sebelum kita bermula. 4 00:00:35,869 --> 00:00:39,289 Kami berada di rumah Dr. Henry Kolm. 5 00:00:39,372 --> 00:00:42,500 Kami akan menemu bual En. Alfred Bomberg. 6 00:00:42,584 --> 00:00:45,420 Kami juga menemu bual Duta John Gunther Dean, 7 00:00:45,503 --> 00:00:48,423 veteran yang pernah berkhidmat di Peti Surat 1142. 8 00:00:50,091 --> 00:00:53,553 Saya tak pasti setakat mana ia dianggap sulit. 9 00:00:54,220 --> 00:00:56,848 Sebab semua ini berlaku semasa peperangan. 10 00:00:57,974 --> 00:01:02,187 Saya anggap perkara ini serius jadi saya tak pernah bercakap tentangnya. 11 00:01:02,270 --> 00:01:04,230 Terutamanya kepada keluarga saya. 12 00:01:04,856 --> 00:01:06,733 Kami disuruh bersumpah. 13 00:01:06,816 --> 00:01:11,279 "Jangan beritahu sesiapa lokasi kamu dan apa yang kamu buat. 14 00:01:11,362 --> 00:01:13,698 Termasuk isteri atau ibu bapa kamu. 15 00:01:13,782 --> 00:01:18,787 Nasib negara ini bergantung kepada kemampuan kamu menyimpan rahsia" 16 00:01:19,537 --> 00:01:21,289 SEMASA PERANG DUNIA KE-2, AS KENDALIKAN 17 00:01:21,372 --> 00:01:23,917 SEBUAH KEM TENTERA RAHSIA BERHAMPIRAN WASHINGTON, DC. 18 00:01:24,000 --> 00:01:26,086 HAMPIR 50 TAHUN IA DIRAHSIAKAN. 19 00:01:26,169 --> 00:01:29,380 PADA 2006, PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA MENEMU BUAL VETERANNYA. 20 00:01:36,346 --> 00:01:39,432 Saya masih ingat semasa kami diberitahu 21 00:01:39,516 --> 00:01:43,895 kami akan dibawa ke sebuah tempat yang merupakan 1142. 22 00:01:44,938 --> 00:01:47,148 Kami dimasukkan ke dalam bas. 23 00:01:48,900 --> 00:01:51,820 Semua tingkap bas itu ditutup dengan kayu. 24 00:01:52,403 --> 00:01:54,447 Kami langsung tak nampak apa-apa. 25 00:01:56,449 --> 00:01:57,575 Mereka cakap, 26 00:01:57,659 --> 00:02:01,538 "Kamu akan dihantar bertugas ke satu tempat yang dirahsiakan." 27 00:02:02,872 --> 00:02:05,458 Kami sangka kami akan dihantar ke Eropah, 28 00:02:05,542 --> 00:02:10,630 tapi kami terpisah dan tiada sesiapa tahu destinasi kami. 29 00:02:15,760 --> 00:02:18,263 Kami menuju ke selatan Washington. 30 00:02:18,346 --> 00:02:21,224 Saya terfikir, "Apa yang sedang berlaku?" 31 00:02:21,808 --> 00:02:23,893 Sebab mereka seperti sedang cuba 32 00:02:23,977 --> 00:02:26,312 untuk merahsiakannya daripada saya. 33 00:02:28,439 --> 00:02:30,150 Kami masih dalam perjalanan 34 00:02:30,233 --> 00:02:34,612 semasa saya mula nampak sebatang jalan di celahan pokok. 35 00:02:34,696 --> 00:02:37,782 Saya rasa ia jalan tanah. 36 00:02:38,908 --> 00:02:41,327 Ke mana saya akan dibawa? 37 00:02:44,956 --> 00:02:48,501 Kami mula menyimpang dari jalan itu 38 00:02:48,585 --> 00:02:51,921 dan tiba di sebuah kawasan kecil 39 00:02:52,005 --> 00:02:55,884 yang merupakan pangkalan tentera. 40 00:02:58,136 --> 00:03:01,723 Sebaik saja kami tiba di sana komander berkata, 41 00:03:01,806 --> 00:03:05,393 "Inilah tempatnya. Kamu bukan dihantar ke luar negara. 42 00:03:05,476 --> 00:03:07,145 Kamu akan bertugas di sini." 43 00:03:08,271 --> 00:03:14,068 Salah seorang daripada kami bertanya kepada polis tentera, 44 00:03:14,152 --> 00:03:16,321 "Apa nama tempat ini?" 45 00:03:16,404 --> 00:03:20,200 Polis tentera itu jawab, "Tiada nama!" 46 00:03:23,995 --> 00:03:28,082 Saya rasa orang yang memulakan program ini 47 00:03:28,166 --> 00:03:30,126 tak pasti apa kami akan lakukan. 48 00:03:30,919 --> 00:03:34,047 Situasi begini tak pernah berlaku. Benar, bukan? 49 00:03:44,515 --> 00:03:46,726 AUDIO TEMU BUAL PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA 2006 50 00:03:46,809 --> 00:03:49,562 Baiklah, kita akan mulakan sesi pagi ini. 51 00:03:49,646 --> 00:03:53,942 George, awak boleh mulakannya dengan beberapa maklumat asas. 52 00:03:54,025 --> 00:03:57,445 Boleh awak sebut nama penuh dan tempat lahir awak? 53 00:03:58,446 --> 00:04:00,531 Nama saya George Weidinger. 54 00:04:00,615 --> 00:04:05,119 Saya dilahirkan di Vienna, Austria pada tahun 1923 55 00:04:05,703 --> 00:04:08,039 dan melarikan diri ke Amerika Syarikat 56 00:04:08,122 --> 00:04:13,378 atas kapal terakhir yang keluar dari Eropah pada Disember 1939. 57 00:04:16,297 --> 00:04:19,467 Saya rasa sangat takut ketika itu. 58 00:04:20,176 --> 00:04:23,054 Semua saumaah di Vienna telah dibakar. 59 00:04:23,680 --> 00:04:27,392 Ramai orang dihantar ke kem tumpuan. 60 00:04:28,059 --> 00:04:32,563 Hitler yang ingin membunuh orang Yahudi. 61 00:04:32,647 --> 00:04:34,148 Membunuh kami semua. 62 00:04:38,069 --> 00:04:40,780 Sebaik saja saya tiba di negara ini, 63 00:04:40,863 --> 00:04:44,701 saya buat permohonan untuk menjadi warganegara 64 00:04:44,784 --> 00:04:49,289 yang menjadikan saya layak menyertai tentera. 65 00:04:51,416 --> 00:04:53,334 Ada beratus orang seperti saya. 66 00:04:53,418 --> 00:04:56,087 Orang Yahudi yang diarahkan menyertai tentera. 67 00:04:56,629 --> 00:04:59,090 Soalan pertama yang mereka tanya, 68 00:04:59,173 --> 00:05:03,469 "Awak dah bersedia untuk berlawan demi negara baru awak, Amerika?" 69 00:05:03,553 --> 00:05:06,055 Kami akan cakap, "Ya, Yang Arif!" 70 00:05:06,597 --> 00:05:10,268 Saya berada di bahagian yang akan menyerang orang Jerman. 71 00:05:11,894 --> 00:05:13,813 Hutang darah dibayar darah. 72 00:05:16,024 --> 00:05:19,277 Saya rasa orang lain tiada sebab sekukuh saya 73 00:05:19,360 --> 00:05:21,321 untuk menyertai tentera. 74 00:05:22,864 --> 00:05:26,367 Saya tahu apa yang kami perjuangkan. 75 00:05:28,619 --> 00:05:30,413 Latihan kami telah tamat. 76 00:05:30,496 --> 00:05:33,583 Nama semua orang dipanggil kecuali nama saya. 77 00:05:33,666 --> 00:05:35,001 Satu langkah ke depan. 78 00:05:35,501 --> 00:05:36,669 Pusing kiri. 79 00:05:37,170 --> 00:05:39,088 Mereka pun berkawad pergi. 80 00:05:39,172 --> 00:05:42,884 Saya seorang tinggal di lapangan itu. 81 00:05:44,802 --> 00:05:47,096 Saya dipanggil oleh kolonel. 82 00:05:48,389 --> 00:05:50,516 Weiss, cuba cakap bahasa Jerman. 83 00:05:51,351 --> 00:05:55,438 Saya membacakan sajak terkenal karya Goethe. 84 00:05:55,521 --> 00:05:58,566 "Siapa menunggang melewati malam dan angin? 85 00:05:58,649 --> 00:05:59,692 Adakah ayah…" 86 00:05:59,776 --> 00:06:03,738 Dia cakap, "Okey, cukup. Awak akan dihantar ke 1142." 87 00:06:16,834 --> 00:06:18,669 Bas itu berhenti. 88 00:06:19,545 --> 00:06:24,425 Perkara pertama yang saya sedar ialah itu bukan kem tentera. 89 00:06:31,099 --> 00:06:33,101 Ia nampak macam kelab desa. 90 00:06:35,269 --> 00:06:39,273 Ada kolam renang dan gelanggang tenis. 91 00:06:41,275 --> 00:06:44,278 Bagi saya, ia bukan seperti sesuatu yang nyata. 92 00:06:45,405 --> 00:06:47,115 Kami tak tahu itu tempat apa. 93 00:06:48,408 --> 00:06:50,868 Saya telah diberitahu, 94 00:06:50,952 --> 00:06:53,746 "Di sini tiada pangkat dan gelaran. 95 00:06:53,830 --> 00:06:56,207 Jangan beritahu orang lain tugas kamu." 96 00:06:56,290 --> 00:06:58,543 Ini operasi sulit yang sangat penting. 97 00:07:03,256 --> 00:07:05,425 Sebenarnya ini kem penjara. Betul? 98 00:07:05,508 --> 00:07:08,302 Jika awak nak gelarkannya begitu. 99 00:07:08,386 --> 00:07:11,931 Mereka tak namakannya. Ia digelarkan sebagai Peti Surat 1142. 100 00:07:12,598 --> 00:07:14,267 Selepas beberapa minggu, 101 00:07:14,350 --> 00:07:17,770 baru kami diberitahu banduan di situ merupakan askar Nazi. 102 00:07:36,789 --> 00:07:39,500 Semasa itu, seorang Nazi ialah Nazi. 103 00:07:39,584 --> 00:07:43,379 Orang Jerman itu Nazi dan saya tak sangka mereka dibawa ke sini. 104 00:07:44,672 --> 00:07:47,091 Selepas mereka tangkap askar Jerman, 105 00:07:47,175 --> 00:07:50,178 mereka tak patut bawa askar itu ke Amerika Syarikat. 106 00:07:50,261 --> 00:07:52,221 Apa yang sedang berlaku? 107 00:07:53,556 --> 00:07:55,892 Askar itu datang dari semua cawangan. 108 00:07:55,975 --> 00:07:59,228 Artileri, Infantri, SS. 109 00:07:59,770 --> 00:08:04,942 Ramai antara mereka dipindahkan sebaik saja mereka ditangkap 110 00:08:05,485 --> 00:08:09,405 dan tanpa menukar pakaian, mereka tiba di 1142. 111 00:08:10,490 --> 00:08:12,909 Ia membuatkan kami rasa tak selesa. 112 00:08:13,993 --> 00:08:16,329 Antara mereka ada Nazi sebenar 113 00:08:16,412 --> 00:08:19,832 yang pasti akan bunuh kami jika diberikan peluang. 114 00:08:19,916 --> 00:08:23,628 Saya orang Yahudi. Mereka juga tahu. 115 00:08:25,338 --> 00:08:28,591 Semasa kamu berada di sana, kamu dah diberitahu peranan 116 00:08:28,674 --> 00:08:30,009 dan tugas kamu? 117 00:08:30,092 --> 00:08:33,679 Mendapatkan maklumat untuk membantu Amerika Syarikat. 118 00:08:38,267 --> 00:08:43,064 Ketika peperangan di Eropah berlangsung, Pihak Berikat menghadapi ancaman lain. 119 00:08:43,147 --> 00:08:46,442 Senjata rahsia Hitler, roket V-2. 120 00:08:47,068 --> 00:08:50,154 V-2 telah memusnahkan London 121 00:08:50,238 --> 00:08:53,074 dan mengorbankan lebih 50,000 nyawa. 122 00:08:55,660 --> 00:08:58,663 Wernher von Braun, ketua pembina roket Hitler, 123 00:08:58,746 --> 00:09:03,084 berniat untuk membina roket yang akan mencapai jarak lebih jauh. 124 00:09:05,002 --> 00:09:08,339 Pembinaan roket Jerman berada di kemuncaknya. 125 00:09:08,422 --> 00:09:11,425 Risiko paling besar ialah Hitler akan mencipta 126 00:09:11,509 --> 00:09:15,888 sebuah roket yang mampu menyerang New York atau Washington. 127 00:09:16,597 --> 00:09:19,600 Ia pasti akan mengubah peperangan ini. 128 00:09:22,812 --> 00:09:27,191 Kami disuruh menggunakan bahasa Jerman untuk menyoal siasat banduan Jerman. 129 00:09:28,067 --> 00:09:29,068 Arahannya ialah, 130 00:09:29,151 --> 00:09:33,155 "Jika ada sesiapa sebut roket, rakam apa yang mereka cakap." 131 00:09:33,990 --> 00:09:35,950 - Siapa nama awak? - Buller. 132 00:09:36,450 --> 00:09:39,161 Beritahu saya di mana roket V-2 disembunyikan. 133 00:09:39,245 --> 00:09:40,705 Dalam punggung saya! 134 00:09:40,788 --> 00:09:45,710 Saya ingat satu sesi soal siasat pada September 1944. 135 00:09:45,793 --> 00:09:47,295 Banduan itu cakap, 136 00:09:47,378 --> 00:09:49,672 "Saya tak boleh cakap apa-apa! 137 00:09:49,755 --> 00:09:51,424 Saya pegawai Tentera Jerman. 138 00:09:51,507 --> 00:09:54,510 Saya cuma perlu berikan nama dan nombor siri saya." 139 00:09:55,219 --> 00:09:56,596 Saya cakap, 140 00:09:56,679 --> 00:10:01,934 "Saya orang Yahudi Jerman yang dihalau keluar dari Jerman 141 00:10:02,476 --> 00:10:04,520 dan jika awak diamkan diri, 142 00:10:04,604 --> 00:10:09,233 kami boleh buat banyak perkara mengerikan kepada awak dan keluarga awak." 143 00:10:10,901 --> 00:10:13,821 Sebagai pelarian Yahudi dari Eropah, 144 00:10:14,530 --> 00:10:18,701 tugasan ini merupakan tugasan yang sangat aneh. 145 00:10:22,455 --> 00:10:24,040 SULIT 146 00:10:25,875 --> 00:10:29,754 Ada seorang banduan Waffen-SS yang enggan bercakap. 147 00:10:30,796 --> 00:10:33,424 Rolf cakap, "Saya akan paksa dia bercakap." 148 00:10:33,507 --> 00:10:35,426 Dia dimasukkan ke dalam ambulans 149 00:10:35,509 --> 00:10:38,554 dan dibawa mengelilingi pangkalan selama sejam. 150 00:10:40,139 --> 00:10:42,058 "Awak dah sedia untuk bercakap? 151 00:10:42,141 --> 00:10:44,226 Jika tidak, kami akan racun awak." 152 00:10:45,603 --> 00:10:48,898 Dia masih berdegil. Jadi mereka tutup pintu 153 00:10:50,316 --> 00:10:53,569 dan Rolf cakap, "Ivan, tambah gas." 154 00:10:53,653 --> 00:10:58,574 Mereka hidupkan pembersih vakum dan masukkan habuk melalui bolong, 155 00:10:58,658 --> 00:11:02,745 jadi dia sangka dia diracuni sebab orang Jerman selalu buat begitu. 156 00:11:02,828 --> 00:11:04,747 Dia dikeluarkan dan ditanya, 157 00:11:04,830 --> 00:11:07,291 "Awak dah bersedia untuk bercakap?" 158 00:11:07,375 --> 00:11:09,001 Dia terus bercakap. 159 00:11:16,300 --> 00:11:21,055 Antara pencapaian terhebat Peti Surat 1142 160 00:11:21,138 --> 00:11:25,559 adalah semasa kami menemui tapak 161 00:11:25,643 --> 00:11:28,938 di mana Hitler membina roket-roket V-2. 162 00:11:29,647 --> 00:11:32,983 Wernher von Braun dan kru saintisnya 163 00:11:33,067 --> 00:11:35,861 beroperasi dari kilang rahsia bawah tanah 164 00:11:35,945 --> 00:11:37,738 yang dipanggil Peenemünde. 165 00:11:38,280 --> 00:11:43,411 Jadi kami imbas fotograf udara dan soal siasat banduan. 166 00:11:43,494 --> 00:11:45,621 Mereka beritahu kami segala-galanya. 167 00:11:46,205 --> 00:11:48,457 Penemuan Peenemünde 168 00:11:48,541 --> 00:11:51,544 menyebabkan tapak itu dibom. 169 00:11:53,879 --> 00:11:57,800 Saya rasa gembira mengetahui yang ia salah satu pencapaian 170 00:11:57,883 --> 00:12:00,344 Peti Surat 1142. 171 00:12:03,389 --> 00:12:05,641 PEPERANGAN DI EROPAH SUDAH BERAKHIR 172 00:12:10,479 --> 00:12:14,775 Ramai orang di seluruh dunia meraikan kesudahan peperangan di Eropah. 173 00:12:14,859 --> 00:12:18,362 Sudah lebih lima tahun berlalu sejak Hitler menjajah Poland. 174 00:12:18,446 --> 00:12:21,240 Waktu yang dipenuhi penderitaan dan kematian. 175 00:12:21,323 --> 00:12:23,909 Tapi Jerman telah berjaya dikalahkan. 176 00:12:24,785 --> 00:12:29,915 Tentera Amerika telah memusnahkan lambang parti Nazi sebagai tanda simbolik. 177 00:12:44,847 --> 00:12:48,768 Susunan peristiwa selepas itu menurut kronologi 178 00:12:48,851 --> 00:12:52,271 ialah Jeneral Bissel telah mengumpulkan kami di Pentagon 179 00:12:52,897 --> 00:12:56,358 dan berkata, "Tuan-tuan, saya akan melakukan sesuatu 180 00:12:56,442 --> 00:12:59,445 yang haram dan boleh menyebabkan saya dipenjarakan." 181 00:13:01,322 --> 00:13:03,616 Ada beratus-ratus saintis Jerman 182 00:13:03,699 --> 00:13:05,951 dan jika kita tak bawa mereka masuk, 183 00:13:06,035 --> 00:13:08,370 semua teknologi itu akan hilang. 184 00:13:08,454 --> 00:13:11,081 Jadi mereka tak direkodkan atau didaftarkan? 185 00:13:11,165 --> 00:13:13,000 Tak. Mereka musuh asing 186 00:13:13,083 --> 00:13:15,711 yang tak dibenarkan datang semasa peperangan. 187 00:13:17,129 --> 00:13:21,300 Jeneral Bissel kata, "Kita ambil alih pulau di pelabuhan Boston, 188 00:13:21,383 --> 00:13:26,138 bawa masuk saintis secara haram dan bawa mereka ke pulau 189 00:13:26,222 --> 00:13:29,058 sebelum pihak imigresen nampak bot kita." 190 00:13:29,141 --> 00:13:32,061 Jadi mereka datang menaiki kapal tentera. 191 00:13:32,144 --> 00:13:35,898 Beberapa ratus orang dibawa masuk secara haram ke pulau itu. 192 00:13:37,107 --> 00:13:41,237 Saya masih ingat semasa kami bawa Wernher von Braun 193 00:13:41,320 --> 00:13:44,824 dan kru pertama daripada 300 orang dari Peenemünde. 194 00:13:44,907 --> 00:13:46,575 Semasa itu ribut melanda. 195 00:13:46,659 --> 00:13:49,370 Semasa hujan turun dan angin kencang bertiupan, 196 00:13:49,453 --> 00:13:54,166 mereka diturunkan di tangga kerana bot sukar dikawal disebabkan ribut. 197 00:13:54,250 --> 00:13:57,837 Mereka turun dari kapal dan tiba di pulau itu. 198 00:13:57,920 --> 00:14:00,297 Penampilan aneh mereka menarik perhatian 199 00:14:00,381 --> 00:14:03,801 sebab mereka memakai kot kulit dan topi yang nampak lucu. 200 00:14:06,512 --> 00:14:10,516 Jika sesiapa nak lihat stereotaip orang Prusia 201 00:14:10,599 --> 00:14:14,603 yang tinggi, rambut perang dan mata biru, lihatlah Wernher von Braun! 202 00:14:17,773 --> 00:14:22,444 Mereka antara orang yang kami hormati 203 00:14:23,028 --> 00:14:26,866 dan saya tak tahu kehebatan teknologi kami tapi setahu saya, 204 00:14:26,949 --> 00:14:30,202 kami tak banyak maklumat tentang sains roket. 205 00:14:30,786 --> 00:14:32,288 Tidak syak lagi. 206 00:14:32,913 --> 00:14:34,999 Saintis roket 207 00:14:35,082 --> 00:14:40,212 yang penting dalam usaha perang Nazi 208 00:14:40,296 --> 00:14:44,633 kini telah menjadi penting dalam usaha perang kami. 209 00:14:47,136 --> 00:14:52,224 Tiba-tiba, peranan saya dalam situasi ini berubah 210 00:14:52,308 --> 00:14:54,727 dan kami mula ketahui sebab sebenar 211 00:14:54,810 --> 00:14:56,520 kami dibawa ke sini. 212 00:14:56,604 --> 00:14:59,648 Menjadi pengiring dan pegawai perhubungan awam. 213 00:15:00,441 --> 00:15:02,651 Pastikan mereka selesa di sini. 214 00:15:04,236 --> 00:15:07,823 Mereka buat keputusan untuk menjadikan saya pegawai semangat. 215 00:15:07,907 --> 00:15:10,284 Gelaran yang tak masuk akal. 216 00:15:10,367 --> 00:15:13,621 Tapi ada orang berpendapat yang kami patut 217 00:15:13,704 --> 00:15:15,831 layan mereka dengan baik. 218 00:15:16,332 --> 00:15:20,461 Saya ditanyakan satu soalan sebab saya benci orang Jerman. 219 00:15:20,544 --> 00:15:24,757 Bolehkah saya lakukannya dengan teliti dan berhati-hati 220 00:15:24,840 --> 00:15:27,134 dan bukan lakukannya secara semberono? 221 00:15:27,217 --> 00:15:29,011 Ketika itu saya jawab, 222 00:15:29,845 --> 00:15:33,057 "Saya tiada jawapan sebab saya tak pernah lakukannya." 223 00:15:36,644 --> 00:15:40,064 Kami diberitahu yang kami perlu soal siasat mereka 224 00:15:40,564 --> 00:15:45,569 sementara bermain catur, pingpong atau tenis bersama-sama. 225 00:15:46,779 --> 00:15:49,114 Main bola tampar. Mereka suka main bola tampar. 226 00:15:49,239 --> 00:15:50,783 BERSEDIA UNTUK APA-APA SAJA! 227 00:15:50,866 --> 00:15:56,497 Mereka tak main ladam di Jerman. Saya ajar mereka cara main ladam. 228 00:15:56,580 --> 00:15:58,707 Ada rutin harian 229 00:15:58,791 --> 00:16:03,087 yang mana saya akan bawakan mereka surat khabar, majalah dan wiski. 230 00:16:04,838 --> 00:16:05,881 Apa semua ini? 231 00:16:05,965 --> 00:16:09,009 Saya tak sangka saya akan lawan dengan orang Jerman 232 00:16:09,093 --> 00:16:11,428 yang saya benar-benar benci 233 00:16:11,512 --> 00:16:13,847 dan akan berada dalam situasi begini. 234 00:16:13,931 --> 00:16:15,557 Ia langsung tak masuk akal. 235 00:16:17,142 --> 00:16:21,146 Apa awak lakukan semasa bercakap dengan banduan Jerman? 236 00:16:21,230 --> 00:16:24,525 Saya akan ketawa dan bergurau dengan mereka. 237 00:16:24,608 --> 00:16:29,780 Saya nak mereka fikir saya di pihak mereka sebab saya lahir di Jerman 238 00:16:29,863 --> 00:16:33,283 dan ada kemungkinan saya menyokong orang Jerman. 239 00:16:34,118 --> 00:16:36,495 Tapi saya sedang memanipulasi mereka. 240 00:16:38,455 --> 00:16:42,668 Semasa Heinz Schlicke tiba, dia masih muda dan aktif bersukan 241 00:16:42,751 --> 00:16:46,005 jadi saya selalu teman dia buat aktiviti-aktiviti sukan. 242 00:16:46,714 --> 00:16:51,135 Dia seorang Nazi? Ya, dia seorang Nazi. Dia bekerja di Peenemünde. Jadi? 243 00:16:51,218 --> 00:16:55,055 Tugas saya ialah memastikan dia boleh menyumbang kepada Amerika. 244 00:16:57,016 --> 00:16:59,643 Kami ada dana sulit. 245 00:16:59,727 --> 00:17:02,938 Semasa saya dijadualkan untuk menghiburkan saintis, 246 00:17:03,022 --> 00:17:07,067 Kolonel Dean akan berikan saya 50 atau 100 dolar 247 00:17:07,151 --> 00:17:08,777 dan itu sudah mencukupi. 248 00:17:09,528 --> 00:17:14,283 Kami akan menaiki bas tentera untuk pergi kelab malam, makan malam 249 00:17:14,366 --> 00:17:16,201 dan saya akan bayar semuanya. 250 00:17:18,662 --> 00:17:23,667 Semasa itu ada tayangan filem dan banduan yang berikan kerjasama 251 00:17:23,751 --> 00:17:25,669 dibenarkan menonton. 252 00:17:25,753 --> 00:17:29,840 Saya rasa mereka hargai peluang yang diberikan 253 00:17:29,923 --> 00:17:32,509 untuk menonton filem Amerika. 254 00:17:32,593 --> 00:17:36,597 Mereka suka belajar tentang Amerika dan selalu tanya tentang Amerika. 255 00:17:36,680 --> 00:17:39,808 Kami nak mereka kenal budaya Amerika. 256 00:17:41,977 --> 00:17:46,231 Adakah tugas awak lebih kepada mendapatkan maklumat 257 00:17:46,315 --> 00:17:51,361 atau lebih kepada mengiringi mereka dan memastikan mereka gembira? 258 00:17:51,445 --> 00:17:52,988 Kedua-duanya. 259 00:17:57,367 --> 00:18:00,329 Pada bulan Disember, Wernher von Braun berkata, 260 00:18:00,412 --> 00:18:04,083 "Musim sejuk di Eropah sangat teruk 261 00:18:04,166 --> 00:18:08,545 jadi kami nak hantar beberapa barang kepada keluarga kami 262 00:18:08,629 --> 00:18:10,214 sempena musim perayaan." 263 00:18:11,632 --> 00:18:15,219 Saya cakap, "Saya akan tanya dulu." Saya jumpa komander kem. 264 00:18:15,719 --> 00:18:18,138 Dia menghubungi Pentagon dan berkata, 265 00:18:18,222 --> 00:18:20,057 "Pastikan mereka gembira." 266 00:18:21,975 --> 00:18:24,770 Jadi keesokan paginya, mereka muncul 267 00:18:26,480 --> 00:18:30,818 berpakaian kot kulit panjang 268 00:18:30,901 --> 00:18:33,320 yang orang Jerman pakai pada musim sejuk. 269 00:18:33,904 --> 00:18:35,823 Mereka juga pakai topi Tyrolese, 270 00:18:36,406 --> 00:18:38,909 dan salah satunya ada bulu burung kecil. 271 00:18:38,992 --> 00:18:44,081 Saya cakap, "Ya Tuhan. Tiada sesiapa patut tahu kamu ada di sini. 272 00:18:44,164 --> 00:18:47,751 Jadi boleh kamu pergi tukar pakaian?" 273 00:18:48,627 --> 00:18:50,963 Jawapannya, "Kami tiada pakaian lain. 274 00:18:51,046 --> 00:18:53,298 Kami akan pakai pakaian ini." 275 00:18:53,382 --> 00:18:57,010 Saya jumpa komander dan dia cakap, "Okey. Bawalah mereka." 276 00:19:01,056 --> 00:19:02,850 Saya diberikan seribu dolar 277 00:19:03,725 --> 00:19:06,270 dan kami dibawa ke Lansburgh Brothers. 278 00:19:07,271 --> 00:19:11,150 Lansburgh Brothers ialah gedung serbaneka yang paling besar 279 00:19:11,233 --> 00:19:14,444 di Washington DC dan dimiliki oleh orang Yahudi. 280 00:19:15,112 --> 00:19:18,282 Jadi saya rasa puas hati 281 00:19:18,365 --> 00:19:22,369 kerana berpeluang membawa mereka ke gedung serbaneka orang Yahudi. 282 00:19:23,787 --> 00:19:28,458 Jadi apa yang mereka beli? Kopi, teh dan coklat untuk anak-anak. 283 00:19:29,209 --> 00:19:30,586 Saya cakap, "Sekarang?" 284 00:19:31,962 --> 00:19:32,962 Seluar dalam! 285 00:19:33,839 --> 00:19:37,676 Saya berusia 17 tahun. Saya tak pernah beli seluar dalam. 286 00:19:37,759 --> 00:19:40,637 Tapi empat lelaki Jerman ini 287 00:19:41,180 --> 00:19:44,099 sedang membeli seluar dalam untuk isteri mereka. 288 00:19:45,184 --> 00:19:47,102 Akhirnya, wanita itu keluar 289 00:19:47,728 --> 00:19:52,191 dan memegang seluar dalam nilon yang cantik. 290 00:19:52,733 --> 00:19:54,318 Saya masih ingat 291 00:19:55,277 --> 00:19:57,571 Wernher von Braun berkata, 292 00:19:57,654 --> 00:20:02,075 "Bukan! Diperbuat daripada bulu kambing 293 00:20:02,159 --> 00:20:04,036 dengan kaki yang panjang." 294 00:20:04,620 --> 00:20:08,123 Sudah tentu ramai orang memandang mereka dengan rasa pelik 295 00:20:08,207 --> 00:20:11,210 kerana berbahasa Jerman dan berpakaian lucu. 296 00:20:12,127 --> 00:20:14,129 Saya tanya mereka, "Selepas ini?" 297 00:20:14,213 --> 00:20:15,422 Baju dalam. 298 00:20:15,505 --> 00:20:19,551 Saya tak pernah beli baju dalam. 299 00:20:21,094 --> 00:20:23,847 Jadi kami pun pergi ke bahagian baju dalam. 300 00:20:25,307 --> 00:20:28,685 Semasa itu, ramai orang memandang kami dengan rasa curiga. 301 00:20:30,520 --> 00:20:32,606 Polis tentera tiba, tangkap kami… 302 00:20:35,108 --> 00:20:38,487 dan kami dibawa pulang seperti penjenayah 303 00:20:39,196 --> 00:20:41,865 ke Peti Surat 1142. 304 00:20:45,202 --> 00:20:47,996 Apa yang berlaku? Saya tak boleh lupakannya 305 00:20:48,622 --> 00:20:50,666 dan kisah begini tak boleh direka. 306 00:20:54,628 --> 00:20:57,923 Kami bawa mereka bersiar-siar seperti orang lain. 307 00:20:58,006 --> 00:21:01,510 Pergi ke bandar, makan kek dan minum kopi. 308 00:21:01,593 --> 00:21:02,928 Perkara yang normal. 309 00:21:03,011 --> 00:21:06,515 Mereka bukan banduan yang sedang dihukum. 310 00:21:07,140 --> 00:21:09,977 Sebaliknya, kami pastikan mereka gembira. 311 00:21:15,440 --> 00:21:19,861 Wernher von Braun telah mencipta roket V-2 312 00:21:19,945 --> 00:21:23,907 yang membunuh ramai orang. 313 00:21:24,533 --> 00:21:26,868 Sekarang dia akan bekerja untuk kami. 314 00:21:27,744 --> 00:21:31,581 Dia dilayan seperti seorang wira. 315 00:21:35,544 --> 00:21:40,757 Wernher seorang yang berwawasan tapi adakah dia seorang Nazi? 316 00:21:43,093 --> 00:21:46,763 Dia buat apa yang Nazi mahukan dan perkara itu membantunya. 317 00:21:46,847 --> 00:21:50,851 Secara ideologi, dia berminat dengan roket dan perjalanan ke bulan. 318 00:21:50,934 --> 00:21:53,312 Dia tak berminat dengan peperangan. 319 00:21:53,854 --> 00:21:58,191 Ya, dia telah mencipta roket V-2 yang telah mengebom London, tapi… 320 00:21:59,067 --> 00:22:03,864 Dia pernah nampak menyesal tentang kesan roket V-1 dan V-2? 321 00:22:04,698 --> 00:22:08,994 Dia beranggapan yang kemajuan ini penting 322 00:22:09,077 --> 00:22:11,913 dari segi perjalanan ke angkasa lepas. 323 00:22:17,336 --> 00:22:20,964 Dalam salah satu kilang di mana mereka mencipta 324 00:22:21,048 --> 00:22:22,507 beberapa senjata ini, 325 00:22:22,591 --> 00:22:26,386 mereka gunakan orang Yahudi yang ditangkap oleh Gestapo. 326 00:22:27,429 --> 00:22:29,139 Dia tahu apa yang berlaku. 327 00:22:30,349 --> 00:22:35,103 Wernher von Braun tahu kewujudan Auschwitz. 328 00:22:36,104 --> 00:22:39,191 KILANG PEMBUNUHAN NAZI ED HERLIHY 329 00:22:39,274 --> 00:22:42,361 GAMBAR SEBENAR KEKEJAMAN DI KEM PEMBUNUHAN NAZI 330 00:22:42,444 --> 00:22:45,155 BANDUAN YANG TAK BERDAYA DISEKSA MUSUH KEJAM… 331 00:22:45,238 --> 00:22:46,239 INI KEBENARANNYA! 332 00:22:46,323 --> 00:22:48,992 Buat pertama kali, rakyat Amerika tak percaya 333 00:22:49,076 --> 00:22:51,661 apa yang mereka anggap sebagai propaganda. 334 00:22:51,745 --> 00:22:55,207 Bukti ini menunjukkan berlakunya pembunuhan besar-besaran. 335 00:22:55,832 --> 00:22:59,336 Jeneral Eisenhower yang sudah lali dengan kekejaman perang 336 00:22:59,419 --> 00:23:02,756 kelihatan terkejut melihat kengerian ini. 337 00:23:04,216 --> 00:23:07,594 Kem paling mengerikan terletak di Buchenwald 338 00:23:07,677 --> 00:23:11,431 di mana cuma 20,000 daripada 80,000 orang didapati masih hidup. 339 00:23:11,515 --> 00:23:14,267 Buruh hamba bekerja membuat bom V-2 340 00:23:14,351 --> 00:23:17,145 dengan nombor bersiri di perut mereka. 341 00:23:17,771 --> 00:23:20,023 Ini pembunuhan besar-besaran. 342 00:23:20,107 --> 00:23:25,153 Ia akan mencemarkan nama Jerman selagi rekod sejarah masih wujud. 343 00:23:29,199 --> 00:23:32,702 Kami masih belum sedar 344 00:23:32,786 --> 00:23:38,583 tentang kekejaman yang telah berlaku 345 00:23:39,084 --> 00:23:41,545 di bawah pemerintahan Nazi. 346 00:23:42,170 --> 00:23:44,673 Saya masih belum tahu ketika itu 347 00:23:44,756 --> 00:23:50,512 yang datuk saya, pak cik saya, mak cik saya, 348 00:23:51,513 --> 00:23:55,183 sepupu saya dan saudara-mara saya 349 00:23:56,435 --> 00:23:58,854 telah dibunuh semasa kejadian Holocaust. 350 00:24:03,150 --> 00:24:05,902 Seperti ramai mangsa lain. 351 00:24:09,656 --> 00:24:12,159 Kami terkejut mengetahui apa yang berlaku. 352 00:24:12,659 --> 00:24:15,454 Selepas mendengar apa yang berlaku di Auschwitz, 353 00:24:15,537 --> 00:24:18,081 tiada apa-apa lagi boleh buat kami terkejut. 354 00:24:19,082 --> 00:24:23,044 Saya rasa tiada apa-apa akan berubah jika saya luahkan perasaan, 355 00:24:23,128 --> 00:24:25,130 merintih dan menangis. 356 00:24:25,797 --> 00:24:28,049 Ia juga takkan membantu ibu bapa saya. 357 00:24:30,177 --> 00:24:34,973 Ramai daripada kami merupakan pelarian daripada pemerintahan Nazi. 358 00:24:36,016 --> 00:24:39,769 Sudah tentu kami ingin layan mereka 359 00:24:39,853 --> 00:24:43,565 seperti penjenayah perang 360 00:24:45,025 --> 00:24:49,196 tapi sebagai askar, kami perlu patuhi arahan. 361 00:24:50,989 --> 00:24:54,201 Saya cuba menahan perasaan 362 00:24:54,284 --> 00:24:59,080 sebab saya tak boleh bekerja dengan baik 363 00:24:59,164 --> 00:25:02,125 jika saya rasa saya nak bunuh mereka. 364 00:25:04,002 --> 00:25:07,047 Boleh dikatakan ia langsung tak menyenangkan. 365 00:25:07,130 --> 00:25:09,925 Saya rasa macam nak muntah 366 00:25:10,008 --> 00:25:12,719 sebab saya perlu layan mereka dengan baik. 367 00:25:13,345 --> 00:25:16,348 Satu-satunya soalan yang saya tanya diri saya ialah, 368 00:25:16,431 --> 00:25:18,558 "Apa mereka buat semasa peperangan?" 369 00:25:24,105 --> 00:25:29,611 Boleh kita bercakap tentang peranan awak sebagai pegawai semangat? 370 00:25:29,694 --> 00:25:34,908 Cuma pegawai semangat akan terjemahkan khutbah Krismas. 371 00:25:41,414 --> 00:25:45,544 Mereka cakap, "Hari ini Krismas jadi kami nak berkumpul." 372 00:25:46,711 --> 00:25:49,339 Mereka berkumpul dalam sebuah bilik. 373 00:25:49,422 --> 00:25:50,590 Semua orang hadir. 374 00:25:51,299 --> 00:25:54,427 Pertama sekali ada khutbah Katolik 375 00:25:54,511 --> 00:25:57,264 dan selepas itu ada khutbah Protestan. 376 00:25:57,347 --> 00:25:58,890 Tanggungjawab saya 377 00:25:58,974 --> 00:26:04,312 ialah menterjemahkan dua khutbah daripada bahasa Inggeris ke Jerman. 378 00:26:05,021 --> 00:26:06,481 Mereka sangat gembira. 379 00:26:06,565 --> 00:26:10,235 Mereka benar-benar gembira sehingga mereka jemput saya 380 00:26:10,318 --> 00:26:12,571 untuk minum bersama mereka. 381 00:26:12,654 --> 00:26:14,656 Ia membuatkan saya rasa marah. 382 00:26:17,617 --> 00:26:21,288 Saya tak boleh layan mereka macam manusia biasa. Tak boleh. 383 00:26:22,789 --> 00:26:26,626 Di belakang saya, saya dipanggil "Der kleine Judenbube." 384 00:26:27,335 --> 00:26:28,628 Budak Yahudi. 385 00:26:29,921 --> 00:26:33,300 Dalam situasi apa pun, 386 00:26:33,383 --> 00:26:37,137 saya tak pernah jangka yang saya akan jadi pegawai semangat 387 00:26:37,762 --> 00:26:39,639 kepada haiwan-haiwan ini. 388 00:26:41,057 --> 00:26:45,604 Saya benar-benar benci mereka sehingga saya rasa tak tahan lagi. 389 00:26:46,146 --> 00:26:47,856 Sebab bagi saya, 390 00:26:47,939 --> 00:26:50,358 mereka orang tak guna yang patut mati. 391 00:26:53,778 --> 00:26:56,781 Awak fikir apa akan berlaku kepada mereka? 392 00:26:56,865 --> 00:26:59,034 Jika kami dihantar ke Washington 393 00:26:59,117 --> 00:27:03,246 untuk beli hadiah Krismas saudara-mara mereka… 394 00:27:04,664 --> 00:27:09,961 mereka pasti takkan didakwa atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan. 395 00:27:13,089 --> 00:27:18,762 Sebelum tidur saya selalu terfikir, 396 00:27:18,845 --> 00:27:20,930 "Apa saya buat di sini?" 397 00:27:22,932 --> 00:27:27,187 Saya tertanya-tanya sama ada saya boleh jumpa 398 00:27:27,270 --> 00:27:30,148 kolonel yang bertugas dan cakap, 399 00:27:30,231 --> 00:27:32,525 "Saya tak sanggup lakukannya lagi." 400 00:27:33,943 --> 00:27:38,198 Tapi seorang askar tak boleh buat begitu. 401 00:27:40,200 --> 00:27:42,702 Kami juga tak boleh buat begitu 402 00:27:42,786 --> 00:27:47,540 sebab kami baru berhijrah ke sini. 403 00:27:54,673 --> 00:27:58,510 Kami sedang cuba bantu kerajaan Amerika dapatkan maklumat 404 00:27:58,593 --> 00:28:00,804 dan ia datang dalam pelbagai bentuk. 405 00:28:01,721 --> 00:28:03,723 Mungkin 1142 ialah permulaan 406 00:28:04,349 --> 00:28:08,728 pendekatan diplomatik bagi mendapatkan maklumat. 407 00:28:11,606 --> 00:28:13,775 Saya nak cakap sesuatu yang 408 00:28:13,858 --> 00:28:16,569 awak boleh pilih untuk siarkan atau tidak. 409 00:28:18,863 --> 00:28:22,409 Kami bukan saja berminat dengan apa orang Jerman boleh buat, 410 00:28:22,492 --> 00:28:27,163 tapi kami juga berminat nak tahu tentang sekutu kami ketika itu, 411 00:28:27,914 --> 00:28:29,249 Kesatuan Soviet. 412 00:28:30,166 --> 00:28:33,628 Ia menjadi perkara yang sangat penting. 413 00:28:34,754 --> 00:28:36,923 Perasaan syak wasangka 414 00:28:38,216 --> 00:28:41,845 antara negara Barat dan negara Rusia 415 00:28:42,887 --> 00:28:46,933 telah wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua. 416 00:28:48,143 --> 00:28:52,814 Polisi baru yang disampaikan oleh Washington 417 00:28:52,897 --> 00:28:56,860 bertujuan untuk menghalang orang yang berguna 418 00:28:56,943 --> 00:29:00,905 daripada jatuh ke tangan Kesatuan Soviet. 419 00:29:01,656 --> 00:29:04,451 Rusia dan Amerika Syarikat berlumba 420 00:29:04,534 --> 00:29:07,579 untuk mendapatkan saintis Jerman paling ramai. 421 00:29:07,662 --> 00:29:10,123 Kami ada Wernher von Braun, 422 00:29:10,206 --> 00:29:12,625 seorang saintis yang sangat hebat. 423 00:29:13,710 --> 00:29:16,212 Jika ibu bapa saya tanya, "Apa tugas awak?" 424 00:29:16,296 --> 00:29:19,758 Ayat yang saya selalu ulangi ialah, 425 00:29:19,841 --> 00:29:22,385 "Bersedia untuk Perang Dunia Ketiga." 426 00:29:25,722 --> 00:29:27,348 Pada pendapat saya… 427 00:29:30,018 --> 00:29:31,186 Saya rasa… 428 00:29:33,271 --> 00:29:34,271 yang… 429 00:29:36,191 --> 00:29:40,528 Perang Dingin bermula lebih awal daripada jangkaan semua orang. 430 00:29:41,362 --> 00:29:45,825 Sebenarnya itulah apa yang saya telah lakukan tanpa disedari. 431 00:29:49,871 --> 00:29:52,791 Kami diberitahu mereka bukan tawanan perang. 432 00:29:52,874 --> 00:29:54,709 Mereka bekerja dengan kami. 433 00:29:54,793 --> 00:29:57,253 Mereka pekerja saraan harian. 434 00:30:00,048 --> 00:30:04,594 Mereka dijanjikan kewarganegaraan yang boleh didapati dengan mudah 435 00:30:04,677 --> 00:30:08,139 dan keluarga mereka juga dibenarkan berhijrah ke sini. 436 00:30:08,973 --> 00:30:11,267 Kamilah yang uruskan keluarga mereka. 437 00:30:11,351 --> 00:30:15,313 Dalam kebanyakan kes, mereka digalakkan untuk berhijrah. 438 00:30:15,396 --> 00:30:18,066 Maksudnya menjadi rakyat Amerika. 439 00:30:19,400 --> 00:30:21,903 Mereka ditawarkan masa depan yang cerah. 440 00:30:22,529 --> 00:30:26,825 Tapi ramai antara mereka mempunyai latar belakang sebagai Nazi 441 00:30:27,325 --> 00:30:30,453 jadi kami rasa terganggu 442 00:30:30,537 --> 00:30:36,084 sebab mereka diberikan peluang untuk hidup senang di Amerika Syarikat. 443 00:30:36,668 --> 00:30:39,337 Peluang yang lebih baik daripada orang lain. 444 00:30:42,924 --> 00:30:46,177 Lagi 15 saat, bimbingan dari dalam. 445 00:30:46,261 --> 00:30:49,681 Dua belas, sebelas, sepuluh, sembilan… 446 00:30:49,764 --> 00:30:53,351 Ramai orang telah dihantar ke Texas 447 00:30:53,893 --> 00:30:57,021 untuk bekerja dalam program pembinaan roket. 448 00:30:57,814 --> 00:31:01,109 Ia berubah menjadi projek Apollo 449 00:31:01,192 --> 00:31:04,821 yang menjadikan Amerika negara pertama mendarat di bulan. 450 00:31:04,904 --> 00:31:07,156 Urutan perlepasan dimulakan. 451 00:31:07,240 --> 00:31:13,413 Enam, lima, empat, tiga, dua, satu, sifar. 452 00:31:13,496 --> 00:31:15,582 Semua enjin sudah dinyalakan. 453 00:31:15,665 --> 00:31:20,086 Berlepas! Ia telah berlepas 32 minit selepas jam satu. 454 00:31:20,169 --> 00:31:21,546 Apollo 11 dah berlepas. 455 00:31:21,629 --> 00:31:23,256 Tiada masalah dari menara. 456 00:31:23,339 --> 00:31:25,174 Okey, ada pengendalian condong. 457 00:31:26,593 --> 00:31:31,764 Ia kembali kepada persoalan sama ada awak boleh buat perkara yang teruk 458 00:31:31,848 --> 00:31:34,851 untuk mencapai matlamat yang baik. 459 00:31:36,227 --> 00:31:40,899 Bagi saya jika awak sanggup buat begitu, 460 00:31:40,982 --> 00:31:44,027 kemenangan yang awak capai 461 00:31:44,110 --> 00:31:46,404 tak berbaloi. 462 00:31:50,825 --> 00:31:52,577 BERAMBUS KE MARIKH VON BRAUN 463 00:31:54,078 --> 00:31:57,206 LEBIH 1,600 SAINTIS JERMAN DIBAWA KE AMERIKA SYARIKAT. 464 00:31:57,290 --> 00:31:59,792 RAMAI DIAMBIL BEKERJA DENGAN CIA DAN NASA. 465 00:32:03,963 --> 00:32:05,465 MEREKA TAK DIDAKWA 466 00:32:05,548 --> 00:32:08,051 ATAS JENAYAH PERANG MEREKA SEBAGAI NAZI. 467 00:32:08,134 --> 00:32:10,178 Dengan sokongan kamu, 468 00:32:10,261 --> 00:32:13,973 kita akan kembali ke orbit dengan stesen angkasa baru. 469 00:32:14,474 --> 00:32:17,477 Mungkin nanti kita akan ke Marikh. Terima kasih. 470 00:32:31,032 --> 00:32:33,576 PETI SURAT 1142 DIMUSNAHKAN PADA TAHUN 1946. 471 00:32:33,660 --> 00:32:37,705 SEMUA DOKUMEN DAN RAKAMAN TELAH DIMUSNAHKAN ATAU DISIMPAN. 472 00:32:38,790 --> 00:32:41,793 ASKAR YAHUDI DIMINTA MEMBUAT AKUAN SUMPAH. 473 00:32:41,876 --> 00:32:44,671 ADA YANG RAHSIAKANNYA SEHINGGA KEMATIAN MEREKA. 474 00:32:45,338 --> 00:32:51,511 PETER DAN ARNO MASIH HIDUP UNTUK MENCERITAKAN KISAH INI. 475 00:34:42,455 --> 00:34:44,874 Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali