1 00:00:07,500 --> 00:00:10,000 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:25,583 --> 00:00:26,416 Takziah. 3 00:00:27,583 --> 00:00:30,041 Vanessa sedut terlalu banyak asap dan gas bertoksik. 4 00:00:31,708 --> 00:00:32,916 Dia dah terkorban. 5 00:00:35,250 --> 00:00:37,916 - Saya nak lihat dia. - Maaf. Tak boleh. 6 00:00:38,000 --> 00:00:40,833 Jangan tipu! Saya baru cakap dengannya. 7 00:00:40,916 --> 00:00:42,625 Ia cuma pergaduhan kecil. 8 00:00:42,708 --> 00:00:43,541 Tak guna! 9 00:00:44,041 --> 00:00:46,083 Lepaskan saya! 10 00:00:46,166 --> 00:00:47,208 Tak boleh! 11 00:00:51,541 --> 00:00:53,250 Dominik. Sabarlah. 12 00:00:58,875 --> 00:01:00,375 Bukan ini yang saya mahukan. 13 00:01:05,916 --> 00:01:07,500 Hans, bukan ini. 14 00:01:09,625 --> 00:01:10,666 Awak terkejut. 15 00:01:11,458 --> 00:01:13,458 Saya akan bawa awak balik, okey? 16 00:01:21,375 --> 00:01:22,458 Dia tak apa-apa. 17 00:01:26,500 --> 00:01:28,166 Ayah ingat kamu dah tiada. 18 00:01:56,208 --> 00:01:57,916 Apa yang berlaku, Lisi? 19 00:02:09,333 --> 00:02:10,333 Saya bunuh dia. 20 00:02:11,166 --> 00:02:12,000 Apa? 21 00:02:12,916 --> 00:02:14,458 Lisi, jangan mengarutlah. 22 00:02:15,166 --> 00:02:16,708 Saya muat naik video itu. 23 00:02:18,916 --> 00:02:22,833 - Ini takkan berlaku kalau saya tak buat. - Tiada sesiapa mahu ia berlaku. 24 00:02:33,041 --> 00:02:34,666 Bagaimana kalau kita silap? 25 00:02:36,625 --> 00:02:37,625 Apa maksud awak? 26 00:02:40,291 --> 00:02:41,791 Dia kata dia cinta abang saya. 27 00:02:43,500 --> 00:02:44,583 Awak percayakah? 28 00:02:49,375 --> 00:02:54,291 Kalau dia cintakan Joseph, dia takkan umpan Joseph ke gunung itu. 29 00:02:55,083 --> 00:02:57,208 Pada malam bersalji dan dalam keadaan mabuk. 30 00:02:57,291 --> 00:03:00,708 Dia juga tentu tak pergi bercuti dan hadiri pengebumiannya? 31 00:03:02,125 --> 00:03:04,083 Orang bercinta tentu buat begitu. 32 00:03:14,666 --> 00:03:15,708 Berehatlah. 33 00:03:18,458 --> 00:03:19,458 Terima kasih. 34 00:03:20,708 --> 00:03:22,416 Hubungi saya jika perlu apa-apa. 35 00:04:05,833 --> 00:04:06,750 En. Ziervogel! 36 00:04:07,541 --> 00:04:09,083 Mujurlah saya jumpa encik… 37 00:04:31,875 --> 00:04:33,416 KHAMIS, 6 JANUARI VANESSA 38 00:04:33,500 --> 00:04:35,583 SERET KE ATAS ATAU MASUKKAN KOD 39 00:05:08,750 --> 00:05:09,583 Kenapa? 40 00:05:10,083 --> 00:05:12,625 Kamu tercekik? Apa masalahnya? 41 00:05:12,708 --> 00:05:15,750 - Entahlah. - Hans! Kenapa? 42 00:05:15,833 --> 00:05:19,541 - Saya akan hubungi doktor. - Tarik nafas dalam-dalam. Ayuh. 43 00:05:35,750 --> 00:05:37,375 Awak nak kopi? 44 00:05:37,875 --> 00:05:40,208 Tidak. Saya cuma nak cakap dengan Lisi. 45 00:05:40,916 --> 00:05:42,708 Mereka dah tahu puncanya? 46 00:05:42,791 --> 00:05:46,041 Bukti menunjukkan satu rantaian peristiwa yang dahsyat. 47 00:05:46,125 --> 00:05:47,750 Itu saja setakat ini. 48 00:05:48,958 --> 00:05:49,833 Lisi. 49 00:05:51,750 --> 00:05:55,250 Maaf kerana mengganggu awal pagi begini. Tapi ia penting. 50 00:05:56,583 --> 00:05:58,833 - Awak ada masa? - Ada. 51 00:06:24,208 --> 00:06:26,333 Kosh! Kenapa awak tak jawab telefon? 52 00:06:26,416 --> 00:06:27,250 Saya risau. 53 00:06:27,333 --> 00:06:29,750 Saya minum arak balik, okey? 54 00:06:29,833 --> 00:06:33,500 Biasalah. Orang senasib dengan awak tentu akan buat begitu. 55 00:06:36,833 --> 00:06:39,000 Saya dah tak tentu hala, Hans. 56 00:06:40,291 --> 00:06:43,458 Saya hampir suruh Wirsing datang. 57 00:06:44,250 --> 00:06:45,375 Tapi awak tak buat. 58 00:06:45,916 --> 00:06:47,875 Awak tahu buruk padahnya.. 59 00:06:50,416 --> 00:06:51,958 Boleh awak tolong saya? 60 00:06:52,041 --> 00:06:53,375 Mestilah, tolong apa? 61 00:06:57,750 --> 00:07:00,458 Tolong kata yang semalam hanya mimpi. 62 00:07:01,833 --> 00:07:03,250 Malangnya, itu mustahil. 63 00:07:05,833 --> 00:07:08,250 Kami bergaduh dan sekarang dia dah tiada. 64 00:07:10,000 --> 00:07:11,416 Saya masih tak percaya. 65 00:07:13,291 --> 00:07:14,166 Saya pun. 66 00:07:15,416 --> 00:07:16,708 Tapi kita akan mengatasinya. 67 00:07:17,958 --> 00:07:20,625 Bersama-sama. Sama ada awak nak atau tidak. 68 00:07:24,916 --> 00:07:28,833 Saya nak cium awak sekarang, tapi saya takut saya akan pengsan. 69 00:07:33,125 --> 00:07:34,458 Tengoklah awak, Romeo. 70 00:07:35,916 --> 00:07:37,708 Kerana nafas awak berbau arak. 71 00:07:38,541 --> 00:07:40,375 Ya, saya patut berus gigi. 72 00:07:43,333 --> 00:07:45,000 Orang yang bakar itu masih bebas. 73 00:07:45,833 --> 00:07:48,541 Keluarganya dah upah penyiasat persendirian. 74 00:07:48,625 --> 00:07:51,083 Lisi, tolong terangkan kejadian semalam. 75 00:07:51,708 --> 00:07:52,541 Okey. 76 00:07:52,625 --> 00:07:55,416 Video Vanessa dimuat naik sebelum kebakaran itu. 77 00:07:56,458 --> 00:07:58,291 Ia buat ramai orang mengamuk 78 00:07:58,375 --> 00:08:00,916 dan mungkin mencetuskan kemarahan pelakunya. 79 00:08:03,208 --> 00:08:04,291 Awak tahu apa-apa? 80 00:08:09,458 --> 00:08:11,750 Kami rakam video itu bersama. 81 00:08:12,500 --> 00:08:13,708 Awak dengan… 82 00:08:13,791 --> 00:08:14,750 Vanessa. 83 00:08:17,250 --> 00:08:22,250 Dia minta saya bantu dia rakam satu video uji bakat. 84 00:08:23,458 --> 00:08:25,250 Jadi, itu hanya lakonan? 85 00:08:25,750 --> 00:08:26,625 Ya. 86 00:08:32,666 --> 00:08:34,666 Dia sebenarnya tak begitu. 87 00:08:37,625 --> 00:08:40,708 Awak tahu bagaimana ia dimuat naik ke Internet? 88 00:08:44,000 --> 00:08:46,666 Mungkinkah video itu sengaja dibocorkan, 89 00:08:49,375 --> 00:08:50,916 untuk sakiti Vanessa? 90 00:08:51,666 --> 00:08:54,708 Entahlah. Kami rakam dengan telefonnya. 91 00:08:55,250 --> 00:08:57,500 Saya tak tahu apa jadi selepas itu. 92 00:08:59,166 --> 00:09:01,416 Maaf, saya tak dapat membantu. 93 00:09:05,916 --> 00:09:06,833 Terima kasih. 94 00:09:15,750 --> 00:09:19,750 Ada satu lagi soalan. Awak tahu di mana telefon Vanessa? 95 00:09:21,833 --> 00:09:23,000 Saya tak tahu. 96 00:09:24,375 --> 00:09:25,208 Kenapa? 97 00:09:26,333 --> 00:09:29,625 Kami harap ia dapat membantu kami untuk cari dalangnya. 98 00:09:30,291 --> 00:09:33,291 Penyiasat persendirian pun masih mencarinya. 99 00:09:38,000 --> 00:09:38,833 Baiklah. 100 00:09:39,666 --> 00:09:41,833 Hubungilah kami kalau ada apa-apa. 101 00:09:51,541 --> 00:09:55,208 VANESSA TAHNIAH. AWAK MUSNAHKAN SEGALANYA. 102 00:09:55,291 --> 00:10:00,125 BERSERONOKLAH, LISI. KAMU BERDUA SEPADAN. 103 00:10:00,208 --> 00:10:02,541 SAYA TAK NAK JUMPA AWAK LAGI. 104 00:10:23,750 --> 00:10:25,875 - Helo, En. Ziervogel. - Roger. 105 00:10:26,458 --> 00:10:29,333 Ini bukan masa yang sesuai, tapi… 106 00:10:32,875 --> 00:10:36,083 kita perlu bincang tentang surat semalam. 107 00:10:37,708 --> 00:10:38,708 Apa halnya? 108 00:10:39,666 --> 00:10:42,541 Ada mesyuarat lembaga minggu depan. 109 00:10:42,625 --> 00:10:46,208 Sebagai pewaris tunggal hotel dan ahli lembaga baru, 110 00:10:46,291 --> 00:10:47,958 encik perlu hadir. 111 00:10:48,041 --> 00:10:50,541 Awak gantilah saya. Saya tak boleh pergi. 112 00:10:51,541 --> 00:10:53,458 Saya cuma pengurus hotel. 113 00:10:54,166 --> 00:10:55,708 Baiklah, awak dipecat. 114 00:10:56,541 --> 00:10:57,416 Apa? 115 00:10:58,375 --> 00:11:00,458 Saya nak lantik awak sebagai 116 00:11:00,541 --> 00:11:04,833 "Ketua Lembaga Penasihat Jahanam." 117 00:11:06,666 --> 00:11:08,083 Ia tak semudah itu. 118 00:11:08,166 --> 00:11:12,083 Kalau begitu, pilihlah nama lain, tambah gaji awak, 119 00:11:13,041 --> 00:11:16,208 dan jangan ganggu saya dengan syarikat induk ini. 120 00:11:22,375 --> 00:11:23,208 Baiklah. 121 00:11:25,291 --> 00:11:26,500 Ada apa-apa lagi? 122 00:11:29,958 --> 00:11:31,083 Panggil saya Kosh. 123 00:11:47,666 --> 00:11:50,916 JUALAN ISTIMEWA SEMUANYA DISKAUN 50% 124 00:11:51,000 --> 00:11:51,875 Hei. 125 00:11:52,875 --> 00:11:53,708 Hei. 126 00:11:55,916 --> 00:11:59,500 Bagaimana keadaan awak? Awak nak bincang tentangnya. 127 00:12:00,958 --> 00:12:01,791 Tidak. 128 00:12:05,875 --> 00:12:07,083 Awak nak saya pergi? 129 00:12:07,666 --> 00:12:08,958 Ya, tolong pergi. 130 00:12:10,666 --> 00:12:11,500 Baiklah. 131 00:12:19,416 --> 00:12:20,958 Hubungan kita 132 00:12:21,708 --> 00:12:23,375 ialah satu kesilapan, bukan? 133 00:12:26,083 --> 00:12:27,125 Tidak. 134 00:12:29,250 --> 00:12:30,375 Entahlah. 135 00:12:35,458 --> 00:12:36,708 Dominik! 136 00:12:48,583 --> 00:12:49,916 Ini telefon Vanessa. 137 00:12:51,625 --> 00:12:52,458 Ya. 138 00:12:53,291 --> 00:12:54,791 Dia kehilangannya semasa… 139 00:12:56,291 --> 00:12:57,375 Awak pun tahu. 140 00:12:58,291 --> 00:13:00,291 Saya baru nak pulangkannya 141 00:13:00,375 --> 00:13:01,750 kepada keluarganya. 142 00:13:04,333 --> 00:13:06,875 Baik. Saya akan pulangkannya. 143 00:13:07,916 --> 00:13:09,458 Saya pun nak jumpa mereka. 144 00:13:09,958 --> 00:13:11,041 Jaga diri awak. 145 00:13:12,166 --> 00:13:13,958 Tunggu! Dominik! 146 00:13:16,208 --> 00:13:17,708 - Tunggu! - Apa? 147 00:13:18,416 --> 00:13:20,416 Pulangkannya. Tolonglah. 148 00:13:20,916 --> 00:13:23,041 Kenapa? Ada rahsia penting? 149 00:13:24,458 --> 00:13:27,958 Saya tak tahu mesejnya untuk awak, tapi untuk saya… 150 00:13:33,458 --> 00:13:34,708 Apa yang awak buat? 151 00:13:35,375 --> 00:13:37,625 Padam mesej terakhirnya. Okey? 152 00:13:40,708 --> 00:13:43,250 Nanti mereka tahu kita ada hubungan sulit. 153 00:13:49,375 --> 00:13:52,833 - Bagaimana awak tahu kodnya? - Ia hari jadi adiknya. 154 00:13:54,000 --> 00:13:55,666 Kami bersama selama empat tahun. 155 00:14:02,625 --> 00:14:03,458 Okey. 156 00:14:03,958 --> 00:14:05,875 Tiada rahsia antara kami. 157 00:14:09,625 --> 00:14:10,625 Awak nampak lega. 158 00:14:12,041 --> 00:14:13,208 Tidak. 159 00:14:13,291 --> 00:14:14,958 Ia tergambar di wajah awak. 160 00:14:17,416 --> 00:14:18,333 Jaga diri awak. 161 00:14:21,166 --> 00:14:22,000 Alamak. 162 00:14:25,458 --> 00:14:26,875 Tak guna! 163 00:14:27,833 --> 00:14:30,708 Dia nak serah telefon dan video itu kepada keluarga Vanessa? 164 00:14:31,291 --> 00:14:32,625 - Ya. - Tak guna! 165 00:14:36,791 --> 00:14:39,083 Bertenang. Kita akan cari jalan. 166 00:14:40,083 --> 00:14:42,166 Kita perlu dapatkannya semula. 167 00:14:43,416 --> 00:14:44,333 Tapi bagaimana? 168 00:14:46,208 --> 00:14:48,208 Saya tak boleh tiba-tiba datang. 169 00:15:19,666 --> 00:15:20,541 Ya? 170 00:15:22,791 --> 00:15:24,125 Saya Lisi Madlmeyer. 171 00:15:25,791 --> 00:15:28,500 - Saya ada di sana semalam… - Awak adik Joseph. 172 00:15:32,541 --> 00:15:33,500 Patrizia. 173 00:15:35,583 --> 00:15:37,166 Awak nak masuk? 174 00:15:38,500 --> 00:15:39,333 Boleh juga. 175 00:15:42,083 --> 00:15:44,875 …bergantung pada siasatan polis. 176 00:15:45,416 --> 00:15:47,083 Sebab itu kami upah awak. 177 00:15:47,791 --> 00:15:51,208 Kami utamakan pencarian pelaku kebakaran itu, En. Kandler. 178 00:15:51,291 --> 00:15:53,208 Ibu, ayah, ini Lisi. 179 00:15:54,541 --> 00:15:55,416 Lisi? 180 00:15:57,500 --> 00:15:58,375 Helo. 181 00:16:00,416 --> 00:16:03,041 Saya minta maaf kerana datang mengejut, tapi… 182 00:16:04,500 --> 00:16:05,916 Saya nak ucap takziah. 183 00:16:06,000 --> 00:16:07,208 Elisabeth. 184 00:16:08,166 --> 00:16:10,791 Ya. Baiknya awak datang. 185 00:16:11,791 --> 00:16:16,083 Dominik baru beritahu kami yang awak cuba selamatkan Vanessa. 186 00:16:16,875 --> 00:16:18,875 Awak mahu minum? 187 00:16:19,458 --> 00:16:23,583 Itu tak perlu. Saya cuma nak hantar bunga ini. 188 00:16:28,916 --> 00:16:30,083 Awak pasti? 189 00:16:31,291 --> 00:16:33,625 Sikit scotch pun awak tak mahu? 190 00:16:34,208 --> 00:16:35,041 Claire. 191 00:16:37,083 --> 00:16:37,916 Boleh juga. 192 00:16:45,125 --> 00:16:47,333 Kita pernah jumpa, bukan? 193 00:16:49,208 --> 00:16:50,166 Di rumah Regine. 194 00:16:52,125 --> 00:16:53,375 Semasa sarapan tengah hari. 195 00:16:53,958 --> 00:16:54,791 Ya. 196 00:17:05,166 --> 00:17:10,250 Kejadian semalam sukar dijelaskan. 197 00:17:12,666 --> 00:17:15,708 Saya ingat Vanessa terjaga apabila bersama Regine. 198 00:17:17,333 --> 00:17:20,583 Saya biar dia jaga anak saya dan lihatlah akibatnya. 199 00:17:21,333 --> 00:17:22,500 Pecah masuk, 200 00:17:23,333 --> 00:17:24,875 video, kebakaran. 201 00:17:25,458 --> 00:17:27,291 - Dia anak kita! - Ya. 202 00:17:27,833 --> 00:17:29,833 Kita tak patut tinggalkan dia. 203 00:17:31,458 --> 00:17:33,416 Kita sepatutnya bersamanya! 204 00:17:34,875 --> 00:17:36,875 Saya tak dapat maafkan diri saya. 205 00:17:37,750 --> 00:17:39,500 - Claire. - Diam! 206 00:17:39,583 --> 00:17:42,291 Anak saya dah mati! Saya perlu kebumikannya! 207 00:17:45,541 --> 00:17:47,291 Saya tak nak mengganggu. 208 00:17:50,166 --> 00:17:52,166 Tapi boleh saya guna tandas? 209 00:17:52,750 --> 00:17:53,958 Ya, sudah tentu. 210 00:17:54,916 --> 00:17:57,083 Lalu pintu itu dan jalan terus. 211 00:17:58,416 --> 00:17:59,291 Okey. 212 00:18:00,833 --> 00:18:01,875 Terima kasih. 213 00:18:35,083 --> 00:18:42,083 VANESSA TELEFON BIMBIT 214 00:18:51,125 --> 00:18:53,083 Apa yang awak cari? 215 00:18:55,708 --> 00:18:57,750 - Mari ikut saya. - Saya… 216 00:19:02,000 --> 00:19:03,125 Kita ke mana? 217 00:19:03,208 --> 00:19:04,333 Ke bilik saya. 218 00:19:04,833 --> 00:19:06,208 Sekarang tak sesuai. 219 00:19:07,750 --> 00:19:09,833 Kalau begitu, kita bincang di sini. 220 00:19:11,375 --> 00:19:13,375 - Tentang apa? - Apa yang awak tak mahu? 221 00:19:16,083 --> 00:19:18,875 Semasa kita lihat rumah itu terbakar, awak kata, 222 00:19:18,958 --> 00:19:21,041 "Bukan ini yang saya mahukan." Apa maksud awak? 223 00:19:21,583 --> 00:19:22,708 Saya dah lupa. 224 00:19:22,791 --> 00:19:26,333 Awak juga dah lupa hubungan Vanessa dengan abang awak? 225 00:19:26,416 --> 00:19:27,333 Hubungan apa? 226 00:19:27,916 --> 00:19:31,833 Awak jadi kawan baiknya semalaman, menyibuk dengan urusan hidupnya 227 00:19:31,916 --> 00:19:33,833 dan rampas teman lelakinya. 228 00:19:33,916 --> 00:19:35,541 Kemudian, video itu muncul, 229 00:19:35,625 --> 00:19:39,375 semua orang kecoh, rumahnya terbakar dan sekarang, dia dah mati! 230 00:19:39,458 --> 00:19:41,958 Kemudian, awak selongkar bilik ibu bapanya 231 00:19:42,041 --> 00:19:44,500 dan awak nak saya fikir ia tak berkaitan? 232 00:19:48,291 --> 00:19:49,666 Apa yang awak tak mahu? 233 00:19:56,125 --> 00:19:57,250 Saya perlu bantuan. 234 00:20:01,125 --> 00:20:02,333 Itu pun kamu. 235 00:20:03,000 --> 00:20:04,958 - Kamu nak ke mana? - Munich. 236 00:20:05,666 --> 00:20:08,458 Sekarang? Claire dan Ferdinand dah nak sampai. 237 00:20:08,541 --> 00:20:11,000 - Saya dah jumpa mereka. - Kamu tak cakap pun. 238 00:20:12,083 --> 00:20:15,958 - Bolehkah kamu pandu kereta? - Saya dah tak tahan berada di sini. 239 00:20:23,375 --> 00:20:25,875 Awak percaya Vanessa punca kematian Joseph 240 00:20:26,583 --> 00:20:30,291 - Sebab itu awak nak balas dendam? - Tapi bukan begini. 241 00:20:32,708 --> 00:20:34,083 Percayalah. 242 00:20:34,166 --> 00:20:35,625 Bagaimana dengan Hans? 243 00:20:36,208 --> 00:20:37,250 Hans sayang awak. 244 00:20:38,166 --> 00:20:39,958 Patutkah saya percaya? 245 00:20:41,375 --> 00:20:42,958 Awak sendiri pun tahu. 246 00:20:46,291 --> 00:20:48,416 Tapi dia juga terlibat seperti saya. 247 00:20:50,125 --> 00:20:53,458 Jika mereka jumpa rakaman itu, segalanya akan terbongkar. 248 00:20:53,541 --> 00:20:55,833 Saya dan Hans akan ditangkap. 249 00:20:55,916 --> 00:20:56,916 Atas tuduhan apa? 250 00:20:59,583 --> 00:21:01,250 Rompakan bersenjata. 251 00:21:03,833 --> 00:21:05,041 Hans perompak itu? 252 00:21:08,375 --> 00:21:11,916 Dia curi jam itu? Bagaimana ia berada di dalam beg saya? 253 00:21:12,916 --> 00:21:13,833 Saya yang buat. 254 00:21:15,208 --> 00:21:16,291 Saya seorang. 255 00:21:17,250 --> 00:21:19,541 - Apa masalah awak? Awak… - Saya… 256 00:21:22,458 --> 00:21:25,291 Saya gagal tangani kesedihan saya. 257 00:21:26,125 --> 00:21:28,375 Bukan itu saja! Awak gila! 258 00:21:28,458 --> 00:21:29,458 Mungkin. 259 00:21:30,750 --> 00:21:32,375 Mungkin padan muka saya. 260 00:21:33,541 --> 00:21:34,541 Tapi bukan Hans. 261 00:21:38,625 --> 00:21:40,333 Mungkin ia belum terlambat. 262 00:21:41,708 --> 00:21:43,708 Tapi saya tak boleh masuk ke sana. 263 00:21:45,625 --> 00:21:46,791 Tapi awak boleh. 264 00:21:48,708 --> 00:21:49,666 Saya tak boleh. 265 00:21:50,291 --> 00:21:52,500 Telefon itu di bilik tidur belakang. 266 00:21:54,416 --> 00:21:56,291 Kodnya 10-03-02. 267 00:22:05,500 --> 00:22:07,291 Saya akan buat untuk Hans. 268 00:22:07,375 --> 00:22:09,375 Pastikan awak rahsiakan pertemuan ini. 269 00:22:36,208 --> 00:22:39,125 MASUKKAN KOD 270 00:22:41,916 --> 00:22:43,208 SEMUA RAKAMAN 271 00:22:43,291 --> 00:22:45,416 RAKAMAN BARU 5 SEMALAM, 5 JANUARI 272 00:22:45,500 --> 00:22:47,000 PADAM SECARA KEKAL BATAL 273 00:23:05,041 --> 00:23:10,041 LISI RAKAMAN ITU TELAH DIPADAM… 274 00:23:23,125 --> 00:23:23,958 Hei. 275 00:23:25,333 --> 00:23:26,166 Hansi. 276 00:23:26,916 --> 00:23:27,750 Basto? 277 00:23:29,750 --> 00:23:32,875 - Kenapa awak datang? - Saya tak tahu nak ke mana. 278 00:23:34,166 --> 00:23:36,750 Semua orang cari saya. Saya tak sengaja! 279 00:23:36,833 --> 00:23:38,541 Percayalah. 280 00:23:40,875 --> 00:23:42,958 Saya tak tahu ia akan terbakar. 281 00:23:51,833 --> 00:23:52,708 Saya percaya. 282 00:24:00,208 --> 00:24:02,125 Awak perlu serahkan diri. 283 00:24:09,000 --> 00:24:10,416 Saya akan temankan awak. 284 00:24:31,708 --> 00:24:33,041 - Lisi. - Helo. 285 00:24:34,083 --> 00:24:35,083 Dominik ada tak? 286 00:24:35,750 --> 00:24:38,583 Dia dah ke Munich. Saya gagal menghalangnya. 287 00:24:40,125 --> 00:24:41,208 Begitu, ya? 288 00:24:43,250 --> 00:24:44,083 Maafkan saya. 289 00:24:45,250 --> 00:24:47,583 Masuklah dulu, kita boleh berbual. 290 00:24:50,333 --> 00:24:51,208 Terima kasih. 291 00:24:53,125 --> 00:24:54,750 Tapi saya patut balik. 292 00:25:04,500 --> 00:25:05,333 Hei. 293 00:25:06,208 --> 00:25:07,333 Awak bersendirian? 294 00:25:07,416 --> 00:25:08,625 Ya, kenapa? 295 00:25:09,750 --> 00:25:10,958 Boleh kita bercakap? 296 00:25:13,083 --> 00:25:13,916 Sudah tentu. 297 00:25:23,916 --> 00:25:24,791 Ada apa? 298 00:25:27,041 --> 00:25:27,916 Kosh? 299 00:25:29,875 --> 00:25:30,916 Hans! 300 00:25:33,791 --> 00:25:35,291 Saya tak berterus terang. 301 00:25:37,916 --> 00:25:39,041 Awak cintakan saya? 302 00:25:40,000 --> 00:25:40,833 Apa? 303 00:25:41,708 --> 00:25:43,041 Jawab sajalah. 304 00:25:47,791 --> 00:25:48,625 Ya. 305 00:25:50,916 --> 00:25:52,500 Mestilah saya sayang awak. 306 00:25:53,750 --> 00:25:55,458 Itu saja yang saya nak tahu. 307 00:26:10,125 --> 00:26:11,166 Saya pun sama, 308 00:26:12,375 --> 00:26:13,416 peladangku. 309 00:26:18,166 --> 00:26:19,000 Bagus. 310 00:26:20,583 --> 00:26:21,666 Ya, bagus. 311 00:26:36,708 --> 00:26:39,708 HAI, DOMINIK. MAAF KERANA BERKELAKUAN PELIK TADI. 312 00:26:39,791 --> 00:26:42,583 AWAK NAK BINCANG? SAYA HARAP AWAK TAK APA-APA. 313 00:26:42,625 --> 00:26:43,458 SUDAH DIHANTAR 314 00:26:46,750 --> 00:26:48,000 Hei, Lisi. 315 00:26:48,875 --> 00:26:49,875 Boleh saya duduk? 316 00:26:50,666 --> 00:26:51,625 Duduklah, Toni. 317 00:26:54,750 --> 00:26:58,208 Saya dah dengar berita itu. Saya… 318 00:27:00,000 --> 00:27:03,208 masih sukar percaya. Ia amat mengejutkan. 319 00:27:04,958 --> 00:27:06,041 Awak bagaimana? 320 00:27:08,291 --> 00:27:10,541 Keadaan saya tak penting sekarang. 321 00:27:14,375 --> 00:27:16,375 Awak nak balik ke London esok? 322 00:27:18,833 --> 00:27:19,666 Ya. 323 00:27:24,125 --> 00:27:26,791 Toni, maaf kerana layan awak dengan teruk. 324 00:27:26,875 --> 00:27:28,583 Lisi, tak apa. Semuanya okey. 325 00:27:29,333 --> 00:27:30,458 Tidak, ia tak okey. 326 00:27:32,666 --> 00:27:34,208 Saya teruk terhadap awak. 327 00:27:35,166 --> 00:27:37,541 Saya abaikan persahabatan kita. 328 00:27:39,708 --> 00:27:40,708 Ia tak adil. 329 00:27:43,375 --> 00:27:44,875 Tapi saya faham. 330 00:27:45,541 --> 00:27:48,416 Nasib awak malang. 331 00:27:50,833 --> 00:27:53,833 Jangan risau. Persahabatan kita akan bertahan. 332 00:27:54,458 --> 00:27:55,458 Toni! 333 00:27:57,666 --> 00:27:59,833 Maaf. Saya nak ucap selamat tinggal kepada Bine, 334 00:27:59,916 --> 00:28:01,333 nanti dia marah pula. 335 00:28:03,500 --> 00:28:04,458 Pergilah. 336 00:28:35,458 --> 00:28:37,833 Hei, ini Dom. Sila tinggalkan pesanan. 337 00:29:15,916 --> 00:29:17,250 Awak nak bersendirian? 338 00:29:27,166 --> 00:29:28,958 Nampaknya awak tak pergi jauh. 339 00:29:33,708 --> 00:29:35,458 Saya ingat saya tak sempat jumpa awak. 340 00:29:36,916 --> 00:29:39,333 Kalaulah saya tiba lebih awal. 341 00:29:41,166 --> 00:29:42,166 Apa maksud awak? 342 00:29:46,541 --> 00:29:48,125 Mereka berempat. 343 00:29:52,250 --> 00:29:53,458 Apa saya boleh buat? 344 00:29:56,333 --> 00:29:58,708 - Saya sepatutnya… - Boleh menghalangnya? 345 00:30:01,125 --> 00:30:02,541 Saya takut, okey? 346 00:30:04,125 --> 00:30:05,500 Saya takut sangat. 347 00:30:10,250 --> 00:30:12,041 Saya salahkan diri saya 348 00:30:12,125 --> 00:30:14,541 kerana tak halang Abang Joseph daripada pergi ke sana. 349 00:30:16,583 --> 00:30:17,916 Ia buat saya tertekan. 350 00:30:21,083 --> 00:30:23,208 Kita mencari sebabnya selama ini 351 00:30:25,166 --> 00:30:26,958 sementara hidup terus berlalu. 352 00:30:28,416 --> 00:30:32,541 Sayang sekali kerana hidup ini taklah seteruk mana. 353 00:30:37,583 --> 00:30:38,958 Jika kita lupakan saja. 354 00:30:40,958 --> 00:30:42,875 Bagaimana jika semuanya hancur kerana kita 355 00:30:47,583 --> 00:30:49,541 dan ia tak dapat dibetulkan lagi? 356 00:30:50,833 --> 00:30:51,958 Walau bagaimanapun… 357 00:30:54,041 --> 00:30:55,041 Ia dah terlambat. 358 00:31:09,958 --> 00:31:11,750 Kalau begitu, carilah teman… 359 00:31:14,166 --> 00:31:16,000 yang senasib dengan kita. 360 00:31:43,208 --> 00:31:44,833 Akhirnya… 361 00:31:46,625 --> 00:31:48,875 kabus hilang. 362 00:31:53,458 --> 00:31:54,833 Jalannya kini jelas. 363 00:31:54,916 --> 00:31:58,083 DOMINIK SELAMAT PAGI! SARAPAN DAH TERSEDIA… 364 00:31:58,750 --> 00:32:00,125 Pemandangan terserlah. 365 00:32:04,000 --> 00:32:05,708 Kita berhenti berpaling, 366 00:32:07,166 --> 00:32:11,041 dan sedia untuk meninggalkan kisah lampau. 367 00:32:39,541 --> 00:32:43,375 Jika bukan kerana suara kecil yang berkata, 368 00:32:47,833 --> 00:32:49,375 "Jangan pandang belakang." 369 00:33:23,250 --> 00:33:25,291 Dia bekas kawan karib saya. 370 00:33:26,166 --> 00:33:28,416 - Tak apa, sayang. - Saya tak sangka. 371 00:33:33,000 --> 00:33:33,833 Teruknya. 372 00:33:37,041 --> 00:33:38,000 Ya Tuhan, Nessa! 373 00:33:45,041 --> 00:33:45,875 Patrizia? 374 00:33:48,375 --> 00:33:49,208 Hei, Lisi. 375 00:33:50,291 --> 00:33:51,666 Boleh kita berbual? 376 00:33:53,375 --> 00:33:57,500 Boleh. Saya pun tak boleh tangani upacara sebegini. 377 00:34:00,833 --> 00:34:02,833 Bagaimana awak kenal abang saya? 378 00:34:07,833 --> 00:34:09,583 Saya cuma mahukan kepastian. 379 00:34:22,666 --> 00:34:24,375 Kosh, awak datang juga. 380 00:34:26,166 --> 00:34:27,083 Mestilah. 381 00:34:28,666 --> 00:34:31,333 Kami ingat awak tak dapat datang. 382 00:34:32,541 --> 00:34:34,250 Kami cuba hubungi awak. 383 00:34:35,166 --> 00:34:37,166 Saya bermalam di rumah Hans. 384 00:34:38,041 --> 00:34:38,875 Salam perkenalan. 385 00:34:39,958 --> 00:34:40,958 Takziah. 386 00:34:45,083 --> 00:34:46,000 Takziah. 387 00:34:47,666 --> 00:34:48,583 Takziah. 388 00:34:52,500 --> 00:34:54,791 Saya nak lawat kubur ayah saya. 389 00:34:55,416 --> 00:34:56,541 Awak nak saya ikut? 390 00:34:58,458 --> 00:35:00,291 Saya patut pergi bersendirian. 391 00:35:04,666 --> 00:35:05,500 En. Conny. 392 00:35:07,500 --> 00:35:08,500 Hei, Dominik. 393 00:35:09,291 --> 00:35:10,166 Apa khabar? 394 00:35:10,250 --> 00:35:11,666 Saya dah fikir semula. 395 00:35:11,750 --> 00:35:13,625 Tentang tawaran awak. 396 00:35:15,291 --> 00:35:17,541 Terima kasih atas peluang itu, 397 00:35:17,625 --> 00:35:20,916 tapi saya tak nak rampas peluang orang yang lebih layak. 398 00:35:21,750 --> 00:35:24,750 Janganlah merendah diri. Awak ada potensi. 399 00:35:26,125 --> 00:35:30,250 Perspektif awak tak konvensional. Itulah yang kami cari. 400 00:35:30,750 --> 00:35:33,500 Ya, tapi saya rasa tak selesa. 401 00:35:33,583 --> 00:35:34,833 Tapi awak layak. 402 00:35:35,333 --> 00:35:39,000 - Jadi, apa rancangan awak? - Saya nak tinggal di Kitzbühel dulu. 403 00:35:39,083 --> 00:35:41,708 Kemudian, memohon semula. 404 00:35:42,625 --> 00:35:43,625 Ke tempat lain. 405 00:35:44,333 --> 00:35:47,041 Jika saya gagal, saya akan cuba lagi. 406 00:35:47,125 --> 00:35:50,833 Jika saya masih gagal, sekurang-kurangnya saya tahu tahap saya. 407 00:35:51,875 --> 00:35:53,375 Saya cuma perlu tahu. 408 00:36:04,375 --> 00:36:05,208 Helo, ayah. 409 00:36:17,791 --> 00:36:18,791 Saya cuma nak kata, 410 00:36:20,000 --> 00:36:21,541 yang saya kini pemilik hotel ayah. 411 00:36:23,041 --> 00:36:23,916 Terima kasih. 412 00:36:30,750 --> 00:36:33,750 Tapi saya tak perlukan hotel. Saya perlukan rumah. 413 00:36:36,291 --> 00:36:37,916 Tapi ayah tak pernah faham. 414 00:36:42,166 --> 00:36:44,583 Sekarang saya jumpa seseorang yang faham. 415 00:36:48,416 --> 00:36:50,916 Vanessa bintang keluarga kami. 416 00:36:51,458 --> 00:36:52,916 Asyik-asyik Nessa saja. 417 00:36:53,875 --> 00:36:55,375 Dulu saya cemburu. 418 00:36:56,500 --> 00:36:58,833 Kemudian, baru saya sedar dugaannya. 419 00:37:00,000 --> 00:37:01,000 Apa maksud awak? 420 00:37:03,625 --> 00:37:07,208 Bergaya, tersenyum, dia perlu sentiasa sempurna. 421 00:37:09,375 --> 00:37:10,500 Dia tak bebas. 422 00:37:13,833 --> 00:37:15,250 Tapi dengan abang awak, 423 00:37:17,083 --> 00:37:18,625 dia rasa bebas. 424 00:37:21,375 --> 00:37:22,750 Jadi, dia sayang abang saya? 425 00:37:26,541 --> 00:37:30,250 - Rahsiakan perbualan ini. - Saya janji. 426 00:37:32,625 --> 00:37:36,500 Hubungannya dengan Dominik bermasalah. Dia nak berpisah. 427 00:37:39,250 --> 00:37:40,958 Tapi dia tak tahu caranya. 428 00:37:43,833 --> 00:37:47,916 Vanessa pernah ceritakan tentang kemalangan abang saya? 429 00:37:48,958 --> 00:37:50,166 Sebenarnya, dia pun… 430 00:37:51,166 --> 00:37:53,833 tak tahu sama ada Joseph ke sana untuk menemuinya. 431 00:37:57,958 --> 00:37:58,833 Awak okey? 432 00:38:00,208 --> 00:38:01,875 Awak di sana pada malam itu? 433 00:38:02,625 --> 00:38:04,750 - Parti di chalet awak itu? - Ya. 434 00:38:06,208 --> 00:38:08,041 Saya tahu ia setahun yang lalu, 435 00:38:09,500 --> 00:38:11,250 tapi apa yang awak ingat? 436 00:38:11,333 --> 00:38:14,541 Vanessa ada berkelakuan aneh? Atau apa-apa saja? 437 00:38:17,208 --> 00:38:20,625 Dia kehilangan telefonnya. Kecoh satu chalet. 438 00:38:22,000 --> 00:38:24,000 Akhirnya, dia jumpa telefon itu. 439 00:38:26,083 --> 00:38:27,125 Kenapa? 440 00:38:27,208 --> 00:38:29,625 Kenapa tanya soalan pelik ini? Lisi? 441 00:38:35,166 --> 00:38:36,000 Hans. 442 00:38:39,166 --> 00:38:40,500 Ia tak masuk akal. 443 00:38:40,583 --> 00:38:42,041 Apa yang tak masuk akal? 444 00:38:42,125 --> 00:38:43,041 Vanessa. 445 00:38:44,208 --> 00:38:46,208 Saya baru cakap dengan adiknya. 446 00:38:47,083 --> 00:38:49,166 - Tentu sesuatu berlaku di… - Lisi. 447 00:38:49,750 --> 00:38:51,166 Jangan seksa diri lagi. 448 00:38:53,375 --> 00:38:55,916 Kita berdua dah baca pesanan itu. 449 00:38:56,500 --> 00:38:58,500 Kita dengar pesanan suara terakhirnya. 450 00:38:59,041 --> 00:39:03,291 Bagaimana jika bukan Vanessa yang hantar pesanan itu kepada Abang Joseph? 451 00:39:13,666 --> 00:39:14,541 Lisi. 452 00:39:15,458 --> 00:39:16,750 Apa maksud awak? 453 00:39:41,291 --> 00:39:45,833 POLIS 454 00:39:50,000 --> 00:39:51,166 En. Ziervogel? 455 00:39:53,125 --> 00:39:55,375 Awak ditahan kerana memusnahkan bukti. 456 00:39:55,458 --> 00:39:56,583 Jangan sentuh saya. 457 00:39:57,083 --> 00:39:58,208 Apa hal? 458 00:39:58,291 --> 00:39:59,208 Berundur. 459 00:39:59,791 --> 00:40:00,708 Apa salahnya? 460 00:40:14,166 --> 00:40:15,458 Abang saya, Joseph 461 00:40:16,666 --> 00:40:18,375 meninggal dunia setahun lalu. 462 00:40:19,250 --> 00:40:20,083 Lisi! 463 00:40:21,375 --> 00:40:22,500 Awak nak ke mana? 464 00:40:22,583 --> 00:40:24,500 Bagaimana awak tahu kodnya? 465 00:40:24,583 --> 00:40:26,208 Ia hari jadi adiknya. 466 00:40:29,750 --> 00:40:30,833 Apa masalahnya? 467 00:40:34,166 --> 00:40:36,333 Bagaimana jika semuanya hancur kerana kita? 468 00:43:43,958 --> 00:43:46,500 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin