1 00:00:07,000 --> 00:00:09,958 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:16,541 --> 00:00:18,458 Abang saya, Joseph, selalu kata, 3 00:00:19,166 --> 00:00:24,541 tanpa mereka, kampung kami cuma kampung biasa di pergunungan Tyrol. 4 00:00:25,958 --> 00:00:27,083 Tapi kerana mereka, 5 00:00:27,625 --> 00:00:28,958 Kitzbühel terkenal, 6 00:00:29,833 --> 00:00:31,166 bak Aspen versi Alps. 7 00:00:34,708 --> 00:00:36,458 Mereka datang setiap musim sejuk. 8 00:00:38,125 --> 00:00:42,916 Mereka menginap di chalet bergaya pilihan golongan kaya. 9 00:00:43,791 --> 00:00:45,625 Mereka bawa glamor, wang 10 00:00:47,041 --> 00:00:48,000 dan parti. 11 00:00:49,791 --> 00:00:51,791 Namun, di sebalik kemewahan itu, 12 00:00:52,500 --> 00:00:54,166 mereka manusia biasa 13 00:00:55,041 --> 00:00:56,875 seperti kita. 14 00:00:58,708 --> 00:01:01,666 Itulah yang abang saya selalu kata. 15 00:01:03,958 --> 00:01:05,208 Lisi, awak betul. 16 00:01:05,833 --> 00:01:08,458 Dia memanipulasi abang. 17 00:01:10,666 --> 00:01:12,666 Abang ingat dia mencintai abang, 18 00:01:13,666 --> 00:01:15,791 padahal dia memperdayakan abang. 19 00:01:30,875 --> 00:01:33,500 Saya mahu dia faham perasaan 20 00:01:33,583 --> 00:01:36,583 kehilangan segalanya dalam satu malam. 21 00:01:39,458 --> 00:01:40,791 Saya nak dia sedar 22 00:01:41,291 --> 00:01:43,708 bahawa perbuatannya ada padahnya. 23 00:01:49,041 --> 00:01:50,041 Tapi ini… 24 00:01:52,375 --> 00:01:53,875 Bukan ini yang saya nak. 25 00:02:11,916 --> 00:02:12,958 Hei, Lisi. 26 00:02:13,625 --> 00:02:15,125 Minuman awak hampir siap. 27 00:02:15,208 --> 00:02:16,791 Apa yang awak nak? 28 00:02:16,875 --> 00:02:19,041 Ini dia. Silakan minum. 29 00:02:19,125 --> 00:02:20,250 Terima kasih, Lisi. 30 00:02:20,875 --> 00:02:24,166 Jangan minum terlalu cepat, Hubert, nanti awak terlepas bunga api. 31 00:02:24,250 --> 00:02:26,458 Visa tak diterima di sini. 32 00:02:26,541 --> 00:02:29,000 - Apa yang awak nak? - Kami sampai dulu! 33 00:02:29,083 --> 00:02:31,416 - Baliklah ke Munich dengan SUV awak! - Berhenti! 34 00:02:31,500 --> 00:02:32,791 Awak ada pilihan. 35 00:02:33,333 --> 00:02:35,791 Keluar dan saling bertumbuk 36 00:02:35,875 --> 00:02:37,875 atau minum dengan saya 37 00:02:38,750 --> 00:02:41,208 demi tahun baru yang aman damai. 38 00:02:45,791 --> 00:02:48,166 - Baiklah. - Terima kasih, Lisi. 39 00:02:48,791 --> 00:02:50,166 - Minum. - Minum. 40 00:02:50,250 --> 00:02:51,291 Minum. 41 00:02:53,500 --> 00:02:54,875 Ayuh, dua permainan. 42 00:02:57,791 --> 00:02:59,041 Saya dah kembali. 43 00:02:59,791 --> 00:03:02,708 - Awak dah tahu tuan rumah malam ini? - Tunjuklah. 44 00:03:02,791 --> 00:03:05,458 Hei, sayang. Saya sedang menuju ke Kitzbühel 45 00:03:05,541 --> 00:03:08,583 dan saya akan adakan parti terhebat tahun ini. 46 00:03:08,666 --> 00:03:11,166 Apa yang anda perlu buat sebelum malam ini? 47 00:03:11,250 --> 00:03:12,875 Rutin kecantikan. 48 00:03:12,958 --> 00:03:15,625 Saya sedang menguji produk Pure Aura. 49 00:03:15,708 --> 00:03:18,375 Masker pelembapnya sangat hebat. 50 00:03:18,958 --> 00:03:21,208 "Pure Aura?" Saya nak dapatkannya! 51 00:03:21,291 --> 00:03:23,375 Saya pasti harganya sangat mahal. 52 00:03:24,291 --> 00:03:27,916 - Semua persediaan dah siap? - Beres. Saya dah tanya Madli. 53 00:03:28,000 --> 00:03:30,083 Malah, saya dah ambil baju awak. 54 00:03:31,708 --> 00:03:33,625 Ini untuk kerja atau kultus? 55 00:03:38,750 --> 00:03:41,375 Betulkah awak nak lakukannya malam ini? 56 00:03:42,041 --> 00:03:44,000 Sekarang musim sibuk. Saya tak nak terlepas. 57 00:03:46,166 --> 00:03:47,416 Tapi kenapa hari ini? 58 00:03:48,333 --> 00:03:50,166 Ceritakanlah tentang London. 59 00:03:51,125 --> 00:03:53,625 Selalu hujan, tiada gunung dan mahal gila. 60 00:03:54,708 --> 00:03:56,791 Mengakulah, awak seronok di sana. 61 00:03:57,375 --> 00:03:59,708 Baiklah. Kota itu memang hebat. 62 00:03:59,791 --> 00:04:01,458 Awak perlu datang. 63 00:04:05,583 --> 00:04:08,750 Sebelum itu, kita jumpa di "parti terhebat tahun ini". 64 00:04:08,833 --> 00:04:10,416 Mestilah. Ya. 65 00:04:28,666 --> 00:04:31,583 Awak dah nak balik? Saya boleh buat lagi. 66 00:04:32,250 --> 00:04:34,083 - Saya perlu bekerja. - Kawan! 67 00:04:34,708 --> 00:04:38,625 - Esok tahun baru dan awak perlu bekerja? - Saya terpaksa. 68 00:04:39,583 --> 00:04:41,666 - Apa kerja awak? - Kenapa nak tahu? 69 00:04:41,750 --> 00:04:45,833 Ini kali ketiga awak di sini dan saya masih tak tahu nama awak. 70 00:04:45,916 --> 00:04:48,958 Lainkah kalau "Awanama Seronok" nama biasa di Tyrol. 71 00:04:52,875 --> 00:04:54,833 Awak tak suka berborak. Baiklah. 72 00:04:56,416 --> 00:05:00,166 Awak tak boleh berparti malam ini, ya? Ia pasti seronok. 73 00:05:00,250 --> 00:05:02,458 - Saya perlu ke ladang. - Apa? 74 00:05:02,541 --> 00:05:04,291 Ke ladang, ya? 75 00:05:05,750 --> 00:05:06,833 Itu satu petunjuk. 76 00:05:10,500 --> 00:05:11,333 Awak 77 00:05:12,250 --> 00:05:13,166 petani. 78 00:05:14,625 --> 00:05:15,625 Betulkah? 79 00:05:16,708 --> 00:05:18,000 Petani sebenar? 80 00:05:18,500 --> 00:05:22,541 Dengan traktor, serampang, awak juga perah susu dan lain-lain? 81 00:05:23,875 --> 00:05:24,958 Lebih kuranglah. 82 00:05:25,708 --> 00:05:26,541 Menarik. 83 00:05:27,458 --> 00:05:29,541 Saya belum pernah bersama petani. 84 00:05:31,000 --> 00:05:32,000 Tahniah. 85 00:05:32,791 --> 00:05:35,083 Saya nak pergi perah susu sekarang. 86 00:05:35,833 --> 00:05:38,041 Bukankah lembu boleh buat sendiri? 87 00:05:38,666 --> 00:05:40,333 Kami tak ada robot pemerah susu. 88 00:05:41,541 --> 00:05:43,291 Susahlah kalau begitu. 89 00:05:45,750 --> 00:05:46,958 Itu siapa? 90 00:05:47,041 --> 00:05:48,625 Itu robot pembersih. 91 00:05:49,791 --> 00:05:51,541 Saya di sini beberapa hari lagi, 92 00:05:51,625 --> 00:05:54,166 manalah tahu kalau awak nak berseronok lagi. 93 00:06:00,000 --> 00:06:01,125 Selamat Tahun Baru! 94 00:06:56,541 --> 00:06:57,833 Untuk London! 95 00:06:57,916 --> 00:07:00,541 Untuk Kolej Seni dan Rekaan Saint Martins! 96 00:07:00,625 --> 00:07:02,125 Saya bangga dengan awak. 97 00:07:03,291 --> 00:07:05,875 Tolong perlahankan suara! 98 00:07:09,750 --> 00:07:12,333 Adik saya yang bijak ini 99 00:07:13,916 --> 00:07:16,875 dapat biasiswa untuk belajar di London! 100 00:07:20,291 --> 00:07:23,166 Bermakna, dia takkan layan kamu semua lagi! 101 00:07:25,250 --> 00:07:27,500 Oleh itu, Lisi akan belanja kita! 102 00:07:30,708 --> 00:07:32,041 - Lisi! - Lisi! 103 00:07:32,125 --> 00:07:33,458 Okey. 104 00:07:34,833 --> 00:07:35,958 Koktel Moscow mule, 105 00:07:36,833 --> 00:07:39,333 Cuba libre dan Dark "n" Stormy! 106 00:07:40,041 --> 00:07:40,875 Abang? 107 00:07:41,708 --> 00:07:42,958 Dark "n" Stormy? 108 00:07:44,000 --> 00:07:45,625 Tak apa. Terima kasih saja. 109 00:07:46,833 --> 00:07:47,791 Kenapa? 110 00:07:48,375 --> 00:07:51,416 - Abang nak keluar. - Tapi kita sepatutnya berpesta. 111 00:07:51,500 --> 00:07:53,458 Maaf, saya perlu pergi. 112 00:07:53,541 --> 00:07:54,875 Awak nak ke mana? 113 00:07:54,958 --> 00:07:57,333 Untuk jumpa gadis misteri abang, bukan? 114 00:07:58,500 --> 00:08:01,000 Siapa pula kali ini? Becky dari Australia? 115 00:08:01,083 --> 00:08:02,750 Atau Francesca dari Bologna? 116 00:08:02,833 --> 00:08:04,541 Mungkin dia dah ada teman. 117 00:08:04,625 --> 00:08:05,916 Ya, dia ada teman. 118 00:08:06,000 --> 00:08:08,000 Itu dulu. Mereka dah berpisah. 119 00:08:10,333 --> 00:08:11,750 Kita jumpa di unggun api nanti. 120 00:08:17,958 --> 00:08:18,875 Hei, Hans. 121 00:08:32,458 --> 00:08:33,333 Apa khabar? 122 00:08:34,583 --> 00:08:35,916 Hari ini amat sukar. 123 00:08:39,208 --> 00:08:40,500 Awak tahu apa yang pelik? 124 00:08:42,166 --> 00:08:44,583 Saya asyik tertanya-tanya, 125 00:08:46,208 --> 00:08:48,583 "Gadis itu tahukah yang dia dah mati?" 126 00:08:52,208 --> 00:08:53,041 Lisi? 127 00:08:54,791 --> 00:08:57,208 Awak pasti ini tindakan yang betul? 128 00:08:58,708 --> 00:08:59,541 Hei. 129 00:09:09,625 --> 00:09:10,583 Kita perlu buat. 130 00:09:13,000 --> 00:09:14,041 Demi dia. 131 00:09:20,958 --> 00:09:22,375 Setahun yang lalu, 132 00:09:23,916 --> 00:09:25,833 dunia saya musnah. 133 00:09:33,833 --> 00:09:34,958 Setahun saya kaku, 134 00:09:36,041 --> 00:09:37,000 hati saya kosong 135 00:09:37,875 --> 00:09:38,875 dan tak berdaya. 136 00:09:42,416 --> 00:09:43,750 Setahun saya menunggu 137 00:09:45,041 --> 00:09:46,125 ketibaan hari ini. 138 00:09:50,041 --> 00:09:53,500 Pada saat ini, saya yang berkuasa. 139 00:09:55,375 --> 00:09:57,291 Saya tak boleh berpatah kembali. 140 00:09:57,375 --> 00:10:01,958 TANAH PERSENDIRIAN 141 00:10:07,000 --> 00:10:10,083 Kita berhenti sejenak untuk berpijak pada bumi nyata. 142 00:10:11,750 --> 00:10:13,708 Kalau kita mahu teruskan, 143 00:10:15,708 --> 00:10:17,958 fikiran kita tak boleh terganggu. 144 00:10:29,833 --> 00:10:31,666 Maaf, saya cari katerer. 145 00:10:33,208 --> 00:10:34,166 Dia di belakang. 146 00:10:38,500 --> 00:10:39,541 Awak Dominik? 147 00:10:42,375 --> 00:10:44,958 - Kita pernah jumpa? - Awak teman lelakinya. 148 00:10:45,458 --> 00:10:47,166 Awak pengikutnya? 149 00:10:48,916 --> 00:10:49,958 Ya. 150 00:10:51,416 --> 00:10:53,083 Bagaimana cuaca California? 151 00:10:55,958 --> 00:10:56,791 Panas. 152 00:10:57,916 --> 00:11:00,833 Saya baru keluar dari bilik sauna, jadi… 153 00:11:03,708 --> 00:11:05,458 Boleh awak lontarkan tuala? 154 00:11:05,541 --> 00:11:06,375 Lisi? 155 00:11:09,208 --> 00:11:13,416 - Saya perlu pergi kerja - Okey. Selamat tinggal. 156 00:11:24,875 --> 00:11:27,416 Ini aperitif jenis Pét Nat. 157 00:11:27,916 --> 00:11:30,958 Ia organik dan dibuat menurut kaedah tradisional. 158 00:11:31,458 --> 00:11:34,500 Ia tiada sulfat, tapi rasanya enak dan tajam. 159 00:11:34,583 --> 00:11:36,708 Hei, Lisi? Faham? 160 00:11:37,583 --> 00:11:39,250 Enak dan tajam. Ya. 161 00:11:39,333 --> 00:11:42,416 Bagus. Bawa champagne itu ke bilik tuan rumah. Cepat! 162 00:11:51,500 --> 00:11:52,333 Helo? 163 00:13:20,708 --> 00:13:21,541 Jadi? 164 00:13:22,583 --> 00:13:23,416 Awak sesat? 165 00:13:25,083 --> 00:13:26,833 Saya cuma bawakan minuman. 166 00:13:27,375 --> 00:13:29,416 Kenapa awak di balkoni? 167 00:13:31,125 --> 00:13:33,375 - Saya nak bagi udara… - Menariknya. 168 00:13:33,458 --> 00:13:35,333 Saya tak mahu tahu butirannya. 169 00:13:37,083 --> 00:13:37,916 Keluar. 170 00:13:47,875 --> 00:13:51,583 Wirsing! Apa status hadiah untuk maharani kita? 171 00:13:51,666 --> 00:13:52,583 Ia hampir siap! 172 00:13:52,666 --> 00:13:54,041 Jangan biar saya tertunggu. 173 00:13:54,125 --> 00:13:57,125 Betulkah Vanessa tak kisah kalau saya datang? 174 00:13:57,208 --> 00:13:59,166 Wirsing, awak penakut, ya? 175 00:13:59,250 --> 00:14:02,083 Nessa kawan baik saya dan awak teman saya. 176 00:14:02,625 --> 00:14:06,500 - Awak dah sampai? - Saya nak hidu udara kampung dulu. 177 00:14:06,583 --> 00:14:08,708 Tapi saya dah nak sampai. Parti! 178 00:14:12,541 --> 00:14:14,375 Seronoknya dapat kembali. 179 00:14:38,208 --> 00:14:41,333 - "Kedai sehenti untuk bersedih?" - Betul. Menarik. 180 00:14:41,916 --> 00:14:43,500 - Apa khabar? - Baik. 181 00:14:43,583 --> 00:14:47,500 Kami disenaraikan sebagai 30 orang muda berjaya oleh Forbes Jerman. 182 00:14:47,583 --> 00:14:50,208 - Hebatnya. - Apa cerita rekaan kereta awak? 183 00:14:51,041 --> 00:14:52,791 - Sangat bagus. - Ya. 184 00:14:52,875 --> 00:14:55,208 Jadi ia diterima di Pasadena? 185 00:14:57,541 --> 00:14:59,041 - Saya akan kembali. - Ya. 186 00:15:01,958 --> 00:15:04,041 Terima kasih, awak penyelamat saya. 187 00:15:04,791 --> 00:15:06,833 Awak nampak berbeza. 188 00:15:08,458 --> 00:15:09,583 Tapi kenapa, ya? 189 00:15:10,458 --> 00:15:12,250 Saya pakai baju. 190 00:15:13,208 --> 00:15:14,833 Ia penampilan yang menarik. 191 00:15:15,875 --> 00:15:18,416 Jangan mengurat pekerja, Domi! 192 00:15:18,500 --> 00:15:19,750 Kosh! 193 00:15:21,166 --> 00:15:22,000 Hei! 194 00:15:23,041 --> 00:15:24,083 Apa khabar? 195 00:15:24,166 --> 00:15:25,333 Di mana Nessa? 196 00:15:25,416 --> 00:15:28,791 Penting untuk dia tiba lewat walaupun di parti sendiri. 197 00:15:28,875 --> 00:15:31,333 Saya ada barang baik untuk kita bertiga. 198 00:15:31,416 --> 00:15:33,375 Awak ada nampak Wirsing? 199 00:15:33,458 --> 00:15:35,583 Kenapa Wirsing? 200 00:15:35,666 --> 00:15:37,750 - Dia bawa arak. - Tidak. 201 00:15:37,833 --> 00:15:39,708 Dia tak boleh datang. Nanti Nessa marah. 202 00:15:39,791 --> 00:15:40,833 Kenapa tak boleh? 203 00:15:40,916 --> 00:15:42,791 Suruh dia balik. 204 00:15:42,875 --> 00:15:44,708 Bolehlah, ini parti. 205 00:15:44,791 --> 00:15:47,333 Dah setahun kita tak jumpa. 206 00:15:48,416 --> 00:15:49,625 Ia belum setahun. 207 00:15:54,250 --> 00:15:55,375 Sudah setahun, ya? 208 00:16:14,833 --> 00:16:18,208 Rakan-rakan tersayang, setahun terlalu lama. 209 00:16:18,291 --> 00:16:20,708 Saya gembira dapat kembali ke Kitzbühel. 210 00:16:26,333 --> 00:16:29,375 Semuanya dah diatur. Anda tahu prosedurnya. 211 00:16:29,458 --> 00:16:31,208 Pilih senjata anda dan… 212 00:16:32,250 --> 00:16:35,250 TINGGALKAN REALITI 213 00:16:35,333 --> 00:16:37,375 Ya! 214 00:16:39,958 --> 00:16:42,625 - Mari sini, si cantik manis! - Kosh! 215 00:16:44,666 --> 00:16:45,500 Hei, sayang. 216 00:16:46,208 --> 00:16:47,958 Kumpulan kita dah bersatu semula. 217 00:16:48,041 --> 00:16:51,125 Pipps, ini Kosh, dia kawan lama saya masa dulu-dulu. 218 00:16:51,708 --> 00:16:54,000 - Kamu masih berkawan? - "Masa dulu-dulu?" 219 00:16:54,083 --> 00:16:55,500 Kosh! Biar betul! 220 00:16:55,583 --> 00:16:59,166 - Awak nampak berbeza. Awak… - Gemuk gedempol? 221 00:17:00,625 --> 00:17:04,458 Kawan, saya bawa arak mezcal. Harganya 8,000 sebotol. 222 00:17:04,541 --> 00:17:05,500 Kemudian saja. 223 00:17:05,583 --> 00:17:08,833 - Saya nak jumpa tetamu. - Jom minum. Mana gelas awak? 224 00:17:08,916 --> 00:17:12,125 Saya nak sapa tetamu, tapi saya gembira awak datang. 225 00:17:15,500 --> 00:17:18,041 "Masa dulu-dulu?" Dia malukah dengan saya? 226 00:17:18,125 --> 00:17:19,750 Taklah. Lupakan saja. Mari. 227 00:17:20,833 --> 00:17:23,125 Apa maksudnya "masa dulu-dulu"? 228 00:17:23,208 --> 00:17:24,416 Zaman purba? 229 00:17:24,500 --> 00:17:26,708 - Saya rasa macam dah pupus. - Hei. 230 00:17:27,416 --> 00:17:31,208 - Jangan mengamuk hari ini. - Taklah, mustahil! 231 00:17:31,291 --> 00:17:32,125 Minum! 232 00:17:34,333 --> 00:17:35,916 Jangan tersinggung… 233 00:17:37,291 --> 00:17:38,125 Kawan! 234 00:17:39,625 --> 00:17:40,458 Ayuh. 235 00:17:40,541 --> 00:17:43,208 Jom minum sampai mabuk. Awak pun minum sekali. 236 00:17:43,291 --> 00:17:44,250 Domi! Mari sini. 237 00:17:46,000 --> 00:17:48,083 Kawan-kawan, saya dah kena panggil. 238 00:17:59,250 --> 00:18:00,083 Tak payahlah. 239 00:18:00,166 --> 00:18:03,708 Jangan pergi jumpa dia. Sekarang dah hampir tengah malam. 240 00:18:05,333 --> 00:18:06,875 Abang tak boleh pergi. 241 00:18:06,958 --> 00:18:09,166 Esok pun kita jumpa lagi. Relakslah. 242 00:18:10,375 --> 00:18:13,791 Jalan licin dan berkabus! Lagipun, abang dah minum arak. 243 00:18:13,875 --> 00:18:15,833 Sikit saja. Fikiran abang jelas. 244 00:18:15,916 --> 00:18:16,750 Hei, Jo. 245 00:18:17,583 --> 00:18:18,666 Tak usahlah pergi. 246 00:18:19,458 --> 00:18:20,875 Jangan jadi bodoh. 247 00:18:20,958 --> 00:18:23,666 Kita jumpa tahun depan. Janganlah marah. 248 00:18:25,500 --> 00:18:26,791 Dia dah bosan hidup. 249 00:18:26,875 --> 00:18:28,375 Tidak. Dia dilamun cinta. 250 00:18:29,458 --> 00:18:33,916 Lima, empat, tiga, dua, satu… 251 00:19:04,333 --> 00:19:05,583 Selamat Tahun Baru. 252 00:19:07,000 --> 00:19:08,083 Semuanya okey? 253 00:19:11,000 --> 00:19:12,208 Selamat Tahun Baru. 254 00:19:15,000 --> 00:19:17,000 Saya ada hajat untuk tahun baru. 255 00:19:17,875 --> 00:19:21,541 Saya harap awak ikut saya ke London. Seperti yang kita rancang. 256 00:19:23,208 --> 00:19:24,625 Tapi bagaimana, Antonia? 257 00:19:25,333 --> 00:19:28,375 Mohon saja kepada Saint Martins sekali lagi. 258 00:19:28,458 --> 00:19:29,833 Awak dah diterima. 259 00:19:32,500 --> 00:19:34,875 Saya tak boleh tinggalkan ibu bapa saya. 260 00:19:35,541 --> 00:19:36,791 Saya kenal ayah awak. 261 00:19:36,875 --> 00:19:39,791 Mereka tentu tak mahu awak korbankan masa depan. 262 00:19:44,416 --> 00:19:46,250 Awak tiada di sini tahun lepas. 263 00:20:01,500 --> 00:20:03,291 Lantaklah, jom hisap tiga pek. 264 00:20:05,083 --> 00:20:06,833 Nak hisap ketamin nanti? 265 00:20:08,208 --> 00:20:09,208 Mestilah! 266 00:20:13,375 --> 00:20:14,208 Kosh? 267 00:20:15,958 --> 00:20:17,333 Tepat pada masanya. 268 00:20:17,416 --> 00:20:19,583 - Kenapa dia di sini? - Hai, Domi. 269 00:20:19,666 --> 00:20:21,625 Saya dah kata dia tak dijemput. 270 00:20:21,708 --> 00:20:24,958 Kenapa awak teruk sangat terhadap Wirsing? 271 00:20:25,041 --> 00:20:27,000 Tolonglah. Saya manusia juga. 272 00:20:27,083 --> 00:20:29,666 Maaf jika awak tersinggung. 273 00:20:30,416 --> 00:20:32,208 Sekarang, berambus! 274 00:20:38,958 --> 00:20:41,083 - Saya pun kena pergi? - Sudahlah. 275 00:20:45,125 --> 00:20:47,500 Maaf kerana jarang berbual tahun lepas. 276 00:20:48,708 --> 00:20:50,416 Saya agak sibuk. 277 00:20:55,541 --> 00:20:56,666 Semuanya okey? 278 00:21:01,791 --> 00:21:04,000 Semuanya baik. 279 00:21:05,416 --> 00:21:06,416 Baguslah. 280 00:21:08,416 --> 00:21:09,541 Jom pergi berparti. 281 00:21:10,125 --> 00:21:14,458 MENDEKATINYA TAK SEMUDAH YANG SAYA SANGKA 282 00:21:20,625 --> 00:21:22,458 Tunggu, kita akan bersendirian. 283 00:21:28,000 --> 00:21:31,458 Ayuh! Selesaikannya. 284 00:21:36,250 --> 00:21:37,916 Awak memang menyedihkan. 285 00:21:44,833 --> 00:21:47,750 Ya, macam itu. 286 00:21:49,041 --> 00:21:51,000 Saya nak dengar awak puas, Ferdinand. 287 00:21:52,583 --> 00:21:55,500 Teruskan. Sikit lagi. 288 00:21:58,041 --> 00:22:00,166 Syabas. 289 00:22:01,083 --> 00:22:03,916 Sekarang, pulanglah kepada isteri awak. 290 00:22:04,916 --> 00:22:06,916 - Fikirkan tentang saya. - Baik. 291 00:22:19,500 --> 00:22:20,333 Helo? 292 00:22:22,333 --> 00:22:23,333 Helo? 293 00:22:29,958 --> 00:22:32,000 - Kenapa awak di sini? - Saya buang air. 294 00:22:32,083 --> 00:22:33,625 Ini bukan tandas pekerja. 295 00:22:35,500 --> 00:22:36,500 Siapa nama awak? 296 00:22:38,000 --> 00:22:39,041 Nama awak? 297 00:22:40,500 --> 00:22:41,333 Lisi. 298 00:22:42,250 --> 00:22:43,166 Kenapa? 299 00:22:43,250 --> 00:22:47,500 Comel. Pulanglah kepada kawan awak di kampung. Awak dipecat. 300 00:22:49,291 --> 00:22:52,083 - Awak tak boleh pecat saya. - Mestilah boleh. 301 00:22:52,166 --> 00:22:55,500 - Saya kawan baik tuan rumah. - Saya tak buat salah. 302 00:22:55,583 --> 00:22:59,083 Awak kata begitu, tapi awak mengendap dan… 303 00:23:02,458 --> 00:23:05,166 Saya nampak awak curi barang. 304 00:23:06,833 --> 00:23:09,000 - Tapi… - Kemas barang awak, Heidi. 305 00:23:09,083 --> 00:23:11,541 Masa berseronok dah tamat. Pergi cepat. 306 00:23:11,625 --> 00:23:13,750 Melainkan awak nak dengar saya buang air. 307 00:24:01,666 --> 00:24:02,750 Apa ini? 308 00:24:04,916 --> 00:24:06,625 Maaf, saya tak sengaja. 309 00:24:06,708 --> 00:24:07,875 Alamak, kemalangan. 310 00:24:09,750 --> 00:24:11,583 Selamat Tahun Baru! 311 00:24:12,125 --> 00:24:14,916 - Maaf! Saya… - Sudah, ia akan jadi lebih teruk. 312 00:24:16,583 --> 00:24:18,541 Susah sangatkah nak bawa dulang? 313 00:24:18,625 --> 00:24:19,958 Apakah yang berlaku? 314 00:24:20,041 --> 00:24:23,708 - Dari mana awak dapat pelayan amatur ini? - Sayang, bertenang. 315 00:24:23,791 --> 00:24:25,958 "Bertenang?" Baju saya dah rosak. 316 00:24:28,000 --> 00:24:29,541 Saya nak tukar baju. 317 00:24:52,208 --> 00:24:54,291 Kenapa awak seksa diri begini? 318 00:24:54,375 --> 00:24:55,708 Saya akan kembali. 319 00:24:56,291 --> 00:24:59,541 Baliklah. Saya akan uruskan Madli. Jangan risau. 320 00:24:59,625 --> 00:25:01,583 Saya akan telefon awak esok. 321 00:25:04,750 --> 00:25:05,875 Apa awak buat? 322 00:25:07,250 --> 00:25:10,166 - Saya nak minta maaf. - Sudahlah. Lupakan saja. 323 00:25:11,375 --> 00:25:13,000 Saya tak boleh buat begitu. 324 00:25:43,041 --> 00:25:44,291 Tutup pintu! 325 00:25:46,125 --> 00:25:47,916 Kunci. 326 00:25:48,000 --> 00:25:48,875 Cepat! 327 00:25:49,583 --> 00:25:51,750 Pergi situ. Di situ. 328 00:25:52,666 --> 00:25:54,208 Diam! Kamu berdua! 329 00:25:54,291 --> 00:25:56,333 Tak guna! Jangan pandang saya! 330 00:26:10,250 --> 00:26:11,083 Nessa? 331 00:26:14,166 --> 00:26:15,791 Cakap sesuatu! 332 00:26:17,583 --> 00:26:18,916 Nanti saya datang. 333 00:26:21,833 --> 00:26:23,041 Boleh saya masuk? 334 00:26:23,541 --> 00:26:25,750 Bukan sekarang. Nanti saya datang. 335 00:26:25,833 --> 00:26:27,000 Okey. 336 00:26:28,208 --> 00:26:29,416 Kita jumpa di bawah. 337 00:26:35,041 --> 00:26:38,291 Jangan risau, polis akan tiba tak lama lagi. 338 00:26:38,375 --> 00:26:40,291 - Apa awak kata? - Tak ada apa-apa. 339 00:26:40,375 --> 00:26:41,333 Apa awak kata? 340 00:26:42,625 --> 00:26:45,875 Beritahu saya. Cakap, sekarang. 341 00:26:48,833 --> 00:26:52,166 - Pihak polis akan tiba sebentar lagi. - Jangan tipu. 342 00:26:53,166 --> 00:26:54,708 Saya baru hubungi mereka. 343 00:26:54,791 --> 00:26:57,708 - Sebelum awak nampak saya. - Awak tipu. 344 00:26:58,958 --> 00:26:59,791 Suka hati awaklah. 345 00:27:01,625 --> 00:27:04,625 Kalau saya jadi awak, saya akan cabut lari. 346 00:27:08,416 --> 00:27:10,166 Diam! 347 00:27:21,500 --> 00:27:22,333 Okey. 348 00:27:23,541 --> 00:27:24,541 Ia dah berakhir. 349 00:27:26,166 --> 00:27:28,458 Semuanya selamat. 350 00:27:29,250 --> 00:27:30,250 - Okey? - Okey. 351 00:27:31,708 --> 00:27:32,958 Nessa? 352 00:27:33,041 --> 00:27:35,541 Sayang, buka pintu. Cepat! 353 00:27:35,625 --> 00:27:36,833 Nessa! 354 00:27:42,000 --> 00:27:44,541 Ya Tuhan. Saya dah dengar tentang baju awak. 355 00:27:49,958 --> 00:27:51,333 Apa dia buat di sini? 356 00:27:52,583 --> 00:27:55,125 Dia baru saja selamatkan saya. 357 00:27:55,208 --> 00:27:56,916 Hubungi polis sekarang. 358 00:28:00,583 --> 00:28:03,625 - Dia masuk melalui pintu ini? - Ya. 359 00:28:04,250 --> 00:28:07,500 Saya baru saja tukar baju dan dia tiba-tiba masuk. 360 00:28:07,583 --> 00:28:09,916 Selain daripada itu, Cik von Höhenfeldt tak apa-apa? 361 00:28:10,000 --> 00:28:12,000 Dia diugut dengan pistol. 362 00:28:12,708 --> 00:28:13,875 Apa awak rasa? 363 00:28:14,708 --> 00:28:17,666 - Kami dah selesai. - Baroness von Höhenfeldt. 364 00:28:18,166 --> 00:28:20,416 - Terima kasih. Selamat tinggal. - Pergi dulu. 365 00:28:25,916 --> 00:28:26,791 Lisi. 366 00:28:28,333 --> 00:28:29,833 Kirim salam kepada ibu bapa awak. 367 00:28:35,083 --> 00:28:36,333 Saya amat bersimpati. 368 00:28:43,000 --> 00:28:44,000 Baiklah. 369 00:28:56,500 --> 00:28:57,333 Terima kasih. 370 00:29:00,708 --> 00:29:05,000 Sudahlah. Pergilah menari, kaki parti! 371 00:29:05,833 --> 00:29:06,958 Saya perlu bekerja. 372 00:29:08,250 --> 00:29:10,250 Awak perlu berparti dengan kami. 373 00:29:10,750 --> 00:29:11,583 Mari. 374 00:30:39,041 --> 00:30:42,458 - Maaf kerana basahkan baju awak. - Lupakan saja. 375 00:30:42,541 --> 00:30:44,666 Awak wira malam ini! 376 00:30:45,666 --> 00:30:47,041 Dia wira! 377 00:30:50,208 --> 00:30:53,333 - Berapa lama lagi awak di sini? - Beberapa hari lagi. 378 00:30:53,916 --> 00:30:58,000 Esok kami akan makan di rumah Dominik. Beberapa orang saja. Datanglah. 379 00:30:59,333 --> 00:31:00,291 Boleh juga. 380 00:31:02,125 --> 00:31:03,583 Ia tentu seronok! Ya. 381 00:31:11,541 --> 00:31:13,625 Boleh awak bawakan minuman? 382 00:31:14,250 --> 00:31:18,708 - Apa? Saya tak… - Awak tentu tak jatuhkan dulang lagi. 383 00:31:19,958 --> 00:31:20,916 Nessa! 384 00:31:22,000 --> 00:31:23,333 Jangan lawan cakapnya. 385 00:31:23,416 --> 00:31:26,458 Dia akan buat awak menghidap anoreksia kalau awak berdegil. 386 00:31:26,541 --> 00:31:27,416 Awak okey? 387 00:31:28,333 --> 00:31:30,291 Kenapa orang tanya saya begitu? 388 00:31:42,541 --> 00:31:45,375 Pippa, kelakarnya nama itu. 389 00:31:45,875 --> 00:31:46,916 Pippa. 390 00:31:48,000 --> 00:31:50,500 Pippa! 391 00:31:52,791 --> 00:31:55,500 Kosh. Kawal diri awak. 392 00:31:56,041 --> 00:31:56,958 Parti! 393 00:32:22,083 --> 00:32:22,916 Hei. 394 00:32:28,000 --> 00:32:29,041 Awak nak balik? 395 00:32:30,250 --> 00:32:32,250 Tugas saya dah selesai. 396 00:32:35,083 --> 00:32:36,291 Bagus kerja awak. 397 00:32:38,083 --> 00:32:39,916 Bolehlah. 398 00:32:45,875 --> 00:32:48,291 Itu saja yang ada. Saya boleh tambah melalui PayPal. 399 00:32:49,083 --> 00:32:49,916 Ini apa? 400 00:32:51,250 --> 00:32:52,250 Tanda terima kasih. 401 00:32:53,458 --> 00:32:55,375 Awak fikir saya nak minta tip? 402 00:32:58,791 --> 00:33:01,708 Awak ingat saya budak kaya yang suka tabur duit 403 00:33:01,791 --> 00:33:03,333 dan sembur Dom Perignon? 404 00:33:06,541 --> 00:33:08,250 Awak lebih suka berfikir, ya? 405 00:33:10,083 --> 00:33:14,333 Sebab itulah awak duduk di sini, merenung gunung dan tertanya-tanya, 406 00:33:16,625 --> 00:33:19,250 "Adakah saya pusat alam semesta?" 407 00:33:22,583 --> 00:33:24,958 Awak dah buat kesimpulan tentang saya. 408 00:33:26,000 --> 00:33:27,416 Ini nasihat untuk awak. 409 00:33:27,500 --> 00:33:30,458 Sebelum awak beri 100 euro kepada seseorang, 410 00:33:30,541 --> 00:33:32,166 tanya nama orang itu dulu. 411 00:33:40,583 --> 00:33:41,416 Okey. 412 00:33:46,291 --> 00:33:47,333 Siapa nama awak? 413 00:33:50,958 --> 00:33:51,791 Lisi. 414 00:33:55,958 --> 00:33:56,791 Dominik, 415 00:33:58,041 --> 00:33:59,500 pusat alam semesta. 416 00:34:10,083 --> 00:34:11,083 Baiklah. 417 00:34:12,833 --> 00:34:14,458 Jumpa lagi, Lisi. 418 00:34:47,541 --> 00:34:48,583 Diam. 419 00:34:53,875 --> 00:34:56,708 Simpan benda itu, bodoh. 420 00:34:57,375 --> 00:34:59,541 - Hans! - Hebatnya lakonan kita! 421 00:34:59,625 --> 00:35:02,208 - Padan muka mereka! - Perlahankan suara. 422 00:35:03,750 --> 00:35:05,000 Apa jadi selepas itu? 423 00:35:07,875 --> 00:35:09,708 Mereka jemput saya makan. 424 00:35:10,666 --> 00:35:11,875 Geng rapat. 425 00:35:33,125 --> 00:35:35,166 "Kalau awak tak tutup mulut…" 426 00:35:35,875 --> 00:35:37,458 Saya hampir terkencing. 427 00:35:37,541 --> 00:35:40,666 - Saya macam samseng tak? - Mestilah, Hans. 428 00:35:40,750 --> 00:35:41,625 Sudahlah. 429 00:35:48,500 --> 00:35:49,416 Jangan bimbang. 430 00:35:50,125 --> 00:35:52,541 Dia akan balik dalam beberapa hari. 431 00:35:52,625 --> 00:35:53,541 Satu saja lagi. 432 00:35:53,625 --> 00:35:58,041 - Saya di dalam but semasa awak berparti. - Ia memang sukar. Jangan risau. 433 00:35:58,125 --> 00:35:59,625 Sekarang, awak wiranya. 434 00:36:01,000 --> 00:36:02,583 Saya perlu jadi kawan dia. 435 00:36:11,291 --> 00:36:12,166 Demi Joseph. 436 00:36:14,375 --> 00:36:15,208 Demi Abang Jo. 437 00:36:23,416 --> 00:36:25,333 Ada lima fasa kesedihan. 438 00:36:28,208 --> 00:36:29,041 Pertama, 439 00:36:30,333 --> 00:36:31,166 penyangkalan. 440 00:36:34,375 --> 00:36:36,708 Mustahil orang yang berkongsi segalanya 441 00:36:37,250 --> 00:36:38,833 dengan kita, 442 00:36:40,041 --> 00:36:41,208 termasuklah rahim 443 00:36:42,583 --> 00:36:43,916 tiba-tiba tiada. 444 00:36:48,333 --> 00:36:49,833 Dunia terbelah dua 445 00:36:52,583 --> 00:36:53,583 kepada "sebelum" 446 00:36:56,083 --> 00:36:57,041 dan 447 00:36:57,958 --> 00:36:58,791 "selepas". 448 00:37:05,166 --> 00:37:07,250 Kita rasa 449 00:37:07,833 --> 00:37:08,666 tak terdaya. 450 00:37:10,833 --> 00:37:12,208 Sehinggalah fasa kedua. 451 00:37:15,333 --> 00:37:16,208 Kemarahan. 452 00:37:21,458 --> 00:37:24,291 Kemarahan terhadap orang yang musnahkan semuanya. 453 00:37:27,583 --> 00:37:29,666 Bagi orang itu, semuanya permainan. 454 00:37:30,583 --> 00:37:31,833 DATANGLAH! KAMI BERPARTI! 455 00:37:31,916 --> 00:37:34,041 Dia tak sedar benda yang dia rampas. 456 00:37:34,125 --> 00:37:35,583 IA BERBALOI! PERCAYALAH. 457 00:37:35,833 --> 00:37:36,750 Hidupnya. 458 00:37:36,833 --> 00:37:37,833 PATUTKAH? 459 00:37:38,208 --> 00:37:39,166 Masa depannya. 460 00:37:39,250 --> 00:37:40,333 KAMI DAH BERPISAH! 461 00:37:40,416 --> 00:37:41,333 YAKAH? 462 00:37:41,416 --> 00:37:42,666 Masa depan kita. 463 00:37:42,750 --> 00:37:44,875 YA. SAYA NAK JUMPA AWAK. SEKARANG! 464 00:37:44,958 --> 00:37:46,916 BAIKLAH 465 00:37:47,000 --> 00:37:49,166 Kemudian, fasa ketiga. 466 00:37:52,625 --> 00:37:54,125 Lupakan saja fasa ketiga. 467 00:40:19,166 --> 00:40:21,708 Terjemahan sari kata oleh Noorsalwati Nordin