1
00:02:10,500 --> 00:02:12,916
Hijau menjadi warna kegemaran
musim panas ini.
2
00:02:18,083 --> 00:02:22,083
Hijau tua pun bagus juga.
Bergaya dan tradisional.
3
00:02:31,000 --> 00:02:32,958
Boleh puan beritahu saya umurnya?
4
00:02:46,708 --> 00:02:47,791
Helo?
5
00:02:47,916 --> 00:02:49,791
Awak suka hijau tua atau hijau muda?
6
00:02:49,916 --> 00:02:50,750
Awak ke mana?
7
00:02:50,875 --> 00:02:54,208
Rakan sekerja awak kata
dah dua hari awak tak pergi kerja.
8
00:02:56,750 --> 00:02:58,166
Bertenang.
9
00:02:58,291 --> 00:03:01,375
Jangan panjangkan cerita,
nanti kita saling membenci pula.
10
00:03:03,208 --> 00:03:05,958
Jadi, awak suka hijau tua atau hijau muda?
11
00:03:06,541 --> 00:03:09,041
Saya susah hati lihat awak begini.
12
00:03:09,125 --> 00:03:11,125
Beri saya masa lagi.
13
00:03:13,083 --> 00:03:15,625
Saya akan okey saja
selepas habiskan duit saya.
14
00:03:16,416 --> 00:03:18,750
Saya pergi dulu. Kawan saya sedang tunggu.
15
00:03:18,875 --> 00:03:20,375
Telefon balik nanti.
16
00:03:24,916 --> 00:03:26,125
Saya ambil dua-dua.
17
00:03:27,041 --> 00:03:27,958
Terima kasih.
18
00:05:20,583 --> 00:05:21,666
Puan?
19
00:05:23,791 --> 00:05:26,166
Saya ada janji temu penting di...
20
00:05:31,291 --> 00:05:33,125
Pada pukul lapan malam ini.
21
00:05:33,583 --> 00:05:35,250
Boleh buat panggilan kejut?
22
00:05:35,333 --> 00:05:37,416
Dah tentu. Bilik puan nombor berapa?
23
00:05:38,000 --> 00:05:39,416
Bilik 1401.
24
00:05:44,541 --> 00:05:47,125
Baik, puan.
Kami akan telefon tepat pukul 8.00.
25
00:05:49,666 --> 00:05:51,000
Jika saya tak jawab,
26
00:05:51,083 --> 00:05:53,708
boleh hantar orang ketuk pintu saya?
27
00:05:53,875 --> 00:05:56,166
Jangan risau, puan.
Kami akan kejutkan puan.
28
00:05:57,916 --> 00:05:58,916
Terima kasih.
29
00:07:06,125 --> 00:07:07,041
Helo?
30
00:07:07,125 --> 00:07:08,916
Cukup lewat untuk telefon?
31
00:07:09,416 --> 00:07:10,291
Helo?
32
00:07:13,166 --> 00:07:14,416
Awak suruh...
33
00:07:16,083 --> 00:07:18,750
Helo?
34
00:07:19,333 --> 00:07:21,958
Tadi awak suruh saya telefon lewat sikit.
35
00:07:22,041 --> 00:07:25,375
Kenapa dengan awak? Suara awak pelik.
36
00:07:28,208 --> 00:07:30,958
Saya boleh mengharunginya.
37
00:07:32,125 --> 00:07:35,083
Ini kali ketiga saya putus hubungan.
38
00:07:37,083 --> 00:07:40,625
Saya akan jadi orang baharu esok.
39
00:07:43,666 --> 00:07:47,041
Awak tahu makna "menguji batas"?
40
00:07:54,333 --> 00:07:59,958
Apabila terlalu menyakitkan,
kita tak rasa apa-apa lagi.
41
00:08:00,083 --> 00:08:02,000
Selepas itu, kita akan sembuh.
42
00:08:09,208 --> 00:08:10,833
Helo?
43
00:08:12,500 --> 00:08:14,291
Helo?
44
00:08:25,166 --> 00:08:28,041
Kenapa suruh saya telefon...
45
00:09:43,833 --> 00:09:45,708
Apa awak buat di sini?
46
00:09:48,500 --> 00:09:50,333
Dah pukul lapan?
47
00:10:58,500 --> 00:11:01,333
{\an8}TOLONG HANTAR SAYA KE HOSPITAL
48
00:12:38,541 --> 00:12:41,250
Saya jurubahasa mereka.
49
00:12:45,125 --> 00:12:49,583
Mereka nak nombor telefon rumah awak
untuk maklumkan keluarga awak.
50
00:12:53,750 --> 00:12:56,208
Saya tak fikir dengan waras.
51
00:12:57,166 --> 00:12:59,916
Saya tak berniat nak bunuh diri.
52
00:13:02,916 --> 00:13:07,791
Beritahu mereka saya minta maaf
kerana menyusahkan mereka.
53
00:13:08,125 --> 00:13:10,000
Saya janji takkan buat lagi.
54
00:13:27,458 --> 00:13:29,375
Saya minta maaf.
55
00:13:30,625 --> 00:13:32,500
Saya minta maaf.
56
00:13:51,208 --> 00:13:52,583
Boleh saya bantu?
57
00:13:53,666 --> 00:13:55,416
Bilik 1401.
58
00:13:55,875 --> 00:13:59,041
Maaf, puan.
Kami pindahkan puan ke aras 12.
59
00:14:01,500 --> 00:14:02,333
Kenapa?
60
00:14:04,041 --> 00:14:07,125
Kami perlu adakan upacara di bilik 1401.
61
00:14:07,416 --> 00:14:09,083
Upacara apa?
62
00:14:22,666 --> 00:14:24,458
Upacara Buddha.
63
00:15:53,875 --> 00:15:57,583
Tumpang tanya, kenapa sami datang ke sini?
64
00:16:02,833 --> 00:16:06,166
Orang bunuh diri, jadi hantu pun datang.
65
00:16:06,500 --> 00:16:09,250
Sami datang dan bercakap dengan hantu.
66
00:16:14,458 --> 00:16:15,708
Hantu jenis apa?
67
00:16:20,250 --> 00:16:21,500
Semua hantu.
68
00:16:41,791 --> 00:16:42,708
Lapangan terbang...
69
00:16:44,541 --> 00:16:45,375
Maaf.
70
00:16:50,791 --> 00:16:51,958
Puan!
71
00:16:55,416 --> 00:16:59,000
BULAN PERTAMA...
72
00:17:35,125 --> 00:17:36,625
Hei.
73
00:17:38,750 --> 00:17:41,666
Saya dah jumpa kedai
yang beli perabot terpakai.
74
00:17:42,583 --> 00:17:45,125
Saya suruh mereka datang dan tengok.
75
00:17:46,041 --> 00:17:48,708
Saya dah pindah balik ke rumah sendiri.
76
00:17:49,125 --> 00:17:50,791
Nanti datang dan ambil barang awak.
77
00:17:51,666 --> 00:17:54,000
Tak perlu terburu-buru.
78
00:17:54,083 --> 00:17:55,875
Masih ada dua bulan sewa berbayar.
79
00:18:02,125 --> 00:18:03,416
Cuba teka?
80
00:18:04,250 --> 00:18:06,708
Tak tahu jika awak suka
hijau tua atau muda.
81
00:18:07,500 --> 00:18:09,083
Saya beli dua-dua untuk awak...
82
00:21:14,583 --> 00:21:16,666
Kenapa ia berlaku begitu?
83
00:21:18,666 --> 00:21:23,000
Dia terlepas panggilan
atau lupa bayar bil telefon?
84
00:21:24,250 --> 00:21:28,625
Jangan jadi bodoh! Dia nak mengelak awak.
85
00:21:30,625 --> 00:21:32,583
Kenapa dia mengelak saya?
86
00:21:34,083 --> 00:21:36,500
Saya cuma nak dengar suaranya.
87
00:21:37,875 --> 00:21:39,791
Jangan menipu diri sendiri.
88
00:21:39,875 --> 00:21:41,708
Awak dah berpisah dengannya.
89
00:21:42,458 --> 00:21:45,083
Kenapa dia tak jawab panggilan saya?
90
00:21:47,708 --> 00:21:49,791
Saya ulang lagi sekali!
91
00:21:49,875 --> 00:21:53,083
Dia tinggalkan awak!
Kenapa pula dia nak jawab?
92
00:21:53,333 --> 00:21:54,833
Awak tak faham?
93
00:21:56,625 --> 00:21:58,583
Ya, kini saya dah faham.
94
00:21:59,833 --> 00:22:02,083
Saya takkan hubungi dia lagi.
95
00:22:08,000 --> 00:22:10,083
Saya akan lupakan dia tak lama lagi.
96
00:23:21,875 --> 00:23:23,875
UBAT HERBA TONGJITANG
97
00:23:37,333 --> 00:23:39,208
Lain kali, hati-hati.
98
00:23:39,291 --> 00:23:42,416
Orang muda macam awak
patut lebih kerap bersenam.
99
00:24:23,916 --> 00:24:25,458
Awak perlu tiga dos.
100
00:24:26,375 --> 00:24:29,833
Pastikan kawasan luka itu kering
dan jangan makan makanan pedas.
101
00:24:29,916 --> 00:24:33,083
Jika awak nak juga benda masam,
makan sikit saja.
102
00:24:35,750 --> 00:24:40,416
Wanita hamil selalu rasa loya
sekitar dua bulan pertama.
103
00:24:42,041 --> 00:24:43,875
Saya tak hamil.
104
00:24:50,291 --> 00:24:51,958
Biar saya periksa semula nadi awak.
105
00:25:04,833 --> 00:25:08,041
Orang muda memang haru!
106
00:25:14,208 --> 00:25:21,208
Ya... Tak...
107
00:25:25,791 --> 00:25:28,791
- Tak...
- Tak... Ya...
108
00:25:31,041 --> 00:25:32,250
Ya?
109
00:25:38,833 --> 00:25:44,291
Ya... Tak...
110
00:25:44,958 --> 00:25:46,916
Tak.
111
00:25:51,541 --> 00:25:52,458
Hei!
112
00:25:52,875 --> 00:25:54,208
Awak masih buat begitu?
113
00:25:55,291 --> 00:25:56,916
Apa awak nak sebenarnya?
114
00:26:01,333 --> 00:26:02,208
Saya...
115
00:26:03,375 --> 00:26:05,166
Saya tak nak anak!
116
00:26:09,458 --> 00:26:11,083
{\an8}PASAR TAI PO
117
00:27:00,416 --> 00:27:01,708
Hei!
118
00:27:02,833 --> 00:27:04,500
Tak pandai minta maaf?
119
00:27:07,125 --> 00:27:08,416
Maaf.
120
00:27:55,041 --> 00:27:56,083
Hei!
121
00:28:13,250 --> 00:28:15,375
Bukan saya!
122
00:28:17,666 --> 00:28:19,833
Saya betul-betul nampak orang lompat!
123
00:28:21,250 --> 00:28:23,958
Kami dah cari sepanjang landasan, puan.
124
00:28:24,041 --> 00:28:25,458
Kami tak jumpa apa-apa.
125
00:28:29,333 --> 00:28:32,583
Orang lain kata
awak yang macam nak lompat,
126
00:28:32,666 --> 00:28:34,125
jadi mereka tarik awak.
127
00:28:37,000 --> 00:28:40,375
Saya nak pergi jumpa doktor.
Kenapa pula saya nak bunuh diri?
128
00:28:42,916 --> 00:28:46,833
Pejabat doktor dah sahkan
janji temu pukul lima untuk Joey Cheng.
129
00:28:46,916 --> 00:28:48,125
Janji temu ginekologi.
130
00:28:53,625 --> 00:28:56,750
Kakak ipar saya pun jadi pelik
semasa dia hamil.
131
00:29:02,375 --> 00:29:04,833
Suruh keluarga awak jemput awak.
132
00:29:14,125 --> 00:29:15,750
Awak pernah buat sekali.
133
00:29:17,166 --> 00:29:19,333
Jika banyak kali buat,
masalah boleh timbul
134
00:29:19,416 --> 00:29:21,666
apabila awak betul-betul nak anak.
135
00:29:27,500 --> 00:29:29,083
Awak faham cakap saya?
136
00:29:30,000 --> 00:29:31,458
Saya rasa saya belum sedia.
137
00:29:34,750 --> 00:29:37,250
Tak boleh tulis dalam fail
138
00:29:37,375 --> 00:29:40,333
yang mental saya tak stabil?
139
00:29:45,083 --> 00:29:48,625
Ada saya tanya sebab
semasa luluskan pembedahan dulu?
140
00:29:51,041 --> 00:29:52,708
Ini pengguguran yang kedua.
141
00:29:52,791 --> 00:29:54,416
Mungkin awak nak fikir lagi.
142
00:30:05,791 --> 00:30:07,375
Dengar bunyi jantungnya?
143
00:30:12,666 --> 00:30:14,958
Dua minggu lagi, boleh lihat tangan.
144
00:30:28,250 --> 00:30:32,291
Saya akan jadualkan pembedahan
untuk dua minggu lagi.
145
00:30:32,375 --> 00:30:35,083
Namun, awak boleh saja batalkan.
146
00:30:50,250 --> 00:30:53,791
Ini Sam. Saya tak boleh jawab sekarang,
sila tinggalkan pesanan.
147
00:31:15,500 --> 00:31:19,416
Ini Sam. Saya tak boleh jawab sekarang,
sila tinggalkan pesanan.
148
00:31:23,125 --> 00:31:25,291
Saya ada hal penting nak beritahu.
149
00:31:27,875 --> 00:31:29,375
Telefon saya balik.
150
00:31:50,666 --> 00:31:52,500
Apa yang awak nak kami ambil?
151
00:31:53,291 --> 00:31:54,250
Semuanya.
152
00:31:55,500 --> 00:31:58,750
Awak tak nak sofa?
Bagaimana dengan meja makan?
153
00:31:59,500 --> 00:32:00,416
Ambil semuanya.
154
00:32:12,791 --> 00:32:14,833
Puan, sofa ini dah rosak.
155
00:32:20,291 --> 00:32:23,500
Boleh awak bereskan lain kali?
156
00:32:23,666 --> 00:32:25,958
Boleh, nanti telefonlah kami.
157
00:32:41,500 --> 00:32:43,541
Kenapa awak mengelak daripada saya?
158
00:32:57,541 --> 00:32:58,958
Beri saya sedikit masa.
159
00:33:01,041 --> 00:33:02,916
Kenapa awak tak jawab panggilan?
160
00:33:07,583 --> 00:33:09,250
Apa saya buat sampai awak...
161
00:33:09,333 --> 00:33:10,833
Tolonglah jangan tanya lagi!
162
00:33:13,333 --> 00:33:15,125
Saya akan jumpa awak nanti.
163
00:33:26,625 --> 00:33:28,333
Saya takkan ganggu awak lagi.
164
00:34:10,291 --> 00:34:11,916
Kejap.
165
00:34:21,916 --> 00:34:23,333
Saya tak jadi beli yang ini.
166
00:35:20,041 --> 00:35:20,875
Tumpang tanya.
167
00:35:20,958 --> 00:35:22,750
Di mana kereta api bawah tanah?
168
00:35:24,500 --> 00:35:25,916
Di sana.
169
00:35:28,458 --> 00:35:29,791
Hentian bas?
170
00:35:30,291 --> 00:35:31,291
Saya tak tahu.
171
00:35:31,625 --> 00:35:33,333
Bas lebih mudah untuk saya.
172
00:35:36,291 --> 00:35:38,583
Mungkin awak boleh temankan saya cari?
173
00:35:41,875 --> 00:35:43,875
Biar saya telefon seseorang... Hei!
174
00:36:46,500 --> 00:36:47,958
Saya perlu sahkan maklumat.
175
00:36:48,041 --> 00:36:49,458
Adakah awak Joey Cheng?
176
00:36:51,416 --> 00:36:52,250
Ya.
177
00:36:52,416 --> 00:36:55,083
Ada masalah kesihatan
atau ambil sebarang ubat?
178
00:36:56,458 --> 00:36:57,500
Tak.
179
00:36:57,916 --> 00:37:01,375
Ada HIV, Hepatitis B
atau penyakit berjangkit lain?
180
00:37:02,125 --> 00:37:04,500
Saya ada Hepatitis B.
181
00:37:05,458 --> 00:37:07,791
Beritahu Wad B dia menghidap Hepatitis B.
182
00:37:11,041 --> 00:37:12,333
Saya perlu masuk wad?
183
00:37:15,500 --> 00:37:18,083
Lelaki yang awak gigit itu
perlu lebih 40 jahitan.
184
00:37:18,166 --> 00:37:20,583
Saya perlu periksa
jika ada penyakit berjangkit.
185
00:37:20,666 --> 00:37:23,291
Awak boleh pergi
selepas pegawai ini ambil kenyataan.
186
00:37:32,708 --> 00:37:35,958
Jangan risau, memang padan muka dia!
187
00:37:36,208 --> 00:37:38,750
Dia akan dibelasah orang di penjara.
188
00:37:38,833 --> 00:37:41,666
Ada ramai mangsa tunggu nak cam dia.
189
00:37:42,458 --> 00:37:44,416
Awak perlu beri keterangan di mahkamah.
190
00:37:44,541 --> 00:37:48,166
Saya rasa tiada sesiapa boleh cam
selepas awak gigit dia.
191
00:37:51,208 --> 00:37:53,208
Apa terjadi? Saya gigit muka dia?
192
00:37:54,000 --> 00:37:58,000
Saksi kata dia terbaring di jalan
193
00:37:58,125 --> 00:37:59,666
dan awak masih gigit dia.
194
00:38:00,833 --> 00:38:04,000
Tiada wanita hamil lain
yang melindungi diri
195
00:38:04,125 --> 00:38:05,416
sehebat awak.
196
00:38:06,000 --> 00:38:09,166
Penyangak itu pun kata
awak asyik menjerit,
197
00:38:09,291 --> 00:38:11,666
"Jangan apa-apakan bayi saya!"
198
00:39:00,833 --> 00:39:03,041
KANDUNGAN TIGA BULAN
199
00:39:04,333 --> 00:39:10,500
Bagus. Sekali lagi, tarik nafas, hembus...
200
00:39:10,666 --> 00:39:12,416
Kelas, sekarang masa mandi.
201
00:39:12,791 --> 00:39:15,666
Sebelum kita mandikan bayi,
202
00:39:15,750 --> 00:39:18,083
kita harus periksa suhu air dulu.
203
00:39:18,833 --> 00:39:20,208
Kulit bayi sangat sensitif,
204
00:39:20,291 --> 00:39:22,791
jadi kita perlu periksa suhu betul-betul.
205
00:39:23,166 --> 00:39:25,125
Suruh si ayah uji air. Dia boleh buat.
206
00:39:25,208 --> 00:39:26,625
Periksa suhu air.
207
00:39:26,750 --> 00:39:29,625
Jika suhunya sesuai,
letakkan bayi ke dalam air,
208
00:39:29,708 --> 00:39:32,000
tapi jangan pula terus masukkan.
209
00:39:32,166 --> 00:39:37,500
Perlahan-lahan
masukkan kaki bayi dulu ke dalam air.
210
00:39:37,666 --> 00:39:40,333
Sapukan sikit dengan air.
211
00:39:40,416 --> 00:39:43,291
Perhatikan reaksinya.
212
00:39:44,041 --> 00:39:46,958
Jika semua okey,
bolehlah mula mandikannya.
213
00:39:49,000 --> 00:39:51,250
Berlemah lembut, siramkan air sikit-sikit.
214
00:39:52,041 --> 00:39:55,375
Pastikan lehernya disokong sentiasa.
215
00:39:55,541 --> 00:39:57,500
Pegang kuat-kuat.
216
00:39:58,291 --> 00:40:00,958
Si ayah boleh bantu pegang kepala bayi.
217
00:40:01,083 --> 00:40:02,625
Betul.
218
00:40:05,958 --> 00:40:07,375
Ada yang lemas!
219
00:40:07,458 --> 00:40:08,291
Sentiasa ingat,
220
00:40:08,375 --> 00:40:11,625
jangan masukkan bayi
sepenuhnya ke dalam air!
221
00:40:12,583 --> 00:40:16,125
Mari kita buat sekali lagi.
222
00:40:16,666 --> 00:40:20,875
Letakkan bayi ke dalam air perlahan-lahan.
223
00:40:21,416 --> 00:40:24,625
Jangan masukkan bayi sepenuhnya, okey?
224
00:40:24,708 --> 00:40:26,208
Hati-hati.
225
00:41:14,500 --> 00:41:17,041
Boleh kita berbual?
226
00:41:27,625 --> 00:41:29,125
Suami awak?
227
00:41:33,541 --> 00:41:37,541
Suami saya kata dia takkan balik.
228
00:41:38,625 --> 00:41:44,416
Saya tanya sebabnya,
tapi dia tak jawab pun.
229
00:41:49,166 --> 00:41:51,833
Awak harus bersabar berbincang dengan dia.
230
00:41:53,458 --> 00:41:55,166
Dia tak nak balik.
231
00:41:55,875 --> 00:42:02,833
Dia selalu putuskan talian.
Bagaimana kami nak berbincang?
232
00:42:08,375 --> 00:42:09,833
Encik Chow,
233
00:42:10,041 --> 00:42:12,541
mungkin awak patut bawa
isteri awak pulang.
234
00:42:13,250 --> 00:42:15,666
Bawa berbincang apabila dia dah bertenang.
235
00:42:22,708 --> 00:42:25,208
Awak cakap dengan siapa?
236
00:42:29,875 --> 00:42:32,166
Dia bukan suami awak?
237
00:42:37,958 --> 00:42:40,208
Jangan menakutkan saya.
238
00:42:41,166 --> 00:42:43,500
Saya tak nampak sesiapa di sini.
239
00:42:45,208 --> 00:42:47,750
Suami saya baru telefon saya dari China.
240
00:42:51,708 --> 00:42:53,625
Siapa awak?
241
00:43:03,750 --> 00:43:05,708
Awak berdarah!
242
00:43:14,083 --> 00:43:16,708
Bertahan, sayang.
243
00:43:16,833 --> 00:43:19,666
Lekas! Sila ambil lif seterusnya.
244
00:43:19,958 --> 00:43:20,958
Lekas!
245
00:43:21,041 --> 00:43:24,208
- Guna lif seterusnya.
- Bertahan.
246
00:43:25,791 --> 00:43:28,208
- Kami pun nak ke Wad 8B.
- Biar dia masuk.
247
00:43:29,500 --> 00:43:31,541
Bertahan, sayang.
248
00:43:31,916 --> 00:43:33,791
- Bertenang.
- Bertenang, sayang.
249
00:43:33,916 --> 00:43:36,458
Kita dah nak sampai,
tarik nafas dalam-dalam.
250
00:43:36,541 --> 00:43:38,083
Berapa lama sejak ketubannya pecah?
251
00:43:41,166 --> 00:43:44,041
Sayang, ketuban baru pecah
semasa awak telefon saya?
252
00:43:44,125 --> 00:43:47,416
Saya tak tahu! Sakitnya!
253
00:43:49,333 --> 00:43:51,958
- Dalam dua atau tiga jam.
- Saya tak nak.
254
00:43:53,916 --> 00:43:55,708
Apa ini? Apa yang berlaku?
255
00:43:55,833 --> 00:43:57,541
Fred, saya takut.
256
00:43:57,625 --> 00:43:59,958
Jangan panik. Sekejap lagi, kita keluar!
257
00:44:00,083 --> 00:44:01,250
Tarik nafas dalam-dalam.
258
00:44:01,375 --> 00:44:04,458
Tarik nafas.
Begitulah, awak takkan apa-apa.
259
00:44:05,666 --> 00:44:08,750
Tak boleh. Bayi dah nak keluar!
260
00:44:09,750 --> 00:44:10,666
Biar saya tengok.
261
00:44:10,750 --> 00:44:13,625
- Bertenang.
- Sakit.
262
00:44:15,250 --> 00:44:16,750
Jangan panik.
263
00:44:17,416 --> 00:44:18,541
Tak apa-apa.
264
00:44:21,916 --> 00:44:23,416
Tali pusat dah keluar.
265
00:44:23,791 --> 00:44:24,833
Tumpang lalu.
266
00:44:25,791 --> 00:44:28,250
- Jururawat, ada apa?
- Jangan tengok!
267
00:44:28,333 --> 00:44:29,666
Sakitnya.
268
00:44:30,666 --> 00:44:32,833
Bertahan! Tarik nafas dalam-dalam!
269
00:44:33,541 --> 00:44:35,916
Tahan sampai kita masuk wad bersalin!
270
00:44:36,000 --> 00:44:38,666
Jangan bergerak-gerak,
nanti bayi terjejas.
271
00:44:38,791 --> 00:44:40,750
Bertahan! Kita belum sampai.
272
00:44:40,875 --> 00:44:43,083
Alihkan perhatiannya dengan bercakap.
273
00:44:44,166 --> 00:44:48,958
Sayang, cuba bertenang. Awak akan okey.
274
00:44:49,083 --> 00:44:51,500
Jangan teran, nanti bayi sakit!
275
00:44:51,583 --> 00:44:54,333
Kepala dah keluar,
tapi terbelit dengan tali pusat.
276
00:44:56,250 --> 00:44:57,666
Sayang, cuba bertenang.
277
00:44:58,166 --> 00:45:02,708
Puan, dengar sini.
Bayi puan dah nak keluar.
278
00:45:03,083 --> 00:45:06,125
Kita perlu sambut dia di sini.
279
00:45:06,541 --> 00:45:08,958
Puan kena bekerja keras, faham?
280
00:45:09,875 --> 00:45:11,625
Cuba puan teran sekarang.
281
00:45:12,291 --> 00:45:15,166
Guna semua kekuatan yang ada.
282
00:45:15,375 --> 00:45:18,833
Bagus, sekali lagi.
283
00:45:21,125 --> 00:45:23,875
Bagus, teran kuat sikit! Teran!
284
00:45:24,583 --> 00:45:28,166
Bagus! Bayi dah nak keluar!
285
00:45:28,625 --> 00:45:32,708
Teran kuat!
286
00:45:32,833 --> 00:45:34,958
Bagus! Teruskan teran!
287
00:45:46,625 --> 00:45:48,208
Awak nampak?
288
00:45:49,625 --> 00:45:52,291
Teran! Anak puan bergantung kepada puan!
289
00:45:52,416 --> 00:45:55,250
- Awak nampak?
- Jangan ganggu kami sekarang!
290
00:45:55,375 --> 00:45:57,416
Berpalinglah! Jangan pandang!
291
00:46:09,875 --> 00:46:13,333
Teran kuat...
292
00:46:13,541 --> 00:46:16,416
Teran bayi keluar! Dia perlu bernafas!
293
00:46:16,500 --> 00:46:17,958
Teran kuat!
294
00:46:30,541 --> 00:46:32,166
Jangan menjerit!
295
00:46:46,416 --> 00:46:48,125
Teruskan teran.
296
00:47:01,875 --> 00:47:05,208
- Adakah bayi akan selamat?
- Cuba dapatkan bantuan!
297
00:47:07,500 --> 00:47:10,500
Ada masalah dengan wanita bersalin!
Bersedia untuk kecemasan!
298
00:47:41,083 --> 00:47:43,125
Jangan sentuh bayi saya!
299
00:47:46,000 --> 00:47:48,333
Jangan sentuh bayi saya!
300
00:47:57,833 --> 00:48:00,541
Mari bantu!
Ada seorang lagi pesakit di dalam!
301
00:48:46,291 --> 00:48:47,666
Buddha pernah berkata bahawa
302
00:48:48,333 --> 00:48:52,125
setiap makhluk dilahirkan bijak
untuk atasi segala penderitaan.
303
00:48:53,000 --> 00:48:57,333
Namun, kebijaksanaan ini
dikaburi obsesi dan nafsu duniawi.
304
00:48:57,708 --> 00:49:02,916
Nafsu ini sentiasa mengganggu kita
daripada jalan ke nirwana.
305
00:49:04,625 --> 00:49:10,500
Cinta dan perpisahan, benci dan dendam,
semuanya adalah pengalaman hidup.
306
00:49:11,666 --> 00:49:14,416
Mungkin awak tak terima
setiap pengalaman hidup.
307
00:49:15,708 --> 00:49:18,708
Namun, awak tak berhak
menolak nyawa awak sendiri.
308
00:49:26,291 --> 00:49:29,791
Mereka ambil masa dua jam
setiap hari untuk ke sini.
309
00:49:29,875 --> 00:49:31,916
Mereka datang untuk terapi Qigong.
310
00:49:33,291 --> 00:49:35,166
Mereka pesakit kanser.
311
00:49:35,875 --> 00:49:39,208
Tua, berpenyakit dan mati itu
semua asam garam hidup.
312
00:49:43,375 --> 00:49:45,125
Tak kira betapa awak menderita,
313
00:49:45,208 --> 00:49:47,416
awak perlu habiskan
perjalanan ini sendiri.
314
00:49:47,541 --> 00:49:50,791
Manusia asalnya boleh melihat
setiap penjelmaan makhluk.
315
00:49:51,208 --> 00:49:56,916
Namun, kebolehan ini
makin hilang dengan usia.
316
00:49:57,333 --> 00:50:02,541
Kebolehan ini hanya akan kembali
pada dua peristiwa.
317
00:50:03,166 --> 00:50:05,958
Pertama, pada saat
kita bakal menemui ajal.
318
00:50:07,208 --> 00:50:09,875
Kedua, pada saat kita jadi hamil.
319
00:50:11,375 --> 00:50:15,333
Kedua-dua peristiwa berlaku kepada awak.
320
00:50:20,708 --> 00:50:24,458
Ada apa-apa yang saya boleh buat
untuk halau roh-roh ini?
321
00:50:25,375 --> 00:50:27,166
Atau hentikan terus melihat mereka?
322
00:50:27,583 --> 00:50:31,916
Semua makhluk adalah sama.
Tiada yang benar-benar jahat atau suci.
323
00:50:32,375 --> 00:50:34,291
Manusia dan roh berkongsi alam.
324
00:50:34,833 --> 00:50:37,208
Awak hanya boleh menerima hakikat ini.
325
00:51:20,333 --> 00:51:22,666
Causeway Bay.
326
00:51:57,750 --> 00:52:00,458
Jangan panik.
327
00:52:00,583 --> 00:52:04,583
Mereka takkan kacau saya...
328
00:52:17,666 --> 00:52:19,541
Puan tak apa-apa?
329
00:52:47,625 --> 00:52:51,583
Apa? Jangan muntah di dalam kereta saya!
330
00:53:29,708 --> 00:53:31,708
Puan, pukul berapa sekarang?
331
00:53:45,000 --> 00:53:46,916
Pukul berapa sekarang?
332
00:54:55,500 --> 00:54:59,375
Cik, ada nampak ayah saya?
333
00:54:59,458 --> 00:55:01,791
- Pukul berapa sekarang?
- Ada nampak ayah saya?
334
00:55:01,916 --> 00:55:05,375
- Cik...
- Kenapa dia belum balik rumah?
335
00:55:06,833 --> 00:55:08,458
Pukul berapa sekarang?
336
00:55:49,333 --> 00:55:53,416
KANDUNGAN LAPAN BULAN
337
00:55:54,750 --> 00:55:56,791
Kiri, tarik nafas.
338
00:55:58,416 --> 00:56:00,875
Kanan, hembus.
339
00:56:00,958 --> 00:56:03,333
Begitulah, teruskan.
340
00:56:05,291 --> 00:56:08,708
Angkat kaki kiri, tarik nafas.
341
00:56:09,833 --> 00:56:12,833
Kaki kanan, hembus. Sekali lagi.
342
00:56:13,500 --> 00:56:17,500
Kiri, tarik nafas.
343
00:56:17,583 --> 00:56:20,875
Bernafas macam biasa
dan angkat kaki tinggi-tinggi.
344
00:56:22,083 --> 00:56:27,250
Kiri, tarik nafas. Kanan, hembus.
345
00:56:27,416 --> 00:56:28,916
Teruskan!
346
00:56:30,250 --> 00:56:31,750
Bagus, semua!
347
00:56:32,708 --> 00:56:34,916
Senaman ini sangat membantu.
348
00:56:35,041 --> 00:56:38,583
Setelah kalian dapat
tenangkan badan di dalam air,
349
00:56:38,708 --> 00:56:41,500
bolehlah kurangkan
rasa sakit ketika kontraksi.
350
00:56:41,583 --> 00:56:43,708
Kita teruskan dengan senaman.
351
00:56:45,000 --> 00:56:48,458
Teruskan. Kiri, tarik nafas.
352
00:57:21,458 --> 00:57:22,541
Baiknya.
353
00:57:23,791 --> 00:57:26,125
Saya akan masuk hospital minggu depan.
354
00:57:27,958 --> 00:57:28,958
Awalnya?
355
00:57:29,791 --> 00:57:32,125
Bukan awak bersalin
pada pertengahan bulan?
356
00:57:32,916 --> 00:57:35,875
Saya asyik bermimpi tentang
357
00:57:37,708 --> 00:57:41,333
anak saya lahir tanpa lengan atau kaki.
358
00:57:42,166 --> 00:57:44,333
Doktor syorkan saya duduk di hospital,
359
00:57:44,416 --> 00:57:46,583
bukan di rumah dan risau seorang diri.
360
00:57:47,166 --> 00:57:50,541
Lebih selamat begini
sebab suami saya pun tiada.
361
00:57:51,375 --> 00:57:55,250
Saya tak nak menakutkan anak saya
apabila mula rasa kontraksi.
362
00:58:30,500 --> 00:58:31,958
Apa awak buat?
363
00:58:37,166 --> 00:58:38,750
Apa awak buat di sini?
364
00:58:40,583 --> 00:58:41,833
Kenapa dengan awak?
365
00:58:45,666 --> 00:58:47,875
Keluar!
366
00:58:49,458 --> 00:58:54,541
Keluar!
367
00:59:04,458 --> 00:59:07,208
Joey, kenapa dengan awak?
368
00:59:12,041 --> 00:59:13,166
Kenapa dengan awak?
369
00:59:41,666 --> 00:59:43,625
Dia serang orang di restoran.
370
00:59:43,708 --> 00:59:46,125
Mereka beri dia ubat penenang
sebelum ke sini.
371
00:59:46,208 --> 00:59:49,458
Diagnosis psikiatri awal
menunjukkan kemurungan pranatal.
372
00:59:54,291 --> 00:59:55,750
Apa khabar, Joey Cheng?
373
00:59:56,500 --> 00:59:57,750
Doktor.
374
00:59:58,583 --> 01:00:00,916
Dia mengancam bayi Puan Chow.
375
01:00:03,416 --> 01:00:05,583
Tolong beritahu Puan Chow.
376
01:00:06,500 --> 01:00:09,083
Dia cuba masuk ke dalam rahimnya.
377
01:00:11,666 --> 01:00:13,041
Pn. Chow dijaga dengan rapi.
378
01:00:14,375 --> 01:00:17,750
Mari kita lihat keadaan bayi Joey.
379
01:00:36,500 --> 01:00:40,291
Endoskop ini akan tunjukkan
kepada kita keadaan si comel.
380
01:00:41,166 --> 01:00:42,000
Okey.
381
01:00:47,333 --> 01:00:49,791
Awak akan rasa sakit sikit.
382
01:01:04,583 --> 01:01:06,291
Jangan risau.
383
01:01:06,875 --> 01:01:10,333
Namun, jangan bergerak.
Semuanya nampak normal.
384
01:01:15,916 --> 01:01:19,375
Nampak? Dia menendang.
385
01:01:23,541 --> 01:01:25,000
Mengagumkan, bukan?
386
01:01:28,125 --> 01:01:30,541
Dia nampak sihat. Awak boleh bertenang.
387
01:01:54,083 --> 01:01:57,458
Penganut Buddha percaya
pada kelahiran semula.
388
01:01:58,291 --> 01:02:01,291
Kita mati, hidup balik
dan menderita semula.
389
01:02:01,875 --> 01:02:04,083
Ia kitaran yang tiada penghujung.
390
01:02:04,791 --> 01:02:06,333
Di sisi setiap wanita hamil,
391
01:02:07,000 --> 01:02:09,458
ada satu roh menanti
untuk dilahirkan semula.
392
01:02:10,208 --> 01:02:14,250
Apabila tiba masanya, roh akan masuk
rahim ibu itu untuk dilahir semula.
393
01:02:15,000 --> 01:02:19,625
Lembaga yang awak nampak di dalam lif
adalah kelahiran semula yang gagal.
394
01:02:20,208 --> 01:02:21,875
Hantu itu tak bunuh bayi.
395
01:02:22,458 --> 01:02:25,791
Saya tak beritahu
sebab saya tak nak awak risau.
396
01:02:28,166 --> 01:02:32,541
Kenapa saya?
397
01:02:34,375 --> 01:02:36,291
Semuanya karma.
398
01:02:36,916 --> 01:02:41,041
Tindakan kita dalam hidup ini
menentukan hayat kita yang seterusnya.
399
01:02:49,250 --> 01:02:53,416
Saya tak pernah jumpa pun wanita itu.
400
01:02:53,541 --> 01:02:55,750
Kenapa dia ganggu saya?
401
01:02:57,125 --> 01:03:00,625
Karma bukan tentang balasan.
402
01:03:01,916 --> 01:03:06,625
Setelah dilahirkan semula,
kenangan hidup lama akan hilang.
403
01:03:06,708 --> 01:03:08,750
Siapa...
404
01:03:12,000 --> 01:03:13,916
Siapa wanita itu?
405
01:03:37,791 --> 01:03:39,958
Tunjukkan diri!
406
01:03:43,708 --> 01:03:45,791
Muncullah!
407
01:03:55,958 --> 01:03:57,541
Muncul!
408
01:04:04,416 --> 01:04:07,916
Ada wanita pernah terjun dari platform?
409
01:04:09,083 --> 01:04:11,833
Puan, saya baru mula kerja di sini,
410
01:04:12,291 --> 01:04:15,041
dan rasanya saya
tak perlu jawab soalan ini.
411
01:04:17,875 --> 01:04:19,583
Seterusnya!
412
01:04:25,250 --> 01:04:26,833
Helo, Derek?
413
01:04:27,541 --> 01:04:30,458
Berikan senarai nama wanita
yang bunuh diri di landasan.
414
01:04:31,041 --> 01:04:32,875
Saya nak tulis artikel untuk seseorang.
415
01:04:33,000 --> 01:04:35,416
Saya perlukan gambar dan alamat mangsa.
416
01:04:35,833 --> 01:04:37,666
Saya nak temu ramah keluarga mereka.
417
01:05:00,000 --> 01:05:01,583
Sayang.
418
01:05:03,083 --> 01:05:05,000
Ucapkan "tata" kepada kawan kamu.
419
01:05:09,000 --> 01:05:10,708
Maafkan ibu kamu.
420
01:05:25,583 --> 01:05:27,375
Akhirnya, awak muncul!
421
01:06:04,625 --> 01:06:06,875
Kenapa awak buat begini kepada saya?
422
01:06:10,000 --> 01:06:11,458
Siapa awak?
423
01:06:16,833 --> 01:06:19,375
Kenapa awak buat begini kepada saya?
424
01:07:02,333 --> 01:07:03,833
Helo.
425
01:07:04,750 --> 01:07:05,833
Derek?
426
01:07:07,583 --> 01:07:09,541
Semalaman saya cari.
427
01:07:10,333 --> 01:07:11,875
Saya hanya jumpa dua insiden.
428
01:07:57,000 --> 01:07:58,958
Saya mencari Cik Cheng.
429
01:08:00,125 --> 01:08:03,791
- Siapa?
- Mencari puan.
430
01:08:46,750 --> 01:08:48,333
Dia mendiang isteri saya.
431
01:09:07,625 --> 01:09:09,875
Adakah saya punca dia bunuh diri?
432
01:09:14,208 --> 01:09:15,875
Bila ia berlaku?
433
01:09:18,458 --> 01:09:20,416
Kenapa awak tak beritahu saya?
434
01:09:43,666 --> 01:09:45,291
Saya dah hancurkan hidup seseorang.
435
01:09:50,625 --> 01:09:52,500
Tak nak hancurkan hidup awak juga.
436
01:10:03,250 --> 01:10:05,416
Saya tak nak awak jadi
macam saya sekarang!
437
01:10:16,041 --> 01:10:17,541
Perkahwinan
438
01:10:18,791 --> 01:10:21,416
tak semestinya kekal seumur hidup.
439
01:10:24,000 --> 01:10:25,916
Ada banyak sebab
440
01:10:28,208 --> 01:10:30,833
yang menjadi punca perpisahan.
441
01:10:34,250 --> 01:10:37,708
Sesetengah orang teruskan hidup.
442
01:10:42,541 --> 01:10:45,125
Ada yang pilih untuk...
443
01:10:47,250 --> 01:10:52,708
Ambil tindakan mengikut gerak hati.
444
01:10:55,666 --> 01:10:59,416
Tiada sesiapa yang salah.
445
01:11:01,166 --> 01:11:05,333
Kalaulah hidup ini semudah menuding jari.
446
01:11:05,750 --> 01:11:12,000
Hakikatnya, apa yang penting
ialah jika kita boleh lupakan.
447
01:11:16,208 --> 01:11:18,666
Saya tak boleh berdepan dengan awak lagi!
448
01:11:18,750 --> 01:11:21,666
Saya tak boleh berdepan awak
tanpa teringatkan dia!
449
01:11:43,291 --> 01:11:45,333
Pada malam
450
01:11:46,708 --> 01:11:49,083
yang awak telefon saya dari Thailand.
451
01:11:49,916 --> 01:11:51,625
Awak suka hijau tua atau hijau muda?
452
01:11:52,416 --> 01:11:53,875
Awak pergi ke mana?
453
01:11:54,541 --> 01:11:57,125
Rakan kerja awak kata
dah dua hari awak tak kerja.
454
01:11:57,208 --> 01:12:01,291
Bertenang. Jangan panjangkan cerita,
nanti kita saling membenci pula.
455
01:12:01,375 --> 01:12:03,583
Saya susah hati lihat awak begini.
456
01:12:07,541 --> 01:12:09,333
Beri saya masa lagi.
457
01:12:13,458 --> 01:12:15,583
Saya pergi dulu. Kawan saya sedang tunggu.
458
01:12:16,541 --> 01:12:18,458
Telefon balik nanti.
459
01:12:26,291 --> 01:12:28,666
Dia lagi! Jangan jawab!
460
01:12:28,750 --> 01:12:31,916
Saya merayu, jangan jawab.
461
01:12:32,625 --> 01:12:34,875
Kita anggap tiada apa-apa berlaku.
462
01:12:34,958 --> 01:12:37,583
Kita anggap saya
tak pernah tahu tentang dia.
463
01:12:39,208 --> 01:12:40,875
Jangan jawab!
464
01:12:41,500 --> 01:12:44,375
Kita anggap tiada apa-apa berlaku!
465
01:13:00,583 --> 01:13:02,291
Kenapa buat begini kepada saya?
466
01:13:04,958 --> 01:13:06,916
Awak akan menyesal.
467
01:13:07,541 --> 01:13:10,208
Awak akan menyesal seumur hidup.
468
01:13:15,916 --> 01:13:16,916
Helo?
469
01:13:17,333 --> 01:13:19,375
Cukup lewat untuk telefon?
470
01:13:19,500 --> 01:13:21,916
Suara awak pelik. Kenapa dengan awak?
471
01:13:22,625 --> 01:13:26,666
Apabila terlalu menyakitkan,
kita tak rasa apa-apa lagi.
472
01:13:27,458 --> 01:13:29,250
Awak akan menyesal seumur hidup!
473
01:14:13,791 --> 01:14:16,041
Tak lama selepas itu,
474
01:14:17,958 --> 01:14:19,791
polis telefon.
475
01:14:30,375 --> 01:14:31,666
Saya minta maaf.
476
01:14:36,125 --> 01:14:37,750
Saya minta maaf.
477
01:15:43,375 --> 01:15:45,958
Bagaimana ini boleh berlaku?
478
01:15:50,250 --> 01:15:52,250
Sekarang kita hanya boleh
479
01:15:53,750 --> 01:15:55,500
cuba lupakan semuanya.
480
01:15:58,500 --> 01:16:00,000
Bagaimana?
481
01:16:01,708 --> 01:16:03,916
Dia akan jadi anak kita!
482
01:16:04,791 --> 01:16:07,375
Saya hamilkan anak kita!
483
01:16:08,166 --> 01:16:10,625
Isteri awak akan jadi anak kita!
484
01:16:12,541 --> 01:16:14,000
Kenapa dengan awak?
485
01:16:17,125 --> 01:16:19,000
Kenapa jadi begini?
486
01:16:19,083 --> 01:16:21,250
Belum masa lahir lagi!
487
01:16:26,666 --> 01:16:29,000
WAD ANTENATAL
488
01:16:31,041 --> 01:16:32,875
Bernafas macam biasa.
489
01:16:33,625 --> 01:16:38,541
- Hembus dan bertenang...
- Puan Chow...
490
01:16:39,000 --> 01:16:40,875
Belum masa lagi.
491
01:16:40,958 --> 01:16:46,416
Saya tak nak melahirkan.
Dia yang pecahkan ketuban.
492
01:16:47,958 --> 01:16:49,916
Saya tak nak melahirkan lagi.
493
01:16:50,000 --> 01:16:50,958
Bawa bertenang.
494
01:16:51,916 --> 01:16:54,125
Begitulah. Bagus.
495
01:16:55,833 --> 01:16:57,666
Saya tak nak...
496
01:16:59,333 --> 01:17:00,458
Saya tak...
497
01:18:04,166 --> 01:18:05,583
Puan Chow...
498
01:18:08,916 --> 01:18:10,750
Puan Chow!
499
01:18:18,125 --> 01:18:22,166
Jangan biarkan dia sentuh bayi awak!
500
01:18:39,333 --> 01:18:42,833
Jangan sentuh bayinya! Puan Chow!
501
01:18:48,875 --> 01:18:50,958
Saya dah tak larat.
502
01:18:56,958 --> 01:18:58,958
Saya dah tak larat!
503
01:18:59,625 --> 01:19:01,083
Puan Chow!
504
01:19:05,916 --> 01:19:07,916
Bayi dah nak keluar! Kita sambut di sini.
505
01:19:08,000 --> 01:19:11,583
Sekejap saja. Jangan panik.
Bawa bertenang.
506
01:19:11,666 --> 01:19:14,375
Tarik nafas dalam-dalam,
kemudian teran kuat!
507
01:19:14,458 --> 01:19:17,666
Sekali lagi, tarik nafas dan teran!
508
01:19:18,916 --> 01:19:21,791
Bagus, sekali lagi.
509
01:19:22,416 --> 01:19:23,958
Kepala bayi dah nak keluar!
510
01:19:31,833 --> 01:19:35,000
Teran kuat sikit! Sikit saja lagi.
511
01:19:35,625 --> 01:19:37,000
Ya. Sekali lagi.
512
01:19:37,083 --> 01:19:37,916
Lebih kuat.
513
01:19:50,250 --> 01:19:51,625
Bayi dah keluar!
514
01:20:02,666 --> 01:20:04,333
Tengok, bayi awak.
515
01:20:19,333 --> 01:20:22,500
Dia bukan bayi awak!
516
01:21:48,125 --> 01:21:50,541
Kita takkan apa-apa kejap lagi, sayang.
517
01:21:55,291 --> 01:21:57,166
Kejap saja lagi.
518
01:23:56,541 --> 01:23:58,250
Tak mengapa.
519
01:24:00,791 --> 01:24:03,166
Ibu akan jaga kamu.
520
01:24:53,541 --> 01:24:55,750
Saya takkan biarkan awak jadi anak saya.
521
01:25:28,750 --> 01:25:31,333
Saya takkan biarkan awak jadi anak saya.
522
01:26:18,000 --> 01:26:20,125
Saya tak boleh biarkan awak mati.
523
01:26:22,375 --> 01:26:23,958
Saya merayu.
524
01:26:25,458 --> 01:26:26,958
Biar saya teruskan hidup.
525
01:26:28,125 --> 01:26:29,708
Saya cuma nak
526
01:26:31,666 --> 01:26:33,958
lupakan semuanya.
527
01:27:34,750 --> 01:27:38,000
Bayi dah nak keluar!
Lekas bawa dia ke wad bersalin!
528
01:27:55,791 --> 01:27:59,750
Sayang, ini mak cik kamu.
529
01:28:01,750 --> 01:28:06,083
Dia ada di sini semasa kamu lahir, ingat?
530
01:28:07,833 --> 01:28:09,250
Rasanya dia ingat.
531
01:28:14,833 --> 01:28:16,750
Saya dah ceraikan dia.
532
01:28:19,708 --> 01:28:21,708
Ini permulaan hidup yang baharu.
533
01:28:25,833 --> 01:28:28,583
Kami juga dah pindah ke rumah ibu saya.
534
01:28:30,958 --> 01:28:36,375
Kita ajak mak cik untuk makan malam
selepas dia keluar hospital, okey?
535
01:28:40,958 --> 01:28:45,333
Awak tahu anak saya ini mirip ayah saya?
536
01:28:46,375 --> 01:28:49,125
Tanda lahirnya pun sama.
537
01:29:29,500 --> 01:29:31,000
Senyumlah.
538
01:29:31,750 --> 01:29:34,416
Ini permulaan hidup baharu untuk kita.
539
01:29:46,625 --> 01:29:47,833
Joey Cheng.
540
01:29:47,916 --> 01:29:49,791
Oleh sebab lengan awak dah sembuh,
541
01:29:49,875 --> 01:29:52,166
nak pegang bayi dan susukan dia?
542
01:30:29,375 --> 01:30:30,833
Sayang?
543
01:30:35,250 --> 01:30:36,958
Sayang?
544
01:30:42,083 --> 01:30:44,041
Comelnya dia.
545
01:30:49,708 --> 01:30:51,291
Maafkan ibu.
546
01:32:34,208 --> 01:32:36,375
Kita buat sama-sama! Tarik nafas...
547
01:32:37,333 --> 01:32:39,416
Bagus, sekali lagi.
548
01:32:39,500 --> 01:32:42,625
Tarik nafas, hembus.
549
01:34:49,083 --> 01:34:51,083
Terjemahan sari kata oleh H. Segara