1 00:00:42,626 --> 00:00:45,254 Jauh dalam kegelapan musim sejuk, 2 00:00:45,462 --> 00:00:47,297 seorang ibu pertama kalinya mendengar suara-suara 3 00:00:47,422 --> 00:00:49,758 anak-anaknya yang baru lahir. 4 00:00:54,304 --> 00:00:56,723 Mari kita namakan ibu beruang ini "Sky." 5 00:00:57,808 --> 00:01:01,353 Anak-anaknya pula kita namakan Scout dan Amber. 6 00:01:10,404 --> 00:01:11,947 Hai, anak-anak. 7 00:01:26,503 --> 00:01:29,756 Kata orang, tahun pertama mengasuh anak adalah yang paling sukar. 8 00:01:29,923 --> 00:01:32,426 Lambat laun Sky akan sedar bahawa, bagi beruang, 9 00:01:32,509 --> 00:01:34,428 ia hampir mustahil. 10 00:01:35,762 --> 00:01:37,139 Hampir separuh daripada anak-anak beruang 11 00:01:37,222 --> 00:01:39,433 tidak akan selamat mengharungi tahun pertama mereka. 12 00:01:45,189 --> 00:01:47,858 Tapi buat masa sekarang, jauh di dalam jerumun ini, 13 00:01:48,567 --> 00:01:50,068 mereka selamat. 14 00:01:51,153 --> 00:01:53,322 Ia panas dan selesa. 15 00:01:54,573 --> 00:01:56,325 Setelah menghabiskan musim sejuk bersama, 16 00:01:56,408 --> 00:01:59,328 ia mungkin berbau agak busuk. 17 00:02:05,876 --> 00:02:07,294 Sky bertungkus-lumus sewaktu musim panas, 18 00:02:07,377 --> 00:02:09,630 memakan lebih 40 kilogram ikan sehari, 19 00:02:09,713 --> 00:02:10,797 untuk menyimpan lemak secukupnya 20 00:02:10,881 --> 00:02:13,342 untuk bertahan semasa bulan-bulan awal ini. 21 00:02:15,093 --> 00:02:16,678 Tetapi kini ia berasa lapar, 22 00:02:16,803 --> 00:02:18,388 dan jika ia tidak cepat makan, 23 00:02:18,514 --> 00:02:20,891 ia akan kekeringan susu yang diperlukan oleh anak-anaknya. 24 00:02:25,562 --> 00:02:28,357 Mereka bakal mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya. 25 00:02:28,899 --> 00:02:31,443 Sky perlu membawa anak-anaknya turun ke pantai, 26 00:02:31,568 --> 00:02:34,696 dan ia berharap ada banyak ikan salmon musim panas ini. 27 00:02:34,780 --> 00:02:36,323 Tapi itu bukan sesuatu yang pasti. 28 00:02:40,327 --> 00:02:43,372 Nyawa Scout and Amber bergantung padanya. 29 00:02:56,760 --> 00:02:58,762 Okay, waktu berpelukan sudah tamat. 30 00:02:59,847 --> 00:03:02,349 Beruang-beruang ini perlu mula bergerak. 31 00:03:02,850 --> 00:03:07,563 Inilah kisah tahun pertama mereka yang menakjubkan. 32 00:03:34,381 --> 00:03:37,593 Ini satu tempat yang mengagumkan untuk mengambil langkah pertama. 33 00:03:43,015 --> 00:03:44,766 Anak-anak kecil ini harus memberanikan diri 34 00:03:44,892 --> 00:03:47,644 sebaik saja tapak kaki mereka menjejak salji itu. 35 00:03:53,984 --> 00:03:56,153 Ini Semenanjung Alaska. 36 00:03:56,486 --> 00:03:57,863 Dengan lebih dua juta hektar 37 00:03:57,988 --> 00:03:59,990 kawasan taman negara terpelihara, 38 00:04:00,115 --> 00:04:02,659 ia merupakan kediaman beribu-ribu ekor beruang perang. 39 00:04:04,786 --> 00:04:05,746 Lima bulan yang lalu, 40 00:04:05,829 --> 00:04:08,665 Sky mendaki pergunungan ini untuk menggali jerumunnya. 41 00:04:08,999 --> 00:04:11,877 Tetapi sekarang, ia merupakan halangan terbesar baginya. 42 00:04:18,800 --> 00:04:19,801 Mereka harus berjalan 43 00:04:19,885 --> 00:04:22,012 merentasi kesemua gunung beku ini 44 00:04:22,137 --> 00:04:25,599 sebelum dapat menemui walau sedikit makanan. 45 00:04:37,194 --> 00:04:40,656 Jelas sekali Sky gembira kerana dapat keluar daripada jerumun busuk itu. 46 00:04:42,074 --> 00:04:43,033 "Tunggulah, Mak!" 47 00:04:48,705 --> 00:04:50,958 Mungkin ia terlampau gembira. 48 00:04:54,753 --> 00:04:57,214 Tiada yang dapat menandingi sentuhan ibu yang lembut. 49 00:05:01,718 --> 00:05:02,803 Seperti ibu-ibu baru yang lain, 50 00:05:02,886 --> 00:05:05,013 Sky kurang sabar dengan sikap suka berlengah-lengah. 51 00:05:06,723 --> 00:05:08,809 "Mari sini, kamu. Mari sini." 52 00:05:09,059 --> 00:05:10,477 "Alamak, Mak! Janganlah pakai gigi!" 53 00:05:11,019 --> 00:05:12,688 "Oh!" 54 00:05:13,814 --> 00:05:15,899 Ia tidak menyakiti Scout, tapi... 55 00:05:16,066 --> 00:05:19,111 Sky masih perlu banyak belajar tentang perihal mengasuh anak. 56 00:05:19,278 --> 00:05:22,239 Hidup memang lebih senang semasa ia seekor beruang yang bujang. 57 00:05:23,031 --> 00:05:25,742 Sekarang, ia terpaksa mengikut rentak anak-anaknya. 58 00:05:25,909 --> 00:05:27,578 "Ayuhlah, kamu berdua." 59 00:05:37,838 --> 00:05:40,632 Ia mempunyai sebab munasabah untuk berlaku tegas. 60 00:05:40,757 --> 00:05:42,509 Perjalanan mereka amatlah jauh. 61 00:05:43,635 --> 00:05:45,679 Dengan setiap hari yang berlalu, 62 00:05:45,762 --> 00:05:47,431 perjalanan ini hanya akan jadi semakin sukar. 63 00:05:55,606 --> 00:05:58,025 Berjalan-jalan di luar pada hari musim bunga yang hangat 64 00:05:58,108 --> 00:05:59,651 mungkin nampak seronok, 65 00:05:59,776 --> 00:06:02,154 tapi kehangatan itu mencetuskan pencairan. 66 00:06:02,738 --> 00:06:04,990 Salji yang melindungi mereka sepanjang musim sejuk 67 00:06:05,282 --> 00:06:06,533 bertukar menjadi musuh yang dahsyat. 68 00:06:14,333 --> 00:06:16,168 Runtuhan salji. 69 00:06:22,799 --> 00:06:24,092 Bencana gergasi ini 70 00:06:24,218 --> 00:06:26,887 mampu mencapai kelajuan sehingga 129 kilometer sejam. 71 00:06:27,846 --> 00:06:29,765 Sebuah tembok salji dan ais 72 00:06:29,848 --> 00:06:31,433 yang merempuh segala yang ada di depannya. 73 00:07:44,298 --> 00:07:46,717 Sky dan anak-anaknya bernasib baik kali ini, 74 00:07:46,842 --> 00:07:50,262 tetapi ini mengingatkan mereka untuk terus mara. 75 00:07:52,055 --> 00:07:54,308 Amber telah menemui cara bijak untuk tidak ketinggalan, 76 00:07:54,683 --> 00:07:56,602 minta saja ditumpangkan. 77 00:07:56,727 --> 00:07:59,438 Hanya perlu cari tempat menyangkut kaki. 78 00:08:00,314 --> 00:08:01,607 Itu dia. 79 00:08:02,983 --> 00:08:04,693 Tetapi Scout, yang lebih sukakan cabaran, 80 00:08:04,776 --> 00:08:07,070 ingin menjelajah mengikut rentaknya sendiri. 81 00:08:21,043 --> 00:08:22,961 Kini mereka telah berjalan lebih daripada seminggu, 82 00:08:23,086 --> 00:08:25,631 dan pendakian mereka semakin curam. 83 00:08:45,234 --> 00:08:46,944 Semasa mendaki gunung yang terakhir, 84 00:08:47,069 --> 00:08:48,904 Scout dan Amber berusaha sedaya upaya, 85 00:08:48,987 --> 00:08:50,906 tetapi ia bukan perkara yang mudah. 86 00:08:51,156 --> 00:08:54,701 Mereka asyik menghalang satu sama lain. 87 00:09:09,174 --> 00:09:11,343 Mereka telah berjaya sampai ke puncak. 88 00:09:18,976 --> 00:09:21,103 Pantai kini sudah kelihatan. 89 00:09:28,986 --> 00:09:31,446 Segalanya akan menurun mulai sekarang. 90 00:10:06,231 --> 00:10:09,818 Salji musim sejuk di pantai Alaska telah cair, 91 00:10:09,985 --> 00:10:11,904 dan kesemua tumbuhan menghijau itu 92 00:10:12,029 --> 00:10:14,656 menjanjikan makanan untuk mereka. 93 00:10:28,587 --> 00:10:30,172 Sebuah padang rumput yang sunyi. 94 00:10:30,881 --> 00:10:32,674 Masa untuk berehat sebentar. 95 00:10:36,345 --> 00:10:38,680 Amber memang cukup santai. 96 00:10:39,515 --> 00:10:42,226 Ini seekor anak beruang yang sentiasa rapat dengan ibunya. 97 00:10:44,853 --> 00:10:48,023 Scout pula berlagak seolah-olah ia terlalu matang untuk didukung. 98 00:10:49,608 --> 00:10:51,652 Menunggang beruang hanya mainan bayi. 99 00:11:03,372 --> 00:11:06,500 Scout amat terkejut dengan apa yang dilihat olehnya. 100 00:11:08,794 --> 00:11:10,462 "Beruang-beruang lain? 101 00:11:10,587 --> 00:11:12,798 "Ada beruang-beruang lain di dunia ini?" 102 00:11:12,923 --> 00:11:15,050 "Orang lain pun tahukah?" 103 00:11:15,259 --> 00:11:16,468 Sky memang tahu. 104 00:11:16,593 --> 00:11:20,055 Malah, ibunya telah membawanya ke padang rumput ini semasa kecil. 105 00:11:20,138 --> 00:11:23,100 Sejak itu ia sentiasa kembali ke sini setiap kali musim panas. 106 00:11:23,517 --> 00:11:25,936 Kesemua beruang di sini turun dari kawasan pergunungan. 107 00:11:26,061 --> 00:11:27,229 Mereka kebuluran. 108 00:11:28,105 --> 00:11:31,650 Mereka sebenarnya amat memerlukan protein daripada banyak ikan salmon. 109 00:11:32,985 --> 00:11:35,070 Tetapi ini memadai dalam keadaan terdesak. 110 00:11:35,445 --> 00:11:37,531 Bagaikan memakan salad yang kotor. 111 00:11:43,954 --> 00:11:47,291 Sky dan Amber kepenatan setelah berjalan sebegitu jauh. 112 00:11:48,417 --> 00:11:51,628 Tetapi Scout pula, dia terlalu teruja untuk tidur. 113 00:11:51,920 --> 00:11:53,505 Tempat ini dipenuhi beruang! 114 00:11:57,009 --> 00:11:59,428 Scout sedang mencari model peranan. 115 00:11:59,595 --> 00:12:01,597 Ia bakal menjadi beruang jenis apa? 116 00:12:03,140 --> 00:12:04,183 Ia mungkin seekor beruang garang. 117 00:12:05,642 --> 00:12:07,477 Sentiasa bergaduh. 118 00:12:09,479 --> 00:12:12,316 Nampak seperti menyusahkan. 119 00:12:19,072 --> 00:12:21,033 Tidak, beruang-beruang ini terlalu sedap dipeluk. 120 00:12:21,158 --> 00:12:24,077 Ia pasti ingin jadi lebih gagah daripada ini. 121 00:12:27,080 --> 00:12:30,083 Scout yakin ia akan menemui seekor beruang yang boleh dikagumi. 122 00:12:34,379 --> 00:12:35,923 "Agaknya... 123 00:12:37,007 --> 00:12:38,800 "Mungkin yang itu... Tidak. 124 00:12:41,345 --> 00:12:43,222 "Oh, tolonglah. 125 00:12:43,347 --> 00:12:44,806 "Tolonglah sesiapa buat sesuatu! 126 00:12:49,061 --> 00:12:51,355 "Ha? Wow. 127 00:12:53,023 --> 00:12:54,691 "Sekurang-kurangnya ia nampak seronok. 128 00:12:58,362 --> 00:12:59,363 "Hanya seekor beruang. 129 00:12:59,488 --> 00:13:01,448 "Seekor beruang yang paling gagah, dan hebat. 130 00:13:02,616 --> 00:13:04,826 "Ada sesiapa? Hello? 131 00:13:12,501 --> 00:13:13,961 "Kamu, encik... 132 00:13:15,671 --> 00:13:16,964 "kamu mahu mengejar saya? 133 00:13:17,214 --> 00:13:20,175 "Tidak. kamu mahu menjilat seekor nyamuk. 134 00:13:26,390 --> 00:13:28,767 "Saya sangkakan seekor beruang kebiasaannya, 135 00:13:28,892 --> 00:13:30,561 "entahlah, lebih garang. 136 00:13:34,398 --> 00:13:36,108 "Lupakan saja. 137 00:13:37,067 --> 00:13:39,361 "Ini memang sungguh memalukan." 138 00:13:43,866 --> 00:13:46,535 Jika Scout mencari seekor beruang yang gagah, 139 00:13:46,660 --> 00:13:48,871 ia akan bakal menemuinya. 140 00:13:51,331 --> 00:13:53,166 Magnus. 141 00:13:54,042 --> 00:13:55,878 Beruang ini amatlah besar. 142 00:14:00,549 --> 00:14:01,884 Dengan berat badan melebihi 450 kilogram, 143 00:14:01,967 --> 00:14:04,344 ia tiga kali ganda lebih besar berbanding Sky, 144 00:14:04,595 --> 00:14:07,097 dan padang rumput ini ialah kawasannya. 145 00:14:07,222 --> 00:14:09,224 Ia bersifat penuh keyakinan, dominan, 146 00:14:09,766 --> 00:14:12,561 dan semua pun tahu menjauhkan diri darinya. 147 00:14:18,108 --> 00:14:21,737 Sky harus menjauhkan anak-anaknya daripada beruang seperti Magnus. 148 00:14:27,951 --> 00:14:30,746 Ia terpaksa mencari makanan di tempat yang lebih tenang. 149 00:14:35,626 --> 00:14:38,086 Sambil Magnus mengawasi kawasan kekuasaannya, 150 00:14:38,545 --> 00:14:42,299 jelas sekali ada satu perkara tertentu yang bermain di fikirannya. 151 00:14:48,180 --> 00:14:52,267 Atau secara khususnya, seekor beruang betina. 152 00:14:59,066 --> 00:15:01,443 Magnus mungkin memiliki tubuh seberat setengah tan, 153 00:15:01,527 --> 00:15:02,736 tetapi ia tidak pandai mencari teman. 154 00:15:05,405 --> 00:15:07,616 Magnus, kamu bersikap terlalu terang-terangan. 155 00:15:07,741 --> 00:15:09,826 Cuba suntikkan sedikit unsur misteri! 156 00:15:12,955 --> 00:15:16,124 Contohnya kutipkan untuknya bunga dari padang rumput ini. 157 00:15:19,086 --> 00:15:21,129 Kamu nampak ia berjalan pergi? Itu... 158 00:15:21,213 --> 00:15:23,549 Itu maksudnya "Tak nak," dalam bahasa beruang, rasanya. 159 00:15:27,052 --> 00:15:29,888 Saya dah mula rasa bersimpati terhadapnya. 160 00:15:39,815 --> 00:15:41,817 Sky telah menemui tempat sunyi di padang rumput ini 161 00:15:41,900 --> 00:15:43,485 untuk menyusukan anak-anaknya. 162 00:15:46,363 --> 00:15:48,615 Scout dan Amber sedang mengalami lonjakan pertumbuhan, 163 00:15:48,740 --> 00:15:51,493 dan mereka memerlukan susu sebanyak mungkin. 164 00:15:56,707 --> 00:15:57,666 Tikani. 165 00:15:57,791 --> 00:16:01,628 Ia seekor serigala kelabu, dan pencuri di padang rumput ini. 166 00:16:07,217 --> 00:16:09,678 Serigala ini tahu bahawa seekor anak beruang yang perlahan, 167 00:16:09,970 --> 00:16:13,098 boleh dijadikan mangsa dengan mudah. 168 00:16:17,102 --> 00:16:18,979 Sebab itulah keadaan Sky jauh lebih sukar 169 00:16:19,062 --> 00:16:20,355 berbanding beruang-beruang lain. 170 00:16:20,480 --> 00:16:23,817 Ia harus memastikan anak-anaknya sentiasa di sisi. 171 00:16:54,097 --> 00:16:55,599 Amber bakal mengetahui apa akan berlaku, 172 00:16:55,724 --> 00:16:59,186 sekiranya kita menunggang beruang tanpa memakai tali keledar. 173 00:17:07,944 --> 00:17:11,573 Sky mendapati dirinya didesak ke satu kawasan terpencil dan tidak dikenali. 174 00:17:12,574 --> 00:17:13,742 Kawasan yang berbahaya. 175 00:17:17,412 --> 00:17:20,540 Bahaya menampakkan dirinya hampir serta-merta. 176 00:17:26,296 --> 00:17:27,673 Ini Chinook. 177 00:17:28,298 --> 00:17:29,675 Haiwan terbuang. 178 00:17:35,097 --> 00:17:37,474 Setelah diusir dari padang rumput ini oleh Magnus, 179 00:17:37,808 --> 00:17:40,769 Chinook telah menjadi semakin kurus, garang, 180 00:17:40,978 --> 00:17:43,146 dan terdesak mencari makanan. 181 00:17:44,022 --> 00:17:45,065 Apa jua makanan. 182 00:17:46,400 --> 00:17:48,485 Termasuklah anak beruang. 183 00:17:57,327 --> 00:17:59,288 Tiada tempat untuk bersembunyi. 184 00:18:00,581 --> 00:18:01,957 Sky harus mempertahankan kedudukannya. 185 00:18:18,390 --> 00:18:20,684 Cara Chinook berlegar-legar adalah bahaya. 186 00:18:21,435 --> 00:18:23,437 Jika Sky menampakkan sebarang kelemahan, 187 00:18:24,104 --> 00:18:25,647 Chinook akan menyerang. 188 00:18:42,873 --> 00:18:43,999 Ia berhasil. 189 00:18:44,082 --> 00:18:46,376 Sky berjaya mempertahankan kedudukannya. 190 00:18:46,710 --> 00:18:49,588 Chinook pun meneruskan pemburuannya di tempat lain. 191 00:18:52,758 --> 00:18:56,637 Scout dan Amber pasti berasa kagum pada ibu mereka. 192 00:19:06,563 --> 00:19:08,524 Pada waktu-waktu tertentu dalam setahun 193 00:19:08,690 --> 00:19:11,318 perubahan yang besar berlaku di kawasan pantai. 194 00:19:14,112 --> 00:19:17,908 Dataran-dataran lumpur yang luas mula terdedah. 195 00:19:28,877 --> 00:19:32,548 Kawasan gurun berlumpur ini mengandungi banyak hasil. 196 00:19:59,616 --> 00:20:01,118 Sky dan anak-anaknya telah pergi jauh 197 00:20:01,243 --> 00:20:02,494 ke pinggir air surut 198 00:20:02,619 --> 00:20:05,289 mencari apa saja yang boleh memberikan khasiat. 199 00:20:07,165 --> 00:20:09,459 Beruang mempunyai deria bau yang amat kuat. 200 00:20:09,585 --> 00:20:13,380 Hidung mereka adalah tujuh kali ganda lebih sensitif berbanding manusia. 201 00:20:19,636 --> 00:20:22,764 Scout seperti tidak faham apa yang dicari oleh ibunya. 202 00:20:29,313 --> 00:20:30,355 Habuan. 203 00:20:30,480 --> 00:20:32,733 Sky menarik keluar kepah yang berisi. 204 00:20:32,900 --> 00:20:34,610 Ia akan membantu buat sementara waktu, 205 00:20:34,693 --> 00:20:35,861 tetapi seekor dua kepah, 206 00:20:35,986 --> 00:20:38,530 walaupun sedozen, memang tidak mencukupi. 207 00:20:45,329 --> 00:20:47,706 Sky perlu anak-anaknya berada dekat di sisinya. 208 00:20:47,873 --> 00:20:50,751 Ia mengikuti air surut jauh ke tengah. 209 00:20:52,002 --> 00:20:53,962 Tetapi Scout tidak risau. 210 00:20:54,463 --> 00:20:56,715 Ia lebih gemar berseronok pada hari pertamanya di pantai. 211 00:21:00,552 --> 00:21:02,971 Amber memilih untuk duduk di sisi ibunya. 212 00:21:03,680 --> 00:21:07,476 Ia nampak kurang bodoh. 213 00:21:09,686 --> 00:21:10,771 Tetapi Scout tidak peduli. 214 00:21:12,064 --> 00:21:14,233 Ia suka pada pasir pantai ini. 215 00:21:21,198 --> 00:21:23,075 "Lihatlah balik kuang ini! 216 00:21:23,534 --> 00:21:25,827 "Ia hanya balik kuang separa. 217 00:21:27,412 --> 00:21:29,748 "Amber, tengoklah saya! Saya seekor raksasa lumpur!" 218 00:21:32,501 --> 00:21:34,920 "Sungguh matang, Scout. Sungguh matang." 219 00:21:35,963 --> 00:21:37,881 "Tidak, jomlah! Ia amat seronok! 220 00:21:41,218 --> 00:21:43,929 "Kenapa burung ini asyik mengekori kita 221 00:21:44,054 --> 00:21:45,138 "ke mana saja kita pergi? 222 00:21:45,848 --> 00:21:47,224 "Biar saya tanya ia. 223 00:21:47,641 --> 00:21:49,017 "Hei, burung! 224 00:21:51,436 --> 00:21:53,981 "Hei, dari mana kamu dapat ikan tu?" 225 00:21:57,442 --> 00:22:00,863 Sky dan Amber sedang berseronok bersama sebagai ibu dan anak. 226 00:22:02,406 --> 00:22:06,326 Scout baru tahu bahawa pasir tidak enak dimakan. 227 00:22:30,142 --> 00:22:32,394 Kedua-dua anak beruang, dengan cara masing-masing, 228 00:22:32,477 --> 00:22:34,730 amat seronok melawat pantai buat pertama kalinya. 229 00:22:40,027 --> 00:22:42,362 Tetapi Sky tidak boleh terlalu banyak bermain. 230 00:22:42,446 --> 00:22:45,949 Ia harus terus mencari kepah sementara air masih surut. 231 00:22:50,746 --> 00:22:53,248 Si burung raven sentiasa mengekori Sky. 232 00:22:55,209 --> 00:22:57,586 Burung raven boleh nampak peluang dari jarak jauh, 233 00:22:58,712 --> 00:23:01,882 manakala deria bau beruang boleh mencari makanan tersembunyi. 234 00:23:03,050 --> 00:23:07,429 Ia satu persahabatan yang luar biasa, tapi ia mendatangkan hasil. 235 00:23:14,853 --> 00:23:18,357 "Hei, Mak, bagaimana cara untuk membukanya? 236 00:23:26,990 --> 00:23:28,033 "Mak! 237 00:23:28,492 --> 00:23:30,702 "Tak apa, saya dah berjaya membukanya. 238 00:23:31,537 --> 00:23:33,622 "Kuku saya... Mak... 239 00:23:34,248 --> 00:23:38,335 "Apa kita patut buat kalau kuku kita tersepit dalam kepah ni? 240 00:23:40,254 --> 00:23:41,213 "Lepaskan. 241 00:23:43,382 --> 00:23:45,801 "Mak, ia terlekat pada kuku saya! 242 00:23:47,636 --> 00:23:49,596 "Kamu tengok apa, burung? 243 00:23:49,721 --> 00:23:51,765 "Ini cara saya membawanya. 244 00:23:51,932 --> 00:23:55,644 "Saya sedang membawa kepah saya berjalan-jalan, itu saja. 245 00:24:03,485 --> 00:24:05,654 "Lepaskan kuku saya, kepah! 246 00:24:05,779 --> 00:24:07,281 "Lepaskan! 247 00:24:20,335 --> 00:24:22,629 "Saya bukannya nak sangat kepah tu." 248 00:24:27,885 --> 00:24:32,097 Sky dan anak-anaknya berada jauh dari darat semasa air mula pasang. 249 00:24:40,439 --> 00:24:42,441 Sky cuba mendapatkan makanan sebanyak mungkin 250 00:24:42,566 --> 00:24:44,902 sebelum air menenggelamkan lumpur itu. 251 00:25:08,300 --> 00:25:11,553 Scout tidak tahu apa yang akan berlaku apabila air pasang. 252 00:25:11,762 --> 00:25:14,056 Ia cuma keletihan setelah bermain sepanjang hari. 253 00:25:14,431 --> 00:25:17,100 Sekarang, mereka dikelilingi air. 254 00:25:17,893 --> 00:25:19,728 Air yang sejuk beku. 255 00:25:28,195 --> 00:25:30,280 Apabila Sky akhirnya kembali ke darat, 256 00:25:30,405 --> 00:25:33,200 ia menyangkakan bahawa kedua-dua anaknya tidak jauh di belakang. 257 00:25:35,452 --> 00:25:37,162 Itu satu kesilapan. 258 00:25:38,455 --> 00:25:39,581 Scout terlalu kepenatan untuk terus berjalan. 259 00:25:43,877 --> 00:25:47,256 Amber sedar bahawa Scout bukan saja berlengah-lengah. 260 00:25:47,798 --> 00:25:49,174 Ia tertidur. 261 00:26:17,744 --> 00:26:19,621 Apabila Scout terjaga, 262 00:26:19,705 --> 00:26:21,832 ia sedar ia terdampar jauh dari pantai. 263 00:26:27,754 --> 00:26:30,257 Ia memanggil-manggil ibunya. 264 00:26:33,677 --> 00:26:34,636 Ibunya menyahut panggilannya. 265 00:26:37,014 --> 00:26:38,015 Mendesak Scout supaya bergegas. 266 00:26:56,867 --> 00:26:58,994 Arus semakin kuat sekarang, 267 00:26:59,077 --> 00:27:02,289 dan Scout berhempas pulas untuk kembali ke darat. 268 00:27:45,040 --> 00:27:48,502 Scout menguatkan dirinya dan berjaya sampai ke darat. 269 00:28:01,223 --> 00:28:03,433 Anak-anak beruang itu, 270 00:28:04,518 --> 00:28:07,312 nampaknya mereka gembira dapat bertemu kembali. 271 00:28:15,904 --> 00:28:18,907 Minggu-minggu silih berganti, cuaca pun semakin hangat, 272 00:28:18,991 --> 00:28:21,410 dan dataran-dataran lumpur tidak lagi begitu terdedah. 273 00:28:27,791 --> 00:28:29,418 Tiba masanya untuk kembali ke padang rumput, 274 00:28:29,543 --> 00:28:31,253 yang kini penuh warna-warni. 275 00:28:55,360 --> 00:28:58,739 Scout dan Amber berseronok bersama pada hari-hari awal musim panas, 276 00:28:58,822 --> 00:29:01,450 sambil diperhatikan oleh ibu mereka dari jarak yang selamat. 277 00:29:24,014 --> 00:29:27,309 Tanpa sumber ikan yang berdekatan, mereka kembali memakan rumput. 278 00:29:30,854 --> 00:29:32,981 Scout nampak kurang gembira. 279 00:29:35,526 --> 00:29:39,321 Pada waktu ini, segalanya terasa lemau dan kering. 280 00:29:44,368 --> 00:29:46,578 Akibat kekurangan makanan, 281 00:29:47,037 --> 00:29:49,873 beruang-beruang betina pun mula cepat naik berang. 282 00:30:14,022 --> 00:30:15,983 Pertempuran yang ganas ini mungkin pendek masanya, 283 00:30:16,066 --> 00:30:18,360 tetapi ia semakin kerap berlaku. 284 00:30:18,610 --> 00:30:19,611 Keadaan semakin tegang. 285 00:30:41,049 --> 00:30:43,468 Anak-anak beruang ini tahu ada sesuatu yang tidak kena. 286 00:30:58,108 --> 00:31:00,068 Tiada tempat untuk bersembunyi. 287 00:31:10,037 --> 00:31:12,039 Semua sedang memerhatikan mereka. 288 00:31:27,012 --> 00:31:29,056 Melihat anak-anaknya semakin resah, 289 00:31:29,139 --> 00:31:31,683 Sky bergerak ke sisi mereka untuk melindungi mereka. 290 00:31:43,028 --> 00:31:44,279 Magnus. 291 00:31:46,240 --> 00:31:49,076 Kali ini, ia amat kelaparan. 292 00:31:59,002 --> 00:32:00,796 Ia telah nampak anak-anak beruang itu. 293 00:32:02,881 --> 00:32:05,133 Sky harus cepat memilih tindakan seterusnya. 294 00:32:16,019 --> 00:32:17,604 Ia berlari, mencari tempat yang selamat. 295 00:32:21,859 --> 00:32:24,486 Ia satu pilihan yang bakal dikesalinya. 296 00:32:31,034 --> 00:32:32,035 Chinook! 297 00:32:32,202 --> 00:32:34,496 Pusingan kedua dan sedia untuk bertempur. 298 00:32:39,042 --> 00:32:40,460 Ia berlari mengejar mereka. 299 00:32:50,470 --> 00:32:53,182 Chinook jauh lebih kuat berbanding Sky, 300 00:32:53,307 --> 00:32:55,184 tetapi Sky akan berlawan bermati-matian 301 00:32:55,267 --> 00:32:56,643 agar anak-anaknya boleh melarikan diri. 302 00:33:20,125 --> 00:33:22,169 Anak-anak beruang itu cuba melarikan diri. 303 00:33:31,345 --> 00:33:32,930 Sky cuba mengumpannya jauh dari situ, 304 00:33:33,055 --> 00:33:34,473 tetapi ia tidak mengekorinya, 305 00:33:34,598 --> 00:33:37,059 sebaliknya Chinook meluru ke arah anak-anak Sky. 306 00:33:45,567 --> 00:33:47,444 Ia tahu mereka belum pergi jauh. 307 00:33:53,033 --> 00:33:54,535 Deria bau Chinook yang kuat 308 00:33:54,618 --> 00:33:57,412 memberitahu ada anak beruang bersembunyi di sebalik kayu balak itu. 309 00:33:58,288 --> 00:33:59,915 Tetapi anak yang mana satu? 310 00:34:35,576 --> 00:34:38,370 Sky terdesak mencari anak-anaknya. 311 00:34:52,134 --> 00:34:53,467 Amber. 312 00:35:01,393 --> 00:35:03,270 Tetapi Scout tidak dapat dikesan. 313 00:35:44,978 --> 00:35:47,523 Amber tidak mahu meninggalkan padang rumput ini tanpa adiknya. 314 00:35:48,190 --> 00:35:50,859 Tetapi Sky tahu mereka harus pergi dari situ. 315 00:35:51,777 --> 00:35:54,404 Chinook mungkin akan kembali bila-bila masa sahaja. 316 00:35:54,613 --> 00:35:56,323 Sky masih perlu melindungi Amber, 317 00:35:56,406 --> 00:35:59,368 walau betapa ia ingin pergi mencari Scout. 318 00:36:01,370 --> 00:36:03,372 Ia bukan satu keputusan yang mudah. 319 00:36:25,686 --> 00:36:27,145 Di situ pun Scout! 320 00:36:40,784 --> 00:36:42,744 Kembali bersama. 321 00:36:55,966 --> 00:36:57,759 Sky tahu tentang satu lagi tempat di pantai ini 322 00:36:57,843 --> 00:37:00,304 yang pernah ia kunjungi bersama ibunya. 323 00:37:01,805 --> 00:37:03,557 Sambil ia membawa anak-anaknya ke situ, 324 00:37:03,640 --> 00:37:06,685 pasti ia berharap agar nasibnya bertambah baik. 325 00:37:30,542 --> 00:37:34,463 Pertengahan musim panas membawa lebih banyak tempat mencari makanan. 326 00:37:38,842 --> 00:37:41,803 Ketika Sky dan anak-anaknya pergi ke tempat makan yang lebih selamat, 327 00:37:41,887 --> 00:37:45,682 beruang-beruang lain meninggalkan padang rumput dan pergi ke pantai. 328 00:38:18,465 --> 00:38:20,425 Chinook sudah pun berada di situ. 329 00:38:23,387 --> 00:38:25,055 Begitu juga dengan Magnus. 330 00:38:28,183 --> 00:38:30,310 Buat masa ini, mereka menunggu, 331 00:38:32,896 --> 00:38:34,398 dan menunggu. 332 00:38:59,214 --> 00:39:00,716 Ikan salmon! 333 00:39:01,508 --> 00:39:03,635 Peluang awal untuk menangkap ikan. 334 00:39:17,441 --> 00:39:20,736 Setahun telah berlalu sejak beruang-beruang ini menangkap ikan. 335 00:39:22,738 --> 00:39:24,948 Nampaknya kemahiran mereka agak berkarat. 336 00:39:40,839 --> 00:39:42,674 "Dah dapat! Dah dapat! 337 00:39:42,799 --> 00:39:44,468 "Saya... saya dah dapat tadi. 338 00:39:47,804 --> 00:39:50,015 "Ikan-ikan ni begitu licik." 339 00:39:55,395 --> 00:39:57,606 Hanya Magnus yang masih mempunyai maruah. 340 00:40:02,152 --> 00:40:04,029 Magnus tidak perlu menangkap ikan, 341 00:40:04,154 --> 00:40:05,948 kerana ia ada rancangan. 342 00:40:08,992 --> 00:40:11,870 Ia akan merampas apa saja yang ditangkap oleh Chinook. 343 00:40:14,831 --> 00:40:16,875 "Ya, bagus, Chinook. 344 00:40:17,668 --> 00:40:19,294 "Tangkapkan ikan itu untuk saya. 345 00:40:24,466 --> 00:40:25,884 "Beruang yang baik." 346 00:40:28,011 --> 00:40:29,096 Magnus membuka langkah. 347 00:41:10,762 --> 00:41:13,015 Akhirnya Magnus menang, 348 00:41:13,140 --> 00:41:15,392 dan Chinook hanya mampu terhincut-hincut pergi 349 00:41:15,517 --> 00:41:19,062 melihat hasil tangkapannya dibaham oleh orang lain. 350 00:41:19,855 --> 00:41:21,690 Chinook tidak akan melupakan peristiwa ini. 351 00:41:34,453 --> 00:41:37,039 Jauh daripada bahaya di pantai salmon yang sesak itu, 352 00:41:37,164 --> 00:41:41,043 Sky dan anak-anaknya masih mencari tempat makan yang sunyi. 353 00:41:44,588 --> 00:41:47,216 Perhatian Scout asyik teralih oleh perkara-perkara remeh, 354 00:41:47,674 --> 00:41:49,259 memperlahankan perjalanan mereka. 355 00:42:00,812 --> 00:42:02,731 Mereka sedang diekori. 356 00:42:07,694 --> 00:42:10,030 Tikani dapat merasakan peluang ini. 357 00:42:14,785 --> 00:42:16,662 Jika ia bergerak dengan senyap, 358 00:42:16,787 --> 00:42:18,914 ia boleh menerkam anak beruang yang ketinggalan. 359 00:42:39,685 --> 00:42:40,727 Scout menyerang! 360 00:42:41,979 --> 00:42:44,064 Tikani mahu Scout mengekorinya. 361 00:42:44,147 --> 00:42:45,649 Agar ia bersendirian. 362 00:42:46,358 --> 00:42:48,110 Tetapi Sky kekal di sisinya. 363 00:43:16,180 --> 00:43:17,973 Hanya Sky yang mampu mengusir Tikani. 364 00:43:26,690 --> 00:43:29,902 Ibu beruang ini sentiasa memerhatikan anak-anaknya. 365 00:43:30,319 --> 00:43:32,821 Muslihat Tikani yang biasa tidak berhasil, 366 00:43:33,197 --> 00:43:35,407 tetapi tidak bermakna ia berputus asa. 367 00:43:44,166 --> 00:43:46,460 Beberapa kilometer ke utara pantai 368 00:43:46,543 --> 00:43:48,587 Sky mengikut panggilan burung raven 369 00:43:48,712 --> 00:43:50,839 ke satu tempat yang istimewa. 370 00:43:58,222 --> 00:44:00,057 Satu kawasan perlindungan 371 00:44:00,474 --> 00:44:03,185 yang membolehkan beruang-beruang ini berehat dengan selamat. 372 00:44:11,735 --> 00:44:13,362 Penemuan yang hebat, En. Raven. 373 00:44:14,321 --> 00:44:15,864 Pandai kamu mengesannya. 374 00:44:44,268 --> 00:44:47,104 Sky pasti sedang risau tentang bekalan susunya. 375 00:44:48,438 --> 00:44:51,775 Jika ia tidak makan banyak salmon sebelum musim panas berakhir, 376 00:44:51,942 --> 00:44:54,695 lemak simpanannya tidak akan cukup untuk menyusukan Scout dan Amber 377 00:44:54,778 --> 00:44:57,114 sepanjang waktu hibernasi musim sejuk seterusnya. 378 00:44:59,950 --> 00:45:03,579 Anak-anaknya akan mati kelaparan di sisinya dalam jerumun mereka. 379 00:45:06,915 --> 00:45:08,667 Sky tahu bahawa lambat laun 380 00:45:08,792 --> 00:45:11,420 ia terpaksa memberanikan diri untuk pergi ke pantai salmon itu. 381 00:45:13,755 --> 00:45:16,925 Tetapi sebelum itu, ia ingin menunjukkan sesuatu yang hebat. 382 00:45:20,554 --> 00:45:22,347 Apabila air surut, 383 00:45:22,472 --> 00:45:25,058 laut ini bertukar menjadi medan selera rahsia, 384 00:45:25,350 --> 00:45:27,603 yang menghidangkan batu-batan yang dilitupi kupang. 385 00:45:36,236 --> 00:45:39,281 Kita boleh makan sepuas-puasnya, tetapi perlu berhati-hati. 386 00:45:41,783 --> 00:45:44,328 Anak-anak Sky kelihatan amat keliru. 387 00:45:45,495 --> 00:45:47,623 "Adakah rasanya memang begini? 388 00:45:47,748 --> 00:45:49,291 "Ia amat rangup." 389 00:45:52,544 --> 00:45:55,297 Tetapi Sky tahu segenggam kupang itu amatlah berbaloi. 390 00:46:12,981 --> 00:46:16,235 Ia mendedahkan makanan tersembunyi dengan kaki hadapannya. 391 00:46:19,863 --> 00:46:21,198 Belut batu. 392 00:46:22,324 --> 00:46:24,326 Ikan-ikan pemalu ini tidaklah sebaik salmon, 393 00:46:24,409 --> 00:46:26,703 tetapi lebih baik daripada langsung tidak dapat apa-apa. 394 00:46:35,254 --> 00:46:37,381 Scout rasa ia mampu melakukannya sendiri. 395 00:46:40,843 --> 00:46:44,054 Amber pula membiarkan ibunya melakukan semua kerja. 396 00:47:03,490 --> 00:47:06,326 Si burung raven yang licik pun mendapat habuannya. 397 00:47:09,746 --> 00:47:10,998 "Hei, itu saya yang punya. 398 00:47:12,583 --> 00:47:14,126 "Saya telah menyimpannya!" 399 00:47:17,588 --> 00:47:18,839 Ia memang kerja yang remeh, 400 00:47:18,964 --> 00:47:21,425 tetapi tiada makanan lain buat masa ini. 401 00:47:36,899 --> 00:47:37,858 Aduh! 402 00:47:45,616 --> 00:47:46,950 Kembali ke pantai, 403 00:47:47,075 --> 00:47:50,204 akhirnya ikan salmon datang dengan banyaknya. 404 00:47:50,579 --> 00:47:53,165 Inilah yang dinantikan oleh sang beruang sepanjang musim panas. 405 00:48:02,216 --> 00:48:04,092 Laut berkocak-kocak dengan ikan, 406 00:48:04,218 --> 00:48:05,511 dan bilangannya yang begitu banyak 407 00:48:05,636 --> 00:48:07,888 menjadikannya lebih mudah ditangkap. 408 00:48:14,978 --> 00:48:17,981 Sky dan anak-anaknya patut berada di sini, secepat mungkin. 409 00:48:18,690 --> 00:48:19,816 Mereka sudah mula terlepas peluang. 410 00:48:38,877 --> 00:48:42,589 Chinook tidak akan membiarkan ikannya dicuri lagi kali ini. 411 00:48:44,424 --> 00:48:48,262 Dengan ketiadaan Magnus, ia boleh makan sepuas-puasnya. 412 00:48:58,397 --> 00:49:01,942 Tikani pun ada di sini, mencuba nasib menangkap ikan. 413 00:49:17,624 --> 00:49:18,959 Ia tidak semudah yang disangkakan. 414 00:49:19,042 --> 00:49:22,629 Kita boleh membezakan antara yang berpengalaman dengan yang tidak. 415 00:49:39,897 --> 00:49:41,565 Kemudian kita hanya perlu makan hasil tangkapan 416 00:49:41,690 --> 00:49:43,483 sebelum ia dirampas oleh pihak lain. 417 00:49:44,151 --> 00:49:45,652 Cepat sikit, kawan! 418 00:49:45,736 --> 00:49:47,321 Lari! 419 00:49:51,200 --> 00:49:54,119 Kita tahu apabila seekor serigala berjalan dengan gaya begitu, 420 00:49:55,120 --> 00:49:56,205 ia mempunyai niat tidak baik. 421 00:50:13,222 --> 00:50:14,598 Kepalanya tertunduk, 422 00:50:15,432 --> 00:50:17,601 bergerak perlahan-lahan. 423 00:50:18,936 --> 00:50:20,771 Si pencuri sedang bertugas. 424 00:50:25,776 --> 00:50:27,402 Mengagumkan. 425 00:50:27,778 --> 00:50:30,239 Ekornya tidak basah pun. 426 00:50:35,118 --> 00:50:37,913 Setelah berbulan-bulan memburu salmon tanpa henti, 427 00:50:38,038 --> 00:50:41,959 ia seolah-olah beruang-beruang ini tidak akan tahu berasa kenyang. 428 00:50:42,209 --> 00:50:44,920 Tetapi itulah yang sedang berlaku di sini. 429 00:50:46,171 --> 00:50:48,006 Kenyang teramat sangat. 430 00:50:49,716 --> 00:50:50,676 Dan berminat terhadap... 431 00:50:52,261 --> 00:50:53,470 Entahlah apa sedang dibuatnya. 432 00:50:57,224 --> 00:50:59,434 Tiba-tiba semua berasa begitu gatal. 433 00:51:13,574 --> 00:51:16,743 Beruang ini nampak seperti bapa saya semasa menonton TV. 434 00:51:20,664 --> 00:51:21,832 "Hei, siapa yang menukar saluran? 435 00:51:21,957 --> 00:51:23,792 "Saya sedang menontonnya." 436 00:51:29,506 --> 00:51:32,926 Bukan Sky dan anak-anaknya sahaja yang sedang dalam perjalanan. 437 00:51:33,010 --> 00:51:34,136 Ikan salmon ini hanya menunggu 438 00:51:34,219 --> 00:51:36,638 sebelum bergerak ke hulu sungai untuk bertelur. 439 00:51:40,142 --> 00:51:43,270 Ia telah menghabiskan seluruh musim sejuk di laut masin, 440 00:51:43,353 --> 00:51:44,980 dan beberapa minggu diperlukan untuk ia 441 00:51:45,105 --> 00:51:47,065 menyesuaikan diri dengan air tawar. 442 00:51:49,526 --> 00:51:52,362 Ia menghabiskan masa di muara sungai di belakang pantai, 443 00:51:52,487 --> 00:51:54,823 terlindung daripada tempat beruang biasa berburu. 444 00:51:57,910 --> 00:51:59,828 Sky beruang pertama yang tiba ke sini, 445 00:51:59,953 --> 00:52:02,623 dan tiada gangguan daripada beruang lain. 446 00:52:07,044 --> 00:52:08,670 Ada begitu banyak ikan di sini. 447 00:52:09,505 --> 00:52:12,174 Ia harus merebut peluang ini sekarang, 448 00:52:12,299 --> 00:52:15,177 tetapi ia tahu risiko meninggalkan anak-anaknya. 449 00:52:17,179 --> 00:52:19,932 Hanya ada waktu yang terhad sebelum beruang-beruang lain tiba. 450 00:52:28,190 --> 00:52:30,859 Ia mampu menangkap ikan dengan lebih cekap jika bersendirian. 451 00:52:35,155 --> 00:52:36,949 Ia berasa bahawa ia patut mengambil risiko ini. 452 00:53:33,797 --> 00:53:35,090 Anak-anak Sky cuba mempertahankan diri 453 00:53:35,174 --> 00:53:37,092 sambil berteriak memanggil ibu mereka. 454 00:53:41,054 --> 00:53:42,055 Mereka tak boleh lawan sendiri. 455 00:53:47,853 --> 00:53:50,647 Sky bergegas kembali, dan Tikani pun berundur. 456 00:53:56,445 --> 00:54:00,115 Sky telah membawa anak-anaknya ke semua tempat di pantai ini 457 00:54:01,033 --> 00:54:02,534 tanpa sebarang hasil. 458 00:54:03,660 --> 00:54:06,288 Masih ada tempat-tempat rahsia lain ke hulu, 459 00:54:07,372 --> 00:54:08,957 tempat-tempat tersembunyi seperti Kolam Emas 460 00:54:09,082 --> 00:54:11,627 yang kadangkalanya dipenuhi ikan. 461 00:54:12,294 --> 00:54:15,797 Tetapi ia sukar ditemui, dan pendakiannya amat curam. 462 00:54:19,343 --> 00:54:21,803 Sky tiada pilihan lain, 463 00:54:21,929 --> 00:54:24,389 ia harus mencari tempat untuk makan sebelum terlambat. 464 00:55:00,551 --> 00:55:03,428 Bagi ikan salmon, sudah dua minggu ia berada di muara sungai, 465 00:55:03,554 --> 00:55:05,931 dan ia sudah menyesuaikan diri dengan air tawar. 466 00:55:08,225 --> 00:55:10,936 Perjalanannya ke hulu sungai akhirnya akan bermula. 467 00:55:12,062 --> 00:55:13,897 Ia suatu misi yang hampir tidak boleh dipercayai. 468 00:55:14,565 --> 00:55:18,986 Ia sedang cuba untuk kembali ke tempat ia menetas. 469 00:55:21,905 --> 00:55:23,699 Ia mengharapkan tanda-tanda kimia, 470 00:55:23,824 --> 00:55:27,327 rasa air sungai ini, untuk menentukan halatujunya. 471 00:55:36,420 --> 00:55:38,881 Ada yang berenang 50 kilometer ke hulu 472 00:55:39,006 --> 00:55:41,175 menentang arus yang kuat. 473 00:55:46,763 --> 00:55:50,559 Kerap kali, air terjun yang ada terlalu curam untuk dilepasi. 474 00:56:01,445 --> 00:56:03,572 Kerana tidak dapat berenang ke tempat lebih tinggi, 475 00:56:03,947 --> 00:56:05,699 ikan-ikan salmon ini terpaksa menunggu 476 00:56:06,283 --> 00:56:08,410 di lubuk tunjam di bawah. 477 00:56:13,165 --> 00:56:15,417 Di sinilah arah tujuan ikan salmon ini. 478 00:56:15,542 --> 00:56:19,296 Air yang tenang dan cetek menjadi tempat yang sesuai untuk bertelur. 479 00:56:30,724 --> 00:56:33,352 Sky dan anak-anaknya pun baru tiba. 480 00:56:33,852 --> 00:56:35,229 Sepanjang dua minggu yang lepas 481 00:56:35,312 --> 00:56:37,940 mereka mendaki ke tempat yang terpencil ini. 482 00:56:42,653 --> 00:56:44,613 Sky kelihatan teramat kurus. 483 00:56:48,492 --> 00:56:50,702 Ia tidak mahu terlepas akan ketibaan ikan-ikan salmon 484 00:56:50,827 --> 00:56:52,120 ke perairan yang tenang ini. 485 00:56:57,835 --> 00:56:59,711 Tetapi sayangnya ia tiba tidak tepat pada waktunya. 486 00:57:01,421 --> 00:57:04,299 Ikan-ikan itu masih tersekat di lubuk di bawah. 487 00:57:05,300 --> 00:57:07,177 Tiada makanan di sini. 488 00:57:28,448 --> 00:57:31,326 Nampaknya kali ini si burung raven sudah tersilap. 489 00:58:13,911 --> 00:58:16,205 Meskipun basah kuyup dan kesejukan, 490 00:58:16,580 --> 00:58:18,415 hujan yang turun ini sebenarnya memberi Sky 491 00:58:18,540 --> 00:58:21,043 dan anak-anaknya harapan yang amat diperlukan. 492 00:58:26,965 --> 00:58:29,927 Hujan lebat menyebabkan paras air meningkat 493 00:58:30,219 --> 00:58:34,097 dan membolehkan ikan-ikan salmon ini meneruskan perjalanan. 494 00:58:43,774 --> 00:58:45,025 Ya! 495 00:58:46,360 --> 00:58:47,986 Mereka berjaya. 496 00:58:57,329 --> 00:58:59,581 Sky tahu ikan salmon bakal tiba. 497 00:58:59,831 --> 00:59:01,834 Ia hampir dapat merasainya di lidahnya. 498 00:59:14,388 --> 00:59:16,139 Sky mencari. 499 00:59:20,102 --> 00:59:21,770 Di manakah ia? 500 00:59:41,331 --> 00:59:43,750 Inilah ikan pertamanya musim ini. 501 00:59:55,262 --> 00:59:57,598 Akhirnya anak-anaknya dapat merasa ikan salmon. 502 01:00:03,645 --> 01:00:05,272 Scout membawa pulang makanannya. 503 01:00:05,647 --> 01:00:09,193 Tetapi Amber kekal di sisi ibunya untuk makan bersama. 504 01:00:22,080 --> 01:00:25,626 "Mak, ikan salmon ialah makanan kegemaran saya yang baru. 505 01:00:27,002 --> 01:00:28,587 "Saya tak mahu makan kupang lagi." 506 01:00:38,055 --> 01:00:39,348 Masalah ikan salmon ialah 507 01:00:39,431 --> 01:00:41,141 ia tidak kekal lama di satu tempat. 508 01:00:42,643 --> 01:00:44,478 Ia masih dalam perjalanannya. 509 01:00:48,524 --> 01:00:50,192 Sky tahu hala tuju mereka, 510 01:00:50,317 --> 01:00:51,902 dan ia satu tempat yang terlalu bahaya 511 01:00:52,152 --> 01:00:54,279 untuk seekor beruang dengan anak kecil. 512 01:00:55,405 --> 01:00:57,449 Tanpa pilihan lain, 513 01:00:57,574 --> 01:00:59,826 ia terpaksa mencari Kolam Emas. 514 01:01:16,051 --> 01:01:18,220 Inilah Air Terjun Besar. 515 01:01:19,930 --> 01:01:22,641 Hanya yang paling besar dan gagah datang ke sini. 516 01:01:44,788 --> 01:01:46,832 Beribu-ribu ekor salmon melalui air terjun ini, 517 01:01:46,957 --> 01:01:49,376 hanya untuk beberapa minggu di penghujung musim panas. 518 01:01:56,800 --> 01:01:59,052 Jika ingin menangkap ikan yang besar, 519 01:01:59,887 --> 01:02:02,264 kita harus berada di tempat yang betul 520 01:02:03,473 --> 01:02:04,474 pada waktu yang tepat. 521 01:02:06,101 --> 01:02:09,354 Meskipun begitu... 522 01:02:09,938 --> 01:02:11,356 ...masih belum tentu. 523 01:02:33,128 --> 01:02:34,796 Magnus memang berpengalaman. 524 01:02:35,547 --> 01:02:37,341 Buka saja mulut tu. 525 01:03:10,832 --> 01:03:14,127 Persaingan amat sengit untuk merebut tempat menangkap ikan yang terbaik. 526 01:03:25,389 --> 01:03:27,933 Chinook mahukan tempat utama yang diduduki Magnus. 527 01:03:31,520 --> 01:03:34,565 Tetapi ia sudah lupa betapa gagahnya Magnus. 528 01:03:40,904 --> 01:03:43,031 Tiba masa untuk diperingatkan tentangnya. 529 01:04:31,747 --> 01:04:33,415 Chinook menyerah kalah. 530 01:04:33,665 --> 01:04:38,921 Magnus kekal sebagai pemerintah Air Terjun Besar yang tidak tercabar. 531 01:04:57,147 --> 01:04:59,441 Sky dan anak-anaknya telah menemui sebuah tempat aman 532 01:04:59,525 --> 01:05:00,943 jauh di dalam hutan, 533 01:05:01,026 --> 01:05:03,195 di hulu sungai Air Terjun Besar. 534 01:05:10,077 --> 01:05:11,954 Musim panas hampir berakhir, 535 01:05:12,079 --> 01:05:13,705 dan memandangkan musim luruh hampir tiba, 536 01:05:13,997 --> 01:05:16,166 bulu di tubuh anak-anak Sky sudah mula menebal. 537 01:05:21,463 --> 01:05:23,382 Kerana tidak cukup makan salmon, 538 01:05:23,507 --> 01:05:25,133 Sky belum berpeluang mengumpul 539 01:05:25,217 --> 01:05:27,094 simpanan lemak untuk musim sejuk. 540 01:05:50,200 --> 01:05:51,785 Tanpa makanan, 541 01:05:52,077 --> 01:05:54,371 susu Sky akan kering 542 01:05:55,330 --> 01:05:57,165 dan Scout dan Amber 543 01:05:57,291 --> 01:05:58,709 takkan berjaya mengharungi hibernasi. 544 01:06:21,398 --> 01:06:22,900 Kasihan Sky. 545 01:06:24,067 --> 01:06:27,321 Ia berusaha untuk menjadi ibu yang baik dan melindungi anak-anaknya. 546 01:06:33,994 --> 01:06:37,039 Ia hilang arah dan kepenatan, 547 01:06:38,916 --> 01:06:42,002 tetapi ia masih enggan berputus asa. 548 01:06:52,179 --> 01:06:55,891 Kalaulah ia tahu, ia begitu hampir ke destinasinya. 549 01:06:57,100 --> 01:06:59,061 Hanya perlu berjalan sedikit lagi. 550 01:07:07,361 --> 01:07:09,488 Inilah Kolam Emas, 551 01:07:10,656 --> 01:07:13,075 tempat yang dituju oleh Sky dan anak-anaknya. 552 01:07:14,701 --> 01:07:18,747 Sesetengah tahun, ikan salmon berkumpul di sini dengan banyaknya. 553 01:07:37,975 --> 01:07:40,894 Burung raven memanggil, meminta Sky mengikutnya. 554 01:08:02,958 --> 01:08:04,835 Sky hampir tidak percaya apa yang dilihatnya. 555 01:08:06,879 --> 01:08:09,798 Begitu banyak beruang, berkumpul dengan aman. 556 01:08:11,758 --> 01:08:13,552 Selamat dan begitu ramah. 557 01:08:21,977 --> 01:08:25,479 Terdapat begitu banyak ikan salmon hinggakan melimpah ruah. 558 01:09:58,156 --> 01:10:01,159 Dengan semua ikan salmon ini, anak-anaknya akan menggemuk, 559 01:10:01,785 --> 01:10:05,372 dan Sky boleh menyusukan mereka sepanjang musim sejuk. 560 01:10:09,334 --> 01:10:12,754 perjalanan Sky yang jauh dan sukar kini sudah berakhir. 561 01:10:16,550 --> 01:10:19,553 Nampaknya beruang gagah yang dicari-cari oleh Scout 562 01:10:20,053 --> 01:10:22,556 sentiasa berada di sisinya, selama ini. 563 01:10:42,451 --> 01:10:43,493 Sambil musim sejuk berkunjung tiba, 564 01:10:44,161 --> 01:10:47,456 kesemua beruang memulakan perjalanan kembali ke gunung. 565 01:10:56,048 --> 01:10:59,259 Scout dan Amber bergantung pada ibu mereka untuk dua tahun seterusnya, 566 01:10:59,635 --> 01:11:02,387 menjadi semakin gagah setiap kali musim berlalu. 567 01:11:09,645 --> 01:11:12,147 Sebelum tibanya hari-hari musim sejuk yang gelap, 568 01:11:12,272 --> 01:11:14,316 setiap ekor beruang harus kembali ke puncak tinggi 569 01:11:14,399 --> 01:11:16,818 dan menggali jerumun untuk hibernasi. 570 01:11:41,051 --> 01:11:43,136 Selama enam bulan seterusnya, 571 01:11:43,262 --> 01:11:45,597 kesemua beruang akan tidur 572 01:11:45,848 --> 01:11:48,767 sambil diselimuti salji yang tebal. 573 01:11:51,353 --> 01:11:52,688 Itu dia Chinook. 574 01:11:52,813 --> 01:11:54,565 Ia berjaya mengharungi satu tahun lagi. 575 01:12:00,279 --> 01:12:03,907 Magnus yang gagah melihat kawasan kekuasaannya buat kali terakhir. 576 01:12:13,750 --> 01:12:17,045 Kata orang, tahun pertama mengasuh anak adalah yang paling sukar. 577 01:12:17,337 --> 01:12:19,715 Tetapi Sky tetap sabar dan gigih. 578 01:12:20,215 --> 01:12:22,217 Ia tidak pernah berhenti menyayangi. 579 01:12:23,177 --> 01:12:24,845 Balasannya? 580 01:12:25,429 --> 01:12:28,724 Lapan kaki kecil mengikutnya kembali ke atas gunung 581 01:12:29,099 --> 01:12:31,059 untuk tidur lama di musim sejuk. 582 01:13:15,687 --> 01:13:17,606 Kelilingi ia. Kelilingi ia. 583 01:13:18,690 --> 01:13:19,691 Kelilingi ia. 584 01:13:42,840 --> 01:13:44,258 Hei, beruang. 585 01:14:09,241 --> 01:14:10,951 Bagus. Di situ.