1 00:00:06,000 --> 00:00:08,520 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:29,280 --> 00:00:33,760 Ayah buat perjanjian dengan keluarganya supaya dia tak dengar khabar angin? 3 00:00:33,840 --> 00:00:34,880 Khabar angin apa? 4 00:00:35,920 --> 00:00:36,880 Apa? 5 00:00:36,960 --> 00:00:38,040 Tak ada apa-apa. 6 00:00:38,560 --> 00:00:41,680 Ada apa-apa nak cakap tentang khabar angin itu? 7 00:00:41,760 --> 00:00:42,720 Tak ada apa-apa. 8 00:00:43,760 --> 00:00:44,600 Mana Mencía? 9 00:00:54,120 --> 00:00:55,000 TAK GUNA 10 00:00:56,360 --> 00:00:58,800 Saya mesej dan telefon dia. Tak berjawab. 11 00:00:59,280 --> 00:01:00,400 Dia tiada di sini? 12 00:01:01,600 --> 00:01:04,280 Ari, ayah dah suruh kamu pastikannya. 13 00:01:04,360 --> 00:01:06,960 Ayah, saya tak boleh jaga dia 24 jam sehari. 14 00:01:24,800 --> 00:01:26,800 Jika awak tak okey, kita berhenti. 15 00:01:28,480 --> 00:01:29,720 Saya nak awak tenang. 16 00:01:33,800 --> 00:01:38,040 Awak patut tahu, ini hanya seks kasual sekali saja. 17 00:01:39,520 --> 00:01:40,640 Kita lihat saja. 18 00:01:59,080 --> 00:02:00,000 Ya, mak. 19 00:02:00,960 --> 00:02:03,440 Benjamin kata dia akan datang bersama tiga anaknya. 20 00:02:04,880 --> 00:02:06,320 Mereka rakan sekelas saya. 21 00:02:08,440 --> 00:02:09,520 Jangan risau. 22 00:02:10,320 --> 00:02:12,920 Sayang mak juga. Kita cakap esok. 23 00:02:22,920 --> 00:02:25,160 Gembira bertemu awak. 24 00:02:25,240 --> 00:02:29,480 Saya berbesar hati. Selamat datang. Saya akan kenalkan anak-anak saya. 25 00:02:29,560 --> 00:02:30,400 Patrick. 26 00:02:31,000 --> 00:02:32,880 - Apa khabar? - Gembira bertemu. 27 00:02:32,960 --> 00:02:34,880 - Saya pun sama. - Serta Ariadna. 28 00:02:35,840 --> 00:02:36,720 Helo. 29 00:02:39,240 --> 00:02:40,080 Apa khabar? 30 00:02:40,960 --> 00:02:42,080 Selamat berkenalan. 31 00:02:53,680 --> 00:02:56,080 Tiga miligram alkohol di dalam darahnya. 32 00:02:58,280 --> 00:03:00,680 Jika dia tak biasa minum… 33 00:03:03,080 --> 00:03:05,040 Dia jatuh? Adakah dia ditolak? 34 00:03:07,520 --> 00:03:09,120 Kami tak pasti. 35 00:03:10,880 --> 00:03:14,280 Empat puluh lapan jam pertama sangat kritikal. 36 00:03:30,320 --> 00:03:34,440 Phillipe Florien von Triesenberg. Pewaris kedua termuda di Eropah. 37 00:03:34,520 --> 00:03:36,840 Dia rasmikan Le Bal dua tahun lalu. 38 00:03:36,920 --> 00:03:39,160 - Okey. - Majlis tari-menari debutante. 39 00:03:40,160 --> 00:03:41,240 Kamu tak tahu? 40 00:03:41,320 --> 00:03:42,880 - Tak. - Paling penting… 41 00:03:42,960 --> 00:03:44,760 Lihat. Ini bagus. 42 00:03:44,840 --> 00:03:49,360 Dia seorang ikon dan penaung pereka antarabangsa terbaik. 43 00:03:49,440 --> 00:03:51,080 Boleh bertutur empat bahasa 44 00:03:51,160 --> 00:03:55,080 semasa belajar di sekolah terbaik di Sepanyol, UK dan Switzerland. 45 00:03:55,160 --> 00:03:56,320 Dia sangat elegan. 46 00:03:56,840 --> 00:03:57,680 Dia kacak. 47 00:03:57,760 --> 00:04:00,080 Keturunan diraja Perancis dan Sepanyol. 48 00:04:00,920 --> 00:04:03,680 - Dia berdarah raja. - Sekejap, saya faham. 49 00:04:03,760 --> 00:04:06,120 Awak sudah berangan 50 00:04:06,200 --> 00:04:10,920 si Froilán ini boleh buat awak terkenal atau temani awak semasa awak berkahwin? 51 00:04:11,000 --> 00:04:15,400 Sebutannya Florian bukan Froilán. Saya cuma berkongsi maklumat. 52 00:04:15,480 --> 00:04:18,400 Pakai helmet awak, Cik Pencuci. 53 00:04:18,480 --> 00:04:20,760 Awak bakal terhempas di bumi nyata. 54 00:04:20,840 --> 00:04:24,960 Sebab itulah mereka pasang kamera dan pengesan logam. 55 00:04:25,480 --> 00:04:29,440 Ya. Lebih banyak langkah keselamatan akan diambil. 56 00:04:32,440 --> 00:04:33,640 Dia nampak comel. 57 00:04:35,200 --> 00:04:37,080 - Ya, betul. - Jumpa nanti. 58 00:04:38,520 --> 00:04:40,120 Wah, hebatnya. 59 00:04:45,960 --> 00:04:48,120 SEKOLAH ANTARABANGSA 60 00:05:07,600 --> 00:05:08,440 Hai. 61 00:05:11,200 --> 00:05:12,320 Boleh kita berbual? 62 00:05:14,080 --> 00:05:15,080 Apa awak nak? 63 00:05:15,160 --> 00:05:18,080 Yakinkan saya supaya ayah saya tanggalkan kamera? 64 00:05:19,040 --> 00:05:20,040 Tak. 65 00:05:22,920 --> 00:05:24,320 Saya nak minta maaf. 66 00:05:27,080 --> 00:05:29,720 - Tak semuanya permainan. - Yang mana bukan? 67 00:05:29,800 --> 00:05:31,720 Saya seronok ketika kita di empangan. 68 00:05:31,800 --> 00:05:33,560 Berjalan atau berdating? Konon dating. 69 00:05:33,640 --> 00:05:34,760 Okey, dating. 70 00:05:35,440 --> 00:05:36,880 Dating sebenar? 71 00:05:38,120 --> 00:05:39,320 Apa lagi yang betul? 72 00:05:40,120 --> 00:05:41,320 Keserasian kita. 73 00:05:41,400 --> 00:05:43,160 Saya pun rasa begitu. 74 00:05:44,560 --> 00:05:47,240 - Ketawa, tikus marmut saya… - Kekasih awak? 75 00:05:49,960 --> 00:05:51,400 Kekasih saya juga benar. 76 00:05:52,560 --> 00:05:53,760 Maafkan saya, Ari. 77 00:06:00,160 --> 00:06:01,520 Saya akan lupakannya. 78 00:06:03,680 --> 00:06:06,400 Jangan ada hubungan selagi awak ada kekasih. 79 00:06:07,440 --> 00:06:08,360 Setuju? 80 00:06:10,320 --> 00:06:11,160 Ya. 81 00:06:14,160 --> 00:06:15,000 Saya setuju. 82 00:06:30,120 --> 00:06:33,080 Ada hubungan pelik antara awak dan Ari sejak itu. 83 00:06:33,160 --> 00:06:37,320 Dia tewaskan awak, saling jeling-menjeling dan berbual dengan asyik. 84 00:06:37,400 --> 00:06:39,480 Ia salah faham. Sekarang dah jelas. 85 00:06:39,560 --> 00:06:42,840 - Awak tak nak mencuba nasib? - Saya ada teman wanita. 86 00:06:42,920 --> 00:06:44,640 Baik. Baguslah. 87 00:06:45,160 --> 00:06:46,480 Apa? Awak suka dia? 88 00:06:46,560 --> 00:06:49,480 Saya? Tidak. Usah risau, saya takkan mengurat dia. 89 00:06:49,560 --> 00:06:50,800 Okey. 90 00:06:50,880 --> 00:06:52,240 "Okey" apa? 91 00:06:53,560 --> 00:06:56,400 - Awak terkejut jika saya cuba? - Taklah. 92 00:06:56,480 --> 00:06:58,160 - Awak ada kekasih. - Ya. 93 00:06:58,240 --> 00:07:00,560 - Ia tiada kaitan dengan saya. - Apa? 94 00:07:00,640 --> 00:07:02,040 Ini nasihat seorang kawan, 95 00:07:02,120 --> 00:07:03,400 awak tak setanding Ari. 96 00:07:03,480 --> 00:07:08,120 Sebentar, awak cemburu atau awak saja bawa perangai teruk awak? 97 00:07:08,200 --> 00:07:12,480 Saya nak lindungi awak. Awak dapat marchioness, tapi itu saja. 98 00:07:13,040 --> 00:07:14,640 Carla yang terbaik. 99 00:07:15,400 --> 00:07:20,200 Ari bukan sekadar di luar orbit awak. Dia bagaikan Pluto bagi awak, faham? 100 00:07:22,520 --> 00:07:24,320 - Pluto tak guna, bukan? - Ya. 101 00:07:24,400 --> 00:07:25,320 Baiklah. 102 00:07:27,040 --> 00:07:28,640 Janganlah marah. 103 00:07:30,760 --> 00:07:32,000 Ke mana kamu semalam? 104 00:07:33,280 --> 00:07:34,120 Keluar. 105 00:07:38,000 --> 00:07:39,360 Dengan siapa? 106 00:07:40,760 --> 00:07:42,320 Dengan kawan perempuan. 107 00:07:42,400 --> 00:07:43,440 Kawan yang mana? 108 00:07:46,920 --> 00:07:48,800 Ayah, saya akan pergi. 109 00:07:49,960 --> 00:07:52,880 Saya tak mahu lewat ke kelas atau buat ayah marah. 110 00:07:53,920 --> 00:07:54,760 Mencía. 111 00:07:55,800 --> 00:07:56,640 Mencía! 112 00:08:02,440 --> 00:08:03,360 Maafkan saya. 113 00:08:03,440 --> 00:08:04,400 Ya? 114 00:08:05,040 --> 00:08:06,600 Rekod jenayah? 115 00:08:07,360 --> 00:08:10,200 Awak tak faham perkataan "jenayah" atau "rekod"? 116 00:08:10,280 --> 00:08:12,560 Ia perkataan asas, Parrilla. 117 00:08:12,640 --> 00:08:13,840 Saya tahu maksudnya. 118 00:08:13,920 --> 00:08:18,200 Kenapa nak tahu rekod kami dan keluarga kami? 119 00:08:18,280 --> 00:08:19,720 Itu hal peribadi, bukan? 120 00:08:21,280 --> 00:08:24,480 Perihal awak dan ibu awak sudah diketahui ramai. 121 00:08:25,360 --> 00:08:27,320 Biarkan ia kosong kalau nak. 122 00:08:28,440 --> 00:08:33,440 Kerajaan Triesen mahu tahu tentang rakan sekelas pewarisnya, bukan saya. 123 00:08:34,840 --> 00:08:36,320 Namun, wajar sekiranya 124 00:08:36,400 --> 00:08:40,120 mereka mahu menilai pelajar yang berkongsi kelas dengannya. 125 00:08:41,120 --> 00:08:41,960 Tak begitu? 126 00:08:42,520 --> 00:08:43,360 Rebe. 127 00:08:45,560 --> 00:08:46,520 Awak okey? 128 00:08:49,480 --> 00:08:50,400 Okeylah sangat. 129 00:08:51,240 --> 00:08:53,080 Jangan terlalu dramatik, Rebe. 130 00:08:53,160 --> 00:08:56,000 Awak bodoh, Omar? Ada yang akan dibuang sekolah! 131 00:08:56,080 --> 00:08:57,600 Dia tak cakap begitu. 132 00:08:57,680 --> 00:09:00,840 Saya tak bercakap dengan awak. Kamu sendiri dengar. 133 00:09:00,920 --> 00:09:03,600 Lelaki mulut manis itu saja nak cari pasal. 134 00:09:03,680 --> 00:09:06,240 Siapa yang pertama ditendang? Nak teka? 135 00:09:06,320 --> 00:09:09,160 Mak saya di penjara dan saya bukannya jual dadah. 136 00:09:09,240 --> 00:09:11,680 Si tak guna itu dapat dua dalam satu. 137 00:09:11,760 --> 00:09:16,680 Memang reaksi pertama kita salahkan orang lain atas kesilapan kita. 138 00:09:17,240 --> 00:09:20,800 Namun, ini perihal keluarga diraja. 139 00:09:21,480 --> 00:09:25,400 Bukan keluarga awak saja yang ada rekod. Abang Samu pun sama. 140 00:09:27,360 --> 00:09:28,600 Serta ayah awak. 141 00:09:28,680 --> 00:09:31,760 Awak dah lupa yang dia juga ada rekod polis? 142 00:09:31,840 --> 00:09:35,680 Kita di tahap sama di mata Kerajaan Triesen dan Benjamin. 143 00:09:35,760 --> 00:09:37,320 Tahap teruk yang sama. 144 00:09:37,400 --> 00:09:38,600 JELING KE ARAH KELAS 145 00:09:42,880 --> 00:09:45,760 BERI SAYA 10 MINIT. ITU SAJA SAYA MINTA. 146 00:09:49,920 --> 00:09:50,800 Rebe… 147 00:09:53,960 --> 00:09:54,960 saya suka awak. 148 00:09:57,240 --> 00:10:01,080 Saya tahu awak juga suka saya. 149 00:10:02,880 --> 00:10:05,840 Saya tak faham kenapa awak asyik mengelak saya. 150 00:10:11,320 --> 00:10:13,800 Kenapa awak fikir saya suka awak begitu? 151 00:10:16,520 --> 00:10:18,080 Sebab… 152 00:10:18,720 --> 00:10:19,800 kali terakhir… 153 00:10:22,240 --> 00:10:23,400 saya buat begini… 154 00:10:31,840 --> 00:10:34,040 awak ambil masa untuk tarik diri. 155 00:10:37,560 --> 00:10:39,800 Mencía, sebenarnya saya tak… 156 00:10:52,840 --> 00:10:54,200 Keluar sekarang. 157 00:10:55,520 --> 00:10:57,320 Tempat ini perlu diperiksa. 158 00:11:26,440 --> 00:11:28,920 Adakah dunia kiamat semasa saya cium awak? 159 00:11:30,760 --> 00:11:32,160 Cakaplah. 160 00:11:33,040 --> 00:11:35,720 Ada apa-apa berubah dalam lima minit terakhir? 161 00:11:35,800 --> 00:11:38,400 Muka ayah awak yang nak tendang saya keluar. 162 00:11:38,480 --> 00:11:41,560 Kali ini awak nak guna ayah saya untuk mengelak saya? 163 00:11:44,960 --> 00:11:46,920 Mencía, tolonglah. 164 00:11:47,560 --> 00:11:49,280 Kita bawa diri masing-masing. 165 00:11:49,360 --> 00:11:52,760 Ia tak susah. Saya merayu kepada awak, tolonglah. 166 00:12:02,760 --> 00:12:06,680 Baik jangan dekati Rebe buat masa ini. Nanti kita kena tempiasnya. 167 00:12:10,040 --> 00:12:13,240 - Mereka ada hubungan? - Nampaknya begitulah. 168 00:12:14,520 --> 00:12:16,680 Rebe takut kerana dia perempuan? 169 00:12:16,760 --> 00:12:18,400 - Itu tak macam dia. - Ya. 170 00:12:19,080 --> 00:12:22,520 Saya boleh agak hal yang sedang berlaku. Saya boleh bayang. 171 00:12:24,640 --> 00:12:28,040 Ajak dia makan di Kelab Tasik supaya saya dapat cakap dengannya 172 00:12:28,960 --> 00:12:31,400 Kalau saya ajak, tentu dia menolak. 173 00:12:49,440 --> 00:12:52,520 Ayah kata awak keluar dengan Rebeka pada waktu malam. 174 00:12:53,280 --> 00:12:55,200 Jika Benjamin yang cakap, 175 00:12:56,040 --> 00:12:57,520 tentu benar. 176 00:13:00,600 --> 00:13:01,960 Ayah juga kata 177 00:13:02,960 --> 00:13:04,360 dia bayar segalanya. 178 00:13:04,440 --> 00:13:07,200 Awak tahu dari mana Rebeka dapat duitnya? 179 00:13:08,920 --> 00:13:09,840 Dari ATM. 180 00:13:10,800 --> 00:13:11,920 Sama macam awak. 181 00:13:16,840 --> 00:13:17,680 Ya. 182 00:13:19,000 --> 00:13:20,840 Benjamin nampak kami bercium. 183 00:13:22,280 --> 00:13:23,680 Ada masalah? 184 00:13:24,280 --> 00:13:25,280 Serius? 185 00:13:27,280 --> 00:13:29,520 Awak lesbian sekarang? 186 00:13:30,200 --> 00:13:31,040 Tidak. 187 00:13:31,840 --> 00:13:35,520 Saya tak suka melabel diri, baik tindakan atau perasaan. 188 00:13:35,600 --> 00:13:37,760 - Tahu maksudnya? - Ya. 189 00:13:38,800 --> 00:13:40,680 Awak suka perhatian. 190 00:13:42,520 --> 00:13:47,000 Mencía, saya tak boleh benarkan awak lepak dengan dia. 191 00:13:47,080 --> 00:13:48,280 Tak elok untuk awak. 192 00:14:05,040 --> 00:14:08,040 REBE, MAAF GANGGU AWAK. BOLEH KITA BERBUAL? 193 00:14:11,840 --> 00:14:14,480 AWAK SEDANG BUAT APA? 194 00:14:19,080 --> 00:14:21,880 - Lihat, mesej daripada Mencía. - Apa awak buat? 195 00:14:42,480 --> 00:14:44,040 HAI, ARMANDO. 196 00:14:44,120 --> 00:14:47,920 MUNGKIN KITA BOLEH JUMPA SEKALI LAGI. 197 00:14:48,000 --> 00:14:50,640 JIKA AWAK MAHU. 198 00:14:50,720 --> 00:14:53,360 Nadia tangguh panggilan video kami sejam. 199 00:14:53,440 --> 00:14:55,600 Saya saja yang asyik ikut jadualnya. 200 00:14:56,160 --> 00:14:58,760 Kadangkala saya rasa saya saja yang berusaha. 201 00:15:06,520 --> 00:15:09,040 Jangan risau. Biar saya beremosi sendirian. 202 00:15:09,120 --> 00:15:12,200 Bukan begitu, kawan. Kamu berdua okey? 203 00:15:12,280 --> 00:15:13,800 Okey. Terima kasih, Omar. 204 00:15:13,880 --> 00:15:17,400 Kita hanya boleh jumpa di bar jika awak datang jumpa kami. 205 00:15:17,480 --> 00:15:18,840 Keadaan telah berubah. 206 00:15:18,920 --> 00:15:20,520 Saya lebih suka cara lama. 207 00:15:20,600 --> 00:15:25,280 Saya tetap hidang minuman kamu. Pada saya, sama saja. 208 00:15:25,360 --> 00:15:26,680 Saya ada cadangan. 209 00:15:27,240 --> 00:15:29,720 - Anjurkan parti macam dulu. - Silakan. 210 00:15:29,800 --> 00:15:33,040 Ya, parti jenis apa? Mewah atau miskin? 211 00:15:33,120 --> 00:15:34,800 Hanya untuk geng lama. 212 00:15:35,400 --> 00:15:37,160 Kita boleh buat di rumah. 213 00:15:37,240 --> 00:15:39,400 Kenapa hanya untuk geng lama? 214 00:15:39,480 --> 00:15:40,880 Siapa patut dijemput? 215 00:15:40,960 --> 00:15:44,160 - Siapa tak patut dijemput? - Keluarga pengetua. 216 00:15:44,240 --> 00:15:45,800 Jangan jemput mereka. 217 00:15:46,360 --> 00:15:49,200 Lihat? Samuel, siapa awak nak bawa? 218 00:15:51,200 --> 00:15:53,640 Cuma geng lama, Samuel. Lebih mudah. 219 00:15:53,720 --> 00:15:54,840 Okey. 220 00:16:01,720 --> 00:16:03,040 Awak dah tengok tasik? 221 00:16:03,120 --> 00:16:05,600 Tidak. Saya juga tak mahu melihatnya. 222 00:16:05,680 --> 00:16:06,920 Ia indah. 223 00:16:07,000 --> 00:16:09,280 Pergilah. Saya turun lima minit lagi. 224 00:16:13,520 --> 00:16:15,280 Aduhai, tidak. 225 00:16:16,760 --> 00:16:19,600 - Ke tepi kalau tak nak masuk air. - Dengar dulu. 226 00:16:20,680 --> 00:16:23,840 - Awak dah berbulan begini. - Tak cukup, nampaknya. 227 00:16:23,920 --> 00:16:25,320 Ya, saya sakiti awak. 228 00:16:25,400 --> 00:16:28,160 Apa saya boleh buat untuk kembali seperti dulu? 229 00:16:29,000 --> 00:16:29,840 Pandang saya. 230 00:16:38,080 --> 00:16:38,960 Baiklah. 231 00:16:39,560 --> 00:16:41,080 Ada apa-apa lagi? 232 00:16:41,160 --> 00:16:42,720 Beginilah, Samuel. 233 00:16:42,800 --> 00:16:47,120 Awak fikir ciuman, pelukan dan ucapan maaf cukup untuk kembali macam dulu? 234 00:16:47,200 --> 00:16:51,000 Saya tahu awak menyesal. Lebih baik awak menyesal. 235 00:16:51,080 --> 00:16:53,920 - Cakaplah, apa saya boleh buat? - Tiada apa-apa. 236 00:16:54,560 --> 00:16:55,920 Awak dah buat semuanya. 237 00:16:56,760 --> 00:16:59,800 Awak khianati saya, tipu saya dan memalukan saya. 238 00:17:00,440 --> 00:17:01,840 Nak apa lagi? 239 00:17:02,400 --> 00:17:06,200 Sekarang saya putuskan masa dan cara saya nak bersama awak. 240 00:17:06,280 --> 00:17:07,120 Okey. 241 00:17:08,960 --> 00:17:11,520 Dah selesai dengan perbualan kita? 242 00:17:12,320 --> 00:17:13,160 Baiklah. 243 00:17:15,720 --> 00:17:18,560 Jangan tutup hati awak kerana saya khianati awak. 244 00:17:20,160 --> 00:17:23,400 Ya, saya tak guna. Itu tak bermakna orang lain pun sama. 245 00:17:58,520 --> 00:17:59,440 Hai. 246 00:18:01,160 --> 00:18:04,960 - Saya tak pernah nampak awak di sini. - Tak, saya selalu datang. 247 00:18:06,120 --> 00:18:08,280 Saya cam muka dia. Kawan awak? 248 00:18:10,760 --> 00:18:13,440 Dia selalu ke sini dengan gadis macam awak. 249 00:18:16,400 --> 00:18:17,680 Gadis macam saya? 250 00:18:19,440 --> 00:18:21,560 Awak terlalu muda untuk ini, bukan? 251 00:18:23,280 --> 00:18:24,680 Untuk apa? 252 00:18:27,120 --> 00:18:30,760 Awak tak tahu perkara yang berlaku antara kami. 253 00:18:31,840 --> 00:18:33,000 Tentulah saya tahu. 254 00:18:33,760 --> 00:18:35,560 Kadar bayaran lumayan. 255 00:18:36,640 --> 00:18:40,080 Harap-harap lumayanlah. Darah muda nilainya dua kali ganda. 256 00:18:41,000 --> 00:18:44,600 Walau bagaimanapun, saya rasa pengalaman patut dibayar lebih. 257 00:18:44,680 --> 00:18:45,800 Jangan sentuh saya. 258 00:18:49,040 --> 00:18:52,520 Saya harap awak sedar tindakan awak jika benar awak dewasa. 259 00:19:18,360 --> 00:19:19,840 Ada sesuatu sedang tidur. 260 00:19:20,880 --> 00:19:21,960 Saya cuba fokus. 261 00:19:28,040 --> 00:19:30,080 Mari bercakap sebentar. 262 00:19:30,160 --> 00:19:33,200 Itu saja yang saya perlukan. Bercakap tentangnya. 263 00:19:37,480 --> 00:19:38,560 Beginilah. 264 00:19:39,400 --> 00:19:41,640 Seks bukan hanya tentang aksi. 265 00:19:43,200 --> 00:19:44,280 Bukan? 266 00:19:44,360 --> 00:19:45,200 Bukan. 267 00:19:45,920 --> 00:19:46,840 Apa lagi? 268 00:19:47,440 --> 00:19:48,440 Ia tentang kulit. 269 00:19:50,800 --> 00:19:51,880 Kata-kata. 270 00:19:53,160 --> 00:19:54,800 Fantasi. 271 00:19:56,640 --> 00:19:58,120 Apa fantasi awak? 272 00:19:59,360 --> 00:20:02,360 Tempoh hari, semasa keluar dengan Patrick, 273 00:20:03,040 --> 00:20:03,880 dia goda saya. 274 00:20:03,960 --> 00:20:05,880 Bukankah kamu menari sahaja? 275 00:20:06,720 --> 00:20:10,120 Awak pun tahu, benda biasa. 276 00:20:10,800 --> 00:20:11,960 Ya. 277 00:20:12,040 --> 00:20:14,680 Benda biasa. Semuanya normal. 278 00:20:14,760 --> 00:20:15,760 Diam dan dengar. 279 00:20:16,280 --> 00:20:17,800 Pada suatu ketika, 280 00:20:18,440 --> 00:20:20,040 kami begitu khayal. 281 00:20:21,080 --> 00:20:24,160 Kami menari, berpeluh-peluh, bergesel. 282 00:20:25,280 --> 00:20:27,400 Dia raba saya. 283 00:20:28,640 --> 00:20:32,400 Dia kata, kalau tak bogel, tak curang. Jadi saya biarkan. 284 00:20:33,280 --> 00:20:35,400 Kemudian saya berhenti. Saya rasa bersalah. 285 00:20:35,480 --> 00:20:37,560 Sebab awak tergoda. 286 00:20:37,640 --> 00:20:38,760 Boleh saya jujur? 287 00:20:38,840 --> 00:20:40,600 Kita sentiasa jujur. 288 00:20:41,920 --> 00:20:43,240 Bukan setakat tergoda. 289 00:20:43,960 --> 00:20:44,920 Amat terangsang. 290 00:20:46,320 --> 00:20:47,320 Dia tak berhenti. 291 00:20:47,400 --> 00:20:49,960 Saya minta dia berhenti, tapi dia teruskan. 292 00:20:51,680 --> 00:20:53,800 Dia cium leher saya perlahan-lahan, 293 00:20:54,400 --> 00:20:55,560 kemudian turun 294 00:20:56,520 --> 00:20:57,480 perlahan-lahan. 295 00:20:58,400 --> 00:21:00,640 Dia dekati celah kangkang saya. 296 00:21:00,720 --> 00:21:02,320 Saya boleh rasa nafasnya. 297 00:21:06,520 --> 00:21:08,120 Awak terangsang? 298 00:21:17,600 --> 00:21:18,600 Apa? 299 00:21:51,480 --> 00:21:52,360 Phillipe? 300 00:21:52,840 --> 00:21:54,280 Maaf, saya cuma… 301 00:21:56,000 --> 00:21:57,480 Bagaimana bahu awak? 302 00:21:58,040 --> 00:21:59,080 Okey, biarkan. 303 00:21:59,800 --> 00:22:02,480 - Dah pulih selepas kemalangan ski? - Ya. 304 00:22:02,560 --> 00:22:05,240 - Ya? - Saya okey. Terima kasih. 305 00:22:05,320 --> 00:22:06,800 Teruk kemalangan itu. 306 00:22:08,720 --> 00:22:11,280 Maaf meluru tadi. 307 00:22:12,600 --> 00:22:14,240 Saya cuma nak sapa awak. 308 00:22:14,320 --> 00:22:15,400 Jika tidak, 309 00:22:15,480 --> 00:22:17,480 saya takkan tidur sebulan. 310 00:22:20,000 --> 00:22:23,080 - Cayetana. Saya berbesar hati. - Selamat berkenalan. 311 00:22:23,640 --> 00:22:25,720 Saya tak nak halang awak tidur. 312 00:22:27,800 --> 00:22:30,280 Orang di Sepanyol beri dua ciuman, bukan? 313 00:22:30,840 --> 00:22:32,960 Ya, tapi bolehkah? 314 00:22:33,040 --> 00:22:34,600 - Boleh. - Ya. Tentu. 315 00:22:35,600 --> 00:22:37,280 - Phillipe. - Salam kenal. 316 00:22:37,360 --> 00:22:39,320 - Selamat datang. - Terima kasih. 317 00:22:39,400 --> 00:22:40,880 Nasib baik awak di sini. 318 00:22:40,960 --> 00:22:43,480 Ada orang tumpahkan kopi. Habis kotor. 319 00:22:43,560 --> 00:22:44,880 Boleh awak bersihkan? 320 00:22:48,280 --> 00:22:50,200 Tukang cuci ganggu awak? 321 00:22:50,960 --> 00:22:54,400 Tak, saya jumpa orang baru, 322 00:22:55,200 --> 00:22:56,720 termasuk pekerja. 323 00:22:59,560 --> 00:23:00,440 Jumpa lagi. 324 00:23:05,320 --> 00:23:07,920 Cayetana, saya faham. 325 00:23:08,720 --> 00:23:12,160 Tentu tukang cuci macam awak tertarik kepada seorang putera 326 00:23:12,240 --> 00:23:13,560 macam lalat kepada madu. 327 00:23:15,000 --> 00:23:17,240 Tapi madu bukan untuk mulut keldai. 328 00:23:17,920 --> 00:23:20,200 Jangan rapati orang bukan taraf awak. 329 00:23:20,280 --> 00:23:21,240 Selamat tinggal. 330 00:23:22,400 --> 00:23:23,240 Selamat jalan. 331 00:23:39,400 --> 00:23:41,240 Adakah dia ditolak? 332 00:23:43,480 --> 00:23:44,480 Oleh siapa? 333 00:23:45,320 --> 00:23:46,480 Mereka tak tahu. 334 00:23:48,200 --> 00:23:50,000 Atau mereka tak nak kita tahu. 335 00:24:00,080 --> 00:24:01,080 Kamu okey? 336 00:24:04,520 --> 00:24:06,680 Saya nak pergi cuci muka. 337 00:24:20,160 --> 00:24:23,320 - Dia buat awak terangsang. Mengakulah. - Taklah. 338 00:24:28,160 --> 00:24:29,000 Nampak? 339 00:24:30,800 --> 00:24:34,240 Ander, dia memang menggiurkan. 340 00:24:35,080 --> 00:24:38,680 Tapi saya terangsang sebab dia buat awak ghairah, bukan saya. 341 00:24:42,040 --> 00:24:46,680 Saya terangsang membayangkan awak terangsang kerana dia. Betul! 342 00:24:47,520 --> 00:24:50,400 - Nampak penangan angan-angan? - Ya. 343 00:24:51,320 --> 00:24:52,520 Mari kita mandi. 344 00:25:02,560 --> 00:25:04,800 Jika Patrick buat awak terangsang 345 00:25:05,640 --> 00:25:09,000 dan saya pula terangsang sebab dia buat awak terangsang… 346 00:25:09,520 --> 00:25:11,840 Apa? Nak ajak dia? 347 00:25:14,240 --> 00:25:18,160 Ia hanya tentang kita sepanjang masa, cuma tambah seorang lagi. 348 00:25:18,240 --> 00:25:20,360 Permainan untuk pasangan. 349 00:25:26,040 --> 00:25:27,640 Awak macam suka idea itu. 350 00:25:27,720 --> 00:25:28,960 Memanglah! 351 00:25:29,800 --> 00:25:33,800 Asalkan kita buat untuk kita saja sepanjang masa. 352 00:25:33,880 --> 00:25:35,120 Sepanjang masa. 353 00:25:36,920 --> 00:25:38,640 Macam mana nak ajak dia? 354 00:25:38,720 --> 00:25:41,440 Entah. Ajaklah. Itu yang selalu dibuat orang. 355 00:25:41,960 --> 00:25:45,760 Anak-anak, kamu diminta untuk kosongkan bilik mandi ini sekarang. 356 00:25:48,280 --> 00:25:50,600 Kenapa, ayah? Benjamin? 357 00:25:51,160 --> 00:25:54,640 Cuma 15 minit. Sila kosongkan ruang ini. 358 00:25:55,600 --> 00:25:56,480 Cepat. 359 00:26:14,200 --> 00:26:16,520 Nampaknya zakar dia pun ada cap diraja. 360 00:26:16,600 --> 00:26:18,160 Betulkan kalau saya salah. 361 00:26:18,240 --> 00:26:22,040 Ayah awak halau kita semua supaya putera itu boleh mandi seorang? 362 00:26:22,120 --> 00:26:26,400 Mengadulah kepada Benjamin. Saya pun separuh bogel macam kamu di sini. 363 00:27:18,960 --> 00:27:20,800 Mungkin tindakan awak melampau. 364 00:27:22,280 --> 00:27:25,000 Mungkin bukan arahan saya, tapi ayah awak. 365 00:27:26,720 --> 00:27:27,600 Betulkah? 366 00:27:29,360 --> 00:27:31,040 Kamu semua buat apa? 367 00:27:31,120 --> 00:27:35,400 Jika Yang Amat Malas tak nak kongsi bilik mandi dengan kami, 368 00:27:35,480 --> 00:27:37,280 apatah lagi berkongsi kelas. 369 00:27:38,400 --> 00:27:41,440 Mungkin bukan salah dia. Jangan-jangan keluarga dia. 370 00:27:42,120 --> 00:27:44,040 Tentu bosan jadi kerabat diraja. 371 00:27:44,120 --> 00:27:46,880 Awak menyebelahi dia untuk ampu Ari, bukan? 372 00:27:46,960 --> 00:27:51,800 Saya tahu perasaan dijauhi kerana miskin. Kita pula asingkan dia kerana kaya. 373 00:27:51,880 --> 00:27:54,160 Amboi, Samu! Cepatnya awak belot. 374 00:27:54,240 --> 00:27:57,000 - Apa? Saya bukan belot. - Suka hatilah. 375 00:27:58,600 --> 00:28:01,840 - Nak kenakan saya lagikah? - Kalau terasa pedasnya… 376 00:28:01,920 --> 00:28:04,600 - Jangan lebih-lebih. - Gasaklah. 377 00:28:07,520 --> 00:28:08,360 Apa? 378 00:28:09,240 --> 00:28:10,960 Dua lelaki berebutkan awak. 379 00:28:11,520 --> 00:28:13,400 Mereka bergaduh pasal Phillipe. 380 00:28:37,160 --> 00:28:40,080 Takut pandang mata saya? 381 00:28:40,920 --> 00:28:43,560 Mungkin awak tak nak kawan-kawan hebat awak 382 00:28:44,120 --> 00:28:46,680 nampak awak dengan tukang cuci. 383 00:28:49,040 --> 00:28:50,280 Oh, awak tiada kawan. 384 00:28:55,720 --> 00:29:00,200 Mungkin saya perlu mulakan kelab orang yang tak diendahkan. 385 00:29:00,960 --> 00:29:02,840 Siapa akan sertai kelab itu? 386 00:29:03,360 --> 00:29:04,200 Awak. 387 00:29:05,160 --> 00:29:06,680 Ada harinya, saya juga. 388 00:29:07,680 --> 00:29:10,000 - Saya tak pasti nak sertainya. - Yakah? 389 00:29:11,000 --> 00:29:12,040 Macam mana nak keluar? 390 00:29:12,840 --> 00:29:13,760 Rumit. 391 00:29:14,320 --> 00:29:15,280 Pertama, 392 00:29:16,320 --> 00:29:19,440 awak mesti menangi hati pengasasnya, iaitu saya. 393 00:29:19,520 --> 00:29:23,360 Kedua, awak perlu rendahkan lagak diraja awak sedikit. 394 00:29:24,400 --> 00:29:25,320 Saya terima. 395 00:29:26,560 --> 00:29:30,000 Asalkan tak ketara sangat yang awak tergila-gilakan saya. 396 00:29:31,240 --> 00:29:32,080 Aduh! 397 00:29:34,200 --> 00:29:35,320 Maaf. 398 00:29:35,400 --> 00:29:39,760 Saya memang peminat awak dan tahu semua perkara tentang awak. 399 00:29:39,840 --> 00:29:42,040 Terasa macam kenal rapat dengan awak. 400 00:29:42,120 --> 00:29:45,840 - Boleh mulakan semula, jika awak nak. - Boleh juga. 401 00:29:53,960 --> 00:29:56,000 - Selamat berkenalan. - Ya. 402 00:29:56,080 --> 00:29:58,080 - Saya Phillipe. - Cayetana. 403 00:30:00,880 --> 00:30:01,800 Walaupun… 404 00:30:02,440 --> 00:30:05,280 saya diberitahu orang Sepanyol beri dua ciuman, bukan? 405 00:30:06,800 --> 00:30:07,640 Ya. 406 00:30:13,640 --> 00:30:14,640 Salam perkenalan. 407 00:30:19,840 --> 00:30:23,240 Separuh dunia sanggup buat macam-macam untuk Phillipe hadiri parti mereka. 408 00:30:23,320 --> 00:30:24,920 Kita kata geng lama saja. 409 00:30:25,000 --> 00:30:28,040 Phillipe mahu diterima seperti orang lain, 410 00:30:28,120 --> 00:30:30,480 tak kira kaya atau miskin. 411 00:30:31,400 --> 00:30:32,320 Boleh tak? 412 00:30:33,120 --> 00:30:35,000 - Boleh, bawalah. - Betul? 413 00:30:35,720 --> 00:30:36,560 Bagus. 414 00:30:37,760 --> 00:30:38,600 Ari? 415 00:30:38,680 --> 00:30:39,760 Datang atau tidak? 416 00:30:40,800 --> 00:30:43,120 - Ke mana? - Parti di rumah saya malam ini. 417 00:30:43,200 --> 00:30:44,120 Ya. 418 00:30:46,760 --> 00:30:49,520 - Awak takkan suka. Bukan cita rasa awak. - Guzmán. 419 00:30:50,080 --> 00:30:51,640 Saya pernah pergi ke rumah kecil. 420 00:30:52,240 --> 00:30:54,520 Masalahnya bukan rumah, tapi temanya. 421 00:30:55,560 --> 00:30:56,600 Tema apa? 422 00:30:56,680 --> 00:31:00,280 Untuk meraikan perkongsian semua benda, termasuk bilik mandi, 423 00:31:00,360 --> 00:31:04,000 tak seperti putera itu, kita akan adakan 424 00:31:04,720 --> 00:31:05,880 parti tuala. 425 00:31:05,960 --> 00:31:08,520 - Awak dah gila? - Ya, bagus juga. 426 00:31:08,600 --> 00:31:11,920 Hanya boleh pakai satu tuala saja. 427 00:31:12,000 --> 00:31:15,280 Saya rasa si putera takkan datang. Begitu juga awak. 428 00:31:15,360 --> 00:31:18,400 Phillipe tak kisah buka baju di depan sesiapa. 429 00:31:18,480 --> 00:31:20,680 Kejadian di bilik mandi itu bukan kehendak dia. 430 00:31:20,760 --> 00:31:22,640 Saya akan bawa tuala terbaik saya. 431 00:31:22,720 --> 00:31:25,280 Melainkan awak tak nak saya pergi. 432 00:31:25,360 --> 00:31:28,400 Saya? Taklah. Jika awak dijemput, silakan. 433 00:31:28,480 --> 00:31:31,720 Tiada sebab untuk awak tak nak saya pergi, bukan? 434 00:31:31,800 --> 00:31:32,840 Tak ada. 435 00:31:33,360 --> 00:31:34,320 Bagus. 436 00:31:35,920 --> 00:31:37,520 - Terima kasih. - Sama-sama. 437 00:31:37,600 --> 00:31:38,960 - Jumpa nanti. - Baik. 438 00:31:49,040 --> 00:31:50,360 Mencía! 439 00:31:59,880 --> 00:32:03,240 Ada parti di rumah saya. Kami nak awak datang. 440 00:32:03,320 --> 00:32:06,080 Ya, baiklah. Terima kasih. 441 00:32:06,160 --> 00:32:07,080 Sama-sama. 442 00:32:10,720 --> 00:32:12,440 Saya belanja. Nak minum apa? 443 00:32:13,120 --> 00:32:14,120 Tiga cawan? 444 00:32:14,200 --> 00:32:15,440 Sekarang? 445 00:32:15,520 --> 00:32:17,440 Ya, untuk menghangatkan keadaan. 446 00:32:18,280 --> 00:32:21,320 Adakah awak memang jenis yang berterus-terang? 447 00:32:21,920 --> 00:32:27,040 Setelah terlantar tak boleh bergerak selama dua tahun, saya tak suka tunggu. 448 00:32:28,320 --> 00:32:29,640 Saya terus kejar. 449 00:32:37,040 --> 00:32:37,960 Untuk kita. 450 00:32:44,120 --> 00:32:45,000 Jijiknya! 451 00:32:46,560 --> 00:32:48,880 Saya nak ke tandas. 452 00:32:48,960 --> 00:32:50,520 Awaklah cakap. 453 00:32:52,840 --> 00:32:57,640 Jadi awak terus dapatkan apa-apa yang awak inginkan? 454 00:32:58,640 --> 00:32:59,560 Saya nak semua. 455 00:33:00,200 --> 00:33:01,200 Setiap masa. 456 00:33:01,760 --> 00:33:03,320 Awak mahu semua orang 457 00:33:03,400 --> 00:33:05,440 setiap masa, bukan? 458 00:33:06,640 --> 00:33:07,480 Ya. 459 00:33:07,560 --> 00:33:11,760 Jangan ingat kehidupan berfoya-foya saya ini buat saya gembira. 460 00:33:11,840 --> 00:33:13,840 Saya sebenarnya perlukan sesuatu 461 00:33:14,800 --> 00:33:16,480 yang berbaloi. 462 00:33:19,000 --> 00:33:21,520 Namun itu mustahil untuk diperolehi. 463 00:33:24,200 --> 00:33:25,040 Kenapa? 464 00:33:26,680 --> 00:33:30,240 Katakan teman sejiwa awak belum mati atau belum dilahirkan. 465 00:33:30,320 --> 00:33:34,200 Peluang untuk jumpa dengannya ialah 1 daripada 10,000 nyawa. 466 00:33:34,880 --> 00:33:40,240 Bagi saya perkara seperti teman sejiwa adalah karut, tapi saya faham maksud awak. 467 00:33:40,320 --> 00:33:41,960 Jadi siapa Ander bagi awak? 468 00:33:44,560 --> 00:33:47,160 Panggillah ia apa-apa pun. 469 00:33:47,760 --> 00:33:48,960 Pernahkah awak rasa… 470 00:33:50,760 --> 00:33:54,320 berasmara dengan seseorang dan melihat ke dalam matanya? 471 00:33:55,720 --> 00:33:56,640 Tiba-tiba, 472 00:33:57,320 --> 00:33:58,680 masa seakan terhenti… 473 00:34:01,040 --> 00:34:04,680 dan selama lima saat, tiada apa-apa selain dia. 474 00:34:12,320 --> 00:34:14,360 Senyuman awak terukir kerananya. 475 00:34:17,120 --> 00:34:18,800 Tentulah awak faham. 476 00:34:19,600 --> 00:34:22,240 Kamu bernasib baik dapat mengalaminya. 477 00:34:38,720 --> 00:34:39,840 Selamat datang. 478 00:34:41,120 --> 00:34:42,040 Hai. 479 00:34:42,640 --> 00:34:43,520 Silakan. 480 00:34:49,760 --> 00:34:53,760 Bilik air dan bilik tidur saya di sana, jika awak nak salin pakaian. 481 00:34:53,840 --> 00:34:54,680 Nak bir? 482 00:34:54,800 --> 00:34:55,880 - Apa? - Bir? 483 00:34:56,400 --> 00:34:57,880 - Saya tak minum. - Yakah? 484 00:34:57,960 --> 00:34:59,160 - Ya. - Ari! 485 00:34:59,240 --> 00:35:01,040 Ayuh, tuala dan banyak arak. 486 00:35:01,120 --> 00:35:03,680 - Awak tahu saya tak minum. - Awak minum. 487 00:35:04,560 --> 00:35:07,560 Saya mahu Ira hadiri parti ini. Dia hebat! 488 00:35:07,640 --> 00:35:08,480 Ira siapa? 489 00:35:08,560 --> 00:35:10,960 Kembar jahat awak apabila awak mabuk. 490 00:35:11,600 --> 00:35:12,680 Ari jadi Ira. 491 00:35:13,440 --> 00:35:14,400 Sekadar fantasi. 492 00:35:19,080 --> 00:35:19,920 Hai. 493 00:35:26,400 --> 00:35:28,720 Ayuh, mari kita seru Ira. 494 00:35:29,760 --> 00:35:32,080 Sikit saja sebab mulut saya kering. 495 00:35:32,160 --> 00:35:36,400 Minum! Tiada pekerja angkat sampah di sini untuk sibukkan awak. 496 00:35:37,280 --> 00:35:38,520 Apa maksud awak? 497 00:35:38,600 --> 00:35:42,360 Tujuh pagi, Ogos, di Biarritz. 498 00:35:43,120 --> 00:35:44,360 Nak tengok video? 499 00:35:45,320 --> 00:35:46,760 - Tak. - Okey. 500 00:36:02,880 --> 00:36:05,160 - Saya terfikirkan parti tuala. - Hai. 501 00:36:05,240 --> 00:36:06,080 Kenapa tidak? 502 00:36:06,600 --> 00:36:08,560 Hai, apa khabar? 503 00:36:08,640 --> 00:36:10,240 Baik. Awak pula? 504 00:36:10,320 --> 00:36:11,480 Hebat. 505 00:36:11,960 --> 00:36:13,280 Nak menari? 506 00:36:13,960 --> 00:36:16,680 Atau sembang? Atau sembang sambil menari? 507 00:36:19,960 --> 00:36:20,800 Maafkan saya. 508 00:36:22,040 --> 00:36:23,600 - Teman wanita awak? - Ya. 509 00:36:24,720 --> 00:36:25,880 Apa khabar, sayang? 510 00:36:26,680 --> 00:36:28,080 Awak bogel? 511 00:36:29,040 --> 00:36:31,680 Tak, saya pakai tuala. Apa khabar? Lihat. 512 00:36:33,240 --> 00:36:37,360 Kami adakan parti tuala di rumah adik awak. Itu pun mereka. 513 00:36:43,640 --> 00:36:44,840 Perempuan itu siapa? 514 00:36:44,920 --> 00:36:47,400 Rakan sekelas baru kami. 515 00:36:47,480 --> 00:36:50,120 Tak dengar. Pergi ke tempat lebih senyap. 516 00:36:50,200 --> 00:36:52,400 Tak dengar? Tunggu, saya keluar. 517 00:36:55,880 --> 00:36:58,800 Cukuplah pandang-pandang dan ketawakan saya. 518 00:37:00,800 --> 00:37:04,360 - Saya nampak hodoh bertuala? - Sebaliknya. Nampak hebat. 519 00:37:05,440 --> 00:37:09,840 Pada malam-malam begini, memakai tuala dan minum arak. 520 00:37:09,920 --> 00:37:11,160 - Biasalah. - Apa? 521 00:37:11,920 --> 00:37:17,080 Kami nak cadangkan… 522 00:37:17,160 --> 00:37:19,400 - Apa? - Mari kita lihat. 523 00:37:22,080 --> 00:37:25,040 Kami tertanya-tanya jika awak… 524 00:37:26,000 --> 00:37:31,400 nak ikut kami adakan… 525 00:37:32,040 --> 00:37:32,880 Makan angin? 526 00:37:32,960 --> 00:37:33,800 Bukan. 527 00:37:34,440 --> 00:37:35,320 Parti? 528 00:37:36,080 --> 00:37:37,280 Adakan… 529 00:37:37,840 --> 00:37:39,080 Hubungan tiga hala? 530 00:37:39,160 --> 00:37:40,000 Ya. 531 00:37:42,080 --> 00:37:44,080 Kenapa tak cakap sebelum ini? 532 00:37:45,040 --> 00:37:48,280 Awak kata awak cari sesuatu yang berbeza sekarang. 533 00:37:48,880 --> 00:37:52,240 Awak inginkan detik lima saat itu, bukan seks sembarangan. 534 00:37:52,320 --> 00:37:55,280 Susah bertenang pada waktu dan berpakaian begini. 535 00:37:57,200 --> 00:37:58,120 Bilik awak? 536 00:37:58,200 --> 00:37:59,360 Apa? Sekarang? 537 00:38:03,080 --> 00:38:03,920 Ayuh. 538 00:38:11,680 --> 00:38:13,240 - Kita berbual. - Sebentar. 539 00:38:17,240 --> 00:38:20,720 Nadia, awak marah sebab saya berada di parti? 540 00:38:20,800 --> 00:38:23,920 Awak buat aktiviti awak di New York, saya faham dan tak kisah. 541 00:38:24,000 --> 00:38:27,960 Saya bukan marah, cuma saya sedang belajar, tapi awak pula… 542 00:38:28,040 --> 00:38:29,680 Saya berparti. Cakaplah. 543 00:38:31,400 --> 00:38:32,240 Maksud saya… 544 00:38:33,160 --> 00:38:34,680 Tidakkah awak perasan 545 00:38:34,760 --> 00:38:38,120 ini membuktikan hidup kita berbeza ibarat siang dan malam? 546 00:38:38,200 --> 00:38:39,320 Secara harfiah. 547 00:38:50,800 --> 00:38:54,160 Adakah ini hubungan normal yang boleh pergi jauh? 548 00:38:55,320 --> 00:38:56,240 Ya. 549 00:38:57,080 --> 00:38:58,280 Ya, ia normal. 550 00:39:18,720 --> 00:39:21,880 Maafkan saya. Saya benar-benar menyesal. 551 00:39:22,600 --> 00:39:24,920 Saya ada banyak ketidaksempurnaan. 552 00:39:25,000 --> 00:39:27,880 Saya tak yakin, hidup dalam ketakutan, terlalu… 553 00:39:32,040 --> 00:39:36,320 Tindakan awak senyapkan saya begini dah mula buat saya sakit hati. 554 00:39:36,400 --> 00:39:38,000 Jangan layan ketakutan itu. 555 00:39:38,880 --> 00:39:41,240 Tak mungkin saya menakutkan dalam tuala. 556 00:39:58,640 --> 00:40:01,160 Tahniah! 557 00:40:01,240 --> 00:40:02,960 Semoga cinta berkekalan! 558 00:40:03,040 --> 00:40:06,200 Saya tumpang gembira, Mencía. 559 00:40:06,280 --> 00:40:09,320 Saya seronok tengok awak segembira ini. 560 00:40:11,360 --> 00:40:14,120 Aduhai! Awak layak dapat yang terbaik. 561 00:40:15,040 --> 00:40:16,440 Awak pun. 562 00:40:23,960 --> 00:40:24,840 Awak buat apa? 563 00:40:27,120 --> 00:40:30,600 Cukuplah mencari tempat dan masa yang sesuai. 564 00:40:31,160 --> 00:40:32,440 Tempatnya di sini… 565 00:40:34,080 --> 00:40:35,400 masanya pula sekarang. 566 00:41:32,840 --> 00:41:34,520 Saya sangka awak tak minum. 567 00:41:34,600 --> 00:41:38,960 Saya ingat awak tak buka baju di khalayak sebab puting awak terlalu agung. 568 00:41:42,720 --> 00:41:43,800 Alamak! 569 00:41:49,120 --> 00:41:50,880 Siapa si tampan ini? 570 00:41:51,960 --> 00:41:53,560 Rakan sekelas kita rasanya. 571 00:41:53,640 --> 00:41:55,960 - Yakah? - Ya, dia tuan rumah parti ini. 572 00:41:56,560 --> 00:41:58,240 Dia bukakan pintu tadi! 573 00:42:00,440 --> 00:42:02,080 - Hai. - Apa khabar, kawan? 574 00:42:02,160 --> 00:42:04,200 - Saya sihat, awak? - Baik juga. 575 00:42:04,280 --> 00:42:05,520 Baguslah. 576 00:42:05,600 --> 00:42:07,040 Tak sangka awak datang. 577 00:42:07,600 --> 00:42:08,800 Kenapa tidak? 578 00:42:08,880 --> 00:42:10,600 Kita bukan dari kelas sama. 579 00:42:11,840 --> 00:42:12,920 Apa maksud awak? 580 00:42:13,000 --> 00:42:15,280 Dia kata sama kelas. Pening saya. 581 00:42:15,360 --> 00:42:18,240 Maksud saya, darjat kita berbeza. 582 00:42:18,320 --> 00:42:22,160 Baru saya faham. Tapi saya lupa tentang kelas semasa mabuk. 583 00:42:22,240 --> 00:42:24,480 - Yakah? - Tak peduli langsung. 584 00:42:24,560 --> 00:42:27,960 - Betul. - Kelas ada banyak makna. 585 00:42:28,040 --> 00:42:29,480 Ia ada dua suku kata. 586 00:42:30,880 --> 00:42:34,080 Apabila mabuk saya lupa. Sebab itu saya tak minum. 587 00:42:36,160 --> 00:42:39,240 Saya rasa dia lebih suka pelayan daripada putera. 588 00:42:40,080 --> 00:42:41,880 - Mungkin. - Betul, bukan? 589 00:42:41,960 --> 00:42:43,120 Nak menari? 590 00:42:43,200 --> 00:42:44,440 - Okey. - Bagus. 591 00:42:48,280 --> 00:42:50,200 Saya kagumi usaha awak. 592 00:42:50,280 --> 00:42:53,800 Kenapa? Apa saya buat sampai awak kagum? 593 00:42:54,400 --> 00:42:55,960 Contohnya, 594 00:42:56,040 --> 00:42:59,920 awak boleh pakai baju berjenama tapi awak sokong pereka muda. 595 00:43:00,000 --> 00:43:02,720 Beri mereka pendedahan yang mereka tak dapat. 596 00:43:03,640 --> 00:43:05,880 Ya. Siapa pereka kegemaran awak? 597 00:43:05,960 --> 00:43:06,920 Apa? 598 00:43:07,000 --> 00:43:11,920 Setiap ahli fesyen ada pereka yang tanam minat ke dalam diri mereka. 599 00:43:12,400 --> 00:43:14,880 Saya punya Silvio Alessandro de la Gardia. 600 00:43:15,560 --> 00:43:16,600 - Sadelagu. - Sadelagu. 601 00:43:16,680 --> 00:43:19,280 - Tak mungkin idola kita sama! - Sudah tentu. 602 00:43:22,160 --> 00:43:23,040 Kenapa? 603 00:43:24,720 --> 00:43:27,920 Apabila awak senyum orang jatuh cinta pada awak, bukan? 604 00:43:28,760 --> 00:43:31,440 Mungkin taktik itu tak berkesan terhadap saya. 605 00:43:31,920 --> 00:43:32,760 Yakah? 606 00:43:33,640 --> 00:43:37,600 Jadi awak nak jual mahal dengan saya, 607 00:43:37,680 --> 00:43:40,960 sampai saya jatuh cinta kepada awak, bukan? 608 00:43:41,960 --> 00:43:44,080 Saya tahu pengakhiran taktik itu. 609 00:43:45,080 --> 00:43:46,800 Teruk, bukan? 610 00:43:46,880 --> 00:43:49,040 Senario terbaik, dalam zon kawan. 611 00:43:49,120 --> 00:43:50,560 Dalam zon kawan? 612 00:43:51,160 --> 00:43:52,280 Teruknya. 613 00:43:52,360 --> 00:43:54,640 - Betulkah? - Kita tak suka zon kawan. 614 00:43:54,720 --> 00:43:56,520 - Tak suka? - Tak. 615 00:44:08,160 --> 00:44:09,880 - Nak tahu sesuatu? - Apa? 616 00:44:10,920 --> 00:44:14,040 Saya nak tiduri awak, tapi awak mabuk. Saya tak nak ambil kesempatan. 617 00:44:19,640 --> 00:44:20,800 Adakah awak mabuk? 618 00:44:20,880 --> 00:44:21,720 Tak. 619 00:44:22,400 --> 00:44:23,560 - Tak? - Tak. 620 00:44:24,160 --> 00:44:26,000 - Biar saya tiduri awak. - Okey. 621 00:46:06,600 --> 00:46:07,440 Nadia. 622 00:46:08,480 --> 00:46:09,320 Hai. 623 00:46:10,920 --> 00:46:11,800 Saya… 624 00:46:13,360 --> 00:46:14,480 ada terfikir. 625 00:46:16,840 --> 00:46:17,840 Betul cakap awak. 626 00:46:21,000 --> 00:46:23,480 Perhubungan ini di luar kemampuan kita. 627 00:46:31,000 --> 00:46:33,080 Tak guna kalau kita terus mencuba. 628 00:46:34,640 --> 00:46:37,080 Mari pertimbangkannya beberapa hari, okey? 629 00:46:38,480 --> 00:46:41,120 Ya, idea yang baik. Pergilah berehat. 630 00:47:32,760 --> 00:47:34,400 Tukang angkut sampah. 631 00:47:45,840 --> 00:47:48,640 Pengar dah hilang, awak mesti ingat kelas. 632 00:47:48,720 --> 00:47:51,800 Apa? Kelas apa? Kelas kita? 633 00:47:52,640 --> 00:47:56,160 Apa maksud awak tak mabuk lagi? Saya tak minum. 634 00:48:03,040 --> 00:48:03,960 Apa-apalah. 635 00:48:04,760 --> 00:48:06,440 Saya dah biasa diketepikan. 636 00:48:15,480 --> 00:48:16,440 Itu tempat saya. 637 00:48:51,640 --> 00:48:54,440 Saya tak nak orang lain dibuang sekolah kerana saya. 638 00:48:55,160 --> 00:48:59,600 Tiada sesiapa harus tanggung dosa keluarga mereka disebabkan keturunan saya. 639 00:49:01,560 --> 00:49:04,040 Ini tentang kawalan dan keselamatan negara. 640 00:49:05,160 --> 00:49:08,480 Keluarga saya tak minta separuh daripada peraturan yang awak letak. 641 00:49:23,920 --> 00:49:27,760 Lagipun, saya berpeluang jumpa rakan sekelas 642 00:49:27,840 --> 00:49:29,600 dan saya rasa dialu-alukan. 643 00:49:30,560 --> 00:49:32,360 Mereka tak berbahaya. 644 00:49:33,600 --> 00:49:34,520 Baiklah. 645 00:49:35,080 --> 00:49:37,280 Peraturan apa perlu saya hapuskan? 646 00:49:38,520 --> 00:49:39,560 Kamera itu? 647 00:49:41,960 --> 00:49:43,160 Bukan kamera. 648 00:49:44,960 --> 00:49:46,800 Saya lebih suka kamera itu ada. 649 00:51:47,560 --> 00:51:50,720 Terjemahan sari kata oleh Fida Omar