1 00:00:06,080 --> 00:00:07,840 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:01:12,760 --> 00:01:16,200 Hadirin sekalian, kita alu-alukan pengasas dan CEO The One, 3 00:01:17,000 --> 00:01:18,200 Rebecca Webb! 4 00:01:20,440 --> 00:01:22,880 Saya ada rahsia yang ingin dikongsi dengan anda. 5 00:01:24,360 --> 00:01:28,080 Ibu bapa saya saling membenci. 6 00:01:29,120 --> 00:01:32,280 Jangan salah sangka. Mereka ibu bapa yang hebat, 7 00:01:32,360 --> 00:01:35,680 dan saya amat hargai segala jasa mereka. 8 00:01:35,760 --> 00:01:37,200 Mereka sayang saya. 9 00:01:37,280 --> 00:01:39,240 Mereka cuma tak saling mencintai. 10 00:01:40,240 --> 00:01:42,000 Saya ingat hal itu normal. 11 00:01:42,520 --> 00:01:44,600 Mungkin normal bagi kebanyakan orang. 12 00:01:44,680 --> 00:01:45,880 Ya. 13 00:01:45,960 --> 00:01:47,680 Malah, semasa saya ada teman lelaki, 14 00:01:47,760 --> 00:01:49,840 dan percayalah, tak ramai pun… 15 00:01:52,640 --> 00:01:54,760 Saya nak tahu kalau ada orang lain, 16 00:01:54,840 --> 00:01:57,600 seseorang yang lebih baik, lebih sesuai. 17 00:01:59,040 --> 00:02:00,520 Saya mula kenal seorang jejaka, 18 00:02:00,600 --> 00:02:02,760 terasa seperti membaling dadu. 19 00:02:02,840 --> 00:02:05,920 Saya dapat… tiga. 20 00:02:07,160 --> 00:02:09,960 Mungkin empat, jika nasib saya baik. 21 00:02:10,039 --> 00:02:12,520 Kita patut dapat enam, bukan? 22 00:02:14,759 --> 00:02:17,480 Kita layak memiliki kisah dongeng. 23 00:02:20,360 --> 00:02:22,800 Bukan setakat apa yang ada. 24 00:02:22,880 --> 00:02:24,560 Saya dah jadikan dadu itu setara. 25 00:02:24,640 --> 00:02:27,960 Semua orang dapat balingan enam. 26 00:02:28,920 --> 00:02:31,600 SIAPAKAH PASANGAN ANDA? 27 00:02:34,920 --> 00:02:37,000 AMBIL UJIAN. CARI ORANGNYA THE ONE 28 00:02:46,160 --> 00:02:47,920 Sehelai rambut. 29 00:02:49,760 --> 00:02:52,760 Itu saja yang perlu untuk dipadankan dengan individu 30 00:02:52,840 --> 00:02:57,280 yang secara genetik anda akan pasti jatuh cinta dengannya. 31 00:02:58,320 --> 00:03:00,960 Cinta sejati anda. 32 00:03:03,640 --> 00:03:05,800 Saya juga nak berkongsi hal ini. 33 00:03:05,880 --> 00:03:07,240 Benda ini berhasil. 34 00:03:08,560 --> 00:03:12,920 Sungguh, memang berhasil. 35 00:03:17,800 --> 00:03:19,760 Tatkala Pasangan Sejati anda ditemui… 36 00:03:20,760 --> 00:03:23,360 semuanya bakal berubah. 37 00:03:23,920 --> 00:03:25,000 Tidak bagi saya. 38 00:03:26,800 --> 00:03:28,040 Ethan pemalu. 39 00:03:29,560 --> 00:03:30,920 Dia tak suka semua ini. 40 00:03:32,080 --> 00:03:37,480 Saya paksa dia ikut keliling dunia kerana saya tak sanggup berjauhan. 41 00:03:39,680 --> 00:03:42,320 Saya juga nak anda mengalaminya. 42 00:03:58,400 --> 00:04:01,560 Untuk benar-benar mencintai dan dicintai. 43 00:04:02,560 --> 00:04:04,280 Bukankah itu yang kita nak? 44 00:04:04,360 --> 00:04:05,200 Ya! 45 00:04:05,280 --> 00:04:07,560 Bukankan itu yang menjadikan kita insan? 46 00:04:07,640 --> 00:04:08,640 Ya! 47 00:04:08,720 --> 00:04:09,960 Saya rasa begitu. 48 00:04:10,920 --> 00:04:12,120 Terima kasih. 49 00:05:34,480 --> 00:05:35,920 Awak buat apa jika saya mati? 50 00:05:36,560 --> 00:05:37,880 Kenapa pula ini? 51 00:05:37,960 --> 00:05:39,240 - Awak buat apa? - Entah. 52 00:05:39,320 --> 00:05:41,360 Saya rasa saya akan bersedih. 53 00:05:41,440 --> 00:05:43,040 Awak akan cari orang lain tak? 54 00:05:43,120 --> 00:05:45,360 Entah. Lama-kelamaan mungkin juga. 55 00:05:46,400 --> 00:05:49,280 Awak nak cuba cari pasangan? 56 00:05:49,840 --> 00:05:53,760 Beginilah, saya tunggu 24 jam. Tunggu mayat awak sejuk. 57 00:05:53,840 --> 00:05:54,720 Tak luculah. 58 00:05:54,800 --> 00:05:56,040 Apa lagi awak nak dengar? 59 00:05:56,120 --> 00:05:59,400 Yang awak akan sedih, sendirian dan meratapi saya selamanya. 60 00:05:59,480 --> 00:06:01,200 Saya pasti akan meratap. 61 00:06:05,080 --> 00:06:07,680 Kalau kita tak kenal, agaknya kita akan dipadankan? 62 00:06:07,760 --> 00:06:09,240 Entah. Kenapa dengan awak? 63 00:06:09,320 --> 00:06:10,680 Itu saja yang saya nampak. 64 00:06:10,760 --> 00:06:12,760 Kalau dalam talian, ada orang cakap, 65 00:06:12,840 --> 00:06:14,440 atau ada orang dipadankan. 66 00:06:16,000 --> 00:06:17,240 Awak dah buat ujiannya? 67 00:06:17,320 --> 00:06:19,040 - Tak mungkin. - Saya takkan buat. 68 00:06:20,800 --> 00:06:22,480 Habis, kenapa bincang hal ini? 69 00:06:22,560 --> 00:06:23,680 - Tiada sebab. - Tak? 70 00:06:26,800 --> 00:06:27,920 Eloklah kita bincang. 71 00:06:28,000 --> 00:06:30,000 Saya tak faham maksud awak. 72 00:06:30,680 --> 00:06:31,800 Awak memang lucu. 73 00:06:33,200 --> 00:06:35,200 Okey, saya nak mandi dulu. 74 00:07:00,320 --> 00:07:02,880 SOPHIA, 29 - BARCELONA, SEPANYOL DALAM TALIAN 75 00:07:05,320 --> 00:07:06,200 Tak guna! 76 00:07:06,280 --> 00:07:07,160 Helo? 77 00:07:07,240 --> 00:07:08,240 Kate? 78 00:07:09,240 --> 00:07:11,400 Sophia… 79 00:07:12,440 --> 00:07:13,440 Tak nampaklah. 80 00:07:13,520 --> 00:07:16,280 Kamera ini memang teruk. 81 00:07:17,080 --> 00:07:18,120 Sophia? 82 00:07:21,720 --> 00:07:23,000 Hai. 83 00:07:25,440 --> 00:07:26,280 Hai. 84 00:07:27,880 --> 00:07:29,720 Kita dah dipadankan. 85 00:07:30,960 --> 00:07:32,280 Tak sangka, bukan? 86 00:07:34,040 --> 00:07:34,960 Ya. 87 00:07:41,200 --> 00:07:44,120 Setakat ini, lebih 10 juta orang telah dipadankan. 88 00:07:44,200 --> 00:07:45,960 Namun, kadar cerai yang tinggi 89 00:07:46,040 --> 00:07:48,360 buat orang menuntut kerajaan bertindak. 90 00:07:48,440 --> 00:07:54,240 The One telah bangkit sebagai syarikat yang sangat kaya dan berkuasa 91 00:07:54,320 --> 00:07:57,280 yang menentukan nasib berjuta-juta perhubungan. 92 00:07:57,360 --> 00:07:58,240 THE ONE BUAT UJIAN. CARI ORANGNYA. 93 00:07:58,320 --> 00:08:01,080 Pemadanan DNA bawa kita ke haluan yang bahaya. 94 00:08:01,160 --> 00:08:03,680 Kita perlu memikirkan kesannya. 95 00:08:03,760 --> 00:08:05,680 Pengasasnya, Rebecca Webb, 96 00:08:05,760 --> 00:08:08,200 percaya The One tidak boleh diganggu, 97 00:08:08,280 --> 00:08:11,280 tetapi ada perkahwinan yang telah musnah. 98 00:08:11,360 --> 00:08:13,280 Manusia yang sengsara. 99 00:08:14,160 --> 00:08:16,640 Kerajaan perlu mempertimbangkan 100 00:08:16,720 --> 00:08:19,600 jika pemadanan DNA ini wajar diteruskan. 101 00:08:19,680 --> 00:08:20,640 SELAMAT DATANG - THE ONE 102 00:08:25,560 --> 00:08:28,200 PADANAN DARI NERAKA 103 00:08:30,200 --> 00:08:33,120 Jabatan pemasaran mahu izin untuk foto pek akhbar. 104 00:08:33,200 --> 00:08:34,240 Tunjukkan. 105 00:08:36,880 --> 00:08:38,039 Yang itu. 106 00:08:38,720 --> 00:08:40,159 Damien nampak murung. 107 00:08:40,240 --> 00:08:41,720 Damien selalu murung. 108 00:08:48,760 --> 00:08:49,720 Damien. 109 00:08:49,800 --> 00:08:52,200 - Awak dah tengok sidang akhbar? - Ya. 110 00:08:52,280 --> 00:08:55,360 Kenapa dia asyik nak menyalahkan kita? 111 00:08:56,160 --> 00:08:58,840 Jika sekatan guna DNA diluluskan oleh kerajaan, 112 00:08:58,920 --> 00:09:00,040 habislah kita. 113 00:09:00,120 --> 00:09:03,240 Bukan silap saya jutaan orang jatuh cinta. 114 00:09:03,320 --> 00:09:06,280 Sebenarnya, jika hubungan mereka bahagia, 115 00:09:06,360 --> 00:09:07,760 mereka tak buat ujian. 116 00:09:07,840 --> 00:09:09,040 Orang hanya mahu percaya 117 00:09:09,120 --> 00:09:11,400 masalah mereka ialah silap orang lain. 118 00:09:12,280 --> 00:09:13,520 Orang lain itu sayalah? 119 00:09:13,600 --> 00:09:15,600 Awak, imigran… 120 00:09:15,680 --> 00:09:17,520 Asalkan bukan mereka. 121 00:09:18,600 --> 00:09:20,000 Kita mesti hentikannya. 122 00:09:20,080 --> 00:09:21,480 Apakah caranya? 123 00:09:21,560 --> 00:09:22,800 Saya menghormati awak. 124 00:09:23,360 --> 00:09:26,200 Kalau pelaburan saya dalam syarikat ini tergugat, 125 00:09:26,280 --> 00:09:28,560 saya akan buat awak merana. 126 00:09:28,640 --> 00:09:30,480 Fahamlah saya sekarang. 127 00:09:31,800 --> 00:09:33,640 Mereka nak buat kajian bebas. 128 00:09:33,720 --> 00:09:35,760 Syarikat ini akan diselidik. 129 00:09:35,840 --> 00:09:36,760 Beginilah. 130 00:09:36,840 --> 00:09:39,600 Saya rasa awak tak mahu perkara itu terjadi. 131 00:09:39,680 --> 00:09:41,240 Pandai-pandai awaklah. 132 00:09:57,160 --> 00:10:00,040 Setakat ini, lebih sepuluh juta orang telah dipadankan, 133 00:10:00,560 --> 00:10:02,960 dan mereka merupakan penyokong utama. 134 00:10:03,600 --> 00:10:08,280 Pengkritik mengatakan The One telah menggoyahkan institusi perkahwinan, 135 00:10:08,360 --> 00:10:10,800 dan meskipun padanan semakin dikecam… 136 00:10:10,880 --> 00:10:12,280 PENGASAS THE ONE PERTAHAN PEMADANAN DNA WALAU DIKRITIK 137 00:10:12,360 --> 00:10:14,480 …pengasas dan CEO The One, Rebecca Webb, 138 00:10:14,560 --> 00:10:16,800 enggan berkompromi. 139 00:10:21,360 --> 00:10:22,880 Kita kena ubah jadual. 140 00:10:22,960 --> 00:10:25,320 Saya tahu tak sesuai, tapi saya ada 141 00:10:25,400 --> 00:10:27,320 beberapa soalan lagi untuk profil. 142 00:10:27,400 --> 00:10:31,280 Saya janji, tiada soalan perundangan. 143 00:10:32,280 --> 00:10:33,600 Awak ada sepuluh minit. 144 00:10:37,920 --> 00:10:41,120 Saya nak tahu sejarah pemadanan dicipta. 145 00:10:41,200 --> 00:10:43,840 Pemadanan ditemukan, bukan dihasilkan. 146 00:10:43,920 --> 00:10:45,600 Padanan dah sedia ada. 147 00:10:45,680 --> 00:10:48,160 Kami cuma jumpa cara menemukannya. 148 00:10:48,720 --> 00:10:52,280 "Kami"? Awak merujuk diri awak dan James Whiting? 149 00:10:52,360 --> 00:10:55,000 Ketika itu, awak berdua belajar untuk PhD. 150 00:10:58,400 --> 00:11:00,160 Ketika itu, semua lebih mudah. 151 00:11:01,080 --> 00:11:04,080 Pemadanan hanya satu idea, wawasan. 152 00:11:04,880 --> 00:11:06,560 Kami mahu mengubah dunia. 153 00:11:07,400 --> 00:11:10,320 Sekarang saya asyik jumpa peguam dan akauntan. 154 00:11:10,400 --> 00:11:12,200 Itukah sebabnya James berhenti? 155 00:11:14,080 --> 00:11:15,200 Sebahagian besarnya. 156 00:11:15,280 --> 00:11:17,440 Dia hanya berminat dengan sainsnya. 157 00:11:17,520 --> 00:11:18,640 Masih berkawan? 158 00:11:19,240 --> 00:11:20,080 Tidak. 159 00:11:21,400 --> 00:11:23,200 Dengarnya kalian bertelagah. 160 00:11:24,240 --> 00:11:26,400 Itulah yang orang suka dengar. 161 00:11:26,480 --> 00:11:27,400 Hal itu tak benar. 162 00:11:28,360 --> 00:11:29,680 Apa James buat sekarang? 163 00:11:30,320 --> 00:11:31,840 Entah, tanyalah dia sendiri. 164 00:11:31,920 --> 00:11:32,920 Saya cuba hubunginya. 165 00:11:33,000 --> 00:11:35,040 Dia tak menjawab panggilan saya. 166 00:11:35,680 --> 00:11:37,440 Agaknya dia dah beralih arah. 167 00:11:37,520 --> 00:11:39,120 Saya tak faham 168 00:11:39,200 --> 00:11:43,320 kenapa orang sanggup tinggalkan perniagaan bernilai jutaan paun. 169 00:11:44,600 --> 00:11:48,200 Wang tak pernah jadi isu bagi kami. 170 00:11:53,760 --> 00:11:56,760 DUA TAHUN YANG LALU 171 00:11:58,200 --> 00:11:59,040 Impian bercinta. 172 00:11:59,120 --> 00:12:01,000 Itu bukan cinta. Dia tak cinta. 173 00:12:01,080 --> 00:12:01,960 Kenapa pula? 174 00:12:02,040 --> 00:12:04,120 Sebab, semasa di bar tadi, dia melirik saya. 175 00:12:04,200 --> 00:12:05,040 Itu resam lelaki. 176 00:12:05,120 --> 00:12:07,120 Macam tinjau kedai, mencari kasut. 177 00:12:08,040 --> 00:12:09,440 Awak faham maksud saya. 178 00:12:09,520 --> 00:12:11,520 Dia cakap dia cinta untuk hubungan seks. 179 00:12:11,600 --> 00:12:13,080 Ya, besar kemungkinan. 180 00:12:14,320 --> 00:12:16,840 Saya pembantu penyelidikan yang mengukur cinta 181 00:12:16,920 --> 00:12:19,280 dengan memantau perubahan biokimia dalam otak. 182 00:12:20,160 --> 00:12:21,200 Awak ukur? 183 00:12:21,960 --> 00:12:22,960 Awak ukur cinta? 184 00:12:23,040 --> 00:12:26,160 Ya, paras estrogen dan testosteron, 185 00:12:26,240 --> 00:12:28,000 adrenalin, dopamin dan serotonin. 186 00:12:28,080 --> 00:12:30,120 Biokimia itu naik apabila bercinta. 187 00:12:30,200 --> 00:12:32,920 Kita boleh buat ujian untuk tahu orang cinta kita? 188 00:12:33,920 --> 00:12:36,400 Agaknyalah. Kalau hasilnya negatif? 189 00:12:36,480 --> 00:12:39,200 Tak payah buang masa. Ucap saja selamat tinggal. 190 00:12:39,280 --> 00:12:41,680 Ucap saja selamat tinggal… Aduhai! 191 00:12:42,400 --> 00:12:43,520 Dia ramas buah dadanya? 192 00:12:44,360 --> 00:12:45,440 - Hei. - Hai. 193 00:12:45,520 --> 00:12:46,640 Maaf, banyak kerja. 194 00:12:46,720 --> 00:12:48,760 Dia memang cuba habis. 195 00:12:48,840 --> 00:12:49,920 Kasut ialah buah dada. 196 00:12:51,200 --> 00:12:53,080 Macam banyak lagi saya kena tahu. 197 00:12:58,920 --> 00:13:00,200 Itulah maksud saya! 198 00:13:20,600 --> 00:13:21,680 Dia tak cinta awak. 199 00:13:23,160 --> 00:13:24,040 Apa? 200 00:13:24,120 --> 00:13:25,000 Teman lelaki awak. 201 00:13:25,080 --> 00:13:26,840 Dia cakap ya, tapi tak maksudkannya. 202 00:13:27,960 --> 00:13:29,720 Awak berhak dapat yang lebih baik. 203 00:13:36,360 --> 00:13:38,800 Walaupun saya bekerja dengan syarikat farmasi 204 00:13:38,880 --> 00:13:40,120 saya tak belot. 205 00:13:40,200 --> 00:13:41,520 Saya rasa ya. Cakaplah. 206 00:13:41,600 --> 00:13:43,720 Saya dah pokai. Boleh bayarkan sewa saya? 207 00:13:43,800 --> 00:13:48,000 Saya bukan saja tak belot, malah rakan serumah yang baik hati. 208 00:13:48,080 --> 00:13:49,760 - Sudah tentu. - Terima kasih. 209 00:13:49,840 --> 00:13:50,880 Orang ini nak apa? 210 00:13:51,680 --> 00:13:53,160 Awak cakap apa dengannya? 211 00:13:53,240 --> 00:13:55,200 Hei, kami cuma minum-minum… 212 00:13:55,280 --> 00:13:57,880 Diamlah. Apa awak beritahu dia? 213 00:13:57,960 --> 00:14:00,560 - Awak tak cinta dia. - Dari mana awak tahu? 214 00:14:00,640 --> 00:14:04,560 Jadi, betullah awak cintai dia? Apa rasanya? 215 00:14:05,920 --> 00:14:08,360 Awak takkan tahu maksud sebenar cinta. 216 00:14:08,440 --> 00:14:09,400 Betina bodoh. 217 00:14:09,480 --> 00:14:10,400 Bodoh? 218 00:14:11,400 --> 00:14:14,440 Dia ada PHD dalam bioinformatik dan biologi sistem teori. 219 00:14:14,520 --> 00:14:16,320 Dia tak bodohlah, kawan! 220 00:14:17,280 --> 00:14:18,440 Ya Tuhan! 221 00:14:25,240 --> 00:14:26,320 Maafkan saya. 222 00:14:28,480 --> 00:14:30,680 "Awak takkan tahu maksud sebenar cinta"? 223 00:14:31,840 --> 00:14:33,120 Apa masalah saya? 224 00:14:38,040 --> 00:14:39,440 Hidung awak berdarah lagi. 225 00:14:48,120 --> 00:14:49,680 Awak tak perlu pertahankan saya. 226 00:14:49,760 --> 00:14:51,760 Maaflah, silap saya. 227 00:14:51,840 --> 00:14:54,560 Saya sendiri rasa nak tumbuk dia. 228 00:14:57,160 --> 00:14:58,320 Terima kasihlah. 229 00:14:58,400 --> 00:15:00,520 Awak tak meluat dengan saya, bukan? 230 00:15:01,360 --> 00:15:02,360 Tak. 231 00:15:07,400 --> 00:15:09,520 Mari kita pulang. Kita tempah Uber. 232 00:15:15,880 --> 00:15:17,040 Hai. Encik okey? 233 00:15:17,120 --> 00:15:18,280 Terima kasih. 234 00:15:18,360 --> 00:15:21,680 Kita ada maklumat awal forensik mayat lelaki di sungai itu. 235 00:15:21,760 --> 00:15:24,840 Dia mungkin dah setahun tenggelam, mungkin lebih lama. 236 00:15:24,920 --> 00:15:27,120 Pukulan pada tengkorak, rusuk dan sternum. 237 00:15:27,200 --> 00:15:30,000 Kecederaan di dalam air? Mungkin dilanggar bot. 238 00:15:30,080 --> 00:15:32,520 Masih kabur, tapi mereka akan teruskan ujian. 239 00:15:32,600 --> 00:15:37,200 Fail laporannya nipis. Mangsa mungkin bunuh diri. 240 00:15:38,680 --> 00:15:41,080 KES ORANG HILANG 241 00:15:54,560 --> 00:15:56,800 - Hei. - Hei, seronok beryoga? 242 00:15:56,880 --> 00:15:58,200 Ya. Sukar juga. 243 00:15:58,280 --> 00:15:59,880 Suatu hari saya nak ikut. 244 00:16:00,480 --> 00:16:01,680 Awak takkan suka. 245 00:16:02,240 --> 00:16:05,240 Wanita di sebelah saya letak berhala di hujung tikarnya. 246 00:16:06,200 --> 00:16:07,200 Itu kelas senaman. 247 00:16:07,280 --> 00:16:09,280 Itu ritual pernafasan jiwa. 248 00:16:09,360 --> 00:16:11,360 Dia berdoa kepada Shiva. 249 00:16:11,440 --> 00:16:14,040 Saya pula berpeluh-peluh menahan kentut. 250 00:16:14,120 --> 00:16:15,280 Bayangan yang menarik. 251 00:16:16,760 --> 00:16:18,160 Awak buat apa? 252 00:16:19,920 --> 00:16:22,120 Profil tentang Rebecca Webb. 253 00:16:23,600 --> 00:16:26,280 Awak dah tengok foto Rob dan padanannya di Facebook? 254 00:16:26,360 --> 00:16:27,680 Takkan tak tengok? 255 00:16:27,760 --> 00:16:30,120 Padanannya tak tahu cakap Inggeris langsung. 256 00:16:30,200 --> 00:16:31,480 Bukannya perlu bercakap. 257 00:16:32,400 --> 00:16:33,760 Rob dan Lucy dah serasi. 258 00:16:33,840 --> 00:16:36,640 Ya! Kemudian Rob sibuk buat padanan. 259 00:16:36,720 --> 00:16:39,120 Dah macam kegilaan pula. Mereka pun gila. 260 00:16:43,400 --> 00:16:44,520 Bau apa ini? 261 00:16:44,600 --> 00:16:46,520 WD-40. Saya baiki basikal awak. 262 00:16:46,600 --> 00:16:48,680 Terima kasih! Awak busuk. 263 00:16:48,760 --> 00:16:51,320 Ada macam lelaki gagah dan seksi tak? 264 00:16:51,400 --> 00:16:52,400 Taklah. 265 00:17:10,480 --> 00:17:11,560 Saya mencintai awak. 266 00:17:21,358 --> 00:17:24,839 Apa beza tomato biasa dengan tomato berisi? 267 00:17:24,920 --> 00:17:27,598 Tomato berisi lebih besar. Lebih berisi. 268 00:17:29,079 --> 00:17:31,280 Entahlah. Apa khabar Oliver? 269 00:17:32,800 --> 00:17:34,280 Bukankah awak suka dia? 270 00:17:34,360 --> 00:17:35,520 Ya, dulu. 271 00:17:38,200 --> 00:17:39,120 Saya dipadankan. 272 00:17:39,720 --> 00:17:43,320 Sudahlah! Awak cakap awak takkan buat. 273 00:17:43,400 --> 00:17:44,520 Awak juga. 274 00:17:44,600 --> 00:17:45,920 Ya, tapi saya memang tipu. 275 00:17:46,000 --> 00:17:48,360 Awak kata itu semua kegilaan, skim ponsi. 276 00:17:48,440 --> 00:17:49,640 Ponzi. 277 00:17:49,720 --> 00:17:52,640 Apa-apalah. Awak memang hipokrit. 278 00:17:52,720 --> 00:17:55,000 Awak dah lama tak keluar dating. Sukar. 279 00:17:55,080 --> 00:17:56,480 Kalaupun jumpa pilihan hati, 280 00:17:56,560 --> 00:17:58,600 kita menunggu diri atau mereka dipadankan. 281 00:17:58,680 --> 00:17:59,520 Toksiklah. 282 00:17:59,600 --> 00:18:00,720 Itu agak keterlaluan. 283 00:18:00,800 --> 00:18:02,040 Yalah. 284 00:18:02,120 --> 00:18:03,680 Siapakah orangnya? 285 00:18:05,080 --> 00:18:05,960 Apa? 286 00:18:07,000 --> 00:18:07,920 Dia wanita. 287 00:18:09,320 --> 00:18:10,400 Sophia. 288 00:18:10,480 --> 00:18:11,640 Bukan pertama kali. 289 00:18:11,720 --> 00:18:15,200 Ya. Saya ingat dipadankan dengan lelaki. 290 00:18:15,920 --> 00:18:16,760 Bagaimana? 291 00:18:18,520 --> 00:18:22,200 Dia tinggal di Barcelona. Kami bertemu dalam talian saja, tapi 292 00:18:23,480 --> 00:18:27,080 kami serasi. Pelik. 293 00:18:27,160 --> 00:18:28,800 Pelik yang hebat? 294 00:18:30,800 --> 00:18:31,760 Nak tengok. 295 00:18:34,840 --> 00:18:36,200 Comel orangnya. 296 00:18:36,760 --> 00:18:38,520 Dia sangat comel. 297 00:18:38,600 --> 00:18:41,880 Ya. Hari Khamis ini dia akan tiba di London. Saya cemas. 298 00:18:41,960 --> 00:18:43,520 Ada orang akan melakukan seks. 299 00:18:44,880 --> 00:18:47,080 Boleh kita cari bawang putih? 300 00:18:47,680 --> 00:18:48,520 Seksi. 301 00:18:49,080 --> 00:18:51,160 PADANAN DARI NERAKA 302 00:18:59,400 --> 00:19:02,000 Siasat lelaki dengan sepanduk itu. 303 00:19:02,080 --> 00:19:03,120 Baik. 304 00:20:02,680 --> 00:20:04,360 Saya boleh tunggu awak. 305 00:20:04,440 --> 00:20:05,360 Baiknya awak. 306 00:20:07,400 --> 00:20:10,920 Awak ingat pengundi akan suka awak, jika awak 307 00:20:11,000 --> 00:20:12,320 menafikan hak mereka? 308 00:20:12,400 --> 00:20:13,440 Kami lebih popular 309 00:20:13,520 --> 00:20:15,560 dengan mereka yang bercerai. 310 00:20:15,640 --> 00:20:16,800 Tak pernah terjadikah? 311 00:20:16,880 --> 00:20:18,160 Bukan sehebat ini. 312 00:20:18,240 --> 00:20:20,160 Kenaikan yang sementara. 313 00:20:20,240 --> 00:20:22,600 Akan kurang apabila ramai dah dipadankan. 314 00:20:22,680 --> 00:20:24,160 Orang tak bercerai lagi. 315 00:20:24,240 --> 00:20:26,440 Awak memang amat yakin, ya? 316 00:20:27,880 --> 00:20:29,480 Ethan telah mengubah saya. 317 00:20:30,480 --> 00:20:32,800 Saya nak orang lain alami apa yang kami miliki. 318 00:20:32,880 --> 00:20:34,960 Niat asal awak tentunya baik, 319 00:20:35,040 --> 00:20:38,960 tapi awak tak sedar keburukannya atau awak pilih tak mahu tahu. 320 00:20:39,040 --> 00:20:41,960 Saya melihat berjuta orang menemukan cinta sejati. 321 00:20:42,960 --> 00:20:45,680 Mungkin lain pendapat awak jika awak dipadankan. 322 00:20:45,760 --> 00:20:47,800 Perkahwinan saya dah 20 tahun. 323 00:20:47,880 --> 00:20:50,080 - Bahagia? - Kebanyakannya. 324 00:20:50,800 --> 00:20:53,920 Bayangan cinta romantis awak yang awak agungkan itu 325 00:20:54,520 --> 00:20:58,040 tak seindah mana kepada anak-anak mangsa perceraian. 326 00:20:58,760 --> 00:21:01,480 - Keluarga penting bagi awak? - Sudah tentu. 327 00:21:01,560 --> 00:21:04,080 Apa rasanya kalau anak awak dipadankan? 328 00:21:04,160 --> 00:21:06,360 Bergantung pada padanannya. 329 00:21:07,600 --> 00:21:08,480 Ini siapa? 330 00:21:08,560 --> 00:21:11,440 Namanya Stefano Campana dari Genoa. 331 00:21:11,520 --> 00:21:13,680 Apa kaitannya dengan saya? 332 00:21:13,760 --> 00:21:16,400 Anak awak Samantha, Sam… 333 00:21:16,480 --> 00:21:17,640 itulah padanannya. 334 00:21:18,440 --> 00:21:21,640 Sam ambil ujian pada hari lahirnya yang ke-18. 335 00:21:23,120 --> 00:21:25,040 Umur 4 tahun, ibu bapanya bercerai. 336 00:21:25,800 --> 00:21:29,640 Ibu Stefano ada ramai teman lelaki yang buruk perangainya. 337 00:21:29,720 --> 00:21:32,600 Walaupun dah 14 tahun, dia jarang bersekolah. 338 00:21:32,680 --> 00:21:34,800 Dia mula terlibat dengan kegiatan buruk, 339 00:21:34,880 --> 00:21:36,160 seluk saku dan sebagainya. 340 00:21:36,720 --> 00:21:38,560 Dia edar dadah pada usia 17, 341 00:21:39,200 --> 00:21:40,800 dan setahun dipenjarakan 342 00:21:40,880 --> 00:21:43,000 kerana pukul gadis yang berhutang dengannya. 343 00:21:44,400 --> 00:21:47,160 Anak awak belum melihat maklumat Stefano. 344 00:21:47,720 --> 00:21:51,760 Dia boleh teruskan hidup memikirkan dia tak pernah dipadankan. 345 00:21:51,840 --> 00:21:53,680 Awak boleh berambus… 346 00:21:53,760 --> 00:21:56,880 Awak takkan buat. Awak sayang anak awak. 347 00:21:56,960 --> 00:21:59,880 Awak ingat awak kawal dunia ini. 348 00:22:00,400 --> 00:22:02,920 "Jalan lekas, rosakkan benda". 349 00:22:03,000 --> 00:22:06,440 Awak rosakkan keadaan, orang lain yang kena baiki. 350 00:22:08,800 --> 00:22:11,880 Saya harap anak awak bahagia dengan Stefano. 351 00:22:11,960 --> 00:22:12,880 Saya harap sangat. 352 00:22:47,360 --> 00:22:48,240 Hei, Nick. 353 00:22:48,320 --> 00:22:50,240 Ben Naser yang ditemukan di sungai itu, 354 00:22:50,320 --> 00:22:53,040 dilaporkan kehilangannya oleh Rebecca Webb. 355 00:22:54,160 --> 00:22:57,280 Rebecca Webb? Dari The One? 356 00:22:57,360 --> 00:22:59,440 Saya baca kenyataannya. Mereka serumah. 357 00:23:00,960 --> 00:23:02,120 Awak nak buat apa? 358 00:23:03,520 --> 00:23:04,840 Cari alamat terkininya. 359 00:23:05,600 --> 00:23:07,680 - Okey. Saya akan selidik. - Terima kasih. 360 00:23:08,760 --> 00:23:12,280 Cara mereka berbual macam tiada pasangan bercerai sebelum ini. 361 00:23:12,800 --> 00:23:14,400 Kita dalam tempoh peralihan. 362 00:23:15,320 --> 00:23:18,440 Mungkin awak tak patut guna "tempoh peralihan." 363 00:23:18,520 --> 00:23:19,640 Awak di pihak mana? 364 00:23:19,720 --> 00:23:22,200 - Mestilah awak. - Nasib baik. 365 00:23:23,120 --> 00:23:25,200 Awak akan padankan anaknya dengan lelaki ini 366 00:23:25,280 --> 00:23:26,680 kalau dia enggan? 367 00:23:27,400 --> 00:23:30,680 Jika dia sayang anaknya lebih daripada pemadanan ini, tak perlu. 368 00:23:30,760 --> 00:23:31,960 Apa? 369 00:23:33,240 --> 00:23:34,200 Stefano… 370 00:23:35,400 --> 00:23:36,440 Dia bukan padanannya. 371 00:23:37,560 --> 00:23:38,880 Padanannya jejaka Amerika, 372 00:23:39,720 --> 00:23:44,320 pernah bekerja untuk Peace Corps di Nicaragua, nak jadi doktor. 373 00:23:45,160 --> 00:23:46,440 Bunyinya macam orang baik. 374 00:23:47,080 --> 00:23:48,840 Sanggup awak buat begitu? 375 00:23:48,920 --> 00:23:51,320 Ibu dia akan buat macam lazimnya ahli politik. 376 00:23:51,400 --> 00:23:54,840 Dia akan sebut hal rasis atau dia tak cukup rasis. 377 00:23:55,480 --> 00:23:58,040 Dia akan dipecat, dan tiada siapa pedulikannya. 378 00:23:58,120 --> 00:23:59,640 Bolehlah anaknya jumpa padanan. 379 00:23:59,720 --> 00:24:02,560 Pada masa itu, baru dia sedar 380 00:24:02,640 --> 00:24:05,240 dan akan hargai apa yang saya lakukan untuknya. 381 00:24:05,760 --> 00:24:07,280 Atau mungkin tidak. 382 00:24:08,000 --> 00:24:08,920 Yang sebaliknya. 383 00:24:09,480 --> 00:24:11,560 Saya rasa kita patut naikkan had umur. 384 00:24:11,640 --> 00:24:13,480 Orang muda tak memahami semua ini. 385 00:24:13,560 --> 00:24:17,280 Pencarian berterusan, dating yang sia-sia dan hubungan seks biasa. 386 00:24:17,360 --> 00:24:18,360 Manja. 387 00:24:18,960 --> 00:24:20,200 Kenapa awak tak buat? 388 00:24:21,400 --> 00:24:22,640 Awak dah gila? 389 00:24:23,480 --> 00:24:25,880 Umur 18 ke 25 pasaran besar kita. 390 00:24:27,600 --> 00:24:28,920 Pisau awak tak berguna. 391 00:24:29,480 --> 00:24:30,480 Terima kasih. 392 00:24:30,560 --> 00:24:33,200 - Minyaknya panas? - Ya. 393 00:24:33,280 --> 00:24:35,000 Goreng bawang. 394 00:24:39,600 --> 00:24:41,080 Tambah mentega. 395 00:24:41,160 --> 00:24:42,040 Banyak mana? 396 00:24:44,120 --> 00:24:45,000 Tambah lagi. 397 00:24:45,080 --> 00:24:46,280 Awak nak bagi saya gemuk? 398 00:24:46,360 --> 00:24:48,600 Lima minit pun awak tak larat di dapur saya. 399 00:24:48,680 --> 00:24:50,440 Saya tak bagi awak basuh kuali pun. 400 00:24:54,320 --> 00:24:56,400 - Awak kencing? - Saya nak terkencing. 401 00:24:56,480 --> 00:24:58,520 Saya nak memasak di sini. 402 00:24:59,560 --> 00:25:00,840 Yakah awak memasak? 403 00:25:01,400 --> 00:25:04,120 Awak nampak jelita apabila tak pandai masak. 404 00:25:06,480 --> 00:25:08,160 - Apa itu? - Lada. 405 00:25:08,240 --> 00:25:10,000 Dalam resipi tulis apa? 406 00:25:10,880 --> 00:25:12,320 "Satu lada pimento kecil." 407 00:25:12,400 --> 00:25:14,320 Itu bukan lada pimento. 408 00:25:14,400 --> 00:25:17,480 Lada pimento lebih manis dan beraroma. 409 00:25:17,560 --> 00:25:19,040 Awak buat muka? 410 00:25:19,680 --> 00:25:20,600 Taklah. 411 00:25:21,160 --> 00:25:23,000 Kalau saya dekat, saya tampar awak. 412 00:25:23,080 --> 00:25:25,160 Cubalah. 413 00:25:25,880 --> 00:25:27,280 Jangan hanguskan bawang. 414 00:25:27,360 --> 00:25:28,320 Alamak! 415 00:25:29,560 --> 00:25:30,560 Oh, tidak! 416 00:25:36,240 --> 00:25:37,200 Polis datang. 417 00:25:41,280 --> 00:25:42,440 Mereka nak apa? 418 00:25:42,520 --> 00:25:44,640 Tak cakap. Mereka nak jumpa awak. 419 00:25:47,600 --> 00:25:48,600 Nak saya temankan? 420 00:25:49,440 --> 00:25:50,800 Tak mengapa. 421 00:26:12,480 --> 00:26:15,880 Saya D.I. Kate Saunders. Ini D.S. Nick Gedny. 422 00:26:16,840 --> 00:26:18,600 - Sila duduk. - Terima kasih. 423 00:26:23,000 --> 00:26:24,000 Apa halnya? 424 00:26:26,080 --> 00:26:29,000 Tahun lalu, awak laporkan kehilangan Ben Naser. 425 00:26:30,040 --> 00:26:33,680 Mayatnya ditemukan di Sungai Thames semalam. 426 00:26:34,480 --> 00:26:35,440 Saya bersimpati. 427 00:26:37,880 --> 00:26:39,040 Awak pasti itu dia? 428 00:26:39,640 --> 00:26:40,840 DNA padan dengan sampel 429 00:26:40,920 --> 00:26:43,040 yang diambil semasa dia dilaporkan hilang. 430 00:26:43,760 --> 00:26:44,840 Sah dia. 431 00:26:46,360 --> 00:26:47,920 Bagaimana dia mati? 432 00:26:48,000 --> 00:26:50,120 Kami masih menunggu hasil ujian. 433 00:26:50,200 --> 00:26:51,960 Saya tahu ini mengejutkan, tapi 434 00:26:52,520 --> 00:26:54,400 saya terpaksa tanya beberapa soalan. 435 00:26:54,480 --> 00:26:55,560 Boleh? 436 00:26:58,000 --> 00:27:00,520 Dalam kenyataan awak yang lalu, 437 00:27:00,600 --> 00:27:03,440 awak kata kali terakhir jumpa Ben pada 11 Januari. 438 00:27:04,160 --> 00:27:05,360 Bagaimana keadaannya? 439 00:27:09,000 --> 00:27:10,600 Keadaannya tak berapa bagus. 440 00:27:11,440 --> 00:27:13,880 - Dah agak lama juga. - Apa maksud awak? 441 00:27:15,520 --> 00:27:17,040 Dia ambil ubat antimurung. 442 00:27:17,120 --> 00:27:19,640 Bila awak sedar yang ada sesuatu tak kena? 443 00:27:20,200 --> 00:27:21,240 Hari itu… 444 00:27:22,440 --> 00:27:24,280 Ben tak menjawab telefon. 445 00:27:25,160 --> 00:27:26,320 Saya risau. 446 00:27:27,720 --> 00:27:30,120 Apabila saya masih tak dengar apa-apa esoknya, 447 00:27:30,200 --> 00:27:31,600 saya hubungi polis. 448 00:27:33,520 --> 00:27:35,680 Bagaimanakah hubungan awak dengan Ben? 449 00:27:38,120 --> 00:27:40,880 Kami kawan, pernah tinggal serumah. 450 00:27:41,520 --> 00:27:43,080 - Awak berdua rapat? - Ya. 451 00:27:44,480 --> 00:27:45,440 Sangat rapat. 452 00:27:46,200 --> 00:27:47,800 Ada berhubungan seksual? 453 00:27:50,000 --> 00:27:50,920 Tak. 454 00:27:55,040 --> 00:27:57,920 Maaf. Saya minta diri sekejap. 455 00:27:58,000 --> 00:27:59,320 Boleh, tak apa. 456 00:28:30,880 --> 00:28:33,320 - Maaf buat awak menunggu. - Dia okey? 457 00:28:33,400 --> 00:28:36,280 Rebecca perlukan sikit masa sebelum dia jawab soalan lagi. 458 00:28:36,360 --> 00:28:39,280 Hubungi pembantunya, dia boleh aturkan janji temu. 459 00:28:39,880 --> 00:28:41,000 Okey. Terima kasih. 460 00:28:41,520 --> 00:28:42,760 Saya hantar ke pintu. 461 00:28:54,240 --> 00:28:57,000 Dia tak macam di TV, bukan? 462 00:28:57,080 --> 00:28:58,160 Lain rupanya. 463 00:28:59,160 --> 00:29:01,080 Awak tak ingin dipadankan? 464 00:29:01,160 --> 00:29:02,280 Tolonglah. 465 00:29:02,360 --> 00:29:04,680 Teman wanita saya hamil sekarang. 466 00:29:06,320 --> 00:29:09,160 Bukanlah saya tak ingin tahu. 467 00:29:17,280 --> 00:29:18,240 Awak… 468 00:29:18,840 --> 00:29:21,720 nak pergi ke konsert hujung minggu ini? 469 00:29:22,280 --> 00:29:23,840 Kawan saya ada tiket lebih. 470 00:29:24,720 --> 00:29:26,760 Tak boleh. Saya nak ziarah ibu bapa. 471 00:29:26,840 --> 00:29:27,920 Dah teruk sangat? 472 00:29:29,080 --> 00:29:31,760 Ayah saya kritik semua tindakan mak, 473 00:29:31,840 --> 00:29:34,880 jadi mak dah tak mahu buat apa-apa lagi. 474 00:29:35,440 --> 00:29:37,320 Isi petrol pun mak tak nak buat. 475 00:29:37,960 --> 00:29:39,720 Kalau isi, mak isi yang salah. 476 00:29:40,640 --> 00:29:41,880 Dia jadi macam budak… 477 00:29:42,440 --> 00:29:44,720 cara ayah pandang, cakap dengan mak 478 00:29:45,440 --> 00:29:46,800 dan ayah benci semua itu. 479 00:29:48,080 --> 00:29:49,040 Ayah pembuli. 480 00:29:51,480 --> 00:29:52,960 Kenapa mereka tak berpisah? 481 00:29:53,680 --> 00:29:55,760 Agaknya, mereka takut hidup sendirian. 482 00:29:57,480 --> 00:30:00,600 Awak pula, takut apa? 483 00:30:00,680 --> 00:30:02,040 Jadi macam mereka. 484 00:30:13,400 --> 00:30:16,200 Awak takkan jadi macam mereka. Awak cuma 485 00:30:16,280 --> 00:30:17,880 perlu buat diri awak bahagia. 486 00:30:18,960 --> 00:30:20,320 Awak sengaja mendera diri. 487 00:30:21,600 --> 00:30:22,960 Kadangkala, awak 488 00:30:23,920 --> 00:30:25,440 perlu beri peluang pada diri. 489 00:30:27,200 --> 00:30:28,320 Manusia tak sempurna. 490 00:30:29,560 --> 00:30:30,800 Mungkin tak perlu pun. 491 00:30:32,440 --> 00:30:34,080 Mereka masih buat awak gembira. 492 00:30:35,240 --> 00:30:36,360 Boleh saya meludah? 493 00:30:40,080 --> 00:30:41,600 Awak berlatihkah? 494 00:30:42,640 --> 00:30:44,640 Ya, mungkin sikit. 495 00:30:47,280 --> 00:30:51,320 - Baik hati awak. - Okey. 496 00:30:52,400 --> 00:30:55,760 Baiklah. Fikirkannya. 497 00:30:56,360 --> 00:30:57,280 Baiklah. 498 00:31:02,320 --> 00:31:03,240 Terima kasih. 499 00:31:20,680 --> 00:31:25,200 Kami sedang meninjau kemungkinan untuk hadkan penggunaan komersial DNA. 500 00:31:25,760 --> 00:31:29,000 Ini isu yang rumit dan kontroversi 501 00:31:29,080 --> 00:31:32,200 dan hujah kedua-dua pihak juga mantap. 502 00:31:32,280 --> 00:31:34,400 Saya rasa 503 00:31:35,080 --> 00:31:38,520 undang-undang akan menjejaskan pembangunan 504 00:31:38,600 --> 00:31:40,840 dalam rawatan pelbagai penyakit serius. 505 00:31:41,680 --> 00:31:47,400 Kerajaan memutuskan tidak akan meluluskan sebarang undang-undang ketika ini. 506 00:31:48,400 --> 00:31:49,600 Bagus, bukan? 507 00:31:50,600 --> 00:31:51,680 Kenapa tak gembira? 508 00:31:52,400 --> 00:31:55,240 Entah apa Rebecca buat kali ini. 509 00:31:55,320 --> 00:31:56,920 Dia memang licik. 510 00:31:57,000 --> 00:31:59,520 Suatu hari, kelicikannya akan terbongkar. 511 00:31:59,600 --> 00:32:00,880 Apa awak nak buat? 512 00:32:01,880 --> 00:32:03,360 Nak buat apa? Dah jadi. 513 00:32:03,920 --> 00:32:04,960 Esok awak lapang? 514 00:32:05,800 --> 00:32:06,840 Maaf, ada rancangan. 515 00:32:08,440 --> 00:32:09,600 Kita jumpa hari Khamis. 516 00:32:09,680 --> 00:32:10,720 Saya akan SMS awak. 517 00:32:20,720 --> 00:32:21,880 Awak nampak letih. 518 00:32:21,960 --> 00:32:23,280 Saya perlu tidur. 519 00:32:24,480 --> 00:32:26,840 Esok, saya akan di London dengan awak. 520 00:32:27,880 --> 00:32:29,040 Ya. 521 00:32:29,120 --> 00:32:30,280 Awak takut? 522 00:32:31,280 --> 00:32:33,360 Sedikit. Awak? 523 00:32:34,640 --> 00:32:35,600 Sedikit. 524 00:32:36,680 --> 00:32:38,040 Kalau lain rasanya nanti? 525 00:32:39,080 --> 00:32:41,120 Saya janji, semuanya lebih baik. 526 00:32:43,400 --> 00:32:46,680 Apa keluarga awak kata, awak dipadankan dengan wanita? 527 00:32:47,920 --> 00:32:49,600 Mereka tahu saya suka wanita. 528 00:32:50,680 --> 00:32:52,680 Mereka kata apa selepas tahu? 529 00:32:54,000 --> 00:32:55,120 Semasa saya mengaku… 530 00:32:55,640 --> 00:32:57,640 ibu bapa saya dah meninggal. 531 00:32:58,240 --> 00:33:00,080 Tiada siapa nak diberitahu. 532 00:33:00,160 --> 00:33:01,600 Saya tumpang simpati. 533 00:33:03,680 --> 00:33:05,880 Kalau saya dekat, saya akan peluk awak. 534 00:33:08,000 --> 00:33:09,440 Esok awak boleh peluk saya. 535 00:33:10,160 --> 00:33:12,280 Esok, kita buat lebih daripada berpeluk. 536 00:33:14,920 --> 00:33:16,360 Saya dah buat awak malu. 537 00:33:17,960 --> 00:33:20,120 Saya tak pernah rasa begini. 538 00:33:20,920 --> 00:33:22,600 Samalah dengan saya. 539 00:33:23,480 --> 00:33:25,600 Tak pernah bercinta? 540 00:33:25,680 --> 00:33:26,840 Tak macam ini. 541 00:33:28,200 --> 00:33:29,360 Tidurlah. 542 00:33:31,240 --> 00:33:32,960 Jumpa awak esok. 543 00:33:33,520 --> 00:33:34,760 Okey, jumpa esok. 544 00:33:56,880 --> 00:33:59,480 Kata ahli patologi, begitu caranya tulangnya patah. 545 00:33:59,560 --> 00:34:02,400 Corak patah disebabkan jatuh, bukan dilanggar bot. 546 00:34:02,480 --> 00:34:05,200 - Dia dah mati sebelum tenggelam? - Nampaknya. 547 00:34:07,040 --> 00:34:09,400 - Cari rekod telefon dan media sosialnya. - Okey. 548 00:34:10,960 --> 00:34:13,080 Buat janji temu lagi dengan Rebecca Webb. 549 00:34:13,159 --> 00:34:14,120 Okey. 550 00:34:15,400 --> 00:34:17,360 - Awak okey? - Ya. 551 00:34:20,159 --> 00:34:22,400 Detektif Sarjan Gedny telefon. 552 00:34:22,480 --> 00:34:25,920 Dia nak jumpa awak dan katanya awak tahu sebabnya. 553 00:34:27,639 --> 00:34:29,639 Awak nak saya beritahu yang awak sibuk? 554 00:34:31,040 --> 00:34:33,760 - Tak. Jadualkan untuk minggu depan. - Okey. 555 00:34:36,400 --> 00:34:38,880 Hadirin sekalian… Rebecca Webb! 556 00:35:00,360 --> 00:35:01,920 PESAWAT BV 2195 DARI BARCELONA MENDARAT 557 00:36:12,600 --> 00:36:16,200 Hai! Saya tak dapat jawab sekarang. Tinggalkan pesanan. 558 00:36:16,280 --> 00:36:18,080 Hai, ini saya. 559 00:36:19,920 --> 00:36:21,040 Saya di bar. 560 00:36:21,760 --> 00:36:23,720 Mungkin awak sesat. 561 00:36:24,920 --> 00:36:25,880 Telefon saya. 562 00:36:51,800 --> 00:36:53,480 - Sibuk? - Ya. 563 00:36:53,560 --> 00:36:55,600 Ben telefon. Dia boleh datang. 564 00:37:00,400 --> 00:37:01,440 Berita lain, 565 00:37:02,520 --> 00:37:03,640 saya dan Emily, putus. 566 00:37:04,880 --> 00:37:05,720 Kenapa? 567 00:37:05,800 --> 00:37:08,600 Salah seorang kawan kami nampak saya dalam aplikasi dating. 568 00:37:08,680 --> 00:37:10,160 Awak keluar dengan orang lain? 569 00:37:10,240 --> 00:37:12,920 Tak. Saya hanya nak tahu pilihan yang ada. 570 00:37:15,600 --> 00:37:16,640 Saya memang teruk. 571 00:37:17,320 --> 00:37:19,320 - Ya, betul. - Betul. 572 00:37:22,480 --> 00:37:25,320 - Saya bersimpati. Saya suka dia. - Saya juga. 573 00:37:30,800 --> 00:37:32,360 Saya dah baca kajian awak, 574 00:37:32,440 --> 00:37:36,360 "Pemetilan Feromon dalam DNA Semut Api." Tajuk yang menarik. 575 00:37:37,040 --> 00:37:38,120 Saya setuju. 576 00:37:38,200 --> 00:37:42,000 Maksud awak, pengecaman teman koloni bergantung pada hidrokarbon kutikel? 577 00:37:42,920 --> 00:37:44,600 Nak bincang sekarang juga? 578 00:37:45,400 --> 00:37:47,600 Lebih daripada itu. Mutasi genetik sama 579 00:37:47,680 --> 00:37:50,200 juga hasilkan CHC sama dan pengaruhi gelagatnya. 580 00:37:50,280 --> 00:37:53,520 Semut saling berhubung sebab berkongsi mutasi DNA yang sama? 581 00:37:53,600 --> 00:37:57,080 Itu sebab semut koloni bekerja. Mereka kongsi hubungan yang utuh. 582 00:37:58,000 --> 00:38:00,720 Itu maklumat tentang wanita dalam aplikasi awak? 583 00:38:02,200 --> 00:38:04,480 Hubungan seksnya ada yang bagus. 584 00:38:04,560 --> 00:38:06,800 Pernah seorang gadis suruh saya duduk… 585 00:38:06,880 --> 00:38:08,360 Saya tak nak tahu. 586 00:38:10,760 --> 00:38:13,280 Ben undang saya ke majlis kahwin Jez dan Emma. 587 00:38:13,360 --> 00:38:14,400 Sebagai temannya? 588 00:38:14,960 --> 00:38:15,920 Sebagai kawannya. 589 00:38:16,000 --> 00:38:18,600 - Teman yang belum awak tiduri. - Diam. 590 00:38:19,680 --> 00:38:20,960 Apa saya patut buat? 591 00:38:22,080 --> 00:38:24,160 Berasmara atau berterus-terang. 592 00:38:26,920 --> 00:38:27,880 Entahlah. 593 00:38:27,960 --> 00:38:30,080 Ada masanya, saya rasa kami sesuai bersama. 594 00:38:30,160 --> 00:38:33,240 Ya Tuhan. Awak akan kecewakannya. 595 00:38:35,360 --> 00:38:37,240 Saya cuba tak nak kecewakannya. 596 00:38:55,040 --> 00:38:55,920 Kenapa? 597 00:38:57,080 --> 00:38:59,840 Saya tak boleh tidur fikir hal semut awak. 598 00:39:01,080 --> 00:39:04,360 Awak telefon pukul 3.00 pagi nak cakap tentang semut? Gilakah? 599 00:39:04,440 --> 00:39:07,880 Awak kata variasi gen tertentu hasilkan profil kimia tertentu. 600 00:39:07,960 --> 00:39:10,160 Variasi dan profil CHC yang sama. 601 00:39:11,000 --> 00:39:12,000 Ya, kenapa? 602 00:39:12,600 --> 00:39:14,560 Agaknya, sama tak untuk manusia? 603 00:39:14,640 --> 00:39:17,240 Awak perlu jumpa orang yang padan. 604 00:39:17,320 --> 00:39:19,920 Dari segi teori, tak mustahil. 605 00:39:20,000 --> 00:39:23,400 Untuk semut, CHC ialah cara komunikasi. 606 00:39:23,480 --> 00:39:25,600 Manusia bercakap, ada budaya, bahasa badan. 607 00:39:25,680 --> 00:39:26,600 Kita lebih rumit. 608 00:39:26,680 --> 00:39:29,840 Kalau CHC kita yang tentukan semua itu? 609 00:39:29,920 --> 00:39:33,080 Mungkin kita patut lebih tumpukan pada profil kimia kita. 610 00:40:00,760 --> 00:40:01,600 Helo? 611 00:40:01,680 --> 00:40:03,960 Siapa ini? Di mana Sophia? 612 00:40:53,160 --> 00:40:56,360 Dia sedang melintas jalan tapi tak tengok trafik. 613 00:40:58,800 --> 00:41:00,040 Adakah dia akan selamat? 614 00:41:00,880 --> 00:41:03,560 Dia alami kecederaan otak yang parah. 615 00:41:04,320 --> 00:41:07,360 Terlalu awal nak tahu kesannya. 616 00:41:16,040 --> 00:41:17,440 Apa yang pihak polis lakukan? 617 00:41:18,520 --> 00:41:20,160 Bergantung pada hasil forensik. 618 00:41:23,200 --> 00:41:24,840 Ethan mesti dilindungi. 619 00:41:25,840 --> 00:41:27,840 Saya tak mahu dia terlibat. 620 00:41:28,560 --> 00:41:30,480 Awak patut risaukan James. 621 00:41:31,480 --> 00:41:33,840 Awak perlu fikir apa awak nak buat dengannya. 622 00:42:01,040 --> 00:42:02,040 Rebecca. 623 00:42:03,080 --> 00:42:04,480 Polis datang jumpa saya. 624 00:42:06,040 --> 00:42:07,120 Mereka dah jumpa dia. 625 00:42:08,480 --> 00:42:09,600 Polis dah jumpa Ben. 626 00:42:12,520 --> 00:42:13,560 Apa kata mereka? 627 00:42:14,160 --> 00:42:16,480 Mereka nak tentukan punca kematian. 628 00:42:17,280 --> 00:42:19,160 Siasatan akan dijalankan. 629 00:42:25,360 --> 00:42:26,480 Kita mesti berjumpa. 630 00:42:39,320 --> 00:42:43,000 THE ONE SATU JUTA PADANAN 631 00:42:49,080 --> 00:42:50,480 BERDASARKAN NOVEL "THE ONE" KARYA JOHN MARRS 632 00:43:16,840 --> 00:43:21,840 Terjemahan sari kata oleh Aniza Borhan