1 00:00:10,051 --> 00:00:12,801 Adakalanya, saya rasa seperti menongkah dunia. 2 00:00:13,680 --> 00:00:14,640 Kenapa pula? 3 00:00:20,061 --> 00:00:22,691 Hubungan dengan Grace tegang. 4 00:00:22,772 --> 00:00:24,732 Awak tak boleh kawal segalanya. 5 00:00:24,816 --> 00:00:26,896 Chloe tak terkawal. Dia salahkan saya kerana… 6 00:00:26,985 --> 00:00:28,985 Entahlah. Mungkin semuanya. 7 00:00:29,070 --> 00:00:31,070 Saya tak minta jadi anak ayah 8 00:00:31,156 --> 00:00:33,616 dan tak minta hadiah daripada ayah. 9 00:00:34,117 --> 00:00:35,327 Brandon bunuh Blackstar. 10 00:00:38,204 --> 00:00:41,924 Apa-apa saja dan dia langsung tak rasa bersalah. 11 00:00:42,000 --> 00:00:43,710 78 peratus rakyat sokong dia. 12 00:00:43,793 --> 00:00:44,843 BUBAR KESATUAN 13 00:00:44,919 --> 00:00:47,709 78 peratus rakyat negara ini percaya 14 00:00:47,797 --> 00:00:52,217 bahawa Kod yang saya junjung sepanjang hidup saya tak bermakna. 15 00:00:52,302 --> 00:00:53,262 Jadi… 16 00:00:55,513 --> 00:00:56,723 itulah semuanya? 17 00:00:58,433 --> 00:01:01,603 Jadi, awak ada hubungan dengan statistik? 18 00:01:02,437 --> 00:01:03,807 Awak senaraikan konflik 19 00:01:03,897 --> 00:01:06,857 bersama tiga orang paling penting dalam hidup awak 20 00:01:07,525 --> 00:01:10,195 dan awak hadapi masalah dengan peratusan? 21 00:01:10,278 --> 00:01:12,988 Kenapa awak rasa jumlah itu penting? 22 00:01:13,073 --> 00:01:16,623 Sebab apa gunanya buat baik jika tiada sesiapa faham? 23 00:01:21,831 --> 00:01:25,671 Ingat bila keinginan berbuat baik jadi penting dalam hidup awak? 24 00:01:28,922 --> 00:01:29,762 Beginilah. 25 00:01:31,091 --> 00:01:33,011 Beberapa hari selepas ayah saya mati, 26 00:01:33,927 --> 00:01:37,807 saya duduk di lantai biliknya dengan sebotol wiski. 27 00:01:38,306 --> 00:01:41,476 - Pada tahun 1929 selepas Kejatuhan? - Ya, sejurusnya. 28 00:01:41,559 --> 00:01:43,559 - Mana awak dapat wiski? - Pentingkah? 29 00:01:43,645 --> 00:01:45,765 Awak orang baik. 30 00:01:46,314 --> 00:01:48,984 Larangan tak dimansuhkan sehingga 1933. 31 00:01:51,569 --> 00:01:52,569 Teruskan. 32 00:01:58,952 --> 00:02:01,542 Saya duduk sambil minum wiski ayah 33 00:02:01,621 --> 00:02:04,621 dan artikel yang Grace tulis tentang dia 34 00:02:06,459 --> 00:02:09,839 meneguk minuman selepas setiap perenggan, membaca semua 35 00:02:09,921 --> 00:02:12,261 tindakan ayah saya yang saya tak tahu. 36 00:02:15,593 --> 00:02:17,303 Saya buat keputusan masa itu. 37 00:02:17,387 --> 00:02:22,227 Jika tiada apa-apa yang boleh mengubati kekecewaan dan pengkhianatan, 38 00:02:24,269 --> 00:02:26,269 saya akan ikut haluan berbeza. 39 00:02:26,354 --> 00:02:28,654 Saya nak tebus dosa-dosa ayah saya 40 00:02:30,108 --> 00:02:32,398 dengan tak mengikut jejak langkah dia. 41 00:02:34,279 --> 00:02:36,699 Dengan menjadi baik. 42 00:02:40,410 --> 00:02:43,910 Jadi, saya dan mak bersetuju dewan tari-menari itu sempurna. 43 00:02:43,997 --> 00:02:45,827 Jadi, saya kata, "Kami setuju." 44 00:02:46,541 --> 00:02:49,791 Kemudian, pintu dibuka 45 00:02:49,878 --> 00:02:54,258 dan keluar seorang lelaki kerdil yang memakai topi besar, 46 00:02:54,340 --> 00:02:57,550 mendesak bayaran 500 dolar tunai pada masa itu juga, 47 00:02:57,635 --> 00:02:59,885 seolah-olah tak tahu negara sedang bergolak. 48 00:02:59,971 --> 00:03:02,811 Apabila saya mempersoalkannya, dia kata, "Ia untuk arak. 49 00:03:02,891 --> 00:03:04,681 Awak nak majlis tanpa arak?" 50 00:03:04,767 --> 00:03:07,097 Rupa-rupanya, Fairmont dikendalikan oleh samseng! 51 00:03:08,188 --> 00:03:11,438 Berpusing-pusing… 52 00:03:14,402 --> 00:03:15,572 Apa? 53 00:03:15,653 --> 00:03:16,783 Maafkan saya, Jane. 54 00:03:22,285 --> 00:03:23,325 Awak dah pulang. 55 00:03:24,037 --> 00:03:25,327 Itu yang penting. 56 00:03:27,624 --> 00:03:28,794 Adakah dia rapat? 57 00:03:30,126 --> 00:03:31,036 Sheldon? 58 00:03:31,586 --> 00:03:33,246 Sentiasa orang yang rapat. 59 00:03:33,338 --> 00:03:37,218 Jadi, Fairmont dah dikeluarkan dari senarai? 60 00:03:37,300 --> 00:03:40,430 Tempat itu sangat cantik. Betul cakap Miriam. 61 00:03:40,511 --> 00:03:42,761 Awak dengar tak? Bunyi berdesing itu? 62 00:03:42,847 --> 00:03:44,137 Awak boleh pujuk dia. 63 00:03:44,224 --> 00:03:46,104 Tak boleh. Saya ada mesyuarat lembaga. 64 00:03:46,184 --> 00:03:47,984 Beritahu saja dan mohon cuti. 65 00:03:48,895 --> 00:03:50,305 Awak tahu mana nak mula. 66 00:03:50,396 --> 00:03:51,396 Dua puluh lapan. 67 00:03:51,481 --> 00:03:54,401 Awak tahu ke mana nak pergi. Awak tahu. 68 00:03:54,484 --> 00:03:55,864 Tiga puluh empat. 69 00:03:55,944 --> 00:03:57,404 Mereka menunggu awak. 70 00:03:57,487 --> 00:03:58,947 Empat puluh tujuh. 71 00:03:59,030 --> 00:04:00,990 Sheldon, buat sekarang! 72 00:04:01,074 --> 00:04:02,784 - Enam belas. - Shel? 73 00:04:02,867 --> 00:04:04,407 - Cari kami. - Sheldon! 74 00:04:05,036 --> 00:04:06,496 Kami sedang menunggu. 75 00:04:06,579 --> 00:04:07,959 Menunggu. 76 00:04:45,576 --> 00:04:46,486 Jam ayah? 77 00:04:50,665 --> 00:04:51,915 SIRI ASLI NETFLIX 78 00:05:50,641 --> 00:05:53,731 Penyelaras klinikal, sambungan 5465. 79 00:05:54,228 --> 00:05:57,398 Penyelaras klinikal, sambungan 5465. 80 00:06:00,318 --> 00:06:02,778 Awak ambil sesuatu yang bukan milik awak. 81 00:06:05,865 --> 00:06:08,485 Jadi, awak nak buat apa, celaka? 82 00:06:29,514 --> 00:06:32,234 Hei. Apa yang berlaku? Traktor rosak lagi? 83 00:06:32,308 --> 00:06:33,138 Hei. 84 00:06:33,643 --> 00:06:36,063 Taklah, saya sengaja nak buat sendiri. 85 00:06:36,145 --> 00:06:37,185 Awak ke mana? 86 00:06:37,271 --> 00:06:39,231 Gunung berapi meletus di Nusa Tenggara. 87 00:06:39,315 --> 00:06:42,315 Saya pindahkan penduduk kampung, alur lahar ke laut. 88 00:06:42,402 --> 00:06:43,532 Ya. 89 00:06:43,611 --> 00:06:46,241 Saya ada gambar yang cantik. Nak tengok? 90 00:06:46,322 --> 00:06:49,162 Ya, tapi saya nak siapkan bahagian ini dulu. 91 00:06:49,242 --> 00:06:51,872 Apa kata saya suruh Brandon tolong? 92 00:06:51,953 --> 00:06:52,833 Dia tiada. 93 00:06:53,329 --> 00:06:54,409 Dia buat rondaan? 94 00:06:54,497 --> 00:06:57,457 Saya hantar dia ke Kesatuan untuk lihat autopsi Blackstar. 95 00:06:58,543 --> 00:06:59,383 Yakah? 96 00:07:03,548 --> 00:07:04,798 Dia perlu melihatnya. 97 00:07:04,882 --> 00:07:10,932 Sebenarnya, Sheldon. Awak tak boleh buat keputusan itu sendiri. 98 00:07:11,013 --> 00:07:11,933 Awak tiada. 99 00:07:12,557 --> 00:07:13,517 Mengarutlah. 100 00:07:14,934 --> 00:07:17,274 Dia perlu tahu kesan perbuatan dia. 101 00:07:17,353 --> 00:07:20,153 Ini bukan pengajaran, tapi hukuman. 102 00:07:20,231 --> 00:07:22,111 Sejak bila ia berbeza? 103 00:07:22,191 --> 00:07:27,281 Sheldon, dia sedar yang dia bersalah dan dah mengecewakan awak. 104 00:07:27,363 --> 00:07:29,073 Dia buat Utopian kecewa. 105 00:07:29,782 --> 00:07:33,162 Saya tak faham apa gunanya awak keruhkan lagi keadaan? 106 00:07:33,244 --> 00:07:34,704 Dia bukan anak anjing. 107 00:07:34,787 --> 00:07:38,577 Dia perlu belajar tentang tanggungjawab dan kebertanggungjawaban. 108 00:07:39,750 --> 00:07:42,920 - Kita bukan hanya membesarkan anak. - Tapi dia juga manusia. 109 00:07:44,130 --> 00:07:45,800 Kadangkala, saya cuma… 110 00:07:46,716 --> 00:07:48,376 Saya rasa awak lupa 111 00:07:48,468 --> 00:07:52,008 bahawa kedua-dua perkara itu tak sama. 112 00:08:03,149 --> 00:08:04,939 KEADILAN 113 00:08:07,445 --> 00:08:09,945 Si Bodoh itu patut sampai sejam lalu. 114 00:08:10,031 --> 00:08:11,571 Ya, dia selalu lewat. 115 00:08:12,950 --> 00:08:14,490 Dia suka akan perhatian. 116 00:08:17,705 --> 00:08:18,995 Apa khabar? 117 00:08:19,081 --> 00:08:22,711 Saya harap semua orang berhenti tanya soalan itu. Saya okey. 118 00:08:22,793 --> 00:08:24,753 Nada awak menunjukkan sebaliknya. 119 00:08:28,758 --> 00:08:34,388 Saya terbayangkan pertarungan itu dalam minda saya berulang kali 120 00:08:34,472 --> 00:08:35,932 dan ia semakin kabur. 121 00:08:38,267 --> 00:08:40,097 Apa pak cik akan buat? 122 00:08:41,729 --> 00:08:43,309 Saya tak sekuat awak… 123 00:08:44,315 --> 00:08:46,355 atau ayah awak. Tiada sesiapa lebih kuat. 124 00:08:46,442 --> 00:08:47,862 Itu bukan jawapan. 125 00:08:48,444 --> 00:08:49,784 Ya. Sebab sejujurnya, 126 00:08:51,447 --> 00:08:52,567 saya tiada jawapan. 127 00:08:54,367 --> 00:08:56,037 Saya cuma tahu kita di sini. 128 00:08:57,203 --> 00:08:59,463 Awak buat keputusan. Kita ada di sini. 129 00:09:01,082 --> 00:09:02,122 Itu hakikat. 130 00:09:11,926 --> 00:09:12,756 Saya dah kata. 131 00:09:22,937 --> 00:09:24,307 Brandon! 132 00:09:24,855 --> 00:09:27,815 Kali terakhir kita bertemu, awak masih kecil. 133 00:09:28,401 --> 00:09:31,781 - Encik Wolfe. - Panggil saya Barnabas. 134 00:09:31,862 --> 00:09:33,032 Kita sekeluarga. 135 00:09:33,698 --> 00:09:36,618 Kalau mak awak lebih bijak, awak akan panggil saya ayah. 136 00:09:36,701 --> 00:09:39,831 Boleh jangan mengarut? Berterus terang saja, Barnabas. 137 00:09:40,621 --> 00:09:43,251 Jangan buat saya tukar baju awak menjadi wap. 138 00:09:43,332 --> 00:09:46,382 Tiada siapa perlu lihat zakar awak yang berkedut itu. 139 00:09:49,171 --> 00:09:50,721 Helo, semua! 140 00:09:51,966 --> 00:09:53,796 Tolong jangan berdiri. 141 00:09:54,635 --> 00:09:57,175 - Fitz, mulakan. - Okey. 142 00:09:57,263 --> 00:09:59,393 Okey. Perisai itu sama dengan Blackstar asal. 143 00:10:00,308 --> 00:10:02,388 Ia digabungkan dengan tisu bawah, 144 00:10:02,476 --> 00:10:04,846 menjadikannya mustahil untuk dibuang tanpa musnahkan… 145 00:10:04,937 --> 00:10:08,977 Ya, ini sangat sukar dan melangkaui keupayaan awak. 146 00:10:09,483 --> 00:10:12,243 Sila berundur, semua. 147 00:10:13,195 --> 00:10:16,235 Melainkan awak mahu organ pembiakan teriradiasi. 148 00:10:37,261 --> 00:10:39,971 - Awak akan koyakkan tisu itu. - Diamlah. 149 00:10:40,556 --> 00:10:43,806 Ini lebih sukar daripada menjadi mentol manusia. 150 00:11:00,993 --> 00:11:04,833 Besarnya usus, 7.2 kilogram. Jesus! Dia memang besar. 151 00:11:05,331 --> 00:11:07,001 Awak baru sedar? 152 00:11:08,042 --> 00:11:09,342 Keluarkan hatinya. 153 00:11:14,965 --> 00:11:16,965 - Nak tunggu di luar? - Saya okey. 154 00:11:17,051 --> 00:11:19,511 Kalau nak muntah, jauhkan diri daripada saya. 155 00:11:19,595 --> 00:11:23,885 Saya cuma boleh kawal jirim bukan organik dan ini kot kashmir Itali. 156 00:11:24,392 --> 00:11:26,232 Tunggu. Ada sesuatu. 157 00:11:37,822 --> 00:11:39,162 Apa itu? 158 00:11:39,949 --> 00:11:40,779 Barnabas? 159 00:11:40,866 --> 00:11:41,986 Tunggu sebentar. 160 00:11:49,875 --> 00:11:51,205 Menarik. 161 00:11:53,713 --> 00:11:55,173 Ia berbeza. 162 00:11:55,256 --> 00:11:56,966 Apa ini? Beritahu sajalah. 163 00:11:57,550 --> 00:11:58,380 Tunggu. 164 00:11:59,427 --> 00:12:01,047 Ada benda lain. 165 00:12:01,721 --> 00:12:04,181 Ada sesuatu di dalam. 166 00:12:21,198 --> 00:12:22,158 Encik Sampson? 167 00:12:23,117 --> 00:12:24,027 Ya. 168 00:12:24,118 --> 00:12:26,998 Dia tunggu tuan dalam suite utama. 169 00:12:27,496 --> 00:12:28,786 Terima kasih, Cuthbert. 170 00:12:31,041 --> 00:12:34,251 Awak betul, George. Rumah ladang itu, semuanya wujud. 171 00:12:34,336 --> 00:12:36,546 Ini ditulis atas meja di bilik bawah tanah. 172 00:12:36,630 --> 00:12:37,920 Longitud dan latitud. 173 00:12:38,007 --> 00:12:41,087 Ia Lautan Atlantik. Ada sesuatu di luar sana, George. 174 00:12:41,677 --> 00:12:43,927 Saya rasa itulah tujuan semua ini. 175 00:12:46,849 --> 00:12:50,269 Keluarga petani itu duduk di sekeliling meja lama. 176 00:12:50,352 --> 00:12:52,312 - Semasa nampak mereka… - Apa mereka buat? 177 00:12:52,396 --> 00:12:53,516 Apa? 178 00:12:53,606 --> 00:12:57,396 Keluarga itu di bilik bawah tanah. Apa yang mereka buat di sana? 179 00:12:57,943 --> 00:12:59,033 Mereka… 180 00:12:59,111 --> 00:13:02,111 Petani itu dah tembak mereka sebelum saya tiba dan… 181 00:13:03,699 --> 00:13:06,329 dia tembak diri sendiri di hadapan mata saya. 182 00:13:08,037 --> 00:13:10,827 Ini kenyataan, George. Saya tak gila. 183 00:13:10,915 --> 00:13:11,995 Ada sesuatu… 184 00:13:12,082 --> 00:13:12,922 Saya tak tahu. 185 00:13:13,584 --> 00:13:15,634 Memanggil saya dan kita semua. 186 00:13:16,796 --> 00:13:19,166 - Kita semua? - Ya. 187 00:13:19,256 --> 00:13:21,086 Keluarga petani yang mati itu 188 00:13:21,175 --> 00:13:23,335 tiba-tiba ghaib dari sana. 189 00:13:25,429 --> 00:13:28,389 Orang yang duduk di meja itu ialah Walt, 190 00:13:29,016 --> 00:13:32,016 seorang budak dari kilang, 191 00:13:32,102 --> 00:13:35,982 wartawan wanita yang tulis artikel tentang ayah. 192 00:13:36,065 --> 00:13:38,525 Beberapa lelaki lain yang saya tak kenal. 193 00:13:38,609 --> 00:13:41,149 Salah seorangnya mungkin kapten kapal. 194 00:13:41,237 --> 00:13:42,657 Yang lain saya tak tahu. 195 00:13:42,738 --> 00:13:45,318 Awak pun ada, George. Awak ada di sana. 196 00:13:46,492 --> 00:13:48,042 - Kita dah mati? - Tidak. 197 00:13:48,118 --> 00:13:50,538 Tapi kita duduk di tempat orang mati itu. 198 00:13:50,621 --> 00:13:53,421 - Saya tahu ia mengarut. - Entahlah, Shel. 199 00:13:53,499 --> 00:13:57,919 Bayangan, corak, segala-galanya yang saya nampak, 200 00:13:58,003 --> 00:14:01,303 saya rasa ia sebahagian daripada teka-teki dan ujian. 201 00:14:02,633 --> 00:14:04,343 Semuanya membawa kepada ini. 202 00:14:04,426 --> 00:14:06,006 32°49'28" UTARA, 34°47'16" BARAT 203 00:14:07,054 --> 00:14:09,564 Awak rasa ada apa di tengah laut itu? 204 00:14:09,640 --> 00:14:13,640 Saya tak tahu, tapi sesuatu istimewa yang bakal mengubah dunia. 205 00:14:13,727 --> 00:14:14,937 Saya dapat rasainya. 206 00:14:18,315 --> 00:14:19,685 Boleh awak tolong saya? 207 00:14:26,282 --> 00:14:27,952 Berapa lama kita berkawan? 208 00:14:29,577 --> 00:14:31,197 Sudah terlalu lama. 209 00:14:33,998 --> 00:14:37,378 Apa awak buat kalau saya jumpa awak dengan cerita begini? 210 00:14:39,253 --> 00:14:40,923 Saya nak percayakan awak 211 00:14:41,422 --> 00:14:44,432 sebab kita kawan dan awak sentiasa jadi kawan saya. 212 00:14:49,889 --> 00:14:51,139 Itulah jawapannya. 213 00:14:56,186 --> 00:14:57,726 Cerita tentang mimpi awak. 214 00:14:58,689 --> 00:15:00,109 Adakah ia sentiasa sama? 215 00:15:03,277 --> 00:15:04,567 Lebih kurang, ya. 216 00:15:07,489 --> 00:15:09,159 Saya tersandung di atas bumbung… 217 00:15:11,368 --> 00:15:14,288 seperti saya sesat dan tiba-tiba berada di sana. 218 00:15:15,915 --> 00:15:19,915 Saya nampak dia pakai pakaian koyak-rabak 219 00:15:20,002 --> 00:15:22,922 dalam keadaan yang sangat lapar. 220 00:15:24,882 --> 00:15:26,382 Dia menoleh ke arah saya. 221 00:15:31,138 --> 00:15:32,058 Kemudian… 222 00:15:35,267 --> 00:15:38,517 dia tak cam saya. Dia seolah-olah tak kenal saya 223 00:15:38,604 --> 00:15:41,484 dan saya kata, "Ayah, ini saya, Sheldon." 224 00:15:42,066 --> 00:15:46,146 Tapi dia tak cam saya. "Ayah, ini saya, Sheldon. " 225 00:15:46,236 --> 00:15:49,616 Kemudian, dia pusing dan terus berjalan ke tepi bangunan. 226 00:15:50,532 --> 00:15:53,292 Tidak! Jangan, ayah! 227 00:15:54,620 --> 00:15:56,120 Awak cuba halang dia? 228 00:15:57,581 --> 00:15:58,421 Ya. 229 00:15:59,375 --> 00:16:00,245 Setiap kali. 230 00:16:02,086 --> 00:16:03,706 Tapi saya tak cukup pantas. 231 00:16:06,131 --> 00:16:09,801 Ibu bapa tak patut abaikan kehendak anak-anak. 232 00:16:09,885 --> 00:16:12,045 Ia menentang lumrah. Apabila mereka buat begitu, 233 00:16:12,137 --> 00:16:15,717 minda anak hanya boleh memahaminya dengan satu cara 234 00:16:16,809 --> 00:16:19,769 iaitu anak itu buat sesuatu yang teruk untuk mendapatnya, 235 00:16:21,105 --> 00:16:23,725 bahawa mereka gagal menghalangnya. 236 00:16:26,902 --> 00:16:31,492 Namun, ia membantu kami lebih memahami pematuhan awak kepada Kod. 237 00:16:32,741 --> 00:16:35,081 Ia memberi kesan mendalam kepada awak. 238 00:16:35,577 --> 00:16:38,287 Ya, ia mewujudkan cara untuk menjadi baik. 239 00:16:38,831 --> 00:16:40,251 Ia juga agak praktikal, 240 00:16:40,332 --> 00:16:43,712 kerana ia kurangkan jumlah kematian atau kehilangan dalam hidup. 241 00:16:43,794 --> 00:16:47,554 Tapi dalam bidang kerja awak, ada 100 peratus kepastian 242 00:16:48,340 --> 00:16:52,760 bahawa musuh akan cuba musnahkan kehidupan awak. 243 00:16:53,679 --> 00:16:55,969 Kita setuju tentang itu, ya? 244 00:16:56,724 --> 00:17:00,484 Ya, Jack. Rasanya boleh. 245 00:17:01,061 --> 00:17:01,901 Bagus. 246 00:17:02,688 --> 00:17:06,778 Dalam bidang lain yang sama, misalnya, tentera atau penguatkuasaan, 247 00:17:06,859 --> 00:17:10,989 seseorang boleh membunuh untuk membela diri atau melindungi yang lain. 248 00:17:11,613 --> 00:17:12,453 Ya. 249 00:17:12,531 --> 00:17:15,201 Tapi bagi ahli Kesatuan Keadilan, 250 00:17:15,284 --> 00:17:19,124 apabila mereka berdepan dengan ancaman yang sama, 251 00:17:20,164 --> 00:17:23,174 mereka mesti mematuhi Kod 252 00:17:24,918 --> 00:17:27,168 iaitu satu lagi cara untuk mematuhi awak. 253 00:17:27,254 --> 00:17:29,264 Jangan biar amarah menguasai diri. 254 00:17:32,176 --> 00:17:35,426 Jadi, saya cuma seorang narsisis? Itu maksud awak? 255 00:17:35,512 --> 00:17:39,812 Tak. Awak cuma berharap akan terus diingati oleh yang tersayang, 256 00:17:40,684 --> 00:17:42,644 bukan seperti ayah awak. 257 00:18:15,010 --> 00:18:16,510 Ia betul-betul sama. 258 00:18:17,930 --> 00:18:19,520 Sama dari setiap segi. 259 00:18:19,598 --> 00:18:21,558 Bagaimana mungkin? 260 00:18:22,559 --> 00:18:25,809 Saya boleh baca fikiran, awak tembak api guna mata. 261 00:18:25,896 --> 00:18:26,976 Itulah jawapannya. 262 00:18:29,399 --> 00:18:30,939 Benda ini pula? 263 00:18:32,194 --> 00:18:34,034 Bagaimana ia masuk ke dalam? 264 00:18:34,655 --> 00:18:35,485 Saya tak tahu. 265 00:18:36,698 --> 00:18:41,948 Tapi cara ia dibina, teknologi dan reka bentuknya… 266 00:18:43,288 --> 00:18:45,368 Seorang saja di planet ini yang boleh ciptanya. 267 00:18:47,543 --> 00:18:48,543 George. 268 00:18:52,589 --> 00:18:53,759 Skyfox. 269 00:18:55,884 --> 00:18:58,604 Kenapa George nak bunuh kita sekarang? Selepas sekian lama? 270 00:18:58,679 --> 00:19:03,929 Kenapa sembunyikan semua ini dalam Blackstar palsu? 271 00:19:04,017 --> 00:19:05,687 Semuanya tak masuk akal. 272 00:19:07,062 --> 00:19:09,822 George suka bermain teka-teki 273 00:19:11,358 --> 00:19:13,148 dan jadikan saya bahan jenaka. 274 00:19:15,821 --> 00:19:19,621 Saya pasti dia suka menjadi satu-satunya orang yang tahu. 275 00:19:19,700 --> 00:19:21,080 Kita tak boleh tanya dia. 276 00:19:21,160 --> 00:19:23,370 Kita gagal cari dia selama ini. 277 00:19:26,415 --> 00:19:28,665 Mungkin ada seseorang boleh membantu. 278 00:19:33,005 --> 00:19:34,255 Awak pasti ia ada? 279 00:19:41,430 --> 00:19:42,560 Kita perlu berbincang. 280 00:19:42,639 --> 00:19:43,719 Iowa. 281 00:20:17,883 --> 00:20:20,803 Kembali. 282 00:20:31,813 --> 00:20:33,273 Saya kata kita perlu berbincang. 283 00:20:37,527 --> 00:20:39,027 Ini tentang ayah awak. 284 00:20:55,128 --> 00:20:58,128 Okey. Saya cuma nampak lelaki. Di mana gadis itu? 285 00:20:58,215 --> 00:20:59,625 Dia ada. Entahlah. 286 00:21:00,676 --> 00:21:03,676 Maaf. Kami cari Grace Kennedy. Awak ada nampak dia? 287 00:21:03,762 --> 00:21:05,682 Saya tahu apabila awak tipu, Larry! 288 00:21:05,764 --> 00:21:07,854 Jangan cuba memperbodohkan saya! 289 00:21:07,933 --> 00:21:10,353 - Ayuhlah, Grace. Munasabah sikit. - "Ayuhlah, Grace." 290 00:21:10,435 --> 00:21:12,435 Berambuslah, Larry, 291 00:21:12,521 --> 00:21:14,611 dan fikirlah guna otak 292 00:21:14,690 --> 00:21:16,860 kalau awak masih ada otak! 293 00:21:18,735 --> 00:21:20,735 Apa tengok-tengok, bodoh? 294 00:21:25,492 --> 00:21:29,412 Bagus. Kalau nak saman saya atas semua penulisan saya, silakan. 295 00:21:29,496 --> 00:21:31,996 Tidak. Bukan itu tujuan kami, Cik Kennedy. 296 00:21:32,082 --> 00:21:35,962 Grace. Abaikan saja formaliti selepas memaki hamun orang. 297 00:21:36,044 --> 00:21:39,214 Maaf tentang kelakuan saya tempoh hari, tapi… 298 00:21:39,881 --> 00:21:42,801 Ada perkara tentang ayah saya yang saya tak tahu dan… 299 00:21:43,302 --> 00:21:46,682 Mungkin saya akan buat tindakan sama, tapi lebih kasar. 300 00:21:50,559 --> 00:21:52,139 Dia boleh bercakap atau patung? 301 00:21:52,227 --> 00:21:54,687 - Ya, dia… - Dia bercakap. George Hutchence. 302 00:21:55,397 --> 00:21:59,027 Ya. Saya pernah lihat awak dalam halaman sosialit. 303 00:21:59,818 --> 00:22:02,488 - Awak lebih kacak dalam gambar. - Saya suka dia. 304 00:22:02,571 --> 00:22:06,201 Tengoklah sepuas hati kerana dia akan beredar. 305 00:22:06,283 --> 00:22:07,833 Tunggu. Awak berhenti? 306 00:22:08,410 --> 00:22:09,540 Itu satu versi. 307 00:22:09,619 --> 00:22:13,539 Versi yang lain ialah masa yang sukar bukan hanya untuk kapitalis, 308 00:22:14,291 --> 00:22:18,131 jadi mereka perlu buang pekerja hanya disebabkan saya perempuan, 309 00:22:18,211 --> 00:22:20,461 bukan si bodoh yang memakai seluar. 310 00:22:21,256 --> 00:22:22,296 Boleh dibahaskan. 311 00:22:22,382 --> 00:22:23,512 Di mana koleh saya? 312 00:22:24,092 --> 00:22:26,552 - Cik Kennedy, kalau ada masa… - Mana koleh saya? 313 00:22:26,636 --> 00:22:28,886 Kalau tak kisah, saya ada peluang untuk awak… 314 00:22:28,972 --> 00:22:29,812 Okey! 315 00:22:29,890 --> 00:22:30,970 Dia naik atas meja. 316 00:22:31,058 --> 00:22:33,388 Okey! Siapa ambil koleh saya? 317 00:22:37,564 --> 00:22:38,614 Izzy. 318 00:22:42,235 --> 00:22:46,025 - Awak pasti tentang ini? - Ya. Dia ada di bilik bawah tanah… 319 00:22:46,114 --> 00:22:48,204 Itu lebih baik. Dia tak boleh gigit kaki awak. 320 00:22:48,283 --> 00:22:51,333 Kamu ada urusan atau nak cakap sesuatu? 321 00:22:53,538 --> 00:22:55,038 Saya nak tawarkan kerja. 322 00:22:56,124 --> 00:22:58,344 - Saya? - Saya pun tak percaya. 323 00:23:00,379 --> 00:23:01,919 Saya akan menjalankan ekspedisi 324 00:23:02,005 --> 00:23:04,665 dan mahu awak ikut untuk membabadkan semuanya. 325 00:23:04,758 --> 00:23:05,838 Ekspedisi ke mana? 326 00:23:05,926 --> 00:23:07,966 - Ia… - Adakah ia penting? 327 00:23:08,553 --> 00:23:12,183 Pengangguran meningkat 20 peratus. Kalau dapat kerja lain pun, 328 00:23:12,265 --> 00:23:15,055 mereka takkan beri tugasan terbaik untuk wanita, bukan? 329 00:23:15,143 --> 00:23:19,193 Kalau sertai kami, awak dibayar gaji dan dapat kisah sensasi. 330 00:23:19,272 --> 00:23:21,192 Biar padan muka Larry. 331 00:23:22,192 --> 00:23:25,072 Awak cakap begitu untuk mempengaruhi saya. 332 00:23:28,156 --> 00:23:28,986 Kenapa saya? 333 00:23:30,951 --> 00:23:31,791 Ia rumit. 334 00:23:31,868 --> 00:23:32,908 Ringkaskan. 335 00:23:34,037 --> 00:23:37,457 - Saya ada bayangan dan awak… - Untuk masa depan lebih baik. 336 00:23:38,625 --> 00:23:41,995 Untuk awak, negara ini dan semua orang. 337 00:23:42,087 --> 00:23:42,917 - Betul. - Ya. 338 00:23:43,880 --> 00:23:44,920 Jadi, bagaimana? 339 00:23:45,006 --> 00:23:47,046 Awak nak tercegat dengan tong sampah 340 00:23:47,801 --> 00:23:51,511 atau tunjukkan kemampuan awak kepada semua lelaki di sini? 341 00:24:07,904 --> 00:24:08,744 Hei. 342 00:24:10,365 --> 00:24:12,025 Mak bawa sandwic untuk kamu. 343 00:24:12,117 --> 00:24:14,327 Terima kasih. Saya tak lapar sangat. 344 00:24:15,078 --> 00:24:16,458 Kamu pasti? 345 00:24:16,997 --> 00:24:17,867 Saya okey. 346 00:24:27,924 --> 00:24:29,344 Kenapa tak balik lagi? 347 00:24:31,761 --> 00:24:34,351 Saya asyik memikirkannya. 348 00:24:36,308 --> 00:24:40,268 Macam mana kalau itu ialah ayah atau Pak Cik Walt 349 00:24:41,771 --> 00:24:42,611 atau mak. 350 00:24:45,525 --> 00:24:47,235 Adakah ia lebih baik, mak? 351 00:24:49,905 --> 00:24:50,855 Maksud mak… 352 00:24:53,950 --> 00:24:54,950 tidak. 353 00:24:58,371 --> 00:24:59,831 Bagi kita, tidak. 354 00:25:05,587 --> 00:25:06,837 Grace! 355 00:25:08,924 --> 00:25:11,264 Saya berharap kita dapat bertemu. 356 00:25:12,427 --> 00:25:13,847 Helo, Barnabas. 357 00:25:13,929 --> 00:25:15,559 Awak nampak cantik seperti biasa. 358 00:25:16,139 --> 00:25:20,729 Tapi saya lebih suka awak berbaju merah. 359 00:25:26,691 --> 00:25:27,781 Barnabas… 360 00:25:28,485 --> 00:25:30,105 Nasib baik saya suka merah. 361 00:25:31,571 --> 00:25:36,121 Kita dah selesai. Kesatuan berterima kasih atas bantuan awak. 362 00:25:36,201 --> 00:25:37,991 Awak tahu jalan keluar. 363 00:25:38,078 --> 00:25:41,118 Sebenarnya, Walter jemput saya untuk terus berada di sini. 364 00:25:42,082 --> 00:25:43,082 Benarkah? 365 00:25:44,793 --> 00:25:47,503 Ada kemungkinan saya boleh masuk ke dalam minda Blackstar, 366 00:25:48,004 --> 00:25:49,174 mencari memorinya. 367 00:25:49,256 --> 00:25:50,086 Dia dah mati. 368 00:25:50,173 --> 00:25:53,973 Mungkin saya boleh bangkitkan semula bahagian hipokampus dan korteksnya 369 00:25:54,052 --> 00:25:56,052 jika Barnabas bina semula kawasan terjejas. 370 00:25:56,680 --> 00:25:59,350 Maksudnya, awak perlukan saya. 371 00:26:09,943 --> 00:26:12,283 Dia buat kita macam halimunan. 372 00:26:12,779 --> 00:26:13,779 Patutkah dia? 373 00:26:15,407 --> 00:26:20,077 Kita akan dapat kerja. Ia perlukan masa. 374 00:26:21,746 --> 00:26:24,996 Masa takkan ubah sikap orang yang menawarkan pekerjaan. 375 00:26:26,084 --> 00:26:27,964 Itu dah cukup. Terima kasih. 376 00:26:28,461 --> 00:26:30,171 Apa awak buat di sini? 377 00:26:30,255 --> 00:26:32,795 Mereka tetamu! Layan mereka baik-baik. 378 00:26:32,882 --> 00:26:33,932 Tak apa, Puan Small. 379 00:26:34,009 --> 00:26:35,719 Ia tak okey di rumah saya. 380 00:26:35,802 --> 00:26:38,642 Birdie, boleh tinggalkan kami sebentar? 381 00:26:40,265 --> 00:26:45,145 Saya akan bancuh teh lagi. Jaga adab kamu. 382 00:26:51,693 --> 00:26:52,653 Betul cakap dia. 383 00:26:53,987 --> 00:26:55,987 Apa awak buat di sini? 384 00:26:58,074 --> 00:27:00,664 - Dah dapat kerja? - Kalau dah, buat apa kami datang? 385 00:27:00,744 --> 00:27:03,164 Okey. Bawa bertenang, semua. 386 00:27:03,246 --> 00:27:04,456 Saya tak kenal awak. 387 00:27:05,081 --> 00:27:07,671 Kalau nak bertenang, apa kata awak keluar? 388 00:27:07,751 --> 00:27:10,301 Ini bukan tentang saya, tapi anak awak. 389 00:27:10,378 --> 00:27:12,878 - Saya? - Dia ada masalah? 390 00:27:12,964 --> 00:27:15,514 Tidak. Tiada masalah. Ini satu peluang. 391 00:27:16,509 --> 00:27:19,139 - Kami nak awak turut serta. - Apa? 392 00:27:19,846 --> 00:27:23,516 Ekspedisi. Kami akan dapatkan bot dan kru di Maghribi. 393 00:27:23,600 --> 00:27:25,350 - Maghribi? - Dengar dulu. 394 00:27:25,435 --> 00:27:29,605 Saya jahil tentang laut dan tak perlukan bantuan, En. Sampson. 395 00:27:29,689 --> 00:27:32,359 Dengar, awak yang bantu saya. Saya perlukan… 396 00:27:33,735 --> 00:27:36,145 Saya perlukan orang yang boleh diharap. 397 00:27:36,237 --> 00:27:38,867 Awak nak ke mana selepas tinggalkan Maghribi? 398 00:27:39,574 --> 00:27:40,534 Ia adalah… 399 00:27:40,617 --> 00:27:41,987 - Itu rahsia. - Kenapa? 400 00:27:45,580 --> 00:27:48,210 Sebab semua orang akan cuba mengatasi kita. 401 00:27:49,334 --> 00:27:50,424 Saya tak nak ikut. 402 00:27:50,502 --> 00:27:55,422 Saya akan bayar upah enam bulan. Sebanyak pendapatan bekerja di kilang. 403 00:27:55,507 --> 00:27:58,177 Ya. Tambahan, apa saja yang kita akan jumpa, 404 00:27:58,259 --> 00:28:00,759 ia akan dibahagi sama rata. 405 00:28:02,347 --> 00:28:03,717 Ya, dibahagi sama rata. 406 00:28:07,769 --> 00:28:08,729 Ia berbahaya? 407 00:28:08,812 --> 00:28:09,982 - Tak. - Mungkin. Tak. Ya. 408 00:28:10,063 --> 00:28:12,073 - Mungkin juga. - Sedikit. 409 00:28:13,233 --> 00:28:14,863 Tapi, selepas menemuinya, 410 00:28:14,943 --> 00:28:18,703 kita boleh upah semua pekerja kilang, termasuk ayah awak. 411 00:28:20,073 --> 00:28:21,163 Macam mana? 412 00:28:21,658 --> 00:28:23,078 Peluang seumur hidup. Ayuh. 413 00:28:32,460 --> 00:28:33,590 Ayuhlah. 414 00:28:35,380 --> 00:28:38,380 Keluarga saya perlukan saya di sini. Awak tahu jalan keluar. 415 00:28:38,466 --> 00:28:41,216 - Fitz, awak tak faham. - Jangan sentuh. 416 00:28:41,302 --> 00:28:43,392 - Itu keputusan dia. - Okey, Shel… 417 00:28:43,471 --> 00:28:45,971 - Ini peluang seumur hidup. - Ayuh, Shel. 418 00:28:46,057 --> 00:28:48,137 - Keluar dari sini! - Ayuh. Mari. 419 00:29:11,207 --> 00:29:13,587 Dia masih berani tunjuk muka di sini. 420 00:29:13,668 --> 00:29:15,708 Ya. Dia memang berani, 421 00:29:15,795 --> 00:29:19,415 datang ke sini dan beri awak peluang seumur hidup. 422 00:29:23,386 --> 00:29:24,966 Bukankah ayah halau mereka? 423 00:29:25,054 --> 00:29:27,564 Awak tak buka aib sendiri depan orang luar 424 00:29:27,640 --> 00:29:31,230 dan sesiapa yang masuk ke rumah kita ialah orang luar 425 00:29:31,311 --> 00:29:32,851 seperti mak awak kata. 426 00:29:33,646 --> 00:29:36,516 Ayah nak saya kerja semula dengan lelaki yang rampas segalanya? 427 00:29:36,608 --> 00:29:39,108 Ayah dia yang pecah amanah. 428 00:29:40,069 --> 00:29:42,069 Anak dia cuba betulkan keadaan. 429 00:29:43,823 --> 00:29:47,243 - Tak sangka ayah nak saya terima. - Ayah nak awak fikir. 430 00:29:48,369 --> 00:29:52,579 Bukan berlandaskan kemarahan. 431 00:29:54,417 --> 00:29:58,417 Ayah nak awak fikir dengan waras, seperti yang ayah dan mak ajar. 432 00:29:59,339 --> 00:30:03,589 Tiada apa di sini untuk awak, nak. Tiada kerja, tiada… 433 00:30:03,676 --> 00:30:06,506 - Ayah kata kita akan dapat kerja. - Apa lagi ayah nak cakap? 434 00:30:07,680 --> 00:30:11,020 Ia cukup teruk semasa negara ini stabil, 435 00:30:11,100 --> 00:30:13,060 tapi kini keadaan terlalu sukar 436 00:30:13,144 --> 00:30:16,064 bagi orang kulit Hitam untuk cari pekerjaan. 437 00:30:24,656 --> 00:30:25,866 Kita perlu masuk semula. 438 00:30:26,825 --> 00:30:28,615 Kita perlu berterus terang. 439 00:30:29,536 --> 00:30:32,906 Awak rasa itu membantu? Mungkin kita akan dianggap gila. 440 00:30:34,040 --> 00:30:35,460 Kita perlukan dia, George. 441 00:30:36,918 --> 00:30:41,128 Kalau dah takdir, takkan ke mana. Kalau tak, apa gunanya, bukan? 442 00:30:46,845 --> 00:30:49,715 Saya setuju. Tapi saya nak upah dibayar dahulu. 443 00:30:49,806 --> 00:30:52,886 - Okey. - Untuk keluarga, jika sesuatu berlaku. 444 00:30:52,976 --> 00:30:56,056 Semuanya akan okey, Fitz. Saya janji. 445 00:30:56,729 --> 00:30:58,439 Bayar dulu, semuanya. 446 00:31:06,239 --> 00:31:08,619 Siapa sangka? 447 00:31:11,536 --> 00:31:13,826 Mungkin benar awak tak gila. 448 00:31:14,706 --> 00:31:15,616 Baiklah. 449 00:31:22,839 --> 00:31:23,839 Terima kasih, puan. 450 00:31:29,846 --> 00:31:30,716 Jadi… 451 00:31:32,682 --> 00:31:34,812 Saya tak jumpa ayah saya sejak 12 tahun. 452 00:31:34,893 --> 00:31:36,603 - Awak pasti? - Ya. 453 00:31:37,437 --> 00:31:38,267 Percayalah. 454 00:31:38,813 --> 00:31:39,903 Percayakan awak? 455 00:31:39,981 --> 00:31:43,281 Kenapa? Awak bukanlah rakyat yang boleh dicontohi. 456 00:31:45,778 --> 00:31:48,488 Ayah tinggalkan saya ketika saya masih kecil. 457 00:31:49,616 --> 00:31:51,736 Walau apa pun tanggapan awak tentang saya, 458 00:31:52,869 --> 00:31:54,499 ia tiada kaitan dengan dia. 459 00:31:58,750 --> 00:32:02,960 Bukan awak saja yang disakiti. Dia kawan saya. 460 00:32:03,630 --> 00:32:05,420 Lebih lagi. Dia seperti keluarga. 461 00:32:06,799 --> 00:32:08,839 Saya tak sangka dia akan berpaling tadah. 462 00:32:11,721 --> 00:32:15,221 Mak saya cakap awak yang berpaling tadah. 463 00:32:17,560 --> 00:32:18,390 Ya? 464 00:32:22,398 --> 00:32:25,568 Kita semua melihat dunia dari sudut pandangan sendiri… 465 00:32:25,652 --> 00:32:27,032 Saya melihat situasi sebenar. 466 00:32:33,034 --> 00:32:34,374 Saya perlu jumpa dia 467 00:32:35,370 --> 00:32:37,370 sebelum keadaan jadi tak terkawal. 468 00:32:37,455 --> 00:32:39,575 Saya tak tahu dia di mana. 469 00:32:39,666 --> 00:32:41,666 Ya? Mungkin benda itu tahu. 470 00:32:42,418 --> 00:32:44,338 Awak ingat saya tak pernah terfikir? 471 00:32:49,968 --> 00:32:50,838 Tunjukkan. 472 00:32:58,476 --> 00:32:59,726 Bawa kami jumpa ayah. 473 00:33:16,327 --> 00:33:18,707 - Dia tiada di sini, ya? - Saya dah kata. 474 00:33:20,748 --> 00:33:21,958 Adakah ini gurauan? 475 00:33:22,041 --> 00:33:23,791 Ya. 476 00:33:24,585 --> 00:33:29,255 Setiap kali saya minta jumpa ayah, ia bawa saya ke kelab tarian bogel. 477 00:33:29,340 --> 00:33:31,550 Mesti dia ingat ini rusuhan sebenar. 478 00:33:31,634 --> 00:33:34,104 - Jaga mulut awak, nak. - Saya bukan anak awak 479 00:33:34,178 --> 00:33:36,178 dan saya bukan ayah saya. 480 00:33:36,264 --> 00:33:40,314 Saya abaikan kesalahan awak kerana menghormati ayah awak yang dulu. 481 00:33:40,393 --> 00:33:42,443 Jika dia cari awak, beritahu saya. 482 00:33:57,910 --> 00:34:02,370 Saya perlukan awak, Shel, di sini, bersama saya 483 00:34:02,457 --> 00:34:05,787 supaya mereka bersetuju dengan saya. 484 00:34:07,670 --> 00:34:10,300 Apa awak buat? Bersiar-siar dengan kawan awak. 485 00:34:10,381 --> 00:34:11,801 - Cuba faham… - Ia dah berakhir. 486 00:34:12,633 --> 00:34:15,143 Awak tak datang. Mereka undi singkirkan kita. 487 00:34:17,805 --> 00:34:20,765 Mereka nak jual syarikat dengan harga murah. 488 00:34:23,061 --> 00:34:25,021 Kita bertuah kalau dapat kekalkan rumah. 489 00:34:28,691 --> 00:34:30,071 Itu tak penting. 490 00:34:30,777 --> 00:34:32,817 - Shel… - Semua itu tak penting. 491 00:34:32,904 --> 00:34:35,074 - Boleh tinggalkan kami? - Ya. 492 00:34:35,156 --> 00:34:36,656 - Tolonglah. - Saya di luar. 493 00:34:39,494 --> 00:34:41,504 Walt, saya tahu awak marah saya. 494 00:34:42,580 --> 00:34:45,370 Tapi dengar dulu, okey? 495 00:34:46,959 --> 00:34:47,789 Okey. 496 00:34:48,377 --> 00:34:49,297 Cakap. 497 00:34:51,881 --> 00:34:53,551 Saya dapat bayangan lagi 498 00:34:54,092 --> 00:34:55,642 semasa di Kansas. 499 00:34:57,386 --> 00:34:59,346 Tapi saya nampak sesuatu di sana. 500 00:35:00,223 --> 00:35:01,183 Saya nampak… 501 00:35:02,600 --> 00:35:06,150 Saya nampak koordinat di tengah-tengah Atlantik. 502 00:35:06,229 --> 00:35:07,609 - Koordinat? - Ya. 503 00:35:08,439 --> 00:35:09,269 Ke mana? 504 00:35:10,858 --> 00:35:11,818 Saya tak tahu. 505 00:35:13,152 --> 00:35:15,152 Saya tak tahu. Tapi ada sesuatu di sana. 506 00:35:15,238 --> 00:35:17,698 Ada sesuatu yang akan ubah hidup kita. 507 00:35:20,243 --> 00:35:22,043 - Hidup kita? - Ya. 508 00:35:23,162 --> 00:35:25,752 Saya nak awak ikut saya. 509 00:35:27,416 --> 00:35:28,536 Saya perlukan awak. 510 00:35:32,922 --> 00:35:34,092 Bagaimana rasanya? 511 00:35:35,424 --> 00:35:38,014 - Perlukan abang awak. - Ayuhlah. Awak tak dengar. 512 00:35:38,094 --> 00:35:41,564 Saya cuma minta awak berada di sini hari ini, Shel. 513 00:35:41,639 --> 00:35:43,639 - Saya perlukan awak… - Itu tak penting. 514 00:35:46,978 --> 00:35:48,308 Semua itu tak penting. 515 00:35:54,318 --> 00:35:55,568 Ia penting bagi saya. 516 00:36:36,068 --> 00:36:38,148 Awak pasti awak tak ada kuasa? 517 00:36:39,447 --> 00:36:41,987 Esok pasti ada lebam untuk buktikannya. 518 00:36:43,367 --> 00:36:44,197 Maaf. 519 00:36:48,915 --> 00:36:50,705 Ayah awak jumpa saya hari ini. 520 00:36:54,754 --> 00:36:55,924 Tak guna. 521 00:36:58,591 --> 00:36:59,761 Apa awak buat? 522 00:37:00,468 --> 00:37:02,798 - Inilah cara ia selalu bermula. - Hei… 523 00:37:02,887 --> 00:37:07,267 Berbual mesra dan sedikit demi sedikit, dia akan menakutkan awak 524 00:37:07,350 --> 00:37:08,890 sehingga awak sedar 525 00:37:10,853 --> 00:37:12,103 yang ia tak berbaloi. 526 00:37:12,188 --> 00:37:14,268 Dia tak datang kerana awak. 527 00:37:17,735 --> 00:37:18,565 Betulkah? 528 00:37:21,781 --> 00:37:23,781 Saya rasa dia tak tahu pun tentang… 529 00:37:25,826 --> 00:37:26,946 apa pun ini. 530 00:37:28,579 --> 00:37:30,079 Apa yang dia mahu? 531 00:37:30,706 --> 00:37:32,416 Dia nak cari ayah saya. 532 00:37:36,921 --> 00:37:38,301 Apa awak beritahu dia? 533 00:37:39,298 --> 00:37:40,168 Kebenaran. 534 00:37:42,718 --> 00:37:43,588 Kebanyakannya. 535 00:37:45,137 --> 00:37:46,757 Untuk pengetahuan awak, 536 00:37:47,515 --> 00:37:49,175 saya tak takut ayah awak. 537 00:38:26,220 --> 00:38:28,220 Sheldon beritahu apa awak cakap. 538 00:38:31,142 --> 00:38:32,942 Agak keras, bukan? 539 00:38:35,146 --> 00:38:36,396 Dia perlu dengar 540 00:38:38,190 --> 00:38:39,940 daripada seseorang yang peduli. 541 00:38:42,695 --> 00:38:43,985 Awak tahu saya peduli. 542 00:38:45,656 --> 00:38:47,826 Pelik cara awak menunjukkannya. 543 00:38:49,910 --> 00:38:51,580 Kejujuran adalah permainan, bukan? 544 00:38:52,747 --> 00:38:53,657 Okey. 545 00:39:08,054 --> 00:39:10,144 Susah nak ambil berat tentang seseorang 546 00:39:10,222 --> 00:39:13,142 yang benar-benar buat awak rasa cemburu. 547 00:39:17,396 --> 00:39:19,516 Dia sakit, George. 548 00:39:22,151 --> 00:39:23,071 Awak pula… 549 00:39:23,819 --> 00:39:26,449 Awak sokong delusinya 550 00:39:27,198 --> 00:39:29,078 seperti ia sukan atau sesuatu. 551 00:39:33,579 --> 00:39:36,459 Syarikat Keluli Sampson hancur apabila ayah awak mati. 552 00:39:36,540 --> 00:39:39,250 - Apa? - Berpaut dengannya ialah delusi awak. 553 00:39:39,335 --> 00:39:42,165 Apa awak tahu tentang menyelamatkan perniagaan? 554 00:39:42,254 --> 00:39:45,094 Semua yang awak miliki adalah diwarisi. 555 00:39:45,174 --> 00:39:46,224 Budak angkuh… 556 00:39:46,300 --> 00:39:50,680 Ini bukan tentang selamatkan kilang, Walt. Ini untuk selamatkan diri awak. 557 00:39:52,765 --> 00:39:55,305 Sheldon cuba buat perkara sama dengan cara sendiri. 558 00:39:59,105 --> 00:40:00,305 Awak percayakan dia? 559 00:40:02,691 --> 00:40:03,821 Bayangan dia? 560 00:40:07,530 --> 00:40:12,160 Awak percaya ada sesuatu di tengah-tengah lautan itu? 561 00:40:14,745 --> 00:40:15,995 Saya tak tahu. 562 00:40:17,748 --> 00:40:19,958 Saya cuma tahu dia perlukannya. 563 00:40:21,293 --> 00:40:24,213 Dia perlukan perjalanan ini untuk pulih. 564 00:40:28,551 --> 00:40:30,511 Mungkin bukan dia seorang saja. 565 00:40:48,237 --> 00:40:50,657 Tunggu. Satu persatu. Awak nak saya ke mana? 566 00:40:50,739 --> 00:40:53,239 Maghribi. Kita mungkin akan jumpa kapal di sana. 567 00:40:53,325 --> 00:40:56,285 Walt setuju? 568 00:40:56,370 --> 00:41:00,000 Mulanya, tidak. Saya ingat ia akan dibatalkan, 569 00:41:00,082 --> 00:41:02,082 tapi George berjaya yakinkan dia. 570 00:41:02,168 --> 00:41:04,458 Saya tak tahu apa nak buat tanpa George. 571 00:41:05,463 --> 00:41:07,133 Sheldon, berhenti. 572 00:41:07,923 --> 00:41:11,013 Awak kata semuanya akan okey. 573 00:41:11,969 --> 00:41:15,309 - Awak kata awak okey. - Ya. 574 00:41:15,389 --> 00:41:17,769 Semua ini benar. Semuanya. 575 00:41:18,350 --> 00:41:21,060 Awak ada nampak saya… 576 00:41:23,230 --> 00:41:24,520 dalam bayangan awak? 577 00:41:25,524 --> 00:41:26,534 Saya ada di sana? 578 00:41:50,841 --> 00:41:51,841 Tidak, Jane. 579 00:42:03,812 --> 00:42:06,982 Apa awak fikir selepas Jane tinggalkan awak? Naratif awak? 580 00:42:08,984 --> 00:42:10,194 Itu adalah hukuman 581 00:42:11,820 --> 00:42:13,410 kerana saya tak cukup bagus. 582 00:42:14,198 --> 00:42:17,198 - Bukan itu dia yang dia cakap, bukan? - Saya faham. 583 00:42:18,160 --> 00:42:22,370 Kod ialah simbol budak baik dan kita tak boleh lari daripada ajal atau tragedi. 584 00:42:22,456 --> 00:42:23,416 Saya bukan naif. 585 00:42:24,083 --> 00:42:25,043 Tapi? 586 00:42:26,377 --> 00:42:29,167 Tapi dulu dunia tak sekejam ini. 587 00:42:29,255 --> 00:42:33,875 Dulu, jika awak beri anak-anak semua yang diperlukan, mereka akan okey. 588 00:42:35,803 --> 00:42:38,813 Awak melindungi negara, mereka panggil awak wira. 589 00:42:38,889 --> 00:42:43,479 Dunia ini sentiasa huru-hara dan mengarut, kawan. 590 00:42:44,687 --> 00:42:46,357 Kepercayaan buat awak berharap. 591 00:42:46,438 --> 00:42:50,648 "Jika saya baik, perkara buruk takkan berlaku kepada saya atau insan tersayang." 592 00:42:50,734 --> 00:42:55,784 Ia gagasan yang awak bina sekian lama untuk melindungi diri daripada realiti. 593 00:42:55,864 --> 00:42:58,954 Tapi realiti sentiasa menang, 594 00:42:59,535 --> 00:43:02,075 tak kira betapa hebat kita menentangnya. 595 00:43:02,162 --> 00:43:03,002 Maksud awak? 596 00:43:03,080 --> 00:43:05,460 Tiada perbezaan antara betul dan salah? 597 00:43:05,541 --> 00:43:08,001 Prinsip moral adalah latihan intelektual? 598 00:43:08,085 --> 00:43:08,995 Tidak. 599 00:43:10,087 --> 00:43:14,167 Maksud saya, awak hidup dalam dunia ciptaan sendiri, 600 00:43:14,842 --> 00:43:17,552 dunia hitam dan putih, baik dan jahat 601 00:43:17,636 --> 00:43:20,176 dan kebanyakan masa, ia dah melindungi awak. 602 00:43:22,057 --> 00:43:22,887 Tapi? 603 00:43:23,392 --> 00:43:26,812 Tapi ia tak menunjukkan dunia sebenar 604 00:43:26,895 --> 00:43:29,475 dan cara majoriti orang hidup 605 00:43:30,899 --> 00:43:32,989 dalam kekaburan moral. 606 00:43:43,329 --> 00:43:46,539 Malangnya, kita perlu sambung minggu depan. 607 00:43:47,124 --> 00:43:48,044 Okey. 608 00:43:51,587 --> 00:43:52,917 Terima kasih, Jack. 609 00:43:54,548 --> 00:43:57,218 Kadangkala, saya rasa cuma awak yang faham. 610 00:43:58,719 --> 00:44:02,349 Bukankah menarik apabila orang yang menasihati awak 611 00:44:02,431 --> 00:44:05,271 ialah orang yang dah 20 tahun cuba bunuh awak? 612 00:44:06,852 --> 00:44:09,652 Sejujurnya, Jack. Tiada sesiapa yang faham saya. 613 00:44:09,730 --> 00:44:11,610 PENJENAYAH GENIUS JACK HOBBS MERINGKUK DI SUPERMAX 614 00:44:12,650 --> 00:44:15,650 Awak tahu di mana nak cari saya. 615 00:46:43,383 --> 00:46:46,303 Terjemahan sari kata oleh Bibi Ellyvine