1 00:01:28,000 --> 00:01:30,000 =Little Mom= 2 00:01:32,915 --> 00:01:34,624 Jalan buntu. 3 00:01:36,001 --> 00:01:37,960 Di situlah saya sekarang. 4 00:01:41,673 --> 00:01:45,132 Apa yang awak akan buat kalau jadi saya? 5 00:01:46,386 --> 00:01:47,845 Minta tolong? 6 00:01:48,847 --> 00:01:50,138 Kepada siapa? 7 00:01:51,800 --> 00:01:53,240 Dia dah pergi. 8 00:01:53,667 --> 00:01:58,167 Tinggalkan saya sendirian hadapi saat sukar dalam hidup. 9 00:02:01,734 --> 00:02:03,151 Bagaimana sekarang? 10 00:02:06,125 --> 00:02:07,333 Saya... 11 00:02:10,242 --> 00:02:12,170 Saya mahu cuba hubungi Yuda lagi, ayah. 12 00:02:12,250 --> 00:02:13,458 Jangan! 13 00:02:14,746 --> 00:02:16,372 Jangan cuba hubungi dia lagi. 14 00:02:18,625 --> 00:02:20,750 Dia tak mahu bertanggungjawab. 15 00:02:22,128 --> 00:02:24,088 Dia sengaja lari. 16 00:02:25,833 --> 00:02:27,375 Beritahu saya. 17 00:02:27,917 --> 00:02:30,462 Bagaimana awak mahu terus bersekolah jika hamil? 18 00:02:30,542 --> 00:02:32,587 Awak rasa dalam negara ini... 19 00:02:32,667 --> 00:02:35,501 ada sekolah yang akan terima pelajar hamil? 20 00:02:37,810 --> 00:02:39,644 Bagaimana dengan pelajaran awak? 21 00:02:40,146 --> 00:02:41,312 Ada anak... 22 00:02:41,750 --> 00:02:45,125 dan belajar bidang perubatan dengan jadual padat, kemudian apa? 23 00:02:46,792 --> 00:02:48,125 Awak fikir... 24 00:02:48,917 --> 00:02:51,958 membesarkan dan menjaga anak itu mudah? 25 00:02:53,916 --> 00:02:56,125 Ia tak berpenghujung, Naura. 26 00:02:58,121 --> 00:03:01,003 Awak akan kehilangan tenaga, masa. 27 00:03:01,083 --> 00:03:03,212 Wang awak! Semuanya! 28 00:03:03,292 --> 00:03:04,834 Tanya ibu awak. 29 00:03:06,671 --> 00:03:10,796 Kami membesarkan awak dengan sangat berhati-hati. 30 00:03:12,176 --> 00:03:13,510 Penuh dengan kasih sayang. 31 00:03:14,417 --> 00:03:17,834 Kami jaga awak sehabis baik, tapi ini masih berlaku. 32 00:03:18,683 --> 00:03:21,016 Kami gagal sebagai ibu bapa. Kami gagal! 33 00:03:25,105 --> 00:03:26,189 Dan awak. 34 00:03:27,441 --> 00:03:29,108 Awak baru 16 tahun, Naura. 35 00:03:30,027 --> 00:03:32,027 16 tahun, Naura! 36 00:03:32,542 --> 00:03:33,917 Oh Tuhan. 37 00:03:37,576 --> 00:03:39,535 Apa akan berlaku jika orang tahu? 38 00:03:40,250 --> 00:03:41,500 Memalukan. 39 00:03:43,957 --> 00:03:46,124 Awak benar-benar dah kecewakan kami. 40 00:03:48,208 --> 00:03:49,291 Dan awak. 41 00:03:50,630 --> 00:03:53,547 Awak dah hancurkan masa depan awak sendiri, Naura. 42 00:03:55,092 --> 00:03:57,010 Maafkan saya, ayah. 43 00:03:58,542 --> 00:04:00,792 Maafkan saya. 44 00:04:01,849 --> 00:04:03,974 Saya menyesal semuanya, ayah. 45 00:04:15,750 --> 00:04:17,333 Hari itu... 46 00:04:17,833 --> 00:04:22,875 adalah kali pertama saya lihat ayah betul-betul marah pada saya. 47 00:04:23,870 --> 00:04:24,870 Ibu? 48 00:04:28,750 --> 00:04:30,000 Ibu. 49 00:04:31,042 --> 00:04:33,416 Tolong maafkan saya. 50 00:04:33,796 --> 00:04:35,422 Saya menyesal. 51 00:04:41,625 --> 00:04:44,083 Itu juga pertama kali... 52 00:04:45,875 --> 00:04:49,584 saya lihat ibu tak mahu memandang saya. 53 00:04:58,625 --> 00:05:03,587 ♪Kita terpesona dalam saat itu♪ 54 00:05:03,680 --> 00:05:08,360 ♪Semuanya berlaku dengan pantas♪ 55 00:05:08,417 --> 00:05:10,460 ♪Kita masih muda♪ 56 00:05:10,540 --> 00:05:12,165 Saya marah. 57 00:05:12,500 --> 00:05:14,959 Tapi saya tak tahu saya marah pada siapa. 58 00:05:15,583 --> 00:05:19,750 Saya mahu salahkan seseorang, tapi tak tahu mahu salahkan sesiapa. 59 00:05:20,257 --> 00:05:23,219 Kecuali diri sendiri. 60 00:05:23,299 --> 00:05:25,599 ♪Semuanya dah berlaku♪ 61 00:05:25,680 --> 00:05:28,320 ♪Lupakan impian♪ 62 00:05:28,417 --> 00:05:30,754 ♪Masa depan♪ 63 00:05:30,834 --> 00:05:32,834 ♪Dan hadapi♪ 64 00:05:33,603 --> 00:05:34,687 Naura? 65 00:05:36,606 --> 00:05:37,606 Keenan. 66 00:05:38,441 --> 00:05:39,608 Awak tak apa-apa? 67 00:05:40,402 --> 00:05:42,319 Nampak seperti awak baru menangis. 68 00:05:43,571 --> 00:05:44,655 Saya tak apa-apa. 69 00:05:45,615 --> 00:05:46,615 Awak pasti? 70 00:05:47,283 --> 00:05:49,201 Dah beberapa hari awak tak datang sekolah. 71 00:05:49,702 --> 00:05:50,827 Katanya awak sakit. 72 00:05:51,496 --> 00:05:52,662 Saya dah sembuh. 73 00:05:53,414 --> 00:05:54,706 Saya masuk kelas dulu. 74 00:05:55,082 --> 00:05:56,082 Naura. 75 00:05:58,752 --> 00:05:59,878 Saya minta maaf. 76 00:06:00,542 --> 00:06:02,459 Kerana bergaduh di parti, di depan awak. 77 00:06:03,458 --> 00:06:05,208 -Ya. -Naura! 78 00:06:06,960 --> 00:06:10,040 Saya rindukan awak! 79 00:06:10,125 --> 00:06:11,712 Ke mana awak pergi? 80 00:06:11,792 --> 00:06:13,042 Ya, ke mana awak pergi? 81 00:06:13,374 --> 00:06:16,129 Betulkah awak sakit? 82 00:06:16,209 --> 00:06:17,545 Kami risau. 83 00:06:17,625 --> 00:06:19,753 Ya. Beritahu kami. 84 00:06:19,833 --> 00:06:21,791 Kenapa Yuda tiba-tiba pindah ke Jepun? 85 00:06:22,108 --> 00:06:24,836 Semua orang bercakap tentangnya, termasuk cikgu-cikgu. 86 00:06:24,916 --> 00:06:28,208 Yuda beritahu awak rancangannya untuk pindah ke Jepun? 87 00:06:28,625 --> 00:06:29,794 Ya, dia beritahu? 88 00:06:29,874 --> 00:06:33,046 Pelik rasanya dia pindah ke Jepun. 89 00:06:33,126 --> 00:06:35,626 Dia akan direkrut sebagai atlet profesional. 90 00:06:35,958 --> 00:06:37,917 Kenapa dia lepaskan semua itu? 91 00:06:41,250 --> 00:06:42,291 Kenapa awak tak jawab? 92 00:06:43,042 --> 00:06:44,042 Ya, kenapa? 93 00:06:44,750 --> 00:06:47,130 Saya tak tahu. Saya dah putus dengannya. 94 00:06:47,210 --> 00:06:48,585 Kami tak berhubung lagi. 95 00:06:51,666 --> 00:06:52,666 Naura! 96 00:06:53,750 --> 00:06:56,500 Yuda pindah ke Jepun dan dia putus dengan Naura! 97 00:06:56,833 --> 00:06:59,670 Berita tergempar pagi-pagi ini. 98 00:06:59,750 --> 00:07:03,500 Celine, Naura dah patah hati. Gembiralah! 99 00:07:04,417 --> 00:07:07,297 Hei, kenapa awak nampak marah? 100 00:07:07,377 --> 00:07:09,919 Kerana jika Naura tiada kekasih... 101 00:07:10,750 --> 00:07:12,833 lebih mudah untuk Keenan dekati dia. 102 00:07:14,283 --> 00:07:15,545 Apa maksud awak? 103 00:07:15,625 --> 00:07:17,167 Keenan suka Naura. 104 00:07:19,000 --> 00:07:20,292 Awak hubungi siapa? 105 00:07:21,333 --> 00:07:22,333 Yuda. 106 00:07:22,583 --> 00:07:26,465 Nombor yang anda hubungi tiada dalam liputan. 107 00:07:26,545 --> 00:07:28,337 Sila cuba sebentar lagi. 108 00:07:29,840 --> 00:07:31,632 Telefonnya dimatikan. 109 00:07:32,259 --> 00:07:35,051 Dia membuatkan saya sukar dapatkan Keenan. 110 00:07:37,125 --> 00:07:38,500 Apa yang awak taip? 111 00:07:38,916 --> 00:07:40,166 Sedang emel Yuda. 112 00:07:43,061 --> 00:07:45,895 (Tokyo, Japan) 113 00:07:56,125 --> 00:07:57,337 (Hai, Yuda. Kenapa matikan telefon?) 114 00:07:57,417 --> 00:07:58,829 (Saya dengar awak pindah ke Japan. Kenapa tiba-tiba?) 115 00:07:58,909 --> 00:08:00,212 (Naura kata kamu dah putus. Betulkah?) 116 00:08:00,292 --> 00:08:03,709 Saya cuba lihat reaksinya. 117 00:08:04,332 --> 00:08:06,420 Untuk lihat dia berjuang untuk Naura atau apa-apa sajalah. 118 00:08:06,500 --> 00:08:07,920 (Saya tak mahu masuk campur, tapi nampaknya Keenan...) 119 00:08:08,000 --> 00:08:09,167 (cuba dekati Naura. Tak mengapa?) 120 00:08:12,297 --> 00:08:13,297 Yuda dah balas. 121 00:08:14,875 --> 00:08:15,962 (Sayangku Naura, maaf kerana pergi tanpa ucap selamat tinggal.) 122 00:08:16,042 --> 00:08:17,847 (Maaf kerana tinggalkan awak. Saya tak dapat tangani situasi kita.) 123 00:08:17,927 --> 00:08:19,753 (Demi kebaikan awak, tolong jauhkan diri daripada pembuat masalah itu.) 124 00:08:19,833 --> 00:08:21,999 Yuda salah hantar emelkah? 125 00:08:26,083 --> 00:08:27,503 (Yuda, awak mahu hantar mesej itu pada saya? Mahu saya beritahu Naura?) 126 00:08:27,583 --> 00:08:29,791 Saya hantar pada Celine? Oh, tidak. 127 00:08:35,833 --> 00:08:37,033 (Tak perlu. Padam saja.) 128 00:08:37,113 --> 00:08:39,712 (Mulai sekarang, saya tiada hubungan dengan Naura atau awak. Maaf.) 129 00:08:39,792 --> 00:08:40,792 Tunggu. 130 00:08:41,292 --> 00:08:42,875 Cuba lihat emel pertamanya. 131 00:08:43,875 --> 00:08:46,125 "Saya cuma tak dapat tangani situasi kita." 132 00:08:46,542 --> 00:08:47,667 Apa maksudnya? 133 00:08:48,083 --> 00:08:49,083 Entah. 134 00:08:49,708 --> 00:08:52,125 Tapi saya rasa itu masalah besar. 135 00:08:55,922 --> 00:08:56,922 Keenan! 136 00:08:59,208 --> 00:09:01,208 Awak tahu Yuda dah tiada, bukan? 137 00:09:01,750 --> 00:09:03,584 Pasukan kami perlukan ahli baru. 138 00:09:04,125 --> 00:09:06,208 Saya nampak awak bermain dengan Yuda... 139 00:09:06,542 --> 00:09:09,000 dan saya perasan awak ada bakat dan kemahiran. 140 00:09:09,583 --> 00:09:12,375 Saya mahu awak sertai pasukan saya. 141 00:09:17,167 --> 00:09:18,208 Bagaimana? 142 00:09:19,917 --> 00:09:22,709 Awak tak mahu jadi lebih baik? 143 00:09:23,958 --> 00:09:25,667 Awak ada motivasi? 144 00:09:28,036 --> 00:09:29,419 Ya, jurulatih. Baik. 145 00:09:29,499 --> 00:09:30,671 -Baik. -Saya mahu. 146 00:09:30,751 --> 00:09:31,751 Bagus. 147 00:09:32,540 --> 00:09:33,749 -Pergilah. -Baik. 148 00:09:37,458 --> 00:09:41,084 (Yuda, apa saya perlu buat? Saya bingung.) 149 00:09:43,375 --> 00:09:47,545 Nombor yang anda hubungi tak aktif atau di luar liputan. 150 00:09:47,625 --> 00:09:49,250 Sila cuba sebentar lagi. 151 00:09:51,583 --> 00:09:52,749 Yuda. 152 00:09:53,208 --> 00:09:58,333 Hingga sekarang, saya masih tak percaya awak tiada di sisi saya. 153 00:09:59,792 --> 00:10:03,542 Salahkah saya berharap awak kembali? 154 00:10:11,208 --> 00:10:12,500 Awak tahukah? 155 00:10:13,625 --> 00:10:15,791 Saya takut untuk balik ke rumah. 156 00:10:18,710 --> 00:10:21,252 Saya takut pada ibu bapa saya. 157 00:10:23,000 --> 00:10:26,083 Saya tak sanggup lihat kekecewaan mereka. 158 00:10:30,875 --> 00:10:32,083 Awak tahukah? 159 00:10:33,349 --> 00:10:36,349 Saya harap ada jalan keluar daripada semua ini. 160 00:10:37,311 --> 00:10:39,187 Tapi saya tak tahu. 161 00:10:41,542 --> 00:10:44,625 Saya hanya boleh berlari tanpa tujuan sekarang. 162 00:10:46,042 --> 00:10:47,542 Sambil berharap... 163 00:10:48,542 --> 00:10:50,917 jika awak tak mahu jumpa saya... 164 00:10:52,167 --> 00:10:55,126 atau ibu bapa saya tak mahu lihat saya, 165 00:10:56,120 --> 00:11:00,246 masih ada orang lain yang mahu menghulurkan tangan kepada saya. 166 00:11:16,167 --> 00:11:17,333 Yuda. 167 00:11:18,333 --> 00:11:19,958 Saya sendirian. 168 00:11:21,500 --> 00:11:25,795 Sendirian dalam hujan yang buat saya rasa lebih baik sedikit. 169 00:11:25,875 --> 00:11:28,750 Kerana saya tak menangis sendirian. 170 00:11:52,708 --> 00:11:53,958 Sekarang... 171 00:11:54,718 --> 00:11:57,094 untuk apa saya hidup? 172 00:11:59,708 --> 00:12:00,708 Naura! 173 00:12:02,208 --> 00:12:03,208 Naura! 174 00:12:23,829 --> 00:12:24,829 Hati-hati. 175 00:12:36,917 --> 00:12:37,917 Nah. 176 00:12:39,417 --> 00:12:41,000 Lap badan awak! 177 00:12:45,433 --> 00:12:46,767 Apa yang awak fikirkan? 178 00:12:48,478 --> 00:12:49,895 Nasib baik saya lalu. 179 00:12:50,250 --> 00:12:53,042 Saya nampak awak mahu terjun jambatan. Saya terkejut, tahu? 180 00:12:56,583 --> 00:12:59,046 Awak tak faham perasaan saya! 181 00:12:59,126 --> 00:13:02,756 Saya tak tahu kenapa awak putus dengan Yuda, tapi tak kira apa pun... 182 00:13:02,836 --> 00:13:04,712 awak tak patut bunuh diri! 183 00:13:07,667 --> 00:13:09,042 Kenapa dengan awak? 184 00:13:13,708 --> 00:13:16,045 Sebenarnya... 185 00:13:16,125 --> 00:13:18,042 kenapa? 186 00:13:29,333 --> 00:13:30,458 Tak mengapa. 187 00:13:31,167 --> 00:13:32,542 Tak mengapa. 188 00:13:42,500 --> 00:13:44,087 Hei. 189 00:13:44,167 --> 00:13:45,420 Naura. 190 00:13:45,500 --> 00:13:46,500 Hei. 191 00:13:47,625 --> 00:13:48,708 Hei. 192 00:13:49,417 --> 00:13:52,500 Ingat apa awak kata pada saya? 193 00:13:53,292 --> 00:13:55,417 Langit takkan selalu mendung. 194 00:13:55,750 --> 00:13:57,417 Akan ada sinar matahari. 195 00:13:58,208 --> 00:13:59,208 Ya? 196 00:14:00,833 --> 00:14:02,500 Naura. 197 00:14:08,221 --> 00:14:10,097 Jadi awak pernah mahu gugurkan? 198 00:14:14,000 --> 00:14:15,041 Kenapa? 199 00:14:16,500 --> 00:14:17,500 Saya takut. 200 00:14:19,458 --> 00:14:20,875 Saya takut orang akan tahu. 201 00:14:21,817 --> 00:14:25,652 Saya takut jadi beban pada diri sendiri dan orang lain. 202 00:14:28,042 --> 00:14:30,083 Awak masih mahu gugurkan sekarang? 203 00:14:32,792 --> 00:14:35,958 Awak ingat impian awak? 204 00:14:37,708 --> 00:14:39,375 Awak tak rasa bertentangan? 205 00:14:40,377 --> 00:14:41,877 Gugurkan kandungan... 206 00:14:42,250 --> 00:14:43,875 kemudian jadi pakar sakit puan? 207 00:14:45,583 --> 00:14:48,875 Dan apabila awak jadi doktor, 208 00:14:49,417 --> 00:14:51,838 setiap kali awak bantu seorang ibu bersalin... 209 00:14:51,918 --> 00:14:55,210 ia akan mengingatkan awak kepada bayi yang awak gugurkan. 210 00:14:56,875 --> 00:14:58,375 Anak awak sendiri. 211 00:15:01,480 --> 00:15:03,814 Saya tak tahu hendak buat apa, ayah. 212 00:15:07,333 --> 00:15:09,208 Saya mahu terus bersekolah. 213 00:15:10,333 --> 00:15:12,416 Saya mahu jadi doktor. 214 00:15:14,250 --> 00:15:16,708 Tapi bagaimana dengan situasi saya sekarang? 215 00:15:19,373 --> 00:15:22,623 Saya juga tak mahu buang, tapi bagaimana lagi? 216 00:15:28,208 --> 00:15:32,333 Jika ada cara untuk awak lahirkan bayi ini tanpa diketahui sesiapa, 217 00:15:33,000 --> 00:15:34,000 awak mahu lakukannya? 218 00:15:36,042 --> 00:15:37,167 Ya. 219 00:15:38,266 --> 00:15:42,183 Walaupun saya tak tahu bagaimana untuk tanggung anak saya. 220 00:15:43,437 --> 00:15:45,188 Atau bagaimana untuk cari wang. 221 00:15:46,023 --> 00:15:47,482 Atau bagaimana untuk besarkan dia. 222 00:15:48,500 --> 00:15:50,125 Tapi itu mustahil. 223 00:15:50,917 --> 00:15:54,584 Tak mungkin orang lain takkan tahu tentang kehamilan saya. 224 00:15:58,417 --> 00:16:01,750 Kami dah fikir masak-masak. 225 00:16:03,792 --> 00:16:07,709 Kami ada cara untuk sembunyikan kehamilan awak daripada orang lain. 226 00:16:09,417 --> 00:16:11,251 Awak boleh terus bersekolah. 227 00:16:11,916 --> 00:16:13,417 Masa depan awak selamat. 228 00:16:18,208 --> 00:16:21,000 Bagaimana? 229 00:16:22,917 --> 00:16:24,000 Naura. 230 00:16:25,500 --> 00:16:27,666 Ada satu hal yang awak perlu tahu. 231 00:16:28,856 --> 00:16:30,648 Awak tak sendirian. 232 00:16:32,526 --> 00:16:33,776 Awak ada ayah awak... 233 00:16:34,416 --> 00:16:36,750 dan ibu awak yang selalu di sisi awak. 234 00:16:40,542 --> 00:16:42,417 Percayakan kami. 235 00:16:44,287 --> 00:16:47,038 Dan ikut rancangan kami. 236 00:16:48,875 --> 00:16:50,167 Rancangan apa? 237 00:16:55,083 --> 00:16:56,249 Kita akan pindah. 238 00:16:59,208 --> 00:17:00,545 Pindah? 239 00:17:00,625 --> 00:17:02,917 Ya, kita pindah. 240 00:17:03,500 --> 00:17:05,792 Untuk sembunyikan kehamilan awak. 241 00:17:08,375 --> 00:17:09,541 Kita akan pergi ke mana? 242 00:17:10,124 --> 00:17:11,379 Papua? 243 00:17:11,459 --> 00:17:13,043 Awak akan pindah ke Papua? 244 00:17:13,917 --> 00:17:16,545 Ibu bapa saya akan buka restoran di sana. 245 00:17:16,625 --> 00:17:18,000 Kawasan mana di Papua? 246 00:17:18,625 --> 00:17:19,791 Jayapura. 247 00:17:20,208 --> 00:17:24,500 Aduhai, Naura, jauhnya. Perlukah ke sana? 248 00:17:25,326 --> 00:17:26,452 Ya... 249 00:17:26,875 --> 00:17:31,130 Nampaknya di sana akan jadi peluang yang bagus untuk ayah saya. 250 00:17:31,210 --> 00:17:33,919 Lagipun, keluarga ibu saya juga tinggal di sana. 251 00:17:34,333 --> 00:17:36,625 Tapi ibu awak bukan dari Papua, bukan? 252 00:17:37,791 --> 00:17:39,672 Ya, dia bukan dari Papua. 253 00:17:39,752 --> 00:17:42,632 Tapi ada saudara-maranya yang tinggal di sana. 254 00:17:42,712 --> 00:17:47,171 Jadi apabila ibu saya dah bersalin, ada orang boleh bantu. 255 00:17:47,806 --> 00:17:49,478 Bayi? ibu awak hamil? 256 00:17:49,558 --> 00:17:51,017 Awak akan dapat adik? 257 00:17:54,792 --> 00:17:56,963 Oh Tuhan, apa yang berlaku? 258 00:17:57,043 --> 00:17:58,757 Yuda tiba-tiba pindah ke Jepun. 259 00:17:58,837 --> 00:18:01,920 Dan sekarang awak juga pindah, peliknya. 260 00:18:03,083 --> 00:18:05,792 Cuma kebetulan. 261 00:18:06,375 --> 00:18:08,792 -Naura. -Naura. 262 00:18:09,458 --> 00:18:13,916 Saya sedih awak akan pindah ke Papua. 263 00:18:14,500 --> 00:18:17,670 Kita boleh berbalas mesej dan buat panggilan video. 264 00:18:17,750 --> 00:18:19,250 -Yakah? -Janji? 265 00:18:19,583 --> 00:18:20,583 Baik, mari pergi. 266 00:18:27,083 --> 00:18:28,083 Mari. 267 00:18:31,250 --> 00:18:34,588 Akhirnya, gadis menjengkelkan yang selalu ganggu hidup awak akan pergi. 268 00:18:34,668 --> 00:18:37,382 Apabila dia dah pergi, awak akan jadi pelajar nombor satu. 269 00:18:37,462 --> 00:18:39,591 Dan Keenan tak boleh lagi dekati dia. 270 00:18:39,671 --> 00:18:42,713 Sambil menyelam minum air! Awak tak perlu buat apa-apa. 271 00:18:43,124 --> 00:18:46,878 Ya. Jadi ibunya yang hamil? 272 00:18:46,958 --> 00:18:48,087 Bukan dia? 273 00:18:48,167 --> 00:18:50,923 Mari buktikan sama ada dia hamil atau tak sebelum dia pergi. 274 00:18:51,003 --> 00:18:53,045 Saya mahu berikan hadiah selamat tinggal yang termanis. 275 00:18:56,292 --> 00:18:57,333 Naura. 276 00:18:59,375 --> 00:19:00,875 Ikut kami ke tandas. 277 00:19:04,922 --> 00:19:05,927 Kenapa, cikgu? 278 00:19:06,007 --> 00:19:08,087 Pergi saja, jangan banyak tanya. 279 00:19:08,167 --> 00:19:09,417 Baiklah. 280 00:19:10,333 --> 00:19:11,583 Cepat. 281 00:19:13,250 --> 00:19:15,833 Naura, tolong isi dengan air kecil awak. 282 00:19:16,875 --> 00:19:19,421 Celine, Widi dan Kiki yakin awak hamil. 283 00:19:19,501 --> 00:19:22,420 Saya tak mahu percayakan mereka begitu saja, tapi mereka berkeras. 284 00:19:22,500 --> 00:19:25,088 Lagipun, kami tak pernah jumpa pemilik alat uji kehamilan itu. 285 00:19:25,168 --> 00:19:27,586 Dah banyak kali saya cakap saya tak hamil. 286 00:19:27,666 --> 00:19:30,296 Jika awak tak hamil, guna saja alat uji kehamilan ini. 287 00:19:30,376 --> 00:19:31,376 Naura. 288 00:19:35,416 --> 00:19:36,833 Jangan lama-lama. 289 00:19:52,708 --> 00:19:54,291 Jangan lama-lama! 290 00:20:00,016 --> 00:20:01,438 Pasti dia hamil. 291 00:20:01,518 --> 00:20:02,684 Saya yakin. 292 00:20:05,063 --> 00:20:06,063 Nah. 293 00:20:21,495 --> 00:20:24,954 Apa keputusannya, cikgu? Positif, bukan? 294 00:20:27,417 --> 00:20:28,834 Dah ada keputusannya. 295 00:20:29,667 --> 00:20:30,672 Negatif. 296 00:20:30,752 --> 00:20:33,132 Apa? Mustahil. 297 00:20:33,212 --> 00:20:36,717 Tak mungkin negatif! Saya ada mata, saya tahu! 298 00:20:36,797 --> 00:20:39,131 Naura berlagak seperti orang kemurungan. 299 00:20:39,500 --> 00:20:41,546 Cikgu, saya dah beritahu. 300 00:20:41,626 --> 00:20:43,169 Ini hanya salah faham. 301 00:20:43,625 --> 00:20:45,505 Awak masih tak percayakan saya... 302 00:20:45,585 --> 00:20:48,710 walaupun selepas buktikan tuduhan Celine salah? 303 00:20:49,292 --> 00:20:51,251 Keputusannya dah ada. 304 00:20:52,000 --> 00:20:53,405 Kami minta maaf. 305 00:20:53,485 --> 00:20:56,152 -Pasti awak tipu, bukan? -Awak nampak sendiri. 306 00:20:57,042 --> 00:20:59,167 Sudahlah. Mari pergi. Balik. 307 00:21:00,583 --> 00:21:01,666 Mari pergi. 308 00:21:25,042 --> 00:21:26,751 (Saya ada di luar. Keluarlah) 309 00:21:29,125 --> 00:21:30,208 Keenan. 310 00:21:30,542 --> 00:21:31,542 Hei. 311 00:21:32,125 --> 00:21:33,625 Apa yang awak buat di sini? 312 00:21:37,458 --> 00:21:39,334 -Untuk beri ini. -Apa ini? 313 00:21:39,945 --> 00:21:41,154 Hadiah perpisahan. 314 00:21:41,792 --> 00:21:44,792 -Aduhai, Keenan, tak perlu. -Buka saja. 315 00:21:51,250 --> 00:21:54,834 Saya pilih bunga kerana Naura bermaksud bunga. 316 00:21:55,333 --> 00:21:56,416 Awak suka? 317 00:21:57,292 --> 00:21:59,584 Suka sangat. Terima kasih. 318 00:22:03,083 --> 00:22:06,795 (Bertemu awak adalah takdir. Menjadi kawan awak adalah pilihan.) 319 00:22:06,875 --> 00:22:09,709 (Tapi jatuh cinta pada awak bukan dalam kawalan saya.) 320 00:22:11,250 --> 00:22:12,250 Kenapa? 321 00:22:14,478 --> 00:22:16,312 Awak yang letak kad ini? 322 00:22:19,441 --> 00:22:20,441 Tak! 323 00:22:21,083 --> 00:22:22,083 Saya tak letak. 324 00:22:22,486 --> 00:22:23,945 Sumpah! 325 00:22:24,625 --> 00:22:27,251 -Betul, jangan salah faham. -Ya. 326 00:22:31,750 --> 00:22:32,875 Terima kasih. 327 00:22:36,625 --> 00:22:38,042 Waktu itu... 328 00:22:39,167 --> 00:22:41,751 saya tak rasa seperti manusia lagi. 329 00:22:43,917 --> 00:22:46,709 Hanya ada hati yang hancur dan kekecewaan. 330 00:22:48,167 --> 00:22:49,334 Nasib baik awak ada. 331 00:22:51,138 --> 00:22:53,003 Awak tak mahu bunuh diri lagi, bukan? 332 00:22:53,083 --> 00:22:55,875 Tak. Saya betul-betul hilang akal masa itu. 333 00:22:57,917 --> 00:23:01,209 Sekarang saya dah nampak ada harapan untuk masa depan saya. 334 00:23:03,400 --> 00:23:04,400 Dengan Yuda? 335 00:23:05,500 --> 00:23:06,917 Awak masih berharap dia kembali? 336 00:23:10,583 --> 00:23:11,708 Jangan. 337 00:23:13,333 --> 00:23:15,125 Jika awak tak mahu patah hati lagi, 338 00:23:15,704 --> 00:23:17,954 berhenti berharap pada lelaki yang abaikan awak kembali. 339 00:23:21,833 --> 00:23:24,000 Awak tak tahu bagaimana hubungan kami. 340 00:23:25,375 --> 00:23:26,375 Jadi? 341 00:23:26,875 --> 00:23:29,250 Jika saya tanya, awak akan jawab? 342 00:23:33,125 --> 00:23:34,375 Baik, saya faham. 343 00:23:35,556 --> 00:23:37,723 Awak mahu rahsiakannya. 344 00:23:38,642 --> 00:23:39,809 Tapi nampak seperti... 345 00:23:40,750 --> 00:23:42,084 dia dah abaikan awak. 346 00:23:43,542 --> 00:23:44,667 Kalau tak, 347 00:23:45,816 --> 00:23:47,857 awak takkan mahu terjun jambatan itu. 348 00:23:51,792 --> 00:23:53,126 Janji pada saya. 349 00:23:57,291 --> 00:23:59,542 Awak takkan berharap agar Yuda kembali. 350 00:24:03,958 --> 00:24:05,333 Maaf, tak boleh. 351 00:24:08,004 --> 00:24:09,963 Saya masih mahu jumpa dia. 352 00:24:10,292 --> 00:24:12,168 Walaupun hati saya akan sakit lagi. 353 00:24:17,179 --> 00:24:18,471 Bila awak akan pulang? 354 00:24:20,792 --> 00:24:22,209 Mungkin setahun lagi. 355 00:24:25,375 --> 00:24:29,167 Saya rasa kita akan bertemu lagi sebelum setahun berlalu. 356 00:24:31,417 --> 00:24:33,001 Itu namanya takdir. 357 00:24:34,208 --> 00:24:35,583 Sama seperti kata-kata itu. 358 00:24:37,125 --> 00:24:38,503 Tak, Keenan. 359 00:24:38,583 --> 00:24:41,625 Saya harap kita tak bertemu tahun ini. 360 00:24:42,583 --> 00:24:45,253 Saya tak mahu awak tahu tentang kehamilan saya... 361 00:24:45,333 --> 00:24:48,375 dan musnahkan rancangan ayah saya. 362 00:24:50,917 --> 00:24:53,084 Ya, rancangan ayah saya. 363 00:24:54,583 --> 00:24:57,167 Saya tak tahu jika rancangan itu bagus. 364 00:24:57,583 --> 00:25:02,125 Tapi itu satu-satunya jalan keluar untuk saya dan keluarga saya sekarang. 365 00:25:05,100 --> 00:25:06,253 Pertama, 366 00:25:06,333 --> 00:25:09,375 kami umumkan yang ibu saya hamil. 367 00:25:10,625 --> 00:25:11,797 Kedua, 368 00:25:11,877 --> 00:25:15,002 kami beritahu akan berpindah ke Papua. 369 00:25:15,667 --> 00:25:17,792 Sedangkan sebenarnya... 370 00:25:35,792 --> 00:25:37,834 Kami akan pindah ke Bali. 371 00:25:38,458 --> 00:25:40,792 Ini pertama kali saya datang ke Bali. 372 00:25:41,458 --> 00:25:46,583 Selama ini, saya fikir Bali hanya tempat percutian dan berseronok. 373 00:25:47,625 --> 00:25:51,917 Saya tak pernah sangka Bali akan menjadi tempat saya melarikan diri. 374 00:26:01,362 --> 00:26:04,753 Ayah terima tawaran kawannya untuk buka restoran di sana. 375 00:26:04,833 --> 00:26:07,003 Dan dia tinggalkan restorannya di Jakarta. 376 00:26:07,083 --> 00:26:08,834 -Nampak bagus, sayang. -Ya. 377 00:26:09,167 --> 00:26:12,503 Bahkan mereka tukar nama restoran... 378 00:26:12,583 --> 00:26:16,459 agar orang di Jakarta takkan tahu kami pindah ke Bali. 379 00:26:17,792 --> 00:26:21,167 Semuanya dilakukan untuk rahsiakan kehamilan saya. 380 00:26:21,583 --> 00:26:23,628 Di sana dapur. 381 00:26:23,708 --> 00:26:26,378 Kami beritahu semua orang kami pindah ke Papua... 382 00:26:26,458 --> 00:26:30,958 agar kawan-kawan dan keluarga kami takkan melawat kerana terlalu jauh. 383 00:26:33,875 --> 00:26:36,501 Saya masih belajar. Persekolahan di rumah 384 00:26:38,000 --> 00:26:40,254 Kata ibu apabila perut saya bertambah besar, 385 00:26:40,334 --> 00:26:42,170 saya tak boleh tinggalkan rumah. 386 00:26:42,250 --> 00:26:43,917 Saya perlu kekal di rumah. 387 00:26:44,542 --> 00:26:46,712 Jadi, satu-satunya peluang saya untuk tinggalkan rumah... 388 00:26:46,792 --> 00:26:48,917 adalah semasa bulan-bulan pertama kehamilan saya. 389 00:26:52,708 --> 00:26:55,253 Selepas saya bersalin, 390 00:26:55,333 --> 00:26:57,712 kami akan kata anak itu adik saya. 391 00:26:57,792 --> 00:27:02,090 Jadi selepas itu, saya boleh kembali ke sekolah. 392 00:27:02,170 --> 00:27:05,046 Tanpa sesiapa tahu, adik saya sebenarnya anak saya. 393 00:27:07,333 --> 00:27:11,959 Kemudian saya akan dapat belajar di universiti impian saya. 394 00:27:16,417 --> 00:27:17,500 Bali. 395 00:27:18,125 --> 00:27:20,504 Di sini, saya mulakan hidup baru dengan rahsia terbesar... 396 00:27:20,584 --> 00:27:22,085 dalam genggaman. 397 00:27:26,736 --> 00:27:27,698 (Dua Bulan Kemudian) 398 00:27:27,778 --> 00:27:28,986 Lawatan sekolah? 399 00:27:29,417 --> 00:27:30,417 Ya. 400 00:27:30,833 --> 00:27:33,375 Saya perlukan tandatangan daripada awak atau ibu. 401 00:27:33,958 --> 00:27:35,500 Boleh awak tak pergi? 402 00:27:35,875 --> 00:27:39,420 Boleh, tapi saya akan dapat banyak tugasan. 403 00:27:39,500 --> 00:27:41,422 Jadi buat saja tugasan itu. 404 00:27:41,502 --> 00:27:45,341 Kenapa awak suruh saya buat begitu? Ibu, saya ahli pasukan sorak. 405 00:27:45,421 --> 00:27:47,592 Pasukan bola keranjang sekolah saya akan bertanding di sana. 406 00:27:47,672 --> 00:27:49,302 Tolong tandatangan surat itu, ya, ibu? 407 00:27:49,382 --> 00:27:50,841 Betul kata ibu awak, Celine. 408 00:27:51,792 --> 00:27:54,629 Awak tak boleh seimbangkan aktiviti sorak... 409 00:27:54,709 --> 00:27:56,377 dengan pelajaran awak. 410 00:27:57,000 --> 00:27:58,754 Secara teknikal, awak pelajar nombor satu sekarang... 411 00:27:58,834 --> 00:28:00,545 tapi gred awak tak cukup tinggi. 412 00:28:00,625 --> 00:28:03,837 Ya, Celine, awak perlu jadi seperti kakak awak. 413 00:28:03,917 --> 00:28:06,214 Dia kekal fokus dalam pelajaran. 414 00:28:06,294 --> 00:28:08,086 Kamu sentiasa begini, bukan? 415 00:28:08,708 --> 00:28:11,380 Kamu fikir bandingkan saya dengan kakak boleh motivasikan saya? 416 00:28:11,460 --> 00:28:13,794 -Saya akan gila! -Celine! 417 00:28:14,125 --> 00:28:16,670 Jaga mulut awak! Saya bersikap begini demi kebaikan awak. 418 00:28:16,750 --> 00:28:18,875 Demi kebaikan saya, ibu? 419 00:28:20,083 --> 00:28:22,588 Saya tahu awak cuma kata begitu untuk dapat perhatian ayah. 420 00:28:22,668 --> 00:28:24,631 Awak pura-pura baik, 421 00:28:24,711 --> 00:28:27,128 pura-pura awak boleh didik saya, pura-pura semuanya! 422 00:28:28,417 --> 00:28:29,751 Terutama awak, ayah. 423 00:28:30,250 --> 00:28:32,459 Awak hanya tahu bandingkan anak-anak. 424 00:28:33,417 --> 00:28:35,089 Buat anak awak saling membenci! 425 00:28:35,169 --> 00:28:37,003 -Saya juga benci awak! -Celine! 426 00:28:37,083 --> 00:28:40,213 Pukullah! Saya akan lapor polis! 427 00:28:40,293 --> 00:28:44,252 Dan biar anak kesayangan awak tahu sikap sebenar awak! 428 00:28:49,106 --> 00:28:50,982 -Vanda. -Vanda? 429 00:28:51,333 --> 00:28:54,375 -Hai, sayang! -Hai, ayah! Ibu! 430 00:28:54,778 --> 00:28:57,420 Bagaimana pertandingan itu, sayang? Menang? 431 00:28:57,500 --> 00:28:59,503 -Mestilah menang. -Ya! 432 00:28:59,583 --> 00:29:00,670 -Hebat! -Hebat! 433 00:29:00,750 --> 00:29:02,956 -Begitulah anak ayah. -Bagus, sayang. 434 00:29:03,036 --> 00:29:04,328 Awak mahu hadiah apa? 435 00:29:06,542 --> 00:29:08,084 Baik, saya akan belikan. 436 00:29:35,292 --> 00:29:37,792 Ya, Bali! 437 00:29:39,279 --> 00:29:42,155 Wah, hebatnya! 438 00:29:42,616 --> 00:29:43,745 Swafoto! 439 00:29:43,825 --> 00:29:45,795 -Guna telefon mahal Celine. -Mestilah. 440 00:29:45,875 --> 00:29:47,500 Satu, dua, tiga… 441 00:29:51,167 --> 00:29:52,292 Sekejap. 442 00:29:53,792 --> 00:29:56,672 (Celine, ayah awak marah saya kerana awak pergi lawatan sekolah.) 443 00:29:56,752 --> 00:29:57,752 (Balik sekarang!) 444 00:29:59,048 --> 00:30:01,131 Menjengkelkan. Suruh balik pula. 445 00:30:02,125 --> 00:30:05,420 -Saya lapar. Mari pergi makan. -Baik. 446 00:30:05,500 --> 00:30:08,129 Lagipun, kita masih ada masa lapang, bukan? 447 00:30:08,209 --> 00:30:09,668 Bungkus satu. 448 00:30:10,125 --> 00:30:12,000 -Ada lagi? -Itu saja. 449 00:30:12,417 --> 00:30:14,917 -Baik, tunggu sebentar. -Terima kasih. 450 00:30:24,864 --> 00:30:27,128 Tolong bersihkan. 451 00:30:27,208 --> 00:30:28,713 Debby, ini pesanan baru. 452 00:30:28,793 --> 00:30:31,210 -Tiga ayam rangup, satu bungkus. -Baik. 453 00:30:31,583 --> 00:30:33,338 Kenapa awak ada di sini? 454 00:30:33,418 --> 00:30:35,919 Awak patut balik, perut awak dah kelihatan. 455 00:30:37,875 --> 00:30:41,292 Tak apa, ibu. Saya masih boleh tutup. 456 00:30:41,667 --> 00:30:43,626 Saya bosan di rumah. 457 00:30:45,417 --> 00:30:48,335 Awak mahu semuanya jadi kucar-kacir? 458 00:30:49,792 --> 00:30:53,710 Jika bosan, sabar sajalah dan belajar. 459 00:30:57,458 --> 00:30:58,541 Naura? 460 00:30:59,981 --> 00:31:01,944 Awak perlu berehat. 461 00:31:02,024 --> 00:31:04,295 Balik sajalah, ya? 462 00:31:04,375 --> 00:31:06,796 Ayah awak dan saya mahu jumpa pembekal ayam. 463 00:31:06,876 --> 00:31:08,673 -Awak tak apa-apa? -Ya, ayah. 464 00:31:08,753 --> 00:31:10,546 Saya pergi dulu. Mari, sayang. 465 00:31:20,875 --> 00:31:22,793 Kenapa mereka ada di sini? 466 00:31:26,750 --> 00:31:28,005 Kenapa? 467 00:31:28,085 --> 00:31:30,836 Pergi saja ke dapur. 468 00:31:37,750 --> 00:31:39,833 Mari cuba. 469 00:31:44,190 --> 00:31:45,821 Kenapa mereka ada di sini? 470 00:31:45,901 --> 00:31:47,651 Seperti tiada tempat lain. 471 00:31:48,695 --> 00:31:49,908 Kenapa kami tak boleh makan di sini? 472 00:31:49,988 --> 00:31:52,243 Ini restoran ibu bapa awak? 473 00:31:52,323 --> 00:31:53,327 Ya. 474 00:31:53,407 --> 00:31:54,657 Pelik. 475 00:31:55,125 --> 00:31:57,084 Di mana pelayannya? 476 00:31:57,667 --> 00:31:58,959 Pelayan? 477 00:32:00,667 --> 00:32:02,837 -Senyap saja. -Celine, apa yang awak buat? 478 00:32:02,917 --> 00:32:04,628 -Saya panggil pelayan. -Tunggu sajalah! 479 00:32:04,708 --> 00:32:06,542 Tak boleh, saya lapar! 480 00:32:08,000 --> 00:32:09,250 Pelayan! 481 00:32:10,667 --> 00:32:11,708 Naura? 482 00:32:18,625 --> 00:32:19,625 Hai. 483 00:32:20,809 --> 00:32:22,022 -Naura? -Naura? 484 00:32:22,102 --> 00:32:23,311 Hai. 485 00:32:26,272 --> 00:32:27,111 Helo. 486 00:32:27,191 --> 00:32:30,087 -Naura? -Naura, Oh Tuhan! 487 00:32:30,167 --> 00:32:32,505 Saya tak sangka awak ada di sini! 488 00:32:32,585 --> 00:32:34,961 Saya sangat rindukan awak, Naura! 489 00:32:35,323 --> 00:32:36,245 Kenapa awak ada di sini? 490 00:32:36,325 --> 00:32:38,379 Bukankah awak sepatutnya ada di Papua? 491 00:32:38,459 --> 00:32:41,042 Ya, saya sedang bercuti. 492 00:32:41,375 --> 00:32:43,876 Kenapa kamu ada di sini? 493 00:32:44,209 --> 00:32:47,962 Ada lawatan sekolah. Saya harap awak masih sekolah dengan kami. 494 00:32:48,042 --> 00:32:50,047 -Ya. -Kita akan bercuti bersama, ya? 495 00:32:50,127 --> 00:32:53,086 Ya. Awak sendirian? Di mana ibu bapa awak? 496 00:32:53,417 --> 00:32:54,751 Mereka makan di sini juga? 497 00:33:02,375 --> 00:33:05,792 Cik, kita ada pelanggan. Boleh saya ambil pesanan? 498 00:33:09,333 --> 00:33:11,713 -Itu anak pemilik restoran ini? -Ya. 499 00:33:11,793 --> 00:33:14,753 Cik Naura anak pemilik restoran ini. 500 00:33:14,833 --> 00:33:17,459 Jadi ini restoran awak? 501 00:33:18,208 --> 00:33:21,959 Saya fikir awak pindah ke Papua, kenapa awak ada di sini? 502 00:33:22,576 --> 00:33:26,123 Dan kenapa nama restoran ini Ayam Goreng Nyonyah? 503 00:33:26,203 --> 00:33:30,537 Bukankah nama restoran ibu bapa awak Ayam Goreng Nyonya Yasmin? 504 00:33:31,668 --> 00:33:33,382 Sebenarnya... 505 00:33:33,462 --> 00:33:35,383 ini memang restoran ibu bapa saya... 506 00:33:35,463 --> 00:33:37,503 tapi mereka juga ada rakan kongsi. 507 00:33:37,583 --> 00:33:40,708 Sebab itu, mereka tukar nama sedikit. 508 00:33:41,083 --> 00:33:43,755 Saya dan ibu bapa saya sedang bercuti di Bali. 509 00:33:43,835 --> 00:33:46,002 Jadi kami singgah dan periksa restoran. 510 00:33:46,808 --> 00:33:49,933 Jadi ibu bapa awak buka restoran di Papua dan Bali? 511 00:33:50,375 --> 00:33:51,375 Ya. 512 00:33:51,583 --> 00:33:53,500 Berapa lama awak berada di sini? 513 00:33:55,232 --> 00:33:57,988 Sehingga esok. 514 00:33:58,068 --> 00:33:58,864 Bagus. 515 00:33:58,944 --> 00:34:01,906 Pasukan bola keranjang sekolah kita akan lawan Sekolah Ambara dari Malang. 516 00:34:01,986 --> 00:34:03,032 Mari datang sekali! 517 00:34:03,112 --> 00:34:04,670 -Ya! -Marilah! 518 00:34:04,750 --> 00:34:06,422 Saya tak rasa boleh. 519 00:34:06,502 --> 00:34:09,712 Ibu bapa saya takkan izinkan. Saya perlu tanya mereka. 520 00:34:09,792 --> 00:34:11,792 -Biar kami tanyakan. -Ya! 521 00:34:12,208 --> 00:34:15,628 Baiklah, saya ikut. 522 00:34:15,708 --> 00:34:17,667 -Benar, Naura? -Ya. 523 00:34:18,125 --> 00:34:21,167 Mari pergi, tempat ini tak bagus. 524 00:34:21,708 --> 00:34:23,463 Ya, saya dah tak lapar. 525 00:34:23,543 --> 00:34:27,753 Naura, awak tahu siapa ketua pasukan yang baru? 526 00:34:27,833 --> 00:34:29,625 Kami tak sangka dia sangat bagus. 527 00:34:30,542 --> 00:34:31,584 Siapa? 528 00:34:32,042 --> 00:34:33,042 Keenan. 529 00:34:36,958 --> 00:34:38,041 Keenan? 530 00:34:40,167 --> 00:34:42,793 Selamat petang, semuanya! 531 00:34:45,417 --> 00:34:52,417 Selamat datang ke Piala Nusantara, Pertandingan Bola Keranjang Jawa - Bali! 532 00:34:53,583 --> 00:34:56,046 Mari, Naura. Kita akan terlepas perlawanan. 533 00:34:56,126 --> 00:34:58,333 -Saya mahu tonton. -Dah mula. 534 00:34:59,210 --> 00:35:00,419 Tunggu sekejap. 535 00:35:00,958 --> 00:35:04,000 Saya mahu buang air. Saya pergi tandas dulu, ya? 536 00:35:04,375 --> 00:35:06,797 Yakah? Jangan lari. 537 00:35:06,877 --> 00:35:09,336 Awak seperti mengelak dari kami, tahu? 538 00:35:09,958 --> 00:35:13,337 Taklah. Kamu pergi dulu. Saya datang nanti. 539 00:35:13,417 --> 00:35:15,256 Baik, Tya dan saya pergi dulu. 540 00:35:15,336 --> 00:35:16,966 -Jangan lama-lama. -Ya, jangan lama-lama. 541 00:35:17,046 --> 00:35:19,088 -Baik, pergi. -Selamat tinggal! 542 00:35:19,917 --> 00:35:22,255 Beri tepukan kepada pasukan sorak... 543 00:35:22,335 --> 00:35:24,132 -Di mana jalan keluar? -dari... 544 00:35:24,212 --> 00:35:26,838 Sekolah Tinggi Cipta Bangsa! 545 00:36:04,417 --> 00:36:06,959 Cipta Bangsa! 546 00:36:30,083 --> 00:36:32,709 Betul. Naura. 547 00:36:35,000 --> 00:36:36,129 Hai! 548 00:36:36,209 --> 00:36:37,128 Hai, Keenan. 549 00:36:37,208 --> 00:36:39,670 -Apa yang awak buat di sini? -Saya... 550 00:36:39,750 --> 00:36:42,420 Saya mahu tonton perlawanan, tapi tersesat. 551 00:36:42,500 --> 00:36:43,583 Tunggu. 552 00:36:44,208 --> 00:36:45,708 Bukankah awak sepatutnya ada di Papua? 553 00:36:46,333 --> 00:36:48,875 Kenapa ada di Bali? Tonton perlawanan? 554 00:36:51,042 --> 00:36:53,631 Ya, saya bercuti di sini... 555 00:36:53,711 --> 00:36:59,003 dan bertembung dengan Tya dan Rika dan mereka bawa saya ke sini. 556 00:37:00,160 --> 00:37:02,410 Hebat, awak kapten pasukan sekarang. 557 00:37:02,875 --> 00:37:05,584 Awak yang hebat. Awak beri saya motivasi. 558 00:37:07,834 --> 00:37:09,584 Selepas perlawanan, tunggu sebentar. 559 00:37:09,917 --> 00:37:12,000 Kita patut berbual. Dah lama saya tak jumpa awak. 560 00:37:13,506 --> 00:37:15,256 Baik, boleh. 561 00:37:15,841 --> 00:37:19,217 Baiklah, saya mahu tonton perlawanan. 562 00:37:19,678 --> 00:37:21,304 Naura, dewan arah sini. 563 00:37:23,974 --> 00:37:26,808 Saya mahu ke tandas dulu. 564 00:37:28,125 --> 00:37:29,709 -Naura? -Naura! 565 00:37:30,689 --> 00:37:33,148 Lihat, dia cuba lari. 566 00:37:33,542 --> 00:37:34,670 Kenapa? 567 00:37:34,750 --> 00:37:39,494 Tiada apa-apa. Saya cari tandas tapi tersesat. 568 00:37:39,574 --> 00:37:41,204 Ada tandas dekat dewan, Naura. 569 00:37:41,284 --> 00:37:42,409 Yakah? 570 00:37:43,750 --> 00:37:46,295 -Mari pergi! -Kita akan terlepas perlawanan. 571 00:37:46,375 --> 00:37:48,256 -Cepat. -Baik. 572 00:37:48,336 --> 00:37:50,961 Kita akan terlepas perlawanan. Seronoknya. 573 00:37:51,792 --> 00:37:57,526 Beri tepukan kepada Sekolah Tinggi Cipta Bangsa dari Jakarta! 574 00:37:57,606 --> 00:38:00,982 Ali Wijaya! 575 00:38:02,917 --> 00:38:07,420 Dan kapten pasukan. 576 00:38:07,500 --> 00:38:11,542 Keenan Ganendra! 577 00:38:21,070 --> 00:38:25,033 Sekolah Tinggi Pastika dari Denpasar, Bali! 578 00:38:25,113 --> 00:38:27,243 Beri tepukan kepada Bima! 579 00:38:27,323 --> 00:38:30,161 I Ketut Putu Wiratama! 580 00:38:30,241 --> 00:38:32,378 Angkara! 581 00:38:32,458 --> 00:38:34,921 Dan kapten pasukan, beri tepukan kepada... 582 00:38:35,001 --> 00:38:39,377 Yuda Erlangga! 583 00:38:58,250 --> 00:38:59,922 Kenapa Yuda ada di sini? 584 00:39:00,002 --> 00:39:01,924 -Bukankah dia patut ada di… -Jepun? 585 00:39:02,004 --> 00:39:03,255 Jepun. 586 00:39:05,292 --> 00:39:06,959 Awak tahu tentang ini, Naura? 587 00:39:07,375 --> 00:39:13,124 Pada hari itu, saya berfikiran sama dengan kawan-kawan saya. 588 00:39:13,204 --> 00:39:15,253 Kenapa Yuda ada di Bali? 589 00:39:15,333 --> 00:39:17,628 Bermain untuk pasukan sekolah Bali? 590 00:39:17,708 --> 00:39:19,667 Sedia? 591 00:39:26,425 --> 00:39:27,800 Saya terkejut. 592 00:39:28,292 --> 00:39:29,918 Saya fikir saya berada di Jepun buat seketika. 593 00:39:30,417 --> 00:39:31,792 Ternyata kita di Bali. 594 00:39:34,307 --> 00:39:35,557 Jadi awak pindah ke Bali? 595 00:39:36,250 --> 00:39:37,500 Awak belajar di Bali? 596 00:39:38,519 --> 00:39:40,062 Kenapa awak kata Japan? 597 00:39:40,542 --> 00:39:43,042 -Kita fokus untuk perlawanan ini. -Saya tahu. 598 00:39:43,691 --> 00:39:45,628 Saya perlu beritahu awak satu hal... 599 00:39:45,708 --> 00:39:47,708 kerana awak dan Naura dah putus. 600 00:39:54,125 --> 00:39:55,584 Awak masih ada perasaan terhadapnya? 601 00:39:58,205 --> 00:40:01,747 Awak dah abaikan dia. Awak tak layak untuk dia. 602 00:40:04,670 --> 00:40:06,420 Dan jika saya menang hari ini, 603 00:40:07,375 --> 00:40:08,546 berundur. 604 00:40:08,626 --> 00:40:10,168 Jauhkan diri daripada Naura. 605 00:40:40,662 --> 00:40:41,959 Yuda. 606 00:40:42,039 --> 00:40:45,914 Selama ini awak berada di Bali, bukan di Japan? 607 00:40:46,375 --> 00:40:50,293 Atau awak pindah ke Jepun, tapi kemudian pindah ke Bali? 608 00:40:51,256 --> 00:40:52,965 Saya betul-betul tak faham. 609 00:41:04,518 --> 00:41:06,019 -Dia pergi? -Ya. 610 00:41:29,376 --> 00:41:30,376 Naura. 611 00:41:32,042 --> 00:41:33,084 Jadi... 612 00:41:33,917 --> 00:41:35,793 awak berada di Bali selama ini? 613 00:41:40,845 --> 00:41:41,845 Ya. 614 00:41:43,514 --> 00:41:44,931 Awak ada di sini. 615 00:41:47,643 --> 00:41:49,352 Bukan di luar negara. 616 00:41:52,292 --> 00:41:55,709 Dan awak langsung tak terfikir untuk hubungi saya? 617 00:41:59,750 --> 00:42:00,750 Oh, ya. 618 00:42:01,667 --> 00:42:03,501 Awak sekat saya. 619 00:42:07,750 --> 00:42:10,000 Awak tak pernah berniat baik pada saya. 620 00:42:13,042 --> 00:42:14,835 Jika awak berniat baik, 621 00:42:15,417 --> 00:42:18,626 tak kira betapa jauh, jauh lagi dari Jepun pun... 622 00:42:19,375 --> 00:42:21,709 awak akan berusaha hubungi saya. 623 00:42:25,792 --> 00:42:27,292 Awak cuma mahu lari. 624 00:42:28,458 --> 00:42:30,292 -Naura. -Kenapa? 625 00:42:32,750 --> 00:42:34,000 Kenapa, Yuda? 626 00:42:34,708 --> 00:42:37,167 Tergamak awak? 627 00:42:39,458 --> 00:42:41,958 Tergamak awak buat begini pada saya? 628 00:42:43,488 --> 00:42:46,030 Semua yang awak kata semuanya tipu. 629 00:42:50,875 --> 00:42:52,709 Awak takkan tinggalkan saya? 630 00:42:57,583 --> 00:42:58,583 Saya... 631 00:42:59,417 --> 00:43:01,709 Saya takut ibu bapa saya tahu, Naura. 632 00:43:02,458 --> 00:43:05,500 Saya cuma beritahu mereka saya takut mereka tinggalkan saya. 633 00:43:06,083 --> 00:43:07,542 Jadi saya ikut mereka ke Jepun. 634 00:43:08,958 --> 00:43:11,000 Mereka cuba sekolahkan saya di sana. 635 00:43:11,875 --> 00:43:13,542 Tapi ada batasan bahasa. 636 00:43:14,292 --> 00:43:16,375 Saya cuba periksa sekolah antarabangsa juga. 637 00:43:17,604 --> 00:43:20,816 Tapi mereka tiada program untuk tunaikan impian saya... 638 00:43:20,896 --> 00:43:22,397 untuk menjadi atlet. 639 00:43:25,417 --> 00:43:27,168 Jadi saya kembali ke Jakarta, 640 00:43:27,958 --> 00:43:29,709 tapi saya tak mahu kembali ke sekolah. 641 00:43:31,875 --> 00:43:33,542 Awak kembali ke Jakarta? 642 00:43:34,625 --> 00:43:35,625 Ya. 643 00:43:36,167 --> 00:43:39,501 Saya buat alasan. Saya tipu ibu bapa saya. 644 00:43:40,209 --> 00:43:44,043 Saya beritahu saya tak suka rakan-rakan dalam pasukan sekolah. 645 00:43:45,250 --> 00:43:47,209 Dan saya ada masalah dengan jurulatih. 646 00:43:49,750 --> 00:43:52,000 Kemudian, pak cik saya yang tinggal di Bali... 647 00:43:53,083 --> 00:43:55,836 beritahu ada sekolah yang bagus di sini... 648 00:43:55,916 --> 00:43:58,709 yang boleh sokong impian saya untuk jadi atlet. 649 00:44:01,021 --> 00:44:04,271 Jadi saya pindah ke Bali dan tinggal bersama pak cik saya. 650 00:44:08,083 --> 00:44:09,292 Impian? 651 00:44:11,614 --> 00:44:14,698 Awak ada masa untuk fikir tentang impian awak? 652 00:44:16,833 --> 00:44:19,208 Awak pernah fikir tentang impian saya? 653 00:44:23,083 --> 00:44:25,050 Apabila bercakap tentang impian, 654 00:44:25,130 --> 00:44:27,464 semua orang ada impian. 655 00:44:29,333 --> 00:44:33,671 Awak tahu betapa banyak pengorbanan ibu bapa saya... 656 00:44:33,751 --> 00:44:35,835 hanya untuk rahsiakan kehamilan ini? 657 00:44:37,472 --> 00:44:39,811 Bahkan ibu bapa saya menipu... 658 00:44:39,891 --> 00:44:42,378 semua orang kami pindah ke Papua dan bukannya Bali. 659 00:44:42,458 --> 00:44:45,292 Agar saya boleh lahirkan bayi ini dengan selamat. 660 00:44:47,607 --> 00:44:51,066 Mereka tipu dan kata ibu saya yang hamil... 661 00:44:51,444 --> 00:44:52,948 agar apabila bayi ini lahir, 662 00:44:53,028 --> 00:44:55,320 orang akan fikir ini adik saya. 663 00:44:59,201 --> 00:45:03,248 Mereka buat semua itu agar orang takkan anggap saya gadis jahat. 664 00:45:03,328 --> 00:45:06,037 Agar nama saya tak tercemar. 665 00:45:07,417 --> 00:45:10,917 Agar saya tak menjadi gadis tak berakhlak, seperti awak kata. 666 00:45:14,299 --> 00:45:17,633 Agar saya masih boleh kejar impian saya. 667 00:45:18,958 --> 00:45:21,125 Saya masih boleh belajar. 668 00:45:22,292 --> 00:45:24,334 Dan teruskan kehidupan saya. 669 00:45:25,208 --> 00:45:27,333 Mereka buat apa saja yang boleh. 670 00:45:28,417 --> 00:45:31,584 Mereka tak abaikan saya seperti awak. 671 00:45:37,238 --> 00:45:39,072 Berapa usia kandungan awak? 672 00:45:46,205 --> 00:45:47,372 20 minggu. 673 00:45:49,542 --> 00:45:51,418 Saya masih boleh tutup dengan pakaian. 674 00:45:52,125 --> 00:45:53,334 Bulan depan tak boleh. 675 00:46:00,375 --> 00:46:01,375 Kenapa? 676 00:46:04,750 --> 00:46:06,542 Awak fikir saya masih mahu gugurkan? 677 00:46:10,375 --> 00:46:12,086 Awak fikir... 678 00:46:12,166 --> 00:46:15,166 ibu bapa saya akan setuju jika saya gugurkan? 679 00:46:17,083 --> 00:46:19,333 Naura, jika awak gugurkan... 680 00:46:19,875 --> 00:46:22,501 awak takkan berada dalam situasi ini sekarang. 681 00:46:22,917 --> 00:46:26,167 Tipu tentang Papua, sedangkan awak bersembunyi di Bali. 682 00:46:27,125 --> 00:46:29,542 Bagaimana dengan kawan-kawan awak? 683 00:46:31,957 --> 00:46:33,666 Mereka tak tahu tentang ini. 684 00:46:34,918 --> 00:46:37,293 Saya datang ke sini kerana mereka paksa. 685 00:46:39,589 --> 00:46:41,965 Saya akan tetap rahsiakan hal ini. 686 00:46:43,218 --> 00:46:46,885 Saya akan rahsiakan kehamilan saya agar tiada sesiapa tahu. 687 00:46:49,724 --> 00:46:50,724 Kenapa? 688 00:46:53,042 --> 00:46:55,668 Awak masih mahu saya gugurkan? 689 00:47:00,458 --> 00:47:01,833 Tergamak awak, Yuda? 690 00:47:04,042 --> 00:47:05,793 Awak abaikan saya. 691 00:47:07,800 --> 00:47:09,920 Dan awak mahu buang bayi ini. 692 00:47:12,542 --> 00:47:13,834 Awak kejam. 693 00:47:17,333 --> 00:47:19,000 Siapa yang lebih tak berakhlak? 694 00:47:20,170 --> 00:47:22,420 Gadis yang hamil luar nikah... 695 00:47:22,917 --> 00:47:26,089 atau pemuda yang hamilkan gadis itu... 696 00:47:26,169 --> 00:47:28,210 dan kemudian abaikan dia? 697 00:47:32,320 --> 00:47:37,200 ♪Kau membuat ku berikan♪ 698 00:47:37,266 --> 00:47:41,645 ♪Semua masa mudaku♪ 699 00:47:41,725 --> 00:47:47,605 ♪Dan kau pergi begitu saja♪ 700 00:47:47,680 --> 00:47:52,160 ♪Tinggalkan ku tanpa harapan♪ 701 00:47:52,240 --> 00:47:59,240 (Bersambung)