1 00:00:02,973 --> 00:00:04,593 Kecemasan berpunca daripada mesej. 2 00:00:04,683 --> 00:00:08,723 Mesej datang daripada pemancar di tempat tinggi, seperti menara. 3 00:00:08,813 --> 00:00:11,523 Satu-satunya cara untuk masuk ke menara itu ialah sebagai Utusan. 4 00:00:11,603 --> 00:00:14,103 Jadi kita perlu jadi yang terbaik 5 00:00:14,193 --> 00:00:16,313 buat dengan baik di kelas kita dan jadi Utusan. 6 00:00:16,403 --> 00:00:21,153 Kamu mungkin jadi Utusan paling cepat dalam sejarah kita, Reynie. 7 00:00:21,233 --> 00:00:23,493 Encik Bloom? Ini saya, Reynie Muldoon. 8 00:00:23,573 --> 00:00:24,953 Saya tak tahu siapa awak. 9 00:00:25,033 --> 00:00:26,953 Nama sendiri pun dia tak ingat. 10 00:00:27,033 --> 00:00:29,743 -Mereka padam ingatan dia. -Padamkan segala-galanya. 11 00:00:29,833 --> 00:00:32,413 -Itu nama pelajar. -Kedudukan? 12 00:00:32,503 --> 00:00:34,253 Nama saya dan Constance berwarna kuning. 13 00:00:34,333 --> 00:00:35,543 CHARLIE PETERS 14 00:00:35,623 --> 00:00:37,293 Apa yang berlaku pada Charlie? 15 00:00:38,133 --> 00:00:41,343 Jadi, kalau saya dan Constance tak perbaiki gred kami, kami pula seterusnya? 16 00:00:41,423 --> 00:00:43,763 Kita perlu pastikan awak tak dibawa pergi. 17 00:00:43,843 --> 00:00:44,673 Atau lebih teruk lagi... 18 00:00:44,763 --> 00:00:46,643 Kate dan Constance sedang hadapi kesukaran. 19 00:00:46,723 --> 00:00:48,353 Tiada ruang untuk kesilapan. 20 00:00:48,433 --> 00:00:50,683 Sebab itulah kita tak boleh biarkan mereka gagal. 21 00:00:50,763 --> 00:00:52,853 "Jadilah bukan diri kamu." 22 00:00:52,933 --> 00:00:53,773 Apa maksudnya? 23 00:00:53,853 --> 00:00:54,983 Dia nak kita menipu. 24 00:02:59,563 --> 00:03:00,563 BERDASARKAN NOVEL "THE MYSTERIOUS BENEDICT SOCIETY" 25 00:03:00,643 --> 00:03:01,653 OLEH TRENTON LEE STEWART 26 00:03:07,233 --> 00:03:09,693 -Itu tak beretika. -Saya setuju, tapi... 27 00:03:09,783 --> 00:03:11,403 Tergamak dia suruh kita menipu? 28 00:03:11,493 --> 00:03:14,703 Sticky! Jangan sebut kuat-kuat. 29 00:03:14,783 --> 00:03:16,413 George bukan seperti kita. 30 00:03:17,163 --> 00:03:19,583 Dia tak boleh kawal emosi untuk kelebihan taktikal. 31 00:03:19,663 --> 00:03:21,793 Benedict betul-betul nak kita menipu? 32 00:03:21,873 --> 00:03:25,343 Menipu perkara biasa dalam pengintipan. Salah satu kemahiran mengintip. 33 00:03:26,293 --> 00:03:28,763 Kalau kita ditangkap, memori kita akan dipadamkan. 34 00:03:29,713 --> 00:03:32,093 Tapi jika kita tak menipu, Kate dan Constance akan dibawa pergi 35 00:03:32,183 --> 00:03:33,343 dan memori mereka akan dipadamkan. 36 00:03:34,853 --> 00:03:37,683 Mungkin kita tak perlu menipu. 37 00:03:41,023 --> 00:03:43,563 Itu jurnal sama yang saya nampak dia tulis sebelum ini. 38 00:03:44,603 --> 00:03:46,483 Mungkin penuh dengan maklumat penting. 39 00:03:46,573 --> 00:03:47,943 Kalau kita dapat tahu isi kandungannya, 40 00:03:48,023 --> 00:03:50,743 kita boleh tamatkan sekarang juga. 41 00:03:51,283 --> 00:03:52,573 Macam mana kita nak buat begitu? 42 00:03:54,203 --> 00:03:55,323 Saya dah tahu bagaimana. 43 00:03:56,073 --> 00:03:59,333 Saya gelarnya Di Sebalik Langsir, Serangan Alfa. 44 00:04:00,663 --> 00:04:03,043 Diagram dan skematik akan dibuat kemudian. 45 00:04:20,223 --> 00:04:22,233 Sotong gurita tumis-reneh dengan wain. 46 00:04:25,353 --> 00:04:26,903 Sepanjang pagi saya tak nampak awak. 47 00:04:26,983 --> 00:04:31,033 Saya bangun awal untuk buka tocang. Dah hampir siap. 48 00:04:31,783 --> 00:04:34,653 Menyediakan watak baru untuk kerja penyamaran masa depan. 49 00:04:34,743 --> 00:04:37,283 Nama dia Demetra. 50 00:04:37,913 --> 00:04:41,663 Bintang badminton yang telah diaibkan, banyak kisah silam yang gelap. 51 00:04:41,753 --> 00:04:45,463 Kenapa kami nak awak menyamar jadi bintang badminton yang diaibkan? 52 00:04:45,543 --> 00:04:47,253 Awak tak tahu sehinggalah awak tahu. 53 00:04:47,333 --> 00:04:48,883 Kenapa dia diaibkan? 54 00:04:48,963 --> 00:04:50,673 Saya tak nak bercakap tentangnya. 55 00:04:52,013 --> 00:04:54,973 Maksud saya, Rhonda takkan bercakap. Dia takkan buat begitu. 56 00:04:58,763 --> 00:05:00,263 Pemerhatian awak lebih tajam daripada biasa, bukan? 57 00:05:01,263 --> 00:05:02,893 Semuanya okey? 58 00:05:02,973 --> 00:05:04,773 Saya tak tahu dari mana patut saya mulakan. 59 00:05:08,363 --> 00:05:10,573 Ada rasa Scotch Bonnet. 60 00:05:10,653 --> 00:05:12,823 Bisikan, bukan jeritan. 61 00:05:13,993 --> 00:05:16,993 Dedaun itu terus menerus menghalang penglihatan saya! 62 00:05:17,073 --> 00:05:18,873 Saya perlukan kedudukan yang lebih baik. 63 00:05:23,583 --> 00:05:27,623 Minta maaf. Saya agak gelisah. Nampaknya kita semua sama. 64 00:05:27,713 --> 00:05:28,833 Saya baik-baik saja. 65 00:05:28,923 --> 00:05:32,213 Pertama, saya minta mereka menyamar dan bahayakan nyawa dan sekarang menipu? 66 00:05:32,303 --> 00:05:33,593 Awak tahu bagaimana ia buat saya rasa. 67 00:05:33,673 --> 00:05:34,803 Rasa loya, sesalan. 68 00:05:34,883 --> 00:05:37,343 Kalau saya dapat mengesan penyelam yang mereka sebutkan, 69 00:05:37,433 --> 00:05:39,223 ia mungkin akan beri butiran yang penting. 70 00:05:39,303 --> 00:05:43,813 Saya perlu memerhatikan cabang itu dari tempat yang lebih tinggi. 71 00:05:43,893 --> 00:05:47,023 Puncak Widow. Tiga batu ke utara. 72 00:05:47,103 --> 00:05:49,943 Itu kedudukan yang baik. Tapi pendakian yang sukar. 73 00:05:50,943 --> 00:05:53,733 Sempurna. Dan dengan teleskop yang betul... 74 00:05:53,823 --> 00:05:55,323 Pemantul Dobsonian. 75 00:05:55,403 --> 00:05:57,203 Atau mungkin boleh jadi pembias empat inci? 76 00:05:57,283 --> 00:05:59,493 Ya! Kita mungkin akan nampak sesuatu. 77 00:05:59,573 --> 00:06:01,703 Petunjuk tentang apa yang abang saya sedang bina di dalam air. 78 00:06:01,783 --> 00:06:02,953 Kita mesti pergi sekarang juga! 79 00:06:03,623 --> 00:06:06,293 Maafkan saya! Awak orang yang dikehendaki. 80 00:06:06,373 --> 00:06:07,503 Sebab itulah kita berada di dalam hutan, 81 00:06:07,583 --> 00:06:10,003 untuk mengelak daripada orang-orang yang mengejar awak. 82 00:06:10,083 --> 00:06:11,633 Kalau awak dilihat... 83 00:06:13,923 --> 00:06:15,173 Tolonglah biar Milligan uruskan hal ini. 84 00:06:17,553 --> 00:06:19,013 Baiklah. 85 00:06:19,093 --> 00:06:22,263 Boleh saya sekurang-kurangnya bantu dengan modifikasi lensa, Nombor Dua? 86 00:06:31,103 --> 00:06:34,193 Awak perasan tak yang Nombor Dua agak dingin? 87 00:06:35,573 --> 00:06:37,783 Saya lebih suka bersifat neutral tentang perihal kerja. 88 00:06:40,363 --> 00:06:41,823 Saya hormati prinsip awak. 89 00:06:55,633 --> 00:06:57,513 -Apa yang dia buat? -Lelaki itu sedang menulis jurnal. 90 00:06:58,093 --> 00:06:59,673 Selamat tengah hari, Dr. Curtain. 91 00:07:00,553 --> 00:07:05,103 Oh, Reynard Muldoon. Muldoon, Reynard. 92 00:07:05,183 --> 00:07:08,523 Awak pernah perasan tak nama awak seimbang dan sekata? 93 00:07:08,603 --> 00:07:10,813 Terima kasih. Maaf kerana mengganggu. 94 00:07:11,733 --> 00:07:15,323 Tak, saya alu-alukan interaksi manusia. Apa yang saya boleh bantu? 95 00:07:15,403 --> 00:07:20,243 Awak ada soalan daripada perjumpaan lalu kita? 96 00:07:20,323 --> 00:07:23,113 Ya. Salad caesar. 97 00:07:24,533 --> 00:07:26,543 Sajian pertama yang menarik, ya. 98 00:07:31,003 --> 00:07:31,833 Dan? 99 00:07:31,923 --> 00:07:37,093 Jadi, adakah menyediakannya di tepi meja meningkatkan rasanya? 100 00:07:38,673 --> 00:07:42,223 Makanan bukan hanya tentang rasa. 101 00:07:42,303 --> 00:07:46,143 Ia adalah pembentangan, tekstur, menarik minat auditori. 102 00:07:46,813 --> 00:07:47,973 Macam teater. 103 00:07:48,523 --> 00:07:50,523 Boleh saya ambil nota, tuan? 104 00:07:50,983 --> 00:07:54,983 Ya. Awak nak pen? Ini dia. 105 00:08:03,493 --> 00:08:04,613 Itu pun dia. 106 00:08:06,703 --> 00:08:09,373 Dia perlu berhenti bergerak. Saya tak boleh nampak apa-apa. 107 00:08:10,203 --> 00:08:11,663 Itu saja? 108 00:08:13,503 --> 00:08:19,173 Saya datang kerana saya perasan jurnal awak ada banyak muka surat yang dilipat. 109 00:08:20,423 --> 00:08:23,303 Pada saya, itu agak mengejutkan. 110 00:08:23,383 --> 00:08:26,223 Awak terkejut saya ada muka surat yang saya selalu rujuk? 111 00:08:26,303 --> 00:08:31,063 Tidak, tuan. Saya terkejut tiada siapa tawarkan awak ini. 112 00:08:33,023 --> 00:08:34,023 Penanda buku. 113 00:08:35,103 --> 00:08:38,323 Reben yang berfungsi sebagai penanda buku. 114 00:08:39,233 --> 00:08:41,113 Terima kasih, Reynard. 115 00:08:42,243 --> 00:08:47,073 Constance, pergi beritahu Kate, "Alih cermin tujuh sentimeter ke barat daya" 116 00:08:49,953 --> 00:08:52,623 -Terima kasih. -Tunggu. 117 00:08:54,373 --> 00:08:56,423 Awak tak mahu masukkannya? 118 00:09:01,343 --> 00:09:03,883 Jangan tangguhkan kebahagiaan. 119 00:09:08,513 --> 00:09:11,223 Kata orang, perosak jurnal nombor dua ialah dengan melipat muka surat. 120 00:09:11,313 --> 00:09:12,143 Wah. 121 00:09:12,223 --> 00:09:13,233 Apa? 122 00:09:13,313 --> 00:09:14,853 Siapa yang cakap begitu? 123 00:09:15,643 --> 00:09:16,483 Semua orang... 124 00:09:17,733 --> 00:09:18,733 di kampung halaman saya. 125 00:09:19,613 --> 00:09:22,653 Ia pemahaman di wilayah itu. 126 00:09:22,733 --> 00:09:24,993 Tolonglah, Reynie. Terus lengahkan dia. 127 00:09:25,073 --> 00:09:30,743 Malah, ada seorang wanita ini, Izzy Paladonia, dia memang terkenal di sana. 128 00:09:30,833 --> 00:09:33,953 Dan saya rasa dia menguatkan hujah itu? 129 00:09:34,043 --> 00:09:37,873 Ya. Dia pakar dalam senggaraan jurnal. 130 00:09:39,253 --> 00:09:42,253 -Dia pakar pembaharuan semula kulit lembu. -Kulit lembu... 131 00:09:42,343 --> 00:09:44,513 Orang mengembara dari seluruh dunia 132 00:09:44,593 --> 00:09:45,883 -untuk belajar daripadanya. -Yakah? 133 00:09:45,973 --> 00:09:47,683 -Ya. -Kiri. 134 00:09:49,513 --> 00:09:52,393 Dan dia sedang mengumpulkan pengikut yang besar. 135 00:09:52,473 --> 00:09:53,683 Yakah? 136 00:09:54,933 --> 00:09:55,853 Dapat pun. 137 00:09:59,813 --> 00:10:03,573 Itu Izzy Paladonia. 138 00:10:03,653 --> 00:10:05,743 Itu Izzy Paladonia. 139 00:10:06,993 --> 00:10:11,953 Reynie, bagus untuk mempunyai minat tentang dunia kita, 140 00:10:12,033 --> 00:10:14,913 walaupun ia kelihatan tidak munasabah 141 00:10:15,003 --> 00:10:16,623 kepada hampir semua orang. 142 00:10:17,333 --> 00:10:20,673 Terima kasih untuk ini. Ini sangat baik. 143 00:10:22,043 --> 00:10:23,343 -Terima kasih. -Ya. 144 00:10:23,423 --> 00:10:24,843 -Tuan. -Selamat tengah hari. 145 00:10:33,183 --> 00:10:35,063 Itu memang mengagumkan. 146 00:10:35,723 --> 00:10:38,103 Saya kenal seorang lelaki yang boleh melakukannya lebih cepat. 147 00:10:38,193 --> 00:10:39,393 Awak tak kenal lelaki itu. 148 00:10:39,483 --> 00:10:41,193 Tolonglah, biar dia fokus. 149 00:10:41,273 --> 00:10:43,983 Fokus bukan masalahnya. Ia bakat artistik. 150 00:10:44,073 --> 00:10:47,283 Ada diagram dan saya tak boleh lukisnya walaupun nyawa saya dalam bahaya. 151 00:10:47,363 --> 00:10:48,993 Kita boleh cuba tengok lagi. 152 00:10:49,073 --> 00:10:50,073 -Tidak! -Tidak! 153 00:10:50,743 --> 00:10:51,953 Baiklah. 154 00:10:52,033 --> 00:10:56,203 Dah hampir siap. Dan siap. 155 00:10:58,543 --> 00:11:01,173 Wah! Ini... 156 00:11:01,253 --> 00:11:02,133 Sampah. 157 00:11:02,963 --> 00:11:03,843 Beri pada saya. 158 00:11:06,843 --> 00:11:09,343 Lihat ke belakang. Imej cermin. Tengok ini. 159 00:11:09,423 --> 00:11:11,643 Adakah ini rusa? 160 00:11:11,723 --> 00:11:13,183 Itu sepatutnya kasut. 161 00:11:13,763 --> 00:11:17,143 -Mungkin sentuhan saya dah hilang. -Memori fotografik awak. 162 00:11:17,223 --> 00:11:19,733 Tentu ia kriptik sebab ia sangat penting. 163 00:11:19,813 --> 00:11:21,023 Dia memang sembunyikan sesuatu. 164 00:11:21,103 --> 00:11:22,563 Tentu ada sesuatu di dalamnya. 165 00:11:22,653 --> 00:11:25,983 Ya, tapi Kate dan Constance dah kesuntukan masa. 166 00:11:26,073 --> 00:11:28,193 Saya ada banyak ujian akan datang. 167 00:11:28,283 --> 00:11:31,283 Jadi kita perlu fokus untuk lulus 168 00:11:31,363 --> 00:11:33,993 dengan apa cara sekalipun. 169 00:11:34,573 --> 00:11:36,243 Apa saja cara. 170 00:11:36,333 --> 00:11:38,953 Saya akan bantu Constance dalam kelas Encik Oshiro. 171 00:11:39,043 --> 00:11:41,833 Untuk awak berdua, saya fikir untuk gunakan kod Morse. 172 00:11:41,923 --> 00:11:44,383 Sticky, awak boleh beri jawapan dengan mengetuk secara perlahan. 173 00:11:44,463 --> 00:11:45,593 Awak dah hilang akal? 174 00:11:46,883 --> 00:11:48,673 Ini tak betul. 175 00:11:48,763 --> 00:11:51,843 Ini boleh berjaya. Awak yang terbaik dalam kod Morse. 176 00:11:52,883 --> 00:11:54,803 Kami percayakan awak. 177 00:11:54,893 --> 00:11:56,643 Itu hanya pendapat awak. 178 00:11:59,853 --> 00:12:02,353 SISTEM TRANSIT STONETOWN 179 00:12:02,443 --> 00:12:05,063 TIADA SIAPA YANG MEMANDU 180 00:12:05,153 --> 00:12:07,773 JALAN UTAMA 181 00:12:16,833 --> 00:12:19,833 SENI BUKU FIKSYEN SAINS FIKSYEN 182 00:12:25,083 --> 00:12:28,753 30 PERATUS UNTUK STOK LEBIHAN 183 00:12:37,223 --> 00:12:39,223 SELAMAT DATANG KE PUSAT BANDAR STONETOWN 184 00:12:39,313 --> 00:12:40,813 KEDAI MAKAN DANIEL 185 00:12:40,893 --> 00:12:45,603 INGAT UNTUK RASA 186 00:12:46,903 --> 00:12:48,523 Ini merisaukan. 187 00:12:54,153 --> 00:12:57,033 Kenapa awak sanggup buat sesuatu yang begitu berisiko? Awak mungkin tertangkap. 188 00:12:57,123 --> 00:12:59,333 -Tak mungkin. -Saya boleh tangkap awak dengan mudah. 189 00:12:59,413 --> 00:13:01,163 Awak tangkap saya sebab awak ekori saya. 190 00:13:01,243 --> 00:13:03,213 Membuktikan awak boleh diekori dan itulah maksud saya. 191 00:13:03,293 --> 00:13:05,213 Berapa kerap awak keluar bersiar-siar di luar? 192 00:13:05,293 --> 00:13:07,753 Sekerap mungkin dan tak selalu. 193 00:13:08,593 --> 00:13:09,673 Saya faham risikonya. 194 00:13:09,753 --> 00:13:12,593 Saya tak rasa begitu. Berdasarkan apa yang dipertaruhkan dalam misi ini, 195 00:13:12,673 --> 00:13:15,683 memandangkan apa yang kita hadapi, semua kena berjalan lancar. 196 00:13:15,763 --> 00:13:18,013 -Ya, tepat sekali! -Jadi, kita setuju. 197 00:13:18,093 --> 00:13:19,223 Tentang ini? Tidak. 198 00:13:20,013 --> 00:13:22,603 Awak boleh dedahkan seluruh operasi kita dan untuk apa? 199 00:13:22,683 --> 00:13:24,733 Apa kaitannya dengan ini? 200 00:13:24,813 --> 00:13:26,983 Entahlah. Kita kena tunggu dan lihat. 201 00:13:28,943 --> 00:13:30,653 Saya tahu awak maksudkan dengan baik. 202 00:13:30,733 --> 00:13:32,613 Tapi perangai ini... 203 00:13:32,693 --> 00:13:35,323 Fikir dengan rasional, apa perbezaannya? 204 00:13:35,403 --> 00:13:37,413 Selain buat awak rasa seperti awak sedang buat sesuatu. 205 00:13:37,493 --> 00:13:38,743 Apa yang nyata? 206 00:13:38,823 --> 00:13:40,993 Satu tindakan kecil membawa kepada tindakan lain, 207 00:13:41,083 --> 00:13:43,083 dan akhirnya menjadi sesuatu yang lebih besar. 208 00:13:43,873 --> 00:13:45,793 Atau mungkin tidak. 209 00:13:45,873 --> 00:13:52,383 Apa pun, dengan buat sesuatu, apa saja, buat saya kekal waras. 210 00:13:53,213 --> 00:13:57,513 Membolehkan saya berfungsi. Itu yang nyata. 211 00:13:58,303 --> 00:14:02,893 Jadi, ya. Saya perlu lakukannya. Awak juga perlu saya lakukannya. 212 00:14:02,973 --> 00:14:04,183 JUALAN PERABIS KECEMASAN 213 00:14:11,943 --> 00:14:13,653 Kenapa awak berpeluh-peluh? 214 00:14:13,733 --> 00:14:18,073 Rasa malu. Rasa bersalah. Khuatir. Awak pilihlah. 215 00:14:18,163 --> 00:14:21,413 Macam mana kalau saya gagal? Saya tak suka hampakan orang. 216 00:14:21,493 --> 00:14:22,493 Tak mungkin. 217 00:14:23,663 --> 00:14:25,253 Semua ini sangat sukar bagi saya. 218 00:14:25,333 --> 00:14:29,123 Peperiksaan, kuiz konsonans. Ini semua mimpi ngeri saya. 219 00:14:29,213 --> 00:14:32,093 Tapi awak? Awak dicipta untuknya. 220 00:14:33,253 --> 00:14:34,303 Betul. 221 00:14:36,673 --> 00:14:39,723 Tapi, jika keadaan jadi tak terkawal, 222 00:14:39,803 --> 00:14:43,013 saya akan alih perhatian Cik De La Torre dengan flash bomb. 223 00:14:43,723 --> 00:14:45,603 Tentulah tak berbahaya. 224 00:14:45,683 --> 00:14:49,693 Kemudian kita akan turun menggunakan tali menerusi siling. 225 00:14:51,863 --> 00:14:54,693 Baiklah. Mari kita lakukannya. 226 00:14:55,363 --> 00:14:58,653 Jika ada perkara mencurigakan, kita akan hentikan. Cari isyarat saya. 227 00:14:59,653 --> 00:15:03,583 -Constance? -Ya. Saya takkan ikut rancangan itu. 228 00:15:04,833 --> 00:15:07,413 Apa? Constance, tunggu. 229 00:15:07,503 --> 00:15:08,373 Awak mesti ikut. 230 00:15:10,173 --> 00:15:11,173 Constance. 231 00:15:14,593 --> 00:15:15,503 Constance. 232 00:15:16,383 --> 00:15:17,463 Mari kita mulakan. 233 00:15:17,553 --> 00:15:20,683 Gambarkan bagaimana anda akan lipat struktur ini dua belas kali, 234 00:15:20,763 --> 00:15:23,223 secara sama rata, semasa mata anda ditutup dengan kain. 235 00:15:23,303 --> 00:15:26,723 Anggap anda tak diberi lebih daripada 15 saat untuk mempelajarinya 236 00:15:26,813 --> 00:15:30,143 dan pertahankan strategi anda tanpa merujuk kepada lukisan. 237 00:15:30,233 --> 00:15:31,653 Mula. 238 00:15:31,733 --> 00:15:32,733 -Kekacang. -Ya. 239 00:15:32,813 --> 00:15:34,613 Nanas kering untuk tenaga. 240 00:15:34,693 --> 00:15:36,573 Almond marcona untuk buat awak rasa kenyang. 241 00:15:36,653 --> 00:15:37,533 Terima kasih. 242 00:15:39,743 --> 00:15:41,663 Kalau awak perlukan sedikit... 243 00:15:42,323 --> 00:15:44,033 ackee dan ikan kering. 244 00:15:44,123 --> 00:15:46,083 Teman sebilik saya di universiti orang Jamaica. 245 00:15:46,163 --> 00:15:49,753 Ackee menyalahi undang-undang di majoriti negara ini. 246 00:15:49,833 --> 00:15:51,043 Kenapa? 247 00:15:51,123 --> 00:15:55,543 Ia mengandungi hypoglycin yang boleh membunuh awak sekelip mata. 248 00:15:55,633 --> 00:16:00,133 Bila disediakan dengan betul, semua toksin akan terurai. Bukan? 249 00:16:00,223 --> 00:16:01,093 Sangat tidak berbahaya. 250 00:16:01,173 --> 00:16:03,013 Ia menakjubkan bagi saya 251 00:16:03,093 --> 00:16:05,803 orang akan ambil risiko yang tak perlu dengan kesihatan mereka 252 00:16:05,893 --> 00:16:06,933 dan juga orang lain. 253 00:16:07,013 --> 00:16:09,523 -Tiada apa yang perlu dirisaukan. -Macam mana awak dapat buah ini? 254 00:16:09,603 --> 00:16:12,813 Adakah awak menilai keranumannya sebelum sampai ke titik mendidih? 255 00:16:12,893 --> 00:16:18,113 Saya tak perlu buat begitu. Saya takkan bahayakan kita. 256 00:16:18,983 --> 00:16:21,703 En. Benedict. Optik dah disediakan? 257 00:16:21,783 --> 00:16:24,993 Ya. Dipadankan dengan sempurna. 258 00:16:25,073 --> 00:16:25,913 Apa yang awak buat? 259 00:16:27,663 --> 00:16:29,333 Saya sepasang mata! 260 00:16:29,413 --> 00:16:32,333 Mata yang akan nampak apa yang mereka cari. 261 00:16:32,413 --> 00:16:33,833 Awak tahu, Katsuta Precept. 262 00:16:33,923 --> 00:16:35,793 Seorang pemerhati yang tahu isi hati musuh 263 00:16:35,883 --> 00:16:37,793 lebih bernilai daripada sedozen peninjau yang berkemahiran. 264 00:16:37,883 --> 00:16:39,553 Saya mesti katakan ia benar hari ini serta semasa pemerintahan feudal Jepun. 265 00:16:39,633 --> 00:16:40,633 -Betul tak? -Ya. 266 00:16:40,713 --> 00:16:42,553 -Itu tindakan yang melulu. -Entahlah. 267 00:16:42,633 --> 00:16:44,683 Tindakan melulu mungkin berkesan, bukan? 268 00:16:44,763 --> 00:16:47,803 Terima kasih atas cadangan yang mengarut itu. 269 00:16:47,893 --> 00:16:49,813 Siapa tahu di mana orang-orangnya mencari? 270 00:16:49,893 --> 00:16:55,853 Awak akan ditangkap, diikat, dikurung, diberi makan biskut masin, 271 00:16:55,943 --> 00:16:59,613 jika apa-apa, melalui lubang kecil di dalam bilik besi. 272 00:16:59,693 --> 00:17:01,283 Melalui lubang kecil! 273 00:17:01,743 --> 00:17:07,323 Ya, memang ada risiko. Tapi saya tetap akan pergi. 274 00:17:07,413 --> 00:17:10,333 Milligan, silakan. Selamat tinggal. 275 00:17:10,413 --> 00:17:11,953 -Selamat tinggal. -Selamat tinggal. 276 00:17:16,373 --> 00:17:19,003 Terima kasih. 277 00:17:20,423 --> 00:17:21,303 Sekarang, ia sangat bagus. 278 00:17:30,893 --> 00:17:32,683 KEPINTARAN TERLINDUNG 279 00:17:32,773 --> 00:17:36,903 Sebelum kita bermula, terima kasih atas dedikasi kamu. 280 00:17:36,983 --> 00:17:41,533 Saya kagum, berbangga, dan bersyukur. 281 00:17:42,533 --> 00:17:43,363 Semoga berjaya. 282 00:18:01,593 --> 00:18:02,423 Mula. 283 00:19:04,113 --> 00:19:06,033 Sticky Washington. 284 00:19:09,823 --> 00:19:10,823 Turunkan pensel. 285 00:19:12,123 --> 00:19:14,533 Dan lapor diri ke bilik menunggu segera. 286 00:19:26,053 --> 00:19:28,973 Saya perlu kekal terhidrat. 287 00:19:29,053 --> 00:19:34,473 Saya dah cari punca utama kematian pendakian ialah penyahidrat jadi... 288 00:19:34,553 --> 00:19:36,643 Hanya dua batu lagi sebelum kita sampai ke puncak. 289 00:19:37,813 --> 00:19:39,983 Dua batu lagi. Bagus. 290 00:19:40,063 --> 00:19:42,483 Saya hanya perlu melihatnya 291 00:19:42,563 --> 00:19:46,023 kemudian saya akan tahu, saya akan cari kelemahannya. 292 00:19:46,113 --> 00:19:50,453 Saya ingatkan objektifnya adalah untuk melihat projek pembinaan. 293 00:19:50,533 --> 00:19:53,953 Sudah tentu. Misi ini ada banyak dimensi. 294 00:19:54,033 --> 00:19:55,783 Ia adalah misi mencari fakta. 295 00:19:55,873 --> 00:19:56,993 -Ada... -Berhenti! 296 00:19:58,663 --> 00:20:03,923 Itu ialah stinging nettle. Kecil, macam jarum. 297 00:20:04,003 --> 00:20:07,593 Buatkan kita gatal, kemerahan, ruam. Kesakitan yang berpanjangan. 298 00:20:07,673 --> 00:20:09,263 Aduhai. 299 00:20:09,973 --> 00:20:11,683 Nampaknya awak pernah disengat sebelum ini? 300 00:20:13,263 --> 00:20:14,683 Saya rasa saya pernah. 301 00:20:15,303 --> 00:20:16,393 Terima kasih, Milligan. 302 00:20:17,563 --> 00:20:20,773 Awak memang sesuai untuk aktiviti luar, bukan? 303 00:20:23,653 --> 00:20:24,863 Nampaknya begitulah. 304 00:20:28,193 --> 00:20:31,783 -Awak kata dua batu jauhnya? -Dua. 305 00:20:36,783 --> 00:20:37,783 Tunggu di sini. 306 00:20:40,753 --> 00:20:42,623 Apa yang saya tunggu sebenarnya? 307 00:21:58,413 --> 00:21:59,413 Saya dah berfikir. 308 00:22:00,783 --> 00:22:04,123 Selepas pertemuan kita di Stonetown, saya rasa aura awak dah berubah. 309 00:22:04,203 --> 00:22:05,373 -Aura apa? -Suasananya. 310 00:22:05,463 --> 00:22:07,713 Tenaga etheric. 311 00:22:07,793 --> 00:22:11,883 Saya takkan bekerja di tempat yang mempunyai peraturan ketat 312 00:22:11,963 --> 00:22:15,343 dan suasananya kelam. 313 00:22:15,423 --> 00:22:19,643 Dan saya takkan biarkan orang bahayakan misi kita. 314 00:22:20,393 --> 00:22:22,313 Saya takkan berhenti, Nombor Dua. 315 00:22:22,393 --> 00:22:23,433 Mungkin awak patut pergi. 316 00:22:26,693 --> 00:22:28,903 Saya akan habiskan pasang penyamaran, kemudian saya akan pergi. 317 00:22:30,233 --> 00:22:34,483 Panggillah apa pun, tapi bagi saya, tiada tindakan kecil. 318 00:22:49,713 --> 00:22:52,793 Jadi macam mana dengan ujian itu? 319 00:22:52,883 --> 00:22:57,383 Saya buat dengan baik. Oshiro mengakui saya sebagai ketua dia. 320 00:22:57,473 --> 00:23:00,513 Riak wajahnya terkejut kerana awak gagal sebelum ini. 321 00:23:00,593 --> 00:23:02,303 Saya putuskan untuk cuba. 322 00:23:04,223 --> 00:23:05,353 Mana Sticky? 323 00:23:09,193 --> 00:23:14,653 Okey. Berterus-teranglah. Ia tak berjalan lancar. 324 00:23:14,733 --> 00:23:17,153 Saya rasa kita tak perlu panik lagi 325 00:23:17,243 --> 00:23:21,073 tapi Sticky kena tangkap dan dihantar ke Bilik Menunggu. 326 00:23:21,163 --> 00:23:22,283 Apa? 327 00:23:23,783 --> 00:23:24,783 Ini semua salah saya. 328 00:23:24,873 --> 00:23:26,873 Saya rasa itu semua salah Kate. 329 00:23:26,953 --> 00:23:28,663 Dia mungkin sedang menunggu di sana untuk memorinya dipadam. 330 00:23:28,753 --> 00:23:31,673 Saya dah agak ini akan berlaku 331 00:23:31,753 --> 00:23:34,383 jadi saya cipta 23 senario penyelamatan 332 00:23:34,463 --> 00:23:36,763 sekiranya ada sesiapa yang tertangkap. 333 00:23:36,843 --> 00:23:38,383 Sticky hanya akan hilang satu lengan dalam dua senario. 334 00:23:38,473 --> 00:23:39,933 Tapi awak yang bijak. 335 00:23:40,013 --> 00:23:42,013 jadi saya akan benarkan awak pilih senario yang mana. 336 00:23:42,093 --> 00:23:44,723 Seseorang kehilangan lengan dalam dua senario berbeza? 337 00:23:44,803 --> 00:23:46,563 Bukan seseorang. Sticky. 338 00:23:46,643 --> 00:23:48,603 Saya hargai semangat awak, tapi... 339 00:23:48,683 --> 00:23:50,773 Beberapa senario perlu dikaji semula, saya mengaku. 340 00:23:50,853 --> 00:23:53,563 Pada tahap ini, bolehkah kita pertimbangkan Sticky sebagai mangsa? 341 00:23:53,653 --> 00:23:56,193 Tidak! Kita perlu bantu dia. 342 00:23:56,273 --> 00:23:59,743 Kita perlukan rancangan, di mana seseorang tak hilang apa-apa. 343 00:23:59,823 --> 00:24:02,283 Kita patut siasat apa yang berlaku di Bilik Menunggu, 344 00:24:02,363 --> 00:24:03,913 gertak seseorang. 345 00:24:06,283 --> 00:24:07,543 Kasihan Sticky. 346 00:24:08,623 --> 00:24:10,963 Dia akan tewas dengan tekanan. 347 00:24:13,043 --> 00:24:14,713 Awak berdua fikir begitu. 348 00:24:50,453 --> 00:24:52,163 Saya sangat risau sekarang. 349 00:24:52,253 --> 00:24:53,623 Kami sedang buat apa yang termampu. 350 00:24:53,713 --> 00:24:55,333 Kecemasan semakin bertambah teruk. 351 00:24:55,423 --> 00:24:57,423 Saya tak suka batalkan lawatan kita ke dataran garam, tapi... 352 00:24:57,503 --> 00:25:01,133 Keadaan tak selamat di mana-mana sekarang. Tiada siapa di stereng. 353 00:25:01,213 --> 00:25:03,933 30 PERATUS UNTUK STOK LEBIHAN 354 00:25:07,143 --> 00:25:09,353 SELAMAT DATANG KE PUSAT BANDAR STONETOWN 355 00:25:09,433 --> 00:25:10,813 KEDAI MAKAN DANIEL 356 00:25:13,943 --> 00:25:18,063 Dia mungkin guna nama Nombor Dua, tapi dia dapat nombor satu 357 00:25:18,153 --> 00:25:21,783 di Sheffield's Classic selama dua tahun berturut-turut. 358 00:25:39,213 --> 00:25:40,593 Awak tahu itu tak membantu. 359 00:25:41,883 --> 00:25:43,133 Langsung tidak. 360 00:25:45,013 --> 00:25:49,853 Buat saya waras. Bila saya waras, saya memang tak boleh dikalahkan. 361 00:26:13,503 --> 00:26:14,543 Helo. 362 00:26:16,503 --> 00:26:19,753 Dah lama menunggu? Silakan masuk. 363 00:26:35,563 --> 00:26:36,813 Masuklah. 364 00:26:37,853 --> 00:26:38,693 Duduklah. 365 00:26:47,903 --> 00:26:49,113 Hebat. 366 00:26:50,243 --> 00:26:51,413 -Jadi... -Saya menipu. 367 00:26:51,493 --> 00:26:54,453 Maafkan saya. Saya tahu saya salah dan mungkin awak tak percaya, 368 00:26:54,543 --> 00:26:56,293 tapi percayalah yang saya tak nak lakukannya, 369 00:26:56,373 --> 00:26:57,713 dan saya takkan buat lagi. 370 00:27:00,833 --> 00:27:04,053 Penipuan? Itu benda baru bagi saya. 371 00:27:05,593 --> 00:27:08,933 Laporan Pn. La De Torre hanya sebut tentang awak main pen. 372 00:27:09,013 --> 00:27:10,803 Dah ada laporan? 373 00:27:10,893 --> 00:27:13,393 Apa yang mengganggu saya ialah awak rasa awak perlu menipu. 374 00:27:14,893 --> 00:27:15,813 Jelaskan kepada saya. 375 00:27:16,893 --> 00:27:17,733 Apa? 376 00:27:17,813 --> 00:27:19,733 Kurikulum kami ada kekurangankah? 377 00:27:19,813 --> 00:27:21,233 Ada sesuatu yang kami tak nampak? 378 00:27:27,493 --> 00:27:33,533 Mungkin itu semua tekanan, tuan. 379 00:27:33,623 --> 00:27:37,163 Ujian itu. Mungkin terlalu membebankan untuk kanak-kanak. 380 00:27:38,123 --> 00:27:39,543 Agak menakutkan. 381 00:27:39,623 --> 00:27:42,333 Saya rasa ia tak mengukur kepintaran yang sebenar, 382 00:27:42,423 --> 00:27:45,173 atau semua jenis kepintaran. 383 00:27:47,923 --> 00:27:50,133 Sekarang pun, menjaga seorang pelajar yang kurang pintar. 384 00:27:51,803 --> 00:27:53,353 Altruistik betul. 385 00:27:56,263 --> 00:27:58,433 Awak bermain dengan pen. Saya tahu itu kod Morse. 386 00:27:59,353 --> 00:28:00,483 Ia bijak, Encik Washington. 387 00:28:00,563 --> 00:28:01,853 Tapi mari kita berterus terang. 388 00:28:01,943 --> 00:28:04,313 Awak tak gunakan telegrafi, bukan? 389 00:28:05,193 --> 00:28:06,363 Penerimanya ada di dalam bilik itu. 390 00:28:07,483 --> 00:28:10,033 Awak bekerja dengan siapa, Sticky? Namanya Polly Mayfire? 391 00:28:10,113 --> 00:28:13,243 Dia sangat arif tentang ilmu kriptologi. 392 00:28:13,323 --> 00:28:16,953 Tidak. Saya rasa Pyotr Fernsby. 393 00:28:17,043 --> 00:28:20,793 Tak, dia tak cukup berani. Tentu orang lain. 394 00:28:22,173 --> 00:28:23,383 Siapa? 395 00:28:29,303 --> 00:28:31,383 Wah. Tengoklah itu. 396 00:28:32,933 --> 00:28:35,853 Kesetiaan di bawah tekanan. Mengagumkan. 397 00:28:37,183 --> 00:28:41,233 Tapi kita perlu pertimbangkan tujuan. Kemajuan tak boleh diganggu. 398 00:28:41,313 --> 00:28:46,403 Sekarang, mungkin tunggu lama sedikit. Awak di dalam sana sekejap saja. 399 00:28:47,943 --> 00:28:50,323 Itu masa yang singkat? 400 00:28:50,403 --> 00:28:52,903 Ya. Macam tak singkat langsung. 401 00:29:37,573 --> 00:29:43,373 Menurut kanak-kanak, aktiviti itu terletak di timur cabang. 402 00:29:43,463 --> 00:29:44,753 Jadi, mari kita lihat. 403 00:29:53,053 --> 00:29:57,933 Itu dia. Aduhai. Sejenis bilah kipas. 404 00:29:58,013 --> 00:30:02,183 Besar. gear, motor, sistem wayar bervoltan tinggi. 405 00:30:03,563 --> 00:30:05,643 Itu turbin hidroelektrik. 406 00:30:06,313 --> 00:30:07,943 Kenapa dia perlukan semua kuasa itu? 407 00:30:09,613 --> 00:30:11,233 Itu yang saya tertanya-tanya. 408 00:30:11,323 --> 00:30:14,903 Ia lebih besar daripada apa yang dia perlukan untuk hantar mesej bawah sedar. 409 00:30:16,953 --> 00:30:18,743 Ada sesuatu yang lebih besar akan datang. 410 00:30:18,823 --> 00:30:20,993 Kita patut rancang strategi, kembali ke kem. 411 00:30:21,083 --> 00:30:25,413 Tidak. Itu saja sebab untuk terus tinggal di sini. Tidak. 412 00:30:27,373 --> 00:30:29,583 -Dah lewat, tuan. -Tidak. 413 00:30:29,673 --> 00:30:32,383 Kerja kita di sini belum selesai, Milligan. 414 00:30:39,933 --> 00:30:42,723 Tolonglah. Sekejap saja lagi. 415 00:30:43,853 --> 00:30:45,183 Saya tahu ada lagi. 416 00:30:46,433 --> 00:30:47,643 Saya tahu dia akan... 417 00:30:49,813 --> 00:30:51,443 dia akan dedahkan sesuatu. 418 00:30:57,953 --> 00:31:01,163 Kita akan tunggu hingga kita nampak dia, tuan. 419 00:31:05,753 --> 00:31:06,913 Terima kasih, Milligan. 420 00:31:32,113 --> 00:31:33,903 Boleh tolong saya? 421 00:31:39,153 --> 00:31:40,163 Terima kasih. 422 00:31:40,913 --> 00:31:43,993 BAHAN BAKAR KEM 423 00:31:48,253 --> 00:31:50,003 CAT 424 00:32:09,433 --> 00:32:10,353 Sticky! 425 00:32:13,363 --> 00:32:14,363 Sticky! 426 00:32:17,693 --> 00:32:19,073 Sticky, apa yang berlaku? 427 00:32:28,373 --> 00:32:29,293 Sticky? 428 00:32:31,413 --> 00:32:32,463 Sticky? 429 00:32:34,423 --> 00:32:35,343 Memori awak. 430 00:32:36,883 --> 00:32:37,803 Alamak. 431 00:32:39,053 --> 00:32:42,263 Tolonglah, awak kena ingat saya. Tolonglah! 432 00:32:45,053 --> 00:32:48,473 Reynie, ia teruk sekali. 433 00:32:50,433 --> 00:32:52,023 Awak ingat nama saya. 434 00:32:54,023 --> 00:32:55,403 Jadi, memori awak tak dipadam. 435 00:32:55,483 --> 00:32:58,113 Sayangnya, saya ingat semuanya. 436 00:32:59,283 --> 00:33:01,783 Saya ingatkan keresahan bermaksud sakit perut dan mata bergerak-gerak. 437 00:33:02,903 --> 00:33:03,993 Tapi Bilik Menunggu itu? 438 00:33:05,573 --> 00:33:08,033 Ia sukar dipercayai apa yang ia boleh buat awak fikir. 439 00:33:09,583 --> 00:33:11,413 Kedengaran teruk. 440 00:33:14,673 --> 00:33:17,423 Wetherall Yang Hebat dan... Sticky! 441 00:33:20,763 --> 00:33:23,723 Gembira bertemu awak! Saya... 442 00:33:23,803 --> 00:33:24,803 Kami risau. 443 00:33:25,553 --> 00:33:27,393 Adakah Curtain soal awak di bawah lampu yang terang? 444 00:33:27,473 --> 00:33:30,353 Awak bocorkan rahsia kita? 445 00:33:30,433 --> 00:33:31,273 Tidak. 446 00:33:32,183 --> 00:33:35,153 Saya minta maaf awak terpaksa lalui semua itu seorang diri. 447 00:33:35,233 --> 00:33:38,653 Sebenarnya, saya rasa saya mungkin kuat. 448 00:33:38,733 --> 00:33:42,153 Sekurang-kurangnya, bila melindungi sesuatu yang saya sayangi. 449 00:33:46,363 --> 00:33:50,453 Kate, saya takut nak tanya. Macam mana dengan ujian awak? 450 00:33:50,543 --> 00:33:51,793 Huru-hara betul. 451 00:33:51,873 --> 00:33:53,963 Kita akan dapat pengesahan bila senarai itu disiarkan esok. 452 00:33:54,043 --> 00:33:55,793 Saya mula rasa hilang harapan. 453 00:33:55,873 --> 00:33:58,383 Dan berbahaya. Jangan lupa bahaya. 454 00:33:58,463 --> 00:34:02,843 Curtain kata saya mengganggu kemajuan. Dia semakin hampir dengan sesuatu. 455 00:34:05,473 --> 00:34:08,683 Sebenarnya, saya ada berita baik. 456 00:34:10,853 --> 00:34:14,183 "Suara putera dari sebuah apartmen memanggil-manggil, 457 00:34:14,273 --> 00:34:16,943 'Noble Waldemar Fitzurse!' 458 00:34:17,023 --> 00:34:18,273 Dengan keladak bonet, 459 00:34:18,363 --> 00:34:23,073 canselor bergegas untuk menerima arahan pemerintah masa depan." 460 00:34:28,913 --> 00:34:32,543 Hari ini sangat sukar, bukan? 461 00:34:33,583 --> 00:34:37,423 Kita... Apa pun, penemuan penting dengan turbin itu? 462 00:34:39,923 --> 00:34:46,053 Saya tak boleh elak dari merasa saya memburu sesuatu di luar jangkauan. 463 00:34:51,433 --> 00:34:53,013 Milligan, 464 00:34:55,063 --> 00:34:57,063 mungkin ada cara untuk kami bantu awak. 465 00:34:57,853 --> 00:34:59,863 Untuk mendapatkan semula apa yang hilang. 466 00:35:00,613 --> 00:35:03,233 Atau apa yang orang ambil daripada awak. 467 00:35:05,943 --> 00:35:12,743 Ada teka-teki dalam diri saya, tuan, 468 00:35:12,833 --> 00:35:17,043 yang mahu diselesaikan, tapi saya... 469 00:35:22,793 --> 00:35:26,173 Saya rasa macam ada sesuatu yang hilang. 470 00:35:29,723 --> 00:35:32,603 Teka-teki yang hilang satu bahagian, itu macam... 471 00:35:33,813 --> 00:35:36,433 Saya tak boleh fikirkan perumpamaan. Hari yang panjang. 472 00:35:37,483 --> 00:35:41,403 Awak patut tahu yang saya ada di sini untuk awak. 473 00:35:43,323 --> 00:35:44,323 Tak kira apa. 474 00:35:46,533 --> 00:35:48,453 Baiknya tuan. 475 00:35:52,533 --> 00:35:55,293 Sekarang, boleh kita teruskan? 476 00:35:56,873 --> 00:35:58,413 Awak di muka surat 130. 477 00:35:59,293 --> 00:36:02,173 Terima kasih, Nombor Dua. Mari kita lihat... 478 00:36:04,343 --> 00:36:05,753 Ya! 479 00:36:05,843 --> 00:36:08,513 "Keesokan paginya, kesateria berangkat awal 480 00:36:08,593 --> 00:36:10,473 dengan niat untuk menempuhi perjalanan yang jauh. 481 00:36:10,553 --> 00:36:13,053 Keadaan kudanya, yang dia telah jaga 482 00:36:13,143 --> 00:36:14,853 ketika pagi sebelumnya, 483 00:36:14,933 --> 00:36:20,353 membolehkan ia berjalan jauh tanpa banyak masalh." 484 00:36:21,693 --> 00:36:24,443 Ia mengambil masa, tapi saya dah menyahkod jurnal itu. 485 00:36:25,023 --> 00:36:28,323 Semua bunyi awak menjengkelkan saya. Saya tak dapat tumpukan perhatian. 486 00:36:28,403 --> 00:36:30,363 -Bunyi kami? -Ya. 487 00:36:30,453 --> 00:36:34,833 Jari Kate yang mengetuk, Sticky mengunyah, pernafasan Reynie. 488 00:36:35,783 --> 00:36:38,503 -Pernafasan saya? -Awak bernafas macam orang gemuk. 489 00:36:40,623 --> 00:36:43,633 Bila saya temui kesenyapan, saya nampak. 490 00:36:45,883 --> 00:36:50,093 -Buku itu dalam kod Caesar. -Maksud awak macam ROT13? 491 00:36:50,173 --> 00:36:51,683 Kod penggantian standard? 492 00:36:51,763 --> 00:36:55,513 Di mana huruf sebenarnya adalah huruf yang berada 13 tempat seterusnya? 493 00:36:55,603 --> 00:36:59,353 Lebih kurang. Perkataan pertama ialah ROT13 494 00:36:59,433 --> 00:37:03,443 tapi kedua ialah ROT14 dan seterusnya. 495 00:37:07,573 --> 00:37:10,743 Kod ROT yang berputar. "Rote" ROT. 496 00:37:10,823 --> 00:37:12,113 Syabas. 497 00:37:15,783 --> 00:37:17,163 Itu menakjubkan, Constance. 498 00:37:17,243 --> 00:37:19,453 Hentikan pernafasan awak dan saya boleh buat lagi. 499 00:37:19,543 --> 00:37:25,043 Lelaki ini paranoid. Tapi saya yakin saya boleh bacanya sekarang. 500 00:37:25,133 --> 00:37:26,043 Bagus! 501 00:37:28,553 --> 00:37:31,803 Muka pertama ialah tentang pilihan pemakaian topi. 502 00:37:31,883 --> 00:37:35,013 "Tuques menentang berets." Pelik. 503 00:37:35,093 --> 00:37:38,973 Dan kasut yang saya lukis sepatutnya ialah gambar rajah otaknya. 504 00:37:39,723 --> 00:37:43,693 -Seterusnya. -Dia bercakap seorang diri di sini. 505 00:37:43,773 --> 00:37:46,943 "Kebebanan yang tak berkesudahan adalah milik saya." 506 00:37:47,023 --> 00:37:52,323 Kemudian dia memasuki rejimen diet dia? Apa itu "agropaleo"? 507 00:37:52,403 --> 00:37:55,073 Bosan. Ada apa-apa yang kita boleh guna? 508 00:37:55,163 --> 00:37:57,073 Nah. Dia tulis perkara lain. 509 00:37:57,163 --> 00:37:59,533 Rancangan besar, perubahan yang tak dapat dielakkan, 510 00:37:59,623 --> 00:38:02,663 dan sesuatu yang dipanggil "Pembaikan". 511 00:38:02,753 --> 00:38:05,463 Pembaikan? Tak mungkin itu bagus. 512 00:38:05,543 --> 00:38:07,383 Itu bahagian apa? 513 00:38:07,463 --> 00:38:09,293 Nampak macam senarai nama. 514 00:38:09,383 --> 00:38:12,803 "Francis Lin, Bertrand Kohl, Hildegard Billingsley." 515 00:38:12,883 --> 00:38:14,843 Ibu bapa dia pasti bencikan dia. 516 00:38:16,513 --> 00:38:19,183 "Arthur Bloom." 517 00:38:19,973 --> 00:38:22,433 Pemeriksa sekolah yang dipadamkan memorinya. 518 00:38:22,523 --> 00:38:27,443 Tentu ini senarai musuh yang dia ingin padam memori. 519 00:38:27,523 --> 00:38:31,023 Nanti, ada lagi. 520 00:38:32,863 --> 00:38:37,113 "Rhonda Kazembe, Nombor Dua." 521 00:38:38,493 --> 00:38:41,793 "Nicholas Benedict." 522 00:39:01,183 --> 00:39:02,853 Awal encik bangun. 523 00:39:04,103 --> 00:39:05,143 Selamat pagi. 524 00:39:05,853 --> 00:39:09,563 Masa kecil-kecil, abang saya selalu bangun awal. 525 00:39:10,943 --> 00:39:14,533 Dia tak sedar yang dia juga selalu kejutkan saya dalam proses itu. 526 00:39:16,073 --> 00:39:21,413 Dia sangat pasti jika dia terlebih tidur, dia akan terlepas penemuan baharu. 527 00:39:24,743 --> 00:39:27,583 Saya harap ada tabiat yang takkan mati. Ya? 528 00:39:31,213 --> 00:39:34,423 Milligan. Saya nampak dia. 529 00:39:35,463 --> 00:39:36,803 Apa yang dia buat? 530 00:39:36,883 --> 00:39:41,853 Saya tak pasti, tapi postur dia mengagumkan. 531 00:39:41,933 --> 00:39:43,183 Postur. 532 00:39:43,263 --> 00:39:45,473 Oh, Tuhan. Dia nampak sihat. 533 00:39:45,563 --> 00:39:46,433 Sihat. 534 00:39:46,523 --> 00:39:48,393 -Sihat. -Awak boleh kalau awak... 535 00:39:48,483 --> 00:39:49,353 Tunggu. 536 00:40:17,763 --> 00:40:19,553 Hati-hati, si dungu. 537 00:40:30,943 --> 00:40:34,153 Saya dan Sticky hampir di atas. Baguslah. 538 00:40:34,233 --> 00:40:36,233 Okey? Baguslah. 539 00:40:36,323 --> 00:40:37,983 Dan nama Constance pula berwarna hijau. 540 00:40:44,533 --> 00:40:46,743 KATE WETHERALL 541 00:40:48,043 --> 00:40:49,873 Alamak. 542 00:40:55,673 --> 00:40:59,303 Kate, saya tak tahu nak cakap apa. 543 00:41:00,303 --> 00:41:03,303 Jangan cakap apa-apa. Saya dah biasa berpindah. 544 00:41:04,303 --> 00:41:07,433 Saya cuma rasa kecewa sebab tak dapat panjat menara itu. 545 00:41:09,643 --> 00:41:13,353 Tiada guna untuk bersedih atas kegagalan. Ia seperti pepatah lama. 546 00:41:13,943 --> 00:41:15,563 "Seorang askar yang baik..." 547 00:41:18,443 --> 00:41:22,033 Saya lupa yang selebihnya. Saya akan lengkapkan dalam misi kita seterusnya. 548 00:41:22,783 --> 00:41:23,913 Tak tahu bila. 549 00:41:24,663 --> 00:41:26,663 Awak tak takut memori awak akan dipadam? 550 00:41:29,123 --> 00:41:30,873 Saya tak terfikir tentang itu. 551 00:41:32,793 --> 00:41:34,373 Lain kali saya jumpa awak... 552 00:41:35,673 --> 00:41:37,133 kalau saya tak kenal awak... 553 00:41:39,593 --> 00:41:40,593 Saya kenal awak. 554 00:42:13,503 --> 00:42:14,663 Apa yang awak buat ini? 555 00:42:15,753 --> 00:42:18,593 -Saya rasa kaki saya terseliuh. -Bangun! 556 00:42:18,673 --> 00:42:21,513 Kecederaan adalah untuk orang lemah. Kuatlah sikit! 557 00:42:21,593 --> 00:42:24,223 Tetherball adalah kebanggaan institusi ini. 558 00:42:25,383 --> 00:42:26,593 Keluar dari gelanggang saya. 559 00:42:31,933 --> 00:42:34,063 Marilah. Awak akan okey. 560 00:42:34,143 --> 00:42:38,693 Hei, Bucket! Awak pula. Balingan saya memerlukan mangsa. 561 00:42:39,273 --> 00:42:42,533 -Saya patut lapor diri kepada... -Ini arahan. Sekarang! 562 00:42:43,863 --> 00:42:45,033 Tak rugi apa-apa pada tahap ini. 563 00:42:45,113 --> 00:42:46,913 Buang benda kotor itu. 564 00:42:54,253 --> 00:42:58,253 Perlawanan regulasi. Bukan permainan biasa yang awak jumpa di jalanan. 565 00:42:58,333 --> 00:42:59,633 Pukul sajalah. 566 00:43:43,713 --> 00:43:48,093 Tidak sofistikated, sama seperti yang saya sangkakan. Tapi ada potensi. 567 00:43:49,133 --> 00:43:51,803 -Becky! Dapatkan saiz dia. -Apa? 568 00:43:51,893 --> 00:43:55,683 Awak akan sertai pasukan saya. Jelas sekali. 569 00:43:56,223 --> 00:43:59,903 Saya akan dihantar pergi sekarang. Saya tak boleh buat kalau saya nak. 570 00:44:12,783 --> 00:44:14,623 Dia tak ucapkan selamat tinggal pun. 571 00:44:15,453 --> 00:44:20,213 Dia agak kasar di luar, tapi saya rasa dia senjata rahsia kita. 572 00:44:21,043 --> 00:44:23,963 Kesedihan di dalam diri saya. 573 00:44:24,043 --> 00:44:26,923 Saya tak pasti jika kita boleh lakukannya tanpa dia. 574 00:44:28,723 --> 00:44:31,433 "Askar yang baik takkan pandang belakang." 575 00:44:32,513 --> 00:44:33,473 Saya dah ingat balik. 576 00:44:33,553 --> 00:44:35,103 -Kate! -Kate! 577 00:44:35,893 --> 00:44:37,223 Kate? 578 00:44:38,233 --> 00:44:40,103 -Maaf. -Semuanya baik-baik saja. 579 00:44:40,193 --> 00:44:41,523 Macam mana awak buat? 580 00:44:41,603 --> 00:44:44,483 Nampaknya, Martina sangat mahukan saya dalam pasukan tetherballnya, 581 00:44:44,563 --> 00:44:47,073 dia terus pergi ke Curtain yang mendengar cakapnya. 582 00:44:47,863 --> 00:44:49,743 -Jadi awak boleh tinggal di sini? -Ya. 583 00:44:49,823 --> 00:44:51,743 Ia macam biasiswa percubaan. 584 00:44:51,823 --> 00:44:54,573 Ada banyak kertas kerja, tapi rekod saya bersih. 585 00:44:54,663 --> 00:44:57,833 Sekarang saya jadi pembantu kapten pasukan. 586 00:44:57,913 --> 00:45:00,713 Yang saya pasti Martina hanya rekanya. 587 00:45:00,793 --> 00:45:01,673 Apa posisinya? 588 00:45:01,753 --> 00:45:04,673 Pemerintah Agung Pukulan Kilas Berapi. 589 00:45:04,753 --> 00:45:07,003 ...Sailor. Lepaskan dia. 590 00:45:08,263 --> 00:45:10,973 Macam yang saya cakap, teruskan. 591 00:45:12,593 --> 00:45:17,263 -Constance, awak okey? -Awak tak dengar bunyi itu? 592 00:45:17,353 --> 00:45:21,693 -Ini lagi. -Ada suara dalam kepala saya. 593 00:45:21,773 --> 00:45:25,403 Ia datang dan pergi, tapi ia bukan suara saya. 594 00:45:25,483 --> 00:45:27,403 Ia seperti dalam bilik lain. 595 00:45:28,613 --> 00:45:34,033 Tapi pintunya tertutup jadi saya tak boleh dengar dengan jelas. 596 00:45:38,583 --> 00:45:42,163 Kita patut pergi. Kelas Oshiro bermula 15 minit lagi. 597 00:45:46,083 --> 00:45:47,633 Saya percayakan awak, Constance. 598 00:45:57,143 --> 00:46:00,643 Tolong sambungkan sembilan titik ini menggunakan empat garisan 599 00:46:00,723 --> 00:46:04,353 tanpa pen diangkat dari kertas atau apa-apa titik yang tinggal. 600 00:46:05,063 --> 00:46:06,233 Mula. 601 00:46:09,523 --> 00:46:11,903 Helo, penyelesai masalah saya! 602 00:46:11,993 --> 00:46:15,113 -Selamat tengah hari, Dr. Curtain! -Selamat tengah hari, Dr. Curtain! 603 00:46:16,203 --> 00:46:17,203 Betul, bukan? 604 00:46:17,873 --> 00:46:21,703 Saya selalu buat secara formal, tapi saya tak boleh tunggu. 605 00:46:24,463 --> 00:46:28,593 Kita di Institut ini terpanggil untuk cemerlang. 606 00:46:28,673 --> 00:46:30,803 Sesetengah daripada kamu telah menjawab panggilan itu lebih cepat 607 00:46:30,883 --> 00:46:33,553 dan luar biasa daripada yang dijangka. 608 00:46:33,633 --> 00:46:39,303 Jadi, sertailah saya dalam meraikan Utusan baru kita. 609 00:46:40,263 --> 00:46:41,433 Reynie Muldoon. 610 00:46:44,563 --> 00:46:46,903 Serta Sticky Washington. 611 00:46:49,153 --> 00:46:50,363 Terima kasih, En. Oshiro. 612 00:46:55,903 --> 00:46:56,743 Apa? 613 00:46:56,823 --> 00:46:59,163 -Tak mungkin. -Biar betul? 614 00:46:59,243 --> 00:47:00,283 Cukup. 615 00:47:00,373 --> 00:47:02,953 -Macam mana mereka boleh dapat? -Tahniah, pelajar. 616 00:47:06,623 --> 00:47:08,293 -Pintu masuk tersembunyi. -Ya. 617 00:47:08,383 --> 00:47:10,213 Nampaknya, di bawah tanah. 618 00:47:10,293 --> 00:47:13,673 Jentera bawah air yang mengeluarkan tenaga besar tanpa henti. 619 00:47:13,763 --> 00:47:17,553 Ya, sudah tentu. Tapi laluan saya temui ini... 620 00:47:17,633 --> 00:47:19,343 Menentang segala kebarangkalian, walaupun awak menolak... 621 00:47:19,433 --> 00:47:20,803 Dia takkan biarkan awak rosakkannya. 622 00:47:20,893 --> 00:47:23,223 ...adalah petunjuk yang kita mahu. 623 00:47:23,313 --> 00:47:25,813 Memang penemuan tak dijangka. 624 00:47:26,523 --> 00:47:28,023 Apa patut kita buat? 625 00:47:28,103 --> 00:47:32,233 Penyusupan terus terlalu berisiko dalam situasi seperti ini. 626 00:47:34,113 --> 00:47:35,863 Tapi budak-budak itu boleh buat. 627 00:47:35,943 --> 00:47:38,953 Saya tahu. Tapi sangat berbahaya. 628 00:47:39,033 --> 00:47:41,993 Saya takkan maafkan diri saya kalau ada apa-apa yang berlaku. 629 00:47:42,083 --> 00:47:45,873 Macam yang awak cakap, kadang-kadang lebih bahaya kalau tak buat apa-apa. 630 00:47:52,343 --> 00:47:55,463 Saya tahu macam mana mereka boleh masuk ke bawah tanah. 631 00:48:04,813 --> 00:48:06,143 Saya percayakan mereka. 632 00:48:08,443 --> 00:48:09,523 Kita mesti hantar mereka masuk. 633 00:49:48,243 --> 00:49:50,253 Sari kata oleh Mia Lee